SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
X PENGENALAN
Seorang guru harus mahir dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan
kepada pelajar dan membimbing mereka dalam pencapaian akademik yang baik.
Guru tersebut juga harus menilai cara mengajar diri sendiri dan berusaha untuk
memperbaiki kesilapan. Ini melibatkan kemahiran interpersonal dan
intrapersonal yang baik. Apakah itu kemahiran interpersonal dan intrapersonal?
Dalam topik ini, kita akan melihat bagaimana kemahiran interpersonal dan
kemahiran intrapersonal mempengaruhi cara seseorang individu itu
berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dicadangkan
bagi kedua-dua kemahiran ini untuk memudahkan guru mengaplikasikannya di
dalam bilik darjah. Unsur-unsur bekerjasama, toleransi dan bertanggungjawab
serta komited dibincangkan di bawah subtopik Kemahiran Interpersonal.
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep kemahiran interpersonal;
2. Menerangkan konsep kemahiran intrapersonal;
3. Mengenal pasti tahap kecerdasan murid dengan memerhatikan
tingkah laku dan kebolehan mereka; dan
4. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran
interpersonal dan intrapersonal pelajar.
HASIL PEMBELAJARAN
TTooppiikk
55
X Kemahiran
Interpersonal
dan
Intrapersonal
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL112
Seterusnya di bawah Kemahiran Intrapersonal dibincangkan berkenaan
menghargai diri, pengawalan emosi dan mengapa seorang guru itu perlu
menjadi prihatin (prihatin telah dibincangkan dalam Topik 3).
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
(MULTIPLE INTELLIGENCES)
Cara kita berinteraksi berbeza mengikut tempat, individu yang dilawan
berkomunikasi dan situasi yang wujud ketika interaksi berlaku. Sebagai guru,
kita tahu pelajar mempunyai keperluan berbeza dan cara belajar berbeza.
Sebahagian pelajar sukakan angka manakala sebahagian lagi sukakan warna dan
ada pula yang suka bercerita atau menyanyi. Terdapat juga pelajar yang suka
bekerja dalam kumpulan, manakala sebahagian kecil pula akan menghasilkan
tugasan yang baik jika bersendirian. Justeru itu, untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang lebih berkesan dan mencapai
objektifnya, pelbagai aktiviti perlu digunakan. Dengan itu, keperluan pelajar
yang pelbagai dengan cara belajar yang pelbagai juga dapat ditangani.
Teori Pelbagai Kecerdasan yang dipelopori oleh Howard Gardner pada tahun
1993 mengatakan manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-
linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan
intrapersonal. Terkini telah ditambah satu lagi kecerdasan iaitu naturalis dan
melengkapkannya kepada lapan kecerdasan.
Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan ini, tetapi mungkin hanya
dua atau tiga kecerdasan yang menonjol atau lebih jelas kelihatan daripada yang
lain-lainnya.
Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai ialah:
(i) Verbal-Linguistik;
(ii) Logik-Matematik;
(iii) Visual-Ruang;
(iv) Kinestetik;
(v) Muzik;
(vi) Interpersonal;
(vii) Intrapersonal; dan
(viii) Naturalis.
5.1
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 113
Mengikut Gardner, kesemua lapan kecerdasan ini dimiliki oleh semua individu
tetapi tahapnya adalah berbeza (rujuk Rajah 5.1 untuk penjelasan). Oleh sebab
itu, guru boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga
dalam diri pelajar-pelajarnya.
Rajah 5.1: Teori pelbagai kecerdasan
Dengan menguasai Teori Kecerdasan Pelbagai ini, seorang guru akan:
(a) Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui
bahawa setiap individu pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang
berlainan;
(b) Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa
potensinya tidak terbatas;
(c) Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p&p yang
menyeronokkan;
(d) Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan
penyelidikan dalam p&p;
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL114
(e) Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah; dan
(f) Mempelbagai cara penilaian seperti berikut (lihat Jadual 5.1):
Jadual 5.1: Cara Penilaian
Cara Menilai Penjelasan
Bermakna x Mempunyai nilai kepada murid.
Mengikut konteks x Berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan
mereka.
Sesuai dengan kecerdasan
murid
x Membenarkan masa untuk murid menghayati
proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian.
Membenarkan perkembangan
kesemua kecerdasan
x Melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian
masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian.
Digabung jalinkan dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran
x Murid belajar kerana ingin tahu dan digalakkan
belajar dalam kumpulan.
Mencerminkan kepakaran
murid dalam sesuatu
kemahiran
x Perbandingan dibuat dengan hasil yang lepas oleh
murid itu sendiri.
(g) Mempelbagaikan aktiviti p&p di bilik darjah dengan menggunakan strategi
Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif
mengikut Taksonomi Bloom.
Sekarang, mari kita lihat bagaimana cara mengenal pasti kekuatan sendiri dan
kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai.. Cara-caranya adalah seperti berikut:
(a) Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
memadankan dengan kecerdasan murid;
(b) Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum
menyerlah; dan
(c) Membuat pemerhatian ke atas:
(i) Tingkah laku murid semasa p&p;
(ii) Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang;
(iii) Laporan prestasi murid; dan
(iv) Profil kecerdasan murid.
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 115
KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam
bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan
menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan
menguruskan komunikasi.
Kemahiran interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat
serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu
yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain.
Salah satu cara mendefinisikan kemahiran interpersonal ialah dengan cara
meneliti perkara-perkara berikut:
(a) Bilangan individu yang terlibat;
(b) Jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar;
(c) Jumlah saluran deria yang terlibat; dan
(d) Maklum balas yang disediakan.
Rajah 5.2 di bawah menunjukkan aspek-aspek kemahiran interpersonal.
Rajah 5.2: Aspek-aspek kemahiran interpersonal
Seterusnya kita akan melihat huraian lanjut tentang setiap aspek yang dinyatakan
dalam rajah di atas.
5.2
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL116
(a) Kepimpinan
Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh mempengaruhi ahli-
ahli di dalam kumpulannya menjayakan aktiviti tertentu untuk mencapai
matlamat kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Untuk mempengaruhi
orang lain, memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi seperti
mempunyai karisma, kepakaran, kebolehan memberi arahan dan adanya
suasana hormat menghormati antara ahli.
(b) Jaringan Perhubungan
Kemahiran mencari, mengenal pasti dan membina hubungan yang
berkesan dengan orang lain dan boleh mengekalkan hubungan ini untuk
kebaikan kedua-dua pihak. Di dalam mengukuhkan hubungan ini,
kemahiran-kemahiran membangunkan hubungan dan memotivasi turut
diguna pakai.
(c) Kerja Berpasukan
Bekerja di dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama.
Kemahiran ini termasuklah kebolehan bekerjasama dengan ahli-ahli lain,
menerima idea orang lain, menggunakan pendekatan kolaboratif di dalam
pembelajaran dan bertanggungjawab berusaha mencapai matlamat
kumpulan.
Seterusnya kita akan melihat kepada kemahiran interpersonal. Terdapat empat
prinsip kemahiran interpersonal iaitu:
(a) Tidak Boleh Dielakkan
Komunikasi tidak dapat dielakkan. Kita berkomunikasi bukan sahaja
menggunakan suara tetapi juga dengan isyarat badan (gesture), ekspresi
muka dan sebagainya. Senyuman, anggukan, jelingan, lambaian dan
sebagainya juga adalah antara cara kita berkomunikasi. Kita selalunya
berkomunikasi secara spontan dengan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling
kita.
Apakah teknik yang anda sering gunakan semasa beramah mesra dengan
seseorang anda tidak kenali? Bincang dengan rakan anda.
AKTIVITI 5.1
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 117
(b) Tidak Boleh Undur ke Belakang (Irreversible)
Apabila kita rasa kita telah melukakan hati seseorang, selalunya kita akan
meminta maaf. Bolehkah perkataan yang telah kita keluarkan itu ditarik
balik supaya orang yang mendengarnya boleh melupakan? Bak kata
pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
(c) Rencam (Complicated)
Terdapat banyak pihak yang terlibat di dalam sesebuah komunikasi, paling
tidak penutur dan pendengar. Menurut pakar-pakar bahasa, enam pihak
terlibat di dalam sesuatu komunikasi ialah:
(i) Siapakah anda?
(ii) Siapakah anda fikir orang itu?
(iii) Siapakah anda fikir orang lain memikirkan anda?
(iv) Siapakah orang lain fikir dirinya itu?
(v) Siapakah anda pada fikiran orang lain?
(vi) Siapakah dia yang difikirkan oleh orang itu pada pendapat anda?
(d) Kontekstual (Contextual)
Komunikasi tidak berlaku secara terasing tetapi dalam konteks berikut:
(i) Konteks Psikologi
Siapa kita dan apa kesan yang telah kita berikan kepada interaksi
yang berlaku.
(ii) Konteks Hubungan
Tindak balas kita terhadap orang lain.
(iii) Konteks Situasi
Di mana interaksi itu berlaku. Interaksi yang berlaku di pasar berbeza
dengan interaksi di pejabat.
(iv) Konteks Persekitaran
Persekitaran seperti perabot, tahap kebisingan, suhu, musim atau
waktu boleh menentukan bentuk interaksi yang berlaku.
(v) Konteks Budaya
Ada budaya yang menganggap tidak beradab jika bertentangan mata
semasa berinteraksi dan ada pula yang sebaliknya.
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL118
5.2.1 Bekerjasama
Seorang guru perlu menjalinkan semangat kerjasama dengan guru-guru yang
lain, kakitangan sekolah, dan ibu bapa kepada pelajar-pelajarnya.
Kerjasama dengan guru-guru lain sangat diperlukan, bermula dari merancang
pengajaran hinggalah kepada melaksanakan aktiviti sekolah yang lainnya; yang
diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa. Tanpa kerjasama ini, hasrat
atau matlamat yang dirancang tidak akan tercapai.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah. Ahli-ahlinya
terdiri daripada semua guru dan ibu bapa pelajar. Melalui PIBG, pelbagai aktiviti
dirancang dan dilaksanakan demi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dari segi
akademik dan akhlak. PIBG juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan
ibu bapa. Kerjasama yang erat antara keduanya akan membantu semua pihak
dalam membentuk pelajar menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara.
Tujuan bekerjasama dengan ibu bapa adalah untuk:
(a) Mengetahui latar belakang keluarga pelajar;
(b) Menyalurkan maklumat tentang perkembangan pelajar;
(c) Meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah pelajar;
(d) Menyelesaikan masalah pelajar secara kolaboratif; dan
(e) Menyedarkan pelajar bahawa ibu bapa dan guru sentiasa mengambil berat
terhadap perkembangan mereka.
Pelajar anda yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah
bekerjasama dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Pelajar yang belajar secara
kumpulan koperatif sentiasa mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi
daripada mereka yang bekerja secara individu. Tugasan yang dihasilkan secara
kumpulan juga didapati lebih berkualiti. Kerjasama kumpulan membuktikan
masalah perkauman dapat dikurangkan di samping meningkatkan kemahiran
sosial ahli-ahli yang terlibat.
Secara bekerjasama di dalam kumpulan kecil, bincangkan aktiviti-aktiviti
yang boleh dilaksanakan oleh PIBG untuk menjayakan tujuan kerjasama
antara guru dan ibu bapa.
AKTIVITI 5.2
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 119
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah:
(a) Temu duga;
(b) Membuat kajian berkenaan orang kenamaan melalui temu bual;
(c) Main peranan;
(d) Bekerja dalam kumpulan/kumpulan koperatif;
(e) Bekerja secara berpasangan;
(f) Menjadi pembimbing rakan sebaya;
(g) Mengelolakan perbincangan kelas;
(h) Menjalankan kempen;
(i) Berurus niaga;
(j) Membaca berita; dan
(k) Berlakon.
5.2.2 Toleransi
Apakah yang dimaksudkan dengan toleransi? Mengapa perlu ada toleransi
dalam hubungan? Toleransi mengikut Kamus Dewan bermaksud „sedia
menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza
daripada pendirian sendiri‰.
Individu yang mempunyai kemahiran interpersonal akan sentiasa mengamalkan
sikap toleransi ini. Di dalam pergaulan sehari-hari kita akan bertemu dengan
pelbagai kerenah manusia, malangnya tidak semua kerenah itu kita senangi.
Sebagai satu cara mengelakkan daripada berlakunya konflik, sikap toleransi
diamalkan. Di dalam situasi tertentu, perbezaan pendapat sama ada berkenaan
dengan politik, agama dan sebagainya terpaksa kita terima demi memberi
peluang yang sama dan berlaku adil kepada semua pihak.
Di dalam negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk ini, sifat toleransi
sangatlah dituntut. Di dalam perhubungan setiap hari kita berhadapan dengan
pelbagai kerenah manusia. Kita tidak perlu pergi jauh; cuba kita renungkan apa
yang terjadi antara anak dan ibu bapa. Ada di antara kita terpaksa memilih jalan
kerjaya yang kita tidak minati kerana ibu bapa yang menentukannya. Akibatnya
individu berkenaan akan rasa tertekan ditambah pula dengan tanggapan salah
masyarakat yang menobatkan kejayaan sebagai cemerlang di dalam akademik
sahaja.
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL120
Apakah yang anda pelajari semasa di tadika dahulu? Bukankah kita diajar
supaya berkongsi, bermain bersama, belajar bersama dan sebagainya dilakukan
bersama dengan rakan lain yang tidak kita kenali sebelum ini? Rakan-rakan kita
itu datangnya daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.
Kalau direnungkan semula, bolehkah anda jelaskan apakah aktiviti-aktiviti yang
digunakan oleh guru tadika anda untuk memupuk sikap toleransi?
5.2.3 Tanggungjawab dan Komited
Semua kita mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada tanggungjawab
terhadap keluarga, kerjaya, masyarakat mahupun tanggungjawab terhadap
negara.
Di sini kita akan tumpukan perbincangan terhadap tanggungjawab kita dengan
kerjaya kita sendiri sebagai seorang guru kerana tanggung terhadap kerjaya ini
adalah berbeza-beza.
Tanggungjawab yang kita temui dalam kerjaya kita adalah yang:
(a) Berkaitan dengan tugas;
(b) Diterima secara sukarela; dan
(c) Ditimbulkan oleh sesuatu situasi.
Jadual 5.2 menunjukkan contoh-contoh tanggungjawab berkaitan kerjaya.
Jadual 5.2: Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya
Tanggungjawab
Berkaitan Kerjaya
Contoh
Tanggungjawab yang
berkaitan dengan tugas
x Mematuhi peraturan ă dari segi waktu bekerja, cara
berpakaian.
x Bersedia sebelum masuk kelas.
x Kawalan bilik darjah.
Tanggungjawab yang
diterima secara sukarela
x Mendisiplinkan pelajar.
x Mengambil tahu latar belakang pelajar.
x Menjadi kaunselor untuk pelajar.
Tanggungjawab yang
ditimbulkan oleh
sesuatu situasi
x Membawa pelajar ke hospital.
x Menghubungi penjaga atau ibu bapa jika diperlukan.
x Keperluan menambah ilmu ă belajar.
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 121
Berikut adalah panduan di dalam melaksanakan tanggungjawab kita:
(a) Jika kita tidak pasti bagaimana tangggungjawab harus dilaksanakan
dapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan;
(b) Jika melakukan kesilapan, anda perlulah mengambil tanggungjawab itu
dan terimalah sebagai petanda perkembangan ke arah kematangan; dan
(c) Jika kesilapan anda dibetulkan oleh seseorang, hargai dan jangan rasa
terancam.
Tanggungjawab Tambahan
Sekarang mari kita lihat tanggungjawab tambahan seorang guru. Menerima
tanggungjawab tambahan boleh dilaksanakan secara sukarela atau pun secara
terpaksa. Contohnya bila anda diarahkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang
tidak tersenarai di bawah tanggungjawab anda. Jika anda dapat menerimanya
dan melaksanakannya dengan baik, ini boleh membantu anda meningkatkan diri
di dalam kerjaya.
Berikut adalah contoh tanggungjawab tambahan:
(a) Belajar kemahiran baru;
(b) Meningkatkan peluang untuk maju;
(c) Memberikan sumbangan positif untuk kemajuan sekolah;
(d) Membantu guru-guru baru; dan
(e) Menepati masa.
KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami
dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu
mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya,
apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti
tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri
secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan
diri sendiri. Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang
tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Mereka boleh menentukan hala tuju
kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
5.3
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL122
Secara luarannya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal itu
kelihatan murung dan mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa berwaspada dan
mempunyai wawasan.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar anda
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:
(a) Menyimpan jurnal atau diari;
(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
(c) Menilai kerja sendiri;
(d) Mengisi borang;
(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;
(g) Melaksanakan projek secara individu;
(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
(i) Membuat refleksi secara senyap;
(j) Menggunakan teknik metakognitif (menyedari teknik pembelajaran sendiri
dan dapat menjelaskannya);
(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
(l) Menggunakan kemahiran menaakul.
5.3.1 Menghargai Diri
Seseorang individu yang menghargai diri akan dapat menerima diri sendiri
seadanya dan tidak membandingkan dengan orang lain yang dirasakan jauh
lebih baik darinya. Individu ini akan sentiasa bersyukur dengan kelebihan atau
pun kekurangan yang dimilikinya. Harga diri ialah sebahagian daripada unsur
dalam konsep kendiri. Harga diri adalah bahagian yang menilai diri sendiri dan
mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan.
Seseorang yang menghargai diri dapat menerima hakikat bahawa kejayaan dan
kegagalan adalah perkara lumrah di dalam kehidupan seseorang. Misalnya, jika
beliau pernah mengalami kegagalan di sekolah; keadaan ini tidak akan
melemahkan semangatnya atau menjadikan beliau merasa rendah diri. Beliau
akan terus berusaha untuk berjaya.
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 123
Setiap individu tidak dilahirkan dengan konsep diri atau harga diri tetapi ia
terbentuk melalui cara orang lain di sekeliling bertutur, bertindak balas dan
melayan mereka. Sebelum seorang kanak-kanak menjejakkan kaki ke sekolah
untuk mendapatkan pendidikan secara formal, ibu bapa atau orang yang
terdekatlah yang mempengaruhi pembentukan harga diri seseorang itu.
Kemudian peranan itu akan diambil pula oleh guru-guru dan rakan sebaya yang
berhubungan rapat dengannya.
Guru meningkat atau mengurangkan harga diri kanak-kanak tanpa disedarinya.
Kanak-kanak yang dilabel sebagai malas, bodoh, lembab dan bermasalah akan
mengalami kekurangan harga diri. Guru sendiri menjadi penghalang kepada
pembentukan harga diri yang lebih tinggi apabila mereka dibanding-
bandingkan, dikritik atau diberikan perlindungan berlebihan. Sebaliknya kalau
mereka sering diberi pujian dan galakan, harga diri akan terbentuk dan harga
diri inilah yang akan menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Individu yang menghargai diri akan sentiasa menyukai dirinya walaupun bukan
kerana kejayaan memperoleh sesuatu. Menghargai diri adalah satu daripada
taktik untuk memberikan nilai yang tinggi kepada diri sendiri, misalnya untuk
keyakinan diri. Kita menyukai diri kita seadanya bukan kerana apa yang boleh
kita lakukan atau sebaliknya. Bagi individu ini, sebarang pujian tidak diperlukan
untuk mengenal kekuatan diri, sebab diri sendiri telah yakin dengan apa yang
dipunyai.
Seseorang yang menghargai diri akan:
(a) Meningkatkan prestasi pembelajarannya kerana beliau berani mencuba,
bertanya dan meneroka keadaan ini menjadikan mereka kreatif dalam
pemikiran dan hasil kerja;
(b) Berkeyakinan untuk bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan sosial mereka. Mereka tidak mudah tersinggung oleh komen
atau pendapat rakan sebaya; dan
(c) Tidak mudah berputus asa dan akan terus mencuba untuk berjaya.
5.3.2 Pengawalan Emosi
Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan. Marah
adalah satu emosi yang normal, semua individu pernah mengalami emosi ini
sama ada marahkan seseorang atau dimarahi oleh seseorang. Bagaimanapun jika
ianya terjadi hingga di luar kawalan akan menimbulkan masalah perhubungan
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL124
sama ada di tempat kerja, menjejaskan hubungan dengan individu lain dan yang
jelasnya akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap kita.
Manusia menggunakan pelbagai cara untuk mengawal emosi sama ada secara
sedar atau tidak seperti:
(a) Melahirkan Emosi
Dalam melahirkan emosi seseorang harus tahu apa yang dikehendaki
dengan jelas dan bagaimana memperolehnya tanpa melukakan hati orang
lain.
(b) Memendamkan Emosi
Keadaan ini terjadi bila kita menahan kemarahan, tidak mahu
memikirkannya tetapi memberikan tumpuan kepada melakukan perkara
lain yang lebih positif. Jika keadaan tersebut berterusan ia akan
mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi atau kemurungan.
(c) Bertenang
Kita berupaya menenangkan diri sendiri dengan cara mengawal tingkah
laku, mengawal tindak balas dalaman, mengambil langkah menurunkan
degupan jantung, memujuk diri sendiri dan membiarkan perasaan itu
berlalu dengan sendiri.
Pada pendapat anda, perlukah seseorang itu mendapatkan bantuan kaunselor?
Jika anda merasakan emosi anda sukar dikawal dan akan memberi kesan ke atas
hubungan dengan orang lain, sebaiknya anda perlulah mendapatkan bantuan
kaunselor supaya emosi itu dapat dikendalikan dengan baik. Pakar sakit jiwa boleh
membantu anda menangani emosi dengan pelbagai teknik secara berkesan.
x Kemahiran interpersonal adalah kebolehan memahami orang lain dan
menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing
dan menguruskan komunikasi.
x Kemahiran intrapersonal adalah kebolehan memahami diri dan dapat
membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan perasaan diri sendiri.
x Seseorang yang mempunyai kemahiran interpersonal mempunyai sifat
kepimpinan yang baik, dapat bekerja dalam pasukan dan mengekalkan
perhubungan yang baik.
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 125
x Bagi memupuk kemahiran intrapersonal guru harus melibatkan pelajar
dalam aktiviti seperti menguruskan jurnal pembelajaran, menggunakan
teknik metakognitif, membincangkan kelemahan dan kekuatan diri sendiri
dan sebagainya.
Keperluan
Karisma
Keperluan
Taksonomi Bloom
Teknik metakognitif
Toleransi
Jawab semua soalan.
1. Apakah yang dimaksudkan sebagai kemahiran interpersonal oleh Howard
Gardner?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(1 markah)
2. Kemahiran intrapersonal ialah _______________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(1 markah)
3. Senaraikan tiga kelebihan bekerjasama di kalangan pelajar.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(3 markah)
4. Mengapakah seseorang individu perlu mengamalkan sikap bertoleransi di
dalam pergaulan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL126
5. Jelaskan contoh tanggungjawab di dalam jadual di bawah:
Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Contoh
Tanggungjawab yang berkaitan dengan
tugas
Tanggungjawab yang diterima secara
sukarela
Tanggungjawab yang ditimbulkan oleh
sesuatu situasi
(3 markah)
Kerjasama yang terjalin antara guru dan ibu bapa akan memudahkan pelbagai
masalah pelajar diselesaikan.
(a) Jelaskan empat kepentingan kerjasama antara guru dan ibu bapa.
(b) Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam
menyelesaikan masalah pelajar-pelajarnya.
(c) Berikan contoh-contoh masalah yang sering melibatkan pelajar di sekolah.

More Related Content

What's hot

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 

What's hot (20)

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Isu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guruIsu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guru
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 

Viewers also liked

Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Muhammad Syahir
 
kemahiran belajar : Interpersonal dan intrapersonal
kemahiran belajar : Interpersonal dan intrapersonalkemahiran belajar : Interpersonal dan intrapersonal
kemahiran belajar : Interpersonal dan intrapersonalLuqman Hakim
 
Komunikasi interpersonal
Komunikasi interpersonalKomunikasi interpersonal
Komunikasi interpersonalKinanti Tyas
 
PSIKOLOGI SOSIAL tarikan interpersonal dan hubungan
PSIKOLOGI SOSIAL tarikan interpersonal dan hubunganPSIKOLOGI SOSIAL tarikan interpersonal dan hubungan
PSIKOLOGI SOSIAL tarikan interpersonal dan hubunganAmin Upsi
 
Hubungan interpersonal
Hubungan interpersonalHubungan interpersonal
Hubungan interpersonalIAIN Walisongo
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL komunikasi interpersonal
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL komunikasi interpersonalKOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL komunikasi interpersonal
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL komunikasi interpersonalAmin Upsi
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasizasbaruden
 
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Maria Sofea
 
Komunikasi inter personal -ppt-
Komunikasi inter personal -ppt-Komunikasi inter personal -ppt-
Komunikasi inter personal -ppt-Salma Van Licht
 
Elemen-elemen Komunikasi Interpersonal
Elemen-elemen Komunikasi InterpersonalElemen-elemen Komunikasi Interpersonal
Elemen-elemen Komunikasi InterpersonalRatih Aini
 
Langkah-langkah Komunikasi Interpersonal
Langkah-langkah Komunikasi InterpersonalLangkah-langkah Komunikasi Interpersonal
Langkah-langkah Komunikasi InterpersonalRatih Aini
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Kemahiran mendengar dalam komunikasi interper...
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Kemahiran mendengar dalam komunikasi interper...KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Kemahiran mendengar dalam komunikasi interper...
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Kemahiran mendengar dalam komunikasi interper...Amin Upsi
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesanlindasobri
 
Powerpoint komunikasi
Powerpoint komunikasiPowerpoint komunikasi
Powerpoint komunikasiconesti08com
 

Viewers also liked (20)

Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007
 
Komunikasi interpersonal
Komunikasi interpersonalKomunikasi interpersonal
Komunikasi interpersonal
 
Hubungan Interpersonal
Hubungan InterpersonalHubungan Interpersonal
Hubungan Interpersonal
 
kemahiran belajar : Interpersonal dan intrapersonal
kemahiran belajar : Interpersonal dan intrapersonalkemahiran belajar : Interpersonal dan intrapersonal
kemahiran belajar : Interpersonal dan intrapersonal
 
Komunikasi interpersonal
Komunikasi interpersonalKomunikasi interpersonal
Komunikasi interpersonal
 
PSIKOLOGI SOSIAL tarikan interpersonal dan hubungan
PSIKOLOGI SOSIAL tarikan interpersonal dan hubunganPSIKOLOGI SOSIAL tarikan interpersonal dan hubungan
PSIKOLOGI SOSIAL tarikan interpersonal dan hubungan
 
Hubungan interpersonal
Hubungan interpersonalHubungan interpersonal
Hubungan interpersonal
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL komunikasi interpersonal
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL komunikasi interpersonalKOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL komunikasi interpersonal
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL komunikasi interpersonal
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasi
 
Komunikasi intrapersonal
Komunikasi intrapersonalKomunikasi intrapersonal
Komunikasi intrapersonal
 
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
 
Komunikasi inter personal -ppt-
Komunikasi inter personal -ppt-Komunikasi inter personal -ppt-
Komunikasi inter personal -ppt-
 
Elemen-elemen Komunikasi Interpersonal
Elemen-elemen Komunikasi InterpersonalElemen-elemen Komunikasi Interpersonal
Elemen-elemen Komunikasi Interpersonal
 
komunikasi itrapersonal
komunikasi itrapersonalkomunikasi itrapersonal
komunikasi itrapersonal
 
Langkah-langkah Komunikasi Interpersonal
Langkah-langkah Komunikasi InterpersonalLangkah-langkah Komunikasi Interpersonal
Langkah-langkah Komunikasi Interpersonal
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Kemahiran mendengar dalam komunikasi interper...
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Kemahiran mendengar dalam komunikasi interper...KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Kemahiran mendengar dalam komunikasi interper...
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Kemahiran mendengar dalam komunikasi interper...
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Powerpoint komunikasi
Powerpoint komunikasiPowerpoint komunikasi
Powerpoint komunikasi
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 

Similar to Maksud intrapersonal

Revolusi Pembelajaran Ppt
Revolusi Pembelajaran PptRevolusi Pembelajaran Ppt
Revolusi Pembelajaran PptWARGA SALAPAN
 
Revolusi pembelajaran ppt
Revolusi pembelajaran pptRevolusi pembelajaran ppt
Revolusi pembelajaran pptWARGA SALAPAN
 
Kecerdasan majemuk (MULTIPLE INTELEGENCES)
Kecerdasan majemuk (MULTIPLE INTELEGENCES)Kecerdasan majemuk (MULTIPLE INTELEGENCES)
Kecerdasan majemuk (MULTIPLE INTELEGENCES)windi rahmawati
 
PPT KELOMPOK 4.pptx
PPT KELOMPOK 4.pptxPPT KELOMPOK 4.pptx
PPT KELOMPOK 4.pptxAlFatih85
 
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdfJerry Saribun
 
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdfJerry Saribun
 
modul critical thinking
modul critical thinkingmodul critical thinking
modul critical thinkingfikri asyura
 
PUM1 - 2KognitifBehavioristikSociallearning
PUM1 - 2KognitifBehavioristikSociallearningPUM1 - 2KognitifBehavioristikSociallearning
PUM1 - 2KognitifBehavioristikSociallearningmfrids
 
PPT Kecerdasan Majemuk Mata Kuliah Teori Pembelajaran,.pptx
PPT Kecerdasan Majemuk Mata Kuliah Teori Pembelajaran,.pptxPPT Kecerdasan Majemuk Mata Kuliah Teori Pembelajaran,.pptx
PPT Kecerdasan Majemuk Mata Kuliah Teori Pembelajaran,.pptxRoyEkanala
 
Teorikaunseling
TeorikaunselingTeorikaunseling
Teorikaunselingeswoo
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
KONEKSI ANTAR MATERI Modul 1.2.pptx.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI Modul 1.2.pptx.pptxKONEKSI ANTAR MATERI Modul 1.2.pptx.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI Modul 1.2.pptx.pptxParnoParno10
 
Kiat Sukses Keberhasilan Komunikasi Pendidikan
Kiat Sukses Keberhasilan Komunikasi PendidikanKiat Sukses Keberhasilan Komunikasi Pendidikan
Kiat Sukses Keberhasilan Komunikasi Pendidikanguest09e48c
 

Similar to Maksud intrapersonal (20)

Revolusi Pembelajaran Ppt
Revolusi Pembelajaran PptRevolusi Pembelajaran Ppt
Revolusi Pembelajaran Ppt
 
Revolusi pembelajaran ppt
Revolusi pembelajaran pptRevolusi pembelajaran ppt
Revolusi pembelajaran ppt
 
Keterampilan Komunikasi dan Antar Diri
Keterampilan Komunikasi dan Antar DiriKeterampilan Komunikasi dan Antar Diri
Keterampilan Komunikasi dan Antar Diri
 
Kecerdasan majemuk (MULTIPLE INTELEGENCES)
Kecerdasan majemuk (MULTIPLE INTELEGENCES)Kecerdasan majemuk (MULTIPLE INTELEGENCES)
Kecerdasan majemuk (MULTIPLE INTELEGENCES)
 
PPT KELOMPOK 4.pptx
PPT KELOMPOK 4.pptxPPT KELOMPOK 4.pptx
PPT KELOMPOK 4.pptx
 
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
 
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
 
Untuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajarUntuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajar
 
04kecerdasan pelbagai
04kecerdasan pelbagai04kecerdasan pelbagai
04kecerdasan pelbagai
 
modul critical thinking
modul critical thinkingmodul critical thinking
modul critical thinking
 
Triana Savitri
Triana SavitriTriana Savitri
Triana Savitri
 
PUM1 - 2KognitifBehavioristikSociallearning
PUM1 - 2KognitifBehavioristikSociallearningPUM1 - 2KognitifBehavioristikSociallearning
PUM1 - 2KognitifBehavioristikSociallearning
 
PPT Kecerdasan Majemuk Mata Kuliah Teori Pembelajaran,.pptx
PPT Kecerdasan Majemuk Mata Kuliah Teori Pembelajaran,.pptxPPT Kecerdasan Majemuk Mata Kuliah Teori Pembelajaran,.pptx
PPT Kecerdasan Majemuk Mata Kuliah Teori Pembelajaran,.pptx
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
KB 2 PPD.pdf
KB 2 PPD.pdfKB 2 PPD.pdf
KB 2 PPD.pdf
 
Teorikaunseling
TeorikaunselingTeorikaunseling
Teorikaunseling
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
KONEKSI ANTAR MATERI Modul 1.2.pptx.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI Modul 1.2.pptx.pptxKONEKSI ANTAR MATERI Modul 1.2.pptx.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI Modul 1.2.pptx.pptx
 
Pedagogi bestari
Pedagogi bestariPedagogi bestari
Pedagogi bestari
 
Kiat Sukses Keberhasilan Komunikasi Pendidikan
Kiat Sukses Keberhasilan Komunikasi PendidikanKiat Sukses Keberhasilan Komunikasi Pendidikan
Kiat Sukses Keberhasilan Komunikasi Pendidikan
 

More from annaliew

Latihan 2 teori atribusi
Latihan 2    teori  atribusiLatihan 2    teori  atribusi
Latihan 2 teori atribusiannaliew
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentanganannaliew
 
Latihan pendidikan seni visual
Latihan pendidikan seni visualLatihan pendidikan seni visual
Latihan pendidikan seni visualannaliew
 
penulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnalpenulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnalannaliew
 
Pembentanganulasanjurnal 150402104659-conversion-gate01
Pembentanganulasanjurnal 150402104659-conversion-gate01Pembentanganulasanjurnal 150402104659-conversion-gate01
Pembentanganulasanjurnal 150402104659-conversion-gate01annaliew
 
Teori teori motivasi
Teori  teori motivasiTeori  teori motivasi
Teori teori motivasiannaliew
 
Eori keperluan motivasi mc clelland oleh david c
Eori keperluan motivasi mc clelland oleh david cEori keperluan motivasi mc clelland oleh david c
Eori keperluan motivasi mc clelland oleh david cannaliew
 

More from annaliew (9)

Latihan 2 teori atribusi
Latihan 2    teori  atribusiLatihan 2    teori  atribusi
Latihan 2 teori atribusi
 
Resis
ResisResis
Resis
 
Kolaj
KolajKolaj
Kolaj
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentangan
 
Latihan pendidikan seni visual
Latihan pendidikan seni visualLatihan pendidikan seni visual
Latihan pendidikan seni visual
 
penulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnalpenulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnal
 
Pembentanganulasanjurnal 150402104659-conversion-gate01
Pembentanganulasanjurnal 150402104659-conversion-gate01Pembentanganulasanjurnal 150402104659-conversion-gate01
Pembentanganulasanjurnal 150402104659-conversion-gate01
 
Teori teori motivasi
Teori  teori motivasiTeori  teori motivasi
Teori teori motivasi
 
Eori keperluan motivasi mc clelland oleh david c
Eori keperluan motivasi mc clelland oleh david cEori keperluan motivasi mc clelland oleh david c
Eori keperluan motivasi mc clelland oleh david c
 

Recently uploaded

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 

Recently uploaded (20)

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 

Maksud intrapersonal

  • 1. X PENGENALAN Seorang guru harus mahir dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada pelajar dan membimbing mereka dalam pencapaian akademik yang baik. Guru tersebut juga harus menilai cara mengajar diri sendiri dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan. Ini melibatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang baik. Apakah itu kemahiran interpersonal dan intrapersonal? Dalam topik ini, kita akan melihat bagaimana kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal mempengaruhi cara seseorang individu itu berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dicadangkan bagi kedua-dua kemahiran ini untuk memudahkan guru mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Unsur-unsur bekerjasama, toleransi dan bertanggungjawab serta komited dibincangkan di bawah subtopik Kemahiran Interpersonal. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep kemahiran interpersonal; 2. Menerangkan konsep kemahiran intrapersonal; 3. Mengenal pasti tahap kecerdasan murid dengan memerhatikan tingkah laku dan kebolehan mereka; dan 4. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal pelajar. HASIL PEMBELAJARAN TTooppiikk 55 X Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal
  • 2. X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL112 Seterusnya di bawah Kemahiran Intrapersonal dibincangkan berkenaan menghargai diri, pengawalan emosi dan mengapa seorang guru itu perlu menjadi prihatin (prihatin telah dibincangkan dalam Topik 3). TEORI KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCES) Cara kita berinteraksi berbeza mengikut tempat, individu yang dilawan berkomunikasi dan situasi yang wujud ketika interaksi berlaku. Sebagai guru, kita tahu pelajar mempunyai keperluan berbeza dan cara belajar berbeza. Sebahagian pelajar sukakan angka manakala sebahagian lagi sukakan warna dan ada pula yang suka bercerita atau menyanyi. Terdapat juga pelajar yang suka bekerja dalam kumpulan, manakala sebahagian kecil pula akan menghasilkan tugasan yang baik jika bersendirian. Justeru itu, untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang lebih berkesan dan mencapai objektifnya, pelbagai aktiviti perlu digunakan. Dengan itu, keperluan pelajar yang pelbagai dengan cara belajar yang pelbagai juga dapat ditangani. Teori Pelbagai Kecerdasan yang dipelopori oleh Howard Gardner pada tahun 1993 mengatakan manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan verbal- linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal. Terkini telah ditambah satu lagi kecerdasan iaitu naturalis dan melengkapkannya kepada lapan kecerdasan. Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan ini, tetapi mungkin hanya dua atau tiga kecerdasan yang menonjol atau lebih jelas kelihatan daripada yang lain-lainnya. Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai ialah: (i) Verbal-Linguistik; (ii) Logik-Matematik; (iii) Visual-Ruang; (iv) Kinestetik; (v) Muzik; (vi) Interpersonal; (vii) Intrapersonal; dan (viii) Naturalis. 5.1
  • 3. TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 113 Mengikut Gardner, kesemua lapan kecerdasan ini dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza (rujuk Rajah 5.1 untuk penjelasan). Oleh sebab itu, guru boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam diri pelajar-pelajarnya. Rajah 5.1: Teori pelbagai kecerdasan Dengan menguasai Teori Kecerdasan Pelbagai ini, seorang guru akan: (a) Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap individu pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan; (b) Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas; (c) Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p&p yang menyeronokkan; (d) Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam p&p;
  • 4. X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL114 (e) Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah; dan (f) Mempelbagai cara penilaian seperti berikut (lihat Jadual 5.1): Jadual 5.1: Cara Penilaian Cara Menilai Penjelasan Bermakna x Mempunyai nilai kepada murid. Mengikut konteks x Berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan mereka. Sesuai dengan kecerdasan murid x Membenarkan masa untuk murid menghayati proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian. Membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan x Melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian. Digabung jalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran x Murid belajar kerana ingin tahu dan digalakkan belajar dalam kumpulan. Mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran x Perbandingan dibuat dengan hasil yang lepas oleh murid itu sendiri. (g) Mempelbagaikan aktiviti p&p di bilik darjah dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom. Sekarang, mari kita lihat bagaimana cara mengenal pasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai.. Cara-caranya adalah seperti berikut: (a) Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid; (b) Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah; dan (c) Membuat pemerhatian ke atas: (i) Tingkah laku murid semasa p&p; (ii) Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang; (iii) Laporan prestasi murid; dan (iv) Profil kecerdasan murid.
  • 5. TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 115 KEMAHIRAN INTERPERSONAL Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. Kemahiran interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain. Salah satu cara mendefinisikan kemahiran interpersonal ialah dengan cara meneliti perkara-perkara berikut: (a) Bilangan individu yang terlibat; (b) Jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar; (c) Jumlah saluran deria yang terlibat; dan (d) Maklum balas yang disediakan. Rajah 5.2 di bawah menunjukkan aspek-aspek kemahiran interpersonal. Rajah 5.2: Aspek-aspek kemahiran interpersonal Seterusnya kita akan melihat huraian lanjut tentang setiap aspek yang dinyatakan dalam rajah di atas. 5.2
  • 6. X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL116 (a) Kepimpinan Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh mempengaruhi ahli- ahli di dalam kumpulannya menjayakan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Untuk mempengaruhi orang lain, memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi seperti mempunyai karisma, kepakaran, kebolehan memberi arahan dan adanya suasana hormat menghormati antara ahli. (b) Jaringan Perhubungan Kemahiran mencari, mengenal pasti dan membina hubungan yang berkesan dengan orang lain dan boleh mengekalkan hubungan ini untuk kebaikan kedua-dua pihak. Di dalam mengukuhkan hubungan ini, kemahiran-kemahiran membangunkan hubungan dan memotivasi turut diguna pakai. (c) Kerja Berpasukan Bekerja di dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama. Kemahiran ini termasuklah kebolehan bekerjasama dengan ahli-ahli lain, menerima idea orang lain, menggunakan pendekatan kolaboratif di dalam pembelajaran dan bertanggungjawab berusaha mencapai matlamat kumpulan. Seterusnya kita akan melihat kepada kemahiran interpersonal. Terdapat empat prinsip kemahiran interpersonal iaitu: (a) Tidak Boleh Dielakkan Komunikasi tidak dapat dielakkan. Kita berkomunikasi bukan sahaja menggunakan suara tetapi juga dengan isyarat badan (gesture), ekspresi muka dan sebagainya. Senyuman, anggukan, jelingan, lambaian dan sebagainya juga adalah antara cara kita berkomunikasi. Kita selalunya berkomunikasi secara spontan dengan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita. Apakah teknik yang anda sering gunakan semasa beramah mesra dengan seseorang anda tidak kenali? Bincang dengan rakan anda. AKTIVITI 5.1
  • 7. TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 117 (b) Tidak Boleh Undur ke Belakang (Irreversible) Apabila kita rasa kita telah melukakan hati seseorang, selalunya kita akan meminta maaf. Bolehkah perkataan yang telah kita keluarkan itu ditarik balik supaya orang yang mendengarnya boleh melupakan? Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. (c) Rencam (Complicated) Terdapat banyak pihak yang terlibat di dalam sesebuah komunikasi, paling tidak penutur dan pendengar. Menurut pakar-pakar bahasa, enam pihak terlibat di dalam sesuatu komunikasi ialah: (i) Siapakah anda? (ii) Siapakah anda fikir orang itu? (iii) Siapakah anda fikir orang lain memikirkan anda? (iv) Siapakah orang lain fikir dirinya itu? (v) Siapakah anda pada fikiran orang lain? (vi) Siapakah dia yang difikirkan oleh orang itu pada pendapat anda? (d) Kontekstual (Contextual) Komunikasi tidak berlaku secara terasing tetapi dalam konteks berikut: (i) Konteks Psikologi Siapa kita dan apa kesan yang telah kita berikan kepada interaksi yang berlaku. (ii) Konteks Hubungan Tindak balas kita terhadap orang lain. (iii) Konteks Situasi Di mana interaksi itu berlaku. Interaksi yang berlaku di pasar berbeza dengan interaksi di pejabat. (iv) Konteks Persekitaran Persekitaran seperti perabot, tahap kebisingan, suhu, musim atau waktu boleh menentukan bentuk interaksi yang berlaku. (v) Konteks Budaya Ada budaya yang menganggap tidak beradab jika bertentangan mata semasa berinteraksi dan ada pula yang sebaliknya.
  • 8. X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL118 5.2.1 Bekerjasama Seorang guru perlu menjalinkan semangat kerjasama dengan guru-guru yang lain, kakitangan sekolah, dan ibu bapa kepada pelajar-pelajarnya. Kerjasama dengan guru-guru lain sangat diperlukan, bermula dari merancang pengajaran hinggalah kepada melaksanakan aktiviti sekolah yang lainnya; yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa. Tanpa kerjasama ini, hasrat atau matlamat yang dirancang tidak akan tercapai. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah. Ahli-ahlinya terdiri daripada semua guru dan ibu bapa pelajar. Melalui PIBG, pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan demi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dari segi akademik dan akhlak. PIBG juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa. Kerjasama yang erat antara keduanya akan membantu semua pihak dalam membentuk pelajar menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara. Tujuan bekerjasama dengan ibu bapa adalah untuk: (a) Mengetahui latar belakang keluarga pelajar; (b) Menyalurkan maklumat tentang perkembangan pelajar; (c) Meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah pelajar; (d) Menyelesaikan masalah pelajar secara kolaboratif; dan (e) Menyedarkan pelajar bahawa ibu bapa dan guru sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan mereka. Pelajar anda yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah bekerjasama dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Pelajar yang belajar secara kumpulan koperatif sentiasa mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada mereka yang bekerja secara individu. Tugasan yang dihasilkan secara kumpulan juga didapati lebih berkualiti. Kerjasama kumpulan membuktikan masalah perkauman dapat dikurangkan di samping meningkatkan kemahiran sosial ahli-ahli yang terlibat. Secara bekerjasama di dalam kumpulan kecil, bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh PIBG untuk menjayakan tujuan kerjasama antara guru dan ibu bapa. AKTIVITI 5.2
  • 9. TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 119 Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah: (a) Temu duga; (b) Membuat kajian berkenaan orang kenamaan melalui temu bual; (c) Main peranan; (d) Bekerja dalam kumpulan/kumpulan koperatif; (e) Bekerja secara berpasangan; (f) Menjadi pembimbing rakan sebaya; (g) Mengelolakan perbincangan kelas; (h) Menjalankan kempen; (i) Berurus niaga; (j) Membaca berita; dan (k) Berlakon. 5.2.2 Toleransi Apakah yang dimaksudkan dengan toleransi? Mengapa perlu ada toleransi dalam hubungan? Toleransi mengikut Kamus Dewan bermaksud „sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri‰. Individu yang mempunyai kemahiran interpersonal akan sentiasa mengamalkan sikap toleransi ini. Di dalam pergaulan sehari-hari kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia, malangnya tidak semua kerenah itu kita senangi. Sebagai satu cara mengelakkan daripada berlakunya konflik, sikap toleransi diamalkan. Di dalam situasi tertentu, perbezaan pendapat sama ada berkenaan dengan politik, agama dan sebagainya terpaksa kita terima demi memberi peluang yang sama dan berlaku adil kepada semua pihak. Di dalam negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk ini, sifat toleransi sangatlah dituntut. Di dalam perhubungan setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Kita tidak perlu pergi jauh; cuba kita renungkan apa yang terjadi antara anak dan ibu bapa. Ada di antara kita terpaksa memilih jalan kerjaya yang kita tidak minati kerana ibu bapa yang menentukannya. Akibatnya individu berkenaan akan rasa tertekan ditambah pula dengan tanggapan salah masyarakat yang menobatkan kejayaan sebagai cemerlang di dalam akademik sahaja.
  • 10. X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL120 Apakah yang anda pelajari semasa di tadika dahulu? Bukankah kita diajar supaya berkongsi, bermain bersama, belajar bersama dan sebagainya dilakukan bersama dengan rakan lain yang tidak kita kenali sebelum ini? Rakan-rakan kita itu datangnya daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Kalau direnungkan semula, bolehkah anda jelaskan apakah aktiviti-aktiviti yang digunakan oleh guru tadika anda untuk memupuk sikap toleransi? 5.2.3 Tanggungjawab dan Komited Semua kita mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya, masyarakat mahupun tanggungjawab terhadap negara. Di sini kita akan tumpukan perbincangan terhadap tanggungjawab kita dengan kerjaya kita sendiri sebagai seorang guru kerana tanggung terhadap kerjaya ini adalah berbeza-beza. Tanggungjawab yang kita temui dalam kerjaya kita adalah yang: (a) Berkaitan dengan tugas; (b) Diterima secara sukarela; dan (c) Ditimbulkan oleh sesuatu situasi. Jadual 5.2 menunjukkan contoh-contoh tanggungjawab berkaitan kerjaya. Jadual 5.2: Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Contoh Tanggungjawab yang berkaitan dengan tugas x Mematuhi peraturan ă dari segi waktu bekerja, cara berpakaian. x Bersedia sebelum masuk kelas. x Kawalan bilik darjah. Tanggungjawab yang diterima secara sukarela x Mendisiplinkan pelajar. x Mengambil tahu latar belakang pelajar. x Menjadi kaunselor untuk pelajar. Tanggungjawab yang ditimbulkan oleh sesuatu situasi x Membawa pelajar ke hospital. x Menghubungi penjaga atau ibu bapa jika diperlukan. x Keperluan menambah ilmu ă belajar.
  • 11. TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 121 Berikut adalah panduan di dalam melaksanakan tanggungjawab kita: (a) Jika kita tidak pasti bagaimana tangggungjawab harus dilaksanakan dapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan; (b) Jika melakukan kesilapan, anda perlulah mengambil tanggungjawab itu dan terimalah sebagai petanda perkembangan ke arah kematangan; dan (c) Jika kesilapan anda dibetulkan oleh seseorang, hargai dan jangan rasa terancam. Tanggungjawab Tambahan Sekarang mari kita lihat tanggungjawab tambahan seorang guru. Menerima tanggungjawab tambahan boleh dilaksanakan secara sukarela atau pun secara terpaksa. Contohnya bila anda diarahkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang tidak tersenarai di bawah tanggungjawab anda. Jika anda dapat menerimanya dan melaksanakannya dengan baik, ini boleh membantu anda meningkatkan diri di dalam kerjaya. Berikut adalah contoh tanggungjawab tambahan: (a) Belajar kemahiran baru; (b) Meningkatkan peluang untuk maju; (c) Memberikan sumbangan positif untuk kemajuan sekolah; (d) Membantu guru-guru baru; dan (e) Menepati masa. KEMAHIRAN INTRAPERSONAL Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. 5.3
  • 12. X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL122 Secara luarannya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar anda memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah: (a) Menyimpan jurnal atau diari; (b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran; (c) Menilai kerja sendiri; (d) Mengisi borang; (e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami; (f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri; (g) Melaksanakan projek secara individu; (h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri; (i) Membuat refleksi secara senyap; (j) Menggunakan teknik metakognitif (menyedari teknik pembelajaran sendiri dan dapat menjelaskannya); (k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan (l) Menggunakan kemahiran menaakul. 5.3.1 Menghargai Diri Seseorang individu yang menghargai diri akan dapat menerima diri sendiri seadanya dan tidak membandingkan dengan orang lain yang dirasakan jauh lebih baik darinya. Individu ini akan sentiasa bersyukur dengan kelebihan atau pun kekurangan yang dimilikinya. Harga diri ialah sebahagian daripada unsur dalam konsep kendiri. Harga diri adalah bahagian yang menilai diri sendiri dan mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Seseorang yang menghargai diri dapat menerima hakikat bahawa kejayaan dan kegagalan adalah perkara lumrah di dalam kehidupan seseorang. Misalnya, jika beliau pernah mengalami kegagalan di sekolah; keadaan ini tidak akan melemahkan semangatnya atau menjadikan beliau merasa rendah diri. Beliau akan terus berusaha untuk berjaya.
  • 13. TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 123 Setiap individu tidak dilahirkan dengan konsep diri atau harga diri tetapi ia terbentuk melalui cara orang lain di sekeliling bertutur, bertindak balas dan melayan mereka. Sebelum seorang kanak-kanak menjejakkan kaki ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan secara formal, ibu bapa atau orang yang terdekatlah yang mempengaruhi pembentukan harga diri seseorang itu. Kemudian peranan itu akan diambil pula oleh guru-guru dan rakan sebaya yang berhubungan rapat dengannya. Guru meningkat atau mengurangkan harga diri kanak-kanak tanpa disedarinya. Kanak-kanak yang dilabel sebagai malas, bodoh, lembab dan bermasalah akan mengalami kekurangan harga diri. Guru sendiri menjadi penghalang kepada pembentukan harga diri yang lebih tinggi apabila mereka dibanding- bandingkan, dikritik atau diberikan perlindungan berlebihan. Sebaliknya kalau mereka sering diberi pujian dan galakan, harga diri akan terbentuk dan harga diri inilah yang akan menjamin kesejahteraan hidup mereka. Individu yang menghargai diri akan sentiasa menyukai dirinya walaupun bukan kerana kejayaan memperoleh sesuatu. Menghargai diri adalah satu daripada taktik untuk memberikan nilai yang tinggi kepada diri sendiri, misalnya untuk keyakinan diri. Kita menyukai diri kita seadanya bukan kerana apa yang boleh kita lakukan atau sebaliknya. Bagi individu ini, sebarang pujian tidak diperlukan untuk mengenal kekuatan diri, sebab diri sendiri telah yakin dengan apa yang dipunyai. Seseorang yang menghargai diri akan: (a) Meningkatkan prestasi pembelajarannya kerana beliau berani mencuba, bertanya dan meneroka keadaan ini menjadikan mereka kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja; (b) Berkeyakinan untuk bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial mereka. Mereka tidak mudah tersinggung oleh komen atau pendapat rakan sebaya; dan (c) Tidak mudah berputus asa dan akan terus mencuba untuk berjaya. 5.3.2 Pengawalan Emosi Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan. Marah adalah satu emosi yang normal, semua individu pernah mengalami emosi ini sama ada marahkan seseorang atau dimarahi oleh seseorang. Bagaimanapun jika ianya terjadi hingga di luar kawalan akan menimbulkan masalah perhubungan
  • 14. X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL124 sama ada di tempat kerja, menjejaskan hubungan dengan individu lain dan yang jelasnya akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap kita. Manusia menggunakan pelbagai cara untuk mengawal emosi sama ada secara sedar atau tidak seperti: (a) Melahirkan Emosi Dalam melahirkan emosi seseorang harus tahu apa yang dikehendaki dengan jelas dan bagaimana memperolehnya tanpa melukakan hati orang lain. (b) Memendamkan Emosi Keadaan ini terjadi bila kita menahan kemarahan, tidak mahu memikirkannya tetapi memberikan tumpuan kepada melakukan perkara lain yang lebih positif. Jika keadaan tersebut berterusan ia akan mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi atau kemurungan. (c) Bertenang Kita berupaya menenangkan diri sendiri dengan cara mengawal tingkah laku, mengawal tindak balas dalaman, mengambil langkah menurunkan degupan jantung, memujuk diri sendiri dan membiarkan perasaan itu berlalu dengan sendiri. Pada pendapat anda, perlukah seseorang itu mendapatkan bantuan kaunselor? Jika anda merasakan emosi anda sukar dikawal dan akan memberi kesan ke atas hubungan dengan orang lain, sebaiknya anda perlulah mendapatkan bantuan kaunselor supaya emosi itu dapat dikendalikan dengan baik. Pakar sakit jiwa boleh membantu anda menangani emosi dengan pelbagai teknik secara berkesan. x Kemahiran interpersonal adalah kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. x Kemahiran intrapersonal adalah kebolehan memahami diri dan dapat membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan perasaan diri sendiri. x Seseorang yang mempunyai kemahiran interpersonal mempunyai sifat kepimpinan yang baik, dapat bekerja dalam pasukan dan mengekalkan perhubungan yang baik.
  • 15. TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W 125 x Bagi memupuk kemahiran intrapersonal guru harus melibatkan pelajar dalam aktiviti seperti menguruskan jurnal pembelajaran, menggunakan teknik metakognitif, membincangkan kelemahan dan kekuatan diri sendiri dan sebagainya. Keperluan Karisma Keperluan Taksonomi Bloom Teknik metakognitif Toleransi Jawab semua soalan. 1. Apakah yang dimaksudkan sebagai kemahiran interpersonal oleh Howard Gardner? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (1 markah) 2. Kemahiran intrapersonal ialah _______________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (1 markah) 3. Senaraikan tiga kelebihan bekerjasama di kalangan pelajar. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (3 markah) 4. Mengapakah seseorang individu perlu mengamalkan sikap bertoleransi di dalam pergaulan? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (2 markah)
  • 16. X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL126 5. Jelaskan contoh tanggungjawab di dalam jadual di bawah: Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Contoh Tanggungjawab yang berkaitan dengan tugas Tanggungjawab yang diterima secara sukarela Tanggungjawab yang ditimbulkan oleh sesuatu situasi (3 markah) Kerjasama yang terjalin antara guru dan ibu bapa akan memudahkan pelbagai masalah pelajar diselesaikan. (a) Jelaskan empat kepentingan kerjasama antara guru dan ibu bapa. (b) Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah pelajar-pelajarnya. (c) Berikan contoh-contoh masalah yang sering melibatkan pelajar di sekolah.