SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk
dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada
pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk
mencari kekayaandan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata.
Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahunkemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah
dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik
dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkansemangat patriotik sebati dalam diri
pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan
terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahanpula, amalan ini penting kerana kita
dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-
perkara yang akanmemburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankanadalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam
mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di
dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupanseharian.
Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid
hinggalah selepas mereka menamatkanpersekolahan atau pendidikan mereka di institusi
pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini
akan memberikankesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, KementerianPeneranganMalaysia, di samping
media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkansemangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan
semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaannegara.
Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”,
“Paloh”, dan drama-drama yang berkaitandengansemangat cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkansemangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-
kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan
pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan
Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakanforum tentang semangat patriotik
dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat
yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja
dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkanperpaduan antara kaum di
negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-
pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin
mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu
mengingatkan dan menekankankepentinganmenghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil
perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya
dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah
dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh
semua orang sudah pasti kemerdekaanyang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak
tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untukmemupuk semangat patriotik perlulah dijalankan
sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk
melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi juga akansentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar
mencapai kemajuandan pembangunandengan cepat, setanding dengan negara-negara maju
yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalanganremaja, pastilah
mereka tidak ada perasaan cinta akannegara dan menyebabkanmereka hilang jati diri. Oleh
itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalanganmasyarakat.

More Related Content

What's hot

Fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
Fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagiFakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
Fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagiMohamad Ayub
 
Ujian psikometrik dan ujian aptitud
Ujian psikometrik dan ujian aptitudUjian psikometrik dan ujian aptitud
Ujian psikometrik dan ujian aptitudNUR ADIZA
 
KIT TV PSS KEBANGSAAN.pdf
KIT TV PSS KEBANGSAAN.pdfKIT TV PSS KEBANGSAAN.pdf
KIT TV PSS KEBANGSAAN.pdfeducatorz
 
rekod-keluar-masuk-alatan-sukan
rekod-keluar-masuk-alatan-sukanrekod-keluar-masuk-alatan-sukan
rekod-keluar-masuk-alatan-sukanJosue Ting
 
Kertas kerja sambutan kemerdekaan
Kertas kerja sambutan kemerdekaanKertas kerja sambutan kemerdekaan
Kertas kerja sambutan kemerdekaanMat Diey Dey
 
Buku panduan rekod peribadi pengurus sumber manusia
Buku panduan rekod peribadi   pengurus sumber manusiaBuku panduan rekod peribadi   pengurus sumber manusia
Buku panduan rekod peribadi pengurus sumber manusiaSuhaila Nasir
 
Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)
Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)
Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)Salbiah Ahmad
 
Kuiz kemerdekaan tahap dua
Kuiz kemerdekaan tahap duaKuiz kemerdekaan tahap dua
Kuiz kemerdekaan tahap duaFuad A. Hamid
 
Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Suhaila Omar
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019LatiSigub
 
FAIL PANITIA 2022.pptx
FAIL PANITIA 2022.pptxFAIL PANITIA 2022.pptx
FAIL PANITIA 2022.pptxMarOneMokh
 
Borang Pertandingan Kebersihan CIAST (2012)
Borang Pertandingan Kebersihan CIAST (2012)Borang Pertandingan Kebersihan CIAST (2012)
Borang Pertandingan Kebersihan CIAST (2012)Rodzidah Mohd Rodzi
 
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docxPROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docxNoorhamnyzakaria
 
Latihan Darab & Bahagi
Latihan Darab & BahagiLatihan Darab & Bahagi
Latihan Darab & BahagiIMSHA LEARNING
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasarozitaawang1
 

What's hot (20)

Fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
Fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagiFakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
Fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
 
Ujian psikometrik dan ujian aptitud
Ujian psikometrik dan ujian aptitudUjian psikometrik dan ujian aptitud
Ujian psikometrik dan ujian aptitud
 
KIT TV PSS KEBANGSAAN.pdf
KIT TV PSS KEBANGSAAN.pdfKIT TV PSS KEBANGSAAN.pdf
KIT TV PSS KEBANGSAAN.pdf
 
rekod-keluar-masuk-alatan-sukan
rekod-keluar-masuk-alatan-sukanrekod-keluar-masuk-alatan-sukan
rekod-keluar-masuk-alatan-sukan
 
Kertas kerja sambutan kemerdekaan
Kertas kerja sambutan kemerdekaanKertas kerja sambutan kemerdekaan
Kertas kerja sambutan kemerdekaan
 
Buku panduan rekod peribadi pengurus sumber manusia
Buku panduan rekod peribadi   pengurus sumber manusiaBuku panduan rekod peribadi   pengurus sumber manusia
Buku panduan rekod peribadi pengurus sumber manusia
 
Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)
Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)
Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
PSO RBT.docx
PSO RBT.docxPSO RBT.docx
PSO RBT.docx
 
Kuiz kemerdekaan tahap dua
Kuiz kemerdekaan tahap duaKuiz kemerdekaan tahap dua
Kuiz kemerdekaan tahap dua
 
Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
 
FAIL PANITIA 2022.pptx
FAIL PANITIA 2022.pptxFAIL PANITIA 2022.pptx
FAIL PANITIA 2022.pptx
 
Borang Pertandingan Kebersihan CIAST (2012)
Borang Pertandingan Kebersihan CIAST (2012)Borang Pertandingan Kebersihan CIAST (2012)
Borang Pertandingan Kebersihan CIAST (2012)
 
PERINCIAN SIVIK.pptx
PERINCIAN SIVIK.pptxPERINCIAN SIVIK.pptx
PERINCIAN SIVIK.pptx
 
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docxPROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
 
Teka silang kata
Teka silang kataTeka silang kata
Teka silang kata
 
Latihan Darab & Bahagi
Latihan Darab & BahagiLatihan Darab & Bahagi
Latihan Darab & Bahagi
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasa
 

Viewers also liked

4.2 pusat sukan komersial
4.2 pusat sukan komersial4.2 pusat sukan komersial
4.2 pusat sukan komersialben683958sia
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
Statistik Chapter 1
Statistik Chapter 1Statistik Chapter 1
Statistik Chapter 1WanBK Leo
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisJamilah Abd Halim
 
3.1kerjaya dalam sukan
3.1kerjaya dalam sukan3.1kerjaya dalam sukan
3.1kerjaya dalam sukanHong Inn Looi
 
Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012PRA-UNIVERSITY
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 

Viewers also liked (8)

Lirik patriotik
Lirik patriotikLirik patriotik
Lirik patriotik
 
4.2 pusat sukan komersial
4.2 pusat sukan komersial4.2 pusat sukan komersial
4.2 pusat sukan komersial
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Statistik Chapter 1
Statistik Chapter 1Statistik Chapter 1
Statistik Chapter 1
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakis
 
3.1kerjaya dalam sukan
3.1kerjaya dalam sukan3.1kerjaya dalam sukan
3.1kerjaya dalam sukan
 
Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 

Similar to Usaha untuk semangat patriotik

Soalan 3.docx arjun
Soalan 3.docx arjunSoalan 3.docx arjun
Soalan 3.docx arjunkathir resan
 
Pentingnya nilai nasionalisme bagi anak muda indonesia & cara cara meningkatk...
Pentingnya nilai nasionalisme bagi anak muda indonesia & cara cara meningkatk...Pentingnya nilai nasionalisme bagi anak muda indonesia & cara cara meningkatk...
Pentingnya nilai nasionalisme bagi anak muda indonesia & cara cara meningkatk...IrfanRahmat5
 
Kesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosialKesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosialA170227
 
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...Operator Warnet Vast Raha
 
Ringkasan ting 2m
Ringkasan ting 2mRingkasan ting 2m
Ringkasan ting 2madiyudi7
 
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdfdinifitriaaa1529
 
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdfdinifitriaaa1529
 
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdfdinifitriaaa1529
 
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangs sebagai rasa persatu...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangs sebagai rasa persatu...Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangs sebagai rasa persatu...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangs sebagai rasa persatu...Operator Warnet Vast Raha
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Wawasan Kebangsaan Kita Tidak Boleh Hanyut dalam Perubahan Dunia, Tanpa Wawas...
Wawasan Kebangsaan Kita Tidak Boleh Hanyut dalam Perubahan Dunia, Tanpa Wawas...Wawasan Kebangsaan Kita Tidak Boleh Hanyut dalam Perubahan Dunia, Tanpa Wawas...
Wawasan Kebangsaan Kita Tidak Boleh Hanyut dalam Perubahan Dunia, Tanpa Wawas...lunch lunch
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan latTwin Sis
 

Similar to Usaha untuk semangat patriotik (20)

Soalan 3.docx arjun
Soalan 3.docx arjunSoalan 3.docx arjun
Soalan 3.docx arjun
 
Makalah kepramukaan
Makalah kepramukaanMakalah kepramukaan
Makalah kepramukaan
 
Makalah kepramukaan
Makalah kepramukaanMakalah kepramukaan
Makalah kepramukaan
 
Makalah kepramukaan
Makalah kepramukaanMakalah kepramukaan
Makalah kepramukaan
 
Pentingnya nilai nasionalisme bagi anak muda indonesia & cara cara meningkatk...
Pentingnya nilai nasionalisme bagi anak muda indonesia & cara cara meningkatk...Pentingnya nilai nasionalisme bagi anak muda indonesia & cara cara meningkatk...
Pentingnya nilai nasionalisme bagi anak muda indonesia & cara cara meningkatk...
 
Kesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosialKesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosial
 
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
 
E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )
 
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
 
Ringkasan ting 2m
Ringkasan ting 2mRingkasan ting 2m
Ringkasan ting 2m
 
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
 
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
 
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
 
Hubungan etnik
Hubungan etnik Hubungan etnik
Hubungan etnik
 
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangs sebagai rasa persatu...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangs sebagai rasa persatu...Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangs sebagai rasa persatu...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangs sebagai rasa persatu...
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Wawasan Kebangsaan Kita Tidak Boleh Hanyut dalam Perubahan Dunia, Tanpa Wawas...
Wawasan Kebangsaan Kita Tidak Boleh Hanyut dalam Perubahan Dunia, Tanpa Wawas...Wawasan Kebangsaan Kita Tidak Boleh Hanyut dalam Perubahan Dunia, Tanpa Wawas...
Wawasan Kebangsaan Kita Tidak Boleh Hanyut dalam Perubahan Dunia, Tanpa Wawas...
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskiniRangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan lat
 

Usaha untuk semangat patriotik

  • 1. Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaandan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahunkemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkansemangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahanpula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara- perkara yang akanmemburukkan nama negara. Cara lain yang boleh dijalankanadalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupanseharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkanpersekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar- besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikankesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, KementerianPeneranganMalaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkansemangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaannegara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitandengansemangat cinta akan negara. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkansemangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung- kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakanforum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja
  • 2. dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkanperpaduan antara kaum di negara kita. Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin- pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankankepentinganmenghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaanyang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untukmemupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akansentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuandan pembangunandengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalanganremaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akannegara dan menyebabkanmereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalanganmasyarakat.