SlideShare a Scribd company logo
Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Johari Bin Hassan & Fazliana Rashida Binti Abdul Rahman
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan ICT membantu
para pendidik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta mengenalpasti kemudahan ICT yang digunakan dan kekangan yang dihadapi
oleh mereka. Seramai 70 orang pendidik daripada Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada
pelbagai jawatan telah dipilih menjadi responden kajian ini. Borang soal-selidik telah digunakan
sebagai instrument kajian. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.0 for WINDOWS. Statistik deskriptif,
min dan korelasi Pearson telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemudahan ICT
yang digunakan oleh para pendidik adalah tinggi tetapi kekerapan pendidik menggunakan
kemudahan serta peralatan ICT yang telah disediakan dalam proses P&P adalah sederhana
manakala sambungan internet mengalami gangguan merupakan kekangan utama terhadap
keperluan serta penggunaan ICT dalam proses P&P. Diharapkan kajian ini dapat membantu
pihakpihak tertentu untuk mengatur strategi latihan-latihan atau kursus tertentu yang diperlukan
oleh para pendidik, seterusnya meningkatkan profesionalisme dan integriti pendidik Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai.
Katakunci :ICT, Pengajaran dan Pembelajaran
Pengenalan
Kepesatan pembangunan di Malaysia dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan
pendidikan di peringkat Asia bukan lagi suatu igauan kosong. Impak globalisasi dan
perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa perubahan dibuat dalam sistem
pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di
samping mempercepatkan proses belajar. Tenaga kerja yang mahir, berteknologi moden, berilmu
pengetahuan, mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis, berdaya saing dan celik
komputer perlu dilahirkan dari pusat-pusat pengajian tinggi samada di Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) agar negara kita dapat
bersaing di mata dunia.
Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan
penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan
perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau
melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini
dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan
telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps,
1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).
Pernyataan Masalah
Disebabkan evolusi teknologi yang cepat dan pesat, universiti-universiti
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan teknologi yang terkini kepada pendidik dan pelajar
demi memperkaya kemahiran teknikal di samping mengemaskinikan perisian dan perkakasan
(Markham et. al., 2003). Makmal komputer di institusi pengajian tinggi mestilah dilengkapi
dengan peralatan seperti komputer, pengimbas, mesin cetak dan perisian untuk kegunaan pelajar
(Hughey et. al., 2003). Honey dan Brunner (1994) melaporkan kekurangan kemudahan komputer
dan perisian, serta ketidaksepadanan perisian dan perkakasan sebagai dua halangan utama dalam
penggunaan komputer.
Pengkaji berpendapat, para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses P&P di
Universiti Teknologi Malaysia sudah lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi
mengenai penggunaannya. Walaubagaimanapun Fakulti Pendidikan sudah dilengkapi dengan
segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang baik serta
makmalmakmal komputer, malah para pendidik juga turut dibekalkan dengan computer masing-
masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar
proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu
pengkaji akan memfokuskan kajian ini kepada mengenalpasti sejauhmana penggunaan ICT dapat
membantu para pendidik dalam proses P&P mereka dan mengenalpasti sumber ICT yang
digunakan dan kekangan yang dihadapi oleh mereka serta mengenalpasti adakah terdapat
hubungan antara faktor demografi seperti pengalaman mengajar terhadap penggunaan ICT di
kalangan pendidik.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut :
1. Mengenalpasti sumber ICT yang selalu digunakan di kalangan pendidik Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenalpasti sejauhmana penerimaan pendidik terhadap aplikasi ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran.
3. Mengenalpasti kekangan terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
4. Mengenalpasti samada terdapat hubungan antara faktor demografi dengan penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan Kajian
Kemunculan ICT di era komunikasi yang tiada sempadan ini telah membawa inovasi
kepada gaya pengajaran dan pembelajaran para pendidik di UTM. Menyedari hakikat ini,
sewajarnya lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak langkah seiring dengan
zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta laman-laman web
untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Malah melalui pemerhatian pengkaji
sebagai seorang pelajar, masih terdapat segelintir pendidik yang tidak menggunakan kemudahan
ICT yang disediakan di bilik kuliah malah penggunaan ‘chalk and talk’ masih digunakan.
Sehubungan itu, melalui permasalahan inilah maka pengkaji ingin mengenalpasti
sejauhmanakah kepentingan ICT dapat membantu pendidik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka serta kekangan terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara umum. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengetahui
sama ada terdapat hubungan antara faktor demografi dengan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan pengkaji agar kajian
yang dilakukan ini akan dapat memberi manfaat kepada komponen-komponen berikut:
Kementerian Pelajaran
Kementerian Pelajaran perlu mengetahui persepsi para pendidik supaya langkah-langkah yang
difikirkan perlu dapat diambil agar proses P&P berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar dan
berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Kementerian pelajaran juga dapat menyediakan
latihan ICT kepada para pendidik agar mereka benar-benar mahir, cekap dan berkeyakinan
dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Pelajaran Tinggi perlu membuat pemantauan terhadap pendidik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi menggalakkan para pendidik agar menggunakan
kepelbagaian alat bantu mengajar seperti ICT dan seterunya meningkatkan prestasi mereka
dalam pelaksanaan P&P yang menarik dan berkesan Latihan dan kemudahan yang lengkap perlu
disediakan bagi meningkatkan pengetahuan dan mutu pengajaran.
Universiti
Pihak universiti akan berpuashati dengan kelebihan yang ada pada seseorang pendidik sekiranya
mereka ini mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang ICT.
Sekurang- kurangnya para pendidik ini akan dipilih sebagai contoh kepada para pelajar bagi
mengetengahkan apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang individu yang berjaya. Pihak
universiti akan sentiasa member dorongan dan sokongan kepada para pendidik dengan
menyediakan makmal komputer serta pemberian komputer yang dilengkapi dengan kemudahan
internet bagi memudahkan para pendidik membuat persediaan pengajaran dan melakukan
penyelidikan.
Masyarakat
Kelompok masyarakat dapat mengenalpasti apakah ciri–ciri yang terdapat pada para pendidik
pada masa akan datang. Adakah mereka ini telah bersedia dengan tanggungjawab mereka, dan
adakah penyampaian isi pelajaran menjurus kepada isi kandungan yang ditetapkan atau luar dari
kandungan isi pelajaran yang telah ditetapkan
Fakulti Pendidikan
Pihak fakulti dapat mengenalpasti apakah langkah yang perlu dilaksanakan sekiranya para
pendidik di fakulti pendidikan tidak mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
ICT. Selain daripada itu, pihak fakulti pendidikan akan cuba melaksanakan program – program
tertentu bagi menggalakkan minat para pendidik dalam bidang ICT.
Reka bentuk Kajian.
Menurut Mohamad Najib (1999), pengukuran afektif boleh dilaksanakan melalui dua
kaedah, iaitu cara pemerhatian dengan catatan menggunakan rekod atau senarai semak, dan cara
ujian melalui kaedah tinjauan atau proses temubual. Dari segi teknikal, data yang
dimanipulasikan melalui ujian atau soal selidik mudah diuruskan setelah dibina dengan baik dan
data juga senang diproses untuk dianalisis.
Rekabentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif jenis tinjauan. Bentuk kajian ini
membolehkan data diukur secara objektif dan digeneralisasikan kepada dunia luar (Mohamad
Najib, 1999). Kajian tinjauan soal-selidik dipilih kerana kaedah ini mudah ditadbir dan data juga
senang diproses dan dianalisis.
Data-data yang diperlukan untuk kajian ini dikumpul melalui borang soalselidik yang
ditadbir oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Ia mengambil masa dalam 1 masa tertentu sahaja
di mana selalunya menggunakan soal-selidik atau instrumen. Ia dapat menjimatkan masa dengan
pengumpulan data pada jangka masa yang singkat dan tindakan susulan (follow-up) terhadap
responden adalah tidak diperlukan.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek
yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ciri atau sifat yang sama antara satu
dengan yang lain (Majid Konting, 1990). Seorang pengkaji mungkin tidak menggunakan semua
anggota dalam populasinya. Oleh itu, wakilan atau contoh populasi yang dikenali sebagai sampel
sahaja digunakan dalam kajian (Mohamad Najib, 1999). Menurut Mohamad Najib (1999),
pemilihan sampel mestilah mengikut syarat kebarangkalian, iaitu setiap ahli sampel mewakili
ahli populasi.
Terdapat 7 buah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Namun begitu
hanya pendidik daripada Fakulti Pendidikan sahaja yang dipilih sebagai populasi. Jumlah
pendidik Fakulti Pendidikan ialah seramai 106 orang. Menurut Mohamad Najib (1999), ada yang
menyarankan 30 peratus daripada populasi dan ada yang berkata jumlah 30 peratus sampel sudah
mencukupi. Saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian
nanti. Lebih besar sampel, lebih mantap kajian kerana dapat mengurang kesilapan keputusan.
Membesarkan saiz sampel boleh meninggikan kesahan dan kebolehpercayaan skor (Mohamad
Najib (1999). Oleh itu, pengkaji telah memilih seramai 70 orang pendidik Fakulti Pendidikan
sebagai sampel kajian. Ini memandangkan adanya kekangan kepada pendidik seperti cuti belajar
dan dipinjam ke jabatan lain. Populasi ini diperolehi melalui Jabatan Sumber Manusia, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor untuk mengetahui jumlah pendidik di
Fakulti Pendidikan mengikut jabatan masing-masing.
Instrumen Kajian
Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif tinjauan, maka borang soal selidik telah digunakan
sebagai instrumen kajian utama kerana ianya adalah lebih mudah dan efektif (Mohamad Najib,
1999). Menurut Johari (2003), penggunaan boring soal selidik merupakan alat pengumpulan data
yang banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji. Ini disebabkan soal selidik dapat mengumpul
data secara terperinci, tersusun dan piawai. Di samping itu, soal selidik mudah ditadbir,
menjimatkan tenaga, masa, minda dan wang pengkaji semasa menjalankan kajian.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian
A, B, C dan D. Bahagian A meliputi maklumat umum latar belakang responden dengan tujuan
bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden dan perkaitannya dengan
penggunaan ICT. Bahagian ini memerlukan pendidik menandakan ( √ ) pada kotak jawapan
pilihan serta mengisi ruang kosong yang disediakan. Item-item di dalam soal selidik bahagian B,
C dan D menggunakan skala Likert 5 poin. Merujuk kepada jadual 1, skala 1 mewakili ‘Amat
tidak Setuju’, skala 2 mewakili ‘Tidak Setuju’, skala 3 mewakili ‘Tidak Pasti’, skala 4 mewakili
‘Setuju’ manakala skala 5 mewakili ‘Amat Setuju’.
Jadual 1 : Skala Likert
Bagi bahagian B, C dan D, pendidik juga dikehendaki memberi sebab dalam ruang soalan
terbuka bagi menjelaskan lagi pilihan jawapan mereka sebagai sokongan dan rujukan tambahan
bagi analisis data dalam kajian pengkaji. Seterusnya kekerapan setiap jawapan pendidik akan
ditentukan dan penggunaan ICT di kalangan pendidik Fakulti Pendidikan serta kekangan yang
dihadapi dalam proses P&P akan dikenalpasti.
Kajian Rintis
Selepas pengesahan instrumen, kajian rintis dijalankan ke atas 10 orang pendidik Fakulti
Sains, Universiti Teknologi Malaysia dengan tujuan menentukan nilai kebolehpercayaan bagi
instrumen kajian ini. Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan
instrumen mendapatkan data yang tepat berkaitan dengan persoalan kajian. Di samping itu juga,
ia bertujuan untuk membolehkan pengkaji menilai sama ada para pendidik yang dijadikan
sebagai responden memahami soalan, selain berpeluang membaiki kesalahan ejaan dan
tatabahasa.
Kamariah Abu Bakar dan Noran Fauziah Yaakub (1998) menyatakan bahawa ujian yang
boleh dipercayai adalah ujian yang mana akan menghasilkan markat yang sama atau hampir
sama apabila diberikan ujian tersebut kepada pelajar (sampel) yang berulang kali. jelasnya,
kebolehpercayaan menunjukkan ketekalan dan aras keyakinan kita terhadap sesuatu keputusan
daripada ujian yang dijalankan.
Instrumen kajian merupakan gabungan item yang dibangunkan oleh pengkaji kain, oleh
itu kajian rintis perlu dijalankan untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan untuk
instrumen baru ini. Berdasarkan dapatan kajian ritis, beberapa pengubahsuaian telah dijalankan
ke atas instrumen hasil perbincangan dengan penyelia.
Data untuk bahagian A, B, C dan D dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.0 for Windows. Berdasarkan
kajian rintis yang telah dijalankan, nilai kebolehpercayaan Cronbach alfa (α) yang diperolehi
untuk bahagian B ialah 0.8339, bahagian C ialah 0.8661 manakala bahagian D pula ialah 0.8087.
Nilai keseluruhan ialah 0.9233.
Jadual 2 Nilai Alfa Soal Selidik
Menurut Majid Konting (1990), nilai Cronbach alfa yang lebih daripada 0.80 untuk
sesuatu soal selidik menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan nilai alfa bagi
setiap konstruk, dapatlah dirumuskan bahawa soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang tinggi.
Analisis Data
Jadual 3 Taburan kekerapan responden terhadap bentuk penggunaan ICT
Menurut jadual 3 yang menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden
terhadap bentuk penggunaan ICT, item yang mempunyai nilai min yang tertinggi ialah 4.69 iaitu
penyataan “Saya kerap melayari internet untuk mencari sumber rujukan”. Seramai 22 orang atau
31.0% setuju dengan penyataan ini dan seramai 48 orang atau 69.0% juga sangat setuju dengan
penyataan ini.
Bagi item yang mempunyai nilai min yang kedua tinggi ialah 4.62 dengan penyataan
“Saya sering mengintegrasikan pelbagai penggunaan bahan multimedia (powerpoint, LCD
projektor) dalam P&P” di mana didapati 2 orang atau 3.4% berpendapat kurang setuju , 22 orang
atau 31.0% berpendapat setuju dan 46 orang atau 65.5% berpendapat sangat setuju.
Selain itu, penyataan yang menyatakan “Saya menggalakkan pelajar menggunakan
perkhidmatan internet untuk mendapatkan rujukan-rujukan pembelajaran” didapati seramai 29
orang atau 41.4% berpendapat setuju dan 41 orang atau 58.6% berpendapat sangat setuju.
Penyataan “Saya tahu menggunakan powerpoint secara interaktif” mempunyai nilai min
iaitu 4.38. Hasil kajian menunjukkan bahawa 2 orang atau 3.4% berpendapat tidak setuju , 36
orang atau 51.7% berpendapat setuju dan 32 orang atau 44.8% yang berpendapat sangat setuju.
Di samping itu, item yang mempunyai nilai min 4.34 di mana penyataan yang
menyatakan “Saya suka menggunakan email”. Didapati seramai 2 orang atau 3.4% sangat tidak
setuju, 2 orang atau 3.4% berpendapat tidak setuju, 6 orang atau 6.9% kurang setuju, 19 orang
atau 27.6% setuju dengan penyataan ini dan 41 orang atau 58.6% berpendapat sangat setuju
dengan penyataan ini.
Manakala penyataan “Elearning membantu saya untuk memuat naik semua nota dan
tugasan yang diperlukan oleh pelajar” dengan nilai min 4.31, hasil kajian menunjukkan bahawa
bilangan responden yang sangat tidak setuju ialah seramai 5 orang atau 6.9%, 29 orang atau
41.4% berpendapat setuju dan 36 orang atau 51.7% berpendapat sangat setuju dengan penyataan
ini.
Justeru itu, penyataan yang menyatakan “Saya percaya dengan menyertai ‘newsgroup’ di
internet adalah baik untuk berkongsi maklumat atau bahan-bahan P&P” di mana nilai min ialah
4.10 dengan jumlah responden yang berpendapat sangat tidak setuju ialah 2 orang atau 3.4% , 5
orang atau 6.9% tidak setuju, 5 orang atau 6.9% berpendapat kurang setuju, 29 orang atau 41.4%
berpendapat setuju dan 29 orang atau 41.4% berpendapat sangat setuju.
Penyataan yang menyatakan “Saya yakin, pembelajaran secara ‘net-working’ dapat
menjimatkan masa” mempunyai nilai min iaitu 3.93. Bilangan responden 2 orang atau 3.4%
berpendapat sangat tidak setuju, 7 orang atau 10.3% tidak setuju, 7 orang atau 10.3%
berpendapat kurang setuju, 29 orang atau 41.4% bersetuju dan 25 orang atau 34.5% berpendapat
sangat setuju.
Sementara itu, penyataan “Saya biasa menggunakan grafik atau animasi komputer
semasa mengajar untuk menerangkan masalah-masalah tertentu” didapati mempunyai jumlah
responden yang berpendapat tidak setuju adalah seramai 12 orang atau 17.2% , 10 orang atau
13.8% berpendapat kurang setuju , 34 orang atau 48.3% berpendapat setuju dan 14orang atau
20.7% berpendapat sangat setuju. Nilai min bagi penyataan ini ialah 3.72.
Bagi item yang mempunyai nilai min yang paling rendah iaitu 3.38 dengan penyataan
“Saya menggunakan elearning semasa penyampaian kuliah / pengajaran.” di mana 7 orang atau
10.3% berpendapat sangat tidak setuju dengan penyataan ini, 19 orang atau 27.6% tidak setuju
dengan penyataan ini, 27 orang atau 37.9% setuju dan seramai 17 orang atau 44.8% berpendapat
sangat setuju dengan penyataan ini.
Perbincangan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bentuk penggunaan ICT yang
digunakan oleh para pendidik dalam proses P&P. Bahagian ini menunjukkan para pendidik
banyak menggunakan internet. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian yang mana min yang
diperolehi ialah 4.69. Penggunaan ICT lain seperti LCD projektor, powerpoint, e-mail dan
elearning juga mencatat min yang tinggi. Min keseluruhan mencatatkan keputusan min yang
tinggi iaitu 4.21. Ini bermakna para pendidik Fakulti Pendidikan sudah lama menggunakan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga dalam aktiviti seharian.
Secara umum, elearning boleh ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks UTM, elearning merupakan suatu sistem yang mana maklumat mata pelajaran,
nota kuliah, kemudahan komunikasi dan lain-lain aktiviti pembelajaran seperti kuiz, ujian dan
tugasan boleh diakses melalui rangkaian komputer universiti.
Menurut kajian Marinah dan Ramlee (2003), 96.2% daripada responden yang mengikuti
program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan menggunakan laman
web sebagai media pembelajaran sangat bersetuju bahawa web tersebut sangat berfaedah kepada
pembelajaran mereka kerana kuliah di bilik darjah dapat disokong dengan maklumat, nota dan
arahan yang dimasukkan ke dalam web yang dibina.
Teknologi ICT dalam pendidikan boleh merujuk kepada pembelajaran melalui Web dan
Sistem Telesidang. Perkembangan teknologi internet telah memberi manfaat dalam
menghasilkan P&P yang lebih efektif. Pembelajaran melalui web bertujuan bagi memudahkan
penghantaran maklumat kepada pelajar tanpa terikat kepada faktor lain seperti masa dan tempat
(Baharuddin, Noraffandy, Jamalludin dan Zaidatun, 2000).
Antara kemudahan ICT yang disediakan dan antara popular dewasa ini ialah pencarian
maklumat berasaskan halaman web, perbincangan dalam kumpulan (Newsgroup), mel elektronik
(e-mail), perbualan berasaskan teks (chatting), system telesidang (video, audio, teks) dan
sebagainya (Baharuddin, Noraffandy, Jamalludin dan Zaidatun, 2000).
Penggunaan halaman web dalam pendidikan memberi peluang kepada pendidik
menyampaikan dan menerbitkan bahan pengajaran secara talian terus (online). Selain itu, ia juga
memberi sumber maklumat tanpa sempadan melalui enjin pencarian dengan kadar yang cepat.
Penekanan perlu diberi bahawa ia bukan hanya sebagai penyampai maklumat tetapi juga
merupakan alat pengajaran dan pembelajaran (Abdullah, 1999).
Rujukan
Abdullah bin Md Yatim. Perkembangan Internet dan Implikasi terhadap Suasana Pengajaran
Sekolah: Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jurnal Pendidikan. Guru Bil. 12/1999.
Johor Bahru, Johor. 2002
Becker, W.E & Watts, M,. Chalk and talk. A national survey on teaching undergraduates
economics. American Economic Review. 1996
Christensen, H.B. Introduction to Statistics: A Calculus-based Approach. US: Harcourt Brace
Jovanovich. 1992
Heinich, R.Molenda, M. Rusel J.D and Smaldino, S.E. Instructional Media and Technologies for
Learning. Edisi 7. New Jersey. Prentice Hall. 2002
Ismail Zain (Dr.). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. 2002
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). The Malaysian Smart School: A Conceptual
Blueprint. Kuala Lumpur. Ministry of Education. 1997
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. Determining Sample Size for Research Activities. Educational
and Psychological Measurement. 1970. (30): 607-610.
Kulik, J., Banert, R., dan Williams, G. Effects of Computer-based Teaching on Secondary School
Students. Journal of Educational Psychology 75 (1983), 19-26
Mohd. Majid Konting. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. 1990
Penerbit UTM, 2000. Prosiding: Konvensyen Pendidikan UTM 2000. Edisi pertama. Johor,
Universiti Teknologi Malaysia. 2000
Rio Sumarni Sharifuddin. Pengajaran dan Pembelajaran Sains berbantukan Komputer. Jurnal
Pendidikan UTM. Jilid 3. Bil.1. April 1995: hal. 1-5. 1997
Smith, S.B., Smith, S.J. dan Boone, R. Increasing access to teacher preparation: the
effectiveness of traditional instructional methods in an online learning environment.
Journal of Special Education Technology. 2000. 15 (2): 37-46
Usip, E.E., & Bee, R.H. A Discriminant Analysis of Students’ Perceptions of Web-Based
Learning. Social Science Computer Review. 1998
Woodul, C.E., Vitale, M.R., Scott, B.J. Using a cooperative multimedia learning environment to
enhance learning and affective self-perceptions of at-risk studnts in grade 8. Journal of
Educational Technology System, Vol 28(3) 239-252. 1999-2000
Wan Liz Ozman Wan Omar. Gagasan alaf baru. Mencetus kebangkitan Malaysia. Batu Caves:
Thinkers Library Sdn. Bhd. 2000
Yusup Hashim (Dr.). Konsep dan Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
Instruksional dan Pembelajaran. Prosiding
Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16. 13-16 Jun 2003. hal 165. Kuala Lumpur: Persatuan
Teknologi Pendididkan Malaysia. 2003

More Related Content

What's hot

Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Mohd Dasuki
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Suhaili Hanafi
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
Shah Awang
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...azwinashafira2012
 
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daTeknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daRaudhah Alias
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 

What's hot (17)

Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
 
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daTeknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 

Viewers also liked

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Buku mmi 2 pengurusan final
Buku mmi 2   pengurusan finalBuku mmi 2   pengurusan final
Buku mmi 2 pengurusan final
Adila Dila
 
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Nur Hayati Ibrahim
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Teacher Nasrah
 
Penulisan projek
Penulisan projekPenulisan projek
Penulisan projek
trick765
 
Laporan penyelidikan
Laporan penyelidikanLaporan penyelidikan
Laporan penyelidikan
Norzamzila Baba
 
Konstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaKonstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaAMira LIzza
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidik
Agnes Tan
 
Soal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburSoal selidik didik hibur
Soal selidik didik hibur
Eda Muryanti
 
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Nazmi Lestari
 
87443653 75101 3
87443653 75101 387443653 75101 3
87443653 75101 3mat Ki
 
Borang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekBorang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekNona Naza
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarah
Johari Ibrahim
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp fazfazrul
 
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...mandalina landy
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
Jamaliah Hashim
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridMohd Fahmi Abu Bakar
 
Soal selidik
Soal selidik Soal selidik
Soal selidik
Shadidi Zikri
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
Rosnani Ghazali
 

Viewers also liked (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Buku mmi 2 pengurusan final
Buku mmi 2   pengurusan finalBuku mmi 2   pengurusan final
Buku mmi 2 pengurusan final
 
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Penulisan projek
Penulisan projekPenulisan projek
Penulisan projek
 
Laporan penyelidikan
Laporan penyelidikanLaporan penyelidikan
Laporan penyelidikan
 
Konstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaKonstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjaya
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidik
 
Soal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburSoal selidik didik hibur
Soal selidik didik hibur
 
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
 
87443653 75101 3
87443653 75101 387443653 75101 3
87443653 75101 3
 
Borang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekBorang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sek
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarah
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp faz
 
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
 
Soal selidik
Soal selidik Soal selidik
Soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar to Ict 3

Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)zarida ahmad
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Jurnal
JurnalJurnal
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Zaidi Othman
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
Muhammad Othman Mahat
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
NURUL HUDA
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Shauqi Ibrahim
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Shauqi Ibrahim
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 

Similar to Ict 3 (20)

Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 

More from Amie Joan Juanis

Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Amie Joan Juanis
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Amie Joan Juanis
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 1
Timss 1Timss 1
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
Amie Joan Juanis
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
Amie Joan Juanis
 
Teaching approach 1
Teaching approach 1Teaching approach 1
Teaching approach 1
Amie Joan Juanis
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
Amie Joan Juanis
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
Amie Joan Juanis
 
Teacher's certification 1
Teacher's certification 1Teacher's certification 1
Teacher's certification 1
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
Amie Joan Juanis
 

More from Amie Joan Juanis (20)

Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 3
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 2
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Timss 1
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Teaching approach 1
Teaching approach 1Teaching approach 1
Teaching approach 1
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
 
Teacher's certification 1
Teacher's certification 1Teacher's certification 1
Teacher's certification 1
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
 
Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
 

Recently uploaded

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 

Recently uploaded (7)

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 

Ict 3

  • 1. Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Johari Bin Hassan & Fazliana Rashida Binti Abdul Rahman Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan ICT membantu para pendidik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti kemudahan ICT yang digunakan dan kekangan yang dihadapi oleh mereka. Seramai 70 orang pendidik daripada Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada pelbagai jawatan telah dipilih menjadi responden kajian ini. Borang soal-selidik telah digunakan sebagai instrument kajian. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.0 for WINDOWS. Statistik deskriptif, min dan korelasi Pearson telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemudahan ICT yang digunakan oleh para pendidik adalah tinggi tetapi kekerapan pendidik menggunakan kemudahan serta peralatan ICT yang telah disediakan dalam proses P&P adalah sederhana manakala sambungan internet mengalami gangguan merupakan kekangan utama terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses P&P. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihakpihak tertentu untuk mengatur strategi latihan-latihan atau kursus tertentu yang diperlukan oleh para pendidik, seterusnya meningkatkan profesionalisme dan integriti pendidik Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Katakunci :ICT, Pengajaran dan Pembelajaran Pengenalan Kepesatan pembangunan di Malaysia dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan pendidikan di peringkat Asia bukan lagi suatu igauan kosong. Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar. Tenaga kerja yang mahir, berteknologi moden, berilmu pengetahuan, mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis, berdaya saing dan celik komputer perlu dilahirkan dari pusat-pusat pengajian tinggi samada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) agar negara kita dapat bersaing di mata dunia. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999). Pernyataan Masalah Disebabkan evolusi teknologi yang cepat dan pesat, universiti-universiti dipertanggungjawabkan untuk menyediakan teknologi yang terkini kepada pendidik dan pelajar
  • 2. demi memperkaya kemahiran teknikal di samping mengemaskinikan perisian dan perkakasan (Markham et. al., 2003). Makmal komputer di institusi pengajian tinggi mestilah dilengkapi dengan peralatan seperti komputer, pengimbas, mesin cetak dan perisian untuk kegunaan pelajar (Hughey et. al., 2003). Honey dan Brunner (1994) melaporkan kekurangan kemudahan komputer dan perisian, serta ketidaksepadanan perisian dan perkakasan sebagai dua halangan utama dalam penggunaan komputer. Pengkaji berpendapat, para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses P&P di Universiti Teknologi Malaysia sudah lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya. Walaubagaimanapun Fakulti Pendidikan sudah dilengkapi dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang baik serta makmalmakmal komputer, malah para pendidik juga turut dibekalkan dengan computer masing- masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu pengkaji akan memfokuskan kajian ini kepada mengenalpasti sejauhmana penggunaan ICT dapat membantu para pendidik dalam proses P&P mereka dan mengenalpasti sumber ICT yang digunakan dan kekangan yang dihadapi oleh mereka serta mengenalpasti adakah terdapat hubungan antara faktor demografi seperti pengalaman mengajar terhadap penggunaan ICT di kalangan pendidik. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut : 1. Mengenalpasti sumber ICT yang selalu digunakan di kalangan pendidik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengenalpasti sejauhmana penerimaan pendidik terhadap aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengenalpasti kekangan terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengenalpasti samada terdapat hubungan antara faktor demografi dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan Kajian Kemunculan ICT di era komunikasi yang tiada sempadan ini telah membawa inovasi kepada gaya pengajaran dan pembelajaran para pendidik di UTM. Menyedari hakikat ini, sewajarnya lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta laman-laman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Malah melalui pemerhatian pengkaji sebagai seorang pelajar, masih terdapat segelintir pendidik yang tidak menggunakan kemudahan ICT yang disediakan di bilik kuliah malah penggunaan ‘chalk and talk’ masih digunakan. Sehubungan itu, melalui permasalahan inilah maka pengkaji ingin mengenalpasti sejauhmanakah kepentingan ICT dapat membantu pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka serta kekangan terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara umum. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengetahui sama ada terdapat hubungan antara faktor demografi dengan penggunaan ICT dalam proses
  • 3. pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan pengkaji agar kajian yang dilakukan ini akan dapat memberi manfaat kepada komponen-komponen berikut: Kementerian Pelajaran Kementerian Pelajaran perlu mengetahui persepsi para pendidik supaya langkah-langkah yang difikirkan perlu dapat diambil agar proses P&P berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Kementerian pelajaran juga dapat menyediakan latihan ICT kepada para pendidik agar mereka benar-benar mahir, cekap dan berkeyakinan dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Tinggi perlu membuat pemantauan terhadap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi menggalakkan para pendidik agar menggunakan kepelbagaian alat bantu mengajar seperti ICT dan seterunya meningkatkan prestasi mereka dalam pelaksanaan P&P yang menarik dan berkesan Latihan dan kemudahan yang lengkap perlu disediakan bagi meningkatkan pengetahuan dan mutu pengajaran. Universiti Pihak universiti akan berpuashati dengan kelebihan yang ada pada seseorang pendidik sekiranya mereka ini mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang ICT. Sekurang- kurangnya para pendidik ini akan dipilih sebagai contoh kepada para pelajar bagi mengetengahkan apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang individu yang berjaya. Pihak universiti akan sentiasa member dorongan dan sokongan kepada para pendidik dengan menyediakan makmal komputer serta pemberian komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet bagi memudahkan para pendidik membuat persediaan pengajaran dan melakukan penyelidikan. Masyarakat Kelompok masyarakat dapat mengenalpasti apakah ciri–ciri yang terdapat pada para pendidik pada masa akan datang. Adakah mereka ini telah bersedia dengan tanggungjawab mereka, dan adakah penyampaian isi pelajaran menjurus kepada isi kandungan yang ditetapkan atau luar dari kandungan isi pelajaran yang telah ditetapkan Fakulti Pendidikan Pihak fakulti dapat mengenalpasti apakah langkah yang perlu dilaksanakan sekiranya para pendidik di fakulti pendidikan tidak mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT. Selain daripada itu, pihak fakulti pendidikan akan cuba melaksanakan program – program tertentu bagi menggalakkan minat para pendidik dalam bidang ICT. Reka bentuk Kajian. Menurut Mohamad Najib (1999), pengukuran afektif boleh dilaksanakan melalui dua kaedah, iaitu cara pemerhatian dengan catatan menggunakan rekod atau senarai semak, dan cara ujian melalui kaedah tinjauan atau proses temubual. Dari segi teknikal, data yang dimanipulasikan melalui ujian atau soal selidik mudah diuruskan setelah dibina dengan baik dan data juga senang diproses untuk dianalisis. Rekabentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif jenis tinjauan. Bentuk kajian ini membolehkan data diukur secara objektif dan digeneralisasikan kepada dunia luar (Mohamad Najib, 1999). Kajian tinjauan soal-selidik dipilih kerana kaedah ini mudah ditadbir dan data juga senang diproses dan dianalisis. Data-data yang diperlukan untuk kajian ini dikumpul melalui borang soalselidik yang ditadbir oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Ia mengambil masa dalam 1 masa tertentu sahaja
  • 4. di mana selalunya menggunakan soal-selidik atau instrumen. Ia dapat menjimatkan masa dengan pengumpulan data pada jangka masa yang singkat dan tindakan susulan (follow-up) terhadap responden adalah tidak diperlukan. Populasi dan Sampel Kajian Populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ciri atau sifat yang sama antara satu dengan yang lain (Majid Konting, 1990). Seorang pengkaji mungkin tidak menggunakan semua anggota dalam populasinya. Oleh itu, wakilan atau contoh populasi yang dikenali sebagai sampel sahaja digunakan dalam kajian (Mohamad Najib, 1999). Menurut Mohamad Najib (1999), pemilihan sampel mestilah mengikut syarat kebarangkalian, iaitu setiap ahli sampel mewakili ahli populasi. Terdapat 7 buah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Namun begitu hanya pendidik daripada Fakulti Pendidikan sahaja yang dipilih sebagai populasi. Jumlah pendidik Fakulti Pendidikan ialah seramai 106 orang. Menurut Mohamad Najib (1999), ada yang menyarankan 30 peratus daripada populasi dan ada yang berkata jumlah 30 peratus sampel sudah mencukupi. Saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Lebih besar sampel, lebih mantap kajian kerana dapat mengurang kesilapan keputusan. Membesarkan saiz sampel boleh meninggikan kesahan dan kebolehpercayaan skor (Mohamad Najib (1999). Oleh itu, pengkaji telah memilih seramai 70 orang pendidik Fakulti Pendidikan sebagai sampel kajian. Ini memandangkan adanya kekangan kepada pendidik seperti cuti belajar dan dipinjam ke jabatan lain. Populasi ini diperolehi melalui Jabatan Sumber Manusia, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor untuk mengetahui jumlah pendidik di Fakulti Pendidikan mengikut jabatan masing-masing. Instrumen Kajian Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif tinjauan, maka borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian utama kerana ianya adalah lebih mudah dan efektif (Mohamad Najib, 1999). Menurut Johari (2003), penggunaan boring soal selidik merupakan alat pengumpulan data yang banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji. Ini disebabkan soal selidik dapat mengumpul data secara terperinci, tersusun dan piawai. Di samping itu, soal selidik mudah ditadbir, menjimatkan tenaga, masa, minda dan wang pengkaji semasa menjalankan kajian. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A meliputi maklumat umum latar belakang responden dengan tujuan bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden dan perkaitannya dengan penggunaan ICT. Bahagian ini memerlukan pendidik menandakan ( √ ) pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruang kosong yang disediakan. Item-item di dalam soal selidik bahagian B, C dan D menggunakan skala Likert 5 poin. Merujuk kepada jadual 1, skala 1 mewakili ‘Amat tidak Setuju’, skala 2 mewakili ‘Tidak Setuju’, skala 3 mewakili ‘Tidak Pasti’, skala 4 mewakili ‘Setuju’ manakala skala 5 mewakili ‘Amat Setuju’.
  • 5. Jadual 1 : Skala Likert Bagi bahagian B, C dan D, pendidik juga dikehendaki memberi sebab dalam ruang soalan terbuka bagi menjelaskan lagi pilihan jawapan mereka sebagai sokongan dan rujukan tambahan bagi analisis data dalam kajian pengkaji. Seterusnya kekerapan setiap jawapan pendidik akan ditentukan dan penggunaan ICT di kalangan pendidik Fakulti Pendidikan serta kekangan yang dihadapi dalam proses P&P akan dikenalpasti. Kajian Rintis Selepas pengesahan instrumen, kajian rintis dijalankan ke atas 10 orang pendidik Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia dengan tujuan menentukan nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini. Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen mendapatkan data yang tepat berkaitan dengan persoalan kajian. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk membolehkan pengkaji menilai sama ada para pendidik yang dijadikan sebagai responden memahami soalan, selain berpeluang membaiki kesalahan ejaan dan tatabahasa. Kamariah Abu Bakar dan Noran Fauziah Yaakub (1998) menyatakan bahawa ujian yang boleh dipercayai adalah ujian yang mana akan menghasilkan markat yang sama atau hampir sama apabila diberikan ujian tersebut kepada pelajar (sampel) yang berulang kali. jelasnya, kebolehpercayaan menunjukkan ketekalan dan aras keyakinan kita terhadap sesuatu keputusan daripada ujian yang dijalankan. Instrumen kajian merupakan gabungan item yang dibangunkan oleh pengkaji kain, oleh itu kajian rintis perlu dijalankan untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan untuk instrumen baru ini. Berdasarkan dapatan kajian ritis, beberapa pengubahsuaian telah dijalankan ke atas instrumen hasil perbincangan dengan penyelia. Data untuk bahagian A, B, C dan D dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.0 for Windows. Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan, nilai kebolehpercayaan Cronbach alfa (α) yang diperolehi untuk bahagian B ialah 0.8339, bahagian C ialah 0.8661 manakala bahagian D pula ialah 0.8087. Nilai keseluruhan ialah 0.9233. Jadual 2 Nilai Alfa Soal Selidik
  • 6. Menurut Majid Konting (1990), nilai Cronbach alfa yang lebih daripada 0.80 untuk sesuatu soal selidik menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan nilai alfa bagi setiap konstruk, dapatlah dirumuskan bahawa soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis Data Jadual 3 Taburan kekerapan responden terhadap bentuk penggunaan ICT Menurut jadual 3 yang menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden terhadap bentuk penggunaan ICT, item yang mempunyai nilai min yang tertinggi ialah 4.69 iaitu penyataan “Saya kerap melayari internet untuk mencari sumber rujukan”. Seramai 22 orang atau 31.0% setuju dengan penyataan ini dan seramai 48 orang atau 69.0% juga sangat setuju dengan penyataan ini.
  • 7. Bagi item yang mempunyai nilai min yang kedua tinggi ialah 4.62 dengan penyataan “Saya sering mengintegrasikan pelbagai penggunaan bahan multimedia (powerpoint, LCD projektor) dalam P&P” di mana didapati 2 orang atau 3.4% berpendapat kurang setuju , 22 orang atau 31.0% berpendapat setuju dan 46 orang atau 65.5% berpendapat sangat setuju. Selain itu, penyataan yang menyatakan “Saya menggalakkan pelajar menggunakan perkhidmatan internet untuk mendapatkan rujukan-rujukan pembelajaran” didapati seramai 29 orang atau 41.4% berpendapat setuju dan 41 orang atau 58.6% berpendapat sangat setuju. Penyataan “Saya tahu menggunakan powerpoint secara interaktif” mempunyai nilai min iaitu 4.38. Hasil kajian menunjukkan bahawa 2 orang atau 3.4% berpendapat tidak setuju , 36 orang atau 51.7% berpendapat setuju dan 32 orang atau 44.8% yang berpendapat sangat setuju. Di samping itu, item yang mempunyai nilai min 4.34 di mana penyataan yang menyatakan “Saya suka menggunakan email”. Didapati seramai 2 orang atau 3.4% sangat tidak setuju, 2 orang atau 3.4% berpendapat tidak setuju, 6 orang atau 6.9% kurang setuju, 19 orang atau 27.6% setuju dengan penyataan ini dan 41 orang atau 58.6% berpendapat sangat setuju dengan penyataan ini. Manakala penyataan “Elearning membantu saya untuk memuat naik semua nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar” dengan nilai min 4.31, hasil kajian menunjukkan bahawa bilangan responden yang sangat tidak setuju ialah seramai 5 orang atau 6.9%, 29 orang atau 41.4% berpendapat setuju dan 36 orang atau 51.7% berpendapat sangat setuju dengan penyataan ini. Justeru itu, penyataan yang menyatakan “Saya percaya dengan menyertai ‘newsgroup’ di internet adalah baik untuk berkongsi maklumat atau bahan-bahan P&P” di mana nilai min ialah 4.10 dengan jumlah responden yang berpendapat sangat tidak setuju ialah 2 orang atau 3.4% , 5 orang atau 6.9% tidak setuju, 5 orang atau 6.9% berpendapat kurang setuju, 29 orang atau 41.4% berpendapat setuju dan 29 orang atau 41.4% berpendapat sangat setuju. Penyataan yang menyatakan “Saya yakin, pembelajaran secara ‘net-working’ dapat menjimatkan masa” mempunyai nilai min iaitu 3.93. Bilangan responden 2 orang atau 3.4% berpendapat sangat tidak setuju, 7 orang atau 10.3% tidak setuju, 7 orang atau 10.3% berpendapat kurang setuju, 29 orang atau 41.4% bersetuju dan 25 orang atau 34.5% berpendapat sangat setuju. Sementara itu, penyataan “Saya biasa menggunakan grafik atau animasi komputer semasa mengajar untuk menerangkan masalah-masalah tertentu” didapati mempunyai jumlah responden yang berpendapat tidak setuju adalah seramai 12 orang atau 17.2% , 10 orang atau 13.8% berpendapat kurang setuju , 34 orang atau 48.3% berpendapat setuju dan 14orang atau 20.7% berpendapat sangat setuju. Nilai min bagi penyataan ini ialah 3.72. Bagi item yang mempunyai nilai min yang paling rendah iaitu 3.38 dengan penyataan “Saya menggunakan elearning semasa penyampaian kuliah / pengajaran.” di mana 7 orang atau 10.3% berpendapat sangat tidak setuju dengan penyataan ini, 19 orang atau 27.6% tidak setuju dengan penyataan ini, 27 orang atau 37.9% setuju dan seramai 17 orang atau 44.8% berpendapat sangat setuju dengan penyataan ini. Perbincangan Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bentuk penggunaan ICT yang digunakan oleh para pendidik dalam proses P&P. Bahagian ini menunjukkan para pendidik banyak menggunakan internet. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian yang mana min yang diperolehi ialah 4.69. Penggunaan ICT lain seperti LCD projektor, powerpoint, e-mail dan
  • 8. elearning juga mencatat min yang tinggi. Min keseluruhan mencatatkan keputusan min yang tinggi iaitu 4.21. Ini bermakna para pendidik Fakulti Pendidikan sudah lama menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga dalam aktiviti seharian. Secara umum, elearning boleh ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks UTM, elearning merupakan suatu sistem yang mana maklumat mata pelajaran, nota kuliah, kemudahan komunikasi dan lain-lain aktiviti pembelajaran seperti kuiz, ujian dan tugasan boleh diakses melalui rangkaian komputer universiti. Menurut kajian Marinah dan Ramlee (2003), 96.2% daripada responden yang mengikuti program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan menggunakan laman web sebagai media pembelajaran sangat bersetuju bahawa web tersebut sangat berfaedah kepada pembelajaran mereka kerana kuliah di bilik darjah dapat disokong dengan maklumat, nota dan arahan yang dimasukkan ke dalam web yang dibina. Teknologi ICT dalam pendidikan boleh merujuk kepada pembelajaran melalui Web dan Sistem Telesidang. Perkembangan teknologi internet telah memberi manfaat dalam menghasilkan P&P yang lebih efektif. Pembelajaran melalui web bertujuan bagi memudahkan penghantaran maklumat kepada pelajar tanpa terikat kepada faktor lain seperti masa dan tempat (Baharuddin, Noraffandy, Jamalludin dan Zaidatun, 2000). Antara kemudahan ICT yang disediakan dan antara popular dewasa ini ialah pencarian maklumat berasaskan halaman web, perbincangan dalam kumpulan (Newsgroup), mel elektronik (e-mail), perbualan berasaskan teks (chatting), system telesidang (video, audio, teks) dan sebagainya (Baharuddin, Noraffandy, Jamalludin dan Zaidatun, 2000). Penggunaan halaman web dalam pendidikan memberi peluang kepada pendidik menyampaikan dan menerbitkan bahan pengajaran secara talian terus (online). Selain itu, ia juga memberi sumber maklumat tanpa sempadan melalui enjin pencarian dengan kadar yang cepat. Penekanan perlu diberi bahawa ia bukan hanya sebagai penyampai maklumat tetapi juga merupakan alat pengajaran dan pembelajaran (Abdullah, 1999). Rujukan Abdullah bin Md Yatim. Perkembangan Internet dan Implikasi terhadap Suasana Pengajaran Sekolah: Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jurnal Pendidikan. Guru Bil. 12/1999. Johor Bahru, Johor. 2002 Becker, W.E & Watts, M,. Chalk and talk. A national survey on teaching undergraduates economics. American Economic Review. 1996 Christensen, H.B. Introduction to Statistics: A Calculus-based Approach. US: Harcourt Brace Jovanovich. 1992 Heinich, R.Molenda, M. Rusel J.D and Smaldino, S.E. Instructional Media and Technologies for Learning. Edisi 7. New Jersey. Prentice Hall. 2002 Ismail Zain (Dr.). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2002 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur. Ministry of Education. 1997 Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 1970. (30): 607-610. Kulik, J., Banert, R., dan Williams, G. Effects of Computer-based Teaching on Secondary School Students. Journal of Educational Psychology 75 (1983), 19-26
  • 9. Mohd. Majid Konting. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. 1990 Penerbit UTM, 2000. Prosiding: Konvensyen Pendidikan UTM 2000. Edisi pertama. Johor, Universiti Teknologi Malaysia. 2000 Rio Sumarni Sharifuddin. Pengajaran dan Pembelajaran Sains berbantukan Komputer. Jurnal Pendidikan UTM. Jilid 3. Bil.1. April 1995: hal. 1-5. 1997 Smith, S.B., Smith, S.J. dan Boone, R. Increasing access to teacher preparation: the effectiveness of traditional instructional methods in an online learning environment. Journal of Special Education Technology. 2000. 15 (2): 37-46 Usip, E.E., & Bee, R.H. A Discriminant Analysis of Students’ Perceptions of Web-Based Learning. Social Science Computer Review. 1998 Woodul, C.E., Vitale, M.R., Scott, B.J. Using a cooperative multimedia learning environment to enhance learning and affective self-perceptions of at-risk studnts in grade 8. Journal of Educational Technology System, Vol 28(3) 239-252. 1999-2000 Wan Liz Ozman Wan Omar. Gagasan alaf baru. Mencetus kebangkitan Malaysia. Batu Caves: Thinkers Library Sdn. Bhd. 2000 Yusup Hashim (Dr.). Konsep dan Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Instruksional dan Pembelajaran. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16. 13-16 Jun 2003. hal 165. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendididkan Malaysia. 2003