SlideShare a Scribd company logo
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
        39500, TANJUNG MALIM, PERAK.


FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
                 ( KPT6044 )


                  TUGASAN 3

   TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN
       GURU-GURU SEKOLAH RENDAH
             ( SATU TINJAUAN )



   NAMA : KHAIRI JUMAIAH BINTI KAMARUDIN

          NO. MATRIK : M20112001281

           NO. TELEFON : 019-9263640




             NAMA PENSYARAH :

 PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR




                       1
1.0    PENGENALAN


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau ICT menjadi semakin penting dalam
perkembangan pendidikan hari ini. Penggunaan teknologi ini bukan saja menjimatkan masa
dan penggunaan tenaga, malah memudahkan capaian maklumat kerana ia bergerak dan
berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasi dan masa yang khusus. Di antara salah
satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, adalah merapatkan
jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan
kemahiran ICT dalam kalangan guru dan pelajar. Dalam Rancangan Malaysia ke -9, kerajaan
telah memperuntukkan sejumlah 28.8% dari peruntukkan ICT negara bagi tujuan merapatkan
jurang digital masyarakat.


       Umumnya masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang boleh
membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga ia dijadikan sebagai
sebahagian mata pelajaran. Selain itu kemudahan ICT ini dilihat banyak membantu proses
pengurusan dan dapat meningkatkan produktiviti dan keberkesanan sesuatu sistem
pengurusan. Perkembangan yang menggalakan ini telah mendorong ke arah peningkatan
penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru dan pelajar sekolah.


       Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan terdapat sebahagian guru
masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kajian juga menunjukkan kegagalan ini berpunca dari ketidakmahiran guru (Norizan,2003)
dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya.
Terdapat juga guru yang phobia dengan teknologi ICT dan menurut Zorinawati (1999),
phobia golongan pendidik biasanya mempunyai tiga jenis iaitu phobia dengan komputer atau
takut dengan komputer, phobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu
menangani perkembangan komputer dan phobia dengan kerja atau takut jika tahu komputer,
akan diberikan lebih banyak kerja oleh Pengetua atau Guru Besar. Menurut Mohd Sobhi dan
Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan
menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam masyarakat.



                                            2
1.1    PENYATAAN MASALAH


Konsep universiti maya talah lama di bahaskan di negara kita Malaysia. Malah kini
telah wujud universiti terbuka yang menawarkan kursus atau program ijazah melalui
kemudahan internet. Program ini akan gagal sekiranya masyarakat masih ketinggalan
dengan pengetahuan dan kemahiran ICT. Sekolah bestari telah diwujudkan dengan
segala kemudahan ICT sebagai titik permulaan ke arah itu.


       Kejayaan penyepaduan ICT dalam kurikulum pendidikan di sekolah
bergantung kepada para guru bagaimana mereka memanfaatkan kemudahan ICT
sebagai alat untuk mengekses pelbagai maklumat yang ada di sekeliling mereka, baik
untuk diri mereka sendiri mahupun kepada pelajar mereka. Semua usaha ini adalah
untuk menyokong ke arah pembelajaran yang berkesan. Jika guru pandai dan bijak
menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali ini akan
memberi pengalaman pembelajaran baru dan mengubah paradigma pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Sejauh manakah kesediaan guru menyahut cabaran ini.




1.2    TUJUAN KAJIAN


Kajian bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru
Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist (SKPM),di daerah Raub, Pahang. Secara
khususnya ia bertujuan untuk;
       i) menentukan tahap kemahiran ICT guru-guru di Sekolah Kebangsaan
          Perempuan Methodist, Raub, Pahang.
       ii) menentukan sama ada terdapat perbezaan antara kemahiran ICT dengan
          jantina guru-guru di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub,
          Pahang.
       iii) menentukan sama ada terdapat perbezaan antara kemahiran ICT dengan
          mata pelajaran yang diajar.

                                        3
1.3    PERSOALAN KAJIAN


      Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :
             i) Apakah tahap kemahiran ICT guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan
                  Methodist, Raub, Pahang.
             ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran ICT dengan
                  jantina guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub,
                  Pahang.
             iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran ICT dengan
                  mata pelajaran yang diajar.




      1.4    BATASAN KAJIAN


      Kajian ini bertumpu kepada guru-guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah
      kebangsaan dalam daerah Raub, Pahang iaitu Sekolah Kebangsaan Perempuan
      Methodist. Sekolah ini mempunyai 50 orang guru yang terdiri daripada 38 orang guru
      perempuan dan 12 orang guru lelaki. Secara keseluruhannya kajian ini dijalankan
      untuk mengenalpasti tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru sekolah rendah
      tersebut.




2.0    TINJAUAN LITERATUR


Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT telah menjadi satu keperluan dalam hidup pada
abad ini. ICT adalah satu teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan dan
memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan teknologi maklumat telah
memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan menulis.
Perubahan ini memerlukan pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan
guru dan amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat bermaklumat.



                                                4
ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini dan semua insan alaf baru terpaksa
kenal dan tahu memanfaatkannya. Sebagai seorang guru yang memainkan peranan penting
dalam melahirkan masyarakat dan berfikiran secara global, mereka perlu melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan kemahiran ICT secukupnya. Menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai
kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990).Para guru perlu mahir
menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Keperluan perisian dan
perkakasan yang berkualiti amatlah penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
       Penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru amatlah diperlukan pada era ini
untuk menjayakan lagi prasarana ini. Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan
sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian perisian dan perkakasan
komputer untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Hillary
Mc Lellan, 1991).
       Banyak persoalan timbul ekoran pelaksanaan konsep pendidikan bestari yang dirintis
di 89 buah sekolah dalam Malaysia. Projek Perintis Sekolah Bestari adalah lebih pantas
berbanding dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran manual kerana melalui projek ini,
pelajar dan guru itu sendiri boleh mendapatkan maklumat mengenai mata pelajaran tanpa
hanya merujuk kepada buku-buku teks.
       Justeru itu, minat dan keyakinan yang penuh amatlah penting dalam menguasai
teknologi komputer. Sikap yang kurang yakin terhadap diri sendiri dalam kalangan guru
adalah salah satu faktor penyebab kegagalan guru dalam melaksanakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer (Bliss, 1986). Keyakinan dan keselesaan dalam
menggunakan komputer perlu dititikberatkan. Guru yang bersikap negatif atau tidak berkesan
dalam penggunaan komputer akan mendorong kepada penolakan inovasi komputer (Somekh,
1989). Menurut Gan (1991), penggunaan komputer akan dipraktik oleh guru sekiranya guru
berasa selesa dan yakin dengan komputer. Oleh yang demikian, sikap dan sokongan padu
dalam kalangan guru amat penting dalam menentukan kejayaan program teknologi
pendidikan (Woodrow, 1992).
       Adalah jelas bahawa kebolehan menggunakan ICT secara efektif adalah lebih dari
hanya mengetahui menggunakan papan kekunci serta tetikus sahaja. Kefahaman tentang

                                            5
nilai, kesesuaian serta impak dari maklumat sebagai sumber pengetahuan adalah suatu
kepastian (Carta & Monaco , 1987) Oleh itu, kajian ini ditumpukan kepada keperluan guru-
guru terhadap ICT dalam konteks yang lebih luas tentang literasi maklumat iaitu kebolehan
untuk mencari, mengenalpasti dan menilai secara kritikal kandungan dan kualiti
maklumat;memilih, menyesuaikan dan menggunakan maklumat bagi memenuhi keperluan
pembelajaran serta mengadakan refleksi terhadap proses ini.




3.0    METODOLOGI


       3.1     Reka Bentuk Kajian, Populasi dan Sampel
               Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada
       borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh sampel kajian. Data yang telah
       dipungut secara rawak daripada 50 orang guru yang ada dikumpul daripada
       maklumbalas melalui soal selidik yang diedar kepada responden. Jawapan yang
       diberikan adalah mengikut keikhlasan responden Data yang telah di kumpul, dianalisis
       menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16.0
       (SPSS) secara deskriptif dan inferensi seperti skor min, peratusan dan ujian ANOVA.


       3.2     Populasi dan Sampel
               Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan
       Methodist, Raub, Pahang. Bagi mendapatkan populasi sebenar keseluruhan guru,
       penyelidik telah mengambil data daripada 12 orang guru yang mengajar di sekolah yang
       sama. Secara keseluruhannya, terdapat 50 orang guru yang mengajar di Sekolah
       Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub. Sebanyak 20 set soal selidik telah diedarkan
       tetapi terdapat beberapa soal selidik yang diberikan tidak dipulangkan dan sebahagiannya
       tidak diisi dengan lengkap. Oleh sebab itu, pengkaji telah memilih sebanyak 12 set
       borang soal selidik yang baik dan lengkap diisi atau 24.0% dari keseluruhan populasi
       kajian ini
               Secara keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan
       untuk menentukan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru Sekolah
       Kebangsaan Perempuan Methodist di daerah Raub, Pahang. Selain itu, ia bertujuan

                                              6
untuk menentukan kewujudan perbezaan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-
       guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub dengan jantina dan mata
       pelajaran yang diajar. Sampel kajian ini terdiri daripada 12 orang guru-guru yang
       mengajar di sekolah tersebut..


       3.3    Instrumen Kajian
              Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal
       selidik. Secara umumnya, kertas soal selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian
       iaitu Bahagian A yang terdiri daripada maklumat demografi responden termasuk
       umur, pengalaman mengajar, jantina guru dan mata pelajaran yang diajar. Manakala
       bahagian B adalah soalan berkait dengan tahap kemahiran ICT. Dalam bahagian B,
       pengkaji mengelompokkan soalan soal selidik kepada tiga bahagian iaitu minat,
       terhadap ICT, kesediaan dan kesanggupan belajar ICT dan pengetahuan dan
       penggunaan perisian ICT. Bagi penentuan tahap kemahiran ICT, pengkaji telah
       menggunakan tiga skala iaitu Tinggi, Sederhana dan Rendah. Dapatan data akan
       dianalisis untuk mendapatkan nilai skor min, peratusan dan kekerapan.




4.0    DAPATAN KAJIAN


Data yang diperolehi telah direkodkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
(Statistic Package for the Social Sciences). Kajian ini telah menggunakan seramai 12 orang
guru sebagai sampel kajian. Mereka ini terdiri daripada lapan orang guru perempuan dan
empat orang guru lelaki. Berkait dengan bidang mata pelajaran yang diajar, guru dalam
bidang bahasa melebihi guru dalam bidang sains dengan nisbah 8:4.


       4.1    Tahap kemahiran ICT guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist,
       Raub, Pahang.
              Analisis terhadap tahap kemahiran ICT dijalankan dengan membahagikan
       mereka kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Secara keseluruhannya
       tahap kemahiran ICT guru-guru berada pada tahap tinggi iaitu min 4.02 dengan


                                            7
sisihan piawai 0.52. Aspek penggunaan perisian pemproses kata seperti Microsoff
Word dan perisian persembahan seperti Microsoff Powerpoint mencatatkan keputusan
tertinggi dengan min 4.82. Keputusan ini adalah wajar memandangkan kedua-dua
elemen tersebut merupakan perkara asas yang sering digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas termasuk tugasan guru itu sendiri.
       Menurut Judge (2003) et. al juga menjelaskan seseorang itu harus mahir
dalam penggunaan komputer terutamanya dalam penggunaan “Word prosessing”,
hamparan elektronik, membuat persembahan elektronik, menggunakan internet dan
menggunakan perisian bagi tujuan pembelajaran. Walaupun begitu, terdapat juga juga
dalam kalangan guru-guru yang masih kekurangan kemahiran terutama dalam aspek
pengendalian perkakasan ICT. Dapatan menunjukkan tahap kemahiran ICT dalam
aspek ini hanya sederhana dengan min 3.03 dan aspek pengesanan masalah alatan
atau perisian ICT hanya tahap sederhana dengan min 3.37


4.2    Perbandingan antara kemahiran ICT dengan jantina guru-guru Sekolah
Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang.
       Daripada jumlah sampel yang diuji, bilangan guru perempuan melebihi
bilangan guru lelaki. Walau bagaimanapun kesemua mereka pernah menggunakan
ICT samada untuk tugasan peribadi ataupun semasa pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Setelah menganalisis data dapatan tinjauan terhadap perbezaan
tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru perempuan dan guru lelaki, pengkaji
mendapati min kemahiran ICT bagi guru lelaki ialah 4.11 manakala min bagi guru
perempuan ialah 3.89. Ini menunjukkan tahap kemahiran ICT bagi guru perempuan
dan guru lelaki agak tinggi dan hampir sama. Hasil Ujian Anova menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara min kemahiran ICT bagi guru-guru lelaki
dan guru-guru perempuan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Raub,
Pahang.


4.3    Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran ICT dengan
mata pelajaran yang diajar.



                                     8
Terdapat 13 mata pelajaran yang diajar di Sekolah Kebangsaan Perempuan
       Methodist Raub tetapi dalam kajian ini pengkaji telah membahagikan mata pelajaran
       tersebut kepada hanya dua kategori iaitu bidang bahasa dan bidang sains. Daripada
       analisis data, didapati kedua-dua bidang mata pelajaran ini tidak menunjukkan
       perbezaan yang signifikan antara kemahiran ICT dengan mata pelajaran yang diajar.
       Min tahap kemahiran ICT guru-guru yang mengajar dalam kedua-dua bidang mata
       pelajaran yang diajar iaitu bidang bahasa dan bidang sains ialah 3.98 dan 4.02.
              Sebagai rumusan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lebih dari 85.0 %
       guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Raub yang terlibat dalam
       kajian ini mempunyai tahap kemahiran terhadap penggunaan ICT yang tinggi dalam
       profesion mereka. Mereka juga berminat untuk belajar ICT demi pelajar serta untuk
       menambah pengetahuan dan pengalaman sendiri. Guru-guru ini juga mengakui
       bahawa kemahiran ICT membantu mereka mendapatkan maklumat dan menguasai
       pengetahuan secara efektif. Hampir 65.0% daripada guru-guru dalam kajian ini
       mengaku bahawa mereka masih belum cekap atau tidak mahir untuk melaksanakan
       pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan sumber ICT.




5.0    PERBINCANGAN


       Kemahiran ICT merupakan satu bentuk kemahiran yang memerlukan pengguna
sentiasa bersedia untuk berubah mengikut peredaran semasa. Latihan dan amalan yang
berterusan amat diperlukan bagi memastikan kemahiran ICT dapat terus diguna. Menerusi
kajian ini, guru-guru sekolah rendah didapati telah bersedia melengkapkan diri mereka
dengan kemahiran ICT dan ini selaras dengan tujuan kementerian pelajaran dalam
meningkatkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan menghasilkaan
masyarakat celik ICT. Secara keseluruhannya, hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa
tahap kemahiran ICT guru-guru sekolah rendah tidak berkait dengan jantina guru dan bidang
mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Kajian lanjutan diperlukan bagi
mengenalpasti faktor sebenar yang boleh mempengaruhi tahap kemahiran ICT dalam
kalangan guru-guru sekolah rendah. Adalah dicadangkan bahawa beberapa langkah perlu

                                              9
diambil oleh pihak pengurusan pendidikan bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan
kemahiran guru-guru dalam penggunaan sumber ICT dalam bilik darjah. Demikian juga
perlunya dipertingkatkan kelengkapan sekolah dengan sumber-sumber ICT bagi memberi
peluang kepada guru-guru yang memiliki kecekapan melaksanakan pengajaran dengan lebih
berkesan. Guru-guru juga perlu didedahkan dengan pelbagai kursus sampingan yang
berkaitan dengan ICT agar budaya penggunaan ICT terus berkembang dan mutu kemahiran
ICT guru-guru, pelajar dan selanjutnya masyarakat terus meningkat.




                                            10
BIBLIOGRAFI


Norizan & Raja Maznah. (2004). Pengintegrasian Teknologi Dalam Pengajaran dan
       Pembelajaran: Adakah Kita Sudah Sedia? Prosiding Konvensyen Teknologi
       Pendidikan ke-17. 17 – 20 September 2004. Pulau Pinang. Persatuan Teknologi
       Pendidikan Malaysia.

Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur:
       Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Mohd Sobhi Ishak & Musa Abu Hassan (2007), Satu Persoalan Jurang Digital Dalam
     Kalangan Masyarakat Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di International
     Conference on Media and Communication (MENTION 2007) , 20-22 Ogos 2007,
     Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006), Online : http://www.moe.gov.my/ [20/4/2007]


Sarimah Ismail (2003), Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan
      Sains dari persepsi Pendidik, Universiti Perguruan Sultan Idris

Yusup Hashim (2003), Konsep dan Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
      dalam Instruktional dan Pembelajaran, Universiti Perguruan Sultan Idris

Norizan Ahmad (2003), Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains di
       Sekolah Menengah : Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan, Maktab Perguruan Teknik
       Kuala Lumpur.




                                          11

More Related Content

What's hot

Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIrma Gurlz
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentationNor Aminah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajarPenggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajarnurulliyana28
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
RINGKASAN ULASAN JURNAL
RINGKASAN ULASAN JURNALRINGKASAN ULASAN JURNAL
RINGKASAN ULASAN JURNALtengkunini
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukieMohd Dasuki
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PShah Awang
 
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMaplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMAnas Arshad
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 

What's hot (16)

Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajarPenggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
RINGKASAN ULASAN JURNAL
RINGKASAN ULASAN JURNALRINGKASAN ULASAN JURNAL
RINGKASAN ULASAN JURNAL
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMaplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 

Viewers also liked

國際珠寶趨勢 2012
國際珠寶趨勢 2012國際珠寶趨勢 2012
國際珠寶趨勢 2012Jewelrywood
 
Collective intelligence in web 2
Collective intelligence in web 2Collective intelligence in web 2
Collective intelligence in web 2matty91
 
Sabahattin ali kagni
Sabahattin ali kagniSabahattin ali kagni
Sabahattin ali kagnibarstugan
 
Mostra di de giovanni luigi ritrovare il paesaggio
Mostra di de giovanni luigi ritrovare il paesaggioMostra di de giovanni luigi ritrovare il paesaggio
Mostra di de giovanni luigi ritrovare il paesaggioLuigi De Giovanni
 
Hititoloji semineri
Hititoloji semineriHititoloji semineri
Hititoloji seminerizeynep_zyn41
 
Reading argumentation
Reading argumentationReading argumentation
Reading argumentationshawnashulman
 
Grupna kupovina Beograd Srbija, Snizenje Beograd
Grupna kupovina Beograd Srbija, Snizenje BeogradGrupna kupovina Beograd Srbija, Snizenje Beograd
Grupna kupovina Beograd Srbija, Snizenje BeogradGrupna kupovina
 
Sermon Creation Flourishing
Sermon Creation FlourishingSermon Creation Flourishing
Sermon Creation FlourishingP4X
 
Mercato del marketing diretto in Italia
Mercato del marketing diretto in ItaliaMercato del marketing diretto in Italia
Mercato del marketing diretto in Italiamls marco merlo
 
This Is A Poem b/w A Violation Of Expectation by Mairi Campbell Jack SAMPLE P...
This Is A Poem b/w A Violation Of Expectation by Mairi Campbell Jack SAMPLE P...This Is A Poem b/w A Violation Of Expectation by Mairi Campbell Jack SAMPLE P...
This Is A Poem b/w A Violation Of Expectation by Mairi Campbell Jack SAMPLE P...Burning Eye
 
Witteveen Cloud- & Connectdiensten
Witteveen Cloud- & ConnectdienstenWitteveen Cloud- & Connectdiensten
Witteveen Cloud- & ConnectdienstenJTourney
 

Viewers also liked (20)

國際珠寶趨勢 2012
國際珠寶趨勢 2012國際珠寶趨勢 2012
國際珠寶趨勢 2012
 
Thriller evaluation
Thriller evaluationThriller evaluation
Thriller evaluation
 
Presentation1 copy
Presentation1   copyPresentation1   copy
Presentation1 copy
 
Jill krieger portfolio
Jill krieger portfolioJill krieger portfolio
Jill krieger portfolio
 
Collective intelligence in web 2
Collective intelligence in web 2Collective intelligence in web 2
Collective intelligence in web 2
 
Sabahattin ali kagni
Sabahattin ali kagniSabahattin ali kagni
Sabahattin ali kagni
 
Mostra di de giovanni luigi ritrovare il paesaggio
Mostra di de giovanni luigi ritrovare il paesaggioMostra di de giovanni luigi ritrovare il paesaggio
Mostra di de giovanni luigi ritrovare il paesaggio
 
Hititoloji semineri
Hititoloji semineriHititoloji semineri
Hititoloji semineri
 
Art
ArtArt
Art
 
07 icecream 2009
07 icecream 200907 icecream 2009
07 icecream 2009
 
Reading argumentation
Reading argumentationReading argumentation
Reading argumentation
 
Grupna kupovina Beograd Srbija, Snizenje Beograd
Grupna kupovina Beograd Srbija, Snizenje BeogradGrupna kupovina Beograd Srbija, Snizenje Beograd
Grupna kupovina Beograd Srbija, Snizenje Beograd
 
power point
power pointpower point
power point
 
Sermon Creation Flourishing
Sermon Creation FlourishingSermon Creation Flourishing
Sermon Creation Flourishing
 
Mercato del marketing diretto in Italia
Mercato del marketing diretto in ItaliaMercato del marketing diretto in Italia
Mercato del marketing diretto in Italia
 
The weather
The weatherThe weather
The weather
 
11
1111
11
 
This Is A Poem b/w A Violation Of Expectation by Mairi Campbell Jack SAMPLE P...
This Is A Poem b/w A Violation Of Expectation by Mairi Campbell Jack SAMPLE P...This Is A Poem b/w A Violation Of Expectation by Mairi Campbell Jack SAMPLE P...
This Is A Poem b/w A Violation Of Expectation by Mairi Campbell Jack SAMPLE P...
 
I Like Sophie Paris Cataloque-3 Pdf
I Like Sophie Paris Cataloque-3 PdfI Like Sophie Paris Cataloque-3 Pdf
I Like Sophie Paris Cataloque-3 Pdf
 
Witteveen Cloud- & Connectdiensten
Witteveen Cloud- & ConnectdienstenWitteveen Cloud- & Connectdiensten
Witteveen Cloud- & Connectdiensten
 

Similar to Tugasan 3 kajian tinjauan

Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP Izawati Saat
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 

Similar to Tugasan 3 kajian tinjauan (20)

Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 

Tugasan 3 kajian tinjauan

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 39500, TANJUNG MALIM, PERAK. FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ( KPT6044 ) TUGASAN 3 TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH ( SATU TINJAUAN ) NAMA : KHAIRI JUMAIAH BINTI KAMARUDIN NO. MATRIK : M20112001281 NO. TELEFON : 019-9263640 NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR 1
  • 2. 1.0 PENGENALAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau ICT menjadi semakin penting dalam perkembangan pendidikan hari ini. Penggunaan teknologi ini bukan saja menjimatkan masa dan penggunaan tenaga, malah memudahkan capaian maklumat kerana ia bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasi dan masa yang khusus. Di antara salah satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan pelajar. Dalam Rancangan Malaysia ke -9, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 28.8% dari peruntukkan ICT negara bagi tujuan merapatkan jurang digital masyarakat. Umumnya masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga ia dijadikan sebagai sebahagian mata pelajaran. Selain itu kemudahan ICT ini dilihat banyak membantu proses pengurusan dan dapat meningkatkan produktiviti dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Perkembangan yang menggalakan ini telah mendorong ke arah peningkatan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru dan pelajar sekolah. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan terdapat sebahagian guru masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian juga menunjukkan kegagalan ini berpunca dari ketidakmahiran guru (Norizan,2003) dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Terdapat juga guru yang phobia dengan teknologi ICT dan menurut Zorinawati (1999), phobia golongan pendidik biasanya mempunyai tiga jenis iaitu phobia dengan komputer atau takut dengan komputer, phobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menangani perkembangan komputer dan phobia dengan kerja atau takut jika tahu komputer, akan diberikan lebih banyak kerja oleh Pengetua atau Guru Besar. Menurut Mohd Sobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam masyarakat. 2
  • 3. 1.1 PENYATAAN MASALAH Konsep universiti maya talah lama di bahaskan di negara kita Malaysia. Malah kini telah wujud universiti terbuka yang menawarkan kursus atau program ijazah melalui kemudahan internet. Program ini akan gagal sekiranya masyarakat masih ketinggalan dengan pengetahuan dan kemahiran ICT. Sekolah bestari telah diwujudkan dengan segala kemudahan ICT sebagai titik permulaan ke arah itu. Kejayaan penyepaduan ICT dalam kurikulum pendidikan di sekolah bergantung kepada para guru bagaimana mereka memanfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk mengekses pelbagai maklumat yang ada di sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri mahupun kepada pelajar mereka. Semua usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran yang berkesan. Jika guru pandai dan bijak menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru dan mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sejauh manakah kesediaan guru menyahut cabaran ini. 1.2 TUJUAN KAJIAN Kajian bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist (SKPM),di daerah Raub, Pahang. Secara khususnya ia bertujuan untuk; i) menentukan tahap kemahiran ICT guru-guru di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. ii) menentukan sama ada terdapat perbezaan antara kemahiran ICT dengan jantina guru-guru di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. iii) menentukan sama ada terdapat perbezaan antara kemahiran ICT dengan mata pelajaran yang diajar. 3
  • 4. 1.3 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut : i) Apakah tahap kemahiran ICT guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran ICT dengan jantina guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran ICT dengan mata pelajaran yang diajar. 1.4 BATASAN KAJIAN Kajian ini bertumpu kepada guru-guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah kebangsaan dalam daerah Raub, Pahang iaitu Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. Sekolah ini mempunyai 50 orang guru yang terdiri daripada 38 orang guru perempuan dan 12 orang guru lelaki. Secara keseluruhannya kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru sekolah rendah tersebut. 2.0 TINJAUAN LITERATUR Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT telah menjadi satu keperluan dalam hidup pada abad ini. ICT adalah satu teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini memerlukan pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat bermaklumat. 4
  • 5. ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini dan semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Sebagai seorang guru yang memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat dan berfikiran secara global, mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT secukupnya. Menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990).Para guru perlu mahir menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Keperluan perisian dan perkakasan yang berkualiti amatlah penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru amatlah diperlukan pada era ini untuk menjayakan lagi prasarana ini. Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian perisian dan perkakasan komputer untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Hillary Mc Lellan, 1991). Banyak persoalan timbul ekoran pelaksanaan konsep pendidikan bestari yang dirintis di 89 buah sekolah dalam Malaysia. Projek Perintis Sekolah Bestari adalah lebih pantas berbanding dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran manual kerana melalui projek ini, pelajar dan guru itu sendiri boleh mendapatkan maklumat mengenai mata pelajaran tanpa hanya merujuk kepada buku-buku teks. Justeru itu, minat dan keyakinan yang penuh amatlah penting dalam menguasai teknologi komputer. Sikap yang kurang yakin terhadap diri sendiri dalam kalangan guru adalah salah satu faktor penyebab kegagalan guru dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (Bliss, 1986). Keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer perlu dititikberatkan. Guru yang bersikap negatif atau tidak berkesan dalam penggunaan komputer akan mendorong kepada penolakan inovasi komputer (Somekh, 1989). Menurut Gan (1991), penggunaan komputer akan dipraktik oleh guru sekiranya guru berasa selesa dan yakin dengan komputer. Oleh yang demikian, sikap dan sokongan padu dalam kalangan guru amat penting dalam menentukan kejayaan program teknologi pendidikan (Woodrow, 1992). Adalah jelas bahawa kebolehan menggunakan ICT secara efektif adalah lebih dari hanya mengetahui menggunakan papan kekunci serta tetikus sahaja. Kefahaman tentang 5
  • 6. nilai, kesesuaian serta impak dari maklumat sebagai sumber pengetahuan adalah suatu kepastian (Carta & Monaco , 1987) Oleh itu, kajian ini ditumpukan kepada keperluan guru- guru terhadap ICT dalam konteks yang lebih luas tentang literasi maklumat iaitu kebolehan untuk mencari, mengenalpasti dan menilai secara kritikal kandungan dan kualiti maklumat;memilih, menyesuaikan dan menggunakan maklumat bagi memenuhi keperluan pembelajaran serta mengadakan refleksi terhadap proses ini. 3.0 METODOLOGI 3.1 Reka Bentuk Kajian, Populasi dan Sampel Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh sampel kajian. Data yang telah dipungut secara rawak daripada 50 orang guru yang ada dikumpul daripada maklumbalas melalui soal selidik yang diedar kepada responden. Jawapan yang diberikan adalah mengikut keikhlasan responden Data yang telah di kumpul, dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16.0 (SPSS) secara deskriptif dan inferensi seperti skor min, peratusan dan ujian ANOVA. 3.2 Populasi dan Sampel Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. Bagi mendapatkan populasi sebenar keseluruhan guru, penyelidik telah mengambil data daripada 12 orang guru yang mengajar di sekolah yang sama. Secara keseluruhannya, terdapat 50 orang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub. Sebanyak 20 set soal selidik telah diedarkan tetapi terdapat beberapa soal selidik yang diberikan tidak dipulangkan dan sebahagiannya tidak diisi dengan lengkap. Oleh sebab itu, pengkaji telah memilih sebanyak 12 set borang soal selidik yang baik dan lengkap diisi atau 24.0% dari keseluruhan populasi kajian ini Secara keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk menentukan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist di daerah Raub, Pahang. Selain itu, ia bertujuan 6
  • 7. untuk menentukan kewujudan perbezaan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru- guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub dengan jantina dan mata pelajaran yang diajar. Sampel kajian ini terdiri daripada 12 orang guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut.. 3.3 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik. Secara umumnya, kertas soal selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A yang terdiri daripada maklumat demografi responden termasuk umur, pengalaman mengajar, jantina guru dan mata pelajaran yang diajar. Manakala bahagian B adalah soalan berkait dengan tahap kemahiran ICT. Dalam bahagian B, pengkaji mengelompokkan soalan soal selidik kepada tiga bahagian iaitu minat, terhadap ICT, kesediaan dan kesanggupan belajar ICT dan pengetahuan dan penggunaan perisian ICT. Bagi penentuan tahap kemahiran ICT, pengkaji telah menggunakan tiga skala iaitu Tinggi, Sederhana dan Rendah. Dapatan data akan dianalisis untuk mendapatkan nilai skor min, peratusan dan kekerapan. 4.0 DAPATAN KAJIAN Data yang diperolehi telah direkodkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Sciences). Kajian ini telah menggunakan seramai 12 orang guru sebagai sampel kajian. Mereka ini terdiri daripada lapan orang guru perempuan dan empat orang guru lelaki. Berkait dengan bidang mata pelajaran yang diajar, guru dalam bidang bahasa melebihi guru dalam bidang sains dengan nisbah 8:4. 4.1 Tahap kemahiran ICT guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. Analisis terhadap tahap kemahiran ICT dijalankan dengan membahagikan mereka kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Secara keseluruhannya tahap kemahiran ICT guru-guru berada pada tahap tinggi iaitu min 4.02 dengan 7
  • 8. sisihan piawai 0.52. Aspek penggunaan perisian pemproses kata seperti Microsoff Word dan perisian persembahan seperti Microsoff Powerpoint mencatatkan keputusan tertinggi dengan min 4.82. Keputusan ini adalah wajar memandangkan kedua-dua elemen tersebut merupakan perkara asas yang sering digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas termasuk tugasan guru itu sendiri. Menurut Judge (2003) et. al juga menjelaskan seseorang itu harus mahir dalam penggunaan komputer terutamanya dalam penggunaan “Word prosessing”, hamparan elektronik, membuat persembahan elektronik, menggunakan internet dan menggunakan perisian bagi tujuan pembelajaran. Walaupun begitu, terdapat juga juga dalam kalangan guru-guru yang masih kekurangan kemahiran terutama dalam aspek pengendalian perkakasan ICT. Dapatan menunjukkan tahap kemahiran ICT dalam aspek ini hanya sederhana dengan min 3.03 dan aspek pengesanan masalah alatan atau perisian ICT hanya tahap sederhana dengan min 3.37 4.2 Perbandingan antara kemahiran ICT dengan jantina guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. Daripada jumlah sampel yang diuji, bilangan guru perempuan melebihi bilangan guru lelaki. Walau bagaimanapun kesemua mereka pernah menggunakan ICT samada untuk tugasan peribadi ataupun semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Setelah menganalisis data dapatan tinjauan terhadap perbezaan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru perempuan dan guru lelaki, pengkaji mendapati min kemahiran ICT bagi guru lelaki ialah 4.11 manakala min bagi guru perempuan ialah 3.89. Ini menunjukkan tahap kemahiran ICT bagi guru perempuan dan guru lelaki agak tinggi dan hampir sama. Hasil Ujian Anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min kemahiran ICT bagi guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Raub, Pahang. 4.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran ICT dengan mata pelajaran yang diajar. 8
  • 9. Terdapat 13 mata pelajaran yang diajar di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Raub tetapi dalam kajian ini pengkaji telah membahagikan mata pelajaran tersebut kepada hanya dua kategori iaitu bidang bahasa dan bidang sains. Daripada analisis data, didapati kedua-dua bidang mata pelajaran ini tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kemahiran ICT dengan mata pelajaran yang diajar. Min tahap kemahiran ICT guru-guru yang mengajar dalam kedua-dua bidang mata pelajaran yang diajar iaitu bidang bahasa dan bidang sains ialah 3.98 dan 4.02. Sebagai rumusan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lebih dari 85.0 % guru-guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Raub yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tahap kemahiran terhadap penggunaan ICT yang tinggi dalam profesion mereka. Mereka juga berminat untuk belajar ICT demi pelajar serta untuk menambah pengetahuan dan pengalaman sendiri. Guru-guru ini juga mengakui bahawa kemahiran ICT membantu mereka mendapatkan maklumat dan menguasai pengetahuan secara efektif. Hampir 65.0% daripada guru-guru dalam kajian ini mengaku bahawa mereka masih belum cekap atau tidak mahir untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan sumber ICT. 5.0 PERBINCANGAN Kemahiran ICT merupakan satu bentuk kemahiran yang memerlukan pengguna sentiasa bersedia untuk berubah mengikut peredaran semasa. Latihan dan amalan yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan kemahiran ICT dapat terus diguna. Menerusi kajian ini, guru-guru sekolah rendah didapati telah bersedia melengkapkan diri mereka dengan kemahiran ICT dan ini selaras dengan tujuan kementerian pelajaran dalam meningkatkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan menghasilkaan masyarakat celik ICT. Secara keseluruhannya, hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran ICT guru-guru sekolah rendah tidak berkait dengan jantina guru dan bidang mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Kajian lanjutan diperlukan bagi mengenalpasti faktor sebenar yang boleh mempengaruhi tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru sekolah rendah. Adalah dicadangkan bahawa beberapa langkah perlu 9
  • 10. diambil oleh pihak pengurusan pendidikan bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam penggunaan sumber ICT dalam bilik darjah. Demikian juga perlunya dipertingkatkan kelengkapan sekolah dengan sumber-sumber ICT bagi memberi peluang kepada guru-guru yang memiliki kecekapan melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru-guru juga perlu didedahkan dengan pelbagai kursus sampingan yang berkaitan dengan ICT agar budaya penggunaan ICT terus berkembang dan mutu kemahiran ICT guru-guru, pelajar dan selanjutnya masyarakat terus meningkat. 10
  • 11. BIBLIOGRAFI Norizan & Raja Maznah. (2004). Pengintegrasian Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Adakah Kita Sudah Sedia? Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-17. 17 – 20 September 2004. Pulau Pinang. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Mohd Sobhi Ishak & Musa Abu Hassan (2007), Satu Persoalan Jurang Digital Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Media and Communication (MENTION 2007) , 20-22 Ogos 2007, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006), Online : http://www.moe.gov.my/ [20/4/2007] Sarimah Ismail (2003), Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dari persepsi Pendidik, Universiti Perguruan Sultan Idris Yusup Hashim (2003), Konsep dan Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Instruktional dan Pembelajaran, Universiti Perguruan Sultan Idris Norizan Ahmad (2003), Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains di Sekolah Menengah : Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan, Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur. 11