SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 31
                                                     Malay Language Education Journal (MyLEJ)

         KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
                        DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA
           (The Effectiveness Of Using Computers In Teaching And Learning
                                      Grammar)

                                    NOR ILYANI HARUN
                                   yan.kies86@gmail.com,


                                AHMAD FAUZI MOHD. AYUB
                                  Universiti Putra Malaysia


                                 afauzi@educ.upm.edu.my


                                  FADZILAH AB. RAHMAN
                                 Universiti Putra Malaysia


                                 fadzilah@educ.upm.edu.my
                                  Universiti Putra Malaysia


ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Penjodoh Bilangan dalam kalangan
murid Tahun Tiga. Kajian yang dijalankan secara kuasi eksperimen ini membincangkan daripada
dua aspek berikut, iaitu keberkesanan penggunaan komputer dan juga isu berkaitan gender.
Seramai 60 orang murid daripada dua kelas yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan murid yang
didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca
berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki secara signifikan lebih baik min
skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan rawatan. Sebagai tambahan,
murid lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca
berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid perempuan
daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding
murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Penjodoh Bilangan memberi kesan
positif kepada murid.
Kata kunci: Tatabahasa, keberkesanan, gender, pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer

ABSTRACT: The purpose of this study was to identify the effectiveness of using computers
in teaching and learning the Malay Language for the topic Quantifiers among standard
three students. This research was conducted using the quasi-experiment design and
discussed from the following two aspects: the effectiveness of using computers and also the
gender issue. A total of 60 students from two classes were randomly selected for this study.
Students were divided into the treatment and control groups. The research findings
indicated that students who were exposed to the use of computers had significantly higher
mean scores in the post test when compared to those in the control group. In terms of
gender, males had significantly better mean scores for the post test than females in
treatment group. In addition, males from the treatment group scored significantly higher
32   ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42



in the post test than males in the control group. At the same time, female students from
the treatment group achieved higher mean scores for the post test than females from the
control group. This study provided some evidence that using computers in teaching and
learning for the topic Quantifiers gave positive impact to the students' achievement.
Keywords: Learning quantifiers, effectiveness, gender, computer assisted instruction and
learning

                                             PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu kaedah
pengajaran yang menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalam
meningkatkan kefahaman murid dalam P&P dalam membantu pemahaman murid. Pada
peringkat awal, kemunculan teknologi komputer secara tradisinya digunakan sebagai
alat pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Kini, penggunaannya telah
diperluaskan kepada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Corak penyampaian
komputer pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks, numerik,
grafik dan animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan teknologi multimedia telah
berupaya untuk mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafik
warna. Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat,
tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran
menyeronokan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Pengajaran Bahasa Melayu sudah
tentu tidak terkecuali daripada pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (Yahya & Dayang Raini, 2011).
      Tatabahasa merupakan unsur asas bahasa yang mendasari setiap kemahiran
bahasa yang dipupuk iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Dalam konteks sistem pendidikan negara, khususnya dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR), perkara tersebut menjadi prinsip yang ditegaskan dalam
strategi pengajaran Bahasa Melayu. Dalam sistem bahasa, terdapat beberapa subsistem
penting terkandung di dalamnya, di mana tatabahasa menjadi asas kepada sistem
tersebut. Antara subsistem tersebut adalah sistem ejaan, sebutan, peristilahan, kosa
kata umum, tatabahasa dan laras bahasa. Antara enam subsistem tersebut, tatabahasa
merupakan sendinya. Walau bagaimanapun, tatabahasa sering dianggap sebagai subjek
yang kaku, membosankan, dan kadang kala menakutkan (Awang, 2004). Persepsi
sedemikian menyebabkan tanggungjawab guru yang mengajar tatabahasa semakin
mencabar, terutamanya apabila berdepan dengan murid sekolah rendah yang masih
kurang jelas tentang penggunaan sistem bahasa. Namun dengan kemajuan teknologi,
kaedah pengajaran di sekolah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan perisian
komputer sebagai bahan bantu mengajar. Kajian oleh Abdul Wahab, Kamaliah dan
Hasrina (2006) tentang tahap penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu,
Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain yang menunjukkan penggunaan komputer
dalam P&P mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik.
      Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu
telah giat dijalankan. Sebagai contoh, satu kajian eksperimen yang dijalankan oleh
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 33
                                                 Malay Language Education Journal (MyLEJ)

Yahya Othman dan Dayang Raini (2011) ke atas 56 orang murid tahun Empat yang
berpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei
dan Muara berkaitan keberkesanan penggunaan CD-ROM perisian cerita Interaktif bagi
pemahaman bacaan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa murid yang melalui
proses P&P menggunakan CD-ROM secara signifikan lebih baik prestasi pemahaman
bacaan berbanding dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara kawalan. Namun
begitu, perbandingan dari segi gender pula tidak menunjukkan sebarang perbezaan
signifikan min prestasi pemahaman pembacaan antara murid lelaki dan perempuan
kedua-dua kumpulan. Manakala kajian oleh Al-Haq dan Al-Sobh (2001) ke atas 122
orang murid gred 11 di salah sebuah sekolah di Jordan mengenai keberkesanan
pencapaian dalam penulisan berasaskan penggunaan web. Dapatan kajian
menunjukkan pembelajaran berasaskan web adalah lebih berkesan daripada
pengajaran kaedah kawalan. Analisis berdasarkan gender pula menunjukkan murid
perempuan mendapat skor markah penulisan yang lebih tinggi berbanding murid lelaki.
       Selain itu, satu kajian oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007) di Lyon
University bagi menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa Perancis sebagai
bahasa kedua antara kumpulan yang didedahkan menggunakan komputer dengan
kaedah kelas yang belajar bahasa Perancis secara manual (buku teks dan kuliah) telah
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca antara kedua-dua
kumpulan dengan kumpulan yang didedahkan melalui penggunaan komputer
memperoleh markah yang lebih baik. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan komputer
secara signifikan memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Perancis. Kajian
eksperimen oleh Abu Seileek dan Rabab’ah (2007) ke atas 128 orang murid di King Saud
               yang membandingkan pengajaran Grammar berasaskan komputer
(Computer Based Grammar Instruction) berbanding dengan pengajaran Grammar
University

berasaskan guru (Teacher Based Grammar Instruction). Kajian mendapati pengajaran
Grammar berasaskan komputer secara signifikan lebih efektif berbanding dengan
pengajaran oleh guru.
       Dalam pada itu, Naba'h, Hussain, Al-Omari, dan Shdeifat (2009) pula dalam kajian
yang melibatkan seramai 212 orang di sebuah sekolah menengah di Jordan terhadap
keberkesanan penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa Inggeris juga dalam
aspek grammar telah menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang
positif terhadap pencapaian akademik murid. Dalam satu kajian di Oyo State, Nigeria
yang dijalankan oleh Yusuf dan Afolabi (2010) terhadap 120 orang murid sekolah
menengah tentang prestasi pembelajaran mata pelajaran Biologi berdasarkan
penggunaan komputer secara individual dan koperatif mengikut gender. Analisis
menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang signifikan berbanding
dengan pengajaran secara kawalan. Namun secara gender pula, tidak wujud perbezaan
yang signifikan antara kumpulan murid lelaki dengan murid perempuan sama ada
mereka belajar secara individual mahupun koperatif. Dalam pada itu, kajian oleh
Spradilin (2009) ke atas 155 orang murid bagi menentukan perbezaan pencapaian
dalam mata pelajaran Matematik Algebra antara dua kumpulan yang belajar
menggunakan komputer dengan kaedah kawalan. Dapatan kajian mendapati kumpulan
34   ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42



perempuan mendapat skor min lebih tinggi berbanding kumpulan lelaki untuk kedua-
dua kaedah, tetapi tidak menunjukkan sebarang signifikan.
      Selari dengan perkembangan teknologi, penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran harus diperluaskan khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu
usaha yang paling sesuai dan mampu memberi impak terhadap permasalahan yang
dihadapi, kekurangan bahan berbantukan komputer merupakan antara faktor mengapa
penggunaannya kurang meluas Sebagai alat bantu pengajaran yang bersifat terkini,
penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi murid
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Menyedari kelebihan penggunaan komputer
dalam P&P dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk menjalankan kajian seumpama
ini.



Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan
                                          OBJEKTIF KAJIAN


komputer ke atas pencapaian murid Tahun 3 dalam P&P Bahasa Melayu bagi topik
Penjodoh Bilangan. Perbandingan keberkesanan diukur berdasarkan kepada
pencapaian dan juga gender antara kumpulan yang diberi pendedahan P&P Tatabahasa
secara berkomputer (kumpulan rawatan) dan kumpulan kawalan.



Selari dengan itu, sebanyak enam hipotesis alternatif kajian telah dibentuk, iaitu seperti
                                          HIPOTESIS KAJIAN


berikut:
H a1 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian skor Ujian Penilaian Penggal Pertama
        Bahasa Melayu antara murid kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan.
H a2 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan
        antara murid kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan.
H a3 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan
        antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan kawalan.
H a4 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan
        antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan.
H a5 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan
        antara murid lelaki antara kumpulan rawatan dan kumpulan tradisonal.
H a6 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan
        antara murid perempuan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.



Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Kajian ini
                                             METODOLOGI


telah dijalankan dalam kalangan murid Tahun 3 di sebuah Sekolah Kebangsaan di Kuala
Lumpur. Bagi tujuan kajian, dua buah kelas telah dipilih secara rawak untuk dijadikan
sebagai sampel kajian. Sebuah kelas yang terdiri daripada 31 orang murid (16 murid
lelaki dan 15 murid perempuan) telah dikenal pasti sebagai kumpulan kawalan.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 35
                                                  Malay Language Education Journal (MyLEJ)

Sementara itu, kumpulan rawatan pula terdiri daripada 29 orang murid (10 murid lelaki
dan 19 murid perempuan). Kajian ini dijalan selama sebulan dengan setiap kumpulan
akan melalui 10 kali pertemuan dengan purata seminggu tiga kali pertemuan.
       Instrumen kajian terdiri daripada satu set ujian pasca yang terdiri daripada 32
soalan telah dibina oleh pengkaji berkaitan tajuk Penjodoh Bilangan. Soalan yang dibina
merangkumi semua Penjodoh bilangan yang perlu difahami oleh murid dan juga
berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran.
Set ujian pasca ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu soalan berbentuk teks dan soalan
bergambar. Bagi kumpulan yang diberi pendedahan menggunakan komputer, pengkaji
telah membangunkan satu perisian khusus bagi tajuk Penjodoh Bilangan dengan
menggunakan perisian Lecture Maker. Perisian ini digunakan semasa sesi pengajaran
bagi kumpulan eksperimen. Rajah 1 menunjukkan beberapa snapshot yang diambil
daripada perisian yang digunakan dalam kajian.
36   ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42




               Rajah 1: Snapshot perisian tatabahasa penjodoh bilangan

                                          DAPATAN KAJIAN

Analisis pertama dijalankan adalah ke atas skor ujian penilaian penggal pertama Bahasa
Melayu bagi kedua-dua kumpulan. Analisis ini bertujuan untuk mempastikan bahawa
sampel daripada kedua-dua kumpulan adalah homogen. Hal ini bertujuan mengawal
daripada timbul sebarang bias dalam kajian. Bagi tujuan tersebut, Ha1 dibentuk.

     Ha1 :Terdapat perbezaan signifikan skor ujian skor Ujian Penilaian Penggal
          Pertama Bahasa Melayu antara murid kumpulan kawalan dengan
          kumpulan eksperimen.

     Ujian t-tak bersandar yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan
signifikan dalam skor ujian penilaian penggal 1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
antara kumpulan kawalan (M = 50.47, S P = 15.516) dengan kumpulan rawatan (M =
54.13, SP = 12.462; t (55.42) = 1.009, p = .317 > .05) (rujuk Jadual 1). Justeru, hipotesis
yang dibina ditolak. Hal ini menunjukkan bahawa murid daripada kedua-dua buah
kumpulan tidak berbeza dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Oleh itu, murid daripada kedua-dua kumpulan kajian adalah seimbang
dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 37
                                                   Malay Language Education Journal (MyLEJ)



    Jadual 1: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian penilaian penggal pertama
        Bahasa Melayu antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

 Kumpulan          Bilangan    Min       Sisihan       Nilai       Darjah       Signifikan

   Rawatan            31       54.13     12.462
                    Murid                Piawai          t       Kebebasan

                                                      1.009         55.42          .317
  Tradisonal          29       50.47     15.516

      Analisis seterusnya dijalankan ke atas skor markah ujian pasca bagi kedua-dua
kumpulan yang terdiri daripada soalan berbentuk gambar dan juga teks. Bagi tujuan
tersebut, hipotesis 2 (H a2 ) dibentuk.

       Ha2       : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk
                  Penjodoh Bilangan antara murid kumpulan kawalan dengan
                  kumpulan eksperimen

      Bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan dalam skor ujian pasca
antara murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, ujian-t tak bersandar
dijalankan (rujuk Jadual 2).

               Jadual 2: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara
                       kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

  Kumpulan         Bilangan     Min      Sisihan      Nilai       Darjah        Signifikan

   Rawatan            31        24.37     5.353
                    Murid                Piawai         t       Kebebasan

                                                      7.085          58            0.000
  Tradisonal          29        14.43     5.507

      Analisis ke atas skor ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor
ujian pasca antara kumpulan tradisonal (M = 14.43, SP = 5.507) dengan kumpulan
Rawatan (M = 24.37, SP = 5.353; t (58) = 7.085, p = .000 < .05). Perbezaan magnitud
(η2) pula adalah 0.464. Oleh itu, hipotesis yang dibangunkan diterima. Hal ini
menunjukkan bahawa murid yang mengikuti P&P bagi tajuk Penjodoh Bilangan dengan
menggunakan perisian kursus adalah secara signifikan lebih baik berbanding dengan
mereka yang didedahkan dengan kaedah kawalan.
      Analisis seterusnya dijalankan bagi menentukan samada terdapat perbezaan
pencapaian murid daripada kedua-dua kumpulan berdasarkan kepada gender.
Sebanyak empat hipotesis dibina bagi menjawab objektif kajian tersebut. Hipotesis
ketiga adalah menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan pencapaian
berdasarkan gender bagi kumpulan kawalan. Hipotesis yang dibina adalah seperti
berikut:
38   ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42



        Ha3     :Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk
                 Penjodoh Bilangan antara murid lelaki dan perempuan bagi
                 kumpulan kawalan.

     Jadual 3: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara murid lelaki
                  dan murid perempuan bagi kumpulan kawalan

  Kumpulan          Bilangan          Min         Sisihan   Nilai     Darjah    Signifikan

Lelaki                 16            14.50         5.416
   Kawalan           Murid                        Piawai      t     Kebebasan

                                                            .070       28         .945
Perempuan               14           14.36          5.813

      Analisis ujian t-tak bersandar menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang
perbezaan signifikan dalam skor ujian pasca antara murid lelaki (M = 14.50, SP = 5.416)
dengan murid perempuan (M = 14.36, SP = 5.813; t (28) = 0.070, p = .945 > .05) bagi
kumpulan kawalan (rujuk Jadual 3). Justeru, hipotesis yang dibina tidak boleh diterima.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bagi kumpulan kawalan, murid lelaki dan
murid perempuan tidak berbeza dari segi skor ujian pasca selepas kajian dijalankan.
      Seterusnya, analisis serupa dijalankan ke atas kumpulan rawatan bagi menjawab
hipotesis keempat, iaitu bagi menentukan perbezaan signifikan skor ujian pasca antara
murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan.

        H a 4 :Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk
               Penjodoh Bilangan antara murid lelaki dan murid perempuan
               bagi kumpulan rawatan.

         Jadual 4: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara murid
               lelaki dan murid perempuan bagi kumpulan rawatan

  Kumpulan          Bilangan          Min         Sisihan   Nilai     Darjah    Signifikan

Lelaki                 10            27.60         2.675
   Rawatan           Murid                        Piawai      t     Kebebasan

                                                            3.184    27.978        .004
Perempuan               20           22.75         5.665

      Analisis ujian-t tak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor
ujian pasca antara murid lelaki (M = 27.60, SP = 2.675) dengan murid perempuan (M =
22.75, SP = 5.665; t (27.978) = 3.184, p = .004 < .05) bagi kumpulan rawatan dengan
perbezaan magnitud dalam min (η2) adalah 0.266 (rujuk Jadual 4). Hal ini bermakna
hipotesis alternatif yang dibina diterima. Dapatan ini menunjukkan bahawa bagi
kumpulan rawatan, min markah ujian pasca murid lelaki secara signifikan lebih baik
berbanding markah murid perempuan.
      Analisis berkaitan gender ini juga dijalankan dengan membandingkan min skor
ujian pasca murid lelaki dan murid perempuan antara kumpulan kajian. Bagi tujuan
tersebut hipotesis 5 (H a 5) dan hipotesis 6 (H a 6) dibentuk.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 39
                                                    Malay Language Education Journal (MyLEJ)

       H a 5 :Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk
             Penjodoh Bilangan bagi murid lelaki antara kumpulan Rawatan
             dan kumpulan Kawalan

 Jadual 5: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara kumpulan rawatan
              dan kumpulan tradisonal dalam kalangan murid lelaki

  Kumpulan        Bilangan      Min       Sisihan      Nilai       Darjah        Signifikan

Rawatan              10        27.60       2.675
                   Murid                  Piawai         t       Kebebasan

                                                       7.098          24            .000
Tradisonal           16        14.50       5.416

       Jadual 5 menunjukkan bagi murid lelaki, terdapat perbezaan signifikan antara
kumpulan rawatan (M = 27.60, SP = 2.675) dengan kumpulan kawalan (M = 14.50, SP =
5.416; t (24) = 7.098, p = .000 < .05). Oleh itu, hipotesis alternatif yang dibina diterima.
Dapatan ini menunjukkan bahawa skor murid lelaki bagi kumpulan rawatan secara
signifikan lebih baik berbanding markah murid lelaki kumpulan kawalan. Perbezaan
magnitud dalam min (η2) adalah 0.677. Hal ini memberi implikasi bahawa min markah
murid lelaki bagi kumpulan rawatan secara signifikan lebih baik daripada murid lelaki
daripada kumpulan kawalan. Analisis yang serupa juga dijalankan ke atas skor ujian
pasca murid perempuan bagi menjawab hipotesis berikut:

        H a 6 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk
                 Penjodoh Bilangan bagi murid perempuan antara kumpulan
                 rawatan dan kumpulan kawalan

      Bagi perbandingan pencapaian ujian pasca dalam kalangan murid perempuan
pula, analisis data menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam skor ujian pasca
bagi kumpulan rawatan (M = 22.75, SP = 5.665) dengan kumpulan kawalan (M = 14.36,
SP = 5.813; t (32) = 4.207, p = .000 < .05) dengan perbezaan magnitud (η2) adalah 0.356.
Oleh itu, hipotesis alternatif yang dibina diterima. Dapatan ini juga menunjukkan
bahawa min markah murid perempuan kumpulan rawatan lebih baik berbanding min
markah murid perempuan kumpulan kawalan.

      Jadual 6: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara kumpulan
           rawatan dan tradisonal dalam kalangan murid perempuan

  Kumpulan        Bilangan      Min       Sisihan     Nilai t      Darjah        Signifikan

Rawatan              20        22.75       5.665
                   Murid                  Piawai                 Kebebasan

                                                       4.207          32            .000
Tradisonal           14        14.36       5.813
40   ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42



                                           PERBINCANGAN

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P adalah penting
memandangkan ia mampu meningkatkan kualiti pengajaran (Gulbahar & Given, 2008),
meningkatkan daya ingatan (Abdul Wahab, Kamaliah & Hasrina 2006), memotivasikan
murid (Leask & Panchler, 2005) dan murid boleh berinteraktif secara aktif dan kreatif
(Volman dan Eck, 2001). Penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu masih belum
digunakan secara meluas. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan perisian untuk
digunakan oleh guru semasa di dalam kelas. Selain itu, tumpuan kepada penggunaannya
lebih kepada mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Namun begitu,
penggunaan komputer ke atas mata pelajaran Bahasa Melayu tidak seharusnya
dipinggirkan memandangkan penggunaannya mampu memberi impak positif ke atas
mata pelajaran tersebut. Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa penggunaan
perisian komputer bagai tajuk tatabahasa Penjodoh Bilangan telah secara signifikan
memberi kesan positif ke atas murid berbanding dengan pengajaran secara kawalan.
Kajian oleh Abu Seileek dan Rabab’ah (2007), Al-Haq dan Al-Sobh (2001), Chenu,
Gayraud, Martinie, dan Wu (2007), Naba'h, Hussain, Al-Omari dan Shdeifat (2009) dan
Yahya Othman dan Dayang Raini (2011), menunjukkan bahawa penggunaan komputer
memberi kesan positif terhadap pengunaannya.
      Dalam analisis berdasarkan kepada gender menunjukkan kumpulan murid yang
belajar menggunakan kaedah kawalan tidak menunjukkan perbezaan pencapaian
antara murid lelaki dan perempuan. Namun dapatan ini berbeza pula dengan kumpulan
rawatan yang menunjukkan murid lelaki dalam kumpulan ini secara signifikan min
markah ujian pasca yang lebih baik berbanding murid perempuan. Perbezaan antara
murid lelaki gender daripada kedua-dua kumpulan turut menunjukkan murid lelaki dan
perempuan daripada kumpulan komputer secara signifikan mempunyai markah yang
lebih tinggi berbanding murid lelaki dan perempuan kumpulan kawalan. Dapatan
kajian adalah berbeza dengan kajian oleh Yusuf dan Afolabi (2010) yang tidak
menunjukkan sebarang perbezaan antara murid lelaki dan perempuan. Sementara
kajian oleh Al-Haq dan Al-Sobh (2001) dan Spradilin (2009) menunjukkan terdapat
perbezaan signifikan skor markah berdasarkan gender.

                                             KESIMPULAN

Keseluruhan daripada keputusan hasil kajian mendapati penggunaan komputer dalam
P&P adalah sangat berkesan. Penggunaan komputer dilihat mampu memberi impak
positif kepada murid dalam P&P Tatabahasa Penjodoh Bilangan berbanding dengan
kumpulan kawalan. Malahan perbandingan dari segi gender juga menunjukkan
terdapat perbezaan signifikan bagi kumpulan yang didedahkan menggunakan
komputer. Kajian ini telah memberi gambaran bahawa penggunaan komputer dalam
P&P Bahasa Melayu adalah penting memandangkan penggunaannya mampu membantu
murid dalam memahami tajuk Penjodoh Bilangan dengan lebih baik.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 41
                                                  Malay Language Education Journal (MyLEJ)

                                       RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan
      komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah
      menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1-2): 203-225.
Abu Seileek, A.F. & Rabab'ah, G.A. (2007). The effect of computer-based grammar
      instruction on the acquisition of verb tenses in an EFL context. The JALT CALL
      Journal, 3 (1-2): 59-80.
Al-Haq, F. A.-A. & Al-Sobh, M. A. (2001). The Effect of a web-based writing Instructional
      EFL Programmed on Enhancing the Perfomance of Jordanian Secondary Students.
      The JALT CALL Journal, 6 (3): 189-218.
Awang Sariyan. (2009). Bagaimanakah tatabahasa dapat diajar dengan berkesan?
      Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengajaran Tatabahasa, Fakulti
      Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 19 Ogos 2009.
Chenu, F., Gayraud, F., Martinie, B. & Wu, T. (2007). Is Computer Assisted Language
      Learning (CALL) efficient for grammar learning? An experimental study in French
      as a second language. The JALT CALL Journal, 3 (3): 85 -93.
Gulbahar, Y. & Guven, I. (2008). A survey on ICT usage and the perceptions of social
      studies teachers in Turkey. Educational Technology & Society, 11 (3): 37-51.
Leask, M. & Pachler, N. (2006). Learning to teach using ICT in the secondary school-a
      companion to school experience. Routledge: Taylor & Francis Group.
Naba'h, A. A., Hussain, J., Al-Omari, A. & Shdeifat, S. (2009). The effect of computer
      assisted language learning in teaching English grammar on the achievement of
      secondary students in Jordan. The International Arab Journal of Information
      Technology, 6 (4):431-439.
Spradilin, K.D. (2009). The effectiveness of computer-assisted instruction in
      developmental mathematic. Unpublished Doctoral Dissertation. Liberty
      University, United States, Virginia.
Volman, M & Van, Eck. E (2001). Gender equity and information technology in
      education. The second decade. The Review of Educational Research, 71, 613-631.
Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011). Kesan aplikasi perisian cerita interaktif
      semasa mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid
      tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.
Yusuf, M.O. & Afolabi, A. O. (2010). Effects of Computer Assisted Instruction (CAI) On
      Secondary School Perfomance in Biology. The Turkish Online Journal of
      Educational Technology, 9 (1): 62-69.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi
      dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam:
      Karisma Publications Sdn. Bhd.
42   ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42




Dr. Ahmad Fauzi Mohd Ayub
Maklumat lanjut, boleh hubungi:

Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
afauzi@educ.upm.edu.my

More Related Content

What's hot

37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)izzatikamiziWanKamiz
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)ct sofiey
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)firo HAR
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-pontengNorshaidi Mohd Nor
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiAzizi Ahmad
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barathazwanikamaludin
 
Emk keusahawanan
Emk keusahawananEmk keusahawanan
Emk keusahawananlailihjdaud
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanZue Shari
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
BMMB3063 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMMB3063 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBMMB3063 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMMB3063 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHMary Lemok
 

What's hot (20)

Rph kssr (nombor saya)
Rph kssr (nombor saya)Rph kssr (nombor saya)
Rph kssr (nombor saya)
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
 
Emk keusahawanan
Emk keusahawananEmk keusahawanan
Emk keusahawanan
 
Analisis item
Analisis itemAnalisis item
Analisis item
 
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
BMMB3063 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMMB3063 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBMMB3063 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMMB3063 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
 
Rph tahun 3
Rph tahun 3Rph tahun 3
Rph tahun 3
 

Viewers also liked

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
Analisis jurnal dalam negeri
Analisis jurnal dalam negeriAnalisis jurnal dalam negeri
Analisis jurnal dalam negeriAzhari Umar
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputergovernment
 
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalamPerkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalamAfni Zulkifly
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Siti Jaharah Muhamad
 
Penulisan Akademik
Penulisan AkademikPenulisan Akademik
Penulisan AkademikEddy Gabu
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Ena Ros
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PShah Awang
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Contoh analisis prosiding
Contoh analisis prosidingContoh analisis prosiding
Contoh analisis prosidingSamsul Hamdan
 
Multimedia dalam pelbagai bidang
Multimedia dalam pelbagai bidangMultimedia dalam pelbagai bidang
Multimedia dalam pelbagai bidangArya Aria
 

Viewers also liked (20)

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
Analisis jurnal dalam negeri
Analisis jurnal dalam negeriAnalisis jurnal dalam negeri
Analisis jurnal dalam negeri
 
Aktiviti 11
Aktiviti 11Aktiviti 11
Aktiviti 11
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
 
TUGASAN 2 - ULASAN JURNAL
TUGASAN 2 - ULASAN JURNALTUGASAN 2 - ULASAN JURNAL
TUGASAN 2 - ULASAN JURNAL
 
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalamPerkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
Penulisan akademik
Penulisan akademikPenulisan akademik
Penulisan akademik
 
Penulisan Akademik
Penulisan AkademikPenulisan Akademik
Penulisan Akademik
 
Ppp 2013 2025 ringkasan
Ppp 2013 2025 ringkasanPpp 2013 2025 ringkasan
Ppp 2013 2025 ringkasan
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Contoh analisis prosiding
Contoh analisis prosidingContoh analisis prosiding
Contoh analisis prosiding
 
Multimedia dalam pelbagai bidang
Multimedia dalam pelbagai bidangMultimedia dalam pelbagai bidang
Multimedia dalam pelbagai bidang
 

Similar to Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa (the effectiveness of using computers in teaching and learning grammar)

Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.
Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.
Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.Zakaria Mohamed
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pDapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pcekgu Azam
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
Ulasan e pembelajaran
Ulasan e pembelajaranUlasan e pembelajaran
Ulasan e pembelajaranzamri ishak
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelUPSI
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelUPSI
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranShamsuri Sham
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikSharifah Munirah
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaransammuechan
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 

Similar to Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa (the effectiveness of using computers in teaching and learning grammar) (20)

Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.
Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.
Pembelajaran Berasaskan Komputer atau multimedia.
 
Dapatan kajian
Dapatan kajianDapatan kajian
Dapatan kajian
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pDapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Ulasan e pembelajaran
Ulasan e pembelajaranUlasan e pembelajaran
Ulasan e pembelajaran
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikel
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikel
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaran
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaran
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Recently uploaded (15)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa (the effectiveness of using computers in teaching and learning grammar)

  • 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 31 Malay Language Education Journal (MyLEJ) KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA (The Effectiveness Of Using Computers In Teaching And Learning Grammar) NOR ILYANI HARUN yan.kies86@gmail.com, AHMAD FAUZI MOHD. AYUB Universiti Putra Malaysia afauzi@educ.upm.edu.my FADZILAH AB. RAHMAN Universiti Putra Malaysia fadzilah@educ.upm.edu.my Universiti Putra Malaysia ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Penjodoh Bilangan dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian yang dijalankan secara kuasi eksperimen ini membincangkan daripada dua aspek berikut, iaitu keberkesanan penggunaan komputer dan juga isu berkaitan gender. Seramai 60 orang murid daripada dua kelas yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki secara signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan rawatan. Sebagai tambahan, murid lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid perempuan daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Penjodoh Bilangan memberi kesan positif kepada murid. Kata kunci: Tatabahasa, keberkesanan, gender, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ABSTRACT: The purpose of this study was to identify the effectiveness of using computers in teaching and learning the Malay Language for the topic Quantifiers among standard three students. This research was conducted using the quasi-experiment design and discussed from the following two aspects: the effectiveness of using computers and also the gender issue. A total of 60 students from two classes were randomly selected for this study. Students were divided into the treatment and control groups. The research findings indicated that students who were exposed to the use of computers had significantly higher mean scores in the post test when compared to those in the control group. In terms of gender, males had significantly better mean scores for the post test than females in treatment group. In addition, males from the treatment group scored significantly higher
  • 2. 32 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42 in the post test than males in the control group. At the same time, female students from the treatment group achieved higher mean scores for the post test than females from the control group. This study provided some evidence that using computers in teaching and learning for the topic Quantifiers gave positive impact to the students' achievement. Keywords: Learning quantifiers, effectiveness, gender, computer assisted instruction and learning PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu kaedah pengajaran yang menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalam meningkatkan kefahaman murid dalam P&P dalam membantu pemahaman murid. Pada peringkat awal, kemunculan teknologi komputer secara tradisinya digunakan sebagai alat pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Kini, penggunaannya telah diperluaskan kepada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Corak penyampaian komputer pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks, numerik, grafik dan animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan teknologi multimedia telah berupaya untuk mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafik warna. Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Pengajaran Bahasa Melayu sudah tentu tidak terkecuali daripada pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Yahya & Dayang Raini, 2011). Tatabahasa merupakan unsur asas bahasa yang mendasari setiap kemahiran bahasa yang dipupuk iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks sistem pendidikan negara, khususnya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), perkara tersebut menjadi prinsip yang ditegaskan dalam strategi pengajaran Bahasa Melayu. Dalam sistem bahasa, terdapat beberapa subsistem penting terkandung di dalamnya, di mana tatabahasa menjadi asas kepada sistem tersebut. Antara subsistem tersebut adalah sistem ejaan, sebutan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa dan laras bahasa. Antara enam subsistem tersebut, tatabahasa merupakan sendinya. Walau bagaimanapun, tatabahasa sering dianggap sebagai subjek yang kaku, membosankan, dan kadang kala menakutkan (Awang, 2004). Persepsi sedemikian menyebabkan tanggungjawab guru yang mengajar tatabahasa semakin mencabar, terutamanya apabila berdepan dengan murid sekolah rendah yang masih kurang jelas tentang penggunaan sistem bahasa. Namun dengan kemajuan teknologi, kaedah pengajaran di sekolah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan perisian komputer sebagai bahan bantu mengajar. Kajian oleh Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina (2006) tentang tahap penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu, Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain yang menunjukkan penggunaan komputer dalam P&P mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik. Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu telah giat dijalankan. Sebagai contoh, satu kajian eksperimen yang dijalankan oleh
  • 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 33 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Yahya Othman dan Dayang Raini (2011) ke atas 56 orang murid tahun Empat yang berpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei dan Muara berkaitan keberkesanan penggunaan CD-ROM perisian cerita Interaktif bagi pemahaman bacaan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa murid yang melalui proses P&P menggunakan CD-ROM secara signifikan lebih baik prestasi pemahaman bacaan berbanding dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara kawalan. Namun begitu, perbandingan dari segi gender pula tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan min prestasi pemahaman pembacaan antara murid lelaki dan perempuan kedua-dua kumpulan. Manakala kajian oleh Al-Haq dan Al-Sobh (2001) ke atas 122 orang murid gred 11 di salah sebuah sekolah di Jordan mengenai keberkesanan pencapaian dalam penulisan berasaskan penggunaan web. Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran berasaskan web adalah lebih berkesan daripada pengajaran kaedah kawalan. Analisis berdasarkan gender pula menunjukkan murid perempuan mendapat skor markah penulisan yang lebih tinggi berbanding murid lelaki. Selain itu, satu kajian oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007) di Lyon University bagi menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa kedua antara kumpulan yang didedahkan menggunakan komputer dengan kaedah kelas yang belajar bahasa Perancis secara manual (buku teks dan kuliah) telah menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca antara kedua-dua kumpulan dengan kumpulan yang didedahkan melalui penggunaan komputer memperoleh markah yang lebih baik. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan komputer secara signifikan memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Perancis. Kajian eksperimen oleh Abu Seileek dan Rabab’ah (2007) ke atas 128 orang murid di King Saud yang membandingkan pengajaran Grammar berasaskan komputer (Computer Based Grammar Instruction) berbanding dengan pengajaran Grammar University berasaskan guru (Teacher Based Grammar Instruction). Kajian mendapati pengajaran Grammar berasaskan komputer secara signifikan lebih efektif berbanding dengan pengajaran oleh guru. Dalam pada itu, Naba'h, Hussain, Al-Omari, dan Shdeifat (2009) pula dalam kajian yang melibatkan seramai 212 orang di sebuah sekolah menengah di Jordan terhadap keberkesanan penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa Inggeris juga dalam aspek grammar telah menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik murid. Dalam satu kajian di Oyo State, Nigeria yang dijalankan oleh Yusuf dan Afolabi (2010) terhadap 120 orang murid sekolah menengah tentang prestasi pembelajaran mata pelajaran Biologi berdasarkan penggunaan komputer secara individual dan koperatif mengikut gender. Analisis menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang signifikan berbanding dengan pengajaran secara kawalan. Namun secara gender pula, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan murid lelaki dengan murid perempuan sama ada mereka belajar secara individual mahupun koperatif. Dalam pada itu, kajian oleh Spradilin (2009) ke atas 155 orang murid bagi menentukan perbezaan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Algebra antara dua kumpulan yang belajar menggunakan komputer dengan kaedah kawalan. Dapatan kajian mendapati kumpulan
  • 4. 34 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42 perempuan mendapat skor min lebih tinggi berbanding kumpulan lelaki untuk kedua- dua kaedah, tetapi tidak menunjukkan sebarang signifikan. Selari dengan perkembangan teknologi, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran harus diperluaskan khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang paling sesuai dan mampu memberi impak terhadap permasalahan yang dihadapi, kekurangan bahan berbantukan komputer merupakan antara faktor mengapa penggunaannya kurang meluas Sebagai alat bantu pengajaran yang bersifat terkini, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Menyedari kelebihan penggunaan komputer dalam P&P dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk menjalankan kajian seumpama ini. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan OBJEKTIF KAJIAN komputer ke atas pencapaian murid Tahun 3 dalam P&P Bahasa Melayu bagi topik Penjodoh Bilangan. Perbandingan keberkesanan diukur berdasarkan kepada pencapaian dan juga gender antara kumpulan yang diberi pendedahan P&P Tatabahasa secara berkomputer (kumpulan rawatan) dan kumpulan kawalan. Selari dengan itu, sebanyak enam hipotesis alternatif kajian telah dibentuk, iaitu seperti HIPOTESIS KAJIAN berikut: H a1 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian skor Ujian Penilaian Penggal Pertama Bahasa Melayu antara murid kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. H a2 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan antara murid kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. H a3 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan kawalan. H a4 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan. H a5 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan antara murid lelaki antara kumpulan rawatan dan kumpulan tradisonal. H a6 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan antara murid perempuan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Kajian ini METODOLOGI telah dijalankan dalam kalangan murid Tahun 3 di sebuah Sekolah Kebangsaan di Kuala Lumpur. Bagi tujuan kajian, dua buah kelas telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Sebuah kelas yang terdiri daripada 31 orang murid (16 murid lelaki dan 15 murid perempuan) telah dikenal pasti sebagai kumpulan kawalan.
  • 5. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 35 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Sementara itu, kumpulan rawatan pula terdiri daripada 29 orang murid (10 murid lelaki dan 19 murid perempuan). Kajian ini dijalan selama sebulan dengan setiap kumpulan akan melalui 10 kali pertemuan dengan purata seminggu tiga kali pertemuan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set ujian pasca yang terdiri daripada 32 soalan telah dibina oleh pengkaji berkaitan tajuk Penjodoh Bilangan. Soalan yang dibina merangkumi semua Penjodoh bilangan yang perlu difahami oleh murid dan juga berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran. Set ujian pasca ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu soalan berbentuk teks dan soalan bergambar. Bagi kumpulan yang diberi pendedahan menggunakan komputer, pengkaji telah membangunkan satu perisian khusus bagi tajuk Penjodoh Bilangan dengan menggunakan perisian Lecture Maker. Perisian ini digunakan semasa sesi pengajaran bagi kumpulan eksperimen. Rajah 1 menunjukkan beberapa snapshot yang diambil daripada perisian yang digunakan dalam kajian.
  • 6. 36 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42 Rajah 1: Snapshot perisian tatabahasa penjodoh bilangan DAPATAN KAJIAN Analisis pertama dijalankan adalah ke atas skor ujian penilaian penggal pertama Bahasa Melayu bagi kedua-dua kumpulan. Analisis ini bertujuan untuk mempastikan bahawa sampel daripada kedua-dua kumpulan adalah homogen. Hal ini bertujuan mengawal daripada timbul sebarang bias dalam kajian. Bagi tujuan tersebut, Ha1 dibentuk. Ha1 :Terdapat perbezaan signifikan skor ujian skor Ujian Penilaian Penggal Pertama Bahasa Melayu antara murid kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen. Ujian t-tak bersandar yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor ujian penilaian penggal 1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu antara kumpulan kawalan (M = 50.47, S P = 15.516) dengan kumpulan rawatan (M = 54.13, SP = 12.462; t (55.42) = 1.009, p = .317 > .05) (rujuk Jadual 1). Justeru, hipotesis yang dibina ditolak. Hal ini menunjukkan bahawa murid daripada kedua-dua buah kumpulan tidak berbeza dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, murid daripada kedua-dua kumpulan kajian adalah seimbang dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • 7. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 37 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Jadual 1: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian penilaian penggal pertama Bahasa Melayu antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan Kumpulan Bilangan Min Sisihan Nilai Darjah Signifikan Rawatan 31 54.13 12.462 Murid Piawai t Kebebasan 1.009 55.42 .317 Tradisonal 29 50.47 15.516 Analisis seterusnya dijalankan ke atas skor markah ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan yang terdiri daripada soalan berbentuk gambar dan juga teks. Bagi tujuan tersebut, hipotesis 2 (H a2 ) dibentuk. Ha2 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan antara murid kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen Bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan dalam skor ujian pasca antara murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, ujian-t tak bersandar dijalankan (rujuk Jadual 2). Jadual 2: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan Kumpulan Bilangan Min Sisihan Nilai Darjah Signifikan Rawatan 31 24.37 5.353 Murid Piawai t Kebebasan 7.085 58 0.000 Tradisonal 29 14.43 5.507 Analisis ke atas skor ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca antara kumpulan tradisonal (M = 14.43, SP = 5.507) dengan kumpulan Rawatan (M = 24.37, SP = 5.353; t (58) = 7.085, p = .000 < .05). Perbezaan magnitud (η2) pula adalah 0.464. Oleh itu, hipotesis yang dibangunkan diterima. Hal ini menunjukkan bahawa murid yang mengikuti P&P bagi tajuk Penjodoh Bilangan dengan menggunakan perisian kursus adalah secara signifikan lebih baik berbanding dengan mereka yang didedahkan dengan kaedah kawalan. Analisis seterusnya dijalankan bagi menentukan samada terdapat perbezaan pencapaian murid daripada kedua-dua kumpulan berdasarkan kepada gender. Sebanyak empat hipotesis dibina bagi menjawab objektif kajian tersebut. Hipotesis ketiga adalah menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan pencapaian berdasarkan gender bagi kumpulan kawalan. Hipotesis yang dibina adalah seperti berikut:
  • 8. 38 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42 Ha3 :Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan kawalan. Jadual 3: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara murid lelaki dan murid perempuan bagi kumpulan kawalan Kumpulan Bilangan Min Sisihan Nilai Darjah Signifikan Lelaki 16 14.50 5.416 Kawalan Murid Piawai t Kebebasan .070 28 .945 Perempuan 14 14.36 5.813 Analisis ujian t-tak bersandar menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan signifikan dalam skor ujian pasca antara murid lelaki (M = 14.50, SP = 5.416) dengan murid perempuan (M = 14.36, SP = 5.813; t (28) = 0.070, p = .945 > .05) bagi kumpulan kawalan (rujuk Jadual 3). Justeru, hipotesis yang dibina tidak boleh diterima. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bagi kumpulan kawalan, murid lelaki dan murid perempuan tidak berbeza dari segi skor ujian pasca selepas kajian dijalankan. Seterusnya, analisis serupa dijalankan ke atas kumpulan rawatan bagi menjawab hipotesis keempat, iaitu bagi menentukan perbezaan signifikan skor ujian pasca antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan. H a 4 :Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan antara murid lelaki dan murid perempuan bagi kumpulan rawatan. Jadual 4: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara murid lelaki dan murid perempuan bagi kumpulan rawatan Kumpulan Bilangan Min Sisihan Nilai Darjah Signifikan Lelaki 10 27.60 2.675 Rawatan Murid Piawai t Kebebasan 3.184 27.978 .004 Perempuan 20 22.75 5.665 Analisis ujian-t tak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca antara murid lelaki (M = 27.60, SP = 2.675) dengan murid perempuan (M = 22.75, SP = 5.665; t (27.978) = 3.184, p = .004 < .05) bagi kumpulan rawatan dengan perbezaan magnitud dalam min (η2) adalah 0.266 (rujuk Jadual 4). Hal ini bermakna hipotesis alternatif yang dibina diterima. Dapatan ini menunjukkan bahawa bagi kumpulan rawatan, min markah ujian pasca murid lelaki secara signifikan lebih baik berbanding markah murid perempuan. Analisis berkaitan gender ini juga dijalankan dengan membandingkan min skor ujian pasca murid lelaki dan murid perempuan antara kumpulan kajian. Bagi tujuan tersebut hipotesis 5 (H a 5) dan hipotesis 6 (H a 6) dibentuk.
  • 9. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 39 Malay Language Education Journal (MyLEJ) H a 5 :Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan bagi murid lelaki antara kumpulan Rawatan dan kumpulan Kawalan Jadual 5: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan tradisonal dalam kalangan murid lelaki Kumpulan Bilangan Min Sisihan Nilai Darjah Signifikan Rawatan 10 27.60 2.675 Murid Piawai t Kebebasan 7.098 24 .000 Tradisonal 16 14.50 5.416 Jadual 5 menunjukkan bagi murid lelaki, terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan rawatan (M = 27.60, SP = 2.675) dengan kumpulan kawalan (M = 14.50, SP = 5.416; t (24) = 7.098, p = .000 < .05). Oleh itu, hipotesis alternatif yang dibina diterima. Dapatan ini menunjukkan bahawa skor murid lelaki bagi kumpulan rawatan secara signifikan lebih baik berbanding markah murid lelaki kumpulan kawalan. Perbezaan magnitud dalam min (η2) adalah 0.677. Hal ini memberi implikasi bahawa min markah murid lelaki bagi kumpulan rawatan secara signifikan lebih baik daripada murid lelaki daripada kumpulan kawalan. Analisis yang serupa juga dijalankan ke atas skor ujian pasca murid perempuan bagi menjawab hipotesis berikut: H a 6 : Terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi tajuk Penjodoh Bilangan bagi murid perempuan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan Bagi perbandingan pencapaian ujian pasca dalam kalangan murid perempuan pula, analisis data menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan (M = 22.75, SP = 5.665) dengan kumpulan kawalan (M = 14.36, SP = 5.813; t (32) = 4.207, p = .000 < .05) dengan perbezaan magnitud (η2) adalah 0.356. Oleh itu, hipotesis alternatif yang dibina diterima. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa min markah murid perempuan kumpulan rawatan lebih baik berbanding min markah murid perempuan kumpulan kawalan. Jadual 6: Ujian-t tak bersandar bagi skor ujian pasca antara kumpulan rawatan dan tradisonal dalam kalangan murid perempuan Kumpulan Bilangan Min Sisihan Nilai t Darjah Signifikan Rawatan 20 22.75 5.665 Murid Piawai Kebebasan 4.207 32 .000 Tradisonal 14 14.36 5.813
  • 10. 40 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42 PERBINCANGAN Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P adalah penting memandangkan ia mampu meningkatkan kualiti pengajaran (Gulbahar & Given, 2008), meningkatkan daya ingatan (Abdul Wahab, Kamaliah & Hasrina 2006), memotivasikan murid (Leask & Panchler, 2005) dan murid boleh berinteraktif secara aktif dan kreatif (Volman dan Eck, 2001). Penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu masih belum digunakan secara meluas. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan perisian untuk digunakan oleh guru semasa di dalam kelas. Selain itu, tumpuan kepada penggunaannya lebih kepada mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Namun begitu, penggunaan komputer ke atas mata pelajaran Bahasa Melayu tidak seharusnya dipinggirkan memandangkan penggunaannya mampu memberi impak positif ke atas mata pelajaran tersebut. Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian komputer bagai tajuk tatabahasa Penjodoh Bilangan telah secara signifikan memberi kesan positif ke atas murid berbanding dengan pengajaran secara kawalan. Kajian oleh Abu Seileek dan Rabab’ah (2007), Al-Haq dan Al-Sobh (2001), Chenu, Gayraud, Martinie, dan Wu (2007), Naba'h, Hussain, Al-Omari dan Shdeifat (2009) dan Yahya Othman dan Dayang Raini (2011), menunjukkan bahawa penggunaan komputer memberi kesan positif terhadap pengunaannya. Dalam analisis berdasarkan kepada gender menunjukkan kumpulan murid yang belajar menggunakan kaedah kawalan tidak menunjukkan perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan perempuan. Namun dapatan ini berbeza pula dengan kumpulan rawatan yang menunjukkan murid lelaki dalam kumpulan ini secara signifikan min markah ujian pasca yang lebih baik berbanding murid perempuan. Perbezaan antara murid lelaki gender daripada kedua-dua kumpulan turut menunjukkan murid lelaki dan perempuan daripada kumpulan komputer secara signifikan mempunyai markah yang lebih tinggi berbanding murid lelaki dan perempuan kumpulan kawalan. Dapatan kajian adalah berbeza dengan kajian oleh Yusuf dan Afolabi (2010) yang tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara murid lelaki dan perempuan. Sementara kajian oleh Al-Haq dan Al-Sobh (2001) dan Spradilin (2009) menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor markah berdasarkan gender. KESIMPULAN Keseluruhan daripada keputusan hasil kajian mendapati penggunaan komputer dalam P&P adalah sangat berkesan. Penggunaan komputer dilihat mampu memberi impak positif kepada murid dalam P&P Tatabahasa Penjodoh Bilangan berbanding dengan kumpulan kawalan. Malahan perbandingan dari segi gender juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi kumpulan yang didedahkan menggunakan komputer. Kajian ini telah memberi gambaran bahawa penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu adalah penting memandangkan penggunaannya mampu membantu murid dalam memahami tajuk Penjodoh Bilangan dengan lebih baik.
  • 11. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 41 Malay Language Education Journal (MyLEJ) RUJUKAN Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1-2): 203-225. Abu Seileek, A.F. & Rabab'ah, G.A. (2007). The effect of computer-based grammar instruction on the acquisition of verb tenses in an EFL context. The JALT CALL Journal, 3 (1-2): 59-80. Al-Haq, F. A.-A. & Al-Sobh, M. A. (2001). The Effect of a web-based writing Instructional EFL Programmed on Enhancing the Perfomance of Jordanian Secondary Students. The JALT CALL Journal, 6 (3): 189-218. Awang Sariyan. (2009). Bagaimanakah tatabahasa dapat diajar dengan berkesan? Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengajaran Tatabahasa, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 19 Ogos 2009. Chenu, F., Gayraud, F., Martinie, B. & Wu, T. (2007). Is Computer Assisted Language Learning (CALL) efficient for grammar learning? An experimental study in French as a second language. The JALT CALL Journal, 3 (3): 85 -93. Gulbahar, Y. & Guven, I. (2008). A survey on ICT usage and the perceptions of social studies teachers in Turkey. Educational Technology & Society, 11 (3): 37-51. Leask, M. & Pachler, N. (2006). Learning to teach using ICT in the secondary school-a companion to school experience. Routledge: Taylor & Francis Group. Naba'h, A. A., Hussain, J., Al-Omari, A. & Shdeifat, S. (2009). The effect of computer assisted language learning in teaching English grammar on the achievement of secondary students in Jordan. The International Arab Journal of Information Technology, 6 (4):431-439. Spradilin, K.D. (2009). The effectiveness of computer-assisted instruction in developmental mathematic. Unpublished Doctoral Dissertation. Liberty University, United States, Virginia. Volman, M & Van, Eck. E (2001). Gender equity and information technology in education. The second decade. The Review of Educational Research, 71, 613-631. Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011). Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49. Yusuf, M.O. & Afolabi, A. O. (2010). Effects of Computer Assisted Instruction (CAI) On Secondary School Perfomance in Biology. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 9 (1): 62-69. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
  • 12. 42 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42 Dr. Ahmad Fauzi Mohd Ayub Maklumat lanjut, boleh hubungi: Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor. afauzi@educ.upm.edu.my