SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
1
PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI BERDASARKAN TEKS

Soalan 1
What are the primary types of criteria used to analyze learners?
Model ASSURE ( Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah
model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang
penggunaan

media

secara

sistematik.

Model

ini

bertujuan

untuk

menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran
dalam situasi bilik darjah.
ASSURE adalah model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana model ini berfokus kepada
situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, di mana skop
pembelajarannya terhad dan mudah dikendalikan. Sebelum seseorang guru
melaksanakan

model

ASSURE

dalam

pengajarannya

dia

mestilah

memahami model tersebut.
Langkah pertama dalam model ASSURE adalah analyze learners atau
analisis pelajar / murid. Sebelum beralih ke langkah seterusnya, cikgu
perlulah mengenal pasti terlebih golongan sasaran yang hendak diajar.
Terdapat tiga kriteria utama yang perlu dilakukan semasa hendak
menganalisis pelajar. Kesemua kriteria ini perlu dilaksanakan oleh guru agar
mampu

melaksanakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

bersumberkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) berjalan dengan
lancar.
Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut :
a. Ciri-ciri umum murid ( General charateristik )
b. Pengetahuan / Kebolehan murid ( Entry competencies )
c. Gaya pembelajaran murid ( Learning styles )
Ciri-ciri umum murid adalah berkaitan dengan gaya hidup, taraf sosioekonomi, bangsa, budaya dan lain-lain lagi. Kebanyakan murid datang dari
pelbagai latar belakang yang berbeza. Bayangkan terdapat 35 hingga 40
orang murid dalam satu bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri umum yang
berbeza antara satu sama lain. Guru perlu menganalisis dan mengenal pasti
2
ciri-ciri umum yang terdapat pada setiap murid agar dapat membina atau
memilih sumber pengajaran yang terbaik dan sesuai dengan semua murid.
Misalnya, berdasarkan tahap ekonomi, bangsa serta budaya yang
berbeza dan kemampuan kecerdasan pelbagai tahap kebolehan murid yang
tergolong dalam beberapa kumpulan kecerdasan cerdas, sederhana dan
lemah, Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah kumpulan.Muridmurid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan
mereka masing-masing.
Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat
penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat
memilih sumber pengajaran yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar
belakang pelajar. Sumber pengajaran yang baik mampu mendorong pelajar
untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran
berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong
bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh
menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat
itu, sumber pengajaran mampu mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah.
Analisis pelajar dalam model ASSURE dapat membantu guru
mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid yang
dimiliki oleh murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran. Dengan secara tidak langsung guru dapat menyediakan
sumber pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan
secara konsruktif selain dapat membantu guru mengesan tahap murid melalui
sessi soal jawab.
Kriteria ini penting kerana guru perlu bersedia lebih awal untuk memilih
atau menyediakan sumber pengajaran berdasarkan tahap pengetahuan
setiap murid. Sebagai contoh, sekiranya guru menggunakan komputer dalam
satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran penting bagi guru untuk
mengetahui tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan komputer.
Mungkin ada murid yang mempunyai pengetahuan yang baik, sederhana dan
mungkin juga ada murid yang langsung tidak mengetahui tentang komputer.
Guru akan memilih atau menyediakan sumber pengajaran yang sesuai
dengan murid agar objektif pelajaran tercapai.
3
Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis
murid yang dikenalpasti. Murid yang lemah dalam penguasaan bahasanya
dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit
dan aktiviti tanpa media cetak.
Selain itu, ianya juga penting untuk guru melakukan tindakan susulan
sama ada murid memerlukan pengukuhan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Tahap pengetahuan dan kebolehan murid
merupakan langkah pertama untuk sesi pembelajaran berlangsung dengan
lancar ( Smaldino et. al, 2005). Untuk menganalisis kriteria ini, guru mungkin
boleh melaksanakan ujian ringkas, temubual dengan murid dan kaedah lain
yang sesuai untuk mengukur tahap pengetahuan dan kebolehan setiap murid.
Kriteria gaya pembelajaran adalah satu keadaan di mana murid
bertindak balas, menerima, berinteraksi dan memberikan reaksi dengan
persekitaran pembelajaran (Smaldino et. al, 2005 ). Murid mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada
cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai
pembelajaran.
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid dapat membantu guru
merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn & Dunn,
model Honey & Mumford dan model Mutiple Intelligence adalah beberapa
contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu
mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi
merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
Oleh yang demikian, guru perlu memahami dan menguasai serta
mengenal pasti setiap murid yang berada dalam bilik darjah. Ini bagi
memastikan pemilihan atau penyediaan sumber pengajaran sesuai dengan
semua murid dan bukannya dengan sesetengah murid sahaja. Langkah
menganlisis murid mungkin berbeza mengikut kriteria-kriteria yang telah
dihuraikan.
4
Soalan 2
Why are learning objectives an important aspect of lesson planning ?

Langkah

kedua

dalam

model

ASSURE

adalah

penyedian

objektif

pembelajaran. Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya
guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan
dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif
pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih
kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru
yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.
Penetapan objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
amat

perlu

bagi

memastikan

keberkesanan

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan
yang ingin di capai ( Yusup , 2006 ). Contohnya dalam topik bearing georafi
tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing
sudutan. Maka pembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang
membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas
skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara
tidak langsung mencapai objektif ini.
Dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran, obejktif yang
hendak dicapai adalah aspek yang sangat penting. Ini kerana berdasarkan
objektif yang hendak dicapai, guru boleh memilih atau menyediakan sumber
pembelajaran yang sesuai dengan murid.
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas
oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan
semestinya pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif
pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan media
pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang
dan mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui
objektif juga guru dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang
diingini oleh guru tercapai atau tidak.
5
Objektif pembelajaran akan membantu guru mengenalpasti apa yang
hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah /
strategi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi
pendidikan yang sesuai digunakan. Biasanya model ASSURE dikaitan
dengan penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu
menentukan objektif yang sesuai sebelum memilih media yang sesuai dengan
objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
Contohnya, objektif pembelajaran yang hendak dicapai adalah murid
boleh menghantar emel kepada rakan-rakan mereka. Berdasarkan objektif ini,
guru boleh membuat tempahan bilik komputer, memastikan semua komputer
boleh digunakan, capaian internet berfungsi dan paling penting ialah semua
murid mempunyai emel masing-masing. Hal-hal sebegini dilakukan dengan
melihat objektif pelajaran yang hendak dicapai.
Selain itu, objektif pembelajaran juga penting sebagai asas untuk
membuat penilaian. Guru boleh merancang penilaian yang sesuai dengan
murid berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijlalakan
oleh guru. Hasil pembelajaran murid digunakan untuk menyediakan penilaian
untuk mengukur pengetahuan dan pencapaian murid setelah sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.
Objektif pembelajaran boleh digunakan oleh murid sebagai asas untuk
membuat persediaan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
murid juga boleh turut serta dalam aktiviti di bilik darjah sekiranya mereka
mengetahui objektif pembelajaran pada hari tersebut. Menjadi tanggungjawab
guru untuk untuk melaksaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
adil untuk semua murid. Manakala, murid pula perlu memberikan kerjasama
yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
6
Soalan 3
What are the four components of a well-written objectives?

Menurut Smaldino et. al ( 2005 ), terdapat empat langkah atau komponen
yang perlu diketahui oleh guru sebelum menetapkan sesuatu objektif
pembelajaran. Komponen ini dikenali sebagai ABCDs. Tujuannya adalah
untuk memudahkan guru menetapkan objektif pembelajaran berdasarkan :
a. A – Audience
b. B – Behaviour
c. C – Conditions
d. D – Degree

Audience

Fokus utama aktiviti pembelajaran adalah supaya murid dapat
mengetahui dan boleh melaksanakan apa yang telah dipelajari selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sangat penting untuk mengetahui
siapakah golongan sasar ( murid ) sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran dilangsungkan. Contohya, mungkin untuk murid tahun 4
ataupun untuk pelajar tingkatan 1.
Komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar
bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar
itu aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal
seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran pembelajaran.

Behaviour

Komponen ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang
menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan
merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang
dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur
dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif
mestilah menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur
7
seperti menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan
dapat menghuraikan objektif dengan jelas.

Conditions

Objektif pembelajaran seharusnya jelas tentang bagaimana obejktif hendak
dicapai. Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah
termasuk syarat tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan
syarat pencapaian objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana
dan langkah pengajaran pembelajaran.
Degree

Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras
2 atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti
tingkah laku tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Kriteria
berkenaan dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif.
Contoh penulisan objektif bagi tajuk Sekolahku, Bahasa Malaysia
Tahun 6 adalah seperti berikut :
Pada akhir pembelajaran murid dapat :
Aras 1 : Menulis dan menyusun maklumat mengikut kronologi.
Aras 3 : Menghuraikan isi utama dan isi sampingan yang terdapat
dalam teks.

Objektif pembelajaran dapat diperoleh daripada kurikulum standard,
buku teks, pembelajaran atas talian, ataupun apa sahaja bahan instruksional
yang ditulis menggunakan komponen ABCDs. Guru boleh membuat ubah
suai objektif pembelajaran berdasarkan keperluan murid walaupun objektif
pembelajaran telah ditetapkan lebih awal oleh pihak berkuasa.
8
Bibliografi

Heinich, R., Molenda, M. Russel, J. D., & Smaldino, S. E. (2005). Instructional
media and technologies for learning. Ohio: Prentice-Hall.

Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowter, James D. Russel. ( 2012 ).
Instructional Technology and Media for Learning, Boston, Pearson
Education Inc.

Yusup Hashim. ( 2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum
dan Instruksi sumber dari
http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologiinstruksional.html

More Related Content

What's hot

Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiNik Ibrahim Nik Mat
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasanfiro HAR
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayafiro HAR
 
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektifMotivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektifKhairunnisaJeman
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikanazharisuboh
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Zue Layhar
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Sejarah Lisan Tajuk 1
Sejarah Lisan Tajuk 1Sejarah Lisan Tajuk 1
Sejarah Lisan Tajuk 1Alif Akram
 
Strategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruStrategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruPensil Dan Pemadam
 
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianPersepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianAidaNabila7
 

What's hot (20)

Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
 
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektifMotivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Sejarah Lisan Tajuk 1
Sejarah Lisan Tajuk 1Sejarah Lisan Tajuk 1
Sejarah Lisan Tajuk 1
 
Carl gustav jung
Carl gustav jungCarl gustav jung
Carl gustav jung
 
Strategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruStrategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guru
 
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianPersepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 

Similar to Mengkaji Model ASSURE

Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addieambarpingki
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 thong
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranKriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranMona Naswa
 
Task 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureTask 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureDyana ShaifulHaq
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V Eman Syukur
 
Novi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi-Umi-Bimawati
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceNasrudinPGMI10
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeMuhammad_Fajar21
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceParno_M
 

Similar to Mengkaji Model ASSURE (20)

Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
 
220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranKriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran
 
Untitled design.pptx
Untitled design.pptxUntitled design.pptx
Untitled design.pptx
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Task 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureTask 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assure
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
Direct instruction
Direct instructionDirect instruction
Direct instruction
 
Novi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsi
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill Practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 

More from Aman Shah

My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guruAman Shah
 
Share google doc tanpa ubah setting
Share google doc tanpa ubah settingShare google doc tanpa ubah setting
Share google doc tanpa ubah settingAman Shah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Slide tugasan1 kpt6044
Slide tugasan1 kpt6044Slide tugasan1 kpt6044
Slide tugasan1 kpt6044Aman Shah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Pendidikan abad ke 21
Pendidikan abad ke 21Pendidikan abad ke 21
Pendidikan abad ke 21Aman Shah
 
Tugasan2 kpt6034
Tugasan2 kpt6034Tugasan2 kpt6034
Tugasan2 kpt6034Aman Shah
 
Tugasan1 kpt6054 aman_shah
Tugasan1 kpt6054 aman_shahTugasan1 kpt6054 aman_shah
Tugasan1 kpt6054 aman_shahAman Shah
 

More from Aman Shah (12)

My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guru
 
Share google doc tanpa ubah setting
Share google doc tanpa ubah settingShare google doc tanpa ubah setting
Share google doc tanpa ubah setting
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Slide tugasan1 kpt6044
Slide tugasan1 kpt6044Slide tugasan1 kpt6044
Slide tugasan1 kpt6044
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Kata kerja
Kata kerjaKata kerja
Kata kerja
 
Pendidikan abad ke 21
Pendidikan abad ke 21Pendidikan abad ke 21
Pendidikan abad ke 21
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Tugasan2 kpt6034
Tugasan2 kpt6034Tugasan2 kpt6034
Tugasan2 kpt6034
 
Tugasan1 kpt6054 aman_shah
Tugasan1 kpt6054 aman_shahTugasan1 kpt6054 aman_shah
Tugasan1 kpt6054 aman_shah
 

Mengkaji Model ASSURE

  • 1. 1 PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI BERDASARKAN TEKS Soalan 1 What are the primary types of criteria used to analyze learners? Model ASSURE ( Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. ASSURE adalah model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana model ini berfokus kepada situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, di mana skop pembelajarannya terhad dan mudah dikendalikan. Sebelum seseorang guru melaksanakan model ASSURE dalam pengajarannya dia mestilah memahami model tersebut. Langkah pertama dalam model ASSURE adalah analyze learners atau analisis pelajar / murid. Sebelum beralih ke langkah seterusnya, cikgu perlulah mengenal pasti terlebih golongan sasaran yang hendak diajar. Terdapat tiga kriteria utama yang perlu dilakukan semasa hendak menganalisis pelajar. Kesemua kriteria ini perlu dilaksanakan oleh guru agar mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersumberkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) berjalan dengan lancar. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut : a. Ciri-ciri umum murid ( General charateristik ) b. Pengetahuan / Kebolehan murid ( Entry competencies ) c. Gaya pembelajaran murid ( Learning styles ) Ciri-ciri umum murid adalah berkaitan dengan gaya hidup, taraf sosioekonomi, bangsa, budaya dan lain-lain lagi. Kebanyakan murid datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Bayangkan terdapat 35 hingga 40 orang murid dalam satu bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri umum yang berbeza antara satu sama lain. Guru perlu menganalisis dan mengenal pasti
  • 2. 2 ciri-ciri umum yang terdapat pada setiap murid agar dapat membina atau memilih sumber pengajaran yang terbaik dan sesuai dengan semua murid. Misalnya, berdasarkan tahap ekonomi, bangsa serta budaya yang berbeza dan kemampuan kecerdasan pelbagai tahap kebolehan murid yang tergolong dalam beberapa kumpulan kecerdasan cerdas, sederhana dan lemah, Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah kumpulan.Muridmurid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka masing-masing. Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat memilih sumber pengajaran yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Sumber pengajaran yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, sumber pengajaran mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah. Analisis pelajar dalam model ASSURE dapat membantu guru mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid yang dimiliki oleh murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung guru dapat menyediakan sumber pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konsruktif selain dapat membantu guru mengesan tahap murid melalui sessi soal jawab. Kriteria ini penting kerana guru perlu bersedia lebih awal untuk memilih atau menyediakan sumber pengajaran berdasarkan tahap pengetahuan setiap murid. Sebagai contoh, sekiranya guru menggunakan komputer dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran penting bagi guru untuk mengetahui tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan komputer. Mungkin ada murid yang mempunyai pengetahuan yang baik, sederhana dan mungkin juga ada murid yang langsung tidak mengetahui tentang komputer. Guru akan memilih atau menyediakan sumber pengajaran yang sesuai dengan murid agar objektif pelajaran tercapai.
  • 3. 3 Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis murid yang dikenalpasti. Murid yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Selain itu, ianya juga penting untuk guru melakukan tindakan susulan sama ada murid memerlukan pengukuhan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tahap pengetahuan dan kebolehan murid merupakan langkah pertama untuk sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar ( Smaldino et. al, 2005). Untuk menganalisis kriteria ini, guru mungkin boleh melaksanakan ujian ringkas, temubual dengan murid dan kaedah lain yang sesuai untuk mengukur tahap pengetahuan dan kebolehan setiap murid. Kriteria gaya pembelajaran adalah satu keadaan di mana murid bertindak balas, menerima, berinteraksi dan memberikan reaksi dengan persekitaran pembelajaran (Smaldino et. al, 2005 ). Murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn & Dunn, model Honey & Mumford dan model Mutiple Intelligence adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Oleh yang demikian, guru perlu memahami dan menguasai serta mengenal pasti setiap murid yang berada dalam bilik darjah. Ini bagi memastikan pemilihan atau penyediaan sumber pengajaran sesuai dengan semua murid dan bukannya dengan sesetengah murid sahaja. Langkah menganlisis murid mungkin berbeza mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan.
  • 4. 4 Soalan 2 Why are learning objectives an important aspect of lesson planning ? Langkah kedua dalam model ASSURE adalah penyedian objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Penetapan objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran amat perlu bagi memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai ( Yusup , 2006 ). Contohnya dalam topik bearing georafi tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. Maka pembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran, obejktif yang hendak dicapai adalah aspek yang sangat penting. Ini kerana berdasarkan objektif yang hendak dicapai, guru boleh memilih atau menyediakan sumber pembelajaran yang sesuai dengan murid. Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan semestinya pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan media pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang dan mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui objektif juga guru dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang diingini oleh guru tercapai atau tidak.
  • 5. 5 Objektif pembelajaran akan membantu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah / strategi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan. Biasanya model ASSURE dikaitan dengan penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu menentukan objektif yang sesuai sebelum memilih media yang sesuai dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Contohnya, objektif pembelajaran yang hendak dicapai adalah murid boleh menghantar emel kepada rakan-rakan mereka. Berdasarkan objektif ini, guru boleh membuat tempahan bilik komputer, memastikan semua komputer boleh digunakan, capaian internet berfungsi dan paling penting ialah semua murid mempunyai emel masing-masing. Hal-hal sebegini dilakukan dengan melihat objektif pelajaran yang hendak dicapai. Selain itu, objektif pembelajaran juga penting sebagai asas untuk membuat penilaian. Guru boleh merancang penilaian yang sesuai dengan murid berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijlalakan oleh guru. Hasil pembelajaran murid digunakan untuk menyediakan penilaian untuk mengukur pengetahuan dan pencapaian murid setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Objektif pembelajaran boleh digunakan oleh murid sebagai asas untuk membuat persediaan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid juga boleh turut serta dalam aktiviti di bilik darjah sekiranya mereka mengetahui objektif pembelajaran pada hari tersebut. Menjadi tanggungjawab guru untuk untuk melaksaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang adil untuk semua murid. Manakala, murid pula perlu memberikan kerjasama yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
  • 6. 6 Soalan 3 What are the four components of a well-written objectives? Menurut Smaldino et. al ( 2005 ), terdapat empat langkah atau komponen yang perlu diketahui oleh guru sebelum menetapkan sesuatu objektif pembelajaran. Komponen ini dikenali sebagai ABCDs. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru menetapkan objektif pembelajaran berdasarkan : a. A – Audience b. B – Behaviour c. C – Conditions d. D – Degree Audience Fokus utama aktiviti pembelajaran adalah supaya murid dapat mengetahui dan boleh melaksanakan apa yang telah dipelajari selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sangat penting untuk mengetahui siapakah golongan sasar ( murid ) sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Contohya, mungkin untuk murid tahun 4 ataupun untuk pelajar tingkatan 1. Komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar itu aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran pembelajaran. Behaviour Komponen ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif mestilah menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur
  • 7. 7 seperti menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan dapat menghuraikan objektif dengan jelas. Conditions Objektif pembelajaran seharusnya jelas tentang bagaimana obejktif hendak dicapai. Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah termasuk syarat tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana dan langkah pengajaran pembelajaran. Degree Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras 2 atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Kriteria berkenaan dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif. Contoh penulisan objektif bagi tajuk Sekolahku, Bahasa Malaysia Tahun 6 adalah seperti berikut : Pada akhir pembelajaran murid dapat : Aras 1 : Menulis dan menyusun maklumat mengikut kronologi. Aras 3 : Menghuraikan isi utama dan isi sampingan yang terdapat dalam teks. Objektif pembelajaran dapat diperoleh daripada kurikulum standard, buku teks, pembelajaran atas talian, ataupun apa sahaja bahan instruksional yang ditulis menggunakan komponen ABCDs. Guru boleh membuat ubah suai objektif pembelajaran berdasarkan keperluan murid walaupun objektif pembelajaran telah ditetapkan lebih awal oleh pihak berkuasa.
  • 8. 8 Bibliografi Heinich, R., Molenda, M. Russel, J. D., & Smaldino, S. E. (2005). Instructional media and technologies for learning. Ohio: Prentice-Hall. Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowter, James D. Russel. ( 2012 ). Instructional Technology and Media for Learning, Boston, Pearson Education Inc. Yusup Hashim. ( 2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum dan Instruksi sumber dari http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologiinstruksional.html