Pentaksiran autentik

4,639 views

Published on

pentaksiran

Published in: Internet
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
4,639
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
236
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pentaksiran autentik

  1. 1. PENTAKSIRAN AUTENTIK 1. PENGENALAN Pengukuran dan penilaian merupakan suatu aspek penting dalam bidang pendidikan. Di samping itu, melalui pengukuran dan penilaian juga ia dapat memberi maklumat kepada kita tentang keberkesanan suatu program pendidikan yang telah dilaksanakan. Jika dilihat secara globalnya, pengukuran dan penilaian bukan sahaja tertakluk dalam bidang pendidikan, malahan ia merentasi semua bidang contohnya, bidang pengurusan. Dalam bidang pengurusan penilaian prestasi pekerja digunakan sebagai kaedah untuk menilai tahap kecekapan seorang kakitangan itu bekerja. Begitu juga penggunaannya dalam bidang pendidikan yang mana ia dapat memberikan maklumat tentang tahap pencapaian seorang pelajar setelah sesi pembelajaran tamat. Melalui pengukuran dan penilaian ini, ia juga dapat memberi panduan mengenai penambahbaikkan yang perlu dilakukan untuk peningkatan prestasi pembelajaran pelajar. Maka dengan ini, isu utama dalam penilaian prasekolah yang akan dikupas adalah mengenai pentaksiran autentik di prasekolah. Pentaksiran di peringkat prasekolah merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak dari pelbagai sudut contohnya dari sudut perkembangan konitif, sosial, emosi dan fizikal. Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah pentaksiran yang mewarnai institusi prasekolah yang boleh meninggalkan kesan sama ada ia dapat menambahbaik atau memberi kesan negatif dalam proses perkembangan kanak-kanak. Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang mengendalikan pendidikan prasekolah.Pelbagai program yang diketengahkan dalam pendidikan prasekolah seperti menggunakan model tradisional atau akademik, Montessori, perkembangan menyeluruh, kurikulum terbuka dan campuran serta bermacam-macam lagi.Kebanyakkan prasekolah kerajaan pula memberi penekanan kepada aspek sosialisasi, perpaduan akhlak, selain dari aspek perkembangan kognitif.Perbezaan penekanan bergantung kepada mazhab atau matlamat yang ingin dicapai bagi sebuah organisasi prasekolah berkenaan.Dengan kepelbagaian mazhab atau matlamat ini, maka wujudlah kepelbagaian bentuk pentaksiran yang digunakan mengikut citarasa institusi berkenaan. Ketidakseimbangan ini telah diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui penggunaan kurikulum yang sama untuk semua tadika, namun pendekatan dan pentaksiran yang digunakan dalam melaksanakan kurikulum ini adalah berbeza mengikut prasekolah masing-masing. Walaupun usaha pihak kementerian untuk menyelaraskan kurikulum prasekolah ini hampir berjaya, namun terdapat isu yang lebih kritikal yang perlu diberi perhatian serius iaitu mengenai sistem penilaian atau pentaksiran di peringkat prasekolah. Jika dipandang kebelakang isu tentang pentaksiran yang lebih bermakna amat perlu terutama dalam menyediakan landasan yang kukuh kepada kanak-kanak dalam menghadapi dunia di luar, tidak mengira sama ada dalam pendidikan atau dalam bidang yang lain. Dengan amalan pengajaran dan jenis penilaian yang dilaksanakan di pelbagai jenis prasekolah yang wujud, maka dengan itu perlunya difikirkan satu sistem pentaksiran yang lebih global, sejagat dan dapat menilai atau mengukur keupayaan kanak-kanak dari aspek fizikal, sosio-emosi, kognitif, moral dan agama, estetika dan juga bahasa. 2. TAKRIF PENTAKSIRAN Berdasarkan kepada seorang pakar bidang pengukuran dan penilaian iaitu David Payne di dalam buku beliau bertajuk Applied Educational Assessment, 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi atau memberi nilai kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Secara ringkasnya, beliau menyarankan: Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian Bagi mendapatkan maklumat tentang tahap pembelajaran kanak-kanak, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan
  2. 2. caramengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Di prasekolah kebiasaannya, ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz, portflio dan senarai semak (check list). Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan. Penilaian pula merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran- pembelajaran. Namun begitu, menurut Mindes dan rakan-rakannya (1995) dalam membincangkan penilaian khusus dalam pendidikan awal kanak-kanak, mentakrifkan penilaian sebagai proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan mengenai kanak-kanak di mana penilaian itu perlulah memberikan maklumat dalam semua aspek perkembangan. Jelas di sini, penilaian merangkumi tetapi tidak terbatas kepada penilaian berbentuk ujian sahaja. Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu. Dalam pendidikan, ujian bertulis merupakan satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Kaedah ini tidak sesuai jika dilaksanakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, perkembangan kanak-kanak meliputi pelbagai aspek contohnya dari segi emosi, sosial, fizikal yang mana ia tidak memerlukan kaedah ujian sebagai alat untuk mengukur perkembangan mereka. Selain daripada isu kesesuaian penggunaan penilaian berbentuk ini untuk kanak-kanak menghadapi risiko pelabelan yang boleh membawa kesan negatif berlanjutan kepada kanak-kanak itu (Katz, 1997; Quay & Steele, 1998). Dodge et. al.(1994) mencadangkan agar pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan oleh kanak-kanak.
  3. 3. Memandangkan perkembangan kanak-kanak merangkumi dari pelbagai aspek, bentuk atau instrumen untuk menjalankan pentaksiran perlulah berbeza mengikut domain-domain yang ingin dinilai.Sebagai contoh, jika guru tadika ingin menguji dari aspek perkembangan kognitif, maka kaedah ujian amat sesuai digunakan, manakala jika aspek perkembangan sosio-emosi kanak-kanak, maka kaedah pemerhatian atau rekod anekdot sesuai digunakan.Sehubugan dengan itu, dalam menilai perkembangan kanak- kanak, satu kaedah pentaksiran baru perlu dilaksanakan agar lebih menyeluruh meliputi domain-domain penting dan ini boleh dilakukan melalui pentaksiran autentik. 3. KEPENTINGAN DAN TUJUAN PENTAKSIRAN Berdasarkan sejarah penubuhan prasekolah di Malaysia, terdapat kepelbagaian dalam isu matlamat bagi setiap prasekolah. Kepelbagaian ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan pula kepelbagaian dalam aspek pentaksiran kerana pada dasarnya Kem enterian Pelajaran Malaysia masih belum rnernpunyai garis panduan yang lebih terperinci dan sejagat untuk sernua yang terlibat dalarn pendidikan prasekolah.Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara pula, setiap individu yang dididik di bawah sistem pendidikan negara diharap mernpunyai ciri nilai dan jati diri yang mampu rnenghasilkan insan rnulia serta berupaya rnencapai kesejahteraan diri dalam memberi sumbangan terhadap negara.Namun adakah sistem pendidikan yang bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mampu mendidik dan melahirkan warganegara seperti yang dihasratkan. Bertitik tolak dari sinilah terletaknya kepentingan pentaksiran yang merupakan alat bagi rnelaksanakan program pendidikan terutama pada peringkat prasekolah, walaupun pada segelintirnya hal ini hanyalah peringkat awal dunia pendidikan manusia. Dalam proses pendidikan, pentaksiran rnerupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya rnerupakan salah satu komponen kritikal dalam membuat penilaian berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi pengukuran sama ada yang dibuat secara kuantitatif atau kualitatif. Proses penilaian ini berlaku secara berterusan dan bukan hanya dilakukan pada akhir sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu. Menurut Rohani & Mohd Majid (2003), pentaksiran berterusan mampu memberi panduan dan ruang kepada pelajar dan guru untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Manakala Mazzeo (2001) pula berpendapat pentaksiran berterusan memberi bukti yang lebih komprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil berbanding dengan pengujian yang lain. Seperti yang sedia maklum, di dalam mana-mana organisasi terutamanya prasekolah, terdapat pelbagai aspek yang perlu dinilai termasuklah kanak-kanak, guru, kurikulum, dan pentadbiran.Semua elemen yang dinyatakan tadi memerlukan penilaian dari masa ke semasa. Maka dengan ini, menurut Katz (1997), tujuan pentaksiran di prasekolah adalah untuk : • menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama • membuat keputusan penempatan
  4. 4. • membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran • membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran kurikulum • menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa • menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Perkara-perkara di atas perlu difahami dengan jelas kerana ia boleh memastikan bentuk penilaian yang wajar digunakan. Menurut Beaty (1992) pula, mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan, salah satu tugas utama guru prasekolah adalah mengenal pasti tahap perkembangan setiap kanak-kanak kerana ini membolehkan perancangan pembelajaran sewajarnya dapat dilakukan. Ini adalah kerana, setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain dan kadang- kala memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut keperluan kanak-kanak berkenaan. Dengan ini, hasil dari penilaian mengenai tahap perkembangan kanak-kanak dapat memberikan maklumat tentang minat, kehendak, serta keperluan mereka untuk dijadikan sandaran dalam merancang objektif dan strategi pengajaran pada masa akan dating. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap pendidikan prasekolah kanak-kanak.Sebaliknya, pendidik dan pentadbir pendidikan awal kanak- kanak perlu mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan penilaian autentik. 4. PENTAKSIRAN AUTENTIK Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini bakal diubah menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat bias dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990). Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia kanak-kanak itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui.Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell- Czudnowski, 1995).Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di prasekolah dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak.Untuk itu, konsep pentaksiran autentik telah diunjurkan. Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students) Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan
  5. 5. mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. 4.1 KE ARAH PENTAKSIRAN AUTENTIK PRASEKOLAH Terdapat beberapa isu yang menyebabkan peralihan bentuk pentaksiran kepada pentaksiran autentik di prasekolah. Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan kepada peperiksaan ujian semata tidak dapat mengukur keseluruhan potensi pelajar yang meliputi sahsiah, emosi, rohani dan jasmani.Peperiksaan berbentuk objektif contohnya, hanya menekankan pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas, interaksi sosial atau situasi sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990), peralihan bentuk pentaksiran kepada pentaksiran autentik adalah bertujuan untuk: • menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna • menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis) • memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan • merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar (Sumber: Buku Educational Assessment of Students) Sehubungan dengan itu, pentaksiran autentik ini juga dapat mencungkil kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai dengan lebih baik lagi pada masa hadapan. J. Michael O’ Malley merupakan seorang penyelia pentaksiran di Prince William County Public School, Virginia dan Lorraine Valdez Pierce, siswazah dari School of Education di Universiti George Mason telah menyenaraikan ciri-ciri prestasi pelajar yang perlu dipertimbangkan dalam pentaksiran autentik iaitu: • Membentuk reaksi (Constructed Response) Pelajar membentuk atau memberi reaksi berdasarkan kepada pengalaman mereka terhadap situasi dan menerokai pelbagai sumber baru dalam menghasilkan produk • Tahap pemikiran tinggi (Higher-Order Thinking) Reaksi terhadap soalan terbuka memerlukan kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian • Kejituan (Authenticity) Tugasan yang bermakna, mencabar, dan melibatkan aktiviti dalam konteks kehidupan sebenar • Integratif (Integrative) Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusateraan dengan pelbagai kandungan lain yang merentasi kurikulum • Proses dan produk (Process and Product) Strategi dan prosedur yang boleh membawa kepada peningkatan potensi dan meneroka pelbagai penyelesaian terhadap masalah yang kompleks Dalam melaksanakan pentaksiran yang jitu, perkara di atas perlu dipertimbang dengan teliti agar
  6. 6. matlamat pentaksiran autentik sebagai pentaksiran yang holistik dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum menggunakan pentaksiran autentik ini. 4.2 CIRI-CIRI PENTAKSlRAN AUTENTIK Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam pentaksiran autentik dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. • Menilai pemahaman melalui penarnpilan tugasan yang dilaksanakan • Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya • Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi • Subjek membina maksud yang tersirat • Berpusatkan kanak-kanak 4.3 KEPELBAGAIAN KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK O’ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di jadual di bawah. • Temubual Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi • Penceritaan semula / Bercerita Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka • Sampel penulisan Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan • Projek/ Pameran Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran • Eksperimen/ Demostrasi Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen • Pemerhatian guru Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas • Portfolio Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan dari masa ke semasa Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi. 5. KEPERLUAN PELAKSANAAN PENTAKSlRAN AUTENTIK DI PRASEKOLAH Pentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan kanak-kanak di prasekolah secara menyeluruh melalui jenis-jenis kaedah yang telah dinyatakan di atas. Adalah di sarankan agar pentaksiran autentik ini digunakan dalam system pendidikan di Malaysia secara meluas.Pentaksiran ini juga boleh mencungkil bakat yang ada pada kanak-kanak khususnya kerana jenis sifatnya yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan kenyataan Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak yang diukur menggunakan pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang positif dalam mengenalpasti dan melapor proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran literasi di prasekolah. Seperti yang sedia maklum, perkembangan literasi merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu, membaca, menulis, mengeja dan mendengar. Ternyata, dengan penggunaan pentaksiran autentik ini, ia dapat menilai keempat-empat aspek perkembangan literasi kanak-kanak itu. Selain dari itu, melalui laporan dari pentaksiran autentik ini, ia dapat membantu guru dalam memperbaiki
  7. 7. penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konstruktif.Ciri-ciri ini yang amat sesuai dengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia dewasa ini. Menurut Rudner dan Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam kontek realiti yang bermakna. Pentaksiran ini ternyata dapat menggarapkan dan mengabungkan aspek ilmu pengetahuan dengan keadaan kehidupan sebenar dunia. Dengan ini, ia dapat membuka minda kanak- kanak tentang bagaimana ilmu pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Pendidikan di Malaysia memerlukan satu sistem pentaksiran yang holistik dan ini selari dengan objektif pentaksiran autentik yang mana ia bersifat menyeluruh meliputi kehidupan dunia yang sebenar. Pentaksiran autentik ini juga merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi maklumat terus kepada ibu bapa tentang setiap perkembangan anak-anak mereka.Pendidikan prasekolah di Malaysia amat dahagakan bentuk pentaksiran yang sebegini kerana sifat kurikulum prasekolah itu sendiri yang meliputi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak perlu di capai agar dapat membentuk insan yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual. 6. KESIMPULAN Isu pentaksiran di prasekolah seharusnya tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak kerana tahap perkembangan kanak-kanak berusia 0 hingga 6 tahun adalah paling kritikal dalam pembentukkan sahsiah diri manusia. Melalui pentaksiranlah guru-guru prasekolah dapat mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan yang ada pada seorang kanak-kanak itu. Pentaksiran yang baik dapat memberikan maklumat yang tepat tentang perkembangan kanak-kanak sama ada positif atau negatif. Dengan ini, satu sistem pentaksiran yang telus perlu diwujudkan agar kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang seimbang. Pentaksiran autentik merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pentaksiran di prasekolah.Ini adalah kerana sifat pentaksiran autentik yang menyeluruh boleh diguna pakai dalam menaksir setiap perkembangan kanak-kanak melalui instrumen yang pelbagai.Pentaksiran autentik ini seharusnya digunakan dengan lebih menyeluruh meliputi persekolahan peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi.Penggunaan pentaksiran autentik ini merentasi semua peringkat pendidikan.Dengan ini, diharap pihak kementerian atau badan-badan berkanun dan swasta dapat menghasilkan sesuatu garis panduan baru tentang bentuk pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap. Pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan analisis dilakukan tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain perkembangan kanak-kanak itu juga amatlah penting.Sehubungan dengan itu, diharap agar guru-guru prasekolah dapat memahami, mahir, dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan prasekolah.Guru-guru prasekolah juga diharap agar dapat melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. Secara kesimpulannya, usaha dalam mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang selaras memerlukan keperihatinan dan penelitian yang berterusan dari semua pihak.Pemantauan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa agar dapat memastikan pentaksiran yang dijalankan adalah telus.Seperti mana yang berlaku kepada pendidikan prasekolah yang sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa, begitu juga halnya dengan pentaksiran. Pentaksiran di peringkat prasekolah juga perlu berkembang mengikut peredaran semasa dan ia juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kejayaan sistem pendidikan dari peringkat awal kehidupan manusia.
  8. 8. PENGENALAN Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan.Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan.Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan.Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga- tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu sendiri. DEFINISI Antara ketiga-tiga istilah (pengujian, pengukuran dan penilaian) berkenaan, pengujianselalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti 'ekstrovert' atau 'introvert' bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: "Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
  9. 9. penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)" Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. Penilaian Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai "the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives". Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaanmengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata. Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
  10. 10. Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Autentik -Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. -Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. -Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. -Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak- kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students) Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance Based Autentik -Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna -Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis) -Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. -Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Penilaian Alternatif
  11. 11. -Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan -Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh -Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan -Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran -Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain -Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai

×