Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. pengajaran bahasa seiring denganpertumbuhan bahasa...
Sumbangan lain juga ialah untuk mengetahui dan memahami kesulitan serta kesukaran yang terdapatdalam pengajaran dan pembel...
Bm forum 1
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Bm forum 1

4,169 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,169
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
131
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bm forum 1

  1. 1. Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. pengajaran bahasa seiring denganpertumbuhan bahasa. Perkembangan dalam pengajaraan dan pembelajaran bahasa tidak begitu banyakberubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah kurun ke-20 ini. Dalam bidang pengajaran bahasa seorangguru perlu tahu linguistik. Ahli linguistik tidak menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajarantetapi para pendidik perlu tahu kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran.Robert Lado (1980:12) menegaskan:"Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi.Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkandan menunjukkan pelbagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasatersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahuimasalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka".Sehubungan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Penggunaan linguistikdalam pengajaran dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi,morfologi, sintaksis dan semantik. Pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah banyak memberikanpenekanan terhadap sistem bahasa. Yang paling banyak disentuh ialah aspek morfologi dan sintaksis. Guruyang terlatih dari segi pedagogi perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk menyampaikanmaklumat dan fakta-fakta sistem bahasa dengan baik dan terkini supaya pengajaran dapat disampaikandengan menarik.Ini akan mengakibatkan pembelajaran yang lebih berkesan. Tugas guru bahasamenghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi, sesuai untuk mencapai matlamatnya. Inimembolehkan pelajar belajar dengan mudah dan cepat.Guru perlu melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyaipengetahuan yang mendalam dalam linguistik kerana ia akan berupaya mengajar struktur-struktur bahasadengan betul dan dapat mendeskripsikan bahasa dengan tepat.Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu bertujuan membimbing pelajaar-pelajar menguasai kecekapanberbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmupengetahuan, melalui lisan dan penulisan.@@Menurut Verhaar(1985:1) linguistik berasal dari perkataan Latin iaitu lingua . Ia bermaksud bahasa.Manakala linguistik juga dikemukan dalam bahasa Inggeris sebagai Linguistics. Menurut Kamus Dewan(1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Sumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara memang tidak dinafikan. Bidang linguistikmerupakan asas kemahiran komunikasi. Ia amat penting bagi setiap orang bukan sahaja untuk guru danmurid di sekolah,ini adalah kerana ini membolehkan penutur dapat menuturkan bahasa yang betul dengansatu sama lain. Ilmu linguistik telah lama dalam sistem pendidikan di negara. Walaupun di institusi pengajian tinggiawam atau swasta,unsur-unsur yang terdiri dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkanpengetahuan dan mengesan dengan lebih terperinci serta dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Guru yang dapat menguasai ilmu linguistik dari aspek fonologi, morfologi,sinttasis, semantik dansebagainya. ia akan menyampaikan pengajaran yang lebih sistematik dan berkesan.Terutamanya sekolahyang mempunyai murid yang berbilang kaum.Linguistik juga memberi sumbangan yang besar dalampendidikan negara dengan menyatukan pelbagai kaum.,bangsa dan masyarakat yang berbagai dengandisiplinnya serta dapat bersatu dalam semua hal dengan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan .@@@Perkataan “linguistik ”yang dipetik daripada Kamus Dewan telah dipetik daripada perkataan Inggeris yangmembawa maksud pengajian ilmu bahasa.Manakala pendapat lain pula menurut Verhaar ( 1985:1 )perkataan “ linguistik ” pula berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud bahasa.Namun bagitokoh-tokoh tertentu definisi ilmu linguistik itu adalah berbeza-beza.Menurut David Crystal(1973 )linguistik dijelaskan sebagai kajian bahasa secara saintifik.Linguistik juga di istilahkan sebagai kajianbahasa secara sanitifik , iaitu mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa secara objektif dan empiris tanpapengaruhi oleh ramalan,agakan,sentiment dan falsafah.Bidang linguistik ini banyak memberi sumbangan terhadap pendidikan di Negara kita.Ini terbukti apabilailmu linguistik ini mula diajar di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM bermula pada 1Mei 1984 lagi.Ini jelas menunjukkan ilmu ini semakin meluas di Malaysia kini. Kajian bahasa yang kitakaitkan di sini ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca di daerahKepulauan Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-14. Keistimewaan bahasa ini adalahmudah dipelajari,tidak terikat kepada susun lapis masyarakat,bersifat sederhana dan mempunyai systemyang lebih mudah berbanding bahasa jawa. Antara sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan Negara ialah bahasa Melayudijadikan sebagai bahasa kebangsaan negara kita.Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan yang menaik taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Bahasa ini mampumeningkatkan perpaduan antara kaum melalui peranannya sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi danbahasa pengantar dalam pelbagai bidang.Selain itu turut memberi sumbangan dalam pengajaran bahasasama ada peringkat sekolah menengah,sekolah rendah atau diperluaskan di peringkat universiti.Bidang initurut memberi sumbangan terhadap penubuhan dasar-dasar bahasa dan persediaan bahan dalam pengajaranbahasa terutamanya dalam penyediaan buku-buku teks dan bahan-bahan pengajaran oleh ahli-ahli bahasaatau penyelidik bahasa.
  2. 2. Sumbangan lain juga ialah untuk mengetahui dan memahami kesulitan serta kesukaran yang terdapatdalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,misalnya masalahbunyi,makna,sejarah,perbandingan,tatabahasa,perkamusan dan sebagainya. Inguistik ini memberi faedahkepada penyelidik dalam bidang kesusasteraan,guru-guru bahas,orang yang hendak mempelajari sesuatubahasa,penyelidik kebudayaan,ahli falsafah,ahli ilmu logik,ahli antropologi dan lain-lain. Kesimpulan, linguistik adalah ilmu yang mengaji bahasa secara saintifik.Bahan kajiannya ialahbahasa.Linguistik berusaha untuk memahami dan menghuraikan masalah bahasa dengan sikap,teknik,cara,dan disiplin yang tertentu.Ilmu ini turut mendapat faedah kepada penyelidik dalam kesusasteraan,guru-gurubahasa,penyelidik kebudayaan,ahli falsafah,ahli ilmu logic,ahli antropologi,orang yang hendak mempelajarisesuatu bahasa dan lain-lain.@@@Linguistik merupakan suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang dilakukan secarasaintifik(J.Lyons,1968:1). Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikalberdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Menurut (Abdullah Hassan, 1984: 2) linguistik ialahsuatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2).Justeru itu apabila melibatkan kajian bahasaia sudah pasti berkait rapat dengan sistem pendidikan negara kita.Sistem pendidikan negara sentiasaberkembang maju dan kajian terhadap struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis,semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.sentiasa dilakukan untuk memastikan perkembangan linguistik. Sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan tidak dapat dinafikan.Sebagai contohmorfologi sebagai bidang linguistik mengkaji bagaimana sesuatu perkataan dapat dibina. Morfologi jugamerupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalambidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.Seorang guruyang yang boleh menguasai bidang linguistik dengan baik sudah pasti dapat menyampaikan danmembimbing pelajarnya dengan berkesan. Penerapan teori linguistik dalam pengajaran oleh seseorang guru boleh dilakukan melaluikemahiran lisan (mendengar/bertutur),kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Ketiga-tiga kemahiranini boleh dijalankan dalam apa jua aktiviti bahasa yang dipilih oleh seseorang guru.Sebagai contoh dalamkemahiran bertutur guru boleh mengajar bunyi-bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi vokal dan konsonan yangboleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar sistem pendidikankebangsaan juga menjadi faktor kepada penyumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara . Bidanglinguistik juga dilihat cuba memartabatkan kembali Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggerisdengan memperkenalkan MBM-MBI untuk menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pemansuhannya pada Julai 2009. Justeru,langkah yang diambil untuk mempertingkatkan penguasaan kedua-dua bahasa pada masa sama, bukan sajamenepati semangat Program MBM-MBI. Tetapi yang lebih penting lagi ia menjaga maruah linguistiknegara yang antaranya perlu sentiasa wujud dalam bentuk bahasa Melayu sebagai teras kepada jati dirikebangsaan dan nasionaliti Malaysia.@@@Linguistik bererti kajian ilmu bahasa. Ilmu bahasa adalah ilmu yang menceritakan tentang bahasa itusendiri. Bahasa yang dimaksudkan di sini ialah bahasa yang digunakan setiap hari sebagai pertuturan.Linguistik juga merupakan satu pengkajian sains mengenai bahasa dan mengandungi teori-teori dan teknikmenganalisis bahasa yang dipelajari. Teori-teori linguistik digunakan untuk menghuraikan struktur bahasaseperti aspek fonologi, sintaksis, morfologi dan semantik. Menurut kamus Dewan (1993) perkataanlinguistik di ambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Pada pendapat saya, guru dapat menyerapkan teori linguistik dalam pengajaran melalui bahasa yangdigunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan bahasa dalam pengajaranlebih dikenali sebagai linguistik gunaan. Bidang linguistik memainkan peranan utama dalam sistempendidikan di negara kita di antaranya ialah, sebagai bahasa perantaraan semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung. Bidang linguistik juga telah memartabatkan kembali Bahasa Melayu danmemperkasakan Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan MBM-MBI untuk menggantikan Pengajarandan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkanpemansuhannyan pada julai 2009. Langkah ini di ambil untuk mempertingkatkan penguasaan kedua-duabahasa pada masa yang sama. Melalui penggunaan ilmu linguistik membolehkan seseorang gurumenyampaikan pengajaran secara menyeluruh. Penggunaan bahasa yang mudah di fahami akanmembolehkan para pelajar memahami apa yang diajar. Selain itu, penggunaan bahasa juga perlumengambil kira latar belakang dan sosial murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, murid-murid yang berbahasa inggeris di rumah lebih mudah memahami prosespengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris berbanding dengan pelajar yang menggunakan bahasa lainseperti bahasa melayu, cina dan sebagainya. Ini adalah kerana bahasa inggeris telah menjadi ilmu linguistikmereka di rumah. Kesimpulannya penguasaan ilmu linguistik yang mendalam membolehkan seseorang guru mengesansegala kesilapan yang dilakukan oleh para pelajarnya serta dapat membantu sesi pengajaran yang lebihberkesan.

×