SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Analisis dan Kritik Artikel Jurnal
Tajuk Jurnal: Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja Dan Stress Kerja
Guru.
Sumber Jurnal: Jurnal Teknologi, 48(E),Jun 2008: 33-47.
Penyelidik: Azlina Mohd. Kosnin dan Tan Sew Lee, Universiti Teknogi Malaysia.
1. Sinopsis:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti guru dan sama ada wujud
pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Di samping itu,
kajian juga dijalankan untuk menentukan tahap kepuasan dan stres kerja guru serta
hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Seramai 255 orang guru dari 10 buah sekolah
menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru dipilih secara rawak sebagai responden
kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul
menerusi soal selidik yang diterjemahkan daripada The Big Five Inventory (BFI), Job
Descriptive Index ( JDI) dan Adminstrative Stress Indeks (ASI). Nilai kebolehpercayaan
bagi instrumen JDI dan ASI ialah 0.91 dan 0.84. Manakala darjah kebolehpercayaan
instrumen BFI ialah antara 0.73 hingga 0.80. Para guru menyatakan bahawa tahap
kepuasan kerja dan stres kerja guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang
sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara
kepuasan kerja dan stres kerja guru. Hubungan yang signifikan didapati antara dimensi-
dimensi personaliti t dengan kepuasan kerja dan juga stres kerja. Implikasi kajian turut
dicadangkan dalam artikel ini.
○ Permasalahan Jurnal Artikel
● Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian secara konsisten namun tidak mempunyai
objektif kajian, persoalan kajian dan hipotesis kajian yang mempunyai kepentingan
tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.
● Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian, objektif
umum dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian dan tujuan kajian
dinyatakan dengan jelas oleh pengkaji. Kajian lepas dalam jurnal ini tidak menjelaskan
mengenai teori personaliti big five, kajian banyak tertumpu kepada dapatan kajian yang
ada dapatannya tidak signifikan
1
● Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian( Research Conseptual
Framework ) atau kerangka teoritikel kajian ( Reserach Theoretical Framework ) yang
mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke
peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut Chua Yan Piaw
(2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan, interaksi dan
anggapan tentang perhubungan antara konsepkonsep yang abstrak. Beliau juga
menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan anggapan biasanya
dilakukan dengan merujuk kepada teori teori atau mode lmodel yang sedia ada.
Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep konsep tersebut
dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat operasional
pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel konseptual
dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian, gambaran
keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta
aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta
mengikut prosedur yang sebenar.
○ Reka bentuk kajian
■ Reka bentuk kajian ini kaedah tinjauan menggunakan kaedah soal selidik dan
temubual. Oleh yang demikian, kaedah ini sesuai, selaras dan tepat untuk digunakan
bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam jurnal ini.
■ Populasi kajian ini terdiri daripada Daripada 255 orang guru yang dipilih sebagai
responden kajian, 43 orang guru adalah terdiri daripada guru lelaki dan 212 orang guru
perempuan .Dari segi kelayakan akademik tertinggi responden, didapati seorang
responden berkelayakan doktor falsafah, 30 orang berkelayakan ijazah sarjana, 201
orang berkelayakan sarjana muda, 18 orang berkelayakan ijazah diploma dan 5 orang
responden memiliki kelayakan yang lain. Dari segi tempoh perkhidmatan, sebanyak 77
orang responden telah mengajar dalam tempoh tiga tahun, 24 orang tiga hingga empat
tahun, 72 orang responden lima hingga sepuluh tahun, 82 orang lebih daripada 10
tahun.
2
■ Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah Persampelan persampelan
kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif. Prosedur
persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu
subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi
kajian. Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu
mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi.
Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah
persampelan rawak.
■ Selain itu, jurnal ini juga ada menyatakan tentang Instrumen kajian ini merupakan satu
set soal selidik yang mengandungi 4 bahagian, iaitu bahagian maklumat demografi,
bahagian personaliti, bahagian kepuasan kerja dan bahagian stres kerja. Instrumen
yang digunakan untuk mengukur personaliti ialah ‘The Big Five Inventory’ (BFI) yang
diperkenalkan oleh John, Donahue dan Kentle (1991). Soal selidik ini mengandungi 44
item yang mengukur 5 dimensi personaliti, iaitu Extraversion, Agreeableness,
Conscientiousess, Neuroticism dan Openness. Bahagian kepuasan kerja pula diuji
dengan menggunakan alat ukur Job Descriptive Index ( JDI) yang dikemukakan oleh
Smith, Kendall dan Hulin (1969). Alat ukur inimengandungi 68 item yang mengukur lima
aspek kepuasan kerja, iaitu kerja, gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja.
Stres kerja pula diuji dengan menggunakan ‘Administrative Stress Indeks’ (ASI) yang
dibina oleh Gmelch dan Swent (1982) dan telah diubah suai oleh Mazeni (2005). Alat
ukur ini mengandungi 28 item yang mengukur tiga aspek, iaitu lebihan kerja, hubungan
interpersonal dan persekitaran kerja. Instrument kajian yang telah digunakan iaitu
borang soal selidik. Hal ini demikian menyebabkan fakta untuk menyelesaikan
permasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan kukuh serta kajian kajian yang akan
datang tidak dapat mengenal pasti jurang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam kajian
ini.
○ Prosedur Pengumpulan Data
■ Jurnal ini menyatakan tentang data analisis kajian yang telah menggunakan SPSS
Windows. Reliabiliti alat kajian ini diukur dengan menggunakan kaedah ketekalan
dalaman iaitu berdasarkan pekali Cronbach Alpha. Menurut Goodwin (2010), pekali
kebolehpercayaan yang baik adalah antara 80 hingga 90. Nilai keseluruhan reliabiliti
3
yang diperolehi dalam alat kajian ini adalah tinggi iaitu pada aras Cronbach Alpha .80.
Maka alat kajian ini boleh dipercayai dan boleh digunakan.
● Penerangan yang jelas tentang kriteria kriteria atau ciriciri sampel tidak dinyatakan
dengan jelas. Hal ini demikian akan menyebabkan keraguan kepada penilai tentang
aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian.
○ Analisis Dapatan Kajian
Jurnal ini tidak menerangkan tentang hasil kajian rintis yang telah digunakan bagi
menentukan tahap reliabiliti bagi sesuatu instrumen. Walaubagaimanapun, alat
pengukuran untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini tidak
dinyatakan secara terperinci dalam segenap aspek. Tambahan pula, ulasan yang
dinyatakan dalam jurnal berkenaan alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan
tidak memberi gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dalam sesuatu instrumen
kajian.
Idea Utama:
● Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah:
(1) Mengenalpasti tret personaliti guru sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap
kepuasan kerja dan stress kerja guru.
(2) Hasil dapatan kajian Hasil dapatan juga sifat-sifat responden seperti bersemangat
tinggi, bertenaga, suka bergaul dan bersosial, dan personaliti yang tegas masih berada
pada tahap sederhana. Perlman dan McCann (1988) menyatakan bahawa guru yang
mempunyai skor yang tinggi dalam dimensi ini adalah berinisiatif untuk mempertingkat
komunikasi dan berkeupayaan menjalankan pengajarannya dengan menarik, aktif serta
merangsangkan.
(3) Hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan menunjukkan bahawa guru-guru yang
mempunyai tret neuroticism rendah mempunyai emosi yang stabil dan lebih
berkeyakinan serta bersikap positif terhadap apa-apa cabaran dalam kerjaya
profesionnya. Malah, menurut Bolger (1990), tret neuroticism juga dapat mempengaruhi
strategi menangani stres. Sebagai rumusannya, dapatlah diperkatakan tret neuroticism
4
dan agreeablene boleh digunakan untuk meramalkan kepuasan kerja dan stres kerja
dalam kalangan guru.
(4) Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan yang signifikan positif antara
penyalahgunaan bahan dalam kalangan Kanakkanak jalanan dengan ibubapanya.
(i) Hasil dapatan kajian: Penurunan tahap kepuasan kerja para guru boleh
mengakibatkan kemerosotan mutu kerja dan peningkatan kecelaruan psikologi
dan stres kerja dalam kalangan guru.
Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat tentang kepuasan kerja
dalam kalangan guru telah menarik perhatian para penyelidik dari pelbagai negara.
Penurunan tahap kepuasan kerja para guru boleh mengakibatkan kemerosotan mutu
kerja dan peningkatan kecelaruan psikologi dan stres kerja dalam kalangan guru
(Troman dan Wook, 2000). Aspek-aspek ini boleh mempengaruhi semangat, motivasi
dan kesanggupan guru-guru untuk memaksimumkan potensi pengajaran mereka
(Schulz dan Teddlie, 1989).
(ii) Hasil dapatan kajian: Tahap profesionalisme dan integriti guru hanya dapat
dipertingkatkan lagi jika mereka dapat memaksimumkan kepuasan kerja dan
meminimumkan stres kerja dalam bidang kerjaya mereka.
Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat Hasil kajian menunjukkan min
skor Agreeableness dan Conscientiousness berada pada tahap tinggi, manakala
dimensi Extraversion, Openness dan Neuroticism pula berada pada tahap sederhana.
Dapatan ini menjelaskan bahawa guru-guru tidak suka mencari kesalahan orang lain,
tidak memulakan pertengkaran dengan orang lain, bertimbang rasa dan baik hati, suka
bekerjasama, memiliki naluri memaafkan orang lain secara semula jadi, bersopan
santun, suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri. Ini menunjukkan ciri-ciri
seumpama ini selaras dengan dapatan kajian Perlman dan McCann (1998) tentang
“Student Pet Peeves about Teaching,” iaitu seseorang guru yang mempunyai dimensi
Agreeableness tinggi akan sentiasa mempunyai hubungan antara guru dan pelajar yang
mesra, mengingati nama pelajar dan memanggilnya apabila ada peluang, bersifat liberal
dan fleksibel semasa pengajaran dan pembelajaran.
5
(iii) Hasil dapatan kajian: Ujian regresi berganda turut dilaksanakan untuk
menentukan pengaruh personality terhadap kepuasan kerja. Hasil analisis
mendapati personaliti dapat meramal kepuasan kerja guru, dan tiga daripada lima
dimensi personaliti telah didapati mempunyai sumbangan yang signifikan
terhadap kepuasan kerja guru.
Artikel jurnal menyatakan bahawa dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja
responden pada keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Hanya satu aspek
sahaja, iaitu aspek rakan sekerja menunjukkan skor min yang tinggi. Dapatan ini selari
dengan beberapa dapatan kajian lalu. Sebagai contoh, Lim (2005) dalam kajiannya
terhadap guru-guru teknikal menunjukkan tahap kepuasan kerja guru yang sederhana.
Kajian yang telah dilakukan oleh Faseha (2005) pula menyamai dapatan kajian ini.
Faseha turut mendapati aspek rakan sekerja mencecah tahap kepuasan kerja tertinggi
sementara aspek gaji dan dimensi kenaikan pangkat mempunyai tahap kepuasan kerja
sederhana. Kedua-dua Lim (2005) dan Faseha (2005) turut mendapati responden dalam
kajian-kajian mereka menyatakan bahawa peluang kenaikan pangkat dalam bidang
perguruan amatlah kurang.
(vi) Hasil dapatan kajian: Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang
signifikan antara semua dimensi personaliti dengan kepuasan kerja guru, kecuali
dimensi Openness .Semua nilai korelasi yang signifikan ini adalah positif kecuali
bagi tret Neuroticism. Semua nilai r berada pada aras sederhana
Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat dapatan kajian ini mendapati
bukan sahaja ada hubungan signifikan antara semua dimensi tetapi juga menyatakan
guru mengalami streess akibat kerja dan guru merasa kurang bertenaga. Kaedah
pembelajaran berpusatkan kepada guru semata-mata perlu dihindarkan, seterusnya
akan meringan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh guru. Pihak pentadbir
perlu menyediakan pelbagai alat bantu mengajar, modul-modul dan juga bahan rujukan
di pusat sumber bagi keperluan guru. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) mengingatkan guru-guru di seluruh negara supaya tidak bertindak untuk
melepaskan perasaan kerana penat dan banyak tugas serta melayan karenah pelajar
sebaliknya guru-guru ini perlu mengawal emosi. Ini kerana profesion perguruan
merupakan satu profesion yang menuntut kesabaran seseorang.
6
3. Rumusan dari anlisis hasil dapatan:
Secara keseluruhan, artikel jurnal dapat menerangkan pengaruh personality
terhadap kepuasan kerja dan stress kerja guru. Selain itu, jurnal juga memperlihatkan
kekuatan dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sistem
pendidikan yang baik dan berkesan, manakala kekuatan sesebuah sistem pendidikan itu
bergantung kepada guru yang berkualiti. Seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020
(Mahathir 2001), pendidikan merupakan agenda penting yang akan memenuhi aspirasi
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi realiti. Justeru, kita mestilah
mempunyai guru-guru yang berkualiti dan mempunyai. Walaubagaimanapun, hasil
dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan sampel kerana
kajian ini adalah berdasarkan pemilihan sampel secara bertujuan iaitu sampel tidak
rawak. Hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak berkaitan dalam
mengurangkan tekanan atau stress dikalangan guru agar guru dapat memberikan
pengajaran yang baik baik kepada anak bangsa.
Kajian-kajian dari luar negara banyak dijalankan untuk meninjau sejauh mana tret-
tret personaliti mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja (contoh: Boudreau, et al.,
2001; Judge, Heller dan Mount, 2002) dan stres kerja (contoh: Ahart, 2003; Cook, 2005).
Kebanyakan kajian tempatan pula menumpukan hubungan antara kepuasan kerja dan
stres kerja dengan persekitaran pekerjaan itu sahaja (contoh: Maheran, 2005; Mohd
Kamal, 2005; Faseha, 2005; Lim, 2005; Abdul Rahim, 2002). Kajian ini telah dilakukan
untuk mengkaji tahap kepuasan kerja, tahap stres kerja dan tret personaliti dalam
kalangan guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Kajian ini turut dilakukan
untuk mengenal pasti sama ada wujud hubungan dan pengaruh yang signifikan antara
tret personaliti dengan kepuasan kerja dan stress kerja khususnya dalam profesion
keguruan.
4. Cadangan Bacaan Lain
a) Hubungan Antara Personaliti Dan Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang
Akademik kajian Oleh Asrul Azmin Bin Masiron, MRSM Pontian (2008).
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek personaliti, penghargaan kendiri dan
hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut dalam kalangan pelajar cemerlang
7
akademik. Seramai 141 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan
empat lelaki dan perempuan di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA di negeri
Johor telah dipilih dalam kajian ini. Faktor demografi yang terlibat dalam kajian ini ialah
faktor jantina.Personaliti diukur dengan menggunakan soal selidik Big Five Inventori
(BFI) yang mengandungi 44 item soal selidik. kajian terhadap personaliti melalui skala
selfreport berkaitan dengan Five-Factor Model (FFM) adalah sebagai asas kerangka
kerja dalam penilaian terhadap personaliti. Beberapadekad yang lepas penggunaan
dimensi Big Five dalam FFM dipakai secara meluas berbanding dengan konstruk
personaliti yang lain (John & Sriastava, 1999). Kajian ini boleh dijadikan panduan
kepada pengkaji yang menjadikan teori big five sebagai instrument dalam kajiannya.
b) Jurnal Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi Dengan Tahap Kepuasan Kerja Dan
Tahap Komitmen Kerja Di Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah
Menengah Di Bandaraya Kuching, Sarawak kajian oleh Fletcher,
Florence and Syed Mansor, Syed Mohd Syafeq (2007)
Jurnal ini menerangkan Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap
kecerdasan emosi responden, tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja
responden adalah di tahap yang sederhana. Manakala, analisis insferensi mendapati
terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap
kepuasan kerja dan komitmen kerja. Selain itu, tahap kecerdasan emosi didapati
berbeza mengikut jantina dan taraf perkahwinan. Dapatan juga menunjukkan tidak
wujud perbezaan tahap kecerdasan emosi dari segi faktor umur, bangsa dan tahap
pendidikan. Implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian dibincangkan pada
akhir bahagian penulisan.
5.Kesimpulan
Profil kepuasan kerja dan stres kerja dan tret personaliti guru telah dikenal pasti dalam
kajian ini. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan bagi pihak-pihak
tertentu seperti Kementerian Pelajaran dalam merangka strategi, pendekatan dan
program yang lebih berkesan untuk guru-guru.Pihak yang terlibat dalam penggubalan,
pelaksanaan dan penilaian pendidikan perlu menitikberatkan aspek personaliti,
8
kepuasan kerja dan stres kerja untuk mewujudkan barisan guru yang bersedia dalam
menghadapi pelbagai bentuk perubahan, cabaran, isu, permasalahan dan konflik
supaya mampu bergerak seiring dengan peredaran serta tuntutan semasa dunia
pendidikan. Usaha pihak Kementerian Pelajaran menjalankan ujian personaliti dalam
memilih bakal guru amat disokong dan perlu diteruskan bagi memastikan guru-guru
yang terpilih mempunyai ciri-ciri personaliti guru yang cemerlang. Ujian personaliti
mungkin juga boleh diberikan kepada guru-guru yang sedia ada agar mereka lebih
memahami diri sendiri dan dapat berusaha untuk memperbaiki diri. Walaupun personaliti
guru mempunyai kaitan dengan kepuasan kerja serta tahap stress guru, keupayaannya
untuk meramalkan faktor-faktor ini adalah rendah. Kebajikan guru perlu juga dipantau
dan dilindungi agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Pada
dasarnya tahap kepuasan kerja serta stres guru berada pada tahap sederhana. Akan
tetapi, perincian dapatan ini menyarankan agar faktor beban kerja serta
peluangkenaikan pangkat guru perlu dikaji memandangkan aspek-aspek ini mendapat
skor terendah yang menghampiri tahap rendah.
9
Rujukan
Ab. Rahim Aris . 2002 . Kajian ke atas Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres
(Tekanan) dan Niat untuk Meninggalkan Profesion Perguruan di kalangan
Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Daerah Kota Tinggi
Johor.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Azlina Mohd. Kosnin & Tan Sew Lee. 2008 .Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan
Kerja Dan Stress Kerja Guru. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal
Teknologi, 48(E),Jun 2008: 33-47.
Che Mah Yusof, Mariani Mohd Noor. 2001 . Personaliti Pelajar Pintar dan Hubungannya
dengan pencapaian akademik. Prosiding konfererensi Kebangsaan Kajian
Pasca Siswazah (Greduc). Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dierendonck, A. E. dan C. K. W. De Dreu . 2004 . Conflict and Well-Being at Work: The
Moderating Role of Personality. Emeralds Database. Tarikh capaian: 24 April
2106.
Lim Yee Chian. 2005. Hubungan di antara Stres Kerja dengan Kepuasan Kerja di
kalangan Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik, di Negeri Kedah Darul
Aman. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana.
Maheran @ Malek Bin Ahmad Johari. 2005. Stres dan Kepuasan Kerja di kalangan Guru
Sekolah Menengah Daerah Tangkak, Negeri Johor Darul Takzim. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Mohd Kamal Bin Ahmad Untong. 2005. Kepuasan Kerja di Kalangan Guru-Guru
di Daerah Kluang, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
10

More Related Content

What's hot

Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesSalwa Samsudin
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatifwmkfirdaus
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikankamektok2011
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 

What's hot (20)

Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kes
 
Apakah kajian rintis
Apakah kajian rintisApakah kajian rintis
Apakah kajian rintis
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 

Viewers also liked

contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalRohana Hamid
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikelnurinbatrisyia
 
Kerangka kajian
Kerangka kajianKerangka kajian
Kerangka kajianatheess
 
Kritik jurnal ilmiah 1
Kritik jurnal ilmiah 1Kritik jurnal ilmiah 1
Kritik jurnal ilmiah 1Ratna Nandri
 
Kritik jurnal ilmiah (zainal fanani)
Kritik jurnal ilmiah (zainal fanani)Kritik jurnal ilmiah (zainal fanani)
Kritik jurnal ilmiah (zainal fanani)Ratna Nandri
 
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance EvaluationCritical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance EvaluationCitra Dewi
 
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan AwamBahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan AwamMuhammad Nasrullah
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalanidurai59
 
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalsitimarlizah
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 
Amalan terbaik
Amalan terbaikAmalan terbaik
Amalan terbaikzaira zue
 
Laporan pemikiran kritikal
Laporan pemikiran kritikalLaporan pemikiran kritikal
Laporan pemikiran kritikalizazihazirah
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationumiefatiya
 
Kritik jurnal
Kritik jurnal Kritik jurnal
Kritik jurnal nurshah23
 

Viewers also liked (20)

contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnal
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Ulasan pk
Ulasan pkUlasan pk
Ulasan pk
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
Kerangka kajian
Kerangka kajianKerangka kajian
Kerangka kajian
 
Kritik jurnal ilmiah 1
Kritik jurnal ilmiah 1Kritik jurnal ilmiah 1
Kritik jurnal ilmiah 1
 
Kritik jurnal ilmiah (zainal fanani)
Kritik jurnal ilmiah (zainal fanani)Kritik jurnal ilmiah (zainal fanani)
Kritik jurnal ilmiah (zainal fanani)
 
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance EvaluationCritical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
 
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan AwamBahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
Bahagian Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Awam
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
 
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnal
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
Amalan terbaik
Amalan terbaikAmalan terbaik
Amalan terbaik
 
Laporan pemikiran kritikal
Laporan pemikiran kritikalLaporan pemikiran kritikal
Laporan pemikiran kritikal
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher education
 
analisis-faktor
analisis-faktoranalisis-faktor
analisis-faktor
 
12 165-1-pb
12 165-1-pb12 165-1-pb
12 165-1-pb
 
Kritik jurnal
Kritik jurnal Kritik jurnal
Kritik jurnal
 
3.5 perubatan sukan
3.5 perubatan sukan3.5 perubatan sukan
3.5 perubatan sukan
 

Similar to kritik jurnal

Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptxTOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptxsalsabilaEsa
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanhibatullah92
 
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFPERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFSayshare
 
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawauTajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawaufatinmizi
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukriwmkfirdaus
 
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptxkeabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptxMujtahidSalim1
 
Bab 9 pertimbangan semasa mengumpul data
Bab 9 pertimbangan semasa mengumpul dataBab 9 pertimbangan semasa mengumpul data
Bab 9 pertimbangan semasa mengumpul dataAzraff Haneef
 
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.pptPalaganeshNaidu
 
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...hazwani1989
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnalhidadaus
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal shila siti
 

Similar to kritik jurnal (20)

Ulasan Jurnal.pdf
Ulasan Jurnal.pdfUlasan Jurnal.pdf
Ulasan Jurnal.pdf
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
 
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptxTOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
 
Library document-978
Library document-978Library document-978
Library document-978
 
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFPERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
 
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawauTajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
 
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptxkeabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
Bab 9 pertimbangan semasa mengumpul data
Bab 9 pertimbangan semasa mengumpul dataBab 9 pertimbangan semasa mengumpul data
Bab 9 pertimbangan semasa mengumpul data
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
 
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
 
Proposal bab 3
Proposal bab 3Proposal bab 3
Proposal bab 3
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
 
Prinsip (2)
Prinsip (2)Prinsip (2)
Prinsip (2)
 

Recently uploaded

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (11)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

kritik jurnal

  • 1. Analisis dan Kritik Artikel Jurnal Tajuk Jurnal: Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja Dan Stress Kerja Guru. Sumber Jurnal: Jurnal Teknologi, 48(E),Jun 2008: 33-47. Penyelidik: Azlina Mohd. Kosnin dan Tan Sew Lee, Universiti Teknogi Malaysia. 1. Sinopsis: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti guru dan sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk menentukan tahap kepuasan dan stres kerja guru serta hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Seramai 255 orang guru dari 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul menerusi soal selidik yang diterjemahkan daripada The Big Five Inventory (BFI), Job Descriptive Index ( JDI) dan Adminstrative Stress Indeks (ASI). Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen JDI dan ASI ialah 0.91 dan 0.84. Manakala darjah kebolehpercayaan instrumen BFI ialah antara 0.73 hingga 0.80. Para guru menyatakan bahawa tahap kepuasan kerja dan stres kerja guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara kepuasan kerja dan stres kerja guru. Hubungan yang signifikan didapati antara dimensi- dimensi personaliti t dengan kepuasan kerja dan juga stres kerja. Implikasi kajian turut dicadangkan dalam artikel ini. ○ Permasalahan Jurnal Artikel ● Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian secara konsisten namun tidak mempunyai objektif kajian, persoalan kajian dan hipotesis kajian yang mempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian. ● Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian, objektif umum dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian dan tujuan kajian dinyatakan dengan jelas oleh pengkaji. Kajian lepas dalam jurnal ini tidak menjelaskan mengenai teori personaliti big five, kajian banyak tertumpu kepada dapatan kajian yang ada dapatannya tidak signifikan 1
  • 2. ● Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian( Research Conseptual Framework ) atau kerangka teoritikel kajian ( Reserach Theoretical Framework ) yang mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut Chua Yan Piaw (2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan, interaksi dan anggapan tentang perhubungan antara konsepkonsep yang abstrak. Beliau juga menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan anggapan biasanya dilakukan dengan merujuk kepada teori teori atau mode lmodel yang sedia ada. Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep konsep tersebut dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat operasional pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel konseptual dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian, gambaran keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta mengikut prosedur yang sebenar. ○ Reka bentuk kajian ■ Reka bentuk kajian ini kaedah tinjauan menggunakan kaedah soal selidik dan temubual. Oleh yang demikian, kaedah ini sesuai, selaras dan tepat untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam jurnal ini. ■ Populasi kajian ini terdiri daripada Daripada 255 orang guru yang dipilih sebagai responden kajian, 43 orang guru adalah terdiri daripada guru lelaki dan 212 orang guru perempuan .Dari segi kelayakan akademik tertinggi responden, didapati seorang responden berkelayakan doktor falsafah, 30 orang berkelayakan ijazah sarjana, 201 orang berkelayakan sarjana muda, 18 orang berkelayakan ijazah diploma dan 5 orang responden memiliki kelayakan yang lain. Dari segi tempoh perkhidmatan, sebanyak 77 orang responden telah mengajar dalam tempoh tiga tahun, 24 orang tiga hingga empat tahun, 72 orang responden lima hingga sepuluh tahun, 82 orang lebih daripada 10 tahun. 2
  • 3. ■ Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah Persampelan persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif. Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian. Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. ■ Selain itu, jurnal ini juga ada menyatakan tentang Instrumen kajian ini merupakan satu set soal selidik yang mengandungi 4 bahagian, iaitu bahagian maklumat demografi, bahagian personaliti, bahagian kepuasan kerja dan bahagian stres kerja. Instrumen yang digunakan untuk mengukur personaliti ialah ‘The Big Five Inventory’ (BFI) yang diperkenalkan oleh John, Donahue dan Kentle (1991). Soal selidik ini mengandungi 44 item yang mengukur 5 dimensi personaliti, iaitu Extraversion, Agreeableness, Conscientiousess, Neuroticism dan Openness. Bahagian kepuasan kerja pula diuji dengan menggunakan alat ukur Job Descriptive Index ( JDI) yang dikemukakan oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969). Alat ukur inimengandungi 68 item yang mengukur lima aspek kepuasan kerja, iaitu kerja, gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja. Stres kerja pula diuji dengan menggunakan ‘Administrative Stress Indeks’ (ASI) yang dibina oleh Gmelch dan Swent (1982) dan telah diubah suai oleh Mazeni (2005). Alat ukur ini mengandungi 28 item yang mengukur tiga aspek, iaitu lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja. Instrument kajian yang telah digunakan iaitu borang soal selidik. Hal ini demikian menyebabkan fakta untuk menyelesaikan permasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan kukuh serta kajian kajian yang akan datang tidak dapat mengenal pasti jurang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam kajian ini. ○ Prosedur Pengumpulan Data ■ Jurnal ini menyatakan tentang data analisis kajian yang telah menggunakan SPSS Windows. Reliabiliti alat kajian ini diukur dengan menggunakan kaedah ketekalan dalaman iaitu berdasarkan pekali Cronbach Alpha. Menurut Goodwin (2010), pekali kebolehpercayaan yang baik adalah antara 80 hingga 90. Nilai keseluruhan reliabiliti 3
  • 4. yang diperolehi dalam alat kajian ini adalah tinggi iaitu pada aras Cronbach Alpha .80. Maka alat kajian ini boleh dipercayai dan boleh digunakan. ● Penerangan yang jelas tentang kriteria kriteria atau ciriciri sampel tidak dinyatakan dengan jelas. Hal ini demikian akan menyebabkan keraguan kepada penilai tentang aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian. ○ Analisis Dapatan Kajian Jurnal ini tidak menerangkan tentang hasil kajian rintis yang telah digunakan bagi menentukan tahap reliabiliti bagi sesuatu instrumen. Walaubagaimanapun, alat pengukuran untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini tidak dinyatakan secara terperinci dalam segenap aspek. Tambahan pula, ulasan yang dinyatakan dalam jurnal berkenaan alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan tidak memberi gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dalam sesuatu instrumen kajian. Idea Utama: ● Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah: (1) Mengenalpasti tret personaliti guru sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stress kerja guru. (2) Hasil dapatan kajian Hasil dapatan juga sifat-sifat responden seperti bersemangat tinggi, bertenaga, suka bergaul dan bersosial, dan personaliti yang tegas masih berada pada tahap sederhana. Perlman dan McCann (1988) menyatakan bahawa guru yang mempunyai skor yang tinggi dalam dimensi ini adalah berinisiatif untuk mempertingkat komunikasi dan berkeupayaan menjalankan pengajarannya dengan menarik, aktif serta merangsangkan. (3) Hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan menunjukkan bahawa guru-guru yang mempunyai tret neuroticism rendah mempunyai emosi yang stabil dan lebih berkeyakinan serta bersikap positif terhadap apa-apa cabaran dalam kerjaya profesionnya. Malah, menurut Bolger (1990), tret neuroticism juga dapat mempengaruhi strategi menangani stres. Sebagai rumusannya, dapatlah diperkatakan tret neuroticism 4
  • 5. dan agreeablene boleh digunakan untuk meramalkan kepuasan kerja dan stres kerja dalam kalangan guru. (4) Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan yang signifikan positif antara penyalahgunaan bahan dalam kalangan Kanakkanak jalanan dengan ibubapanya. (i) Hasil dapatan kajian: Penurunan tahap kepuasan kerja para guru boleh mengakibatkan kemerosotan mutu kerja dan peningkatan kecelaruan psikologi dan stres kerja dalam kalangan guru. Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat tentang kepuasan kerja dalam kalangan guru telah menarik perhatian para penyelidik dari pelbagai negara. Penurunan tahap kepuasan kerja para guru boleh mengakibatkan kemerosotan mutu kerja dan peningkatan kecelaruan psikologi dan stres kerja dalam kalangan guru (Troman dan Wook, 2000). Aspek-aspek ini boleh mempengaruhi semangat, motivasi dan kesanggupan guru-guru untuk memaksimumkan potensi pengajaran mereka (Schulz dan Teddlie, 1989). (ii) Hasil dapatan kajian: Tahap profesionalisme dan integriti guru hanya dapat dipertingkatkan lagi jika mereka dapat memaksimumkan kepuasan kerja dan meminimumkan stres kerja dalam bidang kerjaya mereka. Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat Hasil kajian menunjukkan min skor Agreeableness dan Conscientiousness berada pada tahap tinggi, manakala dimensi Extraversion, Openness dan Neuroticism pula berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru-guru tidak suka mencari kesalahan orang lain, tidak memulakan pertengkaran dengan orang lain, bertimbang rasa dan baik hati, suka bekerjasama, memiliki naluri memaafkan orang lain secara semula jadi, bersopan santun, suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri. Ini menunjukkan ciri-ciri seumpama ini selaras dengan dapatan kajian Perlman dan McCann (1998) tentang “Student Pet Peeves about Teaching,” iaitu seseorang guru yang mempunyai dimensi Agreeableness tinggi akan sentiasa mempunyai hubungan antara guru dan pelajar yang mesra, mengingati nama pelajar dan memanggilnya apabila ada peluang, bersifat liberal dan fleksibel semasa pengajaran dan pembelajaran. 5
  • 6. (iii) Hasil dapatan kajian: Ujian regresi berganda turut dilaksanakan untuk menentukan pengaruh personality terhadap kepuasan kerja. Hasil analisis mendapati personaliti dapat meramal kepuasan kerja guru, dan tiga daripada lima dimensi personaliti telah didapati mempunyai sumbangan yang signifikan terhadap kepuasan kerja guru. Artikel jurnal menyatakan bahawa dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja responden pada keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Hanya satu aspek sahaja, iaitu aspek rakan sekerja menunjukkan skor min yang tinggi. Dapatan ini selari dengan beberapa dapatan kajian lalu. Sebagai contoh, Lim (2005) dalam kajiannya terhadap guru-guru teknikal menunjukkan tahap kepuasan kerja guru yang sederhana. Kajian yang telah dilakukan oleh Faseha (2005) pula menyamai dapatan kajian ini. Faseha turut mendapati aspek rakan sekerja mencecah tahap kepuasan kerja tertinggi sementara aspek gaji dan dimensi kenaikan pangkat mempunyai tahap kepuasan kerja sederhana. Kedua-dua Lim (2005) dan Faseha (2005) turut mendapati responden dalam kajian-kajian mereka menyatakan bahawa peluang kenaikan pangkat dalam bidang perguruan amatlah kurang. (vi) Hasil dapatan kajian: Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara semua dimensi personaliti dengan kepuasan kerja guru, kecuali dimensi Openness .Semua nilai korelasi yang signifikan ini adalah positif kecuali bagi tret Neuroticism. Semua nilai r berada pada aras sederhana Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat dapatan kajian ini mendapati bukan sahaja ada hubungan signifikan antara semua dimensi tetapi juga menyatakan guru mengalami streess akibat kerja dan guru merasa kurang bertenaga. Kaedah pembelajaran berpusatkan kepada guru semata-mata perlu dihindarkan, seterusnya akan meringan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh guru. Pihak pentadbir perlu menyediakan pelbagai alat bantu mengajar, modul-modul dan juga bahan rujukan di pusat sumber bagi keperluan guru. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan guru-guru di seluruh negara supaya tidak bertindak untuk melepaskan perasaan kerana penat dan banyak tugas serta melayan karenah pelajar sebaliknya guru-guru ini perlu mengawal emosi. Ini kerana profesion perguruan merupakan satu profesion yang menuntut kesabaran seseorang. 6
  • 7. 3. Rumusan dari anlisis hasil dapatan: Secara keseluruhan, artikel jurnal dapat menerangkan pengaruh personality terhadap kepuasan kerja dan stress kerja guru. Selain itu, jurnal juga memperlihatkan kekuatan dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sistem pendidikan yang baik dan berkesan, manakala kekuatan sesebuah sistem pendidikan itu bergantung kepada guru yang berkualiti. Seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 (Mahathir 2001), pendidikan merupakan agenda penting yang akan memenuhi aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi realiti. Justeru, kita mestilah mempunyai guru-guru yang berkualiti dan mempunyai. Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan sampel kerana kajian ini adalah berdasarkan pemilihan sampel secara bertujuan iaitu sampel tidak rawak. Hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak berkaitan dalam mengurangkan tekanan atau stress dikalangan guru agar guru dapat memberikan pengajaran yang baik baik kepada anak bangsa. Kajian-kajian dari luar negara banyak dijalankan untuk meninjau sejauh mana tret- tret personaliti mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja (contoh: Boudreau, et al., 2001; Judge, Heller dan Mount, 2002) dan stres kerja (contoh: Ahart, 2003; Cook, 2005). Kebanyakan kajian tempatan pula menumpukan hubungan antara kepuasan kerja dan stres kerja dengan persekitaran pekerjaan itu sahaja (contoh: Maheran, 2005; Mohd Kamal, 2005; Faseha, 2005; Lim, 2005; Abdul Rahim, 2002). Kajian ini telah dilakukan untuk mengkaji tahap kepuasan kerja, tahap stres kerja dan tret personaliti dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Kajian ini turut dilakukan untuk mengenal pasti sama ada wujud hubungan dan pengaruh yang signifikan antara tret personaliti dengan kepuasan kerja dan stress kerja khususnya dalam profesion keguruan. 4. Cadangan Bacaan Lain a) Hubungan Antara Personaliti Dan Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik kajian Oleh Asrul Azmin Bin Masiron, MRSM Pontian (2008). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek personaliti, penghargaan kendiri dan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut dalam kalangan pelajar cemerlang 7
  • 8. akademik. Seramai 141 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA di negeri Johor telah dipilih dalam kajian ini. Faktor demografi yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor jantina.Personaliti diukur dengan menggunakan soal selidik Big Five Inventori (BFI) yang mengandungi 44 item soal selidik. kajian terhadap personaliti melalui skala selfreport berkaitan dengan Five-Factor Model (FFM) adalah sebagai asas kerangka kerja dalam penilaian terhadap personaliti. Beberapadekad yang lepas penggunaan dimensi Big Five dalam FFM dipakai secara meluas berbanding dengan konstruk personaliti yang lain (John & Sriastava, 1999). Kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pengkaji yang menjadikan teori big five sebagai instrument dalam kajiannya. b) Jurnal Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi Dengan Tahap Kepuasan Kerja Dan Tahap Komitmen Kerja Di Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah Di Bandaraya Kuching, Sarawak kajian oleh Fletcher, Florence and Syed Mansor, Syed Mohd Syafeq (2007) Jurnal ini menerangkan Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi responden, tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja responden adalah di tahap yang sederhana. Manakala, analisis insferensi mendapati terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan kerja dan komitmen kerja. Selain itu, tahap kecerdasan emosi didapati berbeza mengikut jantina dan taraf perkahwinan. Dapatan juga menunjukkan tidak wujud perbezaan tahap kecerdasan emosi dari segi faktor umur, bangsa dan tahap pendidikan. Implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian dibincangkan pada akhir bahagian penulisan. 5.Kesimpulan Profil kepuasan kerja dan stres kerja dan tret personaliti guru telah dikenal pasti dalam kajian ini. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan bagi pihak-pihak tertentu seperti Kementerian Pelajaran dalam merangka strategi, pendekatan dan program yang lebih berkesan untuk guru-guru.Pihak yang terlibat dalam penggubalan, pelaksanaan dan penilaian pendidikan perlu menitikberatkan aspek personaliti, 8
  • 9. kepuasan kerja dan stres kerja untuk mewujudkan barisan guru yang bersedia dalam menghadapi pelbagai bentuk perubahan, cabaran, isu, permasalahan dan konflik supaya mampu bergerak seiring dengan peredaran serta tuntutan semasa dunia pendidikan. Usaha pihak Kementerian Pelajaran menjalankan ujian personaliti dalam memilih bakal guru amat disokong dan perlu diteruskan bagi memastikan guru-guru yang terpilih mempunyai ciri-ciri personaliti guru yang cemerlang. Ujian personaliti mungkin juga boleh diberikan kepada guru-guru yang sedia ada agar mereka lebih memahami diri sendiri dan dapat berusaha untuk memperbaiki diri. Walaupun personaliti guru mempunyai kaitan dengan kepuasan kerja serta tahap stress guru, keupayaannya untuk meramalkan faktor-faktor ini adalah rendah. Kebajikan guru perlu juga dipantau dan dilindungi agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Pada dasarnya tahap kepuasan kerja serta stres guru berada pada tahap sederhana. Akan tetapi, perincian dapatan ini menyarankan agar faktor beban kerja serta peluangkenaikan pangkat guru perlu dikaji memandangkan aspek-aspek ini mendapat skor terendah yang menghampiri tahap rendah. 9
  • 10. Rujukan Ab. Rahim Aris . 2002 . Kajian ke atas Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres (Tekanan) dan Niat untuk Meninggalkan Profesion Perguruan di kalangan Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Daerah Kota Tinggi Johor.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Azlina Mohd. Kosnin & Tan Sew Lee. 2008 .Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja Dan Stress Kerja Guru. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 48(E),Jun 2008: 33-47. Che Mah Yusof, Mariani Mohd Noor. 2001 . Personaliti Pelajar Pintar dan Hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding konfererensi Kebangsaan Kajian Pasca Siswazah (Greduc). Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dierendonck, A. E. dan C. K. W. De Dreu . 2004 . Conflict and Well-Being at Work: The Moderating Role of Personality. Emeralds Database. Tarikh capaian: 24 April 2106. Lim Yee Chian. 2005. Hubungan di antara Stres Kerja dengan Kepuasan Kerja di kalangan Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik, di Negeri Kedah Darul Aman. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana. Maheran @ Malek Bin Ahmad Johari. 2005. Stres dan Kepuasan Kerja di kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Tangkak, Negeri Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Mohd Kamal Bin Ahmad Untong. 2005. Kepuasan Kerja di Kalangan Guru-Guru di Daerah Kluang, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. 10