Masalah pembelajaran sains

12,134 views

Published on

1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
12,134
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
637
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Masalah pembelajaran sains

  1. 1. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ MASALAH PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH 1. PENGENALAN Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) mendefiniskan pengajaran dan pembelajaran “berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya, sistemnya dan lain-lain”. Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan yang diusahakan secara bersama oleh guru dan para pelajarnya. Guru hendaklah merancang pengajaran secara sistematik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sukatan pelajaran agar perlaksanaan pengajaran itu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembelajaran pula didefinisikan sebagai “proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The Condition of Learning, beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai “perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Menurut Woolfolk (1980), didalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran merupakan “perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru”. Pembelajaran sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga profesional didalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton minat para pelajar terhadap bidang sains sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi sering diperdebatkan oleh pakarpakar ilmuan pada masa kini. Masalah ini berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan para pelajar itu sendiri terhadap subjek sains sejak dari peringkat sekolah rendah. 1
  2. 2. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan negatif para pelajar terhadap subjek sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian aktiviti pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang efektif untuk memastikan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang bermakna. Masalah pembelajaran sains dapat diatasi sekiranya para guru sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk memastikan objektif pembelajaran mencapai matlamatnya. 2.0 Jenis Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah. Masalah pembelajaran sains di sekolah rendah merupakan faktor penyebab utama mengapa para pelajar kurang meminati mata pelajaran sains di sekolah rendah. Murid-murid sering menyatakan bahawa belajar sains dan matematik adalah membosankan. Melalui kefahaman mereka, pembelajaran sains hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan. Aktiviti pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat jarang dipraktikkan oleh guru. Dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor berikut merupakan jenis masalah pembelajaran sains di sekolah rendah. I. Pembelajaran berorientasikan peperiksaan. II. Kurang aktiviti pembelajaran berkumpulan. III. Kaedah penyoalan yang lemah. IV. Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan. Setiap permasalahan yang dinyatakan merupakan penyumbang kepada kemerosotan jumlah para pelajar yang mengikuti bidang sains di institut pengajian tinggi dan juga menjadi faktor kepada persepsi negatif para pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah untuk mempelajari sains. Untuk mengatasi masalah ini, kaedah dan teknik pembelajaran yang dirancang oleh guru haruslah mengikut kecerdasan pelbagai para pelajar. Hal ini 2
  3. 3. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ amat penting untuk menarik minat para pelajar mempelajari sesuatu topik sains dengan mudah dan berkesan.Cara pengajaran dan teknik pengajaran juga memainkan peranan didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual dan konstruktivisme mampu menarik minat murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Murid-murid cenderung kepada pembelajaran interaktif dan pengajaran hendaklah berpusat kepada murid manakala guru bertindak sebagai fasilitator didalam kelas. Guru harus mahir didalam menghasilkan alat atau bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa dan selepas kelas. Pengajaran hendaklah berasakan penglibatan murid sepenuhnya dan murid hendaklah menyertai proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. 2.1 Pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Penilaian perkembangan akademik para pelajar di Malaysia adalah berasaskan kepada keputusan peperiksaan awam yang mereka duduki seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Peperiksaan awam ini telah dilembagakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan ianya sah sebagai keputusan rasmi akademik seseorang pelajar. Keputusan peperiksaan secara keseluruhan akan menentukan tahap prestasi akademik sesebuah sekolah di Malaysia. Kebanyakkan guru-guru sains di peringkat sekolah rendah akan berusaha untuk memastikan para pelajar lulus dengan cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus agar peratusan gred pencapaian pelajar lulus dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun. Melihat kepada perkara ini, didapati bahawa tujuan utama guru mengajar sains adalah untuk memastikan para pelajar lulus dan bukannya untuk membolehkan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan secara bermakna. Apabila senario ini berlaku, para pelajar kurang didedahkan dengan kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains kerana 3
  4. 4. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ keadaan ini kurang membantu para pelajar mendapat markah secara keseluruhan. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara hafalan fakta, teori, konsep dan hukum sains semata-mata tanpa melibatkan aktiviti pembelajaran yang pelbagai. Konsep pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual, inkuiri dan konstruktivisme hanya ditulis pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tanpa dilaksanakan sepenuhnya. Guru mengajar secara tradisi dengan menggunakan penerangan dan papan tulis. Para pelajar merasakan mereka sebagai pendengar secara pasif dan tidak dilibatkan sepenuhnya didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan para pelajar kurang minat untuk mempelajari sains kerana fokus dan objektif utama mereka adalah untuk menghafal pembelajaran dan lulus didalam subjek sains. Apabila para pelajar tidak didedahkan dengan kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains, tahap kognitif mereka juga tidak berkembang dengan sepenuhnya. Kemahiran ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran mental dan fizikal para pelajar didalam menyelesaikan sesuatu masalah secara saintifik. 2.2 Kurangnya aktiviti pembelajaran berkumpulan. Pembelajaran kumpulan umumnya dikaitkan dengan strategi pembelajaran koperatif. Menurut Johnson & Johnson (1991), “secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai objektif pembelajaran”. Fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial. Menurut Slavin (2005),“pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar”. Para pelajar kurang meminati pembelajaran sains kerana pembelajaran berpusatkan guru dan mereka menjadi pendengar yang pasif. Pembelajaran koperatif menekankan interaksi sosial di mana setiap ahli kumpulan perlu 4
  5. 5. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-membantu untuk mencapai matlamat kumpulan di dalam konteks pembelajaran. Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua ahli didalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan jelas dan tertentu dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Pembelajaran koperatif juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif seseorang pelajar Kebanyakkan guru kurang menerapkan pembelajaran secara berkumpulan kerana menganggap pembelajaran sebegitu akan menjejaskan tumpuan pelajar yang cemerlang untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran sains di sekolah rendah juga kurang melibatkan aktiviti pembelajaran kumpulan kerana faktor-faktor berikut: I. Kekangan masa Para guru mendapati bahawa masa yang diperuntukan adalah tidak mencukupi untuk melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan kerana mereka terpaksa mengambil kira faktor penyediaan kumpulan, agihan masa dan penyediaan radas atau bahan. II. Tiada kemudahan makmal sains Pembelajaran secara eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat kurang berlaku di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman kerana kekurangan peralatan atau radas sains yang bersesuaian untuk melaksanakannya. 2.3 Kaedah penyoalan yang lemah. Pembelajaran sains secara berkesan memerlukan para guru menggunakan kaedah penyoalan kognitif aras tinggi agar ianya dapat membuka minda para pelajar ke arah penyelesaian saintifik. Para pelajar harus didedahkan dengan soalan mengapa, kenapa, bagaimana sesuatu fenomena dan kejadian berlaku didalam aspek sains. Teknik penyoalan memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan objektif pelajaran mencapai matlamatnya. Sedar atau tidak, kriteria 5
  6. 6. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ kemahiran teknik penyoalan guru-guru amat dititik beratkan semasa penilaian Jemaah Nazir Sekolah, pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak pentadbir sekolah yang terlibat didalam pemantauan pengajaran dan pembelajaran guruguru di sekolah. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran seseorang guru menguasai teknik dan kemahiran menyoal secara langsung menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku didalam kelas. Didapati bahawa para guru melakukan beberapa kesilapan semasa menyoal para pelajar didalam kelas. Diantaranya ialah: I. Soalan yang tidak jelas. II. Bersifat spontan. III. Tidak menentukan tujuan soalan. IV. Soalan hanya sekadar mencungkil ingatan dan memahami fakta. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, penyoalan lebih berpusat kepada para pelajar yang cemerlang jika dibandingkan dengan para pelajar pasif kerana guru mengharapkan jawapan daripada membimbing para pelajar untuk mendapatkan jawapan melalui interaksi positif. Didalam erti kata lain, para pelajar hanya menjawab dan bertanya apabila perlu. Didalam konteks ini, proses pengajaran berlaku namun ianya bukan pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar. Di peringkat sekolah rendah, para pelajar mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Pelbagai persoalan timbul didalam minda mereka untuk mengetahui punca dan sebab sesuatu perkara berlaku. Para guru harus mahir memanipulasikan soalan yang ditanya agar ianya dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari sains sebagai salah satu matapelajaran yang menarik. 2.4 Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan. Pembelajaran secara konstruktivisme didalam proses pengajaran dan pembelajaran sains membantu murid-murid membina analogi, contoh dan 6
  7. 7. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ kaedah mengingati dengan cara mereka tersendiri berdasarkan pengalaman sedia ada agar ianya menjadi satu bentuk kefahaman yang baru. Mengikut Anderson & Block(1975), pembelajaran masteri “ ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten”. Pembelajaran masteri harus dilaksanakan kerana murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan murid harus menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dipelajari. Pembelajaran juga dipecahkan kepada unit yang lebih kecil agar ianya mudah untuk dikuasai. Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti “hand-on” dan “mind-on”. inkuiri merupakan “proses mencari dan Menurut Shulman (1968/1973), menyiasat, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah”. Trowbridge, Bybee dan Sund (1981), menyatakan definisi penemuan adalah “apabila individu menggunakan proses mental untuk membentuk konsep atau prinsip”. Pembelajaran secara inkuiri membolehkan para pelajar mengenali sesuatu masalah, mereka bentuk penyelesaian masalah dan mencari jalan penyelesaian masalah. Strategi pengajaran yang dinyatakan diatas kurang dipraktikkan oleh guru didalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kerana inilah murid-murid kurang meminati sains. Guru tidak berusaha untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran sehingga mengakibatkan para pelajar menjadi bosan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang kekal sama. Setiap topik pengajaran dan pembelajaran mempunyai strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang tersendiri. Sekiranya guru tersebut mahir memanipulasikan strategi pengajaran, sesi pembelajaran sains akan menjadi mudah dan menarik bagi para pelajar. Tumpuan dan perhatian yang mereka berikan akan memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan guru 7
  8. 8. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ ISU : MASALAH PEMBELAJARAN SAINS MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-baru ini melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains. Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi. Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di university. Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan Negara. Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku lambakan graduan yang gagal mendapat 8
  9. 9. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka ikuti. Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri daripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi menjayakan agenda pembangunan Negara. Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus pada 2012. Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belum tercapai. Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam bidang sains, matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan. Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan. 9
  10. 10. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan inovatif. Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002. BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi di Negara ini. Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif. Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan. Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap „kotor‟. 10
  11. 11. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia memerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi. Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan tranformasi ekonomi negara. 11
  12. 12. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ MASALAH KAJIAN Matapelajaran Sains merupakan satu subjek yang sangat penting hari ini. Namun begitu, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi oleh guru bagi menarik minat murid untuk menguasai pelajaran ini. Antara masalah yang dihadapi ialah, murid tidak memahami konsep sains dengan baik serta tidak dapat untuk mengaitkannya dengan kehidupan seharian mereka. Sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, pasti mereka akan berasa seronok dan teruja untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan Sains ini. Seterusnya , mereka dapat mengaplikasi atau menghubungkaitkannya dengan kehidupan seharian mereka. Contohnya , secawan air milo panas diletakkan di atas meja selama beberapa minit. Kemudian, ia didapati telah sejuk. Apabila murid diminta membuat inferens, mereka hanya menyatakan bahawa air menjadi sejuk kerana dibiarkan di atas meja dalam jangkamasa beberapa minit. Mereka tidak dapat menyatakan inferens yang tepat mengikut apa yang telah dipelajari dalam sains, walaupun mereka mengetahuinya. Misalnya, memberi jawapan seperti „ air kehilangan haba‟. Selain itu, aktiviti seperti ini lebih menarik dan seronok jika dilakukan secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan. Ini dapat menjana idea yang pelbagai dan mewujudkan interaksi antara murid. Secara tidak langsung nilainilai dalam pelajaran sains ini lebih mudah untuk diterapkan seperti berani mencuba, memberi idea dan menghubungkaitkan idea. Sehubungan dengan ini, saya cuba untuk melakukan sesuatu bagi menangani masalah tersebut di atas. Saya telah merancang satu Rancangan Pengajaran Sains bagi murid tahun 6 di sekolah saya dan akan melaksanakannya . Saya bercadang untuk menggunakan kaedah projek dan menekankan slogan….‟ Kemahiran Proses Sains (KPS) „. Setelah eksperimen dilakukan, murid akan bersoaljawab dengan guru melalui pemerhatian yang 12
  13. 13. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ dibuat. Sekiranya jawapan murid tidak menepati jawapan yang dikehendaki…slogan „KPS‟ akan di laungkan…murid diharap dapat memikirkan semula jawapan mereka dan mengaitkan dengan kemahiran dan pengetahuan sains yang telah dipelajari. Kaedah projek ini juga merupakan aktiviti berkumpulan yang dapat membantu murid untuk memperolehi pelbagai info daripada rakan-rakan melalui perbincangan. 13

×