12. Kaedah pengajaran yang dipilih adalah pengajaran berpantukan komputer. Guru menggunakan papan layar putih, alat pemancar dan komputer untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan berkesan. Penggunaan perisian multimedia “power point” oleh guru dan pelajar turut dimuatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan memudahkan kefahaman pelajar tentang topik yang diajar. Kaedah ini dipilih berdasarkan tahap intelektual pelajar yang agak sederhana yang dapat membantu pelajar memahami topik pengajaran guru.
14. Guru akan menyemak proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan sebelum kelas bermula. Selain itu, guru juga akan memastikan komputer, papan layar putuh, alat pemancar di makmal komputer berfungsi dengan baik. Setiap komputer haruslah mempunyai program “power point” untuk penggunaan pelajar. Tempat duduk dan bilangan komputer di dalam makmal haruslah mencukupi untuk semua pelajar. Guru perlu memastikan penggunaan media elektronik di makmal komputer ini benar-benar menarik minat pelajar untuk mempelajari topik yang diajar.
16. Penyertaan murid berlaku dalam bentuk kumpulan dimana pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan dan terdiri daripada lima orang pelajar dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang bersama rakan-rakan mereka untuk melaksanakan aktiviti yang diberi oleh guru. Bagi menjawab soalan penilaian, guru akan menyuruh setiap pelajar menjawab soalan tersebut melalui komputer masing-masing.
18. Penilaian dilakukan berdasarkan aktiviti kuiz yang disediakan oleh guru. Sekiranya pelajar dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul, bermakna penggunaan media dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru adalah sesuai dengan tahap kecekapan pelajar dan telah menarik minat pelajar. Sebaliknya, jika pelajar tidak dapat menjawab soalan penilaian, bermakna pemilihan media oleh guru tidak sesuai dengan tahap kecekapan pelajar yang menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Ini bermakna objektif pengajaran yang disediakan oleh guru tidak tercapai.