Maksud nilai

30,752 views

Published on

5 Comments
9 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
30,752
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
23
Actions
Shares
0
Downloads
593
Comments
5
Likes
9
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Maksud nilai

  1. 1. Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik sepertikasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan,ketenangan dan kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilaisebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikansatu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. MasyarakatMelayu mempunyai cara tersendiri dalam mendidik masyarakatnya untuk menghayatinilai. Penghayatan nilai ini bukannya secara terang-terangan namun disampaikansecara halus melalui pantun, sajak dan sebagainya. Mengikut Redfield (1953) nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagiindividu atau sifat-sifat bagi suatu kelompok yang dikehendaki yang mempengaruhipemilihan ragam, maksud dan segala tindakan. Masyarakat Melayu menggunakanpantun yang mempunyai maksud tersirat dalam menyampaikan nilai atau pengajaranterhadap sesuatu perkara. Pantun merupakan salah satu nilai tradisi yang telahdikembangkan dalam kalangan anggota masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi.Pada zaman dahulu, pantun sering digunakan bagi menyindir atau menegur seseorangsecara halus. Namun begitu pada zaman sekarang pantun dilihat sebagai satu hasilsastera yang mempunyai nilai estetika yang tinggi tetapi ada juga yang beranggapansebaliknya. Perkembangan nilai tradisi ini dapat mengukuhkan ikatan sosial danmenonjolkan identiti masyarakat Melayu. Nilai-nilai tradisi yang telah bertapak dengan kukuh telah menyebabkanterbentuknya sistem nilai yang mencorakkan beberapa kepercayaan, norma, amalandan tingkah laku anggota sesuatu masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai inijuga merupakan nilai budaya masyarakat Melayu itu sendiri contohnya amalanbergotong-royong ketika mengadakan kenduri. Amalan bergotong-royongmencerminkan nilai kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat Melayu. Nilaitradisi ini telah terbentuk dari satu generasi ke satu generasi yang meliputi idea, amalandan pengetahuan. Hutcheon (1972), seorang ahli antropologi mempunyai beberapa pengertian lainuntuk mentakrifkan nilai. Menurut beliau, nilai merupakan norma, idealisma budaya,kepercayaan, barang-barang berharga, orientasi nilai, tingkah laku yang baik dan sikap.
  2. 2. Raymond Firth (1964) pula menerangkan bahawa nilai dikenal pasti melalui objek, motifdan matlamat. Clyde Kluckhohn (1951) menjelaskan bahawa konsep nilai kadang kaladikelirukan dengan sikap, tindak-tanduk, objek, kuantiti yang boleh diukur, adat istiadatatau tradisi. Menurut beliau lagi, nilai ialah satu konsepsi yang diingini sama ada yangtersurat atau tersirat yang mencirikan individu atau kumpulan yang mempengaruhi cara,maksud dan matlamat tindakan yang dilakukan. Menyedari akan kepentingan penerapan nilai bukan sahaja dalam kalanganmasyarakat Melayu malahan seluruh anggota masyarakat, Pusat PerkembanganKurikulum telah menyenaraikan sebanyak 15 nilai murni dalam Falsafah PendidikanNegara sebagai salah satu elemen dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Kesemua nilai-nilai yang digariskan ini merupakan nilai-nilai asas peribadi yang inginditerapkan dalam kalangan murid. Penerapan nilai sejak di peringkat sekolahsememangnya sangat tepat kerana nilai merupakan penentu dalam diri manusiaseterusnya mempengaruhi pilihannya dalam kehidupan dan akan menentukan tingkahlaku. Super (1957) menerangkan bahawa nilai menyerapi semua aspek kehidupan,semua matlamat yang telah ditetapkan oleh seseorang individu dan perkara-perkaradalam kehidupan yang sangat penting. Coughlan (1969) dalam merumuskan definisinilai menjelaskan bahawa nilai kebiasaannya dilihat sebagai keutamaan, kriteria, objek,milik, personaliti dan sifat-sifat status, pemikiran yang tetap yang diwariskan dalamobjek-objek atau terdapat dalam diri manusia yang bersamaan dengan tingkah laku.Sebagai contohnya melalui pantun di bawah : Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
  3. 3. Melalui pantun ini dapat dilihat bahawa nilai yang ingin ditonjolkan ialah nilaiseseorang yang mempunyai budi yang baik. Meskipun seseorang itu telah tiada didunia perkara baik yang telah dilakukan semasa hayatnya tetap dikenang oleh orang.Sikap serta nilai murni yang ditonjolkan menggambarkan personaliti seseorang yangbaik akan meningkatkan status dirinya. Hal ini kerana, pada zaman dahulu statusseseorang bukanlah digambarkan melalui kekayaan harta benda serta pangkatnyatetapi melalui personalitinya yang sopan serta ketinggian budi bahasanya. Melaluipantun, masyarakat Melayu zaman dahulu dapat menyampaikan nasihat, meluahkanperasaan dan berhibur. Berdasarkan aspek psikologi pula, Clyde Kluckhohn (1951) mendefinisikan nilaisebagai aspek motivasi yang boleh dirujuk kepada sesuatu taraf, peribadi atau budayaiaitu nilai itu tidak wujud secara mendadak. Definisi ini menekankan bahawa faktor nilaidigunakan untuk melakukan sesuatu tindakan dan juga merupakan pengawalanterhadap arah tindakan. William A. Scott (1965) menyamakan nilai dengan moral yangunggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai suatu konsep individu tentang perhubunganyang unggul yang digunakan untuk menilai sesuatu keburukan atau kebaikan dansesuatu kesalahan atau kebenaran tentang perhubungan yang sebenarnya dilihat ataudirasai. Hal ini kerana, nilai ialah suatu kesedaran yang dinyatakan oleh seseorang.Kenyataan tersebut pula boleh jadi tidak jitu kerana kecetekan pemikiran dan dayaintelek yang terbatas. Sesuatu nilai bukan sahaja memberi satu matlamat tindakan yangkonkrit tetapi juga merupakan satu nilai tara untuk pemilihan matlamat. Nilai bukan sahaja berasaskan kepada kepercayaan semata-mata. Nilai jugamempunyai dimensi lain iaitu emosi. Nilai menunjukkan komitmen emosi yangberpengaruh iaitu bagaimana seseorang itu menunjukkan perasaan suka atau benciterhadap sesuatu. Hal ini boleh diumpamakan seperti kita menyukai seseorangdisebabkan oleh nilai emosi suka atau kita sangat tidak menyukai seseorangdisebabkan oleh pengaruh nilai emosi benci. Masyarakat Melayu yang juga sinonimberagama islam sememangnya telah diterapkan dengan amalan nilai-nilai murni.Objektif penerapan nilai-nilai ini adalah bertujuan supaya nilai murni dan sikap positiftentang kehidupan dan pekerjaan yang dianjurkan dapat dipraktikkan dan diamalkan
  4. 4. bagi membaiki taraf hidup manusia dan mencapai hasil yang maksimum berdasarkansumber yang telah diberi. Penekanan terhadap nilai-nilai Islam juga bertujuan supaya ajaran-ajaran Islamyang dipegang dan diyakini selama ini perlu dihayati mengikut suasana dan kontekskehidupan manusia. Umpamanya sifat membazir adalah dilarang sama sekali dalamIslam dan kehidupan masyarakat Melayu, namun tafsiran membazir setakat ini terhadkepada penggunaan wang atau harta benda secara berlebihan sahaja. Selain itu, nilaijuga mencorakkan kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa. Menurut Atiq Ebady perbezaan di anatara nilai-nilai agama Islam dengan nilai-nilai orang Islam timbul oleh sebab orang Islam tidak mengamalkan agama Islammereka secara sempurna. Maka, timbul satu jurang diantara nilai-nilai Islam yangsebenar dengan nilai-nilai yang dipegang oleh orang Islam sendiri seperti keadaan yangditerangkan di atas. Dalam dunia moden hari ini, kita dapat melihat banyak bangsayang kuat dari segi persiapan material tetapi lemah dari segi ketahanan diri. Maka,bangsa yang kuat itu menjadi lemah dan tidak dapat menjaga kestabilan dankeutuhannya. Masyarakat Melayu yang beragama Islam seharusnya memiliki persiapanyang seimbang tidak kira dari segi material mahupun ketahanan diri supaya apabila kitadi hadapkan dengan cabaran dugaan, kita dapat bangkit dan membina semula tamadunmenggunakan persiapan material dan ketahanan diri yang ada. Kesimpulannya, nilai merupakan satu aspek yang penting dalam mencorakkanbudaya hidup manusia. Nilai jugalah yang mencerminkan norma masyarakat. Norma iniamat penting bagi mengawal tingkah laku manusia atau kelompok masyarakat keranajika setiap anggota kumpulan masyarakat dibiasakan membuat apa sahaja tanpaperaturan dan pantang larang, maka sesuatu perkara itu akan dilakukan mengikutsesuka hati sahaja tanpa memikirkan persepsi serta pandangan masyarakat atau orangyang berada di sekeliling. Selepas memperhatikan kepelbagaian nilai, kita dapatmengetahui nilai yang bertumpu kepada orang Melayu. Nilai-nilai tersebut diwarisi,dipertahankan dan dijaga dengan rapi. Namun ada juga nilai-nilai yang dipegang sudahberubah, sedang berubah dan akan berubah. Justeru penerapan nilai yang berasaskan
  5. 5. kepada norma yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa perlu berjalan seiring agarsebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu dapat dibina.

×