Teori motivasi utama yang dijelaskan dalam dokumen ini adalah Teori Atribusi Weiner, Teori Hierarki Keperluan Maslow, Teori Kognitif dan Teori Motivasi Pencapaian McClelland. Teori-teori ini menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang seperti persepsi kendiri, pemenuhan keperluan asas, pemikiran kognitif dan hasrat untuk berjaya.
1. TEORI – TEORI MOTIVASI
Teori atribusi Weiner
Merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi untuk
motivasi akademik.
Menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil
yang diingini.
Teori ini mengandungi teori efikasi kendiri, dimana penekanan ditumpukan
kepada persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan
atau kegagalan usaha.
Teori ini menerangkan kejayaan atau kegagalan boleh dianalisis seperti berikut :
a) Kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman.
b) Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin stabil atau tidak stabil.
c) Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin boleh dikawal atau tidak boleh
dikawal.
Teori Hierarki Keperluan Maslow
sebelum keperluan-keperluan yang lebih tinggi diperoleh, keperluan-keperluan
primer mestilah dipenuhi terlebih dahulu
dalam bentuk piramid, di mana keperluan asas terletak di bawah manakala
keperluan yang lebih tinggi parasnya terletak di bahagian atas.
keperluan terendah( keperluan kekurangan)
fisiologi,
keselamatan
kasih sayang
penghargaan kendiri
Tiga keperluan yang teratas : keperluan kendiri atau keperluan perkembangan.
keperluan kekurangan, - semakin ia dipenuhi, semakin menurun tahap
motivasinya
Sekiranya keperluan kekurangan(deficiency needs) belum dipenuhi,maka
keperluan perkembangan(growth needs)tidak akan bermakna.
Setelah keperluan kekurangan dipenuhi, individu tidak lagi bermotivasi untuk
memenuhinya, tetapi akan bergerak ke hierarki yang kebih tinggi.
Individu akan berkecenderungan untuk berkembang seterusnya membawa
kepada penyempurnaan kendiri; yakni mencapai potensi yang menyeluruh.
Teori Kognitif
menumpukan perhatian kepada peranan pemikiran, jangkaan dan kefahaman
manusia tentang kehidupan
motivasi intrinsic
2. menyebabkan manusia berpartisipasi dalam sesuatu aktiviti untuk kepuasan
yang akan diperoleh daripadaaktiviti tersebut.
motivasi ekstrinsik
menyebabkan manusia berpartisipasi dalam aktiviti untuk mendapatkan
ganjaran.
Teori Motivasi Pencapaian McClelland
motivasi individu akan meningkat jika,
- dia dimotivasikan.
- memahami unsur-unsur motivasi.
Melibatkan diri secara aktif dalam usaha itu.
Motivasi merupakan satu set proses yang memberi tenaga kepada tingkah
laku seseorang itu dan matlamat menjuruskan tingkah laku itu kepada satu-
satu matlamat
Seseorang yang bermotivasi akan membuat pilihan positif untuk
melaksanakan sesuatu itu kerana beliau akan mengetahui tindakan ini
bermakna kepadanya dan boleh memuaskan keperluannya.
menekankan juga tentang tingkah laku individu yang bermotivasi pencapaian
tinggi