JENRY BIN SAIPARUDIN               CT11210669JURNAL PENDIDIKAN (III) TZ20106b : ISU – ISU PENILAIAN1.0 PENGENALAN JURNAL :...
Keadaan menjadi lebih teruk apabila para pelajar hanya tahu menghafal untukmenghadapi peperiksaan, akhirnya mereka tidak b...
sebegini tidak professional dan akan menjadikan pendidikan yang berorientasikanpeperiksaan semakin teruk. Kesannya, ramai ...
cadangan lain bagi menyempurnakannya. Sekurang-kurangnya masyarakat diberikebebasan atau dapat memberikan idea yang sesuai...
Memandangkan begitu, kita mengharapkan isu ini menarik perhatian semua pihak untukmemikir semula sistem pendidikan nasiona...
RUJUKANUtusan Malaysia; 20hb JUN 2010 ; Pemansuhan UPSR dan PMRColeman Report ("Equality of Educational Opportunity"), 196...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin

869 views

Published on

2 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
869
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
36
Comments
2
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin

  1. 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669JURNAL PENDIDIKAN (III) TZ20106b : ISU – ISU PENILAIAN1.0 PENGENALAN JURNAL : ISU – ISU PENILAIAN Serentak dengan pengisytiharan FPN, sistem pendidikan negara beranjak daripadasistem yang lebih berpusat pada pencapaian akademik kepada sistem yang berpusat padapembinaan sahsiah secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi jasmani, emosi, rohanidan intelek. Kurikulum Bersepadu diperkenalkan dan menjadi tunjang sistem pendidikannegara. Transformasi itu merupakan pelaksanaan yang berdasarkan Laporan KabinetMengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang terbit pada tahun 1979. Ramai orang awam sependapat dalam pemansuhan ini, dan kebanyakkannyamemberikan respon terhadap UPSR dan PMR di mana penggunaan sijil yang terhad untukmemohon sebarang pekerjaan.“ Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMRKENINGAU: Rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman bersetuju terhadap cadanganpemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),tetapi menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih diperlukan.(www.keningaukini.com )”Pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang mampu dan mendesak merekabersekolah setakat peringkat rendah sama ada UPSR atau PMR tidak mempunyai banyakkelayakan untuk mendapatkan pekerjaan walaupun pencapaian akademik dalam penilaianrendah itu adalah baik. Hakikatnya, mereka hanya dapat menyara kehidupan denganmengikut jejak orang tuanya. Pemansuhan UPSR dan PMR tidak banyak mempengaruhi dalam menilai tahappenguasaan pelajar secara menyeluruh pada tahun-tahun pelajar tersebut bersekolah.Kebanyakkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR atau PMR tidak dapat mengekalkankecemerlangan tersebut atas sebab perubahan aras dalam item soalan, perubahan diripelajar mahupun permasalahan luar dan dalam pelajar. Pada masa kini, ibu bapa seakan-akan berlumba-lumba dan mendesak anak-anakmereka untuk mendapatkan gred terbaik dalam UPSR dan PMR tanpa melihat kesan-kesannegative yang boleh mempengaruhi pelajar disebabkan tekanan tersebut. Kesan yangpaling ketara apabila pelajar menunjukkan tiada minat dalam pembelajaran di peringkatSPM dan secara langsung mendorong pelajar tersebut gagal.Selain itu, tekanan dari pihak sekolah untuk mencapai reputasi baik dalam pemerolehandata sekolah yang terbaik sedikit sebanyak memfokuskan ke arah akademik semata-matatanpa mengambilkira masalah pelajar tersebut. Harapan yang tinggi menggunung terhadappelajar tersebut boleh menyebabkan kegagalan jika pelajar tidak mampu untuk mengangkatsubjek-subjek yang mencabar. Oleh kerana keputusan peperiksaan terlalu dititikberatkan, kebanyakan sekolahrendah akan memberi sumber daya yang lebih banyak kepada pelajar yang berprestasitinggi, akibatnya pelajar yang kurang maju diabaikan. Masalah golongan yang diabaikan inimenjadi semakin teruk, menyebabkan peratusan yang tinggi antara mereka berhenti sekolahapabila sampai pada peringkat sekolah menengah.
  2. 2. Keadaan menjadi lebih teruk apabila para pelajar hanya tahu menghafal untukmenghadapi peperiksaan, akhirnya mereka tidak berkemampuan menyelesaikan masalahkehidupan kerana tidak tahu berfikir. Sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkanbanyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat professional yangsanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abab ke 21.2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), ProfMadya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata Kementerian Pelajaran perlu memastikanbahawa pelajar di sekolah rendah mahir dalam 3M (membaca, menulis dan mengira)sebelum memansuhkan dua peperiksaan awam berkenaan. Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangandaripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam sepertiUjian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR).Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhanpeperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlaluberorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba bolehyang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.Sesi Meja Bulat Bincang Cadangan Mansuh UPSR Dan PMRKementerian Pelajaran akan mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan secaramendalam maklumbalas terhadap cadangannya memansuhkan Ujian Pencapaian SekolahRendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak berkepentinganakan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi itu untuk memberi pandangan masing-masing.Beliau yang berterima kasih kepada saranan-saranan yang diberikan pelbagai pihakterhadap cadangan itu melalui media massa, meminta agar perdebatan mengenai cadanganitu dihentikan bagi memberi peluang kepada kementerian itu meneliti segala pandanganyang telah dikemukakan.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata seluruh pimpinan pendidikan negara telahmenunjukkan minat besar terhadap perkara itu dan majoriti respons yang diterima bersetujudengan cadangan itu, walaupun ada sebahagiannya mencadangkan supaya sistempeperiksaan itu hanya ditambah baik dalam bentuk penilaian.3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL Sistem pendidikan negara kita yang memusatkan (centralized) telah menyebabkankandungan pendidikan diputarbelit di bawah faktor politik. Apabila dasar-dasar diputuskanbukan merujuk kepada faktor pendidikan, akan melahirkan keadaan yang tidak adil, sepertikekurangan guru di sekolah rendah aliran Cina. Kesatuan-kesatuan dari aliran pendidikanCina atau Tamil meluahkan rasa terpinggir dalam daya saing dasar pendidikan tersebut. Manakala, pentadbiran pendidikan birokrasi yang mementingkan keuntungan dankeputusan prestasi sendiri pula akan menjadikan peperiksaan sebagai alat pengurusanutama mereka untuk menguasai pengetua dan guru - guru di sekolah. Pihak pentadbiran
  3. 3. sebegini tidak professional dan akan menjadikan pendidikan yang berorientasikanpeperiksaan semakin teruk. Kesannya, ramai ketua-ketua jabatan hanya memandangkeputusan di atas kertas iaitu peperiksaan dalam menilai pelajar walaupun pelajar berikutmempunyai bakat dan kecenderungan dalam sukan tetapi demi reputasi yang dikejar dankebanggaan setiap ketua-ketua jabatan, bakat pelajar tersebut dinafikan,selainmenyebabkan pelajar tersebut berkemungkinan akan tercicir dalam akademik. Hakikatnya, pendidikan yang berorientasikan peperiksaan turut menyusahkan merekayang kurang berpendapatan atau golongan yang miskin. Menurut Coleman Report, 1966,kebanyakan keputusan pengajian pendidikan menunjukkan bahawa latar belakang dankeadaan sosio-ekonomi keluarga seseorang pelajar ada kaitan yang rapat dengankeputusan peperiksaannya. Penguasaan pelajar dalam pelajarannya banyak dipengaruhioleh peredaran zaman yang pantas sekarang ini, Malahan faktor keluarga lebihmempengaruhi pelajar jika dibanding dengan faktor sekolah. Lain kata, pelajar yangberprestasi maju biasanya datang daripada keluarga yang berpendapat sederhana atautinggi. Secara tersirat,kita telah membahagikan kategori terhadap kehidupan pelajar; contoh,murid yang miskin tidak akan mampu mengubah nasib dirinya jika ia tidak dapat mencapaiakademik yang baik. Namun demikian, kesemua fokus media, biasiswa yang diberi oleh pertubuhan sertapengumuman keputusan baik atau pemujian oleh pihak kerajaan mahupun masyarakatadalah kepada golongan pelajar yang berprestasi maju sahaja dalam pencapaianakademik semata-mata. Segala fokus dan kebaikan diberi kepada golongan inimengakibatkan golongan lemah yang sepatutnya mendapat tumpuan telah diabaikan.Ketidak adilan pemberian sumber pembelajaran kepada mereka yang lemah danberprestasi rendah akhirnya tidak mendapat bantuan yang secukupnya. Masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi menganggap peperiksaansebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua, adalah tidak adil.Fungsi peperiksaan telah disalahgunakan justeru mempengaruhi pengajaran para guru.Guru cenderung mengajar pelajar yang bagus sahaja dan mengabaikan mereka yanglemah. Walaupun diatur untuk membimbing pelajar yang lemah, guru juga tidak berusahabersungguh untuk mengajar. Objektif untuk membentuk dan melahirkan modal insan hanyatertumpu kepada pelajar yang berprestasi tinggi dalam akademik namun tidak jika pelajartersebut berprestasi dalam kegiatan sukan.4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL Setelah peninjauan yang mendalam,berdasarkan penghormatan terhadapprofesionalisme pendidikan, menimbangkan keburukan pendidikan berorientasikanpeperiksaan dan kekecohan selepas pemansuhan peperiksaan awam, jika mengekalkanUPSR dan PMR, sistem baru mungkin sukar didirikan. Dengan ini, kita mengharap agarKementerian Pelajaran menyediakan dan mengumumkan rancangan pentaksiran alternatifyang selaras dengan kehendak membentuk modal insan yang seimbang. Rancangan alternatif Kementerian Pelajaran harus memastikan orientasi peperiksaansekarang diubah dan digantikan dengan pendidikan humanistik yang mementingkanpembangunan dan pembelajaran keseluruhan murid, memelihara modal insan yangdiperlukan oleh negara dan masyarakat. Bakat dan kemahiran murid dapat diasah dan bolehmembantu pelajar dalam kelangsungan kehidupan yang semakin mencabar kini. Selain itu, objektif pendidikan adalah utama, sistem pentaksiran ialah sampingan,rancangan alternatif juga sama. Jika rancangan alternatif Kementerian Pelajaran tidaksempurna, ia mesti terbuka kepada pihak berkepentingan masyarakat untuk memberi
  4. 4. cadangan lain bagi menyempurnakannya. Sekurang-kurangnya masyarakat diberikebebasan atau dapat memberikan idea yang sesuai untuk mereka dalam arena global. Sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran sedia ada hendaklah dilakukan hanyasetelah kajian terperinci dilakukan. Pengalaman yang lalu di mana perubahan-perubahanyang dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa kajian terperinci telah membawa kesan yangamat buruk kepada sistem pendidikan negara. Segala keperluan asas dan infrastrukturhendaklah disiapkan dengan sempurna sebelum sebarang perubahan kepada sistempentaksiran dilakukan. Profesionalisme dan kebijaksanaan guru memang penting, tetapi yang paling pentingbagi guru ialah dorongan misi. Oleh itu, Kursus KPLI kini perlu dikaji semula untukmengelakkan pelatih menerusi saluran ini memilih kerjaya ini kerana tidak dapat pekerjaanlain, ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan dari jangka masa panjang. Selainpertindihan penempatan dari Institut Perguruan atau Universiti Pendidikan, kita memerlukankualiti dalam mendidik anak bangsa supaya mereka memperoleh ilmu yang berkualitisecara langsung dapat bersaing dalam dunia global. Sistem pendidikan nasional harus didesentralisasikan, kerajaan perlu meletakkan kuasapendidikan, menyelaraskan sistem birokrasi yang rigid, menambahkan keelastikan sertamengurangkan simptom-simptom ketidakadilan dan tidak munasabah. KementerianPelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesionalpendidikan demi menuntut keseimbangan kemahiran dalam masyarakat. Justeru, fokusdalam melaksanakan sesuatu dasar tetap konsisten tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktoryang tidak berkaitan untuk melahirkan dan membentuk modal insan yang berdaya saing. Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru, bukansahaja masalah prestasi guru besar dan sekolah. Tetapi juga masalah budaya suatumasyarakat. Maka kita patut menyarankan agar masyarakat sivil menubuhkan pakatanreformasi pendidikan yang merangkumi ahli pakar, ahli akademik, pendidik, ibubapa dan ahlimasyarakat, supaya membincang dan mengutarakan pendapat berhubung denganreformasi pendidikan, memantau rancangan dan pelaksanaan pemansuhan kedua-duapeperiksaan tersebut. Sudah semestinya golongan yang berlatar-belakangkan pendidikanatau perguruan dapat menyelami sedikit sebanyak kaedah-kaedah yang dikenalpasti bagimeningkatkan aras pencapaian diri pelajar. Selain itu, dalam menjalankan penyelidikanhendaklah lebih mendalam setelah mendapat maklumbalas daripada perbincangan denganLPM untuk memurnikan lagi SPPM, agar ia dapat disesuaikan dengan hasrat dan kehendakKPM untuk perlaksanaan pada skala yang lebih besar di seluruh negara. Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklamat sistem pendidikan nasional ialahmencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaanmasyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih meneliti peluang pendidikan kanak-kanak kelas menengah dan rendah, ia termasuk pengagihan sumber dalaman sekolah,umpamanya cara menyusun kelas-kelas, pengagihan guru-guru dan lain. Dengan ini,semangat mengajar tanpa kira jenis dan kebolehan pelajar boleh direalisasikan. Maka jelaslah, pendidikan berorientasikan peperiksaan sekarang tidak mampu lagimencapai objektif pendidikan seperti yang dirancang, sebaliknya menghasilkan generasibaru yang hilang keseimbangan antara jasmani dan mental dan hilang daya saing. Ini bukansahaja tidak mendatangkan kebaikan bagi sendiri dan masyarakat, ia sebenarnyamenyebabkan banyak masalah sosial, termasuk masalah penggangguran mahasiswa,jenayah belia dan lain-lain. Selain daripada itu, pendidikan negara kita sentiasa dipergunakan sebagai alatmemajukan dasar pendidikan bahasa tunggal, ia terlalu dipolitikkan dan pendapatprofessional tidak dititikberatkan. Ini menyebabkan Kementerian Pelajaran hilang fungsinya.
  5. 5. Memandangkan begitu, kita mengharapkan isu ini menarik perhatian semua pihak untukmemikir semula sistem pendidikan nasional termasuk Akta Pendidikan 1996. KementerianPelajaran sendiri juga harus mengkaji semula dasar-dasar sedia ada untuk memastikansistem pendidikan negara kita boleh merentasi halangan politik, birokrasi dan kepentingankaum yang sempit, ia harus kembali kepada intipati pendidikan.5.0 PENUTUP Kementerian Pelajaran kembali meneliti dan bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah:“Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.” Sehubungan dengan ini, kita harus menggunakan peluang polemik ini yang mungkinmerealisasikan reformasi pendidikan, meninjau dari segi profesionalisme pendidikan, dariteori hingga ke sistem, dari pusat ke tempat, mengadakan pengajian semula keseluruhanterhadap semua aspek sistem pendidikan negara kita. Kita bertanggungjawab mengusulkandasar yang profesional, berharap ia akan meningkatkan kualiti warganegara, meluaskan danmembangunkan kekuatan negara kita iaitu kepelbagaian budaya dan kepelbagaian bahasa,memperkasakan daya saing negara dalam ombak globalisasi. Dengan ini, kita pasti akanboleh mengorak langkah ke Wawasan 2020, negara maju dan berpendapatan tinggi. Akhir sekali, peralihan paradigma yang cuba dilakukan oleh Kementerian Pelajaranhendaknya tidak semata-mata berlangsung dalam bentuk pemansuhan dua peperiksaanumum itu, tetapi hendaklah benar-benar kembali kepada terasnya, iaitu pelaksanaan sistempendidikan yang dapat membina insan yang baik, sesuai dengan matlamat pendidikan yangdigariskan oleh Islam (dan agama lain), dan telah pun diisytiharkan dalam FalsafahPendidikan Negara.
  6. 6. RUJUKANUtusan Malaysia; 20hb JUN 2010 ; Pemansuhan UPSR dan PMRColeman Report ("Equality of Educational Opportunity"), 1966.Pusat Pembangunan Kebudayaan LLGhttp://pmr.penerangan.gov.my ; Isu pemansuhan UPSR dan PMRwww.keningaukini.com : Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMRPersatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad AliHassan ; Penguasan 3M.

×