SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
1.0 Maksud gejala sosial
Gejala sosial merupakan masalah sosial yang mempengaruhi dan di pengaruhi oleh
perilaku manusia di dalam lingkungan kehidupannya. Gejala sosial juga merupakan suatu
fenomena yang di dalamnya terdapat beberapa perubahan, dan bahkan beberapa konflik
penyatuan dimensi sosial yang ada pada diri manusia ketika berinteraksi antar sesama makhluk
sosial. Gejala yang terjadi pada kehidupan masyarakat merupakan gejala yang terjadi spontan
dan menimbulkan perubahan yang mengarah pada sesuatu yang di anggap positif dan negatif.
2.0 Maksud rokok
Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas
mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan
diameter 10mm (berlainan mengikut negara). Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan
dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain. Merokok
pula ialah aktiviti seseorang yang menggunakan sebatang rokok.
2.1 jenis – jenis perokok
Perokok aktif
Perokok aktif adalah orang yang mengisap rokok secara langsung, Pada perokok aktif,
merokok dapat meningkatkan risiko terkena penyakit jantung, meningkatkan kadar kolesterol
dalam darah, tekanan darah tinggi dan diabetes. Selain menurunkan risiko terkena serangan
jantung, menghentikan kebiasaan merokok juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit
jantung koroner.
Perokok pasif
Perokok pasif merupakan seorang penghirup asap rokok dari orang yang sedang
merokok. Akibatnya lebih berbahaya dibandingkan perokok aktif. Bahkan bahaya yang harus
ditanggung perokok pasif tiga kali ganda dari bahaya perokok aktif. dr. Widyastuti Soerojo
dari Ikatan Ahli Kesehatan Masyarakat Indonesia (IAKMI) mengatakan, sebanyak 25 persen
zat berbahaya yang terdapat dalam rokok masuk ke tubuh perokok, sedangkan 75 persennya
beredar di udara yang berisiko masuk ke tubuh orang di sekelilingnya. Konsentrasi zat
berbahaya di dalam tubuh perokok pasif lebih besar karena racun yang terhisap melalui asap
rokok perokok aktif tidak bertapis. Sedangkan racun rokok dalam tubuh perokok aktif bertapis
melalui ujung rokok yang dihisap. namun konsentrasi racun perokok aktif bisa meningkat jika
perokok aktif kembali menghirup asap rokok yang ia hembuskan. Racun rokok terbesar
dihasilkan oleh asap yang mengepul dari ujung rokok yang sedang tak dihisap. Sebab asap
yang dihasilkan berasal dari pembakaran tembakau yang tidak sempurna.
2.2 kesan gejala rokok
• Dari segi kesihatan
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan
kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu
kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau
mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui
kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di
sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah
mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan
oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya
pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh
badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut
dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran
untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya
bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh
membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang
bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh,
nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok
secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan
barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah
paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit
strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan
bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).
Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di
Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah
pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap
ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan
enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu
Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan
yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok
tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-
kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu
pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan
motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi
yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
dan bayi kurang berat badan.
• Dari segi alam sekitar
Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.Asap
rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang
mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan
udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh
mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain
seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan
datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan
terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang
sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok
kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-
rata tempat.Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan
karbonmonoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk
bernafasdan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat
perbuatan manusia sendiri.
• Dari segi sosial
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan.
Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah.
Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan
sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan
sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan
masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji
selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang
berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang
merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.
Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu,
meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama
daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang
tinggi.Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk
merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa
keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang
bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa
yangdilakukan oleh ibubapa mereka.
• Dari segi ekonomi
Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan
ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak
bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti
untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara
dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran
harta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan
perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak
merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang
terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja
yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan
terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara
tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan
taraf ekonomi negara.
2.3 Faktor gejala rokok dikalangan pelajar.
Kurang ikatan kekeluargaan
Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting
dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang sering
berlaku pada anak pelajar sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang ini semakin
berkurangan kerana ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka kerana
mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak
merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa sehingga anak-anak mereka menjadi
penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang melarang perbuatannya itu.
Terlalu bebas
Punca seterusnya, tingkah laku anak-anak mereka, terutama yang telah mencapai umur
belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak pelajar terlalu
diberi kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti. Jadi anak tersebut
melakukan sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu bapa.
Ibu bapa menghisap rokok
Selain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan
saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak
mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan
hal yang sama.
Pergaulan dan pengaruh rakan-rakan
Pengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor
penggalak bagi pelajar untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok, mereka akan
disisihkan dan dianggap tidak berani. Selain itu, ada juga pelajar yang rasa tercabar jika mereka
tidak menghisap rokok dan akhirnya mereka rasa hebat apabila mereka menghisap rokok.
Galakan penjual rokok
Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada
pelajar bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin mengaut
keuntungan dalam perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan pelajar menghisap rokok
tidak dihiraukan. Ini menunjukkan penjual seolah-olah memberi galakan kepad perokok untuk
merokok dengan lebih giat lagi. Walaupun penjual tahu pembeli itu di bawah umur tetapi tetap
juga dijual kepada pembeli tersebut tanpa menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan
menjual rokok kepada pelajar bawah 18 tahun.
Pengaruh media massa dan golongan berpengaruh
Selain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting
seperti disiarkan iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan pelajar ini mudah
terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan berpengaruh seperti
ahli politik, artis, doktor dan termasuk pemimpin agama yang merokok memberikan teladan
yang negatif kepada masyarakat, ini menyebabkan golongan pelajar semakin rancak atau tanpa
segan silu menghisap rokok di tempat-tempat awam.
3.0 Aras pemikiram domain kognitif taksonomi bloom
Domain ini menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini berbentuk
hierarkiyang disusun mengikut tahap iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat
enam elemendalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen-elemen ini dibahagikan
kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi.
Daripada domain kognitif ini, saya telah menggunakannya untuk memikirkan cara
penyelesaian dalam masalah gejala rokok ini. Gengan aras – aras yang tersusun saya telah ikuti
setiap aras untuk mendapatkan penyelesaiannya.
Aras pengetahuan
merupakan elemen pertama yang terletak paling bawah dalam hierarki Taksonomi
Bloom. Aras ini digunakan untuk menguji keupayaan murid untuk mengingat kembalifakta
atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan iaitu
yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau
simbol.Aras kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan,
teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya aras tiga adalah
pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya
seperti siapa, apa, dimana, dan bila. Objektif utama aras ini ialah memerlukan murid mengingat
semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada
apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Daripada penerangan aras pertama, saya telah mengumpulkan maklumat, fakta dan
istilah daripada artikel yang saya pilih. Saya juga telah mengingat kembali pembelajaran yang
lepas dalam sebelum memulakan tugasan ini serta untuk mencari kaedah penyelesaian.
Aras kefahaman.
Aras ini memerlukan keupayaan murid memberihuraian atau makna sesuatu perkara.
Aras ini terbahagi kepada tiga iaitu penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah
bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah proses mentafsir
atau intepretasi iaitu idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.
Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferenstentang apa yang akan
berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras
kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukt ikefahaman dan
dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.Biasanya
soalan bagi aras kefahaman ini terdiri daripada perkataan jelaskan, huraikan,
terangkan,mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Daripada penerangan aras kefahaman ini, setelah saya fahami artikel yang saya pilih
saya telah menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep,dan menterjemah draf agar dapat menghasilkan tugasan yang sempurna.
Aras aplikasi.
Aras ini menguji keupayaan murid menggunakan konsep,teori, prinsip, hukum dan
prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum
untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses
aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Bagi aras aplikasi ini pula, saya telah mengumpul maklumat dan menterjemahkan dengan cara
saya sendiri. Dengan erti kata lain, saya telah menggunakan sesuatu maklumat, prinsip, kaedah,
hukum, teori, formula dan membina graf daripada data yang saya telah perolehi bagi mencari
penyelesaian dalam tugasan saya ini.
Aras analisis
merupakan elemen yang keempat yang mengehendaki murid untuk memecahkan
sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur.
Aras ini menekankan keupayaan murid mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis
aras analisis adalah yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan
unsur-unsur.Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras
kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga
adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang
digunakan untuk menghasilkansesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan
memerlukan pemahaman perhubungankhasnya dengan memecahkan kepada komponen dan
melihat perkaitan antara komponen.
Dengan mempelajari aras analisis ini, saya telah memecahkan sesuatu yang kompleks
dan bersifat umum kepada klasnya tersendiri. Termasuklah dengan memperjeniskan, mencari
unsur dan membezakan fakta yang saya perolehi.
Aras sintesis.
Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang
lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu
pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau
pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang
menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategorimembina suatu hubungan yang
abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkanset hubungan yang abstrak
seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena ataumengklasifikasikan fakta.
Contohnya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yangdiberikan dan dapat
membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.
Setelah saya fahami aras sintesis ini, saya telah berjaya menyatukan maklumat –
maklumat yang telah saya perolehi menjadi satu. Malahan, saya juga telah dapat membina idea
tersendiri dalam penyelesaian masalah dan membuat ramalan serta klasifikasi untuk
menghasilkan tugasan saya ini.
Aras penilaian.
Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang
perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja
penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuatdengan piawaian
tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-cirikhusus aras
penilaian ini adalah pelajar perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,idea,
kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan
atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga
dikategorikankepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan
sesuatu,menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan
menunjukkankesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh
seseorang.Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan
yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya
perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan
tertentu.
Akhir sekali, saya telah dapat menilai sesuatu idea dan mempertimbangkan rasional
kaedah penyelesaian masalah. Saya juga telah menafsir dan mengkritik hasil kerja saya
sebelum berjaya menyelesaikan tugasan saya ini dengan sempurna.
3.1 Stail pemikiran yang boleh gunakan untuk masalah artikel
Stail pemikiran yang pelajar boleh digunakan untuk masalah artikel ini adalah dengan
menggunakan stail analitikal. Stail ini bertujuan untuk menghurai dan meneliti sesuatu perkara
dengan teliti. Ia baik untuk menghasilkan pelbagai analisis, huraian dan kritikan. Sebagai
contoh saya membandingkan kaedah penyelesaian masalah saya dengan kaedah pro dan kontra.
Selain itu, saya juga menggunakan stail Stail objektif, Ia amat mementingkan fakta dan
maklumat dan tidak mengandungi unsur-unsur emosi atau sensasi. Dengan stail ini saya telah
mengumpul maklumat dan fakta dan memilih fakta tanpa mengubahnya mengikut kesukaan
saya. Seterusnya, saya juga menggunakan stail sistematik iaitu Bermula daripada tahap yang
mudah kepada tahap yang sukar dari awal hingga akhir. Sebagai contoh saya telah
menyelesaikan tugasan ini mengikut turutan yang betul dan teratur. Akhir sekali, stail yang
saya gunakan ialah Pragmatik bermaksud mengutamakan idea realistik dan relevan dan
memikirkan alternatif sesuai.Sebagai contoh, saya telah mengutamakan idea realistik, relevan
dan memikirkan alternatif sesuai bagi mencari kaedah penyelesaian masalah gejala merokok
ini.
3.2 Pemikiran lateral
Pada pendapat saya, stail pemiliran lateral lebih sesuai digunakan berbanding stail
pemikiran vertikal. Ini kerana, stail lateral ini menggunakan daya imaginasi dan bukan secara
logik atau tradisional. Pemikiran Lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward De Bono yang
merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan
corak berfikir lateral setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran
konvensional. Pemikiran ini bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada
tetapi ianya adalah untuk mencari jalan terpantas dan lebih berkesan untuk menyelesaikan
masalah yang menepati kriteria yang dikehendaki. Pemikiran Dr De Bono telah dirumuskan
oleh Ainon Mohd dan Abdullah, dalam kata-kata di bawah:
“ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik
menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1996).
Terdapat beberapa faktor penting yang diambil kira dalam pemikiran lateral. Antaranya
ialah mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi. Kedua, melihat
sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, ketiga melonggarkan cara-cara
pemikiran yang terkawal, dan keempat menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang
dalam membuat penyelesaian masalah.
4.0 Kaedah penyelesaian masalah
Penyelesaian 1 Penyelesaian 2 Penyelesaian 3
Sekolah Ibu bapa Media massa
Pro Kontra Pro Kontra Pro Kontra
1.
Mengadakan
kempen
2. Hukuman
berat
1. Pelajar
tidak
berminat
2. Pelajar
takut dan
trauma
kepadaguru.
1. Memantau
aktiviti dan
pergerakan
anak-anak.
2. Tidak
memberikan
wangbelanja
yang banyak.
3.
Meluangkan
masa yang
lebihkepada
anak – anak.
1. kurang
masa kerana
bekerja.
2. Anak terasa
dikongkong.
1.
Menyebarkan
panduan
tentang
kesihatan.
1. Tidak bersifat
tegas
4.1 Penyelesaian yang boleh mengatasi masalah
Masalah-masalah dalam kehidupan sebenar selalunya tidak bersifat tertutup dan tidak
mempunyai hanya satu penyelesaian yang betul. Ada pelbagai cara untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dalam kehidupan sebenar. manusia perlu menguasai kemahiran untuk
menetukan cara yang terbaik mengatasi sesuatu masalah. Masalah yang bersifat tertutup iaitu
yang boleh diselesaikan dengan mengikut pola penyelesaian yang tertentu hanya akan
memperkembangkan kemahiran terhad. Manakala masalah yang bersifat terbuka berupaya
untuk mereka cipta dan bukan hanya mengikut dan menghasilkan semula apa yang sudah
wujud. Ini akan membawa kepada perkembangan daya kreatif dan ini akan memberi kesan
secara langsung kepada penemuan sainstifik, rekacipta dan inovasi.
. Dalam menjalankan langkah penyelesaian masalah tersebut terdapat beberapa strategi
yang boleh diambil sebagai teknik penyelesaian yang berkesan. Setiap strategi penyelesaian
masalah mempunyai cara yang berbeza dan lazimnya setiap satu strategi itu diaplikasikan
bergantung kepada masalah yang dihadapi. Salah satu strategi yang diberikan tumpuan dalam
perbincangan kertas kerja ini ialah peranan strategi heuristik dalam proses penyelesaian
masalah. Daripada penilaian yang dibuat heuristik mempunyai kelebihan dan kelemahan
tertentu yang boleh mempengaruhi keputusan kita membuat penyelesaian.
Oleh itu, setelah membanding beza dengan menggunakan kaedah pro dan kontra. Saya
telah membuat keputusan untuk memilih kaedah penyelesaian msalah nombor dua, kerana
kaedah ini mempunyai pro yang lebih berbanding kontranya. Manakala, kaedah yang lain
mempunyai pro dan kontra yang sama.
4.2 Langkah – langkah mengatasi masalah rokok dikalangan pelajar
Langkah yang paling berkesan untuk menangani budaya merokok dalam kalangan
pelajar ialah kesedaran diri pelajar terbabit. Pelajar terbabit perlu disedarkan bahawa amalan
merokok akan memudaratkan kesihatan diri mereka. Pelajar yang terdedah kepada
pengetahuan akan bahaya rokok akan mengelakkan diri daripada merokok. Pelajar perlu sedar
bahawa amalan merokok boleh mendedahkan diri mereka kepada penyakit barah paru-paru,
pankreas, kanser mulut dan gusi dan lain-lain kesan sampingan terhadap kesihatan. Jelaslah
bahawa kesedaran diri untuk “tak nak” merokok amat berkesan untuk menangani budaya sia-
sia yang mengundang malapetaka kepada diri sendiri ini.
Langkah kedua untuk menangani budaya merokok dalam kalangan pelajar ialah melalui
peranan ibu bapa. Ibu bapa dapat memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka untuk
mengelakkan anak-anak mereka merokok. Ibu bapa juga hendaklah mengelakkan diri daripada
merokok kerana amalan ini akan dicontohi oleh anak-anak mereka seperti bapa borek anak
rintik. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah memastikan wang belanja yang diberikan kepada
anak-anak digunakan untuk membeli makanan atau keperluan yang sepatutnya dan bukannya
untuk membeli rokok. Tegasnya, ibu bapa berperanan penting untuk mengawal dan
mengelakkan anak-anak mereka daripada menjadi perokok.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengelakkan pelajar daripada
mengamalkan budaya merokok. Sekolah sering mengadakan kempen kesedaran bahaya
merokok dan ceramah serta pameran tentang bahaya rokok kepada pelajar . Pihak sekolah juga
sentiasa mengenakan hukuman berat dan tindakan yang tegas sekiranya terdapat pelajar yang
merokok. Sebagai contoh, pelajar yang ditangkap kerana merokok akan didenda atau diberikan
rawatan lanjutan untuk menghentikan amalan berisiko tinggi kepada kesihatan ini.
5.0 Kesimpulan
Tuntasnya, ibu bapa adalah individu yang perlu memainkan peranan dalam membendung
masalah gejala sosial ini. Ini kerana, ibu bapa merupakan individu yang mempunyai masa
yang lebih lama bersama anak – anak mereka berbanding guru – guru dan masyarakat
sekeliling. Ibu bapa harus bersikap tegas dan tidak perlu memberikan kelonggaran yang
melampau kepada anak – anak.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlulah memainkan peranan dengan lebih efektif untuk
mengatasi atau mengawal gejala ini dari terus menular. Manakala, media massa juga boleh
mengambil peranan atas kesedaran masyarakat dengan mewujudkan iklan – iklan mengenai
hukum perundangan dan kesan – kesan merokok yang lebih memberikan kesedaran. Akhir
sekali, kerjasama masyarakat dalam memberikan kesedaran perlulah ditanamkan didalam diri
setiap masyarakat. Untuk memastikan gejala yang buruk ini tidak akan terus berkembang.
6.0 Lampiran
7.0 Rujukan
a) Laman web
1. http://hazman45.blogspot.my/2014/11/spm-karangan-cemerlang-langkah-
langkah_30.html
2. https://www.google.com/search?biw=1707&bih=827&tbm=isch&sa=1&ei=NXD
5WrfvC4j5vATe56TIBQ&q=akhbar+pelajar+merokok&oq=akhbar+pelajar+mero
kok&gs_l=img.3...6552.8425.0.9482.7.7.0.0.0.0.366.1216.0j5j1j1.7.0....0...1c.1.64
.img..0.2.244...0i8i7i30k1.0.c_1slY_9YxA#imgrc=K8zaDP2icqd_xM:
3. http://cikgupsikomuzik.blogspot.my/2012/08/pemikiran-lateral-kritis-
kreatif_29.html
4. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0527&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm
Isi kandungan
Isi Kandungan Muka surat
1 1.0 maksud gejala sosial 1
2 2.0 maksud rokok
2.1 jenis – jenis perokok
2.2 kesan gejala rokok
2.3 faktor – faktor gejala rokok dikalangan pelajar.
1 - 6
3 3.0 Aras pemikiram domain kognitif taksonomi bloom
3.1 Stail pemikiran yang boleh gunakan untuk masalah artikel
3.2 Pemikiran lateral
7 - 11
4 4.0 Kaedah penyelesaian masalah
4.1 Penyelesaian yang boleh mengatasi masalah
4.2 Langkah – langkah mengatasi masalah rokok dikalangan pelajar
12 - 14
5 5.0 Kesimpulan 15
6 6.0 Lampiran 16 - 17
7 7.0 Rujukan 18
Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial
EES2133 : Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tajuk : Gejala Sosial
Nama : Khairul Haziq Bin Hairul Rizal
No. Matrik : (4174012501)
Kumpulan : Kohort 26 G1
Pensyarah : Norhairi Binti Mohd Yudin

More Related Content

What's hot

Sistem Pendidikan Jerman & Perancis
Sistem Pendidikan Jerman & PerancisSistem Pendidikan Jerman & Perancis
Sistem Pendidikan Jerman & Perancishasfazera hassan
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
Mendengar scre berkesan^^pika & puteri
Mendengar scre berkesan^^pika & puteriMendengar scre berkesan^^pika & puteri
Mendengar scre berkesan^^pika & puterifazrul
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah SosialThomas Mon
 
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpmTADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpmjyejye
 
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belandaKarsodikromo Yatiman
 
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan Qis T Bebey
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahMr Pickle
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaCkg Nizam
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunJimmy Mogolid
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianNurul Hanum
 
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)azam_hazel
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Amir Hyung
 

What's hot (20)

Sistem Pendidikan Jerman & Perancis
Sistem Pendidikan Jerman & PerancisSistem Pendidikan Jerman & Perancis
Sistem Pendidikan Jerman & Perancis
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Mendengar scre berkesan^^pika & puteri
Mendengar scre berkesan^^pika & puteriMendengar scre berkesan^^pika & puteri
Mendengar scre berkesan^^pika & puteri
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpmTADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
TADBIR URUS NEGARA pengajian am penggal 1 stpm
 
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
 
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)
 

Similar to gejala rokok dikalangan pelajar

makalah Bahaya Rokok
makalah Bahaya Rokokmakalah Bahaya Rokok
makalah Bahaya Rokoknovatri sifu
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokWarnet Raha
 
Dampak Merokok Bagi Kesehatan Manusia
Dampak Merokok Bagi Kesehatan ManusiaDampak Merokok Bagi Kesehatan Manusia
Dampak Merokok Bagi Kesehatan ManusiaVessa Ramadhani
 
2011 31-062 (Ana Shofiyana Qori) Layanan Konsultasi
2011 31-062 (Ana Shofiyana Qori) Layanan Konsultasi2011 31-062 (Ana Shofiyana Qori) Layanan Konsultasi
2011 31-062 (Ana Shofiyana Qori) Layanan Konsultasianaqori
 
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janinMakalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janinAmir Uddin
 
PENGARUH ROKOK TERHADAP KESEHATAN SISWA KELAS X.docx
PENGARUH ROKOK TERHADAP KESEHATAN SISWA KELAS X.docxPENGARUH ROKOK TERHADAP KESEHATAN SISWA KELAS X.docx
PENGARUH ROKOK TERHADAP KESEHATAN SISWA KELAS X.docxDeniBudiman8
 
Makalah merokok, miras, hiv
Makalah merokok, miras, hivMakalah merokok, miras, hiv
Makalah merokok, miras, hivWarnet Raha
 
Penularan dari rokok
Penularan dari rokokPenularan dari rokok
Penularan dari rokokWarnet Raha
 
Kempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokokKempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokokAhmad NazRi
 

Similar to gejala rokok dikalangan pelajar (20)

Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Makalah bahaya merokok (2)
Makalah bahaya merokok (2)Makalah bahaya merokok (2)
Makalah bahaya merokok (2)
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Bahaya merokok
Bahaya merokokBahaya merokok
Bahaya merokok
 
makalah Bahaya Rokok
makalah Bahaya Rokokmakalah Bahaya Rokok
makalah Bahaya Rokok
 
Bahaya merokok dan hiv aids
Bahaya merokok dan hiv aidsBahaya merokok dan hiv aids
Bahaya merokok dan hiv aids
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Dampak Merokok Bagi Kesehatan Manusia
Dampak Merokok Bagi Kesehatan ManusiaDampak Merokok Bagi Kesehatan Manusia
Dampak Merokok Bagi Kesehatan Manusia
 
2011 31-062 (Ana Shofiyana Qori) Layanan Konsultasi
2011 31-062 (Ana Shofiyana Qori) Layanan Konsultasi2011 31-062 (Ana Shofiyana Qori) Layanan Konsultasi
2011 31-062 (Ana Shofiyana Qori) Layanan Konsultasi
 
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janinMakalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
 
Karya ilmiah merokok
Karya ilmiah merokokKarya ilmiah merokok
Karya ilmiah merokok
 
PENGARUH ROKOK TERHADAP KESEHATAN SISWA KELAS X.docx
PENGARUH ROKOK TERHADAP KESEHATAN SISWA KELAS X.docxPENGARUH ROKOK TERHADAP KESEHATAN SISWA KELAS X.docx
PENGARUH ROKOK TERHADAP KESEHATAN SISWA KELAS X.docx
 
Makalah merokok, miras, hiv
Makalah merokok, miras, hivMakalah merokok, miras, hiv
Makalah merokok, miras, hiv
 
Penularan dari rokok
Penularan dari rokokPenularan dari rokok
Penularan dari rokok
 
Kempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokokKempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokok
 

Recently uploaded

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 

Recently uploaded (20)

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 

gejala rokok dikalangan pelajar

  • 1. 1.0 Maksud gejala sosial Gejala sosial merupakan masalah sosial yang mempengaruhi dan di pengaruhi oleh perilaku manusia di dalam lingkungan kehidupannya. Gejala sosial juga merupakan suatu fenomena yang di dalamnya terdapat beberapa perubahan, dan bahkan beberapa konflik penyatuan dimensi sosial yang ada pada diri manusia ketika berinteraksi antar sesama makhluk sosial. Gejala yang terjadi pada kehidupan masyarakat merupakan gejala yang terjadi spontan dan menimbulkan perubahan yang mengarah pada sesuatu yang di anggap positif dan negatif. 2.0 Maksud rokok Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara). Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain. Merokok pula ialah aktiviti seseorang yang menggunakan sebatang rokok. 2.1 jenis – jenis perokok Perokok aktif Perokok aktif adalah orang yang mengisap rokok secara langsung, Pada perokok aktif, merokok dapat meningkatkan risiko terkena penyakit jantung, meningkatkan kadar kolesterol dalam darah, tekanan darah tinggi dan diabetes. Selain menurunkan risiko terkena serangan jantung, menghentikan kebiasaan merokok juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit jantung koroner. Perokok pasif Perokok pasif merupakan seorang penghirup asap rokok dari orang yang sedang merokok. Akibatnya lebih berbahaya dibandingkan perokok aktif. Bahkan bahaya yang harus ditanggung perokok pasif tiga kali ganda dari bahaya perokok aktif. dr. Widyastuti Soerojo dari Ikatan Ahli Kesehatan Masyarakat Indonesia (IAKMI) mengatakan, sebanyak 25 persen zat berbahaya yang terdapat dalam rokok masuk ke tubuh perokok, sedangkan 75 persennya beredar di udara yang berisiko masuk ke tubuh orang di sekelilingnya. Konsentrasi zat berbahaya di dalam tubuh perokok pasif lebih besar karena racun yang terhisap melalui asap
  • 2. rokok perokok aktif tidak bertapis. Sedangkan racun rokok dalam tubuh perokok aktif bertapis melalui ujung rokok yang dihisap. namun konsentrasi racun perokok aktif bisa meningkat jika perokok aktif kembali menghirup asap rokok yang ia hembuskan. Racun rokok terbesar dihasilkan oleh asap yang mengepul dari ujung rokok yang sedang tak dihisap. Sebab asap yang dihasilkan berasal dari pembakaran tembakau yang tidak sempurna. 2.2 kesan gejala rokok • Dari segi kesihatan Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru). Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap
  • 3. ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak- kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan. • Dari segi alam sekitar Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata- rata tempat.Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbonmonoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafasdan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.
  • 4. • Dari segi sosial Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus. Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang tinggi.Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yangdilakukan oleh ibubapa mereka. • Dari segi ekonomi Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara
  • 5. tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara. 2.3 Faktor gejala rokok dikalangan pelajar. Kurang ikatan kekeluargaan Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang sering berlaku pada anak pelajar sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang ini semakin berkurangan kerana ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka kerana mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa sehingga anak-anak mereka menjadi penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang melarang perbuatannya itu. Terlalu bebas Punca seterusnya, tingkah laku anak-anak mereka, terutama yang telah mencapai umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak pelajar terlalu diberi kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti. Jadi anak tersebut melakukan sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu bapa. Ibu bapa menghisap rokok Selain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang sama.
  • 6. Pergaulan dan pengaruh rakan-rakan Pengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor penggalak bagi pelajar untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok, mereka akan disisihkan dan dianggap tidak berani. Selain itu, ada juga pelajar yang rasa tercabar jika mereka tidak menghisap rokok dan akhirnya mereka rasa hebat apabila mereka menghisap rokok. Galakan penjual rokok Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada pelajar bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin mengaut keuntungan dalam perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan pelajar menghisap rokok tidak dihiraukan. Ini menunjukkan penjual seolah-olah memberi galakan kepad perokok untuk merokok dengan lebih giat lagi. Walaupun penjual tahu pembeli itu di bawah umur tetapi tetap juga dijual kepada pembeli tersebut tanpa menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan menjual rokok kepada pelajar bawah 18 tahun. Pengaruh media massa dan golongan berpengaruh Selain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting seperti disiarkan iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan pelajar ini mudah terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan termasuk pemimpin agama yang merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat, ini menyebabkan golongan pelajar semakin rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempat-tempat awam.
  • 7. 3.0 Aras pemikiram domain kognitif taksonomi bloom Domain ini menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini berbentuk hierarkiyang disusun mengikut tahap iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemendalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen-elemen ini dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Daripada domain kognitif ini, saya telah menggunakannya untuk memikirkan cara penyelesaian dalam masalah gejala rokok ini. Gengan aras – aras yang tersusun saya telah ikuti setiap aras untuk mendapatkan penyelesaiannya. Aras pengetahuan merupakan elemen pertama yang terletak paling bawah dalam hierarki Taksonomi Bloom. Aras ini digunakan untuk menguji keupayaan murid untuk mengingat kembalifakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol.Aras kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya aras tiga adalah pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, dimana, dan bila. Objektif utama aras ini ialah memerlukan murid mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. Daripada penerangan aras pertama, saya telah mengumpulkan maklumat, fakta dan istilah daripada artikel yang saya pilih. Saya juga telah mengingat kembali pembelajaran yang lepas dalam sebelum memulakan tugasan ini serta untuk mencari kaedah penyelesaian. Aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberihuraian atau makna sesuatu perkara. Aras ini terbahagi kepada tiga iaitu penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah proses mentafsir atau intepretasi iaitu idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferenstentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukt ikefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.Biasanya
  • 8. soalan bagi aras kefahaman ini terdiri daripada perkataan jelaskan, huraikan, terangkan,mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Daripada penerangan aras kefahaman ini, setelah saya fahami artikel yang saya pilih saya telah menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,dan menterjemah draf agar dapat menghasilkan tugasan yang sempurna. Aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan murid menggunakan konsep,teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan. Bagi aras aplikasi ini pula, saya telah mengumpul maklumat dan menterjemahkan dengan cara saya sendiri. Dengan erti kata lain, saya telah menggunakan sesuatu maklumat, prinsip, kaedah, hukum, teori, formula dan membina graf daripada data yang saya telah perolehi bagi mencari penyelesaian dalam tugasan saya ini. Aras analisis merupakan elemen yang keempat yang mengehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan murid mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalah yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur.Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkansesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungankhasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen. Dengan mempelajari aras analisis ini, saya telah memecahkan sesuatu yang kompleks dan bersifat umum kepada klasnya tersendiri. Termasuklah dengan memperjeniskan, mencari unsur dan membezakan fakta yang saya perolehi.
  • 9. Aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategorimembina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkanset hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena ataumengklasifikasikan fakta. Contohnya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yangdiberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi. Setelah saya fahami aras sintesis ini, saya telah berjaya menyatukan maklumat – maklumat yang telah saya perolehi menjadi satu. Malahan, saya juga telah dapat membina idea tersendiri dalam penyelesaian masalah dan membuat ramalan serta klasifikasi untuk menghasilkan tugasan saya ini. Aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuatdengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-cirikhusus aras penilaian ini adalah pelajar perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikankepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkankesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang.Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
  • 10. Akhir sekali, saya telah dapat menilai sesuatu idea dan mempertimbangkan rasional kaedah penyelesaian masalah. Saya juga telah menafsir dan mengkritik hasil kerja saya sebelum berjaya menyelesaikan tugasan saya ini dengan sempurna. 3.1 Stail pemikiran yang boleh gunakan untuk masalah artikel Stail pemikiran yang pelajar boleh digunakan untuk masalah artikel ini adalah dengan menggunakan stail analitikal. Stail ini bertujuan untuk menghurai dan meneliti sesuatu perkara dengan teliti. Ia baik untuk menghasilkan pelbagai analisis, huraian dan kritikan. Sebagai contoh saya membandingkan kaedah penyelesaian masalah saya dengan kaedah pro dan kontra. Selain itu, saya juga menggunakan stail Stail objektif, Ia amat mementingkan fakta dan maklumat dan tidak mengandungi unsur-unsur emosi atau sensasi. Dengan stail ini saya telah mengumpul maklumat dan fakta dan memilih fakta tanpa mengubahnya mengikut kesukaan saya. Seterusnya, saya juga menggunakan stail sistematik iaitu Bermula daripada tahap yang mudah kepada tahap yang sukar dari awal hingga akhir. Sebagai contoh saya telah menyelesaikan tugasan ini mengikut turutan yang betul dan teratur. Akhir sekali, stail yang saya gunakan ialah Pragmatik bermaksud mengutamakan idea realistik dan relevan dan memikirkan alternatif sesuai.Sebagai contoh, saya telah mengutamakan idea realistik, relevan dan memikirkan alternatif sesuai bagi mencari kaedah penyelesaian masalah gejala merokok ini.
  • 11. 3.2 Pemikiran lateral Pada pendapat saya, stail pemiliran lateral lebih sesuai digunakan berbanding stail pemikiran vertikal. Ini kerana, stail lateral ini menggunakan daya imaginasi dan bukan secara logik atau tradisional. Pemikiran Lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward De Bono yang merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir lateral setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Pemikiran ini bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ianya adalah untuk mencari jalan terpantas dan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah yang menepati kriteria yang dikehendaki. Pemikiran Dr De Bono telah dirumuskan oleh Ainon Mohd dan Abdullah, dalam kata-kata di bawah: “ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1996). Terdapat beberapa faktor penting yang diambil kira dalam pemikiran lateral. Antaranya ialah mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi. Kedua, melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, ketiga melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal, dan keempat menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang dalam membuat penyelesaian masalah.
  • 12. 4.0 Kaedah penyelesaian masalah Penyelesaian 1 Penyelesaian 2 Penyelesaian 3 Sekolah Ibu bapa Media massa Pro Kontra Pro Kontra Pro Kontra 1. Mengadakan kempen 2. Hukuman berat 1. Pelajar tidak berminat 2. Pelajar takut dan trauma kepadaguru. 1. Memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak. 2. Tidak memberikan wangbelanja yang banyak. 3. Meluangkan masa yang lebihkepada anak – anak. 1. kurang masa kerana bekerja. 2. Anak terasa dikongkong. 1. Menyebarkan panduan tentang kesihatan. 1. Tidak bersifat tegas
  • 13. 4.1 Penyelesaian yang boleh mengatasi masalah Masalah-masalah dalam kehidupan sebenar selalunya tidak bersifat tertutup dan tidak mempunyai hanya satu penyelesaian yang betul. Ada pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan sebenar. manusia perlu menguasai kemahiran untuk menetukan cara yang terbaik mengatasi sesuatu masalah. Masalah yang bersifat tertutup iaitu yang boleh diselesaikan dengan mengikut pola penyelesaian yang tertentu hanya akan memperkembangkan kemahiran terhad. Manakala masalah yang bersifat terbuka berupaya untuk mereka cipta dan bukan hanya mengikut dan menghasilkan semula apa yang sudah wujud. Ini akan membawa kepada perkembangan daya kreatif dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada penemuan sainstifik, rekacipta dan inovasi. . Dalam menjalankan langkah penyelesaian masalah tersebut terdapat beberapa strategi yang boleh diambil sebagai teknik penyelesaian yang berkesan. Setiap strategi penyelesaian masalah mempunyai cara yang berbeza dan lazimnya setiap satu strategi itu diaplikasikan bergantung kepada masalah yang dihadapi. Salah satu strategi yang diberikan tumpuan dalam perbincangan kertas kerja ini ialah peranan strategi heuristik dalam proses penyelesaian masalah. Daripada penilaian yang dibuat heuristik mempunyai kelebihan dan kelemahan tertentu yang boleh mempengaruhi keputusan kita membuat penyelesaian. Oleh itu, setelah membanding beza dengan menggunakan kaedah pro dan kontra. Saya telah membuat keputusan untuk memilih kaedah penyelesaian msalah nombor dua, kerana kaedah ini mempunyai pro yang lebih berbanding kontranya. Manakala, kaedah yang lain mempunyai pro dan kontra yang sama.
  • 14. 4.2 Langkah – langkah mengatasi masalah rokok dikalangan pelajar Langkah yang paling berkesan untuk menangani budaya merokok dalam kalangan pelajar ialah kesedaran diri pelajar terbabit. Pelajar terbabit perlu disedarkan bahawa amalan merokok akan memudaratkan kesihatan diri mereka. Pelajar yang terdedah kepada pengetahuan akan bahaya rokok akan mengelakkan diri daripada merokok. Pelajar perlu sedar bahawa amalan merokok boleh mendedahkan diri mereka kepada penyakit barah paru-paru, pankreas, kanser mulut dan gusi dan lain-lain kesan sampingan terhadap kesihatan. Jelaslah bahawa kesedaran diri untuk “tak nak” merokok amat berkesan untuk menangani budaya sia- sia yang mengundang malapetaka kepada diri sendiri ini. Langkah kedua untuk menangani budaya merokok dalam kalangan pelajar ialah melalui peranan ibu bapa. Ibu bapa dapat memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka untuk mengelakkan anak-anak mereka merokok. Ibu bapa juga hendaklah mengelakkan diri daripada merokok kerana amalan ini akan dicontohi oleh anak-anak mereka seperti bapa borek anak rintik. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah memastikan wang belanja yang diberikan kepada anak-anak digunakan untuk membeli makanan atau keperluan yang sepatutnya dan bukannya untuk membeli rokok. Tegasnya, ibu bapa berperanan penting untuk mengawal dan mengelakkan anak-anak mereka daripada menjadi perokok. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengelakkan pelajar daripada mengamalkan budaya merokok. Sekolah sering mengadakan kempen kesedaran bahaya merokok dan ceramah serta pameran tentang bahaya rokok kepada pelajar . Pihak sekolah juga sentiasa mengenakan hukuman berat dan tindakan yang tegas sekiranya terdapat pelajar yang merokok. Sebagai contoh, pelajar yang ditangkap kerana merokok akan didenda atau diberikan rawatan lanjutan untuk menghentikan amalan berisiko tinggi kepada kesihatan ini.
  • 15. 5.0 Kesimpulan Tuntasnya, ibu bapa adalah individu yang perlu memainkan peranan dalam membendung masalah gejala sosial ini. Ini kerana, ibu bapa merupakan individu yang mempunyai masa yang lebih lama bersama anak – anak mereka berbanding guru – guru dan masyarakat sekeliling. Ibu bapa harus bersikap tegas dan tidak perlu memberikan kelonggaran yang melampau kepada anak – anak. Namun begitu, pihak sekolah juga perlulah memainkan peranan dengan lebih efektif untuk mengatasi atau mengawal gejala ini dari terus menular. Manakala, media massa juga boleh mengambil peranan atas kesedaran masyarakat dengan mewujudkan iklan – iklan mengenai hukum perundangan dan kesan – kesan merokok yang lebih memberikan kesedaran. Akhir sekali, kerjasama masyarakat dalam memberikan kesedaran perlulah ditanamkan didalam diri setiap masyarakat. Untuk memastikan gejala yang buruk ini tidak akan terus berkembang.
  • 17.
  • 18. 7.0 Rujukan a) Laman web 1. http://hazman45.blogspot.my/2014/11/spm-karangan-cemerlang-langkah- langkah_30.html 2. https://www.google.com/search?biw=1707&bih=827&tbm=isch&sa=1&ei=NXD 5WrfvC4j5vATe56TIBQ&q=akhbar+pelajar+merokok&oq=akhbar+pelajar+mero kok&gs_l=img.3...6552.8425.0.9482.7.7.0.0.0.0.366.1216.0j5j1j1.7.0....0...1c.1.64 .img..0.2.244...0i8i7i30k1.0.c_1slY_9YxA#imgrc=K8zaDP2icqd_xM: 3. http://cikgupsikomuzik.blogspot.my/2012/08/pemikiran-lateral-kritis- kreatif_29.html 4. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0527&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm
  • 19. Isi kandungan Isi Kandungan Muka surat 1 1.0 maksud gejala sosial 1 2 2.0 maksud rokok 2.1 jenis – jenis perokok 2.2 kesan gejala rokok 2.3 faktor – faktor gejala rokok dikalangan pelajar. 1 - 6 3 3.0 Aras pemikiram domain kognitif taksonomi bloom 3.1 Stail pemikiran yang boleh gunakan untuk masalah artikel 3.2 Pemikiran lateral 7 - 11 4 4.0 Kaedah penyelesaian masalah 4.1 Penyelesaian yang boleh mengatasi masalah 4.2 Langkah – langkah mengatasi masalah rokok dikalangan pelajar 12 - 14 5 5.0 Kesimpulan 15 6 6.0 Lampiran 16 - 17 7 7.0 Rujukan 18
  • 20. Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial EES2133 : Pemikiran Kritis dan Kreatif Tajuk : Gejala Sosial Nama : Khairul Haziq Bin Hairul Rizal No. Matrik : (4174012501) Kumpulan : Kohort 26 G1 Pensyarah : Norhairi Binti Mohd Yudin