Kajian ini menilai keberkesanan penggunaan laman web virtual field trip dalam pengajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat. Hasilnya menunjukkan peningkatan penguasaan konsep sains dalam kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan, walau bagaimanapun, tiada perbezaan signifikan dalam sikap pelajar terhadap penggunaan internet. Ini menunjukkan bahawa virtual field trips berkesan dalam meningkatkan pemahaman tetapi tidak mempengaruhi sikap terhadap mata pelajaran tersebut.