SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Tugasan Oleh : Mohd Afif Nuruddin bin Muhamad (8PIMSP KS/PJ/PM2)

1.0 Pengenalan


      Dunia hari ini kian diancam dengan pelbagai gejala tidak sihat yang sering
diwar-warkan media. Apa yang dapat dilihat, semakin negara kita menuju ke era
globalisasi, semakin meningkat pula pelbagai gejala sosial seperti seks bebas,
penagihan dadah dan sebagainya. Perkara sebegini bukanlah perkara yang asing
bagi rakyat di Malaysia. Sektor pendidikan pula diberi tanggungjawab dalam
memainkan peranan utama untuk mendidik masyarakat dan anak-anak muda
supaya menjauhi gejala-gejala tidak bermoral. Namun, dalam beberapa tahun
kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan pula dengan artikel Utusan Malaysia
bertarikh 22 Julai 2010 yang bertajuk ‘Guru Cabul Murid Tahun Satu’.


      Guru adalah sebuah profesion yang merupakan harapan setiap lapisan
masyarakat untuk memperbaiki diri. Di mana-mana sahaja di pelusuk dunia, kerjaya
guru merupakan sebuah kerjaya yang dianggap mulia dan dipandang tinggi di sisi
masyarakat sejagat. Namun apabila perkara sebegini dikeluarkan dalam artikel
media cetak, secara amnya, kemungkinan persepsi masyarakat terhadap kerjaya
mulia seorang guru terus bertukar menjadi negatif. Dalam artikel tersebut, guru
berusia 50 tahun itu didakwa mencium pipi mangsa di belakang pintu bengkel
kemahiran hidup. Mangsa mendakwa menerima arahan guru tersebut untuk pergi ke
belakang bengkel kemahiran hidup dan tidak mengesyaki akan diperlakukan
sebegitu. Bapa mangsa telah membuat laporan di balai polis pada hari kejadian iaitu
21 Julai 2010 pada jam 8 malam.


      Sememangnya kes cabul bukanlah satu perkara yang asing di negara kita
apatah lagi dengan pengaruh pelbagai perkara seperti media dan sebagainya.
Namun sebagai insan guru, guru tersebut telah melanggar kod etika profesion
perguruan yang pertama iaitu ‘Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa
sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan’ dan kesepuluh iaitu
‘Guru tidak harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan’. Dalam kes seperti yang dilaporkan

                                         1
dalam artikel tersebut, jelas sekali guru tersebut telah melakukan kesalahan bukan
sahaja kepada murid tersebut malah kepada profesion perguruan sendiri.
      Perbuatan cabul boleh juga dilabel sebagai salah satu perbuatan gangguan
seksual. Secara umumnya terdapat 2 kategori gangguan seksual iaitu gangguan
seksual berbentuk ugutan dan juga gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap
ketenteraman peribadi. Dalam artikel tersebut, ada dinyatakan bahawa guru tersebut
memberikan arahan kepada muridnya untuk pergi ke tempat yang agak sunyi iaitu di
belakang bengkel Kemahiran Hidup dan selepas melakukan perbuatan tidak
bermoral tersebut, guru tersebut telah meminta mangsa merahsiakan kejadian
tersebut. Mangsa yang berada dalam keadaan terkejut telah lari menyembunyikan
diri dan terus memberitahu ibu-bapanya sebaik pulang ke rumah. Ini menunjukkan
guru tersebut berada dalam kategori kedua iaitu gangguan seksual secara peribadi
yang dianggap mangsa sebagai ancaman, ugutan, atau penghinaan.


      Menurut Kementerian Sumber Manusia (1999), terdapat 5 jenis gangguan
seksual yang sering berlaku dalam kalangan anggota masyarakat pada hari ini iaitu
gangguan secara lisan, isyarat, visual, fizikal, dan psikologikal. Melalui kenyataan
mangsa berkenaan perlakuan guru terbabit dalam artikel, jelas menunjukkan
mangsa telah diganggu secara fizikal iaitu melalui sentuhan ciuman. Ini merupakan
kali pertama juga guru tersebut memperlakukan gangguan seksual ke atas murid
tersebut sehinggakan murid tersebut langsung tidak mengesyaki apa-apa. Ini sekali
gus menjadikan murid tersebut berasa malu dan terhina serta telah meminta kedua
ibu-bapanya menukarkannya ke sekolah yang lain.


      Selain itu gangguan lain seperti gangguan isyarat adalah perlakuan
seseorang yang digambarkan secara menjeling, menggoda, dan merenung yang
menunjukkan keinginan seksual tanpa sebarang sentuhan. Gangguan visual pula
adalah perlakuan menghantar nota, gambar, pesanan ringkas melalui telefon
kepada mangsa yang berbaur seksual sehingga menyebabkan mangsa berasa
tersinggung dan terugut. Gangguan secara lisan pula adalah gangguan yang dapat
dilihat dalam penggunaan bahasa berunsur lucah dan berbentuk seksual ke atas
penampilan, pemakaian, dan tubuh mangsa. Gangguan seksual secara psikologikal
pula adalah mangsa yang cuba dirapati melalui dorongan dan desakan berkali-kali


                                         2
melalui pelbagai cara seperti telefon dan emel sehingga menyebabkan mangsa
tertekan secara emosi dan mental.


      Melalui laporan artikel yang telah disiarkan di dalam akhbar tersebut, jelas
menunjukkan gejala tidak bermoral sudah pun mula menular dan berleluasa.
Contohnya di sekolah seperti yang terdapat di dalam artikel ini. Gangguan seksual
yang melibatkan pendidik sememangnya sesuatu yang tidak boleh diterima
golongan masyarakat pada hari ini kerana masyarakat mengharapkan pendidiklah
yang dapat memperbaiki sikap dan nilai yang ada dalam diri murid-murid. Sekiranya
murid tahun 1 pun sudah menjadi mangsa seksual, apa lagi perkara baik yang boleh
diharapkan masyarakat kepada warga pendidik di sekolah.


      Apa pula nasib yang bakal menimpa kepada murid tersebut jika perkara ini
tersebar apabila berada di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi kelak. Ia
akan mengakibatkan tekanan emosi yang berpanjangan. Kejadian ini juga telah
menggambarkan bahawa sekolah bukan lagi sebuah institusi yang selamat. Guru
tersebut seharusnya diambil tindakan yang setimpal agar memberikan pengajaran
kepada warga pendidik yang lain dan memberitahu masyarakat bahawa perkara
seperti ini tidak dianggap remeh oleh warga atasan dalam bidang pendidikan.




                                         3
2.0 Faktor Penyebab

      Terdapat beberapa faktor berlakunya kejadian gangguan seksual khususnya
di sekolah yang melibatkan guru dan murid. Secara lazimnya, murid-murid yang
telah menjadi mangsa cabul atau gangguan seksual ini akan bertukar personalitinya
menjadi pasif, pendiam, dan mungkin juga pendendam. Ini kerana mereka yang
telah terlibat dalam gangguan ini akan berasa malu dan terhina di atas perlakuan
gangguan seksual seperti mencium dalam kes di atas. Ini selari dengan apa yang
diperkatakan Koss (1990). Apatah lagi, perbuatan itu dilakukan oleh orang yang
dihormati dan diharapkan untuk mendidiknya menjadi insan berjaya. Apakah guru
yang telah terlibat dalam kes salah laku seksual ini tidak merasakan perbuatan
mereka itu salah dan melampau.

      Faktor pertama ialah kurang memahami etika profesional perguruan seperti
yang telah termaktub dan wajib diikuti oleh setiap lapisan guru di Malaysia. Sebagai
seorang guru, kita tidak tergamak untuk melakukan perbuatan seperti mencium
murid atau gangguan seksual lain kerana ia jelas merupakan satu kesalahan dan
juga menyalahi norma kehidupan seorang pendidik. Setiap kod etika profesional
guru mempunyai fungsi tersendiri untuk menjaga batasan-batasan tertentu kerana
sebagai seorang guru yang telah dilatih dengan penuh ilmu pedagogi, nilai, dan
kaedah mengajar, profesion perguruan telah dianggap sangat mulia dan tinggi di sisi
masyarakat. Mengapa pula ia harus dirosakkan dengan godaan hawa nafsu yang
sepatutnya tidak terjadi apatah lagi kepada murid-murid yang masih dibawah umur
dan merupakan generasi pemimpin masa hadapan.

      Faktor kedua berlakunya kes gangguan seksual yang melibatkan guru adalah
pengaruh media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Pada hari ini,
apa yang dapat dilihat adalah, pengaruh media terlalu bebas tanpa ada sebarang
sekatan. Bahan-bahan berunsur lucah mudah didapati daripada internet yang
menyebabkan guru-guru terpesong daripada niat asal iaitu melayari internet untuk
mendapat bahan mengajar. Filem-filem romantik yang keterlaluan juga kadangkala
terlepas daripada sekatan siaran televisyen berbayar. Selain itu, iklan-iklan yang

                                         4
menampilkan gadis-gadis muda yang seksi dan menggoda juga membuatkan insan
bergelar guru ini kadangkala tidak dapat menahan godaan hawa nafsu sehinggakan
murid menjadi mangsa.

      Faktor ketiga adalah stress guru bekerja. Stress guru merupakan pengalaman
guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan, dan kemarahan akibat daripada tugasnya sebagai guru (Kyriacou,
2000). Akibatnya, guru-guru akan mencari alternatif untuk membuat perkara yang
menyeronokkan kerana bagi mereka ia mampu menghilangkan stress. Sedangkan
mereka tidak sedar perlakuan mereka akan mengakibatkan pelbagai implikasi buruk
bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada kerjaya guru itu sendiri. Guru-guru
yang stress atau menghadapi tekanan tinggi ini juga selalunya tidak berfkir panjang
di atas tindakan yang mereka lakukan kerana mereka hanya ingin melepaskan
tekanan yang dihadapi. Apatah lagi sekiranya dipengaruhi faktor lain contohnya
daripada media elektronik, guru-guru ini akan cuba mencari alasan untuk
mengaplikasikan apa yang mereka lihat terhadap murid-murid.

      Faktor seterusnya iaitu faktor keempat adalah faktor masalah keluarga.
Terdapat guru yang melakukan salah laku seksual ini berpunca daripada tekanan
yang dihadapi contohnya masih belum berkahwin, bercerai, atau pun masalah
seksual bersama pasangan masing-masing di rumah. Dalam masalah ini, khususnya
guru lelaki, mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu dan ego mereka juga
menghalang mereka daripada mengadu kepada tempat yang sepatutnya iaitu
bersama kaunselor atau melakukan perbincangan bersama pasangan. Berpunca
daripada tekanan masalah inilah, guru-guru yang terlibat dalam salah laku seksual
terhadap murid ini mengambil jalan mudah melepaskan hawa nafsu mereka. Bagi
pasangan yang bercerai dan belum berkahwin juga, keperluan seksual mereka yang
tidak dipenuhi menyebabkan nafsu dilepaskan terhadap anak didik mereka.

      Faktor kelima yang juga tidak kurang pentingnya adalah faktor tiada
kesedaran agama. Apabila tiada kesedaran agama, manusia tidak akan dapat
membezakan yang halal dengan yang haram dan bertindak mengikut kehendak
semata-mata. Abd Rahim (2003) menyatakan bahawa perkembangan hidup dan
tingkah laku manusia didorong oleh kemahuan, kehendak, dan kuasa seksualiti.
Sedangkan ilmu agama telah diajar sejak daripada sekolah rendah namun akibat

                                         5
tidak diaplikasikan dalam diri dengan sebaiknya, guru-guru yang terlibat dalam kes
tidak bermoral ini hanyut begitu sahaja. Jika ada kesedaran agama yang tinggi,
mereka tidak akan melakukan perbuatan terkutuk sebegitu dan menganggap anak
didik anugerah daripada tuhan untuk dididik supaya menjadi manusia berguna kelak.
      Selain daripada lima faktor di atas terdapat juga faktor lain yang
menyebabkan insan guru melakukan salah laku seksual ke atas murid. Antaranya
adalah penggunaan pil perangsang, sifat kasih sayang yang keterlaluan melalui
sentuhan, dan juga respon daripada murid. Murid-murid hari ini juga telah banyak
didedahkan dengan perkara negative melalui media menyebabkan mereka berfikiran
terlalu terbuka dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Guru yang terlibat
dalam hal ini juga kadangkala tidak berniat untuk melakukan seperti mencium dan
sebagainya, tetapi apabila mendapat peluang, mereka akan terus melakukannya
tanpa berfikir panjang mengenai apa yang merekal lakukan dan ke atas siapa
mereka lakukan. Justeru, punca-punca yang telah dikenalpasti ini harus difahami
dengan baik oleh masyarakat khususnya guru supaya dapat mengelakkan daripada
melakukan salah laku seksual sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.




                                        6
3.0 Implikasi Yang Berlaku

       Masalah gangguan atau salah laku seksual guru terhadap murid kini bukan
lagi kes terpencil. Terdapat 2 hingga 3 kes lagi yang serupa berlaku beberapa tahun
kebelakangan ini. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dan dipandang ringan,
pelbagai implikasi dibimbangi akan berlaku dalam masyarakat. Ini kerana, kesan
salah laku seksual ini bukan sahaja terhadap guru yang melakukan perbuatan
tersebut, tetapi juga kepada mangsa, ibu bapa, masyarakat, dan juga rakan-rakan
guru yang lain.

       Dari segi implikasi terhadap guru, terdapat beberapa kesan yang akan
dihadapi sekiranya berlaku salah laku seksual terhadap murid ini berlaku.
Implikasinya terhadap guru yang pertama adalah hubungan antara guru dan murid
terganggu. Ini bermaksud, benih kebencian mungkin boleh wujud daripada murid-
murid terhadap guru. Selain itu, tiada lagi rasa hormat terhadap guru sebaliknya
murid akan berdendam dan sentiasa rasa tidak selamat apabila berada bersama
guru sama ada berada di dalam kelas mahupun ketika program-program lawatan
dan sebagainya. Hubungan guru dengan rakan sejawat juga akan musnah. Rakan
sejawat lain terutamanya guru perempuan pasti berasa geram, tidak berpuas hati,
dan bersangka buruk terhadap guru yang melakukan salah laku seksual terhadap
murid-murid. Secara tidak langsung juga, guru-guru perempuan akan berasa tidak
selamat apabila berdekatan atau berselisih dengan guru yang melakukan perbuatan
tidak bermoral ini.

       Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung ia juga akan memberi
kesan kepada guru yang terlibat. Kesan pertama adalah tekanan emosi yang tinggi
kerana dipulaukan rakan sekerja dan tidak mendapat rasa hormat daripada murid-
murid. Terri Mauro (2004) menyatakan bahawa terdapat banyak faktor gangguan
emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan, dan masalah keluarga.
Kata-kata kejian yang dilemparkan atas kesalahan lalu pasti akan mewujudkan rasa
kesakitan dalam diri guru terbabit walaupun guru tersebut sudah insaf. Kemungkinan
juga guru tersebut akan mengulangi kesilapannya yang lalu kerana tidak tahan

                                         7
dengan cemuhan dan rasa dendam kepada orang sekeliling. Keluarga guru terbabit
termasuk isteri, anak-anak, malah ibu bapa juga tidak terlepas daripada tanggapan
negatif masyarakat sekeliling.

      Dari segi implikasi masa panjang pula, persepsi masyarakat bahawa tugas
guru untuk mendidik akan berubah sama sekali. Pandangan serong bahawa guru
kini tidak boleh dipercayai lagi mungkin wujud sekiranya masalah ini berlarutan dan
tidak diambil pendekatan wajar. Ini akan menyebabkan guru-guru lain yang tidak
bersalah juga akan terkena tempias tuduhan masyarakat. Rasa malu terhadap
profesion perguruan juga akan timbul dalam diri guru-guru lain sedangkan mereka
berhempas pulas mendidik anak bangsa, tetapi dek kerana kesalahan rakan
sejawat, tuduhan liar telah dilemparkan kepada mereka semua.

      Selain itu, sudah pasti antara implikasi terbesar adalah kepada mangsa
gangguan seksual itu sendiri. Mangsa gangguan seksual selalunya akan berubah
bersifat pasif. Apatah lagi apabila orang yang melakukannya adalah guru sendiri
yang perlu berdepan dengannya setiap hari. Pasti rasa benci, dendam, dan murung
akan wujud dalam diri mangsa. Ini sekaligus akan menyebabkan mangsa takut dan
tidak mahu ke sekolah. Apabila tiba ke tahap ini, prestasi akademik mangsa secara
tidak langsung akan menurun dengan mendadak kerana tiada lagi rasa minat untuk
belajar kerana bagi mereka maruah yang mereka pelihara selama ini telah tercabul.
Dari segi implikasi jangka masa panjang, mangsa akan menjadi fobia dengan mana-
mana lelaki yang memandangnya. Selain itu, tekanan emosi dan mental semestinya
akan mendorong mangsa melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal
contohnya seperti mencederakan diri sendiri dan bertukar personaliti kepada
‘tomboy’.

      Seterunsya adalah implikasi terhadap ibu bapa dan masyarakat. Hubungan
antara ibu-bapa dan masyarakat dengan guru akan menjadi renggang. Persepsi
masyarakat menjadi negatif dan guru. Ibu bapa juga akan menjadi fobia apabila guru
lelaki mengajar anak mereka dan mereka akan berasa syak wasangka yang
keterlaluan. Masyarakat juga akan memandang serong bukan sahaja kepada guru
yang terlibat melakukan salah laku seksual tetapi juga kepada pentadbir sekolah
serta menyifatkan mereka tidak pandai menjaga anak buah iaitu guru-guru yang
mengajar. Bagi kesan jangka masa panjang pula, apabila berlaku lagi kes-kes salah

                                         8
laku seumpamanya, ibu-bapa akan segera menyalahkan guru dan pihak sekolah
serta melibatkan pelbagai pihak seperti peguam, wartawan, dan pihak polis
walaupun kes yang dilakukan adalah kecil dan belum terbukti guru bersalah.

      Kesan seterusnya adalah kepada profesion perguruan, kesan jangka masa
pendek adalah darjat profesion keguruan tidak lagi dipandang mulia seperti sebelum
ini, malah akan dikiritik oleh pelbagai pihak yang mempersoalkan kredibiliti profesion
guru. Dari segi kesan masa panjang adalah, profesion perguruan akan mengalami
masalah kekurangan guru terlatih dan berwibawa kerana anak-anak muda yang
berbakat tidak berminat menjadi guru apabila dikiritik keterlaluan. Apabila profesion
perguruan ini mengalami masalah kekurangan guru, secara tidak langsung akan
wujud juga masalah kekurangan guru pakar yang diharapkan untuk membuat
inovasi baru dalam bidang pendidikan.

      Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kesan negatif yang boleh menimpa
pelbagai pihak akibat daripada perbuatan tidak bermoral guru terhadap murid-murid
ini. Justeru, guru-guru diseur agar berfikiran secara waras dalam melakukan apa-pa
tindakan agar tidak melanggar kod etika perguruan yang mampu mendatangkan
pelbagai kesan negatif.




                                          9
4.0 Cadangan &Langkah Mengatasi Masalah

      Pelbagai langkah telah dikenalpasti dalam usaha pelbagai pihak untuk
membendung masalah salah laku seksual guru ini. Jika tidak dibendung segera,
masalah ini tidak mustahil boleh menjadi lebih serius dan lebih memburukkan nama
jawatan guru pada masa akan datang. Namun, kerjasama pelbagai pihak diseru
agar masalah salah laku seksual guru ini dapat diselesaikan.

      Langkah pertama yang perlu diambil adalah melalui peranan pendidikan.
Pendidikan merupakan pengaruh besar dalam kehidupan manusia. Jika elok didikan
yang diberikan, maka akan eloklah sikap dan jati diri dalam diri individu. Dalam isu
ini, pendidikan seks merupakan alternatif yang sepatutnya digunakan. Ia bertujuan
untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya kepada
murid-murid mengenai hak asasi manusia, batas pergaulan lelaki dan perempuan,
pencabulan, diskriminasi serta penderaan seksual. Melalui kesedaran inilah, murid-
murid boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan
keadaan sekeliling agar tidak diperlakukan sesuka hati oleh orang lain walaupun
oleh insan bergelar guru.

      Apabila pendidikan seks mula diterapkan ke sekolah-sekolah, secara tidak
langsung, ia juga akan memberi pengetahuan kepada guru-guru sekolah.
Kadangkala guru bukan tidak mengetahui mengenai kesan pencabulan dan
penderaan seksual tetapi mereka tidak sedar dan hanya mementingkan kepuasan
nagsu semata-mata. Apabila guru sudah mempunyai pengetahuan mantap dalam
bidang seks ini, secara tidak langsung ia akan mengawal diri mereka untuk
melakukan perkara-perkara tidak bermoral tersebut apatah lagi kepada murid-murid
didikannya.

      Dalam menerapkan pendidikan seks di sekolah ini, kerahaan memainkan
peranan penting dalam menjalankan kajian semula mengenai cadangan ini. Ia
sebenarnya banyak memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat


                                         10
khususnya golongan guru supaya sedar bahawa isu ini bukanlah isu kecil. Jika ia
dilakukan golongan lain mungkin masih dapat diterima masyarakat apatah lagi
dengan pengaruh kebebasan media pada masa kini, tetapi jika ia dilakukan oleh
guru, tanggapan positif masyarakat terhadap profesion yang mulia ini akan luntur
sama sekali.

      Selain daripada aspek pendidikan, aktiviti ceramah, forum, dan kursus yang
melibatkan guru-guru bagi meningkatkan nilai dan tingkah laku positif harus
diperbanyakkan dalam kalangan penjawat awam khususnya guru. Lebih baik lagi
sekiranya, kursus tersebut dijalankan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak
bukan kerajaan supaya semua pihak boleh mengambil peranan masing-masing
dalam membendung masalah ini. Melalui kempen-kempen kesedaran seperti
ceramah dan sebagainya, ia dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru akan
tanggungjawab utama mereka dan mendedahkan kepada mereka mengenai nilai-
nilai murni seperti kasih sayang dan hormat-menghormati. Kursus-kursus yang
membincangkan mengenai kod etika profesion perguruan perlu diperbanyakkan dan
dimantapkan supaya guru benar-benar memahami apakah maksud setiap kod etika
tersebut.

      Langkah lain yang boleh diambil adalah penyediaan kemudahan kaunseling
bagi guru-guru yang terlibat dan juga kepada murid-murid yang menjadi mangsa
gangguan seksual di sekolah. Perkhidmatan kepada guru boleh melibatkan
pengurusan stress, masalah keluarga, dan pengurusan diri yang lebih baik.
Manakala kepada murid-murid pula, khidmat kaunseling lebih berbentuk memulihkan
semula keyakinan dan kepercayaan murid-murid untuk mempercayai guru dan terus
bersemangat untuk belajar. Ini selari dengan pendapat Shertzer & Stone (1981)
bahawa      bimbingan   merupakan   perkhidmatan    membimbing     individu   yang
memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan, dan kemahiran tertentu

      Apa yang paling penting, individu yang menjalankan khidmat kaunseling ini
adalah pakar dalam bidang bimbingan kaunseling dan bersikap profesional serta
tidak mengambil kesempatan di atas masalah yang dialami murid dan guru yang
terlibat. Selain itu, khidmat bimbingan dan kaunseling ini juga memberi peluang
kepada guru untuk mendapatkan bantuan dan nasihat sekiranya mereka hampir
terjebak dengan perkara ini. Seperti kata peribahasa ‘mencegah lebih baik daripada

                                        11
mengubati’. Menurut Fullan (1993) menyatakan guru melibatkan diri secara produktif
dalam proses perubahanm guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan
tugas dan tanggungjawab mereka.




      Selain itu kempen kesedaran mengenai kefahaman gangguan seksual perlu
didedahkan kepada murid-murid supaya mereka faham mengenai jenis-jenis
gangguan seksual. Ini akan membolehkan mereka cepat menyedari dan
mengenalpasti mengenai gangguan seksual yang dialami. Jika kempen kesedaran
ini boleh dijalankan di sekolah-sekolah, murid-murid akan lebih memahami
mengenai gangguan seksual dan kes salah laku seksual ini mungkin dapat
dikurangkan dan diatasi segera.

      Antara langkah lain yang boleh diaplikasikan adalah penguatkuasaan
undang-undang. Selama ini, terdapat banyak undang-undang yang termaktub
berkenaan kes salah laku seksual ini, namun kurang penguatkuasaan daripada
pihka yang sepatutnya menjadikan kes ini menular sehinggakan insan bergelar guru
juga terjebak sama. Bagi mengatasi kes salah laku seksual ini, penguatkuasaan
undang-undang yang berat sememangnya perlu dilakukan. Antara hukuman yang
dikenakan adalah penjara, denda, dan sebatan. Dalam konteks guru pula, hukuman
lebih berbentuk kepada kod etika penjawat awam di mana jawatan dilucutkan serta
merta. Ini bagi memberi pengajaran kepada orang lain agar mereka menyedari
bahawa kes salah laku seksual ini adalah kes yang serius apatah lagi dilakukan oleh
insan pendidik terhadap anak bangsa.

      Terdapat pelbagai lagi langkah dan cadangan yang boleh dikenalpasti bagi
membendung isu salah laku seksual dalam kalangan guru ini. Apa yang penting
adalah setiap anggota masyarakat perlu memahami konsep gangguan seksual itu
sendiri agar kes salah laku ini tidak dipandang ringan.




                                          12
5.0 Rumusan

      Isu gangguan seksual merupakan satu isu yang serius dalam masyarakat di
negara kita pada hari ini. Saban hari, ada sahaja berita mengenai salah laku seksual
terpampang di dada-dada akhbar meliputi kes rogol, cabul, khalwat, dan
sebagainya. Isu berkenaan beberapa orang guru terlibat dalam kes gangguan
seksual merupakan kes yang wujud sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam
konteks perguruan, ia merupakan satu kesalahan salah laku serius yang juga boleh
digelarkan sebagai salah laku seksual. Apa yang membimbangkan guru yang
seharusnya menjadi pendidik dan pembimbing telah mengajar mengenai perkara
yang salah dan melanggar norma kehidupan apatah lagi terhadap murid-murid.
Perkara     ini   seharusnya   dipandang   serius   semua   pihak   supaya   ia   tidak
mencemarkan profesion perguruan. Kesimpulannya isu ini terbahagi kepada tiga
perkara utama yang perlu diambil serius iaitu punca berlaku, implikasi, dan langkah-
langkah untuk mengatasi kes salah laku seksual dalam kalangan guru ini.

      Pelbagai punca antaranya adalah melalui pengaruh media, dorongan hawa
nafsu, masalah keluarga, dan tekanan kerja dikenalpasti menjadi penyebab utama
kes salah laku dalam kalangan guru ini. Akibat daripada punca-punca tersebut,
murid pula menjadi mangsa keadaan. Tempat yang diharapkan mampu memberi
bimbingan dan mendidiknya bertukar menjadi tempat yang paling ditakuti kerana
sikap segelintir guru yang tidak bermoral ini. Setiap manusia dijadikan oleh tuhan
dengan peranan masing-masing dan mempunyai fungsi masing-masing, perbuatan
tidak bermoral guru ini boleh disifatkan telah menyalahi norma kehidupan manusia
secara tidak langsung. Ia juga boleh menjatuhkan maruah pelbagai pihak yang tidak
bersalah.

      Selain daripada punca-punca yang telah dikenalpasti, pelbagai implikasi juga
boleh melanda kepada pelbagai pihak iaitu guru, mangsa, rakan sejawat, keluarga
mangsa, dan juga profesion perguruan itu sendiri. Bak kata pepatah ‘kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga’ sememangnya relevan dengan implikasi yang berlaku

                                           13
akibat isu salah laku seksual guru ini. Gangguan yang dilakukan kepada murid
bukan sahaja akan mendatangkan perasaan fobia dan tidak selesa kepad murid-
murid malah juga kepada keluarga murid serta rakan sejawat khususnya
perempuan.

      Implikasi ini yang perlu diambil kira kerana ia bukan melibatkan satu jangka
masa yang pendek sahaja, malah mendatangkan kesan besar pada jangka masa
panjang. Sekiranya masalah gangguan atau salah laku seksual ini tidak dipandang
serius sewajarnya, tidak mustahil ia mungkin akan mengakibatkan kes lebih serius
seperti rogol dan sebagainya. Inilah yang paling ditakuti apatah lagi apabila
dilakukan oleh seorang guru yang disifatkan sebagai pengganti ibu-bapa. Justeru
pelbagai langkah perlu diambil bagi membasmi isu salah laku seksual dalam
kalangan guru habis-habisan. Sinclair & Anor (1994) menyatakan bahawa gangguan
seksual boleh dirujuk sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan
penghinaan, penganiayaan, dan kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat.
Sebegitu besar pengaruh gangguan seksual terhadap mereka yang terlibat.

      Pelbagai pihak seperti kerajaan, pihak sekolah, ibu-bapa, murid, dan
masyarakat perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam menangani masalah ini.
Pihak lain tidak boleh lepas tangan begitu sahaja dan menyerahkan bulat-bulat
kepada kerajaan untuk menanganinya. Sikap prihatin dan berwaspada terhadap
situasi yang mencurigakan perlu ada dalam diri setiap lapisan masyarakat agar isu
tidak bermoral ini boleh dielakkan dan seterusnya ditangani dengan berkesan.
Justeru, semua pihak khususnya guru harus sedar akan isu ini dan memahami
dengan sebaiknya agar tidak berlaku kes-kes yang lebih teruk pada masa akan
datang yang melibatkan pelanggaran kod etika profesional perguruan dan penjawat
awam serta melanggar norma kehidupan masyarakat.




                                       14
6.0 Refleksi


   Syukur ke hadrat Ilahi kerana kerja kursus dan projek membina blog laman ilmu
telah dapat saya dan rakan-rakan siapkan pada masa yang ditetapkan. Semasa
mendapat tugasan bersama dua orang rakan lagi, saya berasa sangat seronok
kerana kaedah pengajaran sebegini memberikan pengetahuan yang lebih mendalam
kepada saya mengenai teknologi maklumat. Tajuk yang telah saya pilih untuk
mengulas artikel adalah berkenaan salah laku seksual guru terhadap murid di
sekolah.

   Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus dan projek ini, kami bertiga banyak
melakukan perbincangan khusus berkenaan isu yang kami pilih. Pelbagai pendapat
dan isu yang kami cuba ketengahkan semasa perbincangan berlangsung antara
kami bertiga. Akhirnya, setelah tamat perbincangan bersama rakan-rakan, saya
sendiri telah memilih tajuk berkenaan salah laku seksual guru di sekolah dan
seterusnya untuk tugasan projek, kami membahagikan kerja secara sama rata.

   Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya telah melakukan beberapa langkah
dalam usaha menyempurnakannya. Antaranya ialah mencari maklumat di buku
ilmiah dan internet berkenaan gejala sosial yang sering berlaku di sekolah pada
ketika ini. Kebanyakan maklumat yang saya perolehi adalah dari sumber laman-
laman web.

   Pelbagai sumber diperolehi sama ada dalam bentuk penulisan. Selain itu juga
saya   telah   membuat   beberapa   perbincangan    bersama   rakan-rakan    untuk
membincangkan masalah yang di hadapi. Melalui kerja kursus yang diberi oleh
pensyarah ini, banyak pengetahuan diperolehi seperti statistik guru-guru yang
terlibat dalam salah laku dan pelanggaran kod etika profesional serta cabaran yang
bakal dihadapi oleh guru pada masa akan datang.

   Walaupun begitu, masih lagi terdapat halangan yang perlu dihadapi. Kelemahan
yang dapat saya perhatikan ialah bahan rujukan untuk menghasilkan tugasan ini

                                       15
tidak mencukupi dan fakta yang saya perolehi seperti statistik-statistik berkenaan
bukanlah data yang terkini.Kekurangan sumber rujukan adalah menjadi masalah
yang ketara kerana sebahagian markah diambil dari rujukan daripada bahan bacaan
ilmiah.

    Selain itu, tugasan yang bertindih menyebabkan pelajar menjadi kelam kabut
untuk menghantar kerja kursus serentak. Bagi saya, untuk menyelesaikan kedua-
dua masalah tersebut adalah dengan memperbanyakkan lagi bahan atau sumber
rujukan di perpustakaan dan saya perlu bijak menguruskan masa supaya setiap
kerja kursus dapat dihantar dalam masa yang ditetapkan.

    Melalui tugasan projek membina laman ilmu berdasarkan rumusan yang telah
dibuat melalui artikel yang dipilih, saya mendapati ianya sangat mempengaruhi saya
dan rakan-rakan lain. Kami kini lebih peka      dengan hal ehwal semasa yang
melibatkan perguruan serta secara tidak langsung kami telah dapat meningkatkan
kemahiran menggunakan teknologi maklumat pada masa kini. Ini adalah penting
bagi kami kerana ianya boleh diaplikasikan di sekolah apabila mula mengajar pada
masa akan datang. Pada pendapat saya, terdapat kaitan secara tidak langsung
antara tugasan dan artikel yang dirumus iaitu kes salah laku seksual sebenarnya
berpunca daripada pelbagai aspek yang perlu diteliti sebelum langkah mengatasinya
diaplikasikan. Pengaruh media sememangnya besar terhadap diri individu. Inilah
yang perlu dipandang serius supaya kemudahan teknologi tidak digunakan untuk
perkara-perkara negatif.

    Saya berharap tugasan seperti ini dapat diperbanyakkan lagi pada masa akan
datang. Hal ini kerana segala pengetahuan yang saya perolehi semasa
menghasilkan tugasan ini dapat digunakan semasa di sekolah nanti. Akhir
sekali,saya berharap agar pensyarah pembimbing berpuas hati dengan kerja kursus
ini. Sekian terima kasih.




                                        16

More Related Content

What's hot

Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Masalah putus sekolah dan pengangguran
Masalah putus sekolah dan pengangguranMasalah putus sekolah dan pengangguran
Masalah putus sekolah dan pengangguranKewin Harahap
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaYAGHAVI
 
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolah
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolahKekerasan di sekolah dan konselor sekolah
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolahSitiNgaisahSPdMPd
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Yurhamy Yusuf
 
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajarMasalah disiplin dalam kalangan pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajarsuria su
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 
Tugas profesi kependidikan
Tugas profesi kependidikanTugas profesi kependidikan
Tugas profesi kependidikanlisnanuramalia
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaOperator Warnet Vast Raha
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-pentingRevisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-pentingNailal Annisa
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...syahidolly
 

What's hot (20)

Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugas Karya Ilmiah
Tugas Karya IlmiahTugas Karya Ilmiah
Tugas Karya Ilmiah
 
Masalah putus sekolah dan pengangguran
Masalah putus sekolah dan pengangguranMasalah putus sekolah dan pengangguran
Masalah putus sekolah dan pengangguran
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolah
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolahKekerasan di sekolah dan konselor sekolah
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolah
 
Fenomena siswa putus sekolah
Fenomena siswa putus sekolahFenomena siswa putus sekolah
Fenomena siswa putus sekolah
 
Hukuman rotan
Hukuman rotanHukuman rotan
Hukuman rotan
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
 
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajarMasalah disiplin dalam kalangan pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Tugas profesi kependidikan
Tugas profesi kependidikanTugas profesi kependidikan
Tugas profesi kependidikan
 
Sikap Guru 1
Sikap Guru 1Sikap Guru 1
Sikap Guru 1
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan
 
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-pentingRevisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
 

Viewers also liked

Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianAfif Muhamad
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru analiNur Khairani
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakanhajizul
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme GuruArthur Jupong
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaAfif Muhamad
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Nur Kareena
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruShila Daly
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
Assignment 1 Site Visit Report
Assignment 1 Site Visit ReportAssignment 1 Site Visit Report
Assignment 1 Site Visit Reportarmada7000
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 

Viewers also liked (20)

Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 
assingment full (2A)
assingment full (2A)assingment full (2A)
assingment full (2A)
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Tajuk 8 done
Tajuk 8 doneTajuk 8 done
Tajuk 8 done
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
 
Tugasan asyraf
Tugasan asyrafTugasan asyraf
Tugasan asyraf
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Assignment 1 Site Visit Report
Assignment 1 Site Visit ReportAssignment 1 Site Visit Report
Assignment 1 Site Visit Report
 
Assignment EDU
Assignment  EDUAssignment  EDU
Assignment EDU
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 

Similar to Guru Cabul Murid Tahun Satu

Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Noorsalehan Noor
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newDaengsMuslihah
 
Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Iella Zakaria
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanNaveen Segaran
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)PuputPamela
 
prilaku menyimpang
prilaku menyimpang prilaku menyimpang
prilaku menyimpang mellisaimell
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxngek ngok
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
ulgisb salinan.docx
ulgisb salinan.docxulgisb salinan.docx
ulgisb salinan.docxaliyaputri14
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAzatul ayuni
 

Similar to Guru Cabul Murid Tahun Satu (20)

Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
Sekolah & masyarakat
Sekolah & masyarakatSekolah & masyarakat
Sekolah & masyarakat
 
Perilaku bully
Perilaku bullyPerilaku bully
Perilaku bully
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 new
 
Art therapy in bullies issues
Art therapy in bullies issuesArt therapy in bullies issues
Art therapy in bullies issues
 
Kenakalan Remaja
Kenakalan RemajaKenakalan Remaja
Kenakalan Remaja
 
Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517
 
Devian
DevianDevian
Devian
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupan
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
 
Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas
 
Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
prilaku menyimpang
prilaku menyimpang prilaku menyimpang
prilaku menyimpang
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Seks bebas pada remaja
Seks bebas pada remajaSeks bebas pada remaja
Seks bebas pada remaja
 
ulgisb salinan.docx
ulgisb salinan.docxulgisb salinan.docx
ulgisb salinan.docx
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
 

Guru Cabul Murid Tahun Satu

  • 1. Tugasan Oleh : Mohd Afif Nuruddin bin Muhamad (8PIMSP KS/PJ/PM2) 1.0 Pengenalan Dunia hari ini kian diancam dengan pelbagai gejala tidak sihat yang sering diwar-warkan media. Apa yang dapat dilihat, semakin negara kita menuju ke era globalisasi, semakin meningkat pula pelbagai gejala sosial seperti seks bebas, penagihan dadah dan sebagainya. Perkara sebegini bukanlah perkara yang asing bagi rakyat di Malaysia. Sektor pendidikan pula diberi tanggungjawab dalam memainkan peranan utama untuk mendidik masyarakat dan anak-anak muda supaya menjauhi gejala-gejala tidak bermoral. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan pula dengan artikel Utusan Malaysia bertarikh 22 Julai 2010 yang bertajuk ‘Guru Cabul Murid Tahun Satu’. Guru adalah sebuah profesion yang merupakan harapan setiap lapisan masyarakat untuk memperbaiki diri. Di mana-mana sahaja di pelusuk dunia, kerjaya guru merupakan sebuah kerjaya yang dianggap mulia dan dipandang tinggi di sisi masyarakat sejagat. Namun apabila perkara sebegini dikeluarkan dalam artikel media cetak, secara amnya, kemungkinan persepsi masyarakat terhadap kerjaya mulia seorang guru terus bertukar menjadi negatif. Dalam artikel tersebut, guru berusia 50 tahun itu didakwa mencium pipi mangsa di belakang pintu bengkel kemahiran hidup. Mangsa mendakwa menerima arahan guru tersebut untuk pergi ke belakang bengkel kemahiran hidup dan tidak mengesyaki akan diperlakukan sebegitu. Bapa mangsa telah membuat laporan di balai polis pada hari kejadian iaitu 21 Julai 2010 pada jam 8 malam. Sememangnya kes cabul bukanlah satu perkara yang asing di negara kita apatah lagi dengan pengaruh pelbagai perkara seperti media dan sebagainya. Namun sebagai insan guru, guru tersebut telah melanggar kod etika profesion perguruan yang pertama iaitu ‘Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan’ dan kesepuluh iaitu ‘Guru tidak harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan’. Dalam kes seperti yang dilaporkan 1
  • 2. dalam artikel tersebut, jelas sekali guru tersebut telah melakukan kesalahan bukan sahaja kepada murid tersebut malah kepada profesion perguruan sendiri. Perbuatan cabul boleh juga dilabel sebagai salah satu perbuatan gangguan seksual. Secara umumnya terdapat 2 kategori gangguan seksual iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan dan juga gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi. Dalam artikel tersebut, ada dinyatakan bahawa guru tersebut memberikan arahan kepada muridnya untuk pergi ke tempat yang agak sunyi iaitu di belakang bengkel Kemahiran Hidup dan selepas melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut, guru tersebut telah meminta mangsa merahsiakan kejadian tersebut. Mangsa yang berada dalam keadaan terkejut telah lari menyembunyikan diri dan terus memberitahu ibu-bapanya sebaik pulang ke rumah. Ini menunjukkan guru tersebut berada dalam kategori kedua iaitu gangguan seksual secara peribadi yang dianggap mangsa sebagai ancaman, ugutan, atau penghinaan. Menurut Kementerian Sumber Manusia (1999), terdapat 5 jenis gangguan seksual yang sering berlaku dalam kalangan anggota masyarakat pada hari ini iaitu gangguan secara lisan, isyarat, visual, fizikal, dan psikologikal. Melalui kenyataan mangsa berkenaan perlakuan guru terbabit dalam artikel, jelas menunjukkan mangsa telah diganggu secara fizikal iaitu melalui sentuhan ciuman. Ini merupakan kali pertama juga guru tersebut memperlakukan gangguan seksual ke atas murid tersebut sehinggakan murid tersebut langsung tidak mengesyaki apa-apa. Ini sekali gus menjadikan murid tersebut berasa malu dan terhina serta telah meminta kedua ibu-bapanya menukarkannya ke sekolah yang lain. Selain itu gangguan lain seperti gangguan isyarat adalah perlakuan seseorang yang digambarkan secara menjeling, menggoda, dan merenung yang menunjukkan keinginan seksual tanpa sebarang sentuhan. Gangguan visual pula adalah perlakuan menghantar nota, gambar, pesanan ringkas melalui telefon kepada mangsa yang berbaur seksual sehingga menyebabkan mangsa berasa tersinggung dan terugut. Gangguan secara lisan pula adalah gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa berunsur lucah dan berbentuk seksual ke atas penampilan, pemakaian, dan tubuh mangsa. Gangguan seksual secara psikologikal pula adalah mangsa yang cuba dirapati melalui dorongan dan desakan berkali-kali 2
  • 3. melalui pelbagai cara seperti telefon dan emel sehingga menyebabkan mangsa tertekan secara emosi dan mental. Melalui laporan artikel yang telah disiarkan di dalam akhbar tersebut, jelas menunjukkan gejala tidak bermoral sudah pun mula menular dan berleluasa. Contohnya di sekolah seperti yang terdapat di dalam artikel ini. Gangguan seksual yang melibatkan pendidik sememangnya sesuatu yang tidak boleh diterima golongan masyarakat pada hari ini kerana masyarakat mengharapkan pendidiklah yang dapat memperbaiki sikap dan nilai yang ada dalam diri murid-murid. Sekiranya murid tahun 1 pun sudah menjadi mangsa seksual, apa lagi perkara baik yang boleh diharapkan masyarakat kepada warga pendidik di sekolah. Apa pula nasib yang bakal menimpa kepada murid tersebut jika perkara ini tersebar apabila berada di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi kelak. Ia akan mengakibatkan tekanan emosi yang berpanjangan. Kejadian ini juga telah menggambarkan bahawa sekolah bukan lagi sebuah institusi yang selamat. Guru tersebut seharusnya diambil tindakan yang setimpal agar memberikan pengajaran kepada warga pendidik yang lain dan memberitahu masyarakat bahawa perkara seperti ini tidak dianggap remeh oleh warga atasan dalam bidang pendidikan. 3
  • 4. 2.0 Faktor Penyebab Terdapat beberapa faktor berlakunya kejadian gangguan seksual khususnya di sekolah yang melibatkan guru dan murid. Secara lazimnya, murid-murid yang telah menjadi mangsa cabul atau gangguan seksual ini akan bertukar personalitinya menjadi pasif, pendiam, dan mungkin juga pendendam. Ini kerana mereka yang telah terlibat dalam gangguan ini akan berasa malu dan terhina di atas perlakuan gangguan seksual seperti mencium dalam kes di atas. Ini selari dengan apa yang diperkatakan Koss (1990). Apatah lagi, perbuatan itu dilakukan oleh orang yang dihormati dan diharapkan untuk mendidiknya menjadi insan berjaya. Apakah guru yang telah terlibat dalam kes salah laku seksual ini tidak merasakan perbuatan mereka itu salah dan melampau. Faktor pertama ialah kurang memahami etika profesional perguruan seperti yang telah termaktub dan wajib diikuti oleh setiap lapisan guru di Malaysia. Sebagai seorang guru, kita tidak tergamak untuk melakukan perbuatan seperti mencium murid atau gangguan seksual lain kerana ia jelas merupakan satu kesalahan dan juga menyalahi norma kehidupan seorang pendidik. Setiap kod etika profesional guru mempunyai fungsi tersendiri untuk menjaga batasan-batasan tertentu kerana sebagai seorang guru yang telah dilatih dengan penuh ilmu pedagogi, nilai, dan kaedah mengajar, profesion perguruan telah dianggap sangat mulia dan tinggi di sisi masyarakat. Mengapa pula ia harus dirosakkan dengan godaan hawa nafsu yang sepatutnya tidak terjadi apatah lagi kepada murid-murid yang masih dibawah umur dan merupakan generasi pemimpin masa hadapan. Faktor kedua berlakunya kes gangguan seksual yang melibatkan guru adalah pengaruh media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Pada hari ini, apa yang dapat dilihat adalah, pengaruh media terlalu bebas tanpa ada sebarang sekatan. Bahan-bahan berunsur lucah mudah didapati daripada internet yang menyebabkan guru-guru terpesong daripada niat asal iaitu melayari internet untuk mendapat bahan mengajar. Filem-filem romantik yang keterlaluan juga kadangkala terlepas daripada sekatan siaran televisyen berbayar. Selain itu, iklan-iklan yang 4
  • 5. menampilkan gadis-gadis muda yang seksi dan menggoda juga membuatkan insan bergelar guru ini kadangkala tidak dapat menahan godaan hawa nafsu sehinggakan murid menjadi mangsa. Faktor ketiga adalah stress guru bekerja. Stress guru merupakan pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan, dan kemarahan akibat daripada tugasnya sebagai guru (Kyriacou, 2000). Akibatnya, guru-guru akan mencari alternatif untuk membuat perkara yang menyeronokkan kerana bagi mereka ia mampu menghilangkan stress. Sedangkan mereka tidak sedar perlakuan mereka akan mengakibatkan pelbagai implikasi buruk bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada kerjaya guru itu sendiri. Guru-guru yang stress atau menghadapi tekanan tinggi ini juga selalunya tidak berfkir panjang di atas tindakan yang mereka lakukan kerana mereka hanya ingin melepaskan tekanan yang dihadapi. Apatah lagi sekiranya dipengaruhi faktor lain contohnya daripada media elektronik, guru-guru ini akan cuba mencari alasan untuk mengaplikasikan apa yang mereka lihat terhadap murid-murid. Faktor seterusnya iaitu faktor keempat adalah faktor masalah keluarga. Terdapat guru yang melakukan salah laku seksual ini berpunca daripada tekanan yang dihadapi contohnya masih belum berkahwin, bercerai, atau pun masalah seksual bersama pasangan masing-masing di rumah. Dalam masalah ini, khususnya guru lelaki, mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu dan ego mereka juga menghalang mereka daripada mengadu kepada tempat yang sepatutnya iaitu bersama kaunselor atau melakukan perbincangan bersama pasangan. Berpunca daripada tekanan masalah inilah, guru-guru yang terlibat dalam salah laku seksual terhadap murid ini mengambil jalan mudah melepaskan hawa nafsu mereka. Bagi pasangan yang bercerai dan belum berkahwin juga, keperluan seksual mereka yang tidak dipenuhi menyebabkan nafsu dilepaskan terhadap anak didik mereka. Faktor kelima yang juga tidak kurang pentingnya adalah faktor tiada kesedaran agama. Apabila tiada kesedaran agama, manusia tidak akan dapat membezakan yang halal dengan yang haram dan bertindak mengikut kehendak semata-mata. Abd Rahim (2003) menyatakan bahawa perkembangan hidup dan tingkah laku manusia didorong oleh kemahuan, kehendak, dan kuasa seksualiti. Sedangkan ilmu agama telah diajar sejak daripada sekolah rendah namun akibat 5
  • 6. tidak diaplikasikan dalam diri dengan sebaiknya, guru-guru yang terlibat dalam kes tidak bermoral ini hanyut begitu sahaja. Jika ada kesedaran agama yang tinggi, mereka tidak akan melakukan perbuatan terkutuk sebegitu dan menganggap anak didik anugerah daripada tuhan untuk dididik supaya menjadi manusia berguna kelak. Selain daripada lima faktor di atas terdapat juga faktor lain yang menyebabkan insan guru melakukan salah laku seksual ke atas murid. Antaranya adalah penggunaan pil perangsang, sifat kasih sayang yang keterlaluan melalui sentuhan, dan juga respon daripada murid. Murid-murid hari ini juga telah banyak didedahkan dengan perkara negative melalui media menyebabkan mereka berfikiran terlalu terbuka dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Guru yang terlibat dalam hal ini juga kadangkala tidak berniat untuk melakukan seperti mencium dan sebagainya, tetapi apabila mendapat peluang, mereka akan terus melakukannya tanpa berfikir panjang mengenai apa yang merekal lakukan dan ke atas siapa mereka lakukan. Justeru, punca-punca yang telah dikenalpasti ini harus difahami dengan baik oleh masyarakat khususnya guru supaya dapat mengelakkan daripada melakukan salah laku seksual sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 6
  • 7. 3.0 Implikasi Yang Berlaku Masalah gangguan atau salah laku seksual guru terhadap murid kini bukan lagi kes terpencil. Terdapat 2 hingga 3 kes lagi yang serupa berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dan dipandang ringan, pelbagai implikasi dibimbangi akan berlaku dalam masyarakat. Ini kerana, kesan salah laku seksual ini bukan sahaja terhadap guru yang melakukan perbuatan tersebut, tetapi juga kepada mangsa, ibu bapa, masyarakat, dan juga rakan-rakan guru yang lain. Dari segi implikasi terhadap guru, terdapat beberapa kesan yang akan dihadapi sekiranya berlaku salah laku seksual terhadap murid ini berlaku. Implikasinya terhadap guru yang pertama adalah hubungan antara guru dan murid terganggu. Ini bermaksud, benih kebencian mungkin boleh wujud daripada murid- murid terhadap guru. Selain itu, tiada lagi rasa hormat terhadap guru sebaliknya murid akan berdendam dan sentiasa rasa tidak selamat apabila berada bersama guru sama ada berada di dalam kelas mahupun ketika program-program lawatan dan sebagainya. Hubungan guru dengan rakan sejawat juga akan musnah. Rakan sejawat lain terutamanya guru perempuan pasti berasa geram, tidak berpuas hati, dan bersangka buruk terhadap guru yang melakukan salah laku seksual terhadap murid-murid. Secara tidak langsung juga, guru-guru perempuan akan berasa tidak selamat apabila berdekatan atau berselisih dengan guru yang melakukan perbuatan tidak bermoral ini. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung ia juga akan memberi kesan kepada guru yang terlibat. Kesan pertama adalah tekanan emosi yang tinggi kerana dipulaukan rakan sekerja dan tidak mendapat rasa hormat daripada murid- murid. Terri Mauro (2004) menyatakan bahawa terdapat banyak faktor gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan, dan masalah keluarga. Kata-kata kejian yang dilemparkan atas kesalahan lalu pasti akan mewujudkan rasa kesakitan dalam diri guru terbabit walaupun guru tersebut sudah insaf. Kemungkinan juga guru tersebut akan mengulangi kesilapannya yang lalu kerana tidak tahan 7
  • 8. dengan cemuhan dan rasa dendam kepada orang sekeliling. Keluarga guru terbabit termasuk isteri, anak-anak, malah ibu bapa juga tidak terlepas daripada tanggapan negatif masyarakat sekeliling. Dari segi implikasi masa panjang pula, persepsi masyarakat bahawa tugas guru untuk mendidik akan berubah sama sekali. Pandangan serong bahawa guru kini tidak boleh dipercayai lagi mungkin wujud sekiranya masalah ini berlarutan dan tidak diambil pendekatan wajar. Ini akan menyebabkan guru-guru lain yang tidak bersalah juga akan terkena tempias tuduhan masyarakat. Rasa malu terhadap profesion perguruan juga akan timbul dalam diri guru-guru lain sedangkan mereka berhempas pulas mendidik anak bangsa, tetapi dek kerana kesalahan rakan sejawat, tuduhan liar telah dilemparkan kepada mereka semua. Selain itu, sudah pasti antara implikasi terbesar adalah kepada mangsa gangguan seksual itu sendiri. Mangsa gangguan seksual selalunya akan berubah bersifat pasif. Apatah lagi apabila orang yang melakukannya adalah guru sendiri yang perlu berdepan dengannya setiap hari. Pasti rasa benci, dendam, dan murung akan wujud dalam diri mangsa. Ini sekaligus akan menyebabkan mangsa takut dan tidak mahu ke sekolah. Apabila tiba ke tahap ini, prestasi akademik mangsa secara tidak langsung akan menurun dengan mendadak kerana tiada lagi rasa minat untuk belajar kerana bagi mereka maruah yang mereka pelihara selama ini telah tercabul. Dari segi implikasi jangka masa panjang, mangsa akan menjadi fobia dengan mana- mana lelaki yang memandangnya. Selain itu, tekanan emosi dan mental semestinya akan mendorong mangsa melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal contohnya seperti mencederakan diri sendiri dan bertukar personaliti kepada ‘tomboy’. Seterunsya adalah implikasi terhadap ibu bapa dan masyarakat. Hubungan antara ibu-bapa dan masyarakat dengan guru akan menjadi renggang. Persepsi masyarakat menjadi negatif dan guru. Ibu bapa juga akan menjadi fobia apabila guru lelaki mengajar anak mereka dan mereka akan berasa syak wasangka yang keterlaluan. Masyarakat juga akan memandang serong bukan sahaja kepada guru yang terlibat melakukan salah laku seksual tetapi juga kepada pentadbir sekolah serta menyifatkan mereka tidak pandai menjaga anak buah iaitu guru-guru yang mengajar. Bagi kesan jangka masa panjang pula, apabila berlaku lagi kes-kes salah 8
  • 9. laku seumpamanya, ibu-bapa akan segera menyalahkan guru dan pihak sekolah serta melibatkan pelbagai pihak seperti peguam, wartawan, dan pihak polis walaupun kes yang dilakukan adalah kecil dan belum terbukti guru bersalah. Kesan seterusnya adalah kepada profesion perguruan, kesan jangka masa pendek adalah darjat profesion keguruan tidak lagi dipandang mulia seperti sebelum ini, malah akan dikiritik oleh pelbagai pihak yang mempersoalkan kredibiliti profesion guru. Dari segi kesan masa panjang adalah, profesion perguruan akan mengalami masalah kekurangan guru terlatih dan berwibawa kerana anak-anak muda yang berbakat tidak berminat menjadi guru apabila dikiritik keterlaluan. Apabila profesion perguruan ini mengalami masalah kekurangan guru, secara tidak langsung akan wujud juga masalah kekurangan guru pakar yang diharapkan untuk membuat inovasi baru dalam bidang pendidikan. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kesan negatif yang boleh menimpa pelbagai pihak akibat daripada perbuatan tidak bermoral guru terhadap murid-murid ini. Justeru, guru-guru diseur agar berfikiran secara waras dalam melakukan apa-pa tindakan agar tidak melanggar kod etika perguruan yang mampu mendatangkan pelbagai kesan negatif. 9
  • 10. 4.0 Cadangan &Langkah Mengatasi Masalah Pelbagai langkah telah dikenalpasti dalam usaha pelbagai pihak untuk membendung masalah salah laku seksual guru ini. Jika tidak dibendung segera, masalah ini tidak mustahil boleh menjadi lebih serius dan lebih memburukkan nama jawatan guru pada masa akan datang. Namun, kerjasama pelbagai pihak diseru agar masalah salah laku seksual guru ini dapat diselesaikan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah melalui peranan pendidikan. Pendidikan merupakan pengaruh besar dalam kehidupan manusia. Jika elok didikan yang diberikan, maka akan eloklah sikap dan jati diri dalam diri individu. Dalam isu ini, pendidikan seks merupakan alternatif yang sepatutnya digunakan. Ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya kepada murid-murid mengenai hak asasi manusia, batas pergaulan lelaki dan perempuan, pencabulan, diskriminasi serta penderaan seksual. Melalui kesedaran inilah, murid- murid boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling agar tidak diperlakukan sesuka hati oleh orang lain walaupun oleh insan bergelar guru. Apabila pendidikan seks mula diterapkan ke sekolah-sekolah, secara tidak langsung, ia juga akan memberi pengetahuan kepada guru-guru sekolah. Kadangkala guru bukan tidak mengetahui mengenai kesan pencabulan dan penderaan seksual tetapi mereka tidak sedar dan hanya mementingkan kepuasan nagsu semata-mata. Apabila guru sudah mempunyai pengetahuan mantap dalam bidang seks ini, secara tidak langsung ia akan mengawal diri mereka untuk melakukan perkara-perkara tidak bermoral tersebut apatah lagi kepada murid-murid didikannya. Dalam menerapkan pendidikan seks di sekolah ini, kerahaan memainkan peranan penting dalam menjalankan kajian semula mengenai cadangan ini. Ia sebenarnya banyak memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat 10
  • 11. khususnya golongan guru supaya sedar bahawa isu ini bukanlah isu kecil. Jika ia dilakukan golongan lain mungkin masih dapat diterima masyarakat apatah lagi dengan pengaruh kebebasan media pada masa kini, tetapi jika ia dilakukan oleh guru, tanggapan positif masyarakat terhadap profesion yang mulia ini akan luntur sama sekali. Selain daripada aspek pendidikan, aktiviti ceramah, forum, dan kursus yang melibatkan guru-guru bagi meningkatkan nilai dan tingkah laku positif harus diperbanyakkan dalam kalangan penjawat awam khususnya guru. Lebih baik lagi sekiranya, kursus tersebut dijalankan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak bukan kerajaan supaya semua pihak boleh mengambil peranan masing-masing dalam membendung masalah ini. Melalui kempen-kempen kesedaran seperti ceramah dan sebagainya, ia dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru akan tanggungjawab utama mereka dan mendedahkan kepada mereka mengenai nilai- nilai murni seperti kasih sayang dan hormat-menghormati. Kursus-kursus yang membincangkan mengenai kod etika profesion perguruan perlu diperbanyakkan dan dimantapkan supaya guru benar-benar memahami apakah maksud setiap kod etika tersebut. Langkah lain yang boleh diambil adalah penyediaan kemudahan kaunseling bagi guru-guru yang terlibat dan juga kepada murid-murid yang menjadi mangsa gangguan seksual di sekolah. Perkhidmatan kepada guru boleh melibatkan pengurusan stress, masalah keluarga, dan pengurusan diri yang lebih baik. Manakala kepada murid-murid pula, khidmat kaunseling lebih berbentuk memulihkan semula keyakinan dan kepercayaan murid-murid untuk mempercayai guru dan terus bersemangat untuk belajar. Ini selari dengan pendapat Shertzer & Stone (1981) bahawa bimbingan merupakan perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan, dan kemahiran tertentu Apa yang paling penting, individu yang menjalankan khidmat kaunseling ini adalah pakar dalam bidang bimbingan kaunseling dan bersikap profesional serta tidak mengambil kesempatan di atas masalah yang dialami murid dan guru yang terlibat. Selain itu, khidmat bimbingan dan kaunseling ini juga memberi peluang kepada guru untuk mendapatkan bantuan dan nasihat sekiranya mereka hampir terjebak dengan perkara ini. Seperti kata peribahasa ‘mencegah lebih baik daripada 11
  • 12. mengubati’. Menurut Fullan (1993) menyatakan guru melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahanm guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Selain itu kempen kesedaran mengenai kefahaman gangguan seksual perlu didedahkan kepada murid-murid supaya mereka faham mengenai jenis-jenis gangguan seksual. Ini akan membolehkan mereka cepat menyedari dan mengenalpasti mengenai gangguan seksual yang dialami. Jika kempen kesedaran ini boleh dijalankan di sekolah-sekolah, murid-murid akan lebih memahami mengenai gangguan seksual dan kes salah laku seksual ini mungkin dapat dikurangkan dan diatasi segera. Antara langkah lain yang boleh diaplikasikan adalah penguatkuasaan undang-undang. Selama ini, terdapat banyak undang-undang yang termaktub berkenaan kes salah laku seksual ini, namun kurang penguatkuasaan daripada pihka yang sepatutnya menjadikan kes ini menular sehinggakan insan bergelar guru juga terjebak sama. Bagi mengatasi kes salah laku seksual ini, penguatkuasaan undang-undang yang berat sememangnya perlu dilakukan. Antara hukuman yang dikenakan adalah penjara, denda, dan sebatan. Dalam konteks guru pula, hukuman lebih berbentuk kepada kod etika penjawat awam di mana jawatan dilucutkan serta merta. Ini bagi memberi pengajaran kepada orang lain agar mereka menyedari bahawa kes salah laku seksual ini adalah kes yang serius apatah lagi dilakukan oleh insan pendidik terhadap anak bangsa. Terdapat pelbagai lagi langkah dan cadangan yang boleh dikenalpasti bagi membendung isu salah laku seksual dalam kalangan guru ini. Apa yang penting adalah setiap anggota masyarakat perlu memahami konsep gangguan seksual itu sendiri agar kes salah laku ini tidak dipandang ringan. 12
  • 13. 5.0 Rumusan Isu gangguan seksual merupakan satu isu yang serius dalam masyarakat di negara kita pada hari ini. Saban hari, ada sahaja berita mengenai salah laku seksual terpampang di dada-dada akhbar meliputi kes rogol, cabul, khalwat, dan sebagainya. Isu berkenaan beberapa orang guru terlibat dalam kes gangguan seksual merupakan kes yang wujud sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam konteks perguruan, ia merupakan satu kesalahan salah laku serius yang juga boleh digelarkan sebagai salah laku seksual. Apa yang membimbangkan guru yang seharusnya menjadi pendidik dan pembimbing telah mengajar mengenai perkara yang salah dan melanggar norma kehidupan apatah lagi terhadap murid-murid. Perkara ini seharusnya dipandang serius semua pihak supaya ia tidak mencemarkan profesion perguruan. Kesimpulannya isu ini terbahagi kepada tiga perkara utama yang perlu diambil serius iaitu punca berlaku, implikasi, dan langkah- langkah untuk mengatasi kes salah laku seksual dalam kalangan guru ini. Pelbagai punca antaranya adalah melalui pengaruh media, dorongan hawa nafsu, masalah keluarga, dan tekanan kerja dikenalpasti menjadi penyebab utama kes salah laku dalam kalangan guru ini. Akibat daripada punca-punca tersebut, murid pula menjadi mangsa keadaan. Tempat yang diharapkan mampu memberi bimbingan dan mendidiknya bertukar menjadi tempat yang paling ditakuti kerana sikap segelintir guru yang tidak bermoral ini. Setiap manusia dijadikan oleh tuhan dengan peranan masing-masing dan mempunyai fungsi masing-masing, perbuatan tidak bermoral guru ini boleh disifatkan telah menyalahi norma kehidupan manusia secara tidak langsung. Ia juga boleh menjatuhkan maruah pelbagai pihak yang tidak bersalah. Selain daripada punca-punca yang telah dikenalpasti, pelbagai implikasi juga boleh melanda kepada pelbagai pihak iaitu guru, mangsa, rakan sejawat, keluarga mangsa, dan juga profesion perguruan itu sendiri. Bak kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’ sememangnya relevan dengan implikasi yang berlaku 13
  • 14. akibat isu salah laku seksual guru ini. Gangguan yang dilakukan kepada murid bukan sahaja akan mendatangkan perasaan fobia dan tidak selesa kepad murid- murid malah juga kepada keluarga murid serta rakan sejawat khususnya perempuan. Implikasi ini yang perlu diambil kira kerana ia bukan melibatkan satu jangka masa yang pendek sahaja, malah mendatangkan kesan besar pada jangka masa panjang. Sekiranya masalah gangguan atau salah laku seksual ini tidak dipandang serius sewajarnya, tidak mustahil ia mungkin akan mengakibatkan kes lebih serius seperti rogol dan sebagainya. Inilah yang paling ditakuti apatah lagi apabila dilakukan oleh seorang guru yang disifatkan sebagai pengganti ibu-bapa. Justeru pelbagai langkah perlu diambil bagi membasmi isu salah laku seksual dalam kalangan guru habis-habisan. Sinclair & Anor (1994) menyatakan bahawa gangguan seksual boleh dirujuk sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan penghinaan, penganiayaan, dan kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat. Sebegitu besar pengaruh gangguan seksual terhadap mereka yang terlibat. Pelbagai pihak seperti kerajaan, pihak sekolah, ibu-bapa, murid, dan masyarakat perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam menangani masalah ini. Pihak lain tidak boleh lepas tangan begitu sahaja dan menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan untuk menanganinya. Sikap prihatin dan berwaspada terhadap situasi yang mencurigakan perlu ada dalam diri setiap lapisan masyarakat agar isu tidak bermoral ini boleh dielakkan dan seterusnya ditangani dengan berkesan. Justeru, semua pihak khususnya guru harus sedar akan isu ini dan memahami dengan sebaiknya agar tidak berlaku kes-kes yang lebih teruk pada masa akan datang yang melibatkan pelanggaran kod etika profesional perguruan dan penjawat awam serta melanggar norma kehidupan masyarakat. 14
  • 15. 6.0 Refleksi Syukur ke hadrat Ilahi kerana kerja kursus dan projek membina blog laman ilmu telah dapat saya dan rakan-rakan siapkan pada masa yang ditetapkan. Semasa mendapat tugasan bersama dua orang rakan lagi, saya berasa sangat seronok kerana kaedah pengajaran sebegini memberikan pengetahuan yang lebih mendalam kepada saya mengenai teknologi maklumat. Tajuk yang telah saya pilih untuk mengulas artikel adalah berkenaan salah laku seksual guru terhadap murid di sekolah. Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus dan projek ini, kami bertiga banyak melakukan perbincangan khusus berkenaan isu yang kami pilih. Pelbagai pendapat dan isu yang kami cuba ketengahkan semasa perbincangan berlangsung antara kami bertiga. Akhirnya, setelah tamat perbincangan bersama rakan-rakan, saya sendiri telah memilih tajuk berkenaan salah laku seksual guru di sekolah dan seterusnya untuk tugasan projek, kami membahagikan kerja secara sama rata. Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya telah melakukan beberapa langkah dalam usaha menyempurnakannya. Antaranya ialah mencari maklumat di buku ilmiah dan internet berkenaan gejala sosial yang sering berlaku di sekolah pada ketika ini. Kebanyakan maklumat yang saya perolehi adalah dari sumber laman- laman web. Pelbagai sumber diperolehi sama ada dalam bentuk penulisan. Selain itu juga saya telah membuat beberapa perbincangan bersama rakan-rakan untuk membincangkan masalah yang di hadapi. Melalui kerja kursus yang diberi oleh pensyarah ini, banyak pengetahuan diperolehi seperti statistik guru-guru yang terlibat dalam salah laku dan pelanggaran kod etika profesional serta cabaran yang bakal dihadapi oleh guru pada masa akan datang. Walaupun begitu, masih lagi terdapat halangan yang perlu dihadapi. Kelemahan yang dapat saya perhatikan ialah bahan rujukan untuk menghasilkan tugasan ini 15
  • 16. tidak mencukupi dan fakta yang saya perolehi seperti statistik-statistik berkenaan bukanlah data yang terkini.Kekurangan sumber rujukan adalah menjadi masalah yang ketara kerana sebahagian markah diambil dari rujukan daripada bahan bacaan ilmiah. Selain itu, tugasan yang bertindih menyebabkan pelajar menjadi kelam kabut untuk menghantar kerja kursus serentak. Bagi saya, untuk menyelesaikan kedua- dua masalah tersebut adalah dengan memperbanyakkan lagi bahan atau sumber rujukan di perpustakaan dan saya perlu bijak menguruskan masa supaya setiap kerja kursus dapat dihantar dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan projek membina laman ilmu berdasarkan rumusan yang telah dibuat melalui artikel yang dipilih, saya mendapati ianya sangat mempengaruhi saya dan rakan-rakan lain. Kami kini lebih peka dengan hal ehwal semasa yang melibatkan perguruan serta secara tidak langsung kami telah dapat meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi maklumat pada masa kini. Ini adalah penting bagi kami kerana ianya boleh diaplikasikan di sekolah apabila mula mengajar pada masa akan datang. Pada pendapat saya, terdapat kaitan secara tidak langsung antara tugasan dan artikel yang dirumus iaitu kes salah laku seksual sebenarnya berpunca daripada pelbagai aspek yang perlu diteliti sebelum langkah mengatasinya diaplikasikan. Pengaruh media sememangnya besar terhadap diri individu. Inilah yang perlu dipandang serius supaya kemudahan teknologi tidak digunakan untuk perkara-perkara negatif. Saya berharap tugasan seperti ini dapat diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Hal ini kerana segala pengetahuan yang saya perolehi semasa menghasilkan tugasan ini dapat digunakan semasa di sekolah nanti. Akhir sekali,saya berharap agar pensyarah pembimbing berpuas hati dengan kerja kursus ini. Sekian terima kasih. 16