SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Masih keliru…
KEPADA
atau
PADA
MARTABATKAN BAHASA
LESTARIKAN PENGGUNAANNYA
BAHASA JIWA BANGSA
LAMBANG SATU MALAYSIA
[Kepada] dan [pada] adalah antara sekian
banyak kata tugas yang digunakan dengan
meluas oleh pengguna bahasa. Kedua-dua
perkataan ini tergolong dalam kata sendi
nama. Bagaimanapun, masih ramai yang keliru
tentang penggunaan perkataan tersebut.
Masalah ini timbul kerana pengguna bahasa
tidak memahami fungsi dan makna yang
didukung oleh kedua-dua perkataan ini.
Umpamanya; masih terdapat ayat-ayat seperti berikut
yang dibina oleh pengguna bahasa Melayu.
1. Tolong kirim salam pada Aminah.
2. Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan pada
masjid.
Ayat-ayat di atas penggunaan kata sendi pada tidak tepat.
Oleh itu, wajarlah diperbetulkan seperti yang berikut:
1a.Tolong kirim salam kepada Aminah.
2a.Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan
kepada masjid.
Fungsi perkataan kepada dan pada serta penggunaannya
yang tepat.
Menurut Tatabahasa Dewan, kepada digunakan untuk
menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan
unsur mujarad. Contoh ayat;
3. Sampaikan salam saya kepada Rohana. (sasaran manusia)
4. Berikan susu ini kepada anak lembu. (sasaran haiwan)
5. Rakyat Malaysia dikehendaki memberi tumpuan kepada
pemulihan ekonomi negara. (sasaran unsur mujarad)
6. Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan.
(menyatakan pecahan)
7. Keadaan tenang bertukar kepada riuh. (menyatakan
perubahan keadaan)
Pada digunakan untuk:
i. Keterangan waktu:
“Pertandingan itu bermula pada pukul 8.00 malam”.
ii. Menyusuli kata [ada] yang merujuk manusia dan
haiwan.
“Buku itu ada pada Hasizan”.
iii. Digunakan di hadapan kata nama yang
menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja:
“Jamilah membaling bola itu pada sasarannya”.
Oleh itu, ayat [Tolong kirim salam pada Aminah] tidak
tepat kerana kata pada tidak menyatakan sasaran. Dalam
ayat ini, [salam] disasarkan kepada manusia, iaitu
Aminah, manakala kata pada hanya digunakan untuk
merujuk tempat atau masa. Justeru yang betul ialah
[Tolong kirim salam kepada Aminah].
Demikian juga ayat [Kebelakangan ini masa Pak Mat
banyak diberikan pada masjid]. Walaupun [masjid]
merujuk tempat, namun ayat ini, [masa Pak Mat]
disasarkan kepada masjid. Oleh yang demikian ayat yang
tepat ialah [Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak
diberikan kepada Masjid].
Perhatikan penggunaan kepada yang tepat dalam beberapa
ayat berikut.
8. Puan Normah telah menyampaikan cenderamata kepada
Puan Kasnani yang akan bersara minggu depan. (sasaran
merujuk manusia)
9. Kepada Tuhanlah kita berserah. (sasaran merujuk Tuhan)
10. Halaman buku itu dibahagi kepada dua untuk menjimatkan
ruang. (menyatakan pecahan)
11. Warna hijau tiba-tiba bertukar kepada warna biru.
(menyatakan perubahan keadaan)
12. Ular sawa yang ditangkap penduduk kampung telah
diserahkan kepada pihak Zoo Negara. (sasaran yang ada
kaitan dengan manusia)
13. Nora memberikan sisa-sisa makanan kepada kucing jirannya.
(sasaran haiwan)
14. Rancangan Malaysia Kesepuluh akan memberi tumpuan
kepada pembasmian kemiskinan. (sasaran unsur mujarad)
Seterusnya penggunaan pada yang tepat dalam ayat-ayat
di bawah.
15. Hasnah meletakkan bungkusan itu pada meja makan.
(keterangan tempat)
16. Pada zama dahulu tidak banyak kemudahan yang ada
seperti sekarang.(keterangan waktu)
17. Orang itu banyak bergantung pada kerusi rodanya
untuk bergerak. (merujuk tempat bagi perbuatan
sesuatu kerja)
18. Karisma yang ada pada Zulkapli cukup menakjubkan
kami. (merujuk manusia)
Demikianlah sedikit penjelasan serta beberapa
contoh ayat yang menunjukkan penggunaan
kata kepada dan pada yang betul dan tepat.
Jelaslah bahawa kata kepada dan pada tidak
boleh digunakan secara sewenang-
wenangnya, tetapi wajar berdasarkan
peraturan yang telah ditetapkan. Semoga
penjelasan yang sedikit ini dapat membantu
pengguna bahasa Melayu menghilangkan
kekeliruan antara kepada dan pada.
SEKIAN
“BIASAKAN YANG BETUL
BETULKAN YANG BIASA”

More Related Content

Viewers also liked

Sistemas Operativos Monoposto
Sistemas Operativos MonopostoSistemas Operativos Monoposto
Sistemas Operativos Monopostoirocho
 
Generaciones de los sistemas operativos
Generaciones de los sistemas operativosGeneraciones de los sistemas operativos
Generaciones de los sistemas operativosfrancisco moncayo
 
Is 'Brexit' good or bad for tour operators? Katie Waddington, Zenith Holidays...
Is 'Brexit' good or bad for tour operators? Katie Waddington, Zenith Holidays...Is 'Brexit' good or bad for tour operators? Katie Waddington, Zenith Holidays...
Is 'Brexit' good or bad for tour operators? Katie Waddington, Zenith Holidays...listex_uk
 
Xogo de preguntas de reprografia
Xogo de preguntas de reprografia Xogo de preguntas de reprografia
Xogo de preguntas de reprografia irocho
 
Homework Czech republic
Homework Czech republicHomework Czech republic
Homework Czech republicFlatio
 
Guiding Operations in Cruise Tourism
Guiding Operations in Cruise TourismGuiding Operations in Cruise Tourism
Guiding Operations in Cruise TourismFlatio
 
Gamifica - presentación de servicios
Gamifica - presentación de serviciosGamifica - presentación de servicios
Gamifica - presentación de serviciosGamifica
 

Viewers also liked (10)

Sistemas Operativos Monoposto
Sistemas Operativos MonopostoSistemas Operativos Monoposto
Sistemas Operativos Monoposto
 
Generaciones de los sistemas operativos
Generaciones de los sistemas operativosGeneraciones de los sistemas operativos
Generaciones de los sistemas operativos
 
Decroly
DecrolyDecroly
Decroly
 
Is 'Brexit' good or bad for tour operators? Katie Waddington, Zenith Holidays...
Is 'Brexit' good or bad for tour operators? Katie Waddington, Zenith Holidays...Is 'Brexit' good or bad for tour operators? Katie Waddington, Zenith Holidays...
Is 'Brexit' good or bad for tour operators? Katie Waddington, Zenith Holidays...
 
Totto sistemas 2
Totto sistemas 2Totto sistemas 2
Totto sistemas 2
 
CORRIDA DE CANOA
CORRIDA DE CANOACORRIDA DE CANOA
CORRIDA DE CANOA
 
Xogo de preguntas de reprografia
Xogo de preguntas de reprografia Xogo de preguntas de reprografia
Xogo de preguntas de reprografia
 
Homework Czech republic
Homework Czech republicHomework Czech republic
Homework Czech republic
 
Guiding Operations in Cruise Tourism
Guiding Operations in Cruise TourismGuiding Operations in Cruise Tourism
Guiding Operations in Cruise Tourism
 
Gamifica - presentación de servicios
Gamifica - presentación de serviciosGamifica - presentación de servicios
Gamifica - presentación de servicios
 

More from Mohamed Nazul Ismail

PENGUKUHAN JATI DIRI DAN MENGELAKKAN HUKUMAN AKTA 174 KE ARAH KEMENJADIAN GUR...
PENGUKUHAN JATI DIRI DAN MENGELAKKAN HUKUMAN AKTA 174 KE ARAH KEMENJADIAN GUR...PENGUKUHAN JATI DIRI DAN MENGELAKKAN HUKUMAN AKTA 174 KE ARAH KEMENJADIAN GUR...
PENGUKUHAN JATI DIRI DAN MENGELAKKAN HUKUMAN AKTA 174 KE ARAH KEMENJADIAN GUR...Mohamed Nazul Ismail
 
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...Mohamed Nazul Ismail
 
HALA TUJU IPG TEKNIK: REFLEKSI PROFESIONAL AGAR ORGANISASI KEKAL RELEVAN
HALA TUJU IPG TEKNIK: REFLEKSI PROFESIONAL AGAR ORGANISASI KEKAL RELEVANHALA TUJU IPG TEKNIK: REFLEKSI PROFESIONAL AGAR ORGANISASI KEKAL RELEVAN
HALA TUJU IPG TEKNIK: REFLEKSI PROFESIONAL AGAR ORGANISASI KEKAL RELEVANMohamed Nazul Ismail
 
ENHANCING THE PEDAGOGICAL ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...
ENHANCING THE PEDAGOGICAL  ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...ENHANCING THE PEDAGOGICAL  ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...
ENHANCING THE PEDAGOGICAL ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...Mohamed Nazul Ismail
 
13 (KV Sandakan Pendidikan TVET untuk Pembangunan Negara)
13 (KV Sandakan Pendidikan  TVET untuk Pembangunan Negara)13 (KV Sandakan Pendidikan  TVET untuk Pembangunan Negara)
13 (KV Sandakan Pendidikan TVET untuk Pembangunan Negara)Mohamed Nazul Ismail
 
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)Mohamed Nazul Ismail
 
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)Mohamed Nazul Ismail
 
Pusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & VokasionalPusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & VokasionalMohamed Nazul Ismail
 
CERAMAH PROFESIONAL PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL
CERAMAH PROFESIONAL  PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL CERAMAH PROFESIONAL  PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL
CERAMAH PROFESIONAL PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL Mohamed Nazul Ismail
 
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikan
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikanKerangka konsep penjana kejayaan penyelidikan
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikanMohamed Nazul Ismail
 
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)Transformasi kepimpinan siswa pendidik)
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)Mohamed Nazul Ismail
 
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademik
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademikAktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademik
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademikMohamed Nazul Ismail
 
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPT
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPTLaporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPT
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPTMohamed Nazul Ismail
 
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan TeknikPusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan TeknikMohamed Nazul Ismail
 

More from Mohamed Nazul Ismail (20)

PENGUKUHAN JATI DIRI DAN MENGELAKKAN HUKUMAN AKTA 174 KE ARAH KEMENJADIAN GUR...
PENGUKUHAN JATI DIRI DAN MENGELAKKAN HUKUMAN AKTA 174 KE ARAH KEMENJADIAN GUR...PENGUKUHAN JATI DIRI DAN MENGELAKKAN HUKUMAN AKTA 174 KE ARAH KEMENJADIAN GUR...
PENGUKUHAN JATI DIRI DAN MENGELAKKAN HUKUMAN AKTA 174 KE ARAH KEMENJADIAN GUR...
 
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
 
HALA TUJU IPG TEKNIK: REFLEKSI PROFESIONAL AGAR ORGANISASI KEKAL RELEVAN
HALA TUJU IPG TEKNIK: REFLEKSI PROFESIONAL AGAR ORGANISASI KEKAL RELEVANHALA TUJU IPG TEKNIK: REFLEKSI PROFESIONAL AGAR ORGANISASI KEKAL RELEVAN
HALA TUJU IPG TEKNIK: REFLEKSI PROFESIONAL AGAR ORGANISASI KEKAL RELEVAN
 
ENHANCING THE PEDAGOGICAL ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...
ENHANCING THE PEDAGOGICAL  ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...ENHANCING THE PEDAGOGICAL  ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...
ENHANCING THE PEDAGOGICAL ECOSYSTEM IN TEACHING AND LEARNING: POTENTIALS FOR...
 
13 (KV Sandakan Pendidikan TVET untuk Pembangunan Negara)
13 (KV Sandakan Pendidikan  TVET untuk Pembangunan Negara)13 (KV Sandakan Pendidikan  TVET untuk Pembangunan Negara)
13 (KV Sandakan Pendidikan TVET untuk Pembangunan Negara)
 
14 (Seminar Transformasi TVET)
14 (Seminar Transformasi TVET)14 (Seminar Transformasi TVET)
14 (Seminar Transformasi TVET)
 
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)
15 (Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan)
 
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)
16 (Padang Univ's Seminar Paradigm of Teacher's Education)
 
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
 
Pusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & VokasionalPusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
 
CERAMAH PROFESIONAL PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL
CERAMAH PROFESIONAL  PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL CERAMAH PROFESIONAL  PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL
CERAMAH PROFESIONAL PROGRAM PERSEDIAAN SKM 4/SKM 5 PENSYARAH KOLEJ VOKASIONAL
 
Kenali bahasa sabah
Kenali bahasa sabahKenali bahasa sabah
Kenali bahasa sabah
 
Rasuah Pemusnah Tamadun
Rasuah Pemusnah TamadunRasuah Pemusnah Tamadun
Rasuah Pemusnah Tamadun
 
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikan
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikanKerangka konsep penjana kejayaan penyelidikan
Kerangka konsep penjana kejayaan penyelidikan
 
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)Transformasi kepimpinan siswa pendidik)
Transformasi kepimpinan siswa pendidik)
 
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademik
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademikAktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademik
Aktiviti jk bahagian pentaksiran, jk akademik
 
Laporan aktiviti JK ePembelajaran
Laporan aktiviti JK ePembelajaranLaporan aktiviti JK ePembelajaran
Laporan aktiviti JK ePembelajaran
 
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPT
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPTLaporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPT
Laporan Bergambar Bilik Mikro, IPG KPT
 
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan TeknikPusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik
Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik
 
Motivasi bahasa
Motivasi bahasaMotivasi bahasa
Motivasi bahasa
 

Kepada @ Pada

  • 2. MARTABATKAN BAHASA LESTARIKAN PENGGUNAANNYA BAHASA JIWA BANGSA LAMBANG SATU MALAYSIA
  • 3. [Kepada] dan [pada] adalah antara sekian banyak kata tugas yang digunakan dengan meluas oleh pengguna bahasa. Kedua-dua perkataan ini tergolong dalam kata sendi nama. Bagaimanapun, masih ramai yang keliru tentang penggunaan perkataan tersebut. Masalah ini timbul kerana pengguna bahasa tidak memahami fungsi dan makna yang didukung oleh kedua-dua perkataan ini.
  • 4. Umpamanya; masih terdapat ayat-ayat seperti berikut yang dibina oleh pengguna bahasa Melayu. 1. Tolong kirim salam pada Aminah. 2. Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan pada masjid. Ayat-ayat di atas penggunaan kata sendi pada tidak tepat. Oleh itu, wajarlah diperbetulkan seperti yang berikut: 1a.Tolong kirim salam kepada Aminah. 2a.Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan kepada masjid.
  • 5. Fungsi perkataan kepada dan pada serta penggunaannya yang tepat. Menurut Tatabahasa Dewan, kepada digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Contoh ayat; 3. Sampaikan salam saya kepada Rohana. (sasaran manusia) 4. Berikan susu ini kepada anak lembu. (sasaran haiwan) 5. Rakyat Malaysia dikehendaki memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara. (sasaran unsur mujarad) 6. Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. (menyatakan pecahan) 7. Keadaan tenang bertukar kepada riuh. (menyatakan perubahan keadaan)
  • 6. Pada digunakan untuk: i. Keterangan waktu: “Pertandingan itu bermula pada pukul 8.00 malam”. ii. Menyusuli kata [ada] yang merujuk manusia dan haiwan. “Buku itu ada pada Hasizan”. iii. Digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja: “Jamilah membaling bola itu pada sasarannya”.
  • 7. Oleh itu, ayat [Tolong kirim salam pada Aminah] tidak tepat kerana kata pada tidak menyatakan sasaran. Dalam ayat ini, [salam] disasarkan kepada manusia, iaitu Aminah, manakala kata pada hanya digunakan untuk merujuk tempat atau masa. Justeru yang betul ialah [Tolong kirim salam kepada Aminah]. Demikian juga ayat [Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan pada masjid]. Walaupun [masjid] merujuk tempat, namun ayat ini, [masa Pak Mat] disasarkan kepada masjid. Oleh yang demikian ayat yang tepat ialah [Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan kepada Masjid].
  • 8. Perhatikan penggunaan kepada yang tepat dalam beberapa ayat berikut. 8. Puan Normah telah menyampaikan cenderamata kepada Puan Kasnani yang akan bersara minggu depan. (sasaran merujuk manusia) 9. Kepada Tuhanlah kita berserah. (sasaran merujuk Tuhan) 10. Halaman buku itu dibahagi kepada dua untuk menjimatkan ruang. (menyatakan pecahan) 11. Warna hijau tiba-tiba bertukar kepada warna biru. (menyatakan perubahan keadaan) 12. Ular sawa yang ditangkap penduduk kampung telah diserahkan kepada pihak Zoo Negara. (sasaran yang ada kaitan dengan manusia) 13. Nora memberikan sisa-sisa makanan kepada kucing jirannya. (sasaran haiwan) 14. Rancangan Malaysia Kesepuluh akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan. (sasaran unsur mujarad)
  • 9. Seterusnya penggunaan pada yang tepat dalam ayat-ayat di bawah. 15. Hasnah meletakkan bungkusan itu pada meja makan. (keterangan tempat) 16. Pada zama dahulu tidak banyak kemudahan yang ada seperti sekarang.(keterangan waktu) 17. Orang itu banyak bergantung pada kerusi rodanya untuk bergerak. (merujuk tempat bagi perbuatan sesuatu kerja) 18. Karisma yang ada pada Zulkapli cukup menakjubkan kami. (merujuk manusia)
  • 10. Demikianlah sedikit penjelasan serta beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kata kepada dan pada yang betul dan tepat. Jelaslah bahawa kata kepada dan pada tidak boleh digunakan secara sewenang- wenangnya, tetapi wajar berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Semoga penjelasan yang sedikit ini dapat membantu pengguna bahasa Melayu menghilangkan kekeliruan antara kepada dan pada.