Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tugasan 4

212 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Tugasan 4

  1. 1. 1 PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI BERDASARKAN TEKS Soalan 1 What are the primary types of criteria used to analyze learners? Model ASSURE ( Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. ASSURE adalah model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana model ini berfokus kepada situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, di mana skop pembelajarannya terhad dan mudah dikendalikan. Sebelum seseorang guru melaksanakan model ASSURE dalam pengajarannya dia mestilah memahami model tersebut. Langkah pertama dalam model ASSURE adalah analyze learners atau analisis pelajar / murid. Sebelum beralih ke langkah seterusnya, cikgu perlulah mengenal pasti terlebih golongan sasaran yang hendak diajar. Terdapat tiga kriteria utama yang perlu dilakukan semasa hendak menganalisis pelajar. Kesemua kriteria ini perlu dilaksanakan oleh guru agar mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersumberkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) berjalan dengan lancar. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut : a. Ciri-ciri umum murid ( General charateristik ) b. Pengetahuan / Kebolehan murid ( Entry competencies ) c. Gaya pembelajaran murid ( Learning styles ) Ciri-ciri umum murid adalah berkaitan dengan gaya hidup, taraf sosioekonomi, bangsa, budaya dan lain-lain lagi. Kebanyakan murid datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Bayangkan terdapat 35 hingga 40 orang murid dalam satu bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri umum yang berbeza antara satu sama lain. Guru perlu menganalisis dan mengenal pasti
  2. 2. 2 ciri-ciri umum yang terdapat pada setiap murid agar dapat membina atau memilih sumber pengajaran yang terbaik dan sesuai dengan semua murid. Misalnya, berdasarkan tahap ekonomi, bangsa serta budaya yang berbeza dan kemampuan kecerdasan pelbagai tahap kebolehan murid yang tergolong dalam beberapa kumpulan kecerdasan cerdas, sederhana dan lemah, Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah kumpulan.Muridmurid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka masing-masing. Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat memilih sumber pengajaran yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Sumber pengajaran yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, sumber pengajaran mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah. Analisis pelajar dalam model ASSURE dapat membantu guru mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid yang dimiliki oleh murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung guru dapat menyediakan sumber pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konsruktif selain dapat membantu guru mengesan tahap murid melalui sessi soal jawab. Kriteria ini penting kerana guru perlu bersedia lebih awal untuk memilih atau menyediakan sumber pengajaran berdasarkan tahap pengetahuan setiap murid. Sebagai contoh, sekiranya guru menggunakan komputer dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran penting bagi guru untuk mengetahui tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan komputer. Mungkin ada murid yang mempunyai pengetahuan yang baik, sederhana dan mungkin juga ada murid yang langsung tidak mengetahui tentang komputer. Guru akan memilih atau menyediakan sumber pengajaran yang sesuai dengan murid agar objektif pelajaran tercapai.
  3. 3. 3 Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis murid yang dikenalpasti. Murid yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Selain itu, ianya juga penting untuk guru melakukan tindakan susulan sama ada murid memerlukan pengukuhan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tahap pengetahuan dan kebolehan murid merupakan langkah pertama untuk sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar ( Smaldino et. al, 2005). Untuk menganalisis kriteria ini, guru mungkin boleh melaksanakan ujian ringkas, temubual dengan murid dan kaedah lain yang sesuai untuk mengukur tahap pengetahuan dan kebolehan setiap murid. Kriteria gaya pembelajaran adalah satu keadaan di mana murid bertindak balas, menerima, berinteraksi dan memberikan reaksi dengan persekitaran pembelajaran (Smaldino et. al, 2005 ). Murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn & Dunn, model Honey & Mumford dan model Mutiple Intelligence adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Oleh yang demikian, guru perlu memahami dan menguasai serta mengenal pasti setiap murid yang berada dalam bilik darjah. Ini bagi memastikan pemilihan atau penyediaan sumber pengajaran sesuai dengan semua murid dan bukannya dengan sesetengah murid sahaja. Langkah menganlisis murid mungkin berbeza mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan.
  4. 4. 4 Soalan 2 Why are learning objectives an important aspect of lesson planning ? Langkah kedua dalam model ASSURE adalah penyedian objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Penetapan objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran amat perlu bagi memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai ( Yusup , 2006 ). Contohnya dalam topik bearing georafi tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. Maka pembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran, obejktif yang hendak dicapai adalah aspek yang sangat penting. Ini kerana berdasarkan objektif yang hendak dicapai, guru boleh memilih atau menyediakan sumber pembelajaran yang sesuai dengan murid. Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan semestinya pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan media pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang dan mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui objektif juga guru dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang diingini oleh guru tercapai atau tidak.
  5. 5. 5 Objektif pembelajaran akan membantu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah / strategi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan. Biasanya model ASSURE dikaitan dengan penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu menentukan objektif yang sesuai sebelum memilih media yang sesuai dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Contohnya, objektif pembelajaran yang hendak dicapai adalah murid boleh menghantar emel kepada rakan-rakan mereka. Berdasarkan objektif ini, guru boleh membuat tempahan bilik komputer, memastikan semua komputer boleh digunakan, capaian internet berfungsi dan paling penting ialah semua murid mempunyai emel masing-masing. Hal-hal sebegini dilakukan dengan melihat objektif pelajaran yang hendak dicapai. Selain itu, objektif pembelajaran juga penting sebagai asas untuk membuat penilaian. Guru boleh merancang penilaian yang sesuai dengan murid berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijlalakan oleh guru. Hasil pembelajaran murid digunakan untuk menyediakan penilaian untuk mengukur pengetahuan dan pencapaian murid setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Objektif pembelajaran boleh digunakan oleh murid sebagai asas untuk membuat persediaan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid juga boleh turut serta dalam aktiviti di bilik darjah sekiranya mereka mengetahui objektif pembelajaran pada hari tersebut. Menjadi tanggungjawab guru untuk untuk melaksaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang adil untuk semua murid. Manakala, murid pula perlu memberikan kerjasama yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
  6. 6. 6 Soalan 3 What are the four components of a well-written objectives? Menurut Smaldino et. al ( 2005 ), terdapat empat langkah atau komponen yang perlu diketahui oleh guru sebelum menetapkan sesuatu objektif pembelajaran. Komponen ini dikenali sebagai ABCDs. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru menetapkan objektif pembelajaran berdasarkan : a. A – Audience b. B – Behaviour c. C – Conditions d. D – Degree Audience Fokus utama aktiviti pembelajaran adalah supaya murid dapat mengetahui dan boleh melaksanakan apa yang telah dipelajari selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sangat penting untuk mengetahui siapakah golongan sasar ( murid ) sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Contohya, mungkin untuk murid tahun 4 ataupun untuk pelajar tingkatan 1. Komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar itu aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran pembelajaran. Behaviour Komponen ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif mestilah menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur
  7. 7. 7 seperti menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan dapat menghuraikan objektif dengan jelas. Conditions Objektif pembelajaran seharusnya jelas tentang bagaimana obejktif hendak dicapai. Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah termasuk syarat tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana dan langkah pengajaran pembelajaran. Degree Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras 2 atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Kriteria berkenaan dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif. Contoh penulisan objektif bagi tajuk Sekolahku, Bahasa Malaysia Tahun 6 adalah seperti berikut : Pada akhir pembelajaran murid dapat : Aras 1 : Menulis dan menyusun maklumat mengikut kronologi. Aras 3 : Menghuraikan isi utama dan isi sampingan yang terdapat dalam teks. Objektif pembelajaran dapat diperoleh daripada kurikulum standard, buku teks, pembelajaran atas talian, ataupun apa sahaja bahan instruksional yang ditulis menggunakan komponen ABCDs. Guru boleh membuat ubah suai objektif pembelajaran berdasarkan keperluan murid walaupun objektif pembelajaran telah ditetapkan lebih awal oleh pihak berkuasa.
  8. 8. 8 Bibliografi Heinich, R., Molenda, M. Russel, J. D., & Smaldino, S. E. (2005). Instructional media and technologies for learning. Ohio: Prentice-Hall. Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowter, James D. Russel. ( 2012 ). Instructional Technology and Media for Learning, Boston, Pearson Education Inc. Yusup Hashim. ( 2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum dan Instruksi sumber dari http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologiinstruksional.html

×