SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
Aktiviti 4.3

Mengapakah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) menimbulkan konflik? Bagaimanakah penyelesaiannya?

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah
nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan atau ibunda sebagai bahasa perantara dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu
perdebatan yang hangat sehingga menimbulkan konflik semenjak dilaksanakan oleh
pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009,
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa dasar ini akan
dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 setelah kajian mendalam dilakukan.

       Menurut Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Dasar Pengajaran dan Pembelajaraan
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan pada tahun
2003, adalah suatu dasar yang dipersoalkan oleh ramai intelek Melayu dan kaum lain dengan
serius. Wujud empat isu besar yang sering dikemukakan. Pertama, kesahihan dasar ini
ditentang. Dasar PPSMI ini melanggar Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia. Di samping itu ia juga melanggar hak asasi rakyat, dan juga Akta Pendidikan. Kedua,
tujuan memandaikan rakyat melalui sebuah bahasa asing itu adalah bertentangan dengan teori
pembelajaran. Kita belajar dengan berkesan melalui bahasa ibunda. Proses pembelajaran
melalui bahasa ibunda sekarang sudah terbukti berjaya, dan dasar PPSMI ini memutar jarum
jam ke belakang. Ketiga, ada banyak kesan negatif penggunaan bahasa Inggeris ini kepada
hasrat negara bagi membina bangsa Malaysia. Hasrat ini dilihat sebagai terancam kuat.
Seterusnya, keempat, tujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar melalui
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik itu juga adalah sesuatu yang tidak dapat
diterima dari segi pembelajaran bahasa.

       Sejak awal pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan
tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik,
akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut
termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri
kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda
murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.


                                                                                            1
Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang
bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-
kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada
peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat
mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa
keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. Dasar ini juga berat sebelah
kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang
antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga
menjejaskan pemahaman konsep Sains dan Matematik kepada murid-murid biasa kerana
mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka. Konflik akan wujud di antara
masyarakat ini. Beberapa alasan juga dikemukakan oleh golongan sasterawan, budayawan dan
cendekiawan iaitu Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia,
Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak
mengabaikan bahasa ibunda.

       Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada
negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan
berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan
Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru
dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia
bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah
dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi
masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam
dunia industri, sains dan teknologi (Ab Rahman, 1992)

       Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang
menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu
yang telah lama menjadi lingua franca". Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih
dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang
menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua,
warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial,
iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya. Mereka
menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan
kemaskini.   Mereka   tidak   membantah    pengajaran   bahasa   Inggeris   sebagai   bahasa
                                                                                           2
antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa
diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai
sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat
Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di
peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

       Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian
yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa
Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar
berbahasa tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa
Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya. Prof. Abdul Aziz Bari menyatakan dengan
jelas kedudukan isu ini sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Beberapa memorandum telah dibuat bagi membantah dasar ini. Antaranya ialah memorandum
daripada GMP, memorandum ASASI tentang PPSMI, Kebimbangan kumpulan Prihatin, Isu
Bahasa dan Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin, Petisyen kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia, Resolusi Seminar Agenda Melayu daripada PEMANIS, dan Usul Persatuan Penulis
Kuala Lumpur (KALAM). Kesemuanya bertujuan agar dasar PPSMI ini hendaklah segera
dimansuhkan. Dan keperluan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris perlulah dilihat
sebagai sebuah isu yang berlainan, dan diselesaikan secara mengajarkan bahasa Inggeris
sebagai satu mata pelajaran.




                                                                                       3
Aktiviti 5.7

a. Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik berinteraksi dalam bilik darjah.

Bilik darjah adalah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan
perkataan dinamik pula membawa maksud bertenaga atau daya fizikal yang mampu
menggerakkan sesuatu. Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik
darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasinya untuk menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara formal dengan penuh minat, memberangsangkan,
aktif dan mencapai objektif. Interaksi pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara
individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam
sekitarnya. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan.

       Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah.
Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa
mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan
dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran,
ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik
dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan
guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi
kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu
tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

       Interaksi sehala merupakan corak interaksi yang ditentukan oleh guru kelas dan murid-
murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelanjaran secara aktif . Contoh interaksi
sehala ialah guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru dengan menjalankan kaedah
kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi dimana guru yang
mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
Interaksi sebegini akan saya laksanakan kepada kelas yang dapat memberikan tumpuan yang
baik dan memahami penjelasan yang diberikan. Pada pendapat saya, corak sebegini kurang
sesuai untuk dipraktikkan kepada pelajar yang lemah kerana kebanyakan pelajar kurang
berminat untuk menumpukan pembelajaran secara berterusan tanpa penglibatan mereka dalam
sebarang aktiviti kelas.

       Selain itu, Interaksi dua hala diantara guru dengan murid ialah guru menggunakan
pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di

                                                                                             4
dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala. Ciri-ciri interaksi dua hala ialah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif, perhubungan guru dengan murid menjadi rapat
akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah dan juga ia menggalakkan murid-murid untuk
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta
pendapat mereka. Pada pendapat saya, corak interaksi seperti ini sesuai dilaksanakan kepada
kelas yang mempunyai purata pelajar yang pintar mahupun lemah kerana guru memberikan
peluang kepada murid untuk sama-sama terlibat dalam proses pengajaran. Contohnya saya
akan memberikan penjelasan juga akan mengemukakan soalan, mengadakan perbincangan
dan sebagainya dengan murid untuk mewujudkan interaksi yang positif dengan pelajar.

       Dalam interaksi dua hala di antara murid dengan murid, guru menggunakan pendekatan
kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosia grama sebagai
aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelanjaran. Interaksi antara murid dengan
murid ini dapat menyumbangkan lebih banyak idea-idea yang bernas dengan berkongsi
maklumat yang ada dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Sebagai seorang pendidik, saya
amat tertarik dengan corak interaksi ini kerana ia member peluang kepada pelajar untuk
mengembangkan potensi dan juga bakat yang ada dalam diri mereka. Pembelajaran juga akan
menjadi lebih menarik kerana adanya kerjasama antara semua pelajari bagi menjayakan
sesuatu tugasan mahupun aktiviti yang diberikan. Disini, kita akan dapat melihat kreativiti yang
wujud dalam diri pelajar. Interaksi ini amat sesuai untuk dilaksanakan kepada pelajar yang
lemah dengan member mereka ruang untuk menunjukkan potensi yang ada selain dalam
pembelajaran.

       Seorang pendidik juga boleh menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran
seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji, kaedah
penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai
hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah. Ciri-ciri
penting dalam interaksi ini ialah komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid
dan murid dengan murid, penyertaan aktif murid dalam process pengajaran dan pembelajaran
dan suasana yang kondusif untuk mengedalikan process pengajaran dan pembelajaran.

       Sebagai seorang guru juga kita perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana
berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu
serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad.

                                                                                                 5
Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi
secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi
kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-
murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan
optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions
of Parallel Universes", 1994).

       Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis.
Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima,
maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku
apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas
amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid,
maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa
kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).

Kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962
dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara
tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :

1. Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar

2. Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas

3. Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran

4. Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat
mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan
murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :

1. Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat
melahirkan kemesraan antara guru dengan murid

2. Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan
hendaklah ikhlas dan jujur


                                                                                           6
3. Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan
daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan

4. Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan
kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid

5. Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

6. Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau
berkomunikasi dengan murid

7. Sentiasa mengulang isi-isi penting

8. Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran

9. Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum
balas

b. Nyatakan bentuk-bentuk interaksi yang boleh mendatangkan kesan negatif.

Terdapat      beberapa     bentuk-bentuk    interaksi   yang   mendatangkan      kesan-kesan
negatif. Antaranya adalah seperti yang berikut:-

a)      Guru sukar berterus terang

b)      Emosi guru atau murid yang tidak terkawal. Hal ini akan menjejaskan penumpuan.
Tumpuan yang kurang teliti akan turut menjejaskan interaksi antara murid dan guru.

c)      Guru yang tidakmelayani maklum balas murid

d)   Kebisingan dalam bilik darjah. Kelas yang bising akan mengganu interaksi yang berkesan.
Murid-murid mungkin sukar untuk mendenganre isi pelajar yang disampaikan oleh guru.

e)      Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang

f)      Suasana bilik darjah yang kurang kondusif

g)      Tulisan yang kurang jelas pada papan tulis mengganggu maklumat atau mesej yang ingin
disampaikan kepada murid.




                                                                                           7
Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya
menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-
murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang
bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut :

1. Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid

2. Enggan menerima langsung cadangan dari murid

3. Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid
dengan    persekitaran bilik darjah

4. Suka menengking dan memarahi murid

5. Selalu memberi amaran

6. Gagal menyediakan kemudahan kepada murid

Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut :

1. Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid

2. Menerima perbezaan pendapat dari murid

3. Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna

4. Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah

5. Bersimpati dengan masalah murid

Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak
membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru
yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada
pembelajaran murid-murid. Sebagai seorang pendidik, sifat-sifat dominatif perlu dielakkan
ketika pengajaran dan pembelajaran.




                                                                                              8
Aktiviti 6.2

Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan.

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan
kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa iaitu Zaman Pramerdeka
(sebelum 1957); Zaman Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-
1990); Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan Zaman Dasar Wawasan Negara
(2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat
aliran, iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah
mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama
lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan
pada masa itu,

       Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi
penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan
mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan
masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan
pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini
terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal
kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka
Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah
ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama
untuk semua kaum.

       Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,
antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,
                                                                                    9
manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah
rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai
semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan
pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

        Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an,
peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan
fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan
telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara.
Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar
yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas
perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan
pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996;
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan
lain-lain. Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;

2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun
1999;

3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;

4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI); dan

5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)


                                                                                         10
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21,
penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar
dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan
(Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran
Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF
diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid
Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah
(Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

       Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah
penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan
pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

Faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan.

Secara umumnya, terdapat dua faktor yang utama tentang faktor-faktor orang Melayu yang
tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan:

1. Faktor dasar penjajah

- pecah dan perintah = a) pecah dan perintah di antara orang Melayu, Cina dan India

                       b) pecah dan perintah di antara orang Melayu sendiri

- pendidikan vernakular

2. Faktor orang Melayu itu sendiri

- kebencian terhadap penjajah

- kemasukan terhad

- tiada kesedaran




                                                                                          11
Faktor Dasar Penjajah

       Dasar penjajah iaitu dasar yang menekankan kepada prinsip pecah dan perintah telah
mengakibatkan orang Melayu tidak ramai ke sekolah. Melalui dasar ini, pendidikan Melayu
hanya diadakan pada peringkat yang rendah sahaja. Bagi mereka yang ingin melanjutkan
pelajaran ke peringkat sekolah menengah, mereka terpaksa pergi ke bandar untuk memasuki
sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah Melayu yang diadakan hanya bertujuan untuk mengekalkan
orang Melayu di kampung dan mewarisi kerja-kerja ibubapa mereka serta berkekalan dalam
kemiskinan keluarga. Selain itu, skop dan kurikulum sekolah Melayu adalah terhad. Pendidikan
Melayu tidak menyumbang kepada kemajuan dan mobiliti sosial di kalangan orang Melayu.
Melalui dasar ini, penduduk adalah dipisahkan mengikut kaum dan ekonomi masing-masing.
Orang Melayu mengamalkan prinsip pengasingan dengan penekanan daripada pihak penjajah,
orang Cina pula mengamalkan prinsip ³tidak peduli´ manakala orang India juga mengamalkan
prinsip pengasingan tetapi kebajikan mereka dijaga.

       Oleh yang demikian, pendidikan vernakular telah diamalkan pada era penjajahan.
Sekolah vernakular Melayu didirikan oleh kerajaan British dengan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidkan hanya diberikan pada peringkat sekolah rendah
sahaja serta dibina di luar bandar. Kemudahan persekolahan pula serba kekurangan serta
pelajar sekolah ini sukar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Maka,
sekolah ini kurang mendapat sambutan di kalangan orang Melayu itu sendiri kerana tiada
pengajaran al-Quran serta tiada peluang menjawat jawatan tinggi. Sekolah vernakular Cina pula
ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti-parti politik. Di sekolah ini, bahasa Cina khususnya
Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar. Guru dan buku teks pula diimport daripada
negara China bagi mengekalkan indentiti kecinaan di Tanah Melayu. Sekolah ini telah
mendapat sokongan yang mengalakkan daripada masyarakat Cina kerana terdapatnya sekolah
rendah dan menengah serta pelajarnya boleh menyambungkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi iaitu ke pusat pengajian tinggi di China.

       Sekolah vernakular Tamil pula, ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab
sosial untuk menjaga kebajikan masyarakat India. Bahasa Tamil dijadikan sebagai bahasa
pengantar. Guru dan sukatan pelajaran adalah berorientasikan sistem pendidikan negara India
serta hanya menawarkan pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja. Sekolah ini juga
kurang mendapat sokongan kerana ibubapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di
ladang dan tidak ada peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi. Selain dasar pecah dan

                                                                                              12
perintah di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India, dasar ini turut mengasingkan
kalangan orang Melayu itu sendiri. Contohnya pertubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar,
1905, adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Faktor orang Melayu itu sendiri.

Faktor pertama ialah kebencian orang Melayu terhadap penjajah. Orang Melayu telah banyak
mengadakan protes terhadap pentadbiran Inggeris serta berasa curiga terhadap tujuan Inggeris
untuk menubuhkan sekolah. Ini mencetuskan kebencian orang Melayu terhadap Inggeris.
Mereka bimbangkan tujuan Inggeris adalah untuk mengkristianan orang Melayu maka
masyarakat Melayu pada masa itu lebih rela menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama
ataupun tidak pergi ke sekolah langsung. Faktor kedua ialah kemasukan yang terhad. Pada era
penjajahan, sekolah Inggeris atau peringkat persekolahan yang lebih tinggi hanya ditawarkan
kepada golongan bangsawan dan anak-anak raja sahaja bagi membolehkan mereka menjawat
jawatan dalam kerajaan.

       Namun begitu, tawaran jawatan yang disediakan adalah untuk menjadi pegawai-
pegawai rendah sahaja di Tanah Melayu. Di sini kita dapat melihat bahawa peluang bagi
memasuki sekolah Inggeris adalah terhad di kalangan orang Melayu. Justeru itu, orang Melayu
yang bukan terdiri daripada golongan bangsawan tidak akan menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Inggeris sebaliknya akan menghantar anak mereka ke sekolah agama sahaja. Faktor
ketiga tentang mengapa orang Melayu kurang pergi ke sekolah pada era penjajahan bagi faktor
orang Melayu itu sendiri ialah tiada/kurang kesedaran di kalangan mereka. Faktor ini kita perlu
mengimbas kembali bagi pendidikan era masyarakat Melayu tradisional lagi. Sebelum
kedatangan Inggeris, masyarakat Melayu adalah mengamalkan pendidikan tidak formal iaitu
mendapatkan didikan tentang agama, adat dan budaya di rumah ataupun pondok-pondok kecil.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sememangnya tidak pernah mendapatkan
pendidikan formal sebelum ini. Mereka lebih menekankan aspek keagamaan yang didapati
daripada tok guru dan alim ulama. Apabila Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris serta telah
memperkenalkan sistem persekolahan, masyarakat melayu ketika itu masih tidak nampak
tentang kepentingan sekolah terhadap anak-anak. Mereka lebih menumpukan kepada aktivit-
aktivit mencari pendapatan keluarga. Selain itu, didikan agama merupakan perkara penting
maka sekolah vernikular Melayu dan sekolah Inggeris yang tidak menawarkan pengajaran al-
Quran adalah tidak mendapat sambutan masyarakat Melayu. Ketika itu juga belum memerlukan
kelulusan tinggi dalam pekerjaan maka persekolahan menjadi tidak penting kepada masyarakat
Melayu.


                                                                                            13
Aktiviti 7.1

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.

Menurut Kamus Dewan (2005), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atautingkah
laku atau kesusilaan. Etika juga boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab dan akibattingkah
laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam pula, etikamerujuk
kepada tingkah laku berasaskan Al-quran dan ketaqwaan kepada Allah. Etika perguruan pula
bermaksud satu set tingkah laku atau bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara,
pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Ini menunjukkan bahawa etika amat penting untuk
memupuk nilai-nilai akhlak yang baik dikalangan masyarakat.Mengikut makna diatas dapat
digambarkan bahawa kepentingan etika amat penting didalam profesion perguruan. Kod etika
perguruan disediakan untuk menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi
mutu profesion perguruan. Kod etika ini juga telah disediakandalam bentuk ikrar dan lazimnya
tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guruseperti berikut:µ

Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menujuke
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawabdan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearahkebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akandemokrasi, kebebasan perseorangan
dan prinsip-prinsip Rukun Negara.¶

Ikrar diatas menunjukkan bahawa profesion ini bukan sahaja penting di dalam mendidik anak
bangsa tetapi juga terhadap kepentingan pembangunan dan kesejahteraan Negara. Kod etika
perguruan ini mengandungi empat fasa yang penting dan ianya adalah:

Tanngungjawab Terhadap Pelajar

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

3.Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar, kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.

4.Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

                                                                                         14
5.Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikancontoh
yang baik kepada pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas supaya pegajaran kami mencapai mutu yangsetinggi-tingginya.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaanrumahtangga
atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa, kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun
Negara.

2. Memupuk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti
masyarakat.
                                                                                         15
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
cendekiawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu
yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami, terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Guru adalah suatu pekerjaan yang profesional dan juga unik. Ini adalah kerana kerjaya ini
merupakan pekerjaan yang penting kepada masyarakat dan Negara. Kerjaya ini juga
memerlukan keupayaan intelek yang tinggi kerana melalui intelek yang tinggi, seseorang guru
itu dapat menyampaikan ilmu yang berkesan. Guru juga harus pakar dalam bidang
pekerjaannya, oleh itu seseorang guru itu haruslah mendapat latihan yang khusus terlebih
dahulu sebelum seseorang itu menceburkan diri dalam bidang perguruan ini. Melalui kerjaya
perguruan ini terdapat kod etika yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang itu mematuhi
garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.Oleh itu, mengikut
fasa-fasa kod etika ini dapat dilihat bahawa kod etika perguruan menyediakan garis panduan
bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan dapat dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod
etika ini juga telah menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
                                                                                       16
amanah dalam sistem pendidikan dan guru juga perlu lebih memahami dengan jelas tentang
tanggungjawab mereka. Kandungan kod etika ini juga berbeza dengan kod etika negara lain, di
mana seseorang guru itu dapat melihat keunikan yang diamalkan di Negara ini. Kod etika yang
dihasilkan dalam bentuk dokumen adalah mudah kerana dapat menyemak kod ini semula dan
kecemerlangan bagi profesion ini dapat dilihat menerusi sejauh mana kod etika ini dapat
dipertahankan dan dikuasakan.         Kod etika yang dihasilkan ini juga berkait rapat dengan
tatasusila dan juga taraf profesionalisme perguruan. Mengikut sebuah kata-kata yang sering
diungkapkan iaitu, ³

Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dahulu´

. Ini menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme
perguruan. Penghayatan tatsusila ini bermakna seorang pendidik perlu memahami dan
mematuhi etika perguruan yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Sebagai contoh,
jika seseorang itu memahami dan dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika
perguruan   maka       dia   telah   pun   menghayati   tatasusila   tersebut.   Peningkatan   taraf
profesionalisme pula membawa maksud menaikkan atau meningkatkan martabat profesion
perguruan khususnya di Negara Malaysia.Oleh yang demikian, martabat yang tinggi akan
menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.
Seseorang guru itu juga perlu bersedia dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang
guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima perubahan. Sifat-sifat diri yang wujud daripada
pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat
meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Oleh sebab itu, melalui kod Etika ini juga guru
dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini akan
membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dalam
mencapai matlamat pendidikan dan Negara. Kod etika perguruan ini juga menunjukkan yang
etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi kerana melaluinya
pengamalan etika dapat dikekalkan dan kepercayaan dapat dipelihara dalam menjalankan
tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli
dalam organisasi.




                                                                                                 17
Aktiviti 8.1

a. Dapatkan satu kajian yang menghubungkan antara sekolah dan masyarakat. Jelaskan
penekanan dan dapatan kajian itu.

b. Huraikan bagaimana hubungan sekolah dan masyarakat berlaku.

Penekanan Kajian.

Kajian ini menfokuskan konsep³ Par tnership´ atau perkongsian di antara sekolah dan
masyarakat pada peringkat sekolah. Kajian ini adalah berbentuk esei yang mengulas tentang
maksud konsep, matlamat dan kerasionalan³Par tners hip´ diwujudkan di antara sekolah dan
masyarakat. Selain itu, kajian ini turut mengambarkan proses-proses pelaksanaannya serta
persoalan dan masalah-masalah yang wujud dalam konsep³Partnership´ ini. Akhir sekali, kajian
ini juga memperjelaskan implikasi konsep ³Partnership´ serta masa depan konsep ini di dalam
pendidikan.

Dapatan Kajian.

Maksud Konsep ³Partnership´

Terdapat pelbagai maksud yang telah digunakan untuk menerangkan konsep perkongsian:

1. Menurut Yg Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie B. Mahat (Ketua Pengarah Pendidikan M'sia),
konsep perkongsian ini adalah ³Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu
diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana
kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini
dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak
pengurusan sekolah boleh memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara
rumah dan komuniti melalui pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu melalui
PIBG´.

2. Menurut firman Allah dalam surah Al-Ma¶idah ayat dua, konsep perkongsian membawa
maksud ³Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu
bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan´.

3. Maksud perkongsian di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan Jepun:

‡ µseperti aur dengan tebing¶, µbukit sama didaki, lurah sama dituruni¶

                                                                                         18
‡ µsemua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku

‡ µpersaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal¶

4. Menurut pandangan penulis kajian ini, konsep perkongsian merupakan ³usaha mengukuhkan
semula segala kelakuan-kelakuan yang berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama yang
telah wujud dan diamalkan dalam agama dan budaya masyarakat kita. Ia merupakan usaha
yang berterusan supaya dapat menangkis ancaman-ancaman dalam era globalisasi ini. Kalau
tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan bergerak bersendirian tanpa sokongan
masyarakat´.

Matlamat Konsep³Partnership´

1.Mewujudkan permuafakatan dan perkongsian yang rapat di antara sekolah, rumah dan
komuniti. 2.Penglibatan masyarakat dalam mendidik anak bangsa.

3.Penglibatan masyarakat dalam menyumbangkan idea, tenaga, bahan, peralatan atau wang
ringgit.

Kerasionalan Konsep ³Partnership´

1. Sekolah tidak dapat wujud dan berdiri sendiri.

2. Masyarakat perlu memahami dan terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

3. Permuafakatan dan perkongsian di antara sekolah dan masyarakat memainkan peranan
penting dalam menyelesaikan masalah dan cabaran yang melanda masyarakat.

Peringkat dan Bentuk Pelaksanaan Konsep ³Partnership´

Kajian ini telah membahagikan 5 peringkat pelaksanaan konsep perkongsian:

1.Di dalam sekolah

2.Di antara sekolah

3.Bersama dengan PIBG

4.Bersama dengan masyarakat setempat atau luar

5.Bersama dengan korporat

                                                                                          19
Kajian ini juga turut menyenaraikan 5 bentuk perkongsian:

1.Perkongsian dari segi sumber kewangan, peralatan dan barangan

2.Perkongsian dari segi sumber manusia dan kepakaran

3.Perkongsian dari segi sokongan moral

4.Perkongsian dari segi nilai komersial

5.Perkongsian dari segi sokongan politik

Konsep³Persoalan dan Masalah-masalah Pelaksanaan Partnership´

Antara persoalan-persoalan yang timbul dalam melaksanakan konsep perkongsian:

1.Bolehkah konsep ini dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara?

2.Adakah kelima-lima peringkatan pelaksanaan konsep ini dapat dilaksanakan di semua
sekolah di seluruh negara?

3.Adakah kelima-lima bentuk pelaksanaan konsep ini dapat dilaksanakan di semua sekolah di
seluruh negara?

4.Apakah peringkat dan bentuk pelaksanaan konsep perkongsian ini yang akan lebih dominan
bagi sesetengah sekolah?

Antara masalah-masalah dalam pelaksanaan konsep perkongsian:

1. Masa

2. Jarak lokasi

3.Pentadbiran yang kurang aktif

4.Kelonggaran kerjasama di kalangan warga sekolah

Implikasi Konsep³Partnership´

Secara amnya, penulis telah membahagikan implikasi konsep perkongsian ini kepada 2 iaitu:

1. Umum Dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat yang berbilang kaum serta dapat
menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan.
                                                                                            20
2. Khusus Implikasi khususnya ditujukan kepada pihak sekolah itu sendiri, dengan konsep ini,
dapat membawa kepada perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Masa Depan Konsep ³Partnership´ dalam Sistem Pendidikan atau Sekolah di Malaysia

Konsep perkongsian di antara sekolah, komuniti dan masyarakat di dalam sistem pendidikan
mempunyai masa depan yang cerah kerana sekolah dan masyarakat adalah saling lengkap-
melengkapi dan ini memang bersesuaian dengan negara kita yang berbilang kaum. Selain itu,
konsep ini juga boleh dijadikan sebagai satu strategi untuk melahirkan satu suasana yang
mesra di antara sekolah dan masyarakat. Justeru itu, dapat menjayakan impian kerajaan dalam
mewujubkan sekolah Bestari dan sekolah Wawasan.

Hubungan Sekolah dan Masyarakat. Hubungan antara sekolah dan masyarakat adalah sangat
kompleks. Sebelum kita melihat kepada hubungan sekolah dan masyarakat, terlebih dahulu,
kita perlulah memahami konsep-konsep interaksi hubungan tersebut. Secara ringkasnya,
terdapat dua bentuk interaksi yang berlaku di antara sekolah dan masyarakat. Interaksi-
interaksi tersebut merangkumi tiga dimensi iaitu tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga
dimensi interaksi di luar sekolah. Rajah di bawah telah menunjukkan interaksi- interaksi
hubungan berkenaan:

1. Sekolah- Pentadbir, Guru dan Pelajar

2. Ibubapa

3. Masyarakat

        Di sekolah, terdapat tiga pihak yang terlibat dalam interaksi di dalam sekolah iaitu pihak
pentadbir, guru dan pelajar. Manakala di luar sekolah pula, terdiri daripada pihak sekolah,
ibubapa dan komuniti di dalam masyarakat. Di dalam sekolah, pihak pentadbir yang diketuai
oleh pengetua akan mentadbir sekolah berlandaskan Falsafah Pendidikan, matlamat-matlamat
negara, perancangan kerajaan serta permintaan-permintaan masyarakat. Guru pula mengajar
dan mendidik pelajar supaya menjadi seseorang insan yang berguna serta dapat menyumbang
kepada diri sendiri, keluarga dan negara. Pelajar pula, perlu mempergunakan peluang-peluang
yang sedia ada untuk mengembangkan potensi masing-masing untuk mencapai kecemerlangan
diri.

        Di luar sekolah, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam menjalankan
tanggungjawab sosial serta berperanan dalam mendidik anak bangsa. Walaubagaimanapun,
                                                                                  21
tanpa kerjasama ibubapa dan komuniti, sekolah tidak dapat berdiri sendiri. Misalnya, masalah
sosial yang semakin mencabar, pihak sekolah sangat memerlukan bantuan dan kerjasama
daripada pihak luar. Para ibubapa perlu berganding bahu dengan pihak sekolah supaya dapat
mendidik anak-anak mereka sendiri. Contohnya, hubungan para guru dengan ibubapa melalui
PIBG merupakan salah satu hubungan yang berkesan. Ini dapat dilihak di dalam kejayaan-
kejayaan aktiviti-aktiviti yang telah dijayakan sebelum ini. Komuniti setempat ataupun bukan
setempat juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam membina modal insan.

       Penglibatan ahli-ahli komuniti dalam aktivit-aktivit bersama sekolah dan ibubapa adalah
sangat penting, selain dapat merapatkan hubungan, aktivit-aktivit seperti gotong-royong turut
berkesan dalam mengelakkan perselisihan dan perkauman serta dapat mengekalkan tradisi
sikap bantu-membantu antara ahli masyarakat. Kesimpulannya, kesemua interaksi-interaksi
tersebut adalah sangat penting dalam mencapai objektif-objektif persekolahan masyarakat
berilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, kerjasama di antara sekolah dan masyarakat adalah
amat diperlukan. Seperti yang telah diterangkan di atas, kita boleh melaksanakan konsep
perkongsian atau ³Partnership´ di antara sekolah dengan masyarakat. Walaubagaimanapun,
konsep ini memerlukan perancangan yang teliti kerana penyertaan yang menyeluruh untuk
semua sekolah di seluruh negara sudah pasti mempunyai masalah atau halangan- halangan
yang perlu diatasi terlebih dahulu. Maka, lebih banyak kajian dan perbincangan perlu diadakan
bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut.




                                                                                           22
Rujukan

Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan
Uthman El-Muhammady, KL., DBP.

Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal
Dewan Bahasa, KL., DBP.

Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa,
KL., DBP.

Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia:
The Falmer Press.

Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mengapa Kami Bantah! - Edisi kedua / Penyusun Abdullah Hassan, Profesor Emeritus.2007..
Persatuan Penterjemah Malaysia

Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam
Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam.

Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur,
DBP.

Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri
Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar
Kritis, Utusan Melayu.

Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal
of Experimental Education, University of Maine.




                                                                                           23

More Related Content

What's hot

What's hot (17)

Present Learning of Instruction
Present Learning of InstructionPresent Learning of Instruction
Present Learning of Instruction
 
Anjakan 2 PPIM
Anjakan 2 PPIMAnjakan 2 PPIM
Anjakan 2 PPIM
 
Induktif
InduktifInduktif
Induktif
 
Kurikulum Finlandia
Kurikulum FinlandiaKurikulum Finlandia
Kurikulum Finlandia
 
Prestasi bm sjkcgr2001to2014
Prestasi bm sjkcgr2001to2014Prestasi bm sjkcgr2001to2014
Prestasi bm sjkcgr2001to2014
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961
 
Pendidikan di finland
Pendidikan di finlandPendidikan di finland
Pendidikan di finland
 
Kurikulum di negara Jerman
Kurikulum di negara JermanKurikulum di negara Jerman
Kurikulum di negara Jerman
 
Materi seminar
Materi seminarMateri seminar
Materi seminar
 
Uitm~profile
Uitm~profileUitm~profile
Uitm~profile
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAH
 
142661208201012421
142661208201012421142661208201012421
142661208201012421
 
Kajian kurikulum pendidikan negara korea selatan
Kajian kurikulum pendidikan negara korea selatanKajian kurikulum pendidikan negara korea selatan
Kajian kurikulum pendidikan negara korea selatan
 
Kurikulum di Australia
Kurikulum di AustraliaKurikulum di Australia
Kurikulum di Australia
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Laporan kegiatan english day
Laporan kegiatan english dayLaporan kegiatan english day
Laporan kegiatan english day
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 

Similar to PPSMI Konflik Penyelesaian

345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdfjumN
 
Silabus bahasa dan sastra inggris sma peminatan puskurbuk 06 08 jan 2016
Silabus bahasa dan sastra inggris sma peminatan puskurbuk 06 08 jan 2016Silabus bahasa dan sastra inggris sma peminatan puskurbuk 06 08 jan 2016
Silabus bahasa dan sastra inggris sma peminatan puskurbuk 06 08 jan 2016Dedi Damhudi
 
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...Herfen Suryati
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuSYAZWANI IBRAHIM
 
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwallUpaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall921920
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i ganiEzt Eran
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizalyunging84
 
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiriMalaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiriWafi WinTer KnighYt
 

Similar to PPSMI Konflik Penyelesaian (20)

temuduga
temudugatemuduga
temuduga
 
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
 
Silabus bahasa dan sastra inggris sma peminatan puskurbuk 06 08 jan 2016
Silabus bahasa dan sastra inggris sma peminatan puskurbuk 06 08 jan 2016Silabus bahasa dan sastra inggris sma peminatan puskurbuk 06 08 jan 2016
Silabus bahasa dan sastra inggris sma peminatan puskurbuk 06 08 jan 2016
 
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
 
Hsp bm f3
Hsp bm f3Hsp bm f3
Hsp bm f3
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwallUpaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
03.docx
03.docx03.docx
03.docx
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizal
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiriMalaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
 

More from Sufi Lee Fizah Chuswan (7)

Soalan pjpk latest
Soalan pjpk latestSoalan pjpk latest
Soalan pjpk latest
 
KOMSAS
KOMSASKOMSAS
KOMSAS
 
TEKS UCAPAN
TEKS UCAPANTEKS UCAPAN
TEKS UCAPAN
 
Contoh jawapan kajian novel pmr
Contoh jawapan kajian novel pmr Contoh jawapan kajian novel pmr
Contoh jawapan kajian novel pmr
 
Jadual p dan d latest grup 3
Jadual p dan d latest grup 3Jadual p dan d latest grup 3
Jadual p dan d latest grup 3
 
15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)
 
Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 

PPSMI Konflik Penyelesaian

  • 1. Aktiviti 4.3 Mengapakah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menimbulkan konflik? Bagaimanakah penyelesaiannya? Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan atau ibunda sebagai bahasa perantara dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat sehingga menimbulkan konflik semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 setelah kajian mendalam dilakukan. Menurut Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Dasar Pengajaran dan Pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003, adalah suatu dasar yang dipersoalkan oleh ramai intelek Melayu dan kaum lain dengan serius. Wujud empat isu besar yang sering dikemukakan. Pertama, kesahihan dasar ini ditentang. Dasar PPSMI ini melanggar Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di samping itu ia juga melanggar hak asasi rakyat, dan juga Akta Pendidikan. Kedua, tujuan memandaikan rakyat melalui sebuah bahasa asing itu adalah bertentangan dengan teori pembelajaran. Kita belajar dengan berkesan melalui bahasa ibunda. Proses pembelajaran melalui bahasa ibunda sekarang sudah terbukti berjaya, dan dasar PPSMI ini memutar jarum jam ke belakang. Ketiga, ada banyak kesan negatif penggunaan bahasa Inggeris ini kepada hasrat negara bagi membina bangsa Malaysia. Hasrat ini dilihat sebagai terancam kuat. Seterusnya, keempat, tujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik itu juga adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dari segi pembelajaran bahasa. Sejak awal pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah. 1
  • 2. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak- kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. Dasar ini juga berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep Sains dan Matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka. Konflik akan wujud di antara masyarakat ini. Beberapa alasan juga dikemukakan oleh golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan iaitu Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi (Ab Rahman, 1992) Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca". Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa 2
  • 3. antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus. Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya. Prof. Abdul Aziz Bari menyatakan dengan jelas kedudukan isu ini sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara. Beberapa memorandum telah dibuat bagi membantah dasar ini. Antaranya ialah memorandum daripada GMP, memorandum ASASI tentang PPSMI, Kebimbangan kumpulan Prihatin, Isu Bahasa dan Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin, Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Resolusi Seminar Agenda Melayu daripada PEMANIS, dan Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM). Kesemuanya bertujuan agar dasar PPSMI ini hendaklah segera dimansuhkan. Dan keperluan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris perlulah dilihat sebagai sebuah isu yang berlainan, dan diselesaikan secara mengajarkan bahasa Inggeris sebagai satu mata pelajaran. 3
  • 4. Aktiviti 5.7 a. Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik berinteraksi dalam bilik darjah. Bilik darjah adalah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan perkataan dinamik pula membawa maksud bertenaga atau daya fizikal yang mampu menggerakkan sesuatu. Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasinya untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara formal dengan penuh minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif. Interaksi pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Interaksi sehala merupakan corak interaksi yang ditentukan oleh guru kelas dan murid- murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelanjaran secara aktif . Contoh interaksi sehala ialah guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru dengan menjalankan kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi dimana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Interaksi sebegini akan saya laksanakan kepada kelas yang dapat memberikan tumpuan yang baik dan memahami penjelasan yang diberikan. Pada pendapat saya, corak sebegini kurang sesuai untuk dipraktikkan kepada pelajar yang lemah kerana kebanyakan pelajar kurang berminat untuk menumpukan pembelajaran secara berterusan tanpa penglibatan mereka dalam sebarang aktiviti kelas. Selain itu, Interaksi dua hala diantara guru dengan murid ialah guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di 4
  • 5. dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala. Ciri-ciri interaksi dua hala ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif, perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah dan juga ia menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka. Pada pendapat saya, corak interaksi seperti ini sesuai dilaksanakan kepada kelas yang mempunyai purata pelajar yang pintar mahupun lemah kerana guru memberikan peluang kepada murid untuk sama-sama terlibat dalam proses pengajaran. Contohnya saya akan memberikan penjelasan juga akan mengemukakan soalan, mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan murid untuk mewujudkan interaksi yang positif dengan pelajar. Dalam interaksi dua hala di antara murid dengan murid, guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosia grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelanjaran. Interaksi antara murid dengan murid ini dapat menyumbangkan lebih banyak idea-idea yang bernas dengan berkongsi maklumat yang ada dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Sebagai seorang pendidik, saya amat tertarik dengan corak interaksi ini kerana ia member peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi dan juga bakat yang ada dalam diri mereka. Pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik kerana adanya kerjasama antara semua pelajari bagi menjayakan sesuatu tugasan mahupun aktiviti yang diberikan. Disini, kita akan dapat melihat kreativiti yang wujud dalam diri pelajar. Interaksi ini amat sesuai untuk dilaksanakan kepada pelajar yang lemah dengan member mereka ruang untuk menunjukkan potensi yang ada selain dalam pembelajaran. Seorang pendidik juga boleh menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah. Ciri-ciri penting dalam interaksi ini ialah komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid, penyertaan aktif murid dalam process pengajaran dan pembelajaran dan suasana yang kondusif untuk mengedalikan process pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru juga kita perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. 5
  • 6. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid- murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : 1. Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar 2. Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas 3. Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran 4. Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah : 1. Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid 2. Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur 6
  • 7. 3. Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan 4. Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid 5. Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran 6. Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid 7. Sentiasa mengulang isi-isi penting 8. Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran 9. Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas b. Nyatakan bentuk-bentuk interaksi yang boleh mendatangkan kesan negatif. Terdapat beberapa bentuk-bentuk interaksi yang mendatangkan kesan-kesan negatif. Antaranya adalah seperti yang berikut:- a) Guru sukar berterus terang b) Emosi guru atau murid yang tidak terkawal. Hal ini akan menjejaskan penumpuan. Tumpuan yang kurang teliti akan turut menjejaskan interaksi antara murid dan guru. c) Guru yang tidakmelayani maklum balas murid d) Kebisingan dalam bilik darjah. Kelas yang bising akan mengganu interaksi yang berkesan. Murid-murid mungkin sukar untuk mendenganre isi pelajar yang disampaikan oleh guru. e) Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang f) Suasana bilik darjah yang kurang kondusif g) Tulisan yang kurang jelas pada papan tulis mengganggu maklumat atau mesej yang ingin disampaikan kepada murid. 7
  • 8. Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid- murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut : 1. Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid 2. Enggan menerima langsung cadangan dari murid 3. Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah 4. Suka menengking dan memarahi murid 5. Selalu memberi amaran 6. Gagal menyediakan kemudahan kepada murid Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut : 1. Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid 2. Menerima perbezaan pendapat dari murid 3. Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna 4. Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah 5. Bersimpati dengan masalah murid Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. Sebagai seorang pendidik, sifat-sifat dominatif perlu dielakkan ketika pengajaran dan pembelajaran. 8
  • 9. Aktiviti 6.2 Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan. Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957); Zaman Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971- 1990); Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang). Zaman pramerdeka (sebelum 1957) Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran, iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu, Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, 9
  • 10. manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain. Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk: 1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari; 2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999; 3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma; 4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan 5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang) 10
  • 11. Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas. Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru. Faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan. Secara umumnya, terdapat dua faktor yang utama tentang faktor-faktor orang Melayu yang tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan: 1. Faktor dasar penjajah - pecah dan perintah = a) pecah dan perintah di antara orang Melayu, Cina dan India b) pecah dan perintah di antara orang Melayu sendiri - pendidikan vernakular 2. Faktor orang Melayu itu sendiri - kebencian terhadap penjajah - kemasukan terhad - tiada kesedaran 11
  • 12. Faktor Dasar Penjajah Dasar penjajah iaitu dasar yang menekankan kepada prinsip pecah dan perintah telah mengakibatkan orang Melayu tidak ramai ke sekolah. Melalui dasar ini, pendidikan Melayu hanya diadakan pada peringkat yang rendah sahaja. Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah, mereka terpaksa pergi ke bandar untuk memasuki sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah Melayu yang diadakan hanya bertujuan untuk mengekalkan orang Melayu di kampung dan mewarisi kerja-kerja ibubapa mereka serta berkekalan dalam kemiskinan keluarga. Selain itu, skop dan kurikulum sekolah Melayu adalah terhad. Pendidikan Melayu tidak menyumbang kepada kemajuan dan mobiliti sosial di kalangan orang Melayu. Melalui dasar ini, penduduk adalah dipisahkan mengikut kaum dan ekonomi masing-masing. Orang Melayu mengamalkan prinsip pengasingan dengan penekanan daripada pihak penjajah, orang Cina pula mengamalkan prinsip ³tidak peduli´ manakala orang India juga mengamalkan prinsip pengasingan tetapi kebajikan mereka dijaga. Oleh yang demikian, pendidikan vernakular telah diamalkan pada era penjajahan. Sekolah vernakular Melayu didirikan oleh kerajaan British dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidkan hanya diberikan pada peringkat sekolah rendah sahaja serta dibina di luar bandar. Kemudahan persekolahan pula serba kekurangan serta pelajar sekolah ini sukar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Maka, sekolah ini kurang mendapat sambutan di kalangan orang Melayu itu sendiri kerana tiada pengajaran al-Quran serta tiada peluang menjawat jawatan tinggi. Sekolah vernakular Cina pula ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti-parti politik. Di sekolah ini, bahasa Cina khususnya Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar. Guru dan buku teks pula diimport daripada negara China bagi mengekalkan indentiti kecinaan di Tanah Melayu. Sekolah ini telah mendapat sokongan yang mengalakkan daripada masyarakat Cina kerana terdapatnya sekolah rendah dan menengah serta pelajarnya boleh menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke pusat pengajian tinggi di China. Sekolah vernakular Tamil pula, ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab sosial untuk menjaga kebajikan masyarakat India. Bahasa Tamil dijadikan sebagai bahasa pengantar. Guru dan sukatan pelajaran adalah berorientasikan sistem pendidikan negara India serta hanya menawarkan pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja. Sekolah ini juga kurang mendapat sokongan kerana ibubapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di ladang dan tidak ada peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi. Selain dasar pecah dan 12
  • 13. perintah di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India, dasar ini turut mengasingkan kalangan orang Melayu itu sendiri. Contohnya pertubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar, 1905, adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Faktor orang Melayu itu sendiri. Faktor pertama ialah kebencian orang Melayu terhadap penjajah. Orang Melayu telah banyak mengadakan protes terhadap pentadbiran Inggeris serta berasa curiga terhadap tujuan Inggeris untuk menubuhkan sekolah. Ini mencetuskan kebencian orang Melayu terhadap Inggeris. Mereka bimbangkan tujuan Inggeris adalah untuk mengkristianan orang Melayu maka masyarakat Melayu pada masa itu lebih rela menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama ataupun tidak pergi ke sekolah langsung. Faktor kedua ialah kemasukan yang terhad. Pada era penjajahan, sekolah Inggeris atau peringkat persekolahan yang lebih tinggi hanya ditawarkan kepada golongan bangsawan dan anak-anak raja sahaja bagi membolehkan mereka menjawat jawatan dalam kerajaan. Namun begitu, tawaran jawatan yang disediakan adalah untuk menjadi pegawai- pegawai rendah sahaja di Tanah Melayu. Di sini kita dapat melihat bahawa peluang bagi memasuki sekolah Inggeris adalah terhad di kalangan orang Melayu. Justeru itu, orang Melayu yang bukan terdiri daripada golongan bangsawan tidak akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris sebaliknya akan menghantar anak mereka ke sekolah agama sahaja. Faktor ketiga tentang mengapa orang Melayu kurang pergi ke sekolah pada era penjajahan bagi faktor orang Melayu itu sendiri ialah tiada/kurang kesedaran di kalangan mereka. Faktor ini kita perlu mengimbas kembali bagi pendidikan era masyarakat Melayu tradisional lagi. Sebelum kedatangan Inggeris, masyarakat Melayu adalah mengamalkan pendidikan tidak formal iaitu mendapatkan didikan tentang agama, adat dan budaya di rumah ataupun pondok-pondok kecil. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sememangnya tidak pernah mendapatkan pendidikan formal sebelum ini. Mereka lebih menekankan aspek keagamaan yang didapati daripada tok guru dan alim ulama. Apabila Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris serta telah memperkenalkan sistem persekolahan, masyarakat melayu ketika itu masih tidak nampak tentang kepentingan sekolah terhadap anak-anak. Mereka lebih menumpukan kepada aktivit- aktivit mencari pendapatan keluarga. Selain itu, didikan agama merupakan perkara penting maka sekolah vernikular Melayu dan sekolah Inggeris yang tidak menawarkan pengajaran al- Quran adalah tidak mendapat sambutan masyarakat Melayu. Ketika itu juga belum memerlukan kelulusan tinggi dalam pekerjaan maka persekolahan menjadi tidak penting kepada masyarakat Melayu. 13
  • 14. Aktiviti 7.1 Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya. Menurut Kamus Dewan (2005), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atautingkah laku atau kesusilaan. Etika juga boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab dan akibattingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam pula, etikamerujuk kepada tingkah laku berasaskan Al-quran dan ketaqwaan kepada Allah. Etika perguruan pula bermaksud satu set tingkah laku atau bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Ini menunjukkan bahawa etika amat penting untuk memupuk nilai-nilai akhlak yang baik dikalangan masyarakat.Mengikut makna diatas dapat digambarkan bahawa kepentingan etika amat penting didalam profesion perguruan. Kod etika perguruan disediakan untuk menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion perguruan. Kod etika ini juga telah disediakandalam bentuk ikrar dan lazimnya tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guruseperti berikut:µ Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menujuke pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawabdan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearahkebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akandemokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.¶ Ikrar diatas menunjukkan bahawa profesion ini bukan sahaja penting di dalam mendidik anak bangsa tetapi juga terhadap kepentingan pembangunan dan kesejahteraan Negara. Kod etika perguruan ini mengandungi empat fasa yang penting dan ianya adalah: Tanngungjawab Terhadap Pelajar 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. 3.Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4.Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 14
  • 15. 5.Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikancontoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas supaya pegajaran kami mencapai mutu yangsetinggi-tingginya. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaanrumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti masyarakat. 15
  • 16. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan cendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami, terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. Guru adalah suatu pekerjaan yang profesional dan juga unik. Ini adalah kerana kerjaya ini merupakan pekerjaan yang penting kepada masyarakat dan Negara. Kerjaya ini juga memerlukan keupayaan intelek yang tinggi kerana melalui intelek yang tinggi, seseorang guru itu dapat menyampaikan ilmu yang berkesan. Guru juga harus pakar dalam bidang pekerjaannya, oleh itu seseorang guru itu haruslah mendapat latihan yang khusus terlebih dahulu sebelum seseorang itu menceburkan diri dalam bidang perguruan ini. Melalui kerjaya perguruan ini terdapat kod etika yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.Oleh itu, mengikut fasa-fasa kod etika ini dapat dilihat bahawa kod etika perguruan menyediakan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan dapat dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod etika ini juga telah menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang 16
  • 17. amanah dalam sistem pendidikan dan guru juga perlu lebih memahami dengan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan kod etika ini juga berbeza dengan kod etika negara lain, di mana seseorang guru itu dapat melihat keunikan yang diamalkan di Negara ini. Kod etika yang dihasilkan dalam bentuk dokumen adalah mudah kerana dapat menyemak kod ini semula dan kecemerlangan bagi profesion ini dapat dilihat menerusi sejauh mana kod etika ini dapat dipertahankan dan dikuasakan. Kod etika yang dihasilkan ini juga berkait rapat dengan tatasusila dan juga taraf profesionalisme perguruan. Mengikut sebuah kata-kata yang sering diungkapkan iaitu, ³ Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dahulu´ . Ini menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme perguruan. Penghayatan tatsusila ini bermakna seorang pendidik perlu memahami dan mematuhi etika perguruan yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Sebagai contoh, jika seseorang itu memahami dan dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telah pun menghayati tatasusila tersebut. Peningkatan taraf profesionalisme pula membawa maksud menaikkan atau meningkatkan martabat profesion perguruan khususnya di Negara Malaysia.Oleh yang demikian, martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi. Seseorang guru itu juga perlu bersedia dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima perubahan. Sifat-sifat diri yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Oleh sebab itu, melalui kod Etika ini juga guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini akan membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dalam mencapai matlamat pendidikan dan Negara. Kod etika perguruan ini juga menunjukkan yang etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi kerana melaluinya pengamalan etika dapat dikekalkan dan kepercayaan dapat dipelihara dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi. 17
  • 18. Aktiviti 8.1 a. Dapatkan satu kajian yang menghubungkan antara sekolah dan masyarakat. Jelaskan penekanan dan dapatan kajian itu. b. Huraikan bagaimana hubungan sekolah dan masyarakat berlaku. Penekanan Kajian. Kajian ini menfokuskan konsep³ Par tnership´ atau perkongsian di antara sekolah dan masyarakat pada peringkat sekolah. Kajian ini adalah berbentuk esei yang mengulas tentang maksud konsep, matlamat dan kerasionalan³Par tners hip´ diwujudkan di antara sekolah dan masyarakat. Selain itu, kajian ini turut mengambarkan proses-proses pelaksanaannya serta persoalan dan masalah-masalah yang wujud dalam konsep³Partnership´ ini. Akhir sekali, kajian ini juga memperjelaskan implikasi konsep ³Partnership´ serta masa depan konsep ini di dalam pendidikan. Dapatan Kajian. Maksud Konsep ³Partnership´ Terdapat pelbagai maksud yang telah digunakan untuk menerangkan konsep perkongsian: 1. Menurut Yg Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie B. Mahat (Ketua Pengarah Pendidikan M'sia), konsep perkongsian ini adalah ³Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah boleh memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti melalui pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu melalui PIBG´. 2. Menurut firman Allah dalam surah Al-Ma¶idah ayat dua, konsep perkongsian membawa maksud ³Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan´. 3. Maksud perkongsian di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan Jepun: ‡ µseperti aur dengan tebing¶, µbukit sama didaki, lurah sama dituruni¶ 18
  • 19. ‡ µsemua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku ‡ µpersaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal¶ 4. Menurut pandangan penulis kajian ini, konsep perkongsian merupakan ³usaha mengukuhkan semula segala kelakuan-kelakuan yang berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama yang telah wujud dan diamalkan dalam agama dan budaya masyarakat kita. Ia merupakan usaha yang berterusan supaya dapat menangkis ancaman-ancaman dalam era globalisasi ini. Kalau tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan bergerak bersendirian tanpa sokongan masyarakat´. Matlamat Konsep³Partnership´ 1.Mewujudkan permuafakatan dan perkongsian yang rapat di antara sekolah, rumah dan komuniti. 2.Penglibatan masyarakat dalam mendidik anak bangsa. 3.Penglibatan masyarakat dalam menyumbangkan idea, tenaga, bahan, peralatan atau wang ringgit. Kerasionalan Konsep ³Partnership´ 1. Sekolah tidak dapat wujud dan berdiri sendiri. 2. Masyarakat perlu memahami dan terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah. 3. Permuafakatan dan perkongsian di antara sekolah dan masyarakat memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah dan cabaran yang melanda masyarakat. Peringkat dan Bentuk Pelaksanaan Konsep ³Partnership´ Kajian ini telah membahagikan 5 peringkat pelaksanaan konsep perkongsian: 1.Di dalam sekolah 2.Di antara sekolah 3.Bersama dengan PIBG 4.Bersama dengan masyarakat setempat atau luar 5.Bersama dengan korporat 19
  • 20. Kajian ini juga turut menyenaraikan 5 bentuk perkongsian: 1.Perkongsian dari segi sumber kewangan, peralatan dan barangan 2.Perkongsian dari segi sumber manusia dan kepakaran 3.Perkongsian dari segi sokongan moral 4.Perkongsian dari segi nilai komersial 5.Perkongsian dari segi sokongan politik Konsep³Persoalan dan Masalah-masalah Pelaksanaan Partnership´ Antara persoalan-persoalan yang timbul dalam melaksanakan konsep perkongsian: 1.Bolehkah konsep ini dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara? 2.Adakah kelima-lima peringkatan pelaksanaan konsep ini dapat dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara? 3.Adakah kelima-lima bentuk pelaksanaan konsep ini dapat dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara? 4.Apakah peringkat dan bentuk pelaksanaan konsep perkongsian ini yang akan lebih dominan bagi sesetengah sekolah? Antara masalah-masalah dalam pelaksanaan konsep perkongsian: 1. Masa 2. Jarak lokasi 3.Pentadbiran yang kurang aktif 4.Kelonggaran kerjasama di kalangan warga sekolah Implikasi Konsep³Partnership´ Secara amnya, penulis telah membahagikan implikasi konsep perkongsian ini kepada 2 iaitu: 1. Umum Dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat yang berbilang kaum serta dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. 20
  • 21. 2. Khusus Implikasi khususnya ditujukan kepada pihak sekolah itu sendiri, dengan konsep ini, dapat membawa kepada perubahan dalam sistem pendidikan negara. Masa Depan Konsep ³Partnership´ dalam Sistem Pendidikan atau Sekolah di Malaysia Konsep perkongsian di antara sekolah, komuniti dan masyarakat di dalam sistem pendidikan mempunyai masa depan yang cerah kerana sekolah dan masyarakat adalah saling lengkap- melengkapi dan ini memang bersesuaian dengan negara kita yang berbilang kaum. Selain itu, konsep ini juga boleh dijadikan sebagai satu strategi untuk melahirkan satu suasana yang mesra di antara sekolah dan masyarakat. Justeru itu, dapat menjayakan impian kerajaan dalam mewujubkan sekolah Bestari dan sekolah Wawasan. Hubungan Sekolah dan Masyarakat. Hubungan antara sekolah dan masyarakat adalah sangat kompleks. Sebelum kita melihat kepada hubungan sekolah dan masyarakat, terlebih dahulu, kita perlulah memahami konsep-konsep interaksi hubungan tersebut. Secara ringkasnya, terdapat dua bentuk interaksi yang berlaku di antara sekolah dan masyarakat. Interaksi- interaksi tersebut merangkumi tiga dimensi iaitu tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi di luar sekolah. Rajah di bawah telah menunjukkan interaksi- interaksi hubungan berkenaan: 1. Sekolah- Pentadbir, Guru dan Pelajar 2. Ibubapa 3. Masyarakat Di sekolah, terdapat tiga pihak yang terlibat dalam interaksi di dalam sekolah iaitu pihak pentadbir, guru dan pelajar. Manakala di luar sekolah pula, terdiri daripada pihak sekolah, ibubapa dan komuniti di dalam masyarakat. Di dalam sekolah, pihak pentadbir yang diketuai oleh pengetua akan mentadbir sekolah berlandaskan Falsafah Pendidikan, matlamat-matlamat negara, perancangan kerajaan serta permintaan-permintaan masyarakat. Guru pula mengajar dan mendidik pelajar supaya menjadi seseorang insan yang berguna serta dapat menyumbang kepada diri sendiri, keluarga dan negara. Pelajar pula, perlu mempergunakan peluang-peluang yang sedia ada untuk mengembangkan potensi masing-masing untuk mencapai kecemerlangan diri. Di luar sekolah, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam menjalankan tanggungjawab sosial serta berperanan dalam mendidik anak bangsa. Walaubagaimanapun, 21
  • 22. tanpa kerjasama ibubapa dan komuniti, sekolah tidak dapat berdiri sendiri. Misalnya, masalah sosial yang semakin mencabar, pihak sekolah sangat memerlukan bantuan dan kerjasama daripada pihak luar. Para ibubapa perlu berganding bahu dengan pihak sekolah supaya dapat mendidik anak-anak mereka sendiri. Contohnya, hubungan para guru dengan ibubapa melalui PIBG merupakan salah satu hubungan yang berkesan. Ini dapat dilihak di dalam kejayaan- kejayaan aktiviti-aktiviti yang telah dijayakan sebelum ini. Komuniti setempat ataupun bukan setempat juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam membina modal insan. Penglibatan ahli-ahli komuniti dalam aktivit-aktivit bersama sekolah dan ibubapa adalah sangat penting, selain dapat merapatkan hubungan, aktivit-aktivit seperti gotong-royong turut berkesan dalam mengelakkan perselisihan dan perkauman serta dapat mengekalkan tradisi sikap bantu-membantu antara ahli masyarakat. Kesimpulannya, kesemua interaksi-interaksi tersebut adalah sangat penting dalam mencapai objektif-objektif persekolahan masyarakat berilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, kerjasama di antara sekolah dan masyarakat adalah amat diperlukan. Seperti yang telah diterangkan di atas, kita boleh melaksanakan konsep perkongsian atau ³Partnership´ di antara sekolah dengan masyarakat. Walaubagaimanapun, konsep ini memerlukan perancangan yang teliti kerana penyertaan yang menyeluruh untuk semua sekolah di seluruh negara sudah pasti mempunyai masalah atau halangan- halangan yang perlu diatasi terlebih dahulu. Maka, lebih banyak kajian dan perbincangan perlu diadakan bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut. 22
  • 23. Rujukan Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia: The Falmer Press. Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mengapa Kami Bantah! - Edisi kedua / Penyusun Abdullah Hassan, Profesor Emeritus.2007.. Persatuan Penterjemah Malaysia Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP. Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu. Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine. 23