SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1.0 PENGENALAN
Dalam sesebuah masyarakat majmuk maka tunjang perpaduan terletak kepada hubungan
baik antara kaum. Bagi merealisasikan perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan
tolak ansur antara mereka sangat penting demi untuk memastikan kesejahteraan hidup dapat
dikecapi bersama.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat istimewa sekiranya

dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia ini. Keistimewaan Malaysia ialah merupakan
sebuah negara kecil dan dalamnya terdapat kombinasi komuniti yang pelbagai. Malah, terdapat
pula latar belakang yang berbeza-beza termasuklah adat, budaya, keturunan, bahasa dan agama.
Kepelbagaian inilah yang membuatkan Malaysia sentiasa dipandang oleh masyarakat
antarabangsa yang lain khususnya sebagai model atau destinasi pelancongan luar negara.
Kemakmuran Malaysia hari ini merupakan hasil daripada satu proses sejarah yang
panjang.

Perpaduan yang wujud di Malaysia hari ini sesungguhnya merupakan sebuah

kebahagiaan yang telah melalui beberapa proses interaksi, integrasi dan asimilasi antara
masyarakat pribumi tempatan dengan masyarakat bukan pribumi tempatan.

Proses ini

mengambil masa yang agak panjang dan turut melalui zaman kedukaan. Melalui proses sejarah
yang dilalui negara Malaysia, maka hari ini boleh dilihat bahawa perpaduan masyarakat
Malaysia sangat utuh.
Timbul juga persoalan sejauh manakah kekuatan dan saemangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang memiliki kepelbagaian latar belakang? Sering kali kita lihat
keutuhan perpaduan kaum di Malaysia tergugat atau menimbulkan perasaan tidak puas hati
antara kaum yang wujud di negara ini.

1
Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah
perpaduan dan integrasi antara kaum. Wujudnya Integrasi Nasional menunjukkan persefahaman
antara kaum yang timbul sendiri tanpa paksaan.

Dengan itu, negara akan mengalami

keharmonian yang berpanjangan dan dapat dinikmati oleh masyarakat yang berbilang kaum.
Menurut Shamsul Amri (2007) integrasi ialah satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik. Noriati A.Rashid (2010) pula menyatakan integrasi nasional merupakan
satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status
sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan
kehidupan bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian
persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara.
Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan
perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual yang merupakan
hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh
merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses
berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul
Kenegaraan, 2011: 179-180).
Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat
negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri
Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

2
2.0 TEORI HUBUNGAN KAUM
Proses integrasi nasional di negara kita boleh dianalisis berdasarkan model kontak di antara
kumpulan etnik atau ras yang berbeza. Hubungan antara kaum boleh dilihat dari segi darjah
„kedekatan‟ yang bermula dengan hubungan yang terpisah sehinggalah hubungan yang
berbentuk sebati.

2.1 PROSES INTEGRASI
1) Segregasi
Pada tahap ini kaum-kaum yang berbeza latar belakang mempunyai hubungan yang
minimum. Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di
dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, di antaranya dari
segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan, dan kemudahankemudahan awam. Mereka ini tinggal dalam satu kawasan tetapi kurang berhubung
kecuali hanya berkaitan dengan hubungan ekonomi. Ini dapat digambarkan ketika zaman
penjajahan Inggeris. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak
didasari oleh undang-undang.

2) Akomodasi
Proses di mana etnik-etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu dengan yang
lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masin-masing.

Walau

bagaimana pun mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu dengan yang
lain. Di peringkat pemerintahan pusat setiap etnik menghantar wakil yang mewakili

3
etnik masing-masing.

Namun dalam institusi-institusi tertentu seperti ekonomi dan

pendidikan mereka adalah saling bergantungan antara satu sama lain.

Negara

Switzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi,
di mana etnik-etnik di dalamnya seperti Jerman, Perancis, dan Itali, saling membuat
penyesuaian antara satu sama lain.

3) Akulturasi
Proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi budaya dan terjadi apabila manusia
dalam kumpulan minority menerima norma, nilai serta pola-pola tingkah laku (budaya)
golongan majoriti.

Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima budaya

golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

4) Asimilasi

Merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi struktur untuk
membezakannya daripada akulturasi atau asimilasi budaya.

Konsep asimilasi

menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominant melalui persahabatan dan
perkaitan rapat.

Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaiatu

berdasarkan kepada perbezaan fizikal (seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciriciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

4
5) Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik atau ras.

Kelima-lima proses yang telah dinyatakan menggambarkan cara bagaimana kumpulan
minoriti menjadi sebahagian daripada arus utama masyarakat. Ia juga menggambarkan tahaptahap perpaduan dan integrasi dalam masyarakat.

Dengan adanya akomodasi di dalam

masyarakat, sudah dapat mencerminkan bahawa masyarakat adalah dalam keadaan bersatu padu.
Namun, keadaan integrasi yang sebenar hanya dapat dicapai bermula dengan berlakunya proses
akulturasi, asimilasi dan akhirnya mengalami amalgamasi.

Persoalannya sekarang ialah,

peringkat proses yang manakah masyarakat negara kita sekarang ini berada? Adakah ,masih di
peringkat akomodasi, atau di peringkat yang lebih tinggi? Jadi setiap pihak perlu memainkan
peranan masing-masing ke arah integrasi nasional.

5
3.0 PERANAN PERSATUAN MENGIKUT KAUM DALAM SUMBANGANNYA
TERHADAP INTEGRASI NASIONAL
Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan
berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai
perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan
keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap
kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan
dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan
pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum
sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur
keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing.
Justeru itu, bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai kaum di Malaysia,
kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah
Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan
negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya
terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang
yang sama.

Ia bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menyatupadukan kaum dalam

kalangan pelajar.

Walaupun semangat perpaduan dan integrasi antara kaum telah diberi

penekanan sejak murid berada di sekolah rendah lagi, namun penubuhan Sekolah Wawasan akan
lebih mencapai objektifnya kerana murid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak
persekolahan yang sama.

6
3.1 Penyata Razak 1956
Boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan
menyatakan “Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan
pelajar daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran
yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Penyata Razak, perenggan 12, 1956)
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai
alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji
sistem pendidikan yang sedia ada.
Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang
ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu
memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampungkampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di
kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan
Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan
Rahman Talib.

Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan

7
Pembangunan Negara.Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan menjadi tunjang kepada

perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan
yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu
padu.
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan
penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan
yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan
dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan
untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga
dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk
perpaduan.
Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al
Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan
agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan
saling menghormati sesama manusia. Contohnya menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkah laku yang sewajarnya.

8
3.2 Penubuhan Sekolah Wawasan
Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan
pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti
padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang
boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).
Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang
lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung
dalam pelbagai aktiviti.

3.3 Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka,
Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana
Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.
Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman,
penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun
Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan
diperkukuhkan.

9
3.4 Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri
Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah
bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan
menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan
setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat
Malaysia.

3.5 Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
Setiap

tahun

sekolah

mengadakan

pelbagai

program

sempena

memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah
ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab
Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut
melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan
Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti
ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa,
pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan
esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta
sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan
oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

10
3.6 Hari Keluarga dan Sukaneka
Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan beberapa orang pelajar
boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat
menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina
persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga
sekolah.

3.7 Acara kebudayaan dan kesenian
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti
permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh
pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami
dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan.

3.8 Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina
Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh
warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang
diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan
selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih
sayang

dan

perpaduan

rakyat

berbilang

kaum

11

dalam

dunia

sekolah

yang

kecil.
3.9 Perpaduan Politik
Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem
„kerajaan campuran‟ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagi
menggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui system
politik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti „Perikatan‟ yang merupakan
hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti komponen dalam parti
ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional.

Sistem ini juga tidak

mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran
pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.
Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan
yang wujud. Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang
negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah
bebas dan adil. Calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil
rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan
Rakyat.

3.10 Perpaduan Ekonomi
Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum
menyertaisemua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut,
kerajaantelah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar
pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan
lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara.

Dasar- dasar ini diambil untuk memastikan

pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan

12
pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini
diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup
rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat
menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih
membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan
dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini
akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

3.11 Perpaduan Sosial dan Kebudayaan
Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi
dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek
dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan
Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari
pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan,
rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan,
ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk
melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya
aktiviti yang berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan
perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang
mesra dan harmoni.
Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan
program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar
Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat

13
Negara dan sebagainya termasuklah program-program sukan, kebudayaan dan perayaanperayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaanperayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.
Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia
kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang kita
telah tentukan sebagai matlamat terulung negara.

3.12 Perpaduan Pendidikan
Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam
memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang
dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan
sesebuah negara.
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem
pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak,
Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu
pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau
etnik diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan
sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum
ini. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa
semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa

14
4.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, dengan wujudnya integrasi nasional ia menunjukkan
persefahaman antara kaum yang timbul sendiri dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum
tanpa paksaan. Keharmonian yang berpanjangan dapat dinikmati oleh masyarakat. Jadi setiap
pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha ke arah integrasi nasional. Peranan
semua pihak amat diperlukan dalam mencapai integrasi nasional.

Pendidikan memainkan

peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk memupuk, memelihara dan menjaga
perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa ini. Justeru, tugas seorang guru
sememangnya sangat penting dalam menjayakan agenda pembangunan negara ke arah mencapai
Wawsan 2020 yang dihasratkan.
Seseorang guru perlulah menjadi penjana transformasi pendidikan Negara. Hal ini
bertepatan dengan pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu “Guru Penjana Transformasi
Pendidikan Negara”. Tanpa guru, sudah tentu tidak akan lahir ramai cendakiawan, golongan
profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar
kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini. Muhyiddin Yassin (2011) semasa
menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Guru 2011 meletakkan harapan yang tinggi
kepada guru untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan
itu memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk
memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi.

15
5.0 RUJUKAN

Buku
Isyak Saat. Pendidikan negara bangsa Malaysia. Cetakan pertama 2009. Penerbit Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma‟rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid.
Pengajian Malaysia. Cetakan 2001. Penerbit Prentice Hall.

Internet
http://www.slideshare.net/iloveislamsokmo/esei-full (24/4/2013)
http://personajohor.blogspot.com/2010_05_01_archive.html (28/4/2013)

16

More Related Content

What's hot

Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasiINSTAQLIM
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9Amelia Akmar
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152xiaomii4
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumunnianwar
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaZailani Baharuddin
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikCikgu Ana
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020Lala Aliron
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuMahyuddin Khalid
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 

What's hot (20)

Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 

Viewers also liked

kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...Asyraf Abdul Rahim
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduandka1a2015
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-gurualexander alexander
 
Bab 6 integrasi nasional
Bab 6 integrasi nasionalBab 6 integrasi nasional
Bab 6 integrasi nasionalmuliajayaabadi
 
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRIPpt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRIReni H_dika BK
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiBrenda Rachel Marie
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amdasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amUpper6
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaImplikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaSherly Jewinly
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 

Viewers also liked (20)

kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
Integrasi nasional
Integrasi nasional Integrasi nasional
Integrasi nasional
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
 
Bab 6 integrasi nasional
Bab 6 integrasi nasionalBab 6 integrasi nasional
Bab 6 integrasi nasional
 
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRIPpt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
 
Integrasi Nasional
Integrasi NasionalIntegrasi Nasional
Integrasi Nasional
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
 
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amdasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaImplikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 

Similar to Integrasi nasional

Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduanRosli Dol Haji
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes. Yoshi Aw
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnikhjik85
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaWidia Wati
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Brenda Rachel Marie
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaAdi Hassim
 

Similar to Integrasi nasional (20)

Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Hubungan etnik 1 , 2
Hubungan etnik  1 , 2Hubungan etnik  1 , 2
Hubungan etnik 1 , 2
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysia
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 

More from Suhailah Fauzi

More from Suhailah Fauzi (9)

Memori
MemoriMemori
Memori
 
Pembelajaran
PembelajaranPembelajaran
Pembelajaran
 
Anatomi kayak & paddle
Anatomi kayak & paddleAnatomi kayak & paddle
Anatomi kayak & paddle
 
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayongLaporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong
 
Jenis kerosakan jalan raya
Jenis kerosakan jalan rayaJenis kerosakan jalan raya
Jenis kerosakan jalan raya
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
 
Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathir
 
Kasih
KasihKasih
Kasih
 
Cantiknya wanita
Cantiknya wanitaCantiknya wanita
Cantiknya wanita
 

Integrasi nasional

  • 1. 1.0 PENGENALAN Dalam sesebuah masyarakat majmuk maka tunjang perpaduan terletak kepada hubungan baik antara kaum. Bagi merealisasikan perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan tolak ansur antara mereka sangat penting demi untuk memastikan kesejahteraan hidup dapat dikecapi bersama. Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat istimewa sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia ini. Keistimewaan Malaysia ialah merupakan sebuah negara kecil dan dalamnya terdapat kombinasi komuniti yang pelbagai. Malah, terdapat pula latar belakang yang berbeza-beza termasuklah adat, budaya, keturunan, bahasa dan agama. Kepelbagaian inilah yang membuatkan Malaysia sentiasa dipandang oleh masyarakat antarabangsa yang lain khususnya sebagai model atau destinasi pelancongan luar negara. Kemakmuran Malaysia hari ini merupakan hasil daripada satu proses sejarah yang panjang. Perpaduan yang wujud di Malaysia hari ini sesungguhnya merupakan sebuah kebahagiaan yang telah melalui beberapa proses interaksi, integrasi dan asimilasi antara masyarakat pribumi tempatan dengan masyarakat bukan pribumi tempatan. Proses ini mengambil masa yang agak panjang dan turut melalui zaman kedukaan. Melalui proses sejarah yang dilalui negara Malaysia, maka hari ini boleh dilihat bahawa perpaduan masyarakat Malaysia sangat utuh. Timbul juga persoalan sejauh manakah kekuatan dan saemangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang memiliki kepelbagaian latar belakang? Sering kali kita lihat keutuhan perpaduan kaum di Malaysia tergugat atau menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum yang wujud di negara ini. 1
  • 2. Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah perpaduan dan integrasi antara kaum. Wujudnya Integrasi Nasional menunjukkan persefahaman antara kaum yang timbul sendiri tanpa paksaan. Dengan itu, negara akan mengalami keharmonian yang berpanjangan dan dapat dinikmati oleh masyarakat yang berbilang kaum. Menurut Shamsul Amri (2007) integrasi ialah satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Noriati A.Rashid (2010) pula menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara. Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual yang merupakan hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180). Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. 2
  • 3. 2.0 TEORI HUBUNGAN KAUM Proses integrasi nasional di negara kita boleh dianalisis berdasarkan model kontak di antara kumpulan etnik atau ras yang berbeza. Hubungan antara kaum boleh dilihat dari segi darjah „kedekatan‟ yang bermula dengan hubungan yang terpisah sehinggalah hubungan yang berbentuk sebati. 2.1 PROSES INTEGRASI 1) Segregasi Pada tahap ini kaum-kaum yang berbeza latar belakang mempunyai hubungan yang minimum. Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan, dan kemudahankemudahan awam. Mereka ini tinggal dalam satu kawasan tetapi kurang berhubung kecuali hanya berkaitan dengan hubungan ekonomi. Ini dapat digambarkan ketika zaman penjajahan Inggeris. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak didasari oleh undang-undang. 2) Akomodasi Proses di mana etnik-etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu dengan yang lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masin-masing. Walau bagaimana pun mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu dengan yang lain. Di peringkat pemerintahan pusat setiap etnik menghantar wakil yang mewakili 3
  • 4. etnik masing-masing. Namun dalam institusi-institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan mereka adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Negara Switzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi, di mana etnik-etnik di dalamnya seperti Jerman, Perancis, dan Itali, saling membuat penyesuaian antara satu sama lain. 3) Akulturasi Proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi budaya dan terjadi apabila manusia dalam kumpulan minority menerima norma, nilai serta pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. 4) Asimilasi Merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi struktur untuk membezakannya daripada akulturasi atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominant melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaiatu berdasarkan kepada perbezaan fizikal (seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciriciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. 4
  • 5. 5) Amalgamasi Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik atau ras. Kelima-lima proses yang telah dinyatakan menggambarkan cara bagaimana kumpulan minoriti menjadi sebahagian daripada arus utama masyarakat. Ia juga menggambarkan tahaptahap perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Dengan adanya akomodasi di dalam masyarakat, sudah dapat mencerminkan bahawa masyarakat adalah dalam keadaan bersatu padu. Namun, keadaan integrasi yang sebenar hanya dapat dicapai bermula dengan berlakunya proses akulturasi, asimilasi dan akhirnya mengalami amalgamasi. Persoalannya sekarang ialah, peringkat proses yang manakah masyarakat negara kita sekarang ini berada? Adakah ,masih di peringkat akomodasi, atau di peringkat yang lebih tinggi? Jadi setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing ke arah integrasi nasional. 5
  • 6. 3.0 PERANAN PERSATUAN MENGIKUT KAUM DALAM SUMBANGANNYA TERHADAP INTEGRASI NASIONAL Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing. Justeru itu, bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai kaum di Malaysia, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Ia bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menyatupadukan kaum dalam kalangan pelajar. Walaupun semangat perpaduan dan integrasi antara kaum telah diberi penekanan sejak murid berada di sekolah rendah lagi, namun penubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya kerana murid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak persekolahan yang sama. 6
  • 7. 3.1 Penyata Razak 1956 Boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan “Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan pelajar daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Penyata Razak, perenggan 12, 1956) Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampungkampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan 7
  • 8. Pembangunan Negara.Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Contohnya menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang sewajarnya. 8
  • 9. 3.2 Penubuhan Sekolah Wawasan Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti. 3.3 Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. 9
  • 10. 3.4 Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. 3.5 Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 10
  • 11. 3.6 Hari Keluarga dan Sukaneka Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan beberapa orang pelajar boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga sekolah. 3.7 Acara kebudayaan dan kesenian Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan. 3.8 Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum 11 dalam dunia sekolah yang kecil.
  • 12. 3.9 Perpaduan Politik Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem „kerajaan campuran‟ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui system politik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti „Perikatan‟ yang merupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional. Sistem ini juga tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur. Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan yang wujud. Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. Calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. 3.10 Perpaduan Ekonomi Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum menyertaisemua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaantelah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar- dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan 12
  • 13. pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara. 3.11 Perpaduan Sosial dan Kebudayaan Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang mesra dan harmoni. Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat 13
  • 14. Negara dan sebagainya termasuklah program-program sukan, kebudayaan dan perayaanperayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaanperayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang kita telah tentukan sebagai matlamat terulung negara. 3.12 Perpaduan Pendidikan Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa 14
  • 15. 4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, dengan wujudnya integrasi nasional ia menunjukkan persefahaman antara kaum yang timbul sendiri dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum tanpa paksaan. Keharmonian yang berpanjangan dapat dinikmati oleh masyarakat. Jadi setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha ke arah integrasi nasional. Peranan semua pihak amat diperlukan dalam mencapai integrasi nasional. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa ini. Justeru, tugas seorang guru sememangnya sangat penting dalam menjayakan agenda pembangunan negara ke arah mencapai Wawsan 2020 yang dihasratkan. Seseorang guru perlulah menjadi penjana transformasi pendidikan Negara. Hal ini bertepatan dengan pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Tanpa guru, sudah tentu tidak akan lahir ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini. Muhyiddin Yassin (2011) semasa menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Guru 2011 meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. 15
  • 16. 5.0 RUJUKAN Buku Isyak Saat. Pendidikan negara bangsa Malaysia. Cetakan pertama 2009. Penerbit Karisma Publications Sdn. Bhd. Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma‟rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid. Pengajian Malaysia. Cetakan 2001. Penerbit Prentice Hall. Internet http://www.slideshare.net/iloveislamsokmo/esei-full (24/4/2013) http://personajohor.blogspot.com/2010_05_01_archive.html (28/4/2013) 16