SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
Topik 
4 
 Kemahiran 
Menulis dan 
Menyalin 
Nota 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 
1. Membezakan antara anotasi, menggariskan nota, nota ruang, peta 
minda dan nota rumusan; 
2. Membangunkan kemahiran menulis nota daripada bahan bercetak; dan 
3. Mengaplikasikan cadangan menyalin nota untuk menyediakan nota 
yang baik berdasarkan perbincangan bilik darjah. 
 PENGENALAN 
Sepanjang kursus ini, anda perlu membaca pelbagai jenis sumber maklumat 
seperti modul kursus, nota edaran dan nota daripada tutor anda serta 
memperoleh pelbagai bahan rujukan dalam format bercetak dan elektronik 
daripada Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. Cara terbaik untuk 
mengurus semua sumber maklumat yang telah anda perolehi daripada pelbagai 
sumber adalah dengan meringkaskannya dalam bentuk nota. 
Dalam konteks pembelajaran di OUM, anda akan mendapati bahawa menulis 
dan menyalin nota adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, sama ada 
daripada modul, tutorial, buku, jurnal atau Internet. Anda mesti melakukannya; 
namun demikian, ini tidak bermakna menulis dan menyalin nota adalah proses 
mengambil setiap perkataan yang diucapkan oleh tutor tulis kembali setiap 
perkataan yang dijumpai di dalam buku, jurnal dan laman sesawang.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 
100 
Apa yang perlu dicatat, berapa banyak yang perlu dicatat dan bagaimana 
terperincinya sesuatu catatan nota akan menentukan masa yang diambil untuk 
menyiapkannya. Dengan mempelajari dan menguasai kemahiran asas dalam 
penyediaan nota, maka anda akan berupaya untukmenghasilkan nota yang baik 
dalam masa yang lebih singkat apabila anda mengaplikasikan kemahiran 
tersebut terhadap pembelajaran anda. 
Jika anda mampu mengambil dan menyediakan nota yang baik, anda akan 
menjimatkan masa dari segi berikut: 
(i) Tidak perlu mencari teks asal; atau 
(ii) Tidak perlu melihat pelbagai nota tetapi hanya mengambil maklumat 
spesifik yang diperlukan sahaja. 
Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai teknik menulis dan 
menyalin nota. 
CARA MENYEDIAKAN NOTA 
4.1 
Terdapat banyak cara nota dapat disediakan, namun tidak ada satupun 
daripadanya merupakan teknik yang terbaik. Setiap teknik adalah bergantung 
kepada pilihan peribadi seseorang dan kesesuaian situasi serta tujuan membuat 
nota. Sebagai contoh, menulis nota daripada modul atau sumber cetakan lain 
adalah berbeza daripada menulis nota di tutorial atau perbincangan kumpulan. 
Ia mungkin lebih mudah menulis nota daripada modul kerana ia bersifat pasif 
berbanding dengan perbincangan yang bersifat langsung atau dinamik. Ini 
kerana maklumat yang diterima melalui perbincangan adalah spontan dan tidak 
teratur. Terdapat cara yang berbeza untuk menghasilkan sesuatu nota. Nota 
boleh dihasilkan dengan cara berikut: 
(a) Anotasi; 
(b) Nota bergaris; 
(c) Nota lajur; 
(d) Peta minda; dan 
(e) Rumusan.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA  
101 
4.1.1 Anotasi 
Cara ini adalah sesuai untuk modul bercetak, buku teks, artikel atau sumber-sumber 
lain. Anda boleh menghasilkan nota dengan menulis di garisan tepi, 
menggariskan fakta, mengetengahkan perkara utama dan menggunakan tanda 
soal atau pangkah untuk menunjukkan sama ada anda bersetuju atau tidak 
dengan perkara-perkara yang terdapat dalam teks, seperti yang ditunjukkan 
dalam Rajah 4.1. Kaedah ini akan membantu anda bukan sahaja mengingati 
perkara utama tetapi juga membolehkan anda ingat tanpa perlu membaca teks 
sekali lagi. 
Jika anda tidak suka menulis dalam buku, anda mungkin mahu menggunakan 
kertas jalur untuk menandakan muka surat dengan nota yang bertulis pada jalur. 
Ujian anotasi yang baik adalah apabila anda merujuk semula buku tersebut; anda 
harus memahami nota tanpa membaca halaman, topik atau perenggan sekali lagi. 
Rajah 4.1: Contoh anotasi 
4.1.2 Nota Bergaris 
Teknik ini hanya menggunakan kata kunci dan frasa. Nota biasanya disusun 
secara berurutan mengikut nombor atau tajuk, subtajuk dan jarak. Rajah 4.2 
menunjukkan panduan format nota bergaris.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 
102 
Rajah 4.2: Contoh membuat nota bergaris 
4.1.3 Nota Lajur 
Format membuat nota lajur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 adalah 
lebih sesuai untuk kursus matematik dan sains. 
Rajah 4.3: Contoh nota lajur 
4.1.4 Peta Minda 
Peta minda tidak mengikuti urutan linear. Topik utama membentuk nukleus 
manakala cabang-cabangnya ialah idea-idea dan konsep utama. Peta minda 
menunjukkan hubungan antara idea dan konsep, dengan garisan berfungsi 
sebagai pautan. Rajah 4.4 menunjukkan contoh peta minda.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA  
103 
Rajah 4.4: Contoh peta minda 
4.1.5 Nota Rumusan 
Anda boleh memilih untuk merumuskan maklumat teks apabila menghasilkan 
nota. Rumusan adalah nota yang padat dengan maklumat, ditulis dalam bentuk 
perenggan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5. Jika anda memutuskan 
untuk merumuskan maklumat teks, anda perlu memecahkan topik kepada 
bahagian yang lebih kecil. Kadangkala, anda boleh memilih kaedah membuat 
nota ini apabila anda tidak boleh menyusun organisasi topik dan subtopik. 
Rajah 4.5: Contoh rumusan
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 
104 
MENGHASILKAN NOTA DARIPADA 
BAHAN BERCETAK 
4.2 
Berikut adalah cadangan dalam menulis nota dari modul anda atau sumber-sumber 
lain. (Ingatlah bahawa anda boleh mengaplikasikan kaedah anotasi, nota bergaris, 
nota lajur, peta minda dan rumusan untuk menghasilkan nota yang berkesan). 
(a) Fahami objektif supaya nota lebih tertumpu kepada apa yang penting 
dalam topik. 
(b) Baca keseluruhan topik dan kemudian rumuskan dalam beberapa ayat 
dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Jangan menulis nota semasa 
membaca topik kerana anda akan cenderung untuk menulis terlalu banyak. 
Gunakan teknik-teknik menyediakan nota yang telah dicadangkan. 
(c) Tinggalkan ruang di antara nota bagi membolehkan penambahan atau 
perubahan kemudian. 
(d) Baca semula topik dan perbaiki nota, sediakan lebih banyak butiran. 
(e) Gunakan perkataan anda sendiri dan jangan salin daripada teks. Ini akan 
membantu anda memahami bahan itu dengan lebih baik. 
(f) Jika anda menyalin perkataan demi perkataan, ayat atau frasa daripada 
topik, jangan lupa untuk meletakkannya dengan tanda koma terbalik untuk 
menunjukkan bahawa nota itu telah dipetik daripada topik. Jangan lupa 
juga menulis sumber asal daripada mana nota diambil (Pengarang, tajuk 
dan tahun penerbitan, nombor halaman). 
(g) Baca nota anda untuk memastikan anda memahaminya. Jika nota tidak 
masuk akal ketika anda membacanya, sudah tentu nota itu tidak akan 
berguna pada masa hadapan. 
AKTIVITI 4.1 
Bandingkan gaya anda membuat nota dengan cadangan yang dikemukakan 
di sini. Adakah terdapat apa-apa perbezaan? Tuliskan perbezaan dan 
kongsikan dengan rakan kursus anda.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA  
105 
MENYALIN NOTA SEMASA TUTORIAL 
4.3 
Menyalin nota dalam kelas tutorial merupakan satu aktiviti yang biasa dilalui 
oleh pelajar. Aktiviti ini seperti menyalin nota daripada buku yang dilihat lebih 
mudah. Dalam kelas toturial, anda tidak boleh mengawal aliran ucapan, tidak 
boleh berharap pengajar akan mengulangi tutorial dan tidak boleh meminta 
pengajar anda menyusun isi pelajaran atau menyederhanakan kelajuan ujaran 
beliau. Keadaan ini akan mempengaruhi penghasilan catatan, nota anda yang 
lebih berkesan dalam kelas tutorial. Berikut ialah beberapa cadangan tentang 
bagaimana anda boleh mempersiapkan diri anda untuk tutorial. 
4.3.1 Melengkapkan Diri untuk Tutorial 
Tiada kemahiran yang akan berkesan jika anda tidak bersedia untuk kelas 
tutorial. Katakan anda membuat keputusan melancong ke luar negara, adakah 
anda tidak mahu membaca tentang tempat-tempat yang anda akan lawati? 
Begitu juga, anda perlu melakukan pembacaan anda sebelum memasuki kelas 
anda kerana ia membantu dalam cara berikut: 
(a) Ia mengaktifkan pengetahuan lebih dahulu; 
(b) Ia membina skema mental; dan 
(c) Ia membolehkan anda melakukan rujuk silang. 
Ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih baik terhadap bahan yang 
sedang anda baca dan akhirnya mendatangkan minat di dalam kelas. Membaca 
secara kritis dengan menggunakan pengalaman dan pendapat anda sendiri akan 
membantu anda untuk membangunkan pengetahuan latar belakang. Dengan itu, 
anda akan dapat menguasai kandungan kursus yang dibincangkan dalam 
tutorial serta meningkatkan pemahaman anda. 
Pada asasnya, sebagai persediaan awal, anda perlu membaca terlebih dahulu. 
Anda telah belajar bagaimana mengoptimumkan pembacaan anda dalam Topik 3 
tetapi membaca modul sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mendapatkan lebih 
banyak bahan sokongan atau sumber-sumber untuk menyokong pengetahuan 
anda tentang kandungan kursus. Bahagian ini menekankan bahawa membaca 
awal adalah penting dalam bersiap sedia untuk kelas dan begitu juga membuat 
nota. Nota akan mengukuhkan pemahaman anda tentang apa yang telah anda 
baca. Oleh itu, gunakan kemahiran yang berkesan ini untuk mempersiapkan diri 
untuk kelas tutorial.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 
106 
Adalah penting untuk anda membaca keseluruhan topik terlebih dahulu, supaya 
apa sahaja yang dibincangkan di dalam kelas atau dituturkan oleh pengajar 
menjadi perkara biasa kepada anda. Walaupun anda tidak memahami 
keseluruhan pelajaran yang sedang diperkatakan, sekurang-kurangnya anda 
akan memahami idea-idea asas. Dengan membiasakan diri terhadap isu-isu yang 
dibangkitkan semasa tutorial, akan menyebabkan proses mengambil nota 
menjadi lebih mudah. 
AKTIVITI 4.2 
Berdasarkan gaya pembacaan anda, bagaimana anda mengambil nota 
daripada modul anda sebelum menghadiri kelas tutorial? Jelaskan. 
4.3.2 Mendengar Semasa Tutorial 
AKTIVITI 4.3 
Pada pendapat anda, bagaimanakah kemahiran mendengar membantu 
dalam proses mengambil nota? 
Sekarang, memandangkan anda telah bersedia dengan pengetahuan asas topik, 
matlamat utama anda adalah untuk mendapatkan mesej yang dimaksudkan oleh 
pengajar di dalam bilik darjah sebenar. Walau bagaimanapun, mesej tidak sentiasa 
jelas. Oleh itu, adalah penting untuk anda mendengar dengan teliti dan mengambil 
nota. Kebanyakan pelajar merasakan kerana mereka boleh mendengar, bermakna 
mereka mendengar apa yang diajar oleh pengajar. Pendengaran dan mendengar 
adalah dua perkara yang berbeza. Membiarkan aliran perkataan ke dalam telinga 
bukanlah mendengar. Mendengar merupakan aktiviti berfikir dan kaedah yang 
paling biasa digunakan dalam pembelajaran. Kemahiran mendengar anda boleh 
diperbaiki dengan arahan dan amalan. 
Dalam bahagian berikutnya, kita akan berkongsi pelbagai strategi yang anda 
boleh gunakan untuk menjadi pendengar yang lebih berkesan dalam tutorial 
bersemuka:
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA  
107 
(a) Mengelakkan gangguan yang mungkin mengganggu tumpuan anda seperti 
duduk di sebelah rakan sekursus yang suka berbual atau mempunyai 
personaliti yang mengalihkan perhatian secara berterusan. Elakkan juga 
duduk berhampiran pintu atau tingkap di mana terdapat banyak gangguan 
bunyi atau pergerakan. 
(b) Mendengar mesej yang disampaikan dan memberi perhatian pada setiap 
bahagian yang menjadi penekanan yang diberikan oleh pengajar dalam 
sesuatu topik. Anda mesti tahu apa maklumat yang telah disampaikan di 
dalam kelas. 
(c) Sentiasa mengaitkan idea-idea untuk perbincangan tutorial sebelumnya, 
modul anda, sumber lain yang menyokong dan pengalaman anda yang 
terdahulu. 
(d) Mengenal pasti perkara-perkara penting yang ditekankan oleh tutor 
sewaktu menyampaikan kuliahnya. Jika pengajar menggunakan ilustrasi 
dan memberi tumpuan lebih pada isu-isu tertentu, ini boleh menjadi 
„petunjuk‰ untuk diberi perhatian. Petunjuk boleh berada dalam bentuk 
suara atau visual. 
(e) Mengambil nota, oleh kerana mungkin sesetengah maklumat tiada di 
dalam modul anda dan anda perlu merekodkan maklumat ini untuk 
rujukan masa depan. Nota juga boleh bertindak sebagai satu bentuk 
alternatif ingatan kerana mustahil anda mampu untuk mengingati semua 
yang anda telah dengar dengan tepat. Simpan nota kerana ia akan 
membantu anda dalam persediaan untuk penilaian anda. 
(f) Kenal pasti bahan-bahan yang perlu diberi perhatian. Cuba bezakan 
perkara yang anda perlu tulis dan perkara yang anda boleh abaikan. Jangan 
menyalin semua yang diperkatakan oleh pengajar anda. 
(g) Tulis tarikh/masa tutorial/nama pengajar/subjek yang dibincangkan. Ini 
penting apabila anda ingin menyemak di kemudian hari dan perlu merujuk 
kepada urutan tutorial atau subjek yang diperkatakan. 
(h) Kenal pasti isu-isu penting, kata kunci dan frasa utama sekiranya anda 
tidak dapat mengambil nota secara sistematik. Tuliskannya dengan segera. 
Anda boleh mengguna mana-mana daripada lima cara membuat nota iaitu 
anotasi, menggariskan nota, nota lajur, peta minda dan rumusan.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 
108 
(i) Wujudkan ruang semasa mengambil nota. Terdapat beberapa format yang 
boleh digunakan dalam pengambilan nota seperti yang ditunjukkan dalam 
Rajah 4.1 hingga Rajah 4.5. 
(j) Gunakan singkatan anda sendiri berdasarkan keperluan anda dan tahap 
keselesaan untuk pengambilan nota yang cepat dan pendek. Anda boleh 
cuba menghapuskan vokal (contohnya „boleh„  blh  buang vokal o dan 
e). Berikut adalah beberapa contoh singkatan dan simbol (sila rujuk kepada 
Rajah 4.6 dan 4.7): 
Rajah 4.6: Singkatan 
Rajah 4.7: Simbol 
Anda perlu memahirkan diri dengan kemahiran menulis nota sambil mendengar 
apa yang disampaikan oleh tutor dan rakan sekelas. Selain daripada itu, terdapat 
cabaran-cabaran lain seperti pengajar membosankan, slaid tidak jelas, projektor 
LCD rosak dan sebagainya. Ini adalah beberapa halangan untuk mengambil nota 
berkesan. 
AKTIVITI 4.4 
Bagaimanakah seseorang mengambil nota dalam persekitaran yang 
mengganggu pendengaran dan penglihatan? Bincang dengan rakan kursus 
anda.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA  
109 
4.3.3 Menyemak Selepas Tutorial 
 Kaji nota anda dengan seberapa segera yang mungkin selepas tutorial. 
Perkara ini penting kerana ingatan anda masih segar terhadap apa yang 
disampaikan oleh tutor. Elakkan bertangguh untuk mengkaji kerana, semakin 
kurang anda ingat. 
 Tulis semula jika perlu dan isi jurang tersebut dengan menggunakan nota 
orang lain atau dengan membaca bahan di perpustakaan. 
 Sahkan nota anda dengan membaca teks atau rujukan lain yang disyorkan, 
atau bandingkan dengan nota rakan-rakan sekelas untuk memastikan fakta 
dan rajah adalah tepat. 
 Tambahkan nota anda dengan bacaan lanjut untuk menambah nilai 
pembelajaran anda. 
 Baca dan baca semula nota anda sebelum peperiksaan menjelang supaya 
anda akan biasa dengan nota tersebut. 
 Gunakan nota untuk menjawab kertas tahun lepas. Ini akan menjadi satu 
ujian kebolehpercayaan nota tersebut. 
 Simpan nota dengan selamat dan dalam sistem yang mudah untuk anda 
ambil dan gunakan nota tersebut. 
AKTIVITI 4.5 
Nyatakan masalah yang anda hadapi semasa mengambil nota dalam 
tutorial terakhir anda.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 
110 
AKTIVITI 4.6 
1. Senaraikan lima kaedah membuat nota. 
2. Terangkan tiga sebab anda perlu membaca sebelum menghadiri 
tutorial. 
3. Baca petikan di bawah dan buat nota sendiri dalam format berikut: 
(a) Menggariskan; dan 
(b) Peta minda. 
Dunia pendidikan tradisional memperlihatkan bahawa hubungan 
guru dan pelajar adalah satu hubungan yang berbentuk autokrasi. 
Pembelajaran dalam bilik darjah didominasi oleh guru sehingga ke 
tahap mengurangkan peranan murid dan seterusnya murid menjadi 
rendah diri. Ia bukan satu kebetulan bahawa hubungan ini dipanggil 
hubungan tuan-murid. Dalam usaha untuk mencapai peluang dan 
ruang yang sama antara guru dan pelajar dalam mendominasi bilik 
darjah, sikap dan amalan autokrasi ini perlu mengalami satu 
perubahan. Peluang yang sama dalam pembelajaran bermakna murid 
perlu dipertimbangkan sebagai individu, masing-masing dengan 
kebolehan sendiri dan potensi pembelajaran, bekerja dalam ruang 
yang berbeza dan dalam cara yang berbeza. Ini mengambil kira 
perbezaan dalam gaya dan pendekatan pembelajaran murid. Pelbagai 
projek penyelidikan telah dijalankan tentang pembelajaran yang 
memberi gambaran tentang bagaimana murid belajar, terutamanya 
bagaimana mereka belajar: 
(i) Sebagai individu; 
(ii) Pelbagai taraf; dan 
(iii) Mengikut gaya dan corak yang berbeza.
TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA  
111 
 Mengambil dan membuat nota adalah penting untuk pembelajaran anda kerana 
ia membantu anda menyusun dan menyatukan maklumat dan menjadikan ia 
relevan bagi modul anda, tutorial dan perbincangan dalam talian anda. 
 Nota yang baik akan membantu anda menjimatkan masa dan usaha (dan 
mengelakkan pembaziran) khususnya semasa menulis tugasan atau 
menghadapi peperiksaan. 
Anotasi 
Nota bergaris 
Nota lajur 
Pembelajaran 
Peta minda 
Tutorial

More Related Content

What's hot

What's hot (18)

Oumh1103 bab 4
Oumh1103 bab 4Oumh1103 bab 4
Oumh1103 bab 4
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103
 
05 panduan pelajar
05  panduan pelajar05  panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
TEKNIK MEMBACA
TEKNIK MEMBACATEKNIK MEMBACA
TEKNIK MEMBACA
 
Teknik Membaca Cepat
Teknik Membaca CepatTeknik Membaca Cepat
Teknik Membaca Cepat
 
Teknik Membaca & Mengambil Nota
Teknik Membaca & Mengambil NotaTeknik Membaca & Mengambil Nota
Teknik Membaca & Mengambil Nota
 
Belajar cara-belajar
Belajar cara-belajarBelajar cara-belajar
Belajar cara-belajar
 
Belajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjBelajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pj
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Teknik membaca cepat 2016
Teknik membaca cepat 2016Teknik membaca cepat 2016
Teknik membaca cepat 2016
 
Oumh1103 bm-topik4
Oumh1103 bm-topik4Oumh1103 bm-topik4
Oumh1103 bm-topik4
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
Membaca cepat-power-point
Membaca cepat-power-pointMembaca cepat-power-point
Membaca cepat-power-point
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajar
 
Kelas 10 rpp revis 2017
Kelas 10 rpp revis 2017Kelas 10 rpp revis 2017
Kelas 10 rpp revis 2017
 
Membaca cepat
Membaca cepatMembaca cepat
Membaca cepat
 

Viewers also liked

Nota bm topik7 oumh1103
Nota bm topik7 oumh1103Nota bm topik7 oumh1103
Nota bm topik7 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik2 oumh1103
Nota bm topik2 oumh1103Nota bm topik2 oumh1103
Nota bm topik2 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik10 oumh1103
Nota bm topik10 oumh1103Nota bm topik10 oumh1103
Nota bm topik10 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik1 oumh1103
Nota bm topik1 oumh1103Nota bm topik1 oumh1103
Nota bm topik1 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik8 oumh1103
Nota bm topik8 oumh1103Nota bm topik8 oumh1103
Nota bm topik8 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik3 oumh1103
Nota bm topik3 oumh1103Nota bm topik3 oumh1103
Nota bm topik3 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik9 oumh1103
Nota bm topik9 oumh1103Nota bm topik9 oumh1103
Nota bm topik9 oumh1103azman_awan9
 

Viewers also liked (10)

Nota bm topik7 oumh1103
Nota bm topik7 oumh1103Nota bm topik7 oumh1103
Nota bm topik7 oumh1103
 
Nota bm topik2 oumh1103
Nota bm topik2 oumh1103Nota bm topik2 oumh1103
Nota bm topik2 oumh1103
 
Nota bm topik10 oumh1103
Nota bm topik10 oumh1103Nota bm topik10 oumh1103
Nota bm topik10 oumh1103
 
Nota bm topik1 oumh1103
Nota bm topik1 oumh1103Nota bm topik1 oumh1103
Nota bm topik1 oumh1103
 
Nota bm topik8 oumh1103
Nota bm topik8 oumh1103Nota bm topik8 oumh1103
Nota bm topik8 oumh1103
 
Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103
 
Nota bm topik3 oumh1103
Nota bm topik3 oumh1103Nota bm topik3 oumh1103
Nota bm topik3 oumh1103
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Nota bm topik9 oumh1103
Nota bm topik9 oumh1103Nota bm topik9 oumh1103
Nota bm topik9 oumh1103
 

Similar to Nota bm topik4 oumh1103

Kemahiran mengambil nota
Kemahiran mengambil notaKemahiran mengambil nota
Kemahiran mengambil notanurhazwanic
 
Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitiangdengurah
 
Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitiangdengurah
 
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)Dian 'pawpaw' Manggiasih
 
pengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membacapengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membacasyafatassya
 
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)Nastiti Rahajeng
 
Menulis Bahan dan Buku Ajar
Menulis Bahan dan Buku Ajar Menulis Bahan dan Buku Ajar
Menulis Bahan dan Buku Ajar Bambang Sujanarko
 
Isi makalah bahasa indonesia_-_topik_dan_pem
Isi makalah bahasa indonesia_-_topik_dan_pemIsi makalah bahasa indonesia_-_topik_dan_pem
Isi makalah bahasa indonesia_-_topik_dan_pemrikarevika
 
Petunjuk Teknis Menulis Modul Online
Petunjuk Teknis Menulis Modul OnlinePetunjuk Teknis Menulis Modul Online
Petunjuk Teknis Menulis Modul OnlineUwes Chaeruman
 
kuliah3-penyampai anisi d anpenutup.pptx
kuliah3-penyampai anisi d anpenutup.pptxkuliah3-penyampai anisi d anpenutup.pptx
kuliah3-penyampai anisi d anpenutup.pptxmuhamadidrisibrahim
 
Cara penyusunan bahan ajar cetak cecep kustandi
Cara penyusunan bahan ajar cetak cecep kustandiCara penyusunan bahan ajar cetak cecep kustandi
Cara penyusunan bahan ajar cetak cecep kustandiCecep Kustandi
 
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)Nastiti Rahajeng
 
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.ppppppppppppppppppppppppppppppDannyCherish1
 
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks UtamaKB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utamapjj_kemenkes
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaranhardanu
 

Similar to Nota bm topik4 oumh1103 (20)

Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajarModul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
 
05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
Kemahiran mengambil nota
Kemahiran mengambil notaKemahiran mengambil nota
Kemahiran mengambil nota
 
Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitian
 
Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitian
 
Modul pembelajaran Pengembangan Modul
Modul pembelajaran Pengembangan ModulModul pembelajaran Pengembangan Modul
Modul pembelajaran Pengembangan Modul
 
Modul Ajar.pptx
Modul Ajar.pptxModul Ajar.pptx
Modul Ajar.pptx
 
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
 
Modul
ModulModul
Modul
 
pengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membacapengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membaca
 
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
 
Menulis Bahan dan Buku Ajar
Menulis Bahan dan Buku Ajar Menulis Bahan dan Buku Ajar
Menulis Bahan dan Buku Ajar
 
Isi makalah bahasa indonesia_-_topik_dan_pem
Isi makalah bahasa indonesia_-_topik_dan_pemIsi makalah bahasa indonesia_-_topik_dan_pem
Isi makalah bahasa indonesia_-_topik_dan_pem
 
Petunjuk Teknis Menulis Modul Online
Petunjuk Teknis Menulis Modul OnlinePetunjuk Teknis Menulis Modul Online
Petunjuk Teknis Menulis Modul Online
 
kuliah3-penyampai anisi d anpenutup.pptx
kuliah3-penyampai anisi d anpenutup.pptxkuliah3-penyampai anisi d anpenutup.pptx
kuliah3-penyampai anisi d anpenutup.pptx
 
Cara penyusunan bahan ajar cetak cecep kustandi
Cara penyusunan bahan ajar cetak cecep kustandiCara penyusunan bahan ajar cetak cecep kustandi
Cara penyusunan bahan ajar cetak cecep kustandi
 
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
Penyusunan bahan ajar (KELOMPOK 9)
 
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
 
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks UtamaKB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
KB 4 Penulisan Kutipan dan Referensi pada Teks Utama
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaran
 

More from azman_awan9

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfazman_awan9
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s azman_awan9
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOazman_awan9
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtazman_awan9
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruazman_awan9
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaanazman_awan9
 

More from azman_awan9 (20)

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdf
 
TICT #13
TICT #13TICT #13
TICT #13
 
TICT #11
TICT #11TICT #11
TICT #11
 
TICT #12
TICT #12 TICT #12
TICT #12
 
TICT #11
TICT #11 TICT #11
TICT #11
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmt
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baru
 
English negeri
English negeriEnglish negeri
English negeri
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaan
 
English daerah
English daerahEnglish daerah
English daerah
 
Math daerah (2)
Math daerah (2)Math daerah (2)
Math daerah (2)
 

Recently uploaded

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 

Recently uploaded (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 

Nota bm topik4 oumh1103

  • 1. Topik 4 Kemahiran Menulis dan Menyalin Nota HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan antara anotasi, menggariskan nota, nota ruang, peta minda dan nota rumusan; 2. Membangunkan kemahiran menulis nota daripada bahan bercetak; dan 3. Mengaplikasikan cadangan menyalin nota untuk menyediakan nota yang baik berdasarkan perbincangan bilik darjah. PENGENALAN Sepanjang kursus ini, anda perlu membaca pelbagai jenis sumber maklumat seperti modul kursus, nota edaran dan nota daripada tutor anda serta memperoleh pelbagai bahan rujukan dalam format bercetak dan elektronik daripada Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. Cara terbaik untuk mengurus semua sumber maklumat yang telah anda perolehi daripada pelbagai sumber adalah dengan meringkaskannya dalam bentuk nota. Dalam konteks pembelajaran di OUM, anda akan mendapati bahawa menulis dan menyalin nota adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, sama ada daripada modul, tutorial, buku, jurnal atau Internet. Anda mesti melakukannya; namun demikian, ini tidak bermakna menulis dan menyalin nota adalah proses mengambil setiap perkataan yang diucapkan oleh tutor tulis kembali setiap perkataan yang dijumpai di dalam buku, jurnal dan laman sesawang.
  • 2. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 100 Apa yang perlu dicatat, berapa banyak yang perlu dicatat dan bagaimana terperincinya sesuatu catatan nota akan menentukan masa yang diambil untuk menyiapkannya. Dengan mempelajari dan menguasai kemahiran asas dalam penyediaan nota, maka anda akan berupaya untukmenghasilkan nota yang baik dalam masa yang lebih singkat apabila anda mengaplikasikan kemahiran tersebut terhadap pembelajaran anda. Jika anda mampu mengambil dan menyediakan nota yang baik, anda akan menjimatkan masa dari segi berikut: (i) Tidak perlu mencari teks asal; atau (ii) Tidak perlu melihat pelbagai nota tetapi hanya mengambil maklumat spesifik yang diperlukan sahaja. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai teknik menulis dan menyalin nota. CARA MENYEDIAKAN NOTA 4.1 Terdapat banyak cara nota dapat disediakan, namun tidak ada satupun daripadanya merupakan teknik yang terbaik. Setiap teknik adalah bergantung kepada pilihan peribadi seseorang dan kesesuaian situasi serta tujuan membuat nota. Sebagai contoh, menulis nota daripada modul atau sumber cetakan lain adalah berbeza daripada menulis nota di tutorial atau perbincangan kumpulan. Ia mungkin lebih mudah menulis nota daripada modul kerana ia bersifat pasif berbanding dengan perbincangan yang bersifat langsung atau dinamik. Ini kerana maklumat yang diterima melalui perbincangan adalah spontan dan tidak teratur. Terdapat cara yang berbeza untuk menghasilkan sesuatu nota. Nota boleh dihasilkan dengan cara berikut: (a) Anotasi; (b) Nota bergaris; (c) Nota lajur; (d) Peta minda; dan (e) Rumusan.
  • 3. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 101 4.1.1 Anotasi Cara ini adalah sesuai untuk modul bercetak, buku teks, artikel atau sumber-sumber lain. Anda boleh menghasilkan nota dengan menulis di garisan tepi, menggariskan fakta, mengetengahkan perkara utama dan menggunakan tanda soal atau pangkah untuk menunjukkan sama ada anda bersetuju atau tidak dengan perkara-perkara yang terdapat dalam teks, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1. Kaedah ini akan membantu anda bukan sahaja mengingati perkara utama tetapi juga membolehkan anda ingat tanpa perlu membaca teks sekali lagi. Jika anda tidak suka menulis dalam buku, anda mungkin mahu menggunakan kertas jalur untuk menandakan muka surat dengan nota yang bertulis pada jalur. Ujian anotasi yang baik adalah apabila anda merujuk semula buku tersebut; anda harus memahami nota tanpa membaca halaman, topik atau perenggan sekali lagi. Rajah 4.1: Contoh anotasi 4.1.2 Nota Bergaris Teknik ini hanya menggunakan kata kunci dan frasa. Nota biasanya disusun secara berurutan mengikut nombor atau tajuk, subtajuk dan jarak. Rajah 4.2 menunjukkan panduan format nota bergaris.
  • 4. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 102 Rajah 4.2: Contoh membuat nota bergaris 4.1.3 Nota Lajur Format membuat nota lajur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 adalah lebih sesuai untuk kursus matematik dan sains. Rajah 4.3: Contoh nota lajur 4.1.4 Peta Minda Peta minda tidak mengikuti urutan linear. Topik utama membentuk nukleus manakala cabang-cabangnya ialah idea-idea dan konsep utama. Peta minda menunjukkan hubungan antara idea dan konsep, dengan garisan berfungsi sebagai pautan. Rajah 4.4 menunjukkan contoh peta minda.
  • 5. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 103 Rajah 4.4: Contoh peta minda 4.1.5 Nota Rumusan Anda boleh memilih untuk merumuskan maklumat teks apabila menghasilkan nota. Rumusan adalah nota yang padat dengan maklumat, ditulis dalam bentuk perenggan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5. Jika anda memutuskan untuk merumuskan maklumat teks, anda perlu memecahkan topik kepada bahagian yang lebih kecil. Kadangkala, anda boleh memilih kaedah membuat nota ini apabila anda tidak boleh menyusun organisasi topik dan subtopik. Rajah 4.5: Contoh rumusan
  • 6. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 104 MENGHASILKAN NOTA DARIPADA BAHAN BERCETAK 4.2 Berikut adalah cadangan dalam menulis nota dari modul anda atau sumber-sumber lain. (Ingatlah bahawa anda boleh mengaplikasikan kaedah anotasi, nota bergaris, nota lajur, peta minda dan rumusan untuk menghasilkan nota yang berkesan). (a) Fahami objektif supaya nota lebih tertumpu kepada apa yang penting dalam topik. (b) Baca keseluruhan topik dan kemudian rumuskan dalam beberapa ayat dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Jangan menulis nota semasa membaca topik kerana anda akan cenderung untuk menulis terlalu banyak. Gunakan teknik-teknik menyediakan nota yang telah dicadangkan. (c) Tinggalkan ruang di antara nota bagi membolehkan penambahan atau perubahan kemudian. (d) Baca semula topik dan perbaiki nota, sediakan lebih banyak butiran. (e) Gunakan perkataan anda sendiri dan jangan salin daripada teks. Ini akan membantu anda memahami bahan itu dengan lebih baik. (f) Jika anda menyalin perkataan demi perkataan, ayat atau frasa daripada topik, jangan lupa untuk meletakkannya dengan tanda koma terbalik untuk menunjukkan bahawa nota itu telah dipetik daripada topik. Jangan lupa juga menulis sumber asal daripada mana nota diambil (Pengarang, tajuk dan tahun penerbitan, nombor halaman). (g) Baca nota anda untuk memastikan anda memahaminya. Jika nota tidak masuk akal ketika anda membacanya, sudah tentu nota itu tidak akan berguna pada masa hadapan. AKTIVITI 4.1 Bandingkan gaya anda membuat nota dengan cadangan yang dikemukakan di sini. Adakah terdapat apa-apa perbezaan? Tuliskan perbezaan dan kongsikan dengan rakan kursus anda.
  • 7. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 105 MENYALIN NOTA SEMASA TUTORIAL 4.3 Menyalin nota dalam kelas tutorial merupakan satu aktiviti yang biasa dilalui oleh pelajar. Aktiviti ini seperti menyalin nota daripada buku yang dilihat lebih mudah. Dalam kelas toturial, anda tidak boleh mengawal aliran ucapan, tidak boleh berharap pengajar akan mengulangi tutorial dan tidak boleh meminta pengajar anda menyusun isi pelajaran atau menyederhanakan kelajuan ujaran beliau. Keadaan ini akan mempengaruhi penghasilan catatan, nota anda yang lebih berkesan dalam kelas tutorial. Berikut ialah beberapa cadangan tentang bagaimana anda boleh mempersiapkan diri anda untuk tutorial. 4.3.1 Melengkapkan Diri untuk Tutorial Tiada kemahiran yang akan berkesan jika anda tidak bersedia untuk kelas tutorial. Katakan anda membuat keputusan melancong ke luar negara, adakah anda tidak mahu membaca tentang tempat-tempat yang anda akan lawati? Begitu juga, anda perlu melakukan pembacaan anda sebelum memasuki kelas anda kerana ia membantu dalam cara berikut: (a) Ia mengaktifkan pengetahuan lebih dahulu; (b) Ia membina skema mental; dan (c) Ia membolehkan anda melakukan rujuk silang. Ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih baik terhadap bahan yang sedang anda baca dan akhirnya mendatangkan minat di dalam kelas. Membaca secara kritis dengan menggunakan pengalaman dan pendapat anda sendiri akan membantu anda untuk membangunkan pengetahuan latar belakang. Dengan itu, anda akan dapat menguasai kandungan kursus yang dibincangkan dalam tutorial serta meningkatkan pemahaman anda. Pada asasnya, sebagai persediaan awal, anda perlu membaca terlebih dahulu. Anda telah belajar bagaimana mengoptimumkan pembacaan anda dalam Topik 3 tetapi membaca modul sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mendapatkan lebih banyak bahan sokongan atau sumber-sumber untuk menyokong pengetahuan anda tentang kandungan kursus. Bahagian ini menekankan bahawa membaca awal adalah penting dalam bersiap sedia untuk kelas dan begitu juga membuat nota. Nota akan mengukuhkan pemahaman anda tentang apa yang telah anda baca. Oleh itu, gunakan kemahiran yang berkesan ini untuk mempersiapkan diri untuk kelas tutorial.
  • 8. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 106 Adalah penting untuk anda membaca keseluruhan topik terlebih dahulu, supaya apa sahaja yang dibincangkan di dalam kelas atau dituturkan oleh pengajar menjadi perkara biasa kepada anda. Walaupun anda tidak memahami keseluruhan pelajaran yang sedang diperkatakan, sekurang-kurangnya anda akan memahami idea-idea asas. Dengan membiasakan diri terhadap isu-isu yang dibangkitkan semasa tutorial, akan menyebabkan proses mengambil nota menjadi lebih mudah. AKTIVITI 4.2 Berdasarkan gaya pembacaan anda, bagaimana anda mengambil nota daripada modul anda sebelum menghadiri kelas tutorial? Jelaskan. 4.3.2 Mendengar Semasa Tutorial AKTIVITI 4.3 Pada pendapat anda, bagaimanakah kemahiran mendengar membantu dalam proses mengambil nota? Sekarang, memandangkan anda telah bersedia dengan pengetahuan asas topik, matlamat utama anda adalah untuk mendapatkan mesej yang dimaksudkan oleh pengajar di dalam bilik darjah sebenar. Walau bagaimanapun, mesej tidak sentiasa jelas. Oleh itu, adalah penting untuk anda mendengar dengan teliti dan mengambil nota. Kebanyakan pelajar merasakan kerana mereka boleh mendengar, bermakna mereka mendengar apa yang diajar oleh pengajar. Pendengaran dan mendengar adalah dua perkara yang berbeza. Membiarkan aliran perkataan ke dalam telinga bukanlah mendengar. Mendengar merupakan aktiviti berfikir dan kaedah yang paling biasa digunakan dalam pembelajaran. Kemahiran mendengar anda boleh diperbaiki dengan arahan dan amalan. Dalam bahagian berikutnya, kita akan berkongsi pelbagai strategi yang anda boleh gunakan untuk menjadi pendengar yang lebih berkesan dalam tutorial bersemuka:
  • 9. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 107 (a) Mengelakkan gangguan yang mungkin mengganggu tumpuan anda seperti duduk di sebelah rakan sekursus yang suka berbual atau mempunyai personaliti yang mengalihkan perhatian secara berterusan. Elakkan juga duduk berhampiran pintu atau tingkap di mana terdapat banyak gangguan bunyi atau pergerakan. (b) Mendengar mesej yang disampaikan dan memberi perhatian pada setiap bahagian yang menjadi penekanan yang diberikan oleh pengajar dalam sesuatu topik. Anda mesti tahu apa maklumat yang telah disampaikan di dalam kelas. (c) Sentiasa mengaitkan idea-idea untuk perbincangan tutorial sebelumnya, modul anda, sumber lain yang menyokong dan pengalaman anda yang terdahulu. (d) Mengenal pasti perkara-perkara penting yang ditekankan oleh tutor sewaktu menyampaikan kuliahnya. Jika pengajar menggunakan ilustrasi dan memberi tumpuan lebih pada isu-isu tertentu, ini boleh menjadi „petunjuk‰ untuk diberi perhatian. Petunjuk boleh berada dalam bentuk suara atau visual. (e) Mengambil nota, oleh kerana mungkin sesetengah maklumat tiada di dalam modul anda dan anda perlu merekodkan maklumat ini untuk rujukan masa depan. Nota juga boleh bertindak sebagai satu bentuk alternatif ingatan kerana mustahil anda mampu untuk mengingati semua yang anda telah dengar dengan tepat. Simpan nota kerana ia akan membantu anda dalam persediaan untuk penilaian anda. (f) Kenal pasti bahan-bahan yang perlu diberi perhatian. Cuba bezakan perkara yang anda perlu tulis dan perkara yang anda boleh abaikan. Jangan menyalin semua yang diperkatakan oleh pengajar anda. (g) Tulis tarikh/masa tutorial/nama pengajar/subjek yang dibincangkan. Ini penting apabila anda ingin menyemak di kemudian hari dan perlu merujuk kepada urutan tutorial atau subjek yang diperkatakan. (h) Kenal pasti isu-isu penting, kata kunci dan frasa utama sekiranya anda tidak dapat mengambil nota secara sistematik. Tuliskannya dengan segera. Anda boleh mengguna mana-mana daripada lima cara membuat nota iaitu anotasi, menggariskan nota, nota lajur, peta minda dan rumusan.
  • 10. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 108 (i) Wujudkan ruang semasa mengambil nota. Terdapat beberapa format yang boleh digunakan dalam pengambilan nota seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 hingga Rajah 4.5. (j) Gunakan singkatan anda sendiri berdasarkan keperluan anda dan tahap keselesaan untuk pengambilan nota yang cepat dan pendek. Anda boleh cuba menghapuskan vokal (contohnya „boleh„ blh buang vokal o dan e). Berikut adalah beberapa contoh singkatan dan simbol (sila rujuk kepada Rajah 4.6 dan 4.7): Rajah 4.6: Singkatan Rajah 4.7: Simbol Anda perlu memahirkan diri dengan kemahiran menulis nota sambil mendengar apa yang disampaikan oleh tutor dan rakan sekelas. Selain daripada itu, terdapat cabaran-cabaran lain seperti pengajar membosankan, slaid tidak jelas, projektor LCD rosak dan sebagainya. Ini adalah beberapa halangan untuk mengambil nota berkesan. AKTIVITI 4.4 Bagaimanakah seseorang mengambil nota dalam persekitaran yang mengganggu pendengaran dan penglihatan? Bincang dengan rakan kursus anda.
  • 11. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 109 4.3.3 Menyemak Selepas Tutorial Kaji nota anda dengan seberapa segera yang mungkin selepas tutorial. Perkara ini penting kerana ingatan anda masih segar terhadap apa yang disampaikan oleh tutor. Elakkan bertangguh untuk mengkaji kerana, semakin kurang anda ingat. Tulis semula jika perlu dan isi jurang tersebut dengan menggunakan nota orang lain atau dengan membaca bahan di perpustakaan. Sahkan nota anda dengan membaca teks atau rujukan lain yang disyorkan, atau bandingkan dengan nota rakan-rakan sekelas untuk memastikan fakta dan rajah adalah tepat. Tambahkan nota anda dengan bacaan lanjut untuk menambah nilai pembelajaran anda. Baca dan baca semula nota anda sebelum peperiksaan menjelang supaya anda akan biasa dengan nota tersebut. Gunakan nota untuk menjawab kertas tahun lepas. Ini akan menjadi satu ujian kebolehpercayaan nota tersebut. Simpan nota dengan selamat dan dalam sistem yang mudah untuk anda ambil dan gunakan nota tersebut. AKTIVITI 4.5 Nyatakan masalah yang anda hadapi semasa mengambil nota dalam tutorial terakhir anda.
  • 12. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 110 AKTIVITI 4.6 1. Senaraikan lima kaedah membuat nota. 2. Terangkan tiga sebab anda perlu membaca sebelum menghadiri tutorial. 3. Baca petikan di bawah dan buat nota sendiri dalam format berikut: (a) Menggariskan; dan (b) Peta minda. Dunia pendidikan tradisional memperlihatkan bahawa hubungan guru dan pelajar adalah satu hubungan yang berbentuk autokrasi. Pembelajaran dalam bilik darjah didominasi oleh guru sehingga ke tahap mengurangkan peranan murid dan seterusnya murid menjadi rendah diri. Ia bukan satu kebetulan bahawa hubungan ini dipanggil hubungan tuan-murid. Dalam usaha untuk mencapai peluang dan ruang yang sama antara guru dan pelajar dalam mendominasi bilik darjah, sikap dan amalan autokrasi ini perlu mengalami satu perubahan. Peluang yang sama dalam pembelajaran bermakna murid perlu dipertimbangkan sebagai individu, masing-masing dengan kebolehan sendiri dan potensi pembelajaran, bekerja dalam ruang yang berbeza dan dalam cara yang berbeza. Ini mengambil kira perbezaan dalam gaya dan pendekatan pembelajaran murid. Pelbagai projek penyelidikan telah dijalankan tentang pembelajaran yang memberi gambaran tentang bagaimana murid belajar, terutamanya bagaimana mereka belajar: (i) Sebagai individu; (ii) Pelbagai taraf; dan (iii) Mengikut gaya dan corak yang berbeza.
  • 13. TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 111 Mengambil dan membuat nota adalah penting untuk pembelajaran anda kerana ia membantu anda menyusun dan menyatukan maklumat dan menjadikan ia relevan bagi modul anda, tutorial dan perbincangan dalam talian anda. Nota yang baik akan membantu anda menjimatkan masa dan usaha (dan mengelakkan pembaziran) khususnya semasa menulis tugasan atau menghadapi peperiksaan. Anotasi Nota bergaris Nota lajur Pembelajaran Peta minda Tutorial