PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
(Electronic and Web-based Learning)
KPT6044

Tugasan 1
Tajuk Jurnal:
Kesedaran,...
Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam
Kalangan Ahli Akademik
(Awareness, Evaluation and Acceptance of e...
ialah dari aspek mengulas dengan lebih lanjut berkaitan dengan fokus kajian iaitu menyatakan
persoalan kajian dan permasal...
Di dalam jurnal ini terdapat kaedah yang digunakan untuk menjawab persoalan. Kajian
ini menggunakan reka bentuk tinjauan. ...
Hasil dapatan daripada kajian juga dilakukan dengan amat baik sekali kerana terdapat
banyak maklumat yang dikumpulkan mela...
didapati berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang
menyumbang kepada tahap kefahaman se...
7
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik

1,025 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik

  1. 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (Electronic and Web-based Learning) KPT6044 Tugasan 1 Tajuk Jurnal: Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik (Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning Among The University’s Academic Staff) Prepared To: JESNOR ELMY BINTI MAT JIZAT Prepared By: NUR HAZWANI BTE YAAKUB (M20121000173) 1
  2. 2. Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik (Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning Among The University’s Academic Staff) 1.0 PENGENALAN Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar Jamilah Hj. Ahmad yang diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini menerangkan bagaimana pendekatan ini dilakukan kepada pelajar dan data kuantitatif dikumpulkan melalui kaji selidik berasaskan Teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ bagi mengenalpasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Dalam menentukan fokus kajian yang dijalankan oleh penyelidik, ianya hanya tertumpu kepada kaji selidik terhadap responden berkaitan dengan penerimaan e-pembelajaran di dalam proses pembelajaran dan mengenalpasti tahap kesedaran dan penilaian yang dilakukan ke atas kemudahan e-pembelajaran. Penyelidik tidak menyatakan secara terperinci berkaitan dengan persoalan kajian mahupun pernyataan masalah berhubung dengan tajuk yang dijalankan. Kajian yang dilakukan hanya membincangkan objektif kajian dalam menentukan fokus kajian yang dilakukan. Oleh itu, persoalan kajian dan juga pernyataan masalah tidak dinyatakan dalam abstrak. Kajian yang dijalankan juga menggunakan reka bentuk tinjauan dan ianya dilakukan secara deskriptif iaitu penyelidik mengambil gambaran awal terhadap kesediaan penerimaan epembelajaran terhadap ahli akademik. Dilihat dari segi penulisan artikel, ianya ditulis dengan agak sempurna dan hasil kajian yang dihuraikan juga amat jelas dengan bantuan pengiraan yang dilakukan. Selain itu, ianya juga telah distruktur dengan sempurna dan mudah untuk kita menyemak hasil kajian dan dapatan ujian. Antara langkah yang boleh diperbaiki dalam tulisan artikel ini 2
  3. 3. ialah dari aspek mengulas dengan lebih lanjut berkaitan dengan fokus kajian iaitu menyatakan persoalan kajian dan permasalahannya, teknik pengumpulan data, teknik analisis data dan juga dapatan kajian. Artikel yang diterbitkan ini juga dilihat lengkap dengan sorotan literatur kajian yang lepas dan setiap rujukan kajian dipetik daripada bahan atau data yang benar dan kukuh serta mempunyai rujukan bibliografi yang tepat. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini melihat amalan e-pembelajaran yang digunakan dalam kalangan ahli akademik USM. Secara spesifik, kajian ini memantau e-pembelajaran daripada aspek Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, . Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran, dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik dan penerimaan penggunaan epembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. 3.0 PERSOALAN KAJIAN Antara persoalan kajian yang terdapat didalam jurnal ini ialah sejauh manakah tahap kesedaran ahli akademik terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengejaran dan pembelajaran, apakah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran, bagaimanakah tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik, dan bagaimanakah penerimaan dalam penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. 4.0 LATAR BELAKANG PESERTA KAJIAN Peserta kajian yang terlibat terdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian dan hanya 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut pusat pengajian. 5.0 METODOLOGI KAJIAN 3
  4. 4. Di dalam jurnal ini terdapat kaedah yang digunakan untuk menjawab persoalan. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Sebaliknya, kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Pada pemerhatian saya kaedah Kajian yang dijalankan adalah mengenalpasti satu bentuk instrumen kajian. Kajian yang dijalankan haruslah mempunyai kaitan dengan kajian yang akan dijalankan iaitu melihat amalan e-pembelajaran yang digunakan dalam kalangan ahli akademik USM. Pengumpulan data yang dilakukan dalam kajian ini berdasarkan kuantitatif. Data yang diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. Terdapat sebanyak 19 soalan telah diajukan dan secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang berkait rapat. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk kuantitatif melalui borang soal selidik. Data yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Science (SPSS versi 14.0) telah digunakan bagi melihat signifikan jawapan yang diberikan oleh subjek. Untuk itu, segala prosedur dan juga method yang digunakan amat jelas dan ianya cukup untuk direplikasikan. 6.0 DAPATAN KAJIAN 4
  5. 5. Hasil dapatan daripada kajian juga dilakukan dengan amat baik sekali kerana terdapat banyak maklumat yang dikumpulkan melalui graf, jadual, rajah dan juga data juga mudah untuk dilihat dan di analisis. Terdapat empat analisis yang dilakukan untuk menentukan tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang berkait rapat. Berdasarkan dapatan yang diperoleh tentang tahap kefahaman responden terhadap epembelajaran, majoriti bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang dikemukakan oleh pengkaji. Selain itu, nilai-nilai min yang diperoleh juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap e-pembelajaran yang dilaksanakan di USM. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden bagi kelima-lima konsep yang diketengahkan adalah tinggi. Daripada dapatan kajian juga membuktikan majoriti ahli akademik USM sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini adalah kerana usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti untuk menggalakkan ahli akademik menggunakan sistem e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharian. Hasil yang diperolehi juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga objektif yang ditetapkan pada awal kajian telah dicapai. Kajian ini dapat melihat tahap penerimaan ahli akademik USM terhadap e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran arahan kendiri ahli akademik, sekaligus mengenal pasti hubungan antara keduadua pemboleh ubah tersebut. e-pembelajaran secara keseluruhannya tidak didefinisikan dengan terperinci dan tidak benar-benar difahami oleh sesetengah pihak. Dapatan keseluruhan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa ahli akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran walaupun masih ada sesetengah responden tidak menyokong konsep-konsep epembelajaran yang dinyatakan. Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, 5
  6. 6. didapati berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula, didapati ahli akademik menerima secara positif penggunaan epembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian yang dilakukan ini tidak menyatakan cadangan bagi tujuan penyelidikan lanjut. Oleh itu, ia hanya membincangkan berdasarkan dapatan dan juga hasil kajian yang dijalankan. 7.0 KESIMPULAN Daripada kajian tersebut, dapatlah dilihat ianya disusun dan diatur dengan sempurna. Struktur dan format kajian yang digunakan amat kemas dan teratur serta saling berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Selain itu pengakaji juga memberi penerangan yang jelas terhadap setiap ulasannya . Kajian ini mempunyai kekuatan dari segi hasil pengumpulan data yang sistematik, hasil kajiannya juga disusun dan diaturkan dengan sempurna. Yang mana egala data yang berbentuk jadual, graf dan rajah juga dilihat teratur dan maklumat juga mudah untuk dicapai. Oleh itu, saya sangat bersetuju dengan interpretasi keputusan yang dilakukan pada jurnal tersebut dan ianya merupakan satu artikel yang sangat menarik. Saya berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan dan ianya ditulis dengan amat baik. Ujian yang dijalankan berupaya membantu mengkaji berkaitan dengan e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran. e-pembelajaran secara keseluruhannya tidak didefinisikan dengan terperinci dan tidak benar-benar difahami oleh sesetengah pihak. Setiap organisasi dan institusi mendefinisikan e-pembelajaran dengan cara mereka sendiri. epembelajaran merupakan inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui bertujuan untuk menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada. Oleh itu, penerimaan inovasi ini bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilainya sepertimana yang diperkatakan oleh Rogers (1995) inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli sesebuah sistem sosial. 6
  7. 7. 7

×