2. 1. Awas!! Jangan memperlekehkan
Dosa walaupun sekecil mana
Segera meninggalkan dosa-besar/kecil
Dosa kecil apabila terkumpul tanpa bertaubat boleh
memusnahkan diri.
Sabda Nabi s.a.w: “Waspadalah dengan dosa-dosa
kecil. Sesungguhnya dosa-dosa kecil seperti suatu
kumpulan yang singgah di tengah-tengah wadi. Lalu
seorang demi seorang menghimpun satu ranting
sehingga mereka melonggokkan ranting yang boleh
memasak roti mereka. Sesungguhnya dosa-dosa kecil
apabila pelakunya dihukum kerananya, ia boleh
memusnahkan pelakunya itu. (Riwayat Ahmad & Lain2)
3. Dalam riwayat lain….
“Waspadalah dengan dosa-dosa kecil. Kerana
sesungguhnya ia terhimpun pada seseorang sehingga ia
memusnahkannya”
Janganlah kamu lihat kepada kecilnya keingkaran yang
kamu lakukan, tetapi amatilah keagungan siapa yang
kamu ingkar
Musnad Imam Ahmad daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a.
katanya: Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan
dosa pada pandangan kamu lebih halus daripada sehelai
rambut, sedangkan pada zaman Rasulullah s.a.w kami
kira perbuatan itu merupakan dosa besar yang
membinasakan.
4. Nabi s.a.w bersabda: sesungguhnya seorang
mengungkap satu kalimah yang dimurkai Allah,
perkataan itu tidak diambil peduli baginya,
menyebabkannya terjatuh ke dalam neraka sedalam
70 tahun.
5. 2. Waspadalah daripada
mempertayangkan dosa dan
memberitahu manusia dosa yang
dilakukan meskipun dosa yang lepas
“Semua umatku sejahtera kecuali orang yang
menguar-uarkan dosanya. Sesungguhnya antara
tindakan menguar-uarkan dosa ialah seoarang lelaki
yang melakukan suatu dosa pada waktu malam,
kemudian tiba waktu pagi dia menceritakan kepada
orang lain sedangkan Allah telah menyembunyikan
perbuatannya itu: “wahai polan, sesungguhnya saya
telah melakukan itu dan ini pada malam tadi.
Sesungguhnya Allah telah menyembunyikan itu pada
malam hari. Namun keesokan pagi dia mendedahkan
sendiri perbuatan yang telah disembunyikan Allah itu.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim”
6. Tindakan menghebohkan dosa sebagai
suatu dosa akan mendorong masyarakat
memandang ringan dan kecil dosa yang
dilakukan.
Sesungguhnya org2 yg suka t’hebah
tuduhan2 yg buruk dlm kalangan org2 yg
beriman mereka akn beroleh azab seksa yg
tidak terperi sakitnya di dunia dan di
akhirat, dan ingatlah Allah mengetahui
segala perkara sedang kamu tidak
mengetahui yang demikian.(an-nur:19)
7. Riwayat ibnu Majah: “sesungguhnya saya
akan mengenali golongan daripada kalangan
umat saya. Mereka datang pd hari kiamat
dengan pahala kebaikan yang banyak seperti
gunung Tihamah lagi putih bersih. Namun Allah
menjadikannya bagai debu yg berterbangan .
Sesungguhnya mereka adalah saudara-
saudara kamu dan sebangsa dengan kamu.
Mereka mengisi malam kamu. Tetapi mereka
adalah golongan yang apabila mereka
bersendirian berhadapan dengan perkara yang
diharamkan Allah, mereka mencerobohnya
(melakukan perbuatan haram itu)
8. Waspadalah daripada sikap menyerlahkan
perlakuan dosa, begitu juga sikap
memandang enteng terhadap maksiat yang
dilakukan ketika sendirian.
9. 3. Waspada daripada sikap melewat dan
menangguhkan taubat
Az-zumar ayat 54:Dan kembalilah kamu kepada
tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-
bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab;
kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan
pertolongan
Sabda nabi s.a.w “sesungguhnya Allah taala
menerima taubat hamba, selagi mana nyawanya
belum sampai ke kerongkong” (Riwayat Ahmad dan
at-Tarmizi)
10. Mana-mana hamba yang melakukan sesuatu
dosa, lalu dia berwudhuk dan memperelokkan
wudhuknya. Kemudian dia mendirikan
sembahyang 2 rakaat. Setelah itu dia beristighfar
terhadap dosa tersebut. Pasti Allah akan
mengampunkan dosanya. (Riwayat Ahmad dan
lain-lain)
11. 4. Waspada daripada terus-menerus
melakukan dosa
Ali-Imran ayat 135: Dan juga orang-orang
yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat
kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa
mereka-dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,
dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan
keji yang mereka telah lakukan itu, sedang
mereka mengetahui akan salah dan akibatnya”
12. 5. Waspada daripada berputus asa
terhadap rahmat Allah
Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa
daripada rahmat Tuhannya melainkan orang-
orang yang sesat.(Al-Hijr:56)
Az-zumar:53
13. 6. Melakukan amalan baik setelah
melakukan kejahatan dapat
menghapuskan dosa
Hud:14
Al-Furqan:70
Imam Ibnu Taimiah: org yang cerdik
adalah orang yang sentiasa melakukan
kebaikan yang dapat menghapuskan
kejahatan
14. Amalan yg mampu menghapuskan dosa:
Memperelokkan wudhuk dan berjalan menuju ke
masjid
Berpuasa pada hari Arafah dalam hari Asyura
Menunaikan sembahyang terawih pada bulan
Ramadhan
Haji mabrur
Pemurah dalam memberi salam dan sopan
pertuturan
Memelihara sembahyang 5 waktu, jumaat dan
puasa ramadhan
Zikir-zikir yang boleh menghapuskan dosa