SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
TATACARA DISIPLIN MURID
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan
mendidik dalam ertikata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat
bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui
peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan social secara
amnya, di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal.
2.0 PIHAK BERKUASA DISIPLIN
Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,
Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan
bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di
sekolah itu.
Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar
diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan
hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan
dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang
difikirkannya patut.
Selain Guru Besar, Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi kuasa
bagi menjaga disiplin di sekolah-sekolah. Apabila menerima perintah bertulis
sama ada dari Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar, Guru Besar di bawah
kuasa yang diberi oleh Peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959, hendaklah segera mematuhi perintah itu.
3.0 PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI
1
DALAM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN.
3.1 Di samping kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pihak berkuasa
disiplin sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil,
dalam pelaksanaannya, pihak berkuasa disiplin haruslah mengamalkan
keadilan. Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural
justice’ hendaklah juga diberi perhatian.
3.2 Hak untuk didengar (hearing). Peraturan ini menentukan bahawa
seseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak untuk membela
diri dan ini merangkumi keseluruhan maksud prosedur yang adil
sehinggalah dalam hal-hal mengendalikan masalah kanak-kanak.
3.3 Peluang yang diberi haruslah munasabah. Seseorang itu haruslah
mendapat peluang yang menyatakan kesnya dan dia juga belum boleh
didapati bersalah atas sebarang salah laku yang membolehkan dia
dihukum atau hukuman berkenaan yang dicadangkan itu lebih berat dan
melampau daripada apa yang sepatutnya dia terima.
3.4 Walau bagaimana pun, pihak berkuasa disiplin tidaklah diharapkan
bertindak seperti di mahkamah. Sesuatu kes itu boleh didengar secara
lisan atau dimaklumkan secara bertulis dan ini bergantunglah kepada sifat
dan beratnya tuduhan itu.
4.0 LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL
4.1 Langkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan.
Tanggungjawab Guru Besar adalah mempastikan kebenaran aduan itu
dan mempastikan sama ada kes itu bersabit (prima facie) atau tidak.
Langkah berikutnya adalah membuat siasatan awal serta mengumpul
bukti serta menentukan kebenaran dan bukti-bukti tuduhan.
2
4.2 Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk menjawab
kes bersabit (prima facie) itu. Sebelum mengenakan sebarang perintah
hukuman, peluang yang munasabah hendaklah diberi kepada murid itu
untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya.
4.3 Langkah Ketiga haruslah diambil untuk membolehkan murid beri sebab (
To Show Cause ) jika murid itu menafikan kesalahannya. Maksud beri
sebab di sini adalah pihak berkenaan itu diberi peluang untuk menyatakan
kesnya, iaitu untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan-
tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul.
4.4 Langkah Keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan
dapatan Guru Besar.
4.4.1 Dapatan Guru Besar
Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan yang memuaskan
dan dia dapat membebaskan dirinya daripada tuduhan yang
dihadapkan kepadanya, maka Guru Besar boleh membuat
keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan
selanjutnya adalah tidak perlu.
4.4.2 Pengakuan atau Didapati bersalah
Jika murid mengaku melakukan salah laku, sebagai alternatif,
selepas mendengar keterangan Guru Besar mendapati bahawa
tuduhan itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah
membuat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan
terhadap pesalah itu.
5.0 FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM
DASAR GURU BESAR TERHADAP HUKUMAN
3
Mengenai kesalahan-kesalahan yang terkumpul di bawah undang-
undang jenayah umum di mana jenayah yang diadukan itu tidak dilakukan
dalam kawasan sekolah, walau pun mengambil tindakan disiplin tidak
dilarang, adalah lebih baik bagi Guru Besar menunggu hasil keputusan
mahkamah sebelum tindakan disiplin dikenakan.
Masalah Hukuman
Adalah jelas berbagai-bagai salah laku mungkin berlaku di sekolah, di mana
hukuman-hukumannya tidak dapat ditentukan dengan berpandukan kepada
undang-undang sebab undang-undang telah meletakkan kuasa mutlak kepada
Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai.
Setelah mendengar sesuatu kes itu, Guru Besarlah orang yang lebih
memahami akan fakta-fakta dan keadaan-keadaan dalam masa salah laku itu
terjadi. Dialah yang lebih menyedari akan sifat dan latar belakang murid yang
melakukan kesalahan itu. Dengan itu, Guru Besarlah juga orang yang amat
sesuai menentukan apakah hukuman yang paling setimpal bagi sesuatu salah
laku yang berkaitan.
Tindakan-tindakan disiplin kerana kesalahan yang dilakukan hendaklah bersifat
adil dan tegas supaya dengan tindakan-tindakan itu, murid dapat dibimbing ke
jalan yang menghindarkannya dari melakukan perbuatan-perbuatan salah laku
yang sama. Dengan demikian dapatlah murid itu memahami perlunya ia
berbudi bahasa, bermurah hati, mempunyai keluhuran diri dan juga mempunyai
sifat merendahkan diri dan juga mempunyai aturan dan disiplin yang baik.
Faktor-faktor penting yang patut dijadikan asas dalam dasar Guru Besar
menyeragamkan tindakan mengenakan hukuman adalah seperti berikut ;
5.1 Beratnya Kesalahan
4
Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan.
Cara pemeringkatannya bergantung kepada tujuan orang yang membuat
kesalahan itu dan setakat mana perbuatan itu membahayakan. Lebih kuat
tujuan sesuatu perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang
didatangkan, maka lebih beratlah pula hukuman yang patut diberikan.
5.2 Perwatakan dan latar Belakang Murid.
Dalam menentukan apa hukuman yang sesuai, Guru Besar tidak
sepatutnya berpuas hati setakat menyesuaikan hukuman dengan
kesalahan. Pertimbangan hendaklah diberi kepada perwatakan, sejarah
dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan. Hukuman yang
dikenakan tidak sepatutnya disesuaikan dengan kesalahan tetapi juga
kepada yang melakukan kesalahan itu.
5.3 Kekerapan Kesalahan dan kesungguhan Murid Yang melakukannya.
Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid
itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman yang boleh dikenakan.
6.0 PENGERTIAN HUKUM
Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman yang
menyakitkan bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga unsur utama dalam
pengertian hukuman ;
6.1 Ia hendaklah merupakan aspek hukuman yang bersifat memberi balasan
kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
6.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas
yang dihukum.
6.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke
atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang
5
7.0
8.0
menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.
NILAI HUKUMAN
7.1 Pertimbangan hendaklah dibuat oleh Guru Besar tentang keperluan
mengenakan sesuatu hukuman yang boleh memberi kesan mencegah
bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan
kesalahan yang serupa, tetapi juga kepada yang melakukan salah laku itu
sendiri supaya mereka tidak mengulangi salah laku itu. Satu system
hukuman bersifat mencegah adalah bergantung kepada beratnya
hukuman itu.
7.2 Guru Besar juga hendaklah menimbangkan pemulihan sebagai satu
unsure hukuman iaitu hukuman yang dikenakan sesuai dengan yang
bersalah. Dalam memberi pertimbangan kepada hal ini, Guru Besar
hendaklah jangan lupa akan perlunya hukuman untuk salah laku yang
telah dilakukan dan perlunya hukuman itu menjadi sebagai pencegah
kepada murid-murid lain yang mungkin melakukan kesalahan yang
serupa.
HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN
8.1 Pembuangan
Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkahlaku yang
mengganggu berulang-ulang kali dan didapati tidak berubah selepas
tindakan memulihnya diambil oleh Guru Besar atau tingkah lakunya
mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan
terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah
mengarahkan pembuangannya dari sekolah.
8.2 Penggantungan
Dalam keadaan di mana seorang murid itu berkelakuan liar dan
mengganggu sehingga perlu ia diasingkan dari sekolah manakala
6
menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk
menghadapinya, Guru Besar boleh mengarahkan penggantungan
persekolahan murid itu. Penggantungan merupakan satu arahan di mana
seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau
menikmati sesuatau kemudahan sekolah. Penggantungan adalah bersifat
sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan.
8.3 Lain-lain Hukuman Biasa
Dalam hal ini, Guru Besar dikehendaki menggunakan budi bicaranya
dengan bijak dalam mengenakan sebarang hukuman yang difikirkan
sesuai. Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti yang
berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai atau lain-lain hukuman
yang liar hendaklah dielakkan. Di antara hukuman-hukuman biasa yang
boleh dikenakan adalah seperti berikut ;
8.3.1 Hukuman Dera ( corporal punishment )
Hukuman dera ( rotan ) boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-
murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan
dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Di
bawah peraturan ini [ Subperaturan 5 (1) ] menjelaskannya dengan
syarat bahawa ;
( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah
dilarang ; dan
( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau
lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan
dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di
punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah
dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
8.3.2 Penahanan ( detention )
7
Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat
( delinquent ) supaya tingkah lakunya pada masa akan dating
diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya
dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan
penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam
seseorang itu ditahan.
8.3.3 Denda
Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah
kepada Guru Besar ingin mempertimbangkan secara teliti hubungan
antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk
membayar denda itu.
8.3.4 Amaran
Amaran adalah sesuai apabila Guru besar, setelah
mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid
yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah
kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.
9.0 HUKUMAN DERA ( CORPORAL PUNISHMENT )
8
Hukuman Dera yang dimaksudkan adalah Rotan, di mana boleh dikenakan
( kecuali ke atas murid-murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Hukuman
Dera atau Rotan adalah sangat berguna dan berkesan apabila dijalankan sebaik-baik
sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Namun begitu ianya hendaklah
dibuat setelah sesuatu salah laku itu telah dapat disahkan. Kesan hukuman dera
bukan hanya sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya
ke atas yang melakukan kesalahan itu sendiri.
Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, hukuman dera
hendaklah dijalankan oleh Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar
yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama ada secara nyata atau khas iaitu
mengikut keadaan. Adalah mustahak bagi Guru Besar yang menurunkan kuasa
hukuman dera kepada guru lain mempertimbangkan hubungan antara murid
berkenaan dengan guru yang menjalankan hukuman dera itu. Dalam hal mengenakan
hukuman yang menyebabkan rasa sakit seperti yang dibuat melalui hukuman dera,
hukuman hanya dapat diterima jika murid itu mempunyai perasaan suka atau
sekurang-kurangnya hormat kepada guru yang menjalankan hukuman itu. Murid yang
berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman dera itu adalah dibuat untuk
kepentingan dan kebajikannya sendiri.
Hukuman Dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan
rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang dilapik
dengan pakaian. Guru Besar mestilah mencatatkan hukuman dera yang dikenakan
dalam satu buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan,
bahagian anggota dirotan ( tapak tangan atau punggung ) tarikh dan tandatangan
Guru Besar dan seorang Guru yang menjadi saksi.
Hukuman Rotan merupakan salah satu pilihan hukuman yang boleh dibuat oleh
Pengetua dan Guru Besar bagi mengawal disiplin murid di sekolah. Hukuman ini yang
9
kadang-kadang dilihat sebagai keterlaluan oleh sesetengah pihak, namun ianya
masih diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu. Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ( 1979 ) juga telah memperakukan
hukuman ini di mana dalam Perakuan 76 jawatankuasa tersebut menjelaskan ;
No. Perakuan 76 ; Adalah diperakukan bahawa :
( a ) Langkah-langkah yang positif hendaklah diambil untuk menyemai
dan mengawas disiplin murid-murid di sekolah dengan melibatkan
semua guru, dan bukan setakat Guru-Guru pengawas disiplin dan
pengawas murid-murid sahaja.
( b ) Hukuman Dera kepada murid-murid seperti merotan hendaklah
dikekalkan. Guru Besar dan Guru-Guru lain yang tertentu diberi
kuasa untuk merotan. Di samping itu Guru-Guru tersebut
hendaklah diberi garis-garis panduan dalam menggunakan
hukuman dera serta cara dan bila hukuman itu bolehdikenakan.
Bagi menjelaskan lagi tatacara yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan hukuman
rotan, peruntukan dalam Peraturan 4 , 5 ( 1 ) dan 5 ( 2 ) serta ( 6 ), Peraturan-
Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang digubal di bawah Ordinan
Pelajaran 1957 perlu dirujuk.
Peraturan 4 , memperuntukkan ;
“ Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin
sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-
Guru dan murid-murid sekolah itu. ”
Peraturan 5 ( 1 ), memperuntukkan ;
10
“ Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar
hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah
yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –
( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah
dilarang ; dan
( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau
lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan
dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung
yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya
oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi
olehnya dalam hal yang tertentu.
Peraturan 5 ( 2 ), pula memperuntukkan ;
“ Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan ( 1 ) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang
diluluskan oleh Pendaftar. ”
Peraturan 6, memperuntukkan ;
“ Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk
kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan
kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru
lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi
maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru
atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan
tertentu:
11
Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh
diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. ”
10.0 RUMUSAN
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah dirumuskan kuasa dan tindakan
merotan seperti berikut ;
10.1 Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi
sekolahnya dan bagi menentukan disiplin, mereka mempunyai kuasa
menjalankan hukuman rotan kepada murid di sekolahnya. Oleh yang
demikian juga mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan
memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu
disiplin di sekolah masing-masing.
10.2 Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan
guru-guru yang diturunkan kuasa hendaklah sentiasa menyedari
bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan.
Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk
mendisiplinkan murid dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan
fizikal dan mental murid.
10.3 Hukuman Dera yang dimaksudkan oleh peraturan ini hanya melibatkan
hukuman rotan sahaja. Hukuman ini menggunakan rotan yang ringan.
Hukuman rotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan. Ini
bermakna apa-apa bentuk deraan yang lain seperti menampar,
mencubit, menumbuk, mengetuk dengan tangan atau menggunakan
pembaris atau lain-lain alat atau lain-lain tindakan seumpamanya adalah
tidak dibenarkan sama sekali di bawah peraturan ini.
10.4 Hukuman rotan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan perlu
mematuhi peruntukan seperti dalam peraturan yang disebutkan di atas.
12
Hukuman rotan hendaklah seboleh-bolehnya dilakukan sendiri oleh
Pengetua dan Guru Besar kerana merekalah orang yang diberi kuasa
membuat keputusan terhadap hukuman tersebut.
10.5 Walau bagaimanapun Pengetua dan Guru Besar masih boleh
menurunkan kuasa tersebut kepada guru-guru lain yang berdaftar dan
perlu mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Tempat yang boleh
dirotan hanya melibatkan tapak tangan dan punggung yang berlapik
dengan pakaian. Ini bermakna kawasan lain daripada dua tersebut
tidak dibenarkan.
10.6 Pengetua, Guru Besar atau guru-guru yang diturunkan kuasa dalam
melaksanakan hukuman tersebut hendaklah melaksanakan hukuman ini
bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi
pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya.
10.7 Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik
yang sedang berlangsung proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah
dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta
menimbulkan kesan negative terhadap perkembangan keperibadian
murid berkenaan.
10.8 Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru
sebagai saksi.
10.9 Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa
mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan
hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu. Selepas mengenakan
satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman hendaklah mengangkat
rotan dan tidak menariknya.
13
10.10 Sekiranya pengetua atau guru besar hendak menurunkan kuasa kepada
guru lain dalam melaksanakan hukuman rotan, maka surat penurunan
kuasa hendaklah dikeluarkan kepada guru tersebut.
Hukuman Rotan bukanlah merupakan satu-satunya pendekatan untuk mendisiplinkan
murid. Ia hendaklah digunakan sebagai langkah akhir setelah semua usaha
membimbing dan kaunseling telah dilaksanakan.
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
14

More Related Content

What's hot

Polemik hukuman (punishment) siswa
Polemik hukuman (punishment) siswaPolemik hukuman (punishment) siswa
Polemik hukuman (punishment) siswaeLLa_AJA
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebayanazri15
 
Ketidakjujuran dalam Pelaksanaan Ujian Nasional: Tinjauan dari Sudut Pandang ...
Ketidakjujuran dalam Pelaksanaan Ujian Nasional: Tinjauan dari Sudut Pandang ...Ketidakjujuran dalam Pelaksanaan Ujian Nasional: Tinjauan dari Sudut Pandang ...
Ketidakjujuran dalam Pelaksanaan Ujian Nasional: Tinjauan dari Sudut Pandang ...Joko Prasetiyo
 
Tugas Sosiologi Kenakalan Remaja (Tawuran)
Tugas Sosiologi Kenakalan Remaja (Tawuran)Tugas Sosiologi Kenakalan Remaja (Tawuran)
Tugas Sosiologi Kenakalan Remaja (Tawuran)Fiiyya
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianirosesani1
 
Sosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarSosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarNita Mardiana
 
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habisMakalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habisHardi Stiper
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL Santa Barbara
 
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...Nur Alfiyatur Rochmah
 
Teknik Guru Pendidikan Agama Hindu dalam Menciptakan Pembelajaran Berbasis PA...
Teknik Guru Pendidikan Agama Hindu dalam Menciptakan Pembelajaran Berbasis PA...Teknik Guru Pendidikan Agama Hindu dalam Menciptakan Pembelajaran Berbasis PA...
Teknik Guru Pendidikan Agama Hindu dalam Menciptakan Pembelajaran Berbasis PA...Goes Jiant
 

What's hot (20)

Polemik hukuman (punishment) siswa
Polemik hukuman (punishment) siswaPolemik hukuman (punishment) siswa
Polemik hukuman (punishment) siswa
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
 
Tugasan afif
Tugasan afifTugasan afif
Tugasan afif
 
Orps & urps (edi)
Orps & urps (edi)Orps & urps (edi)
Orps & urps (edi)
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Ketidakjujuran dalam Pelaksanaan Ujian Nasional: Tinjauan dari Sudut Pandang ...
Ketidakjujuran dalam Pelaksanaan Ujian Nasional: Tinjauan dari Sudut Pandang ...Ketidakjujuran dalam Pelaksanaan Ujian Nasional: Tinjauan dari Sudut Pandang ...
Ketidakjujuran dalam Pelaksanaan Ujian Nasional: Tinjauan dari Sudut Pandang ...
 
Guru mencabul emosi murid
Guru mencabul  emosi muridGuru mencabul  emosi murid
Guru mencabul emosi murid
 
Tugas Sosiologi Kenakalan Remaja (Tawuran)
Tugas Sosiologi Kenakalan Remaja (Tawuran)Tugas Sosiologi Kenakalan Remaja (Tawuran)
Tugas Sosiologi Kenakalan Remaja (Tawuran)
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal riani
 
Sosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarSosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajar
 
Devian
DevianDevian
Devian
 
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habisMakalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 
Tugasan Afif
Tugasan AfifTugasan Afif
Tugasan Afif
 
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Teknik Guru Pendidikan Agama Hindu dalam Menciptakan Pembelajaran Berbasis PA...
Teknik Guru Pendidikan Agama Hindu dalam Menciptakan Pembelajaran Berbasis PA...Teknik Guru Pendidikan Agama Hindu dalam Menciptakan Pembelajaran Berbasis PA...
Teknik Guru Pendidikan Agama Hindu dalam Menciptakan Pembelajaran Berbasis PA...
 

Viewers also liked

Charla con funcionarios versión corta
Charla con funcionarios versión cortaCharla con funcionarios versión corta
Charla con funcionarios versión cortaluzserrano
 
Primer on Economic Development
Primer on Economic DevelopmentPrimer on Economic Development
Primer on Economic DevelopmentStephanie Lindley
 
2009 Retail Development Seminar
2009 Retail Development Seminar2009 Retail Development Seminar
2009 Retail Development SeminarStephanie Lindley
 
Getting to the Heart of the Matter: Communities and Health Systems Strengthening
Getting to the Heart of the Matter: Communities and Health Systems StrengtheningGetting to the Heart of the Matter: Communities and Health Systems Strengthening
Getting to the Heart of the Matter: Communities and Health Systems Strengtheningjehill3
 
Knallen met Content & Basic SEO tips voor ondernemers
Knallen met Content & Basic SEO tips voor ondernemersKnallen met Content & Basic SEO tips voor ondernemers
Knallen met Content & Basic SEO tips voor ondernemersWieger Waardenburg
 
Partnership Defined Quality: Acting it Out!
Partnership Defined Quality: Acting it Out!Partnership Defined Quality: Acting it Out!
Partnership Defined Quality: Acting it Out!jehill3
 
Solucion lectura 3[1]
Solucion lectura 3[1]Solucion lectura 3[1]
Solucion lectura 3[1]guest531f33
 
Study Abroad In A Transparent World
Study Abroad In A Transparent WorldStudy Abroad In A Transparent World
Study Abroad In A Transparent WorldPennySchouten
 
C:\Documents And Settings\Acloutier\Desktop\Mat March11,2009 Frames Of Mind Umd
C:\Documents And Settings\Acloutier\Desktop\Mat March11,2009 Frames Of Mind UmdC:\Documents And Settings\Acloutier\Desktop\Mat March11,2009 Frames Of Mind Umd
C:\Documents And Settings\Acloutier\Desktop\Mat March11,2009 Frames Of Mind UmdAnnie c. Cloutier
 
Osb studija slucaja sgsb-a.ppt [compatibility m
Osb studija slucaja sgsb-a.ppt [compatibility mOsb studija slucaja sgsb-a.ppt [compatibility m
Osb studija slucaja sgsb-a.ppt [compatibility mOracle Hrvatska
 
Space Camp - Barcelona - English
Space Camp - Barcelona - EnglishSpace Camp - Barcelona - English
Space Camp - Barcelona - EnglishXavier Alabart
 
Taller salud ocupacional
Taller salud ocupacionalTaller salud ocupacional
Taller salud ocupacionalguest531f33
 
ΦΥΣΙΚΕΣ ΕΠΙΣΤΗΜΕΣ_ΒΚ_ΔΙΑΔΙΚΤΥΟ
ΦΥΣΙΚΕΣ ΕΠΙΣΤΗΜΕΣ_ΒΚ_ΔΙΑΔΙΚΤΥΟΦΥΣΙΚΕΣ ΕΠΙΣΤΗΜΕΣ_ΒΚ_ΔΙΑΔΙΚΤΥΟ
ΦΥΣΙΚΕΣ ΕΠΙΣΤΗΜΕΣ_ΒΚ_ΔΙΑΔΙΚΤΥΟEllh
 
东华家园使用手册
东华家园使用手册东华家园使用手册
东华家园使用手册wong eric
 

Viewers also liked (20)

xarxes
xarxesxarxes
xarxes
 
Charla con funcionarios versión corta
Charla con funcionarios versión cortaCharla con funcionarios versión corta
Charla con funcionarios versión corta
 
Primer on Economic Development
Primer on Economic DevelopmentPrimer on Economic Development
Primer on Economic Development
 
2009 Retail Development Seminar
2009 Retail Development Seminar2009 Retail Development Seminar
2009 Retail Development Seminar
 
Perimetros areas para blogs
Perimetros areas para blogsPerimetros areas para blogs
Perimetros areas para blogs
 
Getting to the Heart of the Matter: Communities and Health Systems Strengthening
Getting to the Heart of the Matter: Communities and Health Systems StrengtheningGetting to the Heart of the Matter: Communities and Health Systems Strengthening
Getting to the Heart of the Matter: Communities and Health Systems Strengthening
 
Knallen met Content & Basic SEO tips voor ondernemers
Knallen met Content & Basic SEO tips voor ondernemersKnallen met Content & Basic SEO tips voor ondernemers
Knallen met Content & Basic SEO tips voor ondernemers
 
Doc4400
Doc4400Doc4400
Doc4400
 
Partnership Defined Quality: Acting it Out!
Partnership Defined Quality: Acting it Out!Partnership Defined Quality: Acting it Out!
Partnership Defined Quality: Acting it Out!
 
Workshop Damascus ANIE 2009
Workshop Damascus ANIE 2009Workshop Damascus ANIE 2009
Workshop Damascus ANIE 2009
 
Solucion lectura 3[1]
Solucion lectura 3[1]Solucion lectura 3[1]
Solucion lectura 3[1]
 
Study Abroad In A Transparent World
Study Abroad In A Transparent WorldStudy Abroad In A Transparent World
Study Abroad In A Transparent World
 
C:\Documents And Settings\Acloutier\Desktop\Mat March11,2009 Frames Of Mind Umd
C:\Documents And Settings\Acloutier\Desktop\Mat March11,2009 Frames Of Mind UmdC:\Documents And Settings\Acloutier\Desktop\Mat March11,2009 Frames Of Mind Umd
C:\Documents And Settings\Acloutier\Desktop\Mat March11,2009 Frames Of Mind Umd
 
Osb studija slucaja sgsb-a.ppt [compatibility m
Osb studija slucaja sgsb-a.ppt [compatibility mOsb studija slucaja sgsb-a.ppt [compatibility m
Osb studija slucaja sgsb-a.ppt [compatibility m
 
Space Camp - Barcelona - English
Space Camp - Barcelona - EnglishSpace Camp - Barcelona - English
Space Camp - Barcelona - English
 
Taller salud ocupacional
Taller salud ocupacionalTaller salud ocupacional
Taller salud ocupacional
 
ΦΥΣΙΚΕΣ ΕΠΙΣΤΗΜΕΣ_ΒΚ_ΔΙΑΔΙΚΤΥΟ
ΦΥΣΙΚΕΣ ΕΠΙΣΤΗΜΕΣ_ΒΚ_ΔΙΑΔΙΚΤΥΟΦΥΣΙΚΕΣ ΕΠΙΣΤΗΜΕΣ_ΒΚ_ΔΙΑΔΙΚΤΥΟ
ΦΥΣΙΚΕΣ ΕΠΙΣΤΗΜΕΣ_ΒΚ_ΔΙΑΔΙΚΤΥΟ
 
Change attitudes and behaviors
Change attitudes and behaviorsChange attitudes and behaviors
Change attitudes and behaviors
 
Pato 3
Pato  3Pato  3
Pato 3
 
东华家园使用手册
东华家园使用手册东华家园使用手册
东华家园使用手册
 

Similar to Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Julia Anap
 
ruang kolaborasi Modul 3.1 kelompok 1 benar V benar
ruang kolaborasi  Modul 3.1 kelompok 1 benar V benarruang kolaborasi  Modul 3.1 kelompok 1 benar V benar
ruang kolaborasi Modul 3.1 kelompok 1 benar V benarAfachrawatiakAfachra
 
Bab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinBab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinzuraidanasri
 
tugas Calon Guru penggerak modul 3.1. pengambilan keputusan
tugas Calon Guru penggerak modul 3.1. pengambilan keputusantugas Calon Guru penggerak modul 3.1. pengambilan keputusan
tugas Calon Guru penggerak modul 3.1. pengambilan keputusanmasjono8
 
Rukol Modul 3.1 Kelompok 1 pgp angkatan 9
Rukol Modul 3.1 Kelompok 1 pgp angkatan 9Rukol Modul 3.1 Kelompok 1 pgp angkatan 9
Rukol Modul 3.1 Kelompok 1 pgp angkatan 9suciyuliastuti57
 
Desiplin dlm perfektif pddk l
Desiplin dlm perfektif pddk lDesiplin dlm perfektif pddk l
Desiplin dlm perfektif pddk lManaf Abdul
 
Ruang Kolaborasi Modul 3.1 pengambilan keputusan berbasis nilai kebajikan
Ruang Kolaborasi Modul 3.1 pengambilan keputusan berbasis nilai kebajikanRuang Kolaborasi Modul 3.1 pengambilan keputusan berbasis nilai kebajikan
Ruang Kolaborasi Modul 3.1 pengambilan keputusan berbasis nilai kebajikanNurulLutfiah2
 
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)R Nadhir
 
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikanBahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikanRestiweni Restiweni
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanRahmadhani Ulfahmi
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanMirda Rinii
 
Bahasan 1 ruang lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 ruang lingkup alat media pendidikanBahasan 1 ruang lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 ruang lingkup alat media pendidikanNirmala Sari
 

Similar to Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008 (20)

Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
ruang kolaborasi Modul 3.1 kelompok 1 benar V benar
ruang kolaborasi  Modul 3.1 kelompok 1 benar V benarruang kolaborasi  Modul 3.1 kelompok 1 benar V benar
ruang kolaborasi Modul 3.1 kelompok 1 benar V benar
 
Bab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinBab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplin
 
tugas Calon Guru penggerak modul 3.1. pengambilan keputusan
tugas Calon Guru penggerak modul 3.1. pengambilan keputusantugas Calon Guru penggerak modul 3.1. pengambilan keputusan
tugas Calon Guru penggerak modul 3.1. pengambilan keputusan
 
Teori-teori Belajar
Teori-teori BelajarTeori-teori Belajar
Teori-teori Belajar
 
Dyna
DynaDyna
Dyna
 
Rukol Modul 3.1 Kelompok 1 pgp angkatan 9
Rukol Modul 3.1 Kelompok 1 pgp angkatan 9Rukol Modul 3.1 Kelompok 1 pgp angkatan 9
Rukol Modul 3.1 Kelompok 1 pgp angkatan 9
 
Desiplin dlm perfektif pddk l
Desiplin dlm perfektif pddk lDesiplin dlm perfektif pddk l
Desiplin dlm perfektif pddk l
 
Ruang Kolaborasi Modul 3.1 pengambilan keputusan berbasis nilai kebajikan
Ruang Kolaborasi Modul 3.1 pengambilan keputusan berbasis nilai kebajikanRuang Kolaborasi Modul 3.1 pengambilan keputusan berbasis nilai kebajikan
Ruang Kolaborasi Modul 3.1 pengambilan keputusan berbasis nilai kebajikan
 
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
 
Ptk asli
Ptk asliPtk asli
Ptk asli
 
Ptk asli
Ptk asliPtk asli
Ptk asli
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikanBahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1
Bahasan 1 Bahasan 1
Bahasan 1
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 ruang lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 ruang lingkup alat media pendidikanBahasan 1 ruang lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 ruang lingkup alat media pendidikan
 

Recently uploaded

PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 

Recently uploaded (20)

PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 

Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

  • 1. TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 1.0 PENDAHULUAN Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan mendidik dalam ertikata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan social secara amnya, di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. 2.0 PIHAK BERKUASA DISIPLIN Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu. Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut. Selain Guru Besar, Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah-sekolah. Apabila menerima perintah bertulis sama ada dari Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar, Guru Besar di bawah kuasa yang diberi oleh Peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, hendaklah segera mematuhi perintah itu. 3.0 PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI 1
  • 2. DALAM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN. 3.1 Di samping kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pihak berkuasa disiplin sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil, dalam pelaksanaannya, pihak berkuasa disiplin haruslah mengamalkan keadilan. Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural justice’ hendaklah juga diberi perhatian. 3.2 Hak untuk didengar (hearing). Peraturan ini menentukan bahawa seseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak untuk membela diri dan ini merangkumi keseluruhan maksud prosedur yang adil sehinggalah dalam hal-hal mengendalikan masalah kanak-kanak. 3.3 Peluang yang diberi haruslah munasabah. Seseorang itu haruslah mendapat peluang yang menyatakan kesnya dan dia juga belum boleh didapati bersalah atas sebarang salah laku yang membolehkan dia dihukum atau hukuman berkenaan yang dicadangkan itu lebih berat dan melampau daripada apa yang sepatutnya dia terima. 3.4 Walau bagaimana pun, pihak berkuasa disiplin tidaklah diharapkan bertindak seperti di mahkamah. Sesuatu kes itu boleh didengar secara lisan atau dimaklumkan secara bertulis dan ini bergantunglah kepada sifat dan beratnya tuduhan itu. 4.0 LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL 4.1 Langkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan. Tanggungjawab Guru Besar adalah mempastikan kebenaran aduan itu dan mempastikan sama ada kes itu bersabit (prima facie) atau tidak. Langkah berikutnya adalah membuat siasatan awal serta mengumpul bukti serta menentukan kebenaran dan bukti-bukti tuduhan. 2
  • 3. 4.2 Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk menjawab kes bersabit (prima facie) itu. Sebelum mengenakan sebarang perintah hukuman, peluang yang munasabah hendaklah diberi kepada murid itu untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya. 4.3 Langkah Ketiga haruslah diambil untuk membolehkan murid beri sebab ( To Show Cause ) jika murid itu menafikan kesalahannya. Maksud beri sebab di sini adalah pihak berkenaan itu diberi peluang untuk menyatakan kesnya, iaitu untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan- tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul. 4.4 Langkah Keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan dapatan Guru Besar. 4.4.1 Dapatan Guru Besar Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan yang memuaskan dan dia dapat membebaskan dirinya daripada tuduhan yang dihadapkan kepadanya, maka Guru Besar boleh membuat keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan selanjutnya adalah tidak perlu. 4.4.2 Pengakuan atau Didapati bersalah Jika murid mengaku melakukan salah laku, sebagai alternatif, selepas mendengar keterangan Guru Besar mendapati bahawa tuduhan itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah membuat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan terhadap pesalah itu. 5.0 FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR GURU BESAR TERHADAP HUKUMAN 3
  • 4. Mengenai kesalahan-kesalahan yang terkumpul di bawah undang- undang jenayah umum di mana jenayah yang diadukan itu tidak dilakukan dalam kawasan sekolah, walau pun mengambil tindakan disiplin tidak dilarang, adalah lebih baik bagi Guru Besar menunggu hasil keputusan mahkamah sebelum tindakan disiplin dikenakan. Masalah Hukuman Adalah jelas berbagai-bagai salah laku mungkin berlaku di sekolah, di mana hukuman-hukumannya tidak dapat ditentukan dengan berpandukan kepada undang-undang sebab undang-undang telah meletakkan kuasa mutlak kepada Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai. Setelah mendengar sesuatu kes itu, Guru Besarlah orang yang lebih memahami akan fakta-fakta dan keadaan-keadaan dalam masa salah laku itu terjadi. Dialah yang lebih menyedari akan sifat dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan itu. Dengan itu, Guru Besarlah juga orang yang amat sesuai menentukan apakah hukuman yang paling setimpal bagi sesuatu salah laku yang berkaitan. Tindakan-tindakan disiplin kerana kesalahan yang dilakukan hendaklah bersifat adil dan tegas supaya dengan tindakan-tindakan itu, murid dapat dibimbing ke jalan yang menghindarkannya dari melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang sama. Dengan demikian dapatlah murid itu memahami perlunya ia berbudi bahasa, bermurah hati, mempunyai keluhuran diri dan juga mempunyai sifat merendahkan diri dan juga mempunyai aturan dan disiplin yang baik. Faktor-faktor penting yang patut dijadikan asas dalam dasar Guru Besar menyeragamkan tindakan mengenakan hukuman adalah seperti berikut ; 5.1 Beratnya Kesalahan 4
  • 5. Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan. Cara pemeringkatannya bergantung kepada tujuan orang yang membuat kesalahan itu dan setakat mana perbuatan itu membahayakan. Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, maka lebih beratlah pula hukuman yang patut diberikan. 5.2 Perwatakan dan latar Belakang Murid. Dalam menentukan apa hukuman yang sesuai, Guru Besar tidak sepatutnya berpuas hati setakat menyesuaikan hukuman dengan kesalahan. Pertimbangan hendaklah diberi kepada perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan. Hukuman yang dikenakan tidak sepatutnya disesuaikan dengan kesalahan tetapi juga kepada yang melakukan kesalahan itu. 5.3 Kekerapan Kesalahan dan kesungguhan Murid Yang melakukannya. Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman yang boleh dikenakan. 6.0 PENGERTIAN HUKUM Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman yang menyakitkan bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman ; 6.1 Ia hendaklah merupakan aspek hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. 6.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum. 6.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang 5
  • 6. 7.0 8.0 menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya. NILAI HUKUMAN 7.1 Pertimbangan hendaklah dibuat oleh Guru Besar tentang keperluan mengenakan sesuatu hukuman yang boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa, tetapi juga kepada yang melakukan salah laku itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi salah laku itu. Satu system hukuman bersifat mencegah adalah bergantung kepada beratnya hukuman itu. 7.2 Guru Besar juga hendaklah menimbangkan pemulihan sebagai satu unsure hukuman iaitu hukuman yang dikenakan sesuai dengan yang bersalah. Dalam memberi pertimbangan kepada hal ini, Guru Besar hendaklah jangan lupa akan perlunya hukuman untuk salah laku yang telah dilakukan dan perlunya hukuman itu menjadi sebagai pencegah kepada murid-murid lain yang mungkin melakukan kesalahan yang serupa. HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN 8.1 Pembuangan Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkahlaku yang mengganggu berulang-ulang kali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah. 8.2 Penggantungan Dalam keadaan di mana seorang murid itu berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu ia diasingkan dari sekolah manakala 6
  • 7. menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Guru Besar boleh mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu. Penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatau kemudahan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan. 8.3 Lain-lain Hukuman Biasa Dalam hal ini, Guru Besar dikehendaki menggunakan budi bicaranya dengan bijak dalam mengenakan sebarang hukuman yang difikirkan sesuai. Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti yang berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai atau lain-lain hukuman yang liar hendaklah dielakkan. Di antara hukuman-hukuman biasa yang boleh dikenakan adalah seperti berikut ; 8.3.1 Hukuman Dera ( corporal punishment ) Hukuman dera ( rotan ) boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid- murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Di bawah peraturan ini [ Subperaturan 5 (1) ] menjelaskannya dengan syarat bahawa ; ( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan ( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu. 8.3.2 Penahanan ( detention ) 7
  • 8. Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat ( delinquent ) supaya tingkah lakunya pada masa akan dating diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan. 8.3.3 Denda Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah kepada Guru Besar ingin mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk membayar denda itu. 8.3.4 Amaran Amaran adalah sesuai apabila Guru besar, setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi. 9.0 HUKUMAN DERA ( CORPORAL PUNISHMENT ) 8
  • 9. Hukuman Dera yang dimaksudkan adalah Rotan, di mana boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Hukuman Dera atau Rotan adalah sangat berguna dan berkesan apabila dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Namun begitu ianya hendaklah dibuat setelah sesuatu salah laku itu telah dapat disahkan. Kesan hukuman dera bukan hanya sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke atas yang melakukan kesalahan itu sendiri. Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, hukuman dera hendaklah dijalankan oleh Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama ada secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan. Adalah mustahak bagi Guru Besar yang menurunkan kuasa hukuman dera kepada guru lain mempertimbangkan hubungan antara murid berkenaan dengan guru yang menjalankan hukuman dera itu. Dalam hal mengenakan hukuman yang menyebabkan rasa sakit seperti yang dibuat melalui hukuman dera, hukuman hanya dapat diterima jika murid itu mempunyai perasaan suka atau sekurang-kurangnya hormat kepada guru yang menjalankan hukuman itu. Murid yang berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman dera itu adalah dibuat untuk kepentingan dan kebajikannya sendiri. Hukuman Dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang dilapik dengan pakaian. Guru Besar mestilah mencatatkan hukuman dera yang dikenakan dalam satu buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan, bahagian anggota dirotan ( tapak tangan atau punggung ) tarikh dan tandatangan Guru Besar dan seorang Guru yang menjadi saksi. Hukuman Rotan merupakan salah satu pilihan hukuman yang boleh dibuat oleh Pengetua dan Guru Besar bagi mengawal disiplin murid di sekolah. Hukuman ini yang 9
  • 10. kadang-kadang dilihat sebagai keterlaluan oleh sesetengah pihak, namun ianya masih diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ( 1979 ) juga telah memperakukan hukuman ini di mana dalam Perakuan 76 jawatankuasa tersebut menjelaskan ; No. Perakuan 76 ; Adalah diperakukan bahawa : ( a ) Langkah-langkah yang positif hendaklah diambil untuk menyemai dan mengawas disiplin murid-murid di sekolah dengan melibatkan semua guru, dan bukan setakat Guru-Guru pengawas disiplin dan pengawas murid-murid sahaja. ( b ) Hukuman Dera kepada murid-murid seperti merotan hendaklah dikekalkan. Guru Besar dan Guru-Guru lain yang tertentu diberi kuasa untuk merotan. Di samping itu Guru-Guru tersebut hendaklah diberi garis-garis panduan dalam menggunakan hukuman dera serta cara dan bila hukuman itu bolehdikenakan. Bagi menjelaskan lagi tatacara yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan hukuman rotan, peruntukan dalam Peraturan 4 , 5 ( 1 ) dan 5 ( 2 ) serta ( 6 ), Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957 perlu dirujuk. Peraturan 4 , memperuntukkan ; “ Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru- Guru dan murid-murid sekolah itu. ” Peraturan 5 ( 1 ), memperuntukkan ; 10
  • 11. “ Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat : Dengan syarat bahawa – ( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan ( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu. Peraturan 5 ( 2 ), pula memperuntukkan ; “ Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan ( 1 ) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar. ” Peraturan 6, memperuntukkan ; “ Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: 11
  • 12. Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. ” 10.0 RUMUSAN Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah dirumuskan kuasa dan tindakan merotan seperti berikut ; 10.1 Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin, mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman rotan kepada murid di sekolahnya. Oleh yang demikian juga mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di sekolah masing-masing. 10.2 Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diturunkan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan murid dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. 10.3 Hukuman Dera yang dimaksudkan oleh peraturan ini hanya melibatkan hukuman rotan sahaja. Hukuman ini menggunakan rotan yang ringan. Hukuman rotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan. Ini bermakna apa-apa bentuk deraan yang lain seperti menampar, mencubit, menumbuk, mengetuk dengan tangan atau menggunakan pembaris atau lain-lain alat atau lain-lain tindakan seumpamanya adalah tidak dibenarkan sama sekali di bawah peraturan ini. 10.4 Hukuman rotan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan perlu mematuhi peruntukan seperti dalam peraturan yang disebutkan di atas. 12
  • 13. Hukuman rotan hendaklah seboleh-bolehnya dilakukan sendiri oleh Pengetua dan Guru Besar kerana merekalah orang yang diberi kuasa membuat keputusan terhadap hukuman tersebut. 10.5 Walau bagaimanapun Pengetua dan Guru Besar masih boleh menurunkan kuasa tersebut kepada guru-guru lain yang berdaftar dan perlu mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Tempat yang boleh dirotan hanya melibatkan tapak tangan dan punggung yang berlapik dengan pakaian. Ini bermakna kawasan lain daripada dua tersebut tidak dibenarkan. 10.6 Pengetua, Guru Besar atau guru-guru yang diturunkan kuasa dalam melaksanakan hukuman tersebut hendaklah melaksanakan hukuman ini bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. 10.7 Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negative terhadap perkembangan keperibadian murid berkenaan. 10.8 Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai saksi. 10.9 Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu. Selepas mengenakan satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman hendaklah mengangkat rotan dan tidak menariknya. 13
  • 14. 10.10 Sekiranya pengetua atau guru besar hendak menurunkan kuasa kepada guru lain dalam melaksanakan hukuman rotan, maka surat penurunan kuasa hendaklah dikeluarkan kepada guru tersebut. Hukuman Rotan bukanlah merupakan satu-satunya pendekatan untuk mendisiplinkan murid. Ia hendaklah digunakan sebagai langkah akhir setelah semua usaha membimbing dan kaunseling telah dilaksanakan. Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 14