SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
X PENGENALAN
William James (1842 ă 1910), kerap dirujuk sebagai bapa psikologi Amerika,
pernah mengatakan, „Sebilangan besar orang fikir mereka berfikir tetapi mereka
sebenarnya menyusun semula prasangka mereka.‰ Menurut beliau, hakikat jika
terdapat aktiviti mental dalam fikiran individu tidak bermakna mereka berfikir. Di
dalam buku yang bertajuk You Were Born Rich, Bob Proctor telah menulis,
„Berfikir adalah fungsi tertinggi yang mampu dilakukan oleh manusia.‰ Beliau
menambah ramai orang menghubung cara berfikir kepada aktiviti minda mudah
seperti aktiviti mengimbau kenangan lampau, memainkan wayang lama dan
mengingati peristiwa lampau. Jelas, ini bukan apa yang dipaparkan oleh kerja seni
ulung Rodin.
Kita semua berfikir secara berterusan tanpa disengajakan dan tanpa paksaan.
Antara sebab utama ramai orang tidak menyelami proses pemikiran mereka
kerana ia memerlukan kita untuk bersifat menerima di samping dicabar untuk
pemikiran dengan lebih lanjut. Ini adalah sebab mengapa hanya segelintir orang
TTooppiikk
55
X Kemahiran
Berfikir
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pemikiran;
2. Menerangkan corak pemikiran yang berbeza;
3. Mengenal pasti elemen penting di antara pemikir baik dan lemah;
4. Menerangkan kepentingan berfikir;
5. Membandingkan kedua fasa dalam proses berfikir; dan
6. Menerangkan fungsi dan peranan otak kiri dan kanan.
X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR106
sebenarnya berfikir. Edison pernah menyatakan, „Tiada manfaat di mana manusia
akan pergi untuk mengelakkan kerja berfikir sebenar‰ dan menurut Emerson,
tugasan paling sukar dilakukan di dunia ialah berfikir.
Salah satu sebab utama kenapa orang tidak berfikir lebih atau dengan mendalam
adalah disebabkan mereka terlalu sibuk dengan perkara lain dan mereka tiada
masa untuk melahirkan, memikir dengan mendalam dan mempertimbangkan.
Manusia hari ini sudah terbiasa dihibur dan dimomokkan dengan terlalu banyak
informasi menyebabkan mereka ketiadaan masa untuk merefleksi mahupun
mengimbas cebisan pemikiran mereka.
Berfikir adalah satu proses semula jadi. Kita biasa diingatkan oleh orang yang
berkuasa untuk berfikir dan „menggunakan akal‰ sedangkan apa sebenarnya
yang perlu kita tahu adalah bagaimana untuk melakukan proses berfikir secara
mendalam serta kemahiran berfikir secara reflektif. Memandangkan individu hari
ini sudah terbiasa dengan jawapan mudah dan jalan penyelesaian yang siap sedia
untuk diguna pakai sedangkan masalah dan cabaran dalam kehidupan adalah
sukar dan kompleks. Oleh itu, masalah-masalah ini sebenarnya memerlukan kita
memupuk pemikiran lebih mendalam dan bukan hanya sekadar berfikir di
peringkat permukaan.
Perlu difahami bahawa nilai pembacaan paling berharga bukanlah informasi yang
diperolehi tetapi apa sebenarnya yang kita fikirkan dan bagaimana kita
memproses informasi semasa membaca. Oleh yang demikian pilihan bahan
bacaan sangat mustahak untuk diambil kira. Seseorang perlu memahami bahawa
objektif utama membaca bukanlah untuk memenuhkan minda dengan informasi
tetapi untuk merangsang minda berfikir dan membuat pertimbangan. Pembaca
perlu berhenti seketika dari masa ke semasa untuk merenung dan membuat
refleksi tentang apa yang telah dibaca. Ini akan merangsang proses berfikir serta
berupaya mengaplikasi apa yang dibaca ke dalam kehidupan seharian. Kejelasan
adalah kuasa dan ia lahir daripada berfikir.
Manusia bukan hanya perlu berfikir tetapi perlu berfikir dengan mendalam
tentang pilihan dan arah kehidupan mereka. Masa adalah sumber paling berharga
yang seseorang individu ada. Dipercayai kehidupan seseorang itu adalah jumlah
keseluruhan apa yang dilakukan dengan masa tersebut. Oleh itu, sesungguhnya
„Jarang kita jumpa manusia secara sukarela menumpu dalam berfikir dengan
mendalam. Seolah terdapat pencarian sejagat untuk jawapan mudah dan
penyelesaian tidak lengkap. Tiada apa yang memberi kesengsaraan kepada
seseorang lebih daripada keperluan untuk berfikir.‰
(Martin Luther King)
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 107
amat berharga melabur lebih banyak masa dalam proses berfikir secara mendalam
dan konstruktif.
DEFINISI BERFIKIR
Rajah 5.1: Aktiviti dalam minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah
Sumber: http://www.sonic.net
Berfikir telah didefinisikan oleh Ruggiero, V. R. (2008) sebagai aktiviti mental
bersebab yang sedikit sebanyak berada di bawah kuasa atau kawalan kita. Ini
boleh difahami bila melihat senario orang yang duduk di tempat duduk pemandu
dalam sebuah kereta yang mana pemanduan hanya dilakukan apabila tangan
berada pada stering untuk mengawal pergerakan kereta. Oleh itu, aktiviti dalam
minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.1.
5.1
„Aktiviti mental perlu bersebab, terarah dan terkawal serta perlu
dilaksanakan secara sedar sebelum ia boleh dianggap sebagai
berfikir.‰
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Untuk menjawab
persoalan ini, tanya diri sendiri sama ada aktiviti mental boleh
bersifat bertujuan, terarah dan terkawal dan dalam masa yang sama
dilakukan secara separa sedar.
SEMAK KENDIRI 5.1
X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR108
Ada banyak tujuan berfikir sama seperti mengembara. Kerap kali kita berada
dalam situasi pemanduan melalui jalan berpanorama menarik tanpa sebarang
destinasi tertentu dalam minda. Begitu juga, kita mungkin mengembara dalam
keadaan berbeza dengan tahap kompetensi berbeza. Sama ada kita mengembara
dalam keadaan yang terang mahupun gelap, laju atau perlahan, haluan yang betul
atau salah, asalkan minda kita sedang memandu arah, kita berfikir.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa berfikir itu hanya berlaku di
dalam keadaan sedar. Bukti telah menunjukkan bahawa berfikir dalam keadaan
separa sedar mahupun tidak sedar berupaya menghasilkan keputusan yang amat
baik. Seperti mana ramai antara kita lalui, pemikiran konstruktif dan idea
adakalanya datang apabila kita melakukan sesuatu yang tidak berkenaan dengan
persoalan yang sedang dikaji. Adakala kita berhadapan masalah tetapi memilih
untuk tidak menyelesaikannya pada ketika itu lalu disimpan dua tiga hari
walaupun gambaran umum penyelesaiannya telah ada. Kemudian di suatu pagi
yang permai tatkala berjalan atau berjoging tiba-tiba dengan tidak semena-mena
timbul jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Ini adalah contoh kepada
pemikiran separa sedar. Menurut satu kajian, keputusan yang dibuat mengikut
gerak hati akan melalui otak. Pemikiran separa sedar adalah keputusan yang
mengikut gerak hati di mana ia bergantung kepada pengalaman lampau dan
isyarat luaran. Walau bagaimanapun, tindakan refleks bersifat pantas dan
dilakukan tanpa berfikir. Ia melibatkan isyarat yang memintas otak dan
dilaksanakan pada tahap tidak sedar.
Ruggierio, V. R. (2008) telah mendefinisikan berfikir secara formal sebagai,
„sebarang aktiviti mental yang membantu memformulasi atau menyelesaikan
sesuatu masalah, membuat keputusan atau memenuhi kehendak untuk
memahami.‰
Pertimbangkan definisi formal berfikir dalam perenggan yang lalu.
Bagaimana definisi ini berbeza dengan definisi bahawa berfikir adalah,
„aktiviti mental bersebab di mana kita mempunyai kuasa untuk
mengawal‰? Terangkan.
SEMAK KENDIRI 5.2
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 109
Antara aktiviti mental penting yang termasuk dalam proses berfikir termasuklah:
(a) Penelitian cermat;
(b) Mengingati;
(c) Mengelamun;
(d) Bertanya;
(e) Menggambarkan;
(f) Menilai;
(g) Menimbang; dan
(h) Mentafsir.
Dalam penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan, kombinasi aktiviti-
aktiviti yang telah disebutkan di atas diperlukan. Apabila berhadapan dengan
pelbagai masalah, kita biasa bertanya pada diri sendiri dan menganalisa secara
terperinci situasi tersebut sebelum membuat keputusan atau kesimpulan.
Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menjelaskan sifat semula jadi berfikir.
Pandangan paling popular (buat masa kini dianggap sebagai tidak penting)
menganggap berfikir sepenuhnya sebagai lisan. Teori ini menyarankan individu
menyusun atur perkataan dalam minda atau secara senyap berbisik pada diri
sendiri apabila berfikir. Walau bagaimanapun, jika ini benar, Albert Einstein tidak
boleh diambil kira sebagai seorang pemikir memandangkan pemikirannya
kebanyakannya merangkumi gambaran berbanding perkataan. Ramai intelektual
terkini percaya pemikiran yang berlaku di minda individu selalunya berbentuk
lisan, walaupun ia tidak semestinya sedemikian. Pakar-pakar merasakan sama
seperti idea boleh diluahkan dengan simbol-simbol matematik atau gambar rajah
selain daripada perkataan, individu juga boleh melahirkan pemikiran dalam cara
yang sama.
Rajah 5.2: Albert Einstein
Sumber: http://www.widelec.org
X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR110
Albert Einstein (1879-1955), (Rajah 5.2) adalah ahli fizik Amerika berketurunan
Jerman yang mereka cipta teori umum dan khusus berkenaan relativiti dan
menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921. Beliau menyatakan, „imaginasi lebih
penting daripada pengetahuan. Pengetahuan terhad kepada apa yang kita tahu
dan faham manakala imaginasi merangkumi seluruh dunia serta segala apa yang
ingin diketahui dan difahami.‰
KEPENTINGAN BERFIKIR
Untuk menganalisa sesuatu masalah atau isu dengan jayanya seseorang perlukan
fakta (termasuk mengetahui konteks sejarah permasalahan atau pun isu) dan
pemahaman terhadap prinsip dan konsep berkaitan.
Fakta adalah sesuatu yang telah sedia maklum. Dalam kebanyakan kes, jalan
penyelesaian bukan sahaja tidak diketahui oleh individu yang berhadapan dengan
masalah malah ia suatu yang baru dan direka bentuk secara spesifik bagi
menangani sesuatu isu. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa mempunyai fakta
tidak semestinya membolehkan seseorang itu dijamin berupaya menyelesaikan
sesuatu masalah. Mungkin kebanyakan daripada kita menganggap diri sendiri
sebagai „ensaiklopedia bergerak‰ tetapi apabila tiba masanya, mungkin kita tidak
berupaya menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Untuk menjadi seorang
penyelesai masalah yang berkesan, seseorang itu perlu mempunyai kedua-dua
fakta dan kemahiran berfikir yang baik.
Kepentingan mempunyai keupayaan berfikir dengan baik hanya akan dihargai
apabila seseorang itu berhadapan dengan pelbagai situasi kehidupan di mana
keadaan-keadaan tersebut memerlukan kemahiran seperti menganalisa,
penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang tepat. Sebagai contoh, ini
termasuk menentukan dan menilai aspek-aspek seperti:
(a) Ijazah apa yang hendak dipelajari di universiti;
(b) Bagaimana hendak melabur dengan bijak;
(c) Bagaimana hendak mengendalikan anak-anak dalam situasi tertentu;
(d) Bagaimana hendak bekerja dengan ketua yang sukar;
(e) Apa yang perlu dilakukan apabila ibu bapa kita tidak boleh menjaga diri
mereka sendiri; dan
(f) Calon politik mana yang hendak diundi dalam pilihan raya.
Dewasa ini, individu yang mempunyai kemahiran dalam penyelesaian masalah,
analisa isu dan pembuatan keputusan mempunyai peluang lebih baik dalam
5.2
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 111
sektor pekerjaan dan mereka ini dianggap sebagai aset di dalam organisasi di
mana mereka bekerja. Di masa lampau, kebanyakan proses berfikir dilakukan oleh
eksekutif dan pekerja lain hanya perlu melaksanakan tugasan yang telah diberikan
kepada mereka. Walau bagaimanapun, sekarang pekerja dengan kuasa berfikir
yang berkeupayaan menjana idea bagi penambah baikan organisasi amat dihargai
oleh majikan.
Hal ini terjadi disebabkan oleh tiga perkembangan berikut:
x Ledakan ilmu;
x Teknologi komunikasi; dan
x Peningkatan ekonomi global.
(a) LLedakan Ilmu
Peningkatan dalam dapatan kajian telah meningkatkan jumlah informasi
yang ada sekarang dalam semua bidang menjadikan amat sukar bagi mana-
mana individu hanya mahir dalam satu disiplin.
(b) TTeknologi Komunikasi
Begitu juga dalam bidang komunikasi, teknologi berkembang begitu pesat
dalam masa kurang dua dekad setelah terciptanya komputer peribadi yang
mana beribu-ribu produk perisian dan perkakasan telah dilancarkan dalam
pasaran. Pertumbuhan organisasi seperti Microsoft, Intel, Dell and beberapa
„dot.coms‰ telah membawa ketidakstabilan kepada banyak syarikat
termasuk syarikat-syarikat yang telah mantap dan berjaya. Dalam era ini,
individu yang mempunyai kemahiran penyelesaian masalah dan pembuatan
keputusan yang bagus akan bertahan serta kurang berisiko menjadi mangsa
dibuang kerja apabila syarikat mengecil. Walau pun dibuang kerja, mereka
ini mampu mencari pekerjaan lain.
(c) PPeningkatan EEkonomi GGlobal
Banyak perubahan telah membawa kepada perkembangan ekonomi global.
Ini termasuk transmisi satelit siaran televisyen, peningkatan persaingan
bisnes daripada pelbagai negara, pembukaan negara bekas Soviet untuk
berdagang dan acara menandatangani perjanjian perdagangan baru seperti
Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Perjanjian
Umum untuk Tarif dan Perdagangan (GATT). Bagi memenuhi cabaran dan
mengambil peluang yang ditawarkan oleh ekonomi global, amat mustahak
mempunyai ramai pakar dalam pemikiran kritikal dan kreatif. Ini bermakna
individu yang mempunyai kemahiran tersebut adalah lebih dikehendaki
berbanding sebaliknya.
X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR112
MENINGKATKAN KUASA BERFIKIR
Merujuk kepada proses pemikiran, minda manusia ada dua fasa iaitu fasa
pengeluaran dan fasa pertimbangan (Rajah 5.3).
Rajah 5.3: Proses berfikir dalam minda manusia mempunyai dua fasa berbeza
Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran dalam semua bidang bersesuaian
dengan setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke depan dan ke belakang di
antara fasa-fasa tersebut.
5.3.1 Fasa Pengeluaran
Fasa pengeluaran ini berhubung rapat dengan pemikiran kreatif. Pada tahap ini,
minda menjana berbagai konsepsi masalah, pelbagai kaedah mengendalikannya
dan kemungkinan penyelesaian. Secara ringkas, fasa ini merujuk kepada berfikir
di luar kotak.
Dipercayai pemikir yang baik mampu mengeluarkan idea yang lebih baik
berbanding dengan pemikir yang lemah. Ini adalah kerana pemikir yang baik
lebih bersifat inovatif yang membolehkan mereka melahirkan lebih banyak idea.
Tambahan pula pemikir baik cenderung untuk melihat masalah daripada pelbagai
5.3
1. Nyatakan definisi formal berfikir.
2. Senaraikan aktiviti mental yang termasuk dalam proses berfikir.
3. Terangkan kepentingan proses berfikir.
4. Adakah anda bersetuju dengan Einstein yang menyatakan
„imaginasi adalah lebih penting berbanding pengetahuan‰?
Kenapa?
AKTIVITI 5.1
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 113
sudut berbeza sebelum memilih satu dan mempertimbangkan banyak pendekatan
berbeza bagi satu masalah. Mereka mampu menjana banyak idea sebelum
membuat keputusan. Lebih baik lagi, mereka lebih bersedia untuk mengambil
risiko intelektual, lebih bersifat berani dan imaginatif.
Sebaliknya, pemikir lemah hanya melihat sesuatu masalah daripada arah terhad
dan dengan gelojoh menerima pendekatan pertama yang minda mereka jangka
sebagai penyelesaian, melakukan pertimbangan yang tergesa dan jarang-jarang
memikirkan lebih banyak idea. Pada kebanyakan masa, mereka membuat
keputusan seperti yang dijangkakan.
5.3.2 Fasa Pertimbangan
Fasa pertimbangan lebih berhubung rapat dengan pemikiran kreatif iaitu minda
mengkaji dan menilai apa yang telah dijana, membuat keputusan dan di mana
perlu melakukan pengubah suaian.
Dalam fasa ini, pemikir yang baik sangat berhati-hati dan bersifat analitikal.
Mereka menilai tanggapan pertama, membuat perbezaan penting dan menyokong
kesimpulan berdasarkan fakta berbanding emosi dan perasaan. Memandangkan
mereka menyedari limitasi dan kekangan, mereka menyemak semula logik
pemikiran dan kebolehgunaan penyelesaian mereka. Mereka memurnikan idea
dengan mengenal pasti sebarang komplikasi dan ketidaksempurnaan serta
menjangkakan sebarang respon negatif yang timbul daripada keputusan mereka.
Sebaliknya, pemikir yang lemah dikenali sebagai pembuat pertimbangan yang
sangat cepat tanpa berfikir secara kritikal serta bersandarkan emosi dan perasaan
berbanding bukti dalam membuat keputusan. Mereka juga tidak sedar limitasi
dan kekangan. Justeru itu, membentuk kebarangkalian yang mana berlakunya
kelemahan dalam proses pemikiran mereka.
Semua pemikir mempunyai kekeliruan, kekangan mental dan kegagalan masing-
masing. Walau bagaimanapun, pemikir yang baik telah membentuk kepakaran
dalam berhadapan dengan kekecewaan sedangkan pemikir yang lemah
mempunyai tabiat terlalu memikirkan situasi dan membenarkan kegagalan
menjadikan mereka berasa tidak upaya dan tidak cekap.
X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR114
Jadual 5.1 menyenaraikan pelbagai perbezaan yang diperhatikan di antara pemikir
baik dan lemah.
Jadual 5.1: Ciri-ciri Pemikir Baik dan Lemah
Pemikir Baik Pemikir lemah
Mengkaji sesuatu masalah secara
menyeluruh dan melaksanakan rancangan
konstruktif bagi menyelesaikannya.
Tidak pasti bagaimana hendak mendekati
masalah.
Aplikasi pengetahuan mereka dalam
menyelesaikan masalah sewajarnya.
Mempunyai tanggapan bahawa
pengetahuan mereka tidak memadai.
Mengkaji dengan bersifat reflektif dan
mendalam di mana perlu.
Terlalu yakin idea asal betul.
Menyelesaikan masalah secara sistematik
dan analitikal.
Berpindah dari satu peringkat masalah
kepada peringkat lain tanpa pemikiran dan
perancangan yang menyeluruh.
Mempunyai kepercayaan dan keyakinan
kepada kuasa penaakulan mereka dan
tahap keyakinan.
Tiada keyakinan terhadap kuasa
penaakulan dan kurang yakin.
Bertekad dan fokus sepanjang tempoh
penyelesaian masalah.
Kurang sikap serius dan mengambil
sesuatu perkara dengan mudah dan sambil
lewa.
Menyemak semula matlamat bila perlu. Tidak menyemak semula matlamat.
Terbuka kepada pelbagai kemungkinan
dan hasil.
Tidak memikirkan jalan alternatif kepada
penyelesaian.
Kebanyakan orang mempercayai pemikir yang baik dilahirkan berbanding dicipta.
Walau bagaimanapun, ini tidak sepenuhnya betul bersandarkan beberapa alasan.
Adakah anda tahu...
Pemikir yang baik bersedia untuk berfikir dan mungkin mendapati berfikir
suatu yang menyeronokkan. Mereka boleh melakukan pencarian apabila perlu
dan menggantung pertimbangan. Mereka menghargai sifat rasional,
mempercayai bahawa berfikir berguna dalam usaha menyelesaikan masalah,
mencapai keputusan dan membuat pertimbangan. Sebaliknya, pemikir yang
lemah perlu kepastian, menghindari berfikir dan perlu mencapai penamatan
dengan cepat dan bergantung penuh dengan gerak hati.
Adaptasi daripada Kjos, B. (1995)
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 115
Kerap kali, kita berjumpa orang yang mempunyai keupayaan berfikir lebih baik
daripada orang lain. Namun, individu boleh memperbaiki keupayaan berfikir
mereka dalam satu tempoh masa. Berfikir secara efektif adalah kemahiran yang
mana semua orang boleh bentuk secara progresif dengan bimbingan dan latihan
yang sesuai.
Untuk menjadi seorang pemikir yang baik, anda tidak perlu mempunyai IQ yang
tinggi. Malah, telah dibuktikan oleh E. Paul Torrance bahawa 70% daripada orang
yang kreatif mempunyai nilai IQ lebih rendah daripada 135 (dirujuk dalam
Mackall, D. D., 1998).
Orang yang cuba untuk meningkatkan kemahiran berfikir berhadapan masalah
mengubah cara lama dan set minda mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya
seseorang individu mempunyai keinginan mendalam untuk memperbaiki diri
sendiri dan tidak sabar-sabar hendak mengaplikasi pengetahuan yang sudah
diperolehi, berfikir menjadi menarik dan boleh dicapai. Kita perlu sedar bahawa
tiada yang mustahil dalam kehidupan.
Adakah anda menyokong pernyataan, „Pemikir yang baik dilahirkan
berbanding dicipta‰? Jelaskan perbincangan anda.
AKTIVITI 5.2
1. Kenal pasti dua fasa yang terlibat dalam proses berfikir. Berikan
contoh aktiviti yang terdapat dalam setiap fasa.
2. Banding dan bezakan ciri-ciri pemikir baik dan pemikir lemah
dalam kedua-dua fasa yang melibatkan proses berfikir.
AKTIVITI 5.3
X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR116
PERANAN DAN FUNGSI OTAK KANAN
DAN KIRI
Rajah 5.4: Hemisfera kanan dan kiri pada otak manusia
Sumber: http://creativitymeansbusiness.com
Kajian otak yang dilakukan oleh saintis perubatan mendedahkan bahawa struktur
otak lebih kompleks daripada apa yang dijangkakan. Penemuan pertama adalah
apabila seorang pakar bedah neuro mula merawat pesakit sawan menggunakan
kaedah baru. Dalam rawatan tersebut, beliau telah memotong korpus kallosum
iaitu saraf utama yang menghubungkan kedua-dua hemisfera pada korteks
sereberal bagi mengurangkan simptom penyakit. Pemisahan kedua-dua hemisfera
penting kerana ia membenarkan saintis mengkaji peranan yang dimainkan oleh
kedua-dua hemisfera kiri dan kanan (Rajah 5.4).
Saintis neuro percaya hemisfera kanan terlibat dalam proses pembelajaran dan
mengawal tindak balas tanpa lisan, simbolik dan gerak hati. Sebaliknya, hemisfera
kiri mengawal bahasa, alasan logik, kuasa analitikal dan keupayaan tugasan
bersifat urutan (Rajah 5.5).
Hal ini telah membawa kepada idea bahawa wujudnya individu „otak kanan‰ dan
individu „otak kiri.‰ Sehingga kini, data yang diperolehi menyarankan tiada
seorang individu yang hanya menggunakan satu bahagian otak pada satu-satu
5.4
Layari laman sesawang dan cari sebanyak mana maklumat berkenaan
dengan anatomi otak manusia. Bincangkan penemuan anda dengan
rakan sekelas.
AKTIVITI 5.4
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 117
masa dan kehadiran korpus kallosum meneguhkan bukti bahawa terdapat
integrasi signifikan di antara kedua-dua hemisfera ini.
Rajah 5.5: Penerimaan secara umum fungsi dominan hemisfera kanan termasuk ciri
khayalan dan gerak hati, sebaliknya hemisfera kiri berhubung kemahiran analitikal dan
organisasi
Sumber: http://theswash.com
Saintis perubatan percaya kedua-dua belah otak berupaya menaakul sesuatu
masalah tetapi dengan menggunakan strategi berbeza yang mana satu bahagian
mungkin lebih dominan daripada yang satu lagi. Dalam menyelesaikan sesuatu
masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal, manakala otak kanan
menggunakan pendekatan holistik atau global. Pengguna otak kiri, yang juga
dikenali sebagai successive processor, cenderung mempelajari secara langkah
demi langkah menurut urutan bermula dengan perincian dan berakhir dengan
pemahaman konseptual kemahiran. Sebalinya, pengguna otak kanan
(simultaneous processor), cenderung memahirkan kemahiran bermula dengan
konsep umum dan bergerak ke arah perincian.
Pertimbangkan aktiviti berikut (sukan, hobi dan sebagainya) yang anda
gemar lakukan. Senaraikan proses berfikir yang perlu bagi anda untuk
melakukan aktiviti tersebut. Daripada situ, teroka bahagian mana otak
yang bersifat lebih dominan.
(Untuk pengesahan jawapan, cuba kuiz di laman sesawang di alamat
berikut: http://web-us.com/brain/braindominance.htm)
AKTIVITI 5.5
X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR118
x Berfikir adalah aktiviti mental bersebab yang sedikit sebanyak berada di
bawah kuasa atau kawalan kita. Bukti menunjukkan berfikir boleh dilakukan
dalam keadaan minda separa sedar dan tanpa sedar.
x Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menerangkan sifat semula jadi
berfikir dan pandangan paling popular dewasa ini yang dianggap tidak
penting adalah berfikir sepenuhnya bersifat lisan.
x Kepentingan berfikir hanya dihargai apabila seseorang berhadapan dengan
situasi kehidupan yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran seperti
menganalisa, menyelesai masalah dan membuat keputusan yang betul.
x Proses berfikir mempunyai dua fasa yang berbeza: pengeluaran dan
pertimbangan.
x Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran semua pendekatan bersesuaian
terhadap setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke hadapan dan ke
belakang di antaranya.
x Keseluruhannya, pemikir yang baik telah mahir bagaimana untuk berhadapan
dengan kehampaan mereka sedangkan pemikir yang lemah bersedih dengan
situasi mereka dan membenarkan kegagalan membuatkan mereka merasa
tidak berupaya.
x Saintis perubatan mempercayai bahawa kedua-dua belah bahagian otak boleh
menaakul masalah tetapi dengan melaksanakan strategi yang berbeza, satu
bahagian mungkin lebih dominan berbanding bahagian satu lagi.
x Dalam menyelesaikan masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal
dan otak kanan menggunakan pendekatan holistik atau global.
1. Nyatakan fungsi hemisfera kanan dan kiri otak manusia.
2. Banding dan bezakan pendekatan yang diguna pakai oleh otak
kanan dan kiri dalam menyelesaikan masalah.
3. Adakah anda pengguna otak kanan atau kiri?
AKTIVITI 5.6
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 119
Fakta ilmu
Fasa pengeluaran
Fasa pertimbangan
Fasa tersendiri
Gerak hati
Halangan mental
Korpus kallosum
Ledakan ilmu
Pemikir baik
Pemikir lemah
Pemikiran kreatif
Saintis neuro
Separa sedar
Serebral
Successive processor (pemeroses
berurutan)
Simultaneous processor (pemeroses
serentak)
Teknologi komunikasi
Tidak sedar
Tingkah laku refleks
1. Analisa pernyataan berikut dan tentukan sama ada ia wajar dan sekiranya
wajar, ia sampai ke tahap mana. Terangkan pemikiran anda secara
mendalam.
„Keputusan terkini peperiksaan kebangsaan menunjukkan 75% daripada
pelajar sekolah menengah di Amerika berada di bawah paras purata dalam
keupayaan membaca mereka.‰
2. Baca dialog berikut dengan baik. Kemudian tentukan sama ada apa yang
tercatat (atau yang dimaksudkan) masuk akal. Terangkan penaakulan anda
secara mendalam.
John Adakah anda rasakan kelompok massa mempunyai sebarang
kuasa besar di Amerika Syarikat sekarang?
Bill Itu bergantung kepada kelompok apa yang diambil kira dalam
„kelompok massa.‰ Adakah anda akan memasukkan golongan
profesional ă doktor, peguam, guru...?
John Guru? Gaji mereka tidak besar.
X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR120
Butterworth, J., & Thwaites, G. (2005). Thinking skills. Cambridge International
Examinations (Paperback).
De Bono, E. (2005). Thinking course. Revised Edition (Hardcover).
Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your professional
and personal life. Kindle Edition.
James, W. (1980). Principles of Psychology. New York: Holt.
Kjos, B. (1995). Brave New Schools. Harvest House Publishers.
King, M. L. (2011). Brainy Quote. Thinking Quotes. Retrieved from
http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/thinking.html.
Macall, D. D. (1988). Problem solving (2nd ed.). Ferguson Publishing.
Paul, R. W., & Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your
professional and personal life. US: Pearson Education, Inc.
Proctor, B. (1997). You Were Born Rich. Life Success Productions.
Ruggiero, V. R. (2008). The art of thinking: A guide to critical and creative
thought (9th. ed.). Essex, United Kingdom: Longman Publishing Group.

More Related Content

What's hot

Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Teori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitiTeori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitifong kai hung
 
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baruRozita Ismail
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalahSemut Hitam
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyPieja Hanhae
 
Contoh penulisan reflektif
Contoh penulisan reflektifContoh penulisan reflektif
Contoh penulisan reflektifShahrul Ikhwan
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifErwina Masir
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanUstajah ILa AzieLa
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 

What's hot (20)

Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Teori perkembangan sosial
Teori perkembangan sosialTeori perkembangan sosial
Teori perkembangan sosial
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Teori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitiTeori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personaliti
 
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
 
Slide definisi personaliti
Slide definisi personalitiSlide definisi personaliti
Slide definisi personaliti
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
20140414111243 topik 7 strategi strategi penyelesaian masalah
 
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
 
Contoh penulisan reflektif
Contoh penulisan reflektifContoh penulisan reflektif
Contoh penulisan reflektif
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 

Viewers also liked

20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalahSemut Hitam
 
20140414111144 topik 4 perkembangan dalam penyelesaian masalah
20140414111144 topik 4 perkembangan dalam penyelesaian masalah20140414111144 topik 4 perkembangan dalam penyelesaian masalah
20140414111144 topik 4 perkembangan dalam penyelesaian masalahSemut Hitam
 
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhirSemut Hitam
 
20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaian
20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaian20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaian
20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaianSemut Hitam
 
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...Semut Hitam
 
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalahSemut Hitam
 
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusanSemut Hitam
 
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatifSemut Hitam
 
Monopodial
MonopodialMonopodial
Monopodialyunnach
 
Nota bm topik2 oumh1103
Nota bm topik2 oumh1103Nota bm topik2 oumh1103
Nota bm topik2 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik7 oumh1103
Nota bm topik7 oumh1103Nota bm topik7 oumh1103
Nota bm topik7 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik1 oumh1103
Nota bm topik1 oumh1103Nota bm topik1 oumh1103
Nota bm topik1 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik8 oumh1103
Nota bm topik8 oumh1103Nota bm topik8 oumh1103
Nota bm topik8 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik9 oumh1103
Nota bm topik9 oumh1103Nota bm topik9 oumh1103
Nota bm topik9 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik10 oumh1103
Nota bm topik10 oumh1103Nota bm topik10 oumh1103
Nota bm topik10 oumh1103azman_awan9
 
Hubungan Komuniti dengan sekolah
Hubungan Komuniti dengan sekolahHubungan Komuniti dengan sekolah
Hubungan Komuniti dengan sekolahrahanaz36
 
Simpodial orkid
Simpodial orkidSimpodial orkid
Simpodial orkidyunnach
 

Viewers also liked (20)

20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
20140418084519 sbfs1103 topik 1 penyelesaian masalah
 
20140414111144 topik 4 perkembangan dalam penyelesaian masalah
20140414111144 topik 4 perkembangan dalam penyelesaian masalah20140414111144 topik 4 perkembangan dalam penyelesaian masalah
20140414111144 topik 4 perkembangan dalam penyelesaian masalah
 
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir
 
20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaian
20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaian20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaian
20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaian
 
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesa...
 
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
 
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
 
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
 
Fungsi ptv dalam pelaksanaan
Fungsi ptv dalam pelaksanaanFungsi ptv dalam pelaksanaan
Fungsi ptv dalam pelaksanaan
 
Monopodial
MonopodialMonopodial
Monopodial
 
Nota bm topik2 oumh1103
Nota bm topik2 oumh1103Nota bm topik2 oumh1103
Nota bm topik2 oumh1103
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103
 
Nota bm topik7 oumh1103
Nota bm topik7 oumh1103Nota bm topik7 oumh1103
Nota bm topik7 oumh1103
 
Nota bm topik1 oumh1103
Nota bm topik1 oumh1103Nota bm topik1 oumh1103
Nota bm topik1 oumh1103
 
Nota bm topik8 oumh1103
Nota bm topik8 oumh1103Nota bm topik8 oumh1103
Nota bm topik8 oumh1103
 
Nota bm topik9 oumh1103
Nota bm topik9 oumh1103Nota bm topik9 oumh1103
Nota bm topik9 oumh1103
 
Nota bm topik10 oumh1103
Nota bm topik10 oumh1103Nota bm topik10 oumh1103
Nota bm topik10 oumh1103
 
Hubungan Komuniti dengan sekolah
Hubungan Komuniti dengan sekolahHubungan Komuniti dengan sekolah
Hubungan Komuniti dengan sekolah
 
Simpodial orkid
Simpodial orkidSimpodial orkid
Simpodial orkid
 

Similar to BERFIKIR

Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifSeptian Muna Barakati
 
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifSeptian Muna Barakati
 
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifWarnet Raha
 
Kewirausahaan kelompok 1 revisi
Kewirausahaan kelompok 1 revisiKewirausahaan kelompok 1 revisi
Kewirausahaan kelompok 1 revisiDevandy Enda
 
Memori dan berpikir
Memori dan berpikirMemori dan berpikir
Memori dan berpikirAhmadMuzaqi5
 
Psikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisPsikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisIndra Gunawan
 
PSIKOLOGI UMUM (berpikir dan intelegensi)
PSIKOLOGI UMUM (berpikir dan intelegensi)PSIKOLOGI UMUM (berpikir dan intelegensi)
PSIKOLOGI UMUM (berpikir dan intelegensi)Annisa NC
 
Kelompok 5 logika
Kelompok 5 logikaKelompok 5 logika
Kelompok 5 logikaLBB. Mr. Q
 
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdfTugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdfIneRiswanti
 
Makalah berpikir Kritis
Makalah berpikir KritisMakalah berpikir Kritis
Makalah berpikir KritisGoogle
 
komunikasi intrapersonal (memori dan berfikir)
komunikasi intrapersonal (memori dan berfikir)komunikasi intrapersonal (memori dan berfikir)
komunikasi intrapersonal (memori dan berfikir)University of Andalas
 

Similar to BERFIKIR (20)

Thinking
ThinkingThinking
Thinking
 
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
 
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
 
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
 
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
 
Kewirausahaan kelompok 1 revisi
Kewirausahaan kelompok 1 revisiKewirausahaan kelompok 1 revisi
Kewirausahaan kelompok 1 revisi
 
Memori dan berpikir
Memori dan berpikirMemori dan berpikir
Memori dan berpikir
 
Sistem komunikasi intrapersonal
Sistem komunikasi intrapersonalSistem komunikasi intrapersonal
Sistem komunikasi intrapersonal
 
Sistem komunikasi intrapersonal
Sistem komunikasi intrapersonalSistem komunikasi intrapersonal
Sistem komunikasi intrapersonal
 
Psikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisPsikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologis
 
PSIKOLOGI UMUM (berpikir dan intelegensi)
PSIKOLOGI UMUM (berpikir dan intelegensi)PSIKOLOGI UMUM (berpikir dan intelegensi)
PSIKOLOGI UMUM (berpikir dan intelegensi)
 
Kelompok 5 logika
Kelompok 5 logikaKelompok 5 logika
Kelompok 5 logika
 
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdfTugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
 
Bab i .2.
Bab i .2.Bab i .2.
Bab i .2.
 
Psikologi Umum
Psikologi UmumPsikologi Umum
Psikologi Umum
 
Psikologi Umum
Psikologi UmumPsikologi Umum
Psikologi Umum
 
P S I K O L O G I U M U M
P S I K O L O G I  U M U MP S I K O L O G I  U M U M
P S I K O L O G I U M U M
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah berpikir Kritis
Makalah berpikir KritisMakalah berpikir Kritis
Makalah berpikir Kritis
 
komunikasi intrapersonal (memori dan berfikir)
komunikasi intrapersonal (memori dan berfikir)komunikasi intrapersonal (memori dan berfikir)
komunikasi intrapersonal (memori dan berfikir)
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 

BERFIKIR

  • 1. X PENGENALAN William James (1842 ă 1910), kerap dirujuk sebagai bapa psikologi Amerika, pernah mengatakan, „Sebilangan besar orang fikir mereka berfikir tetapi mereka sebenarnya menyusun semula prasangka mereka.‰ Menurut beliau, hakikat jika terdapat aktiviti mental dalam fikiran individu tidak bermakna mereka berfikir. Di dalam buku yang bertajuk You Were Born Rich, Bob Proctor telah menulis, „Berfikir adalah fungsi tertinggi yang mampu dilakukan oleh manusia.‰ Beliau menambah ramai orang menghubung cara berfikir kepada aktiviti minda mudah seperti aktiviti mengimbau kenangan lampau, memainkan wayang lama dan mengingati peristiwa lampau. Jelas, ini bukan apa yang dipaparkan oleh kerja seni ulung Rodin. Kita semua berfikir secara berterusan tanpa disengajakan dan tanpa paksaan. Antara sebab utama ramai orang tidak menyelami proses pemikiran mereka kerana ia memerlukan kita untuk bersifat menerima di samping dicabar untuk pemikiran dengan lebih lanjut. Ini adalah sebab mengapa hanya segelintir orang TTooppiikk 55 X Kemahiran Berfikir HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan pemikiran; 2. Menerangkan corak pemikiran yang berbeza; 3. Mengenal pasti elemen penting di antara pemikir baik dan lemah; 4. Menerangkan kepentingan berfikir; 5. Membandingkan kedua fasa dalam proses berfikir; dan 6. Menerangkan fungsi dan peranan otak kiri dan kanan.
  • 2. X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR106 sebenarnya berfikir. Edison pernah menyatakan, „Tiada manfaat di mana manusia akan pergi untuk mengelakkan kerja berfikir sebenar‰ dan menurut Emerson, tugasan paling sukar dilakukan di dunia ialah berfikir. Salah satu sebab utama kenapa orang tidak berfikir lebih atau dengan mendalam adalah disebabkan mereka terlalu sibuk dengan perkara lain dan mereka tiada masa untuk melahirkan, memikir dengan mendalam dan mempertimbangkan. Manusia hari ini sudah terbiasa dihibur dan dimomokkan dengan terlalu banyak informasi menyebabkan mereka ketiadaan masa untuk merefleksi mahupun mengimbas cebisan pemikiran mereka. Berfikir adalah satu proses semula jadi. Kita biasa diingatkan oleh orang yang berkuasa untuk berfikir dan „menggunakan akal‰ sedangkan apa sebenarnya yang perlu kita tahu adalah bagaimana untuk melakukan proses berfikir secara mendalam serta kemahiran berfikir secara reflektif. Memandangkan individu hari ini sudah terbiasa dengan jawapan mudah dan jalan penyelesaian yang siap sedia untuk diguna pakai sedangkan masalah dan cabaran dalam kehidupan adalah sukar dan kompleks. Oleh itu, masalah-masalah ini sebenarnya memerlukan kita memupuk pemikiran lebih mendalam dan bukan hanya sekadar berfikir di peringkat permukaan. Perlu difahami bahawa nilai pembacaan paling berharga bukanlah informasi yang diperolehi tetapi apa sebenarnya yang kita fikirkan dan bagaimana kita memproses informasi semasa membaca. Oleh yang demikian pilihan bahan bacaan sangat mustahak untuk diambil kira. Seseorang perlu memahami bahawa objektif utama membaca bukanlah untuk memenuhkan minda dengan informasi tetapi untuk merangsang minda berfikir dan membuat pertimbangan. Pembaca perlu berhenti seketika dari masa ke semasa untuk merenung dan membuat refleksi tentang apa yang telah dibaca. Ini akan merangsang proses berfikir serta berupaya mengaplikasi apa yang dibaca ke dalam kehidupan seharian. Kejelasan adalah kuasa dan ia lahir daripada berfikir. Manusia bukan hanya perlu berfikir tetapi perlu berfikir dengan mendalam tentang pilihan dan arah kehidupan mereka. Masa adalah sumber paling berharga yang seseorang individu ada. Dipercayai kehidupan seseorang itu adalah jumlah keseluruhan apa yang dilakukan dengan masa tersebut. Oleh itu, sesungguhnya „Jarang kita jumpa manusia secara sukarela menumpu dalam berfikir dengan mendalam. Seolah terdapat pencarian sejagat untuk jawapan mudah dan penyelesaian tidak lengkap. Tiada apa yang memberi kesengsaraan kepada seseorang lebih daripada keperluan untuk berfikir.‰ (Martin Luther King)
  • 3. TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 107 amat berharga melabur lebih banyak masa dalam proses berfikir secara mendalam dan konstruktif. DEFINISI BERFIKIR Rajah 5.1: Aktiviti dalam minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah Sumber: http://www.sonic.net Berfikir telah didefinisikan oleh Ruggiero, V. R. (2008) sebagai aktiviti mental bersebab yang sedikit sebanyak berada di bawah kuasa atau kawalan kita. Ini boleh difahami bila melihat senario orang yang duduk di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta yang mana pemanduan hanya dilakukan apabila tangan berada pada stering untuk mengawal pergerakan kereta. Oleh itu, aktiviti dalam minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1. 5.1 „Aktiviti mental perlu bersebab, terarah dan terkawal serta perlu dilaksanakan secara sedar sebelum ia boleh dianggap sebagai berfikir.‰ Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Untuk menjawab persoalan ini, tanya diri sendiri sama ada aktiviti mental boleh bersifat bertujuan, terarah dan terkawal dan dalam masa yang sama dilakukan secara separa sedar. SEMAK KENDIRI 5.1
  • 4. X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR108 Ada banyak tujuan berfikir sama seperti mengembara. Kerap kali kita berada dalam situasi pemanduan melalui jalan berpanorama menarik tanpa sebarang destinasi tertentu dalam minda. Begitu juga, kita mungkin mengembara dalam keadaan berbeza dengan tahap kompetensi berbeza. Sama ada kita mengembara dalam keadaan yang terang mahupun gelap, laju atau perlahan, haluan yang betul atau salah, asalkan minda kita sedang memandu arah, kita berfikir. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa berfikir itu hanya berlaku di dalam keadaan sedar. Bukti telah menunjukkan bahawa berfikir dalam keadaan separa sedar mahupun tidak sedar berupaya menghasilkan keputusan yang amat baik. Seperti mana ramai antara kita lalui, pemikiran konstruktif dan idea adakalanya datang apabila kita melakukan sesuatu yang tidak berkenaan dengan persoalan yang sedang dikaji. Adakala kita berhadapan masalah tetapi memilih untuk tidak menyelesaikannya pada ketika itu lalu disimpan dua tiga hari walaupun gambaran umum penyelesaiannya telah ada. Kemudian di suatu pagi yang permai tatkala berjalan atau berjoging tiba-tiba dengan tidak semena-mena timbul jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Ini adalah contoh kepada pemikiran separa sedar. Menurut satu kajian, keputusan yang dibuat mengikut gerak hati akan melalui otak. Pemikiran separa sedar adalah keputusan yang mengikut gerak hati di mana ia bergantung kepada pengalaman lampau dan isyarat luaran. Walau bagaimanapun, tindakan refleks bersifat pantas dan dilakukan tanpa berfikir. Ia melibatkan isyarat yang memintas otak dan dilaksanakan pada tahap tidak sedar. Ruggierio, V. R. (2008) telah mendefinisikan berfikir secara formal sebagai, „sebarang aktiviti mental yang membantu memformulasi atau menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan atau memenuhi kehendak untuk memahami.‰ Pertimbangkan definisi formal berfikir dalam perenggan yang lalu. Bagaimana definisi ini berbeza dengan definisi bahawa berfikir adalah, „aktiviti mental bersebab di mana kita mempunyai kuasa untuk mengawal‰? Terangkan. SEMAK KENDIRI 5.2
  • 5. TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 109 Antara aktiviti mental penting yang termasuk dalam proses berfikir termasuklah: (a) Penelitian cermat; (b) Mengingati; (c) Mengelamun; (d) Bertanya; (e) Menggambarkan; (f) Menilai; (g) Menimbang; dan (h) Mentafsir. Dalam penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan, kombinasi aktiviti- aktiviti yang telah disebutkan di atas diperlukan. Apabila berhadapan dengan pelbagai masalah, kita biasa bertanya pada diri sendiri dan menganalisa secara terperinci situasi tersebut sebelum membuat keputusan atau kesimpulan. Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menjelaskan sifat semula jadi berfikir. Pandangan paling popular (buat masa kini dianggap sebagai tidak penting) menganggap berfikir sepenuhnya sebagai lisan. Teori ini menyarankan individu menyusun atur perkataan dalam minda atau secara senyap berbisik pada diri sendiri apabila berfikir. Walau bagaimanapun, jika ini benar, Albert Einstein tidak boleh diambil kira sebagai seorang pemikir memandangkan pemikirannya kebanyakannya merangkumi gambaran berbanding perkataan. Ramai intelektual terkini percaya pemikiran yang berlaku di minda individu selalunya berbentuk lisan, walaupun ia tidak semestinya sedemikian. Pakar-pakar merasakan sama seperti idea boleh diluahkan dengan simbol-simbol matematik atau gambar rajah selain daripada perkataan, individu juga boleh melahirkan pemikiran dalam cara yang sama. Rajah 5.2: Albert Einstein Sumber: http://www.widelec.org
  • 6. X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR110 Albert Einstein (1879-1955), (Rajah 5.2) adalah ahli fizik Amerika berketurunan Jerman yang mereka cipta teori umum dan khusus berkenaan relativiti dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921. Beliau menyatakan, „imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. Pengetahuan terhad kepada apa yang kita tahu dan faham manakala imaginasi merangkumi seluruh dunia serta segala apa yang ingin diketahui dan difahami.‰ KEPENTINGAN BERFIKIR Untuk menganalisa sesuatu masalah atau isu dengan jayanya seseorang perlukan fakta (termasuk mengetahui konteks sejarah permasalahan atau pun isu) dan pemahaman terhadap prinsip dan konsep berkaitan. Fakta adalah sesuatu yang telah sedia maklum. Dalam kebanyakan kes, jalan penyelesaian bukan sahaja tidak diketahui oleh individu yang berhadapan dengan masalah malah ia suatu yang baru dan direka bentuk secara spesifik bagi menangani sesuatu isu. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa mempunyai fakta tidak semestinya membolehkan seseorang itu dijamin berupaya menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin kebanyakan daripada kita menganggap diri sendiri sebagai „ensaiklopedia bergerak‰ tetapi apabila tiba masanya, mungkin kita tidak berupaya menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Untuk menjadi seorang penyelesai masalah yang berkesan, seseorang itu perlu mempunyai kedua-dua fakta dan kemahiran berfikir yang baik. Kepentingan mempunyai keupayaan berfikir dengan baik hanya akan dihargai apabila seseorang itu berhadapan dengan pelbagai situasi kehidupan di mana keadaan-keadaan tersebut memerlukan kemahiran seperti menganalisa, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang tepat. Sebagai contoh, ini termasuk menentukan dan menilai aspek-aspek seperti: (a) Ijazah apa yang hendak dipelajari di universiti; (b) Bagaimana hendak melabur dengan bijak; (c) Bagaimana hendak mengendalikan anak-anak dalam situasi tertentu; (d) Bagaimana hendak bekerja dengan ketua yang sukar; (e) Apa yang perlu dilakukan apabila ibu bapa kita tidak boleh menjaga diri mereka sendiri; dan (f) Calon politik mana yang hendak diundi dalam pilihan raya. Dewasa ini, individu yang mempunyai kemahiran dalam penyelesaian masalah, analisa isu dan pembuatan keputusan mempunyai peluang lebih baik dalam 5.2
  • 7. TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 111 sektor pekerjaan dan mereka ini dianggap sebagai aset di dalam organisasi di mana mereka bekerja. Di masa lampau, kebanyakan proses berfikir dilakukan oleh eksekutif dan pekerja lain hanya perlu melaksanakan tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun, sekarang pekerja dengan kuasa berfikir yang berkeupayaan menjana idea bagi penambah baikan organisasi amat dihargai oleh majikan. Hal ini terjadi disebabkan oleh tiga perkembangan berikut: x Ledakan ilmu; x Teknologi komunikasi; dan x Peningkatan ekonomi global. (a) LLedakan Ilmu Peningkatan dalam dapatan kajian telah meningkatkan jumlah informasi yang ada sekarang dalam semua bidang menjadikan amat sukar bagi mana- mana individu hanya mahir dalam satu disiplin. (b) TTeknologi Komunikasi Begitu juga dalam bidang komunikasi, teknologi berkembang begitu pesat dalam masa kurang dua dekad setelah terciptanya komputer peribadi yang mana beribu-ribu produk perisian dan perkakasan telah dilancarkan dalam pasaran. Pertumbuhan organisasi seperti Microsoft, Intel, Dell and beberapa „dot.coms‰ telah membawa ketidakstabilan kepada banyak syarikat termasuk syarikat-syarikat yang telah mantap dan berjaya. Dalam era ini, individu yang mempunyai kemahiran penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang bagus akan bertahan serta kurang berisiko menjadi mangsa dibuang kerja apabila syarikat mengecil. Walau pun dibuang kerja, mereka ini mampu mencari pekerjaan lain. (c) PPeningkatan EEkonomi GGlobal Banyak perubahan telah membawa kepada perkembangan ekonomi global. Ini termasuk transmisi satelit siaran televisyen, peningkatan persaingan bisnes daripada pelbagai negara, pembukaan negara bekas Soviet untuk berdagang dan acara menandatangani perjanjian perdagangan baru seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Perjanjian Umum untuk Tarif dan Perdagangan (GATT). Bagi memenuhi cabaran dan mengambil peluang yang ditawarkan oleh ekonomi global, amat mustahak mempunyai ramai pakar dalam pemikiran kritikal dan kreatif. Ini bermakna individu yang mempunyai kemahiran tersebut adalah lebih dikehendaki berbanding sebaliknya.
  • 8. X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR112 MENINGKATKAN KUASA BERFIKIR Merujuk kepada proses pemikiran, minda manusia ada dua fasa iaitu fasa pengeluaran dan fasa pertimbangan (Rajah 5.3). Rajah 5.3: Proses berfikir dalam minda manusia mempunyai dua fasa berbeza Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran dalam semua bidang bersesuaian dengan setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke depan dan ke belakang di antara fasa-fasa tersebut. 5.3.1 Fasa Pengeluaran Fasa pengeluaran ini berhubung rapat dengan pemikiran kreatif. Pada tahap ini, minda menjana berbagai konsepsi masalah, pelbagai kaedah mengendalikannya dan kemungkinan penyelesaian. Secara ringkas, fasa ini merujuk kepada berfikir di luar kotak. Dipercayai pemikir yang baik mampu mengeluarkan idea yang lebih baik berbanding dengan pemikir yang lemah. Ini adalah kerana pemikir yang baik lebih bersifat inovatif yang membolehkan mereka melahirkan lebih banyak idea. Tambahan pula pemikir baik cenderung untuk melihat masalah daripada pelbagai 5.3 1. Nyatakan definisi formal berfikir. 2. Senaraikan aktiviti mental yang termasuk dalam proses berfikir. 3. Terangkan kepentingan proses berfikir. 4. Adakah anda bersetuju dengan Einstein yang menyatakan „imaginasi adalah lebih penting berbanding pengetahuan‰? Kenapa? AKTIVITI 5.1
  • 9. TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 113 sudut berbeza sebelum memilih satu dan mempertimbangkan banyak pendekatan berbeza bagi satu masalah. Mereka mampu menjana banyak idea sebelum membuat keputusan. Lebih baik lagi, mereka lebih bersedia untuk mengambil risiko intelektual, lebih bersifat berani dan imaginatif. Sebaliknya, pemikir lemah hanya melihat sesuatu masalah daripada arah terhad dan dengan gelojoh menerima pendekatan pertama yang minda mereka jangka sebagai penyelesaian, melakukan pertimbangan yang tergesa dan jarang-jarang memikirkan lebih banyak idea. Pada kebanyakan masa, mereka membuat keputusan seperti yang dijangkakan. 5.3.2 Fasa Pertimbangan Fasa pertimbangan lebih berhubung rapat dengan pemikiran kreatif iaitu minda mengkaji dan menilai apa yang telah dijana, membuat keputusan dan di mana perlu melakukan pengubah suaian. Dalam fasa ini, pemikir yang baik sangat berhati-hati dan bersifat analitikal. Mereka menilai tanggapan pertama, membuat perbezaan penting dan menyokong kesimpulan berdasarkan fakta berbanding emosi dan perasaan. Memandangkan mereka menyedari limitasi dan kekangan, mereka menyemak semula logik pemikiran dan kebolehgunaan penyelesaian mereka. Mereka memurnikan idea dengan mengenal pasti sebarang komplikasi dan ketidaksempurnaan serta menjangkakan sebarang respon negatif yang timbul daripada keputusan mereka. Sebaliknya, pemikir yang lemah dikenali sebagai pembuat pertimbangan yang sangat cepat tanpa berfikir secara kritikal serta bersandarkan emosi dan perasaan berbanding bukti dalam membuat keputusan. Mereka juga tidak sedar limitasi dan kekangan. Justeru itu, membentuk kebarangkalian yang mana berlakunya kelemahan dalam proses pemikiran mereka. Semua pemikir mempunyai kekeliruan, kekangan mental dan kegagalan masing- masing. Walau bagaimanapun, pemikir yang baik telah membentuk kepakaran dalam berhadapan dengan kekecewaan sedangkan pemikir yang lemah mempunyai tabiat terlalu memikirkan situasi dan membenarkan kegagalan menjadikan mereka berasa tidak upaya dan tidak cekap.
  • 10. X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR114 Jadual 5.1 menyenaraikan pelbagai perbezaan yang diperhatikan di antara pemikir baik dan lemah. Jadual 5.1: Ciri-ciri Pemikir Baik dan Lemah Pemikir Baik Pemikir lemah Mengkaji sesuatu masalah secara menyeluruh dan melaksanakan rancangan konstruktif bagi menyelesaikannya. Tidak pasti bagaimana hendak mendekati masalah. Aplikasi pengetahuan mereka dalam menyelesaikan masalah sewajarnya. Mempunyai tanggapan bahawa pengetahuan mereka tidak memadai. Mengkaji dengan bersifat reflektif dan mendalam di mana perlu. Terlalu yakin idea asal betul. Menyelesaikan masalah secara sistematik dan analitikal. Berpindah dari satu peringkat masalah kepada peringkat lain tanpa pemikiran dan perancangan yang menyeluruh. Mempunyai kepercayaan dan keyakinan kepada kuasa penaakulan mereka dan tahap keyakinan. Tiada keyakinan terhadap kuasa penaakulan dan kurang yakin. Bertekad dan fokus sepanjang tempoh penyelesaian masalah. Kurang sikap serius dan mengambil sesuatu perkara dengan mudah dan sambil lewa. Menyemak semula matlamat bila perlu. Tidak menyemak semula matlamat. Terbuka kepada pelbagai kemungkinan dan hasil. Tidak memikirkan jalan alternatif kepada penyelesaian. Kebanyakan orang mempercayai pemikir yang baik dilahirkan berbanding dicipta. Walau bagaimanapun, ini tidak sepenuhnya betul bersandarkan beberapa alasan. Adakah anda tahu... Pemikir yang baik bersedia untuk berfikir dan mungkin mendapati berfikir suatu yang menyeronokkan. Mereka boleh melakukan pencarian apabila perlu dan menggantung pertimbangan. Mereka menghargai sifat rasional, mempercayai bahawa berfikir berguna dalam usaha menyelesaikan masalah, mencapai keputusan dan membuat pertimbangan. Sebaliknya, pemikir yang lemah perlu kepastian, menghindari berfikir dan perlu mencapai penamatan dengan cepat dan bergantung penuh dengan gerak hati. Adaptasi daripada Kjos, B. (1995)
  • 11. TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 115 Kerap kali, kita berjumpa orang yang mempunyai keupayaan berfikir lebih baik daripada orang lain. Namun, individu boleh memperbaiki keupayaan berfikir mereka dalam satu tempoh masa. Berfikir secara efektif adalah kemahiran yang mana semua orang boleh bentuk secara progresif dengan bimbingan dan latihan yang sesuai. Untuk menjadi seorang pemikir yang baik, anda tidak perlu mempunyai IQ yang tinggi. Malah, telah dibuktikan oleh E. Paul Torrance bahawa 70% daripada orang yang kreatif mempunyai nilai IQ lebih rendah daripada 135 (dirujuk dalam Mackall, D. D., 1998). Orang yang cuba untuk meningkatkan kemahiran berfikir berhadapan masalah mengubah cara lama dan set minda mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang individu mempunyai keinginan mendalam untuk memperbaiki diri sendiri dan tidak sabar-sabar hendak mengaplikasi pengetahuan yang sudah diperolehi, berfikir menjadi menarik dan boleh dicapai. Kita perlu sedar bahawa tiada yang mustahil dalam kehidupan. Adakah anda menyokong pernyataan, „Pemikir yang baik dilahirkan berbanding dicipta‰? Jelaskan perbincangan anda. AKTIVITI 5.2 1. Kenal pasti dua fasa yang terlibat dalam proses berfikir. Berikan contoh aktiviti yang terdapat dalam setiap fasa. 2. Banding dan bezakan ciri-ciri pemikir baik dan pemikir lemah dalam kedua-dua fasa yang melibatkan proses berfikir. AKTIVITI 5.3
  • 12. X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR116 PERANAN DAN FUNGSI OTAK KANAN DAN KIRI Rajah 5.4: Hemisfera kanan dan kiri pada otak manusia Sumber: http://creativitymeansbusiness.com Kajian otak yang dilakukan oleh saintis perubatan mendedahkan bahawa struktur otak lebih kompleks daripada apa yang dijangkakan. Penemuan pertama adalah apabila seorang pakar bedah neuro mula merawat pesakit sawan menggunakan kaedah baru. Dalam rawatan tersebut, beliau telah memotong korpus kallosum iaitu saraf utama yang menghubungkan kedua-dua hemisfera pada korteks sereberal bagi mengurangkan simptom penyakit. Pemisahan kedua-dua hemisfera penting kerana ia membenarkan saintis mengkaji peranan yang dimainkan oleh kedua-dua hemisfera kiri dan kanan (Rajah 5.4). Saintis neuro percaya hemisfera kanan terlibat dalam proses pembelajaran dan mengawal tindak balas tanpa lisan, simbolik dan gerak hati. Sebaliknya, hemisfera kiri mengawal bahasa, alasan logik, kuasa analitikal dan keupayaan tugasan bersifat urutan (Rajah 5.5). Hal ini telah membawa kepada idea bahawa wujudnya individu „otak kanan‰ dan individu „otak kiri.‰ Sehingga kini, data yang diperolehi menyarankan tiada seorang individu yang hanya menggunakan satu bahagian otak pada satu-satu 5.4 Layari laman sesawang dan cari sebanyak mana maklumat berkenaan dengan anatomi otak manusia. Bincangkan penemuan anda dengan rakan sekelas. AKTIVITI 5.4
  • 13. TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 117 masa dan kehadiran korpus kallosum meneguhkan bukti bahawa terdapat integrasi signifikan di antara kedua-dua hemisfera ini. Rajah 5.5: Penerimaan secara umum fungsi dominan hemisfera kanan termasuk ciri khayalan dan gerak hati, sebaliknya hemisfera kiri berhubung kemahiran analitikal dan organisasi Sumber: http://theswash.com Saintis perubatan percaya kedua-dua belah otak berupaya menaakul sesuatu masalah tetapi dengan menggunakan strategi berbeza yang mana satu bahagian mungkin lebih dominan daripada yang satu lagi. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal, manakala otak kanan menggunakan pendekatan holistik atau global. Pengguna otak kiri, yang juga dikenali sebagai successive processor, cenderung mempelajari secara langkah demi langkah menurut urutan bermula dengan perincian dan berakhir dengan pemahaman konseptual kemahiran. Sebalinya, pengguna otak kanan (simultaneous processor), cenderung memahirkan kemahiran bermula dengan konsep umum dan bergerak ke arah perincian. Pertimbangkan aktiviti berikut (sukan, hobi dan sebagainya) yang anda gemar lakukan. Senaraikan proses berfikir yang perlu bagi anda untuk melakukan aktiviti tersebut. Daripada situ, teroka bahagian mana otak yang bersifat lebih dominan. (Untuk pengesahan jawapan, cuba kuiz di laman sesawang di alamat berikut: http://web-us.com/brain/braindominance.htm) AKTIVITI 5.5
  • 14. X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR118 x Berfikir adalah aktiviti mental bersebab yang sedikit sebanyak berada di bawah kuasa atau kawalan kita. Bukti menunjukkan berfikir boleh dilakukan dalam keadaan minda separa sedar dan tanpa sedar. x Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menerangkan sifat semula jadi berfikir dan pandangan paling popular dewasa ini yang dianggap tidak penting adalah berfikir sepenuhnya bersifat lisan. x Kepentingan berfikir hanya dihargai apabila seseorang berhadapan dengan situasi kehidupan yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran seperti menganalisa, menyelesai masalah dan membuat keputusan yang betul. x Proses berfikir mempunyai dua fasa yang berbeza: pengeluaran dan pertimbangan. x Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran semua pendekatan bersesuaian terhadap setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke hadapan dan ke belakang di antaranya. x Keseluruhannya, pemikir yang baik telah mahir bagaimana untuk berhadapan dengan kehampaan mereka sedangkan pemikir yang lemah bersedih dengan situasi mereka dan membenarkan kegagalan membuatkan mereka merasa tidak berupaya. x Saintis perubatan mempercayai bahawa kedua-dua belah bahagian otak boleh menaakul masalah tetapi dengan melaksanakan strategi yang berbeza, satu bahagian mungkin lebih dominan berbanding bahagian satu lagi. x Dalam menyelesaikan masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal dan otak kanan menggunakan pendekatan holistik atau global. 1. Nyatakan fungsi hemisfera kanan dan kiri otak manusia. 2. Banding dan bezakan pendekatan yang diguna pakai oleh otak kanan dan kiri dalam menyelesaikan masalah. 3. Adakah anda pengguna otak kanan atau kiri? AKTIVITI 5.6
  • 15. TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 119 Fakta ilmu Fasa pengeluaran Fasa pertimbangan Fasa tersendiri Gerak hati Halangan mental Korpus kallosum Ledakan ilmu Pemikir baik Pemikir lemah Pemikiran kreatif Saintis neuro Separa sedar Serebral Successive processor (pemeroses berurutan) Simultaneous processor (pemeroses serentak) Teknologi komunikasi Tidak sedar Tingkah laku refleks 1. Analisa pernyataan berikut dan tentukan sama ada ia wajar dan sekiranya wajar, ia sampai ke tahap mana. Terangkan pemikiran anda secara mendalam. „Keputusan terkini peperiksaan kebangsaan menunjukkan 75% daripada pelajar sekolah menengah di Amerika berada di bawah paras purata dalam keupayaan membaca mereka.‰ 2. Baca dialog berikut dengan baik. Kemudian tentukan sama ada apa yang tercatat (atau yang dimaksudkan) masuk akal. Terangkan penaakulan anda secara mendalam. John Adakah anda rasakan kelompok massa mempunyai sebarang kuasa besar di Amerika Syarikat sekarang? Bill Itu bergantung kepada kelompok apa yang diambil kira dalam „kelompok massa.‰ Adakah anda akan memasukkan golongan profesional ă doktor, peguam, guru...? John Guru? Gaji mereka tidak besar.
  • 16. X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR120 Butterworth, J., & Thwaites, G. (2005). Thinking skills. Cambridge International Examinations (Paperback). De Bono, E. (2005). Thinking course. Revised Edition (Hardcover). Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your professional and personal life. Kindle Edition. James, W. (1980). Principles of Psychology. New York: Holt. Kjos, B. (1995). Brave New Schools. Harvest House Publishers. King, M. L. (2011). Brainy Quote. Thinking Quotes. Retrieved from http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/thinking.html. Macall, D. D. (1988). Problem solving (2nd ed.). Ferguson Publishing. Paul, R. W., & Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your professional and personal life. US: Pearson Education, Inc. Proctor, B. (1997). You Were Born Rich. Life Success Productions. Ruggiero, V. R. (2008). The art of thinking: A guide to critical and creative thought (9th. ed.). Essex, United Kingdom: Longman Publishing Group.