SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 1 | P a g e
PENDIDIKAN INKLUSIF. PELUANG DAN
CABARAN.
KPT 6054
Penyelidikan Dalam Teknologi Instruksional
DISEDIAKAN OLEH
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680)
SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
NAMA PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 2 | P a g e
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 1
1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Persoalan Kajian 2
1.5 Kepentingan Kajian 3
2.0 LITERATUR
2.1 Kajian Literatur 3
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 4
3.2 Rekabentuk Kajian 5
3.3 Sampel Kajian 5
3.4 Instrumen Kajian 5
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 5
4.2 Bahagian A: Latarbelakang Responden 6
4.3 Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran 8
4.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer 10
4.5 Bahagian D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer 11
5.0 ULASAN DAN CADANGAN
5.1 Ulasan 13
5.2 Cadangan 14
5.3 Penutup 15
Rujukan 16
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 3 | P a g e
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT
SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU
GERUNTUM, GOPENG. PERAK.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Kepesatan pembangunan pelbagai media elektronik telah menjadikan berlaku
perubahan iklim dalam sistem penyampaian pembelajaran di sekolah. Pembelajaran
interaktif berasaskan komputer telah menjadi agenda utama yang ditekankan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat
kesimpulan bahawa pembelajaran berasaskan komputer amat berkesan berbanding dengan
pendekatan tradisional. Perubahan sistem penyampaian pembelajaran ini walaupun pada
zahirnya kelihatan memberi impak yang baik tetapi secara realitinya, banyak cabaran dan
kekangan yang muncul dalam mengimplementasikan misi yang telah disarankan oleh KPM.
Cabaran dalam mengaplikasikan penggunaan media elektronik di sekolah perlu dilihat dari
aspek positif bagi memperbaikan kelemahan di samping cuba untuk mempertingkatkan
tahap penyampaian pelajaran berasaskan komputer.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
mengubah persekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang positif
disamping menarik minat pengajar dan murid. Namun begitu, cabaran dalam
mengaplikasikan media elektronik dalam kelas perlu diambil kira sebagai satu cabaran bagi
memastikan sistem pengajaran terbaik diberi kepada murid. Banyak cabaran berlaku dalam
melaksanakan penggunaan media elektronik terutamanya sekolah yang jauh di pedalaman
di mana sistem rangkaian komunikasi amat sukar diperolehi.
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 4 | P a g e
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media elektronik di kalangan
guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng, Perak. Kumpulan guru ini terdiri
daripada 18 orang guru. Objektif kajian adalah seperti dibawah:
1.3.1 Mengenalpasti media elektronik yang sering digunakan oleh guru-guru sebagai
alat bantu mengajar di sekolah.
1.3.2 Mengenalpasti cabaran dalam penggunaan komputer dalam pengajaran
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :
1. Sejauh mana kekerapan guru-guru menggunakan media elektronik dan ICT dalam
pengajaran mereka?
2. Apakah cabaran dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran?
1.5 KERANGKA KONSEPSTUAL KAJIAN
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 5 | P a g e
Akses – Peluang untuk pengalaman dan eksplorasi
Penggunaan media elektronik untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila media
elektronik digunakan sebagai medium untuk :
1. Mencari dan mengakses maklumat dari CD, internet, portal maklumat dan
sebagainya.
2. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
3. melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh guru.
4. Dalampembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui ICT.
Dalam konteks kajian, akses trebahagi kepada tiga iaitu :
1. Akses Material: Menerangkan kekurangan akses akibat kekurangan kelengkapan
peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaian.
2. Akses Kemahiran: Menerangkan kurang kemahiran digital lantaran teknologi yang
tidak mesra pengguna dan kekurangan pendidikan/latihan atau sokongan sosial. iv.
3. Akses Penggunaan: Menerangkan kekurangan peluang pengunaan media elektronik
yang menjadi penghalang kepada capaian perkhidmatan digital.
Praktis – Peluang mempraktiskan penggunaan alatan dan BBM ICT
Penggunaan dan pengaplikasian ICT dalam konteks pendidikan di Malaysia adalah
faktor utama yang menyumbang kepada cabang ilmu baru dalam era informasi kini (Salbiah,
n.d). Dalam sistem pendidikan di Malaysia, ICT membantu dari aspek pembelajaran dan
pengajaran serta sistem pengurusan di sekolah. Oleh yang demikian, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah membentuk tiga polisi utama dalam pendidikan iaitu:
1. kemudahan ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai langkah untuk
mengurangkan jurang digital antara sekolah,
2. ICT dalam pendidikan sebagai medium bantuan pengajaran dan
pembelajaran,
3. menjadikan ICT sebahagian daripada matapelajaran di sekolah serta
menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan produktiviti dan
keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah
Jurang Digital merupakan istilah yang diperkenal oleh bekas Presiden Amerika
Syarikat, Bill Clinton pada tahun 1994 bagi menyata perbezaan di antara rakyat yang
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 6 | P a g e
mempunyai perkhidmatan Internet yang paling pantas dan paling selesa daripada rakyat
yang tidak mempunyai akses kepada teknologi tersebut. Sejak itu, banyak istilah diperkenal.
Krueger (2003) mengguna istilah tersebut bagi menciri jurang di antara mereka yang
mengguna atau mempunyai akses kepada teknologi telekomunikasi (contoh, telefon,
komputer, Internet) dan mereka yang tidak memilikinya.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan mengenai kekangan dalam penggunaan
media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sekolah yang mempunyai murid majoriti
kaum orang asli. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah
dan kepada pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam
membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan prasana dan kelengkapan
teknologi dan komunikasi (ICT) di sekolah ini. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak
yang berkenaan mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
pihak sekolah agar pelaksanaan penggunaan media elektronik dapat dijalankan dengan lebih
efektif. Kajian ini juga mampu menjadi pengerak kepada guru-guru untuk menambahbaik
kaedah dan pendekatan yag digunakan agar dapat diselaraskan dengan penggunaan ICT.
1.7 BATASAN KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa perkara bagi
membatasi kajian. Kajian ini adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang
daripada satu bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang terhad.
Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, kerjasama, serta kejujuran
responden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik.
Kajian hanya dilakukan melalui soal selidik secara tertutup berdasarkan dua skala
iaitu ya atau tidak. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan guru di SK Ulu Geruntum
sahaya seramai 18 orang. Batasan ini dibuat bagi memudahkan pengkaji membuat kajian
yang mempunyai skop kajian yang khusus. Pengkhususan skala responden ini menyebabkan
dapatan kajian tidak mewakili mana-mana reponden lain selain dalam lingkungan kawasan
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 7 | P a g e
kajian sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini mungkin mempunyai ralat berikutan
pendapat atau pandangan yang tidak seimbang.
1.8 DEFINISI OPERATIONAL
1.8.1 ALAT BANTU MENGAJAR
Alat pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting yan gmemudahkan
komunikasi antara guru dengan murid dalam proses pengaj aran danpembelajaran. Oleh itu,
guru perlu menguasai segala pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam
pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian
serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunik asi dua hala
di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
Alat Pengajaran dan Pembelajaran dalam konteks kajian ini, alat pengajaran dan
pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alat atau bahan yang digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tujuannya ialah untuk menolong, memudah
dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih berkesan. W.F.Connel ( 198 1:386) mengkategorikan bahan pengajaran
dan pembelaj aran kepada tiga iaitu�
1. Bahan pengajaran dan pembelajaran am (Misalnya papan hitam dan buku
bercetak
2. Alat pandang dengar (alat pandang - misalnya objek, model,patung, gambar,
lukisan, diorama, gambar foto, glob, peta, carta, gambar rajah, graf, poster,
kartun dan bahan salinan. Alat dengar pula - misalnya radio, alat pemain piring
hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen
pula bercorak pandang dengar)
3. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram seperti komputer dan simulasi.
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 8 | P a g e
1.8.2 MEDIA ELEKTRONIK
Buku Panduan Am KBSR Kementerian Pendidikan (1988 ) menyatakan dengan jelas
tentang kepentingan penggunaan bahan-bahan atau media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah. Buku tersebut menjelaskan tiga fungsi media iaitu:
1. menolong guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu
pelajaran di samping memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik
pengajaran yang lain.
2. membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk
menyampaikan butiran-butiran pelajaran.
3. menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya
fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran serta memberi peluang
kepada mereka menggunakan satu at au lebih deria dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan sebagai pengarah, pembimbing,.
pengurus dan pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelaj aran. Dalam kajian ini,
bahan media dikelaskan kepada dua kategori iaitu:
1. Media bukan elektronik.(Misalnya papan tulis,poster, carta, gambar lukisanlfoto,
model, benda sebenar, bahan cetakan, buku teks, kad imbasan, lembaran ketja dan
papan gulung).
1. Media elektronik (Misalnya OHP, projektor slaid, radiolkaset, TVNideo dan
komputer).
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 9 | P a g e
2.0 LITERATUR
2.1 Tinjauan Literatur
Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru kurang menggunakan
peralatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Norhayati Abd Mukti (2000) dalam
kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati
bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna
yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih
pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam
pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan
lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara
masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk
menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa
mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.
Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah
Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan
efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara tidak langsung dapat
mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan
bahan rujukan yang berguna kepada guru.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa buah
sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal
dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap penggunaan komputer.
Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan
terlebih dahulu.Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap
guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-guru
mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau
juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan
kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif
perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan
teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 10 | P a g e
Matlamat Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) ialah membantu meningkatkan mutu
pendidikan di negara kita dengan berteraskan falsafah 'bahawa penggunaan pelbagai jenis
media pendidikan secara terancang dapat mengukuhkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid menguasai ilmu
pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan
bersepadu' (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan rangsangan
dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di
samping menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan (Mat Nor Russin dan Abd
Rahman Abd. Rashid, 1988). Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah
merupakan suatu cara yang berkesan untuk meningkatkan proses pembelajaran (Reinich,
Molenda, Russell &Smaldino, 1996). Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran
secara langsung bukan sahaja berkait rapat dengan ciri-ciri atau keadaan-keadaan tertentu
yang ada pada guru-guru dan pelajar, tetapi juga bergantung kepada mana satukah deria
pelajar yang paling banyak dieksploitasikan oleh guru. Penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran dapat melibatkan pelbagai deria pelajar dan menjadikan pengajaran ini benar-
benar berkesan (Nairn, 1991). Penggunaan media juga dapat membantu pencapaian objektif
pembelajaran (Jeyanti, 1996).
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 11 | P a g e
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian merupakan suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu
penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya
sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985). Fielding dan Schreier (2001) telah menyatakan
bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian iaitu kajian kuantitatif, kajian kualitatif dan
kajian hybrid.
Dalam kajian ini, metadologi yang telah dipilih adalah kajian kualitatif. Ini kerana
menurut Holloway (1997), kajian kualitatif merupakan suatu bentuk pertanyaan sosial yang
memfokuskan kepada cara interpretasi manusia dan logikal terhadap pengalaman mereka
serta persekitaran mereka tinggal.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media elektronik dan
ICT sebagai alat bantu mengajar. Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif. Maklumat
dari responden diambil menggunakan borang soal selidik.
3.3 Sampel Kajian dan lokasi kajian
Responden kajian adalah terdiri dari 18 orang guru bagi semua matapelajaran di
Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng. Responden terdiri dari 3 orang guru
perempuan dan 15 orang merupakan guru lelaki.
3.4 Instrumen kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yaang digunakan ialah
borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A : alat bantu mengajar
yang sering digunakan dalam kelas, Bahagian B : Cabaran Penggunaan Media Elektronik
Sebagai Alat Bantu Mengajar dan Bahagian C : Latar Belakang Responden.
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 12 | P a g e
3.6 Tatacara penganalisis data
Soal selidik diberi kepada setiap guru di sekolah secara individu. Data-data dikumpul
dan analisa dibuat dalam bentuk peratus. Jawapan ya akan menunjukkan prestasi yang baik
berbanding jawapan tidak. Kaedah peratusan ( mengikut indikator jawapan Ya ) adalah
mengikut seperti di bawah :
Peratusan Penerangan
Lebih 85 % Sangat Baik
70% Hingga 84% Baik
50% Hingga 69% Sederhana
0% hingga 49% Tidak memuaskan
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 13 | P a g e
4.0 DAPATAN
ALAT BANTU MENGAJAR KEKERAPAN
1. Buku teks 18
2. Lembaran kerja 18
3. OHP 0
4. Komputer (perisian kursus) 4
5. Komputer (internet) 0
6. Radio (CD) 6
7. Video (VCD/DVD) 8
8. Objek sebenar seperti carta dll 10
Data menunjukkan bahawa ramai guru menggunakan buku teks dan lembaran kerja
sebagai alat bantu mengajar dengan kekerapan 18 orang menggunakannya. Responden juga
memilih alat bantu mengajar video (VCD/DVD) sebagai alat bantu mengajar dalam kelas
dengan kekerapan 8 orang dari 18 orang telah menggunakannya. Alat bantu pengajar seperti
radio pula muncul kekerapan kelima paling gemar digunakan oleh responden. Komputer
(perisian kursus) dilihat mempunyai kekarapan yang rendah apabila hanya 4 orang dari 18
orang guru menggunakannya sebagai alat bantu mengajar di kelas. Manakala alat bantu
mengajar seperti komputer bersama internet dilihat tidak diaplikasikan dalam mana-mana
responden.
SOALAN PERATUS
YA TIDAK
1. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk
menyusun atur media elektronik dalam kelas anda?
0% 100%
2. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk melayari
internet di sekolah?
0% 100%
3. Adakah anda terpaksa membawa banyak alat seperti
laptop, LCD dll?
67% 33%
4. Adakah alatan berfungsi dengan baik? 89% 11%
5. Adakah talian internet di sekolah anda memuaskan. 0% 100%
6. Adakah terdapat kakitangan terlatih untuk membantu anda
ketika anda menghadapi masalah dengan media elektronik
di sekolah?
78% 22%
7. Adakah bilik darjah mempunyai kelengkapan peralatan
yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam
0% 100%
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 14 | P a g e
pengajaran?
8. Makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan media
elektronik terletak jauh dari bilik guru.
0% 100%
9. Adakah anda telah menjalani kursus dalaman tentang
penggunaan media komputer untuk guru?
39% 61%
10. Adakah anda kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan media komputer?
89% 11%
11. Adakah anda mempunyai masalah untuk menentukan
bahan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid?
56% 44%
Menurut hasil kajian, 100% guru mengakui bahawa mereka tidak mempunyai masa
yang cukup untuk menyusun atur media elektronik dalam kelas, tidak mempunyai masa
melayari internet, dan menghadapi masalah mengenai talian internet yang tidak
memuaskan. Semua guru menyatakan bahawa bilik darjah tidak dilengkapi dengan peralatan
yang cukup untuk penggunaan komputer sebagai media pengajaran. Guru juga mengakui
bahawa makmal komputer terletak tidak jauh dari bilik guru.
Majoriti guru iaitu sebanyak 89% menyatakan bahawa alatan berfungsi dengan baik.
manakala 11% lagi tidak bersetuju dengan penyataan di atas. 89% guru menyatakan bahawa
mereka tidak mahir dalam penggunaan media elektronik dan hanya 11% sahaja mengakui
mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan media elektonik.
Ramai guru bersetuju bahawa terdapat kakitangan terlatih untuk membantu guru ketika
guru menghadapi masalah dengan media elektronik dengan peratusan sebanyak 78%
berbanding 22% yang mengakui sebaliknya.
67% guru menyatakan mereka mempunyai masalah untuk melaksanakan
pembelajaran berbantu media elektronik kerana mereka terpaksa membawa banyak alatan
seperti laptop, LCD dan lain-lain. Manakala 33% tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Hanya 39% minoriti guru menyatakan bahawa mereka tidak menjalani kursus dalaman
tentang penggunaan media komputer manakala 61% bersetuju bahawa mereka telah
menjalani kursus. Hanya 44% guru menyatakan bahawa mereka tidak menghadapi masalah
untuk menentukan bahan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid berbanding
54% yang bersetuju bahwa mereka mengalami kesukaran bagi menentukan bahan untuk
murid.
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 15 | P a g e
5.0 PERBINCANGAN
Penggunaan pelbagai alat media elektronik dan bahan bilik darjah semakin kurang
diamalkan (Asiah Abu Samah, 1992). Ini bertepatan dengan dapatan kajian yang menunjukan
bahawa hanya minoriti guru yang menggunakan aplikasi media elektronik dalam kelas. Ini
mungkin kerana guru menghadapi masalah dari aspek masa, banyak alatan dan kelengkapan
yang tidak mencukupi.
Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah rendah mahupun di sekolah menengah
sudah didedahkan dengan pengetahuan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam pengajaran semasa mereka menuntut di maktab perguruan atau di universiti. Salah
satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran mereka
berkesan ialah menyediakan sumber pengajaran yang bersesuaian dan berkesan serta
penggunaannya yang efektif. Namun begitu, data kajian menunjukkan bahawa guru
menghadapi cabaran dengan kemahiran dan pengetahuan untuk mengaplikasikan media
elektronik dalam kelas. Ini mungkin kerana guru kurang kompetensi dalam kemahiran media
elektronik.
Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina,
latihan, galakan pentadbir dan kemudahan komputer yang dibekalkan di sekolah telah
dikenalpasti menjadi halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru-
guru di sekolah. Bertepatan dengan hasil kajian yang menyatakan bahawa guru menghadapi
masalah dari aspek masa, penyediaan alatan, kurang kemahiran dan kelengkapan yang tidak
mencukupi.
Soon Yin dan Kooi Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh
guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan komputer di
sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan
merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Merujuk kepada beberapa kajian di luar negara, antaranya “School Investments in
Instructional Technology” yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment, pada tahun
1995 (dalam Pricilla & Karin, 2003), terdapat perkaitan yang relatif di antara perbelanjaan ke
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 16 | P a g e
atas perisian dengan keperluan latihan profesional dalam kalangan guru. Dapatan
merumuskan, tanpa perhatian yang mendalam terhadap keperluan mempertingkat kualiti
latihan guru dan peningkatan kemahiran dalam teknologi pengajaran, maka pihak sekolah
akan mengalami kesukaran untuk memperluas potensi penggunaan teknologi terkini dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran
teknologi maklumat guru-guru. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang
menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran
teknologi maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar
bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah,
2006; Megat et al., 2008). Dalam senario ini faktor jarak, kemudahan telekomunikasi serta
accessibility sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman memberikan impak yang
signifikan. Rentetan daripada faktor ini, beberapa isu lain akan timbul, contohnya, maklumat
kursus lewat diterima, peralatan komputer mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan
sebagainya (Johan, 2005).
Berdasarkan dapatan, guru dilihat tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dan
ini mengakui dapatan Sherry (1990) bahawa tanpa kemahiran untuk menggunakan
komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan penggunaan komputer di
sekolah menjadi sangat terhad. Kajian Bakhtiar (1995) telah menyatakan kepentingan
kemahiran bagi seseorang guru untuk menggunakan komputer dengan baik di dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tegasnya, inisiatif untuk mempertingkatkan
kemahiran di dalam bidang komputer dan ICT perlulah dipertingkatkan dengan mengikuti
kursus-kursus yang diadakan.
Namun begitu, analisis data mendapati terdapat sebanyak empat masalah atau
kelemahan utama yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ialah capaian internet terhad,
masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. Norazilawati
(2013) menyatakan isu pelaksanaan merupakan satu kekangan kepada pengaplikasian ICT
terutamanya di sekolah luar bandar. Didapati isu berkaitan aspek teknikal, penyebaran
maklumat tentang ICT, latihan guru, dan pemantauan tidak berlaku dengan sempurna di
kawasan ini. Dari segi kelengkapan peralatan, didapati kebanyakan sekolah luar bandar
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 17 | P a g e
menghadapi masalah berkaitan capaian internet. Perkara ini telah menimbulkan satu dilema
dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan guru selaku pelaksana (Norazilawati,
2013).
Dapatan kajian menunjukkan bentuk penggunaan ICT yang digunakan oleh guru-guru
berada di tahap yang sederhana. Ahmad Rashidi Osman (1992) telah menyatakan bahawa
penggunaan komputer sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar adalah di tahap yang sangat rendah.
Majoriti guru mengakui bahawa alatan ICT berfungsi dengan baik dan terdapat
kakitangan terlatih untuk membantu mereka jika mereka menghadapi masalah dalam
penyediaan ICT. Ini sekaligus membuktikan bahawa guru sedar tentang kepentingan ICT
dalam proses pembelajaran. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010),
penggunaan ICT dalam bidang pendidikan memberi kesan besar dan bermakna terhadap
kualiti pembelajaran seperti memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih
efisien, membenarkan pendidikan menyediakan pendekatan pengajaran baru yang lebih
efektif, memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti
multimedia, simulasi serta membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem
rangkaiannya.
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 18 | P a g e
BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). “Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.” Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asiah Abu Samah . (1992) .”PSS : Cabaran masa kini dan harapan masa depan “. Teknologi
Pendidikan .Buletin Bahagian Teknologi Pendidikan,13 (3) ,3-6.
Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan Perlaksanaannya.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sekolah
di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM.
Akker, J.V.D., Paul, K. dan Tjeerd, P. (1992). The integration of Computer Use In Education.
International Journal of Education Research, vol. 17, ms. 65.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Teori, Analisis dan Interpretasi Data). Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing.
Bramble J. (1985). Computer In School. New York: McGraw Hill.
Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO
Coffin, Gregory C. (1995). Minimum Computer Knowledge for Elementary Principal.
Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education
reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43.
Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology. 3:50-54.
Dorsett, R (1990). Dalam: Chin Sak Fatt (1993). Tinjauan Penggunaan Komputer Dalam
Pengurusan Dan Pembelajaran. Projek Sarjana Muda UTM.
Ely, D.P. (1993). Computer In Schools and Universities In the United States of America.
Educational Technology, vol.33 (9), ms. 53.
Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary schools: an examination of
existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis.
Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 19 | P a g e
Fullan et. al. (1988), Strategies for Implementing Microcomputer in Schools: The Ontario
Case Ontario: Ministry of Education, Queen’s Printer.
Gilroy, D dan Desai H.B. (1986). Computer Anxiety : Sex, Race and Age. International Journal
Of Man- Machine Studies, vol. 25, ms. 711-719.
Hamzah Hussain (1995). Latihan Dalam Perkhidmatan: Satu Kajian Mengenai Persepsi,
Keberkesanan dan Keperluan Guru di Negeri Pahang. Tesis Sarjana UUM.
Harrison, A.W., Kelly, R. Dan Rainer Jr. (1992). The Influence of Individual Differences on Skill
in End- User Computing.
Hasselbring, O.S. (1991). Improving Education Through Technology: Barriers and
Recommendation. Preventing School Failure, vol. 35 (3), ms. 33.
Holdaway, K. Sounders, M. (1996). Thw In-House Training As Consultant (2nd Edition).
London.
Kamus Dewan: Edisi Ketiga (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Krueger, A.B.
2003. The digital divide in educating African-American students and workers. In Cecilia
Conrad and Margaret Simms (eds). Education and training for the Black worker in the 21st
century. Washington: Center for Political and Economic Studies
Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley
Publication Company.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu
Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003
Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and learning.
Stirling, USA: Kogan Page.
Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran
ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st
International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala Lumpur.
Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee, M. (2004). Budaya ICT di Kalangan Guru-Guru Sains
dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal Pendidikan 7: 15-24.
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK.
Syakhira Husna Illias (M20141000860) 20 | P a g e
Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di Kalangan
Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru
Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kertas Kerja Pembentangan
Seminar SITMA. Terengganu. 19-20 Ogos.
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf (2013). Aplikasi Persekitaran
Pengajaran Maya (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding 7th
International Malaysian
Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16-18 September.
Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background
Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13.
Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan
Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti
Putra Malaysia
Pengurusan Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pricilla, N. and Karin, M. W. (2003). Teaching with Technology. Vancouver: Thomposon
Wardsworth.
Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah
Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.
Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran-
Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72.
W.F. Connel (1981). Asas Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

More Related Content

What's hot

Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanZue Shari
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikancik noorlyda
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpfaizzuddinz
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieArifahAzlanShah2
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersAtifah Ruzana Abd Wahab
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahNoor Asheikin
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganSohib AlQuran
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 

What's hot (20)

Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 

Viewers also liked

Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANSuhaili Hanafi
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03Rafiza Diy
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106FSAA Aziz
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
38444627 pendidikan-seni-visual-tabung
38444627 pendidikan-seni-visual-tabung38444627 pendidikan-seni-visual-tabung
38444627 pendidikan-seni-visual-tabungMohd Zailani
 
Pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di malaysia SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 

Viewers also liked (20)

Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Kerjakursus
KerjakursusKerjakursus
Kerjakursus
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
Kajian tinjauan frog vle
Kajian   tinjauan   frog vleKajian   tinjauan   frog vle
Kajian tinjauan frog vle
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
38444627 pendidikan-seni-visual-tabung
38444627 pendidikan-seni-visual-tabung38444627 pendidikan-seni-visual-tabung
38444627 pendidikan-seni-visual-tabung
 
Transitions
TransitionsTransitions
Transitions
 
Forum 12 - Huraian blog
Forum 12 - Huraian blogForum 12 - Huraian blog
Forum 12 - Huraian blog
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di malaysia
 

Similar to Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu geruntum

tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...MuhammadZulaziziMohd
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalSandhrigah Krishnan
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054hanyjamal
 

Similar to Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu geruntum (20)

tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 

Recently uploaded (15)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 

Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu geruntum

  • 1. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 1 | P a g e PENDIDIKAN INKLUSIF. PELUANG DAN CABARAN. KPT 6054 Penyelidikan Dalam Teknologi Instruksional DISEDIAKAN OLEH SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680) SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR
  • 2. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 2 | P a g e KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 1 1.3 Objektif Kajian 2 1.4 Persoalan Kajian 2 1.5 Kepentingan Kajian 3 2.0 LITERATUR 2.1 Kajian Literatur 3 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 4 3.2 Rekabentuk Kajian 5 3.3 Sampel Kajian 5 3.4 Instrumen Kajian 5 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 5 4.2 Bahagian A: Latarbelakang Responden 6 4.3 Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran 8 4.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer 10 4.5 Bahagian D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer 11 5.0 ULASAN DAN CADANGAN 5.1 Ulasan 13 5.2 Cadangan 14 5.3 Penutup 15 Rujukan 16
  • 3. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 3 | P a g e CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kepesatan pembangunan pelbagai media elektronik telah menjadikan berlaku perubahan iklim dalam sistem penyampaian pembelajaran di sekolah. Pembelajaran interaktif berasaskan komputer telah menjadi agenda utama yang ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa pembelajaran berasaskan komputer amat berkesan berbanding dengan pendekatan tradisional. Perubahan sistem penyampaian pembelajaran ini walaupun pada zahirnya kelihatan memberi impak yang baik tetapi secara realitinya, banyak cabaran dan kekangan yang muncul dalam mengimplementasikan misi yang telah disarankan oleh KPM. Cabaran dalam mengaplikasikan penggunaan media elektronik di sekolah perlu dilihat dari aspek positif bagi memperbaikan kelemahan di samping cuba untuk mempertingkatkan tahap penyampaian pelajaran berasaskan komputer. 1.2 PENYATAAN MASALAH Penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran mampu mengubah persekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang positif disamping menarik minat pengajar dan murid. Namun begitu, cabaran dalam mengaplikasikan media elektronik dalam kelas perlu diambil kira sebagai satu cabaran bagi memastikan sistem pengajaran terbaik diberi kepada murid. Banyak cabaran berlaku dalam melaksanakan penggunaan media elektronik terutamanya sekolah yang jauh di pedalaman di mana sistem rangkaian komunikasi amat sukar diperolehi.
  • 4. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 4 | P a g e 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media elektronik di kalangan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng, Perak. Kumpulan guru ini terdiri daripada 18 orang guru. Objektif kajian adalah seperti dibawah: 1.3.1 Mengenalpasti media elektronik yang sering digunakan oleh guru-guru sebagai alat bantu mengajar di sekolah. 1.3.2 Mengenalpasti cabaran dalam penggunaan komputer dalam pengajaran 1.4 PERSOALAN KAJIAN Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah : 1. Sejauh mana kekerapan guru-guru menggunakan media elektronik dan ICT dalam pengajaran mereka? 2. Apakah cabaran dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran? 1.5 KERANGKA KONSEPSTUAL KAJIAN
  • 5. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 5 | P a g e Akses – Peluang untuk pengalaman dan eksplorasi Penggunaan media elektronik untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila media elektronik digunakan sebagai medium untuk : 1. Mencari dan mengakses maklumat dari CD, internet, portal maklumat dan sebagainya. 2. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. 3. melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh guru. 4. Dalampembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Dalam konteks kajian, akses trebahagi kepada tiga iaitu : 1. Akses Material: Menerangkan kekurangan akses akibat kekurangan kelengkapan peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaian. 2. Akses Kemahiran: Menerangkan kurang kemahiran digital lantaran teknologi yang tidak mesra pengguna dan kekurangan pendidikan/latihan atau sokongan sosial. iv. 3. Akses Penggunaan: Menerangkan kekurangan peluang pengunaan media elektronik yang menjadi penghalang kepada capaian perkhidmatan digital. Praktis – Peluang mempraktiskan penggunaan alatan dan BBM ICT Penggunaan dan pengaplikasian ICT dalam konteks pendidikan di Malaysia adalah faktor utama yang menyumbang kepada cabang ilmu baru dalam era informasi kini (Salbiah, n.d). Dalam sistem pendidikan di Malaysia, ICT membantu dari aspek pembelajaran dan pengajaran serta sistem pengurusan di sekolah. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membentuk tiga polisi utama dalam pendidikan iaitu: 1. kemudahan ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai langkah untuk mengurangkan jurang digital antara sekolah, 2. ICT dalam pendidikan sebagai medium bantuan pengajaran dan pembelajaran, 3. menjadikan ICT sebahagian daripada matapelajaran di sekolah serta menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah Jurang Digital merupakan istilah yang diperkenal oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton pada tahun 1994 bagi menyata perbezaan di antara rakyat yang
  • 6. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 6 | P a g e mempunyai perkhidmatan Internet yang paling pantas dan paling selesa daripada rakyat yang tidak mempunyai akses kepada teknologi tersebut. Sejak itu, banyak istilah diperkenal. Krueger (2003) mengguna istilah tersebut bagi menciri jurang di antara mereka yang mengguna atau mempunyai akses kepada teknologi telekomunikasi (contoh, telefon, komputer, Internet) dan mereka yang tidak memilikinya. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan mengenai kekangan dalam penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sekolah yang mempunyai murid majoriti kaum orang asli. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan prasana dan kelengkapan teknologi dan komunikasi (ICT) di sekolah ini. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah agar pelaksanaan penggunaan media elektronik dapat dijalankan dengan lebih efektif. Kajian ini juga mampu menjadi pengerak kepada guru-guru untuk menambahbaik kaedah dan pendekatan yag digunakan agar dapat diselaraskan dengan penggunaan ICT. 1.7 BATASAN KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa perkara bagi membatasi kajian. Kajian ini adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang daripada satu bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang terhad. Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, kerjasama, serta kejujuran responden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik. Kajian hanya dilakukan melalui soal selidik secara tertutup berdasarkan dua skala iaitu ya atau tidak. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan guru di SK Ulu Geruntum sahaya seramai 18 orang. Batasan ini dibuat bagi memudahkan pengkaji membuat kajian yang mempunyai skop kajian yang khusus. Pengkhususan skala responden ini menyebabkan dapatan kajian tidak mewakili mana-mana reponden lain selain dalam lingkungan kawasan
  • 7. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 7 | P a g e kajian sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini mungkin mempunyai ralat berikutan pendapat atau pandangan yang tidak seimbang. 1.8 DEFINISI OPERATIONAL 1.8.1 ALAT BANTU MENGAJAR Alat pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting yan gmemudahkan komunikasi antara guru dengan murid dalam proses pengaj aran danpembelajaran. Oleh itu, guru perlu menguasai segala pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunik asi dua hala di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Alat Pengajaran dan Pembelajaran dalam konteks kajian ini, alat pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alat atau bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tujuannya ialah untuk menolong, memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. W.F.Connel ( 198 1:386) mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelaj aran kepada tiga iaitu� 1. Bahan pengajaran dan pembelajaran am (Misalnya papan hitam dan buku bercetak 2. Alat pandang dengar (alat pandang - misalnya objek, model,patung, gambar, lukisan, diorama, gambar foto, glob, peta, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan. Alat dengar pula - misalnya radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak pandang dengar) 3. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram seperti komputer dan simulasi.
  • 8. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 8 | P a g e 1.8.2 MEDIA ELEKTRONIK Buku Panduan Am KBSR Kementerian Pendidikan (1988 ) menyatakan dengan jelas tentang kepentingan penggunaan bahan-bahan atau media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Buku tersebut menjelaskan tiga fungsi media iaitu: 1. menolong guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu pelajaran di samping memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik pengajaran yang lain. 2. membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk menyampaikan butiran-butiran pelajaran. 3. menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran serta memberi peluang kepada mereka menggunakan satu at au lebih deria dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan sebagai pengarah, pembimbing,. pengurus dan pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelaj aran. Dalam kajian ini, bahan media dikelaskan kepada dua kategori iaitu: 1. Media bukan elektronik.(Misalnya papan tulis,poster, carta, gambar lukisanlfoto, model, benda sebenar, bahan cetakan, buku teks, kad imbasan, lembaran ketja dan papan gulung). 1. Media elektronik (Misalnya OHP, projektor slaid, radiolkaset, TVNideo dan komputer).
  • 9. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 9 | P a g e 2.0 LITERATUR 2.1 Tinjauan Literatur Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru kurang menggunakan peralatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara tidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu.Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.
  • 10. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 10 | P a g e Matlamat Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) ialah membantu meningkatkan mutu pendidikan di negara kita dengan berteraskan falsafah 'bahawa penggunaan pelbagai jenis media pendidikan secara terancang dapat mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu' (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan (Mat Nor Russin dan Abd Rahman Abd. Rashid, 1988). Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu cara yang berkesan untuk meningkatkan proses pembelajaran (Reinich, Molenda, Russell &Smaldino, 1996). Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran secara langsung bukan sahaja berkait rapat dengan ciri-ciri atau keadaan-keadaan tertentu yang ada pada guru-guru dan pelajar, tetapi juga bergantung kepada mana satukah deria pelajar yang paling banyak dieksploitasikan oleh guru. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan pelbagai deria pelajar dan menjadikan pengajaran ini benar- benar berkesan (Nairn, 1991). Penggunaan media juga dapat membantu pencapaian objektif pembelajaran (Jeyanti, 1996).
  • 11. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 11 | P a g e 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Metodologi kajian merupakan suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985). Fielding dan Schreier (2001) telah menyatakan bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian iaitu kajian kuantitatif, kajian kualitatif dan kajian hybrid. Dalam kajian ini, metadologi yang telah dipilih adalah kajian kualitatif. Ini kerana menurut Holloway (1997), kajian kualitatif merupakan suatu bentuk pertanyaan sosial yang memfokuskan kepada cara interpretasi manusia dan logikal terhadap pengalaman mereka serta persekitaran mereka tinggal. 3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media elektronik dan ICT sebagai alat bantu mengajar. Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik. 3.3 Sampel Kajian dan lokasi kajian Responden kajian adalah terdiri dari 18 orang guru bagi semua matapelajaran di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng. Responden terdiri dari 3 orang guru perempuan dan 15 orang merupakan guru lelaki. 3.4 Instrumen kajian Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yaang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A : alat bantu mengajar yang sering digunakan dalam kelas, Bahagian B : Cabaran Penggunaan Media Elektronik Sebagai Alat Bantu Mengajar dan Bahagian C : Latar Belakang Responden.
  • 12. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 12 | P a g e 3.6 Tatacara penganalisis data Soal selidik diberi kepada setiap guru di sekolah secara individu. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratus. Jawapan ya akan menunjukkan prestasi yang baik berbanding jawapan tidak. Kaedah peratusan ( mengikut indikator jawapan Ya ) adalah mengikut seperti di bawah : Peratusan Penerangan Lebih 85 % Sangat Baik 70% Hingga 84% Baik 50% Hingga 69% Sederhana 0% hingga 49% Tidak memuaskan
  • 13. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 13 | P a g e 4.0 DAPATAN ALAT BANTU MENGAJAR KEKERAPAN 1. Buku teks 18 2. Lembaran kerja 18 3. OHP 0 4. Komputer (perisian kursus) 4 5. Komputer (internet) 0 6. Radio (CD) 6 7. Video (VCD/DVD) 8 8. Objek sebenar seperti carta dll 10 Data menunjukkan bahawa ramai guru menggunakan buku teks dan lembaran kerja sebagai alat bantu mengajar dengan kekerapan 18 orang menggunakannya. Responden juga memilih alat bantu mengajar video (VCD/DVD) sebagai alat bantu mengajar dalam kelas dengan kekerapan 8 orang dari 18 orang telah menggunakannya. Alat bantu pengajar seperti radio pula muncul kekerapan kelima paling gemar digunakan oleh responden. Komputer (perisian kursus) dilihat mempunyai kekarapan yang rendah apabila hanya 4 orang dari 18 orang guru menggunakannya sebagai alat bantu mengajar di kelas. Manakala alat bantu mengajar seperti komputer bersama internet dilihat tidak diaplikasikan dalam mana-mana responden. SOALAN PERATUS YA TIDAK 1. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk menyusun atur media elektronik dalam kelas anda? 0% 100% 2. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk melayari internet di sekolah? 0% 100% 3. Adakah anda terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dll? 67% 33% 4. Adakah alatan berfungsi dengan baik? 89% 11% 5. Adakah talian internet di sekolah anda memuaskan. 0% 100% 6. Adakah terdapat kakitangan terlatih untuk membantu anda ketika anda menghadapi masalah dengan media elektronik di sekolah? 78% 22% 7. Adakah bilik darjah mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam 0% 100%
  • 14. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 14 | P a g e pengajaran? 8. Makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan media elektronik terletak jauh dari bilik guru. 0% 100% 9. Adakah anda telah menjalani kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru? 39% 61% 10. Adakah anda kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media komputer? 89% 11% 11. Adakah anda mempunyai masalah untuk menentukan bahan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid? 56% 44% Menurut hasil kajian, 100% guru mengakui bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyusun atur media elektronik dalam kelas, tidak mempunyai masa melayari internet, dan menghadapi masalah mengenai talian internet yang tidak memuaskan. Semua guru menyatakan bahawa bilik darjah tidak dilengkapi dengan peralatan yang cukup untuk penggunaan komputer sebagai media pengajaran. Guru juga mengakui bahawa makmal komputer terletak tidak jauh dari bilik guru. Majoriti guru iaitu sebanyak 89% menyatakan bahawa alatan berfungsi dengan baik. manakala 11% lagi tidak bersetuju dengan penyataan di atas. 89% guru menyatakan bahawa mereka tidak mahir dalam penggunaan media elektronik dan hanya 11% sahaja mengakui mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan media elektonik. Ramai guru bersetuju bahawa terdapat kakitangan terlatih untuk membantu guru ketika guru menghadapi masalah dengan media elektronik dengan peratusan sebanyak 78% berbanding 22% yang mengakui sebaliknya. 67% guru menyatakan mereka mempunyai masalah untuk melaksanakan pembelajaran berbantu media elektronik kerana mereka terpaksa membawa banyak alatan seperti laptop, LCD dan lain-lain. Manakala 33% tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Hanya 39% minoriti guru menyatakan bahawa mereka tidak menjalani kursus dalaman tentang penggunaan media komputer manakala 61% bersetuju bahawa mereka telah menjalani kursus. Hanya 44% guru menyatakan bahawa mereka tidak menghadapi masalah untuk menentukan bahan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid berbanding 54% yang bersetuju bahwa mereka mengalami kesukaran bagi menentukan bahan untuk murid.
  • 15. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 15 | P a g e 5.0 PERBINCANGAN Penggunaan pelbagai alat media elektronik dan bahan bilik darjah semakin kurang diamalkan (Asiah Abu Samah, 1992). Ini bertepatan dengan dapatan kajian yang menunjukan bahawa hanya minoriti guru yang menggunakan aplikasi media elektronik dalam kelas. Ini mungkin kerana guru menghadapi masalah dari aspek masa, banyak alatan dan kelengkapan yang tidak mencukupi. Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah rendah mahupun di sekolah menengah sudah didedahkan dengan pengetahuan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran semasa mereka menuntut di maktab perguruan atau di universiti. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan ialah menyediakan sumber pengajaran yang bersesuaian dan berkesan serta penggunaannya yang efektif. Namun begitu, data kajian menunjukkan bahawa guru menghadapi cabaran dengan kemahiran dan pengetahuan untuk mengaplikasikan media elektronik dalam kelas. Ini mungkin kerana guru kurang kompetensi dalam kemahiran media elektronik. Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan pentadbir dan kemudahan komputer yang dibekalkan di sekolah telah dikenalpasti menjadi halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru- guru di sekolah. Bertepatan dengan hasil kajian yang menyatakan bahawa guru menghadapi masalah dari aspek masa, penyediaan alatan, kurang kemahiran dan kelengkapan yang tidak mencukupi. Soon Yin dan Kooi Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada beberapa kajian di luar negara, antaranya “School Investments in Instructional Technology” yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment, pada tahun 1995 (dalam Pricilla & Karin, 2003), terdapat perkaitan yang relatif di antara perbelanjaan ke
  • 16. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 16 | P a g e atas perisian dengan keperluan latihan profesional dalam kalangan guru. Dapatan merumuskan, tanpa perhatian yang mendalam terhadap keperluan mempertingkat kualiti latihan guru dan peningkatan kemahiran dalam teknologi pengajaran, maka pihak sekolah akan mengalami kesukaran untuk memperluas potensi penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat guru-guru. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah, 2006; Megat et al., 2008). Dalam senario ini faktor jarak, kemudahan telekomunikasi serta accessibility sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman memberikan impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini, beberapa isu lain akan timbul, contohnya, maklumat kursus lewat diterima, peralatan komputer mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan sebagainya (Johan, 2005). Berdasarkan dapatan, guru dilihat tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dan ini mengakui dapatan Sherry (1990) bahawa tanpa kemahiran untuk menggunakan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan penggunaan komputer di sekolah menjadi sangat terhad. Kajian Bakhtiar (1995) telah menyatakan kepentingan kemahiran bagi seseorang guru untuk menggunakan komputer dengan baik di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tegasnya, inisiatif untuk mempertingkatkan kemahiran di dalam bidang komputer dan ICT perlulah dipertingkatkan dengan mengikuti kursus-kursus yang diadakan. Namun begitu, analisis data mendapati terdapat sebanyak empat masalah atau kelemahan utama yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ialah capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. Norazilawati (2013) menyatakan isu pelaksanaan merupakan satu kekangan kepada pengaplikasian ICT terutamanya di sekolah luar bandar. Didapati isu berkaitan aspek teknikal, penyebaran maklumat tentang ICT, latihan guru, dan pemantauan tidak berlaku dengan sempurna di kawasan ini. Dari segi kelengkapan peralatan, didapati kebanyakan sekolah luar bandar
  • 17. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 17 | P a g e menghadapi masalah berkaitan capaian internet. Perkara ini telah menimbulkan satu dilema dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan guru selaku pelaksana (Norazilawati, 2013). Dapatan kajian menunjukkan bentuk penggunaan ICT yang digunakan oleh guru-guru berada di tahap yang sederhana. Ahmad Rashidi Osman (1992) telah menyatakan bahawa penggunaan komputer sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar adalah di tahap yang sangat rendah. Majoriti guru mengakui bahawa alatan ICT berfungsi dengan baik dan terdapat kakitangan terlatih untuk membantu mereka jika mereka menghadapi masalah dalam penyediaan ICT. Ini sekaligus membuktikan bahawa guru sedar tentang kepentingan ICT dalam proses pembelajaran. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010), penggunaan ICT dalam bidang pendidikan memberi kesan besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih efisien, membenarkan pendidikan menyediakan pendekatan pengajaran baru yang lebih efektif, memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi serta membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
  • 18. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 18 | P a g e BIBLIOGRAFI Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). “Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asiah Abu Samah . (1992) .”PSS : Cabaran masa kini dan harapan masa depan “. Teknologi Pendidikan .Buletin Bahagian Teknologi Pendidikan,13 (3) ,3-6. Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan Perlaksanaannya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM. Akker, J.V.D., Paul, K. dan Tjeerd, P. (1992). The integration of Computer Use In Education. International Journal of Education Research, vol. 17, ms. 65. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Teori, Analisis dan Interpretasi Data). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Bramble J. (1985). Computer In School. New York: McGraw Hill. Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO Coffin, Gregory C. (1995). Minimum Computer Knowledge for Elementary Principal. Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43. Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology. 3:50-54. Dorsett, R (1990). Dalam: Chin Sak Fatt (1993). Tinjauan Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Dan Pembelajaran. Projek Sarjana Muda UTM. Ely, D.P. (1993). Computer In Schools and Universities In the United States of America. Educational Technology, vol.33 (9), ms. 53. Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary schools: an examination of existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis. Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.
  • 19. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 19 | P a g e Fullan et. al. (1988), Strategies for Implementing Microcomputer in Schools: The Ontario Case Ontario: Ministry of Education, Queen’s Printer. Gilroy, D dan Desai H.B. (1986). Computer Anxiety : Sex, Race and Age. International Journal Of Man- Machine Studies, vol. 25, ms. 711-719. Hamzah Hussain (1995). Latihan Dalam Perkhidmatan: Satu Kajian Mengenai Persepsi, Keberkesanan dan Keperluan Guru di Negeri Pahang. Tesis Sarjana UUM. Harrison, A.W., Kelly, R. Dan Rainer Jr. (1992). The Influence of Individual Differences on Skill in End- User Computing. Hasselbring, O.S. (1991). Improving Education Through Technology: Barriers and Recommendation. Preventing School Failure, vol. 35 (3), ms. 33. Holdaway, K. Sounders, M. (1996). Thw In-House Training As Consultant (2nd Edition). London. Kamus Dewan: Edisi Ketiga (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Krueger, A.B. 2003. The digital divide in educating African-American students and workers. In Cecilia Conrad and Margaret Simms (eds). Education and training for the Black worker in the 21st century. Washington: Center for Political and Economic Studies Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley Publication Company. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003 Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and learning. Stirling, USA: Kogan Page. Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala Lumpur. Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee, M. (2004). Budaya ICT di Kalangan Guru-Guru Sains dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal Pendidikan 7: 15-24.
  • 20. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 20 | P a g e Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004 Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kertas Kerja Pembentangan Seminar SITMA. Terengganu. 19-20 Ogos. Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf (2013). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding 7th International Malaysian Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16-18 September. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13. Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia Pengurusan Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pricilla, N. and Karin, M. W. (2003). Teaching with Technology. Vancouver: Thomposon Wardsworth. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran- Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72. W.F. Connel (1981). Asas Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.