SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
BAB 2
INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
2.1. Indeks harga dan inflasi.
(a) Indeks harga pengguna ialah ukuran / petunjuk harga purata
barang-barang dan perkhidmatan pada tahun tertentu berbanding tahun asas.
(b) Menghitung indeks harga pengguna:
(i) Pemilihan tahun asas.
• Tahun asas merupakan tahun yang tingkat harganya dijadikan asas perbandingan dengan tingkat harga tahun-
tahun kemudiannya.
• Tahun asas biasanya merupakan tahun normal yang tingkat hatga pada umumnya adalah stabil.
• Indeks harga pada tahun asas diberikan nilai 100.
(ii) Pemilihan barang pengguna.
• Barang yang dipilih merupakan barang yang dianggap boleh mewakili barang-barang pengguna dalan ekonomi.
• Barang yang digunakan oleh kebanyakan pengguna berasaskan cita rasa, adat resam dan corak perbelanjaan
purata masyarakat tempatan.
(iii) Wajaran barang yang dipilih.
• Wajaran yang besar diberi kepada barang yang penting manakala wajaran yang sedikit bagi barang yang kurang
penting.
Pengiraan Indeks Harga berwajaran.
• Andaikan makanan lebih penting, diikuti oleh minuman dan seterusnya pakaian. Andaikan
wajaran masing-masing ialah 50%, 30% dan 20%.
• Ini bermakna bahawa sebahagian besar pendapatan pengguna akan dibelanjakan untuk
makanan, minuman dan sedikit untuk pakaian.
• Jadual 1.1 dapat membantu kita mendapatkan indeks harga bagi barang pengguna
keseluruhan. Angka 137.5 menunjukan indeks harga bagi barang pengguna pada tahun
2013 berbanding dengan tahun 2010.
• Ini bermakna secara keseluruhannya tingkat harga umum barang pengguna telah
meningkat sebanyak 37.5% antara tahun 2010 dan 2013.
Kumpulan
barang
Harga
asas
(2010)
RM
Harga baru
(2013)
RM
2010
Tahun asas
Wajaran Indeks
Harga 2013
Indeks
Harga
berwajaran
Indeks harga
berwajaran
2013
Makanan
Minuman
Pakaian
20.00
20.00
10.00
25.00
30.00
15.00
100
100
100
5
3
2
125
150
150
500
300
200
6 250
4 500
3 000
Indeks harga 300/3
= 100
10 1000/10
100
13 750/ 100
= 137.5
(c) Inflasi ialah kenaikan dalam tingkat harga umum barangan secara menyeluruh
dan berterusan dalam sesebuah ekonomi.
(d) Menghitung kadar inflasi dengan menggunakan indeks harga pengguna. Kadar
inflasi ialah peratus kenaikan harga umum barang-barang dan perkhidmatan
tahun semasa berbanding tahun sebelumnya.
Secara rumus: Kadar inflasi = IHP Tahun T – IHP Tahun T-1 x 100
IHP Tahun T-1
Dimana: IHP1 = Indeks harga tahun semasa
IHPo = Indeks harga tahun tahun asas
Kumpulan
barang
Harga
asas
(2010)
RM
Harga baru
(2013)
RM
2010
Tahun asas
Wajaran Indeks
Harga 2013
Indeks
Harga
berwajaran
Indeks harga
berwajaran
2013
Makanan
Minuman
Pakaian
20.00
20.00
10.00
25.00
30.00
15.00
100
100
100
5
3
2
125
150
150
500
300
200
6 250
4 500
3 000
Indeks harga 300/3
= 100
10 1000/10
100
13 750/ 100
= 137.5
Contoh pengiraan:
Berdasarkan indeks harga pengguna di bawah, kadar inflasi dapat dihitung seperti
berikut:
Kesimpulan:
i) Tingkat harga tahun 2001 adalah 1.4% lebih tinggi daripada tahun 2000.
ii) Tingkat harga tahun 2002 adalah 1.7% lebih tinggi daripada tahun 2001.
iii) Secara purata inflasi antara tahun 2000 hingga 2002 ialah:
= (1.4 + 1.7) % = 1.55%
2
iv) Hubungan indeks harga pengguna (IHP) dengan inflasi secara positif, semakin
tinggi IHP, semakin tinggi kasar inflasi yang berlaku dalam negara.
Tahun Indeks Harga Pengguna Kadar Inflasi
2000 100.0 -
2001 101.4 101.4 – 100 x 100 = 1.4
100
2002 103.1 103.1 – 101.4 x 100 = 1.7 %
101.4
Contoh pengiraan:
Kesimpulan:
v) Kegunaan maklumat indeks harga dan inflasi:
(a) untuk mengukur nilai wang benar.
(b) menentukan kos sara hidup.
(c) menentukan tingkat pendapatan benar isi rumah / kuasa beli.
(d) menentukan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar benar.
(e) menentukan / mengukur taraf hidup.
(f) menentukan kerajaan membuat dasar yang berkaitan.
e) Jenis inflasi.
• Inflasi dapat dikelaskan kepada inflasi tarikan permintaan, inflasi tolakan kos dan
inflasi diimport.
i) Inflasi Tarikan Permintaan.
• Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila permintaan agregat terus
meningkat melebihi keupayaan ekonomi untuk menghasilkan barangan pada
masa ekonomi negara berada pada tingkat guna tenaga penuh.
• Kenaikan permintaan agregat mungkin berpunca daripada;
(a)Kenaikan perbelanjaan agregat. Kenaikan komponen perbelanjaan
agregat iaitu perbelanjaan penggunaan, perbelanjaan kerajaan, pelaburan
dan eksport bersih akan menaikkan tingkat permintaan agregat dalam
ekonomi.
(b)Tambahan bekalan wang wang. Tambahan bekalan wang yang
berlebihan yang tidak dikawal menyebabkan kadar kecairan yang tinggi
dalam ekonomi dan seterusnya meningkatkan permintaan agregat.
• Inflasi berlku apabila terlalu banyak wang mengejar barangan dan
perkhidmatan yang sedikit.
e) Jenis inflasi.
• Inflasi dapat dikelaskan kepada inflasi tarikan permintaan, inflasi
tolakan kos dan inflasi diimport.
ii) Inflasi Tolakan Kos.
• Inflasi tolakan kos berlaku apabila wujud kenaikan kos
pengeluaran akibat daripada kenaikan harga faktor pengeluaran
dan matlamat firma meningkatkan keuntungan.
• Contohnya tuntutan upah buruh yang lebih tinggi oleh kesatuan
sekerja dan kenaikan harga bahan mentah.
iii) Inflasi Diimport.
• Inflasi diimport berlaku apabila negara mengimport barang
daripada negara yang mengalami masalah inflasi.
• Harga barang import meningkat dan menyebabkan kenaikan
harga barang dan perkhidmatan di negara yang mengimport.
2.2 Inflasi di Malaysia
• Jadual menunjukkan kadar inflasi di Malaysia tahun 2008 hingga 2012.
• Kadar inflasi yang ter tinggi ialah pada tahun 2008 iaitu 5.4% kemudian merosot
pada tahun 2009 (0.6%) kerana berlakunya kemelesetan ekonomi.
• Pada tahun 2010 tingkat harga meningkat semula sehingga tahun 2011 akibat
daripada pemulihan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi.
• Pada tahun 2012 kadar inflasi telah menurun kepada 1.9%.
Tahun Kadar Inflasi (%)
2008 5.4
2009 0.6
2010 1.7
2011 3.2
2012 1.9
2.3. Faktor Mempengaruhi Inflasi.
i) Permintaan agregat melebihi penawaran agregat.
• Inflasi berlaku disebabkan petambahan permintaan agregat dalam negara secara beterusan
sedangkan penawaran agregat tidak berubah disebabkan guna tenaga penuh.
ii) Kenaikan kadar upah.
• Kenaikan kadar upah buruh akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan pengeluar
akan mengurangkan pengeluaran. Keadaan ini akan menyebabkan kenaikan tingkat harga
dan jika berlaku berterusan akan menyebabkan inflasi.
iii) Kenaikan harga faktor pengeluaran.
• Kenaikan harga faktor pengeluaran seperti bahan mentah akan menyebabkan kos
pengeluaran yang ditanggung oleh pengeluar bertambah. Penawaran agregat berkurang
dan paras harga umum meningkat dan menyebabkan berlaku inflasi.
iv) Peningkatan harga barang yang diimport.
• Apabila berlaku kenaikan harga barang yang diimport / kenaikan nilai mata wang asing dari
negara yang mengalami inflasi, maka kos mengimport adalah tinggi dan keadaan ini akan
menyebabkan kenaikan harga barang yang diimport.
2.4. Kos Sara Hidup.
• Definisi: Jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk seseorang
individu meneruskan kehidupan sehariannya seperti membeli
makanan, minuman, tempat tinggal dan keselamatan.
• Taraf hidup merujuk kepada sejauh mana mudahnya seseorang yang
hidup pada sesuatu masa dan tempat tertentu dapat memenuhi
keperluan kehidupan mereka.
• Taraf hidup dapat diukur dengan membandingkan pendapatan boleh
belanja yang diterima oleh seseorang atau sebuah keluarga untuk
memenuhi keperluan asas.
• Hubungan antara kos sara hidup dengan taraf hidup adalah secara
songsang. Ini bermakna bila kos sara hidup tinggi maka taraf hidupnya
rendah.
2.5. Kesan Inflasi.
Kesan inflasi terhadap ekonomi.
i) Kos sara hidup.
• Kadar inflasi yang tinggi meningkatkan harga barang umum dan akan
menaikkan kos sara hidup.
ii) Taraf hidup.
• Semasa inflasi berlaku kenaikan kos sara hidup dan ini akan menyebabkan
taraf hidup menurun.
iii) Pertumbuhan ekonomi.
• Inflasi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
• Inflasi yang tinggi menyebabkan pulangan pelaburan dalam negara merosot.
• Inflasi yang tinggi akan menyebabkan daya saing eksport terjejas iaitu eksport
menurun dan pendapatan menurun.
• Namun begitu inflasi sederhana akan mendorong perkembangan ekonomi
kerana inflasi akan meningkatkan keuntungan firma dan menggalakkan
pelaburan.
2.5. Kesan Inflasi.
Kesan inflasi terhadap ekonomi.
iv) Nilai wang.
• Nilai wang ialah kemampuan sesuatu mata wang untuk membeli barang dan
perkhidmatan. Semasa inflasi nilai wang merosot.
v) Pelbagai golongan.
a) Pesara.
• Inflasi akan menjejaskan golongan pesara.
• Tingkat pendapatan benar golongan pesara akan berkurangan / jatuh.
• Inflasi akan menyebabkan pendapatan wang kurang bagi golongan pesara yang
berpendapatan wang adalah tetap.
b) Peniaga.
• Inflasi akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan dan menyebabkan
pendapatan / keuntungan peniaga bertambah.
c) Penghutang.
• Inflasi memberi keuntungan kepada orang yang berkurangan.
• Jika kadar faedah pinjaman bank tidak berubah, maka penghutang hanya perlu
membayar hurang pada kadar bunga benar yang rendah.
2.6. Langkah Mengawal Inflasi.
a) Dasar Kewangan (Monetori).
• Dasar yang dijalankan oleh bank pusat bagi mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui
kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar faedah.
• Tujuannya untuk mengurangkan permintaan agregat dan mengurangkan bekalan wang
dalam pasaran.
b) Alat dasar kewangan.
i) Operasi pasaran terbuka.
• Semasa inflasi berlaku, bank pusat akan menjual bil perbendaharan, bon kerajaan
kepada institusi kewangan dan orang ramai. Dengan ini jumlah wang di pasaran akan
berkurang.
ii) Kadar bank.
• Kadar faedah yang dikenakan oleh bank pusat terhadap bank perdagangan apabila bank
perdagangan meminjam daripada bank pusat.
• Semasa inflasi, kerajaan akan menaikkan kadar bank. Apabila kadar bank dinaikkan
maka kadar bunga di pasaran akan meningkat dan seterusnya akan mengurangkan
pinjaman masyarakat di institusi kewangan.
2.6. Langkah Mengawal Inflasi.
a) Alat dasar kewangan.
iii) Nisbah rizab berkanun.
• Rizab berkanun merupakan sebahagian daripada deposit pelanggan di bank perdagangan yang
perlu disimpan di bank pusat dengan kadar yang ditetapkan.
• Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan nisbah berkanun. Keadaan ini akan mengurangkan
lebihan rizab di bank perdagangan dan seterusnya mengurangkan keupayaan bank perdagangan
untuk memberi pinjaman.
iv) Pujukan moral.
• Bank pusat akan menjelaskan langkah-langkah kewangan dan tindakan yang sepatutnya diambil
oleh bank perdagangan bagi mengurangkan jumlah kredit yang boleh dikeluarkan.
• Contohnya bank pusat memujuk bank perdagangan supaya mengurangkan pinjaman.
v) Kawalan kredit terpilih.
• Semasa inflasi, bank pusat mengarahkan bank-bank perdagangan agar mengurangkan jenis
pinjaman yang boleh dibiayai.
• Bank pusat mengarahkan agar bank perdagangan menjalankan diskriminasi dalam pemberi
kredit.
• Contohnya kredit hanya akan diberi kepada sektor yang penting dan produktif sahaja.
• Tujuannya untuk mengurangkan penawaran wang dalam pasaran dan kegiatan ekonomi
menjadi perlahan serta kenaikan harga dapat dikawal dan seterusnya inflasi dapat dikawal.
2.6. Langkah Mengawal Inflasi.
b) Dasar Fiskal (Belanjawan).
• Dasar yang diambil oleh kerajaan dengan mengubah jumlah perbelanjaan (G)
dan cukai (T) yang dikenakan untuk menstbilkan keadaan ekonomi.
• Langkah untuk melaksanakan dasar fiskal;
I) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Dengan mengurangkan
perbelanjaan kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan agregat.
Keadaan ini akhirnya akan mengurangkan tekanan inflasi.
II) Menaikkan cukai. Bila cukai dinaikkan, pendapatan boleh guna
masyarakat akan berkurang dan akan mengurangkan perbelanjaan
agregat dan seterusnya akan mengurangkan permintaan agregat dan
akhirnya dapat mengatasi masalah inflasi.
III)Kerajaan juga boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan
cukai secara serentak.
2.6. Langkah Mengawal Inflasi.
c) Dasar pendapatan (Upah Maksimum)).
• Dasar kerajaan yang boleh mengawal pendapatan yang boleh diterima oleh isi
rumah terutamanya buruh.
• Kerajaan mengawal kenaikan tingkat upah supaya tidak terlalu tinggi untuk
mengatasi masalah inflasi tolakan kos.
• Kenakan upah seharusnya tidak melebihi peningkatan daya pengeluaran sut
buruh.
• Dasar upah maksimum perlu dikuatkuasakan, iaitu tingkat upah yang paling
tinggi yang boleh dibayar oleh majikan atau tingkat upah yang paling tinggi
boleh dituntut oleh kesatuan sekerja.
• Ini bermakna tingkat upah tidak boleh melebihi tingkat upah maksimum
tersebut. Oleh itu kos pengeluaran kurang daripada peningkatan daya
pengeluaran buruh dan inflasi dapat dikawal.
2.6. Langkah Mengawal Inflasi.
d) Lain-lain kawalan.
i) Kawalan harga (Dasar Harga Maksimum).
• Kawalan harga terhadap barang-barang tertentu seperti beras, tepong, atau susu, minyak masak dan
lain-lain barang kawalan.
• Kerajaan melaksanakan dasar harga maksimum iaitu harga yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah lebih
rendah daripada harga keseimbangan di pasaran.
• Keadaan ini menyebabkan kejatuhan tingkat harga umum dan dengan itu inflasi dapat dikawal.
ii) Menambah keluaran.
• Untuk menambah keluaran daya pengeluaran buruh mesti ditingkatkan dengan cara memberi latihan
kemahiran, seminar, bengkel, menyediakan prasarana yang menarik, mengutamakan kebajikan pekerja
dan lain-lain.
• Keadaan tersebut boleh meningkatkan motivasi dan semangat pekerja untuk bekerja dan akhirnya
meningkatkan keluaran.
• Apabila keluaran bertambah, harga barang akan jatuh dan seterusnya inflasi dapat dibendung.
2.6. Langkah Mengawal Inflasi.
d) Lain-lain kawalan.
iii) Kawalan eksport dan import.
• Kerajaan hanya perlu mengimport barang yang penting sahaja dan mengurangkan import barang yang
tidak penting dengan cara mengenakan kuota atau meningkatkan cukai import.
• Kerajaan juga perlu mengurangkan eksport barang penting dan meningkatkan eksport barang yang tidak
penting supaya barang dalam negara akan bertambah.
• Keadaan ini akan mengurangkan tekanan terhadap kenaikan harga barang dan inflasi dapat dikawal.
ii) Dasar Catuan.
• Dasar kerajaan yang menghadkan pembelian barang pengguna terhadap sesuatu barang.
• Tujuan dasar ini ialah:
a) Untuk mengagihkan barang-barang keperluan yang penting kepada pengguna dengan cara pemberian kupon.
b) Mengelakkan pihak yang mengambil kesempatan untuk membeli barang dengan kuantiti yang banyak dan
akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang.
2.7. Belanjawan Negara Malaysia.
a) Konsep Belanjawan Negara Malaysia.
• Merupakan satu penyata yang menunjukkan anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi
satu tahun tertentu.
• Hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai.
• Perbelanjaan kerajaan meliputi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
• Belanjawan Negara terbahagi tiga;
i) Belanjawan lebihan.
• Berlaku bila hasil yang diperolehi melebihi jumlah perbelanjaan yang dibuat.
• Belanjawan ini dilaksanakan semasa ekonomi mengalami inflasi melalui peningkatan cukai.
• Pengurangan perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan perbelanjaan agregat (AD) turun dan ekonomi negara
akan menguncup, tingkat harga turun dan akhirnya inflasi dapat dikawal.
ii) Belanjawan kurangan / defisit.
• Berlaku bila jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi daripada hasil yang diperoleh.
• Untuk menampung kekurangan itu kerajaan terpaksa meminjam dari dalam negeri atau luar negeri.
• Belanjawan ini dilaksanakan semasa ekonomi mengalami kemelesetan.
• Untuk merangsang perkembangan kegiatan ekonomi, kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan bagi
mewujudkan peluang pekerjaan. Keadaan ini akan menyebabkan AD naik dan ekonomi mengalami
pertumbuhan dan seterusnya akan mengurangkan pengangguran.
2.7. Belanjawan Negara Malaysia.
• Belanjawan Negara terbahagi tiga;
iii) Belanjawan seimbang.
• Berlaku dalam keadaan bila jumlah hasil yang diperoleh sama dengan jumlah perbelanjaan yang dibuat.
• Belanjawan seimbang dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan sektor awam dan
kestabilan ekonomi apabila ekonomi sudah mencapai guna tenaga penuh.
(b) Struktur Perbelanjaan dan Hasil Kerajaan Persekutuan dan Arah Aliannya.
i) Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan Arah Alirannya.
• Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
a) PERBELANJAAN MENGURUS.
• Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan kerajaan untuk mengurus atau membiayai kegiatan
pentadbiran kerajaan dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai untuk memenuhi keperluan
semasa.
• Perbelanjaan mengurus bersifat berulang-ulang pada setiap tahun.
• Perbelanjaan mengurus mengikut objek terdiri daripada:
i) Emolumen – bayaran gaji kepada kakitangan awam dan merupakan perbelanjaan kerajaan
yang terbesar.
ii) Pencen dan ganjaran – bayaran kepada kakitangan kerajaan yang telah bersara.
iii) Bayaran khidmat hutang – bayaran ini termasuk bayaran balik pinjaman kerajaan dan bunga
atas pinjaman.
iv) Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri – perbelanjaan ini meliputi kos
penyelenggaraan jalan raya negeri, bBantaun Rakyat 1 Malaysia dan lain-lain.
2.7. Belanjawan Negara Malaysia.
• Perbelanjaan mengurus mengikut objek terdiri daripada:
v) Bekalan dan perkhidmatan – perbelanjaan ini meliputi peruntukan perbelanjaan sekolah,
hospital serta bangunan kerajaan lain.
vi) Subsidi – merupakan bantuan kewangan yang merangkumi subsidi petroleum dan subsidi
barang kawalan lain dan subsidi harga padi.
vii) Perolehan aset – perbelanjaan membaiki / menaik taraf harta tetap milik awam.
Viii) Bayaran balik dan hapus kira – keadaan ini berlaku apabila kerajaan persekutuan
menerima pendahuluan daripada Bank Negara Malaysia, bayaran balik dan hapus kira
hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
viii) Pemberian kepada badan berkanun – tujuan ialah untuk memastikan kerajaan boleh
terlibat secara langsung dalam pembangunan sosioekonomi negara, contoh badan
berkanun yang menerima pemberian ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan (Mengikut objek 2010 – 2012)
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2012/2013)
Butiran
2010 2011 2012
RM juta % RM juta % RM juta %
Emolumen
Pencen dan gajaran
Bayaran khidmat hutang
Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri
Bekalan dan perkhidmatan
Subsidi
Perolehan aset
Bayaran balik dan hapus kira
Pemberian kepada badan berkanun
Perbelanjaan lain
46 663
11 515
15 621
4 689
23 841
23 106
1 869
601
12 407
11 320
30.8
7.4
10.3
3.1
15.7
15.2
1.2
0.4
8.2
7.5
50 148
13 565
17 716
5 535
28 949
36 256
2 665
1 009
13 772
12 980
27.5
7.4
9.7
3.0
15.9
19.9
1.5
0.6
7.5
7.1
59 197
14 188
20 453
5 846
31 960
42 404
1 154
1 362
15 054
10 999
29.2
7.0
10.1
2.9
15.8
20.9
0.6
0.7
7.4
5.4
Jumlah Perbelanjaan Mengurus 151 633 100 182 594 100 202 617 100
Peratus perubahan tahunan -3.5% 20.4% 11.0%
Huraian jadual arah aliran perbelanjaan mengurus:
• Komponen yang semakin meningkat dari tahun 2010 hingga 2012 ialah
emolumen, bayaran khidmat hutang, pemberian dan serahan kepada kerajaan
negeri, subsidi serta bayaran balik dan hapus kira.
• Komponen yang menurun dari tahun 2010 hingga 2012 ialah pencen dan
ganjaran, bekalan dan perkhidmatan, perolehan aset, pemberian kepada badan
berkanun serta perbelanjaan lain.
• Emolumen tetap merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan mengurus
dengan peratusnya 29.2% pada tahun 2012.
• Perbelanjaan mengurus menurun sebanyak 3.5% pada tahun 2010, kerana
kerajaan telah menurun perbelanjaan mengurus pada tahun tersebut kesan
daripada krisis kewangan global pada tahun 2009 dan menyebabkan hasil
Kerajaan Persekutuan merosot pada tahun 2010.
• Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan meningkat pada tahun 2011 iaitu
20.4% dan 11.0% pada tahun 2012.
Huraian jadual arah aliran perbelanjaan mengurus:
• Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan juga dapat dikategorikan mengikut
sektor iaitu:
i) Keselamatan.
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri.
ii) Perkhidmatan sosial.
• Pendidikan dan latihan.
• Kesihatan.
• Perumahan.
• Lain-lain.
iii) Perkhidmatan ekonomi.
• Pertanian dan pembangunan luar bandar.
• Kemudahan awam.
• Perdagangan dan perindustrian.
• Pengangkutan.
• Perhubungan.
• Lain-lain.
iv) Pentadbiran am.
v) Perbelanjaan lain Pembangunan.
2.7. Belanjawan Negara Malaysia.
b) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN.
• Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan kerajaan untuk menambah infrastruktur serta
membiayai pelbagai projek pembangunan.
• Perbelanjaan pembangunan dapat dikategorikan mengikut sektor seperti:
i) Keselamatan – bertujuan untuk mempertahankan keselamatan negara seperti membeli
pesawat dan peralatan tentera, membina kem tentera, balai polis dan rumah kediaman
anggota askar dan polis.
ii) Pentadbiran sosial – perbelanjaan untuk pendidikan dan latihan merupakan perbelanjaan
yang besar diikuti oleh perbelanjaan untuk kesihatan. Ia bertujuan untuk menaik taraf
pendidikan dan kesihatan rakyat.
iii) Perkhidmatan ekonomi – perbelanjaan yang besar ialah pengangkutan, diikuti oleh
perbelanjaan perdagangan dan perindustrian seperti penyediaan tapak perindustrian.
iv) Pentadbiran am – meliputi perbelanjaan untuk
• Pembelian peralatan baharu seperti computer dan mesin pencetak untuk menjalankan
pentadbiran di pelbagai jabatan kerajaan.
• Kos pemasangan sistem pengurusan atas talian supaya pentadbiran kerajaan lebih
cekap.
Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan (2010 – 2012)
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2012/2013)
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi Malaysia 2012/2013)
Butiran
2010 2011 2012
RM juta % RM juta % RM juta %
Keselamatan
Pertahanan
Keselamatan dalam negeri
Perkhidmatan sosial
Pendidikan
Kesihatan
Perumahan
Lain-lain
Perkhidmatan Ekonomi
Pertanian dan pembangunan luar bandar
Kemudahan awam
Perdagangan dan perindustrian
Pengangkutan
Perhubungan
Lain-lain.
Pentadbiran Am
3 970
2 666
1 304
20 784
12 046
3 780
1 333
3 625
26 121
2 920
5 286
6 987
8 665
688
1 574
1 917
7.5
39.4
49.5
3.6
4 569
3 711
857
12 607
7 735
2 207
762
1 903
28 156
1 128
6 013
8 364
10 140
848
1 663
1 085
9.8
27.2
60.7
2.3
4 394
3 562
832
13 643
8 557
1 948
738
2 399
30 362
1 901
5 781
5 491
10 073
587
6 527
1 424
8.8
27.4
60.9
2.9
Jumlah Perbelanjaan Pembangunan 52 792 100 46 416 1007 49 822 100
Peratus perubahan tahunan 6.6% -1.2% 7.3%
Huraian jadual:
Arah aliran Perbelanjaan pembangunan:
• Semua komponen perbelanjaan pembangunan mengalami perubahan yang turun
naik dari tahun 2010 hingga tahun 2012.
• Perkhidmatan ekonomi merupakan komponen perbelanjaan kerajaan yang
terbesar iaitu 60.9% pada tahun 2012 iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk
menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
• Perbelanjaan pembangunan menurun pada tahun 2011 iaitu RM46 416 juta
berbanding RM 52 792 juta pada tahun 2010.
• Namun begitu jumlah perbelanjaan pembangunan meningkat semula kepada
RM 49 822 juta pada tahun 2012.
(ii) Struktur hasil Kerajaan Persekutuan dan arah alirannya.
a) Cukai langsung.
• Sumber utama hasil kerajaan persekutuan terutama cukai
pendapatan syarikat.
• Merupakan jenis cukai yang beban cukainya tidak boleh
dipindahkan kepada pihak lain.
• Contoh cukai langsung:
i) Pendapatan individu.
ii) Cukai pendapatan syarikat.
iii) Cukai pendapatan koperasi.
iv) Cukai pendapatan petroleum.
v) Cukai pintu,
vi) Cukai tanah.
vii) Duti stem.
(ii) Struktur hasil Kerajaan Persekutuan dan arah alirannya.
b) Cukai tak langsung.
• Sejenis cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada
pihak lain.
• Merupakan komponen hasil kerajaan yang peling kecil.
• Contoh cukai tak langsung ialah:
i) Duti eksport.
ii) Duti import.
iii) Duti eksais
iv) Cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan tahun
2015.
v) Cukai tak langsung lain.
(ii) Struktur hasil Kerajaan Persekutuan dan arah alirannya.
c) Hasil bukan cukai.
• Merupakan pendapatan Kerajaan Persekutuan yang diperoleh
daripada sumber selain cukai.
• Hasil bukan cukai terdiri daripada:
i) Hasil jualan perkhidmatan awam.
ii) Pendapatan daripada pelaburan awam.
iii) Denda dan rampasan.
iv) Royalti gas dan petroleum.
v) Sewa harta awam.
vi) Bayaran lesen dan permit.
vii) Pemberian daripada kerajaan asing dan agensi antarabangsa.
Jadual: Struktur Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010, 2011 dan 2012.
(Sumber: Kementerian kewangan Malaysia laporan ekonomi 2012/2013)
Butiran
2010 2011 2012
RM juta % RM juta % RM juta %
Cukai langsung
Cukai pendapatan
Syarikat
Perseorangan
Petroleum.
Koperasi dan lain-lain
Lain-lain.
79 009
36 266
17 805
18 713
1 667
4 558
Cukai tak langsung
Duti eksport
Duti import
Duti eksais
Cukai jualan
Cukai perkhidmatan
Lain-lain
30 507
1 810
1 966
11 770
8 171
3 926
2 863
Hasil bukan cukai 50 138 31.4 50 534 27.3 54 753 26.4
Jumlah hasil 159 653 100 185 419 100 207 246 190
Huraian jadual:
•Ketiga-tiga hasil Kerajaan Persekutuan
mengalami arah aliran turun naik dari tahun
2010 hingga 2012.
•Cukai langsung merupakan sumber utama hasil
Kerajaan Persekutuan terutama cukai
pendapatan syarikat.
2.7. Belanjawan Negara Malaysia.
c) Hutang Negara.
• Hutang Negara ialah pinjaman yang dibuat oleh kerajaan untuk menampung
pembiayaan perbelanjaan pembangunan / menggerakkan pertumbuhan ekonomi
kesan daripada perlaksanaan belanjawan kurangan.
• Sumber hutang negara ialah:
i) Pinjaman dalam negara diperoleh daripada penjualab bil perbendaharaan, sijil pelaburan dan
sekuriti kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Urusan Tabung Haji, Bank
Simpanan Nasional, Syarikat Insurans, Bank Pusat dan Bank Perdagangan.
ii) Sumber pinjaman luar negara diperoleh daripada penjualan sekuriti kerajaan di pasaran
kewangan antarabangsa, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan institusi kewangan lain untuk
membiayai projek.
• Perkara yang perlu dipertimbangkan tentang Hutang Negara ialah:
i) Saiz hutang Negara boleh diukur dengan
a) Nisbah hutang negara kepada Keluaran Negara Kasar (KNK)
= Hutang Negara x 100
KNK
2.7. Belanjawan Negara Malaysia.
c) Hutang Negara.
i) Saiz hutang Negara boleh diukur dengan
a) Nisbah hutang negara kepada Keluaran Negara Kasar (KNK)
= Hutang Negara x 100
KNK
b) Nisbah hutang negara kepada eksport
= Hutang Negara x 100
Jumlah Eksport
ii) Kadar faedah mestilah rendah supaya bayaran khidmat hutang dalam dan luar negera rendah.
iii) Hutang Negara harus terdiri daripada pelbagai sumber seperti pinjaman dalam negera dan
pinjaman luar negara, pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang.
• Kebaikan dan kelemahan hutang negara.
a) Kebaikan hutang dalam negara.
i) Mudah diperoleh daripada institusi kewangan.
2.7. Belanjawan Negara Malaysia.
c) Hutang Negara.
• Kebaikan dan kelemahan hutang negara.
a) Kebaikan hutang dalam negara.
i) Mudah diperoleh daripada institusi kewangan.
ii) Tidak melibatkan kebocoran wang keluar negara.
iii) Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing.
b) Keburukan hutang dalam negara.
i) Sumber pinjaman dalam negara terhad.
ii) Mengurangkan keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.
iii) Memburukkan agihan pendapatan Negara.
2.7. Belanjawan Negara Malaysia.
c) Hutang Negara.
• Kebaikan dan kelemahan hutang negara.
c) Kebaikan hutang luar negara.
i) Sumber pinjamannya lebih luas.
ii) Membiayai defisit dalam imbangan pembayaran.
iii) Tidak mengurangkan keupayaan penciptaan kredit bank-bank perdagangan.
d) Keburukan hutang luar negara.
i) Melibatkan bocoran wang ke luar negara.
ii)Dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing.
iii) Kadar faedah lebih tinggi.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN.
BAHAGIAN A (SOALAN ESEI)
1. (a) Terangkan maksud kadar inflasi. [2]
(b) Huraikan bagaimana kenaikan harga import mempengaruhi
inflasi. [4]
CADANGAN JAWAPAN:
1. (a) – Kadar inflsi merupakan kadar kenaikan tingkat harga umum pada suatu
tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya.
- Kadar inflasi = IHP Tahun T – IHP Tahun T – 1 x 100
IHP Tahun T – 1
(b) – Kenaikan harga import akan mempengaruhi inflasi, apabila sesebuah
negara mengimport barang-barang dari negara asing yang mengalami
inflasi, barang-barang import tersebut akan dijual dengan harga yang lebih
tinggi dipasaran tempatan.
- Apabila banyak barang import mengalami kenaikan harga, maka inflasi yang
diimport akan berlaku di nagara tersebut.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN.
BAHAGIAN B (SOALAN KUANTITATIF)
1. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna, indeks harga pengeluar dan
pendapatan kasar isi rumah di Malaysia.
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)
(a) (i) Hitung kadar inflasi negara berdasarkan indeks harga pengeluar dari tahun
2007 hingga tahun 2009. [2]
(ii) Berdasarkan (a)(i), nyatakan arah aliran kadar inflasi tersebut. [1]
(iii) Berikan dua alasan kadar inflasi tinggi dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [1]
Tahun Indeks Harga
Pengguna (2005 =
100)
Indeks Harga
Pengeluar (2005 = 100)
Pendapata kasar isi rumah (RM /
bulan)
2006 103.6 103.8
2007 105.7 112.2 3686
2008 111.4 125.8
2009 112.1 112.2 4025
2010 114.0 120.9
PANDUAN MENJAWAB SOALAN.
BAHAGIAN B (SOALAN KUANTITATIF)
1. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna, indeks harga pengeluar dan
pendapatan kasar isi rumah di Malaysia.
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)
(b) (i) Hitung kadar inflasi negara berdasarkan indeks harga penggyuna dan indeks
harga pengeluar pada tahun 2010 [2]
(ii) Berdasarkan (b)(i), berikan sebab mengapa terdapat perbezaan yang ketara
dalam kadar inflasi berdasarkan kedua-dua indeks harga tersebut. [1]
(c) Hitung pendapatan benar isi rumah pada tahun 2007 dan 2009. [2]
Tahun Indeks Harga Pengguna
(2005 = 100)
Indeks Harga Pengeluar
(2005 -= 100)
Pendapatan kasar isi rumah
(RM/bulan)
2006 103.6 103.8
2007 105.7 112.2 3686
2008 111.4 125.8
2009 112.1 112.2 4025
2010 114.0 120.9
Cadangan jawapan:
(a) (i)
(ii) Kadar inflasi meningkat dari tahun 2007 hingga tahun 2008 dan menurun
pada tahun 2009.
(iii) – kenaikan harga petroleum / minyak dunia.
- Kenaikan harga bahan mentah.
- Kenaikan harga bahan mentah makanan seperti minyak sayuran.
• Mana-mana dua di atas.
(b) (i)
Tahun Jawapan
2007 [(9111.2/103.8) – 1] X 100 = 7.13%
2008 [(125.8/111.2) – 1] X 100 = 13.13%
2009 [(111.2/125.8) – 1] x 100 = - 10.81%
Tahun Berdasarkan indeks harga pengguna Berdasarkan Indeks Harga Pengeluar
2010 [(114/112.1) – 1] x 100 = 1.69% [(114/112.1) – 1] x 100 = 1.69%
Cadangan jawapan:
(b) (i)
(ii) – Kawalan yang lebih oleh kerajaan terhadap harga pengguna.
- Kerajaan banyak memberikan subsidi kepada pengeluaran barang
pengguna.
- Kenaikan harga di peringkat dunia seperti petroleum dan bahan mentah
tidak dapat dikawal oleh kerajaan.
• Pilih mana-mana satu.
(c) Pendapatan benar isi rumah tahun 2009.
= (Indeks harga tahun asas / indeks harga tahun semasa) x pendapatan semasa
=100/105.7 x 3686
= RM3487.23
Pendapatan benar isirumah tahun 2009
= (Indeks harga tahun asas / indeks harga tahun semasa) x pendapatan semasa
= (100/112.1) x 4025
= RM3590.54.
Tahun Berdasarkan indeks harga pengguna Berdasarkan Indeks Harga Pengeluar
2010 [(114/112.1) – 1] x 100 = 1.69% [(114/112.1) – 1] x 100 = 1.69%
TAMAT
• Sila jawab soalan latihan daripada buku teks.

More Related Content

What's hot

Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranSky Red
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
keanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawarankeanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawaranmus31
 
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiBab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiSyahira Md Desa
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaarharynna
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia kawaiis
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASInasywah79
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanNur Az
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI Nur Osman
 
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)FirdausZaini3
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMevelyn_01
 
Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawarancallmeboring
 
Makroekonomi - Bab 1
Makroekonomi - Bab 1Makroekonomi - Bab 1
Makroekonomi - Bab 1Siti Syahirah
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Maria Nordin
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANAsmawi Abdullah
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
Ekonomi STPM penggal 3 bab 2
Ekonomi STPM penggal 3 bab 2Ekonomi STPM penggal 3 bab 2
Ekonomi STPM penggal 3 bab 2amm_kmz
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganNur Az
 

What's hot (20)

Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
keanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawarankeanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawaran
 
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiBab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
 
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
 
Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawaran
 
Makroekonomi - Bab 1
Makroekonomi - Bab 1Makroekonomi - Bab 1
Makroekonomi - Bab 1
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Ekonomi STPM penggal 3 bab 2
Ekonomi STPM penggal 3 bab 2Ekonomi STPM penggal 3 bab 2
Ekonomi STPM penggal 3 bab 2
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
 

Similar to bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017

7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
7  asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara7  asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negaraNur Az
 
Bab 1 ekonomi dan kerajaan
Bab 1 ekonomi dan kerajaanBab 1 ekonomi dan kerajaan
Bab 1 ekonomi dan kerajaandalilahpokari
 
Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)WanBK Leo
 
Bahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanBahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanmastura71
 
Bahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanBahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanmastura71
 
Bahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanBahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanmastura71
 
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docxAnalisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docxLaiminMatong1
 
trend persekitaran perniagaan
trend persekitaran perniagaantrend persekitaran perniagaan
trend persekitaran perniagaanLee Michelle
 
Makroekonomi Topik 13
Makroekonomi Topik 13Makroekonomi Topik 13
Makroekonomi Topik 13WanBK Leo
 
Bab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaBab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaSazaki Salleh
 

Similar to bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017 (13)

7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
7  asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara7  asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
 
Bab 1 ekonomi dan kerajaan
Bab 1 ekonomi dan kerajaanBab 1 ekonomi dan kerajaan
Bab 1 ekonomi dan kerajaan
 
Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)
 
Bahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanBahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihan
 
Bahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanBahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihan
 
Bahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihanBahagian a soalan aneka pilihan
Bahagian a soalan aneka pilihan
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
PBS EKONOMI
PBS EKONOMIPBS EKONOMI
PBS EKONOMI
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docxAnalisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
 
trend persekitaran perniagaan
trend persekitaran perniagaantrend persekitaran perniagaan
trend persekitaran perniagaan
 
Makroekonomi Topik 13
Makroekonomi Topik 13Makroekonomi Topik 13
Makroekonomi Topik 13
 
Bab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaBab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsa
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 

Recently uploaded (11)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 

bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017

  • 1. BAB 2 INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
  • 2. 2.1. Indeks harga dan inflasi. (a) Indeks harga pengguna ialah ukuran / petunjuk harga purata barang-barang dan perkhidmatan pada tahun tertentu berbanding tahun asas. (b) Menghitung indeks harga pengguna: (i) Pemilihan tahun asas. • Tahun asas merupakan tahun yang tingkat harganya dijadikan asas perbandingan dengan tingkat harga tahun- tahun kemudiannya. • Tahun asas biasanya merupakan tahun normal yang tingkat hatga pada umumnya adalah stabil. • Indeks harga pada tahun asas diberikan nilai 100. (ii) Pemilihan barang pengguna. • Barang yang dipilih merupakan barang yang dianggap boleh mewakili barang-barang pengguna dalan ekonomi. • Barang yang digunakan oleh kebanyakan pengguna berasaskan cita rasa, adat resam dan corak perbelanjaan purata masyarakat tempatan. (iii) Wajaran barang yang dipilih. • Wajaran yang besar diberi kepada barang yang penting manakala wajaran yang sedikit bagi barang yang kurang penting.
  • 3. Pengiraan Indeks Harga berwajaran. • Andaikan makanan lebih penting, diikuti oleh minuman dan seterusnya pakaian. Andaikan wajaran masing-masing ialah 50%, 30% dan 20%. • Ini bermakna bahawa sebahagian besar pendapatan pengguna akan dibelanjakan untuk makanan, minuman dan sedikit untuk pakaian. • Jadual 1.1 dapat membantu kita mendapatkan indeks harga bagi barang pengguna keseluruhan. Angka 137.5 menunjukan indeks harga bagi barang pengguna pada tahun 2013 berbanding dengan tahun 2010. • Ini bermakna secara keseluruhannya tingkat harga umum barang pengguna telah meningkat sebanyak 37.5% antara tahun 2010 dan 2013. Kumpulan barang Harga asas (2010) RM Harga baru (2013) RM 2010 Tahun asas Wajaran Indeks Harga 2013 Indeks Harga berwajaran Indeks harga berwajaran 2013 Makanan Minuman Pakaian 20.00 20.00 10.00 25.00 30.00 15.00 100 100 100 5 3 2 125 150 150 500 300 200 6 250 4 500 3 000 Indeks harga 300/3 = 100 10 1000/10 100 13 750/ 100 = 137.5
  • 4. (c) Inflasi ialah kenaikan dalam tingkat harga umum barangan secara menyeluruh dan berterusan dalam sesebuah ekonomi. (d) Menghitung kadar inflasi dengan menggunakan indeks harga pengguna. Kadar inflasi ialah peratus kenaikan harga umum barang-barang dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun sebelumnya. Secara rumus: Kadar inflasi = IHP Tahun T – IHP Tahun T-1 x 100 IHP Tahun T-1 Dimana: IHP1 = Indeks harga tahun semasa IHPo = Indeks harga tahun tahun asas Kumpulan barang Harga asas (2010) RM Harga baru (2013) RM 2010 Tahun asas Wajaran Indeks Harga 2013 Indeks Harga berwajaran Indeks harga berwajaran 2013 Makanan Minuman Pakaian 20.00 20.00 10.00 25.00 30.00 15.00 100 100 100 5 3 2 125 150 150 500 300 200 6 250 4 500 3 000 Indeks harga 300/3 = 100 10 1000/10 100 13 750/ 100 = 137.5
  • 5. Contoh pengiraan: Berdasarkan indeks harga pengguna di bawah, kadar inflasi dapat dihitung seperti berikut: Kesimpulan: i) Tingkat harga tahun 2001 adalah 1.4% lebih tinggi daripada tahun 2000. ii) Tingkat harga tahun 2002 adalah 1.7% lebih tinggi daripada tahun 2001. iii) Secara purata inflasi antara tahun 2000 hingga 2002 ialah: = (1.4 + 1.7) % = 1.55% 2 iv) Hubungan indeks harga pengguna (IHP) dengan inflasi secara positif, semakin tinggi IHP, semakin tinggi kasar inflasi yang berlaku dalam negara. Tahun Indeks Harga Pengguna Kadar Inflasi 2000 100.0 - 2001 101.4 101.4 – 100 x 100 = 1.4 100 2002 103.1 103.1 – 101.4 x 100 = 1.7 % 101.4
  • 6. Contoh pengiraan: Kesimpulan: v) Kegunaan maklumat indeks harga dan inflasi: (a) untuk mengukur nilai wang benar. (b) menentukan kos sara hidup. (c) menentukan tingkat pendapatan benar isi rumah / kuasa beli. (d) menentukan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar benar. (e) menentukan / mengukur taraf hidup. (f) menentukan kerajaan membuat dasar yang berkaitan.
  • 7. e) Jenis inflasi. • Inflasi dapat dikelaskan kepada inflasi tarikan permintaan, inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. i) Inflasi Tarikan Permintaan. • Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila permintaan agregat terus meningkat melebihi keupayaan ekonomi untuk menghasilkan barangan pada masa ekonomi negara berada pada tingkat guna tenaga penuh. • Kenaikan permintaan agregat mungkin berpunca daripada; (a)Kenaikan perbelanjaan agregat. Kenaikan komponen perbelanjaan agregat iaitu perbelanjaan penggunaan, perbelanjaan kerajaan, pelaburan dan eksport bersih akan menaikkan tingkat permintaan agregat dalam ekonomi. (b)Tambahan bekalan wang wang. Tambahan bekalan wang yang berlebihan yang tidak dikawal menyebabkan kadar kecairan yang tinggi dalam ekonomi dan seterusnya meningkatkan permintaan agregat. • Inflasi berlku apabila terlalu banyak wang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit.
  • 8. e) Jenis inflasi. • Inflasi dapat dikelaskan kepada inflasi tarikan permintaan, inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. ii) Inflasi Tolakan Kos. • Inflasi tolakan kos berlaku apabila wujud kenaikan kos pengeluaran akibat daripada kenaikan harga faktor pengeluaran dan matlamat firma meningkatkan keuntungan. • Contohnya tuntutan upah buruh yang lebih tinggi oleh kesatuan sekerja dan kenaikan harga bahan mentah. iii) Inflasi Diimport. • Inflasi diimport berlaku apabila negara mengimport barang daripada negara yang mengalami masalah inflasi. • Harga barang import meningkat dan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara yang mengimport.
  • 9. 2.2 Inflasi di Malaysia • Jadual menunjukkan kadar inflasi di Malaysia tahun 2008 hingga 2012. • Kadar inflasi yang ter tinggi ialah pada tahun 2008 iaitu 5.4% kemudian merosot pada tahun 2009 (0.6%) kerana berlakunya kemelesetan ekonomi. • Pada tahun 2010 tingkat harga meningkat semula sehingga tahun 2011 akibat daripada pemulihan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi. • Pada tahun 2012 kadar inflasi telah menurun kepada 1.9%. Tahun Kadar Inflasi (%) 2008 5.4 2009 0.6 2010 1.7 2011 3.2 2012 1.9
  • 10. 2.3. Faktor Mempengaruhi Inflasi. i) Permintaan agregat melebihi penawaran agregat. • Inflasi berlaku disebabkan petambahan permintaan agregat dalam negara secara beterusan sedangkan penawaran agregat tidak berubah disebabkan guna tenaga penuh. ii) Kenaikan kadar upah. • Kenaikan kadar upah buruh akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan pengeluar akan mengurangkan pengeluaran. Keadaan ini akan menyebabkan kenaikan tingkat harga dan jika berlaku berterusan akan menyebabkan inflasi. iii) Kenaikan harga faktor pengeluaran. • Kenaikan harga faktor pengeluaran seperti bahan mentah akan menyebabkan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pengeluar bertambah. Penawaran agregat berkurang dan paras harga umum meningkat dan menyebabkan berlaku inflasi. iv) Peningkatan harga barang yang diimport. • Apabila berlaku kenaikan harga barang yang diimport / kenaikan nilai mata wang asing dari negara yang mengalami inflasi, maka kos mengimport adalah tinggi dan keadaan ini akan menyebabkan kenaikan harga barang yang diimport.
  • 11. 2.4. Kos Sara Hidup. • Definisi: Jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk seseorang individu meneruskan kehidupan sehariannya seperti membeli makanan, minuman, tempat tinggal dan keselamatan. • Taraf hidup merujuk kepada sejauh mana mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu masa dan tempat tertentu dapat memenuhi keperluan kehidupan mereka. • Taraf hidup dapat diukur dengan membandingkan pendapatan boleh belanja yang diterima oleh seseorang atau sebuah keluarga untuk memenuhi keperluan asas. • Hubungan antara kos sara hidup dengan taraf hidup adalah secara songsang. Ini bermakna bila kos sara hidup tinggi maka taraf hidupnya rendah.
  • 12. 2.5. Kesan Inflasi. Kesan inflasi terhadap ekonomi. i) Kos sara hidup. • Kadar inflasi yang tinggi meningkatkan harga barang umum dan akan menaikkan kos sara hidup. ii) Taraf hidup. • Semasa inflasi berlaku kenaikan kos sara hidup dan ini akan menyebabkan taraf hidup menurun. iii) Pertumbuhan ekonomi. • Inflasi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. • Inflasi yang tinggi menyebabkan pulangan pelaburan dalam negara merosot. • Inflasi yang tinggi akan menyebabkan daya saing eksport terjejas iaitu eksport menurun dan pendapatan menurun. • Namun begitu inflasi sederhana akan mendorong perkembangan ekonomi kerana inflasi akan meningkatkan keuntungan firma dan menggalakkan pelaburan.
  • 13. 2.5. Kesan Inflasi. Kesan inflasi terhadap ekonomi. iv) Nilai wang. • Nilai wang ialah kemampuan sesuatu mata wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Semasa inflasi nilai wang merosot. v) Pelbagai golongan. a) Pesara. • Inflasi akan menjejaskan golongan pesara. • Tingkat pendapatan benar golongan pesara akan berkurangan / jatuh. • Inflasi akan menyebabkan pendapatan wang kurang bagi golongan pesara yang berpendapatan wang adalah tetap. b) Peniaga. • Inflasi akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan dan menyebabkan pendapatan / keuntungan peniaga bertambah. c) Penghutang. • Inflasi memberi keuntungan kepada orang yang berkurangan. • Jika kadar faedah pinjaman bank tidak berubah, maka penghutang hanya perlu membayar hurang pada kadar bunga benar yang rendah.
  • 14. 2.6. Langkah Mengawal Inflasi. a) Dasar Kewangan (Monetori). • Dasar yang dijalankan oleh bank pusat bagi mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar faedah. • Tujuannya untuk mengurangkan permintaan agregat dan mengurangkan bekalan wang dalam pasaran. b) Alat dasar kewangan. i) Operasi pasaran terbuka. • Semasa inflasi berlaku, bank pusat akan menjual bil perbendaharan, bon kerajaan kepada institusi kewangan dan orang ramai. Dengan ini jumlah wang di pasaran akan berkurang. ii) Kadar bank. • Kadar faedah yang dikenakan oleh bank pusat terhadap bank perdagangan apabila bank perdagangan meminjam daripada bank pusat. • Semasa inflasi, kerajaan akan menaikkan kadar bank. Apabila kadar bank dinaikkan maka kadar bunga di pasaran akan meningkat dan seterusnya akan mengurangkan pinjaman masyarakat di institusi kewangan.
  • 15. 2.6. Langkah Mengawal Inflasi. a) Alat dasar kewangan. iii) Nisbah rizab berkanun. • Rizab berkanun merupakan sebahagian daripada deposit pelanggan di bank perdagangan yang perlu disimpan di bank pusat dengan kadar yang ditetapkan. • Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan nisbah berkanun. Keadaan ini akan mengurangkan lebihan rizab di bank perdagangan dan seterusnya mengurangkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman. iv) Pujukan moral. • Bank pusat akan menjelaskan langkah-langkah kewangan dan tindakan yang sepatutnya diambil oleh bank perdagangan bagi mengurangkan jumlah kredit yang boleh dikeluarkan. • Contohnya bank pusat memujuk bank perdagangan supaya mengurangkan pinjaman. v) Kawalan kredit terpilih. • Semasa inflasi, bank pusat mengarahkan bank-bank perdagangan agar mengurangkan jenis pinjaman yang boleh dibiayai. • Bank pusat mengarahkan agar bank perdagangan menjalankan diskriminasi dalam pemberi kredit. • Contohnya kredit hanya akan diberi kepada sektor yang penting dan produktif sahaja. • Tujuannya untuk mengurangkan penawaran wang dalam pasaran dan kegiatan ekonomi menjadi perlahan serta kenaikan harga dapat dikawal dan seterusnya inflasi dapat dikawal.
  • 16. 2.6. Langkah Mengawal Inflasi. b) Dasar Fiskal (Belanjawan). • Dasar yang diambil oleh kerajaan dengan mengubah jumlah perbelanjaan (G) dan cukai (T) yang dikenakan untuk menstbilkan keadaan ekonomi. • Langkah untuk melaksanakan dasar fiskal; I) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan agregat. Keadaan ini akhirnya akan mengurangkan tekanan inflasi. II) Menaikkan cukai. Bila cukai dinaikkan, pendapatan boleh guna masyarakat akan berkurang dan akan mengurangkan perbelanjaan agregat dan seterusnya akan mengurangkan permintaan agregat dan akhirnya dapat mengatasi masalah inflasi. III)Kerajaan juga boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai secara serentak.
  • 17. 2.6. Langkah Mengawal Inflasi. c) Dasar pendapatan (Upah Maksimum)). • Dasar kerajaan yang boleh mengawal pendapatan yang boleh diterima oleh isi rumah terutamanya buruh. • Kerajaan mengawal kenaikan tingkat upah supaya tidak terlalu tinggi untuk mengatasi masalah inflasi tolakan kos. • Kenakan upah seharusnya tidak melebihi peningkatan daya pengeluaran sut buruh. • Dasar upah maksimum perlu dikuatkuasakan, iaitu tingkat upah yang paling tinggi yang boleh dibayar oleh majikan atau tingkat upah yang paling tinggi boleh dituntut oleh kesatuan sekerja. • Ini bermakna tingkat upah tidak boleh melebihi tingkat upah maksimum tersebut. Oleh itu kos pengeluaran kurang daripada peningkatan daya pengeluaran buruh dan inflasi dapat dikawal.
  • 18. 2.6. Langkah Mengawal Inflasi. d) Lain-lain kawalan. i) Kawalan harga (Dasar Harga Maksimum). • Kawalan harga terhadap barang-barang tertentu seperti beras, tepong, atau susu, minyak masak dan lain-lain barang kawalan. • Kerajaan melaksanakan dasar harga maksimum iaitu harga yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah lebih rendah daripada harga keseimbangan di pasaran. • Keadaan ini menyebabkan kejatuhan tingkat harga umum dan dengan itu inflasi dapat dikawal. ii) Menambah keluaran. • Untuk menambah keluaran daya pengeluaran buruh mesti ditingkatkan dengan cara memberi latihan kemahiran, seminar, bengkel, menyediakan prasarana yang menarik, mengutamakan kebajikan pekerja dan lain-lain. • Keadaan tersebut boleh meningkatkan motivasi dan semangat pekerja untuk bekerja dan akhirnya meningkatkan keluaran. • Apabila keluaran bertambah, harga barang akan jatuh dan seterusnya inflasi dapat dibendung.
  • 19. 2.6. Langkah Mengawal Inflasi. d) Lain-lain kawalan. iii) Kawalan eksport dan import. • Kerajaan hanya perlu mengimport barang yang penting sahaja dan mengurangkan import barang yang tidak penting dengan cara mengenakan kuota atau meningkatkan cukai import. • Kerajaan juga perlu mengurangkan eksport barang penting dan meningkatkan eksport barang yang tidak penting supaya barang dalam negara akan bertambah. • Keadaan ini akan mengurangkan tekanan terhadap kenaikan harga barang dan inflasi dapat dikawal. ii) Dasar Catuan. • Dasar kerajaan yang menghadkan pembelian barang pengguna terhadap sesuatu barang. • Tujuan dasar ini ialah: a) Untuk mengagihkan barang-barang keperluan yang penting kepada pengguna dengan cara pemberian kupon. b) Mengelakkan pihak yang mengambil kesempatan untuk membeli barang dengan kuantiti yang banyak dan akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang.
  • 20. 2.7. Belanjawan Negara Malaysia. a) Konsep Belanjawan Negara Malaysia. • Merupakan satu penyata yang menunjukkan anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi satu tahun tertentu. • Hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai. • Perbelanjaan kerajaan meliputi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. • Belanjawan Negara terbahagi tiga; i) Belanjawan lebihan. • Berlaku bila hasil yang diperolehi melebihi jumlah perbelanjaan yang dibuat. • Belanjawan ini dilaksanakan semasa ekonomi mengalami inflasi melalui peningkatan cukai. • Pengurangan perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan perbelanjaan agregat (AD) turun dan ekonomi negara akan menguncup, tingkat harga turun dan akhirnya inflasi dapat dikawal. ii) Belanjawan kurangan / defisit. • Berlaku bila jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi daripada hasil yang diperoleh. • Untuk menampung kekurangan itu kerajaan terpaksa meminjam dari dalam negeri atau luar negeri. • Belanjawan ini dilaksanakan semasa ekonomi mengalami kemelesetan. • Untuk merangsang perkembangan kegiatan ekonomi, kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan. Keadaan ini akan menyebabkan AD naik dan ekonomi mengalami pertumbuhan dan seterusnya akan mengurangkan pengangguran.
  • 21. 2.7. Belanjawan Negara Malaysia. • Belanjawan Negara terbahagi tiga; iii) Belanjawan seimbang. • Berlaku dalam keadaan bila jumlah hasil yang diperoleh sama dengan jumlah perbelanjaan yang dibuat. • Belanjawan seimbang dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan sektor awam dan kestabilan ekonomi apabila ekonomi sudah mencapai guna tenaga penuh. (b) Struktur Perbelanjaan dan Hasil Kerajaan Persekutuan dan Arah Aliannya. i) Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan Arah Alirannya. • Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. a) PERBELANJAAN MENGURUS. • Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan kerajaan untuk mengurus atau membiayai kegiatan pentadbiran kerajaan dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai untuk memenuhi keperluan semasa. • Perbelanjaan mengurus bersifat berulang-ulang pada setiap tahun. • Perbelanjaan mengurus mengikut objek terdiri daripada: i) Emolumen – bayaran gaji kepada kakitangan awam dan merupakan perbelanjaan kerajaan yang terbesar. ii) Pencen dan ganjaran – bayaran kepada kakitangan kerajaan yang telah bersara. iii) Bayaran khidmat hutang – bayaran ini termasuk bayaran balik pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman. iv) Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri – perbelanjaan ini meliputi kos penyelenggaraan jalan raya negeri, bBantaun Rakyat 1 Malaysia dan lain-lain.
  • 22. 2.7. Belanjawan Negara Malaysia. • Perbelanjaan mengurus mengikut objek terdiri daripada: v) Bekalan dan perkhidmatan – perbelanjaan ini meliputi peruntukan perbelanjaan sekolah, hospital serta bangunan kerajaan lain. vi) Subsidi – merupakan bantuan kewangan yang merangkumi subsidi petroleum dan subsidi barang kawalan lain dan subsidi harga padi. vii) Perolehan aset – perbelanjaan membaiki / menaik taraf harta tetap milik awam. Viii) Bayaran balik dan hapus kira – keadaan ini berlaku apabila kerajaan persekutuan menerima pendahuluan daripada Bank Negara Malaysia, bayaran balik dan hapus kira hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. viii) Pemberian kepada badan berkanun – tujuan ialah untuk memastikan kerajaan boleh terlibat secara langsung dalam pembangunan sosioekonomi negara, contoh badan berkanun yang menerima pemberian ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • 23. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan (Mengikut objek 2010 – 2012) (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2012/2013) Butiran 2010 2011 2012 RM juta % RM juta % RM juta % Emolumen Pencen dan gajaran Bayaran khidmat hutang Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri Bekalan dan perkhidmatan Subsidi Perolehan aset Bayaran balik dan hapus kira Pemberian kepada badan berkanun Perbelanjaan lain 46 663 11 515 15 621 4 689 23 841 23 106 1 869 601 12 407 11 320 30.8 7.4 10.3 3.1 15.7 15.2 1.2 0.4 8.2 7.5 50 148 13 565 17 716 5 535 28 949 36 256 2 665 1 009 13 772 12 980 27.5 7.4 9.7 3.0 15.9 19.9 1.5 0.6 7.5 7.1 59 197 14 188 20 453 5 846 31 960 42 404 1 154 1 362 15 054 10 999 29.2 7.0 10.1 2.9 15.8 20.9 0.6 0.7 7.4 5.4 Jumlah Perbelanjaan Mengurus 151 633 100 182 594 100 202 617 100 Peratus perubahan tahunan -3.5% 20.4% 11.0%
  • 24. Huraian jadual arah aliran perbelanjaan mengurus: • Komponen yang semakin meningkat dari tahun 2010 hingga 2012 ialah emolumen, bayaran khidmat hutang, pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri, subsidi serta bayaran balik dan hapus kira. • Komponen yang menurun dari tahun 2010 hingga 2012 ialah pencen dan ganjaran, bekalan dan perkhidmatan, perolehan aset, pemberian kepada badan berkanun serta perbelanjaan lain. • Emolumen tetap merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan mengurus dengan peratusnya 29.2% pada tahun 2012. • Perbelanjaan mengurus menurun sebanyak 3.5% pada tahun 2010, kerana kerajaan telah menurun perbelanjaan mengurus pada tahun tersebut kesan daripada krisis kewangan global pada tahun 2009 dan menyebabkan hasil Kerajaan Persekutuan merosot pada tahun 2010. • Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan meningkat pada tahun 2011 iaitu 20.4% dan 11.0% pada tahun 2012.
  • 25. Huraian jadual arah aliran perbelanjaan mengurus: • Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan juga dapat dikategorikan mengikut sektor iaitu: i) Keselamatan. • Pertahanan • Keselamatan dalam negeri. ii) Perkhidmatan sosial. • Pendidikan dan latihan. • Kesihatan. • Perumahan. • Lain-lain. iii) Perkhidmatan ekonomi. • Pertanian dan pembangunan luar bandar. • Kemudahan awam. • Perdagangan dan perindustrian. • Pengangkutan. • Perhubungan. • Lain-lain. iv) Pentadbiran am. v) Perbelanjaan lain Pembangunan.
  • 26. 2.7. Belanjawan Negara Malaysia. b) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN. • Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan kerajaan untuk menambah infrastruktur serta membiayai pelbagai projek pembangunan. • Perbelanjaan pembangunan dapat dikategorikan mengikut sektor seperti: i) Keselamatan – bertujuan untuk mempertahankan keselamatan negara seperti membeli pesawat dan peralatan tentera, membina kem tentera, balai polis dan rumah kediaman anggota askar dan polis. ii) Pentadbiran sosial – perbelanjaan untuk pendidikan dan latihan merupakan perbelanjaan yang besar diikuti oleh perbelanjaan untuk kesihatan. Ia bertujuan untuk menaik taraf pendidikan dan kesihatan rakyat. iii) Perkhidmatan ekonomi – perbelanjaan yang besar ialah pengangkutan, diikuti oleh perbelanjaan perdagangan dan perindustrian seperti penyediaan tapak perindustrian. iv) Pentadbiran am – meliputi perbelanjaan untuk • Pembelian peralatan baharu seperti computer dan mesin pencetak untuk menjalankan pentadbiran di pelbagai jabatan kerajaan. • Kos pemasangan sistem pengurusan atas talian supaya pentadbiran kerajaan lebih cekap.
  • 27. Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan (2010 – 2012) (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2012/2013) (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi Malaysia 2012/2013) Butiran 2010 2011 2012 RM juta % RM juta % RM juta % Keselamatan Pertahanan Keselamatan dalam negeri Perkhidmatan sosial Pendidikan Kesihatan Perumahan Lain-lain Perkhidmatan Ekonomi Pertanian dan pembangunan luar bandar Kemudahan awam Perdagangan dan perindustrian Pengangkutan Perhubungan Lain-lain. Pentadbiran Am 3 970 2 666 1 304 20 784 12 046 3 780 1 333 3 625 26 121 2 920 5 286 6 987 8 665 688 1 574 1 917 7.5 39.4 49.5 3.6 4 569 3 711 857 12 607 7 735 2 207 762 1 903 28 156 1 128 6 013 8 364 10 140 848 1 663 1 085 9.8 27.2 60.7 2.3 4 394 3 562 832 13 643 8 557 1 948 738 2 399 30 362 1 901 5 781 5 491 10 073 587 6 527 1 424 8.8 27.4 60.9 2.9 Jumlah Perbelanjaan Pembangunan 52 792 100 46 416 1007 49 822 100 Peratus perubahan tahunan 6.6% -1.2% 7.3%
  • 28. Huraian jadual: Arah aliran Perbelanjaan pembangunan: • Semua komponen perbelanjaan pembangunan mengalami perubahan yang turun naik dari tahun 2010 hingga tahun 2012. • Perkhidmatan ekonomi merupakan komponen perbelanjaan kerajaan yang terbesar iaitu 60.9% pada tahun 2012 iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. • Perbelanjaan pembangunan menurun pada tahun 2011 iaitu RM46 416 juta berbanding RM 52 792 juta pada tahun 2010. • Namun begitu jumlah perbelanjaan pembangunan meningkat semula kepada RM 49 822 juta pada tahun 2012.
  • 29. (ii) Struktur hasil Kerajaan Persekutuan dan arah alirannya. a) Cukai langsung. • Sumber utama hasil kerajaan persekutuan terutama cukai pendapatan syarikat. • Merupakan jenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain. • Contoh cukai langsung: i) Pendapatan individu. ii) Cukai pendapatan syarikat. iii) Cukai pendapatan koperasi. iv) Cukai pendapatan petroleum. v) Cukai pintu, vi) Cukai tanah. vii) Duti stem.
  • 30. (ii) Struktur hasil Kerajaan Persekutuan dan arah alirannya. b) Cukai tak langsung. • Sejenis cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain. • Merupakan komponen hasil kerajaan yang peling kecil. • Contoh cukai tak langsung ialah: i) Duti eksport. ii) Duti import. iii) Duti eksais iv) Cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan tahun 2015. v) Cukai tak langsung lain.
  • 31. (ii) Struktur hasil Kerajaan Persekutuan dan arah alirannya. c) Hasil bukan cukai. • Merupakan pendapatan Kerajaan Persekutuan yang diperoleh daripada sumber selain cukai. • Hasil bukan cukai terdiri daripada: i) Hasil jualan perkhidmatan awam. ii) Pendapatan daripada pelaburan awam. iii) Denda dan rampasan. iv) Royalti gas dan petroleum. v) Sewa harta awam. vi) Bayaran lesen dan permit. vii) Pemberian daripada kerajaan asing dan agensi antarabangsa.
  • 32. Jadual: Struktur Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010, 2011 dan 2012. (Sumber: Kementerian kewangan Malaysia laporan ekonomi 2012/2013) Butiran 2010 2011 2012 RM juta % RM juta % RM juta % Cukai langsung Cukai pendapatan Syarikat Perseorangan Petroleum. Koperasi dan lain-lain Lain-lain. 79 009 36 266 17 805 18 713 1 667 4 558 Cukai tak langsung Duti eksport Duti import Duti eksais Cukai jualan Cukai perkhidmatan Lain-lain 30 507 1 810 1 966 11 770 8 171 3 926 2 863 Hasil bukan cukai 50 138 31.4 50 534 27.3 54 753 26.4 Jumlah hasil 159 653 100 185 419 100 207 246 190
  • 33. Huraian jadual: •Ketiga-tiga hasil Kerajaan Persekutuan mengalami arah aliran turun naik dari tahun 2010 hingga 2012. •Cukai langsung merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan terutama cukai pendapatan syarikat.
  • 34. 2.7. Belanjawan Negara Malaysia. c) Hutang Negara. • Hutang Negara ialah pinjaman yang dibuat oleh kerajaan untuk menampung pembiayaan perbelanjaan pembangunan / menggerakkan pertumbuhan ekonomi kesan daripada perlaksanaan belanjawan kurangan. • Sumber hutang negara ialah: i) Pinjaman dalam negara diperoleh daripada penjualab bil perbendaharaan, sijil pelaburan dan sekuriti kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Urusan Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Syarikat Insurans, Bank Pusat dan Bank Perdagangan. ii) Sumber pinjaman luar negara diperoleh daripada penjualan sekuriti kerajaan di pasaran kewangan antarabangsa, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan institusi kewangan lain untuk membiayai projek. • Perkara yang perlu dipertimbangkan tentang Hutang Negara ialah: i) Saiz hutang Negara boleh diukur dengan a) Nisbah hutang negara kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) = Hutang Negara x 100 KNK
  • 35. 2.7. Belanjawan Negara Malaysia. c) Hutang Negara. i) Saiz hutang Negara boleh diukur dengan a) Nisbah hutang negara kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) = Hutang Negara x 100 KNK b) Nisbah hutang negara kepada eksport = Hutang Negara x 100 Jumlah Eksport ii) Kadar faedah mestilah rendah supaya bayaran khidmat hutang dalam dan luar negera rendah. iii) Hutang Negara harus terdiri daripada pelbagai sumber seperti pinjaman dalam negera dan pinjaman luar negara, pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang. • Kebaikan dan kelemahan hutang negara. a) Kebaikan hutang dalam negara. i) Mudah diperoleh daripada institusi kewangan.
  • 36. 2.7. Belanjawan Negara Malaysia. c) Hutang Negara. • Kebaikan dan kelemahan hutang negara. a) Kebaikan hutang dalam negara. i) Mudah diperoleh daripada institusi kewangan. ii) Tidak melibatkan kebocoran wang keluar negara. iii) Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing. b) Keburukan hutang dalam negara. i) Sumber pinjaman dalam negara terhad. ii) Mengurangkan keupayaan bank perdagangan mencipta kredit. iii) Memburukkan agihan pendapatan Negara.
  • 37. 2.7. Belanjawan Negara Malaysia. c) Hutang Negara. • Kebaikan dan kelemahan hutang negara. c) Kebaikan hutang luar negara. i) Sumber pinjamannya lebih luas. ii) Membiayai defisit dalam imbangan pembayaran. iii) Tidak mengurangkan keupayaan penciptaan kredit bank-bank perdagangan. d) Keburukan hutang luar negara. i) Melibatkan bocoran wang ke luar negara. ii)Dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing. iii) Kadar faedah lebih tinggi.
  • 38. PANDUAN MENJAWAB SOALAN. BAHAGIAN A (SOALAN ESEI) 1. (a) Terangkan maksud kadar inflasi. [2] (b) Huraikan bagaimana kenaikan harga import mempengaruhi inflasi. [4] CADANGAN JAWAPAN: 1. (a) – Kadar inflsi merupakan kadar kenaikan tingkat harga umum pada suatu tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya. - Kadar inflasi = IHP Tahun T – IHP Tahun T – 1 x 100 IHP Tahun T – 1 (b) – Kenaikan harga import akan mempengaruhi inflasi, apabila sesebuah negara mengimport barang-barang dari negara asing yang mengalami inflasi, barang-barang import tersebut akan dijual dengan harga yang lebih tinggi dipasaran tempatan. - Apabila banyak barang import mengalami kenaikan harga, maka inflasi yang diimport akan berlaku di nagara tersebut.
  • 39. PANDUAN MENJAWAB SOALAN. BAHAGIAN B (SOALAN KUANTITATIF) 1. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna, indeks harga pengeluar dan pendapatan kasar isi rumah di Malaysia. (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) (a) (i) Hitung kadar inflasi negara berdasarkan indeks harga pengeluar dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [2] (ii) Berdasarkan (a)(i), nyatakan arah aliran kadar inflasi tersebut. [1] (iii) Berikan dua alasan kadar inflasi tinggi dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [1] Tahun Indeks Harga Pengguna (2005 = 100) Indeks Harga Pengeluar (2005 = 100) Pendapata kasar isi rumah (RM / bulan) 2006 103.6 103.8 2007 105.7 112.2 3686 2008 111.4 125.8 2009 112.1 112.2 4025 2010 114.0 120.9
  • 40. PANDUAN MENJAWAB SOALAN. BAHAGIAN B (SOALAN KUANTITATIF) 1. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna, indeks harga pengeluar dan pendapatan kasar isi rumah di Malaysia. (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) (b) (i) Hitung kadar inflasi negara berdasarkan indeks harga penggyuna dan indeks harga pengeluar pada tahun 2010 [2] (ii) Berdasarkan (b)(i), berikan sebab mengapa terdapat perbezaan yang ketara dalam kadar inflasi berdasarkan kedua-dua indeks harga tersebut. [1] (c) Hitung pendapatan benar isi rumah pada tahun 2007 dan 2009. [2] Tahun Indeks Harga Pengguna (2005 = 100) Indeks Harga Pengeluar (2005 -= 100) Pendapatan kasar isi rumah (RM/bulan) 2006 103.6 103.8 2007 105.7 112.2 3686 2008 111.4 125.8 2009 112.1 112.2 4025 2010 114.0 120.9
  • 41. Cadangan jawapan: (a) (i) (ii) Kadar inflasi meningkat dari tahun 2007 hingga tahun 2008 dan menurun pada tahun 2009. (iii) – kenaikan harga petroleum / minyak dunia. - Kenaikan harga bahan mentah. - Kenaikan harga bahan mentah makanan seperti minyak sayuran. • Mana-mana dua di atas. (b) (i) Tahun Jawapan 2007 [(9111.2/103.8) – 1] X 100 = 7.13% 2008 [(125.8/111.2) – 1] X 100 = 13.13% 2009 [(111.2/125.8) – 1] x 100 = - 10.81% Tahun Berdasarkan indeks harga pengguna Berdasarkan Indeks Harga Pengeluar 2010 [(114/112.1) – 1] x 100 = 1.69% [(114/112.1) – 1] x 100 = 1.69%
  • 42. Cadangan jawapan: (b) (i) (ii) – Kawalan yang lebih oleh kerajaan terhadap harga pengguna. - Kerajaan banyak memberikan subsidi kepada pengeluaran barang pengguna. - Kenaikan harga di peringkat dunia seperti petroleum dan bahan mentah tidak dapat dikawal oleh kerajaan. • Pilih mana-mana satu. (c) Pendapatan benar isi rumah tahun 2009. = (Indeks harga tahun asas / indeks harga tahun semasa) x pendapatan semasa =100/105.7 x 3686 = RM3487.23 Pendapatan benar isirumah tahun 2009 = (Indeks harga tahun asas / indeks harga tahun semasa) x pendapatan semasa = (100/112.1) x 4025 = RM3590.54. Tahun Berdasarkan indeks harga pengguna Berdasarkan Indeks Harga Pengeluar 2010 [(114/112.1) – 1] x 100 = 1.69% [(114/112.1) – 1] x 100 = 1.69%
  • 43. TAMAT • Sila jawab soalan latihan daripada buku teks.