SlideShare a Scribd company logo
Persepsi Pensyarah Terhadap Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik Di
Politeknik Kuala Terengganu
Nor Muslaili binti Mokhtar
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
muslaili@pkkt.edu.my
Normi binti Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
normi@pkkt.edu.my
Zailawati binti Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
zailawati@pkkt.edu.my
Abstrak - Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penggunaan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dalam pengajaran kursus matematik di Politeknik Kuala Terengganu. Dua aspek telah dikaji bagi
menjawab persoalan kajian iaitu penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik dan kemudahan prasarana
ICT sedia ada yang kerap digunakan dalam kalangan pensyarah bagi pengajaran kursus matematik. Sampel kajian
terdiri daripada 12 orang pensyarah di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Kajian ini menggunakan
teknik tinjauan iaitu soal selidik terhadap para pensyarah. Analisis data dilakukan dengan menggunakan ‘Microsoft
Excel’ dan analisis peratusan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan peralatan ICT untuk persediaan pengajaran
hanya mencatat 38.1% manakala kemudahan prasarana ICT secara keseluruhannya menunjukkan 65.6%. Hasil
dapatan juga mendapati kemudahan peralatan ICT seperti scanner, kamera video digital dan LCD Projector di
Politeknik Kuala Terengganu perlu dipertingkatkan memandangkan pendapat pensyarah terhadap kemudahan
tersebut tidak disediakan menunjukkan peratusan yang agak tinggi. Sehubungan itu, pihak pengurusan PKT diharap
dapat meningkatkan kemudahan prasarana peralatan ICT, dengan anggapan menggalakkan pensyarah menggunakan
peralatan terkini dalam proses pengajaran di kelas.
Kata kunci: penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran
Pengenalan
Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran kursus matematik berbeza dengan kursus yang
lain di politeknik. Selain daripada memerlukan kemahiran mengira, matematik melibatkan daya
pemikiran dan kreativiti yang tinggi bagi memahami sesuatu konsep matematik dengan tepat dan
menyeluruh. Setiap pensyarah kursus matematik perlu memiliki pelbagai kemahiran dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran kursus matematik dengan mengambil kira keperluan dan tahap
pembelajaran para pelajar. Noor Azlan & Noraziah (2010) memetik kenyataan kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam kajian mereka yang menekankan bahawa penyaluran
maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan
peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat.
Dalam pendidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan
menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CD
Rom untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. ICT boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan
teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer.
Pernyataan Masalah
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu telah beroperasi lebih
sedekad yang lalu, namun kaedah pengajaran kursus matematik masih menggunakan kaedah
konvensional iaitu kaedah ‘chalk and talk’. Kaedah ini masih menjadi pilihan utama para pensyarah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus matematik di mana hasil tinjauan menunjukkan
bahawa 92% pensyarah masih menggunakan kaedah ini kerana ia mudah dan berkesan. Namun begitu,
kaedah ini tidak lagi boleh menangani secara bijak segala masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
kursus matematik pada masa kini kerana ianya tidak dapat mempamerkan gambaran sebenar aplikasi
kursus matematik terutamanya dalam kehidupan seharian. Dengan kesedaran ini, penyelidik berpendapat
satu Kajian Persepsi Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik Di Politeknik Kuala
Terengganu perlu digarap bagi mendapat maklum balas dalam kalangan pensyarah.
Persoalan Kajian
i. Sejauh mana pensyarah JMSK, PKT mengunakan ICT dalam pengajaran kursus matematik.
ii. Apakah kemudahan prasarana ICT sedia ada yang selalu digunakan dalam kalangan
pensyarah dalam pengajaran kursus matematik.
Objektif Kajian
i. Mengenal pasti kekerapan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik.
ii. Mengenal pasti kemudahan prasarana ICT sedia ada yang selalu digunakan dalam kalangan
pensyarah dalam pengajaran kursus matematik.
Batasan Kajian
i. Responden terdiri daripada 12 orang pensyarah di JMSK, PKT Sesi Disember 2012.
ii. Tumpuan kajian hanya melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik.
iii. Data kajian dikumpul melalui edaran soal selidik.
Sorotan Kajian
Peranan Komputer Dalam Pendidikan Masa Kini
Kaedah ‘chalk and talk’ yang digunakan dalam kursus matematik sebelum ini perlu
ditransformasikan dengan menekankan pengalaman mengajar berasaskan elektronik selari dengan
perkembangan ICT kerana tidak dapat dinafikan bahawa, komputer memainkan peranan penting dalam
sektor pendidikan masa kini. Menurut Johnson & Johnson (1996), tiga peranan komputer dalam sektor
pendidikan iaitu meningkatkan aktiviti serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, mengautomasikan
proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai alat untuk memproses maklumat untuk tujuan
meningkatkan produktiviti. Kajian yang telah dibuat oleh Lederman & Niess (1999) pula menunjukkan
bahawa komputer berperanan dalam membantu pelajar mempelajari matematik dan sains dalam situasi
sebenar melalui teknologi komputer dan dibantu dengan penggunaan teknologi lain.
Penggunaan ICT dalam bentuk seperti komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD),
kamera video digital, internet dan lain-lain dapat membantu dalam meluaskan lagi konsep pembelajaran
dan menyediakan situasi pembelajaran yang berbeza kepada pelajar alaf baru seterusnya membawa
kepada inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah kursus matematik.
Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengandungi dua bahagian iaitu teknologi maklumat
dan teknologi komunikasi. Menurut Mokhtar Ahmad (2004), teknologi maklumat ialah teknologi yang
menggunakan komputer dan perkakasan yang berkaitan. Komputer ialah sebuah alat atau peranti yang
boleh menerima kemasukan (input) data dan memprosesnya untuk dijadikan maklumat. Teknologi
komunikasi pula mengandungi peranti dan sistem elektromagnet yang membenarkan manusia berhubung
dalam jarak jauh seperti telefon, radio, televisyen dan kabel tv. Dengan bantuan komunikasi, pengguna
dapat berhubung antara satu sama lain dalam bentuk rangkaian.
ICT dan Pendidikan
Abdul Manaf Bohari (2006) menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikir, terancang dan bersesuaian demi
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Teknologi Komputer dan Komunikasi
Kebolehan menghubungkan komputer antara satu sama lain melalui modem atau rangkaian dan
talian komunikasi bagi menyediakan akses maklumat dalam talian dipanggil saling hubungan. Menurut
Hizamnuddin Awang (2000), antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan adanya kebolehan saling
hubungan telekomunikasi ialah e-mail. O. S. Goh & Farid Ahmad (1995) mendefinisikan e-mail sebagai
perkhidmatan komunikasi data yang membolehkan penghantaran surat, memo dan dokumen dari satu
terminal atau komputer ke terminal atau komputer lain. Maklumat atau mesej boleh dihantar, disimpan
dan didapatkan kembali apabila diminta. E-mail dapat ditakrifkan sebagai memo, surat dan mesej yang
dihantar secara elektronik daripada pengguna komputer kepada pengguna komputer melalui rangkaian
Intranet dan Internet.
Selain e-mail, Hizamnuddin Awang (2000) menyatakan bahawa Internet menjadi medium utama
untuk proses komunikasi dan penyaluran maklumat dalam dunia digital. Internet adalah siri rangkaian
yang saling berhubungan dan mencakupi kawasan setempat, daerah dan rangkaian kerangka utama
kebangsaan. Internet merupakan koleksi daripada ribuan rangkaian setempat dan antarabangsa yang
menghubungkan kerajaan, universiti dan agensi komersial.
Dalam abad ke-21 ini, negara memerlukan pekerja berpengetahuan termasuklah pendidik selari
dengan proses inovasi yang akan sentiasa berterusan kerana dunia kini diterajui oleh individu-individu
yang inovatif, kreatif dan mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat, Internet dan
komunikasi. Antara kelebihan internet ialah sesiapa sahaja boleh mengakses maklumat tanpa mengira
masa dan di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, para pendidik seharusnya dapat mengambil peluang ini
untuk turut sama menyalurkan pengetahuan dan kepakaran di dalam internet supaya sumber tersebut
boleh dimanfaatkan oleh pelajar. Tambahan pula, pelajar masa kini lebih senang menghabiskan masa
dengan internet termasuklah untuk mencari maklumat sebagai tambahan kepada nota yang diberi oleh
pensyarah.
Metodologi
Responden dan Sampel Kajian
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah kesemua 12 orang pensyarah di JMSK, PKT
yang mengajar pelbagai kursus matematik bermula daripada semester 1 hingga semester 6.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah terdiri daripada borang soal selidik yang dibina bagi mendapatkan data-
data yang berkaitan dengan kajian. Terdapat dua konstruk yang telah dibina iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik manakala
Bahagian B adalah berkenaan dengan kemudahan prasarana ICT sediaada yang selalu digunakan dalam
kalangan pensyarah dalam pengajaran kursus matematik. Borang soal selidik ini dibina menggunakan
skala YA atau TIDAK.
Analisis Data
Soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dan dianalisa menggunakan analisa
skor peratusan di mana Microsoft Excel 2007 digunakan. Bahagian A dianalisa untuk
mengetahui latar belakang sampel secara deskriptif manakala Bahagian B pula dianalisa dalam
bentuk kekerapan dan peratusan.
Dapatan Kajian
Dapatan kajian adalah berdasarkan kepada jawapan responden melalui borang soal selidik yang
telah diedarkan. Berikut adalah dapatan kajian yang telah diperolehi.
Demografi Responden
Merujuk Jadual 1, jumlah keseluruhan responden bagi kajian ini adalah seramai 12 orang
melibatkan 6 pensyarah lelaki dan 6 pensyarah perempuan. Majoriti responden adalah berkelulusan
sarjana muda manakala selebihnya adalah berkelulusan sarjana dan doktor falsafah. Bidang pengkhususan
reponden terdiri daripada pelbagai disiplin pengajian di mana 66.7% daripada responden adalah dari
bidang Kejuruteraan, diikuti oleh bidang Teknologi Maklumat (16.7%). Bidang matematik dan sains
gunaan mencatatkan peratus terendah iaitu 8.3%. Dari segi pengalaman mengajar kursus matematik pula,
sebanyak 83.4% pensyarah mempunyai pengalaman selama 10 tahun ke bawah, manakala selebihnya
adalah mereka yang berpengalaman mengajar lebih dari 16 tahun.
Jadual 1 Demografi responden
DEMOGRAFI
BILANGAN
RESPONDEN
PERATUSAN
(%)
Jantina
Lelaki 6 50%
Perempuan 6 50%
Kelulusan
Diploma 0 0%
Ijazah 7 58.3%
Sarjana 4 33.3%
PHD 1 8.3%
Bidang Pengkhususan
Matematik 1 8.3%
Sains Gunaan 1 8.3%
Kejuruteraan Elektrik 6 50%
Kejuruteraan Awam 2 16.7%
Kejuruteraan Mekanikal 0 0%
Teknologi Maklumat 2 16.7%
Lain-Lain 0 0%
Pengalaman Mengajar Matematik
1-5 tahun 8 66.7%
6-10 tahun 2 16.7%
11-15 tahun 0 0%
16-20 tahun 1 8.3%
21 tahun ke atas 1 8.3%
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik
Berdasarkan Jadual 2, peratus penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah JMSK secara
keseluruhannya mencatat 38.1%. Peratusan yang rendah ini disumbangkan oleh item A4 hingga A6 iaitu
pensyarah menggunakan e-mail untuk memuat naik tugasan dan menyampaikan maklumat terkini kepada
pelajar yang mencatat 8.33%. Begitu juga dengan peratusan penggunaan facebook sebagai medium untuk
berkongsi maklumat dengan pelajar dan menggunakan e-mel untuk memuat naik nota kepada pelajar iaitu
sekadar mencatat 16.67%. Namun demikian, semua pensyarah didapati melayari internet untuk mencari
sumber rujukan tambahan. Hasil daripada dapatan di atas mendapati kebanyakan pensyarah menggunakan
internet dalam membuat persediaan pengajaran tetapi kurang menggunakan email dan facebook dalam
menyampaikan tugasan dan maklumat terkini kepada pelajar. Kebanyakan pensyarah masih gemar
mengedarkan tugasan kepada pelajar secara manual iaitu dalam bentuk hardcopy, manakala maklumat
terkini seperti makluman perubahan kelas disampaikan melalui medium lain seperti talian telefon atau
pesanan melalui wakil kelas di mana berisiko berlakunya keciciran maklumat.
Jadual 2 Penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik
ITEM DESKRIPSI
YA TIDAK
BIL % BIL %
A1
Saya melayari internet untuk mencari sumber rujukan tambahan
bagi memantapkan pengajaran.
12 100 0 0
A2
Saya menggunakan Slaid Power point dalam menyampaikan
kuliah.
7 58.33 5 41.67
A3
Saya menggunakan LCD Projector dalam menyampaikan
kuliah.
7 58.33 5 41.67
A4
Saya menggunakan e-mel untuk memuat naik nota kepada
pelajar .
2 16.67 10 83.33
A5 Saya menggunakan e-mel untuk memuat naik tugasan kepada 1 8.33 11 91.67
pelajar.
A6
Saya menggunakan e-mel untuk menyampaikan maklumat
terkini kepada pelajar .
1 8.33 11 91.67
A7
Saya menggunakan facebook sebagai medium untuk berkongsi
maklumat dengan pelajar saya.
2 16.67 10 83.33
Peratus Keseluruhan Penggunaan ICT 38.1% 61.9%
Kemudahan Prasarana ICT Sedia ada Yang Selalu Digunakan Dalam Kalangan Pensyarah Dalam
Pengajaran Kursus Matematik.
Berdasarkan Jadual 3, semua pensyarah bersetuju bahawa mereka disediakan dengan kemudahan
capaian internet di tempat kerja, kemudahan LCD Projector, kemudahan komputer dan kemudahan
printer. Namun sebanyak 83.33% pensyarah berpendapat kemudahan scanner dan kamera video digital
tidak disediakan. Hasil daripada maklum balas juga mendapati 75% pensyarah JTMK berpendapat
kemudahan komputer tidak disediakan di bilik kuliah, manakala 33.33% menyatakan kemudahan
projector LCD tidak disediakan di bilik kuliah. Keempat-empat item ini telah menyumbang secara
keseluruhannya 34.4% maklum balas terhadap kemudahan peralatan atau prasarana tidak disediakan di
PKT.
Jadual 3: Kemudahan Prasarana ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik
ITEM DESKRIPSI
YA TIDAK
BIL % BIL %
B1 Kemudahan capaian Internet disediakan di tempat kerja. 12 100 0 0
B2 Kemudahan LCD Projector disediakan. 12 100 0 0
B3 Kemudahan komputer disediakan. 12 100 0 0
B4 Kemudahan printer disediakan. 12 100 0 0
B5 Kemudahan scanner disediakan. 2 16.67 10 83.33
B6 Kemudahan kamera video digital disediakan. 2 16.67 10 83.33
B7 Kemudahan komputer disediakan di bilik kuliah. 3 25 9 75
B8 Kemudahan LCD Projector disediakan di bilik kuliah. 8 66.67 4 33.33
Peratus Keseluruhan Kemudahan Prasarana ICT 65.6% 34.4%
Kesimpulan & Cadangan
Kepentingan ICT dalam konteks pengajaran masa kini tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi
salah satu keperluan asas masyarakat moden dan prasyarat kepada kejayaan pembangunan intelek dan jati
diri di era digital ini. Dapatan kajian menunjukkan peratusan penggunaan e-mail dan facebook sebagai
medium untuk berkongsi maklumat didapati amat rendah dalam kalangan pensyarah JMSK. Peratus
keseluruhan kemudahan prasarana ICT di PKT mencatat 65.6%. Namun demikian, kemudahan peralatan
ICT seperti scanner, kamera video digital dan LCD Projector di Politeknik Kuala Terengganu perlu
dipertingkatkan memandangkan pendapat pensyarah terhadap kemudahan tersebut tidak disediakan
menunjukkan peratusan yang agak tinggi.
Penyelidik beranggapan bahawa kemudahan masih boleh dipertingkatkan bagi menggalakkan
pensyarah menggunakan kemudahan ICT di PKT. Namun demikian, kajian ini tidak dapat menunjukkan
korelasi antara kemudahan terhadap penggunaan ICT. Penyelidik mencadangkan kajian korelasi antara
kemudahan dan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik dilaksanakan dalam usaha
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan
Abdul Manaf Bohari (2006). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Sebagai Alat Bantu Dalam
Pendidikan Era Maklumat. Petaling Jaya: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Hizamnuddin Awang (2000). Komputer Memudahkan Perhubungan. Majalah PC. Bil. 40. Kuala Lumpur:
A&Z Publisher Sdn. Bhd.
Hizamnuddin Awang (2000). Belajar Sepanjang Hayat Melalui Internet. Majalah PC. Bil. 42. Kuala
Lumpur: A&Z Publisher Sdn. Bhd.
Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1996). Cooperation and the use of technology. In D. H.
Jonassen
(Ed.), Handbook of research for educational communications and technology (pp. 1017-1044).
New York: Simon and Schuster Macmillan.
Lederman, N.& Niess, M. (1999). Is It Live Or Is It Memorex? ProQuest Education Journals. 99(7),
357-
359.
Mokhtar Ahmad (2004). Pengenalan Komputer & ICT. Kuala Lumpur: Darulfikir Sdn. Bhd.
Noor Azlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim @ Aziz (2010). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Universiti Teknologi
Malaysia.
O. S. Goh & Farid Ahmad (1995). Kamus Komputer dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran

More Related Content

What's hot

03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahMrsEden
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Mohd Dasuki
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
Shah Awang
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanummuha
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
Azizul84
 
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Nor Sazlin Kusai
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelsharilzal
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
Nor Aminah
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 

What's hot (17)

03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolah
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
 
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 

Viewers also liked

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
Siti Fatimah Dzulkifli
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
Anas Redzuan Shariff
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
Awin Ayura
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
Tee Teh
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Nuraini Ismail
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
Dee Hamid
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
Fiza Joon Mblaq
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Teacher Nasrah
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
Siti Rohayah Shik Omar
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 

Viewers also liked (17)

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar to Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Shalina Mustaffa
 
Teknologi PDP Matematik
Teknologi PDP MatematikTeknologi PDP Matematik
Teknologi PDP Matematik
ikhwankmk92
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdp
Nurul Atiyah
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP Matematik
Ermahijra Kalam
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
Muhammad Othman Mahat
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahMazliza Maz
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Sandhrigah Krishnan
 
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03Aidah Sumaa
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Jurnal
JurnalJurnal

Similar to Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran (20)

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 
Teknologi PDP Matematik
Teknologi PDP MatematikTeknologi PDP Matematik
Teknologi PDP Matematik
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdp
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP Matematik
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarah
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 

Recently uploaded

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (7)

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 

Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran

  • 1. Persepsi Pensyarah Terhadap Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik Di Politeknik Kuala Terengganu Nor Muslaili binti Mokhtar Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia muslaili@pkkt.edu.my Normi binti Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia normi@pkkt.edu.my Zailawati binti Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia zailawati@pkkt.edu.my Abstrak - Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran kursus matematik di Politeknik Kuala Terengganu. Dua aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik dan kemudahan prasarana ICT sedia ada yang kerap digunakan dalam kalangan pensyarah bagi pengajaran kursus matematik. Sampel kajian terdiri daripada 12 orang pensyarah di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Kajian ini menggunakan teknik tinjauan iaitu soal selidik terhadap para pensyarah. Analisis data dilakukan dengan menggunakan ‘Microsoft Excel’ dan analisis peratusan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan peralatan ICT untuk persediaan pengajaran hanya mencatat 38.1% manakala kemudahan prasarana ICT secara keseluruhannya menunjukkan 65.6%. Hasil dapatan juga mendapati kemudahan peralatan ICT seperti scanner, kamera video digital dan LCD Projector di Politeknik Kuala Terengganu perlu dipertingkatkan memandangkan pendapat pensyarah terhadap kemudahan tersebut tidak disediakan menunjukkan peratusan yang agak tinggi. Sehubungan itu, pihak pengurusan PKT diharap dapat meningkatkan kemudahan prasarana peralatan ICT, dengan anggapan menggalakkan pensyarah menggunakan peralatan terkini dalam proses pengajaran di kelas. Kata kunci: penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran Pengenalan Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran kursus matematik berbeza dengan kursus yang lain di politeknik. Selain daripada memerlukan kemahiran mengira, matematik melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi bagi memahami sesuatu konsep matematik dengan tepat dan menyeluruh. Setiap pensyarah kursus matematik perlu memiliki pelbagai kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kursus matematik dengan mengambil kira keperluan dan tahap pembelajaran para pelajar. Noor Azlan & Noraziah (2010) memetik kenyataan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam kajian mereka yang menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Dalam pendidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CD
  • 2. Rom untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. ICT boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer. Pernyataan Masalah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu telah beroperasi lebih sedekad yang lalu, namun kaedah pengajaran kursus matematik masih menggunakan kaedah konvensional iaitu kaedah ‘chalk and talk’. Kaedah ini masih menjadi pilihan utama para pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus matematik di mana hasil tinjauan menunjukkan bahawa 92% pensyarah masih menggunakan kaedah ini kerana ia mudah dan berkesan. Namun begitu, kaedah ini tidak lagi boleh menangani secara bijak segala masalah dalam pengajaran dan pembelajaran kursus matematik pada masa kini kerana ianya tidak dapat mempamerkan gambaran sebenar aplikasi kursus matematik terutamanya dalam kehidupan seharian. Dengan kesedaran ini, penyelidik berpendapat satu Kajian Persepsi Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik Di Politeknik Kuala Terengganu perlu digarap bagi mendapat maklum balas dalam kalangan pensyarah. Persoalan Kajian i. Sejauh mana pensyarah JMSK, PKT mengunakan ICT dalam pengajaran kursus matematik. ii. Apakah kemudahan prasarana ICT sedia ada yang selalu digunakan dalam kalangan pensyarah dalam pengajaran kursus matematik. Objektif Kajian i. Mengenal pasti kekerapan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik. ii. Mengenal pasti kemudahan prasarana ICT sedia ada yang selalu digunakan dalam kalangan pensyarah dalam pengajaran kursus matematik. Batasan Kajian i. Responden terdiri daripada 12 orang pensyarah di JMSK, PKT Sesi Disember 2012. ii. Tumpuan kajian hanya melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik. iii. Data kajian dikumpul melalui edaran soal selidik. Sorotan Kajian Peranan Komputer Dalam Pendidikan Masa Kini Kaedah ‘chalk and talk’ yang digunakan dalam kursus matematik sebelum ini perlu ditransformasikan dengan menekankan pengalaman mengajar berasaskan elektronik selari dengan perkembangan ICT kerana tidak dapat dinafikan bahawa, komputer memainkan peranan penting dalam sektor pendidikan masa kini. Menurut Johnson & Johnson (1996), tiga peranan komputer dalam sektor pendidikan iaitu meningkatkan aktiviti serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, mengautomasikan proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai alat untuk memproses maklumat untuk tujuan meningkatkan produktiviti. Kajian yang telah dibuat oleh Lederman & Niess (1999) pula menunjukkan bahawa komputer berperanan dalam membantu pelajar mempelajari matematik dan sains dalam situasi sebenar melalui teknologi komputer dan dibantu dengan penggunaan teknologi lain.
  • 3. Penggunaan ICT dalam bentuk seperti komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital, internet dan lain-lain dapat membantu dalam meluaskan lagi konsep pembelajaran dan menyediakan situasi pembelajaran yang berbeza kepada pelajar alaf baru seterusnya membawa kepada inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah kursus matematik. Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengandungi dua bahagian iaitu teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Menurut Mokhtar Ahmad (2004), teknologi maklumat ialah teknologi yang menggunakan komputer dan perkakasan yang berkaitan. Komputer ialah sebuah alat atau peranti yang boleh menerima kemasukan (input) data dan memprosesnya untuk dijadikan maklumat. Teknologi komunikasi pula mengandungi peranti dan sistem elektromagnet yang membenarkan manusia berhubung dalam jarak jauh seperti telefon, radio, televisyen dan kabel tv. Dengan bantuan komunikasi, pengguna dapat berhubung antara satu sama lain dalam bentuk rangkaian. ICT dan Pendidikan Abdul Manaf Bohari (2006) menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikir, terancang dan bersesuaian demi meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Teknologi Komputer dan Komunikasi Kebolehan menghubungkan komputer antara satu sama lain melalui modem atau rangkaian dan talian komunikasi bagi menyediakan akses maklumat dalam talian dipanggil saling hubungan. Menurut Hizamnuddin Awang (2000), antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan adanya kebolehan saling hubungan telekomunikasi ialah e-mail. O. S. Goh & Farid Ahmad (1995) mendefinisikan e-mail sebagai perkhidmatan komunikasi data yang membolehkan penghantaran surat, memo dan dokumen dari satu terminal atau komputer ke terminal atau komputer lain. Maklumat atau mesej boleh dihantar, disimpan dan didapatkan kembali apabila diminta. E-mail dapat ditakrifkan sebagai memo, surat dan mesej yang dihantar secara elektronik daripada pengguna komputer kepada pengguna komputer melalui rangkaian Intranet dan Internet. Selain e-mail, Hizamnuddin Awang (2000) menyatakan bahawa Internet menjadi medium utama untuk proses komunikasi dan penyaluran maklumat dalam dunia digital. Internet adalah siri rangkaian yang saling berhubungan dan mencakupi kawasan setempat, daerah dan rangkaian kerangka utama kebangsaan. Internet merupakan koleksi daripada ribuan rangkaian setempat dan antarabangsa yang menghubungkan kerajaan, universiti dan agensi komersial. Dalam abad ke-21 ini, negara memerlukan pekerja berpengetahuan termasuklah pendidik selari dengan proses inovasi yang akan sentiasa berterusan kerana dunia kini diterajui oleh individu-individu yang inovatif, kreatif dan mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat, Internet dan komunikasi. Antara kelebihan internet ialah sesiapa sahaja boleh mengakses maklumat tanpa mengira masa dan di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, para pendidik seharusnya dapat mengambil peluang ini untuk turut sama menyalurkan pengetahuan dan kepakaran di dalam internet supaya sumber tersebut boleh dimanfaatkan oleh pelajar. Tambahan pula, pelajar masa kini lebih senang menghabiskan masa
  • 4. dengan internet termasuklah untuk mencari maklumat sebagai tambahan kepada nota yang diberi oleh pensyarah. Metodologi Responden dan Sampel Kajian Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah kesemua 12 orang pensyarah di JMSK, PKT yang mengajar pelbagai kursus matematik bermula daripada semester 1 hingga semester 6. Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah terdiri daripada borang soal selidik yang dibina bagi mendapatkan data- data yang berkaitan dengan kajian. Terdapat dua konstruk yang telah dibina iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik manakala Bahagian B adalah berkenaan dengan kemudahan prasarana ICT sediaada yang selalu digunakan dalam kalangan pensyarah dalam pengajaran kursus matematik. Borang soal selidik ini dibina menggunakan skala YA atau TIDAK. Analisis Data Soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dan dianalisa menggunakan analisa skor peratusan di mana Microsoft Excel 2007 digunakan. Bahagian A dianalisa untuk mengetahui latar belakang sampel secara deskriptif manakala Bahagian B pula dianalisa dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Dapatan Kajian Dapatan kajian adalah berdasarkan kepada jawapan responden melalui borang soal selidik yang telah diedarkan. Berikut adalah dapatan kajian yang telah diperolehi. Demografi Responden Merujuk Jadual 1, jumlah keseluruhan responden bagi kajian ini adalah seramai 12 orang melibatkan 6 pensyarah lelaki dan 6 pensyarah perempuan. Majoriti responden adalah berkelulusan sarjana muda manakala selebihnya adalah berkelulusan sarjana dan doktor falsafah. Bidang pengkhususan reponden terdiri daripada pelbagai disiplin pengajian di mana 66.7% daripada responden adalah dari bidang Kejuruteraan, diikuti oleh bidang Teknologi Maklumat (16.7%). Bidang matematik dan sains gunaan mencatatkan peratus terendah iaitu 8.3%. Dari segi pengalaman mengajar kursus matematik pula, sebanyak 83.4% pensyarah mempunyai pengalaman selama 10 tahun ke bawah, manakala selebihnya adalah mereka yang berpengalaman mengajar lebih dari 16 tahun. Jadual 1 Demografi responden DEMOGRAFI BILANGAN RESPONDEN PERATUSAN (%) Jantina Lelaki 6 50% Perempuan 6 50%
  • 5. Kelulusan Diploma 0 0% Ijazah 7 58.3% Sarjana 4 33.3% PHD 1 8.3% Bidang Pengkhususan Matematik 1 8.3% Sains Gunaan 1 8.3% Kejuruteraan Elektrik 6 50% Kejuruteraan Awam 2 16.7% Kejuruteraan Mekanikal 0 0% Teknologi Maklumat 2 16.7% Lain-Lain 0 0% Pengalaman Mengajar Matematik 1-5 tahun 8 66.7% 6-10 tahun 2 16.7% 11-15 tahun 0 0% 16-20 tahun 1 8.3% 21 tahun ke atas 1 8.3% Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik Berdasarkan Jadual 2, peratus penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah JMSK secara keseluruhannya mencatat 38.1%. Peratusan yang rendah ini disumbangkan oleh item A4 hingga A6 iaitu pensyarah menggunakan e-mail untuk memuat naik tugasan dan menyampaikan maklumat terkini kepada pelajar yang mencatat 8.33%. Begitu juga dengan peratusan penggunaan facebook sebagai medium untuk berkongsi maklumat dengan pelajar dan menggunakan e-mel untuk memuat naik nota kepada pelajar iaitu sekadar mencatat 16.67%. Namun demikian, semua pensyarah didapati melayari internet untuk mencari sumber rujukan tambahan. Hasil daripada dapatan di atas mendapati kebanyakan pensyarah menggunakan internet dalam membuat persediaan pengajaran tetapi kurang menggunakan email dan facebook dalam menyampaikan tugasan dan maklumat terkini kepada pelajar. Kebanyakan pensyarah masih gemar mengedarkan tugasan kepada pelajar secara manual iaitu dalam bentuk hardcopy, manakala maklumat terkini seperti makluman perubahan kelas disampaikan melalui medium lain seperti talian telefon atau pesanan melalui wakil kelas di mana berisiko berlakunya keciciran maklumat. Jadual 2 Penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik ITEM DESKRIPSI YA TIDAK BIL % BIL % A1 Saya melayari internet untuk mencari sumber rujukan tambahan bagi memantapkan pengajaran. 12 100 0 0 A2 Saya menggunakan Slaid Power point dalam menyampaikan kuliah. 7 58.33 5 41.67 A3 Saya menggunakan LCD Projector dalam menyampaikan kuliah. 7 58.33 5 41.67 A4 Saya menggunakan e-mel untuk memuat naik nota kepada pelajar . 2 16.67 10 83.33 A5 Saya menggunakan e-mel untuk memuat naik tugasan kepada 1 8.33 11 91.67
  • 6. pelajar. A6 Saya menggunakan e-mel untuk menyampaikan maklumat terkini kepada pelajar . 1 8.33 11 91.67 A7 Saya menggunakan facebook sebagai medium untuk berkongsi maklumat dengan pelajar saya. 2 16.67 10 83.33 Peratus Keseluruhan Penggunaan ICT 38.1% 61.9% Kemudahan Prasarana ICT Sedia ada Yang Selalu Digunakan Dalam Kalangan Pensyarah Dalam Pengajaran Kursus Matematik. Berdasarkan Jadual 3, semua pensyarah bersetuju bahawa mereka disediakan dengan kemudahan capaian internet di tempat kerja, kemudahan LCD Projector, kemudahan komputer dan kemudahan printer. Namun sebanyak 83.33% pensyarah berpendapat kemudahan scanner dan kamera video digital tidak disediakan. Hasil daripada maklum balas juga mendapati 75% pensyarah JTMK berpendapat kemudahan komputer tidak disediakan di bilik kuliah, manakala 33.33% menyatakan kemudahan projector LCD tidak disediakan di bilik kuliah. Keempat-empat item ini telah menyumbang secara keseluruhannya 34.4% maklum balas terhadap kemudahan peralatan atau prasarana tidak disediakan di PKT. Jadual 3: Kemudahan Prasarana ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik ITEM DESKRIPSI YA TIDAK BIL % BIL % B1 Kemudahan capaian Internet disediakan di tempat kerja. 12 100 0 0 B2 Kemudahan LCD Projector disediakan. 12 100 0 0 B3 Kemudahan komputer disediakan. 12 100 0 0 B4 Kemudahan printer disediakan. 12 100 0 0 B5 Kemudahan scanner disediakan. 2 16.67 10 83.33 B6 Kemudahan kamera video digital disediakan. 2 16.67 10 83.33 B7 Kemudahan komputer disediakan di bilik kuliah. 3 25 9 75 B8 Kemudahan LCD Projector disediakan di bilik kuliah. 8 66.67 4 33.33 Peratus Keseluruhan Kemudahan Prasarana ICT 65.6% 34.4% Kesimpulan & Cadangan Kepentingan ICT dalam konteks pengajaran masa kini tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi salah satu keperluan asas masyarakat moden dan prasyarat kepada kejayaan pembangunan intelek dan jati diri di era digital ini. Dapatan kajian menunjukkan peratusan penggunaan e-mail dan facebook sebagai medium untuk berkongsi maklumat didapati amat rendah dalam kalangan pensyarah JMSK. Peratus keseluruhan kemudahan prasarana ICT di PKT mencatat 65.6%. Namun demikian, kemudahan peralatan ICT seperti scanner, kamera video digital dan LCD Projector di Politeknik Kuala Terengganu perlu
  • 7. dipertingkatkan memandangkan pendapat pensyarah terhadap kemudahan tersebut tidak disediakan menunjukkan peratusan yang agak tinggi. Penyelidik beranggapan bahawa kemudahan masih boleh dipertingkatkan bagi menggalakkan pensyarah menggunakan kemudahan ICT di PKT. Namun demikian, kajian ini tidak dapat menunjukkan korelasi antara kemudahan terhadap penggunaan ICT. Penyelidik mencadangkan kajian korelasi antara kemudahan dan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik dilaksanakan dalam usaha meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Rujukan Abdul Manaf Bohari (2006). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Sebagai Alat Bantu Dalam Pendidikan Era Maklumat. Petaling Jaya: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Hizamnuddin Awang (2000). Komputer Memudahkan Perhubungan. Majalah PC. Bil. 40. Kuala Lumpur: A&Z Publisher Sdn. Bhd. Hizamnuddin Awang (2000). Belajar Sepanjang Hayat Melalui Internet. Majalah PC. Bil. 42. Kuala Lumpur: A&Z Publisher Sdn. Bhd. Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1996). Cooperation and the use of technology. In D. H. Jonassen (Ed.), Handbook of research for educational communications and technology (pp. 1017-1044). New York: Simon and Schuster Macmillan. Lederman, N.& Niess, M. (1999). Is It Live Or Is It Memorex? ProQuest Education Journals. 99(7), 357- 359. Mokhtar Ahmad (2004). Pengenalan Komputer & ICT. Kuala Lumpur: Darulfikir Sdn. Bhd. Noor Azlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim @ Aziz (2010). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Universiti Teknologi Malaysia. O. S. Goh & Farid Ahmad (1995). Kamus Komputer dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.