SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEF1503
SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN
JANUARI 2014
KEPENTINGAN BUDAYA DIALOG ANTARA ETNIK DI MALAYSIA
NAMA : TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK
NO. MATRIKS : 720130115259001
NO. KAD PENGENALAN : 720130-11-5259
NO. TELEFON : 014-8086122
E-MEL : tnzaki72@gmail.com
NAMA TUTOR : DRS. WAN AMINUDDIN
BIN WAN AB. HAMID., AMP.
PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
1
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
2
1.0 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai komposisi masyarakat yang
berbilang kaum dan melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur dan
Malaysia barat. Namun begitu terdapat tiga bangsa yang utama di Malaysia iaitu kaum Melayu,
Cina dan India. Di Sarawak suku kaum yang paling ramai ialah suku kaum Iban yang mewakili
30 peratus dari keseluruhan suku kaum di Sarawak.Sementara di Sabah pula suku kaum yang
paling utama ialah etnik Kadazan-Dusun yang terdiri daripada 27 suku. Mengikut Kamus Dewan
Edisi Keempat terbitan 2007, masyarakat majmuk bermakna masyarakat yang terdiri daripada
beberapa suku dan kaum. Mengikut J. S Furnival(1948) masyarakak majmuk dirumuskan
daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai ,agama, bahasa, adat resam dan kebudayaan
yang tersendiri walaupun berada di bawah satu sistem politik yang sama. Manakala mengikut
Kamarudin Jaafar masyarakat majmuk bermakna kaum bercampur tetapi kehidupan tersendiri,
komunikasi terbatas, penuh prasangka serta bersama tetapi tidak bersatu suara.Masyarakat
majmuk dapat dikategorikan kepada tiga ciri utama iaitu dari aspek politik, ekonomi serta sosial.
Ciri-ciri masyarakat majmuk pertama dari sudut politik bermaksud setiap etnik atau
bangsa mempunyai tingkah laku tersendiri dalam agenda politik. Parti politik yang dominan
lebih berteraskan perkauman dan mengamalkan politik rasis. Selain daripada itu terdapat parti
politik yang berasaskan keagamaan kerana mempunyai pendirian kepercayaan yang berlainan.
Dari sudut ekonomi pula masyarakat majmuk memberi maksud setiap masyarakat
mempunyai bidang pekerjaan yang berlainan. Pekerjaan yang berbeza juga membawa kepada
perbezaan tempat tinggal, taraf kehidupan, serta komposisi kaum di setiap negeri.Ciri-ciri yang
seterusnya ialah ciri-ciri dari aspek sosial iaitu setiap bangsa mempunyai interaksi yang lebih di
dalam kaum masing-masing dan kurang berinteraksi di antara etnik.Masyarakat majmuk juga
mempunyai azam sosial yang hamper sama. Kewujudan pelbagai etnik serta kaum juga
mewujudkan kehidupan yang berprasangka, pertentangan idea dan konflik dalaman.
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
3
2.0 Kepentingan Budaya Dialog Di Malaysia
Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami
konflik perkauman mahupun konflik keagamaan yang meruncing, namun begitu beberapa
peristiwa yang boleh dianggap serius seperti ‘konflik kampung Medan' mengingatkan kita
bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu-isu keadilan sosial dan
ekonomi. Di dalam aspek ini misalnya amat penting isu kepimpinan kelompok atau budaya teras
diberi pertimbangan. Di dalam konteks ini kita perlu mempertajamkan apresiasi kita tentang soal
‘peradaban'; apakah dialog peradaban sebenarnya dan apakah faktor-faktor yang berkaitan
dengan kegagalan mahupun kejayaan sesebuah ketamadunan. Apakah suasana dialog di
Malaysia serta di persada global dan akhirnya bagaimanakah dialog berperanan dalam proses
pemartabatan bangsa dan umat melalui penghayatan agama.
Hari ini pakar bidang dialog menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The
Age of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Peralihan
pemikiran ini terjadi lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh
perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang begitu canggih. Dalam konteks Barat
yang era kepenjajahannya terbiasa dengan pandangan yang merendahkan tamadun lain, dialog
telah menjadi satu keperluan hakiki akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya
masyarakat manusia di dunia ini dari segi aspek geografi, agama dan budayanya.
Dari perspektif lain pula, contohnya dari sudut pandangan kita di dunia Kepulauan
Melayu, dialog telah terjadi sejak awal lagi hasil pertembungan bangsa Melayu setempat dengan
yang lain melalui aktiviti perdagangan yang membawa bersamanya proses intelektualisasi dan
keagamaan dalam tempoh yang lama. Oleh sebab itu sepatutnya kemahiran berdialog yang baik
dan berhemah telah sebati dengan masyarakat Malaysia. Namun begitu dalam konteks dialog
dihargai secara sedar di dalam masyarakat hari ini ia bukanlah merupakan sesuatu yang menjadi
keutamaan sehinggalah dua dekad kebelakangan ini.
Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan dan efektif, di antara lain
kita patut memberi pendedahan ilmiah (sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain) untuk
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
4
memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing.
Pentaksiran yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan muhibbah
antara budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan yang
ketara antara kita, tetapi juga boleh membantu memampankan konsep dan realiti kedudukan
Melayu-Islam sebagai contoh. Di dalam keadaan dunia dibadai oleh unsur-unsur yang menghakis
tradisi, adalah menjadi kewajipan orang Melayu Islam misalnya untuk memberi kesedaran dan
assurance/pengesahan (kepada yang bukan Melayu) tentang betapa idea "kedudukan" mereka
tersebut adalah sesuatu yang positif bagi seluruh pihak. Di sinilah pentingnya dialog melalui
mana kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.
Kepimpinan Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang
apologetik mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah,
kehidupan yang sebenar, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Kewujudan dialog,
boleh manfaatkan keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia mempunyai
persamaan yang penting dari segi adab dan kehidupan yang beradab, manusia serta kemanusiaan,
kepentingan penjagaan alam sekitar dan keperluan hidup berharmoni dengannya.
Generasi hari ini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan
tamadun-tamadun yang diwarisi sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah
kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh yang demikian cara mengembalikan atau mencungkil
semula khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses
tersebut.
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
5
3.0 Halangan- halangan Kepada Budaya Dialog Di Malaysia
Terdapat banyak cabaran di dalam agenda membina peradaban Malaysia. Cabaran yang
paling utama sekali ialah membentuk satu persefakatan pemikiran tentang identiti peradaban itu
sendiri. Perkara ini menjadi satu cabaran kerana beberapa faktor.
Pertama ialah kerana kepelbagaian latar kependudukan masyarakat Malaysia yang
terbentuk oleh beberapa komposisi kaum. Sebagaimana yang telah kita ketahui, semasa Malaysia
di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, latar kependudukan masyarakat telah berubah dan
berkembang. Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu pada waktu itu telah mendorong
penghijrahan yang amat ramai ke negara ini terutama dari kalangan kaum Cina dan India. Pada
masa yang sama, masyarakat Melayu yang merupakan kaum utama juga terbahagi kepada
beberapa perkumpulan etnik seperti Iban, Kadazan, Dayak dan Dusun.
Kini, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kesemua kaum dan etnik ini telah
diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Kesemua kita kini telah menjadi sebahagian dari
keluarga besar masyarakat Malaysia. Sebagai satu keluarga besar, kesemua kita yang juga dalam
masa yang sama mewakili satu entiti kebudayaan yang tersendiri mempunyai ruang dan hak
yang saksama dan diiktiraf oleh perlembagaan.
Di samping faktor kepelbagaian latar belakang penduduk seperti yang dinyatakan diatas,
masyarakat Malaysia juga memiliki kerencaman dari sudut nilai dan pemikiran. Perkara ini
merupakan faktor kedua yang menjadi cabaran di dalam agenda membentuk identiti peradaban
Malaysia.
Secara umumnya, nilai dan pemikiran masyarakat Malaysia boleh dibahagikan kepada
beberapa pola atau aliran. Aliran pertama sering diistilahkan di dalam diskusi ilmiah sebagai
‘tradisional’. Ia merujuk kepada suatu bentuk cara hidup masyarakat yang amat menekankan
kepada asas-asas warisan di dalam kehidupan mereka. Asas-asas warisan ini selalunya
dipengaruhi oleh kepercayaan agama dan nilai-nilai mulia yang diperturunkan secara berterusan
dari satu generasi ke generasi yang lain sejak zaman berzaman.
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
6
Asas-asas warisan ini amat penting bagi mereka yang dibentuk oleh pola atau aliran
tradisional. Ia harus dipertahankan dengan sesungguhnya. Ini kerana, asas-asas warisan ini
merupakan teras yang membentuk identiti sesuatu kaum atau etnik. Asas-asas ini juga sering
dirujuk sebagai jatidiri sesebuah masyarakat. Ia juga merupakan garis penentu yang akan
membezakan antara satu kaum atau etnik dengan yang lain.
Sekiranya asas-asas warisan ini lemah dan kendur, ia akan memberi kesan terhadap
ketahanan jatidiri sesuatu kaum atau etnik. Malah, akibat yang paling parah sekali ialah
masyarakat tersebut akan mengalami krisis identiti. Andainya krisis identiti tidak ditangani
dengan baik, ia boleh membawa masyarakat kepada keadaan hilang identiti. Bagi masyarakat
yang telah hilang identiti, ia bermakna masyarakat tersebut sudah sudah lenyap di muka bumi
ini.
Pola atau aliran nilai dan pemikiran kedua yang juga sedang berkembang pesat di
Malaysia dikenali sebagai ‘liberal’. Ia menggambarkan suatu bentuk cara hidup yang berusaha
untuk membebaskan dirinya dari keterikatan dengan asas-asas warisan yang menjadi sumber dan
teras utama oleh masyarakat tradisional. Mereka beranggapan bahawa beberapa asas di dalam
warisan tradisional boleh menghambat kemajuan diri dan masyarakat. Oleh kerana itu, bagi
mencapai kemajuan, sesebuah masyarakat harus keluar dari nilai-nilai hidup yang mengongkong
kehidupan mereka demi kemajuan.
Bagi aliran liberal, nilai-nilai hidup moden boleh membawa masyarakat kepada kemajuan
hidup yang sebenar. Oleh kerana itu, masyarakat harus menyandarkan cara hidup mereka kepada
struktur nilai dan pemikiran moden yang telah dicapai oleh masyarakat maju pada hari ini dan
dalam masa yang sama perlu menolak nilai-nilai hidup yang bertentangan dengan dengan cara
hidup moden.
Inilah antara dua faktor yang menjadi antara hambatan di dalam cabaran membentuk
persepakatan pemikiran tentang identiti peradaban Malaysia yang ingin dibina. Kepelbagaian
penduduk dan kerencaman pola nilai dan aliran berfikir menjadikan ruang kehidupan di negara
kita begitu sensitif sekali. Sekiranya kedapatan sesetengah kumpulan atau aliran masyarakat
bertindak berlebihan di dalam memperjuang dan mempertahankan asas-asas jatidiri dan identiti
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
7
dari segi kepercayaan, hak dan nilai-nilai anutan mereka, tindakan tersebut boleh mendorong
kepada tindak balas yang serupa pula dari pihak yang berlainan.
Sejak akhir-akhir ini, pertembungan antara kaum dan aliran berfikir dari kalangan
pelbagai perkumpulan agak semakin meninggi dan jurang perselisihan juga semakin menebal.
Beberapa perkara seperti permasalahan rumah ibadat, bahasa dan isu-isu perundangan, sekiranya
ditangani secara tidak berhemah boleh menjadi pencetus kepada perselisihan dan perseteruan
antara masyarakat Malaysia.
Apakah penyelesaian kepada cabaran membentuk persepakatan pemikiran di dalam
kepelbagaian dan kerencaman yang wujud ini bagi mengelakkan fenomena pertembungan yang
telah dilihat dan dialami sejak akhir-akhir ini di negara kita? Secara umum, penyelesaiannya
boleh dilakukan menerusi beberapa langkah dan ikhtiar.
Pertama, tuntutan membina satu kerangka teras tentang watak atau identiti peradaban
Malaysia dari sudut falsafah, nilai dan kebudayaannya. Watak dan identiti ini harus bersifat
inklusif atau terbuka yang memberi ruang yang saksama kepada seluruh kepelbagaian dan
kerencaman yang wujud untuk berkembang. Dalam hubungan ini, beberapa prinsip asas seperti
aspek kepercayaan rasmi dan amalan demokrasi hendaklah disepakati dan dihormati oleh semua
pihak sebagai antara prinsip asas peradaban Malaysia. Prinsip-prinsip asas lain kebanyakannya
telah pun tercerna menerusi rukun negara dan perlembagaan Malaysia.
Kedua, keperluan kepada pengukuhan pola atau aliran nilai dan pemikiran yang bersifat
sederhana di perluaskan dan diperkembangkan di dalam kehidupan masyarakat. Ia boleh
diperkukuhkan menerusi pembentukan satu piagam etika yang diterima oleh seluruh
perkumpulan masyarakat dan kepercayaan agama. Piagam ini mengandungi satu pemerincian
tentang tatasusila atau adab-adab yang perlu dipenuhi dan dihayati oleh setiap individu dan
perkumpulan masyarakat di dalam usaha mereka memperjuangkan hak dan kepentingan individu
dan kelompok.
Ketiga, kepentingan untuk proses perluasan budaya dan amalan dialog di dalam
masyarakat Malaysia. Perkara ini harus bermula dengan penerapan kefahaman tentang dialog
sebagai satu ilmu yang amat penting dipelajari. Ini bagi memastikan supaya sebarang bentuk
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
8
perselisihan dan pertembungan di dalam apa juga isu dan permasalahan di negara ini ditangani
menerusi kaedah berdialog atau berbincang.
Ketiga-tiga langkah ini adalah lontaran umum yang memerlukan banyak pemerincian dan
diskusi yang berterusan. Namun, ia boleh menjadi sebahagian dari bahan berfikir asas bagi kita
merancakkan semula wacana tentang peradaban Malaysia. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi
pencetus kepada debat-debat berterusan tentang persoalan penting ini yang dilihati sejak akhir-
akhir ini semakin gersang.
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
9
4.0 Langkah- langkah Memperbaiki Dan Mempertingkatkan Budaya Dialog Antara Etnik
Di Malaysia
Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar
sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi
melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima
oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.
Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan
integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:
(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);
(b) Dasar Ekonomi Baru;
(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;
(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);
(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara;
(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;
(h) Integrasi antara wilayah.
A. Rukun Negara
Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi
kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan
identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
10
Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
(a) Kepercayaan kepada Tuhan;
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
(c) Keluhuran Perlembagaan;
(d) Kedaulatan Undang-undang; dan
(e) Kesopanan dan Kesusilaan.
Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu
serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.
B. Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua
(1971 – 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah
bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk perpaduan negara
melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua
rakyat Malaysia.
DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:
i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat
dihapuskan.
C. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan
kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
11
padu.
Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:
i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan
institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup
dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan
Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara
luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu
kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai
kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.
Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan; dan
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.
E. Bahasa Kebangsaan
Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu,
kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
12
Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen
untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan Cintailah
Bahasa Kita’.
F. Jabatan Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang
sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan,
yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar
bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik.
Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan
yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan
keselamatan dan kelas kejiranan.
Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan
persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan
semangat perpaduan.
G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional
Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan
perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya
menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat
dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971.
Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan
kepentingan dalam parti pemerintah.
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
13
I. Pindaan Akta Hasutan
Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum, termasuk
di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu ialah:
i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini; dan
ii) kedudukan raja-raja Melayu.
J. Integrasi Antara Wilayah
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan
negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain
yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah.
Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem
pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui perkhidmatan
telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan
televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen
nasional.
Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk
membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra
dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
14
5.0 Kesimpulan
Bukan mudah untuk mencapai apa yang negara ini kecapi sekarang ini. Justeru itu, setiap satu
warga Malaysia perlu berasa syukur di atas kejayaan yang diperoleh ini. Salah satu medium atau
alat penyatuan rakyat Malaysia adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap
bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah
juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Kaedah
ini di anggap paling efektif kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan
keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat cintakan negara
berdasarkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sukatan kurikulum yang bersepadu dan
sistem peperiksaan awam yang seragam. Semangat patriotik hendaklah disemai dalam diri setiap
kumpulan ras supaya negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui pemikiran
mahupun secara langsung. Negara yang maju dari segi ekonomi dan sosial mestilah bertulang
belakang rakyat yang bersatu. Di harap kestabilan politik di Malaysia dapat dikekalkan
selamanya.

More Related Content

What's hot

Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaAraizzs Othman
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalWanBK Leo
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokshamsiahmn
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...Mahyuddin Khalid
 
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumRama Devi
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEteochaw
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasiBab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasiNisha Vijakumaran
 
Kajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikKajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikfaizah12
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes. Yoshi Aw
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Fadhil Ismail
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 

What's hot (20)

Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompok
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
 
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HE
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasiBab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Kajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikKajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 
Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 

Similar to Assignment

Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayamama fiya
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuRasit Masrii
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 
Hubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadHubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadAthira Anuar
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxAlHadmie1
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01jasfida
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnikhjik85
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
MPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxMPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxeleena12
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfAnisFikriyah2
 

Similar to Assignment (20)

Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Hubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadHubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnload
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptx
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
P
PP
P
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
MPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxMPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docx
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 
Asgment antropologi
Asgment antropologiAsgment antropologi
Asgment antropologi
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (8)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Assignment

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN JANUARI 2014 KEPENTINGAN BUDAYA DIALOG ANTARA ETNIK DI MALAYSIA NAMA : TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK NO. MATRIKS : 720130115259001 NO. KAD PENGENALAN : 720130-11-5259 NO. TELEFON : 014-8086122 E-MEL : tnzaki72@gmail.com NAMA TUTOR : DRS. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB. HAMID., AMP. PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE
  • 2. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 1
  • 3. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 2 1.0 Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai komposisi masyarakat yang berbilang kaum dan melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur dan Malaysia barat. Namun begitu terdapat tiga bangsa yang utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di Sarawak suku kaum yang paling ramai ialah suku kaum Iban yang mewakili 30 peratus dari keseluruhan suku kaum di Sarawak.Sementara di Sabah pula suku kaum yang paling utama ialah etnik Kadazan-Dusun yang terdiri daripada 27 suku. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan 2007, masyarakat majmuk bermakna masyarakat yang terdiri daripada beberapa suku dan kaum. Mengikut J. S Furnival(1948) masyarakak majmuk dirumuskan daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai ,agama, bahasa, adat resam dan kebudayaan yang tersendiri walaupun berada di bawah satu sistem politik yang sama. Manakala mengikut Kamarudin Jaafar masyarakat majmuk bermakna kaum bercampur tetapi kehidupan tersendiri, komunikasi terbatas, penuh prasangka serta bersama tetapi tidak bersatu suara.Masyarakat majmuk dapat dikategorikan kepada tiga ciri utama iaitu dari aspek politik, ekonomi serta sosial. Ciri-ciri masyarakat majmuk pertama dari sudut politik bermaksud setiap etnik atau bangsa mempunyai tingkah laku tersendiri dalam agenda politik. Parti politik yang dominan lebih berteraskan perkauman dan mengamalkan politik rasis. Selain daripada itu terdapat parti politik yang berasaskan keagamaan kerana mempunyai pendirian kepercayaan yang berlainan. Dari sudut ekonomi pula masyarakat majmuk memberi maksud setiap masyarakat mempunyai bidang pekerjaan yang berlainan. Pekerjaan yang berbeza juga membawa kepada perbezaan tempat tinggal, taraf kehidupan, serta komposisi kaum di setiap negeri.Ciri-ciri yang seterusnya ialah ciri-ciri dari aspek sosial iaitu setiap bangsa mempunyai interaksi yang lebih di dalam kaum masing-masing dan kurang berinteraksi di antara etnik.Masyarakat majmuk juga mempunyai azam sosial yang hamper sama. Kewujudan pelbagai etnik serta kaum juga mewujudkan kehidupan yang berprasangka, pertentangan idea dan konflik dalaman.
  • 4. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 3 2.0 Kepentingan Budaya Dialog Di Malaysia Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman mahupun konflik keagamaan yang meruncing, namun begitu beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti ‘konflik kampung Medan' mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu-isu keadilan sosial dan ekonomi. Di dalam aspek ini misalnya amat penting isu kepimpinan kelompok atau budaya teras diberi pertimbangan. Di dalam konteks ini kita perlu mempertajamkan apresiasi kita tentang soal ‘peradaban'; apakah dialog peradaban sebenarnya dan apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan kegagalan mahupun kejayaan sesebuah ketamadunan. Apakah suasana dialog di Malaysia serta di persada global dan akhirnya bagaimanakah dialog berperanan dalam proses pemartabatan bangsa dan umat melalui penghayatan agama. Hari ini pakar bidang dialog menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Peralihan pemikiran ini terjadi lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang begitu canggih. Dalam konteks Barat yang era kepenjajahannya terbiasa dengan pandangan yang merendahkan tamadun lain, dialog telah menjadi satu keperluan hakiki akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini dari segi aspek geografi, agama dan budayanya. Dari perspektif lain pula, contohnya dari sudut pandangan kita di dunia Kepulauan Melayu, dialog telah terjadi sejak awal lagi hasil pertembungan bangsa Melayu setempat dengan yang lain melalui aktiviti perdagangan yang membawa bersamanya proses intelektualisasi dan keagamaan dalam tempoh yang lama. Oleh sebab itu sepatutnya kemahiran berdialog yang baik dan berhemah telah sebati dengan masyarakat Malaysia. Namun begitu dalam konteks dialog dihargai secara sedar di dalam masyarakat hari ini ia bukanlah merupakan sesuatu yang menjadi keutamaan sehinggalah dua dekad kebelakangan ini. Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan dan efektif, di antara lain kita patut memberi pendedahan ilmiah (sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain) untuk
  • 5. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 4 memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing. Pentaksiran yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan muhibbah antara budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan yang ketara antara kita, tetapi juga boleh membantu memampankan konsep dan realiti kedudukan Melayu-Islam sebagai contoh. Di dalam keadaan dunia dibadai oleh unsur-unsur yang menghakis tradisi, adalah menjadi kewajipan orang Melayu Islam misalnya untuk memberi kesedaran dan assurance/pengesahan (kepada yang bukan Melayu) tentang betapa idea "kedudukan" mereka tersebut adalah sesuatu yang positif bagi seluruh pihak. Di sinilah pentingnya dialog melalui mana kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati. Kepimpinan Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang apologetik mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah, kehidupan yang sebenar, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Kewujudan dialog, boleh manfaatkan keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia mempunyai persamaan yang penting dari segi adab dan kehidupan yang beradab, manusia serta kemanusiaan, kepentingan penjagaan alam sekitar dan keperluan hidup berharmoni dengannya. Generasi hari ini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan tamadun-tamadun yang diwarisi sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh yang demikian cara mengembalikan atau mencungkil semula khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses tersebut.
  • 6. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 5 3.0 Halangan- halangan Kepada Budaya Dialog Di Malaysia Terdapat banyak cabaran di dalam agenda membina peradaban Malaysia. Cabaran yang paling utama sekali ialah membentuk satu persefakatan pemikiran tentang identiti peradaban itu sendiri. Perkara ini menjadi satu cabaran kerana beberapa faktor. Pertama ialah kerana kepelbagaian latar kependudukan masyarakat Malaysia yang terbentuk oleh beberapa komposisi kaum. Sebagaimana yang telah kita ketahui, semasa Malaysia di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, latar kependudukan masyarakat telah berubah dan berkembang. Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu pada waktu itu telah mendorong penghijrahan yang amat ramai ke negara ini terutama dari kalangan kaum Cina dan India. Pada masa yang sama, masyarakat Melayu yang merupakan kaum utama juga terbahagi kepada beberapa perkumpulan etnik seperti Iban, Kadazan, Dayak dan Dusun. Kini, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kesemua kaum dan etnik ini telah diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Kesemua kita kini telah menjadi sebahagian dari keluarga besar masyarakat Malaysia. Sebagai satu keluarga besar, kesemua kita yang juga dalam masa yang sama mewakili satu entiti kebudayaan yang tersendiri mempunyai ruang dan hak yang saksama dan diiktiraf oleh perlembagaan. Di samping faktor kepelbagaian latar belakang penduduk seperti yang dinyatakan diatas, masyarakat Malaysia juga memiliki kerencaman dari sudut nilai dan pemikiran. Perkara ini merupakan faktor kedua yang menjadi cabaran di dalam agenda membentuk identiti peradaban Malaysia. Secara umumnya, nilai dan pemikiran masyarakat Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa pola atau aliran. Aliran pertama sering diistilahkan di dalam diskusi ilmiah sebagai ‘tradisional’. Ia merujuk kepada suatu bentuk cara hidup masyarakat yang amat menekankan kepada asas-asas warisan di dalam kehidupan mereka. Asas-asas warisan ini selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan agama dan nilai-nilai mulia yang diperturunkan secara berterusan dari satu generasi ke generasi yang lain sejak zaman berzaman.
  • 7. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 6 Asas-asas warisan ini amat penting bagi mereka yang dibentuk oleh pola atau aliran tradisional. Ia harus dipertahankan dengan sesungguhnya. Ini kerana, asas-asas warisan ini merupakan teras yang membentuk identiti sesuatu kaum atau etnik. Asas-asas ini juga sering dirujuk sebagai jatidiri sesebuah masyarakat. Ia juga merupakan garis penentu yang akan membezakan antara satu kaum atau etnik dengan yang lain. Sekiranya asas-asas warisan ini lemah dan kendur, ia akan memberi kesan terhadap ketahanan jatidiri sesuatu kaum atau etnik. Malah, akibat yang paling parah sekali ialah masyarakat tersebut akan mengalami krisis identiti. Andainya krisis identiti tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa masyarakat kepada keadaan hilang identiti. Bagi masyarakat yang telah hilang identiti, ia bermakna masyarakat tersebut sudah sudah lenyap di muka bumi ini. Pola atau aliran nilai dan pemikiran kedua yang juga sedang berkembang pesat di Malaysia dikenali sebagai ‘liberal’. Ia menggambarkan suatu bentuk cara hidup yang berusaha untuk membebaskan dirinya dari keterikatan dengan asas-asas warisan yang menjadi sumber dan teras utama oleh masyarakat tradisional. Mereka beranggapan bahawa beberapa asas di dalam warisan tradisional boleh menghambat kemajuan diri dan masyarakat. Oleh kerana itu, bagi mencapai kemajuan, sesebuah masyarakat harus keluar dari nilai-nilai hidup yang mengongkong kehidupan mereka demi kemajuan. Bagi aliran liberal, nilai-nilai hidup moden boleh membawa masyarakat kepada kemajuan hidup yang sebenar. Oleh kerana itu, masyarakat harus menyandarkan cara hidup mereka kepada struktur nilai dan pemikiran moden yang telah dicapai oleh masyarakat maju pada hari ini dan dalam masa yang sama perlu menolak nilai-nilai hidup yang bertentangan dengan dengan cara hidup moden. Inilah antara dua faktor yang menjadi antara hambatan di dalam cabaran membentuk persepakatan pemikiran tentang identiti peradaban Malaysia yang ingin dibina. Kepelbagaian penduduk dan kerencaman pola nilai dan aliran berfikir menjadikan ruang kehidupan di negara kita begitu sensitif sekali. Sekiranya kedapatan sesetengah kumpulan atau aliran masyarakat bertindak berlebihan di dalam memperjuang dan mempertahankan asas-asas jatidiri dan identiti
  • 8. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 7 dari segi kepercayaan, hak dan nilai-nilai anutan mereka, tindakan tersebut boleh mendorong kepada tindak balas yang serupa pula dari pihak yang berlainan. Sejak akhir-akhir ini, pertembungan antara kaum dan aliran berfikir dari kalangan pelbagai perkumpulan agak semakin meninggi dan jurang perselisihan juga semakin menebal. Beberapa perkara seperti permasalahan rumah ibadat, bahasa dan isu-isu perundangan, sekiranya ditangani secara tidak berhemah boleh menjadi pencetus kepada perselisihan dan perseteruan antara masyarakat Malaysia. Apakah penyelesaian kepada cabaran membentuk persepakatan pemikiran di dalam kepelbagaian dan kerencaman yang wujud ini bagi mengelakkan fenomena pertembungan yang telah dilihat dan dialami sejak akhir-akhir ini di negara kita? Secara umum, penyelesaiannya boleh dilakukan menerusi beberapa langkah dan ikhtiar. Pertama, tuntutan membina satu kerangka teras tentang watak atau identiti peradaban Malaysia dari sudut falsafah, nilai dan kebudayaannya. Watak dan identiti ini harus bersifat inklusif atau terbuka yang memberi ruang yang saksama kepada seluruh kepelbagaian dan kerencaman yang wujud untuk berkembang. Dalam hubungan ini, beberapa prinsip asas seperti aspek kepercayaan rasmi dan amalan demokrasi hendaklah disepakati dan dihormati oleh semua pihak sebagai antara prinsip asas peradaban Malaysia. Prinsip-prinsip asas lain kebanyakannya telah pun tercerna menerusi rukun negara dan perlembagaan Malaysia. Kedua, keperluan kepada pengukuhan pola atau aliran nilai dan pemikiran yang bersifat sederhana di perluaskan dan diperkembangkan di dalam kehidupan masyarakat. Ia boleh diperkukuhkan menerusi pembentukan satu piagam etika yang diterima oleh seluruh perkumpulan masyarakat dan kepercayaan agama. Piagam ini mengandungi satu pemerincian tentang tatasusila atau adab-adab yang perlu dipenuhi dan dihayati oleh setiap individu dan perkumpulan masyarakat di dalam usaha mereka memperjuangkan hak dan kepentingan individu dan kelompok. Ketiga, kepentingan untuk proses perluasan budaya dan amalan dialog di dalam masyarakat Malaysia. Perkara ini harus bermula dengan penerapan kefahaman tentang dialog sebagai satu ilmu yang amat penting dipelajari. Ini bagi memastikan supaya sebarang bentuk
  • 9. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 8 perselisihan dan pertembungan di dalam apa juga isu dan permasalahan di negara ini ditangani menerusi kaedah berdialog atau berbincang. Ketiga-tiga langkah ini adalah lontaran umum yang memerlukan banyak pemerincian dan diskusi yang berterusan. Namun, ia boleh menjadi sebahagian dari bahan berfikir asas bagi kita merancakkan semula wacana tentang peradaban Malaysia. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi pencetus kepada debat-debat berterusan tentang persoalan penting ini yang dilihati sejak akhir- akhir ini semakin gersang.
  • 10. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 9 4.0 Langkah- langkah Memperbaiki Dan Mempertingkatkan Budaya Dialog Antara Etnik Di Malaysia Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita. Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah: (a) Rukun Negara (ideology kebangsaan); (b) Dasar Ekonomi Baru; (c) Dasar Pendidikan Kebangsaan; (d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan; (e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu); (f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara; (g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional; (h) Integrasi antara wilayah. A. Rukun Negara Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.
  • 11. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 10 Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut: (a) Kepercayaan kepada Tuhan; (b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara; (c) Keluhuran Perlembagaan; (d) Kedaulatan Undang-undang; dan (e) Kesopanan dan Kesusilaan. Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif. B. Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu: i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan. C. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
  • 12. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 11 padu. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah: i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di Malaysia. iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum. D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan: i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan. E. Bahasa Kebangsaan Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa
  • 13. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 12 Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan Cintailah Bahasa Kita’. F. Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik. Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan. Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan. G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.
  • 14. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 13 I. Pindaan Akta Hasutan Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum, termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu ialah: i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini; dan ii) kedudukan raja-raja Melayu. J. Integrasi Antara Wilayah Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah. Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen nasional. Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.
  • 15. TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001 14 5.0 Kesimpulan Bukan mudah untuk mencapai apa yang negara ini kecapi sekarang ini. Justeru itu, setiap satu warga Malaysia perlu berasa syukur di atas kejayaan yang diperoleh ini. Salah satu medium atau alat penyatuan rakyat Malaysia adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Kaedah ini di anggap paling efektif kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sukatan kurikulum yang bersepadu dan sistem peperiksaan awam yang seragam. Semangat patriotik hendaklah disemai dalam diri setiap kumpulan ras supaya negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui pemikiran mahupun secara langsung. Negara yang maju dari segi ekonomi dan sosial mestilah bertulang belakang rakyat yang bersatu. Di harap kestabilan politik di Malaysia dapat dikekalkan selamanya.