SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
3.0 ISU DAN CABARAN 1: INTEGRASI NASIONAL
    3.1   Integrasi Nasional
    Shamsul Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses
    bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam       kalangan kumpulan yang
    terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
    Noriati A.Rashid (2010) menyatakan       integrasi nasional merupakan satu
    proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar
    belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai
    pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada
    penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman
    dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara.


          Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan
    batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses
    kerohanian atau spiritual yang merupakan hasil daripada satu penghayatan
    di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi
    perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu
    proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati
    dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180).


          Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa
    Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan
    masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri
    di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu
    Bangsa    Malaysia   yang    mempunyai     identitinya   sendiri   berteraskan
    Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.


          Membentuk satu bangsa Malaysia merupakan salah satu cabaran
    kepada negara walaupun setelah mengecapi kemerdekaan. Ini ialah kerana
    masalah perkauman tetap menjadi satu isu yang serius dan perlu diambil
    tindakan dan perhatian.


          Antara peristiwa yang telah mencetuskan ketegangan antara kaum
    ialah peristiwa 13 Mei 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah
Malaysia. Peristiwa ini telah mewujudkan prasangka, amalan diskriminasi
dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang            akhirnya
mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik tertentu. Peristiwa
rusuhan kaum ini memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untuk
mengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia.


     Justeru itu, pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua
perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk
mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras penting
untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu
untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian
Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila
kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang
bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan.


     Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui
Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar.
Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek
dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan
yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini
menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan
yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada
sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka
terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri.
Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum
kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal
dalam kaum masing-masing.


     Justeru itu, bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai
kaum di Malaysia, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan
Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk
melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara
dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam
yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu
pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama.


      Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akan
menemukan pelajar kepada satu andaian baru dalam hidup mereka. Ia
bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menyatupadukan kaum dalam
kalangan pelajar. Walaupun semangat perpaduan dan integrasi antara kaum
telah diberi penekanan sejak murid berada di sekolah rendah lagi, namun
penubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya kerana
murid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak persekolahan yang
sama.




3.2   Kesan Integrasi Nasional Kepada Masyarakat
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan masyarakat
yang bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni. Integrasi
nasioanal telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam
kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna
kulit dalam masyarakat hari ini. Ini dapat dibuktikan daripada interaksi yang
baik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik antara satu sama lain
walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah
menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar
dalam satu sekolah yang sama.


      Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan
perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk
di Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum
sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan
kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilenturkan.


      Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang
berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK
menguasai bahasa Melayu. Ini kerana penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar SRJK agak lemah. Implikasinya, dengan adanya interaksi
pelajar pelbagai keturunan ini telah membuka ruang seluas-luasnya untuk
mereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masa
yang sama pula, ia membolehkan pelajar memahami budaya, bahasa serta
pemikiran rakannya daripada kaum lain.


      Selain itu, usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan melalui
kokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian
tinggi telah menunjukkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulum
seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan telah menunjukkan
semangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum.


      Tambahan pula, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan
membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan
saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang
terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akan
melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam
perhubungan dan bersosial dalam masyarakat.




3.3   Cara Guru Menangani Cabaran Integrasi Nasional
Seseorang        pendidik   memainkan   peranan   yang   dominan     dalam
merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru
ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru
terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi
disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional.


      Berdasarkan kepada garis panduan KPM dan PIPP, peranan guru
sebagai Pembina negara bangsa dan modal insan dilaksanakan menerusi
cara berikut :
1) Memperkasakan bahasa kebangsaan
2) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
3) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
Justeru itu, bagi melaksanakan garis panduan tersebut, guru perlulah
menangani       cabaran    integrasi   nasional   dengan     cara     menggalakan
penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan.
Guru haruslah mengutakan mencintai bahasa Malaysia serta menanamkan
rasa    cinta   itu   ke   dalam   jiwa   pelajarnya.   Di   antara    cara   untuk
memperkasakan bahasa ini ialah dengan mengadakan program-program
seperti pertandingan pidato, pertandingan debat dan bahas, Pertandingan
menulis artikel, Minggu Bahasa dan Kebangsaan serta program Wacana
Ilmu dan lain-lain.


       Bagi menyempurnakan garis panduan yang kedua iaitu memantapkan
perpaduan negara dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP ialah satu
program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru
dan     kerjasama      murid-murid     dalam   kegiatan-kegiatan      khas    serta
penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima cabaran ini dan berusaha
untuk memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia.


       Untuk menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemai
dan memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan
pelajar. Contohnya, semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar
daripada aktiviti perbarisan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu
patriotik iaitu ‘Negaraku’. Ianya dapat diaplikasikan ke dalam perhimpunan
mingguan di sekolah. Selain itu juga, semangat patriotisme dapat dipupuk
melalui sambutan bulan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah. Pelajar
boleh melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair, pantun, puisi, penulisan
karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lain-lain.
Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan meningkatkan
serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air yang tercinta.


       Selain itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semua
pelajar yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk
berinteraksi antara satu sama lain dan melibatkan diri dengan semua aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya, penglibatan mereka dalam
aktiviti kokurikulum seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar
Jalur   Gemilang,   Pertandingan    Menceriakan    Kelas    sempena    Hari
Kemerdekaan, Perbarisan Badan Beruniform dan lain-lain akan dapat
membina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan kepada bangsa
dan negara Malaysia.

More Related Content

What's hot

Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaCabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaMahyuddin Khalid
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAmy Syahida
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 

What's hot (20)

Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaCabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysia
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 

Viewers also liked

kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...Asyraf Abdul Rahim
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduandka1a2015
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaZailani Baharuddin
 
Bab 6 integrasi nasional
Bab 6 integrasi nasionalBab 6 integrasi nasional
Bab 6 integrasi nasionalmuliajayaabadi
 
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRIPpt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRIReni H_dika BK
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalRosnaliza07
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaImplikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaSherly Jewinly
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-gurualexander alexander
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 

Viewers also liked (20)

Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
Integrasi nasional
Integrasi nasional Integrasi nasional
Integrasi nasional
 
Bab 6 integrasi nasional
Bab 6 integrasi nasionalBab 6 integrasi nasional
Bab 6 integrasi nasional
 
Integrasi nasional ppt
Integrasi nasional pptIntegrasi nasional ppt
Integrasi nasional ppt
 
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRIPpt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
Ppt. integrasi nasional dari kelompok 2 prodi pend. BK UNSRI
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaImplikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 

Similar to Integrasi nasional

Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13NurulHazrati
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...Kalai Shan
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalMSURATISIDEK
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalyusranpkgpt
 

Similar to Integrasi nasional (20)

Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
Edu 3109 bab 1
Edu 3109 bab 1Edu 3109 bab 1
Edu 3109 bab 1
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Edu bab1
Edu bab1Edu bab1
Edu bab1
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 

Integrasi nasional

  • 1. 3.0 ISU DAN CABARAN 1: INTEGRASI NASIONAL 3.1 Integrasi Nasional Shamsul Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara. Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual yang merupakan hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180). Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Membentuk satu bangsa Malaysia merupakan salah satu cabaran kepada negara walaupun setelah mengecapi kemerdekaan. Ini ialah kerana masalah perkauman tetap menjadi satu isu yang serius dan perlu diambil tindakan dan perhatian. Antara peristiwa yang telah mencetuskan ketegangan antara kaum ialah peristiwa 13 Mei 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah
  • 2. Malaysia. Peristiwa ini telah mewujudkan prasangka, amalan diskriminasi dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang akhirnya mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik tertentu. Peristiwa rusuhan kaum ini memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia. Justeru itu, pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan. Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing. Justeru itu, bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai kaum di Malaysia, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam
  • 3. yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akan menemukan pelajar kepada satu andaian baru dalam hidup mereka. Ia bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menyatupadukan kaum dalam kalangan pelajar. Walaupun semangat perpaduan dan integrasi antara kaum telah diberi penekanan sejak murid berada di sekolah rendah lagi, namun penubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya kerana murid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak persekolahan yang sama. 3.2 Kesan Integrasi Nasional Kepada Masyarakat Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni. Integrasi nasioanal telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit dalam masyarakat hari ini. Ini dapat dibuktikan daripada interaksi yang baik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilenturkan. Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK
  • 4. menguasai bahasa Melayu. Ini kerana penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar SRJK agak lemah. Implikasinya, dengan adanya interaksi pelajar pelbagai keturunan ini telah membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masa yang sama pula, ia membolehkan pelajar memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum lain. Selain itu, usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan melalui kokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi telah menunjukkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan telah menunjukkan semangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Tambahan pula, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial dalam masyarakat. 3.3 Cara Guru Menangani Cabaran Integrasi Nasional Seseorang pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Berdasarkan kepada garis panduan KPM dan PIPP, peranan guru sebagai Pembina negara bangsa dan modal insan dilaksanakan menerusi cara berikut : 1) Memperkasakan bahasa kebangsaan 2) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional 3) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
  • 5. Justeru itu, bagi melaksanakan garis panduan tersebut, guru perlulah menangani cabaran integrasi nasional dengan cara menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan. Guru haruslah mengutakan mencintai bahasa Malaysia serta menanamkan rasa cinta itu ke dalam jiwa pelajarnya. Di antara cara untuk memperkasakan bahasa ini ialah dengan mengadakan program-program seperti pertandingan pidato, pertandingan debat dan bahas, Pertandingan menulis artikel, Minggu Bahasa dan Kebangsaan serta program Wacana Ilmu dan lain-lain. Bagi menyempurnakan garis panduan yang kedua iaitu memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima cabaran ini dan berusaha untuk memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia. Untuk menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemai dan memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar. Contohnya, semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar daripada aktiviti perbarisan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik iaitu ‘Negaraku’. Ianya dapat diaplikasikan ke dalam perhimpunan mingguan di sekolah. Selain itu juga, semangat patriotisme dapat dipupuk melalui sambutan bulan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah. Pelajar boleh melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair, pantun, puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lain-lain. Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan meningkatkan serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air yang tercinta. Selain itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk
  • 6. berinteraksi antara satu sama lain dan melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya, penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Menceriakan Kelas sempena Hari Kemerdekaan, Perbarisan Badan Beruniform dan lain-lain akan dapat membina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan kepada bangsa dan negara Malaysia.