SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Bahagian I
Keperluan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar bagi Mata Pelajaran Sains dalam Abad
Ke-21
Abad ke-21
Abad ke-21 ialah abad terkini era Anno-Domini atau Common Era jika dirujuk dalam
Kalender Gregorian. Abad ke-21 bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir pada 1
Disember 2100. Ianya merupakan abad yang pertama pada milenium yang ketiga.
(Wikipedia, 2018).
Pendidikan Abad Ke-21
Negara kita Malaysia kini sedang pesat membangun dalam abad ke 21. Abad ke 21
memerlukan daya kerja serta pemikiran individu yang boleh memberi sebab secara kritikal,
membuat keputusan, menyelesai masalah serta boleh bekerja secara kolaboratif (ISTE, 2015).
Ciri-ciri ketrampilan ini penting kerana sejajar dengan empat pilar pendidikan iaitu belajar
untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk melakukan (learning to do), belajar untuk
menjadi (learning to be), dan belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Oleh
yang demikian salah satu bidang yang turut bersama berkembang menuju abad ke 21 ialah
bidang pendidikan.
Pendidikan Abad ke- 21 ( PAK21) adalah satu isu yang sedang hangat diperkatakan
pada masa kini. Semua sekolah termasuk institusi pengajian tinggi turut ditekankan dengan
pendidikan abad ke 21 ini. Wagner (2010) menekankan tujuh ketrampilan di abad ke-21 iaitu
(1) kemampuan berpikir kritis dan pemecahan masalah, (2) kolaborasi dan kepemimpinan,
(3) ketangkasan dan kemampuan beradaptasi, (4) inisiatif dan berjiwa entrepeneur, (5)
mampu bekomunikasi dengan efektif secara lisan mahupun bertulis, (6) boleh mengakses
dan menganalisis maklumat , dan (7) memiliki rasa ingn tahu dan imaginasi.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
1
Bary (2012) mengenalpasti sepuluh (10) ciri-ciri keterampilan yang diperlukan oleh
siswa yang bekerja di abad ke-21 iaitu berpikiran kritis, berkomunikasi, berkepimpinan,
berkolaborasi, kemampuan beradaptasi, produktif dan berakauntibiliti, berinovasi,
mempunyai kewarganegaraan global, berjiwa entrepreneur, serta berkemampuan untuk
mengakses, menganalisis dan mensisntesis maklumat.
Salah satu cara untuk mencapai pendidikan abad ke-21 ialah melalui pembelajaran
berpusatkan pelajar (student-centered learning). Setiap individu harus terlibat dalam
pembelajaran bersifatkan inkuiri yang bermakna, memiliki kebenaran, untuk
mengembangkan pemikiran aras tinggi yang mereka perlukan (Barron and Darling-
Hammond, 2008). Ternyata sistem pendidikan kita yang terdahulu lebih bersifat
konvensional iaitu para pelajar hanya menerima perkara yang disampaikan oleh guru tanpa
menyoal sejauh mana kebenaran dan kesahihan maklumat yang disampaikan. Pendekatan
tradisional juga menekankan teknik hafalan dan tidak mengembangkan pemikiran kritis para
pelajar.
Nichols (2013) menyatakan prinsip pembelajaran abad ke-21 adalah seperti berikut:
1. Instruction should be student-centered
Pembelajaran seharusnya berpusatkan pelajar dan guru berperanan sebagai fasilitator atau
pembimbing yang membantu pelajar mengaitkan pengetahuan awal mereka dengan informasi
baharu yang akan mereka pelajari. Para pelajar tidak diminta untuk menghafal isi
pembelajaran yang disampaikan oleh guru namun memperoleh pengetahuan berdasarkan
inkuiri penemuannya.
2. Education should be collaborative
Para pelajar harus berkolaborasi dengan satu sama lain untuk mendapatkan ilmu. Hal ini
kerana perkongsian ilmu dengan rakan-rakan dapat meluaskan pandangan para pelajar
terhadap topik yang dibincangkan. Selain itu, pembelajaran secara koperatif akan
menggalakkan para pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
2
3. Learning should have context
Pendidikan abad ke-21 adalah sejenis pendidikan yang realistik dimana mata pelajaran
yang dipelajari peru dikaitkan dengan kehidupan seharian para pelajar. Hal ini kerana
pembelajaran tidak akan memberi erti sekiranya tidak dapat memberi impak dan diguna pakai
dalam masalah kehidupan seharian mereka.
4. Schools should be intergrated with society
Para pelajar harus disiapkan dengan nilai bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Pendidikan abad ke-21 tidak akan terlaksana sekiranya pihak sekolah tidak bekerjasama
dengan masyarakat setempat. Hal ini kerana, para pelajar itu sendiri merupakan generasi akan
datang yang akan menjadi pemimpin masyarakat kita. Abad ke-21 memerlukan seorang
pemimpin yang produktif dan berkauntibiliti (Bary, 2012).
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered Learning)
Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan suatu pendekatan yang mengambil kira
kepentingan,kemahiran dan keperluan kira, membiarkan pelajar-pelajar bebas dalam proses
pembelajaran, membentangkan mereka pelbagai peluang, pelajar belajar dalam kadar sendiri
(Chapter dan chapter, Swan, 2000).
Menurut Jasmi, K.A.& Salleh, N. (2013) pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar merupakan satu kaedah terkini di mana terdapat komunikasi dua hala di antara guru
dan pelajar. Pelajar bukan hanya bergantung kepada pengajaran guru tetapi juga boleh
menjana idea sendiri untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Proses pemaham akan
menjadi lebih mudah jika pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran yang sedang
berlangsung dan iya juga boleh meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap ilmu yang
diberikan oleh guru.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
3
Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar, mereka akan diberi tugasan
yang tentu samada dalam bentuk kumpulan ataupun individu. Pelajar perlu mendapatkan
maklumat dari pelbagai sumber untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semasa proses
penyiapan tugasan, pelajar perlu sentiasa berhubung dengan guru supaya guru boleh
memantau tugasan yang dibuat oleh pelajar di dalam skop yang diberikan. Guru berperanan
sebagai fasilitator (Jasmi, K. A. & Salleh, N. 2013).
Ciri–ciri strategi Pembelajaran Berpusatkan Pelajar :
1) Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pelajar memainkan peranan yang
penting dan peranan guru hanya membimbing murid menjalankan aktiviti
pembelajaran. Sebagai contoh, guru hanya membekalkan pelajar dengan set Lego dan
pelajar menentukan sendiri rekaan yang hendak dibina. Semasa proses pemasangan
guru hanya menyelia pelajar untuk memastikan mereka melakukan aktiviti tersebut
dengan sebaik yang mungkin. Satu lagi contoh ialah pelajar menjalankan penyiasatan
dan membandingkan dapatan mereka dengan dapatan sebenar yang ada pada guru.
Ciri ini menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar mengambil kira domain
kognitif dan psikomotor pelajar.
2) Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah secara dua hala. Dalam pembelajaran berpusatkan pelajar, bukan
hanya guru yang boleh menyoal soalan kepada pelajar malah pelajar juga boleh
mengemukakan soalan untuk mendalami topik yang dipelajari. Biasanya komunkasi
dan interaksi wujud apabila ada perbincangan, pembentang dan sesi bersoalah jawab.
Walau bagaimanapun, interaksi itu hendaklah dalam keadaan sopan dan tidak
mengikut emosi. Ciri ini jelas menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar
mengambil kira domain afektif dan kognitif pelajar.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
4
3) Pelajar digalakkan memberi pendapat mereka. Ini bermaksud guru bersifat
demokratik dan mendengar pendapat murid. Hal ini bermaksud para pelajar boleh
mengemukakan pendapat dan idea mereka semasa melakukan aktiviti asalkan
pendapat tersebut relaven dan berkaitan tajuk yang dibincangkan. Aktiviti yang
berkaitan dengan memberi pendapat ini ialah sumbang saran atau pun brain storming.
Ciri ketiga ini pula mengambil kira domain kognitif.
4) Mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran pelajar. Objektif pembelajaran
pelajar hanya boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara lansung dengan aktiviti
yang dilakukan. Sekiranya okjektif pembelajaran pelajar tercapai bermakna pelajar
sudah dapat menguasi topik yang dipelajari. Hal ini sangat dititik beratkan dalam
pembelajaran berpusatkan pelajar kerana pelajar memerlukan inkuiri penemuan yang
sejajar dengan objektif pembelajaran. Justeru ciri keempat ini mengambil kira domain
kogntif pelajar juga.
5) Mewujudkan interaksi di kalangan pelajar dan menerapkan nilai sosial yang positif
seperti berkerjasama dan bertolak ansur. Pembelajaran berpusatkan pelajar
membolehkan mereka untuk berinteraksi sama ada melalui perbincangan, kerja
berkumpulan dan menerima diri rakan seadanya melalui kekurangan dan kelebihan
masing-masing semasa belajar. Contoh lain yang melibatkan interaksi semasa
pembelajaran berpusatkan pelajar ialah aktiviti berpasangan dimana pelajar yang
pandai membantu pelajar yang lemah. Melalui interaksi yang positif pelajar akan rasa
lebih dihargai. Interaksi ini menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar
mengambil kira domain afektif pelajar.
6) Strategi berpusatkan pelajar ini menggalakkan aktivti berkumpulan dan perbezaan
pelajar dari segi kebolehan dan minat di ambil kira. Setiap pelajar mempunyai
kebolehan yang berbeza dan melalui pembelajaran berpusatkan pelajar ini mereka
boleh memilih dan menentukan sendiri cara untuk mendapatkan ilmu. Perkembangan
minda mereka akan menjadi lebih efektif dan tidak terikat dengan arahan guru sahaja.
Kebolehan dan minat merupakan domain psikomotor dan kognitif pelajar.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
5
7) Pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Apabila pelajar meneroka sendiri
sesuatu topik mereka akan lebih cenderung untuk menjadi kreatif dan berinsiatif.
Sebagai contoh, pelajar boleh melukis sesuatu berdasarkan tema dan mereka akan
berusaha untuk membuat hasil yang terbaik untuk kepuasan diri. Contoh lain yang
menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar mempunyai sifat kreatif ialah dengan
membina sendiri model kapal daripada botol terbuang. Dari aktiviti itu pelajar dapat
mempelajari bahan tenggelam dan terapung. Sifat kreatif dan berinisiatif pula merujuk
kepada domain psikomotor dan kognitif pelajar.
8) Pelajar lebih mudah faham dan mengingat. Teknik pembelajaran konvensional lebih
kepada teknik hafalan. Pelajar lebih kepada keadaan terpaksa dan dipaksa untuk
belajar. Contohnya, pelajar membaca sifir berulang kali supaya boleh mengingati
jawapan tanpa perlu memahami konsep untuk mendapatkan hasil darab tersebut.
Berbeza dengan pembelajaran berpusatkan pelajar mereka boleh memilih cara untuk
memahami sifir dengan teknik penambahan berulang mahupun dengan cara yang
mereka rasakan sesuai. Oleh yang demikian pembelajaran berpusatkan pelajar adalah
lebih seronok dan apabila pelajar berasa seronok perkara yang dipelajari akan mudah
untuk diingati. Hal ini menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar mengambil
kira domain kognitif dan afektif pelajar.
Pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan mereka untuk berdirikari dan membuat
pembelajaran kendiri bagi menguasai lagi sesuatu topik. Ia melatih pelajar untuk berdisiplin
mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan secara individu bagi menajamkan lagi
pengetahuan yang mereka ada dan dengan ini pelajar akan membuat persediaan untuk
peperiksaan dengan mudah (Barber, Bagsby et al. 2011). Dalam erti lain, pembelajaran
berpusatkan pelajar meningkatkan tahap kognitif, psikomotor and afektif pelajar. Selain
daripada itu, pembelajaran berpusatkan pelajar bersifat lebih santai dan menyeronokkan
kerana mereka terlibat secara lansung dan tidak terikat dengan satu arahan daripada guru.
Para pelajar juga tidak teragak-agak untuk menggunakan idea dan cara tersendiri untuk
belajar melalui pembelajaran berpusatkan murid asalkan idea dan cara yang dipilih masih
berkaitan dengan intipati pelajaran.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
6
Sehubungan dengan itu, pembelajaran berpusatkan pelajar meningkatkan keyakinan
pelajar sekaligus membantu mereka untuk membaiki pencapaian diri sendiri. Hal ini
berkaitan dengan keperluan abad ke-21. Pembelajaran berpusatkan pelajar mengasah
pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan kritis bagi membolehkan mereka menangai
masalah dengan lebih tenang atau dalam erti kata lain berfikir di luar kotak.
Keperluan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar bagi Mata Pelajaran Sains dalam Abad
Ke-21
Bagi memenuhi kehendak daya kerja abad ke-21, bidang pendidikan terutama dalam
bidang Sains sudah lama menginjak dan menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan
pelajar. Hal ini kerana mata pelajaran Sains memerlukan para pelajar untuk meneroka
persekitaran mereka bagi mendapatkan jawapan dan dalam masa yang sama menjana idea
baru berdasarkan pengalaman. Sains adalah aktiviti penyiasatan terhadap persekitaran semula
jadi dan dipelajari melalui interaksi secara langsung dengan alam semula jadi (Zarah, 2016).
Pada abad ke-21 sumber tenaga kerja manusia seperti buruh akan berkurang kerana
akan digantikan dengan sumber tenaga kerja robotik. Hal ini kerana, pada abad ke-21 kita
perlu meningkatkan kos pengeluaran barang dan robot ataupun mesin sangat efisen
digunakan memandangkan ianya boleh bekerja 24 jam sehari tanpa henti. Oleh yang
demikian, negera kita memerlukan kepakaran dalam mencipta mesin dan robot sendiri.
Contoh yang amat baik pada masa kini ialah penerapan tajuk Asas Teknologi Tahun 3.
Murid memasang dan membuka set binaan berfungsi secara mekanikal berpandukan
manual yang mempunyai konsep asas mesin ringkas (KSSR, 2016). Aktiviti ini dibuat
berdasarkan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu mereka membina sendiri model
berpandukan manual. Pembelajaran ini sesuai dengan keterampilan pertama abad ke-21 iaitu
belajar mengetahui seperti yang dinyatakan oleh Zubaidah, S. (2016)
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
7
Contoh aktiviti lain yang berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains ialah
melakukan eksperimen bagi menguji kesahihan fakta. Aktiviti ini merupakan salah satu
pembelajaran berpusatkan pelajar yakni pelajar melakukan aktiviti hands-on. Mereka akan
menjadi lebih yakin dengan perkara yang dipelajari dan dalam masa yang sama didorong oleh
guru yang menjadi fasilitator membimbing mereka. Hal ini menjadikan aktiviti pembelajaran
Sains mereka lebih bersifat inkuiri bermakna seperti yang dinyatakan oleh (Barron and
Darling-Hammond, 2008). Aktiviti ini sesuai dengan permintaan keterampilan abad ke-21
iaitu mampu menyesuaikan diri dan beradaptasi atau belajar untuk melakukan (Zubaidah, S.
2016).
Sekiranya pembelajaran Sains dilakukan secara konvensional iaitu berpusatkan guru
maka para pelajar tidak berpeluang menjana idea dan membuka fikiran mereka ke arah
memberi sebab secara kritikal apabila berdepan dengan situasi di luar jangkaan. Hal ini akan
menyekat pelajar untuk menjadi insan berfikiran kritis. Sebagai contoh tidak dapat memberi
sebab yang munasabah berkaitan keputusan eksperimen yang dapatannya tidak seperti yang
dinyatakan oleh teori. Namun, apabila melakukan eksperimen dengan menggunakan
pembelajaran berpusatkan pelajar, mereka diberikan peluang untuk memberikan penyebab
atau faktor yang mempengaruhi dapatan sesuatu eksperimen sekiranya bercanggah dengan
teori. Dari situ, peranan guru sebagai fasilitator mereka amatlah penting iaitu mengaitkan
jawapan murid dengan teori yang dipelajari. Hal ini bermaksud dalam pembelajaran
berpusatkan pelajar pandangan mereka tidak boleh dinggap salah dan boleh dibetulkan.
Abad ke 21 memerlukan daya kerja serta pemikiran individu yang boleh memberi
sebab secara kritikal, membuat keputusan, menyelesai masalah serta boleh bekerja secara
kolaboratif (ISTE, 2015) oleh yang demikian penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar
dalam mata pelajaran Sains adalah sangat penting bagi membantu menyumbang ke arah
budaya itu.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
8
Pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains amat membantu dalam
abad ke-21 kerana dapat menyumbang kepada tenaga kerja yang mempunyai kemampuan
menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, aktiviti menyelesaikan masalah dalam mata
pelajaran Sains ialah dalam tajuk Pengukuran Tahun 4. Pelajar diminta untuk mengira luas
dan isipadu sesuatu objek ( KSSR, 2016 ). Aktiviti pengiraan untuk penyelesaian masalah
dibuat secara individu berpandukan rumus yang telah dipelajari terlebih dahulu. Oleh yang
demikian amat sesuai untuk pembelajaran berpusatkan pelajar ini memenuhi kehendak abad
ke-21.
Abad ke-21 juga memerlukan individu yang kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian
sekali lagi pengaruh pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains
menyumbang ke arah pembentukan individu seperti ini. Sebagai contoh pelajar membuat
projek litar bersiri secara invidu dengan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. Mereka
boleh menggantikan bateri dengan sumber lain yan boleh mengalirkan arus eletrik seperti
lemon. Semua perlaksaan projek dilakukan berasaskan pembelajaran berpusatkan pelajar dan
guru hanya memantau pergerakan aktiviti penyiapan projek. Dari sini, kita boleh katakan
pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains mempunyai kepentingan ke
arah abad ke-21.
Pada abad ke-21 masyarakat sepatutnya sudah celik internet, mahir dalam literasi
informasi dan boleh mengakses maklumat dengan cekap dan pantas. Literasi informasi
memiliki pengaruh yang besar dalam perolehan keterampilan kehidupan abad ke-21
(Zubaidah, S. 2016). Mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah terutama dari sekolah
rendah lagi sudah mengambil kira perkara ini.
Sebagai contoh ialah penerapan budaya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
sudah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah lagi iaitu dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.
Melalui TMK para pelajar didedahkan dengan komponen komputer dan sekaligus diajar cara
menggunakan perisian Microsoft, mel elektronik (E-mel) dan laman sesawang. Sekiranya
para pelajar mampu menguasai semua ini melalui pembelajaran berpusatkan pelajar nescaya
abad ke-21 boleh dikecapi dengan jayanya.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
9
Selain daripada literasi informasi, komunikasi dan teknologi, abad ke-21 memerlukan
tenaga kerja yang mempunyai ketahanan emosi dan empati. Kesempatan untuk
mengembangkan ketahanan emosional dan empati harus dirancang secara eksplisit
(Leadbeater, 2008). Selain itu keterampilan abad ke-21 memerlukan individu yang berpikiran
logik. Dalam pembelajaran Sains pelajar diterapkan dengan kemahiran proses Sains yang
memerlukan mereka untuk tidak bertindak mengikut emosi. Dalam masa yang sama pelajar
akan menggunakan pembelajaran berpusatkan pelajar untuk mengaplikasi kemahiran proses
Sains ini. Sebagai contoh mereka memerhati, meramal dan membuat inferens secara logik
dan munasabah.
Bagi mendukung aspirasi abad ke-21 masyarakat khususnya generasi muda harus
menanamkan sikap belajar sepanjang hayat (Zubaidah, S. 2016) Mata pelajaran Sains
merupakan satu contoh mata pelajaran yang boleh dipelajari sepanjang hayat kerana ianya
berkaitan secara lansung dengan kehidupan kita. Cara belajar sepanjang hayat itu tadi
memang berpusatkan pelajar itu sendiri. Pelajar boleh melakukan pembelajaran sendiri dalam
Sains sekiranya mereka minat untuk mendalami sesuatu tajuk. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator mereka. Apabila dewasa sikap belajar berpusatkan pelajar akan menjadi satu
kebiasaan.
Pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan kerjasama antara pelajar. Pelajar yang
pandai membantu pelajar yang lemah dan di dalam mata pelajaran Sains. Kerjasama amat
penting bagi menjayakan sesuatu penyiasatan. Sesuatu penyiasatan tidak akan bejaya
sekiranya ahli kumpulan tidak mempunyai kesefahaman dalam mengendalikan eksperimen
ataupun aktiviti. Semasa melakukan penyiasatan Sains pelajar perlu berbincang tentang tajuk
kajian, hipotesis, langkah kerja, dapatan dan membuat kesimpulan. Hal ini amat berkait rapat
dengan keterampilan abad ke-21 iaitu belajar untuk hidup bersama (Zubaidah, S. 2016).
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
10
Bagi menyediakan diri ke dalam abad ke-21, sistem pendidikan negara kita sudah pun
bermula dengan menyediakan budaya pembelajaran abad ke-21. Bidang Sains juga telah
menerapkan budaya ini bagi menyediakan individu yang berdaya saing serta mempunyai
kompentasi dalam bidangnya. Perubahan ini penting bagi mengatasi permintaan global pada
abad ke-21. Contoh pembudayaan pembelajaran abad ke-21 dalam bidang Sains ialah
pembelajaran di luar kelas, penggunaan peta I-think untuk menyusun dan menghuraikan fakta
dan paling kerap digunakan ialah pembelajaran berpusatkan pelajar.
Adakah pembelajaran berpusatkan pelajar terutama dalam mata pelajaran Sains
dapat memenuhi kehendak abad ke-21?
Kita sebagai generasi yang melalui abad ke-21 haruslah bersedia dari segi mental dan
emosi untuk menghadapinya. Di dalam penulisan ini saya memfokuskan pembelajaran
berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains kerana saya dapati abad ke-21 berkait rapat
dengan pembangunan dari segi teknologi dan sikap saintifik sekaligus memerlukan tenaga
kerja yang boleh berkolaborasi dan bekompentasi sama seperi ciri-ciri pembelajaran
berpusatkan pelajar.
Sekiranya diteliti dari segi ciri-ciri pembelajaran berpusatkan pelajar, isi
kandungannya sejajar dengan kehendak pada tenaga kerja dalam abad ke-21. Penggunaan
pembelajaran konvensional adalah kurang sesuai kerana lebih berpusat kepada guru dan ini
akan melahirkan generasi yang sentiasa menerima maklumat dan tidak menyumbang
pendapat yakni tidak selari dengan kehendak abad ke-21.
Generasi abad ke-21 memerlukan insan yang kreatif dan mata pelajaran Sains salah
satu mata pelajaran yang menyediakan platfom itu kepada pelajar melalui pembelajaran
berpusatkan pelajar dan inkuiri penemuan. Kreativiti juga merupakan salah satu komponen
penting agar dapat berjaya menghadapi dunia yang kompleks (IBM, 2010).
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
11
Akhir sekali, saya amat bersetuju untuk mengatakan bahawa pembelajaran
berpusatkan pelajar tidak kira dalam mata pelajaran Sains mahupun mana-mana mata
pelajaran akan membantu menyediakan diri kita menjadi sebahagian dari abad ke-21. Hal ini
kerana pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan budaya pembelajaran yang efisen dan
boleh digunakan sepanjang hayat (Zubaidah, S. 2016). Dalam artikel Jasmi, K. A. & Salleh,
N. (2013) mereka menyatakan pula pembelajaran berpusatkan pelajar menurut Gibbs (1992)
“memberikan pelajar lebih autonomi dan kawalan ke atas pilihan hal perkara, belajar cara-
cara dan kadar pengajian’ (ms 23). Pembelajaran berpusatkan pelajar sangat memenuhi
kriteria dan ciri-ciri pembelajaran yang boleh membantu dalam membentuk individu berdaya
kerja abad ke-21. Ianya dapat mengukuhkan empat pilar pendidikan abad ke-21 iaitu
Learning to Know, Learning to Do, Learning to Be dan Learning to Live Together.
Abad ke-21 sedang mengorak langkahnya dan adalah lebih baik sekiranya kita sudah
bersedia dan mengubah cara pembelajaran daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan
murid. Pembelajaran berpusatkan guru sudah menjadi kurang efisen dalam abad ke-21 kerana
sekarang para pelajar sudah mempunyai akses ke dunia tanpa sempadan. Mereka mungkin
mendapat maklumat yang lebih banyak daripada maklumat yang seseorang guru itu miliki.
Oleh yang demikian pembelajaran berpusatkan murid menggalakkan kita berkongsi ilmu
dengan rakan dan orang sekeliling termaksuk dengan guru. Sememangnya perubahan susah
untuk diterima namun kita harus menerima perubahan untuk kemenjadian modal insan dalam
abad ke-21. Hal ini kerana, sekiranya kita tidak mengikuti arus perubahan ini kita akan
ketinggalan zaman. Justeru, pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains
harus diteruskan bagi memenuhi kehendak tenaga kerja dalam abad ke-21.
(3022 patah perkataan )
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
12
RUJUKAN / REFERENSI
Barber, L. K., P. G. Bagsby, et al. (2011). “Facilitating Self-Regulated Learning With
Technology. Teaching of Psycology 38(4): 303-308
Barron, B. And Darling-Hammond, L. (2008). Teaching of meaningful learning : A review of
rearch on inquiry-based and cooperative learning.
Barry, M. (2012). What skills will you need to succeed in the future? Pheonix Forward
(online). Tempe, AZ, University of Phoenix.
Chapter, C., Swan (2000). From Exclusion to Inclusion, Frontline Magazine.
Gibbs, G. (1992). Assessing more students. Oxford: Oxford Brookes University.
ISTE. (2015). VR is Facing Its Biggest Year in Education Ever Magazine
Jasmi, K. A. & Salleh, N. (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan
Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di
Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes.
KSSR. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3.
KSSR. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Sains Tahun 4
Leadbeater, C. (2008). What’s Next? 21 Ideas for 21st Century Learning. London, The
Innovation Unit.
Nichols, J. (2013). Four Pillars Learning Tree. ( 4 Prinsip Pokok Pembelajaran ).
Wagner, T. (2010). Overcoming The Global Achievement Gap (Online). Cambrigde,
Mass.,Harvard University.
Wikipedia. (2018). 21st Century (Online).
Zarah, A. (2016). Penggunaan Kaedah Permainan Program Realiti Televisyen
dalam Meningkatkan Minat, Sikap dan Pencapaian Pelajar Sains Tingkatan 1 dalam
Topik Haba. Bangi : Penerbit Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zubaidah, S. (2016). Keterampilan Abad ke 21: Keterampilan yang Diajarkan melalui
Pembelajaran. In Disampaikan pada Seminar Nasional Pendidikan dengan Tema “Isu-
isu Strategis Pembelajaran MIPA Abad (Vol. 21).
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
13
BAHAGIAN 2 : Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 4
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
14
Kumpulan Sasaran Murid sekolah rendah Tahun 4
Umur 10 Tahun
Bilangan Kumpulan
Sasaran
16 Orang – Lelaki (6) , Perempuan (10)
Masa 1030-1230 Hari Rabu ( 2 jam )
1030-1230 Hari Khamis (2 jam)
Tema Sains Bahan ( Hari Rabu )
Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid akan belajar
tentang salah satu komponen Sains Bahan iaitu Sifat Bahan.
Bumi dan Sains Angkasa ( Hari Khamis )
Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid akan belajar
tentang salah satu komponen Bumi dan Sains Angkasa iaitu Sistem
Suria.
Topik Sifat Bahan ( Hari Rabu )
Sistem Suria ( Hari Khamis )
Pengetahuan Sedia ada
Murid
Sifat Bahan
1) Murid pernah menggunakan objek yang diperbuat daripada
bahan kalis air seperti payung.
2) Murid pernah melihat sampan yang terapung di atas sungai.
3) Murid pernah menggunakan gelang getah untuk mengikat
bungkusan makanan.
4) Murid pernah membuat uji kaji dengan menggunakan klip
kertas untuk melihat nyalaan mentol.
5) Murid pernah menggunakan pelapik tangan untuk
memegang kuali yang panas.
6) Murid pernah bermain permainan mengejar bayang-bayang.
Sistem Suria
1. Murid mengetahui bahawa mereka tinggal di planet
bernama Bumi.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
15
2. Murid tahu bahawa pada waktu siang cahaya matahari akan
menyinari Bumi.
3. Murid pernah melihat bulan pada waktu malam.
Standard Kandungan /
Objektif pembelajaran
Sifat Bahan
1. Murid boleh memahami sumber asas bagi bahan untuk
menghasilkan sesuatu objek.
Sistem Suria
1. Murid boleh menganalisis pengetahuan tentang Sistem
Suria.
Standard Pembelajaran
/ Hasil pembelajaran
Sifat Bahan
Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :
1. mengenal pasti sumber asas bagi bahan yang digunakan
untuk membuat objek.
2. mengelaskan objek berdasarkan sumber asasnya.
Sistem Suria
Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :
1. memerihalkan ahli dalam Sistem Suria iaitu Matahari,
planet, satelit semula jadi, asteroid, meteor, komet melalui
pemerhatian menerusi pelbagai media.
2. Membuat urutan planet dalam Sistem Suria dengan
menjalankan aktiviti
Pemilihan
dan penyediaan
kandungan
Sifat Bahan
Pemilihan dan penyedian bagi tajuk ini adalah untuk menilai
pengetahuan murid (kognitif), kemampuan murid untuk membuat
pengelasan dalam bentuk jadual (psikomotor), dan perasaan
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
16
menghargai alam sekitar (afektif) yang murid boleh tunjukkan
semasa mengetahui bahawa alam sekitar ialah penyumbang kepada
sumber asas bahan.
Sistem Suria
Pemilihan dan penyediaan bagi tajuk ini adalah untuk
meningkatkan pengetahuan murid (kognitif) tentang dunia di luar
Bumi, menjana kemampuan murid dalam menyediakan gambar
urutan planet dalam bentuk 2D (psikomotor) dan keterujaan murid
(afektif) apabila mengetahui bahawa selain Matahari, Bumi dan
Bulan terdapat objek lain di angkasa lepas.
Kaedah pengajaran Sifat Bahan
- Pembelajaran melalui pengalaman
- Perbincangan
Sistem Suria
- Audio-visual
- Perbincangan
- Penggunaan Bahan Bercetak
Aktiviti Pembelajaran Sifat Bahan / 1030-1230 (2 jam ) / Rabu
Set Induksi :
1. Murid akan mengambil satu daripada 6 objek dalam kotak
yang disediakan oleh guru.
2. Murid kemudiannya akan memberitahu kepada rakan-rakan
nama objek tersebut, menyatakan sumber asas bahan yang
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
17
digunakan untuk membuatnya
Cetusan Idea :
1. Sekiranya penerangan rakan kurang tepat murid-murid lain
boleh membantu membetulkan jawapan kawan.
Penstrukturan Idea :
1. Murid akan di bahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kad manila, pen
marker dan gambar-gambar objek yang terdapat di dalam
kotak pada set induksi.
3. Ahli di dalam setiap kumpulan akan berbincang tentang
sumber asas bahan yang digunakan untuk membuat 6 objek
tersebut
4. Hasil dapatan akan disimpan dalam bentuk jadual.
5. Setiap kumpulan akan membentang dapatan mereka di
hadapan rakan-rakan yang lain.
6. Hasil pembentangan akan dibandingkan dengan contoh
dapatan guru.
Penggunaan Idea:
1. Berdasarkan rumusan dapatan, secara individu murid akan
melakukan aktiviti mengelas objek mengikut sumber asas
bahan yang digunakan untuk membuatnya. Lembaran kerja
akan diedarkan untuk aktiviti tersebut.
Renungan Kembali :
1. Jawapan murid-murid akan disemak oleh guru di dalam
kelas.
2. Pada akhir pembelajaran murid-murid akan menyatakan
semula sumber asas bahan yang digunakan untuk membuat
objek yang akan dinyatakan oleh guru secara lisan.
3. Seorang murid yang terpilih akan mengelas semula 6 objek
yang telah dipelajari mengikut sumber asas bahannya.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
18
Sistem Suria / 1030-1230 ( 2 jam ) / Khamis
Set Induksi :
1. Murid-murid akan menonton tayang video pendek tentang
Sistem Suria.
2. Murid akan menjawab soalan lisan berkaitan video yang
akan diajukan oleh guru.
i) Apakah pusat Sistem Suria? (Matahari )
ii) Apakah satelit semulajadi Bumi? (Bulan)
iii) Ada berapa buah planet dalam Sistem Suria ( 8 buah
)
iv) Sebutan urutan planet bermula dengan yang paling
dekat dengan matahari kepada yang paling jauh.
(Utarid,Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal,
Uranus, Neptun)
v) Apakah objek lain yang terdapat dalam Sistem
Suria? (Komet dan Asteroid)
vi) Di manakah kedudukan Jalur Asteroid? (Diantara
Planet Marikh dan Musytari )
Cetusan Idea :
1. Sekiranya jawapan rakan-rakan kurang tepat, murid-murid
yang lain boleh membantu membetulkan jawapan.
Penstrukturan Idea:
1. Murid akan dibahagikan kepad 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberikan gambar-gambar planet
termasuk Matahari dalam bentuk 2D, kertas mahjong, gam
dan pen marker.
3. Mereka akan menyusun gambar-gambar planet mengikut
urutan, melabelkannya dan melukis orbit bagi setiap planet
pada kertas mahjong yang disediakan.
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
19
4. Murid boleh berbincang untuk menentukan kedudukan
planet dan boleh menambah objek lain seperti melukis
Bulan, asteroid dan komet pada hasil kerja mereka.
5. Hasil tugasan kumpulan akan dipamerkan dan setiap
kumpulan akan membuat Gallery Walk untuk melihat hasil
rakan-rakan yang lain bersama dengan guru.
6. Hasil tugasan tadi akan dikomen dan ditambah baik oleh
kumpulan lain.
Penggunaan Idea :
1. Setiap selesai Gallery Walk murid akan membuat latihan
secara individu tentang perihal ahli dalam Sistem Suria
diikuti dengan latihan menulis urutan planet dalam Sistem
Suria.
2. Jawapan akan disemak oleh guru di dalam kelas.
Renungan Kembali :
1. Setelah selesai membuat latihan, murid akan merumus
semua perihal ahli dalam Sistem Suria secara lisan.
2. Dua orang murid akan dipilih untuk menulis semula urutan
planet dalam Sistem Suria pada papan tulis.
Pemilihan Bahan Sifat Bahan
Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini adalah bahan maujud 3D.
Sistem Suria
Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini adalah bahan visual-audio
untuk Set Induksi.
Bahan maujud 2D digunakan dalam Penstrukturan Idea
Penilaian Sifat Bahan
1. Kuiz Bertulis ( 50 markah )
HMEF5073_V2
OUM SEPT 2018
20
2. Buku Skrap ( 50 markah )
Sistem Suria
1. Ujian ( 50 markah )
2. Buku Skrap ( 50 markah )
RUJUKAN / REFERENSI
KSSR. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Mata Pelajaran Sains Tahun 4.

More Related Content

What's hot

Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Unit 3 falsafah pendidikan guru
Unit 3 falsafah pendidikan guruUnit 3 falsafah pendidikan guru
Unit 3 falsafah pendidikan gurunorlanmusaat
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusanQaseh Rindu
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmmKumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmmsiaw ong
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 

What's hot (20)

Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Bab 4 klien
Bab 4  klienBab 4  klien
Bab 4 klien
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIKPack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
MODEL GLASER.pdf
MODEL GLASER.pdfMODEL GLASER.pdf
MODEL GLASER.pdf
 
Unit 3 falsafah pendidikan guru
Unit 3 falsafah pendidikan guruUnit 3 falsafah pendidikan guru
Unit 3 falsafah pendidikan guru
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmmKumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 

Similar to HMEF5073_v2 curriculum development

9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century LearningNailul Hasibuan
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisLSP3I
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Yang Dibuang
 
Dr khuan kreativiti 2014
Dr khuan kreativiti 2014Dr khuan kreativiti 2014
Dr khuan kreativiti 2014Azmin Azman
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualputri-uki
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualRomi Afrizal
 
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdfARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdfJamaalChannel
 
jurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfjurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfZakiCell1
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics EducationPendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics EducationMuhammad Alfiansyah Alfi
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualSyam Sheya
 
Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualPratiwiKartikaSari
 
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstualCandra Kurniawan
 
Perkembangan Teknologi Kelas 3 tema 2 Buku Guru
Perkembangan Teknologi Kelas 3 tema 2 Buku GuruPerkembangan Teknologi Kelas 3 tema 2 Buku Guru
Perkembangan Teknologi Kelas 3 tema 2 Buku GuruSisilia Herjanti
 
Perubahan Mindset Kurikulum 2013
Perubahan Mindset Kurikulum 2013Perubahan Mindset Kurikulum 2013
Perubahan Mindset Kurikulum 2013Suedi Ahmad
 
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralPembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralNormarini Norzan
 
Review makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumReview makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumRossiana Fazri
 
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guruKelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guruHum_May10
 
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guruKelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guruHum_May10
 

Similar to HMEF5073_v2 curriculum development (20)

9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
 
Dr khuan kreativiti 2014
Dr khuan kreativiti 2014Dr khuan kreativiti 2014
Dr khuan kreativiti 2014
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstual
 
JURNAL.docx
JURNAL.docxJURNAL.docx
JURNAL.docx
 
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdfARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
 
jurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfjurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdf
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics EducationPendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual
 
Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran Kontextual
 
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
 
Perkembangan Teknologi Kelas 3 tema 2 Buku Guru
Perkembangan Teknologi Kelas 3 tema 2 Buku GuruPerkembangan Teknologi Kelas 3 tema 2 Buku Guru
Perkembangan Teknologi Kelas 3 tema 2 Buku Guru
 
Perubahan Mindset Kurikulum 2013
Perubahan Mindset Kurikulum 2013Perubahan Mindset Kurikulum 2013
Perubahan Mindset Kurikulum 2013
 
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralPembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
 
Review makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumReview makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulum
 
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guruKelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
 
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guruKelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
Kelas 02 sd_tematik_2_bermain_di_lingkunganku_guru
 

Recently uploaded

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 

HMEF5073_v2 curriculum development

  • 1. Bahagian I Keperluan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar bagi Mata Pelajaran Sains dalam Abad Ke-21 Abad ke-21 Abad ke-21 ialah abad terkini era Anno-Domini atau Common Era jika dirujuk dalam Kalender Gregorian. Abad ke-21 bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir pada 1 Disember 2100. Ianya merupakan abad yang pertama pada milenium yang ketiga. (Wikipedia, 2018). Pendidikan Abad Ke-21 Negara kita Malaysia kini sedang pesat membangun dalam abad ke 21. Abad ke 21 memerlukan daya kerja serta pemikiran individu yang boleh memberi sebab secara kritikal, membuat keputusan, menyelesai masalah serta boleh bekerja secara kolaboratif (ISTE, 2015). Ciri-ciri ketrampilan ini penting kerana sejajar dengan empat pilar pendidikan iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk melakukan (learning to do), belajar untuk menjadi (learning to be), dan belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Oleh yang demikian salah satu bidang yang turut bersama berkembang menuju abad ke 21 ialah bidang pendidikan. Pendidikan Abad ke- 21 ( PAK21) adalah satu isu yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Semua sekolah termasuk institusi pengajian tinggi turut ditekankan dengan pendidikan abad ke 21 ini. Wagner (2010) menekankan tujuh ketrampilan di abad ke-21 iaitu (1) kemampuan berpikir kritis dan pemecahan masalah, (2) kolaborasi dan kepemimpinan, (3) ketangkasan dan kemampuan beradaptasi, (4) inisiatif dan berjiwa entrepeneur, (5) mampu bekomunikasi dengan efektif secara lisan mahupun bertulis, (6) boleh mengakses dan menganalisis maklumat , dan (7) memiliki rasa ingn tahu dan imaginasi.
  • 2. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 1 Bary (2012) mengenalpasti sepuluh (10) ciri-ciri keterampilan yang diperlukan oleh siswa yang bekerja di abad ke-21 iaitu berpikiran kritis, berkomunikasi, berkepimpinan, berkolaborasi, kemampuan beradaptasi, produktif dan berakauntibiliti, berinovasi, mempunyai kewarganegaraan global, berjiwa entrepreneur, serta berkemampuan untuk mengakses, menganalisis dan mensisntesis maklumat. Salah satu cara untuk mencapai pendidikan abad ke-21 ialah melalui pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centered learning). Setiap individu harus terlibat dalam pembelajaran bersifatkan inkuiri yang bermakna, memiliki kebenaran, untuk mengembangkan pemikiran aras tinggi yang mereka perlukan (Barron and Darling- Hammond, 2008). Ternyata sistem pendidikan kita yang terdahulu lebih bersifat konvensional iaitu para pelajar hanya menerima perkara yang disampaikan oleh guru tanpa menyoal sejauh mana kebenaran dan kesahihan maklumat yang disampaikan. Pendekatan tradisional juga menekankan teknik hafalan dan tidak mengembangkan pemikiran kritis para pelajar. Nichols (2013) menyatakan prinsip pembelajaran abad ke-21 adalah seperti berikut: 1. Instruction should be student-centered Pembelajaran seharusnya berpusatkan pelajar dan guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing yang membantu pelajar mengaitkan pengetahuan awal mereka dengan informasi baharu yang akan mereka pelajari. Para pelajar tidak diminta untuk menghafal isi pembelajaran yang disampaikan oleh guru namun memperoleh pengetahuan berdasarkan inkuiri penemuannya. 2. Education should be collaborative Para pelajar harus berkolaborasi dengan satu sama lain untuk mendapatkan ilmu. Hal ini kerana perkongsian ilmu dengan rakan-rakan dapat meluaskan pandangan para pelajar terhadap topik yang dibincangkan. Selain itu, pembelajaran secara koperatif akan menggalakkan para pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar.
  • 3. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 2 3. Learning should have context Pendidikan abad ke-21 adalah sejenis pendidikan yang realistik dimana mata pelajaran yang dipelajari peru dikaitkan dengan kehidupan seharian para pelajar. Hal ini kerana pembelajaran tidak akan memberi erti sekiranya tidak dapat memberi impak dan diguna pakai dalam masalah kehidupan seharian mereka. 4. Schools should be intergrated with society Para pelajar harus disiapkan dengan nilai bertanggungjawab terhadap masyarakat. Pendidikan abad ke-21 tidak akan terlaksana sekiranya pihak sekolah tidak bekerjasama dengan masyarakat setempat. Hal ini kerana, para pelajar itu sendiri merupakan generasi akan datang yang akan menjadi pemimpin masyarakat kita. Abad ke-21 memerlukan seorang pemimpin yang produktif dan berkauntibiliti (Bary, 2012). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered Learning) Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan suatu pendekatan yang mengambil kira kepentingan,kemahiran dan keperluan kira, membiarkan pelajar-pelajar bebas dalam proses pembelajaran, membentangkan mereka pelbagai peluang, pelajar belajar dalam kadar sendiri (Chapter dan chapter, Swan, 2000). Menurut Jasmi, K.A.& Salleh, N. (2013) pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu kaedah terkini di mana terdapat komunikasi dua hala di antara guru dan pelajar. Pelajar bukan hanya bergantung kepada pengajaran guru tetapi juga boleh menjana idea sendiri untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Proses pemaham akan menjadi lebih mudah jika pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran yang sedang berlangsung dan iya juga boleh meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap ilmu yang diberikan oleh guru.
  • 4. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 3 Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar, mereka akan diberi tugasan yang tentu samada dalam bentuk kumpulan ataupun individu. Pelajar perlu mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semasa proses penyiapan tugasan, pelajar perlu sentiasa berhubung dengan guru supaya guru boleh memantau tugasan yang dibuat oleh pelajar di dalam skop yang diberikan. Guru berperanan sebagai fasilitator (Jasmi, K. A. & Salleh, N. 2013). Ciri–ciri strategi Pembelajaran Berpusatkan Pelajar : 1) Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pelajar memainkan peranan yang penting dan peranan guru hanya membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, guru hanya membekalkan pelajar dengan set Lego dan pelajar menentukan sendiri rekaan yang hendak dibina. Semasa proses pemasangan guru hanya menyelia pelajar untuk memastikan mereka melakukan aktiviti tersebut dengan sebaik yang mungkin. Satu lagi contoh ialah pelajar menjalankan penyiasatan dan membandingkan dapatan mereka dengan dapatan sebenar yang ada pada guru. Ciri ini menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar mengambil kira domain kognitif dan psikomotor pelajar. 2) Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah secara dua hala. Dalam pembelajaran berpusatkan pelajar, bukan hanya guru yang boleh menyoal soalan kepada pelajar malah pelajar juga boleh mengemukakan soalan untuk mendalami topik yang dipelajari. Biasanya komunkasi dan interaksi wujud apabila ada perbincangan, pembentang dan sesi bersoalah jawab. Walau bagaimanapun, interaksi itu hendaklah dalam keadaan sopan dan tidak mengikut emosi. Ciri ini jelas menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar mengambil kira domain afektif dan kognitif pelajar.
  • 5. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 4 3) Pelajar digalakkan memberi pendapat mereka. Ini bermaksud guru bersifat demokratik dan mendengar pendapat murid. Hal ini bermaksud para pelajar boleh mengemukakan pendapat dan idea mereka semasa melakukan aktiviti asalkan pendapat tersebut relaven dan berkaitan tajuk yang dibincangkan. Aktiviti yang berkaitan dengan memberi pendapat ini ialah sumbang saran atau pun brain storming. Ciri ketiga ini pula mengambil kira domain kognitif. 4) Mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran pelajar. Objektif pembelajaran pelajar hanya boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara lansung dengan aktiviti yang dilakukan. Sekiranya okjektif pembelajaran pelajar tercapai bermakna pelajar sudah dapat menguasi topik yang dipelajari. Hal ini sangat dititik beratkan dalam pembelajaran berpusatkan pelajar kerana pelajar memerlukan inkuiri penemuan yang sejajar dengan objektif pembelajaran. Justeru ciri keempat ini mengambil kira domain kogntif pelajar juga. 5) Mewujudkan interaksi di kalangan pelajar dan menerapkan nilai sosial yang positif seperti berkerjasama dan bertolak ansur. Pembelajaran berpusatkan pelajar membolehkan mereka untuk berinteraksi sama ada melalui perbincangan, kerja berkumpulan dan menerima diri rakan seadanya melalui kekurangan dan kelebihan masing-masing semasa belajar. Contoh lain yang melibatkan interaksi semasa pembelajaran berpusatkan pelajar ialah aktiviti berpasangan dimana pelajar yang pandai membantu pelajar yang lemah. Melalui interaksi yang positif pelajar akan rasa lebih dihargai. Interaksi ini menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar mengambil kira domain afektif pelajar. 6) Strategi berpusatkan pelajar ini menggalakkan aktivti berkumpulan dan perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat di ambil kira. Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza dan melalui pembelajaran berpusatkan pelajar ini mereka boleh memilih dan menentukan sendiri cara untuk mendapatkan ilmu. Perkembangan minda mereka akan menjadi lebih efektif dan tidak terikat dengan arahan guru sahaja. Kebolehan dan minat merupakan domain psikomotor dan kognitif pelajar.
  • 6. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 5 7) Pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Apabila pelajar meneroka sendiri sesuatu topik mereka akan lebih cenderung untuk menjadi kreatif dan berinsiatif. Sebagai contoh, pelajar boleh melukis sesuatu berdasarkan tema dan mereka akan berusaha untuk membuat hasil yang terbaik untuk kepuasan diri. Contoh lain yang menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar mempunyai sifat kreatif ialah dengan membina sendiri model kapal daripada botol terbuang. Dari aktiviti itu pelajar dapat mempelajari bahan tenggelam dan terapung. Sifat kreatif dan berinisiatif pula merujuk kepada domain psikomotor dan kognitif pelajar. 8) Pelajar lebih mudah faham dan mengingat. Teknik pembelajaran konvensional lebih kepada teknik hafalan. Pelajar lebih kepada keadaan terpaksa dan dipaksa untuk belajar. Contohnya, pelajar membaca sifir berulang kali supaya boleh mengingati jawapan tanpa perlu memahami konsep untuk mendapatkan hasil darab tersebut. Berbeza dengan pembelajaran berpusatkan pelajar mereka boleh memilih cara untuk memahami sifir dengan teknik penambahan berulang mahupun dengan cara yang mereka rasakan sesuai. Oleh yang demikian pembelajaran berpusatkan pelajar adalah lebih seronok dan apabila pelajar berasa seronok perkara yang dipelajari akan mudah untuk diingati. Hal ini menunjukkan pembelajaran berpusatkan pelajar mengambil kira domain kognitif dan afektif pelajar. Pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan mereka untuk berdirikari dan membuat pembelajaran kendiri bagi menguasai lagi sesuatu topik. Ia melatih pelajar untuk berdisiplin mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan secara individu bagi menajamkan lagi pengetahuan yang mereka ada dan dengan ini pelajar akan membuat persediaan untuk peperiksaan dengan mudah (Barber, Bagsby et al. 2011). Dalam erti lain, pembelajaran berpusatkan pelajar meningkatkan tahap kognitif, psikomotor and afektif pelajar. Selain daripada itu, pembelajaran berpusatkan pelajar bersifat lebih santai dan menyeronokkan kerana mereka terlibat secara lansung dan tidak terikat dengan satu arahan daripada guru. Para pelajar juga tidak teragak-agak untuk menggunakan idea dan cara tersendiri untuk belajar melalui pembelajaran berpusatkan murid asalkan idea dan cara yang dipilih masih berkaitan dengan intipati pelajaran.
  • 7. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 6 Sehubungan dengan itu, pembelajaran berpusatkan pelajar meningkatkan keyakinan pelajar sekaligus membantu mereka untuk membaiki pencapaian diri sendiri. Hal ini berkaitan dengan keperluan abad ke-21. Pembelajaran berpusatkan pelajar mengasah pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan kritis bagi membolehkan mereka menangai masalah dengan lebih tenang atau dalam erti kata lain berfikir di luar kotak. Keperluan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar bagi Mata Pelajaran Sains dalam Abad Ke-21 Bagi memenuhi kehendak daya kerja abad ke-21, bidang pendidikan terutama dalam bidang Sains sudah lama menginjak dan menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar. Hal ini kerana mata pelajaran Sains memerlukan para pelajar untuk meneroka persekitaran mereka bagi mendapatkan jawapan dan dalam masa yang sama menjana idea baru berdasarkan pengalaman. Sains adalah aktiviti penyiasatan terhadap persekitaran semula jadi dan dipelajari melalui interaksi secara langsung dengan alam semula jadi (Zarah, 2016). Pada abad ke-21 sumber tenaga kerja manusia seperti buruh akan berkurang kerana akan digantikan dengan sumber tenaga kerja robotik. Hal ini kerana, pada abad ke-21 kita perlu meningkatkan kos pengeluaran barang dan robot ataupun mesin sangat efisen digunakan memandangkan ianya boleh bekerja 24 jam sehari tanpa henti. Oleh yang demikian, negera kita memerlukan kepakaran dalam mencipta mesin dan robot sendiri. Contoh yang amat baik pada masa kini ialah penerapan tajuk Asas Teknologi Tahun 3. Murid memasang dan membuka set binaan berfungsi secara mekanikal berpandukan manual yang mempunyai konsep asas mesin ringkas (KSSR, 2016). Aktiviti ini dibuat berdasarkan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu mereka membina sendiri model berpandukan manual. Pembelajaran ini sesuai dengan keterampilan pertama abad ke-21 iaitu belajar mengetahui seperti yang dinyatakan oleh Zubaidah, S. (2016)
  • 8. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 7 Contoh aktiviti lain yang berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains ialah melakukan eksperimen bagi menguji kesahihan fakta. Aktiviti ini merupakan salah satu pembelajaran berpusatkan pelajar yakni pelajar melakukan aktiviti hands-on. Mereka akan menjadi lebih yakin dengan perkara yang dipelajari dan dalam masa yang sama didorong oleh guru yang menjadi fasilitator membimbing mereka. Hal ini menjadikan aktiviti pembelajaran Sains mereka lebih bersifat inkuiri bermakna seperti yang dinyatakan oleh (Barron and Darling-Hammond, 2008). Aktiviti ini sesuai dengan permintaan keterampilan abad ke-21 iaitu mampu menyesuaikan diri dan beradaptasi atau belajar untuk melakukan (Zubaidah, S. 2016). Sekiranya pembelajaran Sains dilakukan secara konvensional iaitu berpusatkan guru maka para pelajar tidak berpeluang menjana idea dan membuka fikiran mereka ke arah memberi sebab secara kritikal apabila berdepan dengan situasi di luar jangkaan. Hal ini akan menyekat pelajar untuk menjadi insan berfikiran kritis. Sebagai contoh tidak dapat memberi sebab yang munasabah berkaitan keputusan eksperimen yang dapatannya tidak seperti yang dinyatakan oleh teori. Namun, apabila melakukan eksperimen dengan menggunakan pembelajaran berpusatkan pelajar, mereka diberikan peluang untuk memberikan penyebab atau faktor yang mempengaruhi dapatan sesuatu eksperimen sekiranya bercanggah dengan teori. Dari situ, peranan guru sebagai fasilitator mereka amatlah penting iaitu mengaitkan jawapan murid dengan teori yang dipelajari. Hal ini bermaksud dalam pembelajaran berpusatkan pelajar pandangan mereka tidak boleh dinggap salah dan boleh dibetulkan. Abad ke 21 memerlukan daya kerja serta pemikiran individu yang boleh memberi sebab secara kritikal, membuat keputusan, menyelesai masalah serta boleh bekerja secara kolaboratif (ISTE, 2015) oleh yang demikian penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains adalah sangat penting bagi membantu menyumbang ke arah budaya itu.
  • 9. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 8 Pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains amat membantu dalam abad ke-21 kerana dapat menyumbang kepada tenaga kerja yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, aktiviti menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Sains ialah dalam tajuk Pengukuran Tahun 4. Pelajar diminta untuk mengira luas dan isipadu sesuatu objek ( KSSR, 2016 ). Aktiviti pengiraan untuk penyelesaian masalah dibuat secara individu berpandukan rumus yang telah dipelajari terlebih dahulu. Oleh yang demikian amat sesuai untuk pembelajaran berpusatkan pelajar ini memenuhi kehendak abad ke-21. Abad ke-21 juga memerlukan individu yang kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian sekali lagi pengaruh pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains menyumbang ke arah pembentukan individu seperti ini. Sebagai contoh pelajar membuat projek litar bersiri secara invidu dengan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. Mereka boleh menggantikan bateri dengan sumber lain yan boleh mengalirkan arus eletrik seperti lemon. Semua perlaksaan projek dilakukan berasaskan pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru hanya memantau pergerakan aktiviti penyiapan projek. Dari sini, kita boleh katakan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains mempunyai kepentingan ke arah abad ke-21. Pada abad ke-21 masyarakat sepatutnya sudah celik internet, mahir dalam literasi informasi dan boleh mengakses maklumat dengan cekap dan pantas. Literasi informasi memiliki pengaruh yang besar dalam perolehan keterampilan kehidupan abad ke-21 (Zubaidah, S. 2016). Mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah terutama dari sekolah rendah lagi sudah mengambil kira perkara ini. Sebagai contoh ialah penerapan budaya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sudah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah lagi iaitu dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Melalui TMK para pelajar didedahkan dengan komponen komputer dan sekaligus diajar cara menggunakan perisian Microsoft, mel elektronik (E-mel) dan laman sesawang. Sekiranya para pelajar mampu menguasai semua ini melalui pembelajaran berpusatkan pelajar nescaya abad ke-21 boleh dikecapi dengan jayanya.
  • 10. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 9 Selain daripada literasi informasi, komunikasi dan teknologi, abad ke-21 memerlukan tenaga kerja yang mempunyai ketahanan emosi dan empati. Kesempatan untuk mengembangkan ketahanan emosional dan empati harus dirancang secara eksplisit (Leadbeater, 2008). Selain itu keterampilan abad ke-21 memerlukan individu yang berpikiran logik. Dalam pembelajaran Sains pelajar diterapkan dengan kemahiran proses Sains yang memerlukan mereka untuk tidak bertindak mengikut emosi. Dalam masa yang sama pelajar akan menggunakan pembelajaran berpusatkan pelajar untuk mengaplikasi kemahiran proses Sains ini. Sebagai contoh mereka memerhati, meramal dan membuat inferens secara logik dan munasabah. Bagi mendukung aspirasi abad ke-21 masyarakat khususnya generasi muda harus menanamkan sikap belajar sepanjang hayat (Zubaidah, S. 2016) Mata pelajaran Sains merupakan satu contoh mata pelajaran yang boleh dipelajari sepanjang hayat kerana ianya berkaitan secara lansung dengan kehidupan kita. Cara belajar sepanjang hayat itu tadi memang berpusatkan pelajar itu sendiri. Pelajar boleh melakukan pembelajaran sendiri dalam Sains sekiranya mereka minat untuk mendalami sesuatu tajuk. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator mereka. Apabila dewasa sikap belajar berpusatkan pelajar akan menjadi satu kebiasaan. Pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan kerjasama antara pelajar. Pelajar yang pandai membantu pelajar yang lemah dan di dalam mata pelajaran Sains. Kerjasama amat penting bagi menjayakan sesuatu penyiasatan. Sesuatu penyiasatan tidak akan bejaya sekiranya ahli kumpulan tidak mempunyai kesefahaman dalam mengendalikan eksperimen ataupun aktiviti. Semasa melakukan penyiasatan Sains pelajar perlu berbincang tentang tajuk kajian, hipotesis, langkah kerja, dapatan dan membuat kesimpulan. Hal ini amat berkait rapat dengan keterampilan abad ke-21 iaitu belajar untuk hidup bersama (Zubaidah, S. 2016).
  • 11. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 10 Bagi menyediakan diri ke dalam abad ke-21, sistem pendidikan negara kita sudah pun bermula dengan menyediakan budaya pembelajaran abad ke-21. Bidang Sains juga telah menerapkan budaya ini bagi menyediakan individu yang berdaya saing serta mempunyai kompentasi dalam bidangnya. Perubahan ini penting bagi mengatasi permintaan global pada abad ke-21. Contoh pembudayaan pembelajaran abad ke-21 dalam bidang Sains ialah pembelajaran di luar kelas, penggunaan peta I-think untuk menyusun dan menghuraikan fakta dan paling kerap digunakan ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Adakah pembelajaran berpusatkan pelajar terutama dalam mata pelajaran Sains dapat memenuhi kehendak abad ke-21? Kita sebagai generasi yang melalui abad ke-21 haruslah bersedia dari segi mental dan emosi untuk menghadapinya. Di dalam penulisan ini saya memfokuskan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains kerana saya dapati abad ke-21 berkait rapat dengan pembangunan dari segi teknologi dan sikap saintifik sekaligus memerlukan tenaga kerja yang boleh berkolaborasi dan bekompentasi sama seperi ciri-ciri pembelajaran berpusatkan pelajar. Sekiranya diteliti dari segi ciri-ciri pembelajaran berpusatkan pelajar, isi kandungannya sejajar dengan kehendak pada tenaga kerja dalam abad ke-21. Penggunaan pembelajaran konvensional adalah kurang sesuai kerana lebih berpusat kepada guru dan ini akan melahirkan generasi yang sentiasa menerima maklumat dan tidak menyumbang pendapat yakni tidak selari dengan kehendak abad ke-21. Generasi abad ke-21 memerlukan insan yang kreatif dan mata pelajaran Sains salah satu mata pelajaran yang menyediakan platfom itu kepada pelajar melalui pembelajaran berpusatkan pelajar dan inkuiri penemuan. Kreativiti juga merupakan salah satu komponen penting agar dapat berjaya menghadapi dunia yang kompleks (IBM, 2010).
  • 12. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 11 Akhir sekali, saya amat bersetuju untuk mengatakan bahawa pembelajaran berpusatkan pelajar tidak kira dalam mata pelajaran Sains mahupun mana-mana mata pelajaran akan membantu menyediakan diri kita menjadi sebahagian dari abad ke-21. Hal ini kerana pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan budaya pembelajaran yang efisen dan boleh digunakan sepanjang hayat (Zubaidah, S. 2016). Dalam artikel Jasmi, K. A. & Salleh, N. (2013) mereka menyatakan pula pembelajaran berpusatkan pelajar menurut Gibbs (1992) “memberikan pelajar lebih autonomi dan kawalan ke atas pilihan hal perkara, belajar cara- cara dan kadar pengajian’ (ms 23). Pembelajaran berpusatkan pelajar sangat memenuhi kriteria dan ciri-ciri pembelajaran yang boleh membantu dalam membentuk individu berdaya kerja abad ke-21. Ianya dapat mengukuhkan empat pilar pendidikan abad ke-21 iaitu Learning to Know, Learning to Do, Learning to Be dan Learning to Live Together. Abad ke-21 sedang mengorak langkahnya dan adalah lebih baik sekiranya kita sudah bersedia dan mengubah cara pembelajaran daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Pembelajaran berpusatkan guru sudah menjadi kurang efisen dalam abad ke-21 kerana sekarang para pelajar sudah mempunyai akses ke dunia tanpa sempadan. Mereka mungkin mendapat maklumat yang lebih banyak daripada maklumat yang seseorang guru itu miliki. Oleh yang demikian pembelajaran berpusatkan murid menggalakkan kita berkongsi ilmu dengan rakan dan orang sekeliling termaksuk dengan guru. Sememangnya perubahan susah untuk diterima namun kita harus menerima perubahan untuk kemenjadian modal insan dalam abad ke-21. Hal ini kerana, sekiranya kita tidak mengikuti arus perubahan ini kita akan ketinggalan zaman. Justeru, pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Sains harus diteruskan bagi memenuhi kehendak tenaga kerja dalam abad ke-21. (3022 patah perkataan )
  • 13. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 12 RUJUKAN / REFERENSI Barber, L. K., P. G. Bagsby, et al. (2011). “Facilitating Self-Regulated Learning With Technology. Teaching of Psycology 38(4): 303-308 Barron, B. And Darling-Hammond, L. (2008). Teaching of meaningful learning : A review of rearch on inquiry-based and cooperative learning. Barry, M. (2012). What skills will you need to succeed in the future? Pheonix Forward (online). Tempe, AZ, University of Phoenix. Chapter, C., Swan (2000). From Exclusion to Inclusion, Frontline Magazine. Gibbs, G. (1992). Assessing more students. Oxford: Oxford Brookes University. ISTE. (2015). VR is Facing Its Biggest Year in Education Ever Magazine Jasmi, K. A. & Salleh, N. (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes. KSSR. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. KSSR. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Sains Tahun 4 Leadbeater, C. (2008). What’s Next? 21 Ideas for 21st Century Learning. London, The Innovation Unit. Nichols, J. (2013). Four Pillars Learning Tree. ( 4 Prinsip Pokok Pembelajaran ). Wagner, T. (2010). Overcoming The Global Achievement Gap (Online). Cambrigde, Mass.,Harvard University. Wikipedia. (2018). 21st Century (Online). Zarah, A. (2016). Penggunaan Kaedah Permainan Program Realiti Televisyen dalam Meningkatkan Minat, Sikap dan Pencapaian Pelajar Sains Tingkatan 1 dalam Topik Haba. Bangi : Penerbit Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zubaidah, S. (2016). Keterampilan Abad ke 21: Keterampilan yang Diajarkan melalui Pembelajaran. In Disampaikan pada Seminar Nasional Pendidikan dengan Tema “Isu- isu Strategis Pembelajaran MIPA Abad (Vol. 21).
  • 14. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 13 BAHAGIAN 2 : Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 4
  • 15. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 14 Kumpulan Sasaran Murid sekolah rendah Tahun 4 Umur 10 Tahun Bilangan Kumpulan Sasaran 16 Orang – Lelaki (6) , Perempuan (10) Masa 1030-1230 Hari Rabu ( 2 jam ) 1030-1230 Hari Khamis (2 jam) Tema Sains Bahan ( Hari Rabu ) Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid akan belajar tentang salah satu komponen Sains Bahan iaitu Sifat Bahan. Bumi dan Sains Angkasa ( Hari Khamis ) Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid akan belajar tentang salah satu komponen Bumi dan Sains Angkasa iaitu Sistem Suria. Topik Sifat Bahan ( Hari Rabu ) Sistem Suria ( Hari Khamis ) Pengetahuan Sedia ada Murid Sifat Bahan 1) Murid pernah menggunakan objek yang diperbuat daripada bahan kalis air seperti payung. 2) Murid pernah melihat sampan yang terapung di atas sungai. 3) Murid pernah menggunakan gelang getah untuk mengikat bungkusan makanan. 4) Murid pernah membuat uji kaji dengan menggunakan klip kertas untuk melihat nyalaan mentol. 5) Murid pernah menggunakan pelapik tangan untuk memegang kuali yang panas. 6) Murid pernah bermain permainan mengejar bayang-bayang. Sistem Suria 1. Murid mengetahui bahawa mereka tinggal di planet bernama Bumi.
  • 16. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 15 2. Murid tahu bahawa pada waktu siang cahaya matahari akan menyinari Bumi. 3. Murid pernah melihat bulan pada waktu malam. Standard Kandungan / Objektif pembelajaran Sifat Bahan 1. Murid boleh memahami sumber asas bagi bahan untuk menghasilkan sesuatu objek. Sistem Suria 1. Murid boleh menganalisis pengetahuan tentang Sistem Suria. Standard Pembelajaran / Hasil pembelajaran Sifat Bahan Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat : 1. mengenal pasti sumber asas bagi bahan yang digunakan untuk membuat objek. 2. mengelaskan objek berdasarkan sumber asasnya. Sistem Suria Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat : 1. memerihalkan ahli dalam Sistem Suria iaitu Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, meteor, komet melalui pemerhatian menerusi pelbagai media. 2. Membuat urutan planet dalam Sistem Suria dengan menjalankan aktiviti Pemilihan dan penyediaan kandungan Sifat Bahan Pemilihan dan penyedian bagi tajuk ini adalah untuk menilai pengetahuan murid (kognitif), kemampuan murid untuk membuat pengelasan dalam bentuk jadual (psikomotor), dan perasaan
  • 17. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 16 menghargai alam sekitar (afektif) yang murid boleh tunjukkan semasa mengetahui bahawa alam sekitar ialah penyumbang kepada sumber asas bahan. Sistem Suria Pemilihan dan penyediaan bagi tajuk ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid (kognitif) tentang dunia di luar Bumi, menjana kemampuan murid dalam menyediakan gambar urutan planet dalam bentuk 2D (psikomotor) dan keterujaan murid (afektif) apabila mengetahui bahawa selain Matahari, Bumi dan Bulan terdapat objek lain di angkasa lepas. Kaedah pengajaran Sifat Bahan - Pembelajaran melalui pengalaman - Perbincangan Sistem Suria - Audio-visual - Perbincangan - Penggunaan Bahan Bercetak Aktiviti Pembelajaran Sifat Bahan / 1030-1230 (2 jam ) / Rabu Set Induksi : 1. Murid akan mengambil satu daripada 6 objek dalam kotak yang disediakan oleh guru. 2. Murid kemudiannya akan memberitahu kepada rakan-rakan nama objek tersebut, menyatakan sumber asas bahan yang
  • 18. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 17 digunakan untuk membuatnya Cetusan Idea : 1. Sekiranya penerangan rakan kurang tepat murid-murid lain boleh membantu membetulkan jawapan kawan. Penstrukturan Idea : 1. Murid akan di bahagikan kepada 4 kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kad manila, pen marker dan gambar-gambar objek yang terdapat di dalam kotak pada set induksi. 3. Ahli di dalam setiap kumpulan akan berbincang tentang sumber asas bahan yang digunakan untuk membuat 6 objek tersebut 4. Hasil dapatan akan disimpan dalam bentuk jadual. 5. Setiap kumpulan akan membentang dapatan mereka di hadapan rakan-rakan yang lain. 6. Hasil pembentangan akan dibandingkan dengan contoh dapatan guru. Penggunaan Idea: 1. Berdasarkan rumusan dapatan, secara individu murid akan melakukan aktiviti mengelas objek mengikut sumber asas bahan yang digunakan untuk membuatnya. Lembaran kerja akan diedarkan untuk aktiviti tersebut. Renungan Kembali : 1. Jawapan murid-murid akan disemak oleh guru di dalam kelas. 2. Pada akhir pembelajaran murid-murid akan menyatakan semula sumber asas bahan yang digunakan untuk membuat objek yang akan dinyatakan oleh guru secara lisan. 3. Seorang murid yang terpilih akan mengelas semula 6 objek yang telah dipelajari mengikut sumber asas bahannya.
  • 19. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 18 Sistem Suria / 1030-1230 ( 2 jam ) / Khamis Set Induksi : 1. Murid-murid akan menonton tayang video pendek tentang Sistem Suria. 2. Murid akan menjawab soalan lisan berkaitan video yang akan diajukan oleh guru. i) Apakah pusat Sistem Suria? (Matahari ) ii) Apakah satelit semulajadi Bumi? (Bulan) iii) Ada berapa buah planet dalam Sistem Suria ( 8 buah ) iv) Sebutan urutan planet bermula dengan yang paling dekat dengan matahari kepada yang paling jauh. (Utarid,Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun) v) Apakah objek lain yang terdapat dalam Sistem Suria? (Komet dan Asteroid) vi) Di manakah kedudukan Jalur Asteroid? (Diantara Planet Marikh dan Musytari ) Cetusan Idea : 1. Sekiranya jawapan rakan-rakan kurang tepat, murid-murid yang lain boleh membantu membetulkan jawapan. Penstrukturan Idea: 1. Murid akan dibahagikan kepad 4 kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberikan gambar-gambar planet termasuk Matahari dalam bentuk 2D, kertas mahjong, gam dan pen marker. 3. Mereka akan menyusun gambar-gambar planet mengikut urutan, melabelkannya dan melukis orbit bagi setiap planet pada kertas mahjong yang disediakan.
  • 20. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 19 4. Murid boleh berbincang untuk menentukan kedudukan planet dan boleh menambah objek lain seperti melukis Bulan, asteroid dan komet pada hasil kerja mereka. 5. Hasil tugasan kumpulan akan dipamerkan dan setiap kumpulan akan membuat Gallery Walk untuk melihat hasil rakan-rakan yang lain bersama dengan guru. 6. Hasil tugasan tadi akan dikomen dan ditambah baik oleh kumpulan lain. Penggunaan Idea : 1. Setiap selesai Gallery Walk murid akan membuat latihan secara individu tentang perihal ahli dalam Sistem Suria diikuti dengan latihan menulis urutan planet dalam Sistem Suria. 2. Jawapan akan disemak oleh guru di dalam kelas. Renungan Kembali : 1. Setelah selesai membuat latihan, murid akan merumus semua perihal ahli dalam Sistem Suria secara lisan. 2. Dua orang murid akan dipilih untuk menulis semula urutan planet dalam Sistem Suria pada papan tulis. Pemilihan Bahan Sifat Bahan Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini adalah bahan maujud 3D. Sistem Suria Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini adalah bahan visual-audio untuk Set Induksi. Bahan maujud 2D digunakan dalam Penstrukturan Idea Penilaian Sifat Bahan 1. Kuiz Bertulis ( 50 markah )
  • 21. HMEF5073_V2 OUM SEPT 2018 20 2. Buku Skrap ( 50 markah ) Sistem Suria 1. Ujian ( 50 markah ) 2. Buku Skrap ( 50 markah ) RUJUKAN / REFERENSI KSSR. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Mata Pelajaran Sains Tahun 4.