Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK
SAINS (PPSMI) SEKOLAH R...
3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL
Satu strategi yang diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani cabaran
tersebut adala...
responden? Satu kajian yang terperinci perlu dijalankan untuk mengetahui keadaan yang
sebenarnya berlaku di sekolah.
Meman...
Peralatan ICT yang mencecah jutaan ringgit hanya dapat digunakan dalam tempoh masa 6
tahun sahaja. Isu pengajaran Sains da...
RUJUKAN
Penyataan Media Prof. Dr. Awang Sariyan: Ulasan Gesaan JMM agar PPSMI Diteruskan
Prof. Dr. Awang Sariyan ; Penasih...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPSMI) SEKOLAH RENDAH.

4,548 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPSMI) SEKOLAH RENDAH.

  1. 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPSMI) SEKOLAH RENDAH. 1.0 PENGENALAN JURNAL Pendidikan sains di negara kita telah menjadi semakin penting, Lebih-lebih lagi negara kita ingin mencapai status negara maju seperti dalam Wawasan 2020 yang disarankan oleh Tun Mahathir Mohamad dijadikan sebagai matlamat negara pada masa akan datang sejak tahun 1991. Antara wawasan yang disarankan adalah mewujudkan masyrakat yang saintifik, progresif, inovatif dan penyumbang kepada kemajuan saintifik pada masa kini dan masa hadapan (Hussein Ahmad,1992). Justeru, negara kita perlu mula mengorak langkah memasuki era serba sains dan teknologi pada masa hadapan Oleh yang demikian, persepsi guru sains terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains daripada beberapa perspektif yang berbeza. Dua perspektif itu adalah faedah PPSMI terhadap guru dan pelajar serta pendedahan maklumat dari segi kursus dan bahan sokongan PPSMI seperti media massa, laman web dan lain-lain. Peningkatan umur serta kelulusan akademik dikatakan mungkin mempengaruhi pemikiran dan persepsi guru terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains. Jadi perkaitan antara perpesi guru dengan umur serta kelulusan akademik sains ditinjau. Di samping itu, masalah yang mungkin dihadapi oleh guru semasa perlaksanaan projek PPSMI juga ditinjau. Ia juga meninjau sama ada perbezaan tahap umur serta kelulusan akademik dapat mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh guru sains PPSMI dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains . Selain itu, perkaitan antara masalah yang dihadapi guru sains PPSMI dengan persepsi mereka terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains turut ditinjau. 2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL Era globalisasi telah mempengaruhi pendidikan di Malaysia. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan bagi menghadapi suasana tuntutan baru dalam pendidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru-guru yang terlibat dengan pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berkaitan dengan dasar dan matlamat program tersebut Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden turut memberikan persetujuan yang positif terhadap kursus yang dihadiri, pengajaran dan pembelajaran, sokongan pengetua serta alat bantuan mengajar dalam melaksanakan perubahan tersebut. Kajian juga mendapati bahawa persepsi guru terhadap kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris adalah sederhana . Terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara persepsi guru- guru terhadap matlamat pelaksanaan PPSMI dengan latar belakang guru. Hasil daripada kajian ini juga disyorkan diperbanyakkan kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris serta meningkatkan kualiti perisian perisian proses pengajaran dan pembelajaran
  2. 2. 3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL Satu strategi yang diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani cabaran tersebut adalah dengan melakukan pembaharuan dalam pengajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Bahasa Inggeris telah diakui sebagai sangat penting kerana dalam hampir semua keadaan, ia digunakan untuk penyebaran ilmu dan pengetahuan. Dalam era globalisasi ekonomi dan kerajaan yang berdaya saing, kemajuan teknologi memerlukan kita untuk memahami bahasa teknologi iaitu Bahasa Inggeris. Laporan oleh The International Federation On Documentation (FID), badan yang memantau penyebaran maklumat melaporkan 85% dapatan Sains dan Teknologi ditulis dalam Bahasa Inggeris (Hazita Azman, 2003). Sejajar dengan itu, pada 8 Mei 2002, kerajaan Malaysia telah mengumumkan dasar pengajaran Sains dan Matematik bagi Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah bermula Januari 2003 dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini telah diberi tanda nama Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Polisi ini juga bertujuan membantu mengurangkan kemerosotan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia. Perubahan pedagogi yang melibatkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari lapisan masyarakat. Melihat suasana demikian, pengkaji merasakan adalah perlu kajian terhadap persepsi guru- guru yang terlibat dengan PPSMI diambilkira. Pertimbangan seseorang tentang kesesuaian perlaksanaan inovasi selalu bergantung kepada persepsi seseorang. Persepsi yang positif terhadap perubahan adalah penting kerana ia akan mempengaruhi tingkah laku pengajaran guru dalam bilik darjah. Pendidikan adalah bidang yang sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan keperluan negara. Perubahan dalam pendidikan boleh diertikan sebagai proses pengubahsuaian dan penyusunan semula unsur sedia ada dengan tujuan untuk memperkemas dan mempertingkatkan lagi beberapa aspek dalam pendidikan. Perubahan ini mempengaruhi persepsi para guru dalam menghadapi perubahan atau inovasi ini. Nina Bascia et.al.(2000) menyatakan perspektif guru merupakan salah satu faktor yang selalu terlepas pandang oleh perancang perubahan dalam pembangunan sesuatu inovasi. Guru sebagai pelaksana perubahan mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang sesuatu perubahan yang dilaksanakan secara tergesa-gesa. Beliau menekankan peri pentingnya perspektif guru sebagai maklumat dan panduan dalam merangka polisi. Perubahan itu merupakan satu bahagian yang kecil tetapi memastikan keterlibatan guru dan menjadikan mereka sebahagian dari perubahan adalah sesuatu yang jarang dilaksanakan. 4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL Sehubungan dengan itu, kajian telah dijalankan kerana persoalan yang wujud iaitu adakah guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah menengah mempunyai pengetahuan, latihan dan kemahiran dalam bidang tersebut? Apakah persepsi guru terhadap latihan ? Apakah persepsi mereka terhadap dasar baru ini? Apakah persepsi mereka terhadap sokongan daripada pengetua berhubung dengan pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Adakah persepsi terhadap kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris mempengaruhi persepsi mereka terhadap dasar ini? Adakah terdapat perhubungan antara persepsi guru terhadap matlamat 6 pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan faktor latar belakang
  3. 3. responden? Satu kajian yang terperinci perlu dijalankan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya berlaku di sekolah. Memandangkan dasar ini dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa kajian-kajian ilmiah yang meyakinkan dan langsung bertentangan dengan prinsip pendidikan yang menegaskan kelebihan bahasa ibunda atau bahasa pertama dalam proses penyampaian ilmu, maka pertubuhan-pertubuhan pendidikan daripada pelbagai kaum telah banyak kali menyuarakan perasaan bimbang mereka terhadap dasar tersebut sepanjang tempoh 4 tahun ini. Antaranya, Kongres Pendidikan Melayu Ke-2 yang dianjurkan pada bulan Mac 2005, secara lantang menyatakan bahawa kira-kira 5 ratus ribu orang pelajar Melayu akan keciciran di bawah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akibat kegagalan menguasai bahasa Inggeris. Selain itu, pada 10 Disember 2005, kira-kira 3000 orang daripada pelbagai kaum secara individu atau mewakili pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah menyertai "Persidangan Membantah Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris" yang dianjurkan dengan tujuan menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan supaya memandang serius dan menimbang semula dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang telah banyak membawa kesan negatif kepada semua aliran sekolah rendah, sama ada SK, SJK(C) mahupun SJK(T). Masyarakat Cina pada umumnya prihatin terhadap isu ini. Dalam pada itu, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGSCM) telah menjalankan satu kajian soal selidik mengenai kesan-kesan pelaksanaan formula "2-4-3" di SJK(C) pada akhir tahun 2005 dan awal tahun 2006 untuk menyoroti sejauh manakah pengaruhnya kepada SJK(C) supaya dapat memberi gambaran yang sebenar dan saranan yang membina kepada kerajaan untuk menangani isu ini dengan sempurna. Menurut dapatan kajian tersebut, pelaksanaan formula "2-4-3" bukan sahaja meninggalkan impak negatif kepada guru-guru dan murid-murid, malah juga merupakan penghakisan kepada sistem pendidikan SJK(C) yang selama ini menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama. Memandangkan keadaan yang cukup tenat di SJK(C), maka kami, Pertubuhan- Pertubuhan Cina Utama yang menandatangai bersama, dengan tulus ikhlasnya mengemukan memorandum yang berjudul "Pandangan Dan Cadangan Mengenai Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris" untuk rujukan dan pertimbangan Yang Amat Berhormat Dato' Seri supaya mengambil langkah yang wajar untuk menyelesaikan isu ini dengan sempurna. Kajian-kajian ilmiah telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana dan badan berwibawa tentang kegagalan PPSMI dan kesemuanya telah dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran dan telah disiarkan dalam media am. Kita perlu mengambil iktibar tentang kesilapan masa lampau yang mengorbankan sebahagian besar generasi muda kita melalui pelaksanaan PPSMI. Demikian juga, fakta yang dikemukakan oleh Dr. Mohd. Puad Zarkhasi, seperti PPSMI gagal meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar, kemerosotan keputusan Sains dan Matematik di peringka Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2008 sewajarnya dijadikan renungan dan asas keinsafan. Badan yang bergerak atas nama Melayu sebagai golongan teras negara ini sewajarnya berfikir dan bertindak atas dasar yang jelas, iaitu untuk mempertahankan dan memperkukuh dasar-dasar negara yang sebahagiannya berasaskan golongan teras itu, termasuk kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai asas kenegaraan. Walaupun , pengajaran sains (PPSMI) telah mula menampakkan hasil perlaksanaannya namun atas gesaan dan tentangan dari pelbagai pihak PPSMI telah menemui jalan buntu.
  4. 4. Peralatan ICT yang mencecah jutaan ringgit hanya dapat digunakan dalam tempoh masa 6 tahun sahaja. Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tampaknya masih terus dibangkitkan oleh beberapa pihak meskipun Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa program tersebut akan dimansuhkan pada tahun 2012 dan digantikan dengan program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Yang terkini ialah seruan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar PPSMI diteruskan atas alasan lebih 50 peratus ibu bapa setuju program itu diteruskan. PENUTUP Sebagai hujah ulangan yang telah sekian lama kita kemukakan, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan dua daripada beberapa dasar negara yang bermatlamat membentuk makna diri atau jati diri dan juga perpaduan kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara telah diperundang-undangkan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar hendaklah diupayakan melalui pengajaran mata pelajaran bahasa itu, bukan melalui mata pelajaran lain. Cadangan peningkatan dan penambahbaikan dalam sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan pemelajaran, kaedah pengajaran dan latihan guru bahasa Inggeris perlu dijadikan asas untuk mencapai harapan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Maka itu, MBMMBI yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran perlu diberi ruang dan kesempatan untuk dilaksanakan, bukan dengan berpatah balik kepada pelaksanaan PPSMI.
  5. 5. RUJUKAN Penyataan Media Prof. Dr. Awang Sariyan: Ulasan Gesaan JMM agar PPSMI Diteruskan Prof. Dr. Awang Sariyan ; Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia.;Mantan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China ; 15 September 2011 PERSATUAN Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Nina Bascia et.al.(2000) Sains dan Teknologi ditulis dalam Bahasa Inggeris (Hazita Azman, 2003) The International Federation On Documentation (FID) http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Beri ta&pg=be_01.htm

×