SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
PISON ABU BAKAR
160883
1
Pengenalan
Setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai perubahan telah
berlaku secara evolusi dari segi pembangunan,teknologi, kehidupan dan tidak lupa dari
segi bahasa. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan
Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi rakyat
Malaysia. Buktinya, dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Selain itu,dalam Laporan Razak 1956 juga telah
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara.
Justeru, berdasarkan sejarah budaya, bahasa dan kesusteraan Melayu, banyak
bukti mengatakan bahawa bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang memiliki
tamadun yang besar. Seperti yang dipetik dari Dewan Masyarakat, Dr. Hassan Ahmad
menyatakan:
“bangsa Melayu mampu menciptakan tamadun besar dahulu kerana mereka berfikir
dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu ragam tinggi, bukan bahasa pasar”.
Oleh itu, memang tidak dinafikan bahasa Melayu memang telah lama digunakan
di Malaysia sejak zaman dahulu lagi.Namun begitu, setelah 54 tahun kemerdekaan
dikecapi oleh masyarakat Malaysia angin perubahan luar mula menjajah segenap
lapisan masyarakat yang lazimnya menggunakan bahasa Melayu sebagai komunikasi.
PISON ABU BAKAR
160883
2
Definisi
Bahasa adalah suatu sistem dari lambang bunyi arbitrer yang dihasilkan oleh
alat ucap manusia dan dipakai oleh masyarakat komunikasi, kerja sama dan identifikasi
diri. Bahasa lisan merupakan bahasa primer, sedangkan bahasa tulisan adalah bahasa
sekunder. Arbitrer iaitu tidak adanya hubungan antara lambang bunyi dengan
bendanya. Menurut Kamus Dewan, bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia( antara
seorang individu dengan individu yang lain).
Sementara perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra".
Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu : Su indah, baik,,
lebih berfaedah .Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang
indah bahasanya dan baik isinya . Menurut Kamus Dewan sastera ialah hasil seni
(karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan
yang tertentu.
Kebudayaan bererti buah budi manusia adalah hasil perjuangan manusia
terhadap dua pengaruh kuat, yakni zaman dan alam yang merupakan bukti kejayaan
hidup manusia untuk mengatasi berbagai rintangan dan kesukaran di dalam hidup dan
penghidupannya guna mencapai keselamatan dan kebahagiaan yang pada lahirnya
bersifat tertib dan damai. Menurut Kamus Dewan(edisi keempat) , kebudayaan
didefinisikan keseluruhan cara hidup( merangkumi cara bertindak,berkelakuan dan
PISON ABU BAKAR
160883
3
berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat.
Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa ( dari segi adat,
bahasa, budaya dan agama) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang
individu ,sesuatu bangsa.( Kamus Dewan edisi keempat)
PISON ABU BAKAR
160883
4
Jati Diri dengan Kepentingan Bahasa ,Sastera dan Budaya Melayu
Umumnya, seperti yang kita maklum setiap rakyat perlu ada semangat jati diri
yang mendalam bagi mengekalkan identiti bahasa kebangsaannya sendiri. Jika tiada
semangat ini maka berlakulah penjajahan bahasa asing terhadap bahasa sendiri.Hal
ini dapat dilihat di negara matahari terbit iaitu negara Jepun. Masyarakat Jepun
memang terkenal sebagai satu bangsa yang dalam masa yang singkat mencatat
kemajuan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Satu aspek yang yang harus kita
contohi sebagai rakyat Malaysia adalah sikap mereka yang menghormati dan
membanggakan bahasa kebangsaan mereka.Bagi mereka bahasa yang paling penting
ialah bahasa kebangsaan mereka walaupun kepentingan mengetahui bahasa-bahasa
lain tidak dinafikan.Oleh itu kesedaran ini tidak disalahmengertikan sehingga
mengagumi bahasa –bahasa lain lantas mengabaikan bahasa sendiri.
Selain itu, jika dilihat dari aspek budaya masyarakat Jepun sangat tinggi. Ini
dapat dilihat di dalam mesyuarat rasmi mereka akan menggunakan bahasa Jepun baku
dan berucap dengan cara yang tertib. Jika ada delegasi luar yang menyertai mesyuarat
tersebut ucapan mereka akan diterjemahkan melalui jurubahasa. Hal ini boleh dilihat
budaya melayu yang masih tidak dapat menandingi masyarakat Jepun. Kita terlalu
bertimbang rasa terhadap orang lain sehingga sanggup mengorbankan bahasa
kebangsaan kita untuk keselesaan orang lain. Sering kali para pemimpin kita berucap
dalam bahasa Melayu , cepat-cepat berubah ke bahasa Inggeris setelah terlihat
seorang dua bangsa asing, walhal situasi itu seharusnya penggunaan bahasa
kebangsaan. Keadaan in menunjukkan betapa tidak bangganya masyarakat kita
PISON ABU BAKAR
160883
5
terhadap bahasa sendiri.Bukan sahaja negara Jepun yang boleh dijadikan contoh tetapi
negara seperti Perancis dan Rusia juga mengamalkan cara yang sama dengan negara
Jepun.
Secara praktikal mereka mengakui kepentingan bahasa-bahasa asing sebagai
sumber ilmu pengetahuan, iaitu melalui proses terjemahan.Hal ini tidak berlaku dalam
masyarakat Malaysia yang menggagumi kehebatan bahasa asing. Oleh itu, kekaguman
kita terhadap bahasa Inggeris menjadikan kita keliru dan hilang perspektif yang
sebenar. Kita terus menyanjung bahasa Inggeris, menerimanya bulat-bulat lantas
mengetepikan bahasa kita sendiri. Kita menjadikan bahasa itu bukan sebagai alat
mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi sebagai lambang kejayaan. Maka kita
mencemuh orang-orang yang tidak pandai berbahasa Inggeris dan kita mencari
sebanyak mungkin situasi untuk menunjukkan keupayaan kita berbahasa Inggeris
sehingga kita sanggup mengabaikan bahasa kita sendiri.
Oleh yang demikian, menyedari bahasa Melayu merupakan jati diri dan maruah
bangsa Melayu, satu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII telah diadakan di
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (DBP) bagi mempertahankan kedudukan
bahasa itu.Ini kerana kita tidak mahu apabila negara Malaysia maju dalam tahun 2020
tetapi bangsa Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan
maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu.Oleh itu, jati
diri yang tinggi perlu ada pada rakyat Malaysia bagi memartabatkan bahasa Melayu di
negara sendiri.Hasrat ini boleh ditunjukkan dengan penghasilan buku-buku bahasa
Melayu dan juga menerbitkan kembali karya-karya agung untuk memberi peluang
PISON ABU BAKAR
160883
6
kepada rakyat memahami pemikiran tokoh-tokoh lampau seperti karya Sejarah Melayu
dan Hikayat Hang Tuah. Semua bangsa yang bertamadun mempunyai kumpulan
karya besarnya sendiri dan karya-karya ini disebarkan melalui penerbitan dalam
pelbagai bentuk asal,bentuk yang dipermudah seperti edisi pelajar, edisi kanak-
kanak,edisi saku dan pelbagai bentuk bagi memenuhi selera pelbagai lapisan
masyarakat.
Pelbagai cara harus kita usaha dan jalankan untuk memartabatkan bahasa
Melayu setelah 54 tahun Malaysia merdeka. Sebagai contoh yang selalu kita lihat
rakyat Malaysia bercakap akan menggunakan bahasa Inggeris sesama mereka sendiri.
Media elektronoik juga banyak mempengaruhi penggunaan bahasa ini, jika drama atau
filem yang dihasilkan mesti mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
dalam satu ayat. Adakah ini karya yang boleh di banggakan oleh penggiat filem
tempatan kita. Inilah penyakit yang sedang melanda bahasa kita sekarang.Menurut
Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad: “Kita tidak mahu
negara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang
martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya
tidak dijadikan alat utama dalam proses itu. Selain itu, sistem pendidikan kita juga telah
beralih arah untuk menaikkan bahasa Inggeris seperti Dasar menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar pada mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
sistem pendidikan negara pada 2003 boleh menggugat kedudukan bahasa Melayu.
Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris dalam mesyuarat jabatan dan nama tempat
tertentu telah menjadikan rapuhnya penggunaan bahasa Melayu dalam pembinaan
negara. Hal ini demikian kerana kekaburan sesetengah pemimpin terhadap peranan
PISON ABU BAKAR
160883
7
bahasa Melayu dalam pembentukan konsep kebangsaan amat menyedihkan.Menurut
Prof. Dr Awang Sariyan keadaan itu berlaku kerana kurangnya pengertian terhadap
peranan bahasa Melayu dalam pembentukan konsep kebangsaan dan kenegaraan
walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sudah pun
dinobatkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti
politik, jati diri bangsa dan bahasa perpaduan.
PISON ABU BAKAR
160883
8
Semangat jati diri dengan kepentingan bahasa,sastera dan budaya Melayu
dapat melahirkan semangat 1 Malaysia
Kemajuan sesuatu bangsa bergantung pada beberapa faktor.Antaranya
kestabilan politik,kekayaan sumber alam, kegigihan rakyatnya serta ilmu yang ada
pada mereka dan perancangan yang baik serta teratur antara faktor mempengaruhi
kemajuan sesuatu negara.Oleh itu. rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat jati diri
bagi melahirkan semangat 1 Malaysia. Sebelum itu, kita harus tahu apa itu 1 Malaysia
yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak?. 1
Malaysia bermaksud membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin hubungan perpaduan yang lebih erat.Hal
ini dapat dilaksanakan dengan cara memantapkan lagi perpaduan di antara kaum yang
hidup di Malaysia berbilang kaum dan agama.Selain itu, dengan semangat 1 Malaysia
ini juga kerajaan Malaysia juga telah memberikan peruntukan kewangan kepada
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil supaya mereka
tidak dianggap terpinggir. Justeru, kerajaan Malaysia tidak menganggap sekolah jenis
kebangsaan perlu menggunakan dana sendiri jika hendak memperbesarkan sekolah
atau menjalankan aktiviti dalaman sekolah mereka.
Oleh yang demikian, antara cara untuk melahirkan semangat 1 Malaysia ialah
dengan cara pengaruh media elektronik. Kemajuan sains dan teknologi kini semakin
pesat dan dengan kemudahan seperti filem,video,satelit dapat memberi manfaat
kepada orang ramai.Sebagai contoh, syarikat penyiaran berbayar astro
memperkenalkan bual bicara yang boleh ditonton di rangkaian astro awani yang
PISON ABU BAKAR
160883
9
membicarakan isu-isu bahasa oleh pengkritik dan pensyarah bahasa dari universiti
yang dijemput sebagai ahli panel. Dengan cara ini rakyat Malaysia boleh mendapat
input yang berguna tentang bahasa Melayu dan seterusnya menjadi panduan kepada
mereka.Dengan menyedari bahawa hiburan melalui alat elektronik ini amat digemari
oleh masyarakat tidak kira umur dan latar belakang, kita harus menyediakan
menyediakan seberapa banyak bahan tontonan tempatan dalam bahasa Melayu. Oleh
itu, langkah yang lebih wajar ialah menggalakkan orang tempatan menerbitkan program
yang berunsur bual bicara, dokumentari yang bermutu dalam bahasa Melayu. Selain
itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana
kebanyakan murid-murid hari ini kebanyakannya sudah tidak pandai berbahasa Melayu
dengan betul.Mereka cenderung kearah pengaruh asing. Memang tidak dinafikan
bahawa bahasa Inggeris penting untuk perkembangan teknologi tetapi kita harus sedar
bahawa jika budaya sesebuah bangsa itu dilupakan makan akan lenyaplah identiti
sebuah bangsa itu. Melalui program ini, kerajaan telah merancang dan melaksanakan
pelbagai aktiviti di setiap sekolah di Malaysia seperti Minggu Bahasa, Program Nilam,
program Kia 2M,program Linus dan banyak lagi.Hal ini berlaku kerana terdapat para
pelajar yang tidak pandai atau mahir menulis karangan Bahasa Melayu kerana kurang
perbendaharaan kata seperti laporan di dalam akhbar Berita Harian pada bulan Jun
2011 yang melaporkan bahawa pelajar Melayu menulis karangan dengan
menggunakan perkataan yang digunakan dalam sistem pesanan ringkas telefon bimbit
dan juga menggunakan bahasa Inggeris dalam karangan Bahasa Melayu. Ini
PISON ABU BAKAR
160883
10
menunjukkan bahawa kelemahan pelajar menguasai bahasa Melayu dengan baik
walaupun pelajar itu berbangsa Melayu.
Selain itu, melalui kesusasteraan juga dapat melahirkan semangat 1 Malaysia .
Ini di buktikan dengan penghasilan pelbagai buku ilmiah yang dapat memberikan
pengetahuan tentang bahasa Melayu kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Satu sifat masyarakat yang maju ialah wujudnya bahan bacaan yang mencukupi
termasuklah untuk golongan kanak-kanak.Sehubungan itu, penghasilan bahan-bahan
sastera ini dapat dibaca oleh memupuk masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum membaca bahan bacaan bahasa Melayu serta memahaminya dengan
baik. Ini dapat mewujudkan semangat dan perpaduan di Malaysia dengan lebih
mendalam lagi.memang tidak dapat dinafikan banyak masalah dan halangan akan
wujud dalam usaha kita memartabatkan bahasa Melayu kepada semua kaum di
Malaysia tetapi dengan usaha para karya dan sasterawan negara serta sokongan
pihak kerajan sendiri maka kita dapat melahirkan semangat satu Malaysia .
Selain itu, aspek kebudayaan Melayu juga dalam melahirkan semangat satu
Malaysia. Dalam kehidupan sehari-hari, kita tidak boleh lari dari budaya sesuatu kaum
itu sendiri seperti cara pakaian, makanan, cara berfikir dan lain-lain lagi. Oleh itu,
bahasa dan budaya Melayu perlu dijadikan tonggak utama dalam cara hidup rakyat
berbilang kaum di negara ini. Ia bagi memastikan gagasan 1Malaysia dilaksanakan
dalam konteks warisan budaya, namun dalam masa sama tidak mengetepikan
kebudayaan bangsa lain.Hal ini penting kerana disamping kita menerapkan
kebudayaan Melayu kepada kaum lain di Malaysia maka dalam masa yang sama tidak
PISON ABU BAKAR
160883
11
mengetepikan budaya mereka sendiri.Justeru, jika penerimaan dilakukan secara
terbuka, mungkin tidak wujud lagi warganegara yang bertutur pelat dalam Bahasa
Melayu. Juga, tidak berlaku perbuatan mengetepikan bahasa kebangsaan dalam
urusan rasmi. Sebaliknya, memahami sejarah dapat membantu rakyat faham kenapa
Perlembagaan itu dibentuk seperti mana yang termaktub dan dikuatkuasakan
sekarang.Menurut Datuk Aziz Deraman, (tokoh budaya ) wujudnya masalah bahasa
kerana orang ramai keliru untuk membezakan antara hak negara dengan hak kaum
masing-masing. Bahasa sukuan, dialek baik dalam bahasa Cina mahupun India adalah
milik peribadi tetapi perlu mengutamakan Bahasa Melayu kerana ia adalah bahasa
yang termaktub sebagai bahasa pengantar semua bentuk komunikasi rasmi
negara.Dengan cara ini memang tidak dinafikan kita dapat mewujudkan semangat 1
Malaysia melalui budaya Melayu sebagai contoh kita sekarang dengan mudah dapat
melihat orang Cina menundukkan badan dan meminta laluan jika mahu melintas di
depan orang. Ia adalah budaya Melayu yang menyerap masuk dalam cara hidup orang
Cina. Ia perlu berterusan begitu dan caranya adalah mengekalkan budaya Melayu
sebagai tonggak dalam diri mereka. Selain itu, Kementerian Kesenian dan Kebudayaan
juga memainkan peranan penting dalam menaik taraf kebudayaan sesuatu bangsa
contonya, mengiktiraf permainan Kabbadi dan Tarian Singa sebagai kebudayaan
Malaysia kerana bangsa India dan Cina hidup di dalam negara Malaysia. Hal ini
menunjukkan kerajaan Malaysia begitu komited untuk membela bangsa-bangsa yang
ada di dalam negara bertepatan dengan slogan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri Malaysia kita Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
PISON ABU BAKAR
160883
12
Justeru, penerimaan kaum lain terhadap budaya Melayu dapat diterapkan dalam
diri mereka walaupun terdapat halangan dan rintangan mendatang. Oleh itu, masalah
ini tidak akan melunturkan semangat jati diri terhadap bahasa, kesusasteraan dan
budaya Melayu dalam setiap diri masyarakat di Malaysia.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, setelah Malaysia mencapai kemerdekaan yang ke- 54
tahun penerimaan bahasa Melayu oleh masyarakat di Malaysia masih belum mencapai
tahap sebuah negara yang benar-benar merdeka. Ini kerana pengaruh asing yang
masuk ke negara kita dari pelbagai cara seperti media elektronik, bahan bacaan, bahan
rujukan serta budaya telah merencatkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pejuang
bahasa di negara kita seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun banyak bahan
bacaan dan rujukan telah dikeluarkan untuk masyarakat di Malaysia memahami bahasa
Melayu tetapi dipandang tidak serius oleh golongan ini. Justeru, mereka lebih
berbangga dengan bahasa Inggerisnya yang rojak.
Namun begitu, jika kita hendak memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia
usaha-usaha perlu dilipatgandakan secara berterusan tanpa mengenal putus asa.
Selain itu, sokongan padu daripada pihak kerajaan amat penting bagi melaksanakan
dan memantapkan lagi bahasa Melayu dikalangan masyarakat Malaysia.Tidak salah
kita mempelajari bahasa-bahasa lain tetapi jangalah mengabaikan bahasa kebangsaan
sendiri sehinggakan anak melayu sendiri tidak fasih berbahasa Melayu dan berasa
PISON ABU BAKAR
160883
13
janggal apabila bertutur bahasa Melayu. Apabila berlaku perkara sedemikian maka
terhakislah nilai budaya Melayu itu sendiri didalam dirinya. Oleh itu,sikap sebegini kita
tidak mahu menjangkiti generasi yang akan datang.
Oleh yang demikian, kerjasama diantara semua pihak seperti badan-badan
bukan kerajaan, pihak swasta, persatuan sastera,dan lain-lain dapat mengukuhkan lagi
penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.Apabila
kita bersatu padu dengan memikirkan idea dan cara yang terbaik bagi melahirkan
semangat 1 malaysia dengan mementingkan semanagat jati diri terhadap bahasa,
kesusasteraan dan kebudayaan melayu.
PISON ABU BAKAR
160883
14
Bibliografi
1. Nik Safiah Karim. (2004) . Bahasa Melayu Sedekad lalu. Kuala Lumpur. Dawama Sdn Bhd.
( cetakan pertama 2004)
2.www.smzblog.wordpress.com/2008/03/04/isu-bahasa-melayu/
3. www.kongresbahasa.org
4.www.bahasa-melayu-sebagai-teras-maruah-bangsa&catid
5. http://panatibmpeserai.blogspot.com/2010/04/memartabatkan-bahasa-melayu.html
PISON ABU BAKAR
160883
15
Lampiran
.

More Related Content

What's hot

Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerahPeranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerahHikmah Siti Nazwah
 
Pentingnya berbahasa indonesia dengan baik dan benar
Pentingnya berbahasa indonesia dengan baik dan benarPentingnya berbahasa indonesia dengan baik dan benar
Pentingnya berbahasa indonesia dengan baik dan benarLutfi Ramadani
 
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalmakalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalManshur Changean
 
Hakikat bahasa indonesia sebagai alat komunikasi mahasiswa
Hakikat bahasa indonesia sebagai alat komunikasi mahasiswaHakikat bahasa indonesia sebagai alat komunikasi mahasiswa
Hakikat bahasa indonesia sebagai alat komunikasi mahasiswaMaya Sy
 
Pengaruh bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
Pengaruh bahasa gaul terhadap bahasa indonesiaPengaruh bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
Pengaruh bahasa gaul terhadap bahasa indonesiaOperator Warnet Vast Raha
 
Makalah fix
Makalah fixMakalah fix
Makalah fixzhu ma
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi eliza72
 
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesiaMakalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesiaFirlita Nurul Kharisma
 
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDAANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDABob Septian
 
Sejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
Sejarah dan Kedudukan Bahasa IndonesiaSejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
Sejarah dan Kedudukan Bahasa IndonesiaRizzty Mennelz
 
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa MelayuKenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa MelayuMohamed Nazul Ismail
 
Bahasa indonesia sebagai bahasa persatuan
Bahasa indonesia sebagai bahasa persatuanBahasa indonesia sebagai bahasa persatuan
Bahasa indonesia sebagai bahasa persatuanWahyu Sugito
 
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era GlobalisasiPenggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era GlobalisasiVivi Silvia
 
Masalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaMasalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaBlizz Blizzmito
 

What's hot (20)

Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerahPeranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
 
Asgmt BMT.doc
Asgmt BMT.docAsgmt BMT.doc
Asgmt BMT.doc
 
Pentingnya berbahasa indonesia dengan baik dan benar
Pentingnya berbahasa indonesia dengan baik dan benarPentingnya berbahasa indonesia dengan baik dan benar
Pentingnya berbahasa indonesia dengan baik dan benar
 
Politik bahasa indonesia
Politik bahasa indonesiaPolitik bahasa indonesia
Politik bahasa indonesia
 
Bahan ajar bhs. indonesia
Bahan ajar bhs. indonesiaBahan ajar bhs. indonesia
Bahan ajar bhs. indonesia
 
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalmakalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
 
Hakikat bahasa indonesia sebagai alat komunikasi mahasiswa
Hakikat bahasa indonesia sebagai alat komunikasi mahasiswaHakikat bahasa indonesia sebagai alat komunikasi mahasiswa
Hakikat bahasa indonesia sebagai alat komunikasi mahasiswa
 
Pengaruh bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
Pengaruh bahasa gaul terhadap bahasa indonesiaPengaruh bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
Pengaruh bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
 
Makalah fix
Makalah fixMakalah fix
Makalah fix
 
Pembinaan dan pengembangan bi
Pembinaan dan pengembangan biPembinaan dan pengembangan bi
Pembinaan dan pengembangan bi
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
 
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesiaMakalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
 
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDAANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
 
Sejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
Sejarah dan Kedudukan Bahasa IndonesiaSejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
Sejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
 
Pembinaan dan pengembangan bi
Pembinaan dan pengembangan biPembinaan dan pengembangan bi
Pembinaan dan pengembangan bi
 
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa MelayuKenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
 
Bahasa indonesia sebagai bahasa persatuan
Bahasa indonesia sebagai bahasa persatuanBahasa indonesia sebagai bahasa persatuan
Bahasa indonesia sebagai bahasa persatuan
 
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era GlobalisasiPenggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
 
Masalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaMasalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasa
 
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asiaTugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
 

Viewers also liked

under construction unit 4
under construction unit 4under construction unit 4
under construction unit 4LYRASIS
 
under construction unit 2
under construction unit 2under construction unit 2
under construction unit 2LYRASIS
 
Preservation Assistance Grant informational session
Preservation Assistance Grant informational session  Preservation Assistance Grant informational session
Preservation Assistance Grant informational session LYRASIS
 
LYRASIS Mammoth materials unit1
LYRASIS Mammoth materials unit1 LYRASIS Mammoth materials unit1
LYRASIS Mammoth materials unit1 LYRASIS
 
LYRASIS Mammoth materials unit4
LYRASIS Mammoth materials unit4 LYRASIS Mammoth materials unit4
LYRASIS Mammoth materials unit4 LYRASIS
 
under construction unit 3
under construction unit 3under construction unit 3
under construction unit 3LYRASIS
 
under construction unit 5
under construction unit 5under construction unit 5
under construction unit 5LYRASIS
 
LYRASIS Mammoth materials unit3
LYRASIS Mammoth materials unit3 LYRASIS Mammoth materials unit3
LYRASIS Mammoth materials unit3 LYRASIS
 

Viewers also liked (8)

under construction unit 4
under construction unit 4under construction unit 4
under construction unit 4
 
under construction unit 2
under construction unit 2under construction unit 2
under construction unit 2
 
Preservation Assistance Grant informational session
Preservation Assistance Grant informational session  Preservation Assistance Grant informational session
Preservation Assistance Grant informational session
 
LYRASIS Mammoth materials unit1
LYRASIS Mammoth materials unit1 LYRASIS Mammoth materials unit1
LYRASIS Mammoth materials unit1
 
LYRASIS Mammoth materials unit4
LYRASIS Mammoth materials unit4 LYRASIS Mammoth materials unit4
LYRASIS Mammoth materials unit4
 
under construction unit 3
under construction unit 3under construction unit 3
under construction unit 3
 
under construction unit 5
under construction unit 5under construction unit 5
under construction unit 5
 
LYRASIS Mammoth materials unit3
LYRASIS Mammoth materials unit3 LYRASIS Mammoth materials unit3
LYRASIS Mammoth materials unit3
 

Similar to Assgment sejarah melayu

Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuMomee Rain
 
Tugas bahasa indonesia
Tugas bahasa indonesiaTugas bahasa indonesia
Tugas bahasa indonesiaFadLi AmiGo
 
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxSejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxsastraindonesia3
 
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasaKedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasaRiski Hp
 
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTeks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTohir Haliwaza
 
Sejarah Bahasa indonesia.pptx
Sejarah Bahasa indonesia.pptxSejarah Bahasa indonesia.pptx
Sejarah Bahasa indonesia.pptxdonisaputra4226
 
Sejarah perkembangan
Sejarah perkembanganSejarah perkembangan
Sejarah perkembanganMeil Da
 
Sejarah perkembangan
Sejarah perkembanganSejarah perkembangan
Sejarah perkembanganMeil Da
 
1.-Sejarah-Fungsi-Ragam-Bahasa-Indonesia.pptx
1.-Sejarah-Fungsi-Ragam-Bahasa-Indonesia.pptx1.-Sejarah-Fungsi-Ragam-Bahasa-Indonesia.pptx
1.-Sejarah-Fungsi-Ragam-Bahasa-Indonesia.pptxCaturAnggaAdiyaksa
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesiaasdammantap
 
ppt bahasa indonesia.pptx
ppt bahasa indonesia.pptxppt bahasa indonesia.pptx
ppt bahasa indonesia.pptxNicholasGmarzai
 
3. Sejarah Bahasa Indonesia 1.pptx
3. Sejarah Bahasa Indonesia 1.pptx3. Sejarah Bahasa Indonesia 1.pptx
3. Sejarah Bahasa Indonesia 1.pptxVm1988
 
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalmakalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalManshur Changean
 
Sejarah perkembangan Bahasa indonesia
Sejarah perkembangan Bahasa indonesiaSejarah perkembangan Bahasa indonesia
Sejarah perkembangan Bahasa indonesiaindraotsu
 
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan   hubungan etnikProf. dr awang sariyan   hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan hubungan etnikwafascha
 
Mata kuliah bahasa indonesia HAKIKAT BAHASA FIX.pptx
Mata kuliah bahasa indonesia HAKIKAT BAHASA  FIX.pptxMata kuliah bahasa indonesia HAKIKAT BAHASA  FIX.pptx
Mata kuliah bahasa indonesia HAKIKAT BAHASA FIX.pptxMissYuliarti
 

Similar to Assgment sejarah melayu (20)

Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
Asal mula b.indo
Asal mula b.indoAsal mula b.indo
Asal mula b.indo
 
Tugas bahasa indonesia
Tugas bahasa indonesiaTugas bahasa indonesia
Tugas bahasa indonesia
 
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxSejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
 
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasaKedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
 
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTeks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
 
Sejarah Bahasa indonesia.pptx
Sejarah Bahasa indonesia.pptxSejarah Bahasa indonesia.pptx
Sejarah Bahasa indonesia.pptx
 
Karya ilmiah 1
Karya ilmiah 1Karya ilmiah 1
Karya ilmiah 1
 
Sejarah perkembangan
Sejarah perkembanganSejarah perkembangan
Sejarah perkembangan
 
Sejarah perkembangan
Sejarah perkembanganSejarah perkembangan
Sejarah perkembangan
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
1.-Sejarah-Fungsi-Ragam-Bahasa-Indonesia.pptx
1.-Sejarah-Fungsi-Ragam-Bahasa-Indonesia.pptx1.-Sejarah-Fungsi-Ragam-Bahasa-Indonesia.pptx
1.-Sejarah-Fungsi-Ragam-Bahasa-Indonesia.pptx
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
ppt bahasa indonesia.pptx
ppt bahasa indonesia.pptxppt bahasa indonesia.pptx
ppt bahasa indonesia.pptx
 
3. Sejarah Bahasa Indonesia 1.pptx
3. Sejarah Bahasa Indonesia 1.pptx3. Sejarah Bahasa Indonesia 1.pptx
3. Sejarah Bahasa Indonesia 1.pptx
 
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalmakalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
 
Sejarah perkembangan Bahasa indonesia
Sejarah perkembangan Bahasa indonesiaSejarah perkembangan Bahasa indonesia
Sejarah perkembangan Bahasa indonesia
 
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan   hubungan etnikProf. dr awang sariyan   hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
 
Mata kuliah bahasa indonesia HAKIKAT BAHASA FIX.pptx
Mata kuliah bahasa indonesia HAKIKAT BAHASA  FIX.pptxMata kuliah bahasa indonesia HAKIKAT BAHASA  FIX.pptx
Mata kuliah bahasa indonesia HAKIKAT BAHASA FIX.pptx
 
BAB I (1) (1).pdf
BAB I (1) (1).pdfBAB I (1) (1).pdf
BAB I (1) (1).pdf
 

Assgment sejarah melayu

  • 1. PISON ABU BAKAR 160883 1 Pengenalan Setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai perubahan telah berlaku secara evolusi dari segi pembangunan,teknologi, kehidupan dan tidak lupa dari segi bahasa. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi rakyat Malaysia. Buktinya, dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Selain itu,dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara. Justeru, berdasarkan sejarah budaya, bahasa dan kesusteraan Melayu, banyak bukti mengatakan bahawa bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang memiliki tamadun yang besar. Seperti yang dipetik dari Dewan Masyarakat, Dr. Hassan Ahmad menyatakan: “bangsa Melayu mampu menciptakan tamadun besar dahulu kerana mereka berfikir dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu ragam tinggi, bukan bahasa pasar”. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahasa Melayu memang telah lama digunakan di Malaysia sejak zaman dahulu lagi.Namun begitu, setelah 54 tahun kemerdekaan dikecapi oleh masyarakat Malaysia angin perubahan luar mula menjajah segenap lapisan masyarakat yang lazimnya menggunakan bahasa Melayu sebagai komunikasi.
  • 2. PISON ABU BAKAR 160883 2 Definisi Bahasa adalah suatu sistem dari lambang bunyi arbitrer yang dihasilkan oleh alat ucap manusia dan dipakai oleh masyarakat komunikasi, kerja sama dan identifikasi diri. Bahasa lisan merupakan bahasa primer, sedangkan bahasa tulisan adalah bahasa sekunder. Arbitrer iaitu tidak adanya hubungan antara lambang bunyi dengan bendanya. Menurut Kamus Dewan, bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia( antara seorang individu dengan individu yang lain). Sementara perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu : Su indah, baik,, lebih berfaedah .Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya . Menurut Kamus Dewan sastera ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Kebudayaan bererti buah budi manusia adalah hasil perjuangan manusia terhadap dua pengaruh kuat, yakni zaman dan alam yang merupakan bukti kejayaan hidup manusia untuk mengatasi berbagai rintangan dan kesukaran di dalam hidup dan penghidupannya guna mencapai keselamatan dan kebahagiaan yang pada lahirnya bersifat tertib dan damai. Menurut Kamus Dewan(edisi keempat) , kebudayaan didefinisikan keseluruhan cara hidup( merangkumi cara bertindak,berkelakuan dan
  • 3. PISON ABU BAKAR 160883 3 berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat. Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa ( dari segi adat, bahasa, budaya dan agama) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu ,sesuatu bangsa.( Kamus Dewan edisi keempat)
  • 4. PISON ABU BAKAR 160883 4 Jati Diri dengan Kepentingan Bahasa ,Sastera dan Budaya Melayu Umumnya, seperti yang kita maklum setiap rakyat perlu ada semangat jati diri yang mendalam bagi mengekalkan identiti bahasa kebangsaannya sendiri. Jika tiada semangat ini maka berlakulah penjajahan bahasa asing terhadap bahasa sendiri.Hal ini dapat dilihat di negara matahari terbit iaitu negara Jepun. Masyarakat Jepun memang terkenal sebagai satu bangsa yang dalam masa yang singkat mencatat kemajuan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Satu aspek yang yang harus kita contohi sebagai rakyat Malaysia adalah sikap mereka yang menghormati dan membanggakan bahasa kebangsaan mereka.Bagi mereka bahasa yang paling penting ialah bahasa kebangsaan mereka walaupun kepentingan mengetahui bahasa-bahasa lain tidak dinafikan.Oleh itu kesedaran ini tidak disalahmengertikan sehingga mengagumi bahasa –bahasa lain lantas mengabaikan bahasa sendiri. Selain itu, jika dilihat dari aspek budaya masyarakat Jepun sangat tinggi. Ini dapat dilihat di dalam mesyuarat rasmi mereka akan menggunakan bahasa Jepun baku dan berucap dengan cara yang tertib. Jika ada delegasi luar yang menyertai mesyuarat tersebut ucapan mereka akan diterjemahkan melalui jurubahasa. Hal ini boleh dilihat budaya melayu yang masih tidak dapat menandingi masyarakat Jepun. Kita terlalu bertimbang rasa terhadap orang lain sehingga sanggup mengorbankan bahasa kebangsaan kita untuk keselesaan orang lain. Sering kali para pemimpin kita berucap dalam bahasa Melayu , cepat-cepat berubah ke bahasa Inggeris setelah terlihat seorang dua bangsa asing, walhal situasi itu seharusnya penggunaan bahasa kebangsaan. Keadaan in menunjukkan betapa tidak bangganya masyarakat kita
  • 5. PISON ABU BAKAR 160883 5 terhadap bahasa sendiri.Bukan sahaja negara Jepun yang boleh dijadikan contoh tetapi negara seperti Perancis dan Rusia juga mengamalkan cara yang sama dengan negara Jepun. Secara praktikal mereka mengakui kepentingan bahasa-bahasa asing sebagai sumber ilmu pengetahuan, iaitu melalui proses terjemahan.Hal ini tidak berlaku dalam masyarakat Malaysia yang menggagumi kehebatan bahasa asing. Oleh itu, kekaguman kita terhadap bahasa Inggeris menjadikan kita keliru dan hilang perspektif yang sebenar. Kita terus menyanjung bahasa Inggeris, menerimanya bulat-bulat lantas mengetepikan bahasa kita sendiri. Kita menjadikan bahasa itu bukan sebagai alat mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi sebagai lambang kejayaan. Maka kita mencemuh orang-orang yang tidak pandai berbahasa Inggeris dan kita mencari sebanyak mungkin situasi untuk menunjukkan keupayaan kita berbahasa Inggeris sehingga kita sanggup mengabaikan bahasa kita sendiri. Oleh yang demikian, menyedari bahasa Melayu merupakan jati diri dan maruah bangsa Melayu, satu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (DBP) bagi mempertahankan kedudukan bahasa itu.Ini kerana kita tidak mahu apabila negara Malaysia maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu.Oleh itu, jati diri yang tinggi perlu ada pada rakyat Malaysia bagi memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri.Hasrat ini boleh ditunjukkan dengan penghasilan buku-buku bahasa Melayu dan juga menerbitkan kembali karya-karya agung untuk memberi peluang
  • 6. PISON ABU BAKAR 160883 6 kepada rakyat memahami pemikiran tokoh-tokoh lampau seperti karya Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Semua bangsa yang bertamadun mempunyai kumpulan karya besarnya sendiri dan karya-karya ini disebarkan melalui penerbitan dalam pelbagai bentuk asal,bentuk yang dipermudah seperti edisi pelajar, edisi kanak- kanak,edisi saku dan pelbagai bentuk bagi memenuhi selera pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai cara harus kita usaha dan jalankan untuk memartabatkan bahasa Melayu setelah 54 tahun Malaysia merdeka. Sebagai contoh yang selalu kita lihat rakyat Malaysia bercakap akan menggunakan bahasa Inggeris sesama mereka sendiri. Media elektronoik juga banyak mempengaruhi penggunaan bahasa ini, jika drama atau filem yang dihasilkan mesti mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat. Adakah ini karya yang boleh di banggakan oleh penggiat filem tempatan kita. Inilah penyakit yang sedang melanda bahasa kita sekarang.Menurut Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad: “Kita tidak mahu negara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu. Selain itu, sistem pendidikan kita juga telah beralih arah untuk menaikkan bahasa Inggeris seperti Dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada mata pelajaran Sains dan Matematik dalam sistem pendidikan negara pada 2003 boleh menggugat kedudukan bahasa Melayu. Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris dalam mesyuarat jabatan dan nama tempat tertentu telah menjadikan rapuhnya penggunaan bahasa Melayu dalam pembinaan negara. Hal ini demikian kerana kekaburan sesetengah pemimpin terhadap peranan
  • 7. PISON ABU BAKAR 160883 7 bahasa Melayu dalam pembentukan konsep kebangsaan amat menyedihkan.Menurut Prof. Dr Awang Sariyan keadaan itu berlaku kerana kurangnya pengertian terhadap peranan bahasa Melayu dalam pembentukan konsep kebangsaan dan kenegaraan walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sudah pun dinobatkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik, jati diri bangsa dan bahasa perpaduan.
  • 8. PISON ABU BAKAR 160883 8 Semangat jati diri dengan kepentingan bahasa,sastera dan budaya Melayu dapat melahirkan semangat 1 Malaysia Kemajuan sesuatu bangsa bergantung pada beberapa faktor.Antaranya kestabilan politik,kekayaan sumber alam, kegigihan rakyatnya serta ilmu yang ada pada mereka dan perancangan yang baik serta teratur antara faktor mempengaruhi kemajuan sesuatu negara.Oleh itu. rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat jati diri bagi melahirkan semangat 1 Malaysia. Sebelum itu, kita harus tahu apa itu 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak?. 1 Malaysia bermaksud membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin hubungan perpaduan yang lebih erat.Hal ini dapat dilaksanakan dengan cara memantapkan lagi perpaduan di antara kaum yang hidup di Malaysia berbilang kaum dan agama.Selain itu, dengan semangat 1 Malaysia ini juga kerajaan Malaysia juga telah memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil supaya mereka tidak dianggap terpinggir. Justeru, kerajaan Malaysia tidak menganggap sekolah jenis kebangsaan perlu menggunakan dana sendiri jika hendak memperbesarkan sekolah atau menjalankan aktiviti dalaman sekolah mereka. Oleh yang demikian, antara cara untuk melahirkan semangat 1 Malaysia ialah dengan cara pengaruh media elektronik. Kemajuan sains dan teknologi kini semakin pesat dan dengan kemudahan seperti filem,video,satelit dapat memberi manfaat kepada orang ramai.Sebagai contoh, syarikat penyiaran berbayar astro memperkenalkan bual bicara yang boleh ditonton di rangkaian astro awani yang
  • 9. PISON ABU BAKAR 160883 9 membicarakan isu-isu bahasa oleh pengkritik dan pensyarah bahasa dari universiti yang dijemput sebagai ahli panel. Dengan cara ini rakyat Malaysia boleh mendapat input yang berguna tentang bahasa Melayu dan seterusnya menjadi panduan kepada mereka.Dengan menyedari bahawa hiburan melalui alat elektronik ini amat digemari oleh masyarakat tidak kira umur dan latar belakang, kita harus menyediakan menyediakan seberapa banyak bahan tontonan tempatan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, langkah yang lebih wajar ialah menggalakkan orang tempatan menerbitkan program yang berunsur bual bicara, dokumentari yang bermutu dalam bahasa Melayu. Selain itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kebanyakan murid-murid hari ini kebanyakannya sudah tidak pandai berbahasa Melayu dengan betul.Mereka cenderung kearah pengaruh asing. Memang tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris penting untuk perkembangan teknologi tetapi kita harus sedar bahawa jika budaya sesebuah bangsa itu dilupakan makan akan lenyaplah identiti sebuah bangsa itu. Melalui program ini, kerajaan telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti di setiap sekolah di Malaysia seperti Minggu Bahasa, Program Nilam, program Kia 2M,program Linus dan banyak lagi.Hal ini berlaku kerana terdapat para pelajar yang tidak pandai atau mahir menulis karangan Bahasa Melayu kerana kurang perbendaharaan kata seperti laporan di dalam akhbar Berita Harian pada bulan Jun 2011 yang melaporkan bahawa pelajar Melayu menulis karangan dengan menggunakan perkataan yang digunakan dalam sistem pesanan ringkas telefon bimbit dan juga menggunakan bahasa Inggeris dalam karangan Bahasa Melayu. Ini
  • 10. PISON ABU BAKAR 160883 10 menunjukkan bahawa kelemahan pelajar menguasai bahasa Melayu dengan baik walaupun pelajar itu berbangsa Melayu. Selain itu, melalui kesusasteraan juga dapat melahirkan semangat 1 Malaysia . Ini di buktikan dengan penghasilan pelbagai buku ilmiah yang dapat memberikan pengetahuan tentang bahasa Melayu kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Satu sifat masyarakat yang maju ialah wujudnya bahan bacaan yang mencukupi termasuklah untuk golongan kanak-kanak.Sehubungan itu, penghasilan bahan-bahan sastera ini dapat dibaca oleh memupuk masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum membaca bahan bacaan bahasa Melayu serta memahaminya dengan baik. Ini dapat mewujudkan semangat dan perpaduan di Malaysia dengan lebih mendalam lagi.memang tidak dapat dinafikan banyak masalah dan halangan akan wujud dalam usaha kita memartabatkan bahasa Melayu kepada semua kaum di Malaysia tetapi dengan usaha para karya dan sasterawan negara serta sokongan pihak kerajan sendiri maka kita dapat melahirkan semangat satu Malaysia . Selain itu, aspek kebudayaan Melayu juga dalam melahirkan semangat satu Malaysia. Dalam kehidupan sehari-hari, kita tidak boleh lari dari budaya sesuatu kaum itu sendiri seperti cara pakaian, makanan, cara berfikir dan lain-lain lagi. Oleh itu, bahasa dan budaya Melayu perlu dijadikan tonggak utama dalam cara hidup rakyat berbilang kaum di negara ini. Ia bagi memastikan gagasan 1Malaysia dilaksanakan dalam konteks warisan budaya, namun dalam masa sama tidak mengetepikan kebudayaan bangsa lain.Hal ini penting kerana disamping kita menerapkan kebudayaan Melayu kepada kaum lain di Malaysia maka dalam masa yang sama tidak
  • 11. PISON ABU BAKAR 160883 11 mengetepikan budaya mereka sendiri.Justeru, jika penerimaan dilakukan secara terbuka, mungkin tidak wujud lagi warganegara yang bertutur pelat dalam Bahasa Melayu. Juga, tidak berlaku perbuatan mengetepikan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi. Sebaliknya, memahami sejarah dapat membantu rakyat faham kenapa Perlembagaan itu dibentuk seperti mana yang termaktub dan dikuatkuasakan sekarang.Menurut Datuk Aziz Deraman, (tokoh budaya ) wujudnya masalah bahasa kerana orang ramai keliru untuk membezakan antara hak negara dengan hak kaum masing-masing. Bahasa sukuan, dialek baik dalam bahasa Cina mahupun India adalah milik peribadi tetapi perlu mengutamakan Bahasa Melayu kerana ia adalah bahasa yang termaktub sebagai bahasa pengantar semua bentuk komunikasi rasmi negara.Dengan cara ini memang tidak dinafikan kita dapat mewujudkan semangat 1 Malaysia melalui budaya Melayu sebagai contoh kita sekarang dengan mudah dapat melihat orang Cina menundukkan badan dan meminta laluan jika mahu melintas di depan orang. Ia adalah budaya Melayu yang menyerap masuk dalam cara hidup orang Cina. Ia perlu berterusan begitu dan caranya adalah mengekalkan budaya Melayu sebagai tonggak dalam diri mereka. Selain itu, Kementerian Kesenian dan Kebudayaan juga memainkan peranan penting dalam menaik taraf kebudayaan sesuatu bangsa contonya, mengiktiraf permainan Kabbadi dan Tarian Singa sebagai kebudayaan Malaysia kerana bangsa India dan Cina hidup di dalam negara Malaysia. Hal ini menunjukkan kerajaan Malaysia begitu komited untuk membela bangsa-bangsa yang ada di dalam negara bertepatan dengan slogan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
  • 12. PISON ABU BAKAR 160883 12 Justeru, penerimaan kaum lain terhadap budaya Melayu dapat diterapkan dalam diri mereka walaupun terdapat halangan dan rintangan mendatang. Oleh itu, masalah ini tidak akan melunturkan semangat jati diri terhadap bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu dalam setiap diri masyarakat di Malaysia. Kesimpulan Secara keseluruhannya, setelah Malaysia mencapai kemerdekaan yang ke- 54 tahun penerimaan bahasa Melayu oleh masyarakat di Malaysia masih belum mencapai tahap sebuah negara yang benar-benar merdeka. Ini kerana pengaruh asing yang masuk ke negara kita dari pelbagai cara seperti media elektronik, bahan bacaan, bahan rujukan serta budaya telah merencatkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pejuang bahasa di negara kita seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun banyak bahan bacaan dan rujukan telah dikeluarkan untuk masyarakat di Malaysia memahami bahasa Melayu tetapi dipandang tidak serius oleh golongan ini. Justeru, mereka lebih berbangga dengan bahasa Inggerisnya yang rojak. Namun begitu, jika kita hendak memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia usaha-usaha perlu dilipatgandakan secara berterusan tanpa mengenal putus asa. Selain itu, sokongan padu daripada pihak kerajaan amat penting bagi melaksanakan dan memantapkan lagi bahasa Melayu dikalangan masyarakat Malaysia.Tidak salah kita mempelajari bahasa-bahasa lain tetapi jangalah mengabaikan bahasa kebangsaan sendiri sehinggakan anak melayu sendiri tidak fasih berbahasa Melayu dan berasa
  • 13. PISON ABU BAKAR 160883 13 janggal apabila bertutur bahasa Melayu. Apabila berlaku perkara sedemikian maka terhakislah nilai budaya Melayu itu sendiri didalam dirinya. Oleh itu,sikap sebegini kita tidak mahu menjangkiti generasi yang akan datang. Oleh yang demikian, kerjasama diantara semua pihak seperti badan-badan bukan kerajaan, pihak swasta, persatuan sastera,dan lain-lain dapat mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.Apabila kita bersatu padu dengan memikirkan idea dan cara yang terbaik bagi melahirkan semangat 1 malaysia dengan mementingkan semanagat jati diri terhadap bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan melayu.
  • 14. PISON ABU BAKAR 160883 14 Bibliografi 1. Nik Safiah Karim. (2004) . Bahasa Melayu Sedekad lalu. Kuala Lumpur. Dawama Sdn Bhd. ( cetakan pertama 2004) 2.www.smzblog.wordpress.com/2008/03/04/isu-bahasa-melayu/ 3. www.kongresbahasa.org 4.www.bahasa-melayu-sebagai-teras-maruah-bangsa&catid 5. http://panatibmpeserai.blogspot.com/2010/04/memartabatkan-bahasa-melayu.html