SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
318SMSS^
Dicetak di Malaysia oleh
UUM Press
Universki Utara Maiaysia
06010 UUMStmok
Perpustakaan Negara MalaysiaData-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Zakiyah jamaluddin
PEMBANGUNAN KOMUNITI di MALAYSIA dan INDONESIA / editor:
Zakiyah Jamaluddin
ISBN 978-967-0474-59--5
1. Communicy development—Malaysia. 2. Communky developmenr~Indoncsia
I. Judul.
307.1
UUM Press
Universki Utara Malaysia
06010 UUM Sintok '
Kedah Malaysta.
Tel: 04-9284797
Faks: 04-9284792
E-mel: penerbk@uuni.edu.my
Website: http://uumpress.uum.edu.my
© 2014 UUM Press
Cetakan Pertama 2014
Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh ditcrbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan dengan
sebarang bentuk ayat dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik,
penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada UUM
Press.
UUM Press ialah anggota Majlis Penerbkan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Metode pembelajaran berasaskan komuniti
Salah satu komponen pentingdalam memenuhi tanggungjawab dan
perlindungan kerajaan terhadap warganya adalah perkhidmatan
komuniti. Ini kerana pada masa hadapan banyak akan mengalami
penswastaan. Hal demikian selaras dengan kecenderungan pada
era globalisasi yang ditandai dengan munculnya Pertubuhan
Perdagangan An tarabangsa/ World Trade Organization (WTO) yang
mendorong perkembangan pasaran bebas. Dalam pasaran bebas
ini, hampir semua negara di dunia akan terlibat dalam mekanisme
pembelajaran berasaskan komuniti akhir-akhir
i semakin menunjukkan kegemilangan keluaran
ang dihasilkannya. Ini menunjukkan keberkesanan
pengggunaan kaedah ini dalam mengenal pasti keperluan sebenar
yang dirasakan oleh komuniti dan keperluan dalam penyelesaian
masalah sosial yang ada dalam komuniti atau komuniti itu senditi.
Model belajar berasaskan komuniti ini juga tetnyata
telah mampu "mendidik" komuniti untuk lebih berdikari
dalam peningkatan kapasiti komuniti bagi membuat keputusan
pembangunan untuk diri mereka sendiri. Dalam kaedah ini,
beberapa perkara perlu diperhatikan antaranya konsep belajar
berasaskan komuniti itu senditi, pendekatan yang digunakan,
prinsip yang perlu diterapkan serta strategi yang harus dipilih,
sesuai dengan situasi dan keadaan komuniti.
Model Belajar Berasaskan
Komuniti: Satu Alternatif
Pembelajaran dalam Komuniti
Badrun Susantyo
12
Model Belajar Berasaskan Komamli179
kerja pasaran bebas. Situasi tersebut tentu akan memberi kesan
kepada kehidupan komuniti secara umumnya terutama komuniti
miskin/terdedah dalam menggunakan perkhidmatan asas yang
diperlukannya.
Sehubungan itu, diperlukan penjagaan politik daripada
pembuat polisi (kerajaan) untuk lebih memperhatikan kelompok
miskin/terdedah. Hal ini sesuai dengan polisi Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) tentang pembangunan petkhidmatan
komuniti yang lebih memperhatikan kelompok miskin/tetdedah,
melalui Milenium Development Goal 2015. Antara agenda utama
dari MDG 's 2015 tersebut adalah menangani masalah kemiskinan
dan kelaparan, mencapai pendidikan rendah secara universal, dan
sebagainya. Untuk merealisasikan agenda tersebut, diperlukan
hubungan yang sinergis antara komuniti sebagai pengguna
perkhidmatan, pembekal perkhidmatan dan penggubal polisi
sehingga pada akhirnya akan mewujudkan "good services workfar
poorpeople".
Ia seiring dengan polisi Kerajaan Indonesia dalam
penguatkuasaan autonomi daerah Undang-Undang No.22 Tahun
1999 berkenaan Pemerintah Daerah menjelaskan tentang hak-hak
terhadap kumpulan miskin/terdedah, iaitu:
1.Untuk lebih mendekatkan perkhidmatan sosial kepada
komuniti.
2.Untuk meningkatkan kesejahteraan secara adil dan saksama.
3.Meningkatkan demokratik dalam persekitaran tempatan/
daerah.
Tujuan tersebut diwujudkan selaras dengan tanggungjawab
kerajaan tempatan (Kabupaten dan Kota) dalam menyediakan
perkhidmatan komuniti yang mencukupi dan implementasi
polisi awam yang berpihak kepada kelompok miskin/terdedah.
Pengabaian terhadap hak-hak asasi manusia dapat ditekankan
seminimum mungkin dan penyediaan perkhidmatan komuniti
menjadi terbaik serta implementasi polisi awam adalah tepat.
Care for poor people" bukan satu perkara mudah untuk
diaplikasikan. Ini kerana proses pemahaman akan tugas dan
Metode pembelajaran berasaskan komuniti
Proses pembelajaran berasaskan komuniti ini mempunyai
pelbagai kelebihan, sehingga diharapkan outputnya tercapai
pelbagai program kegiatan yang dirancang oleh kerajaan.
Maksud pembelajaran di sini adalah secara sistematik dalam
menyampaikan isi pelajaran kepada komuniti bagi mencapai
tujuan pembelajaran tertentu. Lebih jauh lagi, Perkins dan
Salomon (1992) telah melakukan kajian terhadap pembelajaran
sosial. Mereka mengemukakan beberapa konsep pembelajaran
berasaskan komuniti seperti berikut:
180 Pemban^unan Komuniti di Maiavsia dan Indonevia
tanggungjawab pihak masing-masing sangat diperlukan, baik
kepada pihak kerajaan mahupun komuniti. Kenyataannya, kadang-
kadang masih terdapat jurang persepsi antara pihak kerajaan
dengan komuniti berkaitan kemampuan/potensi yang dimiliki
oleh komuniti terutama komuniti miskin/terdedah. Selama ini
pihak kerajaan masih menganggap bahawa mereka merupakan
institusi yang penting dalam membekalkan bahan-bahan segera
daripada pihak kerajaan tanpa mengira bahawa komuniti yang
dijadikan sasaran kegiatan kerajaan mempunyai potensi yang luar
biasa apabila mengalami pembangunan.
Untuk lebih mendekatkan keperluan komuniti secara
nyata (khususnya komuniti terdedah/miskin) dalam pencarian
data yang akan diaplikasikan dalam proses membuat keputusan
pembangunan, maka sudah selayaknya jika pembuat polisi perlu
mengenal pasti keperluan sebenar yang diperlukan oleh komuniti
miskin tersebut melalui pembelajaran berasaskan komuniti. Kaedah
pembelajaran berasaskan komuniti sangac menekankan proses
penyertaan komuniti dalam mengenal pasti keperluan-keperluan
nyata yang benar-benar dirasakan perlu oleh komuniti itu sendiri.
Dengan demikian perancangan program pembangunan boleh
dilakukan dari, oleh dan untuk komuniti itu sendiri. Ia diharapkan
akan lebih mendekatkan diri pada program pembangunan dengan
keperluan komunitinya.
Model Belajar Berasaskan Komuniti181
Mediasi sosial daripada pembelajaran individu
Bentuk sosial yang asas daripada pembelajaran adalah apabila
seseorang arau kumpulan orang membantu ahli komuniri lain
belajar. Contohnya ibu bapa mengajar anaknya bercakap, ketua
komuniti memaklumkan polisi dan lain-lain. Model-model
daripada pengantaraan sosial ini adalah seperti:
1.Seseorang mengajar individu lain, misalnya orang tua
mengajar anaknya, tutor mengajar seseorang dalam bidang
kemahiran rertentu.
2.Seseorang mengajar pelbagai orang (kelompok).
3.Sekumpulan orang mengajar ahli kumpuiannya.
Konsep mediasi sosial ini dipengaruhi oleh Teori
Konstruksi Belajar (Vygotsky dalam Santrock, 2008) yang melihat
bahawa proses sosial akan diinternalisasikan kepada seseorang dan
berkesan kepada kapasiti mentalnya sehingga akan meningkatkan
produktiviti kognitif seseorang. Sebenarnya dalam pembelajaran
berasaskan komuniti ini terdapat dua proses penting, iaitu:
internalisasi dan pembangunan pengerahuan secara aktif daripada
komuniti.
Proses internalisasi, intinya ialah penyerapan norma-
norma komuniti daripada orang dewasa kepada anak-anaknya atau
antara warga komuniti. Kewujudan norma komuniti boleh terdiri
daripada aturan-aturan yang dipersetujui untuk dilaksanakan
demi kehidupan komuniti itu sendiri. Apabila memperkatakan
tentang peraturan maka akan muncul istilah hukuman. Dalam
hal ini hukuman yang diterima oleh komuniti yang melanggarnya
dianggap sebagai proses pembelajaran dan pendewasaan agar ahli
komuniti mempelajari nilai-nilai kebersamaan dan nilai-nilai
hidup sebagai ahli komuniti.
Pembangunan komitmen dalam kalangan komuniti akan
dibangunkan dan mereka harus merumus dan merancang
peraturan-peraturan tersebut secara bersama. Melalui ini pula akan
muncul komunikasi pendidikan yang mendorong kesepaduan
kumpulan antara warga komuniti. Meskipun ada juga yang
182 Peiitbanyttiiaii Konmniti di Malaysia dan lndoitesia
berpendapat bahawa untuk menghasilkan penginternalisasian
yang lebih besifat 'intelligent tutoring' atau 'sistem pembelajaran
berpadu' adalab suatu perkara yang sukar untuk dibina (Crook,
1994).
Melalui sisi pembangunan pengetahuan, ia membawa
maksud babawa kegiatan-kegiatan daiam komuniti memboiehkan
warga komuniti untuk belajar secara mapan. la berlaku secara
dinamikal kerana adanya keperluan untuk menyesuaikan diri
dengan pelbagai inovasi yang dialami komuniti. Dilihat daripada
dimensi pembelajaran, pemindahan pengetahuan yang berlaku
dalam komuniti lebih berkesan berbanding jika ahli komuniti
memahaminya sendirian, kerana melalui mediasi sosial ini individu
dituntut untuk aktif menyertai. Slavin (1994) menyatakan: "Two
additional conditionsfor social mediation to be effective: share group
goals and personal accountability". Daripada kenyataan tersebut
mengukuhkan anggapan bahawa individu atau anggota komuniti
mempunyai tanggungjawab peribadi untuk mendorong berlakunya
proses belajar dalam komuniti, kerana adanya persamaan tujuan
yang ingin dicapai.
Mediasi sosial sebagai pembangunan pengetahuan secara
berpenyertaan
Werth dalam Perkins dan Salomon (1992) menyatakan bahawa
keadaan mental seseorang ditentukan oleh aspek interaksi sosial,
budaya, institusi dan sejarah seseorang. Namun pendekatan
secara implisit ataupun eksplisit menganggap bahawa keadaan
mental seseorang akan teruji seperti proses berfikir atau mengingat
kembali yang dipengaruhi oleh faktor sosial dan budaya individu
masing-masing ataupun kumpulan. Dengan demikian, melalui
mediasi sosial akan terjadi pembangunan pengetahuan yang
sifatnya partisipatif daripada setiap individu atau keiompok sesuai
dengan keadaan sosial budaya masing-masing.
Pengetahuan dan kemahiran yang dibangunkan dalam
situasi tersebut berlaku secara implisit mahupun eksplisit yang
dipindahkan daripada ahli komunid kepada komuniti yang lain
Model Belajar Berasaskan Komanili183
atau daripada ejen perubahan kepada warga komuniti. Keadaan ini
sudah tentu menuntut penyertaan ahli komuniti tetsebut dalam
kegiatan sosial yang diikutinya. Seperti yang diungkapkan Greeno
(1977) bahawa sistem sosial mengukuhkan individu untuk belajar
dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan.
Mediasi sosial melalui hasil kebudayaan
Hasil kebudayaan manusia mewujudkan ruang untuk berlakunya
proses pembelajaran daiam kalangan ahli komuniti. Ia berlaku
terutama ketika individu tersebut ingin menggunakan peralatan
sebagai hasil karya manusia. Dalam proses penciptaan dan
penggunaan hasil karya inilah seseorang mengembangkan
pengetahuan dan keterampilannya. Perkins dan Salomon (1992)
menyatakan:
" Iheperson maylearn to use thetool better, Thetoolandthe
ohjects to which itis applied there by supplying information
andfeed hack to that end, providing important conditions
of iearning, helping to teach the user about a better way
ofaccomplishing the task through the tooi Moreover, some
tools mediate leaming about a widearray ofother matters.
Melalui berkarya dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat bagi kehidupan komuniti ini dapat mendorong
individu mencari maklumat yang terbaik tentang melakukan
sesuatu. Proses pencarian pengetahuan ini dapat dijadikan saranan
pembelajaran bagi ahli komuniti.
Kelompok sosial sebagai entiti warga belajar
Pandangan ini menyatakan bahawa komuniti keseluruhannya
adalah sebagai warga yang belajar. Kelompok sosial ini boleh
terdiri daripada keluarga, pertubuhan sosial, pertubuhan bidang
perniagaan dan lain-lain. Pembelajaran ini mungkin ketika
kelompok-kelompok dan anggotanya menginginkan terjadinya
184 Peinbangiman Koniwiiti di Malaysia dan Indonesia
perubahan yang mengarah kepada pembaikan. Dalam situasi
seperti ini, semua elemen komuniti turut memikirkan cara-cara
terbaik untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Untuk
itu, ahli komuniti belajar bermula dengan melakukan penilaian
terhadap keperluan dan masalah serta mencari penyelesaiannya
melalui usaha bersama secara musyawarah.
Proses pembelajaran ini akan terus berlangsung selagi
komuniri inginkan adanya perubahan dan komitmen untuk
memajukan kehidupan secara bertanggungjawab. Ringkasnya,
mereka harus bermotivasi tetlibat daiam pembelajaran berasaskan
komuniti. Keith dan Newstrom (1995) mengemukakan bahawa
motivasi merupakan dorongan daripada dalam diri individu unruk
mengarasi segala cabaran dan halangan dalam usaha mencapai
mattamat.
Beberapa kelebihan kaedah pembelajaran berasaskan
komuniri seperti yang dikemukakan oleh Galbraith (1990) ini
meliputi:
1.Kompetensi warga belajar akan meningkar melalui proses
pendidikan di dalam komuniri. Seriap individu mengalami
peningkaran dari segi kemampuan, keterampilan dan sikap
serta konsep kendirinya semakin marang. Kematangan secara
psikologikal memang memerlukan latihan dan hal tersebut
boleh diperoleh melalui pengalaman belajar daripada ahli
lain.
2.Penyertaan secara demokrasi ahli yang terlibar dalam
program pembangunan akan ditunjukkan kepada situasi
untuk memilih dan memahami pelbagai alternatif yang
akan ditempuhi. Penentuan keutamaan dan penyelesaian
dalam memenuhi keperluan sekali gus penyelesaian masalah
memerlukan penyertaan aktif daripada ahli. Melalui
mekanisme yang dibina secara terbuka dan demokratik
maka proses pendidikan berasaskan komuniti ini akan
menimbulkan rasa komitmen yang tinggi daripada kalangan
ahli.
Dalam proses penyelesaian masalah, komuniti akan
mencari sumber-sumber yang boleh membantu mengatasi
Model Belajar Berasaskau Koinuiiili I 185
permasalahannya. Siporin (1975) mengatakan bahawa "a resouces
is any valuable thing, on reserve or at hand, that one can mohilize and
put to instrumentai use in order tofunction, meet a need or resolve a
prohlem". Ini bererti, sumbet metupakan sesuatu yang bethatga dan
bermanfaat dan boleh dimanfaatkan untuk memenuhi kepetluan
atau menyelesaikan petmasalahan. Sumber boleh merupakan
sesuatu yang sudah ada dan hanya menggunakan atau cadangan
yang masih memerlukan usaha supaya sumber itu boleh berfungsi
sebagai alat untuk memenuhi keperluan atau untuk menyelesaikan
masalah. Sistem sumber yang dimaksudkan mengikut Pincus dan
Minahan (1973) terbahagi kepada sumber tidak rasmi, sumber
formal dan sumber komuniti.
Dalam perspektif ini, sumber mempunyai fungsi dan
peranan strategik dalam spekttum pembelajaran komuniti. Apapun
masalah yang dihadapi ahli komuniti, selaras pendekatan dan
kaedah yangdigunakan ajen perubahan, mesti mempertimbangkan
sumbet sebagai media dalam proses pembelajarannya. Dengan
demikian sistem sumber sosial dapat diertikan sebagai "sumbet"
atau "potensi" yang boleh digunakan dalam membangunkan
kehidupan watganya.
Pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti
Bagi mencapai keperluan dan penyelesaian masalah, perlu adanya
mobilisasi kegiatan ahli komuniti. Mobilisasi ini menekankan
adanya kesedatan dan pengettian yang tinggi daripada warga untuk
bersama-sama mengatasi masalah yang wujud. Mobilisasi watga
komuniti akan berjaya apabila dalam diri mereka lahir komitmen
untuk mencapai kemajuan yang dikehendaki bersama. Untuk
melahirkan komitmen. Pemahaman tethadap faedah beketja
secata kolektif daripada ahli komuniti diperlukan. Pencapaian
pemahaman ini akan wujud apabila proses pembelajaran dalam
komuniti berjalan dengan baik.
Kaedah pembelajaran berasaskan komuniri ini boleh
dipandang daripada dua pendekatan utama, iaitu:
186Pmillmilguiiaii Komunili di Malaysia dau indomsia
1.Pembelajaran berasaskan komuniti sebagai proses, fokusnya
adaiah mengembangkan hubungan sosial sebagai hasil
rerjadinya interaksi sosial antara warga komuniti. Interaksi
yang rerbina antara individu akan memunculkan kesepaduan
dan kerjasama dalam mengarasi masalah mahupun dalam
proses penyerraan ketika mereka mengambil keputusan.
Pada dimensi proses ini, ahii komuniti belajar berperanan
secara akrif melalui pelaksanaan tugas-tugas yang dipikulnya.
Hamilton (1989) selanjutnya menyebutkan bahawa: "/
this process, residents learn more about the issues and make
maximum use of local resources to solve problems and they
identifiy and control external sources ofassistence". Daripada
kenyataan tersebut menunjukkan bahawa dalam proses
pendidikan berasaskan komuniti, ahli komuniti belajar
tentang masaiah dan penggunaan sumber-sumber yang ada
di dalam komuniti untuk mengatasi masalahnya. Komuniti
juga diberi ruang dan peluang bagi mengendalikan sumber
bantuan yang datang dati luar.
2.Pembelajaran berasaskan komuniti sebagai suatu program
yang mengandungi maksud bahawa kegiatannya disusun
untuk mencapai manfaat dan tujuan tertentu. Oleh itu,
program ini harus mempunyai prosedur-prosedur yang
periu ditempuhi demi pencapaiannya yang optimum
Pembelajaran berasaskan komuniti dari sisi proses mahupun
sebagai suatu program pada dasarnya menuntut penyertaan aktif
daripada seluruh anggota komuniti. Oleh itu, menurut (Cary,
1970) penyertaan seseorang terhadap sesuatu kegiatan akan
memperlihatkan hal-hal seperti freedom to participate, ability to
participate dan willingness to participate.
Kebebasan, kemampuan dan keinginan untuk ikut serta
merupakan komponen penting dalam kegiatan pembelajaran
berasaskan komuniri. Seterusnya komuniti juga boleh dijadikan
sebagai makmal untuk belajar bagi para ahlinya. Ini menunjukkan
bahawa, komuniti merupakan arena unruk membangunkan
pengetahuan dan kemahiran secara nyata dalam kehidupan
Moelel Belajar Berasaskan KomtiniU187
berkomuniti. Perkembangan kemampuan tersebut secara jangka
panjang akan teruji menerusi interaksi yang dibina antara ahli
komuniti.
Prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan komuniti
Prinsip-prinsip yang perlu dikembangkan dalam pembelajaran
berasaskan komuniti menurut Andetson dan Jeffrey (1992),
Galbraith (1990), Hiemstra (1993) dan Kerensky (1989) meliputi:
1.Selfdetermination. Prinsipbahawaahlikomunitimempunyai
hak dan tanggungjawab dalam menentukan keperluan
komuniti. Self determination membawa kesan di mana
setiap keputusan yang memberi kesan kepada kepentingan
ahli komuniti perlu bermusyawarahkan dengan ahli-ahli
komuniti. Dengan demikian akan mendorong terciptanya
keadaan yang kondusif, baik dalam aspek aspirasi warga/
ahli mahupun dalam mengenal pasti sistem sumber dan
permasalahan di dalam komuniti.
2.Selfhelp. Prinsip self-help, pada dasarnya akan terjadi apabila
kapasiti individu ahli komuniti mampu dioptimumkan
dalammelaksanakanperanannyasebagai makhluksosial. Hal
ini penting kerana mengingatkan individu sebagai makhluk
sosial mempunyai tanggungjawab sosial yang ditunjukkan
pada ketika individu tersebut menjalankan tugas dalam
kehidupannya. Perpaduan dan tolong-menolong yang
dibangunkan dalam warga komuniti secara normatif akan
diterima sebagai suatu acuan perilaku bagi ahli komuniti.
3.Leadership development. Pembangunan kepimpinan
membolehkan tokoh-tokoh komuniti sebagai pemimpin
mempelajari pelbagai kemahiran atau kemampuan
dalam penyelesaian masalah, pembuatan keputusan dan
proses kumpulan yang mana akan mempercepatkan lagi
kesejahteraan komuniti. Dengan mengambil kira kesepaduan
program, secara tidak langsung dapat mengurangkan
pengulangan kegiatan yang secara ekonomikal yang dapat
menghidati berlakunya gejala pembaziran.
4.Localization. Prinsip aktiviti lokaliti atau program membawa
maksud bahawa apabila program yang dijalankan berada
188Pemban^unan Komimiti di Malaysia dan bidonesia
dalam persekitaran komuniti, maka potensi watga untuk
aktif sangat besar. Untuk itu, dalam merancang dan
menetapkan lokasi aktiviti atau program sebaiknya-baiknya
harus mudah untuk dicapai oleh ahli komuniti.
5.Reduce duplication of services. Kesepaduan peibagai unsur
aktiviti telah mendorong individu untuk mempunyai
kemampuan menperkembangkan rangkaian komunikasi
yang akan menyokong aktiviti watga komuniti tersebut.
6.Accept diversity. Ptinsip lain dalam pembelajaran betasaskan
komuniti adalah menerima adanya perbezaan di dalam
komuniti. Perbezaan ini mungkin dari segi agama, warna
kulit, bahasa dan iain-iain. Penerimaan perbezaan tersebut
akan muncui rasa kebersamaan daiam menghadapi masalah
mahupun dalam memanfaatkan sumber-sumber yang
meteka miliki. Dinamik komuniti berlaku daiam semua
dimensi kehidupannya. Dengan adanya perubahan tersebut
akan mempengaruhi tuntutan petubahan dan keperluan
setiap ahli komuniti. Keadaan ini mendorong munculnya
tanggungjawab daripada institusi kekomunitian untuk
bersama-sama memikirkan usaha penyeiesaian masalah
daiam komuniti.
7.Institutional responsiveness. Prinsip kerjasama antara
pertubuhan dalam pendidikan berasaskan komuniti ini
penting dikembangkan agar terjadi usaha kondusif dan
sinergis antara elemen komuniti yang lain.
8.Lifeiong learning. Ptinsip "pembelajaran sepanjang hayat"
beriaku unruk semua usia dalam pelbagai seting komuniti.
Dalam konteks pendidikan, ptinsip betasaskan komuniti
dapat dikenali sebagai suatu media yang membolehkan
seseorang terus belajar tanpa mengenal usia.
Strategi pembelajaran berasaskan komuniti
Pembelajaran berasaskan komuniti akan mengoptimumkan
kejayaannya apabila adanya sokongan daripada pelbagai pihak,
antaranya melalui:
Model Belajar Berasaskan Kammiiti189
1.Meningkatkan kemahiran warga komuniti. Dalam
mengukuhkan kemahiran, ahli memerlukan kegiatan-
kegiatan yang memberi peluang bagi warga untuk lebih
meningkatkan kreatifitinya dan menonjolkan potensinya.
2.Memberikan kesempatan generasi muda untuk belajar.
Generasi muda sebagai generasi penerus perlu didorong
aktiviti belajarnya agar mereka dapat mengembangkan
fikiran yang berwawasan dengan baik. Oleh itu, peluang
untuk belajar periu dibuka seluas-Iuasnya, agar golongan
muda mampu melihat masa depan dengan optimis dan
penuh rasa tanggungjawab.
3.Pembangunan rangkaian kerja dengan institusi-institusi
pendidikan. Pembangunan rangkaian kerja dengan peibagai
institusi pendidikan adalah penting dilaksanakan untuk
mempelajari mekanisme dan sistem belajar yang berkesan.
Selain itu, dengan kerjasama pendidikan antara kumpulan
warga dalam komuniti dengan institusi-institusi pendidikan,
akan muncul motivasi untuk meneruskan perkembangan
kurikulum dan metodologi pembelajarannya.
4.Memberikan latihan kepada sukarelawan dalam sesebuah
komuniti. Latihan yang dilakukan adalah bertujuan untuk
menggalakkan ahli komunid menjadi fasilitator atau tutor
kepada komuniti yang lain. Para sukarelawan ini diharap
mampu menjadi pemangkin yang akan mendorong
terjadinya perubahan sosial ke arah positif dan kondusif,
sehingga proses belajar warga komuniti akan mencapai tahap
yang optimum.
Terdapat beberapa kelebihan yang boleh kita aplikasikan
daripada kaedah pembelajaran berasaskan komuniti. Ia
memerlukan sebuah komitmen yang nyata bagi segenap pihak
yang berkepentingan (stakeholder) yang berkaitan dengan usaha
pembangunan komuniti. Komitmen ini perlu dipikul secara
bersama oleh pelbagai pihak, sama ada pihak kerajaan mahupun
komuniti. Ini menunjukkan bahawa sebagus manapun model
pembelajaran berasaskan komuniti, namun tanpa adanya kesedaran
untuk meningkatkan kemampuan dan kapasiti diri serta komuniti
Rujukan
Cary, L. (Ed.). (1970). Community development as a process.
Columbia: University of Missouti Press.
Crook, C. (1994). Computers and the collahorative experience of
tearning. Routledge, London: UK.
Perkins, D. N., Salomon, G., & Globerson, T. (1991). Partners
in cognition: Extending human intelligence with intelligent
technologies. Educationat Researcher, 20, 2-9.
Greeno, J. G. (1977). Processes of understanding in problem
solving. Dlm. N. J. Castellan, D. B. Pisoni & G. R. Potts
(Peny), Cognitive theory (2, 43-48). Hillsdale, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.
Galbraith, M. W. (1990). Adult learning methods: A guide for
effective instruction. Malabar, Fla: R. E. Krieger.
Hamilton, E., & Cunningham, P. (1989). Community-basedadult
education. Dlm. S. Merriam & P. Cunningham (Peny).
Handhook ofadult and continuingeducation (hlm. 439-450).
San Francisco: Jossey-Bass.
Ife, J. (2002). Community devetopment: Creating community
creatives — Vision, anatysis andpractice. Melbourne, Australia:
Longman.
190 Pembaii^uiicin Komunili di Malaysia dan Indouesia
maka semuanya hanyalah angan-angan kosong. Diharapkan semua
klien yang terlibat dalam pembelajaran berasaskan komuniti ini
pada masa hadapan mampu:
1.Menentukan tujuan belajar secara realistik mengikut
kemampuan dan keadaan yang nyata dalam komuniti
tempatan.
2.Memahami cabaran, halangan, kelemahan dan juga potensi
komuniti sebaik-baiknya agar tujuan dapat dicapai dengan
baik dan menepati sasaran.
3.Menjalankan semua aktiviti pembelajaran berasaskan
komuniti ini dengan tanpa dipaksa dan mempunyai
kepentingan bersama bagi tujuan kejayaan bersama.
Model Belajor Berasaskan Komumli , 191
Keith, D., & Newstrom, J. W. (1995). Human behavior at work:
Organizational behavior. Singapore: McGraw-Hill.
Netting, F. E., Kettner, P. M., & McMurtry, S. L. (1993). Social
work macro practice. NewYork: Longman.
Parson, R. J., Jorgensen, J. D., & Hernandez, S. H. (1994). The
integration of social work practice. California: Brooks/Cole
Publishing.
Perkins, D. N., & Salomon, G. (1992). Transfer of learning.
International encyclopedia ofeducation (edisi ke-2). Oxford,
England: Pergamon Press.
Pincus, A., & Minahan, A. (1973). Social workpractice: Moddand
method. Itasca, Ulinois: F. E. Peacock.
Siporin, M. (1975). Introduction to social workpractice. New York:
Macmillan Publishing.
Salomon, G. (1993). Distributed cognitions: Psychological and
educationalconcideration. Cambridge: Cambridge University
Press.
Santrock, J. W. (2008). Psikologi Pendidikan. Jakarta: Penerbit
Kencana.
Slavin, R. (1994). Cooperative leaming: Theory, research, andpractice
(edisi ke-2). Boston: Allyn & Bacon.
kefungsian sosiai 158
kejiranan 39,40. 161
keluarga 7.52. 109. 111, 124-125
kemahiran fasilitatif 152
kemahiran sosial 194
kerjasosial 87.93.96-97
kesejahteraan sosial 144
Khmer Rouge 53
klien 133
Komunitas Adat Terpencil (KAT)
114
komuniti 3-4.8,20-21
kerja komuniti 87-88.90,93-94
komuniti Kemboja 6
konsep komuniti 3, 38
model pembelajaran komuniti 8
pekerja komuniti 87. 145
pembangunan komuniti 5-8,10-
11. 13.31.65
pembelajaran berasaskan komuniti
178. 180. 185-188
M
Malaysia 10.49,52.55
masyarakat madani 114
masyarakat Sunda 198.204
mediasi sosial 181-183
modal sosial 195-196
model pasaran 16
model pembuat keputusan 17
model perbezaan 14
motivasi 194
N
nilaibudaya 203-204
geng 159
gengsterisme 162
H
Hierarki Keperluan Maslow 11
I
Indonesia 73
intervensi 74, 171-172
K
Kearifan Loka! 192
kecerdasan emosional 193-194
kecerdasan intelektual 193
akuakultur 55-56
amalan 42
B
bantuan tunai bersyarat 141
C
Cham 50, 55
D
dasar 44
delinkuensi 159
depresi 81
Indeks
207
trauma 81
salahlaku 164
sektor perikanan 55
subbudaya 158
sukarelawan 144
rakan sebaya 158. 161-162, 164.
168, 173
regulasi diri 194
retnaja berisiko 173
remaja bermasalah 105,109-110
remaja nakal 103, 105
Rukun Tetangga 38,40-41,44
rumah tangga sangat miskln 142,
143. 147-148.150,152
208 Pembangunan Komuniti di Malaysia dan Indonesia
o
orang kurang upaya 87
P
partisipasi 93. 109-110
pelarian 53. 76
pembimbing 152. 155
pemerkasaan 103.114.116-117
penilaian keperluan 5. 10-13
perkhidmatan sosial 179
persepsi 41.44
praktis kerja sosial 73. 77
Program Keluarga Harapan 141

More Related Content

What's hot

Tri dharma perguruan tinggi terdiri dari 3 poin
Tri dharma perguruan tinggi terdiri dari 3 poinTri dharma perguruan tinggi terdiri dari 3 poin
Tri dharma perguruan tinggi terdiri dari 3 poinYunita Sari
 
Rencana pembangunan jangka panjang nasional
Rencana pembangunan jangka panjang nasionalRencana pembangunan jangka panjang nasional
Rencana pembangunan jangka panjang nasionalMartiaDian
 
Kebijakan pendidikan nasional
Kebijakan pendidikan nasionalKebijakan pendidikan nasional
Kebijakan pendidikan nasionalAhmad Mansur
 
Ringkasan Pancasila, Demokrasi, dan Pencegahan Korupsi
Ringkasan Pancasila, Demokrasi, dan Pencegahan KorupsiRingkasan Pancasila, Demokrasi, dan Pencegahan Korupsi
Ringkasan Pancasila, Demokrasi, dan Pencegahan KorupsiMaulana Sakti
 
Tema Pengembangan Masyarakat
Tema Pengembangan MasyarakatTema Pengembangan Masyarakat
Tema Pengembangan MasyarakatAyu Pitas
 
Kebudayaan sebagai isi pendidikan dan demokrasi pendidikan
Kebudayaan sebagai isi pendidikan dan demokrasi pendidikanKebudayaan sebagai isi pendidikan dan demokrasi pendidikan
Kebudayaan sebagai isi pendidikan dan demokrasi pendidikanIin Widya Lestari
 
Ppm si pada penyuluhan pertanian mariman_2020021002
Ppm si pada penyuluhan pertanian mariman_2020021002Ppm si pada penyuluhan pertanian mariman_2020021002
Ppm si pada penyuluhan pertanian mariman_2020021002MarimanSp
 
Administrasi Pendidikan Bidang Garapan Hubungan Masyarakat
Administrasi Pendidikan Bidang Garapan Hubungan MasyarakatAdministrasi Pendidikan Bidang Garapan Hubungan Masyarakat
Administrasi Pendidikan Bidang Garapan Hubungan MasyarakatWahyu Prihatin
 
Syarifudin posdayamasjid
Syarifudin posdayamasjidSyarifudin posdayamasjid
Syarifudin posdayamasjidSyarifudin Amq
 
Peran ICT dalam Pendidikan
Peran ICT dalam PendidikanPeran ICT dalam Pendidikan
Peran ICT dalam Pendidikanyuanawpp
 
Makalah civic baron
Makalah civic baronMakalah civic baron
Makalah civic baronAfriantob
 
Pendidikan dan pembangunan nasional
Pendidikan dan pembangunan nasionalPendidikan dan pembangunan nasional
Pendidikan dan pembangunan nasionalEka Ramandha
 
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolah
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolahKekerasan di sekolah dan konselor sekolah
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolahSitiNgaisahSPdMPd
 
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidupPendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidupAdhi Panjie Gumilang
 

What's hot (20)

PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT
PENDIDIKAN DAN MASYARAKATPENDIDIKAN DAN MASYARAKAT
PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT
 
PNFI di Korea Selatan
PNFI di Korea SelatanPNFI di Korea Selatan
PNFI di Korea Selatan
 
LPJ posdaya KKN
LPJ posdaya KKNLPJ posdaya KKN
LPJ posdaya KKN
 
Tri dharma perguruan tinggi terdiri dari 3 poin
Tri dharma perguruan tinggi terdiri dari 3 poinTri dharma perguruan tinggi terdiri dari 3 poin
Tri dharma perguruan tinggi terdiri dari 3 poin
 
Rencana pembangunan jangka panjang nasional
Rencana pembangunan jangka panjang nasionalRencana pembangunan jangka panjang nasional
Rencana pembangunan jangka panjang nasional
 
Kebijakan pendidikan nasional
Kebijakan pendidikan nasionalKebijakan pendidikan nasional
Kebijakan pendidikan nasional
 
Ringkasan Pancasila, Demokrasi, dan Pencegahan Korupsi
Ringkasan Pancasila, Demokrasi, dan Pencegahan KorupsiRingkasan Pancasila, Demokrasi, dan Pencegahan Korupsi
Ringkasan Pancasila, Demokrasi, dan Pencegahan Korupsi
 
Tema Pengembangan Masyarakat
Tema Pengembangan MasyarakatTema Pengembangan Masyarakat
Tema Pengembangan Masyarakat
 
Kebudayaan sebagai isi pendidikan dan demokrasi pendidikan
Kebudayaan sebagai isi pendidikan dan demokrasi pendidikanKebudayaan sebagai isi pendidikan dan demokrasi pendidikan
Kebudayaan sebagai isi pendidikan dan demokrasi pendidikan
 
Lesdy
LesdyLesdy
Lesdy
 
Ppm si pada penyuluhan pertanian mariman_2020021002
Ppm si pada penyuluhan pertanian mariman_2020021002Ppm si pada penyuluhan pertanian mariman_2020021002
Ppm si pada penyuluhan pertanian mariman_2020021002
 
Administrasi Pendidikan Bidang Garapan Hubungan Masyarakat
Administrasi Pendidikan Bidang Garapan Hubungan MasyarakatAdministrasi Pendidikan Bidang Garapan Hubungan Masyarakat
Administrasi Pendidikan Bidang Garapan Hubungan Masyarakat
 
Syarifudin posdayamasjid
Syarifudin posdayamasjidSyarifudin posdayamasjid
Syarifudin posdayamasjid
 
Peran ICT dalam Pendidikan
Peran ICT dalam PendidikanPeran ICT dalam Pendidikan
Peran ICT dalam Pendidikan
 
Makalah civic baron
Makalah civic baronMakalah civic baron
Makalah civic baron
 
aaaa
aaaaaaaa
aaaa
 
Pendidikan dan pembangunan nasional
Pendidikan dan pembangunan nasionalPendidikan dan pembangunan nasional
Pendidikan dan pembangunan nasional
 
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolah
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolahKekerasan di sekolah dan konselor sekolah
Kekerasan di sekolah dan konselor sekolah
 
Laporan kkn
Laporan kknLaporan kkn
Laporan kkn
 
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidupPendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
 

Similar to Model pembelajaran komunitas

Pendidikan Berbasis Masyarakat
Pendidikan Berbasis MasyarakatPendidikan Berbasis Masyarakat
Pendidikan Berbasis Masyarakatasnawidm
 
Laporan KKN-PPM 2013 Universitas Bung Hatta
Laporan KKN-PPM 2013 Universitas Bung HattaLaporan KKN-PPM 2013 Universitas Bung Hatta
Laporan KKN-PPM 2013 Universitas Bung HattaIsmarina Rosida
 
Laporan bantuan sosial
Laporan bantuan sosialLaporan bantuan sosial
Laporan bantuan sosialJoni Candra
 
Proposal bantuan sosial
Proposal bantuan sosialProposal bantuan sosial
Proposal bantuan sosialJoni Candra
 
PPT Manajemen Berbasis Masyarakat.pptx
PPT Manajemen Berbasis Masyarakat.pptxPPT Manajemen Berbasis Masyarakat.pptx
PPT Manajemen Berbasis Masyarakat.pptxanqitamyizah
 
LAPORAN KKN REGULER 2023 DESA WONUA.docx
LAPORAN KKN REGULER 2023 DESA WONUA.docxLAPORAN KKN REGULER 2023 DESA WONUA.docx
LAPORAN KKN REGULER 2023 DESA WONUA.docxZainal90
 
LAPORAN AKHIR KEGIATAN PROFESI INTEGRAL MELALUI PENDEKATAN PEMBERDAYAAN KELUA...
LAPORAN AKHIR KEGIATAN PROFESI INTEGRAL MELALUI PENDEKATAN PEMBERDAYAAN KELUA...LAPORAN AKHIR KEGIATAN PROFESI INTEGRAL MELALUI PENDEKATAN PEMBERDAYAAN KELUA...
LAPORAN AKHIR KEGIATAN PROFESI INTEGRAL MELALUI PENDEKATAN PEMBERDAYAAN KELUA...Mohamad Khaidir
 
Pendidikan Berbasis Masyarakat (YENI ISNAENI)
Pendidikan Berbasis Masyarakat (YENI ISNAENI)Pendidikan Berbasis Masyarakat (YENI ISNAENI)
Pendidikan Berbasis Masyarakat (YENI ISNAENI)YENI ISNAENI SUNARDI
 
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptxPPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptxZoyaRagu
 
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptxPPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptxZoyaRagu
 
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmPedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmBieb Malangnengah
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxNURKIASATINABINTIMOH
 
LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANharjunode
 

Similar to Model pembelajaran komunitas (20)

Pendidikan Berbasis Masyarakat
Pendidikan Berbasis MasyarakatPendidikan Berbasis Masyarakat
Pendidikan Berbasis Masyarakat
 
Laporan KKN-PPM 2013 Universitas Bung Hatta
Laporan KKN-PPM 2013 Universitas Bung HattaLaporan KKN-PPM 2013 Universitas Bung Hatta
Laporan KKN-PPM 2013 Universitas Bung Hatta
 
Laporan KKN PPM
Laporan KKN PPMLaporan KKN PPM
Laporan KKN PPM
 
Laporan desa kebon cau
Laporan desa kebon cauLaporan desa kebon cau
Laporan desa kebon cau
 
Laporan bantuan sosial
Laporan bantuan sosialLaporan bantuan sosial
Laporan bantuan sosial
 
Pengertian pkbm
Pengertian pkbmPengertian pkbm
Pengertian pkbm
 
Proposal bantuan sosial
Proposal bantuan sosialProposal bantuan sosial
Proposal bantuan sosial
 
PPT Manajemen Berbasis Masyarakat.pptx
PPT Manajemen Berbasis Masyarakat.pptxPPT Manajemen Berbasis Masyarakat.pptx
PPT Manajemen Berbasis Masyarakat.pptx
 
LAPORAN KKN REGULER 2023 DESA WONUA.docx
LAPORAN KKN REGULER 2023 DESA WONUA.docxLAPORAN KKN REGULER 2023 DESA WONUA.docx
LAPORAN KKN REGULER 2023 DESA WONUA.docx
 
Analisis CSR pada PT. Freeport
Analisis CSR pada PT. FreeportAnalisis CSR pada PT. Freeport
Analisis CSR pada PT. Freeport
 
Metode pengembangan partisipasi
Metode pengembangan partisipasiMetode pengembangan partisipasi
Metode pengembangan partisipasi
 
Metode pengembangan partisipasi
Metode pengembangan partisipasiMetode pengembangan partisipasi
Metode pengembangan partisipasi
 
LAPORAN AKHIR KEGIATAN PROFESI INTEGRAL MELALUI PENDEKATAN PEMBERDAYAAN KELUA...
LAPORAN AKHIR KEGIATAN PROFESI INTEGRAL MELALUI PENDEKATAN PEMBERDAYAAN KELUA...LAPORAN AKHIR KEGIATAN PROFESI INTEGRAL MELALUI PENDEKATAN PEMBERDAYAAN KELUA...
LAPORAN AKHIR KEGIATAN PROFESI INTEGRAL MELALUI PENDEKATAN PEMBERDAYAAN KELUA...
 
Pendidikan Berbasis Masyarakat (YENI ISNAENI)
Pendidikan Berbasis Masyarakat (YENI ISNAENI)Pendidikan Berbasis Masyarakat (YENI ISNAENI)
Pendidikan Berbasis Masyarakat (YENI ISNAENI)
 
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptxPPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
 
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptxPPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
PPT ADV- Kelompok 8(1).pptx
 
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmPedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
 
KKN STAINU PWR.pptx
KKN STAINU PWR.pptxKKN STAINU PWR.pptx
KKN STAINU PWR.pptx
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
 
LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKAN
 

More from Be Susantyo

Partisipasi masy dlm pemb di pedesaan
Partisipasi masy dlm pemb di pedesaanPartisipasi masy dlm pemb di pedesaan
Partisipasi masy dlm pemb di pedesaanBe Susantyo
 
Memahami perilaku-agresif-sebuah-tinjaua
Memahami perilaku-agresif-sebuah-tinjauaMemahami perilaku-agresif-sebuah-tinjaua
Memahami perilaku-agresif-sebuah-tinjauaBe Susantyo
 
Prevalensi kekerasan anak
Prevalensi kekerasan anakPrevalensi kekerasan anak
Prevalensi kekerasan anakBe Susantyo
 
A Social Norms Manual for Viet Nam, Indonesia and the Philippines
A Social Norms Manual for Viet Nam, Indonesia and the PhilippinesA Social Norms Manual for Viet Nam, Indonesia and the Philippines
A Social Norms Manual for Viet Nam, Indonesia and the PhilippinesBe Susantyo
 
Konsumsi rokok peserta pkh
Konsumsi rokok peserta pkhKonsumsi rokok peserta pkh
Konsumsi rokok peserta pkhBe Susantyo
 
Tantangan kesetaraan gender dalam pkh
Tantangan kesetaraan gender dalam pkhTantangan kesetaraan gender dalam pkh
Tantangan kesetaraan gender dalam pkhBe Susantyo
 
Policy brief pkh
Policy brief pkhPolicy brief pkh
Policy brief pkhBe Susantyo
 
Policy brief genk motor
Policy brief genk motorPolicy brief genk motor
Policy brief genk motorBe Susantyo
 
Policy brief abh
Policy brief abhPolicy brief abh
Policy brief abhBe Susantyo
 
Expose badiklit lkp
Expose badiklit lkpExpose badiklit lkp
Expose badiklit lkpBe Susantyo
 
Memperkasakan orang asli
Memperkasakan orang asliMemperkasakan orang asli
Memperkasakan orang asliBe Susantyo
 
Konsepsia des 2016
Konsepsia des 2016Konsepsia des 2016
Konsepsia des 2016Be Susantyo
 
Konsepsia agust 2016
Konsepsia agust 2016Konsepsia agust 2016
Konsepsia agust 2016Be Susantyo
 
Informa april 2017
Informa april 2017Informa april 2017
Informa april 2017Be Susantyo
 
optimalisasi peran dan fungsi pendamping sosial studi di empat kota di indonesia
optimalisasi peran dan fungsi pendamping sosial studi di empat kota di indonesiaoptimalisasi peran dan fungsi pendamping sosial studi di empat kota di indonesia
optimalisasi peran dan fungsi pendamping sosial studi di empat kota di indonesiaBe Susantyo
 
1 integrasi penanggulangan kemiskinan jurnal quantum vol xiv no 26 jul-des 2018
1 integrasi penanggulangan kemiskinan jurnal quantum vol xiv no 26 jul-des 20181 integrasi penanggulangan kemiskinan jurnal quantum vol xiv no 26 jul-des 2018
1 integrasi penanggulangan kemiskinan jurnal quantum vol xiv no 26 jul-des 2018Be Susantyo
 

More from Be Susantyo (18)

Buku cd 2007
Buku cd 2007Buku cd 2007
Buku cd 2007
 
Partisipasi masy dlm pemb di pedesaan
Partisipasi masy dlm pemb di pedesaanPartisipasi masy dlm pemb di pedesaan
Partisipasi masy dlm pemb di pedesaan
 
Memahami perilaku-agresif-sebuah-tinjaua
Memahami perilaku-agresif-sebuah-tinjauaMemahami perilaku-agresif-sebuah-tinjaua
Memahami perilaku-agresif-sebuah-tinjaua
 
Prevalensi kekerasan anak
Prevalensi kekerasan anakPrevalensi kekerasan anak
Prevalensi kekerasan anak
 
A Social Norms Manual for Viet Nam, Indonesia and the Philippines
A Social Norms Manual for Viet Nam, Indonesia and the PhilippinesA Social Norms Manual for Viet Nam, Indonesia and the Philippines
A Social Norms Manual for Viet Nam, Indonesia and the Philippines
 
Konsumsi rokok peserta pkh
Konsumsi rokok peserta pkhKonsumsi rokok peserta pkh
Konsumsi rokok peserta pkh
 
Tantangan kesetaraan gender dalam pkh
Tantangan kesetaraan gender dalam pkhTantangan kesetaraan gender dalam pkh
Tantangan kesetaraan gender dalam pkh
 
Policy brief pkh
Policy brief pkhPolicy brief pkh
Policy brief pkh
 
Policy brief genk motor
Policy brief genk motorPolicy brief genk motor
Policy brief genk motor
 
Policy brief abh
Policy brief abhPolicy brief abh
Policy brief abh
 
Expose badiklit lkp
Expose badiklit lkpExpose badiklit lkp
Expose badiklit lkp
 
Memperkasakan orang asli
Memperkasakan orang asliMemperkasakan orang asli
Memperkasakan orang asli
 
Konsepsia des 2016
Konsepsia des 2016Konsepsia des 2016
Konsepsia des 2016
 
Konsepsia agust 2016
Konsepsia agust 2016Konsepsia agust 2016
Konsepsia agust 2016
 
Informa april 2017
Informa april 2017Informa april 2017
Informa april 2017
 
optimalisasi peran dan fungsi pendamping sosial studi di empat kota di indonesia
optimalisasi peran dan fungsi pendamping sosial studi di empat kota di indonesiaoptimalisasi peran dan fungsi pendamping sosial studi di empat kota di indonesia
optimalisasi peran dan fungsi pendamping sosial studi di empat kota di indonesia
 
1 integrasi penanggulangan kemiskinan jurnal quantum vol xiv no 26 jul-des 2018
1 integrasi penanggulangan kemiskinan jurnal quantum vol xiv no 26 jul-des 20181 integrasi penanggulangan kemiskinan jurnal quantum vol xiv no 26 jul-des 2018
1 integrasi penanggulangan kemiskinan jurnal quantum vol xiv no 26 jul-des 2018
 
171 435-1-pb
171 435-1-pb171 435-1-pb
171 435-1-pb
 

Recently uploaded

emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxAmandaJesica
 
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxBudyHermawan3
 
Membangun Tim Efektif. suatu pembelajaran ttg pentingnya kolaborasipptx
Membangun Tim Efektif. suatu pembelajaran ttg pentingnya kolaborasipptxMembangun Tim Efektif. suatu pembelajaran ttg pentingnya kolaborasipptx
Membangun Tim Efektif. suatu pembelajaran ttg pentingnya kolaborasipptxBudyHermawan3
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditYOSUAGETMIRAJAGUKGUK1
 
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten .pdf
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten  .pdfPemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten  .pdf
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten .pdfHarisKunaifi2
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfNetraHartana
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptMuhammadNorman9
 
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAnthonyThony5
 

Recently uploaded (8)

emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
 
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
 
Membangun Tim Efektif. suatu pembelajaran ttg pentingnya kolaborasipptx
Membangun Tim Efektif. suatu pembelajaran ttg pentingnya kolaborasipptxMembangun Tim Efektif. suatu pembelajaran ttg pentingnya kolaborasipptx
Membangun Tim Efektif. suatu pembelajaran ttg pentingnya kolaborasipptx
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
 
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten .pdf
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten  .pdfPemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten  .pdf
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten .pdf
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
 
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
 

Model pembelajaran komunitas

  • 2. Dicetak di Malaysia oleh UUM Press Universki Utara Maiaysia 06010 UUMStmok Perpustakaan Negara MalaysiaData-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Zakiyah jamaluddin PEMBANGUNAN KOMUNITI di MALAYSIA dan INDONESIA / editor: Zakiyah Jamaluddin ISBN 978-967-0474-59--5 1. Communicy development—Malaysia. 2. Communky developmenr~Indoncsia I. Judul. 307.1 UUM Press Universki Utara Malaysia 06010 UUM Sintok ' Kedah Malaysta. Tel: 04-9284797 Faks: 04-9284792 E-mel: penerbk@uuni.edu.my Website: http://uumpress.uum.edu.my © 2014 UUM Press Cetakan Pertama 2014 Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh ditcrbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan dengan sebarang bentuk ayat dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada UUM Press. UUM Press ialah anggota Majlis Penerbkan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
  • 3. Metode pembelajaran berasaskan komuniti Salah satu komponen pentingdalam memenuhi tanggungjawab dan perlindungan kerajaan terhadap warganya adalah perkhidmatan komuniti. Ini kerana pada masa hadapan banyak akan mengalami penswastaan. Hal demikian selaras dengan kecenderungan pada era globalisasi yang ditandai dengan munculnya Pertubuhan Perdagangan An tarabangsa/ World Trade Organization (WTO) yang mendorong perkembangan pasaran bebas. Dalam pasaran bebas ini, hampir semua negara di dunia akan terlibat dalam mekanisme pembelajaran berasaskan komuniti akhir-akhir i semakin menunjukkan kegemilangan keluaran ang dihasilkannya. Ini menunjukkan keberkesanan pengggunaan kaedah ini dalam mengenal pasti keperluan sebenar yang dirasakan oleh komuniti dan keperluan dalam penyelesaian masalah sosial yang ada dalam komuniti atau komuniti itu senditi. Model belajar berasaskan komuniti ini juga tetnyata telah mampu "mendidik" komuniti untuk lebih berdikari dalam peningkatan kapasiti komuniti bagi membuat keputusan pembangunan untuk diri mereka sendiri. Dalam kaedah ini, beberapa perkara perlu diperhatikan antaranya konsep belajar berasaskan komuniti itu senditi, pendekatan yang digunakan, prinsip yang perlu diterapkan serta strategi yang harus dipilih, sesuai dengan situasi dan keadaan komuniti. Model Belajar Berasaskan Komuniti: Satu Alternatif Pembelajaran dalam Komuniti Badrun Susantyo 12
  • 4. Model Belajar Berasaskan Komamli179 kerja pasaran bebas. Situasi tersebut tentu akan memberi kesan kepada kehidupan komuniti secara umumnya terutama komuniti miskin/terdedah dalam menggunakan perkhidmatan asas yang diperlukannya. Sehubungan itu, diperlukan penjagaan politik daripada pembuat polisi (kerajaan) untuk lebih memperhatikan kelompok miskin/terdedah. Hal ini sesuai dengan polisi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) tentang pembangunan petkhidmatan komuniti yang lebih memperhatikan kelompok miskin/tetdedah, melalui Milenium Development Goal 2015. Antara agenda utama dari MDG 's 2015 tersebut adalah menangani masalah kemiskinan dan kelaparan, mencapai pendidikan rendah secara universal, dan sebagainya. Untuk merealisasikan agenda tersebut, diperlukan hubungan yang sinergis antara komuniti sebagai pengguna perkhidmatan, pembekal perkhidmatan dan penggubal polisi sehingga pada akhirnya akan mewujudkan "good services workfar poorpeople". Ia seiring dengan polisi Kerajaan Indonesia dalam penguatkuasaan autonomi daerah Undang-Undang No.22 Tahun 1999 berkenaan Pemerintah Daerah menjelaskan tentang hak-hak terhadap kumpulan miskin/terdedah, iaitu: 1.Untuk lebih mendekatkan perkhidmatan sosial kepada komuniti. 2.Untuk meningkatkan kesejahteraan secara adil dan saksama. 3.Meningkatkan demokratik dalam persekitaran tempatan/ daerah. Tujuan tersebut diwujudkan selaras dengan tanggungjawab kerajaan tempatan (Kabupaten dan Kota) dalam menyediakan perkhidmatan komuniti yang mencukupi dan implementasi polisi awam yang berpihak kepada kelompok miskin/terdedah. Pengabaian terhadap hak-hak asasi manusia dapat ditekankan seminimum mungkin dan penyediaan perkhidmatan komuniti menjadi terbaik serta implementasi polisi awam adalah tepat. Care for poor people" bukan satu perkara mudah untuk diaplikasikan. Ini kerana proses pemahaman akan tugas dan
  • 5. Metode pembelajaran berasaskan komuniti Proses pembelajaran berasaskan komuniti ini mempunyai pelbagai kelebihan, sehingga diharapkan outputnya tercapai pelbagai program kegiatan yang dirancang oleh kerajaan. Maksud pembelajaran di sini adalah secara sistematik dalam menyampaikan isi pelajaran kepada komuniti bagi mencapai tujuan pembelajaran tertentu. Lebih jauh lagi, Perkins dan Salomon (1992) telah melakukan kajian terhadap pembelajaran sosial. Mereka mengemukakan beberapa konsep pembelajaran berasaskan komuniti seperti berikut: 180 Pemban^unan Komuniti di Maiavsia dan Indonevia tanggungjawab pihak masing-masing sangat diperlukan, baik kepada pihak kerajaan mahupun komuniti. Kenyataannya, kadang- kadang masih terdapat jurang persepsi antara pihak kerajaan dengan komuniti berkaitan kemampuan/potensi yang dimiliki oleh komuniti terutama komuniti miskin/terdedah. Selama ini pihak kerajaan masih menganggap bahawa mereka merupakan institusi yang penting dalam membekalkan bahan-bahan segera daripada pihak kerajaan tanpa mengira bahawa komuniti yang dijadikan sasaran kegiatan kerajaan mempunyai potensi yang luar biasa apabila mengalami pembangunan. Untuk lebih mendekatkan keperluan komuniti secara nyata (khususnya komuniti terdedah/miskin) dalam pencarian data yang akan diaplikasikan dalam proses membuat keputusan pembangunan, maka sudah selayaknya jika pembuat polisi perlu mengenal pasti keperluan sebenar yang diperlukan oleh komuniti miskin tersebut melalui pembelajaran berasaskan komuniti. Kaedah pembelajaran berasaskan komuniti sangac menekankan proses penyertaan komuniti dalam mengenal pasti keperluan-keperluan nyata yang benar-benar dirasakan perlu oleh komuniti itu sendiri. Dengan demikian perancangan program pembangunan boleh dilakukan dari, oleh dan untuk komuniti itu sendiri. Ia diharapkan akan lebih mendekatkan diri pada program pembangunan dengan keperluan komunitinya.
  • 6. Model Belajar Berasaskan Komuniti181 Mediasi sosial daripada pembelajaran individu Bentuk sosial yang asas daripada pembelajaran adalah apabila seseorang arau kumpulan orang membantu ahli komuniri lain belajar. Contohnya ibu bapa mengajar anaknya bercakap, ketua komuniti memaklumkan polisi dan lain-lain. Model-model daripada pengantaraan sosial ini adalah seperti: 1.Seseorang mengajar individu lain, misalnya orang tua mengajar anaknya, tutor mengajar seseorang dalam bidang kemahiran rertentu. 2.Seseorang mengajar pelbagai orang (kelompok). 3.Sekumpulan orang mengajar ahli kumpuiannya. Konsep mediasi sosial ini dipengaruhi oleh Teori Konstruksi Belajar (Vygotsky dalam Santrock, 2008) yang melihat bahawa proses sosial akan diinternalisasikan kepada seseorang dan berkesan kepada kapasiti mentalnya sehingga akan meningkatkan produktiviti kognitif seseorang. Sebenarnya dalam pembelajaran berasaskan komuniti ini terdapat dua proses penting, iaitu: internalisasi dan pembangunan pengerahuan secara aktif daripada komuniti. Proses internalisasi, intinya ialah penyerapan norma- norma komuniti daripada orang dewasa kepada anak-anaknya atau antara warga komuniti. Kewujudan norma komuniti boleh terdiri daripada aturan-aturan yang dipersetujui untuk dilaksanakan demi kehidupan komuniti itu sendiri. Apabila memperkatakan tentang peraturan maka akan muncul istilah hukuman. Dalam hal ini hukuman yang diterima oleh komuniti yang melanggarnya dianggap sebagai proses pembelajaran dan pendewasaan agar ahli komuniti mempelajari nilai-nilai kebersamaan dan nilai-nilai hidup sebagai ahli komuniti. Pembangunan komitmen dalam kalangan komuniti akan dibangunkan dan mereka harus merumus dan merancang peraturan-peraturan tersebut secara bersama. Melalui ini pula akan muncul komunikasi pendidikan yang mendorong kesepaduan kumpulan antara warga komuniti. Meskipun ada juga yang
  • 7. 182 Peiitbanyttiiaii Konmniti di Malaysia dan lndoitesia berpendapat bahawa untuk menghasilkan penginternalisasian yang lebih besifat 'intelligent tutoring' atau 'sistem pembelajaran berpadu' adalab suatu perkara yang sukar untuk dibina (Crook, 1994). Melalui sisi pembangunan pengetahuan, ia membawa maksud babawa kegiatan-kegiatan daiam komuniti memboiehkan warga komuniti untuk belajar secara mapan. la berlaku secara dinamikal kerana adanya keperluan untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai inovasi yang dialami komuniti. Dilihat daripada dimensi pembelajaran, pemindahan pengetahuan yang berlaku dalam komuniti lebih berkesan berbanding jika ahli komuniti memahaminya sendirian, kerana melalui mediasi sosial ini individu dituntut untuk aktif menyertai. Slavin (1994) menyatakan: "Two additional conditionsfor social mediation to be effective: share group goals and personal accountability". Daripada kenyataan tersebut mengukuhkan anggapan bahawa individu atau anggota komuniti mempunyai tanggungjawab peribadi untuk mendorong berlakunya proses belajar dalam komuniti, kerana adanya persamaan tujuan yang ingin dicapai. Mediasi sosial sebagai pembangunan pengetahuan secara berpenyertaan Werth dalam Perkins dan Salomon (1992) menyatakan bahawa keadaan mental seseorang ditentukan oleh aspek interaksi sosial, budaya, institusi dan sejarah seseorang. Namun pendekatan secara implisit ataupun eksplisit menganggap bahawa keadaan mental seseorang akan teruji seperti proses berfikir atau mengingat kembali yang dipengaruhi oleh faktor sosial dan budaya individu masing-masing ataupun kumpulan. Dengan demikian, melalui mediasi sosial akan terjadi pembangunan pengetahuan yang sifatnya partisipatif daripada setiap individu atau keiompok sesuai dengan keadaan sosial budaya masing-masing. Pengetahuan dan kemahiran yang dibangunkan dalam situasi tersebut berlaku secara implisit mahupun eksplisit yang dipindahkan daripada ahli komunid kepada komuniti yang lain
  • 8. Model Belajar Berasaskan Komanili183 atau daripada ejen perubahan kepada warga komuniti. Keadaan ini sudah tentu menuntut penyertaan ahli komuniti tetsebut dalam kegiatan sosial yang diikutinya. Seperti yang diungkapkan Greeno (1977) bahawa sistem sosial mengukuhkan individu untuk belajar dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan. Mediasi sosial melalui hasil kebudayaan Hasil kebudayaan manusia mewujudkan ruang untuk berlakunya proses pembelajaran daiam kalangan ahli komuniti. Ia berlaku terutama ketika individu tersebut ingin menggunakan peralatan sebagai hasil karya manusia. Dalam proses penciptaan dan penggunaan hasil karya inilah seseorang mengembangkan pengetahuan dan keterampilannya. Perkins dan Salomon (1992) menyatakan: " Iheperson maylearn to use thetool better, Thetoolandthe ohjects to which itis applied there by supplying information andfeed hack to that end, providing important conditions of iearning, helping to teach the user about a better way ofaccomplishing the task through the tooi Moreover, some tools mediate leaming about a widearray ofother matters. Melalui berkarya dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat bagi kehidupan komuniti ini dapat mendorong individu mencari maklumat yang terbaik tentang melakukan sesuatu. Proses pencarian pengetahuan ini dapat dijadikan saranan pembelajaran bagi ahli komuniti. Kelompok sosial sebagai entiti warga belajar Pandangan ini menyatakan bahawa komuniti keseluruhannya adalah sebagai warga yang belajar. Kelompok sosial ini boleh terdiri daripada keluarga, pertubuhan sosial, pertubuhan bidang perniagaan dan lain-lain. Pembelajaran ini mungkin ketika kelompok-kelompok dan anggotanya menginginkan terjadinya
  • 9. 184 Peinbangiman Koniwiiti di Malaysia dan Indonesia perubahan yang mengarah kepada pembaikan. Dalam situasi seperti ini, semua elemen komuniti turut memikirkan cara-cara terbaik untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Untuk itu, ahli komuniti belajar bermula dengan melakukan penilaian terhadap keperluan dan masalah serta mencari penyelesaiannya melalui usaha bersama secara musyawarah. Proses pembelajaran ini akan terus berlangsung selagi komuniri inginkan adanya perubahan dan komitmen untuk memajukan kehidupan secara bertanggungjawab. Ringkasnya, mereka harus bermotivasi tetlibat daiam pembelajaran berasaskan komuniti. Keith dan Newstrom (1995) mengemukakan bahawa motivasi merupakan dorongan daripada dalam diri individu unruk mengarasi segala cabaran dan halangan dalam usaha mencapai mattamat. Beberapa kelebihan kaedah pembelajaran berasaskan komuniri seperti yang dikemukakan oleh Galbraith (1990) ini meliputi: 1.Kompetensi warga belajar akan meningkar melalui proses pendidikan di dalam komuniri. Seriap individu mengalami peningkaran dari segi kemampuan, keterampilan dan sikap serta konsep kendirinya semakin marang. Kematangan secara psikologikal memang memerlukan latihan dan hal tersebut boleh diperoleh melalui pengalaman belajar daripada ahli lain. 2.Penyertaan secara demokrasi ahli yang terlibar dalam program pembangunan akan ditunjukkan kepada situasi untuk memilih dan memahami pelbagai alternatif yang akan ditempuhi. Penentuan keutamaan dan penyelesaian dalam memenuhi keperluan sekali gus penyelesaian masalah memerlukan penyertaan aktif daripada ahli. Melalui mekanisme yang dibina secara terbuka dan demokratik maka proses pendidikan berasaskan komuniti ini akan menimbulkan rasa komitmen yang tinggi daripada kalangan ahli. Dalam proses penyelesaian masalah, komuniti akan mencari sumber-sumber yang boleh membantu mengatasi
  • 10. Model Belajar Berasaskau Koinuiiili I 185 permasalahannya. Siporin (1975) mengatakan bahawa "a resouces is any valuable thing, on reserve or at hand, that one can mohilize and put to instrumentai use in order tofunction, meet a need or resolve a prohlem". Ini bererti, sumbet metupakan sesuatu yang bethatga dan bermanfaat dan boleh dimanfaatkan untuk memenuhi kepetluan atau menyelesaikan petmasalahan. Sumber boleh merupakan sesuatu yang sudah ada dan hanya menggunakan atau cadangan yang masih memerlukan usaha supaya sumber itu boleh berfungsi sebagai alat untuk memenuhi keperluan atau untuk menyelesaikan masalah. Sistem sumber yang dimaksudkan mengikut Pincus dan Minahan (1973) terbahagi kepada sumber tidak rasmi, sumber formal dan sumber komuniti. Dalam perspektif ini, sumber mempunyai fungsi dan peranan strategik dalam spekttum pembelajaran komuniti. Apapun masalah yang dihadapi ahli komuniti, selaras pendekatan dan kaedah yangdigunakan ajen perubahan, mesti mempertimbangkan sumbet sebagai media dalam proses pembelajarannya. Dengan demikian sistem sumber sosial dapat diertikan sebagai "sumbet" atau "potensi" yang boleh digunakan dalam membangunkan kehidupan watganya. Pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti Bagi mencapai keperluan dan penyelesaian masalah, perlu adanya mobilisasi kegiatan ahli komuniti. Mobilisasi ini menekankan adanya kesedatan dan pengettian yang tinggi daripada warga untuk bersama-sama mengatasi masalah yang wujud. Mobilisasi watga komuniti akan berjaya apabila dalam diri mereka lahir komitmen untuk mencapai kemajuan yang dikehendaki bersama. Untuk melahirkan komitmen. Pemahaman tethadap faedah beketja secata kolektif daripada ahli komuniti diperlukan. Pencapaian pemahaman ini akan wujud apabila proses pembelajaran dalam komuniti berjalan dengan baik. Kaedah pembelajaran berasaskan komuniri ini boleh dipandang daripada dua pendekatan utama, iaitu:
  • 11. 186Pmillmilguiiaii Komunili di Malaysia dau indomsia 1.Pembelajaran berasaskan komuniti sebagai proses, fokusnya adaiah mengembangkan hubungan sosial sebagai hasil rerjadinya interaksi sosial antara warga komuniti. Interaksi yang rerbina antara individu akan memunculkan kesepaduan dan kerjasama dalam mengarasi masalah mahupun dalam proses penyerraan ketika mereka mengambil keputusan. Pada dimensi proses ini, ahii komuniti belajar berperanan secara akrif melalui pelaksanaan tugas-tugas yang dipikulnya. Hamilton (1989) selanjutnya menyebutkan bahawa: "/ this process, residents learn more about the issues and make maximum use of local resources to solve problems and they identifiy and control external sources ofassistence". Daripada kenyataan tersebut menunjukkan bahawa dalam proses pendidikan berasaskan komuniti, ahli komuniti belajar tentang masaiah dan penggunaan sumber-sumber yang ada di dalam komuniti untuk mengatasi masalahnya. Komuniti juga diberi ruang dan peluang bagi mengendalikan sumber bantuan yang datang dati luar. 2.Pembelajaran berasaskan komuniti sebagai suatu program yang mengandungi maksud bahawa kegiatannya disusun untuk mencapai manfaat dan tujuan tertentu. Oleh itu, program ini harus mempunyai prosedur-prosedur yang periu ditempuhi demi pencapaiannya yang optimum Pembelajaran berasaskan komuniti dari sisi proses mahupun sebagai suatu program pada dasarnya menuntut penyertaan aktif daripada seluruh anggota komuniti. Oleh itu, menurut (Cary, 1970) penyertaan seseorang terhadap sesuatu kegiatan akan memperlihatkan hal-hal seperti freedom to participate, ability to participate dan willingness to participate. Kebebasan, kemampuan dan keinginan untuk ikut serta merupakan komponen penting dalam kegiatan pembelajaran berasaskan komuniri. Seterusnya komuniti juga boleh dijadikan sebagai makmal untuk belajar bagi para ahlinya. Ini menunjukkan bahawa, komuniti merupakan arena unruk membangunkan pengetahuan dan kemahiran secara nyata dalam kehidupan
  • 12. Moelel Belajar Berasaskan KomtiniU187 berkomuniti. Perkembangan kemampuan tersebut secara jangka panjang akan teruji menerusi interaksi yang dibina antara ahli komuniti. Prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan komuniti Prinsip-prinsip yang perlu dikembangkan dalam pembelajaran berasaskan komuniti menurut Andetson dan Jeffrey (1992), Galbraith (1990), Hiemstra (1993) dan Kerensky (1989) meliputi: 1.Selfdetermination. Prinsipbahawaahlikomunitimempunyai hak dan tanggungjawab dalam menentukan keperluan komuniti. Self determination membawa kesan di mana setiap keputusan yang memberi kesan kepada kepentingan ahli komuniti perlu bermusyawarahkan dengan ahli-ahli komuniti. Dengan demikian akan mendorong terciptanya keadaan yang kondusif, baik dalam aspek aspirasi warga/ ahli mahupun dalam mengenal pasti sistem sumber dan permasalahan di dalam komuniti. 2.Selfhelp. Prinsip self-help, pada dasarnya akan terjadi apabila kapasiti individu ahli komuniti mampu dioptimumkan dalammelaksanakanperanannyasebagai makhluksosial. Hal ini penting kerana mengingatkan individu sebagai makhluk sosial mempunyai tanggungjawab sosial yang ditunjukkan pada ketika individu tersebut menjalankan tugas dalam kehidupannya. Perpaduan dan tolong-menolong yang dibangunkan dalam warga komuniti secara normatif akan diterima sebagai suatu acuan perilaku bagi ahli komuniti. 3.Leadership development. Pembangunan kepimpinan membolehkan tokoh-tokoh komuniti sebagai pemimpin mempelajari pelbagai kemahiran atau kemampuan dalam penyelesaian masalah, pembuatan keputusan dan proses kumpulan yang mana akan mempercepatkan lagi kesejahteraan komuniti. Dengan mengambil kira kesepaduan program, secara tidak langsung dapat mengurangkan pengulangan kegiatan yang secara ekonomikal yang dapat menghidati berlakunya gejala pembaziran. 4.Localization. Prinsip aktiviti lokaliti atau program membawa maksud bahawa apabila program yang dijalankan berada
  • 13. 188Pemban^unan Komimiti di Malaysia dan bidonesia dalam persekitaran komuniti, maka potensi watga untuk aktif sangat besar. Untuk itu, dalam merancang dan menetapkan lokasi aktiviti atau program sebaiknya-baiknya harus mudah untuk dicapai oleh ahli komuniti. 5.Reduce duplication of services. Kesepaduan peibagai unsur aktiviti telah mendorong individu untuk mempunyai kemampuan menperkembangkan rangkaian komunikasi yang akan menyokong aktiviti watga komuniti tersebut. 6.Accept diversity. Ptinsip lain dalam pembelajaran betasaskan komuniti adalah menerima adanya perbezaan di dalam komuniti. Perbezaan ini mungkin dari segi agama, warna kulit, bahasa dan iain-iain. Penerimaan perbezaan tersebut akan muncui rasa kebersamaan daiam menghadapi masalah mahupun dalam memanfaatkan sumber-sumber yang meteka miliki. Dinamik komuniti berlaku daiam semua dimensi kehidupannya. Dengan adanya perubahan tersebut akan mempengaruhi tuntutan petubahan dan keperluan setiap ahli komuniti. Keadaan ini mendorong munculnya tanggungjawab daripada institusi kekomunitian untuk bersama-sama memikirkan usaha penyeiesaian masalah daiam komuniti. 7.Institutional responsiveness. Prinsip kerjasama antara pertubuhan dalam pendidikan berasaskan komuniti ini penting dikembangkan agar terjadi usaha kondusif dan sinergis antara elemen komuniti yang lain. 8.Lifeiong learning. Ptinsip "pembelajaran sepanjang hayat" beriaku unruk semua usia dalam pelbagai seting komuniti. Dalam konteks pendidikan, ptinsip betasaskan komuniti dapat dikenali sebagai suatu media yang membolehkan seseorang terus belajar tanpa mengenal usia. Strategi pembelajaran berasaskan komuniti Pembelajaran berasaskan komuniti akan mengoptimumkan kejayaannya apabila adanya sokongan daripada pelbagai pihak, antaranya melalui:
  • 14. Model Belajar Berasaskan Kammiiti189 1.Meningkatkan kemahiran warga komuniti. Dalam mengukuhkan kemahiran, ahli memerlukan kegiatan- kegiatan yang memberi peluang bagi warga untuk lebih meningkatkan kreatifitinya dan menonjolkan potensinya. 2.Memberikan kesempatan generasi muda untuk belajar. Generasi muda sebagai generasi penerus perlu didorong aktiviti belajarnya agar mereka dapat mengembangkan fikiran yang berwawasan dengan baik. Oleh itu, peluang untuk belajar periu dibuka seluas-Iuasnya, agar golongan muda mampu melihat masa depan dengan optimis dan penuh rasa tanggungjawab. 3.Pembangunan rangkaian kerja dengan institusi-institusi pendidikan. Pembangunan rangkaian kerja dengan peibagai institusi pendidikan adalah penting dilaksanakan untuk mempelajari mekanisme dan sistem belajar yang berkesan. Selain itu, dengan kerjasama pendidikan antara kumpulan warga dalam komuniti dengan institusi-institusi pendidikan, akan muncul motivasi untuk meneruskan perkembangan kurikulum dan metodologi pembelajarannya. 4.Memberikan latihan kepada sukarelawan dalam sesebuah komuniti. Latihan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menggalakkan ahli komunid menjadi fasilitator atau tutor kepada komuniti yang lain. Para sukarelawan ini diharap mampu menjadi pemangkin yang akan mendorong terjadinya perubahan sosial ke arah positif dan kondusif, sehingga proses belajar warga komuniti akan mencapai tahap yang optimum. Terdapat beberapa kelebihan yang boleh kita aplikasikan daripada kaedah pembelajaran berasaskan komuniti. Ia memerlukan sebuah komitmen yang nyata bagi segenap pihak yang berkepentingan (stakeholder) yang berkaitan dengan usaha pembangunan komuniti. Komitmen ini perlu dipikul secara bersama oleh pelbagai pihak, sama ada pihak kerajaan mahupun komuniti. Ini menunjukkan bahawa sebagus manapun model pembelajaran berasaskan komuniti, namun tanpa adanya kesedaran untuk meningkatkan kemampuan dan kapasiti diri serta komuniti
  • 15. Rujukan Cary, L. (Ed.). (1970). Community development as a process. Columbia: University of Missouti Press. Crook, C. (1994). Computers and the collahorative experience of tearning. Routledge, London: UK. Perkins, D. N., Salomon, G., & Globerson, T. (1991). Partners in cognition: Extending human intelligence with intelligent technologies. Educationat Researcher, 20, 2-9. Greeno, J. G. (1977). Processes of understanding in problem solving. Dlm. N. J. Castellan, D. B. Pisoni & G. R. Potts (Peny), Cognitive theory (2, 43-48). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Galbraith, M. W. (1990). Adult learning methods: A guide for effective instruction. Malabar, Fla: R. E. Krieger. Hamilton, E., & Cunningham, P. (1989). Community-basedadult education. Dlm. S. Merriam & P. Cunningham (Peny). Handhook ofadult and continuingeducation (hlm. 439-450). San Francisco: Jossey-Bass. Ife, J. (2002). Community devetopment: Creating community creatives — Vision, anatysis andpractice. Melbourne, Australia: Longman. 190 Pembaii^uiicin Komunili di Malaysia dan Indouesia maka semuanya hanyalah angan-angan kosong. Diharapkan semua klien yang terlibat dalam pembelajaran berasaskan komuniti ini pada masa hadapan mampu: 1.Menentukan tujuan belajar secara realistik mengikut kemampuan dan keadaan yang nyata dalam komuniti tempatan. 2.Memahami cabaran, halangan, kelemahan dan juga potensi komuniti sebaik-baiknya agar tujuan dapat dicapai dengan baik dan menepati sasaran. 3.Menjalankan semua aktiviti pembelajaran berasaskan komuniti ini dengan tanpa dipaksa dan mempunyai kepentingan bersama bagi tujuan kejayaan bersama.
  • 16. Model Belajor Berasaskan Komumli , 191 Keith, D., & Newstrom, J. W. (1995). Human behavior at work: Organizational behavior. Singapore: McGraw-Hill. Netting, F. E., Kettner, P. M., & McMurtry, S. L. (1993). Social work macro practice. NewYork: Longman. Parson, R. J., Jorgensen, J. D., & Hernandez, S. H. (1994). The integration of social work practice. California: Brooks/Cole Publishing. Perkins, D. N., & Salomon, G. (1992). Transfer of learning. International encyclopedia ofeducation (edisi ke-2). Oxford, England: Pergamon Press. Pincus, A., & Minahan, A. (1973). Social workpractice: Moddand method. Itasca, Ulinois: F. E. Peacock. Siporin, M. (1975). Introduction to social workpractice. New York: Macmillan Publishing. Salomon, G. (1993). Distributed cognitions: Psychological and educationalconcideration. Cambridge: Cambridge University Press. Santrock, J. W. (2008). Psikologi Pendidikan. Jakarta: Penerbit Kencana. Slavin, R. (1994). Cooperative leaming: Theory, research, andpractice (edisi ke-2). Boston: Allyn & Bacon.
  • 17. kefungsian sosiai 158 kejiranan 39,40. 161 keluarga 7.52. 109. 111, 124-125 kemahiran fasilitatif 152 kemahiran sosial 194 kerjasosial 87.93.96-97 kesejahteraan sosial 144 Khmer Rouge 53 klien 133 Komunitas Adat Terpencil (KAT) 114 komuniti 3-4.8,20-21 kerja komuniti 87-88.90,93-94 komuniti Kemboja 6 konsep komuniti 3, 38 model pembelajaran komuniti 8 pekerja komuniti 87. 145 pembangunan komuniti 5-8,10- 11. 13.31.65 pembelajaran berasaskan komuniti 178. 180. 185-188 M Malaysia 10.49,52.55 masyarakat madani 114 masyarakat Sunda 198.204 mediasi sosial 181-183 modal sosial 195-196 model pasaran 16 model pembuat keputusan 17 model perbezaan 14 motivasi 194 N nilaibudaya 203-204 geng 159 gengsterisme 162 H Hierarki Keperluan Maslow 11 I Indonesia 73 intervensi 74, 171-172 K Kearifan Loka! 192 kecerdasan emosional 193-194 kecerdasan intelektual 193 akuakultur 55-56 amalan 42 B bantuan tunai bersyarat 141 C Cham 50, 55 D dasar 44 delinkuensi 159 depresi 81 Indeks 207
  • 18. trauma 81 salahlaku 164 sektor perikanan 55 subbudaya 158 sukarelawan 144 rakan sebaya 158. 161-162, 164. 168, 173 regulasi diri 194 retnaja berisiko 173 remaja bermasalah 105,109-110 remaja nakal 103, 105 Rukun Tetangga 38,40-41,44 rumah tangga sangat miskln 142, 143. 147-148.150,152 208 Pembangunan Komuniti di Malaysia dan Indonesia o orang kurang upaya 87 P partisipasi 93. 109-110 pelarian 53. 76 pembimbing 152. 155 pemerkasaan 103.114.116-117 penilaian keperluan 5. 10-13 perkhidmatan sosial 179 persepsi 41.44 praktis kerja sosial 73. 77 Program Keluarga Harapan 141