SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor
Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh
guru di sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Tiga pendekatan yang difokuskan dalam kajian ini ialah pendekatan berpusatkan
guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Seramai 177 orang guru matematik di jadikan
responden dan mereka adalah guru-guru dari beberapa buah sekolah menengah di Johor Bahru
yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data
dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS
10.0). Dalam kajian, analisis statistik deskriptif (peratus dan min) dan inferensi (ujian korelasi)
telah digunakan. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru matematik di sekolah menengah lebih
menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Walaubagaimanapun, guru-guru juga masih
menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Di samping itu, guru-guru juga berhadapan dengan
beberapa masalah apabila menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut. Keputusan ujian
korelasi Pearson-r yang dijalankan ke atas ketiga-tiga pendekatan pengajaran dengan
pengalaman mengajar menunjukkan nilai korelasi,r kurang daripada 0.02. Ini menunjukkan
perhubungan antara pengalaman mengajar guru dengan pendekatan pengajaran adalah sangat
lemah.
Katakunci : pendekatan pengajaran, guru sekolah menengah, pengajaran dan pembelajaran
Matematik
Pendahuluan
Matlamat utama sesuatu sistem pendidikan adalah untuk meningkatkan pemahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep asas yang dipelajari. Dalam era teknologi pada masa kini, tenaga
kerja yang berlatarbelakang kepada sains dan matematik adalah amat diperlukan kerana peluang
dan pilihan bagi menentukan masa depan individu tersebut akan meningkat jika individu tersebut
mahir atau cekap dalam matematik (National Council for Teachers of Mathematics (NCTM),
2000). Begitu juga dengan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi, matapelajaran yang
berasaskan sains dan matematik adalah diutamakan.
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan
bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara
semulajadinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran pelajar.
Konsep pembelajaran matematik dikenali sebagai satu proses konstruktif di mana pelajar
membina dan membentuk ilmu dalam bidang matematik dengan mengaitkan ilmu atau konsep
yang baru diperolehi dengan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka.
Pedagogi ialah cara penyampaian sesuatu ilmu pengetahuan. Namun, guru-guru telah
menghadapi satu keadaan di mana mereka sukar menentukan kaedah dan pelaksanaan yang
sesuai untuk pengajaran matematik. Seperti yang dinyatakan, pengajaran yang berkesan
memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan
menyelesaikan masalah adalah sangat diperlukan (NCTM, 2000). Oleh yang demikian, pada hari
ini strategi pengajaran adalah tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan
kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan pelajar secara
aktif. Ini bermakna guru berperanan sebagai fasilitator bagi membantu pelajar menyelesaikan
masalah semasa proses P&P. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang menggalakkan
pemahaman konsep dan prosedur matematik.
Kaedah pengajaran seseorang guru merupakan komponen yang penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan baik akan membawa hasil
prestasi yang dikehendaki. Seseorang guru perlu mempunyai sifat kreatif yang boleh dibina
melalui pengalaman yang luas. Pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi berkesan jika
berpusatkan pelajar. Unsur-unsur kreatif perlu diterapkan dalam prinsip pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan guru, persekitaran dan kaedah pengajaran. Guru perlu berilmu,
berinisiatif dan memahami apa dan bagaimana perlu mengajar serta mengapa dan bagaimana
pula pelajar perlu belajar matematik. Persekitaran yang ceria dan kondusif juga akan merangsang
pelajar untuk belajar matematik.
Berdasarkan kepada pandangan dan kenyataan di atas, bolehlah dirumuskan bahawa
kaedah pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam pengajaran dan
pembelajaran sesuatu matapelajaran terutamanya pengajaran berpusatkan pelajar.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, pengkaji ingin mengkaji
pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, mengetahui sama
ada pengalaman mengajar mempengaruhi pelaksanaan pendekatan pengajaran dalam kelas serta
masalah yang dihadapi semasa menggunakan pendekatan pengajaran.
Objektif Kajian
Terdapat beberapa perkara yang menjadi tujuan utama kajian ini dilakukan iaitu:
i) mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik.
ii) mengenalpasti masalah yang dihadapi apabila menggunakan pendekatan pengajaran
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
iii) mengetahui sama ada terdapat perhubungan antara pendekatan pengajaran dengan
pengalaman mengajar guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Kepentingan Kajian
Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu:
i) mengenalpasti pendekatan pengajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik.
ii) guru-guru mengenalpasti masalah yang dihadapi apabila menggunakan pendekatan-
pendekatan tersebut dalam P&P Matematik
iii) guru besar memberi pendedahan kepada guru-guru Matematik terhadap pendekatan
pengajaran dalam Matematik sebelum mereka melaksanakannya dalam pengajaran di
dalam kelas.
iv) pihak kementerian untuk merancang aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran
dalam bidang pedagogi.
Rekabentuk kajian
Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Pengkaji akan menggunakan
borang soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden. Soal selidik digunakan sebagai
instrumen kerana sesuai, ringkas dan mudah untuk dijawab. Seterusnya data dan maklumat yang
dikumpul akan dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan suatu keputusan yang sah.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang akan digunakan oleh pengkaji terdiri daripada satu set borang soal
selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Item-item
dalam soal selidik telah dibina berdasarkan sorotan kajian dan menggunakan beberapa item yang
telah diubahsuai dalam kajian Effandi (2005). Jadual 1 menunjukkan pecahan bahagian soal
selidik dan Jadual 3.2 menunjukkan pecahan item-item soalan .
Jadual.1: Pecahan Bahagian Soal Selidik
Jadual 2 Pecahan Item Soalan
Bahagian B di dalam soal selidik, pengkaji menggunakan pengukuran nominal iaitu
melalui pengukuran skala Likert. Skala ini mengandungi satu set keyakinan yang berbentuk
positif hingga negatif yang bertujuan untuk mengukur darjah persetujuan responden. Seterusnya
data-data dari soal selidik ini akan dikumpul, disusun dan dianalisis berdasarkan objektif kajian
yang telah ditetapkan. Instrumen kajian ini meminta responden membulatkan nombor yang
diwakili bagi setiap kenyataan yang diberikan. Nombor yang dibulatkan adalah berdasarkan
skala Likert seperti di dalam Jadual 3.
Jadual 3. : Tahap Persetujuan Responden mengikut skala Likert
(Sumber: Azizi Yahya et.al 2007 )
Kajian Rintis
Kajian rintis dilakukan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan item berkaitan
instrumen tersebut (Najib, 1999). Sampel kajian yang dipilih merupakan antara kumpulan kecil
sampel yang akan digunakan dalam kajian sebenar nanti. Kajian rintis ini melibatkan 11 orang
guru di dua buah sekolah di daerah Johor Bahru. Data yang diperolehi diproses dengan
menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science 10.0 (SPSS) untuk menguji
kebolehpercayaannya. Kebolehpercayaannya diuji menggunakan alpha cronbach coeffiency test.
Menurut Mohd Majid (2004), tiada batasan khusus untuk nilai pekali yang digunakan tetapi
pekali kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 selalunya digunakan dalam menentukan
kebolehpercayaannya. Nilai kebolehpercayaan (alpha) instrumen kajian dalam kajian rintis yang
dijalankan ialah 0.8584. Nilai alpha yang diperolehi melebihi 0.60 ini menunjukkan item-item
yang dibina dalam soal selidik ini sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar.
Analisis Data
Ujian Korelasi Pearson, r, telah dijalankan bagi mengetahui sama ada terdapat hubungan
di antara pengalaman mengajar dengan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Matematik
Jadual 4 : Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan pendekatan berpusatkan guru.
Jadual 4 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan Pearson-r untuk mengetahui
hubungan di antara pendekatan pengajaran berpusatkan guru dengan pengalaman mengajar
responden. Dapatan kajian mendapati nilai korelasi, r ialah -0.066 dan diklasifikasikan sebagai
sangat lemah. Ini menunjukkan perhubungan yang sangat lemah antara pengalaman mengajar
dengan pendekatan pengajaran berpusatkan guru.
Jadual 5 : Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan pendekatan berpusatkan pelajar.
Jadual 5 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan Pearson-r untuk mengetahui
hubungan di antara pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dengan pengalaman mengajar
responden. Dapatan kajian mendapati nilai korelasi, r ialah 0.130 dan diklasifikasikan sebagai
sangat lemah. Ini menunjukkan perhubungan yang sangat lemah antara pengalaman mengajar
dengan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.
Jadual 6 : Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan pendekatan berpusatkan bahan.
Jadual 6 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan Pearson-r untuk mengetahui
hubungan di antara pendekatan pengajaran berpusatkan bahan dengan pengalaman mengajar
responden. Dapatan kajian mendapati nilai korelasi, r ialah 0.012 dan diklasifikasikan sebagai
sangat lemah. Ini menunjukkan perhubungan yang sangat lemah antara pengalaman mengajar
dengan pendekatan pengajaran berpusatkan bahan.
Perbincangan
Hasil dapatan menunjukkan guru bersetuju bersoaljawab dan memberi peluang kepada
pelajar untuk mengemukakan pendapat semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Ini sejajar dengan pernyataan daripada National Council for Teachers of
Mathematics (2000) menyatakan pengajaran yang berkesan memerlukan persekitaran yang
kondusif, menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan
semasa dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, guru-guru telah bersoaljawab dengan
pelajar bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka sama ada dapat memahami konsep
yang disampaikan ataupun tidak. Ini penting kerana Matematik adalah satu mata pelajaran yang
memerlukan pelajar membuat latihan bagi menguasai kemahiran yang disampaikan bukan hanya
mendengar sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Dalam sesi soaljawab yang dijalankan, jelas kelihatan komunikasi dan interaksi dua hala
telah berlaku antara pelajar dan guru-guru di mana guru-guru telah menggunakan kaedah
penyoalan bagi membimbing pelajar-pelajarnya supaya berfikir dan bertindakbalas dengan
memberi jawapan yang sepatutnya. Ini dapat dilihat apabila guru mengemukakan soalan yang
boleh merangsang minda pelajar untuk meneroka Matematik dengan lebih mendalam. Dengan
cara ini, guru-guru dapat mengembangkan bakat pelajar dan dapat menggalakkan pemikiran
yang kreatif dan inovatif.
Di samping itu ia akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran Matematik
menjadi suasana yang aktif dan menggalakkan berdasarkan kepada tindak balas pelajar dan guru
terhadap soalan yang dikemukakan. Hal ini dapat dilihat apabila guru melibatkan pelajar secara
aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik, guru telah mengadakan aktiviti kumpulan di mana pelajar perlu meneroka sendiri
masalah yang diberi dengan bimbingan guru, semua pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti
tersebut.Ia akan memberi kesan ingatan jangka panjang pelajar kerana pelajar melakukan sendiri
bagi mendapatkan sesuatu penyelesaian Matematik. Dapatan kajian juga mendapati, guru telah
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok. Menurut Abu Hassan (2006), dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif
untuk menggalakkan pembentukan pemikiran kritis, analitis dan inovatif.
Guru-guru juga mendapati pelajar mudah faham apabila mereka menggunakan bahan
bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Guru-guru yang menggunakan
bahan bantu mengajar seperti komputer, surat khabar, buku teks, carta dan sebagainya dapat
menyampaikan isi pelajarannya dengan mudah, menarik dan berkesan bahkan ia juga dapat
memberi rangsangan kepada pelajar untuk memahami sesuatu konsep dengan mudah. Di
samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat membantu guru menjelaskan konsep
yang memerlukan pendedahan dan penglibatan kejadian yang sebenar khususnya tajuk
transformation. Ini kerana pelajar sukar untuk membayangkan sesuatu topik yang abstrak. Oleh
yang demikian, dengan bantuan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru, ia dapat
meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik Matematik. Ini turut disokong oleh
Ahmad Hozi (2001), iaitu guru perlu menggunakan objek sebenar atau konkrit dalam pengajaran
dan pembelajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu pelajar membina idea-idea
abstrak dan pengetahuan baru.
Menurut Noraini (2001), kebanyakan guru pada hari ini hanya tertumpu kepada buku teks
sahaja dan mengajar berpusatkan guru. Alasan yang diberikan adalah untuk menghabiskan
sukatan pelajaran dan kekurangan masa. Kemungkinan perkara ini berlaku kepada guru-guru
yang mengajar Matematik untuk kelas peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR)
dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka lebih menumpukan kepada untuk menghabiskan
sukatan pelajaran semata-mata sebelum peperiksaan menjelang tiba. Menurut Ee Ah Meng
(2003), aspek peperiksaan yang ditekankan dalam sistem pendidikan menyebabkan guru-guru
cuba menghabiskan sukatan pelajaran walaupun masih ada pelajar yang lemah.
Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
perlulah mengikut keadaan dan aktiviti yang dijalankan.
Walaubagaimanapun, didapati guru-guru juga menggunakan kaedah
chalk and talk untuk menyampaikan konsep Matematik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Dalam kaedah ini, guru lebih menumpukan kepada penggunaan papan
tulis. Dapatan kajin mendapati guru-guru menggunakan papan tulis untuk menerangkan konsep
Matematik kepada pelajar-pelajarnya. Contohnya untuk tajuk-tajuk seperti Geometry dan
Transformation, pelajar dapat lihat sendiri cara penyelesaian yang ditunjukkan oleh guru.
Selalunya segala masalah-masalah yang hendak dibincangkan atau diselesaikan akan
ditunjukkan di papan tulis. Namun begitu, kaedah ini akan lebih berpusatkan kepada guru sahaja
kerana guru memberi penerangan di papan tulis dan pelajar hanya melihat guru
menyelesaikannya tetapi kadangkala ada guru yang melibatkan pelajar dengan memanggil
beberapa orang pelajar untuk menyelesaikan di hadapan kelas.
Di samping itu,guru-guru juga boleh lihat sama ada pelajar-pelajarnya faham atau tidak
pengajaran yang disampaikan dengan menyoal pelajar semasa mengajar. Ini merupakan salah
satu cara bagi menarik perhatian pelajar dalam P&P Matematik supaya pelajar tidak pasif dan
leka. Jika pelajar menunjukkan keraguan, guru akan menerangkan langkah pelajaran sekali lagi
bagi memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran tersebut. Dalam situasi ini, biasanya guru
menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah, demonstrasi atau tunjuk cara dan sebagainya.
Dalam kaedah ini ia melibatkan kemahiran guru menyampaikan sesuatu konsep dan juga
menunjukkan cara atau langkah penyelesaian di hadapan pelajar.
Hal ini mungkin berlaku kerana masih ada guru-guru yang menggunakan pendekatan
berpusatkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Nik Faezah (1996)
menyatakan kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan berpusatkan guru dan ini
menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif dalam pembelajaran matematik. Pernyataan ini juga
disokong oleh Johnson (dalam Noraini Idris, 2001) menyatakan bahawa pengajaran tradisional
merupakan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak memberangsangkan.
Di samping itu, guru juga mendapati pelajar-pelajarnya menghafal rumus sahaja. Guru-
guru mendapati pelajar-pelajarnya hanya menghafal rumus sahaja tanpa memahami konsep
matematik yang sebenar. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana guru-guru hanya
menerangkan tentang penggunaan sesuatu formula atau rumus semasa dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik kepada pelajar-pelajarnya. Kemudian pelajar akan membuat latihan
yang diberikan berdasarkan kepada rumus yang telah dihafal tadi. Pembelajaran hafalan adalah
pembelajaran yang tidak bermakna kerana pembelajaran ini tidak mementingkan pemahaman
konsep matematik.
Rujukan
Atan Long. (1991). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Baharuddin Aris et.al (2000). Pendekatan Alternatif (Multimedia) dalam P&P Matematik:
Pengalaman di UTM. UTM
Baiduriah Yaakob (1994). Kaedah Pembelajaran Matematik yang Berkesan- Kaedah
Penerokaan: Satu Cadangan. Pusat Perkembangan Kurikulum: KPM
Ee Ah Meng (2002). Pedagogi II. Shah Alam: Fajar Bakti.
Effandi Zakaria (2005). Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam: Karisma
Publications.
Khoo Phon Sai (1986). Belajar Untuk Mengajar Matematik Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:
Berita Publishing
Marzita Abdullah (2002, September 5). Bahasa-Bukan penyebab kemerosotan pelajar. Utusan
Malaysia. diperolehi pada 26 Ogos, 2007, dari http://www.utusan.com.my
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia
Mat Jizat Abdol (1986). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur National
Council for Teachers of Mathematics. (200). Principles and standards for school
mathematics. Reston, VA: NCTM.
Posamentien.S.A dan Stepelmen J (2002). Teaching Secondary mathematic, techniques and
Enrichment units. Columbus Ohio Hall: Pearson Education
Shahzalina Ghazali, (2002). Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan Guru- Guru
Matapelajarn Teknik dan Vokasional: Satu Tinjauan di 3 buah Sekolah Menengah
Teknik di Negeri Selangor. Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Wan Zakaria Wan Ismail, (1998). Pendekatan Pembelajaran Koperatif di dalam
MatapelajaranT teknologi Automatif : Satu kajian. Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Zaidatun Tasir dan Mohd Salleh Abu, (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for
Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing

More Related Content

What's hot

3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)krys73
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruRoyal Fu
 
13. meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia
13. meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia13. meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia
13. meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysiaikhwanecdc
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...hafizah noor
 
Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11johar
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsZalizan- Ismail
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahFarah Waheeda
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuitikrys73
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)must2ra86
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesionalkrys73
 
Kerja kursus model assure
Kerja kursus model assureKerja kursus model assure
Kerja kursus model assureHermi Amy
 

What's hot (15)

3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
13. meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia
13. meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia13. meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia
13. meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
 
Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sains
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
 
704 1290-1-sm
704 1290-1-sm704 1290-1-sm
704 1290-1-sm
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 
Kerja kursus model assure
Kerja kursus model assureKerja kursus model assure
Kerja kursus model assure
 

Viewers also liked

Viewers also liked (15)

Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 2
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 3
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Timss 1
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
 
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 

Similar to Teaching approach 1

05. media peraga materi peluang.pdf
05. media peraga materi peluang.pdf05. media peraga materi peluang.pdf
05. media peraga materi peluang.pdfZULPANSSi
 
Penelitian tindakan kelas ipa smp
Penelitian tindakan kelas ipa smpPenelitian tindakan kelas ipa smp
Penelitian tindakan kelas ipa smpFenty Simanungkalit
 
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................PutryMayangSari
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Muhammad Nazri Abdul Halim
 
contoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikacontoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikaimam syafii
 
alqolam,+2.+Ucik+Fitri+Handayani+-+Analisis+Hambatan+Penerapan+Model+Pembelaj...
alqolam,+2.+Ucik+Fitri+Handayani+-+Analisis+Hambatan+Penerapan+Model+Pembelaj...alqolam,+2.+Ucik+Fitri+Handayani+-+Analisis+Hambatan+Penerapan+Model+Pembelaj...
alqolam,+2.+Ucik+Fitri+Handayani+-+Analisis+Hambatan+Penerapan+Model+Pembelaj...Rijal mts muhsmmsdiy rijal
 
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7gusty_21
 
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Fajar Ash-Shiddiq
 
Ulasan artikel
Ulasan artikel Ulasan artikel
Ulasan artikel Ker0
 
7845 13951-1-pb
7845 13951-1-pb7845 13951-1-pb
7845 13951-1-pbFppi Unila
 

Similar to Teaching approach 1 (20)

Mini kajian
Mini kajianMini kajian
Mini kajian
 
05. media peraga materi peluang.pdf
05. media peraga materi peluang.pdf05. media peraga materi peluang.pdf
05. media peraga materi peluang.pdf
 
Penelitian tindakan kelas ipa smp
Penelitian tindakan kelas ipa smpPenelitian tindakan kelas ipa smp
Penelitian tindakan kelas ipa smp
 
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
contoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikacontoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematika
 
Tugas TIK
Tugas TIKTugas TIK
Tugas TIK
 
alqolam,+2.+Ucik+Fitri+Handayani+-+Analisis+Hambatan+Penerapan+Model+Pembelaj...
alqolam,+2.+Ucik+Fitri+Handayani+-+Analisis+Hambatan+Penerapan+Model+Pembelaj...alqolam,+2.+Ucik+Fitri+Handayani+-+Analisis+Hambatan+Penerapan+Model+Pembelaj...
alqolam,+2.+Ucik+Fitri+Handayani+-+Analisis+Hambatan+Penerapan+Model+Pembelaj...
 
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
 
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
Penilaian kompetensi guru Ahmadi, s.pd
Penilaian kompetensi guru Ahmadi, s.pd Penilaian kompetensi guru Ahmadi, s.pd
Penilaian kompetensi guru Ahmadi, s.pd
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 
Ulasan artikel
Ulasan artikel Ulasan artikel
Ulasan artikel
 
Artikel pendidikan
Artikel pendidikanArtikel pendidikan
Artikel pendidikan
 
Bab iii revisi
Bab iii revisiBab iii revisi
Bab iii revisi
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Proposal spi ronul
Proposal spi ronulProposal spi ronul
Proposal spi ronul
 
Seminar Usul penelitian
Seminar Usul penelitianSeminar Usul penelitian
Seminar Usul penelitian
 
7845 13951-1-pb
7845 13951-1-pb7845 13951-1-pb
7845 13951-1-pb
 

More from Amie Joan Juanis (12)

Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
 
Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Curriculum 3
Curriculum 3Curriculum 3
Curriculum 3
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
 

Recently uploaded

04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 

Recently uploaded (20)

04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 

Teaching approach 1

  • 1. Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Tiga pendekatan yang difokuskan dalam kajian ini ialah pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Seramai 177 orang guru matematik di jadikan responden dan mereka adalah guru-guru dari beberapa buah sekolah menengah di Johor Bahru yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS 10.0). Dalam kajian, analisis statistik deskriptif (peratus dan min) dan inferensi (ujian korelasi) telah digunakan. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru matematik di sekolah menengah lebih menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Walaubagaimanapun, guru-guru juga masih menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Di samping itu, guru-guru juga berhadapan dengan beberapa masalah apabila menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut. Keputusan ujian korelasi Pearson-r yang dijalankan ke atas ketiga-tiga pendekatan pengajaran dengan pengalaman mengajar menunjukkan nilai korelasi,r kurang daripada 0.02. Ini menunjukkan perhubungan antara pengalaman mengajar guru dengan pendekatan pengajaran adalah sangat lemah. Katakunci : pendekatan pengajaran, guru sekolah menengah, pengajaran dan pembelajaran Matematik Pendahuluan Matlamat utama sesuatu sistem pendidikan adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep asas yang dipelajari. Dalam era teknologi pada masa kini, tenaga kerja yang berlatarbelakang kepada sains dan matematik adalah amat diperlukan kerana peluang dan pilihan bagi menentukan masa depan individu tersebut akan meningkat jika individu tersebut mahir atau cekap dalam matematik (National Council for Teachers of Mathematics (NCTM), 2000). Begitu juga dengan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi, matapelajaran yang berasaskan sains dan matematik adalah diutamakan. Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara semulajadinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran pelajar. Konsep pembelajaran matematik dikenali sebagai satu proses konstruktif di mana pelajar membina dan membentuk ilmu dalam bidang matematik dengan mengaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Pedagogi ialah cara penyampaian sesuatu ilmu pengetahuan. Namun, guru-guru telah menghadapi satu keadaan di mana mereka sukar menentukan kaedah dan pelaksanaan yang sesuai untuk pengajaran matematik. Seperti yang dinyatakan, pengajaran yang berkesan memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan menyelesaikan masalah adalah sangat diperlukan (NCTM, 2000). Oleh yang demikian, pada hari
  • 2. ini strategi pengajaran adalah tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan pelajar secara aktif. Ini bermakna guru berperanan sebagai fasilitator bagi membantu pelajar menyelesaikan masalah semasa proses P&P. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang menggalakkan pemahaman konsep dan prosedur matematik. Kaedah pengajaran seseorang guru merupakan komponen yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan baik akan membawa hasil prestasi yang dikehendaki. Seseorang guru perlu mempunyai sifat kreatif yang boleh dibina melalui pengalaman yang luas. Pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi berkesan jika berpusatkan pelajar. Unsur-unsur kreatif perlu diterapkan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru, persekitaran dan kaedah pengajaran. Guru perlu berilmu, berinisiatif dan memahami apa dan bagaimana perlu mengajar serta mengapa dan bagaimana pula pelajar perlu belajar matematik. Persekitaran yang ceria dan kondusif juga akan merangsang pelajar untuk belajar matematik. Berdasarkan kepada pandangan dan kenyataan di atas, bolehlah dirumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran terutamanya pengajaran berpusatkan pelajar. Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, pengkaji ingin mengkaji pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, mengetahui sama ada pengalaman mengajar mempengaruhi pelaksanaan pendekatan pengajaran dalam kelas serta masalah yang dihadapi semasa menggunakan pendekatan pengajaran. Objektif Kajian Terdapat beberapa perkara yang menjadi tujuan utama kajian ini dilakukan iaitu: i) mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. ii) mengenalpasti masalah yang dihadapi apabila menggunakan pendekatan pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. iii) mengetahui sama ada terdapat perhubungan antara pendekatan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kepentingan Kajian Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu: i) mengenalpasti pendekatan pengajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. ii) guru-guru mengenalpasti masalah yang dihadapi apabila menggunakan pendekatan- pendekatan tersebut dalam P&P Matematik iii) guru besar memberi pendedahan kepada guru-guru Matematik terhadap pendekatan pengajaran dalam Matematik sebelum mereka melaksanakannya dalam pengajaran di dalam kelas. iv) pihak kementerian untuk merancang aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang pedagogi.
  • 3. Rekabentuk kajian Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Pengkaji akan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kerana sesuai, ringkas dan mudah untuk dijawab. Seterusnya data dan maklumat yang dikumpul akan dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan suatu keputusan yang sah. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang akan digunakan oleh pengkaji terdiri daripada satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Item-item dalam soal selidik telah dibina berdasarkan sorotan kajian dan menggunakan beberapa item yang telah diubahsuai dalam kajian Effandi (2005). Jadual 1 menunjukkan pecahan bahagian soal selidik dan Jadual 3.2 menunjukkan pecahan item-item soalan . Jadual.1: Pecahan Bahagian Soal Selidik Jadual 2 Pecahan Item Soalan Bahagian B di dalam soal selidik, pengkaji menggunakan pengukuran nominal iaitu melalui pengukuran skala Likert. Skala ini mengandungi satu set keyakinan yang berbentuk positif hingga negatif yang bertujuan untuk mengukur darjah persetujuan responden. Seterusnya data-data dari soal selidik ini akan dikumpul, disusun dan dianalisis berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan. Instrumen kajian ini meminta responden membulatkan nombor yang diwakili bagi setiap kenyataan yang diberikan. Nombor yang dibulatkan adalah berdasarkan skala Likert seperti di dalam Jadual 3. Jadual 3. : Tahap Persetujuan Responden mengikut skala Likert (Sumber: Azizi Yahya et.al 2007 )
  • 4. Kajian Rintis Kajian rintis dilakukan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan item berkaitan instrumen tersebut (Najib, 1999). Sampel kajian yang dipilih merupakan antara kumpulan kecil sampel yang akan digunakan dalam kajian sebenar nanti. Kajian rintis ini melibatkan 11 orang guru di dua buah sekolah di daerah Johor Bahru. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science 10.0 (SPSS) untuk menguji kebolehpercayaannya. Kebolehpercayaannya diuji menggunakan alpha cronbach coeffiency test. Menurut Mohd Majid (2004), tiada batasan khusus untuk nilai pekali yang digunakan tetapi pekali kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 selalunya digunakan dalam menentukan kebolehpercayaannya. Nilai kebolehpercayaan (alpha) instrumen kajian dalam kajian rintis yang dijalankan ialah 0.8584. Nilai alpha yang diperolehi melebihi 0.60 ini menunjukkan item-item yang dibina dalam soal selidik ini sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar. Analisis Data Ujian Korelasi Pearson, r, telah dijalankan bagi mengetahui sama ada terdapat hubungan di antara pengalaman mengajar dengan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Jadual 4 : Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan pendekatan berpusatkan guru. Jadual 4 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan Pearson-r untuk mengetahui hubungan di antara pendekatan pengajaran berpusatkan guru dengan pengalaman mengajar responden. Dapatan kajian mendapati nilai korelasi, r ialah -0.066 dan diklasifikasikan sebagai sangat lemah. Ini menunjukkan perhubungan yang sangat lemah antara pengalaman mengajar dengan pendekatan pengajaran berpusatkan guru. Jadual 5 : Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan pendekatan berpusatkan pelajar. Jadual 5 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan Pearson-r untuk mengetahui hubungan di antara pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dengan pengalaman mengajar responden. Dapatan kajian mendapati nilai korelasi, r ialah 0.130 dan diklasifikasikan sebagai
  • 5. sangat lemah. Ini menunjukkan perhubungan yang sangat lemah antara pengalaman mengajar dengan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar. Jadual 6 : Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan pendekatan berpusatkan bahan. Jadual 6 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan Pearson-r untuk mengetahui hubungan di antara pendekatan pengajaran berpusatkan bahan dengan pengalaman mengajar responden. Dapatan kajian mendapati nilai korelasi, r ialah 0.012 dan diklasifikasikan sebagai sangat lemah. Ini menunjukkan perhubungan yang sangat lemah antara pengalaman mengajar dengan pendekatan pengajaran berpusatkan bahan. Perbincangan Hasil dapatan menunjukkan guru bersetuju bersoaljawab dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ini sejajar dengan pernyataan daripada National Council for Teachers of Mathematics (2000) menyatakan pengajaran yang berkesan memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, guru-guru telah bersoaljawab dengan pelajar bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka sama ada dapat memahami konsep yang disampaikan ataupun tidak. Ini penting kerana Matematik adalah satu mata pelajaran yang memerlukan pelajar membuat latihan bagi menguasai kemahiran yang disampaikan bukan hanya mendengar sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dalam sesi soaljawab yang dijalankan, jelas kelihatan komunikasi dan interaksi dua hala telah berlaku antara pelajar dan guru-guru di mana guru-guru telah menggunakan kaedah penyoalan bagi membimbing pelajar-pelajarnya supaya berfikir dan bertindakbalas dengan memberi jawapan yang sepatutnya. Ini dapat dilihat apabila guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang minda pelajar untuk meneroka Matematik dengan lebih mendalam. Dengan cara ini, guru-guru dapat mengembangkan bakat pelajar dan dapat menggalakkan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Di samping itu ia akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran Matematik menjadi suasana yang aktif dan menggalakkan berdasarkan kepada tindak balas pelajar dan guru terhadap soalan yang dikemukakan. Hal ini dapat dilihat apabila guru melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, guru telah mengadakan aktiviti kumpulan di mana pelajar perlu meneroka sendiri masalah yang diberi dengan bimbingan guru, semua pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.Ia akan memberi kesan ingatan jangka panjang pelajar kerana pelajar melakukan sendiri bagi mendapatkan sesuatu penyelesaian Matematik. Dapatan kajian juga mendapati, guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok. Menurut Abu Hassan (2006), dalam aktiviti
  • 6. pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan pemikiran kritis, analitis dan inovatif. Guru-guru juga mendapati pelajar mudah faham apabila mereka menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Guru-guru yang menggunakan bahan bantu mengajar seperti komputer, surat khabar, buku teks, carta dan sebagainya dapat menyampaikan isi pelajarannya dengan mudah, menarik dan berkesan bahkan ia juga dapat memberi rangsangan kepada pelajar untuk memahami sesuatu konsep dengan mudah. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat membantu guru menjelaskan konsep yang memerlukan pendedahan dan penglibatan kejadian yang sebenar khususnya tajuk transformation. Ini kerana pelajar sukar untuk membayangkan sesuatu topik yang abstrak. Oleh yang demikian, dengan bantuan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru, ia dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik Matematik. Ini turut disokong oleh Ahmad Hozi (2001), iaitu guru perlu menggunakan objek sebenar atau konkrit dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu pelajar membina idea-idea abstrak dan pengetahuan baru. Menurut Noraini (2001), kebanyakan guru pada hari ini hanya tertumpu kepada buku teks sahaja dan mengajar berpusatkan guru. Alasan yang diberikan adalah untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan kekurangan masa. Kemungkinan perkara ini berlaku kepada guru-guru yang mengajar Matematik untuk kelas peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka lebih menumpukan kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata sebelum peperiksaan menjelang tiba. Menurut Ee Ah Meng (2003), aspek peperiksaan yang ditekankan dalam sistem pendidikan menyebabkan guru-guru cuba menghabiskan sukatan pelajaran walaupun masih ada pelajar yang lemah. Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik perlulah mengikut keadaan dan aktiviti yang dijalankan. Walaubagaimanapun, didapati guru-guru juga menggunakan kaedah chalk and talk untuk menyampaikan konsep Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dalam kaedah ini, guru lebih menumpukan kepada penggunaan papan tulis. Dapatan kajin mendapati guru-guru menggunakan papan tulis untuk menerangkan konsep Matematik kepada pelajar-pelajarnya. Contohnya untuk tajuk-tajuk seperti Geometry dan Transformation, pelajar dapat lihat sendiri cara penyelesaian yang ditunjukkan oleh guru. Selalunya segala masalah-masalah yang hendak dibincangkan atau diselesaikan akan ditunjukkan di papan tulis. Namun begitu, kaedah ini akan lebih berpusatkan kepada guru sahaja kerana guru memberi penerangan di papan tulis dan pelajar hanya melihat guru menyelesaikannya tetapi kadangkala ada guru yang melibatkan pelajar dengan memanggil beberapa orang pelajar untuk menyelesaikan di hadapan kelas. Di samping itu,guru-guru juga boleh lihat sama ada pelajar-pelajarnya faham atau tidak pengajaran yang disampaikan dengan menyoal pelajar semasa mengajar. Ini merupakan salah satu cara bagi menarik perhatian pelajar dalam P&P Matematik supaya pelajar tidak pasif dan leka. Jika pelajar menunjukkan keraguan, guru akan menerangkan langkah pelajaran sekali lagi bagi memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran tersebut. Dalam situasi ini, biasanya guru menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah, demonstrasi atau tunjuk cara dan sebagainya. Dalam kaedah ini ia melibatkan kemahiran guru menyampaikan sesuatu konsep dan juga menunjukkan cara atau langkah penyelesaian di hadapan pelajar. Hal ini mungkin berlaku kerana masih ada guru-guru yang menggunakan pendekatan berpusatkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Nik Faezah (1996)
  • 7. menyatakan kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan berpusatkan guru dan ini menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif dalam pembelajaran matematik. Pernyataan ini juga disokong oleh Johnson (dalam Noraini Idris, 2001) menyatakan bahawa pengajaran tradisional merupakan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak memberangsangkan. Di samping itu, guru juga mendapati pelajar-pelajarnya menghafal rumus sahaja. Guru- guru mendapati pelajar-pelajarnya hanya menghafal rumus sahaja tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana guru-guru hanya menerangkan tentang penggunaan sesuatu formula atau rumus semasa dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kepada pelajar-pelajarnya. Kemudian pelajar akan membuat latihan yang diberikan berdasarkan kepada rumus yang telah dihafal tadi. Pembelajaran hafalan adalah pembelajaran yang tidak bermakna kerana pembelajaran ini tidak mementingkan pemahaman konsep matematik. Rujukan Atan Long. (1991). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd. Azizi Yahya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Baharuddin Aris et.al (2000). Pendekatan Alternatif (Multimedia) dalam P&P Matematik: Pengalaman di UTM. UTM Baiduriah Yaakob (1994). Kaedah Pembelajaran Matematik yang Berkesan- Kaedah Penerokaan: Satu Cadangan. Pusat Perkembangan Kurikulum: KPM Ee Ah Meng (2002). Pedagogi II. Shah Alam: Fajar Bakti. Effandi Zakaria (2005). Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam: Karisma Publications. Khoo Phon Sai (1986). Belajar Untuk Mengajar Matematik Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Berita Publishing Marzita Abdullah (2002, September 5). Bahasa-Bukan penyebab kemerosotan pelajar. Utusan Malaysia. diperolehi pada 26 Ogos, 2007, dari http://www.utusan.com.my Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Mat Jizat Abdol (1986). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur National Council for Teachers of Mathematics. (200). Principles and standards for school mathematics. Reston, VA: NCTM. Posamentien.S.A dan Stepelmen J (2002). Teaching Secondary mathematic, techniques and Enrichment units. Columbus Ohio Hall: Pearson Education Shahzalina Ghazali, (2002). Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan Guru- Guru Matapelajarn Teknik dan Vokasional: Satu Tinjauan di 3 buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Wan Zakaria Wan Ismail, (1998). Pendekatan Pembelajaran Koperatif di dalam MatapelajaranT teknologi Automatif : Satu kajian. Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Zaidatun Tasir dan Mohd Salleh Abu, (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing