SlideShare a Scribd company logo
Tugasan 4. Jawapan soalan dari Teks.
Chapter 12 : PREPARING FOR TOMORROW’S CHALLENGES

Soalan 1 : Huraikan bagaimana model ASSURE menyokong pembelajaran abad ke-21
seperti yang dinyatakan dalam National Education Technology Plan.
Question 1 : Describe how the Assure model support 21st century learning as described in the
National Education Technology Plan.

        Sekolah dan guru-guru kini perlu meneruskan perkembangan pembelajaran abad ke-21
seperti mana masyarakat kita beralih kepada peralatan digital yang inovatif untuk pekerjaan,
komunikasi dan hiburan. Perkembangan ini boleh disokong dengan menggunakan model
ASSURE dan fokus teknologi pembangunan professional untuk membimbing pelaksanaannya.
Model ASSURE digunakan untuk membantu guru meningkatkan pembelajaran abad ke-21
melalui sokongan dan panduan untuk membangun, melaksana, metaksir dan menyemak
pengajaran dengan menerapkan teknologi selain untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dan
menyediakan mereka untuk kerjaya masa depan.
        Model ASSURE secara tidak langsung menyokong matlamat pembelajaran Pelan
Teknologi Pendidikan Nasional (National Education Technology Plan – NETP - US DOE,
2010). Matlamat NETP ialah melibatkan semua pelajar dengan memberi pengalaman belajar di
dalam dan di luar sekolah serta menyediakan mereka sebagai peserta yang aktif, keratif,
berpengetahuan dan berakhlak dalam masyarakat seluruh dunia.
        Model ASSURE menyediakan enam langkah dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran iaitu:
    1. Menganalisis pelajar – guru diminta untuk mengenalpasti latar belakang dan segala
        keperluan pelajar termasuk sumber-sumber yang ada dan sokongan individu untuk
        menerima pengalaman pembelajaran.
    2. Menyatakan piawai dan objektif pembelajaran – guru perlu menyatakan objektif pelajaran
        secara khusus dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan
        tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran ini perlu
        dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang akan dibangunkan mempunyai
        hala tuju yang terpimpin.
    3. Memilih strategi, teknologi, media dan material – terdapat tiga langkah proses
        pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai
        dengan ciri-ciri pelajar, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua
        ialah format media yang dipilih perlulah mengambil kira kumpulan pelajar,
        keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah
        memilih, menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan
        bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam
        proses pengajaran dan pembelajaran.
    4. Menggunakan teknologi, media dan material – persoalan penting adalah bagaimana
        sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar.
        Langkah yang perlu sebelum media dan bahan sumber digunakan adalah seperti semak,
        pratonton, kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan
        betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, menyediakan
        persekitaran yang sesuai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dalam
        proses pengajaran dan pembelajaran.
    5. Memerlukan penyertaan pelajar – penglibatan pelajar dalam pembelajaran, secara aktif
        akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan
sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dengan
      menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
   6. Mentaksir dan menyemak – langkah akhir ini melibatkan penilaian kedua-dua kemajuan
      iaitu pelajar dan proses pengajaran untuk menentukan perkara yang perlu diteruskan dan
      yang perlu ditambakbaik sebelum pembelajaran seterusnya dilaksanakan.

       Aplikasi model ASSURE membolehkan guru-guru di abad ke-21 meneruskan
penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta
persediaan yang lebih baik dalam kerjaya yang berjaya.



Soalan 3 : Senaraikan cara persekitaran pembelajaran abad ke-21 yang menggunakan
teknologi untuk menghubungkan sekolah dan rumah serta untuk menawarkan pilihan
dalam pendidikan menerusi internet.
Question 3 : List ways that 21st century learning environments use technology for inclusion,
to connect schools and homes, and to offer the choice of online education.


Berikut adalah senarai cara persekitaran pembelajaran abad ke 21 yang menggunakan teknologi
untuk menghubungkan sekolah dan rumah serta untuk menawarkan pilihan dalam pendidikan
menerusi internet :
   1. Bilik darjah global – guru boleh merancang pengajaran bersama-sama beberapa guru lain
       atau bekerjasama dengan pelajar dalam menyediakan satu daripada projek pemyelidikan
       secara interaktif yang meluas dan menyeluruh. Dengan cara ini lebih banyak idea atau
       pandangan dapat digabungkan bagi menghasilkan pengajaran yang lebih baik dan
       berkesan.
   2. Penggunaan teknologi – penggunaan kemajuan inovatif dalam teknologi masa kini dan
       yang terbaru akan membantu guru-guru untuk menghadapi dan mengatasi masalah sosio
       ekonomi, bangsa, kedudukan geografi sesuatu tempat, jantina dan penggunaan bahasa
       utama guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.
   3. Teknologi menghubungkan sekolah di rumah – kebanyakkan guru mengekalkan laman
       web kelas yang mengandungi informasi hubungan, kalender, helaian tugasan, maklumat
       ibu bapa atau penjaga, hubungan ke pusat-pusat sumber internet dan peralatan rangkaian
       sosial untuk menggalakkan komunikasi secara terus. Melalui informasi-informasi ini guru
       dan pelajar boleh berinteraksi atau membuat rujukan pada bila-bila masa dan di mana
       sahaja mereka berada.
   4. Pilihan pendidikan secara talian internet – pendidikan melalui internet menawarkan
       pelbagai sumber sebagai rujukan. Ia juga tidak melibatkan kos yang tinggi atau diberi
       secara percuma. Pelajar-pelajar masa akan datang mempunyai peluang memilih pelbagai
       bidang pendidikan jarak jauh dan boleh mengakses internet berkelajuan tinggi dengan
       mudah dan lebih menjimatkan masa.



Soalan 4 : Huraikan jenis peruntukan teknologi yang wujud dalam abad ke-21 dan
terangkan secara ringkas komponen asas ketika menulis kertas cadangan peruntukan.
Question 4 : Describe the types of technology grants available for 21st century learning and
briefly explain the basic components included when writing a grant proposal.

        Terdapat dua jenis peruntukan untuk teknologi iaitu peruntukan kerajaan dan peruntukan
organisasi.
        Peruntukan kerajaan – bermaksud pembiayaan daripada persekutuan, negeri, daerah atau
peringkat sekolah. Pejabat Pendidikan Teknologi Pembangunan U.S. Pembangunan lain
menawarkan beberapa peruntukan yang telah disenaraikan dalam peruntukan pendidikan
persekutuan berdaftar, minat, daerah, sekolah dan guru adalah Enchancing Education Through
Technology (EETT) yang memfokuskan kepada membaiki pencapaian pelajar sekolah rendah
dan menengah melalui kegunaan teknologi. Kesimpulanya penerima peruntukan EETT akan
dipilih melalui mesyuarat dengan mengikut matlamat berikut :
    1. Membantu semua pelajar menjadi pelajar yang dapat menulis dan membaca dalam
        teknologi sebaik tamat sekolah gred 8.
    2. Penyatupaduan teknologi dalam latihan guru dan teras kurikulum
    3. Menubuhkan kaedah atau prosedur arahan penyelidikan yang boleh dilaksanakan secara
        besar-besaran

       Peruntukan Organisasi – bermaksud pembiayaaan daripada pertubuhan bukan kerajaan
yang seringkali melibatkan proses rancanganyang kurang meluas dan amat fleksibel.

        Perkara-perkara yang perlu dinyatakan semasa menulis proposal peruntukan teknologi
        adalah seperti berikut :
   1.   Tajuk – pilih tajuk yang ringkas dan padat serta jelas isi kandungan kertas kerja.
   2.   Projek abstrak – secara tipikalnya, huraian projek dalam satu muka surat mesti secara
        keseluruhan tentang matlamat projek.
   3.   Penyataan masalah – perbincangan anda mestilah disokong dengan data dan
        penyelidikan.
   4.   Huraian projek – penghuraian projek mestilah termasuk objektif dan hasil, sasaran,
        kaedah, ahli jawatankuasa dan tempoh masa
   5.   Sumber – Huraikan sumber yang ada untuk menyokong projek tersebut
   6.   Penilaian projek – Sediakan satu kaedah dan langkah untuk membuat penilaian bagi
        menilai matlamat dan keberkesanan projek.
   7.   Apendiks – Sediakan lampiran isi kandungan dan muka surat serta rujukan yang
        digunakan.

      Salah satu cara untuk penambahbaikan proposal peruntukan teknologi ialah dengan
merujuk proposal yang terdahulu.

More Related Content

What's hot

Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
Nor Aminah
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelsharilzal
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Alif Akram
 
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
FaFai S.
 
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daTeknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daRaudhah Alias
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
Shah Awang
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Suhaili Hanafi
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 

What's hot (20)

Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran daTeknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
Teknologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran da
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Tugasan 4 Penilaian Kendiri
Tugasan 4 Penilaian KendiriTugasan 4 Penilaian Kendiri
Tugasan 4 Penilaian Kendiri
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 

Viewers also liked

Earth on Course for Eco-Crunch
Earth on Course for Eco-CrunchEarth on Course for Eco-Crunch
Earth on Course for Eco-Crunch
P4X
 
The Trouble With Compassion by Kirtsen Luckins
The Trouble With Compassion by Kirtsen LuckinsThe Trouble With Compassion by Kirtsen Luckins
The Trouble With Compassion by Kirtsen Luckins
Burning Eye
 
Italian ppt conversations
Italian ppt   conversationsItalian ppt   conversations
Italian ppt conversationskarinisa
 
Curriculum 2.0 (basic)
Curriculum 2.0 (basic)Curriculum 2.0 (basic)
Curriculum 2.0 (basic)
Informagiovani Ancona
 
Visual Resume
Visual ResumeVisual Resume
Visual Resumecjholb2
 
webcasting
webcastingwebcasting
webcasting
webcasting7
 
Activities involved in succession process in uk 1
Activities involved in succession process in uk 1Activities involved in succession process in uk 1
Activities involved in succession process in uk 1John Johari
 
Getting Beyond Awareness To Generate B2B Leads
Getting Beyond Awareness To Generate B2B LeadsGetting Beyond Awareness To Generate B2B Leads
Getting Beyond Awareness To Generate B2B LeadsMarx Communications
 
Yazilim ogrenmek-istiyorum
Yazilim ogrenmek-istiyorumYazilim ogrenmek-istiyorum
Yazilim ogrenmek-istiyorumzeynep_zyn97
 
Customer Loyalty App
Customer Loyalty AppCustomer Loyalty App
Customer Loyalty App
ndasilvarealtimeseating
 
Reflect network meeting (13/07/2012)
Reflect network meeting (13/07/2012)Reflect network meeting (13/07/2012)
Reflect network meeting (13/07/2012)Reflect Project
 
Guitar Center: Integrating Social and Collaborative Learning to Create a Cult...
Guitar Center: Integrating Social and Collaborative Learning to Create a Cult...Guitar Center: Integrating Social and Collaborative Learning to Create a Cult...
Guitar Center: Integrating Social and Collaborative Learning to Create a Cult...
Saba Software
 
Film ideas
Film ideasFilm ideas
Film ideasmedia135
 
Distracted Employees? Distract Right Back with Bite-Sized Learning and Talent...
Distracted Employees? Distract Right Back with Bite-Sized Learning and Talent...Distracted Employees? Distract Right Back with Bite-Sized Learning and Talent...
Distracted Employees? Distract Right Back with Bite-Sized Learning and Talent...
Saba Software
 

Viewers also liked (16)

Earth on Course for Eco-Crunch
Earth on Course for Eco-CrunchEarth on Course for Eco-Crunch
Earth on Course for Eco-Crunch
 
The Trouble With Compassion by Kirtsen Luckins
The Trouble With Compassion by Kirtsen LuckinsThe Trouble With Compassion by Kirtsen Luckins
The Trouble With Compassion by Kirtsen Luckins
 
Italian ppt conversations
Italian ppt   conversationsItalian ppt   conversations
Italian ppt conversations
 
Curriculum 2.0 (basic)
Curriculum 2.0 (basic)Curriculum 2.0 (basic)
Curriculum 2.0 (basic)
 
Visual Resume
Visual ResumeVisual Resume
Visual Resume
 
webcasting
webcastingwebcasting
webcasting
 
Activities involved in succession process in uk 1
Activities involved in succession process in uk 1Activities involved in succession process in uk 1
Activities involved in succession process in uk 1
 
Getting Beyond Awareness To Generate B2B Leads
Getting Beyond Awareness To Generate B2B LeadsGetting Beyond Awareness To Generate B2B Leads
Getting Beyond Awareness To Generate B2B Leads
 
First civilizations
First civilizationsFirst civilizations
First civilizations
 
Yazilim ogrenmek-istiyorum
Yazilim ogrenmek-istiyorumYazilim ogrenmek-istiyorum
Yazilim ogrenmek-istiyorum
 
S O C C E R
S O C C E RS O C C E R
S O C C E R
 
Customer Loyalty App
Customer Loyalty AppCustomer Loyalty App
Customer Loyalty App
 
Reflect network meeting (13/07/2012)
Reflect network meeting (13/07/2012)Reflect network meeting (13/07/2012)
Reflect network meeting (13/07/2012)
 
Guitar Center: Integrating Social and Collaborative Learning to Create a Cult...
Guitar Center: Integrating Social and Collaborative Learning to Create a Cult...Guitar Center: Integrating Social and Collaborative Learning to Create a Cult...
Guitar Center: Integrating Social and Collaborative Learning to Create a Cult...
 
Film ideas
Film ideasFilm ideas
Film ideas
 
Distracted Employees? Distract Right Back with Bite-Sized Learning and Talent...
Distracted Employees? Distract Right Back with Bite-Sized Learning and Talent...Distracted Employees? Distract Right Back with Bite-Sized Learning and Talent...
Distracted Employees? Distract Right Back with Bite-Sized Learning and Talent...
 

Similar to Tugasan 4

Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
imtiaz78
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013lia369
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Jurnal
JurnalJurnal
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
Ramlah Lanlah
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
Saadiah Mohammad
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
Nasran Syahiran
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Pauling Chia
 
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian SekolahPeranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Fadzliaton Zainudin
 

Similar to Tugasan 4 (20)

Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Bab3(4)
Bab3(4)Bab3(4)
Bab3(4)
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
 
Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7
 
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian SekolahPeranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 

Tugasan 4

  • 1. Tugasan 4. Jawapan soalan dari Teks. Chapter 12 : PREPARING FOR TOMORROW’S CHALLENGES Soalan 1 : Huraikan bagaimana model ASSURE menyokong pembelajaran abad ke-21 seperti yang dinyatakan dalam National Education Technology Plan. Question 1 : Describe how the Assure model support 21st century learning as described in the National Education Technology Plan. Sekolah dan guru-guru kini perlu meneruskan perkembangan pembelajaran abad ke-21 seperti mana masyarakat kita beralih kepada peralatan digital yang inovatif untuk pekerjaan, komunikasi dan hiburan. Perkembangan ini boleh disokong dengan menggunakan model ASSURE dan fokus teknologi pembangunan professional untuk membimbing pelaksanaannya. Model ASSURE digunakan untuk membantu guru meningkatkan pembelajaran abad ke-21 melalui sokongan dan panduan untuk membangun, melaksana, metaksir dan menyemak pengajaran dengan menerapkan teknologi selain untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dan menyediakan mereka untuk kerjaya masa depan. Model ASSURE secara tidak langsung menyokong matlamat pembelajaran Pelan Teknologi Pendidikan Nasional (National Education Technology Plan – NETP - US DOE, 2010). Matlamat NETP ialah melibatkan semua pelajar dengan memberi pengalaman belajar di dalam dan di luar sekolah serta menyediakan mereka sebagai peserta yang aktif, keratif, berpengetahuan dan berakhlak dalam masyarakat seluruh dunia. Model ASSURE menyediakan enam langkah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran iaitu: 1. Menganalisis pelajar – guru diminta untuk mengenalpasti latar belakang dan segala keperluan pelajar termasuk sumber-sumber yang ada dan sokongan individu untuk menerima pengalaman pembelajaran. 2. Menyatakan piawai dan objektif pembelajaran – guru perlu menyatakan objektif pelajaran secara khusus dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran ini perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang akan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin. 3. Memilih strategi, teknologi, media dan material – terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai dengan ciri-ciri pelajar, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Menggunakan teknologi, media dan material – persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Langkah yang perlu sebelum media dan bahan sumber digunakan adalah seperti semak, pratonton, kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, menyediakan persekitaran yang sesuai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Memerlukan penyertaan pelajar – penglibatan pelajar dalam pembelajaran, secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan
  • 2. sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dengan menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 6. Mentaksir dan menyemak – langkah akhir ini melibatkan penilaian kedua-dua kemajuan iaitu pelajar dan proses pengajaran untuk menentukan perkara yang perlu diteruskan dan yang perlu ditambakbaik sebelum pembelajaran seterusnya dilaksanakan. Aplikasi model ASSURE membolehkan guru-guru di abad ke-21 meneruskan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta persediaan yang lebih baik dalam kerjaya yang berjaya. Soalan 3 : Senaraikan cara persekitaran pembelajaran abad ke-21 yang menggunakan teknologi untuk menghubungkan sekolah dan rumah serta untuk menawarkan pilihan dalam pendidikan menerusi internet. Question 3 : List ways that 21st century learning environments use technology for inclusion, to connect schools and homes, and to offer the choice of online education. Berikut adalah senarai cara persekitaran pembelajaran abad ke 21 yang menggunakan teknologi untuk menghubungkan sekolah dan rumah serta untuk menawarkan pilihan dalam pendidikan menerusi internet : 1. Bilik darjah global – guru boleh merancang pengajaran bersama-sama beberapa guru lain atau bekerjasama dengan pelajar dalam menyediakan satu daripada projek pemyelidikan secara interaktif yang meluas dan menyeluruh. Dengan cara ini lebih banyak idea atau pandangan dapat digabungkan bagi menghasilkan pengajaran yang lebih baik dan berkesan. 2. Penggunaan teknologi – penggunaan kemajuan inovatif dalam teknologi masa kini dan yang terbaru akan membantu guru-guru untuk menghadapi dan mengatasi masalah sosio ekonomi, bangsa, kedudukan geografi sesuatu tempat, jantina dan penggunaan bahasa utama guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. 3. Teknologi menghubungkan sekolah di rumah – kebanyakkan guru mengekalkan laman web kelas yang mengandungi informasi hubungan, kalender, helaian tugasan, maklumat ibu bapa atau penjaga, hubungan ke pusat-pusat sumber internet dan peralatan rangkaian sosial untuk menggalakkan komunikasi secara terus. Melalui informasi-informasi ini guru dan pelajar boleh berinteraksi atau membuat rujukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. 4. Pilihan pendidikan secara talian internet – pendidikan melalui internet menawarkan pelbagai sumber sebagai rujukan. Ia juga tidak melibatkan kos yang tinggi atau diberi secara percuma. Pelajar-pelajar masa akan datang mempunyai peluang memilih pelbagai bidang pendidikan jarak jauh dan boleh mengakses internet berkelajuan tinggi dengan mudah dan lebih menjimatkan masa. Soalan 4 : Huraikan jenis peruntukan teknologi yang wujud dalam abad ke-21 dan terangkan secara ringkas komponen asas ketika menulis kertas cadangan peruntukan.
  • 3. Question 4 : Describe the types of technology grants available for 21st century learning and briefly explain the basic components included when writing a grant proposal. Terdapat dua jenis peruntukan untuk teknologi iaitu peruntukan kerajaan dan peruntukan organisasi. Peruntukan kerajaan – bermaksud pembiayaan daripada persekutuan, negeri, daerah atau peringkat sekolah. Pejabat Pendidikan Teknologi Pembangunan U.S. Pembangunan lain menawarkan beberapa peruntukan yang telah disenaraikan dalam peruntukan pendidikan persekutuan berdaftar, minat, daerah, sekolah dan guru adalah Enchancing Education Through Technology (EETT) yang memfokuskan kepada membaiki pencapaian pelajar sekolah rendah dan menengah melalui kegunaan teknologi. Kesimpulanya penerima peruntukan EETT akan dipilih melalui mesyuarat dengan mengikut matlamat berikut : 1. Membantu semua pelajar menjadi pelajar yang dapat menulis dan membaca dalam teknologi sebaik tamat sekolah gred 8. 2. Penyatupaduan teknologi dalam latihan guru dan teras kurikulum 3. Menubuhkan kaedah atau prosedur arahan penyelidikan yang boleh dilaksanakan secara besar-besaran Peruntukan Organisasi – bermaksud pembiayaaan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang seringkali melibatkan proses rancanganyang kurang meluas dan amat fleksibel. Perkara-perkara yang perlu dinyatakan semasa menulis proposal peruntukan teknologi adalah seperti berikut : 1. Tajuk – pilih tajuk yang ringkas dan padat serta jelas isi kandungan kertas kerja. 2. Projek abstrak – secara tipikalnya, huraian projek dalam satu muka surat mesti secara keseluruhan tentang matlamat projek. 3. Penyataan masalah – perbincangan anda mestilah disokong dengan data dan penyelidikan. 4. Huraian projek – penghuraian projek mestilah termasuk objektif dan hasil, sasaran, kaedah, ahli jawatankuasa dan tempoh masa 5. Sumber – Huraikan sumber yang ada untuk menyokong projek tersebut 6. Penilaian projek – Sediakan satu kaedah dan langkah untuk membuat penilaian bagi menilai matlamat dan keberkesanan projek. 7. Apendiks – Sediakan lampiran isi kandungan dan muka surat serta rujukan yang digunakan. Salah satu cara untuk penambahbaikan proposal peruntukan teknologi ialah dengan merujuk proposal yang terdahulu.