2. Berdasarkan kamus dewan bahasa, edisi
keempat fungsi bermaksud tugas, jawatan atau
kerja ( bahagian tubuh dll ), tugas, peranan.
Pendidikan Teknik Dan Vokasional memainkan
peranannya dalam pembangunan Negara yang
industri. Melalui penubuhan awal PTV di
negara ini, didapati bahawa fungsi utama PTV
pada awalnya ialah untuk mempersiapkan
individu dengan kemahiran tangan (hands-on)
berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain.
PTV juga aliran pendidikan yang menerapkan
nilai-nilai murni dalam setiap individu.
3. Pendidikan Teknik Dan Vokasional juga
memainkan peranan penting dalam pelaksanaan
KHSR sekolah rendah.
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, Pelaksanaan
bermaksud Perihal, pembuatan atau proses
melaksanakan (menjalankan, mengusahakan)
atau rancangan (tugas dsb).
Berdasarkan Mok Soon Sang, 2007 dalam buku
Pengurusan Kurikulum, perkataan kurikulum
berasal daripada perkataan Latin “curriculum”
yang bermaksud ruang tempat dimana
pembelajaran berlaku. Dari perkatan latin iaitu
“currere” membawa maksud laluan, jejak, siri
atau episod. Dari definisi tersebut, kurikulum
adalah peluang bagi memperoleh dan menambah
ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung
memperkembangkan potensi diri.
4. Berdasarkankementerian pelajaran Malaysia
dalam buku sukatan pelajaran sekolah rendah,
kemahiran hidup bermaksud satu mata
pelajaran dalam kurikulum baru sekolah
rendah yang bercorak amali dan diajar pada
tahap II.
5. Peranan dan
fungsi PTV
dalam konteks
individu, sosial
dan ekonomi
Sorotan laporan
Aplikasi literasi,
kajian mengenai
3M dan ICT
PTV dan menilai
dalam RBT
keberkesannya
Ciri-ciri kuantiti Kreativiti dalam
dalam pengajaran dan
pengajaran dan pembelajaran
pembelajaran RBT
6. Konteks
individu
Konteks
sosial
Konteks
ekonomi
7. Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta
membentuk nilai-nilai spiritual, nilai-nilai kemanusiaan, dan
kemahiran berfikir secara harmoni;
Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat
melalui pembangunan alat-alat berfikir yang diperlukan,
sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal;
Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan
kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan di tempat
kerja dan komuniti; dan
Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas
dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan
vokasional dalam konteks sosial dan ekonomi:
8. Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam
perkembangan ekonomi,budaya, sosial dan
pendemokrasian;
Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam
aspek teknologi dan saintifik;
Membolehkan masyarakat menyumbang kepada peng
ekalan pembangunan alam sekitar melalui pekerjaan
dan bidang lain dalam kehidupan mereka;
Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang
hayat yang boleh disesuaikan dengan keperluan
negara tertentu dan perkembangan teknologi yang
meluas; dan
Memudahkan artikulasi secara mendatar dan
menegak dalam sistem pendidikan dan antara sekolah
ke dunia pekerjaan.
9.
10. Memberipeluang kepada seseorang individu
yang lemah dalam akademik.
Melatihpelajar untuk memperoleh kemahiran
yang luas dalam bidang yang khusus.
Membentuk kemahiran individu.
Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik
dan murni supaya menjadi seorang pekerja
yang produktif dan bertanggung jawab.
11. Melahirkan pekerja mahir dan separa mahir yang
berkualiti untuk memenuhi tenaga kerja dalam
bidang industri Negara.
Menanam semangat keusahawanan dalam diri
seseorang individu.
Melatihindividu untuk memiliki kemahiran
interpersonal.
Melahirkan individu yang mampu berdikari.
12. Menyediakan infrastruktur dan bekalan tenaga
manusia yang mahir berasaskan sains dan teknikal.
Membolehkan manusia memahami perubahan-
perubahan teknologi di mana sains dan teknologi
adalah ciri utama
Memperluaskan pilihan kepada pelajar untuk
mendapatkan pendidikan;
Memberi peluang kepada individu untuk
melanjutkan pengajian dalam pendidikan yang
sama; ataupun bidang lain pendidikan am;
Berhubung kait dengan keadaan sebenar
pekerjaan dan kehidupan bekerja;
13. Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang
memuaskan;
Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat
keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam
masyarakat dan kepimpinan.
Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan
latihan yang berkesan;
Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem
pendidikan
Mewujudkan wadah bagi satu sistem pendidikan sepanjang
hayat
14. Membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap,
berketrampilan,beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan,
berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan
menggunakan maklumat yang dipeloleh, serta memiliki ciri-
ciri seorang keusahawanan.
Memberi latihan awal bagi tiap-tiap indivu supaya mereka
berpeluang memilih kerjaya masing-masing.
Mengadakan latihan untuk mengemaskinikan kemahiran
pekerja-pekerja yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang
masing-masing.
Mewujudkan peluang latihan semula bagi pekerja-pekerja yang
ingin menukar kerja mereka atas sebab-sebab perbadi dan
pekerjaan lapuk.
15. Memberi peluang yang sama dengan individu normal
untuk pelajar berkeperluan khas supaya mereka
tidak tersisih.
Memberikan kemahiran-kemahiran yang sesuai
dengan kemajuan Negara yang kini makin
membangun kepada pelajar berkeperluan khas untuk
mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini.
Berfungsi dalam pembangunan tenaga manusia
minda kelas pertama di Malaysia.
Memperkembangan “skill culture” atau budaya
kemahiran dan tanggapan kerja manual. Jadi,
dengan merangsang penggunaan tangan dan minda
dalam praktikal dan teori, PTV dapat menyediakan
sumber manusia dan menghasilkan pelajar minda
kelas pertama.
16.
17. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa sosial pula
bermaksud segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat,
kemasyarakatan atau berkaitan dengan
persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa
lapang atau suka bergaul dan bermesra atau
berkenaan hal-hal kemasyarakatan. Sosial
pula dibahagikan kepada dua bahagian;
kestabila sosial dan nilai masyarakat. PTV
menjalankan fungsi yang berbeza mengikut
dua bahagian tersebut.
18. Kestabilan
Nilai
sosial masyarakat
KONTEKS
SOSIAL
19. PTV memberi peluang kepada masyarakat untuk
malibatkan diri dalam bidang-bidang tertentu seperti
keusahawanan, pembuatan, pertanian dan lain-lain.
PTV membantu masyarakat untuk menghasilkan kualiti
kerja yang baik.
PTV menyumbang kepada
pencapaian matlamat masyarakat dari segi
perkembangan ekonomi,budaya, sosial dan
pendemokrasian;
Membantu mengurangkan peningkatan bilangan
pengangguran di kalangan lepasan sekolah;
Menyumbang kepada pembangunan masyarakat moden
yang kompleks.
Membantu memenuhi keperluan ekonomi masyarakat
dapat mewujudkan satu kumpulan pekerja yang terlatih,
produktif dan mahir
20. PTV menimbulkan kepercayaan dan norma
hidup.
Mempertingkatkan kualiti hidup manusia dalam
kelompok masyarakat dengan membantu mereka
supaya menjadi lebih produktif, berdikari, boleh
menyumbang dan dapat menjadi rakyat yang
dapat memenuhi kehendak-kehendak diri (self-
fulfilling citizens).
Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dan
murni supaya menjadi seorang pekerja yang
produktif dan bertanggung jawab.
memenuhi aspirasi dan harapan masyarakat,
bangsa dan negara kearah melahirkan generasi
insan yang produktif dan bersatu padu.
21.
22. BerdasarkanKamus Dewan Bahasa Ilmu
berkenaan pengeluaran, pengagihan,
penggunaan barang-barang dan
perkhidmatan atau system pengendalian
sumber kekayaan (kewangan, perindustrian,
perdagangan, dll) sesebuah Negara atau
keadaan kekayaan atau kebendaan. PTV
memainkan perana penting dalam
pembangunan ekonomi Negara. Antara fungsi
PTV dri konteks ekonomi adalah;
23. PTV memberi dan meningkatkan peluang
pekerjaan.
PTV memainkan peranan penting dalam
penjanaan ekonomi.
PTV membantu Negara kita untuk
mempelbagaikan ekonominya.
Melalui PTV ekonomi Negara terpelihara dan
mantap.
PTV membantu Negara kita dalam uasaha
mencapat taraf Negara maju selaras dengan
matlamat wawasan 2020.
24. Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai
kemahiran dan pengetahuan asas bagi memenuhi
keperluan sektor industri dan perdagangan;
PTV berperanan untuk memperkenalkan konsep
dunia pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Ia
memberi pendedahan yang secukupnya kepada
alam pekerjaan. Ia merapatkan jurang antara
kurikulum dengan alam pekerjaan dan merupakan
salah satu pemangkin kepada peningkatan
ekonomi negara.
Membantu dalam pembangunan kemahiran yang
spesifik kepada bidang pekerjaan tertentu.
25.
26. Menurut kajian Siti Nor Atiqah Abdul Padzil,
Rohana Hamzah Dan Amirmudin Udin pendidikan
teknik dan vokasional berfungsi dalam
pembangunan tenaga manusia minda kelas
pertama di Malaysia. Kajian ini mengatakan
bahawa pendidikan vokasional menyediakan
latihan-latihan untuk perkerjaan tertentu.
Sementara itu, PTV banyak membantu dalam
pembangunan kemahiran yang spesifik kepada
bidang pekerjaan tertentu. Pendidikan vokasional
juga memainkan peranan penting dalam
perkembangan “skill culture” atau budaya
kemahiran dan tanggapan kerja manual. Jadi,
dengan merangsang penggunaan tangan dan
minda dalam praktikal dan teori, PTV dapat
menyediakan sumber manusia dan menghasilkan
pelajar minda kelas pertama.
27. Menurut kajian Lokman Mihd Tahir Dan Nurul
Mustafa, pendidikan teknik dan vokasional PTV
memberi peluang yang sama dengan individu
normal untuk pelajar berkeperluan khas supaya
mereka tidak tersisih. PTV memberikan kemahiran-
kemahiran yang sesuai dengan kemajuan Negara
yang kini makin membangun untuk mendapatkan
peluang pekerjaan yang dingini. Sementara itu,
PTV menyediakan silibus khas untuk pelajar
berkeperluan khas untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran mereka supaya
mereka mendapat pencapaian dan keupayaan
akademik yang sama dengan pelajar normal.
28. Kedua-dua kajian yang dijalankan menberi
kesan yang baik terhadap PTV. Bukan sahaja
melibatkan pelajar yang normal, pendidikan
PTV juga melibatkan pelajar yang berkeperluan
khas dan memberi kemahiran yang sama
dengan pelajar normal.Kajian dan penilaian
yang dijalankan memainkan peranan penting
dalam perancangan, pembuat dasar dan
pentadbir berkaitan PTV.
29.
30. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah
berasaskan kepada kemahiran teknologi dan kreativiti.
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, kreativiti bermaksud
Kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif,
kekreatifan.
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, reka bentuk
bermaksud Susunan bahan yang dirancang untuk
menghasilkan sesuatu produk atau impak dan teknologi
pula bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri,
pertanian, perubatan, perniagaan, dll atau kaedah proses
menangani sesuatu masalah teknikal. Kreativiti dalam
pengajaran dan pembelajaran RBT merangkumi enam
elemen.
Antaranya ialah;
31. Penyelesaian masalah
dan reka bentuk
Pemikiran
kreatif
Pemikiran
kritis
Pemikiran
aras tinggi
Pembelajaran
scaffold
Aktiviti
refleksi
32.
33. Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti
yang melibatkan masalah berbentuk perkataan,
masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz ataupun
penggunaan pelbagai kemahiram dalam situasi yang
sebenar.
Berdasarkan Lester (1970) dalam Rosnanaini
Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011,
kemahiran berfikir, masalah bermaksud Sesuatu
situasi apabila seseorang individu atau kumpulan ini
dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya.
Mereka hendaklah menentukan strategi dan kaedah
penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum
melaksanakan kerja penyelesaiannya. Strategi
penyelesaian masalah itu harus melibatkan
pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh
memberikan penyelesaiannya.
34. Mengandungi unsur-unsur yang terdapat dalam alam sekitar.
Penyelesaiannya memerlukan perancangan strategi dan pemilihan
kaedah yang sesuai.
Perancangan strategi dan pemilihan kaedah yang sesuai bergantung
kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran murid yang sedia
ada serta kefahaman masalah yang berkenaan.
Kebolehan penyelesaian masalah adalah berkaitan peringkat
perkembangan kognitif yang sesuai, sekurang-kurangnya sampai ke
peringkat aplikasi.
Cara penyelesaian masalah tidak boleh dihafaz seperti menyelesaikan
soalan mekanis. Setiap soalan bermasalah memerlukan pelaksanaan
satu set aktiviti yang sistematik.
Proses penyelesaian masalah memerlukan aplikasi kemahiran,
konsep atau prinsip yang telah dikuasai terlebih dahulu.
35. Terdapat beberapa kaedah untuk
menyelesaikan masalah yang berlaku dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah;
Kaedah penyelesaian masalah sendiri
Kaedah inkuiri
Kaedah dapatan
Sumbangsaran
Teknik TOC
36. Untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan
teknologi melalui penyelesaian masalah dengan berkesan, guru harus
memahami dan mematuhi beberapa prinsip yang berkaitan.
Soalan harus diberikan sebaik sahaja murid memperolehi ilmu
pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan.
Soalan bermasalah harus dibina daripada isi yang boleh
menggalakkan harus dijalankan oleh murid sendiri. Guru boleh
member sedikit bimbingan sahaja bagi murid-murid yang berfikir
lambat secara individu.
Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan
pengetahuan lepas murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.
Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru harus
membimbing murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.
Berbincang dengan murid berbagai cara yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah.
Elakkan member tunjuk ajar cara guru tentang cara menyelesaikan
masalah. Segala proses pemikiran car penyelesaian harus dijalankan
oleh murid sendiri. Guru boleh member sedikit bimbingan sahaja bagi
murid-murid yang berfikir lambat dengan secara individu.
37. Menurut John Dewey, pembelajaran
penyelesaian masalah melibatkan lima
peringkat seperti di rajat dibawah:
Mencari
Mengenalpasti Membuat Menguji Mnilai dan
maklumat
masalah hipotesis hipotesis membuat
rumusan
38. Untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar
menggunakan kemahiran yang dikuasai untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan.
Untuk mengalakkan murid-murid berfikir secara analitis, logik,
rasional dan objektif dalam proses penyelesaian masalah.
Untuk memberi peluang kepada murid-murid menggunakan
pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka
baru perolehi.
Untuk memperkukuhkan kemahiran, konsep, prinsip dan teori
yang baru dipelajari.
Untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dipelajari.
Untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan penaakulan
murid-murid dalam proses penyelesaian masalah.
39. Reka bentuk ialah suatu aturan susunan
perancangan bahan dalam konteks
penghasilan semua produk.
40. Sesuatu reka bentuk yang baik ialah suatu
produk yang dapat:
Berfungsi dengan baik dan cekap.
Sangat ekonomikal dalam lingkungan
kekangan yang dikenakan.
41. o Kekangan adalah merupakan suatu aturan
yang terpaksa dipatuhi. Diantara kekangan
utama dalam reka bentuk adalah:
Kos
Keboleharapan (reliability).
Keselamatan.
Prestasi.
Kehendak akta kilang dan jentera.
Pertimbangan sosiologi.
Pencemaran
Penggunaan tenaga.
42. Rekabentuk dan teknologi menyediakan
pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan
mahir dalam aktiviti mereka bentuk dengan
menggunakan proses-proses yang betul.
43. Keperluan kepada
reka bentuk
Penakrifan
masalah
Reka bentuk
konsep
Reka bentuk
terperinci
Pembuatan
Keperluan kepada
reka bentuk
44. FAKTOR MEREKA
BENTUK
Murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti
serta melakukan kajian reka bentuk dan fungsi
terhadap sesuatu produk. Tumpuan ditekankan
ialah kesesuaian reka bentuk dengan diri sendiri.
Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada faktor-
faktor mereka bentuk.
Faktor manusia
Faktor fungsi
Faktor estetik
Faktor kekuatan
45.
46. Pemikiran kreatif telah diberi tempat yang tinggi
dalam kehidupan manusia.
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, kreatif
bermaksud mempunyai kebolehan untuk
mencipta, menghasilkan dan seterusnya
mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.
Dalam buku Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz
dan Mok Soon Sang, 2011, kemahiran berfikir
mengatakan bahawa kreatif juga merupakan
keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu
yang baru dan pada masa yang sama mampu
mengolah idea.
47. menjana dan menghasilkan idea,
mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa,
pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan.
menerokai dan mencari makna , pemahaman
dan penyelesaian masalah secara inovatif.
48. Ciri-ciri pemikiran kreatif
Pemikiran kreatif melahirkan pelajar reka bentuk dan teknologi yang
mempunyai ciri-ciri kreatif dengan menggunakan ciri-cirinya
keberanian
Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjanakan idea yang
pelbagai dan baru tanpa dikongkong oleh idea lama. Oleh itu, pelajar reka
bentuk dan teknologi yang kreatif perlu berfikiran terbuka, sanggup menerima
risiko dan kritik orang lain.
Imaginasi
Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi yang mencapah serta kemahiran
sistesis untuk mencantum idea-idea yang sedia ada agar menkadi idea atau
hasilan yang baru.
Perkembangan idea
Pemikiran kreatif mengandungi cirri perkembangan idea yang dapat
menyediakan pelbagai alternatif yang baru.
Reka cipta
Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka bentuk yang berasaskan kemahiran
sistesis untuk menghasilkan idea yang baru.
49. UNSUR-UNSUR KREATIVITI
Fisher (1990) dalam bukukemahiran berfikir
oleh Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan
Mok Soon Sang, 2011, telah mengaitkan
pemikiran kreatif dengan 4 aspek;
Idea atau produk yang dijana
Proses merekacipta atau menjana
Manusia yang merekacipta
Persekitaran yang kreatif
50. Pemikirankreatif ini dapat membantu
seseorang pelajar untuk bertindak kreatif
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
reka bentuk dan teknologi . Dalam
mempertimbangkan kepentingan kreativiti,
semua murid mempunyai hak yang
sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai
capaian penuh terhadap peluang dalam
bidang-bidang kreatif kurikulum.
51.
52. Berdasarkan kamus dewan bahasa (2005), edisi keempat, kritis
bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau
mempersetujui sesuatu atau menimbangkan baik buruk sesuatu
perkara terlebih dahulu.
Mayfield (1997) dalam Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan
Mok Soon Sang, 2011, kemahiran berfikir menganggap pemikiran
krisis melibatkan pemerhatian secara sedar, membuat analisis,
taakulan dan menganalisis berasaskan bukti-bukti.
John Arul (1997 ) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan Mohd
Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK)
pula mengatakan bahawa Pemikiran kritis sebagai sati aktiviti
mental yang berkaitan dengan menilai maklumat berdasarkan ciri-
ciri dan criteria tertentu. Pemikiran kritis dan kreatif sering
bertindak antara satu sama lain terutama dalam menyelesaikan
masalah.
Berdasarkan Som dan Mohamad Dahalan (1998) dalam Som
HJ.Nor Dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK), kritis bermaksud kecekapan dan
keupayaan seseorang menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meniliti
kebernasan, keesahan dan mengenalpasti kelemahan sesuatu
hujah dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan
menggunakan alasan atau bukti yang munasabah.
53. PRINSIP-PRINSIP PEMIKIRAN
KRITIS
Mengikut Chiras (1992) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan
Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
(KBKK) terdapat 11 prinsip pemikiran kritis yang dapat
membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran RBT.
Antaranya ialah;
Mengumpul maklumat dengan lengkap.
Memahami dan mendefinisikan kesemua masalah yang dihadapi.
Mengemukakan kaedah-kaedah untuk memperolehi fakta.
Mengemukakan soalan mengenai kesimpulan.
Meneroka andaian dan bias yang tersembunyi.
Mempersoalkan sumber fakta.
Tidak mengharapkan kesemua jawapan.
Mengkaji sesuatu secara keseluruhan.
Mengkaji secara berganda sebab dan kesan.
Mengawasi sebab seseorang berhenti berfikir.
Memahami bias diri sendiri.
54. CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA KRITIS:
membanding dan membeza:
membuat kategori,
meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan.
menerangkan sebab.
membuat urutan.
menentukan sumber yang dipercayai,
membuat ramalan,
mengusul periksa andaian,
55. Aktiviti yang boleh dilakukan dengan
menggunakan pemikiran kritis dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran;
Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan
pembuatan;
Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid
bagi melihat kelemahandalam reka bentuk dan
proses pembuatan;
Melihat alternatif-alternatif yang ada; dan
Menyediakan mereka bagi tugasan membuat
keputusan pada masa akan datang.
56.
57. Berdasarkan Onosko dan Newmann (1994) dalam
Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon
Sang, 2011 pemikiran Aras Tinggi (higher-order
thinking) didefinisikan sebagai penggunaan
minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-
cabaran baru.
Zevin (1995) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd
Dahalan Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) mengatakan
bahawa pemikiran Aras Tinggi merupakan
perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda
untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli.
Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai
kemungkinan penyelesaian merupakan nadi
kepada Pemikiran Aras Tinggi
58.
59. PENGETAHUAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali
maklumat yang diterima atau dipelajari.
PEMAHAMAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar memahami, menukar
dan menjelaskan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip dan
hukum yang telah dipelajari.
APLIKASI
Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan
maklumat, iaitu, fakta, konsep, hokum, teori, prinsip,
kemahiran pengetahuan dan hukum di dalam situasi
yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan.
60. ANALISIS
Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan
menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan
perhubungan diantara satu sama lain.
SINTESIS
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengabungkan maklumat
dikumpul dan membina struktur baru yang berbeza daripada
keadaan yang asal.
PENILAIAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan,
mengesahankan, mengkritikan, merumuskan atau member
pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip dan teori.
Aras ini merupakan aras pemikiran tinggi.
61.
62. JENIS PEMIKIRAN TINGGI YANG
PENTING:
Menjana
membolehkan pelajar menjanakan alternatif,
dan kombinasi idea
Menjelaskan idea
membolehkan pelajar menjelaskan idea dan
menganalisis alasan
Menilai kemusabahan idea
membolehkan pelajar menilai maklumat asas,
menilai inferensi (kegunaan bukti), dan menilai
inferensi ( deduksi)
63. Strategi yang boleh digunakan dalam
penggunaan KBAT
Soalan terbuka
Teknik Penyoalan
Perbincangan
Metakognisi
Pengurusan Grafik
Kaedah Penyelesaian masalah
64. Kesimpulannya, penggunaan strategi dan
teknik yang pelbagai mampu melahirkan
pelajar berfikiran aras tinggi. Penglibatan
pelajar secara langsung di dalam bilik darjah
secara tidak langsung akan melahirkan
pelajar yang bersifat kritis dan kreatif.
Penggunaan dan pemilihan metadologi P&P
reka bentuk dan teknologi yang sesuai boleh
menimbulkan minat serta membangkitkan
motivasi pelajar sekaligus dapat
meningkatkan kefahaman dan kemahiran
mereka dalam reka bentuk dan teknologi.
65.
66. Berdasarkan kamus dewan bahasa (2005), edisi
keempat, refleksi bermaksud bayangan atau
gambaran (dalam cermin, fikiran, dll).
Hanipah, 2002 dalam buku kemahiran berfikir oleh
Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon
Sang, 2011, mengatakan bahawa refleksi adalah
proses merenung kembali, menganalisis masalah,
mencari bukti dan alasan, cadangan dan tindakan
untuk memperbaiki diri.
Berdasarkan buku pedagogi, Strategi dan Teknik
Mengajar Dengan Berkesan oleh Shababuddin Hasyim
dan rakan-rakannya, refleksi bermaksud inkuiri yang
sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi
membaiki amalan pengajaran serta memperdalam
kefahaman mengenai sesuatu perkara.
67. PROSES AMALAN REFLEKSI
SCHON
Schon (1983) dalam buku pedagogi, Strategi dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan oleh
Shababuddin Hasyim dan rakan-rakannya,
berpendapat refleksi sebagai suatu usaha yang
bertumpu kepada “knowing in action” bagi
menganalisis masalah-masalah debgab
menggunakan kemahiran interaktif dan interpretif.
Proses ini mendedahkan pelajar kepada cara-
cara menganalisis dan proses membuat refleksi
68. Frame Plan
• Mencetus • Membentuk
(menimbulkan rasa semula kerangka
ingin tahu • Membentuk (membentuk • Merancang
mengenai kerangka kefahaman baru) tindakan baru
masalah) (membentuk
kefahaman latar)
Trigger Reframe
69. Memberi maklum
balas/mengecam Merangka semula
Mengesan dilema/masalah
persamaan-persamaan dilema/masalah
antara situasi
Menilai kesan sama ada Memeriksa penyelesaian Menjalankan ujian ke atas
diingini/tidak yang akan dilaksanakan dilema
70. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam
P&P reka bentuk dan teknologi yang telah
dijalankan.
Mengambil tindakan susulan untuk
mempertingkatkan mutu P&P reka bentuk dan
teknologi dan seterusnya boleh dijadikan sebagai
asas kepada penulisan jurnal.
Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan
pembuatan;
Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid
bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan
proses pembuatan;
Melihat alternatif-alternatif yang ada; dan
Menyediakan mereka bagi tugasan membuat
keputusan pada masa akan datang.
71.
72. Pembelajaran scaffold ialah merupakan teknik
pemudah caraan.
Berdasarkan buku pengurusan kurikulum oleh Mok
Soon San (2008), Scarffolding bermakna membina
sesuatu sistem struktur untuk memanjat dengan
tujuan membuat sesuatu kerja di tempat yang tinggi.
Dibawah kenteks pendidikan, ia merupakan sistem
struktur(bantuan) yang menyokong pelajar
menjalankan aktiviti atau tugasan.
Mengikut Vygotsky dalam buku pengurusan kurikulum
oleh Mok Soon San (2008), proses scarffolding
bergerak dari komunikasi sosial luaran kepada proses
metakognisi dalam seorang pelajar, mengembangkan
penaakulannya supaya mmikir dan memilih strategi
yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.
73. Pembelajaran scaffold amat diperlukan dalam
pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Dalam
mempertimbangkan kepentingan kreativiti,
semua murid mempunyai hak yang sama untuk
menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh
terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif
kurikulum. Namun, murid-murid tidak bertindak
balas dengan cara yang sama terhadap kreativiti.
Peluang untuk murid berkembang kreatif dalam
bilik darjah bergantung kepada pembelajaran
Scaffold maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya
dan keluarga.
74. • Menggunakan satu siri soalan untuk membimbing murid menemui
Teknik sesuatu kesimpulan.
penyoalan
• Pilih contoh yang sesuai supaya mewakili keseluruhan
Percontohan aktiviti/tugasan agar murid dapat menyemburnakan aktiviti.
• Bantuan sosial diberi dengan membahagikan aktiviti/tugasan kepada
beberapa langkah kecil mengikut kefahaman murid sehingga mereka
scaffolding mencapai kejayaan.
• Guru menyampaikan arahan-arahan dengan jelas.
Pengarahan
• Guru membekalkan kerangka mental yang dapat membawa
Penstrukturan
kognitif kefahaman terhadap pelajaran
78. Penyertaan dan penghayatan secara aktif dalam satu
proses yang berdaya cipta kreatif dan inovatif perlu
dilakukan untuk melaksanakan perkembangan dan
proses pembinaan kemahiran murid dalam
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan
teknologi.
Dengan menggunakan pemikiran kreatif boleh
menjana, mengubahsuai atau memperbaiki idea-
idea baru daripada sesuatu bahan atau produk yang
telah sedia ada.
Murid juga akan memperolehi pengalaman dalam
membuat keputusan dan juga bersikap
tanggungjawab terhadap idea-idea yang digunakan.
Kesimpulannya, ciri ini dapat membentuk seorang
murid yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam
pembelajaran reka bentuk dan teknologi
79.
80. Kepentingan kefahaman konsep dalam
pembelajaran reka bentuk dan teknologi
serta pengetahuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi
perlu diberi penekanan.
Kaedah pengajaran yang berkesan
memainkan peranan yang penting dalam
melakukan pengetahuan dan kefahaman
dalam reka bentuk dan teknologi.
81. Penekanan diberikan juga kepada kepentingan
pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya
dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu
konsep dengan jelas agar ianya dapat
diaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.
Menurut Huraian Sukatan Pelajaran KHSR, reka
bentuk dan teknologi diajar secara susunan yang
merangkumi dua bidang iaitu teori dan amali. Dalam
bidang ini terdapat beberapa aspek sokongan lain
yang terdiri daripada penyelesaian masalah,
penakulan serta pemikiran kreatif dan kritis dan nilai-
nilai sejagat. Secara tidak langsung aspek-aspek ini
memberi kesan kepada pemahaman proses
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan
teknologi dalam kalangan pelajar.
82. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran
reka bentuk dan teknologi pada masa kini telah
memberi keutamaan kepada pembentukan
konsep reka bentuk dan teknologi yang dikaitkan
dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah
maupun di luar bilik darjah. Para pendidik juga
sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan
sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari
seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya
ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri
melalui proses berinteraksi dengan persekitaran
pembelajaran. (Dalam kajian mengenai
“Kepentingan kefahaman konsep dalam
matematik” oleh Azizi hj. Yahaya dan Elanggovan
a/l m. Savarimuthu)
83. Menurut Ausubel et. al. (1978) dalam
“Research On Teaching And Teacher
Education”, proses pengajaran dan
pembelajaran tidak lagi dilihat dari
perspektif orang dewasa iaitu pendidik
sahaja tetapi adalah dari perspektif pelajar.
Dengan cara ini, para pendidik akan dapat
menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta
kefahaman terhadap strategi pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi
84.
85. Berdasarkan Wagner (1969) dalam “ The study of
attitude change: an introduction” sikap
mendefinisikan sebagai mengandungi komponen
afektif, kognitif (Katz, 1993) dan tingkahlaku
(Oppenheim, 1966) yang berhubung kait dengan
penilaian, pengetahuan dan kecenderungan untuk
bertindak terhadap sesuatu objek sikap itu.
Kamus Dewan (2007) mentakrifkan sikap ialah
perbuatan atau tindakan yang berdasarkan kepada
sesuatu pendapat, fikiran dan pandangan. Menurut
Teori Sikap Fishbein (1963) dalam “An Investigation
Of The Relation Between Beliefs About An Object And
The Attitude Toward That Object” sikap adalah suatu
bentuk perubahan kelakuan positif atau negatif.
86. Sikap dan kualiti peribadi merupakan pembawaan
seseorang yang dipengaruhi oleh pemikiran, perasaan
dan haluan tingkah kalunya.
Sikap seseorang berkembang menerusi pendidikan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran RBT, sikap
biasanya ditegaskan ialah sikap positif terhadap
pendidikan, cinta kepada pembelajaran, nilai
hormat-menghormati, berkelakuan baik, pergaulan
baik, belajar dengan tekun dan sebagainya.
Berdasarkan sukatan pelajaran sekolah rendah,
Kemahiran Hidup, sikap positif serta budaya kerja
yang relevan sentiasa merentasi aktiviti yang
dikendalikan sepanjang pengajaran dan pembelajaran
RBT.
sikap positif dan kualiti peribadi seperti berusaha
mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka,
bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-
hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya
menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan
hidup murid.
87.
88. Nilai merupakan darjat kehargaan atau kualiti yang
berguna dalam sesuatu.
Nilai yang dipegang oleh seseorang adalah diperolehi
melalui pembelajaran dan pengalaman, dan bukan
dilahirkan secara semulajadi.
Taksiran nilai seseorang terhadap sesuatu biasanya dapat
diperlihatkan daripada pernyatan dan tingkah laku orang
itu.
Unsur-unsur nilai dalam pendidikan adalah merangkumi
kejayaan, persaingan, penyelesaian masalah, kejujuran,
ketekunan, kerjasama, muhibah, taat setia dan lain-lain.
Misalnya, nilai dalam reka bentuk dan teknologi ialah
memupuk keinginan dan kebolehan murid mengenal
seberapa banyak tentang reka bentuknya, supaya ia dapat
menghargai ciptaan baru dan dengan itu menginovasikan
dan memperbaikinya untuk menjamin kesejahteraan
hidup.
89. Nilai juga terbahagi kepada tiga aspek; kognitif,
afektif dan tingkah laku.
Aspek kognitif ialah nilai terhadap sesuatu
perkara yang dimiliki oleh seseorang.
Aspek afektif pula melibatkan nilai yang
berkaitan dengan perasaan dan penghargaan
terhadap sesuatu objek atau kejadian.
Aspek tingkah laku melibatkan kecenderungan
dan dedikasi melakukan sesuatu yang
mencerminkan sebahagian daripada nilai.
Ketiga-tiga apek ini adalah saling berkaitan yang
mengawal tingkah laku dan pandangan
seseorang.
90. Kreatif
Produktif
Keusahawanan
Cekap
Professional
Serba boleh membaiki peralatan rumah
Cekap mengaplikasikan sains dan teknologi
Berusaha
Kebolehan mengubahsiau
Inovatif mereka cipta
Ingin maju dan memikirkan mutu
Berani bersaing
Berani meneroka
Yakin diri
Jimat cermat
91. Pembangunan diri
Rasional
Logis
Analitis
Peka mengikuti perkembangan ilmu
Berdikari
Rajin
Tekun
Sabar
KerjasamaPemikiran moden
Fikiran positif
Tidak pesimis
Progresif
Agresif
Bertanggungjawab
Beretika dalam pekerjaan
Bijak merancang dan mengurus
92. Nilai-nilaidalam pendidikan reka bentuk dan
teknologi dapat membina keyakinan,
kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai
murni dalam kalangan pelajar.
Suasana pembelajaran nilai dalam RBT pula
bercorak terbuka, mempunyai aktiviti-aktiviti
kreativiti dan inisiatif dan mengalakkan murid-
murid berinteraksi.
Kesimpulannya, pengajaran reka bentuk dan
teknologi tidak hanya memberi tumpuan kepada
kandungan ilmu pngetahuan dan kemahiran-
kemahiran, tetapi juga memberi tumpuan
kepada perkembangan rohani, nilai dan sikap
yang baik.
93.
94. Istilah kolaboratif adalah falsafah mengenai
interaksi dan gaya hidup personal. Kaedah
kolaboratif mencadangkan apabila kita
berhadapan dengan orang lain di dalam
kumpulan, kita perlu menghormati mereka
sebagai individu selain menghargai sunbangan
mereka kepada kumpulan tersebut.
kaedah ini juga adalah kesediaan setiap ahli
membina persefahaman antara satu sama lain
dan bukannya mewujudkan persaingan. Oleh itu,
kaedah ini diterapkan di dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT di mana setiap ahli ingatkan
apa saja kejayaan atau kegagalan kelas tersebut
bergantung kepada sumbangan ahli kelas itu
sendiri.
95. Pembelajaran kolaboratif telah
diperkenalkan dengan pelbagai cara dalam
pelbagai aspek yang berbeza dalam
pendidikan. Menurut Whipple ( Dipetik
daripada Kimber, 1994) menyatakan bahawa
pembelajaran kolaboratif adalah corak
pedagogi yang menekankan usaha bersama di
kalangan pelajar-pelajar, fakulti dan
pentadbir. Ia menekankan konsep inquiry
sebagai asas proses pembelajaran.
96. Dalam model pembelajaran kolaboratif yang
dikemukakan oleh Ried (1989) dalam
Penilaian Terhadap Pelaksanaan
Pembelajaran Kolaboratif Dalam Pengajaran
Pendidikan terdapat lima (5) fasa untuk
membentuk instruksi bagi pembelajaran
kolaboratif, iaitu penglibatan, eksplorasi,
transformasi, persembahan dan refleksi.
97. Reka bentuk dan teknologi dapat membantu pelajar
dalam melakukan sesuatu dengan berjaya sebagai satu
kumpulan.
Kemahiran kolaboratif dapat menyelesaikan masalah
yang sering berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran
reka bentuk dan teknologi dengan mudah dan cepat.
Pelajar dapat menjana idea-idea yang baru dan efektif
melalui idea-idea yang dikongsi semasa kolaboratif. Jadi
kemahiran kolaboratif dapat dibina dalam kalangan
pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka
bentuk dan teknologi melalui kerja kumpulan.
Pembinaan pembelajaran reka bentuk dan teknologi
berkumpulan ini penting untuk menambahkan kemahiran
pembelajaran pelajar dari segi pemahaman konsep reka
bentuk dan teknologi.
Kekuatan pembelajaran kolaboratif adalah memberi
peluang kepada pelajar untuk berbincang, bertukar fikiran
dan menghasilkan idea baru.
98.
99. Kamus dewan (2002) mentakrifkan literasi
sebagai kebolehan menulis dan membaca,
celik huruf. Kerja-kerja literasi yang
berfokus kepada perkataan, ayat yang
berasaskan tema reka bentuk dan teknologi
dapat menyediakan murid kepada
pembelajaran istilah dan perkataan secara
spesifik. Konsep dan pelaksanaan literasi di
sekolah lebih ditumpukan pada penguasaan
dan kemahiran berilmu yang dusalurkan
melalui penyataan kurikulum kognitif dan
afektif
100. Guru-guru di sekolah boleh memperkenalkan
cara murid-murid boleh berinteraksi dan
berkomunikasi dengan bergembira melalui
pendidikan literasi.
Gerakan sedaran terhadap pengalaman dan
penhayatan literasi harus disegerakan supaya
kanak-kanak dapat memenuhi cita rasa
hidupnya melalui pengalaman literasi yang
mereka lalui. Dengan ini, pertumbuhan dan
percambahan ilmu berkembang selari dengan
perkembangan mentol,emosi dan sosial.
101. Guru boleh menginovasikan cara mengajar di
dalam bilik darjah. Bukan sahaja mengajar
berdasarkan teori, guru juga boleh menyediakan
sedikit permainan yang melibatkan perkataan.
Selain itu, guru turut boleh menyediakan “flash
card” berdasarkan topik-topik reka bentuk dan
teknologi.
Akhisekali boleh juga mengadaka permainan
seperti silangkata, “puzzle”, mencari benda
yang tersembunyi melalui gambar yang tertentu
dan sebagainya.
Hal ini dapat meneroka, memperkenal atau
mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman
berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia
ada atau bagi merancang untuk masa depan.
102. 3M merangkumi membaca, menulis dan mengira.
Berdasarkan kamus dewan (2002), membaca
merupakan memerhatikan isi sesuatu yang tertulis
atau tercetak dengan teliti dan memahami makna
kandungannya; menulis bermaksud memcatatkan
kata-kata denga huruf dan memakai alat tulis;
manakala mengira adalah menghitungkan dan
mempertimbangkan. Pendidikan 3M harus ditekankan
untuk meningkatkan tahap pelajar dalam penguasaan
RBT. Berdasarkan pandangan Dekan Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj,
perlu melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza bagi mengatasi masalah
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M) di kalangan murid sekolah.
103. Kaedah pengajaran dan pembelajaran reka
bentuk dan teknologi yang berbeza dapat
meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid.
Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas
khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru
berpendidikan khas, perluasan kempen membaca
dan penempatan kaunselor di setiap sekolah.
Keperluan murid yang mempunyai masalah
pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah
memastikan mereka menguasai kemahiran 3M ini
melalui pengajaran pemulihan pada Tahap I
(Tahun 1-3) ini.
104. Langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang
belum menguasai 3M penting perlu diadakan bagi
mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan
bersesuaian dengan mereka.
Selanjutnya, pemerhatian juga dilaksanakan untuk
mendapati murid lemah 3M dikelompokkan dalam lima
kategori, iaitu anak Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau
pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi,
kanak-kanak terbiar dan mereka yang sememangnya
berketurunan tidak boleh membaca atau dungu.
Pencarian kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut
kelompok perlu ditekankan oleh Kementerian Pelajaran
kerana jika dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh
diguna atau diaplikasikan kepada semua murid yang gagal
menguasai 3M.
Setiap kelompok murid terbabit diberikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza bagi
memastikan kelemahan pembelajaran mereka dapat diatasi
secara berperingkat.
105. Penggunaan alat muzik dalam proses P&P
disifatkan antara kaedah sesuai untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu
kerana alat muzik adalah perantara sesuai
diguna pakai oleh guru bagi menarik tumpuan
kelompok murid masyarakat minoriti itu
terhadap pengajaran guru.
106. ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software,
telecomunication dan networks).
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
RBT bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan perisian khusus dalam RBT melalui
aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan
pengajaran guru dan menarik minat pelajar terhadap
reka bentuk dan teknologi.
Kaedah mengajar RBT dengan menggunakan
peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD,
komputer dan persembahan PowerPoint amat
berkesan.
107. Penggunaan multimedia mempunyai potensi
dalam program tutorial di mana ia memberi
sokongan kepada pelajar mempelajari mata
pelajaran reka bentuk dan teknologi melalui
penggunaan audio.
Selain itu, penggunaan animasi dan video dalam
komputer dapat menunjukkan demonstrasi
dalam konsep yang kompleks.
Guru-guru juga boleh menggunakan kaedah
pengajaran dan penilaian pengurusan dalam
komputer ( computer-managed assessent and
instruction khasnya dalam persediaan program
pengajaran individu, ujian skor dan mengawal
tahap pencapaian pelajar dalam reka bentuk
dan teknologi.
108. CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca
sahaja cakera padat merupakan salah satu media
yang dapat digunakan untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan
teknologi. Penggunaan CD-ROM sama pentingnya
dengan penggunaan buku rujukan.
Melalui E-pembelajaran pelajar RBT dapat
mengakses bahan serta mempelajarinya
mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik
juga dalam keadaan tidak formal. Ini
membolehkan guru dan pelajar untuk mengakses
banyak bahan yang terdapat pada pelbagai.