SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
Topik 
7 
 Proses 
Memperoleh 
Maklumat 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 
1. Mengenal pasti enam sebab anda perlukan maklumat; 
2. Menghuraikan konsep dan tiga komponen Perpustakaan Digital 
TSDAS; dan 
3. Menjelaskan lima langkah memperoleh maklumat berdasarkan proses 
aliran maklumat. 
 PENGENALAN 
Di dalam sesebuah perpustakaan tradisional, pengguna menggunakan kad 
katalog untuk mendapatkan bahan-bahan perpustakaan. Justeru, pengumpulan 
maklumat adalah satu proses yang mudah. Walau bagaimanapun, dengan 
kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi dan penggunaan sistem 
berkomputer di dalam perpustakaan, proses pengumpulan maklumat menjadi 
lebih rumit. Ini adalah kerana, pengguna perlu mengetahui cara untuk 
menggunakan sistem tersebut terlebih dahulu sebelum mampu mendapatkan 
maklumat. Oleh itu, program pendidikan pengguna seperti modul ini adalah 
penting kerana tidak kira betapa canggih sesuatu sistem perpustakaan elektronik 
itu atau berharganya koleksi yang ada di sesebuah perpustakaan, jika 
perpustakaan tidak boleh digunakan secara berkesan, ia tidak akan bermakna. 
Apabila pengguna tidak dapat mengoptimumkan penggunaan perpustakaan, 
pembelajaran menjadi tidak cekap kerana ketidakupayaan pelajar untuk 
mengumpul maklumat untuk pelbagai aktiviti pembelajaran. Oleh kerana kualiti 
pengajian bergantung kepada cara pelajar mengumpul dan memproses
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
168 
maklumat untuk pengetahuan, langkah-langkah pembelajaran yang terlibat 
dalam pengumpulan maklumat (mendapatkan, mengumpul, menilai, memilih, 
menyusun dan menyatukan maklumat) adalah penting. 
Oleh itu, topik ini akan membantu anda memahami langkah-langkah 
pengumpulan maklumat tersebut. Topik ini juga membentangkan aliran 
maklumat yang mewakili langkah-langkah dalam proses pengumpulan 
maklumat. Langkah-langkah ini adalah berkesan untuk digunakan di dalam 
Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. 
MENGAPA ANDA PERLUKAN 
MAKLUMAT? 
7.1 
Untuk lebih fokus terhadap tugasan yang diberikan dalam kursus adalah amat 
penting untuk anda jika anda mempunyai maklumat yang lengkap berkaitannya. 
Ini mencerminkan tujuan dan perancangan anda. Sebagai pelajar OUM, anda 
memerlukan maklumat atas sebab-sebab berikut: 
(a) Untuk melengkapkan modul kursus anda; 
(b) Sebagai persediaan untuk perbincangan di dalam kelas dan tutorial di atas 
talian; 
(c) Menghasilkan tugasan dalam bentuk kertas projek, kajian kes, laporan dan 
sebagainya; 
(d) Persediaan untuk peperiksaan lisan dan bertulis; 
(e) Memperluaskan pengetahuan mata pelajaran dan pengetahuan am anda, 
sekali gus menambahkan nilai kepada pembelajaran anda; dan 
(f) Memuaskan rasa ingin tahu dan keperluan anda dalam mencari ilmu. 
Dalam usaha menjadi seorang pelajar berjaya, anda bukan sahaja perlu 
menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik tetapi juga perlu 
berpengetahuan, adalah kreatif, asli dan inovatif dalam pemikiran anda. 
Cuba anda bayangkan, di dalam kelas yang mengandungi 20 orang pelajar, 
setiap pelajar diberikan lima buah buku yang sama yang telah ditetapkan oleh 
tutor. Ini bermakna, semua tugasan anda akan mengandungi maklumat 
daripada lima buah buku ini sahaja. Ia akan membosankan tutor anda untuk 
menilai 20 kertas projek yang serupa. Anda pula mungkin akan mendapat gred 
yang sama dengan rakan sekelas. Walau bagaimanapun, jika terdapat lima 
pelajar yang membaca lima buku atau artikel-artikel tambahan, maka tugasan
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
169 
kumpulan ini akan menjadi lebih asli dan bermaklumat daripada tugasan 15 
pelajar lain. Apatah lagi, jika anda seorang sahaja yang membaca lima buku 
tambahan itu. Tugasan anda berpotensi menjadi yang paling asal dan 
bermaklumat. 
Maklumat yang anda telah kumpul daripada kesemua bahan bacaan mestilah 
kreatif dan inovatif, tidak kira sama ada kertas projek, perbincangan atau 
peperiksaan. Ini bukan sahaja akan menjadikan pembelajaran anda lebih 
produktif tetapi juga membolehkan anda maju dan menjadi seorang pelajar yang 
arif  boleh mengguna dan memproses maklumat dengan bebas dan tidak hanya 
pasif menerima apa-apa yang telah ditulis oleh orang lain. Ini adalah penting jika 
anda berhasrat untuk menjadi seorang pelajar yang lebih menonjol. 
DI MANA ANDA MENDAPATKAN 
MAKLUMAT? 
Maklumat boleh didapati di mana-mana sahaja secara formal, seperti daripada 
kuliah, tutorial, buku, surat khabar, ucapan, radio, televisyen dan sebagainya. Ia 
juga boleh didapati secara tidak formal daripada perbualan, gosip, nota peribadi, 
memo, khabar angin dan sebagainya. Topik ini akan memberikan tumpuan 
kepada jenis maklumat yang boleh anda gunakan untuk pembelajaran anda yang 
pada dasarnya berkaitan dengan kerja kursus dan tugasan anda. 
Ledakan maklumat telah menghasilkan jumlah maklumat yang besar dan boleh 
diakses melalui komputer pada bila-bila masa. Maklumat boleh didapati melalui 
pelbagai media (seperti media cetak, elektronik, CD-ROM, audio-video), format 
(contohnya buku, jurnal, novel, laporan penyelidikan, laporan syarikat, tesis, 
kertas persidangan, mikrofom, laman web) dan skrip (contohnya Roman, Arab, 
Cina, Tamil). 
Ledakan maklumat ini akan menyukarkan anda untuk mengesan dan mencari 
maklumat yang diperlukan melainkan jika ia disusun secara teratur dan 
sistematik. Walaupun maklumat boleh didapati di mana sahaja, tempat yang 
paling mudah untuk mengumpul maklumat bagi tujuan pembelajaran ialah di 
perpustakaan. 
Di OUM, kami mempunyai sebuah perpustakaan digital yang dilengkapi dengan 
beberapa sumber maklumat yang terbaik. Perpustakaan Digital TSDAS adalah 
tempat terbaik untuk mengumpul maklumat kerana ia bukan sahaja 
menghubungkan anda kepada perpustakaan lain di Malaysia dan bahagian lain 
di dunia, malah ia juga menyediakan pelbagai bahan berkaitan dengan kursus-kursus 
anda. 
7.2
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
170 
Akhir sekali, oleh kerana ia adalah sebuah perpustakaan digital, anda boleh 
mengakses koleksi perpustakaan dan sistem tanpa menjejakkan kaki di dalam 
perpustakaan. Dengan menggunakan perpustakaan digital, anda boleh 
memperoleh banyak manfaat, terutamanya sebagai pelajar OUM. Sepanjang 
penggunaan Perpustakaan Digital OUM, anda akan dapat membangunkan dan 
meningkatkan kemahiran asas seperti berikut: 
(a) Kemahiran Mengakses Maklumat 
(i) Mencari dan mendapatkan semula maklumat yang relevan. 
(ii) Menilai dan memilih maklumat. 
(b) Kemahiran untuk Capaian Maklumat 
Untuk mengakses koleksi elektronik Perpustakaan Digital TSDAS serta 
Internet, anda perlu mempunyai beberapa kemahiran asas dalam bidang 
teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan pangkalan data yang 
berikut secara kerap dapat membantu membangunkan kemahiran anda 
dan melengkapkan anda dengan pembelajaran sepanjang hayat untuk 
mempelajari kemahiran: 
(i) Online Public Access Catalog (OPAC); 
(ii) Pangkalan data elektronik (e-buku dan e-jurnal); dan 
(iii) Laman web Internet. 
SEMAK KENDIRI 7.1 
Berikan secara ringkas, enam sebab mengapa pelajar OUM perlukan 
maklumat. 
AKTIVITI 7.1 
Fikirkan kepentingan maklumat dalam kehidupan anda. Pilih satu hari 
dalam kehidupan anda dan sediakan senarai tentang cara anda 
menguruskan maklumat di rumah. Tuliskan esei mengenainya.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
171 
MENGGUNA PERPUSTAKAAN DIGITAL 
TSDAS UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT 
7.3 
Penubuhan Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi (TSDAS) adalah 
bertujuan menyokong pengajaran and pembelajaran melalui koleksi buku-buku 
fizikal dan pangkalan data di atas talian yang mengandungi e-buku and e-jurnal. 
Anda akan didedahkan kepada komponen-komponen Perpustakaan Digital 
TDAS di dalam subtopik ini. 
7.3.1 Apakah Perpustakaan Digital? 
Perpustakaan digital menyediakan satu set kandungan digital dan perkhidmatan 
yang boleh diakses melalui rangkaian sistem elektronik. Pada ketika ini, adalah 
sukar untuk mencari perpustakaan yang digital sepenuhnya kerana 
kebanyakannya mempunyai koleksi cetak yang terlalu berharga untuk dibuang 
atau terlalu mahal untuk didigitalkan. Walau bagaimanapun, Perpustakaan 
Digital TSDAS mempunyai pilihan buku-buku elektronik yang komprehensif. 
7.3.2 Komponen Perpustakaan Digital 
Perpustakaan Digital TSDAS terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: 
(a) Infrastruktur teknikal yang terdiri daripada perkakasan dan perisian; 
(b) Pengetahuan pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan data 
komersial dan in-house; dan 
(c) Pendidikan pengguna. 
Sila lihat Rajah 7.1 untuk maklumat terperinci tiga komponen itu.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
172 
Rajah 7.1: Tiga komponen Perpustakaan Digital TSDAS 
SEMAK KENDIRI 7.2 
Jelaskan tiga komponen perpustakaan Digital TSDAS. 
ALIRAN MAKLUMAT 
7.4 
Untuk memulakan tugasan atau kertas penyelidikan anda, anda boleh 
menggunakan Aliran Maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Ia 
menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
173 
Rajah 7.2: Aliran maklumat OUM 
Sekarang, mari kita lihat perjalanan langkah-langkah tersebut.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
174 
Langkah 1: Mengenal pasti dan menganalisis topik. 
Langkah 2: Mengenal pasti sumber-sumber maklumat dan sumber yang 
berkaitan dengan topik. 
Langkah 3: Menggunakan strategi carian yang sesuai untuk mendapatkan 
hasil yang maksimum, iaitu bahan maklumat yang paling sesuai. 
Langkah 4: Menilai dan memilih maklumat yang relevan dengan topik. 
Langkah 5: Membentangkan maklumat yang berkenaan seperti yang 
dikehendaki oleh topik dalam format bertulis, PowerPoint atau 
lisan. 
AKTIVITI 7.2 
Ilustrasikan cara anda menggunakan Aliran Maklumat bagi menyiapkan 
tugasan anda. Tajuk tugasan anda ialah „Pembelajaran Sepanjang Hayat 
Bermula Di Sekolah‰. Bincangkan. 
7.4.1 Kenal Pasti dan Analisis Sesuatu Topik Tugasan 
Dalam mengenal pasti topik tugasan, tanya diri anda apakah isu-isu dan sub isu. 
Topik tugasan diberikan di sini. Gunakan topik ini untuk membimbing anda 
secara sistematik melalui Aliran Maklumat. 
Topik: 
Pemasaran dalam talian membantu prestasi sesebuah syarikat ke arah yang 
lebih kompetitif berbanding pemasaran tradisional. Bincangkan topik ini 
dalam konteks perniagaan yang global. 
Berikut adalah apa yang telah dikenal pasti sebagai tajuk utama dan subtopik. 
Topik utama: Pemasaran Dalam Talian 
Subtopik: Subtopik 1  Pemasaran Tradisional 
Subtopik 2  Globalisasi Perniagaan 
Subtopik 3  Persaingan dalam Perniagaan 
Setelah melakukan ini, anda boleh bergerak kepada langkah seterusnya, iaitu 
mengenal pasti maklumat.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
175 
7.4.2 Mengenal Pasti Maklumat 
Terdapat dua perkara yang anda perlu ambil berat di sini, iaitu: 
(a) Mengenal Pasti Sumber Maklumat 
Dalam seksyen ini, anda akan diajar jenis sumber dan cara untuk mengenali 
maklumat. 
(i) Jenis Sumber Maklumat 
Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang anda perlu baca untuk 
mengumpulkan maklumat bagi tugasan anda. Ini melibatkan: 
 Buku; 
 Jurnal artikel; 
 Bab di dalam buku; 
 Kertas persidangan; dan 
 Laman sesawang. 
Pada asasnya, sumber-sumber maklumat boleh didapati dalam format 
bercetak dan digital. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu salah satu 
daripada yang lain? Lihat Jadual 7.1 dan kenal pasti perbezaan dan 
persamaan dalam Sumber Maklumat yang didapati dalam format bercetak 
dan elektronik. Kami cadangkan agar anda lakukan Aktiviti 7.3. 
Jadual 7.1: Contoh Senarai Bacaan yang Boleh Dirujuk 
Senarai 
Bacaan Sumber 
Buku (format 
elektronik) 
Allen, C., Kania, D.,  Yaeckel, B. (Eds.). (2001). One-to-one web-marketing: 
Build a relationship marketing strategy one customer at a time 
(2nd ed.). New York: John Wiley. In Ebrary (OUM Digital Collection). 
Buku (format 
bercetak) 
Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: How to transform your 
business-to-business global marketing strategy. London: Kogan Page. 
Artikel dalam 
jurnal (format 
elektronik) 
Kargoankar, P.,  Wolin, L. D. (2002). Web usage, advertising and 
shopping: Relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking 
and Policy, 12(2), 191-204. In Emerald (OUM Digital Collection). 
Bab dalam 
buku (format 
elektronik) 
Kuegler, T. J., Jr. (2002). Web advertising: Banners and beyond; Chapter 12 
in T. J. Kuegler, Jr. (Ed.), Web advertising and marketing (3rd ed.). Boston, 
Mass.: Premier Press. In Books24x7 (OUM Digital Collection).
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
176 
Bab dalam 
buku (format 
bercetak) 
Cruise, J. T.,  Shaharuddin Salleh. (1999). Video: Effective use in creating 
learning material. In J. L. Hunters  M. K. Brown (Eds.), Multimedia: 
Applications and implications (2nd ed., pp. 98-104). Kuala Lumpur: Pelangi 
Press. 
Kertas 
persidangan 
(format 
elektronik) 
Wedde, H.,  Lisehka, M. (2001, May). Modular authorization. Paper 
presented at the 6th ACM Symposium on Access Control Models and 
Technologies; proceedings. In ACM (OUM Digital Collection). 
AKTIVITI 7.3 
Senaraikan perbezaan antara buku bercetak dengan buku elektronik. 
Rujuk kepada Jadual 7.1. 
(b) Mengenal Pasti Pangkalan Data 
Di dalam Perpustakaan Digital TSDAS, sumber maklumat yang sebenarnya 
datang dari pangkalan data yang mengandungi petikan bibliografi. Sumber 
maklumat adalah dalam bentuk buku atau teks artikel jurnal yang penuh. 
Pangkalan data dapat dibangunkan di dalam OPAC atau bersifat komersial 
untuk dilanggan. Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pangkalan data 
seperti berikut: 
(i) Pangkalan Data Tempatan 
Berikut adalah pangkalan data yang dibangunkan: 
 OPAC 
(ii) Pangkalan Data Elektronik Komersial 
Berikut adalah pangkalan data elektronik komersial. Ia dibahagikan 
kepada e-buku dan e-jurnal. Pangkalan data ini kerap dikemaskinikan. 
Contoh pangkalan data e-buku ialah Ebrary, Books24x7 dan X referplus 
(merujuk kepada Jadual 7.2). Pangkalan data ini juga kerap 
dikemaskinikan. Manakala Jadual 7.3 dan Jadual 7.4 menjelaskan 
pangkalan data elektronik untuk jurnal serta bahan-bahan lain.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
177 
Jadual 7.2: Pangkalan Data Elektronik Komersial untuk Buku 
Pangkalan Data Liputan 
Books24x7 Perniagaan, kewangan, teknologi maklumat dan teknikal. 
Credo Reference Bahan rujukan seperti kamus umum, ensaiklopedia dan sebagainya. 
Ebrary Pelbagai disiplin seperti bahasa dan teknologi. 
Gale Virtual 
Reference Library 
Ensaiklopedia dan rujukan pakar seperti perubatan, sains dan 
budaya. 
InfoSci-Books Pelbagai disiplin seperti bahasa, sains dan teknologi. 
InfoSecurityNetBase Kawalan maklumat. 
ITKnowledgeBase E-Perdagangan, komputer, aplikasi, dan sebagainya. 
MosbyÊs Nursing 
Consults Informasi dadah, pendidikan pesakit dan berita kejururawatan. 
SpringerLink Pelbagai disiplin seperti bahasa, sains dan teknologi. 
Jadual 7.3: Pangkalan Data Elektronik untuk Jurnal 
Pangkalan Data Liputan 
ACM Digital Library Sains komputer, matematik dan kejuruteraan. 
CINAHL Database Kejururawatan dan kesihatan terapan. 
EBSCO 
Perniagaan, pengurusan, kewangan, akaun, 
 Academic Source Premier 
ekonomi antarabangsa dan sebagainya. 
 Business Source Premier 
 Business Source Complete 
 Regional Business News 
EBSCO 
 Communication and Mass 
Media 
Kemasyarakatan dan sains sosial. 
EBSCO 
 ERIC 
Pendidikan. 
EdITLib Teknologi pendidikan dan E-Pembelajaran. 
Emerald Pemasaran, sumber manusia, pengurusan 
maklumat dan perpustakaan. 
InformaWorld Pembelajaran jarak jauh.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
178 
InfoTrac OneFile Pelbagai disiplin. 
OBHE (The Observatory on 
Borderless Higher Education) 
Pendidikan tinggi. 
ProQuest 
 Education Journals 
 ERIC 
Pendidikan. 
MosbyÊs Nursing Consults Informasi dadah, pendidikan pesakit dan berita 
kejururawatan. 
SpringerLink Pelbagai disiplin. 
Jadual 7.4: Pangkalan Data Elektronik untuk Bahan-bahan Lain 
Pangkalan Data Liputan 
ProQuest Digital Dissertation Tesis dan disertasi bagi semua kursus. 
NSTP E-Media Akses daripada penerbitan akhbar New Straits Times. 
MediaBanc Akhbar dan majalah tempatan terpilih. 
BLIS Pangkalan data Bernama yang khusus untuk pasaran, 
ekonomi dan perindustrian. 
LawNet Teks autoritatif tentang undang-undang Malaysia. 
7.4.3 Strategi untuk Capaian Maklumat 
Sekarang, anda telah dapat mengenal pasti sumber dan pangkalan data anda. 
Bagaimanakah anda mencari sumber maklumat tertentu daripada pangkalan data? 
Langkah pertama untuk mencari maklumat adalah dengan menentukan sama 
ada maklumat dicari di OPAC atau mana-mana pangkalan data e-buku atau e-jurnal. 
Untuk melakukannya, anda perlu tahu tentang strategi carian. 
(a) Apakah Strategi Carian? 
Strategi carian adalah „pelan tindakan‰ untuk mendapatkan semula 
maklumat. Strategi carian yang betul akan dapat menjimatkan masa dan 
membolehkan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber diambil 
daripada pelbagai pangkalan data.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
179 
Strategi carian adalah kritikal untuk mencari maklumat kerana ia: 
(i) Memerlukan anda menganalisa topik; 
(ii) Membantu anda mengenal pasti maklumat yang diperlukan; dan 
(iii) Membantu anda mencari maklumat yang paling relevan. 
(b) Jenis Strategi Carian 
Pada dasarnya terdapat empat jenis strategi carian (lihat Rajah 7.3): 
(i) Carian pengarang; 
(ii) Carian tajuk; 
(iii) Carian subjek; dan 
(iv) Carian kata kunci. 
Anda akan menggunakan empat jenis strategi carian untuk mencari 
maklumat dalam pangkalan data, iaitu, OPAC, e-buku atau pangkalan data 
e-jurnal. 
Rajah 7.3: Empat jenis strategi carian 
(i) Carian Berdasarkan Pengarang 
Jika anda tahu nama pengarang, cari nama pengarang itu dengan 
menggunakan panduan berikut. Ia boleh digunakan untuk pengarang 
peribadi dan korporat.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
180 
Panduan 1: Pengarang Peribadi 
Carian untuk 
Nama Barat  Roland S. Barth  BARTH, Roland S. 
Nama Cina  Khoo Boo Teik  KHOO, Boo Teik 
 Francis Loh Kok Wah  LOH, Kok Wah Francis 
Nama Melayu  Ahmad Ibrahim  AHMAD Ibrahim 
 Nik Rahimah  NIK Rahimah 
Nik Yaacob Nik Yaacob 
 Tan Sri Abdullah  ABDULLAH Sanusi 
Sanusi Ahmad Ahmad Tan Sri 
Nama India  Ramon V. Navaratnam  NAVARATNAM, 
Ramon 
 P. Sellapan  SELLAPAN, P. 
Nama Sikh  Abtar Kaur  ABTAR Kaur 
 Harjeet Singh  HARJEET Singh 
 Devindar Kaur Chall  CHALL, Devindar 
Kaur 
Panduan 2: Pengarang Korporat 
Carian untuk 
Jabatan Perangkaan Malaysia  MALAYSIA. Jabatan 
Perangkaan 
Universiti Malaya  UNIVERSITI Malaya 
Bank Negara Malaysia  BANK Negara Malaysia 
Institut Pengurusan Malaysia  MALAYSIAN. Institut 
Pengurusan Malaysia 
Institut Strategik dan  INSTITUT Strategik dan 
Pengajian Antarabangsa Malaysia Pengajian Antarabangsa 
(Malaysia) 
(ii) Carian Berdasarkan Tajuk 
Carian berdasarkan tajuk digunakan jika anda tahu tajuk buku 
atau jurnal. 
(iii) Carian Berdasarkan Subjek 
Carian berdasarkan subjek dijalankan apabila anda tidak 
mempunyai maklumat mengenai pengarang atau tajuk tetapi 
anda hanya tahu subjek.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
181 
(iv) Carian Berdasarkan Kata Kunci 
Carian berdasarkan kata kunci adalah strategi carian yang 
paling berkesan apabila anda tidak mencari perkara tertentu. 
Strategi ini adalah sangat berguna untuk mencari pangkalan 
data elektronik dan maklumat Internet, iaitu mencari maklumat 
untuk tugasan anda. Sila rujuk Contoh 7.1 yang menunjukkan 
cara menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat. 
Contoh 7.1: Langkah-langkah dalam Merangka Strategi Carian Kata Kunci 
1. Memahami Topik Tugasan 
 Memahami topik tugasan anda dan fokus topik. 
 Kenal pasti perkataan-perkataan dan ungkapan yang sukar. Guna kamus dan 
ensaiklopedia untuk menerangkan dan memahami topik. 
2. Menggubal/Bina Pernyataan Penyelidikan 
 Ringkaskan topik dalam satu kenyataan pendek mengenai masalah anda dengan 
memberikan tumpuan kepada konsep utama sahaja. 
Topik Tugasan 
Pemasaran atas talian akan membantu untuk menjadikan syarikat itu lebih kompetitif 
daripada pemasaran tradisional. Bincangkan topik dalam konteks globalisasi 
perniagaan. 
Pernyataan masalah: Daya saing pemasaran dalam talian 
3. Analisis untuk Mengenal Pasti Idea Utama 
(a) Pecahkan soalan kepada konsep utama. Topik utama boleh dibahagikan kepada 
beberapa subtopik. Contoh, penyataan masalah boleh dibahagikan kepada dua 
subtopik seperti digariskan berikut: 
Daya saing pemasaran atas talian 
(b) Mengenal pasti kata kunci untuk setiap konsep/subtopik: 
(i) Membangunkan satu senarai istilah carian dan perkataan yang berkaitan 
dengan subtopik. 
(ii) Menggunakan ensaiklopedia atau tesaurus untuk mendapatkan terma 
yang berkaitan dan sinonim untuk digunakan dalam carian. 
(iii) Menggunakan terma yang lebih luas atau istilah-istilah sains untuk 
mencapai keputusan yang lebih baik.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
182 
Pemasaran Internet Daya Saing 
Pemasaran atas talian 
Pemasaran jaringan 
e-pemasaran 
e-dagang-pengiklanan 
e-perniagaan 
Penghantaran surat 
Kelebihan 
Daya saing 
Kelebihan 
Strategi Perniagaan 
Faedah 
Keuntungan 
Konsep-konsep utama biasanya kata nama dan bukannya kata adjektif 
4. Pilih dan Hubungkan Kata Kunci dengan Penyambung Boolean 
Penyambung Boolean membantu untuk mengecilkan atau meluaskan carian anda 
dan memberikan carian yang lebih tepat dengan menggabungkan kata kunci, frasa 
atau terma. Penyambung Boolean yang paling biasa ialah DAN, ATAU dan BUKAN. 
Penyambung Boolean DAN, ATAU dan BUKAN digunakan untuk menggabungkan 
istilah carian bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. 
Anda mungkin tidak perlu untuk menggunakan semua penyambung Boolean dalam 
satu carian kenyataan. Anda hanya perlu menggunakan penyambung yang terbaik 
untuk setiap carian. 
(a) Penghubung Boolean DAN 
Penyambung Boolean „DAN‰ digunakan untuk menggabungkan lebih daripada 
satu kata kunci. Sebagai contoh, jika anda mahu maklumat mengenai pemasaran 
dan internet, anda akan menggunakan „DAN‰. Menggunakan Boolean „DAN‰ 
akan menghapuskan semua maklumat am mengenai pemasaran dan akan 
mengecilkan carian anda untuk memilih maklumat mengenai pemasaran internet. 
Rajah 7.4 memberikan anda gambaran yang lebih jelas. 
Rajah 7.4: Penggunaan penyambung Boolean „DAN‰
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
183 
(b) Penghubung Boolean ATAU 
Jika keputusan carian anda adalah terlalu sedikit atau anda mahu artikel atau 
buku tambahan, gunakan penyambung Boolean ATAU untuk menyambung 
sinonim kata kunci. Ini akan meluaskan carian anda dan meningkatkan jumlah 
maklumat anda. Penyambung Boolean ATAU membolehkan carian dalam 
konsep yang sama dengan kata-kata yang berbeza. Gunakan kurungan apabila 
menggunakan penyambung Boolean ATAU dalam satu carian. 
Sebagai contoh, anda mahu mencari e-perniagaan dan juga e-dagang. Gunakan 
„ATAU‰ untuk meningkatkan keputusan carian (rujuk Rajah 7.5). 
Rajah 7.5: Penggunaan penyambung Boolean „ATAU‰ 
Ini menunjukkan bahawa maklumat mengenai kedua-dua istilah akan 
diperolehi. Ini akan meningkatkan keputusan carian. 
(c) Penyambung Boolean BUKAN 
Penyambung Boolean BUKAN juga mengecilkan carian. Ia digunakan untuk 
mengecualikan aspek-aspek tertentu daripada hasil carian apabila kata kunci 
tertentu tidak dikehendaki. Gunakan kurungan untuk mengumpulkan 
perkataan yang mempunyai konsep yang sama. Penyambung Boolean BUKAN 
akan mencari rekod dengan kata kunci yang pertama dan menghapuskan rekod 
yang mengandungi kata kunci kedua. Sebagai contoh, anda hanya berminat 
dalam pencarian yang berkaitan dengan pemasaran. Ini akan mendapatkan 
maklumat mengenai pemasaran di laman sesawang dan tidak termasuk butiran 
mengenai aspek peruncitan (lihat hasil akhir carian dalam Rajah 7.6).
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 
184 
Rajah 7.6: Penggunaan penyambung Boolean „BUKAN‰ 
Secara ringkasnya, penyambung Boolean melaksanakan fungsi-fungsi berikut 
seperti dalam Jadual 7.5: 
Jadual 7.5: Fungsi-fungsi Penyambung Boolean 
Carian Keputusan 
Pemasaran DAN internet Memerlukan SEMUA perkataan yang hadir dalam 
carian. Gunakan DAN untuk konsep yang berbeza. 
E-perniagaan ATAU e-dagang APA-APA perkataan ini boleh hadir dalam 
keputusan. Gunakan ATAU untuk sinonim. 
Pemasaran BUKAN peruncitan MENGECUALIKAN dokumen-dokumen dengan 
„peruncitan‰ daripada carian. 
Berikut adalah contoh penyata carian yang menggabungkan penyambung 
Boolean yang berbeza: 
(i) Pemasaran DAN (e-perniagaan ATAU e-dagang); dan 
(ii) Internet DAN (pemasaran BUKAN peruncitan). 
Topik 8 akan menerangkan kepada anda cara untuk menggunakan strategi 
carian yang telah dibincangkan dalam topik ini, untuk in-house (iaitu OPAC) 
dan pangkalan data komersial (iaitu e-buku dan e-jurnal) di Perpustakaan Digital 
TSDAS, mahupun di Internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat. 
Bagaimana anda tahu bahawa maklumat yang anda telah perolehi adalah 
relevan? Teruskan bacaan dalam Topik 9. 
Akhir sekali, cara untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan telah 
dibincangkan dalam Topik 5. Rujuk kepada topik tersebut untuk mengingat 
kembali mengenai penyampaian maklumat.
TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT  
185 
Jika anda ingin demonstrasikan bagaimana penyambung Boolean digunakan 
dalam pencarian maklumat, lawati: 
http://www.waikato.ac.nz/library/learning/wise/Module2/index10.shtml. 
 Anda perlukan maklumat dalam pembelajaran untuk melakukan tugasan anda. 
 Di OUM, anda mempunyai Perpustakaan Digital TSDAS yang mempunyai 
sumber maklumat yang terbaik yang dapat membantu anda mengumpul dan 
mencari maklumat dengan menggunakan pelbagai strategi carian. 
 Langkah 3, 4 dan 5 di Aliran Maklumat dibincangkan secara terperinci dalam 
Topik 5, 8 dan 9. 
 Aliran Maklumat membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang tepat 
mengenai topik tugasan. 
 Maklumat sumber termasuk buku, jurnal, kertas persidangan dan laman web. 
 Maklumat adalah pangkalan data dengan petikan bibliografik. 
 Perpustakaan Digital TSDAS menyediakan pangkalan data elektronik yang 
mengandungi e-buku, jurnal dalam talian, tesis dan sebagainya untuk pelajar. 
 Terdapat empat jenis strategi carian  pengarang, tajuk, subjek dan kata kunci. 
E-buku 
E-jurnal 
Online Public Access Catalogue 
(OPAC) 
Pangkalan data elektronik 
Penyambung Boolean 
Perpustakaan digital 
Strategi carian 
Sumber maklumat

More Related Content

Similar to Nota bm topik7 oumh1103

Oumh1103 topic 7
Oumh1103 topic 7Oumh1103 topic 7
Oumh1103 topic 7azman_awan9
 
Aplikasi 1 Lm
Aplikasi 1 LmAplikasi 1 Lm
Aplikasi 1 Lmroszelan
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan dataSanthila's Creation
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdfKPM
 
Bab 7 pengurusan sumber 1
Bab 7 pengurusan sumber 1Bab 7 pengurusan sumber 1
Bab 7 pengurusan sumber 1Asyikin4996
 
Bab7 pengurusan sumber
Bab7 pengurusan sumberBab7 pengurusan sumber
Bab7 pengurusan sumberzuraidanasri
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan dataVivian Wmn
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan dataChamp14n
 
Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21Ismawati Ishak
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)ernie yanti
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcAhmad Sharimi
 
Pss sjkt keruh 2014 ppt
Pss sjkt keruh 2014 pptPss sjkt keruh 2014 ppt
Pss sjkt keruh 2014 pptAnparasu
 
Kertas kerja makmal teknologi pendidikan - 2009
Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009
Kertas kerja makmal teknologi pendidikan - 2009Kamal Sabaruddin
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 

Similar to Nota bm topik7 oumh1103 (20)

Oumh1103 topic 7
Oumh1103 topic 7Oumh1103 topic 7
Oumh1103 topic 7
 
Aplikasi 1 Lm
Aplikasi 1 LmAplikasi 1 Lm
Aplikasi 1 Lm
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
 
2. SLAID TMK TAHUN 5.pptx
2. SLAID TMK TAHUN 5.pptx2. SLAID TMK TAHUN 5.pptx
2. SLAID TMK TAHUN 5.pptx
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
 
Bab 7 pengurusan sumber 1
Bab 7 pengurusan sumber 1Bab 7 pengurusan sumber 1
Bab 7 pengurusan sumber 1
 
Bab7 pengurusan sumber
Bab7 pengurusan sumberBab7 pengurusan sumber
Bab7 pengurusan sumber
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
 
Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gc
 
Pss sjkt keruh 2014 ppt
Pss sjkt keruh 2014 pptPss sjkt keruh 2014 ppt
Pss sjkt keruh 2014 ppt
 
1
11
1
 
Kertas kerja makmal teknologi pendidikan - 2009
Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009
Kertas kerja makmal teknologi pendidikan - 2009
 
Bab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumberBab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumber
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Tugasan 3
Tugasan 3 Tugasan 3
Tugasan 3
 

More from azman_awan9

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfazman_awan9
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s azman_awan9
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOazman_awan9
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtazman_awan9
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruazman_awan9
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaanazman_awan9
 

More from azman_awan9 (20)

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdf
 
TICT #13
TICT #13TICT #13
TICT #13
 
TICT #11
TICT #11TICT #11
TICT #11
 
TICT #12
TICT #12 TICT #12
TICT #12
 
TICT #11
TICT #11 TICT #11
TICT #11
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmt
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baru
 
English negeri
English negeriEnglish negeri
English negeri
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaan
 
English daerah
English daerahEnglish daerah
English daerah
 
Math daerah (2)
Math daerah (2)Math daerah (2)
Math daerah (2)
 

Recently uploaded

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 

Recently uploaded (14)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 

Nota bm topik7 oumh1103

  • 1. Topik 7 Proses Memperoleh Maklumat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti enam sebab anda perlukan maklumat; 2. Menghuraikan konsep dan tiga komponen Perpustakaan Digital TSDAS; dan 3. Menjelaskan lima langkah memperoleh maklumat berdasarkan proses aliran maklumat. PENGENALAN Di dalam sesebuah perpustakaan tradisional, pengguna menggunakan kad katalog untuk mendapatkan bahan-bahan perpustakaan. Justeru, pengumpulan maklumat adalah satu proses yang mudah. Walau bagaimanapun, dengan kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi dan penggunaan sistem berkomputer di dalam perpustakaan, proses pengumpulan maklumat menjadi lebih rumit. Ini adalah kerana, pengguna perlu mengetahui cara untuk menggunakan sistem tersebut terlebih dahulu sebelum mampu mendapatkan maklumat. Oleh itu, program pendidikan pengguna seperti modul ini adalah penting kerana tidak kira betapa canggih sesuatu sistem perpustakaan elektronik itu atau berharganya koleksi yang ada di sesebuah perpustakaan, jika perpustakaan tidak boleh digunakan secara berkesan, ia tidak akan bermakna. Apabila pengguna tidak dapat mengoptimumkan penggunaan perpustakaan, pembelajaran menjadi tidak cekap kerana ketidakupayaan pelajar untuk mengumpul maklumat untuk pelbagai aktiviti pembelajaran. Oleh kerana kualiti pengajian bergantung kepada cara pelajar mengumpul dan memproses
  • 2. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 168 maklumat untuk pengetahuan, langkah-langkah pembelajaran yang terlibat dalam pengumpulan maklumat (mendapatkan, mengumpul, menilai, memilih, menyusun dan menyatukan maklumat) adalah penting. Oleh itu, topik ini akan membantu anda memahami langkah-langkah pengumpulan maklumat tersebut. Topik ini juga membentangkan aliran maklumat yang mewakili langkah-langkah dalam proses pengumpulan maklumat. Langkah-langkah ini adalah berkesan untuk digunakan di dalam Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. MENGAPA ANDA PERLUKAN MAKLUMAT? 7.1 Untuk lebih fokus terhadap tugasan yang diberikan dalam kursus adalah amat penting untuk anda jika anda mempunyai maklumat yang lengkap berkaitannya. Ini mencerminkan tujuan dan perancangan anda. Sebagai pelajar OUM, anda memerlukan maklumat atas sebab-sebab berikut: (a) Untuk melengkapkan modul kursus anda; (b) Sebagai persediaan untuk perbincangan di dalam kelas dan tutorial di atas talian; (c) Menghasilkan tugasan dalam bentuk kertas projek, kajian kes, laporan dan sebagainya; (d) Persediaan untuk peperiksaan lisan dan bertulis; (e) Memperluaskan pengetahuan mata pelajaran dan pengetahuan am anda, sekali gus menambahkan nilai kepada pembelajaran anda; dan (f) Memuaskan rasa ingin tahu dan keperluan anda dalam mencari ilmu. Dalam usaha menjadi seorang pelajar berjaya, anda bukan sahaja perlu menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik tetapi juga perlu berpengetahuan, adalah kreatif, asli dan inovatif dalam pemikiran anda. Cuba anda bayangkan, di dalam kelas yang mengandungi 20 orang pelajar, setiap pelajar diberikan lima buah buku yang sama yang telah ditetapkan oleh tutor. Ini bermakna, semua tugasan anda akan mengandungi maklumat daripada lima buah buku ini sahaja. Ia akan membosankan tutor anda untuk menilai 20 kertas projek yang serupa. Anda pula mungkin akan mendapat gred yang sama dengan rakan sekelas. Walau bagaimanapun, jika terdapat lima pelajar yang membaca lima buku atau artikel-artikel tambahan, maka tugasan
  • 3. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 169 kumpulan ini akan menjadi lebih asli dan bermaklumat daripada tugasan 15 pelajar lain. Apatah lagi, jika anda seorang sahaja yang membaca lima buku tambahan itu. Tugasan anda berpotensi menjadi yang paling asal dan bermaklumat. Maklumat yang anda telah kumpul daripada kesemua bahan bacaan mestilah kreatif dan inovatif, tidak kira sama ada kertas projek, perbincangan atau peperiksaan. Ini bukan sahaja akan menjadikan pembelajaran anda lebih produktif tetapi juga membolehkan anda maju dan menjadi seorang pelajar yang arif boleh mengguna dan memproses maklumat dengan bebas dan tidak hanya pasif menerima apa-apa yang telah ditulis oleh orang lain. Ini adalah penting jika anda berhasrat untuk menjadi seorang pelajar yang lebih menonjol. DI MANA ANDA MENDAPATKAN MAKLUMAT? Maklumat boleh didapati di mana-mana sahaja secara formal, seperti daripada kuliah, tutorial, buku, surat khabar, ucapan, radio, televisyen dan sebagainya. Ia juga boleh didapati secara tidak formal daripada perbualan, gosip, nota peribadi, memo, khabar angin dan sebagainya. Topik ini akan memberikan tumpuan kepada jenis maklumat yang boleh anda gunakan untuk pembelajaran anda yang pada dasarnya berkaitan dengan kerja kursus dan tugasan anda. Ledakan maklumat telah menghasilkan jumlah maklumat yang besar dan boleh diakses melalui komputer pada bila-bila masa. Maklumat boleh didapati melalui pelbagai media (seperti media cetak, elektronik, CD-ROM, audio-video), format (contohnya buku, jurnal, novel, laporan penyelidikan, laporan syarikat, tesis, kertas persidangan, mikrofom, laman web) dan skrip (contohnya Roman, Arab, Cina, Tamil). Ledakan maklumat ini akan menyukarkan anda untuk mengesan dan mencari maklumat yang diperlukan melainkan jika ia disusun secara teratur dan sistematik. Walaupun maklumat boleh didapati di mana sahaja, tempat yang paling mudah untuk mengumpul maklumat bagi tujuan pembelajaran ialah di perpustakaan. Di OUM, kami mempunyai sebuah perpustakaan digital yang dilengkapi dengan beberapa sumber maklumat yang terbaik. Perpustakaan Digital TSDAS adalah tempat terbaik untuk mengumpul maklumat kerana ia bukan sahaja menghubungkan anda kepada perpustakaan lain di Malaysia dan bahagian lain di dunia, malah ia juga menyediakan pelbagai bahan berkaitan dengan kursus-kursus anda. 7.2
  • 4. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 170 Akhir sekali, oleh kerana ia adalah sebuah perpustakaan digital, anda boleh mengakses koleksi perpustakaan dan sistem tanpa menjejakkan kaki di dalam perpustakaan. Dengan menggunakan perpustakaan digital, anda boleh memperoleh banyak manfaat, terutamanya sebagai pelajar OUM. Sepanjang penggunaan Perpustakaan Digital OUM, anda akan dapat membangunkan dan meningkatkan kemahiran asas seperti berikut: (a) Kemahiran Mengakses Maklumat (i) Mencari dan mendapatkan semula maklumat yang relevan. (ii) Menilai dan memilih maklumat. (b) Kemahiran untuk Capaian Maklumat Untuk mengakses koleksi elektronik Perpustakaan Digital TSDAS serta Internet, anda perlu mempunyai beberapa kemahiran asas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan pangkalan data yang berikut secara kerap dapat membantu membangunkan kemahiran anda dan melengkapkan anda dengan pembelajaran sepanjang hayat untuk mempelajari kemahiran: (i) Online Public Access Catalog (OPAC); (ii) Pangkalan data elektronik (e-buku dan e-jurnal); dan (iii) Laman web Internet. SEMAK KENDIRI 7.1 Berikan secara ringkas, enam sebab mengapa pelajar OUM perlukan maklumat. AKTIVITI 7.1 Fikirkan kepentingan maklumat dalam kehidupan anda. Pilih satu hari dalam kehidupan anda dan sediakan senarai tentang cara anda menguruskan maklumat di rumah. Tuliskan esei mengenainya.
  • 5. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 171 MENGGUNA PERPUSTAKAAN DIGITAL TSDAS UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT 7.3 Penubuhan Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi (TSDAS) adalah bertujuan menyokong pengajaran and pembelajaran melalui koleksi buku-buku fizikal dan pangkalan data di atas talian yang mengandungi e-buku and e-jurnal. Anda akan didedahkan kepada komponen-komponen Perpustakaan Digital TDAS di dalam subtopik ini. 7.3.1 Apakah Perpustakaan Digital? Perpustakaan digital menyediakan satu set kandungan digital dan perkhidmatan yang boleh diakses melalui rangkaian sistem elektronik. Pada ketika ini, adalah sukar untuk mencari perpustakaan yang digital sepenuhnya kerana kebanyakannya mempunyai koleksi cetak yang terlalu berharga untuk dibuang atau terlalu mahal untuk didigitalkan. Walau bagaimanapun, Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pilihan buku-buku elektronik yang komprehensif. 7.3.2 Komponen Perpustakaan Digital Perpustakaan Digital TSDAS terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: (a) Infrastruktur teknikal yang terdiri daripada perkakasan dan perisian; (b) Pengetahuan pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan data komersial dan in-house; dan (c) Pendidikan pengguna. Sila lihat Rajah 7.1 untuk maklumat terperinci tiga komponen itu.
  • 6. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 172 Rajah 7.1: Tiga komponen Perpustakaan Digital TSDAS SEMAK KENDIRI 7.2 Jelaskan tiga komponen perpustakaan Digital TSDAS. ALIRAN MAKLUMAT 7.4 Untuk memulakan tugasan atau kertas penyelidikan anda, anda boleh menggunakan Aliran Maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Ia menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil.
  • 7. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 173 Rajah 7.2: Aliran maklumat OUM Sekarang, mari kita lihat perjalanan langkah-langkah tersebut.
  • 8. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 174 Langkah 1: Mengenal pasti dan menganalisis topik. Langkah 2: Mengenal pasti sumber-sumber maklumat dan sumber yang berkaitan dengan topik. Langkah 3: Menggunakan strategi carian yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang maksimum, iaitu bahan maklumat yang paling sesuai. Langkah 4: Menilai dan memilih maklumat yang relevan dengan topik. Langkah 5: Membentangkan maklumat yang berkenaan seperti yang dikehendaki oleh topik dalam format bertulis, PowerPoint atau lisan. AKTIVITI 7.2 Ilustrasikan cara anda menggunakan Aliran Maklumat bagi menyiapkan tugasan anda. Tajuk tugasan anda ialah „Pembelajaran Sepanjang Hayat Bermula Di Sekolah‰. Bincangkan. 7.4.1 Kenal Pasti dan Analisis Sesuatu Topik Tugasan Dalam mengenal pasti topik tugasan, tanya diri anda apakah isu-isu dan sub isu. Topik tugasan diberikan di sini. Gunakan topik ini untuk membimbing anda secara sistematik melalui Aliran Maklumat. Topik: Pemasaran dalam talian membantu prestasi sesebuah syarikat ke arah yang lebih kompetitif berbanding pemasaran tradisional. Bincangkan topik ini dalam konteks perniagaan yang global. Berikut adalah apa yang telah dikenal pasti sebagai tajuk utama dan subtopik. Topik utama: Pemasaran Dalam Talian Subtopik: Subtopik 1 Pemasaran Tradisional Subtopik 2 Globalisasi Perniagaan Subtopik 3 Persaingan dalam Perniagaan Setelah melakukan ini, anda boleh bergerak kepada langkah seterusnya, iaitu mengenal pasti maklumat.
  • 9. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 175 7.4.2 Mengenal Pasti Maklumat Terdapat dua perkara yang anda perlu ambil berat di sini, iaitu: (a) Mengenal Pasti Sumber Maklumat Dalam seksyen ini, anda akan diajar jenis sumber dan cara untuk mengenali maklumat. (i) Jenis Sumber Maklumat Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang anda perlu baca untuk mengumpulkan maklumat bagi tugasan anda. Ini melibatkan: Buku; Jurnal artikel; Bab di dalam buku; Kertas persidangan; dan Laman sesawang. Pada asasnya, sumber-sumber maklumat boleh didapati dalam format bercetak dan digital. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu salah satu daripada yang lain? Lihat Jadual 7.1 dan kenal pasti perbezaan dan persamaan dalam Sumber Maklumat yang didapati dalam format bercetak dan elektronik. Kami cadangkan agar anda lakukan Aktiviti 7.3. Jadual 7.1: Contoh Senarai Bacaan yang Boleh Dirujuk Senarai Bacaan Sumber Buku (format elektronik) Allen, C., Kania, D., Yaeckel, B. (Eds.). (2001). One-to-one web-marketing: Build a relationship marketing strategy one customer at a time (2nd ed.). New York: John Wiley. In Ebrary (OUM Digital Collection). Buku (format bercetak) Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: How to transform your business-to-business global marketing strategy. London: Kogan Page. Artikel dalam jurnal (format elektronik) Kargoankar, P., Wolin, L. D. (2002). Web usage, advertising and shopping: Relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking and Policy, 12(2), 191-204. In Emerald (OUM Digital Collection). Bab dalam buku (format elektronik) Kuegler, T. J., Jr. (2002). Web advertising: Banners and beyond; Chapter 12 in T. J. Kuegler, Jr. (Ed.), Web advertising and marketing (3rd ed.). Boston, Mass.: Premier Press. In Books24x7 (OUM Digital Collection).
  • 10. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 176 Bab dalam buku (format bercetak) Cruise, J. T., Shaharuddin Salleh. (1999). Video: Effective use in creating learning material. In J. L. Hunters M. K. Brown (Eds.), Multimedia: Applications and implications (2nd ed., pp. 98-104). Kuala Lumpur: Pelangi Press. Kertas persidangan (format elektronik) Wedde, H., Lisehka, M. (2001, May). Modular authorization. Paper presented at the 6th ACM Symposium on Access Control Models and Technologies; proceedings. In ACM (OUM Digital Collection). AKTIVITI 7.3 Senaraikan perbezaan antara buku bercetak dengan buku elektronik. Rujuk kepada Jadual 7.1. (b) Mengenal Pasti Pangkalan Data Di dalam Perpustakaan Digital TSDAS, sumber maklumat yang sebenarnya datang dari pangkalan data yang mengandungi petikan bibliografi. Sumber maklumat adalah dalam bentuk buku atau teks artikel jurnal yang penuh. Pangkalan data dapat dibangunkan di dalam OPAC atau bersifat komersial untuk dilanggan. Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pangkalan data seperti berikut: (i) Pangkalan Data Tempatan Berikut adalah pangkalan data yang dibangunkan: OPAC (ii) Pangkalan Data Elektronik Komersial Berikut adalah pangkalan data elektronik komersial. Ia dibahagikan kepada e-buku dan e-jurnal. Pangkalan data ini kerap dikemaskinikan. Contoh pangkalan data e-buku ialah Ebrary, Books24x7 dan X referplus (merujuk kepada Jadual 7.2). Pangkalan data ini juga kerap dikemaskinikan. Manakala Jadual 7.3 dan Jadual 7.4 menjelaskan pangkalan data elektronik untuk jurnal serta bahan-bahan lain.
  • 11. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 177 Jadual 7.2: Pangkalan Data Elektronik Komersial untuk Buku Pangkalan Data Liputan Books24x7 Perniagaan, kewangan, teknologi maklumat dan teknikal. Credo Reference Bahan rujukan seperti kamus umum, ensaiklopedia dan sebagainya. Ebrary Pelbagai disiplin seperti bahasa dan teknologi. Gale Virtual Reference Library Ensaiklopedia dan rujukan pakar seperti perubatan, sains dan budaya. InfoSci-Books Pelbagai disiplin seperti bahasa, sains dan teknologi. InfoSecurityNetBase Kawalan maklumat. ITKnowledgeBase E-Perdagangan, komputer, aplikasi, dan sebagainya. MosbyÊs Nursing Consults Informasi dadah, pendidikan pesakit dan berita kejururawatan. SpringerLink Pelbagai disiplin seperti bahasa, sains dan teknologi. Jadual 7.3: Pangkalan Data Elektronik untuk Jurnal Pangkalan Data Liputan ACM Digital Library Sains komputer, matematik dan kejuruteraan. CINAHL Database Kejururawatan dan kesihatan terapan. EBSCO Perniagaan, pengurusan, kewangan, akaun, Academic Source Premier ekonomi antarabangsa dan sebagainya. Business Source Premier Business Source Complete Regional Business News EBSCO Communication and Mass Media Kemasyarakatan dan sains sosial. EBSCO ERIC Pendidikan. EdITLib Teknologi pendidikan dan E-Pembelajaran. Emerald Pemasaran, sumber manusia, pengurusan maklumat dan perpustakaan. InformaWorld Pembelajaran jarak jauh.
  • 12. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 178 InfoTrac OneFile Pelbagai disiplin. OBHE (The Observatory on Borderless Higher Education) Pendidikan tinggi. ProQuest Education Journals ERIC Pendidikan. MosbyÊs Nursing Consults Informasi dadah, pendidikan pesakit dan berita kejururawatan. SpringerLink Pelbagai disiplin. Jadual 7.4: Pangkalan Data Elektronik untuk Bahan-bahan Lain Pangkalan Data Liputan ProQuest Digital Dissertation Tesis dan disertasi bagi semua kursus. NSTP E-Media Akses daripada penerbitan akhbar New Straits Times. MediaBanc Akhbar dan majalah tempatan terpilih. BLIS Pangkalan data Bernama yang khusus untuk pasaran, ekonomi dan perindustrian. LawNet Teks autoritatif tentang undang-undang Malaysia. 7.4.3 Strategi untuk Capaian Maklumat Sekarang, anda telah dapat mengenal pasti sumber dan pangkalan data anda. Bagaimanakah anda mencari sumber maklumat tertentu daripada pangkalan data? Langkah pertama untuk mencari maklumat adalah dengan menentukan sama ada maklumat dicari di OPAC atau mana-mana pangkalan data e-buku atau e-jurnal. Untuk melakukannya, anda perlu tahu tentang strategi carian. (a) Apakah Strategi Carian? Strategi carian adalah „pelan tindakan‰ untuk mendapatkan semula maklumat. Strategi carian yang betul akan dapat menjimatkan masa dan membolehkan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber diambil daripada pelbagai pangkalan data.
  • 13. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 179 Strategi carian adalah kritikal untuk mencari maklumat kerana ia: (i) Memerlukan anda menganalisa topik; (ii) Membantu anda mengenal pasti maklumat yang diperlukan; dan (iii) Membantu anda mencari maklumat yang paling relevan. (b) Jenis Strategi Carian Pada dasarnya terdapat empat jenis strategi carian (lihat Rajah 7.3): (i) Carian pengarang; (ii) Carian tajuk; (iii) Carian subjek; dan (iv) Carian kata kunci. Anda akan menggunakan empat jenis strategi carian untuk mencari maklumat dalam pangkalan data, iaitu, OPAC, e-buku atau pangkalan data e-jurnal. Rajah 7.3: Empat jenis strategi carian (i) Carian Berdasarkan Pengarang Jika anda tahu nama pengarang, cari nama pengarang itu dengan menggunakan panduan berikut. Ia boleh digunakan untuk pengarang peribadi dan korporat.
  • 14. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 180 Panduan 1: Pengarang Peribadi Carian untuk Nama Barat Roland S. Barth BARTH, Roland S. Nama Cina Khoo Boo Teik KHOO, Boo Teik Francis Loh Kok Wah LOH, Kok Wah Francis Nama Melayu Ahmad Ibrahim AHMAD Ibrahim Nik Rahimah NIK Rahimah Nik Yaacob Nik Yaacob Tan Sri Abdullah ABDULLAH Sanusi Sanusi Ahmad Ahmad Tan Sri Nama India Ramon V. Navaratnam NAVARATNAM, Ramon P. Sellapan SELLAPAN, P. Nama Sikh Abtar Kaur ABTAR Kaur Harjeet Singh HARJEET Singh Devindar Kaur Chall CHALL, Devindar Kaur Panduan 2: Pengarang Korporat Carian untuk Jabatan Perangkaan Malaysia MALAYSIA. Jabatan Perangkaan Universiti Malaya UNIVERSITI Malaya Bank Negara Malaysia BANK Negara Malaysia Institut Pengurusan Malaysia MALAYSIAN. Institut Pengurusan Malaysia Institut Strategik dan INSTITUT Strategik dan Pengajian Antarabangsa Malaysia Pengajian Antarabangsa (Malaysia) (ii) Carian Berdasarkan Tajuk Carian berdasarkan tajuk digunakan jika anda tahu tajuk buku atau jurnal. (iii) Carian Berdasarkan Subjek Carian berdasarkan subjek dijalankan apabila anda tidak mempunyai maklumat mengenai pengarang atau tajuk tetapi anda hanya tahu subjek.
  • 15. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 181 (iv) Carian Berdasarkan Kata Kunci Carian berdasarkan kata kunci adalah strategi carian yang paling berkesan apabila anda tidak mencari perkara tertentu. Strategi ini adalah sangat berguna untuk mencari pangkalan data elektronik dan maklumat Internet, iaitu mencari maklumat untuk tugasan anda. Sila rujuk Contoh 7.1 yang menunjukkan cara menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat. Contoh 7.1: Langkah-langkah dalam Merangka Strategi Carian Kata Kunci 1. Memahami Topik Tugasan Memahami topik tugasan anda dan fokus topik. Kenal pasti perkataan-perkataan dan ungkapan yang sukar. Guna kamus dan ensaiklopedia untuk menerangkan dan memahami topik. 2. Menggubal/Bina Pernyataan Penyelidikan Ringkaskan topik dalam satu kenyataan pendek mengenai masalah anda dengan memberikan tumpuan kepada konsep utama sahaja. Topik Tugasan Pemasaran atas talian akan membantu untuk menjadikan syarikat itu lebih kompetitif daripada pemasaran tradisional. Bincangkan topik dalam konteks globalisasi perniagaan. Pernyataan masalah: Daya saing pemasaran dalam talian 3. Analisis untuk Mengenal Pasti Idea Utama (a) Pecahkan soalan kepada konsep utama. Topik utama boleh dibahagikan kepada beberapa subtopik. Contoh, penyataan masalah boleh dibahagikan kepada dua subtopik seperti digariskan berikut: Daya saing pemasaran atas talian (b) Mengenal pasti kata kunci untuk setiap konsep/subtopik: (i) Membangunkan satu senarai istilah carian dan perkataan yang berkaitan dengan subtopik. (ii) Menggunakan ensaiklopedia atau tesaurus untuk mendapatkan terma yang berkaitan dan sinonim untuk digunakan dalam carian. (iii) Menggunakan terma yang lebih luas atau istilah-istilah sains untuk mencapai keputusan yang lebih baik.
  • 16. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 182 Pemasaran Internet Daya Saing Pemasaran atas talian Pemasaran jaringan e-pemasaran e-dagang-pengiklanan e-perniagaan Penghantaran surat Kelebihan Daya saing Kelebihan Strategi Perniagaan Faedah Keuntungan Konsep-konsep utama biasanya kata nama dan bukannya kata adjektif 4. Pilih dan Hubungkan Kata Kunci dengan Penyambung Boolean Penyambung Boolean membantu untuk mengecilkan atau meluaskan carian anda dan memberikan carian yang lebih tepat dengan menggabungkan kata kunci, frasa atau terma. Penyambung Boolean yang paling biasa ialah DAN, ATAU dan BUKAN. Penyambung Boolean DAN, ATAU dan BUKAN digunakan untuk menggabungkan istilah carian bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda mungkin tidak perlu untuk menggunakan semua penyambung Boolean dalam satu carian kenyataan. Anda hanya perlu menggunakan penyambung yang terbaik untuk setiap carian. (a) Penghubung Boolean DAN Penyambung Boolean „DAN‰ digunakan untuk menggabungkan lebih daripada satu kata kunci. Sebagai contoh, jika anda mahu maklumat mengenai pemasaran dan internet, anda akan menggunakan „DAN‰. Menggunakan Boolean „DAN‰ akan menghapuskan semua maklumat am mengenai pemasaran dan akan mengecilkan carian anda untuk memilih maklumat mengenai pemasaran internet. Rajah 7.4 memberikan anda gambaran yang lebih jelas. Rajah 7.4: Penggunaan penyambung Boolean „DAN‰
  • 17. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 183 (b) Penghubung Boolean ATAU Jika keputusan carian anda adalah terlalu sedikit atau anda mahu artikel atau buku tambahan, gunakan penyambung Boolean ATAU untuk menyambung sinonim kata kunci. Ini akan meluaskan carian anda dan meningkatkan jumlah maklumat anda. Penyambung Boolean ATAU membolehkan carian dalam konsep yang sama dengan kata-kata yang berbeza. Gunakan kurungan apabila menggunakan penyambung Boolean ATAU dalam satu carian. Sebagai contoh, anda mahu mencari e-perniagaan dan juga e-dagang. Gunakan „ATAU‰ untuk meningkatkan keputusan carian (rujuk Rajah 7.5). Rajah 7.5: Penggunaan penyambung Boolean „ATAU‰ Ini menunjukkan bahawa maklumat mengenai kedua-dua istilah akan diperolehi. Ini akan meningkatkan keputusan carian. (c) Penyambung Boolean BUKAN Penyambung Boolean BUKAN juga mengecilkan carian. Ia digunakan untuk mengecualikan aspek-aspek tertentu daripada hasil carian apabila kata kunci tertentu tidak dikehendaki. Gunakan kurungan untuk mengumpulkan perkataan yang mempunyai konsep yang sama. Penyambung Boolean BUKAN akan mencari rekod dengan kata kunci yang pertama dan menghapuskan rekod yang mengandungi kata kunci kedua. Sebagai contoh, anda hanya berminat dalam pencarian yang berkaitan dengan pemasaran. Ini akan mendapatkan maklumat mengenai pemasaran di laman sesawang dan tidak termasuk butiran mengenai aspek peruncitan (lihat hasil akhir carian dalam Rajah 7.6).
  • 18. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 184 Rajah 7.6: Penggunaan penyambung Boolean „BUKAN‰ Secara ringkasnya, penyambung Boolean melaksanakan fungsi-fungsi berikut seperti dalam Jadual 7.5: Jadual 7.5: Fungsi-fungsi Penyambung Boolean Carian Keputusan Pemasaran DAN internet Memerlukan SEMUA perkataan yang hadir dalam carian. Gunakan DAN untuk konsep yang berbeza. E-perniagaan ATAU e-dagang APA-APA perkataan ini boleh hadir dalam keputusan. Gunakan ATAU untuk sinonim. Pemasaran BUKAN peruncitan MENGECUALIKAN dokumen-dokumen dengan „peruncitan‰ daripada carian. Berikut adalah contoh penyata carian yang menggabungkan penyambung Boolean yang berbeza: (i) Pemasaran DAN (e-perniagaan ATAU e-dagang); dan (ii) Internet DAN (pemasaran BUKAN peruncitan). Topik 8 akan menerangkan kepada anda cara untuk menggunakan strategi carian yang telah dibincangkan dalam topik ini, untuk in-house (iaitu OPAC) dan pangkalan data komersial (iaitu e-buku dan e-jurnal) di Perpustakaan Digital TSDAS, mahupun di Internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Bagaimana anda tahu bahawa maklumat yang anda telah perolehi adalah relevan? Teruskan bacaan dalam Topik 9. Akhir sekali, cara untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan telah dibincangkan dalam Topik 5. Rujuk kepada topik tersebut untuk mengingat kembali mengenai penyampaian maklumat.
  • 19. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT 185 Jika anda ingin demonstrasikan bagaimana penyambung Boolean digunakan dalam pencarian maklumat, lawati: http://www.waikato.ac.nz/library/learning/wise/Module2/index10.shtml. Anda perlukan maklumat dalam pembelajaran untuk melakukan tugasan anda. Di OUM, anda mempunyai Perpustakaan Digital TSDAS yang mempunyai sumber maklumat yang terbaik yang dapat membantu anda mengumpul dan mencari maklumat dengan menggunakan pelbagai strategi carian. Langkah 3, 4 dan 5 di Aliran Maklumat dibincangkan secara terperinci dalam Topik 5, 8 dan 9. Aliran Maklumat membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai topik tugasan. Maklumat sumber termasuk buku, jurnal, kertas persidangan dan laman web. Maklumat adalah pangkalan data dengan petikan bibliografik. Perpustakaan Digital TSDAS menyediakan pangkalan data elektronik yang mengandungi e-buku, jurnal dalam talian, tesis dan sebagainya untuk pelajar. Terdapat empat jenis strategi carian pengarang, tajuk, subjek dan kata kunci. E-buku E-jurnal Online Public Access Catalogue (OPAC) Pangkalan data elektronik Penyambung Boolean Perpustakaan digital Strategi carian Sumber maklumat