Budaya dan pembelajaran edu3106

23,532 views

Published on

1 Comment
11 Likes
Statistics
Notes
  • sangat membantu dalam memberi lebih kefahaman tentang tajuk ini.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
23,532
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
17
Actions
Shares
0
Downloads
1,576
Comments
1
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Budaya dan pembelajaran edu3106

  1. 1. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 PENGHARGAAN Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapatmenyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasihkepada pensyarah pembimbing, En. Zakaria Bin Mohd Arif kerana membimbingsaya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasihkepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkankerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yangmembantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi andasemua tidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaankerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadisatu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yangsesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan sayaagar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasaproses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.Yang benar,Mohammad Falakhuddin Bin Haron(1P5D-MT/PJ/BM) 1
  2. 2. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyatpelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia bolehdibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina danIndia. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain diMalaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan. Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri-cirikepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyaikebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pulawujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkankeperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakansuatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehinggamemerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali danmenyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalammasyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demimengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnyamembolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yangdemikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negarakerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk diterapkankefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala tuju negara kepada generasimuda. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakatperlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yangberbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaianbudaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian keranabudaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajaridaripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang. 2
  3. 3. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA KAUM INDIA DI DALAM BILIK DARJAH BERDASARKAN ARTIKEL/JURNAL1.0 PENDAHULUAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia. Malaysia merupakansalah satu negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang harmoni dantenteram. Antara tiga kaum yang utama terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina danIndia. Bagi kaum Cina dan India ini, mereka telah pun menetap di tanah ini selama 5abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba danNyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain lagi. Terdapatnya kepelbagaian kaum diNegara ini telah melahirkan kepelbagaian sosio budaya.2.0 KAUM INDIA Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunandaripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British diTanah Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahunyang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamakmerupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannyasemasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiridaripada buruh, pedagang dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang 3
  4. 4. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun,penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke TanahMelayu menyusul semasa peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayuyang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an dan pertumbuhan ekonomiperladangan getah yang kemudian. Kebanyakan penduduk India di Tanah Melayudan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri daripada orang dewasa lelaki yangmana mereka meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu,dengan kedatangan dan kepulangan mereka, pola bilangan penduduk India menjadinaik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000.Menjelang tahun 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di TanahMelayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orangMelayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubahsehingga pada tahun 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasapendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dankuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebihkurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).3.0 ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA BANGSA INDI DI DALAM BILIK DARJAH Pendudukan etnik tersebut di Negara ini telah memberikan implikasi kepadaproses pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat,kelas sosial, kepercayaan, bahasa, dan adat resam. 4
  5. 5. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran,Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, konsep bangsa ataunasional mempunyai maksud yang lebih meluas dan terbentuk berasaskan gagasanras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpunmanusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesamamereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Bangsa menurut kamusDewan Bahasa dan Pustaka (1999) pula merupakan sekumpulan orang yangmempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Secara umumnya,konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupasifat-sifatnya. Bangsa juga memberi maksud kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya (Kamus Pelajar,1993). Kesimpulan daripadakesemua maksud yang diberikan, maka dapat dinyatakan bahawa bangsamerupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yangbersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.Oleh itu, jelaslah bahawasanya kita semua tidak boleh meminggirkan mana-manapihak sama ada kaum Cina ataupun India walaupun pada dasarnya majoritipenduduk di Negara ini adalah kaum Melayu kerana kaum etnik tersebut jugatergolong dalam bangsa Malaysia yang mana dalam konteks Negara kita, bangsaMalaysia sebagai „bangsa idaman‟ yang kita kehendaki. Maka, kepelbagaian sosialini telah memberikan implikasi dalam sistem pendidikan. Jika diperhatikan dari aspekbangsa, semua pihak sama ada guru, murid, sekolah dan juga kurikulum tersiratperlu memastikan bahawa mereka tidak menyentuh usul-usul yang sensiti bagimana-mana bangsa. Sebagai contoh di dalam kelas, guru berperanan untukmengelakkan daripada bersikap lebih kepada perkauman yang mana kedudukanmurid dan aktiviti yang dijalankan hanya bertumpukan kepada sesuatu kaum. 5
  6. 6. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106Janganlah disebabkan murid itu berbangsa India, maka guru terbabit memberikantanggapan negatif hanya kerana bangsanya. Tidak memberikan peluang yang samauntuk mereka berjaya. Guru seharusnya mengambil peluang ini untuk mengajarkepada murid-muridnya bahawa dalam kalangan mereka adalah sama walaupunmereka daripada golongan kaum yang berbeza.http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf. Pada masa yang masaguru boleh menerapkan konsep 1Malaysia dalam diri murid-muridnya seperti yangdisarankan oleh Perdana Menteri Malaysia kini, Dato‟ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj AbdRazak . “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalanganrakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yangseharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” Secara tidak langsung, muridlain akan belajar untuk menghormati murid-murid yang berbangsa lain. Mereka akanbergaul sesama mereka tanpa memandang kepada bangsa. Manakala bagi pihaksekolah pula, mereka berperanan untuk membuka peluang yang luas terutamanyakaum India ini untuk sama-sama menuntut ilmu di sekolah kebangsaan. Usaha iniadalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan.http://www.scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan. Dari aspek struktur masyarakat atau kelas sosial bagi kaum etnik India inijuga telah sedikit sebanyak memberi kesan dalam proses pengajaran danpembelajaran yang berlaku. Kita cuba memahami apa yang dimaksudkan denganstruktur masyarakat atau kelas sosial ini. Masyarakat merupakan sekelompok besarmanusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budayaserta bidang tertentu serta mempunyai matlamat yang sama. Perhubungan itu wujudberdasarkan satu sistem berlandaskan unsur-unsur saling berhubungan sesama 6
  7. 7. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106manusia. Masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama danberorganisasi atas dasar saling hubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup.Menurut J.S Furnivall, buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya danPembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon,masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri. Manakala menurut De Fleur(1974), masyarakat ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasisosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagisemua bidang tingkah laku sosial. Maka disimpulkan di sini struktur masyarakatadalah penduduk yang mempunyai berlainan budaya serta cara hidup serta dalammasyarakat itu sendiri terdapat taraf kedudukan yang berlainan. Konsep kelassosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Iajuga boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang samadari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungandengan punca-punca pengeluaran. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelassosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatubangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individuyang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran sertahubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat limakelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan,pertengahan bahawan, pekerja dan bawah begitu juga bagi kaum india. Gurudigalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklahdilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan ataupunbawahan. Malah yang paling penting guru hendaklah mengelakkan daripadaberlakunya aspek pingggiran di dalam kelas yang diajar. Guru harus bijak dalam 7
  8. 8. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidakberkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara inisatu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akanmenjadi menyeronokkan. Secara langsung, murid juga akan berasa sangat seronokuntuk meneruskan proses pembelajaran mereka kerana tidak terdapatpertelingkahan antara mereka yang tercetus disebabkan mereka berbangsa lain.Amat sensitif bagi kaum India ini terutamanya apabila kita menyentuh ataumemperkatakan mengenai struktur masyarakat mereka. Tambahan pula bagimereka yang bergolongan bawahan. Kita seharusnya sedar bahawa antara kita initidak ada jurang yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk meminggirkan antarasatu sama lain. Manakala pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelassosial masyarakat. Penduduk Bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum diberikanpeluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya. Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertaioleh perasaan „pasti‟ atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Dalamkonteks psikologi, kepercayaan bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitandengan sikap berkedudukan memihak. Kepercayaan dalam konteks agama pula,adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Juga dikenali sebagaiakidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut akan membentuk nilai yang akanmenjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum,kepercayaaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun. Bagi konteks di dalam kelas, murid-murid dapat memahami danmengetahui kepelbagaian kepercayaan masyarakat di Negara kita seperti 8
  9. 9. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Oleh itu, guru sekali lagiberperanan untuk mendedahkan kepada murid mengenai kepercayaan ini agar tidaktimbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkanmurid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isusensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semuakepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Kepercayaan dan amalan agama yangdianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupayamenyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Prosessosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkansupaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Untuk menjadiseorang murid yang cemerlang, dia bukan sahaja perlu lulus semua ujianpeperikasaan yang dijalankan malah hendaklah cemerlang dalam sikap dan tingkahlaku dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sebagai contoh menghormati antarasatu sama lain. http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-India.Sebagai contoh kepercayaan dalam masyarakat India, mereka percaya bahawapantang larang semasa kematian, gambar si mati tidak boleh digantung secaraformal tetapi tetapi terbalik dan ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Maka mereka dilarang sama sekaliuntuk jadikan kepercayaan rakan mereka yang berbangsa India itu sebagai alatuntuk dipersendakan. Implikasi kepelbagaian sosial ini juga telah mengambil kiraaspek peranan sekolah iaitu menjadikannya sebagai suatu media untuk memberiruang kepada pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Pihaksekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama 9
  10. 10. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106Islam sahaja. Malah pihak sekolah boleh menerapkan unsur nilai-nilai murni yangtidak bercanggah dalam mana kepercayaan dalam diri murid. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atausimbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-wenangnya, tetapi mempunyai struktur. Kita juga menggunakan bahasa sebagaisatu alat untuk menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identitikelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Cole (1998) menyatakan bahawabahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersamadengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yangkompleks. Guru harus mengurangkan pengunaan bahasa dialek dan meningkatkandalam mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama ratakepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.Penggunaan bahasa yang standard juga harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsurdialek mengikut kaum hendaklah dielakkan sama ada berkomunikasi antara merekaketika menjalankan aktiviti di dalam kelas ataupun di luar. Murid harus diingatkanuntuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaanlaras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yangbercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaanbahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akanmembantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Pelaksanaanaktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Apabilamurid melibatkan diri mereka di dalam aktiviti yang dilaksanakan, secara tidaklangsung akan mengajar mereka untuk belajar menerima serta menghormati bahasaibunda dan dialek kaum lain terutamanya kaum India ini yang kita sudah sedia 10
  11. 11. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106maklum bahawa bahasa ibunda mempunyai banyak perbezaan dan terbalik jikaditerjemahkan dalam struktur bahasa Malaysia. Sebagai contoh ….Oleh itu, mana-mana pihak iaitu guru, murid dan pihak sekolah tidak boleh memperlekehkan bahasamereka kerana ini merupakan isu yang agak sensitif untuk kita bincangkan.Akhir sekali implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek adat resam. Adat resamadalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telahdiakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dankelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyaikesan kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Adat resam juga merupakansesuatu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat tidak kiraMelayu, Cina dan India. Masing-masing mempunyai adat resam yang tersendiri yangdiwarisi oleh nenek moyang mereka. Murid dapat mempelajari kepelbagaian adatresam ini melalui topik-topik budaya yang berkaitan dengan pengajaran danpembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Usaha kerajaan dalammenerapkan pengetahuan am mengenai kaum-kaum yang terdapat di Malaysiadengan mewujudkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang wajib kepadasemua murid di peringkat sekolah rendah. Semua pihak haruslah sedar bahawa sifatpenerimaan terhadap perbezaaan yang terdapat dalam kalangan mereka adalahamat penting. Sifat ini hendaklah diterapkan dalam diri setiap murid malah semuawarga sekolah tidak terkecuali. Seperti yang telah dinyatakan oleh bekas PerdanaMenteri Malaysia kita yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad di dalam blog beliau,http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/multi-racial-malaysia.html. Negara berbilangkaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. JikaMalaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan 11
  12. 12. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106perbezaan antara kaum-kaum tersebut. Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kitaperlu menerima perbezaan etnik yang terdapat dan kepelbagaian adat resam yangdiamalkan oleh setiap kaum di Negara ini.http://malaysiana.pnm.my/01/01030102ind_bersalin.htm. Sebagai contoh adatresam bagi kaum India ini ialah membisikkan nama tuhan . Sebaik sahaja bayidilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agamaHindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telingabayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanyamembisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidakmembenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telingabayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelummendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayitersebut. Merujuk kepada adat resam ini, guru atau murid terutamanya yangberagama Islam tidak boleh sama sekali mempertikaikan adat resam ini walaupunmempunyai persamaan dengan kaum Melayu sebaik sahaja bayi dilahirkan yangmana dilaungkan azan. 12
  13. 13. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 31064.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakatmajmuk di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akanmenimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalammasyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza,bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuatmurid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahajatanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Halini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan muridtersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya iniharus diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami sertamengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. Secaralangsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah.Cara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai tarafsosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum India yang setengah daripadamereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain.Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yangtoleran ke arah memacu pembangunan negara. 13
  14. 14. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU DALAM PENGAJARAN MURID YANG PELBAGAI KAUM BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah merupakan wacana untuk setiapinsan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapatmemudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran inibermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segimental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakantempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilikdarjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran danpembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesaserta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akanmemberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaranguru. Namun, jika ini yang terjadi, sempurnakah sesuatu penyampaian pengajarandan pembelajaran itu? Oleh itu, semua harus memainkan peranan mereka dalammembina dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif terutamanyaperanan seorang guru. Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilikdarjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untukmenjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yangberkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea,maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat 14
  15. 15. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalanguru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-muridmenjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatusesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadihambar dan membosankan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-muridbegitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belahpihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Olehkerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatifdan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapisesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of ParallelUniverses", 1994). Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yangberkenaan. Contohnya, guru hanya menumpu murid kaum Melayu danmeminggirkan murid kaum India di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpamengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja.Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbezaditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk merekaberinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan apabila merekamelakukan aktiviti pembelajaran secara bersama. 15
  16. 16. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial mengambarkan perbezaancara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marxmenyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yangsama dengan punca-punca pengeluaran. Perbezaan kelas sosial yang wujud perluditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalamaktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akanberpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh gurudalam kelas.Kebijaksaan guru mengendalikan kelas sosial akan mewujudkanpergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yangmembangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapaimatlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarahdan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, emosi murid harus diurusdengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa dalam keadaan stabil untukmeneruskan proses pembelajaran mereka di dalam kelas. Merujuk kepada perkaraini, bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai sosio budaya di dalam sesebuahkelas amat penting untuk memastikan emosi mereka dalam keadaan yang baik.Tekanan yang kebiasaannya terdapat di dalam kelas yang mempunyai pelbagaisosio budaya ini adalah sikap meminggirkan mana-mana kaum, berat sebelah,memerli antara satu sama lain, menyentuh isu-isu sensitif bagi sesuatu kaum dansebagainya. Contohnya bagi kaum India, bagi adab-adab dan amalan kepercayaanmereka merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan semasa proses pengajarandan pembelajaran berlaku. 16
  17. 17. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Dalam konteks untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budayaini, murid disarankan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni. Oleh itu, muridharus menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik yang lain.Jadi peranan sebagai seorang guru, mereka hendaklah mendedahkan pemikiranmurid-murid ini supaya berfokus kepada hubungan etnik di Malaysia dari segisejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting yang lain. Misalnyauntuk kaum India ini, kita sudah sedia maklum bahawa sejarah, latar belakangekonomi mereka ini bermula di peringkat bawah dalam sistem ekonomi kita. Oleh itu,pemahaman murid-murid dari kaum lain amat penting agar tidak menimbulkanperasaan memandang rendah terhadap murid-murid kaum India. Guru juga bolehmengambil peluang dalam menjayakan pembinaan persekitaran bilik darjah yangmesra budaya ini dengan memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaianbudaya masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh topik berkaitan dengan perayaan diMalaysia. Secara tidak langsung, murid-murid yang pelbagai etnik ini akanberinteraksi dan berbincang tentang perayaan tersebut. Dalam masa yang sama,penerapan nilai-nilai murni dan budaya dari etnik yang berlainan dapat diserapkandalam objektif pembelajaran. Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran danpembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.Integrasi pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagiperkembangan yang holistik dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevandengan budaya yang diamalkan amat ditekankan. Aspek kepelbagaian budayamurid perlu dititikberatkan dan tidak boleh dipandang remeh supaya setiap muridtidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka. Konsep kebudayaan mengikut 17
  18. 18. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106konteks sosiologi adalah merupakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dandiwariskan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Sekolahdilihat berperanan sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikutkehendak masyarakat mereka. Maka guru bertanggungjawab untuk memastikankeperluan murid dipenuhi tanpa bersikap prejudis terhadap kepelbagaian murid-muridnya. Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogipendidikan. Guru harus bijak memilih untuk diaplikasikan dalam pengajarannya danmemastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kelas serta relevan denganbudaya. Sebagai contoh menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budayadan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, jikaguru berada di sekolah Tamil dan mengajar Bahasa Melayu, maka guru bolehmenggunakan kaedah mengajar secara simulasi dengan memberikan dialog atauskrip dalam Bahasa Melayu untuk dilakonkan di hadapan kelas. Latihan seperti inimampu meningkatkan penguasaaan bahasa kebangsaan bagi kaum ini. Beberapapendekatan pedagogi yang relevan budaya untuk dijadikan panduan kepada gurudalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Antaranya ialah, pendekatankoperatif, pendekatan kolaboratif, direktif, mediatif, generative dan sebagainya. Kesimpulannya, komunikasi guru dalam pembinaan persekitaran bilik darjahyang mesra budaya ini amat penting dalam sistem pendidikan kerana terdapatnyakepelbagaian sosio budaya yang wujud di Malaysia ini. Jadi, guru harus memainkanperanan mereka untuk memastikan persekitaran seperti ini wujud dalam bilik darjahyang mereka mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadibermakna kepada murid-murid. 18
  19. 19. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 REFLEKSI Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitupada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang danbanyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya.Dalam kerja kursus ini berfokus kepada isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa didalam bilik darjah. Dalam tugasan ini, saya perlu mencari satu artikel dan menulisesei berkaitan dengan isu tersebut.. Selepas itu, saya perlu menghuraikankemahirankomunikasi yang digunakan oleh guru dalam mengajar murid-murid kepelbagaiankelompok bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ini tidakdapat dinafikan bahawa kerja kursus ini adalah sangat menarik perhatian saya.Dengan ini, saya mendapat peluang untuk mengkaji isu-isu kepelbagaian budayaserta kemahiran kominikasi yang perlu dikuasai oleh guru. Saya juga berharap sayadapat memahami lebih banyak maklumat tentang budaya dan pembelajaran supayadapat menggunakannya pada pelajar-pelajar masa depan. Semasa menerima kerja kursus ini, En. Zakaria telah memberi peneranganyang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula mendapatkan pelbagaisumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta menanya soalan padapensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh saya ialah mencari artikelyang sesuai dengan tajuk kerja khusus yang telah diberikan. Akhir kata, saya ingin meminta maaf ke atas kesilapan yang saya telahlakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga inginberucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah En. Zakaria kerana memberisokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini. 19
  20. 20. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 BIBLIOGRAFIBukuKamarol Baharom Mohd Rom, J.E (Ph.D), Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik Darjah, Universiti Teknologi Mara (UiTM).Mohammad Fadzil bin Che Amat (2006), Kesan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Paradigma Behaviorism ke Atas Pencapaian Sains Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Malaysia Satu Analisis Prestasi UPSR Separa Dekat, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.Siti Sumaiza binti Che Ali Mohamed (2008), Persepsi Bakal Guru Tentang Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajaran Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan UTM, Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam, Universiti MalaysiaWebsitehttp://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru dalam-pembinaan-negara.html 20
  21. 21. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 BORANG REKOD KOLABORASI NAMA : MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON OPSYEN : MT/PJ/BM AMBILAN : JANUARI 2010 MATA PELAJARAN : EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING : EN. ZAKARIA BIN MOHD ARIFTARIKH PERKARA CATATAN TANDATANGAN YANG DIBINCANGKAN7/2/2012  Menerima soalan tugasan  Tugasan perlu dan taklimat daripada dihantar pensyarah mata selewat – pelajaran daripada lewatnya pada pensyarah mata 22 Feb 2011. pelajaran –En. Zakaria9/2/2012  Memahami kehendak  Membuat jadual soalan tugasan kerja11/2/2012  Membincangkan  Membuat - persembahan slaid yang perbincangan15/2/2012 dibuat. bersama rakan 21
  22. 22. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 310616/2/2012  Membuat tugasan  Membuat esei - mengikut jadual kerja  Membuat19/2/2012 yang ditetepkan penyusanan slaid20/2/2012  Menyusun tugasan  Membetul  Membuat pemeriksaan tugasan dari terakhir terhadap tugasan segi ejaan  Membuat penyusanan tugasan21/2/2012  Menyiapkan tugasan  Memeriksa tugasan22/2/2012  Menjilid tugasan  Menghantar  Menghantar tugasan tugasan kepada pensyarah pembimbing 22
  23. 23. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106LAMPIRAN 23
  24. 24. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 24
  25. 25. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 25

×