Bahasa perlu dimotivasikan untuk terus berkembang dan digunakan oleh masyarakatnya. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia berperanan menyatukan berbagai kaum, mewakili jati diri bangsa, serta menjadi alat komunikasi utama. Motivasi bahasa diperlukan untuk memajukan tamadun bangsa dan memastikan bahasa tersebut terus digunakan sebagai sarana pembelajaran dan pembangunan negara.
Mengapa Bahasa Perlu Dimotivasikan Untuk Pembangunan Bangsa
1. Mengapakah Bahasa Perlu Dimotivasikan?
Oleh
Patarai Hj. Cholen
Unit Kokurikulum, IPGKPT
28 Mac 2016
Perkembangan bahasa amat bergantung pada masyarakat yang menuturnya. Ini bermakna
sesuatu bahasa itu akan tumbuh dan berkembang maju apabila masyarakat penuturnya sentiasa
menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian selain mempunyai sikap setia terhadap
bahasanya. Atas faktor ini, bahasa perlu dimotivasikan selaras dengan kemajuan tamadun bangsa
yang mendukunganya.
Bahasa alat penyatuan bangsa
Dalam konteks Malaysia yang multibangsa dan multibudaya, pengekalan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi penting untuk perpaduan bangsa. Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dapat bertindak sebagai alat perhubungan antara masyarakat yang
berbilang bahasa, budaya, agama dan adat resam. Hanya dengan menggunakan satu bahasa
sahaja masyarakat dapat berasa bangga dan cinta akan tanah airnya. Ketegangan kaum mungkin
akan berulang sekiranya tugas dan peranan ini diabaikan oleh mana-mana pihak. Dengan hal ini,
usaha menyemai benih perpaduan dan persefahaman antara kaum di Malaysia melalui motivasi
bahasa dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan harus digerakkan dan
diteruskan secara menyeluruh di semua peringkat demi kebaikan dan kesejahteraan negara.
Bahasa lambang jati diri dan pembinaan tamadun bangsa
Bahasa berkembang selaras dengan kemajuan dan perubahan budaya yang dicapai oleh
sesuatu masyarakat yang mendukungnya. Meletakkan kepentingan bahasa dalam pembangunan
dan penonjolan imej bangsa yang berbudaya tinggi merupakan faktor yang mendorong kemajuan
yang dicapai oleh bangsa Eropah dan bangsa Asia yang lain seperti Jepun, Korea, Cina, India,
dan Thailand. Dalam konteks negara Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu sudah sewajarnya kedudukan bahasa Melayu
2. harus dipertahankan dari segala bentuk penindasan bahasa. Beberapa usaha perlu dilakukan
untuk memupuk jati diri antaranya melalui sistem pendidikan dan aktiviti kebahasaan yang
diyakini dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai tamadun sendiri. Kekuatan jati diri
sesuatu bangsa banyak bergantung kepada bahasa. Ketinggian tamadun sesuatu bangsa atau
masyarakat pula bukan sahaja diukur berdasarkan kemajuan fizikal, malah harus tergambar pada
kecanggihan pemikiran dan gaya pengungkapan pemikiran itu, iaitu bahasanya. Sewajarnyalah
aspek bahasa diambil kira dalam melaksanakan agenda pembangunan negara agar kita
membangun atau maju secara bersepadu.
Bahasa alat komunikasi dan interaksi sosial
Hakikatnya, bahasa dan masyarakat tidak dapat dipisahkan dan kedua-duanya tidak dapat
wujud secara berasingan. Jika tiada masyarakat, maka tiadalah bahasa. Banyak bahasa yang
dahulunya diagungkan dan digunakan sebagai bahasa antarabangsa hanya tinggal nama sahaja,
misalnya bahasa Sanskrit dan bahasa Latin. Keadaan seumpama ini boleh terjadi kepada bahasa
Melayu jika masyarakatnya tidak menggunakannya. Setiap ahli masyaraka, seharus memainkan
peranan sosial dalam masyarakatnya melalui bahasa yang berfungsi sebagai alat komunikasi dan
interaksi sosial untuk menyatakan maksud dan tujuan masing-masing. Telah terbukti bahasa
Melayu telah berupaya mengungkapkan keseluruhan peranannya dalam semua bidang dan cara
kehidupan bangsanya yang meliputi keseluruhan akal fikiran dan daya cipta dalam tuntutan
masyarakat atau persekitaran dengan segala keperluan termasuk politik, ekonomi dan sosial.
Malah kaum bukan Melayu di Malaysia mampu berkomunikasi dan berinteraksi dalam
kelompok sosial yang berbeza dengan menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dan lancar.
Bahasa wadah memperoleh ilmu dan kemahiran berbahasa.
Bahasa yang berkembang maju ialah bahasa yang dapat mengungkapkan segala bidang
ilmu moden dalam kehidupan. Dalam hal ini, sesuatu bahasa yang telah menjadi bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan harus dapat berfungsi dan
dapat memaninkan peranan dalam pembinaan negara bangsa. Kita maklum bahawa bahasa
Melayu telah mengalami proses pemantapan sehingga berjaya menjadi wadah penyalur ilmu
pengetahuan dalam masyarakat. Jika masyarakat tidak menguasai kemahiran berbahasa, bangsa
3. dan negara tidak akan maju, khususnya dalam era globalisasi. Oleh itu, faktor seperti guru, ibu
bapa dan persekitaran boleh memainkan peranan masing-masing menyemai budaya membaca
agar lahir masyarakat yang celik ilmu dan memiliki kemahiran berbahasa yang dapat menjana
pembangunan negara. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong rakyat mempelajari bahasa
untuk memenuhi keperluan diri. Ini merupakan satu bentuk motivasi kepada masyarakat untuk
mencapai tujuan tertentu dalam kehidupan mereka.
Justeru, dalam merealisasikan impian ini, perlu wujud kesedaran dan niat yang luhur,
disertai dengan minat, kesungguhan dan cita-cita supaya keinginan atau motivasi ekstrinsik dan
intrinsik dapat digerakkan untuk mempelajari bahasa. Hakikatnya bahawa bahasa memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembinaan tamadun bangsanya. Kemajuan masyarakatnya
terpancar melalui kemajuan bahasa yang didukungnya.