SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
ARTIKEL:
SEKOLAH KOLABORATIF DAN KERELEVANNYA PADA MASA KINI

1.0

PENGENALAN

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pendidikan masa kini jauh lebih rumit berbanding
sebelumnya kerana harapan masyarakat semakin meningkat. Bagi menangani cabaran
tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang agar
berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi warga organisasinya. Menjana dan
memperkasa pengamalan serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi
pasukan kerja secara kolaboratif bukan sesuatu perkara yang baru dalam sistem
pengurusan masa kini kerana budaya kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat
dalam membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth, 2002).
Namun, persoalan yang sering timbul adakah sekolah kolaboratif relevan pada era kini?
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang menyediakan murid-murid dengan
ilmu pengetahuan. Sekolah yang cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guruguru yang bersedia melakukan perubahan untuk mencapai misi dan visi dengan baik.
Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang
sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan,
sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara
guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan
pengajaran dan pembelajaran guru serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru
(Johnson, 2003).
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang, maka semua sekolah haruslah
mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan kerja bersamasama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan menetapkan
matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Ketua Jabatan iaitu pengetua sekolah seharusnya
tidak mengamalkan sikap pentadbiran yang bersikap ‘kuku-besi’ atau mengamalkan sikap
pilih kasih, sebaliknya mengamalkan budaya kolaboratif. Mengikut Abdullah Sani dalam
Azman (2001), elemen penting yang akan mempengaruhi kecemerlangan pengurusan
sesebuah sekolah adalah bagaimana pentadbir dan guru-guru memimpin sekolah tersebut.

1
2.0
2.1

DEFINISI KONSEP
SEKOLAH

Perkataan ‘sekolah’ berasal dari Bahasa Latin iaitu skhole, scola atau skholai yang
bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca,
menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal
kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya
dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan
Surendran Sankaran, 2000).

Mengikut Akta Pendidikan pulaa, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana sepuluh
ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah
untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999),
sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra
sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang
setiap satunya mempunyai matlamat dan objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1994), ‘sekolah’ bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar.

2.2 KOLABORATIF

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kolaboratif bermaksud erat dari segi kerjasama
antara dua pihak ataupun lebih, perhubungan antara kerajaan yang paling erat sifatnya.
Menurut Owens (2001), kolaboratif adalah gaya secara langsung dalam pembuatan
keputusan yang melibatkan seorang atau lebih individu yang komited untuk bekerja
bersama-sama untuk mencapai matlamat bersama. Individu-individu ini biasanya membawa
kemahiran

yang

berbeza-beza

dan

memberikan

sumbangan

untuk

mewujudkan,

menguatkan dan mengekalkan perhubungan ini.

Tiegerman-Farber (1998) pula melihat kolaboratif sebagai perhubungan atau
interaksi antara guru-guru, ibu bapa dan pentadbir ke arah perkongsian dalam pembuatan
keputusan. Proses interaktif ini berjalan berterusan bergantung kepada komitmen ahliahlinya untuk melalui satu proses penerokaan yang panjang. Sementara itu, Coufal (dalam
2
Tiegerman-Farber, 1998) mendefinisikan kolaboratif sebagai penglibatan sesama ahli yang
berinteraksi sebagai penyumbang dalam proses pembuatan keputusan untuk mencapai
matlamat yang dikongsi bersama. Setiap rakan kongsi berperanan seimbang dan perlu
memiliki pembolehubah interaksi, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah
dan strategi penyelesaian konflik. Bagi Richardson et al. (dalam Beckett & Flanigan, 2004)
pula, beliau mengklasifikasikan kolaboratif dalam pelbagai label yang berlainan seperti
pengupayaan (empowerment), perkongsian pentadbiran, amalan penyertaan, pengurusan
berasaskan sekolah dan perkongsian dalam pembuatan keputusan.
Kesimpulan daripada semua definisi kolaborasi, dapatlah dirangkumkan bahawa
kolaboratif menunjukkan saling bergantungan dan permuafakatan ahli dalam kumpulan
membuat keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi
menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara
bersendirian. Selain itu, kolaboratif membawa maksud muafakat dan pemuafakatan antara
seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, antara guru dengan
pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya. Kolaboratif juga membawa
makna bekerja dalam pasukan, usaha sama, mempunyai hubungan dua hala, konsep
perkongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang
membawa kebaikan bersama.

2.3

SEKOLAH KOLABORATIF

Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada
masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mencapai
cita-cita sekolah dan negara (Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor, 2000). Penglibatan
masyarakat dalam bentuk perkongsian untuk kepentingan bersama dapat menjayakan
hasrat dan aspirasi yang diimpikan.

Menurut Freudenstein (1991), sekolah kolaboratif merupakan sebuah sekolah yang
lebih mementingkan proses bekerjasama, berunsurkan sosial (John Dewey) dan
mengutamakan dinamik kumpulan (Kurt Lewin). Sekolah kolaboratif juga menekankan
aspek aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang
didapati daripada pembelajaran baru.

3
Pendapat ini turut disokong oleh Hargreaves, A. (1995) iaitu sekolah kolaboratif
dapat membantu para pentadbir dan guru dan membina pengetahuan dengan yang lebih
bermakna. Pengetahuan atau hasil kajian yang baru haruslah dikongsi bersama guru-guru
lain didalam sekolah mahupun perkongsian ilmu dengan guru di sekolah berlainan. Melalui
perkongsian ilmu ini, secara tidak langsung dapat membina kemahiran berkomunikasi dan
berinteraksi yang lebih berkesan di samping boleh menerima pendapat orang lain secara
terbuka.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sekolah kolaboratif merupakan sekolah yang
memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dengan menekankan aspek
bekerjasama untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi yang dibentuk. Segala ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki haruslah dikongsi untuk manfaat bersama.
Sekolah kolaboratif juga menekankan penglibatan semua ahli kumpulan. Idea yang
mencabar dan disokong untuk menambahbaik sesuatu idea sehingga mencapai
persetujuan kumpulan. Guru-guru akan mengumpul idea, berkongsi pengalaman,
berbincang bersama dan menyelesaikan masalah bersama. Selain menjalin hubungan baik
dengan komuniti dan perkongsian ilmu, sekolah kolaboratif juga menekankan bilik darjah
yang kolaboratif.

3.0 PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang terdiri empat atau lima orang pelajar.
Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang
bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran koperatif adalah satu bentuk
kolaboratif, iaitu kelompok besar belajar bersama-sama bagi mencapai matlamat yang
boleh dikongsi bersama (Johnson & Johnson, 1989). Menurut Freudenstein (1991),
terdapat tiga bahagian utama dalam pengajaran berkonsepkan Pengajaran Kolaboratif iaitu
a) Pra-pengajaran – Peringkat perancangan dan persediaan.
b) Pengajaran – Peringkat persembahan dan pelaksanaan.
c) Pasca-pengajaran – Peringkat penilaian dan pengubahsuaian.

4
Rajah 1: Konsep Pengajaran Kolaboratif
Sumber: Diadaptasi dari Model Pengajaran Kolaboratif Freudenstein (1991)

Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam sistem
pendidikan. Pembelajaran ini menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses
pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi
berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan pengajar. Freudenstein (1991),

menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi

aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil
pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat
membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan
pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran
secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar. terdapat
beberapa ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu:

3.1

Perkongsian Ilmu Pengetahuan Di Antara Pengajar dan Pelajar

Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, peranan pengajar hanya menyalurkan
pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Guru hanya perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam mengenai isi pelajaran dan mempunyai kemahiran untuk
menyalurkan kepada pelajar. Dalam pembelajaran kolaboratif, pengajar perlu menilai dan
membina satu persekitaran pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa,
strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang
5
efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman pembelajaran
serta strategi pembelajaran dengan guru dan pelajar yang lain.
3.2

Perkongsian Autoriti Di Antara Pengajar dan Pelajar

Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar.
Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak memberi pendapat dalam proses
membuat sesuatu keputusan. Manakala dari perspektif pengajar, pengajar berhak untuk
menyediakan beberapa pilihan bagi tajuk tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan
minat dan tahap pencapaian pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pengajar
perlu mengalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan
pelajar berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh belajar
menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran pemikiran kritis dan
kreatif.
3.3

Pengajar Sebagai Fasilitator

Dalam perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar, pengajar
berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya akan membantu pelajar
menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman dan pembelajaran dalam
bidang yang lain. Pengajar perlu menilai tahap informasi dan bantuan yang diberi untuk
memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar. Pembelajaran kolaboratif dalam sistem epembelajaran banyak digunakan dalam pembelajaran jarak jauh yang berasaskan internet.
Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran akan membentuk
komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan sistem
pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS) yang dikenali sebagai
MoodleTM. Perkataan Moodle merupakan singkatan bagi perkataan Modular Object-Oriented

Dynamic Learning Environment. Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) merupakan satu
sistem perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan dalam talian. Antara fasiliti
LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum perbincangan,
chats dan jurnal.

6
4.0

BILIK DARJAH KOLABORATIF

Dewasa ini, ramai orang berbicara mengenai pengurusan bilik darjah. Selalunya,
perubahan ini kebanyakannya dilihat sebagai penghalang kepada proses pengajaran
pembelajaran guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Dalam pengurusan bilik darjah yang
kolaboratif, pelajar dibawa masuk ke dalam persekitaran yang sebenar dan pelbagai
aktiviti-aktiviti yang betul-betul sesuai dengan perkembangan kognitif pelajar dipilih dan
diolah serta digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dilihat
sebagai pemimpin yang bersedia bersama-sama pelajar dalam membentuk dan membantu
pelajar belajar. Hal ini berbeza dengan bilik darjah tradisi iaitu pelajar hanya dapat
mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya, iaitu pelajar
mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia sebenar.

Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif mengatasi
pembelajaran secara bersendirian. Bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan
pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognitif, memfokuskan kepada ideaidea baru dan menekankan pendekatan penyelesaian masalah yang sebenar. Belajar di
dalam bilik darjah yang berkolaboratif juga menjadikan pelajar lebih bermotivasi,
mempunyai perasaan ingin tahu, ingin meneroka, mengambil perasaan berat dengan orang
lain dan bertanding secara sihat. Terdapat empat sifat bilik darjah kolaboratif iaitu:
1. Berlaku Perkongsian Ilmu Pengetahuan Pelajar dan Guru
Dalam kelas tradisi, guru adalah sebagai pemberi maklumat yang mutlak di mana aliran
maklumat bergerak satu arah sahaja iaitu dari guru ke pelajar dan sedikit daripada pelajar
kepada pelajar yang lain. Guru dilihat mempunyai pengetahuan tentang kandungan mata
pelajaran, kemahiran dan pengajaran. Pelajar hanya menunggu sahaja arahan yang akan
diberi oleh guru dari masa ke semasa. Pelajar yang memberi reaksi yang berbeza dianggap
terus sebagai pengganggu di dalam bilik darjah ataupun pelajar yang tidak memahami
arahan atau ingkar arahan.
Hal ini berbeza dengan guru kolaboratif, mereka juga menilai dan sentiasa membina
ilmu pengetahuan, pengalaman peribadi, pembinaan bahasa komunikasi, strategi dan
konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori yang sesuai dan pelajar menggabung
keadaan sosio-budaya dengan pengalaman pelajar. Sebagai contohnya, apabila guru

7
mengajar mengenai Bentuk Muka Bumi di Malaysia, maka para pelajar akan menyatakan
pendapat dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan mereka. Pengalaman melalui
pemerhatian yang dimiliki oleh pelajar mengenai bentuk muka bumi yang dilihat oleh pelajar
akan mereka aplikasikan dalam P&P tersebut. Pengalaman yang dimiliki oleh pelajar
menjadikan pelajar lebih berminat untuk mempelajari sesuatu topik.
2. Perkongsian Kuasa
Dalam bilik darjah kolaboratif, guru berkongsi kuasa autoriti dengan pelajar dalam keadaan
tertentu. Kebanyakan dalam bilik darjah tradisi, guru bertanggungjawab menetapkan arah,
memberi, mengatur kerja dan menilai apa yang diajar. Manakala dalam bilik darjah
kolaboratif pula, guru memberi peluang kepada pelajar memahami apa yang telah diajar
dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan latihan
dan mengalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Pelajar digalak mengembeling
pengalaman mereka sendiri, memastikan pelajar berkongsi strategi dan pengetahuan,
menghormati pelajar lain, menyokong pertukaran idea yang bernas, terlibat dalam
pemikiran kreatif dan kritis, memupuk dan menggalak pelajar ambil bahagian secara
terbuka dan bermakna.
3. Guru Sebagai Pengantara
Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana guru menolong pelajar dan
membantu pelajar dalam sesuatu permasalahan. Guru juga menjadi penunjuk cara dalam
menyelesaikan masalah pelajar.
4. Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus
Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi pembelajaran di
bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif, pelajar bebas belajar mengikut kebolehan
mereka, menyatakan idea dan menidakkan pendapat rakan-rakan yang lain. Satu sifat bilik
darjah kolaboratif ialah pelajar tidak diasingkan mengikut keupayaan dan pencapaian.
Pengasingan pelajar akan melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan
menyekat peluang pelajar belajar melalui berinteraksi secara bermakna dan berkesan.
Pelajar yang lemah tidak mempunyai peluang untuk belajar daripada pelajar yang
berkebolehan dan sebaliknya.

8
5.0

BUDAYA KOLABORATIF DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN

Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak pemikiran, perasaan dan reaksi yang didapati
dan disebarkan melalui simbol yang berkaitan dengan kejayaannya. Intipati asas kepada
budaya adalah idea asas dan nilai yang diamalkan. Budaya kolaboratif berkait rapat dengan
sikap, tingkah laku, kognitif dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja. Cheng
(1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang cemerlang
menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi,
penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma.
Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan keakraban hubungan yang
seterusnya menyebabkan guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi dan peningkatan
produktiviti. Sekolah yang ditadbir berdasarkan Teori Pengurusan Kolaboratif mempunyai
idea penglibatan satu pasukan yang berkongsi harapan, norma-norma dan nilai serta
budaya sekolah, memimpin semua ahli sekolah dalam aktiviti pendidikan dan matlamat kerja
yang sama. Budaya organisasi seperti ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap
fungsi dan keberkesanan sekolah (Beare, Caldwell & Millikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni
1984). Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan dikongsi oleh semua
ahli sekolah. Hal ini membolehkan mereka bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dan
terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama.
Budaya kolaboratif ini dapat membantu sekolah untuk menghadapi sebarang cabaran dan
kesulitan bersama untuk mencapai matlamat mereka (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992).
Pasukan kerja di

sekolah boleh mewujudkan persekitaran yang tersendiri

berdasarkan keadaan dalaman pasukan kerjanya (hubungan sesama ahli). Keadaan luaran
seperti perhubungan dengan pasukan kerja yang lain, keadaan pelajar, harapan keluarga
pelajar dan iklim sekolah turut mempengaruhi persekitaran pasukan kerja sekolah. Pasukan
kerja ini berkongsi misi dan matlamat yang diharapkan sesuai dengan matlamat sekolah.
Perkongsian ini penting untuk memastikan fungsi pasukan akan menjadi berkesan Adha
Ghazali (2011). Oleh itu, guru sepatutnya didedahkan dengan budaya kolaboratif yang kuat
supaya mereka akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.
Kajian yang telah dilakukan oleh Ishak (1993) terhadap 463 orang guru daripada 33
buah sekolah menengah di negeri Kelantan mendapati bahawa guru kelihatan lebih
bermotivasi apabila pengetua mereka mengamalkan budaya kolaboratif. Kajian yang telah

9
dijalankan oleh Noor Hashimah (2000) juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan
yang signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya
meningkatkan

tahap

motivasi

guru.

Hal

ini

jelas

menunjukkan

bahawa

dengan

mengamalkan budaya positif dan budaya kolaboratif, guru dan pentadbir berupaya untuk
memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan
melalui aktiviti ko-kurikulum dan interaksi didalam dan diluar sekolah. Terdapat banyak cara
dan program bagi mewujudkan budaya kolaboratif seperti:
1) perkongsian ilmu antara guru-guru
2) pertukaran pelajar antara negara
3) projek sekolah angkat
4) kerjasama pintar diantara sekolah luar bandar dan bandar
5) program I-Think
6) program Pintar Foundation
7) Case Discussion Activities-Pedagogy Enhancement And Reinforcement Of Learning
Strategies (PEARLS)

6.0

BUDAYA KERJA SECARA KOLABORATIF DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Sekolah yang mengamalkan budaya kerja secara kolaboratif akan mendapati semua guru
mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu
pembelajaran murid secara bersama-sama (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1990). Hal ini kerana,
dengan budaya kerja secara kolaboratif, ia berupaya menggerakkan semua guru untuk
merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran
dan sahsiah murid. Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian. Sebarang
permasalahan yang timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan
dibimbing oleh rakan guru yang lain. Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang
masih mencari formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal disiplin murid di
dalam bilik darjah dan memastikan murid memahami apa yang diajar. Bimbingan dari guruguru yang lebih senior secara kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk menjadi
lebih profesional.

10
Dalam masa yang sama, budaya kerja ini juga akan menjadikan hubungan di antara
guru lebih rapat dan bekerja dalam suasana yang mesra. Sebarang teguran dan nasihat
tidak akan di anggap prejudis kerana bagi setiap guru setiap nasihat dan bimbingan adalah
untuk membantu mereka menangani permasalahan yang timbul dan semuanya adalah
untuk memastikan pembelajaran murid yang berkesan.
Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang
lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid.
Semasa proses membuat keputusan, setiap ahli panitia atau unit akan mengeluarkan
pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara bersama. Hal ini
menjadikan keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama atau secara kolektif.
Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih
tinggi dalam kalangan guru. Hal ini demikian kerana setiap ahli panitia atau unit akan
merasakan bahawa keputusan tersebut ialah keputusan mereka bersama.
Menurut Lokman Mohd Tahir, dll

(2008), sejak dahulu lagi pengetua menduduki

hierarki tertinggi dalam membuat keputusan. Pengetua membuat pelbagai jenis keputusan
berkaitan pengurusan sekolah termasuklah perancangan kurikulum, perkembangan staf,
kewangan, penilaian dan penyeliaan dan sebagainya. Guru-guru pula acap kali 'ditegur' agar
keluar daripada kepompong amalan tradisional yang memperlihatkan pengasingan mereka
dan autonomi daripada proses pembuatan keputusan sebaliknya lebih menonjolkan diri
dengan mengambil bahagian secara aktif lagi dalam proses.
Amalan kolaboratif dalam pembuatan keputusan bermaksud amalan perkongsian
atau partisipatif apabila semua ahli organisasi bekerja bersama-sama secara seimbang atau
sama rata untuk mencapai konsensus dalam pembuatan keputusan. Ong Kwi Pea (1999),
menerangkan bahawa pembuatan keputusan, perkongsian dan partisipatif berlaku apabila
mereka mengenal pasti, menganalisa, menyelesaikan masalah, merancang, menentukan
tindakan yang ingin diambil dan memastikan pelaksanaan keputusan tersebut bersamasama kerana kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah
fikiran dua orang yang digembelingkan. Guru juga tidak bekerja secara bersendirian
sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau
penambahbaikan. Pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah perlu melalui proses dan
anjakan paradigma selaras dengan objektif falsafah pendidikan negara. Menurut Norliza
Abdullah (2009), pentadbir sekolah haruslah mengelakkan daripada menjadi streotaip dan

11
jumud. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang agresif dalam proses membuat
sebarang keputusan.

7.0

KESIMPULAN

Sekolah kolaboratif merupakan satu konsep yang terbaik dalam sistem pengurusan sekolah
kerana ianya melibatkan perhubungan atau interaksi antara pentadbir, guru-guru, ibu bapa
dan badan-badan lain ke arah perkongsian dalam pembuatan keputusan. Proses interaktif
ini berjalan berterusan bergantung kepada komitmen ahli-ahlinya untuk melalui satu proses
penerokaan yang panjang. Untuk memantapkan pengetahuan dan ilmu yang dimiliki oleh
seseorang warga dalam sekolahnya, maka perlu adanya hubungan kolaboratif. Hubungan ini
menunjukkan saling bergantungan dan permuafakatan ahli dalam kumpulan membuat
keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi menghasilkan
keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian. Jika dilihat
dari kaedah pengajaran guru, guru haruslah mengamalkan kaedah pengajaran secara
kolaboratif kerana kaedah ini memberikan impak yang lebih baik kepada para pelajar.
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang, maka semua
sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan
kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan
menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Jalinan kerjasama dengan komuniti
amat penting kerana dengan adanya penglibatan badan luar sekolah seperti agensi kerajaan
dan swasta mampu membantu membangun dan memajukan sekolah. Jika adanya sokongan
dan kerjasama pihak komuniti digunakan dengan baik, maka ia akan memberi kekuatan dan
kelebihan kepada pihak sekolah dan hal ini sekaligus memberikan kesan yang sangat besar
kepada pelajar itu sendiri.
Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa sekolah kolabatif serta pengamalannya
amat relavan pada masa kini. Budaya kolabatif ini harus diserapkan dalam setiap organisasi
pengurusan sekolah memandangkan budaya ini amat kompetatif bagi melahirkan anak
muda yang cemerlang dan terbilang di persada arena antarabangsa.

12
BIBLIOGRAFI
Azman Adnan. (2001). Pembuatan Keputusan Partisipatif Di Sekolah: Satu Tinjauan Literatur
Pemimpin. Jurnal Institut Pengetua, 1(1), 65–73.
Barth, R.S. (2002). The Culture Builder. Journal Of Educational Leadership 59 (8): 67-73.
Beare, H., Caldwell, B. J. & Millikin, R.H. (1989). Creating An Excellent School. London:
Routledges & Kegan Paul
Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor (2000). ‘Kajian Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan
Hubungannya dengan Pencapaian Akademik.’ Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan
UKM.
Cheng, Y.C. (1996). Profiles Of Organizational Culture And Effective Schools. School
Effectivenessand School Improvement 4 (2): 85-110.
Deal, T.E. & Peterson, K.D. (1990). The Principal’s Role In Shaping School Culture.
Washington DC : US Government Printing Office.
Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. Jarvis
(Eds.), Ideas and issues in Primary ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson in
association with the Center for British Teachers.
Hargreaves, A. (1995). Beyond Collaboration: Critical Teacher Development In The
Postmodern Age. In J. Smyth (Ed.). Critical Discourses On Teacher Development.
(pp. 149-179). London: Cassell.
Ishak Sin. (1993). Perkaitan Di Antara Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi
Guru.Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Johnson, D.W., Maruyama, G., Johnson, R., Nelson, D., & Skon, L. (1981). Effects Of
Cooperative, Competitive , And Individualistic Goal Structures On Achievement: A
Meta-Analysis. Psychological Bulletin, 89, 47-62.
Johnson, B.L. (2003). Teacher Collaboration: Good For Some, Not So Good For Others.
Journal of Educational Studies 29 (4): 337-349.
Kamus Dewan. Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

13
Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin &
Sanitah Mohd Yusof. (2008). Analisis kepemimpinan pengetua sekolah menengah di
Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.
Norliza Abdullah. (2009). Status Sekolah Kluster Berjaya Tingkat Pengurusan dan
Pencapaian. Diakses daripada http://www.bharian.com.my pada 1 November 2012.
Noor Hashimah Hassan. (2000). Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap
Motivasi Guru: Tinjauan Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Segamat. Tesis
Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Norazlinda Saad dan Surendran Sankaran. (2000). Pembuatan Keputusan Kolaboratif: Sikap
Guru Dan Galakan Pengetua. Universiti Utara Malaysia. Sintok.
Ong Kwi Pea. (1999). Tahap Penglibatan Guru Dalam Membuat Keputusan Pentadbiran.
Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia. Serdang. Selangor.
Owens, R. G. (2001). Organizational Behaviour In Education: Instructional Leadership And
School Reform (7th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1990). Ilmu Pendidikan:Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann
Educational Books (Asia) Limited, Percetakan Vinlin Sdn. Bhd.
Tiegerman-Farber (1998). Collaborative Decision Making: The Pathway to Inclusion. Prentice
Hall.

14

More Related Content

What's hot

penubuhan persatuan
penubuhan persatuanpenubuhan persatuan
penubuhan persatuanpudeans
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengarancikgusuepkhas
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assuretanaipoh
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)apai79
 
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Implikasi teori piaget dalam pengajaran pembelajaran
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Implikasi teori piaget dalam pengajaran pembelajaranPERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Implikasi teori piaget dalam pengajaran pembelajaran
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Implikasi teori piaget dalam pengajaran pembelajaranPuteri Pak Abu
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)Caeser Rio
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
KAEDAH KOMUNIKASI MURID MASALAH PENDENGARAN
KAEDAH KOMUNIKASI MURID MASALAH PENDENGARANKAEDAH KOMUNIKASI MURID MASALAH PENDENGARAN
KAEDAH KOMUNIKASI MURID MASALAH PENDENGARANAdila Dila
 

What's hot (20)

penubuhan persatuan
penubuhan persatuanpenubuhan persatuan
penubuhan persatuan
 
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUMSurat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaran
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
 
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Implikasi teori piaget dalam pengajaran pembelajaran
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Implikasi teori piaget dalam pengajaran pembelajaranPERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Implikasi teori piaget dalam pengajaran pembelajaran
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Implikasi teori piaget dalam pengajaran pembelajaran
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
KAEDAH KOMUNIKASI MURID MASALAH PENDENGARAN
KAEDAH KOMUNIKASI MURID MASALAH PENDENGARANKAEDAH KOMUNIKASI MURID MASALAH PENDENGARAN
KAEDAH KOMUNIKASI MURID MASALAH PENDENGARAN
 

Similar to Sekolah Kolaboratif

(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)Susi Yanti
 
Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran KooperatifPembelajaran Kooperatif
Pembelajaran KooperatifRosmalia Eva
 
KEL 4_MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PAI_4F.pdf
KEL 4_MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PAI_4F.pdfKEL 4_MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PAI_4F.pdf
KEL 4_MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PAI_4F.pdfDianaUlfah4
 
Model pembelajaran kolaborasi
Model pembelajaran kolaborasiModel pembelajaran kolaborasi
Model pembelajaran kolaborasiBebek007
 
Upaya meningkatkan prestasi belajar siswa
Upaya meningkatkan prestasi belajar siswaUpaya meningkatkan prestasi belajar siswa
Upaya meningkatkan prestasi belajar siswaMar Tunis
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualRomi Afrizal
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKMuhammad Fateh
 
Makalah analisis koloid
Makalah analisis koloidMakalah analisis koloid
Makalah analisis koloidsanradamanik
 
Pendekatan kontekstual pada_siswa_sekola
Pendekatan kontekstual pada_siswa_sekolaPendekatan kontekstual pada_siswa_sekola
Pendekatan kontekstual pada_siswa_sekolaMuhammad Iqbal
 
Xii.ipa.6 dzikri nashrul fauzi
Xii.ipa.6 dzikri nashrul fauziXii.ipa.6 dzikri nashrul fauzi
Xii.ipa.6 dzikri nashrul fauziDzikri Fauzi
 
model model pembelajaran yang bisa dicontoh
model model pembelajaran yang bisa dicontohmodel model pembelajaran yang bisa dicontoh
model model pembelajaran yang bisa dicontohmustamin17
 
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranInteraksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranPuteri Farahin
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikAde Rifai Kolot
 
Pembelajaran Kooperatif Tipe STAD
Pembelajaran Kooperatif Tipe STADPembelajaran Kooperatif Tipe STAD
Pembelajaran Kooperatif Tipe STADRizzty Mennelz
 
Teams games tournament 1
Teams games tournament 1Teams games tournament 1
Teams games tournament 1sintaroyani
 

Similar to Sekolah Kolaboratif (20)

(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab ii tps
Bab ii tpsBab ii tps
Bab ii tps
 
Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran KooperatifPembelajaran Kooperatif
Pembelajaran Kooperatif
 
KEL 4_MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PAI_4F.pdf
KEL 4_MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PAI_4F.pdfKEL 4_MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PAI_4F.pdf
KEL 4_MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PAI_4F.pdf
 
Model pembelajaran kolaborasi
Model pembelajaran kolaborasiModel pembelajaran kolaborasi
Model pembelajaran kolaborasi
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Bab i ok
Bab i okBab i ok
Bab i ok
 
Upaya meningkatkan prestasi belajar siswa
Upaya meningkatkan prestasi belajar siswaUpaya meningkatkan prestasi belajar siswa
Upaya meningkatkan prestasi belajar siswa
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstual
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
 
Makalah analisis koloid
Makalah analisis koloidMakalah analisis koloid
Makalah analisis koloid
 
Pendekatan kontekstual pada_siswa_sekola
Pendekatan kontekstual pada_siswa_sekolaPendekatan kontekstual pada_siswa_sekola
Pendekatan kontekstual pada_siswa_sekola
 
Xii.ipa.6 dzikri nashrul fauzi
Xii.ipa.6 dzikri nashrul fauziXii.ipa.6 dzikri nashrul fauzi
Xii.ipa.6 dzikri nashrul fauzi
 
model model pembelajaran yang bisa dicontoh
model model pembelajaran yang bisa dicontohmodel model pembelajaran yang bisa dicontoh
model model pembelajaran yang bisa dicontoh
 
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranInteraksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
 
Modul (kb 2) kolaboratif
Modul (kb 2) kolaboratifModul (kb 2) kolaboratif
Modul (kb 2) kolaboratif
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tik
 
Pembelajaran Kooperatif Tipe STAD
Pembelajaran Kooperatif Tipe STADPembelajaran Kooperatif Tipe STAD
Pembelajaran Kooperatif Tipe STAD
 
Teams games tournament 1
Teams games tournament 1Teams games tournament 1
Teams games tournament 1
 

Recently uploaded

Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 

Recently uploaded (20)

Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 

Sekolah Kolaboratif

  • 1. ARTIKEL: SEKOLAH KOLABORATIF DAN KERELEVANNYA PADA MASA KINI 1.0 PENGENALAN Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pendidikan masa kini jauh lebih rumit berbanding sebelumnya kerana harapan masyarakat semakin meningkat. Bagi menangani cabaran tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi warga organisasinya. Menjana dan memperkasa pengamalan serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi pasukan kerja secara kolaboratif bukan sesuatu perkara yang baru dalam sistem pengurusan masa kini kerana budaya kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dalam membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth, 2002). Namun, persoalan yang sering timbul adakah sekolah kolaboratif relevan pada era kini? Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang menyediakan murid-murid dengan ilmu pengetahuan. Sekolah yang cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guruguru yang bersedia melakukan perubahan untuk mencapai misi dan visi dengan baik. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003). Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang, maka semua sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan kerja bersamasama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Ketua Jabatan iaitu pengetua sekolah seharusnya tidak mengamalkan sikap pentadbiran yang bersikap ‘kuku-besi’ atau mengamalkan sikap pilih kasih, sebaliknya mengamalkan budaya kolaboratif. Mengikut Abdullah Sani dalam Azman (2001), elemen penting yang akan mempengaruhi kecemerlangan pengurusan sesebuah sekolah adalah bagaimana pentadbir dan guru-guru memimpin sekolah tersebut. 1
  • 2. 2.0 2.1 DEFINISI KONSEP SEKOLAH Perkataan ‘sekolah’ berasal dari Bahasa Latin iaitu skhole, scola atau skholai yang bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan Surendran Sankaran, 2000). Mengikut Akta Pendidikan pulaa, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap satunya mempunyai matlamat dan objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), ‘sekolah’ bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar. 2.2 KOLABORATIF Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kolaboratif bermaksud erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih, perhubungan antara kerajaan yang paling erat sifatnya. Menurut Owens (2001), kolaboratif adalah gaya secara langsung dalam pembuatan keputusan yang melibatkan seorang atau lebih individu yang komited untuk bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat bersama. Individu-individu ini biasanya membawa kemahiran yang berbeza-beza dan memberikan sumbangan untuk mewujudkan, menguatkan dan mengekalkan perhubungan ini. Tiegerman-Farber (1998) pula melihat kolaboratif sebagai perhubungan atau interaksi antara guru-guru, ibu bapa dan pentadbir ke arah perkongsian dalam pembuatan keputusan. Proses interaktif ini berjalan berterusan bergantung kepada komitmen ahliahlinya untuk melalui satu proses penerokaan yang panjang. Sementara itu, Coufal (dalam 2
  • 3. Tiegerman-Farber, 1998) mendefinisikan kolaboratif sebagai penglibatan sesama ahli yang berinteraksi sebagai penyumbang dalam proses pembuatan keputusan untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Setiap rakan kongsi berperanan seimbang dan perlu memiliki pembolehubah interaksi, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan strategi penyelesaian konflik. Bagi Richardson et al. (dalam Beckett & Flanigan, 2004) pula, beliau mengklasifikasikan kolaboratif dalam pelbagai label yang berlainan seperti pengupayaan (empowerment), perkongsian pentadbiran, amalan penyertaan, pengurusan berasaskan sekolah dan perkongsian dalam pembuatan keputusan. Kesimpulan daripada semua definisi kolaborasi, dapatlah dirangkumkan bahawa kolaboratif menunjukkan saling bergantungan dan permuafakatan ahli dalam kumpulan membuat keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian. Selain itu, kolaboratif membawa maksud muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya. Kolaboratif juga membawa makna bekerja dalam pasukan, usaha sama, mempunyai hubungan dua hala, konsep perkongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama. 2.3 SEKOLAH KOLABORATIF Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor, 2000). Penglibatan masyarakat dalam bentuk perkongsian untuk kepentingan bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan. Menurut Freudenstein (1991), sekolah kolaboratif merupakan sebuah sekolah yang lebih mementingkan proses bekerjasama, berunsurkan sosial (John Dewey) dan mengutamakan dinamik kumpulan (Kurt Lewin). Sekolah kolaboratif juga menekankan aspek aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. 3
  • 4. Pendapat ini turut disokong oleh Hargreaves, A. (1995) iaitu sekolah kolaboratif dapat membantu para pentadbir dan guru dan membina pengetahuan dengan yang lebih bermakna. Pengetahuan atau hasil kajian yang baru haruslah dikongsi bersama guru-guru lain didalam sekolah mahupun perkongsian ilmu dengan guru di sekolah berlainan. Melalui perkongsian ilmu ini, secara tidak langsung dapat membina kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi yang lebih berkesan di samping boleh menerima pendapat orang lain secara terbuka. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sekolah kolaboratif merupakan sekolah yang memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dengan menekankan aspek bekerjasama untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi yang dibentuk. Segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki haruslah dikongsi untuk manfaat bersama. Sekolah kolaboratif juga menekankan penglibatan semua ahli kumpulan. Idea yang mencabar dan disokong untuk menambahbaik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Guru-guru akan mengumpul idea, berkongsi pengalaman, berbincang bersama dan menyelesaikan masalah bersama. Selain menjalin hubungan baik dengan komuniti dan perkongsian ilmu, sekolah kolaboratif juga menekankan bilik darjah yang kolaboratif. 3.0 PEMBELAJARAN KOLABORATIF Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang terdiri empat atau lima orang pelajar. Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran koperatif adalah satu bentuk kolaboratif, iaitu kelompok besar belajar bersama-sama bagi mencapai matlamat yang boleh dikongsi bersama (Johnson & Johnson, 1989). Menurut Freudenstein (1991), terdapat tiga bahagian utama dalam pengajaran berkonsepkan Pengajaran Kolaboratif iaitu a) Pra-pengajaran – Peringkat perancangan dan persediaan. b) Pengajaran – Peringkat persembahan dan pelaksanaan. c) Pasca-pengajaran – Peringkat penilaian dan pengubahsuaian. 4
  • 5. Rajah 1: Konsep Pengajaran Kolaboratif Sumber: Diadaptasi dari Model Pengajaran Kolaboratif Freudenstein (1991) Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam sistem pendidikan. Pembelajaran ini menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pengajar. Freudenstein (1991), menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar. terdapat beberapa ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu: 3.1 Perkongsian Ilmu Pengetahuan Di Antara Pengajar dan Pelajar Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, peranan pengajar hanya menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Guru hanya perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isi pelajaran dan mempunyai kemahiran untuk menyalurkan kepada pelajar. Dalam pembelajaran kolaboratif, pengajar perlu menilai dan membina satu persekitaran pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa, strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang 5
  • 6. efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan guru dan pelajar yang lain. 3.2 Perkongsian Autoriti Di Antara Pengajar dan Pelajar Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar. Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak memberi pendapat dalam proses membuat sesuatu keputusan. Manakala dari perspektif pengajar, pengajar berhak untuk menyediakan beberapa pilihan bagi tajuk tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan minat dan tahap pencapaian pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pengajar perlu mengalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan pelajar berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh belajar menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif. 3.3 Pengajar Sebagai Fasilitator Dalam perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar, pengajar berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya akan membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman dan pembelajaran dalam bidang yang lain. Pengajar perlu menilai tahap informasi dan bantuan yang diberi untuk memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar. Pembelajaran kolaboratif dalam sistem epembelajaran banyak digunakan dalam pembelajaran jarak jauh yang berasaskan internet. Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran akan membentuk komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS) yang dikenali sebagai MoodleTM. Perkataan Moodle merupakan singkatan bagi perkataan Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) merupakan satu sistem perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan dalam talian. Antara fasiliti LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum perbincangan, chats dan jurnal. 6
  • 7. 4.0 BILIK DARJAH KOLABORATIF Dewasa ini, ramai orang berbicara mengenai pengurusan bilik darjah. Selalunya, perubahan ini kebanyakannya dilihat sebagai penghalang kepada proses pengajaran pembelajaran guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Dalam pengurusan bilik darjah yang kolaboratif, pelajar dibawa masuk ke dalam persekitaran yang sebenar dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang betul-betul sesuai dengan perkembangan kognitif pelajar dipilih dan diolah serta digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dilihat sebagai pemimpin yang bersedia bersama-sama pelajar dalam membentuk dan membantu pelajar belajar. Hal ini berbeza dengan bilik darjah tradisi iaitu pelajar hanya dapat mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya, iaitu pelajar mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia sebenar. Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif mengatasi pembelajaran secara bersendirian. Bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognitif, memfokuskan kepada ideaidea baru dan menekankan pendekatan penyelesaian masalah yang sebenar. Belajar di dalam bilik darjah yang berkolaboratif juga menjadikan pelajar lebih bermotivasi, mempunyai perasaan ingin tahu, ingin meneroka, mengambil perasaan berat dengan orang lain dan bertanding secara sihat. Terdapat empat sifat bilik darjah kolaboratif iaitu: 1. Berlaku Perkongsian Ilmu Pengetahuan Pelajar dan Guru Dalam kelas tradisi, guru adalah sebagai pemberi maklumat yang mutlak di mana aliran maklumat bergerak satu arah sahaja iaitu dari guru ke pelajar dan sedikit daripada pelajar kepada pelajar yang lain. Guru dilihat mempunyai pengetahuan tentang kandungan mata pelajaran, kemahiran dan pengajaran. Pelajar hanya menunggu sahaja arahan yang akan diberi oleh guru dari masa ke semasa. Pelajar yang memberi reaksi yang berbeza dianggap terus sebagai pengganggu di dalam bilik darjah ataupun pelajar yang tidak memahami arahan atau ingkar arahan. Hal ini berbeza dengan guru kolaboratif, mereka juga menilai dan sentiasa membina ilmu pengetahuan, pengalaman peribadi, pembinaan bahasa komunikasi, strategi dan konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori yang sesuai dan pelajar menggabung keadaan sosio-budaya dengan pengalaman pelajar. Sebagai contohnya, apabila guru 7
  • 8. mengajar mengenai Bentuk Muka Bumi di Malaysia, maka para pelajar akan menyatakan pendapat dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan mereka. Pengalaman melalui pemerhatian yang dimiliki oleh pelajar mengenai bentuk muka bumi yang dilihat oleh pelajar akan mereka aplikasikan dalam P&P tersebut. Pengalaman yang dimiliki oleh pelajar menjadikan pelajar lebih berminat untuk mempelajari sesuatu topik. 2. Perkongsian Kuasa Dalam bilik darjah kolaboratif, guru berkongsi kuasa autoriti dengan pelajar dalam keadaan tertentu. Kebanyakan dalam bilik darjah tradisi, guru bertanggungjawab menetapkan arah, memberi, mengatur kerja dan menilai apa yang diajar. Manakala dalam bilik darjah kolaboratif pula, guru memberi peluang kepada pelajar memahami apa yang telah diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan latihan dan mengalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Pelajar digalak mengembeling pengalaman mereka sendiri, memastikan pelajar berkongsi strategi dan pengetahuan, menghormati pelajar lain, menyokong pertukaran idea yang bernas, terlibat dalam pemikiran kreatif dan kritis, memupuk dan menggalak pelajar ambil bahagian secara terbuka dan bermakna. 3. Guru Sebagai Pengantara Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana guru menolong pelajar dan membantu pelajar dalam sesuatu permasalahan. Guru juga menjadi penunjuk cara dalam menyelesaikan masalah pelajar. 4. Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi pembelajaran di bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif, pelajar bebas belajar mengikut kebolehan mereka, menyatakan idea dan menidakkan pendapat rakan-rakan yang lain. Satu sifat bilik darjah kolaboratif ialah pelajar tidak diasingkan mengikut keupayaan dan pencapaian. Pengasingan pelajar akan melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan menyekat peluang pelajar belajar melalui berinteraksi secara bermakna dan berkesan. Pelajar yang lemah tidak mempunyai peluang untuk belajar daripada pelajar yang berkebolehan dan sebaliknya. 8
  • 9. 5.0 BUDAYA KOLABORATIF DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak pemikiran, perasaan dan reaksi yang didapati dan disebarkan melalui simbol yang berkaitan dengan kejayaannya. Intipati asas kepada budaya adalah idea asas dan nilai yang diamalkan. Budaya kolaboratif berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja. Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang cemerlang menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi, penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma. Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan keakraban hubungan yang seterusnya menyebabkan guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi dan peningkatan produktiviti. Sekolah yang ditadbir berdasarkan Teori Pengurusan Kolaboratif mempunyai idea penglibatan satu pasukan yang berkongsi harapan, norma-norma dan nilai serta budaya sekolah, memimpin semua ahli sekolah dalam aktiviti pendidikan dan matlamat kerja yang sama. Budaya organisasi seperti ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap fungsi dan keberkesanan sekolah (Beare, Caldwell & Millikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni 1984). Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan dikongsi oleh semua ahli sekolah. Hal ini membolehkan mereka bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama. Budaya kolaboratif ini dapat membantu sekolah untuk menghadapi sebarang cabaran dan kesulitan bersama untuk mencapai matlamat mereka (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992). Pasukan kerja di sekolah boleh mewujudkan persekitaran yang tersendiri berdasarkan keadaan dalaman pasukan kerjanya (hubungan sesama ahli). Keadaan luaran seperti perhubungan dengan pasukan kerja yang lain, keadaan pelajar, harapan keluarga pelajar dan iklim sekolah turut mempengaruhi persekitaran pasukan kerja sekolah. Pasukan kerja ini berkongsi misi dan matlamat yang diharapkan sesuai dengan matlamat sekolah. Perkongsian ini penting untuk memastikan fungsi pasukan akan menjadi berkesan Adha Ghazali (2011). Oleh itu, guru sepatutnya didedahkan dengan budaya kolaboratif yang kuat supaya mereka akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. Kajian yang telah dilakukan oleh Ishak (1993) terhadap 463 orang guru daripada 33 buah sekolah menengah di negeri Kelantan mendapati bahawa guru kelihatan lebih bermotivasi apabila pengetua mereka mengamalkan budaya kolaboratif. Kajian yang telah 9
  • 10. dijalankan oleh Noor Hashimah (2000) juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan yang signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya meningkatkan tahap motivasi guru. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan mengamalkan budaya positif dan budaya kolaboratif, guru dan pentadbir berupaya untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti ko-kurikulum dan interaksi didalam dan diluar sekolah. Terdapat banyak cara dan program bagi mewujudkan budaya kolaboratif seperti: 1) perkongsian ilmu antara guru-guru 2) pertukaran pelajar antara negara 3) projek sekolah angkat 4) kerjasama pintar diantara sekolah luar bandar dan bandar 5) program I-Think 6) program Pintar Foundation 7) Case Discussion Activities-Pedagogy Enhancement And Reinforcement Of Learning Strategies (PEARLS) 6.0 BUDAYA KERJA SECARA KOLABORATIF DAN MEMBUAT KEPUTUSAN Sekolah yang mengamalkan budaya kerja secara kolaboratif akan mendapati semua guru mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu pembelajaran murid secara bersama-sama (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1990). Hal ini kerana, dengan budaya kerja secara kolaboratif, ia berupaya menggerakkan semua guru untuk merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid. Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian. Sebarang permasalahan yang timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan dibimbing oleh rakan guru yang lain. Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang masih mencari formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah dan memastikan murid memahami apa yang diajar. Bimbingan dari guruguru yang lebih senior secara kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk menjadi lebih profesional. 10
  • 11. Dalam masa yang sama, budaya kerja ini juga akan menjadikan hubungan di antara guru lebih rapat dan bekerja dalam suasana yang mesra. Sebarang teguran dan nasihat tidak akan di anggap prejudis kerana bagi setiap guru setiap nasihat dan bimbingan adalah untuk membantu mereka menangani permasalahan yang timbul dan semuanya adalah untuk memastikan pembelajaran murid yang berkesan. Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid. Semasa proses membuat keputusan, setiap ahli panitia atau unit akan mengeluarkan pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara bersama. Hal ini menjadikan keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama atau secara kolektif. Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan guru. Hal ini demikian kerana setiap ahli panitia atau unit akan merasakan bahawa keputusan tersebut ialah keputusan mereka bersama. Menurut Lokman Mohd Tahir, dll (2008), sejak dahulu lagi pengetua menduduki hierarki tertinggi dalam membuat keputusan. Pengetua membuat pelbagai jenis keputusan berkaitan pengurusan sekolah termasuklah perancangan kurikulum, perkembangan staf, kewangan, penilaian dan penyeliaan dan sebagainya. Guru-guru pula acap kali 'ditegur' agar keluar daripada kepompong amalan tradisional yang memperlihatkan pengasingan mereka dan autonomi daripada proses pembuatan keputusan sebaliknya lebih menonjolkan diri dengan mengambil bahagian secara aktif lagi dalam proses. Amalan kolaboratif dalam pembuatan keputusan bermaksud amalan perkongsian atau partisipatif apabila semua ahli organisasi bekerja bersama-sama secara seimbang atau sama rata untuk mencapai konsensus dalam pembuatan keputusan. Ong Kwi Pea (1999), menerangkan bahawa pembuatan keputusan, perkongsian dan partisipatif berlaku apabila mereka mengenal pasti, menganalisa, menyelesaikan masalah, merancang, menentukan tindakan yang ingin diambil dan memastikan pelaksanaan keputusan tersebut bersamasama kerana kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan. Guru juga tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan. Pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah perlu melalui proses dan anjakan paradigma selaras dengan objektif falsafah pendidikan negara. Menurut Norliza Abdullah (2009), pentadbir sekolah haruslah mengelakkan daripada menjadi streotaip dan 11
  • 12. jumud. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang agresif dalam proses membuat sebarang keputusan. 7.0 KESIMPULAN Sekolah kolaboratif merupakan satu konsep yang terbaik dalam sistem pengurusan sekolah kerana ianya melibatkan perhubungan atau interaksi antara pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan badan-badan lain ke arah perkongsian dalam pembuatan keputusan. Proses interaktif ini berjalan berterusan bergantung kepada komitmen ahli-ahlinya untuk melalui satu proses penerokaan yang panjang. Untuk memantapkan pengetahuan dan ilmu yang dimiliki oleh seseorang warga dalam sekolahnya, maka perlu adanya hubungan kolaboratif. Hubungan ini menunjukkan saling bergantungan dan permuafakatan ahli dalam kumpulan membuat keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian. Jika dilihat dari kaedah pengajaran guru, guru haruslah mengamalkan kaedah pengajaran secara kolaboratif kerana kaedah ini memberikan impak yang lebih baik kepada para pelajar. Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang, maka semua sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Jalinan kerjasama dengan komuniti amat penting kerana dengan adanya penglibatan badan luar sekolah seperti agensi kerajaan dan swasta mampu membantu membangun dan memajukan sekolah. Jika adanya sokongan dan kerjasama pihak komuniti digunakan dengan baik, maka ia akan memberi kekuatan dan kelebihan kepada pihak sekolah dan hal ini sekaligus memberikan kesan yang sangat besar kepada pelajar itu sendiri. Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa sekolah kolabatif serta pengamalannya amat relavan pada masa kini. Budaya kolabatif ini harus diserapkan dalam setiap organisasi pengurusan sekolah memandangkan budaya ini amat kompetatif bagi melahirkan anak muda yang cemerlang dan terbilang di persada arena antarabangsa. 12
  • 13. BIBLIOGRAFI Azman Adnan. (2001). Pembuatan Keputusan Partisipatif Di Sekolah: Satu Tinjauan Literatur Pemimpin. Jurnal Institut Pengetua, 1(1), 65–73. Barth, R.S. (2002). The Culture Builder. Journal Of Educational Leadership 59 (8): 67-73. Beare, H., Caldwell, B. J. & Millikin, R.H. (1989). Creating An Excellent School. London: Routledges & Kegan Paul Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor (2000). ‘Kajian Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik.’ Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM. Cheng, Y.C. (1996). Profiles Of Organizational Culture And Effective Schools. School Effectivenessand School Improvement 4 (2): 85-110. Deal, T.E. & Peterson, K.D. (1990). The Principal’s Role In Shaping School Culture. Washington DC : US Government Printing Office. Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. Jarvis (Eds.), Ideas and issues in Primary ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson in association with the Center for British Teachers. Hargreaves, A. (1995). Beyond Collaboration: Critical Teacher Development In The Postmodern Age. In J. Smyth (Ed.). Critical Discourses On Teacher Development. (pp. 149-179). London: Cassell. Ishak Sin. (1993). Perkaitan Di Antara Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru.Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Johnson, D.W., Maruyama, G., Johnson, R., Nelson, D., & Skon, L. (1981). Effects Of Cooperative, Competitive , And Individualistic Goal Structures On Achievement: A Meta-Analysis. Psychological Bulletin, 89, 47-62. Johnson, B.L. (2003). Teacher Collaboration: Good For Some, Not So Good For Others. Journal of Educational Studies 29 (4): 337-349. Kamus Dewan. Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur 13
  • 14. Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin & Sanitah Mohd Yusof. (2008). Analisis kepemimpinan pengetua sekolah menengah di Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Norliza Abdullah. (2009). Status Sekolah Kluster Berjaya Tingkat Pengurusan dan Pencapaian. Diakses daripada http://www.bharian.com.my pada 1 November 2012. Noor Hashimah Hassan. (2000). Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru: Tinjauan Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Segamat. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Norazlinda Saad dan Surendran Sankaran. (2000). Pembuatan Keputusan Kolaboratif: Sikap Guru Dan Galakan Pengetua. Universiti Utara Malaysia. Sintok. Ong Kwi Pea. (1999). Tahap Penglibatan Guru Dalam Membuat Keputusan Pentadbiran. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia. Serdang. Selangor. Owens, R. G. (2001). Organizational Behaviour In Education: Instructional Leadership And School Reform (7th ed.). Boston: Allyn & Bacon. Sharifah Alwiah Alsagoff (1990). Ilmu Pendidikan:Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Limited, Percetakan Vinlin Sdn. Bhd. Tiegerman-Farber (1998). Collaborative Decision Making: The Pathway to Inclusion. Prentice Hall. 14