SlideShare a Scribd company logo
Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 25-34
Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya
Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah
(Level of Readiness in Using ICT for Teaching and Its Effect on the Work
and Behaviour of Preschool Pupils)
SHARIFAH NOR PUTEH & KAMARUL AZMAN ABD SALAM
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan (ICT) dalam pengajaran guru
dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah. Kajian berbentuk
tinjauan ini akan memperlihat tahap kesediaan penggunaan ICT serta pencapaian hasil kerja dan
tingkah laku murid prasekolah melalui penggunaan ICT dan tanpa ICT. Sebanyak empat buah kelas
prasekolah di daerah Gombak, Selangor telah dipilih sebagai lokasi kajian dan melibatkan seramai
100 responden yang terdiri daripada murid-murid prasekolah dan 30 orang guru. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesediaan guru berada pada tahap sederhana (66.2%) dan kemudahan fizikal
juga pada tahap sederhana (65.5%). Kesesuaian bahan didapati pada tahap tinggi (77.5%). Hasil
kajian menunjukkan bahawa guru bersedia untuk melaksanakan pengajaran dengan menggunakan
pendekatan ICT dan terdapatnya hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap
responden. Hasil daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang
sangat kuat daripada kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian daripada ujian MANOVA
pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah
laku berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah.
Kata kunci: Kesediaan, pendidikan prasekolah, penggunaan ICT, literasi komputer, tingkah laku
ABSTRACT
The study aimed to identify the level of readiness using (ICT) in teaching and its effects on the work
and behaviour of preschool children.Using the survey method the study will identify level of readiness
using ICT among teachers and the impact on the work and behaviours of preschool children who used
ICT with that of non-users. A total of four preschool clasess in the Gombak district of Selangor were
chosen as samples.The study involved 100 respondents and 30 teachers.The result of the study showed
the level of readiness among teachers is at the level of average (66.2%) whilst the physical facilities
is also at the level of average (65.5%). Appropriateness of resources is at the high level (77.5%). The
study also showed that preschool teachers are prepared to implement the use of ICT in their teaching
and learning process. Analysis using Pearson correlation indicated a strong and positive relationship
of the variables pupils’ work and behaviour. However analysis of test using MANOVA found that there
is no significant difference on the pupils’ work and behaviour based on the teaching approach used
by preschool teachers.
Keywords: Readiness, preschool education, use of ICT, computer literacy, behaviours
PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau
Information and Communication Technology
(ICT) merupakan elemen penting dalam membantu
pencapaian matlamat Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha ke arah
JP36(1) Chap 3new.indd 25 3/2/2012 11:09:16 AM
26 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)
pembestariansekolahmenekankaninisiatifkerajaan
dalam pembangunan ICT dalam pendidikan.
Persediaan dan pelaksanaan PIPP yang disenaraikan
meliputi aspek infrastruktur, pengisian dan tenaga
manusia untuk menghasilkan pendidikan berkualiti
untuk semua. Antara pelaksanaan KPM adalah
literasi ICT untuk semua murid memperoleh
kemahiran menggunakan ICT, mengutamakan
peranan dan fungsi sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran, dan menekankan penggunaan ICT
untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan sistem pengurusan (KPM 2007).
Dalam usaha merapatkan jurang digital antara
lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah
diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan
di peringkat prasekolah. Pelbagai pendekatan,
strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan kanak-kanak digunakan untuk mencapai
hasil pembelajaran dalam kurikulum pendidikan
prasekolah. Pembelajaran yang berkesan dari
usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu
asas pembelajaran yang kukuh dan mantap bagi
membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran
di peringkat yang lebih tinggi (Sharifah Nor 2002;
PPK 2003a). Penggunaan ICT dalam pendidikan
mestilahdifokuskankepadaprosesmengaplikasikan
peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah
dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Komputer bukan sahaja dapat
menyimpan maklumat dengan kapasiti tinggi
malah dapat mengukur perkembangan kanak-kanak
dengan cepat dan berkesan. Pelbagai perisian yang
digunakan juga mampu menambah pengetahuan
kanak-kanak, memberikan pengalaman bermakna,
meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam
mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan
Matematik (Abdul Halim 2008).
Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu
dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi
semakin penting dan meningkat secara mendadak
dalam sistem pendidikan masa kini. Pelajar
sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT,
melayari Internet untuk mengakses maklumat,
serta mempunyai laman web mereka sendiri
dengan mendaftar dalam myspace, friendster,
blogspot, facebook dan sebagainya. Fenomena
seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan
pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007).
Minat dan kegemaran pelajar menggunakan
ICT harus dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa
dengan membimbing pelajar dan anak mereka ke
arah penggunaan yang betul. Satu cabaran dalam
sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk
menganjak paradigma guru ke arah perubahan
kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini
menggunakan komputer dan kemudahan ICT
sebagai pendekatan alternatif. Para guru perlu
mencari idea pembelajaran dan bahan bantu
mengajar yang menarik untuk memotivasikan
minat dan mewujudkan daya tarikan dalam
proses pembelajaran kurikulum pendidikan
(Liew 2007; Sharifah Nor 2010).	
GURU DAN ICT
Guru masa kini semakin berpengetahuan dan
peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Fisher (2003), di negara Barat peningkatan
pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat
memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang
lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat guru
perlu memfokus dua bidang utama. Bidang pertama
melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi
di mana guru didedahkan dengan pelbagai
kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari
aspek pengurusan hal peribadi sehinggalah aspek
profesional. Guru melalui proses pembelajaran
mengenai ICT sama seperti mereka mempelajarinya
di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai
literasi ICT meliputi pengetahuan tentang konsep
asas dan operasi ICT. Aspek yang terkandung
dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT,
penggunaan komputer, pemprosesan perkataan,
hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan
fail, penghasilan dokumen, persembahan, serta
informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg
2003).
Bidang yang kedua memfokus kepada
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, iaitu bagaimana menggunakan
ICT secara efektif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran bermaksud menggunakan
ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
JP36(1) Chap 3new.indd 26 3/2/2012 11:09:17 AM
27Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran
Guru didedahkan dengan pelbagai kaedah
bagaimana ICT digunakan sebagai medium untuk
mengakses maklumat daripada Internet, mengkaji
sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat
demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran seperti
menghasilkan karangan, melakar gambar dan
sebagainya (Maier & Warren 2002; Jonassen
2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati
pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat
dan perhatian murid, menggalakkan maklum
balas, menawarkan pengalaman pembelajaran
intelektual, membantu perkembangan literasi serta
kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan
murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan
pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam
usaha menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan
(Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad
2006).
PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
Menurut Burnett (2010) kanak-kanak masa kini
membesar dalam textual landscape di mana
mereka mempunyai pelbagai cara berinteraksi
dan bermain dengan aktif di dalam persekitaran
yang dicipta melalui teknologi digital seperti
permainan komputer, telefon bimbit dan dunia
virtual. Kajian-kajian penggunaan ICT pada
peringkat awal kanak-kanak menunjukkan
pendedahan kepada komputer multimedia boleh
memberangsang dan mendorong kanak-kanak
belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan.
Pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT dan
teknologi digital dapat membina pemikiran
kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka
pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan
minat dan perhatian. Banyak konsep asas dalam
pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan
melalui program pengajaran dan pembelajaran
menggunakan komputer multimedia (Maier &
Warren 2002; Parker 2008)
MenurutAlessidanTrollip(2001)pembelajaran
menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan.
Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai
bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di
mana jua mereka berada; bahan pembelajaran
boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan
yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan
dan mengemas kini bahan menjadi semakin
mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran
komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar
dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan
kemudahan hiperteks dan hipermedia dalam ICT
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
bercirikan konstruktif. Penggunaan ICT menjadikan
proses pencarian maklumat menyeronok dan
menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses
latihan atau pengajaran dijalankan mengikut
kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar.
Pada asasnya, kanak-kanak mendapat
pengalaman melalui manipulasi benda-
benda maujud atau konkrit serta penerokaan
persekitaran mereka. Kanak-kanak belajar
daripada persekitaran mereka melalui lima
deria semula jadi yang dianugerahkan sejak
mereka lahir. Daripada pengalaman ini kanak-
kanak akan menganalisis pengetahuan dan
mengukuhkan konsep pembelajaran mereka.
Teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan
oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif
kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan Vygotsky
menekankan bahawa kanak-kanak berkembang
mengikut keupayaan apabila didedahkan pada
persekitaran yang optimum. Dalam pasaran
masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan
perisian yang boleh diperoleh dengan mudah.
Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahan
pembelajaran yang berbentuk akademik mahu
pun permainan. Semua ini alat rangsangan yang
menyediakan pengalaman pembelajaran berharga
sekiranya diurus dan diselia dengan baik (Marsh
2004; Abdul Halim 2008).
Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
(PPK 2003b), guru disaran menggunakan
pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan
perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat
dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan
aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara aktif
supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna,
berkesan dan menggembirakan. Pendekatan
aktiviti menggunakan ICT disarankan untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran;
memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan
untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya;
JP36(1) Chap 3new.indd 27 3/2/2012 11:09:17 AM
28 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)
dan memperkayakan pengalaman pembelajaran
(PPK 2003a). Bagi memenuhi keperluan ini
setiap kelas prasekolah di bawah kelolaan KPM
dibekalkan dua buah komputer multimedia bagi
25 orang kanak-kanak. Pelbagai perisian yang
dapat merangsang perkembangan kanak-kanak
juga dibekalkan kepada kelas-kelas prasekolah.
Bagi murid prasekolah, mereka diberi kebebasan
memilih perisian sendiri mengikut kebolehan,
umur dan minat mereka. Murid yang aktif akan
memilih perisian berbentuk permainan bergerak
atau arcade. Justeru, bahan perisian ini dijangka
dapat memenuhi kehendak pendidikan seperti
mempunyai unsur pengetahuan dan berciri tutorial
(Rohani, Nani & Mohd Sharani 2003).
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
kesediaan guru menggunakan ICT dalam pengajaran
mereka dan kesannya terhadap hasil kerja serta
tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah.
Dapatan kajian ini akan digunakan sebagai
informasi untuk menjawab persoalan-persoalan
kajian seperti berikut:
1.	 Apakah tahap kesediaan guru prasekolah dalam
pengajaran menggunakan ICT?
2.	 Apakah tahap kemudahan fizikal kelas
prasekolah dalam pengajaran menggunakan
ICT?
3.	 Apakah tahap kesesuaian bahan pembelajaran
dalam pengajaran menggunakan ICT?
4.	 Adakah terdapat hubungan antara hasil kerja
dengan tingkah laku dalam pembelajaran murid
yang menggunakan ICT?
5.	 Adakah terdapat hubungan antara hasil kerja
dengan tingkah laku dalam pembelajaran murid
yang tidak menggunakan ICT?
6.	 Adakah terdapat perbezaan pencapaian hasil
kerja dan tingkah laku dalam pembelajaran
murid kesan daripada menggunakan ICT dan
tanpa ICT?
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan merupakan kajian
tinjauan berbentuk kuantitatif yang menggunakan
soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Kajian
dijalankan di empat buah kelas prasekolah di
Gombak, Selangor. Lokasi ini dipilih kerana
faktor kesamaan latar belakang, budaya, sekolah
kebangsaan di luar bandar, jumlah murid dan
guru yang terlatih. Keseluruhan sampel murid
adalah seramai 100 orang murid prasekolah. Bagi
melihat tahap kesediaan guru, kesediaan fizikal
dan kesesuaian bahan, 30 orang guru prasekolah
dipilih menjawab instrumen soal selidik dan 4
orang guru kelas yang terlibat juga ditemu bual.
Kajian ini menggunakan lima jenis instrumen
iaitu;
1.	 Instrumen Penilaian Prasekolah (Maklumat
Prasekolah)
2.	 IPP 1/2005 Instrumen Penilaian Prasekolah;
Kesediaan Guru [A1-menghadiri kursus,
A2-kemahiran komputer membantu guru, A3-
pusat teknologi berfungsi, A4-menggunakan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, A5-
murid minat belajar menggunakan komputer,
A6-murid faham selepas belajar menggunakan
komputer,A7-kursus yang ada mencukupi,A8-
guru memerlukan kursus tambahan, A9-guru
berpuas hati dengan persediaan kemahiran oleh
KPM,A10-gurumembuatpersediaanyangcukup
sebelum menggunakan ICT] Kesediaan Fizikal
[B1-pusat teknologi wujud, B2-pusat teknologi
berfungsi, B3-kelas mempunyai kelengkapan
komputer, B4-komputer mencukupi, B5-
keluasan kelas sesuai, B6-suasana kelas
kondusif, B7-komputer pernah mengalami
kerosakan, B8-perkhidmatan baik pulih
cekap, B9-bilangan komputer perlu ditambah,
B10-LCD projektor perlu ada dan Kesesuaian
Bahan [C1-CD sesuai, C2-bahan mencakupi
hasil pembelajaran, C3-bahan memenuhi
objektif kurikulum, C4-bahan memenuhi
topik atau tema, C5-kesepaduan komponen
dalam bahan, C6-bahan sesuai dengan tahap
umur, C7-kesesuaian multimedia & grafik
menghidupkan konten, C8-bahan sesuai di
bandar @ luar bandar, C9-bahasa mudah, C10-
bahan relevan]
3.	 IPP 2/2005, Instrumen Penilaian Prasekolah
(Hasil Kerja dan Tingkah Laku)
4.	 IPP 3/2005, Instrumen ‘‘UjianAwalan Menguji
Pengetahuan Sedia Ada Murid” dan;
5.	 Instrumen Temu bual.
Secara keseluruhan, instrumen ini direka
dan diadaptasi daripada instrumen asal yang
dikeluarkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum,
JP36(1) Chap 3new.indd 28 3/2/2012 11:09:17 AM
29Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran
Jemaah Nazir dan Bahagian Sekolah, KPM.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif
bagi menghuraikan secara keseluruhan tentang
profil subjek seperti jumlah murid prasekolah
yang menggunakan ICT dan tanpa ICT, tahap
pemahaman murid tentang tema, tahap kesediaan
guru, tahap kesediaan fizikal dan tahap kesesuaian
bahan. Bagi statistik inferensi, Ujian Korelasi
Pearson dan UjianAnalisis Multivariat (MANOVA)
digunakan. Ujian Korelasi Pearson digunakan
untuk menguji hubungan antara hasil kerja dan
tingkah laku. Ujian MANOVA pula digunakan
untuk membandingkan hasil kerja dan tingkah
laku pembelajaran komponen kognitif murid
prasekolah kesan pengajaran menggunakan ICT
dan pengajaran tanpa ICT.
DAPATAN Kajian dan Perbincangan
Tahap Kesediaan Guru
Graf 1 menunjukkan profil tahap kesediaan
guru dalam pengajaran komponen kognitif
menggunakan ICT. Melalui analisis statistik
deskriptif yang dijalankan terhad 30 orang guru
prasekolah dan berdasarkan sepuluh item diberi,
didapati bahawa item A1 menunjukkan guru
yang pernah menghadiri kursus yang berkaitan
komputer berada pada tahap rendah iaitu (M =
1.56). Manakala item A8 menunjukkan pada
tahap tinggi (M = 3.90) kerana ramai guru
memerlukan kursus tambahan berkaitan ICT. Ini
jelas menunjukkan bahawa guru prasekolah amat
memerlukan pendedahan dalam kursus berkaitan
komputer dalam kesediaan menggunakan ICT di
kelas praekolah.
Tahap Kemudahan Fizikal
Graf 2 menunjukkan profil tahap kemudahan
fizikal kelas prasekolah dalam pengajaran
komponen kognitif menggunakan ICT. Melalui
analisis statistik deskriptif yang dijalankan keatas
30 orang guru prasekolah dan berdasarkan 10 item
mengenai kemudahan fizikal, didapati bahawa
item B8, iaitu perkhidmatan baik pulih komputer
menunjukkan bahawa rata-rata guru meletakkan
aspek ini pada tahap sederhana (M = 1.86).
Graf 1. Tahap Kesediaan Guru
A10A9A8A7A6A5A4A3A2A1
Mean
4.5
4.0
3.5
3.0
2.5
2.0
1.5
A1
4.5
4.0
3.5
Mean
3.0
2.5
2.0
1.5
A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 A9 A10
B10B9B8B7B6B5B4B3B2B1
Mean
4.0
3.5
3.0
2.5
2.0
1.5
B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10
Mean
4.0
3.5
3.0
2.5
2.0
1.5
Graf 2. Tahap Kemudahan Fizikal
JP36(1) Chap 3new.indd 29 3/2/2012 11:09:19 AM
30 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)
Manakala item B10, iaitu keperluan kemudahan-
kemudahan lain pula menunjukkan pada tahap
tinggi (M = 3.60) di mana LCD projektor sangat
diperlukan oleh guru-guru di dalam kelas
prasekolah.
Tahap Kesesuaian Bahan
Graf 3 menunjukkan profil tahap kesesuaian bahan
pembelajaran dalam pengajaran menggunakan ICT.
Melalui analisis statistik deskriptif yang dijalankan
ke atas 30 orang guru prasekolah dan berdasarkan
10 item diberi, didapati bahawa item C2, iaitu
aspek kesesuaian menunjukkan guru berpendapat
bahan-bahan yang dibekalkan mencakupi hasil
pembelajaran dan berada tahap sederhana (M =
2.76). Manakala item C10 mengenai kerelevanan
menunjukkan guru mengatakan bahawa bahan
sangat relevan untuk meningkat perkembangan
kognitif murid dan berada pada tahap skor
sederhana (M = 3.30). Berdasarkan nilai min bagi
keseluruhan item, guru memilih kesesuaian bahan
adalah pada tahap sederhana.
Tahap Kesediaan Guru, Kemudahan Fizikal dan
Kesesuaian Bahan Menggunakan ICT
Graf 4 memaparkan analisis yang dibuat dengan
merangkumkan ketiga-tiga aspek ini untuk
melihat profil tahap kesediaan guru, kemudahan
fizikal dan kesesuaian bahan dalam pengajaran
menggunakan ICT. Melalui analisis statistik
deskriptif yang dijalankan ke atas 30 orang guru
prasekolah, didapati bahawa kesediaan guru
berada pada tahap 66.2%, kemudahan fizikal pada
tahap 65.5%, manakala kesesuaian bahan didapati
pada tahap 77.5%. Dapatan ini menunjukkan
bahawa guru telah bersedia untuk melaksanakan
pengajaran menggunakan ICT kerana kemudahan
fizikal serta kesesuaian bahan ICT adalah di tahap
memuaskan.
C10C9C8C7C6C5C4C3C2C1
Mean
3.4
3.3
3.2
3.1
3.0
2.9
2.8
2.7
C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10
3.4
3.3
3.2
3.1
3.0
2.9
2.8
2.7
Mean
Graf 3. Tahap Kesesuaian Bahan
Graf 4. Tahap Kesediaan Guru, Kemudahan Fizikal dan Kesesuaian Bahan Menggunakan ICT
80
78
76
Konstruk
3.K
esediaan
B
ahan
2.K
esediaan
F
izikal
1.K
esediaan
G
uru
Peratus
80
78
76
74
72
70
68
66
64
74
72
70
68
66
64
Peratus
3. Kesediaan Bahan
2. Kesediaan Fizikal
1. Kesediaan Guru
Konstruk
JP36(1) Chap 3new.indd 30 3/2/2012 11:09:20 AM
31Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran
Jadual 2. Hubungan antara Hasil Kerja dan Tingkah Laku
dalam Pembelajaran Murid yang Tidak Menggunakan ICT
Pembolehubah	 Min	 SP	 r	 r2	
Sig
Hasil Kerja	 2.622	 7.831	 94.767(**)	 0.5	 9.000
Tingkah Laku	 2.757	 3.713	 05	 	
Signifikan pada aras 0.01	
Perbezaan Pencapaian Hasil Kerja dan Tingkah
Laku Pembelajaran Murid yang Menggunakan ICT
dan Murid yang Tidak Menggunakan ICT
Jadual 3(a) menunjukkan hasil ujian Box’s M,
yang mendapati bahawa wujudnya perbezaan yang
signifikan varian-kovarian di antara pembolehubah
bersandar merentasi pembolehubah bebas yang
terdapat dalam kajian ini (Sig = 0.020 < 0.05). Ini
memberikan gambaran bahawa varian-kovarian
pembolehubah bersandar tidak homogenus
merentasi pembolehubah bebas.
Jadual 3(a). Ujian Box’s M
Box’s M	 Nilai F	 Darjah 	 Darjah	 Sig	
		 kebebasan 1	 kebebasan 2
	 	
10.08	 3.28	 3	 328970	 8,020
Signifikan pada aras 0.05
Jadual 3(b). Analisis Manova Perbezaan Hasil Kerja dan
Tingkah Laku Pembelajaran Murid Berdasarkan
Pengajaran yang Guru (Guna ICT dan Tanpa ICT)
Kesan	 Nilai Wilks’	 Nilai- F	 d.k. antara	 d.k. dalam	 Sig	
	 Lamda 		 kumpulan	 kumpulan		
Guna ICT	 0.987	 0,603	 1	 92	 0.550
& Tanpa ICT	
Signifikan pada aras 0.05 	
	
Jadual 3(b) menunjukkan hasil analisis
yang dijalankan melalui ujian MANOVA (Wilks’
Lamda). Ujian ini telah dipilih untuk melihat
perbezaan pencapaian hasil kerja dan tingkah
laku pembelajaran dalam kalangan murid
berdasarkan pengajaran guru menggunakan ICT
dan pengajaran guru tidak menggunakan ICT.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil
kerja dan tingkah laku berdasarkan pengajaran
yang digunakan oleh guru-guru prasekolah. Ini
Hubungan antara Hasil Kerja dan Tingkah
Laku dalam Pembelajaran Murid yang
Menggunakan ICT
Jadual 1 menunjukkan hubungan antara hasil
kerja dan tingkah laku dalam pembelajaran murid
yang menggunakan ICT. Daripada analisis korelasi
Pearson yang dijalankan didapati bahawa M =
2.46, SP = 0.54 (bagi pembolehubah hasil kerja),
dan M = 2.61, SP = 0.56 (bagi pemboleh ubah
tingkah laku) berada pada nilai r = 0.751, nilai r2
= 0.56 dan sig = 0.00 < 0.01. Nilai ini menunjukkan
wujudnya hubungan positif yang sangat kuat
(sangat tinggi) dari kedua-dua pemboleh ubah yang
dikaji. Nilai Sig = 0.000 memberikan implikasi
bahawa semakin baik hasil kerja yang dihasilkan
oleh murid berkenaan maka kecenderungannya
mereka memperlihatkan tingkah laku yang baik
juga, demikian juga sebaliknya.
Jadual 1. Hubungan antara Hasil Kerja dan Tingkah Laku
dalam Pembelajaran Murid yang Menggunakan ICT
Pembolehubah	 Min	 SP	 r	 r2	
Sig	
Hasil Kerja	 2.469	 9.548	 94.751(**)	 0.5	 6.000	
Tingkah Laku	 2.618	 2.569	 89		
Signifikan pada aras 0.01
Hubungan antara Hasil Kerja dan Tingkah Laku
dalam Pembelajaran Murid Prasekolah yang
Tidak Menggunakan ICT
Jadual 2 menunjukkan hubungan antara hasil kerja
dengan tingkah laku dalam pembelajaran murid
yang tidak menggunakan ICT. Daripada analisis
pekali korelasi Pearson yang dijalankan, didapati
bahawa M = 2.62, SP = 0.83 (bagi pemboleh
ubah hasil kerja) dan M = 2.75, SP = 0.71 (bagi
pembolehubah tingkah laku) berada pada nilai r
= 0.76, nilai r2 = 0.59 dengan nilai Sig = 0.000 <
0.01. Nilai-nilai ini juga menunjukkan wujudnya
hubungan positif yang sangat kuat (sangat tinggi)
antara kedua-dua pembolehubah yang dikaji. Nilai
Sig = 0.000 juga memberikan implikasi bahawa
semakin tinggi hasil kerja yang didapatkan oleh
murid maka semakin baik pula tingkah laku yang
mereka tunjukkan.
JP36(1) Chap 3new.indd 31 3/2/2012 11:09:20 AM
32 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)
dapat dilihat dengan jelas apabila nilai Wilks’
Lamda = 0.987, nilai F = 0.603 dan Sig = 0.55
> 0.05. 	
Melalui Jadual 3(c), Tests of Between-Subjects
Effects juga dapat dilihat perbezaan bagi setiap
pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah
bebas yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tidak wujudnya perbezaan hasil kerja
berdasarkan pengajaran guru-guru prasekolah
menggunakan ICT dan tanpa ICT. Ini ditunjukkan
oleh nilai jumlah kuasa dua (jkd) = 0.54, df = 1,
min kuasa dua (mkd) = 0.54, dengan F [1.07], Sig
= 0.30 > 0.05. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa tidak wujudnya perbezaan tingkah laku
dalam kalangan murid prasekolah berdasarkan
pengajaran guru-guru prasekolah menggunakan
ICT dan tanpa ICT. Ini juga ditunjukkan oleh
nilai jumlah kuasa dua (jkd) = 0.45, df = 1, min
kuasa dua (mkd) = 0.45, dengan nilai F [1.07],
Sig = 0.30.
Jadual 3(c). Tests of Between-Subjects Effects
Kesan	 Pemboleh-	 Jumlah	 df	 Min kuasa	 Nilai-F	 Sig	
	 ubah	 kuasa		 dua (mkd)
	 bersandar 	 dua (jkd)		
Guna ICT 	 Hasil	 0.546	 1	 0.546	 1.071	 0.303
dan Tanpa	 Kerja
ICT
	 Tingkah	 0.453	 1	 0.453	 1.072	 0.303
	 laku
	
Umumnya masyarakat melihat potensi ICT
dalam pendidikan sebagai alat yang boleh
membantu proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan. Kemudahan ICT juga
banyak membantu proses pengurusan dan dapat
meningkatkan produktiviti dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan. Walau bagaimanapun
seperti alat rangsangan yang lain, komputer dan
lain kemudahan ICT boleh digunakan dengan baik
atau sebaliknya bergantung kepada kemahiran
dan kecekapan bagaimana ianya digunakan
(Lankshear & Knobel 2003; Marsh 2004).
Analisis kajian menunjukkan guru prasekolah
sudah bersedia untuk menggunakan ICT dalam
pengajaran mereka di bilik darjah. Kemudahan
fizikal yang disediakan oleh pihak KPM adalah
mencukupi dan bahan-bahan pembelajaran
yang dibekalkan didapati sesuai untuk mereka
melaksanakan pengajaran menggunakan ICT.
Kesediaan guru tersebut adalah hasil inisiatif KPM
seperti melengkapkan infrastruktur dan pengisian
tenaga guru yang terlatih mengikut keperluan
(KPM 2007).
Secara keseluruhan, murid-murid yang
menerima pengajaran ICT dan tanpa ICT
menunjukkan hasil pembelajaran yang sama.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak
wujudnya perbezaan hasil kerja berdasarkan
pengajaran guru-guru prasekolah menggunakan
ICT dan tanpa ICT. Dapatan ini adalah sama
dengan hasil kajian Abdul Halim (2008) tentang
hubung kait kemahiran penggunaan komputer
perisian terhadap pencapaian Matematik kanak-
kanak prasekolah yang menunjukkan tidak
terdapat perkaitan antara kemahiran komputer
dengan pencapaian mereka dalam subjek
Matematik di prasekolah. Hasil kajian yang
diperolehi juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan antara kanak-kanak yang mempunyai
komputer di rumah dengan kanak-kanak yang
tiada mempunyai komputer di rumah terhadap
pembelajaran Matematik mereka. Penggunaan
komputer dan ICT dalam pengajaran bukanlah
satu kemestian untuk mempengaruhi hasil
pembelajaran murid.
Zurida, Sharifah Norhaidah & Maznah
(2003) mengatakan adanya hubungan antara hasil
kerja dengan tingkah laku dalam pembelajaran
seseorang individu. Proses pembelajaran
memerlukan seseorang individu kanak-kanak
bersikap ‘skeptikal’ di mana individu akan
mencari jawapan melalui kaedah cuba-jaya.
Sewaktu menjalankan aktiviti seperti penerokaan,
ia akan menanamkan sikap positif bertingkah
laku ingin tahu dan mencuba, menanamkan sikap
terbuka, ada daya kreativiti, sabar dan tekun
berusaha (Zurida et al. 2003). Kajian mendapati
hasil kerja dan tingkah laku pembelajaran saling
berhubungan. Dapatan ini menunjukkan kedua-dua
pembolehubah mempunyai hubungan signifikan
yang kuat, iaitu pada nilai 0.00 (sig = 0.00 < 0.01).
Hasil analisis ini menjelaskan bahawa jika hasil
kerja murid baik dan memuaskan maka tingkah
laku mereka juga cenderung menunjukkan nilai
dan sikap yang positif.
Menurut Liaw et al. (2007), sikap merupakan
faktor penting yang mempengaruhi seseorang
JP36(1) Chap 3new.indd 32 3/2/2012 11:09:20 AM
33Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran
murid menggunakan ICT. Respons yang positif
akan mempengaruhi yang positif dan begitu
juga sebaliknya. Sikap sama ada positif atau
negatif akan mempengaruhi proses pembelajaran
individu (Ajzen & Fishbein 2005).Apabila murid
semakin bersikap positif terhadap penggunaan
komputer, murid akan menjadi semakin tidak
takut menggunakan komputer walaupun
penggunaannya semakin kompleks. Semakin
tinggi penerimaan murid terhadap pembelajaran
menggunakan komputer maka semakin berkesan
murid menggunakannya untuk belajar.
KESIMPULAN
Berdasarkan hasil kajian ini bolehlah dirumuskan
bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran kanak-
kanak prasekolah bukanlah satu kemestian untuk
meningkatkan hasil pembelajaran dan tingkah
laku mereka. Hasil kajian ini juga menunjukkan
bahawa kanak-kanak tidak memerlukan komputer
dan teknologi digital seratus peratus untuk
meningkatkan perkembangan kognitif mereka.
Mereka boleh belajar dengan berkesan tanpa
penggunaan ICT oleh guru mereka.
Dapatan kajian mungkin melegakan bagi
golongan miskin dan tidak berkemampuan
membelikan komputer untuk kegunaan anak-anak
mereka belajar dan penduduk yang tinggal di
kawasan luar bandar dan pedalaman yang belum
mempunyai kemudahan asas elektrik dan telefon.
Kanak-kanak di luar bandar dan di pedalaman
walaupun tidak didedahkan dengan penggunaan ICT
masih boleh belajar melalui pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran bersesuaian
dengan tahap perkembangan keupayaan dan
kebolehan mereka. Kanak-kanak masih boleh
meningkatkan literasi menerusi persekitaran
pembelajaran yang kondusif menggunakan
pelbagai aktiviti mencabar serta penglibatan aktif
mereka.
Tidak dinafikan bahawa pengajaran
menggunakan ICT merupakan satu strategi
menyeluruh dalam menentukan tahap pencapaian
murid. Namun begitu, gaya pengajaran guru
memainkan peranan penting dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru perlu
mencariideayanglebihkreatif,inovatifdanmenarik
bagi meningkatkan minat serta memotivasikan
murid untuk belajar. Penggunaan ICT hanyalah
merupakan satu alat yang boleh membantu guru dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
(Burnett 2010).
Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan
dalam hasil pembelajaran dan tingkah laku murid
yang menggunakan ICT dengan mereka yang
tidak menggunakan ICT. Sehubungan itu, perlu
diteliti semula apakah faktor penyebab kepada
hasil dapatan pengajaran menggunakan ICT dan
tanpa ICT adalah sama. Menurut Rohani et al.
(2003), analisis perlu dibuat dengan melihat
semula aspek kesediaan kelas dan pedagogi guru
dalam melaksanakan pengajaran. Jika penggunaan
komputer dapat dioptimumkan kepada murid dan
guru pula pandai mengolah kandungan pengajaran
mengikutkesesuaiannescayaimpakpenggunaanICT
mampu mencapai tahap yang memberangsangkan
perkembangan kognitif murid. Selain itu, untuk
memastikan dasar kerajaan yang mengutamakan
penggunaan ICT mencapai matlamatnya, semua
pihak khususnya KPM perlu memastikan aspek
kesediaan seperti infrastruktur fizikal sempurna
dan lengkap sementara kemahiran guru dipertingkat
melalui latihan dan pendedahan. 	
Memandangkan cabaran globalisasi dalam
dunia tanpa sempadan ini semakin hebat, semua
pihak perlu berganding bahu dalam merealisasikan
hasrat KPM. Pelaburan yang bernilai jutaan
ringgit akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan
memberi pulangan besar dalam pembangunan
negara kelak sekiranya semua pihak mempunyai
iltizam dan komitmen mencapai kejayaan.
Hubungan antara hasil kerja dan tingkah
laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran
semestinya signifikan dan saling mempengaruhi.
Oleh itu kajian seperti ini perlu diteruskan
dengan lebih mendalam untuk mengetahui sama
ada trend tersebut berkekalan setelah murid
tamat pendidikan di peringkat prasekolah. Hasil
kajian boleh dijadikan rujukan dalam mengkaji
keberkesanan penggunaan ICT di peringkat rendah
dan menengah.
RUJUKAN
Abdul Halim Masnan. 2008. Hubung kait kemahiran
penggunaan komputer perisian ke atas pencapaian
matematik kanak-kanak prasekolah. Proceedings
International Conference on the Education of Diverse
JP36(1) Chap 3new.indd 33 3/2/2012 11:09:21 AM
34 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)
Learners (ICELD 2008). Universiti Kebangsaan
Malaysia Bangi.
Ajzen, I. & Fishbein, M. 2005. The influence of attitudes
on behavior. In D. Albarracin, B.T. en.wikipedia.org/
wiki/Theory_of_planned behavior_cached_similar.
muat turun 30 Oktober 2010.
Alessi & Trolip. 2001. Multimedia for learning. 3rd ed.
USA: Pearson Education.
Bahagian Teknologi Pendidikan. 2002. Panduan
Pelaksanaan Program Pengkomputeran di Sekolah.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Burnett, C. 2010. Technology and literacy in early
childhood educational settings: A review of research.
Journal of Early Childhood Literacy 2010 10:247.
DOI:10.1177/1468798410372154.
Fauziah Ahmad. 2006. Teaching method used in the
teaching of the literature component in secondary
schools. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan,
UKM.
Jonassen, D. H. 2003. Using cognitive tools to represent
problems. Journal of Research in Technology
Education. 35(3): 365-381.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lankshear, C. & Knobel, M. 2003. New technologies in
early childhood literacy research:Areview of research.
Journal of Early Childhood Literacy 3(1): 59-82.
Liaw, S.S., Huang, H.M. & Chen, G.D. 2007. Surveying
instructor and learner attitudes toward e-learning.
Journal of Computer and Education 49: 1066-1080.
Liew Kiong. 2007. ICT in education: An action learning
approach using soft system methodology. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Guru 3: 17-38.
Maier, P. & Warren, A. 2002. Literacy technology in
learning and teaching. London: Kogan Page.
Marsh, J. 2004. The techno literacy practices of young
children. Journal of Early Childhood Research 2(1):
51-66.
Mohd. Arif Hj. Ismail & Rosnaini Mahmud. 2002.
Teknik video dalam pengajaran dan pembelajaran:
Penggunaan bahan sumber video secara kreatif. Jurnal
Bahagian Teknologi Pendidikan 84-91.
Norton & Wiburg. 2003. Teaching with technology.
online. www.trentontidwell.com/lib/Edu518.
Presentation0.2ppt. muat turun 8 Mac 2009.
Parker, L.L. 2008. Technology-mediated learning
environments for young English language learners:
connections in and out of schools. New York:
Lawrence Erlbaum Associates.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. MySchool Net.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan. Selangor: Dawama Sdn.
Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad.
2003. Panduan Kurikulum Prasekolah. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh. 2002. Kurikulum kebangsaan
prasekolah: Peranannya kepada perkembangan
holistik peringkat awal kanak-kanak. Seminar Perdana
Kanak-Kanak Prasekolah. Pusat Latihan MARDI,
Serdang.
Sharifah Nor Puteh, Rohaty Mohd. Majzub & Zahirah
Mohd.Yusof. 2010. Peranan guru dan penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian
pelajar. Dalam Pendidikan untuk Kepelbagaian
Pelajar, Rohaty Majzub, Kamisah Osman, Sharifah
Nor Puteh. (pnyt.) Fakulti Pendidikan, UKM.
Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros & Maznah
Ali. 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. Pahang. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
JP36(1) Chap 3new.indd 34 3/2/2012 11:09:21 AM

More Related Content

What's hot

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKAnalisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
Zakaria Mohamed
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
Nor Aminah
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
Shah Awang
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Suhaili Hanafi
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...azwinashafira2012
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Mohd Dasuki
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
hanyjamal
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
MuhammadZulaziziMohd
 

What's hot (17)

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKAnalisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 

Viewers also liked

Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
Amie Joan Juanis
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3
Amie Joan Juanis
 
Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
Amie Joan Juanis
 
Assessment 3
Assessment 3Assessment 3
Assessment 3
Amie Joan Juanis
 
Access n equity 4
Access n equity 4Access n equity 4
Access n equity 4
Amie Joan Juanis
 
Access n equity 1
Access n equity 1Access n equity 1
Access n equity 1
Amie Joan Juanis
 
Access n equity 2
Access n equity 2Access n equity 2
Access n equity 2
Amie Joan Juanis
 
Assessment 1
Assessment 1Assessment 1
Assessment 1
Amie Joan Juanis
 
Access n equity 3
Access n equity 3Access n equity 3
Access n equity 3
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
Amie Joan Juanis
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
Amie Joan Juanis
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
Amie Joan Juanis
 
Curriculum 3
Curriculum 3Curriculum 3
Curriculum 3
Amie Joan Juanis
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
Amie Joan Juanis
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Teacher's certification 1
Teacher's certification 1Teacher's certification 1
Teacher's certification 1
Amie Joan Juanis
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Amie Joan Juanis
 
Timss 3
Timss 3Timss 3

Viewers also liked (20)

Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3
 
Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
 
Assessment 3
Assessment 3Assessment 3
Assessment 3
 
Access n equity 4
Access n equity 4Access n equity 4
Access n equity 4
 
Access n equity 1
Access n equity 1Access n equity 1
Access n equity 1
 
Access n equity 2
Access n equity 2Access n equity 2
Access n equity 2
 
Assessment 1
Assessment 1Assessment 1
Assessment 1
 
Access n equity 3
Access n equity 3Access n equity 3
Access n equity 3
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Curriculum 3
Curriculum 3Curriculum 3
Curriculum 3
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Timss 1
 
Teacher's certification 1
Teacher's certification 1Teacher's certification 1
Teacher's certification 1
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 3
 

Similar to Ict 2

tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
Anas Redzuan Shariff
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Final intraksi 8
Final intraksi 8Final intraksi 8
Final intraksi 8
suryanaupsi
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP Izawati Saat
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
Muhammad Othman Mahat
 
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptxKajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
SIAWSINGONGKPMGuru
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Kpt 6054 tugasan 1
Kpt 6054 tugasan 1Kpt 6054 tugasan 1
Kpt 6054 tugasan 1
hanyjamal
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
Tee Teh
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
sitinazhirahbintiabu
 

Similar to Ict 2 (20)

tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Final intraksi 8
Final intraksi 8Final intraksi 8
Final intraksi 8
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptxKajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
Kajian_Meta_Analisis__Penggunaan_ICT_oleh_guru_dalam_PdP_Bahasa_Melayu_1.pptx
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Kpt 6054 tugasan 1
Kpt 6054 tugasan 1Kpt 6054 tugasan 1
Kpt 6054 tugasan 1
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 

More from Amie Joan Juanis

Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Amie Joan Juanis
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
Amie Joan Juanis
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
Amie Joan Juanis
 
Teaching approach 1
Teaching approach 1Teaching approach 1
Teaching approach 1
Amie Joan Juanis
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
Amie Joan Juanis
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
Amie Joan Juanis
 
Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5
Amie Joan Juanis
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
Amie Joan Juanis
 

More from Amie Joan Juanis (16)

Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 2
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Teaching approach 1
Teaching approach 1Teaching approach 1
Teaching approach 1
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
 
Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
 
Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 

Recently uploaded

Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (7)

Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 

Ict 2

  • 1. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 25-34 Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah (Level of Readiness in Using ICT for Teaching and Its Effect on the Work and Behaviour of Preschool Pupils) SHARIFAH NOR PUTEH & KAMARUL AZMAN ABD SALAM ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan (ICT) dalam pengajaran guru dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah. Kajian berbentuk tinjauan ini akan memperlihat tahap kesediaan penggunaan ICT serta pencapaian hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah melalui penggunaan ICT dan tanpa ICT. Sebanyak empat buah kelas prasekolah di daerah Gombak, Selangor telah dipilih sebagai lokasi kajian dan melibatkan seramai 100 responden yang terdiri daripada murid-murid prasekolah dan 30 orang guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru berada pada tahap sederhana (66.2%) dan kemudahan fizikal juga pada tahap sederhana (65.5%). Kesesuaian bahan didapati pada tahap tinggi (77.5%). Hasil kajian menunjukkan bahawa guru bersedia untuk melaksanakan pengajaran dengan menggunakan pendekatan ICT dan terdapatnya hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap responden. Hasil daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat daripada kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian daripada ujian MANOVA pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah laku berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah. Kata kunci: Kesediaan, pendidikan prasekolah, penggunaan ICT, literasi komputer, tingkah laku ABSTRACT The study aimed to identify the level of readiness using (ICT) in teaching and its effects on the work and behaviour of preschool children.Using the survey method the study will identify level of readiness using ICT among teachers and the impact on the work and behaviours of preschool children who used ICT with that of non-users. A total of four preschool clasess in the Gombak district of Selangor were chosen as samples.The study involved 100 respondents and 30 teachers.The result of the study showed the level of readiness among teachers is at the level of average (66.2%) whilst the physical facilities is also at the level of average (65.5%). Appropriateness of resources is at the high level (77.5%). The study also showed that preschool teachers are prepared to implement the use of ICT in their teaching and learning process. Analysis using Pearson correlation indicated a strong and positive relationship of the variables pupils’ work and behaviour. However analysis of test using MANOVA found that there is no significant difference on the pupils’ work and behaviour based on the teaching approach used by preschool teachers. Keywords: Readiness, preschool education, use of ICT, computer literacy, behaviours PENGENALAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) merupakan elemen penting dalam membantu pencapaian matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha ke arah JP36(1) Chap 3new.indd 25 3/2/2012 11:09:16 AM
  • 2. 26 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1) pembestariansekolahmenekankaninisiatifkerajaan dalam pembangunan ICT dalam pendidikan. Persediaan dan pelaksanaan PIPP yang disenaraikan meliputi aspek infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Antara pelaksanaan KPM adalah literasi ICT untuk semua murid memperoleh kemahiran menggunakan ICT, mengutamakan peranan dan fungsi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, dan menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan (KPM 2007). Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah. Pelbagai pendekatan, strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan kebolehan kanak-kanak digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran dalam kurikulum pendidikan prasekolah. Pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh dan mantap bagi membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi (Sharifah Nor 2002; PPK 2003a). Penggunaan ICT dalam pendidikan mestilahdifokuskankepadaprosesmengaplikasikan peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Komputer bukan sahaja dapat menyimpan maklumat dengan kapasiti tinggi malah dapat mengukur perkembangan kanak-kanak dengan cepat dan berkesan. Pelbagai perisian yang digunakan juga mampu menambah pengetahuan kanak-kanak, memberikan pengalaman bermakna, meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik (Abdul Halim 2008). Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem pendidikan masa kini. Pelajar sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT, melayari Internet untuk mengakses maklumat, serta mempunyai laman web mereka sendiri dengan mendaftar dalam myspace, friendster, blogspot, facebook dan sebagainya. Fenomena seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007). Minat dan kegemaran pelajar menggunakan ICT harus dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa dengan membimbing pelajar dan anak mereka ke arah penggunaan yang betul. Satu cabaran dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk menganjak paradigma guru ke arah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini menggunakan komputer dan kemudahan ICT sebagai pendekatan alternatif. Para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum pendidikan (Liew 2007; Sharifah Nor 2010). GURU DAN ICT Guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fisher (2003), di negara Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat guru perlu memfokus dua bidang utama. Bidang pertama melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi di mana guru didedahkan dengan pelbagai kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari aspek pengurusan hal peribadi sehinggalah aspek profesional. Guru melalui proses pembelajaran mengenai ICT sama seperti mereka mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi ICT meliputi pengetahuan tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang terkandung dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan dokumen, persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg 2003). Bidang yang kedua memfokus kepada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu bagaimana menggunakan ICT secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. JP36(1) Chap 3new.indd 26 3/2/2012 11:09:17 AM
  • 3. 27Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran Guru didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaimana ICT digunakan sebagai medium untuk mengakses maklumat daripada Internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menghasilkan karangan, melakar gambar dan sebagainya (Maier & Warren 2002; Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006). PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menurut Burnett (2010) kanak-kanak masa kini membesar dalam textual landscape di mana mereka mempunyai pelbagai cara berinteraksi dan bermain dengan aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia virtual. Kajian-kajian penggunaan ICT pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian. Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer multimedia (Maier & Warren 2002; Parker 2008) MenurutAlessidanTrollip(2001)pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahan hiperteks dan hipermedia dalam ICT dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Penggunaan ICT menjadikan proses pencarian maklumat menyeronok dan menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Pada asasnya, kanak-kanak mendapat pengalaman melalui manipulasi benda- benda maujud atau konkrit serta penerokaan persekitaran mereka. Kanak-kanak belajar daripada persekitaran mereka melalui lima deria semula jadi yang dianugerahkan sejak mereka lahir. Daripada pengalaman ini kanak- kanak akan menganalisis pengetahuan dan mengukuhkan konsep pembelajaran mereka. Teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan Vygotsky menekankan bahawa kanak-kanak berkembang mengikut keupayaan apabila didedahkan pada persekitaran yang optimum. Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan perisian yang boleh diperoleh dengan mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahan pembelajaran yang berbentuk akademik mahu pun permainan. Semua ini alat rangsangan yang menyediakan pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan diselia dengan baik (Marsh 2004; Abdul Halim 2008). Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (PPK 2003b), guru disaran menggunakan pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan. Pendekatan aktiviti menggunakan ICT disarankan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran; memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya; JP36(1) Chap 3new.indd 27 3/2/2012 11:09:17 AM
  • 4. 28 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1) dan memperkayakan pengalaman pembelajaran (PPK 2003a). Bagi memenuhi keperluan ini setiap kelas prasekolah di bawah kelolaan KPM dibekalkan dua buah komputer multimedia bagi 25 orang kanak-kanak. Pelbagai perisian yang dapat merangsang perkembangan kanak-kanak juga dibekalkan kepada kelas-kelas prasekolah. Bagi murid prasekolah, mereka diberi kebebasan memilih perisian sendiri mengikut kebolehan, umur dan minat mereka. Murid yang aktif akan memilih perisian berbentuk permainan bergerak atau arcade. Justeru, bahan perisian ini dijangka dapat memenuhi kehendak pendidikan seperti mempunyai unsur pengetahuan dan berciri tutorial (Rohani, Nani & Mohd Sharani 2003). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru menggunakan ICT dalam pengajaran mereka dan kesannya terhadap hasil kerja serta tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah. Dapatan kajian ini akan digunakan sebagai informasi untuk menjawab persoalan-persoalan kajian seperti berikut: 1. Apakah tahap kesediaan guru prasekolah dalam pengajaran menggunakan ICT? 2. Apakah tahap kemudahan fizikal kelas prasekolah dalam pengajaran menggunakan ICT? 3. Apakah tahap kesesuaian bahan pembelajaran dalam pengajaran menggunakan ICT? 4. Adakah terdapat hubungan antara hasil kerja dengan tingkah laku dalam pembelajaran murid yang menggunakan ICT? 5. Adakah terdapat hubungan antara hasil kerja dengan tingkah laku dalam pembelajaran murid yang tidak menggunakan ICT? 6. Adakah terdapat perbezaan pencapaian hasil kerja dan tingkah laku dalam pembelajaran murid kesan daripada menggunakan ICT dan tanpa ICT? METODOLOGI Kajian yang dijalankan merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif yang menggunakan soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Kajian dijalankan di empat buah kelas prasekolah di Gombak, Selangor. Lokasi ini dipilih kerana faktor kesamaan latar belakang, budaya, sekolah kebangsaan di luar bandar, jumlah murid dan guru yang terlatih. Keseluruhan sampel murid adalah seramai 100 orang murid prasekolah. Bagi melihat tahap kesediaan guru, kesediaan fizikal dan kesesuaian bahan, 30 orang guru prasekolah dipilih menjawab instrumen soal selidik dan 4 orang guru kelas yang terlibat juga ditemu bual. Kajian ini menggunakan lima jenis instrumen iaitu; 1. Instrumen Penilaian Prasekolah (Maklumat Prasekolah) 2. IPP 1/2005 Instrumen Penilaian Prasekolah; Kesediaan Guru [A1-menghadiri kursus, A2-kemahiran komputer membantu guru, A3- pusat teknologi berfungsi, A4-menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, A5- murid minat belajar menggunakan komputer, A6-murid faham selepas belajar menggunakan komputer,A7-kursus yang ada mencukupi,A8- guru memerlukan kursus tambahan, A9-guru berpuas hati dengan persediaan kemahiran oleh KPM,A10-gurumembuatpersediaanyangcukup sebelum menggunakan ICT] Kesediaan Fizikal [B1-pusat teknologi wujud, B2-pusat teknologi berfungsi, B3-kelas mempunyai kelengkapan komputer, B4-komputer mencukupi, B5- keluasan kelas sesuai, B6-suasana kelas kondusif, B7-komputer pernah mengalami kerosakan, B8-perkhidmatan baik pulih cekap, B9-bilangan komputer perlu ditambah, B10-LCD projektor perlu ada dan Kesesuaian Bahan [C1-CD sesuai, C2-bahan mencakupi hasil pembelajaran, C3-bahan memenuhi objektif kurikulum, C4-bahan memenuhi topik atau tema, C5-kesepaduan komponen dalam bahan, C6-bahan sesuai dengan tahap umur, C7-kesesuaian multimedia & grafik menghidupkan konten, C8-bahan sesuai di bandar @ luar bandar, C9-bahasa mudah, C10- bahan relevan] 3. IPP 2/2005, Instrumen Penilaian Prasekolah (Hasil Kerja dan Tingkah Laku) 4. IPP 3/2005, Instrumen ‘‘UjianAwalan Menguji Pengetahuan Sedia Ada Murid” dan; 5. Instrumen Temu bual. Secara keseluruhan, instrumen ini direka dan diadaptasi daripada instrumen asal yang dikeluarkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum, JP36(1) Chap 3new.indd 28 3/2/2012 11:09:17 AM
  • 5. 29Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran Jemaah Nazir dan Bahagian Sekolah, KPM. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menghuraikan secara keseluruhan tentang profil subjek seperti jumlah murid prasekolah yang menggunakan ICT dan tanpa ICT, tahap pemahaman murid tentang tema, tahap kesediaan guru, tahap kesediaan fizikal dan tahap kesesuaian bahan. Bagi statistik inferensi, Ujian Korelasi Pearson dan UjianAnalisis Multivariat (MANOVA) digunakan. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara hasil kerja dan tingkah laku. Ujian MANOVA pula digunakan untuk membandingkan hasil kerja dan tingkah laku pembelajaran komponen kognitif murid prasekolah kesan pengajaran menggunakan ICT dan pengajaran tanpa ICT. DAPATAN Kajian dan Perbincangan Tahap Kesediaan Guru Graf 1 menunjukkan profil tahap kesediaan guru dalam pengajaran komponen kognitif menggunakan ICT. Melalui analisis statistik deskriptif yang dijalankan terhad 30 orang guru prasekolah dan berdasarkan sepuluh item diberi, didapati bahawa item A1 menunjukkan guru yang pernah menghadiri kursus yang berkaitan komputer berada pada tahap rendah iaitu (M = 1.56). Manakala item A8 menunjukkan pada tahap tinggi (M = 3.90) kerana ramai guru memerlukan kursus tambahan berkaitan ICT. Ini jelas menunjukkan bahawa guru prasekolah amat memerlukan pendedahan dalam kursus berkaitan komputer dalam kesediaan menggunakan ICT di kelas praekolah. Tahap Kemudahan Fizikal Graf 2 menunjukkan profil tahap kemudahan fizikal kelas prasekolah dalam pengajaran komponen kognitif menggunakan ICT. Melalui analisis statistik deskriptif yang dijalankan keatas 30 orang guru prasekolah dan berdasarkan 10 item mengenai kemudahan fizikal, didapati bahawa item B8, iaitu perkhidmatan baik pulih komputer menunjukkan bahawa rata-rata guru meletakkan aspek ini pada tahap sederhana (M = 1.86). Graf 1. Tahap Kesediaan Guru A10A9A8A7A6A5A4A3A2A1 Mean 4.5 4.0 3.5 3.0 2.5 2.0 1.5 A1 4.5 4.0 3.5 Mean 3.0 2.5 2.0 1.5 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 A9 A10 B10B9B8B7B6B5B4B3B2B1 Mean 4.0 3.5 3.0 2.5 2.0 1.5 B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 Mean 4.0 3.5 3.0 2.5 2.0 1.5 Graf 2. Tahap Kemudahan Fizikal JP36(1) Chap 3new.indd 29 3/2/2012 11:09:19 AM
  • 6. 30 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1) Manakala item B10, iaitu keperluan kemudahan- kemudahan lain pula menunjukkan pada tahap tinggi (M = 3.60) di mana LCD projektor sangat diperlukan oleh guru-guru di dalam kelas prasekolah. Tahap Kesesuaian Bahan Graf 3 menunjukkan profil tahap kesesuaian bahan pembelajaran dalam pengajaran menggunakan ICT. Melalui analisis statistik deskriptif yang dijalankan ke atas 30 orang guru prasekolah dan berdasarkan 10 item diberi, didapati bahawa item C2, iaitu aspek kesesuaian menunjukkan guru berpendapat bahan-bahan yang dibekalkan mencakupi hasil pembelajaran dan berada tahap sederhana (M = 2.76). Manakala item C10 mengenai kerelevanan menunjukkan guru mengatakan bahawa bahan sangat relevan untuk meningkat perkembangan kognitif murid dan berada pada tahap skor sederhana (M = 3.30). Berdasarkan nilai min bagi keseluruhan item, guru memilih kesesuaian bahan adalah pada tahap sederhana. Tahap Kesediaan Guru, Kemudahan Fizikal dan Kesesuaian Bahan Menggunakan ICT Graf 4 memaparkan analisis yang dibuat dengan merangkumkan ketiga-tiga aspek ini untuk melihat profil tahap kesediaan guru, kemudahan fizikal dan kesesuaian bahan dalam pengajaran menggunakan ICT. Melalui analisis statistik deskriptif yang dijalankan ke atas 30 orang guru prasekolah, didapati bahawa kesediaan guru berada pada tahap 66.2%, kemudahan fizikal pada tahap 65.5%, manakala kesesuaian bahan didapati pada tahap 77.5%. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru telah bersedia untuk melaksanakan pengajaran menggunakan ICT kerana kemudahan fizikal serta kesesuaian bahan ICT adalah di tahap memuaskan. C10C9C8C7C6C5C4C3C2C1 Mean 3.4 3.3 3.2 3.1 3.0 2.9 2.8 2.7 C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10 3.4 3.3 3.2 3.1 3.0 2.9 2.8 2.7 Mean Graf 3. Tahap Kesesuaian Bahan Graf 4. Tahap Kesediaan Guru, Kemudahan Fizikal dan Kesesuaian Bahan Menggunakan ICT 80 78 76 Konstruk 3.K esediaan B ahan 2.K esediaan F izikal 1.K esediaan G uru Peratus 80 78 76 74 72 70 68 66 64 74 72 70 68 66 64 Peratus 3. Kesediaan Bahan 2. Kesediaan Fizikal 1. Kesediaan Guru Konstruk JP36(1) Chap 3new.indd 30 3/2/2012 11:09:20 AM
  • 7. 31Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran Jadual 2. Hubungan antara Hasil Kerja dan Tingkah Laku dalam Pembelajaran Murid yang Tidak Menggunakan ICT Pembolehubah Min SP r r2 Sig Hasil Kerja 2.622 7.831 94.767(**) 0.5 9.000 Tingkah Laku 2.757 3.713 05 Signifikan pada aras 0.01 Perbezaan Pencapaian Hasil Kerja dan Tingkah Laku Pembelajaran Murid yang Menggunakan ICT dan Murid yang Tidak Menggunakan ICT Jadual 3(a) menunjukkan hasil ujian Box’s M, yang mendapati bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan varian-kovarian di antara pembolehubah bersandar merentasi pembolehubah bebas yang terdapat dalam kajian ini (Sig = 0.020 < 0.05). Ini memberikan gambaran bahawa varian-kovarian pembolehubah bersandar tidak homogenus merentasi pembolehubah bebas. Jadual 3(a). Ujian Box’s M Box’s M Nilai F Darjah Darjah Sig kebebasan 1 kebebasan 2 10.08 3.28 3 328970 8,020 Signifikan pada aras 0.05 Jadual 3(b). Analisis Manova Perbezaan Hasil Kerja dan Tingkah Laku Pembelajaran Murid Berdasarkan Pengajaran yang Guru (Guna ICT dan Tanpa ICT) Kesan Nilai Wilks’ Nilai- F d.k. antara d.k. dalam Sig Lamda kumpulan kumpulan Guna ICT 0.987 0,603 1 92 0.550 & Tanpa ICT Signifikan pada aras 0.05 Jadual 3(b) menunjukkan hasil analisis yang dijalankan melalui ujian MANOVA (Wilks’ Lamda). Ujian ini telah dipilih untuk melihat perbezaan pencapaian hasil kerja dan tingkah laku pembelajaran dalam kalangan murid berdasarkan pengajaran guru menggunakan ICT dan pengajaran guru tidak menggunakan ICT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah laku berdasarkan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah. Ini Hubungan antara Hasil Kerja dan Tingkah Laku dalam Pembelajaran Murid yang Menggunakan ICT Jadual 1 menunjukkan hubungan antara hasil kerja dan tingkah laku dalam pembelajaran murid yang menggunakan ICT. Daripada analisis korelasi Pearson yang dijalankan didapati bahawa M = 2.46, SP = 0.54 (bagi pembolehubah hasil kerja), dan M = 2.61, SP = 0.56 (bagi pemboleh ubah tingkah laku) berada pada nilai r = 0.751, nilai r2 = 0.56 dan sig = 0.00 < 0.01. Nilai ini menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat (sangat tinggi) dari kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Nilai Sig = 0.000 memberikan implikasi bahawa semakin baik hasil kerja yang dihasilkan oleh murid berkenaan maka kecenderungannya mereka memperlihatkan tingkah laku yang baik juga, demikian juga sebaliknya. Jadual 1. Hubungan antara Hasil Kerja dan Tingkah Laku dalam Pembelajaran Murid yang Menggunakan ICT Pembolehubah Min SP r r2 Sig Hasil Kerja 2.469 9.548 94.751(**) 0.5 6.000 Tingkah Laku 2.618 2.569 89 Signifikan pada aras 0.01 Hubungan antara Hasil Kerja dan Tingkah Laku dalam Pembelajaran Murid Prasekolah yang Tidak Menggunakan ICT Jadual 2 menunjukkan hubungan antara hasil kerja dengan tingkah laku dalam pembelajaran murid yang tidak menggunakan ICT. Daripada analisis pekali korelasi Pearson yang dijalankan, didapati bahawa M = 2.62, SP = 0.83 (bagi pemboleh ubah hasil kerja) dan M = 2.75, SP = 0.71 (bagi pembolehubah tingkah laku) berada pada nilai r = 0.76, nilai r2 = 0.59 dengan nilai Sig = 0.000 < 0.01. Nilai-nilai ini juga menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat (sangat tinggi) antara kedua-dua pembolehubah yang dikaji. Nilai Sig = 0.000 juga memberikan implikasi bahawa semakin tinggi hasil kerja yang didapatkan oleh murid maka semakin baik pula tingkah laku yang mereka tunjukkan. JP36(1) Chap 3new.indd 31 3/2/2012 11:09:20 AM
  • 8. 32 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1) dapat dilihat dengan jelas apabila nilai Wilks’ Lamda = 0.987, nilai F = 0.603 dan Sig = 0.55 > 0.05. Melalui Jadual 3(c), Tests of Between-Subjects Effects juga dapat dilihat perbezaan bagi setiap pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah bebas yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak wujudnya perbezaan hasil kerja berdasarkan pengajaran guru-guru prasekolah menggunakan ICT dan tanpa ICT. Ini ditunjukkan oleh nilai jumlah kuasa dua (jkd) = 0.54, df = 1, min kuasa dua (mkd) = 0.54, dengan F [1.07], Sig = 0.30 > 0.05. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak wujudnya perbezaan tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah berdasarkan pengajaran guru-guru prasekolah menggunakan ICT dan tanpa ICT. Ini juga ditunjukkan oleh nilai jumlah kuasa dua (jkd) = 0.45, df = 1, min kuasa dua (mkd) = 0.45, dengan nilai F [1.07], Sig = 0.30. Jadual 3(c). Tests of Between-Subjects Effects Kesan Pemboleh- Jumlah df Min kuasa Nilai-F Sig ubah kuasa dua (mkd) bersandar dua (jkd) Guna ICT Hasil 0.546 1 0.546 1.071 0.303 dan Tanpa Kerja ICT Tingkah 0.453 1 0.453 1.072 0.303 laku Umumnya masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kemudahan ICT juga banyak membantu proses pengurusan dan dapat meningkatkan produktiviti dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Walau bagaimanapun seperti alat rangsangan yang lain, komputer dan lain kemudahan ICT boleh digunakan dengan baik atau sebaliknya bergantung kepada kemahiran dan kecekapan bagaimana ianya digunakan (Lankshear & Knobel 2003; Marsh 2004). Analisis kajian menunjukkan guru prasekolah sudah bersedia untuk menggunakan ICT dalam pengajaran mereka di bilik darjah. Kemudahan fizikal yang disediakan oleh pihak KPM adalah mencukupi dan bahan-bahan pembelajaran yang dibekalkan didapati sesuai untuk mereka melaksanakan pengajaran menggunakan ICT. Kesediaan guru tersebut adalah hasil inisiatif KPM seperti melengkapkan infrastruktur dan pengisian tenaga guru yang terlatih mengikut keperluan (KPM 2007). Secara keseluruhan, murid-murid yang menerima pengajaran ICT dan tanpa ICT menunjukkan hasil pembelajaran yang sama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak wujudnya perbezaan hasil kerja berdasarkan pengajaran guru-guru prasekolah menggunakan ICT dan tanpa ICT. Dapatan ini adalah sama dengan hasil kajian Abdul Halim (2008) tentang hubung kait kemahiran penggunaan komputer perisian terhadap pencapaian Matematik kanak- kanak prasekolah yang menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara kemahiran komputer dengan pencapaian mereka dalam subjek Matematik di prasekolah. Hasil kajian yang diperolehi juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang mempunyai komputer di rumah dengan kanak-kanak yang tiada mempunyai komputer di rumah terhadap pembelajaran Matematik mereka. Penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran bukanlah satu kemestian untuk mempengaruhi hasil pembelajaran murid. Zurida, Sharifah Norhaidah & Maznah (2003) mengatakan adanya hubungan antara hasil kerja dengan tingkah laku dalam pembelajaran seseorang individu. Proses pembelajaran memerlukan seseorang individu kanak-kanak bersikap ‘skeptikal’ di mana individu akan mencari jawapan melalui kaedah cuba-jaya. Sewaktu menjalankan aktiviti seperti penerokaan, ia akan menanamkan sikap positif bertingkah laku ingin tahu dan mencuba, menanamkan sikap terbuka, ada daya kreativiti, sabar dan tekun berusaha (Zurida et al. 2003). Kajian mendapati hasil kerja dan tingkah laku pembelajaran saling berhubungan. Dapatan ini menunjukkan kedua-dua pembolehubah mempunyai hubungan signifikan yang kuat, iaitu pada nilai 0.00 (sig = 0.00 < 0.01). Hasil analisis ini menjelaskan bahawa jika hasil kerja murid baik dan memuaskan maka tingkah laku mereka juga cenderung menunjukkan nilai dan sikap yang positif. Menurut Liaw et al. (2007), sikap merupakan faktor penting yang mempengaruhi seseorang JP36(1) Chap 3new.indd 32 3/2/2012 11:09:20 AM
  • 9. 33Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam Pengajaran murid menggunakan ICT. Respons yang positif akan mempengaruhi yang positif dan begitu juga sebaliknya. Sikap sama ada positif atau negatif akan mempengaruhi proses pembelajaran individu (Ajzen & Fishbein 2005).Apabila murid semakin bersikap positif terhadap penggunaan komputer, murid akan menjadi semakin tidak takut menggunakan komputer walaupun penggunaannya semakin kompleks. Semakin tinggi penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan komputer maka semakin berkesan murid menggunakannya untuk belajar. KESIMPULAN Berdasarkan hasil kajian ini bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran kanak- kanak prasekolah bukanlah satu kemestian untuk meningkatkan hasil pembelajaran dan tingkah laku mereka. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak memerlukan komputer dan teknologi digital seratus peratus untuk meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Mereka boleh belajar dengan berkesan tanpa penggunaan ICT oleh guru mereka. Dapatan kajian mungkin melegakan bagi golongan miskin dan tidak berkemampuan membelikan komputer untuk kegunaan anak-anak mereka belajar dan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang belum mempunyai kemudahan asas elektrik dan telefon. Kanak-kanak di luar bandar dan di pedalaman walaupun tidak didedahkan dengan penggunaan ICT masih boleh belajar melalui pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan tahap perkembangan keupayaan dan kebolehan mereka. Kanak-kanak masih boleh meningkatkan literasi menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif menggunakan pelbagai aktiviti mencabar serta penglibatan aktif mereka. Tidak dinafikan bahawa pengajaran menggunakan ICT merupakan satu strategi menyeluruh dalam menentukan tahap pencapaian murid. Namun begitu, gaya pengajaran guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru perlu mencariideayanglebihkreatif,inovatifdanmenarik bagi meningkatkan minat serta memotivasikan murid untuk belajar. Penggunaan ICT hanyalah merupakan satu alat yang boleh membantu guru dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (Burnett 2010). Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan dalam hasil pembelajaran dan tingkah laku murid yang menggunakan ICT dengan mereka yang tidak menggunakan ICT. Sehubungan itu, perlu diteliti semula apakah faktor penyebab kepada hasil dapatan pengajaran menggunakan ICT dan tanpa ICT adalah sama. Menurut Rohani et al. (2003), analisis perlu dibuat dengan melihat semula aspek kesediaan kelas dan pedagogi guru dalam melaksanakan pengajaran. Jika penggunaan komputer dapat dioptimumkan kepada murid dan guru pula pandai mengolah kandungan pengajaran mengikutkesesuaiannescayaimpakpenggunaanICT mampu mencapai tahap yang memberangsangkan perkembangan kognitif murid. Selain itu, untuk memastikan dasar kerajaan yang mengutamakan penggunaan ICT mencapai matlamatnya, semua pihak khususnya KPM perlu memastikan aspek kesediaan seperti infrastruktur fizikal sempurna dan lengkap sementara kemahiran guru dipertingkat melalui latihan dan pendedahan. Memandangkan cabaran globalisasi dalam dunia tanpa sempadan ini semakin hebat, semua pihak perlu berganding bahu dalam merealisasikan hasrat KPM. Pelaburan yang bernilai jutaan ringgit akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi pulangan besar dalam pembangunan negara kelak sekiranya semua pihak mempunyai iltizam dan komitmen mencapai kejayaan. Hubungan antara hasil kerja dan tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran semestinya signifikan dan saling mempengaruhi. Oleh itu kajian seperti ini perlu diteruskan dengan lebih mendalam untuk mengetahui sama ada trend tersebut berkekalan setelah murid tamat pendidikan di peringkat prasekolah. Hasil kajian boleh dijadikan rujukan dalam mengkaji keberkesanan penggunaan ICT di peringkat rendah dan menengah. RUJUKAN Abdul Halim Masnan. 2008. Hubung kait kemahiran penggunaan komputer perisian ke atas pencapaian matematik kanak-kanak prasekolah. Proceedings International Conference on the Education of Diverse JP36(1) Chap 3new.indd 33 3/2/2012 11:09:21 AM
  • 10. 34 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1) Learners (ICELD 2008). Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Ajzen, I. & Fishbein, M. 2005. The influence of attitudes on behavior. In D. Albarracin, B.T. en.wikipedia.org/ wiki/Theory_of_planned behavior_cached_similar. muat turun 30 Oktober 2010. Alessi & Trolip. 2001. Multimedia for learning. 3rd ed. USA: Pearson Education. Bahagian Teknologi Pendidikan. 2002. Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran di Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Burnett, C. 2010. Technology and literacy in early childhood educational settings: A review of research. Journal of Early Childhood Literacy 2010 10:247. DOI:10.1177/1468798410372154. Fauziah Ahmad. 2006. Teaching method used in the teaching of the literature component in secondary schools. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, UKM. Jonassen, D. H. 2003. Using cognitive tools to represent problems. Journal of Research in Technology Education. 35(3): 365-381. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lankshear, C. & Knobel, M. 2003. New technologies in early childhood literacy research:Areview of research. Journal of Early Childhood Literacy 3(1): 59-82. Liaw, S.S., Huang, H.M. & Chen, G.D. 2007. Surveying instructor and learner attitudes toward e-learning. Journal of Computer and Education 49: 1066-1080. Liew Kiong. 2007. ICT in education: An action learning approach using soft system methodology. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 3: 17-38. Maier, P. & Warren, A. 2002. Literacy technology in learning and teaching. London: Kogan Page. Marsh, J. 2004. The techno literacy practices of young children. Journal of Early Childhood Research 2(1): 51-66. Mohd. Arif Hj. Ismail & Rosnaini Mahmud. 2002. Teknik video dalam pengajaran dan pembelajaran: Penggunaan bahan sumber video secara kreatif. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan 84-91. Norton & Wiburg. 2003. Teaching with technology. online. www.trentontidwell.com/lib/Edu518. Presentation0.2ppt. muat turun 8 Mac 2009. Parker, L.L. 2008. Technology-mediated learning environments for young English language learners: connections in and out of schools. New York: Lawrence Erlbaum Associates. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. MySchool Net. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Selangor: Dawama Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad. 2003. Panduan Kurikulum Prasekolah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sharifah Nor Puteh. 2002. Kurikulum kebangsaan prasekolah: Peranannya kepada perkembangan holistik peringkat awal kanak-kanak. Seminar Perdana Kanak-Kanak Prasekolah. Pusat Latihan MARDI, Serdang. Sharifah Nor Puteh, Rohaty Mohd. Majzub & Zahirah Mohd.Yusof. 2010. Peranan guru dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian pelajar. Dalam Pendidikan untuk Kepelbagaian Pelajar, Rohaty Majzub, Kamisah Osman, Sharifah Nor Puteh. (pnyt.) Fakulti Pendidikan, UKM. Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros & Maznah Ali. 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. Pahang. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sharifah Nor Puteh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor JP36(1) Chap 3new.indd 34 3/2/2012 11:09:21 AM