1.0 PENGENALAN
Kritikan jurnal ini dilakukan adalah untuk mengetahui pemasalahan dan penggunaan
setiap hasil penulisan, se...
Di dalam artikel ini fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran,
penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dal...
selidik. Teknik yang digunakan dalam kajian ini ialah deskriptif ( frekuensi,
peratus, min, sisihan piawai) dan analisis i...
diberikan tidak berkaitan.

Selain itu contoh kajian yang diberikan sukar di

fahami. Namun apa yang penting tajuk ini men...
Terdapat beberapa sorotan literature dalam penulisan penyelidik. Walaupun
terdapat pengulangan sorotan yang digunakan iany...
Kajian ini menyatakan bentuk statistik deskriptif yang digunakan untuk
menyimpulkan keputusan data.

Setiap kajian mempuny...
dapatan yang diperolehi mengikut keutamaan dan tidak mencampurkan dapatan yang
diperolehi
6.0 CADANGAN DAN PENDAPAT
Pada p...
Leon G. Schiffman, Leslie Lazar Kanuk & Naresh K. Malhotra
Consumer Bahavior ( Eighth Edition ), J. Donald Kennedy Chair i...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web

898 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
898
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
35
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web

  1. 1. 1.0 PENGENALAN Kritikan jurnal ini dilakukan adalah untuk mengetahui pemasalahan dan penggunaan setiap hasil penulisan, selain itu untuk mengetahui hasil kajian penyelidik revelan atau pun tidak. Kritikan ini di lakukan supaya dapat mengetahui kelemahan artikel jurnal ini. Pada masa yang sama mengetahui setiap kajian yang dilakukan bersesuaian dengan tajuk utama artikel jurnal ini. 2.0 PENULISAN JURNAL Nama penulis : Rubiah Omar Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Tajuk Penyelidik : Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik ( Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning Among The University’s Academic Staff) Nama Journal : Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) ( 2009) : 155-172 Tahun Penerbitan : 2009 Jenis Artikal : Kuantitatif 3.0 RINGKASAN ARTIKEL 1
  2. 2. Di dalam artikel ini fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Penyelidik memfokuskan terhadap e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Penyelidik juga ingin menekankan kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik ingin melihat sama ada terdapat hubungan positif dan negatif antara : i) Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. ii) Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap epembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. iii)Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana selepas kajian dibuat, ianya dapat membantu ahli akademik menggunakan sistem e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah kajian kuantitatif dimana sumber maklumat yang dikumpul dari soal selidik. Pengkaji telah menggunakan jenis persampelan kebarangkalian. Penyelidik juga telah mengambil 119 sample untuk diuji kaji. Kaedah analisis data yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah Perisian Pakej Statitik untuk Sains Sosial ( SPSS) Versi 14.0 untuk mengira semua data yang dikumpulkan daripada soal 2
  3. 3. selidik. Teknik yang digunakan dalam kajian ini ialah deskriptif ( frekuensi, peratus, min, sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian t dan Anova ). Daripada hasil kajian mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e- pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajarran adalah tinggi. 4.0 KRITIKAN JURNAL 4.1 Tajuk kajian Berdasarkan jurnal penulis artikel ini, penyelidik Rubiah Omar dan Jamilah Hj.Ahmad , Universiti Sains Malaysia. Sehubungan itu penyelidik telah memilih tajuk penulisan kajian yang bersesuaian berkaitan dengan terma dan penyelidikan berkaitan Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Bilangan perkataan yang di gunakan tidak terlalu sukar di fahami dan maklumat kajian yang berkaitan dengan tajuk mudah di fahami. Tajuk yang panjang terlalu bersifat ‘deksriptif’ dan tidak perlu sama sekali ( Ahmad Mahdzan Ayob, 1985 ). Ini memberi kesan yang baik terhadap penulisannya. Tajuk ini jelas memperihatkan maklumat yang ingin beliau perolehi iaitu untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Tajuk ini juga memberi penjelasan tentang kesedaran e-pembelajaran dalam pengajaran. Sekiranya penyelidik membuat kajian yang tidak berkaitan dengan tugas penyelidik, kajian penyelidik sudah mempunyai tahap kepenggunaan yang rendah ( Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999). Selain itu terdapat juga termaterma dan maklumat yang tidak jelas dan berkaitan, dimana contoh kajian yang 3
  4. 4. diberikan tidak berkaitan. Selain itu contoh kajian yang diberikan sukar di fahami. Namun apa yang penting tajuk ini mengaitkan dengan hubungn antara kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran. 4.2 Pernyataan Masalah Penyelidik tidak menulis penyataan masalah secara jelas, sebaliknya beliau lebih menekankan kajian kes. Penyelidik tidak menghuraikan secara terperinci masalah yang berlaku. Pernyataan masalah dapat membantu seorang penyelidik menajelaskan apa yang ia tidak ketahui dan berhasrat mengetahuinya. Pernyataan masalah membolehkan kita mentakrif tujuan kajian atau matlamatnya tidak berbentuk khayalan. Merangkumi matlamat umum dan matlamat khusus, Mohd Nawi Ab Rahman ( 2000 ). Kerlinger ( 1998) menyatakan soalan mestilah memenuhi tiga kriteria, iaitu pertama, dinyatakan dalam bentuk kaitan antara pembolehubah, kedua, jelas dan tidak kabur dan ketiga memungkinkan ia dikaji secara emprikal ( mempunyai landasan falsafah dan teologi yang sah untuk dijawab). 4.3 Kajian Literatur 4
  5. 5. Terdapat beberapa sorotan literature dalam penulisan penyelidik. Walaupun terdapat pengulangan sorotan yang digunakan ianya didapati sesuai dan berkaitan dengan tujuan kajian yang dijalankan. Perhubungan antara satu literature dengan yang lain juga jelas dan berkaitan. Dalam kajian ini sorotan literatur adalah tersusun dan menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi 4.4 Metodologi dan Metod Kajian Kuantitatif dan kualitatif berbeza. Kajian ini merupakan satu penyelidikan kuantitatif dimana sumber maklumat yang dikumpul dari soal selidik. Kajian kuantitatif ini sesuai dijalankan oleh penyelidik kerana insrument yang digunakan adalah melalui soal selidik yang ditadbir sendiri. Kajian ini juga digunakan pengujian untuk menentukan tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e- pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Dalam kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Dalam membuat sesuatu kajian yang bagus dan terbaik penyelidik perlu menyatakan jumlah sample daripada berapa jumlah keseluruhan sample. 4.5 Analisis data 5
  6. 6. Kajian ini menyatakan bentuk statistik deskriptif yang digunakan untuk menyimpulkan keputusan data. Setiap kajian mempunyai hipotesis dan juga dapatan kajian ini menunjukkan keseluruhan kajian kes ini. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan Perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial ( SPSS) Versi 14.0 untuk mengira semua data yang dikumpul daripada soal selidik. Teknik-teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah desriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova kepada jumlah data yang dikumpul. 4.6 Kesimpulan Dalam kajian ini penyelidik telah membuat kesimpulan yang menyeluruh terhadap kajian yang telah beliau kaji. Penyelidik hanya membuat kesimpulan hasil daripada kajian beliau, Penyelidik hanya menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan yang positif antara penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran.. 5.0 STRUKTUR ATAU GAYA PENULISAN PENYELIDIK Dalam penulisan kajian ini, struktur dan gaya penulisan penyelidik amat bagus kerana susunan setiap idea-idea yang dicadangkan mengikut urutan yang bagus dalam satu penulisan kajian. Dalam kajian ini juga, penyelidik menyusun susur atur dari satu topik ke satu topik iaitu bermula dengan Abstrak, Pengenalan, Literature Review, Metodologi Kajian, Kaedah Analisis, Kesimpulan dan Perbincangan dan Had dan cadangan penyelidikan masa depan. Ini menunjukkan penyelidik menyusun 6
  7. 7. dapatan yang diperolehi mengikut keutamaan dan tidak mencampurkan dapatan yang diperolehi 6.0 CADANGAN DAN PENDAPAT Pada pendapat saya, untuk mendapatkan satu penulisan jurnal yang lebih baik dalam kajian ini pengkaji perlu menambahkan lagi literature riview untuk kajian ini. Disamping itu juga, penyelidik perlu menyatakan jumlah keseluruhan penduduk untuk mendapatkan jumlah sample yang sesuai untuk dibuat kajian. Ini kerana dalam kajian ini dalam metodologi kajian, penyelidik tidak menyatakan jumlah keseluruhan ahli akademik USM Pulau Pinang, penyelidik hanya menyatakan sample yang telah diambil untuk membuat penyelidikan. Selain itu juga, dalam kajian ini juga penyelidik perlu memberi pendapat selepas mendapat data analisis kajian. Penyelidik perlu memberi cadangan-cadangan dan strategik yang berkesan untuk meningkatkan sesuatu analisis kajian yang telah dibuat untuk kajian masa depan. Disamping penambahbaikan apa yang perlu dalam sesebuah penyelidikan. 7.0 RUJUKAN 7
  8. 8. Leon G. Schiffman, Leslie Lazar Kanuk & Naresh K. Malhotra Consumer Bahavior ( Eighth Edition ), J. Donald Kennedy Chair in E-Commerce, Peter. J.Tobin College of Business, St. John’s University, New York City Naresh K.Malhora. Marketing Research ( Fifth Edition). Georgia Institute of Technology R.Wayne Mondy. SPHR. Robert M.NOE, SPHR & Shane R. PREMEAUX. ( Human Resource Management), McNeese State University, Texas A&M UniversityCommerce, Prentice hall International. Inc Gefen, David, Izak Benbasat and Paul A.Pavlou (2008). ‘A Research Agenda for Trust in Online Environment,’’Journal of Management Information Systems, 24, 275-86 8

×