Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
KERJA KURSUSPGA 102PERKEMBANGAN INTRAPERSONALDANINTERPERSONAL REMAJASEMESTER 1SIDANG AKADEMIK 2012/ 2013HUBUNGAN RAKAN SEB...
PENGHARGAANALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpahan kurniarahmatnya yang telah ...
Muka SuratPENGHARGAAN iiSUSUNAN KANDUNGAN iiiSENARAI GRAF iiiSENARAI LAMPIRAN iii1.0 PENGENALAN2.0 OBJEKTIF KAJIAN3.0 PERS...
1.0 PENGENALANRakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat dan palingpenting dalam kehidupan seseorang r...
pengganti keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalamkehidupan seseorang remaja. Selain itu rakan ...
2.0 OBJEKTIF KAJIANSecara spesifik, kajian ini bertujuan untuk:• Mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang...
4.0 SIGNIFIKAN KAJIANKajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat dan pengetahuan kepada semuapihak yang terli...
5.0 TINJAUAN LITERATURMenurut Klausmerier et. al (1975), di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,keberanian, kejujura...
Dalam aspek pengaruh rakan sebaya dapatan kajian lepas menunjukkan pelajarmenghisap rokok secara berkumpulan atau bersama ...
oleh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang penting dalam pencapaian akademikremaja. Mereka boleh mempengaruhi pelajar dari ...
Menurut Rohaty (1998), Habibah dan Noran Fauziah (1997); Muhd. Mansur dan SitiNordinar (1988), remaja merupakan zaman pera...
6.0 METODOLOGI KAJIANKetika menjalankan kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah kajianuntuk mengumpulk...
i) Responden mudah membaca dan memahami item-item soal selidikii) Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang men...
6.2 PemerhatianSeterusnya, kami juga turut menggunakan kaedah pemerhatian untuk memperolehdata-data dan maklumat kajian. P...
7.0 DAPATAN KAJIANGraf Bar 1: Analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yang mempengaruhipemilihan rakan se...
2 orang responden yang bersetuju bahawa faktor tarikan menjadi aspek penting dalampemilihan rakan sebaya mereka manakala 7...
dapat menyimpulkan bahawa faktor usia bukanlah faktor yang penting dalam pemilihanrakan sebaya.Soalan 4: Anda hanya memili...
Graf Bar 2: Analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakan sebaya kepadaremaja.Graf bar di atas menunjukkan an...
dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawakebanyakan remaja mempunyai darjah int...
Graf bar 3: Analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebayaGraf bar di atas menunjukkan analisis data soal s...
remaja yang membuatkan remaja terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana faktor – faktorseperti melanjutkan pelajaran, beke...
merupakan tempat mereka meluahkan perasaan dan mengadu masalah. Selebihnyatidak bersetuju mengenainya. Hal ini kerana, sem...
Graf bar 4: Analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya.Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal...
disokong oleh Azizah binti Lebai Nordin (2002) apabila beliau mengatakan pelajar yangpencapaiannya tinggi kurang melibatka...
Kami mendapati data yang diperolehi bagi soalan ini ialah lapan orang daripada sembilanorang responden bersetuju dengan pe...
9.0 LAMPIRAN
10.0 RUJUKAN• Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (TesisPh.D,Fakulti Pendidikan, Universiti Ma...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

42,738 views

Published on

  • Be the first to comment

Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

  1. 1. KERJA KURSUSPGA 102PERKEMBANGAN INTRAPERSONALDANINTERPERSONAL REMAJASEMESTER 1SIDANG AKADEMIK 2012/ 2013HUBUNGAN RAKAN SEBAYANAMA AHLI KUMPULAN : 1) ZULHAKIM BIN BUSTAMI ( 117669 )2) STEVESON STEWARD ANAK PATRICK ( 117666 )3) MUHAMAD NAZRI BIN ABDUL KARIM (117630)PUSAT PENGAJIAN : ILMU PENDIDIKANDISEDIAKAN UNTUK : DR. SALMIZA SALEHPENSYARAH PGA 102 - PERKEMBANGANINTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL REMAJATARIKH HANTAR :10 DISEMBER 2012
  2. 2. PENGHARGAANALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpahan kurniarahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini dapat diselesaikan. Oleh itu, terlebih dahulu kami inginmerakamkan ucapan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Salmiza bintiSaleh, selaku pensyarah atau penyelaras yang juga merupakan tutor kami untuk kursus PGA 102bagi semester satu, sidang akademik 2012/ 2013 kerana telah memberi tunjuk ajar, bimbingan,panduan dan kritikan yang membina serta membetulkan kelemahan kami sepanjang prosesmenyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan usaha beliau yang tidak jemu mencurahkan ilmukepada kami, sudah tentu kami tidak berjaya menyelesaikan tugasan kajian ini.Tidak lupa juga, terima kasih daun keladi diucapkan kepada rakan - rakan seperjuangan yangbegitu banyak memberi sokongan, kerjasama dan bantuan dalam proses kami menyiapkan kajian inibaik secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak ketinggalan juga, jutaan terima kasih juga kamiucapkan kepada para responden yang sudi bekerjasama dengan kami dalam mengumpul data – datakajian. Kepada semua ahli keluarga kami, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sentiasamemberikan dorongan dan semangat yang tidak terhingga.Dalam kesempatan ini, kami sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semuapihak yang terlibat secara baik langsung mahupun tidak langsung membantu kami menyiapkankajian ini. Tanpa kalian, usaha kami ini tidak akan membuahkan hasil yang baik. Terima kasih semua.Sebelum menutup bicara, kami juga ingin menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan seandainyakami melakukan kesilapan, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja kepada kalian. Sesungguhnyayang baik datang dari Allah S. W. T, yang buruk datangnya dari kelemahan kami sebagai insan biasa.Akhir kalam, kami memimpin.Sekian, terima kasih.Zulhakim Bin BustamiSteveson Steward Anak PatrickMuhamad Nazri Bin Abdul KarimSUSUNAN KANDUNGAN
  3. 3. Muka SuratPENGHARGAAN iiSUSUNAN KANDUNGAN iiiSENARAI GRAF iiiSENARAI LAMPIRAN iii1.0 PENGENALAN2.0 OBJEKTIF KAJIAN3.0 PERSOALAN KAJIAN4.0 SIGNIFIKAN KAJIAN5.0 TINJAUAN LITERATUR6.0 METODOLOGI KAJIAN7.0 DAPATAN KAJIAN8.0 KESIMPULAN9.0 LAMPIRAN10.0 RUJUKANSENARAI GRAFGRAF BAR 1: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 1GRAF BAR 2: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 2GRAF BAR 3: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 3GRAF BAR 4: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 4SENARAI LAMPIRANLAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK
  4. 4. 1.0 PENGENALANRakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat dan palingpenting dalam kehidupan seseorang remaja. Lazimnya seseorang remaja akan bergauldengan keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada dirumah. Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakansebaya. Namun, oleh sebab remaja lebih banyak menghabiskan lebih banyak masabersama rakan sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat remajayang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka.Menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1987), rakan sebaya boleh di definisikan sebagaisahabat yang mempunyai umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama.Menurut Saffer (1999) pula, rakan sebaya membawa erti dua atau lebih individu yangmempunyai aras tingkah laku yang sama. Mereka juga mempunyai persefahaman antarasatu sama lain. Menurut beliau lagi, rakan sebaya ini tidak semestinya mempunyai umuryang sama, asalkan dapat menyesuaikan diri dengan tingkah laku antara satu sama laindari segi minat dan matlamat.Terdapat enam peringkat dalam perhubungan rakan sebaya. Peringkat yang pertamaadalah antara umur 5-12 tahun, peringkat kedua 12-14 tahun, peringkat ketiga 14-16tahun, peringkat keempat 16-18 tahun, peringkat kelima 18-25 dan yang terakhir iaituperingkat keenam iaitu berumur 25 tahun dan ke atas. Dalam pemilihan rakan sebayapula, terdapat beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan,tarikan, minat, kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amatpenting kepada seseorang remaja kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan modelsosial kepada mereka.Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat pentingdalam kehidupan setiap individu terutamanya remaja. Mereka berperanan sebagai
  5. 5. pengganti keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalamkehidupan seseorang remaja. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagaipemberi sokongan sosial dan ekonomi. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu pentingdalam kehidupan seseorang remaja, maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakansebaya sangat kuat kepada seseorang remaja. Terdapat dua jenis pengaruh rakan sebayadalam kehidupan seseorang remaja, iaitu pengaruh positif dan pengaruh negatif. Pengaruhrakan sebaya yang positif dapat membentuk sikap dan keperibadian yang mulia pada diriseseorang remaja itu, manakala pengaruh yang negatif pula akan menyebabkan seseorangremaja terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya meranapkan masa hadapan remajatersebut.Dalam kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan golongan remaja sebagai subjekutama kajian kami. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif, iaitumelalui kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas sembilan orang responden yangterdiri daripada mahasiswa tahun pertama, sidang akademik 2012/2013 Universiti SainsMalaysia.
  6. 6. 2.0 OBJEKTIF KAJIANSecara spesifik, kajian ini bertujuan untuk:• Mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dalammemilih rakan sebaya.• Mengenal pasti kepentingan rakan sebaya kepada remaja.• Mengenal pasti peranan- peranan rakan sebaya dalam kehidupan seseorangremaja.• Mengetahui pengaruh- pengaruh rakan sebaya kepada remaja.3.0 PERSOALAN KAJIAN:Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:• Apakah faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dalam memilihrakan sebaya?• Sejauh manakah rakan sebaya penting kepada seseorang remaja?• Sejauh manakah rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupanseseorang remaja?• Apakah pengaruh- pengaruh rakan sebaya kepada remaja?
  7. 7. 4.0 SIGNIFIKAN KAJIANKajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat dan pengetahuan kepada semuapihak yang terlibat di dalam kajian ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Antarasignifikan kajian ini adalah:(1) Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak - pihak tertentumengenai hubungan rakan sebaya, iaitu dari aspek faktor- faktor yang mempengaruhipemilihan rakan sebaya, kepentingan rakan sebaya, peranan rakan sebaya danpengaruh rakan sebaya.(2) Diharapkan dengan dapatan kajian ini, pihak – pihak yang bertanggungjawab dapatmenggunakannya sebagai sumber rujukan dan maklumat dalam usaha membendungmasalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja di negara kita yangdikatakan berpunca daripada rakan sebaya.(3) Dengan dapatan kajian ini juga, diharapkan dapat membantu para responden untukmembuat penilaian kendiri ke atas hubungan mereka dengan rakan sebaya mereka.Penilaian ini diharap dapat meyakinkan individu tersebut bahawa rakan sebayamerupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang, khasnya golonganremaja.(4) Kajian ini juga diharap boleh menjadi satu maklumat dan rujukan bagi individu yangingin melakukan penyelidikan mengenai perkara – perkara yang perlu dititikberatkandalam perhubungan rakan sebaya.(5) Menggunakan maklumat yang ada untuk memantapkan program pembimbing rakansebaya sebagai satu sistem sokongan sosialdalam kalangan pelajar - pelajar sekolahberkaitan dengan program remaja di peringkat negeri dan kebangsaan pada masa akandatang.
  8. 8. 5.0 TINJAUAN LITERATURMenurut Klausmerier et. al (1975), di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,keberanian, kejujuran, kemesraan dan lain-lain, para remaja dipengaruhi oleh pendapatdan pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor inibanyak menimbulkan penggeseran di antara para remaja dengan ibu bapa. Para remajamenganggap ibu bapa sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa kelirudengan tingkah laku dan tindak - tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkanidentiti diri dianggap sebagai menentang. Kekeliruan ini memburukkan dan akhirnyamenimbulkan masalah. Apabila remaja menemui masalah seperti ini, dia memerlukanseorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadang - kalamereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakansebaya mereka.Segala aktiviti remaja dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Menurut Mustafa Fahmi(1971), beliau menyatakan remaja cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang manaia berada di dalamnya. Remaja di peringkat awalan ini akan bersungguh – sungguhmencuba bertingkah laku seperti tingkah laku kumpulannya. Remaja ini juga akanmelakukan atau membuat apa - apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya.Muhd. Mansur Abdullah dan rakan-rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakansebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dandisesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya adalah sangatpenting. Dalam hal ini , siapakah yang patut menentukan jenis rakan sebaya yang menjadipilihan? Dalam Islam, ibu bapa sendiri mengenal pasti rakan-rakan yang berakhlak mulia(Osman Ayub, 1990). Melalui rakan-rakannya yang positif ini, akan wujudlah model-model positif yang boleh dikembangkan di semua peringkat. Di Malaysia, programPembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan supaya rakan sebaya dimanfaatkanuntuk membaiki disiplin dalam kalangan pelajar.
  9. 9. Dalam aspek pengaruh rakan sebaya dapatan kajian lepas menunjukkan pelajarmenghisap rokok secara berkumpulan atau bersama rakan. Pelajar juga menganggapperaturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perludipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan tersendiri dan mengadakan peraturantertentu dan setiap ahli kumpulan hendaklah mematuhinya. Hal ini mula menimbulkanmasalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulandipukul, mereka akan membalas secara berkumpulan (Dewan Masyarakat, April 1995).Dapatan kajian yang disebutkan di atas sejajar dengan dapatan kajian peringkatnasional yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia padatahun 1993 yang menunjukkan punca salah laku dalam kalangan pelajar adalahdisebabkan oleh faktor diri, keluarga, persekitaran rakan sebaya dan juga sekolah.Sebagai contoh, kajian tersebut mendapati pada tahun 1993 kira-kira 81.03 peratusmelakukan kerana faktor kekeluargaan 4.10 peratus kerana pengaruh rakan sebaya dan1.24 peratus kerana faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April 1995).Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalamsesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawanyang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akancemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkanmereka juga akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidaklangsung minat seseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalammata pelajaran dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbingmereka ke arah yang diinginkan. Sejauh mana seorang pelajar bergantung kepada rakansebaya adalah dilihat kepada pengaruh tarikan yang ada pada diri individu itu. Apabilapelajar itu sudah yakin pada rakan pilihannya, hubungan antara kedua - duanya akanmenjadi bertambah erat dan apa - apa yang dilakukan oleh rakannya, maka dia juga akanturut melakukannya juga.Habibah (1997) menyatakan rakan sebaya ialah mereka yang tergolong dalamkumpulan sama dan mempunyai persamaan dari minat, nilai dan aktiviti yang dilakukan
  10. 10. oleh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang penting dalam pencapaian akademikremaja. Mereka boleh mempengaruhi pelajar dari segi nilai dan sikap lebih daripada ibubapa, sekolah, institusi agama dan kumpulan sosial yang lain.Remaja menghabiskan masa mereka dengan pelbagai cara. Dalam kajian yangdijalankan oleh Larson (1984) dalam Habibah (1997), didapati remaja menghabiskankurang satu pertiga daripada masa mereka dalam aktiviti produktif seperti belajar, kerjasekolah dan kerja sambilan. Kurang daripada satu pertiga lagi daripada masa merekadihabiskan untuk kegiatan masa lapang seperti bergaul dengan kawan-kawan, sukan,permainan, menonton televisyen, mendengar muzik, berehat dan memberi tumpuankepada hobi. Kira - kira 16 peratus daripada mereka juga dikelaskan kepada pergaulansementara iaitu mereka menghabiskan satu pertiga dari masa mereka berjaga bersama -sama kawan sebaya sama ada di sekolah mahupun luar sekolah. Remaja juga didapatiberasa paling seronok apabila bersama-sama rakan sebaya.Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupunkumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid:1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Iaadalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehidaripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempatmereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yangmempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yangmempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones &Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi olehrakan sebaya (Brown, 1990). Berndt (1979) telah membuat suatu kajian tentangkecenderungan menurut seseorang remaja. Beliau mendapati bahawa kecenderunganrakan sebaya paling tinggi pada umur 14 hingga 15 tahun. Malah konflik dengan ibubapa paling banyak berlaku pada tahap ini. Ini kerana kecenderungan menurut tingkahlaku anti sosial paling tinggi pada umur ini. Remaja lebih cenderung menurut pengaruhrakan sebaya kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruhibu bapa dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri.
  11. 11. Menurut Rohaty (1998), Habibah dan Noran Fauziah (1997); Muhd. Mansur dan SitiNordinar (1988), remaja merupakan zaman peralihan dalam pusingan hidup seseorang.Banyak perubahan yang berlaku pada zaman ini, sama ada dari segi fizikal atau emosi.Keremajaan merupakan satu jangka masa yang mencabar dalam perkembanganseseorang. Rogers (1972) membahagikan masa remaja kepada tiga peringkat iaitu awalremaja (12 – 15 tahun), pertengahan remaja (15 – 18 tahun) dan akhir remaja (18 – 22tahun). Namun begitu, umur akhir remaja masih dipertikaikan lagi kerana terdapatperbezaan budaya dan negara yang membezakan peringkat akhir remaja.Seltzer dan Waterman (1996) menjelaskan pada awal remaja, mereka mula mencariidentiti sendiri. Rujukan utama mereka tentang tingkah laku, identiti dan masa depanialah kumpulan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah tempat melafazkan fikiran danemosi. Pada zaman remaja juga, wujud Peership iaitu persahabatan yang unik kepadaremaja. Rakan sebaya berumur lebih kurang sama dengan remaja tersebut. Rakan sebayabagi remaja terdiri daripada rakan persekolahan, rakan yang tinggal di kawasanperumahan yang sama, rakan-rakan dalam aktiviti riadah dan sukan yang sama. Wujudkumpulan rujukan psikologikal remaja apabila remaja memerlukan pemisahan darikongkongan ibu bapa untuk menjadi dewasa. Mereka lebih bergantung kepada rakansebaya. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru gaya dan tingkah laku danaspirasi.
  12. 12. 6.0 METODOLOGI KAJIANKetika menjalankan kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah kajianuntuk mengumpulkan data-data kajian dan maklumat yang berkaitan hubungan rakan sebaya.Kaedah kajian yang digunakan oleh kumpulan kami terdiri daripada:6.1 InstrumenPertamanya, instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soalselidik. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagimendapatkan maklumat daripada responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pulaberpendapat, penggunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika iadisediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai.Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan.Dengan menggunakan soal selidik juga responden tidak perlu menulis nama dan inimemungkinkan mereka menjawab dengan jujur (Cockburn, 1996). Selain itu, penggunaansoal selidik adalah lebih sesuai kerana ia lebih praktikal, berkesan dan menjimatkanperbelanjaan. Pembinaan soal selidik ini telah dilakukan berdasarkan beberapa andaian yangtelah dicadangkan oleh Wolf (1988) iaitu:
  13. 13. i) Responden mudah membaca dan memahami item-item soal selidikii) Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupiuntuk menjawab item-item dalam soal selidikiii) Responden menjawab soal selidik secara sukarela dan ikhlasKumpulan kami membuat soal selidiknya sendiri di samping mendapat tunjuk ajardaripada pensyarah bimbingan. Soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian utama iaituBahagian 1 dan Bahagian 2 sebagaimana diterangkan di bawah ini:Bahagian 1: Mengumpul maklumat mengenai butiran peribadi responden iaitu jantina,bangsa dan umur. Responden dikehendaki mengisi tempat kosong yangdisediakan.Bahagian 2: Bahagian ini terdiri daripada empat aspek, iaitu Aspek 1: Faktor- faktoryang mempengaruhi pemilihan rakan sebaya, Aspek 2: Kepentinganrakan sebaya, Aspek 3: Peranan rakan sebaya, dan Aspek 4: Pengaruhrakan sebaya.Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada sembilan orang respondenyang terdiri daripada mahasiswa tahun pertama Universiti Sains Malaysia. Demimendapatkan data kajian yang lengkap dan menyeluruh, kami memilih responden-respondendaripada pelajar – pelajar yang mengikuti kursus pengajian yang berbeza iaitu Sastera denganPendidikan, Ilmu Kemanusiaan, Sains Kaji Hayat, Geofizik dan Teknologi Industri. Selainitu, mereka juga dipilih berdasarkan kriteria jantina, umur, bangsa dan agama yang berbeza.Rasional kumpulan kami menjadikan mahasiswa tahun pertama sebagai subjek kajian ialahmereka tergolong dalam tahap remaja ketiga, iaitu tahap akhir remaja ( Steinberg, 1999) danmereka amat sesuai kerana mereka berada dalam dua dimensi yang berbeza, iaitu bakalmenamatkan zaman remaja dan mula memasuki alam dewasa. Maka, merekalah subjek yangpaling sesuai kerana mereka memahami golongan remaja, dan dalam masa yang sama,mereka bakal menjadi golongan dewasa.
  14. 14. 6.2 PemerhatianSeterusnya, kami juga turut menggunakan kaedah pemerhatian untuk memperolehdata-data dan maklumat kajian. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap mahasiswaUniversiti Sains Malaysia. Pemerhatian yang dilakukan adalah terhadap aspek pergaulan dantingkah laku mahasiswa dalam perhubungan dengan rakan sebaya.6.3 Sumber InternetInternet juga menjadi salah satu kaedah dalam mengumpul data-data dan maklumatberkaitan hubungan rakan sebaya. Melalui rujukan internet, kami memperoleh maklumatberkaitan kajian-kajian lepas dan isu - isu semasa berkaitan tajuk ini.6.4 Sumber BukuAkhir sekali, kaedah yang digunakan oleh kami adalah dengan membuat rujukan diperpustakaan. Kami mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilakukanoleh kami.
  15. 15. 7.0 DAPATAN KAJIANGraf Bar 1: Analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yang mempengaruhipemilihan rakan sebaya.Graf bar 1 di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yangmempengaruhi pemilihan rakan sebaya. Demi mencapai objektif kajian, sebanyak tujuhsoalan telah dirangka untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihanrakan sebaya.Soalan 1: Anda sering menitikberatkan faktor tarikan (personaliti atau paras rupa) dalampemilihan rakan sebaya?Menurut Azizi (2006), faktor luaran seperti faktor penampilan diri yang menarikmenjadi salah satu aspek yang diambil kira oleh seseorang dalam pemilihan rakan sebaya.Menurut beliau lagi, seseorang individu tertarik kepada individu lain yang memiliki fizikalyang menarik kerana adanya andaian bahawa yang cantik adalah baik, aktif , tegas, dansebagainya. Merujuk kepada data kajian yang diperoleh bagi soalan pertama, didapati hanya
  16. 16. 2 orang responden yang bersetuju bahawa faktor tarikan menjadi aspek penting dalampemilihan rakan sebaya mereka manakala 7 orang responden yang lain menyatakanketidaksetujuan mereka. Majoriti berpendapat bahawa paras rupa dan personaliti bukanlahsatu faktor yang penting dalam pemilihan rakan sebaya. Hal ini bermakna, tidak semuaremaja memilih rakan sebaya yang hanya mempunyai tarikan.Soalan 2: Anda hanya akan memilih individu yang berkongsi minat yang sama dengananda sebagai rakan sebaya anda?Azizi (2006) mengatakan faktor kedekatan atau proximity juga mempengaruhiseseorang remaja dalam pemilihan rakan sebaya. Seseorang individu akan lebih tertarikuntuk mengenali seseorang individu lain yang berada dekat dengannya (Festinger, 1950).Kedekatan di sini bermaksud wujudnya perkara yang menjadi dua indivdu tersebut menjadilebih dekat. Antaranya adalah persamaan dari segi minat. Remaja biasanya akan memilihrakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap, minat dan identiti denganmereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Bagi soalan kedua pula,data soal selidik menunjukkan hanya 3 orang responden bersetuju dengan soalan tersebut,iaitu mereka hanya memilih rakan sebaya yang hanya dari kalangan individu yang berkongsiminat dengan mereka. 6 orang responden yang lain tidak bersetuju bahawa minat merupakansalah satu faktor dalam pemilihan rakan sebaya mereka. Mereka lebih terbuka dalampemilihan rakan sebaya. Mereka tidak kisah untuk berkawan dengan rakan sebaya merekayang mempunyai minat dan hobi yang berbeza.Soalan 3: Anda menjadikan faktor usia sebagai kriteria utama untuk anda memilih rakansebaya?Bagi soalan ini, seramai 4 orang responden menyatakan persetujuan mereka bahawausia merupakan salah satu kriteria utama dalam pemilihan rakan sebaya manakala selebihnyatidak bersetuju tentang soalan berkenaan. Majoriti daripada responden mengatakan usiabukanlah faktor penting dalam pemilihan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kehidupan diluar membuatkan remaja perlu lebih bersosial dan berkawan dengan segenap lapisan umur.Sebagai contoh, kehidupan di universiti yang penuh cabaran dan dugaan membuat seseorangremaja terpaksa berkawan dengan semua orang tanpa mengira usia untuk meneruskankehidupan di universiti. Maka melalui data soal selidik yang diperolehi bagi soalan ini, kami
  17. 17. dapat menyimpulkan bahawa faktor usia bukanlah faktor yang penting dalam pemilihanrakan sebaya.Soalan 4: Anda hanya memilih rakan sebaya dari kalangan pelajar yang mempunyaitingkah laku dan pencapaian yang baik di sekolah/ universiti?Para responden menunjukkan respons positif bagi soalan ini apabila semua merekabersetuju bahawa rakan sebaya mereka terdiri daripada golongan yang baik daripada segitingkah laku dan pencapaian akademik seseorang itu. Rakan sebaya merupakan cerminkepada diri remaja itu sendiri. Jika mereka memilih rakan sebaya yang mempunyai masalahdalam akhlaknya, peratusan mereka untuk terpengaruh dengan pengaruh negatif rakan sebayamereka adalah tinggi. Pencapaian akademik yang baik juga menjadi faktor penting dalampemilihan rakan sebaya. Pelajar yang memilih kawan yang baik dan cemerlang dalam matapelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jikamereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga akan mendapat kegagalan dalammata pelajaran (Kamarudin, 1989).
  18. 18. Graf Bar 2: Analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakan sebaya kepadaremaja.Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakansebaya kepada remaja. Sebanyak tujuh soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauhmana kepentingan rakan sebaya kepada remaja.Soalan 1: Adakah anda mempunyai rakan sebaya?Berdasarkan analisis data soalan soal selidik bagi soalan satu, kumpulan pengkajimendapati bahawa semua responden mengatakan mereka mempunyai rakan sebaya. Analisisdata soalan kaji selidik yang positif ini menunjukkan betapa pentingnya rakan sebaya danrakan sebaya merupakan suatu keperluan kepada seseorang remaja.Soalan 2: Anda lebih selesa berbincangkan atau berceritakan masalah anda dengan rakananda berbanding dengan ibu bapa anda.Bagi soalan dua, kumpulan pengkaji mendapati bahawa hanya tujuh orang respondenmengatakan persetujuan mereka, manakala selebihnya mengatakan ketidaksetujuan mereka.Data ini menunjukkan golongan remaja lebih cenderung untuk berkongsi masalah mereka
  19. 19. dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawakebanyakan remaja mempunyai darjah intimasi yang lebih tinggi dengan rakan sebayaberbanding ibu bapa. Hal ini mungkin disebabkan oleh pendapat sesetengah remaja yangmenganggap rakan sebaya mereka lebih memahami diri mereka. Keadaan ini mungkin wujudkesan berlakunya perbezaan pemahaman dan pengalaman antara remaja dengan ibu bapamereka. Perbezaan ini dinamakan sebagai jurang generasi. Jurang generasi merupakan salahsatu punca konflik antara remaja dan ibu bapa. Ia adalah perbezaan yang terdapat dalam nilai,sikap dan tingkah laku antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibubapa sering memarahi anak remaja mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak danperaturan mereka padahal mereka mengetahui bahawa remaja pada zaman ini berbeza denganremaja pada zaman mereka. Oleh hal yang sedemikian, remaja lebih selesa berkongsimasalah mereka dengan rakan sebaya (Klausmerier et. Al, 1975) kerana mereka tidak terbatasoleh jurang generasi dan rakan sebaya mereka lebih memahami masalah mereka berbandingdengan ibu bapa. Selain itu, hal ini mungkin disebabkan oleh remaja lebih banyakmenghabiskan masa dengan ibu bapa berbanding dengan ibu bapa.Soalan 3: Anda kadang – kala pernah cuba meniru tingkah laku, personaliti atau fesyenyang dimiliki oleh rakan sebaya anda.Berdasarkan analisis data soal selidik bagi soalan tiga, kumpulan pengkaji mendapatihanya lima orang responden mengatakan persetujuan mereka. Empat orang responden yanglain menyatakan ketidaksetujuan mereka. Hartup (1983) mengatakan biasanya remaja gemarmeniru tingkah laku rakannya yang popular dan sudah membentuk hubungan rapatdengannya. Keadaan ini seolah – olah rakan sebaya memberitahu cara mereka perlubertingkah laku dalam situasi yang berbeza. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalammeniru gaya dan tingkah laku dan aspirasi (Seltzer dan Waterman, 1996). Teori pembelajaransosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utamayang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja adalah melalui pemerhatian terhadaptingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Oleh sebab remajamenghabiskan masa yang lebih banyak bersama rakan sebaya berbanding dengan ibu bapamereka, tidak hairanlah mereka menjadikan rakan sebaya sebagai suri teladan. Jadi secaratidak langsung, jika tingkah laku negatif ditunjukkan oleh rakan sebaya mereka, maka itulahyang akan menjadi ikutan remaja.
  20. 20. Graf bar 3: Analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebayaGraf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebaya.Sebanyak enam soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana peranan rakansebaya kepada remaja.Soalan 1: Anda lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya berbandingkeluarga anda?Seramai empat orang responden bersetuju bahawa masa mereka lebih banyakdihabiskan bersama dengan rakan sebaya, manakala lima orang lagi tidak bersetuju bahawamasa mereka lebih banyak dihabiskan dengan rakan sebaya. Hal ini mungkin disebabkanterdapat beberapa responden kami merupakan pelajar yang berasal daripada kawasan yangberdekatan dengan Universiti Sains Malaysia. Jadi, mereka kerap pulang dan menghabiskanmasa bersama keluarga mereka. Hal ini berbeza pula dengan responden yang berasal daritempat yang jauh dari Universiti Sains Malaysia seperti dari Sabah dan Sarawak, merekalebih kerap menghabiskan masa dengan rakan sebaya kerana mereka tidak berkemampuaanuntuk selalu pulang ke negeri masing- masing. Keadaan ini lazimnya berlaku pada zaman
  21. 21. remaja yang membuatkan remaja terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana faktor – faktorseperti melanjutkan pelajaran, bekerja, dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telahmenyebabkan tempoh masa remaja dan keluarga semakin kurang dan tempoh masa remajadengan rakan sebaya mereka lebih lama. Walau bagaimanapun, menurut Larson & Richards(1994), ibu bapa kekal sebagai orang yang penting dalam kehidupan remaja, tetapi tahapkemesraan & closeness antara ibu bapa dengan anak remaja selalunya menurun semasaremaja.Soalan 3: Anda sering merujuk rakan sebaya anda untuk melakukan sesuatu perkara ataukeputusan?Berdasarkan data yang kami perolehi, seramai lima orang responden bersetujubahawa rakan sebaya merupakan tempat untuk rujukan mereka apabila ingin melakukansesuatu perkara atau keputusan manakala empat orang responden yang tidak bersetujudengan pernyataan tersebut. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalamkehidupan remaja. Sebagai pengganti keluarga, rakan sebaya dijadikan tempat untukmeluahkan sesuatu.Soalan 4: Rakan sebaya ialah tempat untuk anda mencari identiti anda?Pada awal remaja, mereka mula mencari identiti sendiri. Rujukan utama merekatentang tingkah laku ialah kumpulan rakan sebaya. Muhd. Mansur Abdullah dan rakan-rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajarsatu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya.Berdasarkan kepada data yang diperolehi bagi soalan empat, didapati seramai enam orangresponden memilih bersetuju bahawa rakan sebaya berperanan sebagai tempat mencariidentiti seseorang remaja, manakala hanya tiga orang responden yang tidak bersetuju. Hal inibertepatan dengan kajian lepas oleh Seltzer dan Waterman (1996). Hal ini kerana, remajaakan mengambil segala contoh yang baik dan popular yang ada pada rakan untuk ditiru dandijadikan sebagai identiti.Soalan 5: Rakan sebaya sebagai tempat meluahkan perasaan dan mengadu masalah?Berdasarkan graf, seramai enam orang responden bersetuju bahawa rakan sebaya
  22. 22. merupakan tempat mereka meluahkan perasaan dan mengadu masalah. Selebihnyatidak bersetuju mengenainya. Hal ini kerana, semua responden merupakan golonganmahasiswa yang tinggal di asrama. Hubungan mereka lebih rapat dengan rakan sebaya.Kehidupan harian mereka dihabiskan bersama-sama dengan rakan sebaya. MenurutPakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepadaseorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosidan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesar kuantiti danjaringan rakan sosialnya. Mereka lebih selesa menceritakan dan mencurahkan segalamasalah dan perasaan mereka kepada rakan sebaya berbanding ibu bapa, guru atauorang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana rakan sebaya dianggap lebihmemahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka inginmembuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.Soalan 6: Rakan sebaya boleh diharapkan sebagai pengganti keluarga?Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah danpengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah (Akers,Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995).
  23. 23. Graf bar 4: Analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya.Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya.Sebanyak tujuh soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana pengaruh rakansebaya kepada remaja.Soalan 1: Anda sering mengajak rakan sebaya anda melakukan perkara-perkara negatifseperti merokok, ponteng kelas, lepak dan sebagainya?Menurut Azizah binti Lebai Nordin (2002), pengaruh rakan sebaya adalah antarafaktor yang membawa gejala sosial dalam kalangan remaja. Beliau menjelaskan ajakan danpujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah lakutersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepaskeluarga. Data soal selidik yang diperolehi bagi soalan ini menunjukkan respons yang positifapabila semua responden tidak bersetuju bahawa mereka sering mengajak rakan sebaya andamelakukan perkara-perkara negatif seperti merokok, ponteng kelas, lepak dan sebagainya.Hal ini mungkin disebabkan para responden terdiri daripada pelajar yang tinggipencapaiannya dan ini mengurangkan penglibatan mereka dalam gejala sosial. Respons ini
  24. 24. disokong oleh Azizah binti Lebai Nordin (2002) apabila beliau mengatakan pelajar yangpencapaiannya tinggi kurang melibatkan diri dalam gejala sosial berbanding dengan pelajardaripada pencapaian sederhana dan rendah.Soalan 2: Rakan sebaya anda sering mengajak anda belajar bersama?Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalamsesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawanyang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlangdalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka jugaakan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidak langsung minatseseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalam mata pelajarandapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing mereka ke arah yangdiinginkan. Berdasarkan data soal yang diperolehi, lapan orang daripada sembilan orangresponden bersetuju dengan pernyataan ini. Keadaan ini menunjukkan bahawa rakan sebayajuga boleh membawa pengaruh positif kepada seseorang individu.Soalan 4: Rakan sebaya anda membantu anda meningkatkan kemahiran insaniah(soft skill) anda?Antara faktor berlakunya pengangguran di kalangan graduan institusi pengajian tinggiadalah kurangnya penguasaan kemahiran insaniah (Mohd Zaki Kamsah, 2004 dan HaslizaHassan, 2002). Antara cara yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran insaniah adalahmelalui peranan rakan sebaya. Misalnya, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaianmasalah dapat diterapkan melalui pembelajaran koperatif kerana tugasan kumpulan yangdiberikan oleh pensyarah adalah lebih mencabar berbanding tugasan secara individu.Keadaan ini memerlukan pelajar untuk berdiskusi dan berbincang dengan rakan sekumpulanbagi menyelesaikan tugasan tersebut. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan kemahiranpemikiran kritis dan penyelesaian masalah kepada pelajar. Bagi soalan ini, kami mendapatihanya seorang responden yang menyatakan ketidaksetujuannya terhadap pernyataan ini.Soalan 6: Pernahkah anda menolak ajakan rakan anda yang mengajak anda melakukanperbuatan negatif ?
  25. 25. Kami mendapati data yang diperolehi bagi soalan ini ialah lapan orang daripada sembilanorang responden bersetuju dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan remaja berani untukmenolak ajakan negatif daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, dapatan ini jugakmenunjukkan bahawa remaja sudah boleh menilai baik buruk sesuatu tindakan yang akandilakukan.8.0 KESIMPULAN
  26. 26. 9.0 LAMPIRAN
  27. 27. 10.0 RUJUKAN• Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (TesisPh.D,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur) h. 36.• Dewan Masyarakat (1995). Tingkah Laku Delinkuen. 9 –12.• Nota Kuliah PGA 102 – Interpersonal dan Intrapersonal Remaja• Mohd Zaki Kamsah (2004). “Developing Generic Skills in Classroom Environment:Engineering Students’ Perspective.” : Conference On Engineering Education (CEE2004), 14-15 December 2004, Kuala Lumpur.• Hasliza Hassan, (2002). “Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan PadaMasa Kini”. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, UniversitiTeknologi Malaysia: Bangi.•

×