SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
Download to read offline
Isu 1. Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
• Mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris di tahun
satu, tingkatan satu dan enam rendah di semua sekolah kebangsaan mulai
tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah
menjelang 2008. Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata
penggunaan bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu di kolej
matrikulasi bermula pada 2004 manakala di politeknik pula pada 2008. Murid
tahun satu akan menggunakan sepenuhnya dua subjek berkenaan dalam bahasa
Inggeris pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pada 2008
manakala pelajar tingkatan satu akan mengambil dua subjek itu dalam bahasa
Inggeris pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2005 dan
seterusnya kumpulan ini mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 2007.
• Kementerian Pendidikan memahami kebimbangan pelbagai pihak,
terutama guru, pelajar dan ibu bapa, pada peringkat awal pelaksanaan dasar
berkenaan yang pasti menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, bagi
melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, pihak
kementerian menyediakan kursus intensif jangka pendek dan panjang termasuk
program 'face-to-face immersion', kursus hujung minggu, modul pembelajaran
kendiri dan on-line berdasarkan laman web. Kementerian Pendidikan telah
menyediakan peruntukan terhadap intensif baru ini .
• Kabinet menganggap pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris sebagai satu kepentingan utama negara dan mengarahkan
Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar
ini, menurut Menteri Pendidikan. Bagi memantapkan dan membolehkan
pengajaran ini dapat dibuat dengan lebih berkesan, pihak kementerian
menyediakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologi
komunikasi maklumat (ICT) seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin dan
bahan interaktif kepada sekolah.
• Menteri Pendidikan berkata, bekalan elektrik akan dibekalkan secepat mungkin
kepada sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyai kemudahan berkenaan,
selain dibekalkan dengan bahan rujukan bercorak sains. Beliau berkata, pihak
kementerian sedang menyediakan buku teks dalam bahasa Inggeris untuk
kemudahan pelaksanaan dasar ini. Dalam merangka strategi ini jawatankuasa
pelaksanaan telah mengambil kira ulasan, pandangan dan teguran pelbagai
pihak termasuk pendidik, ahli akademik, guru-guru, majlis guru besar dan
pengetua, kesatuan guru dan orang ramai.
• Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah untuk
menyediakan generasi muda kini bagi menghadapi saingan global dengan
penuh keyakinan. Kerajaan menggariskan bahawa matlamat utama pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,
adalah untuk membolehkan pelajar mendalami dan memahami dua bidang
ilmu itu secara lebih berkesan, sekali gus dimanfaatkan untuk pembangunan
serta kemajuan negara.
• Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata pengetahuan dalam dua
bidang penting itu sentiasa berkembang pantas berikutan hasil penyelidikan
pesat dan kebanyakan ilmu terbabit disebar menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa global. Justeru, pelaksanaan baru dalam sistem pendidikan
negara itu, akan menjadikan rakyat Malaysia berupaya menangani cabaran
serta persaingan global dengan penuh yakin, berilmu pengetahuan dan memiliki
kemahiran.
• Beliau berkata, satu lagi matlamat penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa penghantar pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah ialah untuk
membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris
berbanding hanya mempelajarinya melalui subjek itu sendiri. Apabila suatu
bahasa berkenaan digunakan secara meluas dalam komunikasi harian, tahap
penguasaan serta kefasihan bahasa itu akan meningkat. Oleh itu, dalam bidang
pendidikan, cara terbaik untuk mempelajari bahasa terbabit ialah dengan
menggunakannya sebagai alat pembelajaran. Fokus kementerian ialah
menyiapkan pelajar memasuki pasaran kerjaya dan memastikan mereka tidak
`tertewas’ kepada pihak yang menguasai bahasa berkenaan dengan lebih baik.
• Menurut Tan Sri Musa, dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan (k-
ekonomi), permintaan untuk pekerja berilmu pengetahuan adalah besar.
Justeru, mereka yang tiada kemahiran bahasa akan ketinggalan memandangkan
komunikasi adalah kunci persefahaman.
• Pihak institusi pendidikan swasta turut berperanan membantu kerajaan
meningkatkan usaha memantapkan pengajaran Matematik dan Sains
menggunakan bahasa Inggeris.Pengerusi PTPL, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd
Noordin mengatakan bahawa kolej-kolej PTPL akan membantu kerajaan melalui
program e-MS. E-MS ialah lanjutan projek HOPE (High Optimum
Performance in Education) yang mensasarkan kecemerlangan pelajar tingkatan
lima dalam tiga mata pelajaran khusus, iaitu Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris.
• Sebagai permulaan,projek berkenaan membabitkan pelajar tingkatan satu dan
enam rendah dan akan mengembangkannya ke peringkat lain
pada masa depan.“Kesemua sembilan cawangan PTPL akan menyertai program
kebangsaan ini, iaitu di Shah Alam, Ampang, Kota Bharu, Sabah, Seremban,
Kajang, Sarawak, Pulau Pinang dan Sungai Petani.Kelas akan diadakan dua hari
seminggu. Kakitangan akademik PTPL dan KUTPM akan memberikan tenaga
bimbingan dan khidmat nasihat mengenai penggunaan modul komputer
Matematik serta Sains, kepada guru dan pelajar.Dijangka 100 sekolah seluruh
negara terbabit dalam projek e-MS.
• Kokurikulum bantu pencapaian akademik
Berita Harian - 02/05/02
• Pelajar harus menjadikan proses mendapat kemahiran dan pendidikan tinggi
sebagai tempoh yang paling bermanfaat dan kaya dengan pengalaman. Ini
disebabkan pengetahuan dan pergaulan semasa berada di institusi pengajian
tinggi akan membantu pelajar menjadi graduan yang mempunyai keperibadian
yang menyeluruh serta pekerjaan yang dedikasi.Untuk itu, pelajar tidak boleh
terlalu menumpukan perhatian kepada kuliah saja tetapi mestilah
membabitkan diri dengan kegiatan bukan akademik secara langsung.Ketua
Pengarah Mara, Datuk Mohd Mydin Mohd Sheriff berkata, kegiatan luar kuliah
atau kokurikulum seperti permainan dan sukan, pakaian seragam dan kelab
dapat membangunkan potensi atau bakat pelajar.Katanya, aktiviti kelab
bersifat akademik seperti debat atau badan beruniform seperti seni
mempertahankan diri akan membolehkan pelajar mendapat pengalaman
berorganisasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak.Pelajar yang terpilih
sebagai pemimpin pula, katanya, akan memperoleh pengalaman dan
pengetahuan yang amat tinggi nilainya dalam pembentukan sifat
kepemimpinan.“Begitu juga pelajar yang aktif dalam aktiviti sukan dan
permainan dalaman yang biasanya mempunyai badan yang cergas dan minda
yang cerdas berbanding pelajar yang tidak terbabit dengan kegiatan
berkenaan.“Selain memberi pengetahuan atau pengalaman yang tidak boleh
didapati menerusi kuliah, mereka juga aktif atau tidak mudah letih dan penat.
• “Ini penting untuk pelajar kerana kelebihan ini membolehkan mereka
mengulang kaji pelajaran hingga beberapa jam pada sebelah malam dan
menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih baik.“Jadi, kegiatan
kokurikulum ini bukan saja untuk membina kemahiran lain yang tidak diajarkan
dalam bilik kuliah, tetapi juga akhirnya membantu kecemerlangan dan
pencapaian akademik,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutup
Karnival Sukan Pertama Institut Kemahiran Tinggi Mara (IKTM) di Bandar Baru
Bangi, Selangor, baru-baru ini.Karnival itu disertai empat IKTM, iaitu Malaysia
France Institute (MFI), German Malaysia Institute (GMI), British Malaysia
Institute (BMI) dan Malaysia Institute of Aviation Technology (Miat).Sebanyak
lapan acara dipertandingkan dalam program selama dua hari itu yang
membabitkan kira-kira 280 pelajar.GMI muncul sebagai juara keseluruhan dan
menerima piala pusingan daripada Mohd Mydin.Beliau berkata, karnival yang
dianjurkan buat pertama kali itu bertujuan merapatkan perhubungan sesama
pelajar dan juga kakitangan IKTM.Beliau berkata, program berkenaan akan
dianjurkan secara lebih besar dan meriah pada tahun depan agar lebih ramai
pelajar serta kakitangan IKTM dapat membabitkan diri.Miat yang mempunyai
kampus tetap di Sepang, Selangor bersetuju menjadi tuan rumah bagi karnival
tahun depan.“Karnival sukan seperti ini adalah program yang julung kali
diadakan dan dapat mempertemukan hampir semua pelajar dan kakitangan
IKTM untuk saling berkenalan dan beramah mesra.
• SEKOLAH YANG BERJAYA
• Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut
kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara
dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
• Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah yang berjaya adalah
merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai
pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain
lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berjaya boleh dicapai dan direalisasikan
sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia.
• Ciri-ciri sekolah berjaya adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang
dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan
ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara
elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai
berjaya.
• Sesungguhnya sekolah yang berjaya bukanlah impian yang tidak boleh menjadi
kenyataan , malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya
mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat. Semua pihak
sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya
sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus
kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun
selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta
masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar.Ini
adalah kerana pelajar –pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa
akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita
sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah
diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu.
• Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita
bahawa negara Jepun dan Jerman yang pernah kalah dalam peperangan dunia
telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan
mereka . Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta
mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan
mereka maju dan mencapai kejayaan. Bagi melahirkan satu jenerasi yang
cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi
meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi
pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia
sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk
membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan
penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan
sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan
wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat
terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.
• Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah
itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah sekolah
itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik
, iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran , komitmen
di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya
kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut. Menurut Sulaiman Masri
(1996) , keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan budaya cemerlang di
kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah sekolah yang
berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah akan
menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di
kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar
sebagai seorang individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia
memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.
• Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan
ciri-ciri organisasi dan ciri-ciri individu . Dalam model ini , beliau menyatakan
jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja
bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta
perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan
persekitaran. Sebagai contohnya , amalan penyeliaan , ganjaran dan
sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada
cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi , perubahan sikap dan
persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan.
Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah
itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi
mencapai tujuan yang tersebut,
KONSEP SEKOLAH YANG BERJAYA
• Sekolah yang berjaya boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan
sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana
yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak
pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang
terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH YANG BERJAYA
•
Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan:
• Penampilan diri
• Kesihatan fizikal dan mental yang sihat
• Beramanah , ikhlas, ada sense of humor dan tidak mementingkan diri sendiri
• Berkeyakinan diri yang tinggi
• Mahir berkomunikasi
• Ketrampilan pentadbiran
• Kebolehan menganalisa masalah
• Kebolehan membuat keputusan
• Keperluan pengurusan organisasi
• Sensitiviti
Ketrampilan interpersonal
• Kemahiran kaunseling
• Kemahiran membina pasukan
• Kemahiran penyelesaian konflik
• Kemahiran pengurusan tekanan dan masa
• Akauntabiliti
Pengurusan kurikulum yang tersusun
• Pengurusan Pra Pengajaran dan Pembelajaran
• Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan peringkat yang terpenting
dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan
pembelajaran yang mantap dan canggih sudah pasti penghasilan pelajar yang
dihasilkan akan lebih bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Negara. Oleh itu , bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta
pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengurus
sekolah.
• Guru berkualiti aspirasi negara
• Berita Harian - 15/05/02
• SOALAN (S): Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Kementerian Pendidikan
berdasarkan tema Hari Guru tahun ini?
• JAWAPAN (J): `Guru Berkualiti Aspirasi Negara’ dipilih sebagai tema Hari Guru
2002 bertepatan dengan persediaan negara menghadapi cabaran pendidikan era
globalisasi abad ke-21 yang menuntut anjakan paradigma dan perkembangan
minda guru. Guru berkualiti adalah aspirasi negara dalam merealisasikan
wawasan pendidikan yang berhasrat mempertingkat pencapaian bermula dari
prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, memperbaiki
ekuiti bagi pendemokrasian pendidikan sama ada di bandar mahupun luar
bandar dan kawasan pedalaman; mempertingkat kualiti, kecekapan dan
kecemerlangan secara menyeluruh; pengukuhan dan peningkatan kecekapan
sistem pengurusan institusi, pengurusan maklumat, pemantauan dan penilaian
program; serta peningkatan aktiviti penyelidikan.
• Warga pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri berkualiti bagi membawa
tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan
sistem pendidikan bertaraf dunia. Ciri positif yang perlu dimiliki guru berkualiti
untuk memenuhi aspirasi negara ialah cergas, beriman, berilmu, berkemahiran,
berdisiplin dan berakhlak mulia, selain mempunyai daya fikiran kreatif, kritis
serta inovatif.
• Pendidik berkualiti juga dituntut mempunyai sahsiah baik, pengetahuan terkini,
yakni mengamalkan pendidikan sepanjang hayat dan budaya kerja positif. Bagi
melengkapkan diri dengan ciri berkenaan, guru perlu mempunyai jati diri yang
mantap, lebih komited dalam profesion keguruan serta bersemangat untuk
menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar.
• Tema ini tepat dan sesuai dengan peranan guru kini dalam menyempurnakan
hasrat serta cita-cita negara untuk melahirkan pelajar yang bakal menjadi
warga negara berkualiti. Ia mencakupi kepelbagaian disiplin ilmu, penampilan
akhlak mulia, mahir menyesuaikan tingkah laku dalam pelbagai keadaan
(skillful behaviour), bertoleransi, berkomunikasi secara berkesan dan jati diri
terhadap negara, sejajar arus perdana Malaysia untuk mencapai matlamat
negara maju siber. Sebelum seseorang pelajar atau warga negara dilahirkan
sebegini rupa, langkah pertama bermula daripada kualiti guru itu sendiri.
• Tema berkenaan tidak bermakna guru sebelum ini tidak berkualiti tetapi kita
berpegang kepada konsep kualiti yang merangkumi penambahbaikan
berterusan. Kualiti juga merujuk kepada satu piawai tinggi yang perlu dicapai
selaras kesesuaian serta keperluan masyarakat dan negara.
• Tema Hari Guru tahun ini menunjukkan kepada masyarakat betapa penting dan
kritikal peranan guru dalam memenuhi hasrat serta harapan negara ke arah
persediaan pendidikan dalam abad ke-21 ini serta membangunkan sistem
pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia di Malaysia. Kita perlu ingat bahawa
kemakmuran negara yang kita nikmati hari ini adalah sebahagian daripada
kejayaan dicanai dan dibentuk oleh guru bermula dari bilik darjah sehinggalah
di luar sekolah.
• S: Apakah keistimewaan upacara sambutan tahun ini dan sebarang
pembaharuan yang dilakukan dari segi penganugerahan?
• J: Sambutan Hari Guru sentiasa istimewa kerana ia memberi penghormatan dan
pengiktirafan kepada pengorbanan pendidik. Tahun ini, kita masih meneruskan
anugerah seperti tahun sebelumnya, termasuk Tokoh Guru, Guru Inovatif dan
Sekolah Harapan Negara. Pemenang anugerah juga dijemput ke majlis
pelancaran sambutan ini. Insya-Allah pada tahun depan, kita akan
memperkenal Anugerah Sekolah Selamat, satu konsep yang baru dan sudah pun
dilancarkan Menteri Pendidikan di Sungai Petani, Kedah, 6 Mei lalu.
• Tahun ini, kita juga akan melancarkan beberapa buku hasil nukilan dan
pendapat kaum guru. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Institut Aminuddin
Baki, masing-masing menghasilkan koleksi terbitan sempena sambutan Hari
Guru ini.
• Di samping itu, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia akan melancarkan buat pertama
kalinya, empat buku yang ditulis oleh guru. Ini selaras dengan konsep dan
tanggapan `guru sebagai penulis’ yang kita cuba ketengahkan. Guru menulis
pengalaman mereka, di samping menerapkan nilai murni kepada murid. Buku
ini adalah koleksi pengalaman mereka ketika berinteraksi dengan pelajar di
bilik darjah atau sekolah. Antara buku dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris yang dilancarkan sempena Hari Guru di Sabah ialah `Secawan Kopi
Daripada Guru’ dan `A Bouquet Of Flowers by Teachers’.
• S: Apakah yang sedang dan akan diusahakan oleh Kementerian Pendidikan untuk
memastikan kepentingan guru, sekali gus mempertingkat martabat golongan itu
di negara ini?
• J: Usaha yang dilakukan bagi memartabatkan profesion keguruan adalah
berterusan. Seperti yang kita nyatakan dalam sambutan Hari Guru tahun lepas
(temanya: Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Semua), usaha
ini terletak di tangan semua pihak.
• Dalam konteks ini, kementerian memberi penekanan berat terhadap kualiti dan
latihan dalam pendidikan guru. Guru, sama ada bakal guru atau guru sedang
berkhidmat, harus diberi latihan profesional dan berkualiti secara berterusan,
di samping memenuhi keperluan dan aspirasi negara apalagi dalam era
globalisasi.
• Lebih ramai guru akan berpeluang mempertingkat tahap kelayakan akademik
dan profesionalisme melalui pelbagai program latihan, termasuk Program
Pensiswazahan dan Program Pembangunan Staf bagi guru yang berminat
menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang
kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Tahun ini saja, sebanyak
RM 98.7 juta akan dibelanjakan bagi program Latihan Dalam Perkhidmatan
(LDP) yang mensasarkan seramai 150,000 guru mengikuti kursus jangka pendek
dan panjang. Jumlah peruntukan bagi LDP ini bertambah hampir 64 peratus
berbanding tahun lalu (RM 60.1 juta)
• Kementerian juga mempergiat lagi pelaksanaan kursus pendek di bawah
kelolaan jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD)
bagi tujuan:
• membiasakan guru dengan pelbagai perubahan yang berlaku, baik dari segi
perubahan kurikulum, perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT),
mahupun pengurusan tingkah laku pelajar.
• meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran di bilik darjah, khususnya
dalam pengajaran Sains dan Matematik serta Bahasa Inggeris
• Untuk menjayakan program latihan, khidmat guru cemerlang, jurulatih utama
yang dilatih di bawah program `Malaysian Trainer Development Programme'
seperti Bahasa Inggeris, dan kakitangan sumber yang mempunyai kepakaran
dalam bidang masing-masing diperlukan. Seramai 63,542 guru dari seluruh
negara dijangka mendapat latihan melalui kaedah ini.
• Usaha kementerian dalam konteks meningkatkan kualiti guru juga dapat dilihat
apabila latihan guru dinaikkan taraf sijil kepada diploma dan meletakkan syarat
lulus Bahasa Inggeris dan Matematik, selain kelayakan asas Sijil Pelajaran
Malaysia dengan lima kepujian untuk program LDP supaya guru lebih bersedia
menghadapi era globalisasi.
• S: Apakah masalah yang dikenal pasti masih melingkungi profesion keguruan
negara?
• J: Usaha penambahbaikan perkhidmatan pendidikan adalah usaha semua pihak
yang dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan
semua pihak dari dalam dan luar sistem pendidikan itu sendiri.
• Dengan jumlah kakitangan yang besar, iaitu 300,000 daripada satu juta
kakitangan kerajaan, sudah tentu ia memerlukan satu pendekatan bijak serta
berhikmah dalam menangani apa juga isu dan masalah. Dengan bilangan ramai
ini, kementerian sentiasa menambah dan mencari ruang dan peluang bagi
meningkatkan kebajikan guru.
• Sebarang perubahan membabitkan profesion ini sudah tentu turut membabitkan
perubahan pelbagai aspek lain yang kemungkinan menimbulkan kesan kepada
perkara lain. Namun, ini tidak bermakna kita berhenti dan tidak melaksanakan
usaha menjadikan profesion ini lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh
masyarakat.
• Dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri, Timbalan-timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen serta pengurusan kementerian, kita yakin sistem
pendidikan negara akan lebih berkesan, mantap dan berfokus.
• S: Kebelakangan ini, pelbagai isu melanda profesion keguruan tanah air,
termasuk pengasingan pelajar yang kini sudah selesai. Adakah senario
sedemikian menjejaskan imej dan kredibiliti keguruan?
• J: Saya percaya semua pihak sudah menerima keputusan dan pendapat
jawatankuasa bebas. Saya yakin dengan penjelasan yang diberi oleh
jawatankuasa itu, imej dan kredibiliti keguruan tidak terjejas, malah
bertambah kukuh. Semua pihak sekarang bertanggungjawab untuk
menterjemahkan saranan jawatankuasa bebas yang dikemukakan dalam
laporannya kepada bentuk tindakan dan pelaksanaan.
• S: Apakah pendapat Datuk mengenai pandangan pihak tertentu bahawa
golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap
tanggungjawab sebagai pendidik dan secara langsung menyebabkan mereka
semakin kurang dihormati masyarakat?
• J: Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa golongan guru kini semakin
kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai
pendidik. Saya katakan demikian kerana prestasi sekolah secara keseluruhannya
tahun demi tahun semakin baik sama ada dari segi akademik mahupun bidang
lain. Pencapaian kita dalam bidang seperti Sains dan Matematik dengan negara
maju, tidak jauh ketinggalan.
• Bidang perguruan sebenarnya sudah menjadi profesion diminati berdasarkan
bilangan permohonan berbanding tempat ditawarkan. Guru semakin berminat
untuk meningkatkan kelayakan, khususnya dalam bidang akademik sehinggalah
ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Mereka menggunakan peluang
mengikuti pelbagai program pensiswazahan dan latihan disediakan oleh
kementerian.
• Kementerian Pendidikan melalui BPG memang menyediakan latihan
praperkhidmatan kepada bakal guru bagi memastikan mereka layak dan
profesional dalam tugas. Ketika berkhidmat pula, kementerian melalui pelbagai
saluran seperti JPN, PPD dan juga sekolah, menyediakan kursus dan latihan,
sama ada berbentuk pedagogi mahupun pengurusan. Latihan dan pembangunan
staf kepada guru adalah antara tumpuan diberi untuk mengekal dan
meningkatkan motivasi serta komitmen guru terhadap tugas.
• Pendidikan mempunyai `pemegang amanah’ yang ramai dan sudah pasti setiap
ahli masyarakat memberi perhatian kepada apa saja isu ditimbulkan berkaitan
pendidikan. Menyedari hakikat ini, kita mengalu-alukan maklum balas daripada
`pemegang amanah’ bagi mempertingkatkan kebajikan guru dan kualiti
pendidikan.
• Dalam konteks ini, kementerian sudah, sedang dan akan terus memperhebat
usaha meningkatkan kebajikan guru, sekali gus turut membabitkan pelajar.
Sebagai contoh dalam reka bentuk sekolah baru, kementerian memastikan
ruang kerja lebih luas dan selesa disediakan untuk guru. Kemudahan lain
seperti komputer dan hawa dingin disediakan di tempat kerja atau bilik guru
untuk meningkatkan komitmen guru bekerja. Di samping itu, sekolah sedia ada
juga dinaikkan taraf supaya kemudahan, khususnya keselesaan tempat kerja,
dapat ditingkatkan.
• S: Bagaimanakah guru harus bersedia menghadapi cabaran globalisasi?
• J: Arus globalisasi adalah gelombang besar dan hebat pada hari ini.
Perkembangan ICT dalam arus globalisasi memberi tuntutan baru terhadap
sistem pendidikan seperti k-ekonomi, iaitu satu sistem ekonomi berpaksikan
ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, sudah tentulah kita tidak boleh tertinggal,
malah wajar memanfaatkannya. Arus perubahan menuntut pendidik mempunyai
`competitive edge’. Ini bermaksud semua pihak di pelbagai peringkat
pemimpin, pengurus pendidikan dan guru di bilik darjah mesti mempunyai
`critical competency’.
• Seperti disarankan Perdana Menteri, guru harus menjadi fasilitator berkesan.
Menjadi fasilitator bermaksud mereka perlu mempunyai ilmu, berketrampilan,
bermaklumat dan mengamalkan nilai tinggi dan mulia. Mereka menjadi
fasilitator ilmu pengetahuan dan penyebar nilai murni. Untuk ini, mereka perlu
menguasai bahasa yang menjadi medium kepada ilmu berkenaan. Dalam
konteks ini, guru harus menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa - bilingual.
Selain bahasa Melayu, mereka harus menguasai bahasa antarabangsa lain
seperti bahasa Inggeris.
• Guru perlu menguasai kemahiran dalam bidang ICT serta menggunakan
teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Untuk
membolehkan penguasaan ICT, guru harus menguasai bahasa perhubungan
dalam penyaluran ilmu. Seorang guru yang `bilingual’ akan memudahkan proses
P&P di bilik darjah, di samping diri sendiri dapat meraih ilmu dengan lebih
mendalam melalui bahan bacaan yang lebih intensif serta ektensif.
• Saya sudah nyatakan bahawa peranan guru dalam era globalisasi ini juga perlu
bersifat global, sebagaimana tema Hari Guru tahun ini `Guru Berkualiti Aspirasi
Negara’. Tema ini dipilih kerana melalui guru berkualiti saja kita dapat
merealisasikan aspirasi negara, khususnya dalam era globalisasi ini. Guru
berkualiti diperlukan untuk menghadapi era globalisasi dan ledakan maklumat
ini.
• Penguasaan ilmu akan menjadi teras penting dalam menghadapi cabaran
globalisasi ini. Negara amat mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidik
sentiasa digalakkan untuk menambah ilmu selaras perkembangan semasa. Anak
didik di bilik darjah semakin matang serta cerdik dan untuk itu, guru perlu
lebih ke depan dari segi penguasaan ilmu, baik secara teori mahupun amali.
• Dalam hal ini, guru harus terus menjadikan budaya ilmu sebagai asas
kecemerlangan.
• Pada masa sama, nilai dan budaya ketrampilan pendidikan harus diambil
pertimbangan. Selaku seorang profesional dalam bidangnya, kemahiran perlu
diperbaharui dan dipertingkatkan. Guru harus peka dengan perkembangan
semasa, terutama perubahan budaya dan keperluan pendidikan.
• Dalam era ini juga, kita harus bersedia untuk melakukan `benchmarking' atau
belajar daripada yang terbaik bagi mendapatkan amalan terbaik. Kita percaya
ini akan menyebabkan kita sentiasa cemerlang dan ke depan daripada orang
lain.
• S: Akhir sekali, apakah pesanan khusus daripada Datuk kepada guru sempena
Hari Guru 2002?
• J: Guru harus merebut peluang yang ada bagi meningkatkan kualiti dan
kecemerlangan diri supaya menjadi guru berkesan dan dihormati. Latihan yang
diterima sebelum menjadi guru seharusnya memenuhi piawai kualiti profesion
keguruan dari segi akademik, pedagogi, ketrampilan, sikap dan sahsiah.
• Ketika berkhidmat sebagai guru pula, sama ada di bandar ataupun pedalaman,
usaha untuk menguasai ilmu tidak seharusnya terhenti. Kementerian sudah
menyediakan ruang serta peluang di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kementerian untuk memenuhi hasrat ini. Pelbagai kursus dalam perkhidmatan
jangka pendek dan panjang disediakan. Semuanya merangkumi aspek
peningkatan akademik, profesionalisme dan pembangunan staf.
• Saya menyeru supaya guru merebut peluang untuk meningkatkan tahap
kelayakan akademik masing-masing kerana ini sekali gus akan memberi
kekuatan dan kelebihan sama ada akademik, ketrampilan diri mahupun
material. Dalam hal ini, kementerian menyediakan saluran khas seperti
Program Pensiswazahan Khas Pendidikan Guru, program berkembar dengan
institusi pengajian tinggi luar negara dan Program Pensiswazahan Sepenuh Masa
(dengan separuh gaji). Kementerian juga sudah menetapkan sasaran guru di
semua sekolah menengah siswazah menjelang 2005 dan 50 peratus guru
siswazah di sekolah rendah menjelang 2010. Sebagai guru, kita sudah berikrar
dan berjanji untuk menjadi guru yang baik dan profesional. Janji, ikrar dan
iltizam ini kita perbaharui setiap tahun, khususnya pada Hari Guru ini. Kita juga
sudah berjanji, antara lain untuk sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat,
bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab,
sebagaimana yang tercatat dalam Aku Janji yang kita tandatangani.
• Kita sama-sama bertanggungjawab untuk merealisasikan tema Hari Guru tahun
ini. Semua pihak perlu bermuafakat, saling membantu dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk membina negara dan bangsa yang maju, bersatu
padu serta mempunyai jati diri mantap. Aspirasi negara dapat dicapai jika
semua pihak -guru, ibu bapa dan masyarakat - sanggup berkorban dan
memberikan komitmen masing-masing.
• Kepercayaan dan sokongan padu perlu diberi kepada kementerian dan kerajaan
untuk terus mempelbagai dan meningkatkan usaha bagi mencapai kemajuan
serta kemakmuran negara. Saya percaya usaha ini akan dapat melahirkan guru
berkualiti, sekali gus memenuhi aspirasi negara.
• Usaha memperkasa sistem pendidikan kita bermula dari peringkat prasekolah,
rendah sehingga menengah, perubahan sikap dan minda seluruh komuniti
pendidikan. Sokongan dan keprihatinan masyarakat serta ibu bapa akan
membantu usaha ini.
• Saya percaya dengan sokongan dan komitmen semua pihak bagi menjayakan
agenda pendidikan negara seperti dalam Wawasan Pendidikan Negara dan
Wawasan 2020, kita akan dapat meraih hasilnya pada hari muka.
• Teruskanlah budaya kerja kuat dan cemerlang semoga anak didik kita hari ini
akan menjadi pemimpin masa depan dalam usaha meneruskan perjuangan
memartabatkan bangsa dan negara.
• Pendidikan penentu kejayaan bangsa, negara
• ALHAMDULILLAH kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan
hidayah-Nya, kita dapat bersama dalam dewan ini untuk menjayakan
Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan yang julung kali diadakan. Saya
ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada penganjur kerana memberi peluang kepada saya hadir bersama dalam
himpunan besar komuniti guru bagi mencetuskan wacana tentang pendidikan
negara.
• Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan
generasi yang akan mengambil alih daripada generasi semasa. Pendidikan
bukan saja dipertanggungjawab untuk membekal generasi baru dengan ilmu
pengetahuan, tetapi juga untuk menyemai nilai hidup yang boleh menentukan
jaya atau tidaknya masyarakat dan bangsa. Jika nilai yang disemai itu buruk,
maka buruklah masyarakat dan jika murni, maka akan berjayalah masyarakat.
Jika budaya iaitu jumlah nilai yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu tidak
sesuai dengan kemajuan, penyemaian nilai yang sesuai oleh pendidik boleh
memulih dan memajukan masyarakat itu semula. Ilmu pengetahuan tanpa nilai
yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya.
Nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan
masyarakat yang berjaya. Memang benar ibu bapa juga bertanggungjawab
untuk menyemai nilai hidup yang baik. Tetapi, ibu bapa mungkin tidak terlatih
sama ada berkenaan nilai yang patut menjadi pilihan atau pun dengan cara
yang berkesan untuk menyemainya. Sebaliknya, pendidik adalah orang yang
terlatih dan mereka terbabit dengan pembentukan peribadi murid dan
penuntut dalam jangka waktu yang lebih panjang, sewaktu umur murid dan
penuntut lebih impressionable iaitu umur pada waktu mana persepsi dan
penerimaan pengaruh adalah terbuka.
• Justeru, pendidikan yang lebih bertanggungjawab untuk membentuk generasi
baru yang lebih berpengetahuan dan berperibadi yang sesuai dengan kejayaan.
Bagi masyarakat yang sudah pun memiliki budaya yang sesuai dengan kemajuan
perkembangan budaya ini tidak menjadi masalah. Pendidik yang lahir dan
membesar dalam masyarakat sudah tentu telah menerap budaya yang sesuai.
Tetapi, jika sesuatu masyarakat itu tidak mempunyai budaya yang sesuai,
pengembangan budaya baru yang lebih sesuai perlu diusaha secara sengaja
dengan melatih dan menyebar nilai yang baik kepada pendidik terlebih dahulu.
Jika pendidik sudah terima dan menerap budaya baru ini dan dilatih secara
khusus untuk menyemaikannya di kalangan murid dan pelajar, maka proses
membentuk budaya baru yang sesuai dengan kemajuan boleh dilaksanakan
dengan berkesan oleh pendidik.
• Dalam dunia terdapat bangsa yang maju, bangsa yang kurang maju dan bangsa
yang daif. Perbezaan di antara kemajuan bangsa ini berpunca daripada nilai
hidup, iaitu budaya yang dipegang dan diamal oleh bangsa berkenaan. Sumber
alam yang kaya, cuaca yang segar, faktor geografi dan lain-lain tidak
mempunyai kesan seperti budaya. Sebab itu di negara yang sama, bangsa yang
berlainan, iaitu berbudaya yang berlainan, mencapai kemajuan yang berbeza.
Bangsa yang sama juga, jika berpegang kepada nilai yang berlainan tidak akan
sama kemajuan mereka. Di Malaysia budaya Melayu dan budaya Cina amat
ketara perbezaannya. Sementara budaya Cina memberi penghargaan yang amat
tinggi kepada penguasaan ilmu pengetahuan, budaya Melayu tidak begitu
menghargai ilmu. Kita lihat anak Melayu walaupun, diberi peluang tidak
menuntut sekuat anak Cina. Justeru, prestasi anak Melayu dan anak Cina
berbeza secara ketara. Bukanlah anak Melayu mempunyai otak yang kurang
baik. Dari segi kecerdasan otak Cina atau Melayu atau orang putih lebih kurang
sama saja. Tetapi, budaya Cina begitu kuat menekan tuntutan ilmu sehingga
mereka dan ibu bapa mereka menumpu bersungguh-sungguh kepada
mempelajari ilmu oleh anak mereka. Ramai daripada mereka mengorbankan
sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk membiayai pelajaran
anak. Ada juga ibu bapa Melayu yang berbuat demikian, tetapi bilangan mereka
tidak ramai. Selain itu, orang Cina menerap nilai yang diajar oleh Confucius
dalam urusan hidup mereka. Nilai ini mempunyai banyak yang ditafsir sebagai
nilai murni dan membantu pemilikan sikap yang menjayakan urusan hidup
mereka. Agama Islam memberi lebih banyak panduan akan nilai hidup kita
sebagai orang Islam, tetapi majoriti daripada kita tidak mengamalkannya.
• Orang Islam disuruh menuntut ilmu sehingga ke negara China, tetapi kita orang
Melayu tidak sanggup bersusah payah untuk menghadapi cabaran seperti yang
perlu dihadapi oleh orang Islam pada zaman Nabi jika mereka ingin menuntut
ilmu di negara China. Penuntut Melayu tidak pun belajar dengan bersungguh-
sungguh setelah menerima pelbagai jenis bantuan dan kemudahan. Sebab itu
kita bermasalah untuk memasuki 55 peratus anak Melayu ke universiti kerana
kelulusan yang tidak cukup tinggi. Kerap kali ramai anak Cina yang lebih layak
terpaksa ditolak. Prestasi anak Melayu di universiti tidak sebegitu baik kerana
setelah dimasukkan ke universiti, mereka tidak menumpukan sepenuh masa dan
tenaga kepada mempelajari ilmu, tetapi sebaliknya mereka melibatkan diri
dengan kegiatan lain. Pendedahan ini mungkin menyakitkan hati pihak
tertentu, tetapi perbezaan budaya di antara Cina dan Melayulah yang
menyebabkan Dasar Ekonomi Baru sukar dicapai. Kerana ingin kaya cepat,
saham, lesen, permit, kawasan balak dan lain-lain lagi dijual dengan segera
kepada orang lain. Walaupun, orang lain terpaksa tanggung kos pembelian
kawasan ini, mereka masih boleh untung dan berjaya. Jika kita ingin
mengimbangkan prestasi kaum di Malaysia nilai hidup dan budaya yang
menghalang pencapaian kemajuan perlu dikikis.
• Bagi anak Melayu mereka perlu diperkenalkan dan diasuh dengan nilai Islam
yang semuanya murni. Tidak ada sesuatu yang disuruh oleh agama Islam yang
akan merugikan kita jika kita tidak sengaja menyalahtafsir ajaran Islam.
Umpamanya, perjanjian mesti ditulis dan menjadi tanggungjawab orang Islam
untuk menunaikan janji ini. Jika dibuat janji mulut pun ikatannya dianggap
sama kuat dan merupakan ikrar yang mesti ditunaikan. Tetapi, ramai orang
Islam yang mungkir janji tanpa rasa bersalah. Kerana tidak berpegang kepada
ajaran Islam maka pencapaian orang Melayu tidaklah seperti yang sepatutnya.
Pendidik bukan saja bertanggungjawab untuk menyampai ilmu kepada murid
dan penuntut.
• Pendidik juga bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang mulia yang
boleh berjaya, di samping memberi tekanan kepada soal nilai hidup yang mulia
dan budaya yang sesuai dengan kejayaan. Dengan perkataan lain, pendidik
menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa, sesuatu negara, sesuatu
tamadun. Mungkin peranan ini yang diletak pada bahu pendidik dianggap
terlalu berat. Tetapi, hakikatnya faktor lain yang mempengaruhi pembentukan
peribadi rakyat sesebuah negara, seperti didikan ibu bapa, budaya yang sedia
ada yang diamalkan oleh rakyat negara, amalan agama sebangsa serta
persekitaran tidak memberi kesan seperti peranan pendidik. Lagi pun jika
perubahan hendak dibuat kepada budaya bangsa, pendidiklah yang perlu
memainkan peranan utama. Di Malaysia kita tahu jika kita ingin
mengimbangkan kejayaan orang Melayu dengan bangsa yang maju di dunia,
maka perubahan nilai hidup dan budaya mesti diusahakan di kalangan anak
Melayu. Mereka perlu diasuh dengan nilai Islam yang sebenar, bukan yang
sengaja dikembangkan sekarang oleh pihak yang mempunyai kepentingan lain.
• Sebenarnya, pada waktu ini nilai dan budaya yang dikembangkan di kalangan
pelajar kita adalah lebih buruk daripada dahulu. Sebab itu walaupun mereka
memperoleh ilmu, sumbangan mereka kepada pembangunan masyarakat tidak
begitu baik. Justeru, amat penting sekali pendidik sendiri dilatih dalam bidang
penyebaran nilai dan budaya kepada pelajar di bawah mereka. Tetapi,
bagaimanakah nilai dan budaya ini akan diketahui oleh pendidik? Untuk ini,
pensyarah dalam kolej perguruan perlulah dilengkapi dengan pengetahuan
berkenaan peranan budaya dan nilai hidup dalam menentukan jaya atau
tidaknya sesuatu bangsa. Pengetua dan pensyarah kolej perguruan perlu
menyampaikan kepada bakal guru akan nilai yang hendak diterapkan dan
budaya yang hendak dibentuk. Pengetua dan pensyarah perlu diberitahu dan
dilengkapi dengan segala-gala yang dianggap penting untuk disampaikan kepada
guru pelatih. Dengan itu, pendidik yang mendidik anak-anak kita akan berjaya
menyemaikan nilai yang mulia di kalangan warganegara akan datang dan
membentuk budaya yang sesuai dengan kejayaan bangsa.
• Peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik dalam pembentukan peribadi yang
mulia dan budaya yang boleh membawa kejayaan tidak kurang pentingnya
berbanding dengan penyampaian pelbagai ilmu kepada murid dan penuntut. Ini
adalah kerana ilmu yang diperoleh boleh disalahgunakan. Orang yang
berpengetahuan dan cerdik boleh menjadi penjenayah yang lebih cekap. Kesan
perbuatan mereka tentu lebih buruk kerana mereka berilmu. Demikian jika
kerana kelulusan tinggi mereka maka mereka memegang jawatan yang tinggi
tanpa dikawal oleh nilai murni, mereka mungkin akan menyalahgunakan kuasa
mereka seperti terlibat dengan rasuah. Sebaliknya, mengawal nafsu dan diri
lebih mudah dilakukan apabila seseorang itu memiliki nilai hidup yang baik.
Pegawai akan dapat memperingati diri keburukan jenayah yang hendak
dilakukan, balasan yang akan diterima dan lebih penting lagi ialah perasaan
malu dan tidak senang hati apabila terlibat dengan jenayah. Sama ada
sesebuah negara dipenuhi dengan rakyat yang berilmu bergantung kepada
pendidik di pelbagai peringkat. Dahulu kita berpendapat bahawa pelajaran dan
penerapan ilmu adalah sesuatu yang dibuat ketika kecil. Apabila dewasa kita
berhenti belajar kerana kita akan bekerja untuk menyara hidup.
• Hari ini proses mempelajari dan menguasai ilmu tidak terhad kepada masa kecil
atau sebagai remaja. Pembelajaran ilmu adalah proses berterusan yang tidak
boleh dihentikan. Selain daripada itu, ilmu yang dituntut perlu mempunyai
kaitan yang rapat dengan kerja yang hendak dibuat. Dahulu kelulusan dalam
bidang sastera dianggap melayakkan seseorang untuk membuat apa saja kerja;
menjadi pentadbir, pengurus, pekerja mahir dan bermacam lagi. Hari ini
setelah mendapat pelajaran asas yang umum, pelajaran dan latihan yang
khusus perlu dibuat sebelum seseorang dianggap layak untuk membuat kerja
tertentu. Semakin lama pengkhususan menjadi semakin tepat. Pendidik
memainkan peranan di semua peringkat. Pendidik yang terlatih dan cekap
dapat memindahkan ilmu dengan berkesan kepada pelajar. Oleh kerana bidang
pelajaran sudah menjadi lebih khusus dan tepat, pendidik juga perlu memiliki
ilmu yang sama tepat. Walaupun pelajaran seumur hidup tidak formal dan tidak
memerlukan pendidik, namun penyediaan bahan dan teks tetap bergantung
kepada pendidik yang terlatih dalam bidang berkenaan. Yang jelas ialah di
zaman ini peranan pendidik semakin bertambah dan semakin luas apabila
pelajaran jarak jauh berkembang dengan lebih pesat.
• Permintaan untuk pendidik tentulah meningkat dan ini bermakna profesion
pendidik dapat sekali lagi menjadi karier yang amat menarik. Justeru, pendidik
di semua peringkat perlu membuat persediaan untuk mengguna teknologi baru
seperti komputer, CD dan Internet untuk memperluaskan liputan pengajaran
yang boleh dibuat mereka. Seperti mana kita tahu Malaysia telah menyediakan
infrastruktur yang canggih untuk multimedia dan zaman maklumat. Untuk
menyampaikan ilmu kepada seberapa ramai penuntut melalui pengajaran jarak
jauh teknik baru perlu diteroka. Ini membabitkan penyediaan ‘software’ yang
dapat memudahkan pembelajaran, umpamanya penggunaan gambar tiga
dimensi, ‘computer animation’, dialog antara pendidik dengan pelajar,
penilaian prestasi, pakej pelajaran pelbagai ilmu dan seribu satu lagi cara yang
memudahkan penerapan ilmu oleh semua pelajar walaupun IQ mereka tidak
begitu tinggi. Sebenarnya semua orang dapat menambah ilmu pengetahuan
mereka, termasuk dalam bidang yang relevan kepada kerja dan tugas mereka
melalui kemudahan komputer dan ‘software’ yang semakin banyak dan semakin
canggih. Zaman maklumat dan teknologi komunikasi membuka peluang yang
luas kepada pendidik. Mereka tidak lagi terhad kepada bilik darjah. Dalam
sekolah sekali pun ada kemungkinan seorang pendidik mengajar pelajar dalam
dua atau tiga bilik darjah dalam mata pelajaran yang berlainan, tetapi di masa
yang sama.
• Sekolah bestari yang telah disediakan oleh kerajaan bukan saja akan
meningkatkan kecekapan pelajar dalam penggunaan komputer dan alatan
canggih yang lain, tetapi juga memberi peluang kepada guru meneroka dan
mencipta cara baru mengajar yang lebih berkesan daripada cara yang telah
diperkenalkan melalui ‘software’ yang sedia ada. Tidak ada had kepada
kebolehan komputer dalam mempermudahkan segala proses termasuklah
proses mendidik dan mengembangkan ilmu di kalangan pelajar, sama ada yang
memang pintar atau pun yang kurang cerdik atau pandai. Zaman maklumat
akan mewujudkan masyarakat yang lebih berpengetahuan dan lebih bijak. Dan
pendidik akan memainkan peranan utama dalam pembentukan masyarakat yang
berilmu ini. Bagi Malaysia, matlamat atau sasaran kita sudah pun ditentukan.
Kita ingin menjadi negara maju menjelang 2020. Untuk mencapai wawasan ini,
kita perlu kepada rakyat yang lebih produktif, yang mampu bersaing dengan
bangsa lain di dunia. Apakah mungkin kita kejar matlamat ini sedangkan
sasaran ini sering berubah? Di waktu kita menyuarakan buat pertama kali
Wawasan 2020, kita masih lagi berada di zaman industri. Kita yakin kita oleh
menguasai segala ilmu dan teknik untuk menjadikan negara kita sebuah negara
industri yang mampu mengeluarkan apa saja barang buatan. Tetapi, hari ini
kita berhadapan dengan paradigma baru, iaitu negara yang maju perlu
menguasai teknologi dan penggunaan maklumat secara yang boleh
meningkatkan produktiviti. Untuk ini kita perlu menguasai ilmu yang baru
diperkenalkan, bahkan kita perlu mencipta ilmu yang baru.
• Sasaran kita sudah berubah dan berubah secara radikal. Wawasan 2020 yang
kita bayangkan pada 1991 tidak sama dengan Wawasan 2020 yang dapat kita
gambarkan hari ini. Mungkin juga ia akan berubah lagi dalam jangkamasa 20
tahun sebelum tiba 2020. Rakyat Malaysia di semua peningkat perlu sedar
hakikat ini untuk menangani sasaran yang sering berubah ini. Sama ada kita
berjaya atau tidak bergantung kepada banyak faktor, antaranya ialah
kemampuan kita menerap dan mempergunakan ilmu untuk meningkat daya
pengeluaran dan daya saing kita. Jika kepemimpinan pendidik kita berwibawa
dan sanggup menghadapi cabaran yang akan datang ini, jika mereka bersedia
meningkatkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dan cekap pula di
dalam mendidik pelajar seumur hidup, maka kita masih boleh mencapai
wawasan kita. Kesanggupan generasi yang akan berusaha ke arah Wawasan
2020 bergantung kepada budaya yang dibentuk oleh pendidikan semasa. Jika
budaya ini sesuai dengan menangani cabaran dunia alaf baru yang bukan saja
memperlihatkan teknologi yang canggih menjadi bertambah canggih, tetapi
juga cabaran globalisasi serta kegelisahan dan pergolakan politik dalam dan
luar negeri, jika budaya yang dibentuk hasil usaha pendidik sekarang sesuai
dengan cabaran Aru, Insya-Allah kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.
Ternampak jelas bahawa kepemimpinan pendidik amatlah penting untuk kita
mencapai Wawasan 2020. Kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
membekalkan negara dengan kepemimpinan pendidikan yang berkemampuan.
• Peluang untuk pendidik meningkatkan keupayaan mereka akan disediakan di
semua peringkat. Kita harap negara kita terus stabil dan maju supaya upahan
kepada pendidik dapat diperbaiki selaras dengan peranan yang akan dimainkan
mereka. Sesungguhnya Wawasan 2020 banyak bergantung kepada kualiti rakyat
hasil daripada pendidikan mereka. Adalah diharapkan tidak ada sesiapa yang
akan mengganggu usaha murni kita kerana mereka tidak suka kepada ilmu baru
yang diperkenalkan, yang mungkin dianggap oleh mereka sebagai sekular dan
sebagainya. Orang Islam telah terlepas peluang Revolusi Perindustrian.
Janganlah orang Melayu di Malaysia sengaja melepaskan peluang daripada
Revolusi Maklumat. Jika kita terlepas kali ini, tidak mungkin lagi kita dapat
mengejar kemajuan. Kita akan terus ditindas dan ditakluk oleh bangsa yang
akan menguasai teknologi dan maklumat alaf baru ini. Kita akan dijajah
semula.
• Akhirnya di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
syabas kepada semua bagi merealisasikan wacana intelektual pendidikan
melalui konvensyen yang bermakna ini. Saya berharap usaha yang memberi
manfaat bagi tuan-tuan dan puan-puan pendidik sekalian akan diteruskan.
• DEWAN BUDAYA: Sebagai Ketua Pengarah yang mempelopori penerbitan
majalah Dewan Budaya, apakah pandangan Datuk tentang majalah ini
setelah 20 tahun usianya?
DATUK HASSAN: Tujuan kita menerbitkan Dewan Budaya adalah untuk
digandingkan dengan Jurnal Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Jika dua
majalah yang lebih tua itu menumpukan perhatian terhadap soal bahasa dan
sastera Melayu, Dewan Budaya melengkapkan forum ini dengan menyediakan
bahan ilmu dan maklumat berkala tentang hal budaya. Hal ini penting kerana
bahasa, sastera, dan budaya merupakan tiga warisan bangsa yang
melambangkan jati diri dan tamadun sesuatu bangsa. Maka pentinglah warisan
ini dipelihara dan dikembangkan terus melalui kegiatan penulisan dan wacana
supaya kesedaran tentang warisan bersama ini tidak luput daripada sanubari
dan ingatan bangsa kita dalam menghadapi "dunia baru" hari ini, yang tentunya
penuh dengan cabaran dan pengaruh baru pula yang harus kita tangani secara
bijak berdasarkan tradisi kita.
• Saya kira selama 20 tahun ini majalah ini dapat memberi sumbangan yang
banyak dalam bidang penulisan dan wacana budaya, sama ada dalam bentuk
penghuraian, perakaman data, ataupun dalam bentuk perbincangan untuk
semua golongan pembaca.
• Antara tujuan penerbitan Dewan Budaya termasuklah memelihara dan
mengembangkan warisan budaya. Setelah sekian lama kita merdeka, 42
tahun, mengapa kita masih melaungkan perkara yang sama?
Usaha memelihara warisan budaya bangsa melibatkan usaha mengembangkan
budaya itu sebagai sistem nilai dan amalan yang dapat menarik minat dan
penglibatan semua golongan atau anggota masyarakat Malaysia. Dalam usaha
ini kita menghadapi cabaran "budaya" lain, budaya popular, yang lebih seronok
diamalkan dan diikuti, datangnya dalam berbagai-bagai bentuk, misalnya dalam
bentuk hiburan, filem, muzik, gaya hidup, pakaian, dan makanan. Orang
menonton persembahan budaya Melayu dalam upacara tertentu sahaja,
mendengar dan menonton lagu dan tarian "asli Melayu" setahun sekali dalam
program "Hari Raya" di tv – pendek kata, kita menjadikan budaya Melayu
sebagai ritual sahaja, untuk menyerikan majlis rasmi dan sebagainya,
barangkali hal ini sesuai dengan dasar kebudayaan kebangsaan yang digubal
pada tahun 1972, tetapi orang tidak terlibat dengan budaya itu secara serius,
secara intim. Mengapa? Sebabnya banyak; antaranya, budaya dipisahkan
daripada kerangka pembangunan ekonomi, sosial, teknologi, dan pendidikan
negara, seolah-olah budaya dianggap sebagai sistem sampingan dalam
kehidupan manusia "moden". Generasi muda yang mewah banyak mempunyai
pilihan budaya lain yang lebih menarik, yang dapat dihubungkan dengan
persoalan dan masalah hidup mereka hari-hari. Mereka pergi ke Coffee Bean,
ke Planet Hollywood, ke Hard Rock Cafe, mereka mempunyai hiburan yang
lebih seronok, merayau-rayau dalam ruang internet mencari "maklumat" untuk
memenuhi kehendak hati muda mereka, bermain permainan komputer tentang
peperangan, keganasan, dan sebagainya. Budaya "tradisional" tidak
dikembangkan untuk menghadapi budaya popular ini, tidak dipopularkan secara
sistematik. Dan kita tidak dapat memaksa pengguna budaya popular luar itu
kembali ke budaya asli mereka kerana bagi mereka budaya bangsa kita tidak
dapat memenuhi kehendak psikologi dan cita rasa mereka, yang sedang
mencari makna baru dalam kehidupan mereka, sesuai dengan alam global yang
lebih luas, yang setiap hari mempengaruhi jiwa dan kelakuan mereka.
• Generasi muda sering mempersoalkan sejauh mana warisan budaya ini
dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara?
Sumbangan warisan budaya kepada pembangunan manusia, masyarakat dan
negara tidak dapat diukur dari segi hasil atau kesan fizikal atau
materialistiknya sebagaimana kita dapat mengukur kesan ekonomi atau
teknologi terhadap keadaan hidup manusia dan masyarakat. Namun, jika
pembangunan materialistik manusia tidak berdasarkan nilai budaya yang
terbentuk melalui pengalaman bersama bangsa dan masyarakat kita sejak
turun-temurun, akan timbul banyak kesan sampingan yang buruk pada moral
manusia. Inilah punca mengapa kita sering menghadapi masalah sosial, masalah
moral, masalah nilai. Di Barat, masalah ini lebih serius lagi. Manusia di sana
semakin berada dalam persekitaran sosial dan budaya yang tidak bermoral,
yang ganas, liar. Bayangkan, pelajar sekolah sudah pandai membuat bom dan
senjata untuk membunuh rakan sekolahnya tanpa sebab yang munasabah.
Fikirkan juga, mengapa di Barat kesedaran atau perasaan rasisme semakin
menjadi-jadi? Budaya apa ini? Kemajuan apa ini? Perkembangan durjana inilah
yang harus kita bendung melalui warisan yang menghargai nyawa manusia, yang
pro-keamanan.
• Pada masa yang sama kita melaungkan globalisasi dan transformasi
budaya, sedangkan sekarang kita lihat natijah yang berlaku di dunia
antarabangsa. Hal ini mengelirukan generasi baru.
Proses globalisasi sebenarnya bukan fenomena baru, tetapi sudah ada sejak
lebih 500 tahun dahulu apabila Christopher Columbus mengharungi Lautan
Atlantik untuk mencari "Dunia Baru". Eropah waktu itu dianggap "Dunia Lama",
ertinya dunia yang sudah matang tamadunnya. Itulah tarikh bermulanya proses
globalisasi yang disebut penjajahan Barat di Amerika Selatan dan Amerika
Utara, kemudian di Afrika, kemudian di Asia. Sebagai akibat penjajahan atau
"globalisasi" ini, ada bangsa yang hilang identiti bangsanya, identiti budayanya,
bahasanya, tanahnya. Ada bangsa yang dapat mempertahankan identitinya
selepas tamatnya penjajahan itu. Bangsa Melayu tidak hilang identitinya sejak
Portugis menawan Melaka pada tahun 1511 sampailah tahun 1957. Bahasa kita
kekal, budaya kita kekal, agama kita kekal.
• Sekarang kita menghadapi proses globalisasi lagi. Unsur penjajahan dalam
wajah baru, dalam bentuk dan gaya baru, wujud lagi tetapi oleh sebab
namanya "globalisasi", bahayanya, risikonya, boleh jadi tidak ketara, bahkan
kita lebih mudah menjadi mangsanya tanpa kesedaran kita. Kita tidak nampak,
tidak melihat "wajah" penjajah baru ini, kerana datangnya dalam bentuk
budaya, bentuk maklumat, internet, pasaran bebas, demokrasi bebas dan
sebagainya. Banyak orang yang percaya bahawa dunia globalisasi tidak
bersempadan lagi. Kita percaya bahawa nasionalisme atau semangat
kebangsaan tidak relevan lagi; yang penting ialah semangat global, berfikiran
global, bertindak global. Di sinilah bermulanya krisis manusia sejagat, krisis
kita, kedangkalan kita, kebodohan kita, mempercayai slogan orang lain, slogan
dan propaganda pedagang maklumat, propagandis pasaran bebas – merekalah
yang berkata sempadan negara bangsa tidak ada lagi, budaya kebangsaan tidak
relevan, yang relevan ialah "budaya global". Dalam dunia globalisasi, mereka
berkata manusia mesti makan makanan yang sama, membaca berita yang sama,
menonton filem yang sama, menggunakan maklumat yang sama, mengamalkan
sistem pemerintahan yang sama, menggunakan acuan pendidikan global, dan
sebagainya, dan sebagainya ... inilah takrif mereka tentang manusia atau
warga global.
• Saya tidak percaya. Apa sebenarnya "budaya global"? Budaya popular, yang di
Barat disebut counter culture, budaya pasca-modenisme, memang sedang
berkembang di mana-mana kerana pengaruh pasaran bebas yang turut menjual
budaya popular itu, tetapi ini bukan budaya kemajuan, bukan budaya tinggi. Ini
budaya pinggiran, budaya picisan, nyawanya tidak akan kekal kerana nilai
ketamadunannya tidak ada, jadi manusia yang bijak akan menolaknya.
• Cuba kita lihat bagaimana bangsa kita kekal dalam sejarah globalisasi atau
penjajahan zaman lampau. Selama lebih 400 tahun sejak bangsa Portugis
menawan Melaka, bangsa Melayu tetap dapat mengekalkan identitinya, tidak
menjadi Red Indians, tidak hilang budayanya, bahasanya, agamanya, padahal
dalam tempoh itu dunia kita diharu, dicabar, dan dijajah oleh tiga bangsa Barat
– Portugis, Belanda, dan Inggeris. Mengapa? Sebabnya jelas. Nenek moyang kita
dahulu sudah mempunyai tamadun yang kuat – ada kerajaan, ada bahasa
persuratan, ada budaya, ada agama – yang tidak mudah dimusnahkan oleh
kuasa Barat. Kekuatan tamadun atau budaya inilah yang menyelamatkan bangsa
Melayu sepanjang zaman. Contoh ini harus kita kekalkan hari ini semasa
menghadapi cabaran globalisasi yang baru. Kita perlu berubah tetapi berubah
menurut pilihan dan acuan kita, bukan menurut peraturan orang lain.
Transformasi seperti inilah yang akan menyelamatkan kita, bukan peniruan.
• Seharusnyakah kita menuding ke arah generasi muda yang dikatakan tidak
memahami nilai budaya, sering terpengaruh dengan unsur negatif,
sedangkan generasi lama juga banyak yang bertindak demikian? Mungkin
hal ini juga menimbulkan pergolakan dalaman di kalangan generasi muda.
Pepatah Melayu ada berkata "bapa burik anak rintik" atau "guru kencing berdiri
murid kencing berlari". Kelakuan generasi muda, baik atau buruk, bergantung
pada sistem yang ada dan teladan budaya moral yang dilihat di kalangan
generasi lama, di kalangan pemimpin dan ketua mereka. Pemimpin yang korup
lebih berbahaya kepada bangsanya dan negaranya daripada anak muda yang
melepak atau bersembang-sembang di kompleks beli belah. Pemimpin yang
melakukan maksiat atau yang tidak tinggi kelakuan moralnya, tidak berhak
berceramah kepada generasi muda tentang soal moral. Kita lihat di Amerika,
mengapa pelajar sekolah boleh membunuh rakannya di sekolah dengan
menggunakan senjata automatik dan yang digunakan dalam peperangan?
Kerana pelajar itu berada dalam sistem yang menganggap kuasa dan senjata
sebagai alat penting manusia. Di Amerika, kanak-kanak dan pelajar sekolah
menghiburkan diri bermain permainan komputer perang, keganasan, bunuh
membunuh. Kerajaan Amerika sendiri menjadi contohnya, ghairah melancarkan
perang dan pembunuhan di negara orang lain. Jadi, pelajar belasan tahun turut
teringin untuk melakukan keganasan. Sasaran mereka ialah orang yang mereka
benci, orang kulit hitam, orang yang tidak sama dengan kumpulan mereka.
Budaya inilah yang sedang merebak di serata dunia melalui filem, video, dan
CD-ROM perang dan keganasan. Puncanya, Barat. Kerajaan Malaysia patut
mengharamkan video atau permainan komputer yang mengagung-agungkan
keganasan sebelum nanti ada pelajar kita yang tertarik untuk mengikut contoh
pelajar Amerika itu.
• Bagaimana pula pembangunan budaya negara kita daripada perspektif
Datuk?
Kita sebenarnya mempunyai dasar kebudayaan kebangsaan yang digubal pada
tahun 1972. Tetapi pengaruh dasar ini tidak kuat kerana nilainya – bukan
kulitnya – tidak dijadikan asas untuk mentakrif acuan pembangunan negara.
Misalnya, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara,
tetapi kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat di negara ini tidak
dikembangkan atau diurus dalam bahasa ini. Jadi, nilai dan fungsi budaya dan
pembangunannya terpinggir. Akibatnya, orang tidak menganggap kebudayaan
kebangsaan penting bagi mereka. Yang penting adalah untuk memajukan
teknologi negara per se, bukan memajukan budaya teknologi itu. Jadi, bagi
saya pembangunan budaya tidak bererti hanya memelihara warisan bangsa
seperti orang memelihara barang lama (antik) di muzium atau di arkib, atau
hanya mempertontonkan budaya itu kepada pelancong atau majlis tertentu,
tetapi bererti menjadikan budaya itu sebagai komponen yang penting dalam
sistem pembangunan negara seluruhnya. Saya selalu menegaskan pentingnya
kita menggunakan nilai bersama "bangsa Malaysia" untuk memupuk perpaduan
dan membangunkan negara berdasarkan "acuan" kita. Jadi, bagi saya yang
penting ialah mengembangkan nilai budaya kita, budaya "bangsa Malaysia",
sebagai asas kemajuan kita. Budaya fizikal, budaya luaran, cuma menandakan
jati diri kita sebagai sesuatu bangsa, tetapi bukan alat yang dapat kita gunakan
untuk memajukan minda, ilmu, dan keadaan hidup bangsa kita.
• Tentang pembudayaan ilmu pula bagaimana?
Istilah "pembudayaan ilmu" memerlukan takrifan dan penjelasan yang panjang.
Ringkasnya, dapat saya sebut empat "ciri" atau tanda adanya proses
"pembudayaan ilmu" di sesebuah negara, iaitu: (1) apabila anggota masyarakat
seluruhnya celik akal, yakni dapat berfikir secara kritis, mengetahui hak dan
tanggungjawab sosial dan sivil mereka, ini tanda proses pembudayaan ilmu
wujud di negara itu, asalnya daripada sistem pendidikan negara yang
menggalakkan kaedah berfikir; (2) apabila pelajar dididik supaya mencintai
ilmu sebagai ilmu, bukan semata-mata sebagai alat untuk mendapat pekerjaan
yang baik, yang bergaji besar, dan sebagainya, selepas itu mereka tidak
menuntut ilmu lagi, tidak membaca, tetapi sibuk mengumpul dan memproses
maklumat untuk kegunaan perusahaannya dan pekerjaannya; (3) apabila di
sesebuah negara itu bidang penulisan dan penerbitan buku ilmu, baik untuk
pembaca umum mahupun untuk pembaca khusus, maju dan dianggap sebagai
perusahaan atau kegiatan yang penting di samping perusahaan lain, dan (4)
apabila ilmu yang dikembangkan di negara itu dilakukan dalam bahasa
kebangsaannya, tidak dalam bahasa luar negeri. Syarat keempat ini penting
kerana dalam mana-mana masyarakat atau negara pun, bahasa yang paling
banyak difahami dan digunakan orang ialah bahasa sendiri, bukan bahasa asing.
Jika bahasa asing dijadikan alat penyebaran ilmu, sebahagian besar penduduk
negara akan tersisih daripada perkembangan ilmu itu. Maka tidak akan
wujudlah keadaan yang kita sebut "pembudayaan ilmu".
• Di tahap mana kedudukan golongan ilmuwan negara kita dan sejauh
manakah peranan mereka dalam membina tamadun bangsa?
Soalan ini sukar dijawab sepintas lalu. Suatu ketika dahulu, timbul kritikan
tentang "kelesuan cendekiawan" di Malaysia. Saya ada menulis makalah tentang
isu ini dalam Dewan Masyarakat. Sebagaimana yang kita tahu, sejak merdeka,
puluhan ribu pakar, sarjana, ilmuwan yang terdidik dalam bahasa Melayu
dilahirkan oleh sistem pendidikan kebangsaan negara. Namun, kita lihat
bahawa dunia penulisan dan penerbitan buku ilmu, sama ada untuk pembaca
umum mahupun untuk pembaca ilmiah, dalam bahasa Melayu tidak berkembang
selaras dengan kemajuan pendidikan itu dan lebih penting lagi dengan
kemajuan yang tercapai dalam bidang ekonomi, perusahaan, dan teknologi.
Banyak faktor dapat kita sebut, misalnya, orang ilmuwan sibuk dengan
pekerjaan masing-masing, kos penerbitan tinggi, bayaran untuk penulis buku
ilmu tinggi terlalu rendah, minat membaca di kalangan penduduk Malaysia
tidak tinggi, dan sejak mutakhir ini, timbul faktor baru, iaitu meningkatnya
nilai bahasa Inggeris di negara ini sebagai bahasa ilmu, baik di institusi
pengajian tinggi awam, lebih-lebih lagi di institusi pengajian tinggi swasta,
menyebabkan penulis ilmuwan lebih tertarik untuk menulis buku pengajian
tinggi dalam bahasa Inggeris. Saya menganggap hal ini sebagai krisis dalam
perusahaan ilmu dalam bahasa Melayu.
• Ilmuwan Melayu khususnya mempunyai peranan yang penting untuk membina
tamadun ilmu dan budaya tinggi melalui penulisan dan penerbitan. Tidak
semestinya mereka perlu menulis dalam bahasa Melayu sahaja. Buku tentang
budaya dan tamadun bangsa boleh juga ditulis atau diterjemah ke bahasa
Inggeris untuk pembaca antarabangsa. Kita lihat buku tentang tamadun bangsa
lain dalam bahasa Inggeris memenuhi kedai buku Inggeris di Kuala Lumpur dan
Petaling Jaya. Jarang-jarang saya melihat buku seumpama itu dalam bahasa
Melayu, kalau ada pun buku itu tidak tersebar luas, orang tidak tahu adanya
buku itu. Jadi, kelemahan kaedah pengedaran buku dalam bahasa Melayu,
perlu juga diselesaikan – diselesaikan secara radikal.
• Mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Sejauh mana ungkapan ini
boleh diterima pakai dalam zaman yang dikatakan moden ini?
Memang, mata pena lebih tajam daripada mata pedang, tetapi mata pedang,
yakni kekuatan senjata, juga penting dalam dunia hari ini, bahkan sejak dahulu
kala lagi. Di Malaysia, mata pena bukan sahaja tajam, tetapi beracun.
Beberapa orang yang kita tahu sudah menjadi mangsanya. Tetapi bukan inilah
yang dimaksudkan dengan istilah mata pena tajam itu. Yang dimaksudkan ialah
pena yang dapat mengubah fikiran rakyat, menggugah minda masyarakat,
melalui tulisan dan pandangan yang kritis, yang tajam, menusuk, berdasarkan
hujah yang rasional, yang benar, bukan yang palsu. Novel Shahnon, Shit,
misalnya, mungkin "busuk", mungkin "kotor", "kotor" – dan saya berasa sedikit
geli apabila membaca – tetapi nampaknya novel ini tidak beracun, tidak
memfitnah sesiapa (ini karya fiksyen!), walaupun di dalamnya tidak kelihatan
idea, wawasan, yang besar. Karya Jean-Jacques Rousseau, Social Contract
(terjemahan bahasa Inggerisnya), misalnya, mempengaruhi fikiran rakyat
Perancis dan menjadi sebab tercetusnya Revolusi Perancis tahun 1789. Karya
Abdullah Munsyi, Hikayat Abdullah, dapat juga dimasukkan ke dalam golongan
karya (pena) bermata tajam.
• Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan
Karyawan dan Mantan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Atas
kejayaannya sebagai orang Melayu yang pertama memperoleh Ijazah Doktor
Falsafah (Doctor of Philosophy) dari Universiti Leiden, Belanda di upacara
mempertahankan tesisnya di Universiti Leiden pada 19 Mei 1999
• Saya ingin merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan saya kepada pihak
Universiti Malaysia Sabah kerana telah mengundang saya ke Upacara Perasmian
Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah pada hari ini.
2. Seperti yang kita sedia maklum penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS),
universiti awam yang kesembilan di negara kita, merupakan suatu
penyempurnaan janji yang telah dibuat oleh Kerajaan kepada rakyat Sabah
khususnya. Saya sendiri telah membuat janji tersebut bagi pihak Kerajaan
Barisan Nasional. Selepas saya melafazkan janji itu pada tahun 1994 saya telah
datang semula ke tempat ini pada tahun 1995 untuk upacara pecah tanah, dan
pada Februari 1999 untuk lawatan meninjau kemajuan UMS. Kini saya datang
sekali lagi ke tempat yang sama untuk Upacara Perasmian Kampus Induk UMS
yang baru lagi indah permai ini.
3. Saya sentiasa mengikuti perkembangan UMS dan pembinaan kampus ini.
Sehubungan dengan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak
yang terlibat, khususnya pihak pengurusan dan tenaga pengajar UMS, atas
usaha mereka yang pantas lagi cekap dalam menjelmakan janji menjadi
kenyataan dalam tempoh masa kurang dari enam tahun. Kini saya difahamkan
sembilan sekolah, dua institut, semua jabatan pentadbiran Universiti serta
tempat kediaman pelajar telah beroperasi sepenuhnya di kampus induk ini.
Selain itu UMS juga mempunyai Kampus Cawangan Antarabangsanya di Labuan.
Pembinaan seterusnya bergantung kepada keadaan ekonomi, kestabilan politik
dan rancangan-rancangan akademik yang memenuhi keperluan negara.
4. Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan setiap
rakyat supaya taraf hidup mereka menjadi lebih baik dan tinggi hasil
peningkatan keupayaan mereka. Pendidikan merupakan satu batu loncatan
untuk individu yang ingin maju dan juga bagi pembangunan bangsa dan negara
ke arah kemajuan yang sama dengan negara-negara maju. Namun kita harus
ingat bahawa bersama-sama dengan penguasaan ilmu pengetahuan, rakyat juga
perlu mempunyai nilai-nilai hidup yang mulia yang akan menentukan ilmu yang
diperolehi digunakan dengan baik dan berhasil. Gandingan antara ilmu dan
budaya yang mulia dan tinggi adalah kunci sebenarnya kepada kebahagiaan
hidup individu dan kemajuan bangsa dan negara. Sebaliknya jika ilmu yang
diperolehi digunakan untuk kegiatan yang tidak sihat dan tidak
bertanggungjawab, maka akan rosaklah individu, masyarakat dan negara.
5. Banyak bangsa di dunia yang memiliki ilmu yang tinggi tetapi
menggunakannya untuk menindas bangsa- bangsa yang lemah. Demikian ilmu
fizik digunakan untuk mencipta senjata dan bom yang boleh memusnahkan
ramai manusia dan dengan ini dapatlah mereka menakluk negara- negara yang
miskin dan lemah. Ilmu matematik digunakan untuk perniagaan matawang yang
menyebabkan kegawatan ekonomi dan kewangan berlaku dan memiskinkan
negara membangun serta rakyatnya.
6. Di zaman ini ilmu berkenaan dengan Teknologi Maklumat (I.T.) adalah amat
penting. Ia boleh mendatangkan banyak kebaikan bahkan kekayaan bagi
mereka yang menguasainya. Tetapi kerana tidak memiliki budaya yang mulia
ada yang menggunakan I.T. dan Internet untuk menyebar bahan-bahan lucah
dan fitnah serta pembohongan. Amatlah mendukacitakan bahawa sementara
sebahagian daripada rakyat Malaysia menggunakan Internet untuk mendapatkan
ilmu dan maklumat yang berguna, sebahagian lagi yang memiliki budaya yang
keji menggunakan Internet untuk melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak
berasas dan menimbulkan kebencian kepada pihak tertentu.
7. Yang jelas ialah apabila ilmu dimiliki oleh orang yang buruk budi pekerti,
maka bukan sahaja pemilik ilmu ini akan berkelakuan buruk, tetapi masyarakat
juga akan diheret turun ke lembah kehinaan. Justeru itu penguasaan ilmu di
institusi pelajaran rendah dan tinggi perlu disertai dengan didikan dalam
bidang moral dan etika. Kursus yang teratur perlu diadakan bagi semua
penuntut dalam bidang etika dan moral supaya ilmu yang diperolehi tidak
disalahgunakan.
8. Kerajaan telah mencuba menerapkan nilai-nilai mulia Islam dalam Kerajaan.
Malangnya ada antara mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menolong
kakitangan Kerajaan menerap nilai-nilai Islam, yang mengkhianati tujuan yang
mulia ini dengan memutarbelitkan ajaran Islam supaya ia menjadi propaganda
parti politik. Hasilnya ialah jauh daripada menerap nilai-nilai Islam, ada
pegawai Kerajaan yang menerap nilai yang bertentangan dengan Islam. Mereka
menjadi pegawai yang tidak beramanah dan tidak bertanggungjawab sehingga
pentadbiran tidak lagi profesional dan menyumbang kepada kemajuan negara.
9. Oleh kerana itu apabila institusi pelajaran tinggi mengadakan kursus moral
dan etika serta pelajaran agama Islam, amatlah penting mereka yang
dipertanggungjawabkan diawasi supaya tidak berlaku penyelewengan dan
pengkhianatan terhadap usaha murni ini. Mereka yang mengurus dan mengajar
perlu berikrar akan menunaikan kewajipan mereka secara ikhlas dan jujur. Jika
mereka menyeleweng, maka mereka harus disingkirkan. Syarat-syarat ini perlu
dikenakan supaya kita benar-benar dapat menyemai dan memupuk nilai-nilai
yang mulia di kalangan mereka yang akan dibekalkan dengan ilmu supaya
mereka dapat menyumbang kepada masyarakat yang membiayai pelajaran
mereka.
10. Sesuatu bangsa itu tidak akan maju dan berjaya jika bangsa itu tidak
memiliki ilmu dan budaya yang mulia. Institusi pendidikan di semua peringkat
harus faham dan ingat akan perlunya gabungan antara ilmu pengetahuan dan
budaya yang mulia. Dengan menumpu kepada kedua-dua ini maka institusi
pendidikan tinggi akan menolong menentukan kemajuan negara akan tercapai.
11. Universiti bukanlah hanya satu gedung ilmu atau menara gading yang
terpisah daripada masyarakat di sekeliling. Dan universiti milik Kerajaan yang
menggunakan wang rakyat seperti Universiti Malaysia Sabah ini perlu
mengambilkira kepentingan rakyat dan negara. Ini bermakna segala-segala yang
dilakukan oleh universiti awam hendaklah bertujuan memenuhi kepentingan
rakyat dan negara. Sesiapa yang membelakangkan kepentingan rakyat seperti
yang ditentukan oleh Kerajaan pilihan majoriti, tetapi sebaliknya
mengutamakan kepentingan diri atau satu puak tertentu, tidaklah layak diberi
kepercayaan oleh Kerajaan yang memerintah. Semua pihak dalam universiti
awam, daripada pentadbir dan tenaga pengajar sehingga ke penuntut yang
diberi biasiswa atau tidak, harus mengingati hakikat ini dan menjadikannya
panduan sepanjang masa. Saya tahu UMS memang berpegang kepada panduan
ini dan saya mengalu-alukannya.
12. Kita mesti mengkaji semula peranan universiti dalam alaf baru ini, alaf
yang begitu mencabar. Kita dengar berulangkali bahawa dunia ini sudah
menjadi kecil sehingga ditakrif sebagai sebuah kampung sahaja. Ini adalah
kerana kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi komunikasi, termasuk
kemudahan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tidak ada mana-mana
tempat di dunia yang jaraknya lebih dari 18 jam penerbangan dari tempat yang
lain.
13. Daripada segi perhubungan pula kita boleh dengar dan lihat sesuatu yang
berlaku di mana-mana tempat di dunia semasa ia berlaku. Tidak ada sesuatu
yang boleh disekat oleh sempadan sesebuah negara. Sempadan sudah kurang
maknanya sebagai benteng yang mengasing dan melindungi negara. Oleh
kerana ini maka hari ini kita bercakap berkenaan dengan dunia tanpa
sempadan, berkenaan globalisasi.
14. Perubahan ini membawa banyak cabaran kepada kita semua. Kita telah
lihat bagaimana mudahnya orang asing dapat merosakkan ekonomi negara kita
dengan menjatuhkan nilai Ringgit kita tanpa menjejak kaki di bumi kita. Kita
bernasib baik kerana Kerajaan berjaya mencipta cara untuk memulih semula
kedaulatan kewangan kita kali ini. Tetapi serangan dari jarak jauh ini masih
boleh dibuat dalam bidang lain. Melalui Internet budaya kita diserang dengan
menyebar bahan lucah dan nilai-nilai hidup yang boleh merosakkan segala-gala
yang kita pandang mulia. Melalui dagangan elektronik peniaga dan Kerajaan
boleh ditekan sehingga menjadi miskin.
15. Tetapi sebaliknya jika kita mempunyai iman yang kuat dan kita kuasai
teknologi dan kecekapan menggunakan sistem komunikasi elektronik ini kita
bukan sahaja akan dapat menangkiskan serangan-serangan ke atas kita, tetapi
sebaliknya kita akan dapat melintasi sempadan negara asing dan meraih
kekayaan yang ada kepada mereka. Justeru itu, amat penting universiti kita
membuat kajian dan penjelasan berkenaan dengan globalisasi dan dunia tanpa
sempadan serta teknologi- teknologi komunikasi yang membawa perubahan-
perubahan yang amat radikal ini. Aplikasi teknologi yang tercanggih dalam
semua bidang hendaklah dikaji-selidik, difahami dan digunakan. Lulusan
universiti hendaklah diberi latihan dan ilmu yang mencukupi untuk menangani
cabaran dunia tanpa sempadan supaya bukan sahaja kita dapat menyelamatkan
negara kita tetapi juga kita akan dapat meraih banyak keuntungan bahkan
nikmat daripadanya.
16. Masalah pencapaian Bumiputera yang diberi peluang belajar di universiti
perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Menambah kuota Bumiputera tidak
dengan sendirinya menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun 60
peratus daripada kemasukan ke universiti terdiri daripada Bumiputera,
peratusan yang lulus amat mengecewakan. Lagipun yang lulus tidak mendapat
kelas yang tinggi.
17. Apakah sebabnya? Siswa amat marah jika mereka disuruh menumpukan
kepada pelajaran, tetapi hakikatnya ialah jika tidak ada tumpuan yang serius
kepada pelajaran mustahil kejayaan dalam peperiksaan akan tercapai.
18. Rakyat rela Kerajaan membelanjakan wang rakyat yang banyak untuk
memberi pelajaran kepada penuntut Bumiputera. Tetapi rakyat tidak rela wang
itu dibazirkan dengan penuntut menghabiskan masa dan tenaga dalam kegiatan
yang tidak ada kena-mengena dengan tujuan wang itu diperuntukkan, iaitu
mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan. Jika penuntut tidak berminat
belajar adalah lebih baik mereka tidak diberi peluang belajar dan tempat
mereka diberi kepada yang ingin belajar secara serius.
19. Universiti pula perlu menentukan tenaga pengajar bukan sahaja mengajar
mengikut jadual tetapi mengambil berat akan pencapaian penuntut Bumiputera
yang diserahkan kepada mereka. Jika perlu profesor dan pensyarah hendaklah
memberi `coaching' kepada penuntut yang lemah. Amat malang sekali apabila
didapati sebilangan kecil daripada tenaga pengajar, termasuk yang dihantar ke
luar negeri untuk melayakkan mereka menjadi pensyarah, menghasut penuntut
supaya membenci Kerajaan. Hanya kerana ini sahaja pun ramai penuntut tidak
dapat menumpukan pelajaran. Saya harap tenaga pengajar di universiti akan
bersama-sama menentukan penuntut Bumiputera terutamanya mencapai
kejayaan yang cemerlang. Saya harap dan yakin harapan dan gesaan ini tidak
akan dipersia-siakan oleh pihak universiti.
20. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak UMS di hari
yang penuh bermakna baginya ini.
21. Dengan sukacitanya dan dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, maka
saya dengan ini mengisytiharkan Perasmian Kampus Induk Universiti Malaysia
Sabah.
Isu 2. Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan
Pendidikan Serantau
MALAYSIA bakal menjadi pusat kecemerlangan pendidikan rantau ini apabila
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan penyedia utama dalam sistem
rangkaian Internet, Cisco Systems Inc (Cisco) melaksanakan Program Akademi
Sistem Rangkaian Cisco (CNAP).
• Melalui program ini, Malaysia akan menghasilkan lebih 2,500 profesional sistem
rangkaian menjelang lima tahun akan datang, dengan sasaran minimum 20
profesional dihasilkan setiap tahun. Program ini mampu mencapai sasaran
menghasilkan kepakaran tempatan dalam sistem rangkaian itu berdasarkan
komitmen tinggi kerajaan dan institusi pendidikan di negara ini.
• Program ini merangkumi kurikulum berasaskan e-pendidikan, menjurus kepada
mendidik pelajar mereka cipta, membangun dan mengendalikan sistem
rangkaian komputer untuk menyediakan mereka ke alam pekerjaan abad 21 ini.
• Program ini berupaya mengatasi kekurangan kepakaran tempatan dalam sistem
rangkaian selain bertindak sebagai platform untuk merapatkan jurang digital.
Kepakaran bidang ini akan mewujudkan perbezaan besar dalam ekonomi
Internet.
• Kejayaan program itu sudah dapat dilihat dengan lebih 19,000 pelajar berjaya
menamatkan program ini dan ada yang meneruskan ke peringkat lebih tinggi
atau sudah berada dalam alam pekerjaan. Semua ini mampu untuk
mempromosi Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Serantau, yang mampu menawarkan bentuk-bentuk pendidikan yang bertaraf
"world class" atau standard dunia/ global.
• Mana-mana institusi pendidikan yang berazam untuk mencapai tahap-tahap
yang bertaraf "cemerlang" itu wajar memastikan bahawa ada faktor-faktor
penentu dalam institusi tersebut yang boleh menghasilkan kecemerlangan itu –
seperti:
1. Struktur organisasi yang benar-benar mendorong kecekapan optima
pengendalian/ pentadbiran dan pengurusan fungsi-fungsi
2. Bidang pendidikan/ skop perkhidmatan yang sentiasa relevan menepati
keperluan masa dan keadaan, terutama dalam pasaran
3. Sistem penyampaian pendidikan yang berkesan, dan menggembelengkan
pelbagai pendekatan yang saling melengkapi satu sama lain, dan yang boleh
menghasilkan pelajar-pelajar yang telah diberi ilmu yang relevan serta yang
pragmatis menghadapi pasaran
4. Tenaga pendidik/ pengajar yang mampu membawa pembaharuan dalam usaha
masing-masing, dan yang sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka
sendiri, supaya institusi mereka dapat memenuhi keperluan-keperluan baru
secara fleksibel
5. Sistem pengesanan dan pemantauan prestasi, sama ada pelajar atau pengajar
yang efektif yang boleh dengan cepat dan tepat mengena pasti kelemahan-
kelemahan dan kekurangan-kekurangan dalam mana-mana aspek institusi
berkenaan, supaya tindakan pembetulan dan ubah suai dapat dilakukan.
• Oleh itu perlu usaha yang semakin gigih jika mana-mana institusi/ organisasi
ingin pengiktirafan kecemerlangan berkekalan.
• Di Malaysia sekarang terdapat :
• 11 • Universiti awam
• 8 • Universiti swasta
• 591 • Institusi-institusi pengajian tinggi swasta
yang memberikan/menawar pendidikan berkualiti dalam pelbagai bidang
untuk penuntut tempatan dan luar negeri.
• Setakat 31 Disember 1999, enrolmen dalam institusi-institusi pengajian tinggi
swasta berjumlah 176,030 orang dengan 10,179 daripada mereka terdiri dari
penuntut-penuntut asing, yang kebanyakan datang dari:
• Indonesia (lebih 3,900)
• China (lebih 3,400)
• India (lebih 300)
• Maldives (> 250)
• Pakistan (> 170)
• Kemasukan penuntut-penuntut asing ini telah mendatangkan mata wang asing
dianggarkan lebih dari RM309 juta, berasaskan yuran-yuran yang dibayar oleh
mereka. Ini tidak termasuk lain-lain perbelanjaan sampingan yang dilakukan di
Malaysia.
• Jelas bahawa, dengan promosi yang sewajarnya Malaysia boleh menjadikan
Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu sumber pendapatan ekspot yang penting,
di samping memperkukuh Malaysia sebagai Pusat Serantau Pendidikan yang
mampu menarik pelajar-pelajar luar negara, kerana tahap-tahap
kecemerlangan institusi-institusi pengajian yang ada.
• Pihak MITI, melalui MATRADE menawarkan perkhidmatan promosi dan
pemasaran di luar negara untuk institusi-institusi yang ingin mengeksport
perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan, iaitu dalam konteks fungsi MATRADE
sebagai penggalak ekspot perkhidmatan/ services dari Malaysia.
• Kepesatan pembangunan dalam pelbagai sektor memerlukan bukan sahaja
bilangan tenaga pekerja berkeupayaan yang lebih ramai, tetapi, sama
pentingnya kategori-kategori tenaga pekerja yang mempunyai ilmu dan
keupayaan-keupayaan serta kemahiran baru seperti kemahiran-kemahiran yang
selaras dengan pembangunan Teknologi amnya, serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi khususnya.
• Antara 1998 – Mei 2000 : 1,826 projek pekilangan telah diluluskan, yang
memberi peluang pekerjaan sebanyak 172,463.
• Kategori-kategori pekerjaan yang ditawarkan :
• Pengurusan, Penyeliaan dan teknikal • - 9,289 (5.4%)
• Pekerja-Pekerja Mahir • - 87,669(50.8%)
• Lain-lain (Tidak mahir, perkeranian, jualan) • - 75,505 (43.8%)
• Sektor-sektor yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan :
• Elektrikal & Elektronik
• - 65,659
(38.1%)
• Kayu, Perabot & Peralatan
• - 25,717
(14.9%)
• Kimia, Petroleum & Petrokimia
• - 16,224
(9.4%)
• Logam Difabrikasi (termasuk
mesin)
• - 13,712
(7.9%)
• Tekstil & barangan tekstil
• - 10,018
(5.8%)
• Peralatan pengangkutan • - 9,392 (5.4%)
• Barangan getah • - 6,979 (4.0%)
• Produk-produk logam asas • - 5,483 (3.2%)
• Adalah diharapkan Institusi-institusi pengajian tinggi dapat memenuhi
sebahagian dari keperluan-keperluan tersebut, bersama-sama dengan Institusi-
institusi dan Pusat-pusat Kemahiran di negara ini, supaya dapat diperkecil
jurang antara permintaan dan bekalan (Supply and Demand) untuk guna tenaga
dalam sektor ekonomi.

More Related Content

What's hot

Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamMuhammad Syahir
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAChon Seong Hoo
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ... Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...MuhammadZulaziziMohd
 
HSP Matematik Tingkatan 3
HSP Matematik Tingkatan 3HSP Matematik Tingkatan 3
HSP Matematik Tingkatan 3Nurul Asyikin
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMChon Seong Hoo
 
T2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarT2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarSyahmi Fauzee
 
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Nurrahmah Fitria
 
Proposal pelatihan guru nge blog dan menulis tahun 2015
Proposal pelatihan guru nge blog dan menulis tahun 2015Proposal pelatihan guru nge blog dan menulis tahun 2015
Proposal pelatihan guru nge blog dan menulis tahun 2015Namin AB Ibnu Solihin
 
Best Practice Excellence Service For Education in East Java 2013
Best Practice  Excellence Service For Education in East Java 2013Best Practice  Excellence Service For Education in East Java 2013
Best Practice Excellence Service For Education in East Java 2013Kank Hari
 
Contoh Aktiviti Yang Dijalankan di Sekolah
Contoh Aktiviti Yang Dijalankan di SekolahContoh Aktiviti Yang Dijalankan di Sekolah
Contoh Aktiviti Yang Dijalankan di Sekolahcikgusulizaabas
 
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaKurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaripto atmaja
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranNor Asiah Shariff
 
Undang undang 23 tahun 2014 terhadap kebijakan anggaran pendidikan 2016 plk
Undang undang 23 tahun 2014 terhadap kebijakan anggaran pendidikan 2016 plkUndang undang 23 tahun 2014 terhadap kebijakan anggaran pendidikan 2016 plk
Undang undang 23 tahun 2014 terhadap kebijakan anggaran pendidikan 2016 plkbtkipkalteng
 
Contoh proposal-skripsi
Contoh proposal-skripsiContoh proposal-skripsi
Contoh proposal-skripsiWira Sudewa
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationumiefatiya
 

What's hot (20)

Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ... Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 
HSP Matematik Tingkatan 3
HSP Matematik Tingkatan 3HSP Matematik Tingkatan 3
HSP Matematik Tingkatan 3
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
 
T2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarT2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajar
 
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
 
Proposal pelatihan guru nge blog dan menulis tahun 2015
Proposal pelatihan guru nge blog dan menulis tahun 2015Proposal pelatihan guru nge blog dan menulis tahun 2015
Proposal pelatihan guru nge blog dan menulis tahun 2015
 
MBMMBI
MBMMBIMBMMBI
MBMMBI
 
Proposal bab 2
Proposal bab 2Proposal bab 2
Proposal bab 2
 
Best Practice Excellence Service For Education in East Java 2013
Best Practice  Excellence Service For Education in East Java 2013Best Practice  Excellence Service For Education in East Java 2013
Best Practice Excellence Service For Education in East Java 2013
 
Contoh Aktiviti Yang Dijalankan di Sekolah
Contoh Aktiviti Yang Dijalankan di SekolahContoh Aktiviti Yang Dijalankan di Sekolah
Contoh Aktiviti Yang Dijalankan di Sekolah
 
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaKurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
 
Undang undang 23 tahun 2014 terhadap kebijakan anggaran pendidikan 2016 plk
Undang undang 23 tahun 2014 terhadap kebijakan anggaran pendidikan 2016 plkUndang undang 23 tahun 2014 terhadap kebijakan anggaran pendidikan 2016 plk
Undang undang 23 tahun 2014 terhadap kebijakan anggaran pendidikan 2016 plk
 
Peningkatan mutu pendidikan
Peningkatan mutu pendidikanPeningkatan mutu pendidikan
Peningkatan mutu pendidikan
 
Matematik tambahan tingkatan 4
Matematik tambahan tingkatan 4Matematik tambahan tingkatan 4
Matematik tambahan tingkatan 4
 
Contoh proposal-skripsi
Contoh proposal-skripsiContoh proposal-skripsi
Contoh proposal-skripsi
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher education
 

Viewers also liked

Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaOng Fang
 
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah MerokokKajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah MerokokNorayu Shamsudin
 
Teknologi maklumat- blog
Teknologi maklumat- blogTeknologi maklumat- blog
Teknologi maklumat- blogustazmaya
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Cikgu Sivam sivam
 
Harun yahya penipuanevolusi
Harun yahya penipuanevolusiHarun yahya penipuanevolusi
Harun yahya penipuanevolusiAdi Utami
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Assignment moral sem4 copy
Assignment moral sem4   copyAssignment moral sem4   copy
Assignment moral sem4 copyFatimah Abustan
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Acap Persie
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internetKamal Muchtar
 
Etika medic
Etika medicEtika medic
Etika medicidayaya
 
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluargaadrisya90
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber Darx Sidez
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 

Viewers also liked (18)

Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah MerokokKajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
 
Teknologi maklumat- blog
Teknologi maklumat- blogTeknologi maklumat- blog
Teknologi maklumat- blog
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
 
Harun yahya penipuanevolusi
Harun yahya penipuanevolusiHarun yahya penipuanevolusi
Harun yahya penipuanevolusi
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Assignment moral sem4 copy
Assignment moral sem4   copyAssignment moral sem4   copy
Assignment moral sem4 copy
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
 
pengenalan
pengenalanpengenalan
pengenalan
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
4. hakikat manusia
4. hakikat manusia4. hakikat manusia
4. hakikat manusia
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
 
Etika medic
Etika medicEtika medic
Etika medic
 
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 

Similar to 3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan

Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizalyunging84
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmShaharizan Hassan
 
HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2Nurul Asyikin
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHerney Mohamed
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Hsp matematik-tingkatan 1 2011
Hsp matematik-tingkatan 1 2011Hsp matematik-tingkatan 1 2011
Hsp matematik-tingkatan 1 2011Syuhada Izzaty
 
HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 1HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 1Nurul Asyikin
 
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 5
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 5HSP Matematik Tambahan Tingkatan 5
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 5Nurul Asyikin
 
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4Nurul Asyikin
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATMokhzani Fadir
 
Hsp matematik tg5
Hsp matematik tg5Hsp matematik tg5
Hsp matematik tg5Mar Nurul
 
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayuSukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayuROHELA ABDULLAH
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanElfitri Tres
 

Similar to 3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan (20)

Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizal
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
 
HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
 
Hsp maths f2
Hsp maths f2Hsp maths f2
Hsp maths f2
 
Matematik tingkatan 2
Matematik tingkatan 2Matematik tingkatan 2
Matematik tingkatan 2
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Hsp matematik-tingkatan 1 2011
Hsp matematik-tingkatan 1 2011Hsp matematik-tingkatan 1 2011
Hsp matematik-tingkatan 1 2011
 
HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 1HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 1
 
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 5
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 5HSP Matematik Tambahan Tingkatan 5
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 5
 
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
 
Sukatan mat t5 pdf
Sukatan mat t5 pdfSukatan mat t5 pdf
Sukatan mat t5 pdf
 
Hsp mat-t5
Hsp mat-t5Hsp mat-t5
Hsp mat-t5
 
Hsp matematik tg5
Hsp matematik tg5Hsp matematik tg5
Hsp matematik tg5
 
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayuSukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
 
Sp addmaths kbsm
Sp addmaths kbsmSp addmaths kbsm
Sp addmaths kbsm
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihan
 
Mat t4 hsp
Mat t4 hspMat t4 hsp
Mat t4 hsp
 
Hsp mat-t4
Hsp mat-t4Hsp mat-t4
Hsp mat-t4
 

3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan

  • 1. Isu 1. Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris • Mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris di tahun satu, tingkatan satu dan enam rendah di semua sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata penggunaan bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu di kolej matrikulasi bermula pada 2004 manakala di politeknik pula pada 2008. Murid tahun satu akan menggunakan sepenuhnya dua subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pada 2008 manakala pelajar tingkatan satu akan mengambil dua subjek itu dalam bahasa Inggeris pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2005 dan seterusnya kumpulan ini mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 2007. • Kementerian Pendidikan memahami kebimbangan pelbagai pihak, terutama guru, pelajar dan ibu bapa, pada peringkat awal pelaksanaan dasar berkenaan yang pasti menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, pihak kementerian menyediakan kursus intensif jangka pendek dan panjang termasuk program 'face-to-face immersion', kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan on-line berdasarkan laman web. Kementerian Pendidikan telah menyediakan peruntukan terhadap intensif baru ini . • Kabinet menganggap pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu kepentingan utama negara dan mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini, menurut Menteri Pendidikan. Bagi memantapkan dan membolehkan pengajaran ini dapat dibuat dengan lebih berkesan, pihak kementerian menyediakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT) seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin dan bahan interaktif kepada sekolah. • Menteri Pendidikan berkata, bekalan elektrik akan dibekalkan secepat mungkin kepada sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyai kemudahan berkenaan, selain dibekalkan dengan bahan rujukan bercorak sains. Beliau berkata, pihak kementerian sedang menyediakan buku teks dalam bahasa Inggeris untuk kemudahan pelaksanaan dasar ini. Dalam merangka strategi ini jawatankuasa pelaksanaan telah mengambil kira ulasan, pandangan dan teguran pelbagai pihak termasuk pendidik, ahli akademik, guru-guru, majlis guru besar dan pengetua, kesatuan guru dan orang ramai. • Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah untuk menyediakan generasi muda kini bagi menghadapi saingan global dengan penuh keyakinan. Kerajaan menggariskan bahawa matlamat utama pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, adalah untuk membolehkan pelajar mendalami dan memahami dua bidang
  • 2. ilmu itu secara lebih berkesan, sekali gus dimanfaatkan untuk pembangunan serta kemajuan negara. • Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata pengetahuan dalam dua bidang penting itu sentiasa berkembang pantas berikutan hasil penyelidikan pesat dan kebanyakan ilmu terbabit disebar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa global. Justeru, pelaksanaan baru dalam sistem pendidikan negara itu, akan menjadikan rakyat Malaysia berupaya menangani cabaran serta persaingan global dengan penuh yakin, berilmu pengetahuan dan memiliki kemahiran. • Beliau berkata, satu lagi matlamat penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah ialah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris berbanding hanya mempelajarinya melalui subjek itu sendiri. Apabila suatu bahasa berkenaan digunakan secara meluas dalam komunikasi harian, tahap penguasaan serta kefasihan bahasa itu akan meningkat. Oleh itu, dalam bidang pendidikan, cara terbaik untuk mempelajari bahasa terbabit ialah dengan menggunakannya sebagai alat pembelajaran. Fokus kementerian ialah menyiapkan pelajar memasuki pasaran kerjaya dan memastikan mereka tidak `tertewas’ kepada pihak yang menguasai bahasa berkenaan dengan lebih baik. • Menurut Tan Sri Musa, dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan (k- ekonomi), permintaan untuk pekerja berilmu pengetahuan adalah besar. Justeru, mereka yang tiada kemahiran bahasa akan ketinggalan memandangkan komunikasi adalah kunci persefahaman. • Pihak institusi pendidikan swasta turut berperanan membantu kerajaan meningkatkan usaha memantapkan pengajaran Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris.Pengerusi PTPL, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin mengatakan bahawa kolej-kolej PTPL akan membantu kerajaan melalui program e-MS. E-MS ialah lanjutan projek HOPE (High Optimum Performance in Education) yang mensasarkan kecemerlangan pelajar tingkatan lima dalam tiga mata pelajaran khusus, iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. • Sebagai permulaan,projek berkenaan membabitkan pelajar tingkatan satu dan enam rendah dan akan mengembangkannya ke peringkat lain pada masa depan.“Kesemua sembilan cawangan PTPL akan menyertai program kebangsaan ini, iaitu di Shah Alam, Ampang, Kota Bharu, Sabah, Seremban, Kajang, Sarawak, Pulau Pinang dan Sungai Petani.Kelas akan diadakan dua hari seminggu. Kakitangan akademik PTPL dan KUTPM akan memberikan tenaga bimbingan dan khidmat nasihat mengenai penggunaan modul komputer Matematik serta Sains, kepada guru dan pelajar.Dijangka 100 sekolah seluruh negara terbabit dalam projek e-MS.
  • 3. • Kokurikulum bantu pencapaian akademik Berita Harian - 02/05/02 • Pelajar harus menjadikan proses mendapat kemahiran dan pendidikan tinggi sebagai tempoh yang paling bermanfaat dan kaya dengan pengalaman. Ini disebabkan pengetahuan dan pergaulan semasa berada di institusi pengajian tinggi akan membantu pelajar menjadi graduan yang mempunyai keperibadian yang menyeluruh serta pekerjaan yang dedikasi.Untuk itu, pelajar tidak boleh terlalu menumpukan perhatian kepada kuliah saja tetapi mestilah membabitkan diri dengan kegiatan bukan akademik secara langsung.Ketua Pengarah Mara, Datuk Mohd Mydin Mohd Sheriff berkata, kegiatan luar kuliah atau kokurikulum seperti permainan dan sukan, pakaian seragam dan kelab dapat membangunkan potensi atau bakat pelajar.Katanya, aktiviti kelab bersifat akademik seperti debat atau badan beruniform seperti seni mempertahankan diri akan membolehkan pelajar mendapat pengalaman berorganisasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak.Pelajar yang terpilih sebagai pemimpin pula, katanya, akan memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang amat tinggi nilainya dalam pembentukan sifat kepemimpinan.“Begitu juga pelajar yang aktif dalam aktiviti sukan dan permainan dalaman yang biasanya mempunyai badan yang cergas dan minda yang cerdas berbanding pelajar yang tidak terbabit dengan kegiatan berkenaan.“Selain memberi pengetahuan atau pengalaman yang tidak boleh didapati menerusi kuliah, mereka juga aktif atau tidak mudah letih dan penat. • “Ini penting untuk pelajar kerana kelebihan ini membolehkan mereka mengulang kaji pelajaran hingga beberapa jam pada sebelah malam dan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih baik.“Jadi, kegiatan kokurikulum ini bukan saja untuk membina kemahiran lain yang tidak diajarkan dalam bilik kuliah, tetapi juga akhirnya membantu kecemerlangan dan pencapaian akademik,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Sukan Pertama Institut Kemahiran Tinggi Mara (IKTM) di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.Karnival itu disertai empat IKTM, iaitu Malaysia France Institute (MFI), German Malaysia Institute (GMI), British Malaysia Institute (BMI) dan Malaysia Institute of Aviation Technology (Miat).Sebanyak lapan acara dipertandingkan dalam program selama dua hari itu yang membabitkan kira-kira 280 pelajar.GMI muncul sebagai juara keseluruhan dan menerima piala pusingan daripada Mohd Mydin.Beliau berkata, karnival yang dianjurkan buat pertama kali itu bertujuan merapatkan perhubungan sesama pelajar dan juga kakitangan IKTM.Beliau berkata, program berkenaan akan dianjurkan secara lebih besar dan meriah pada tahun depan agar lebih ramai pelajar serta kakitangan IKTM dapat membabitkan diri.Miat yang mempunyai kampus tetap di Sepang, Selangor bersetuju menjadi tuan rumah bagi karnival tahun depan.“Karnival sukan seperti ini adalah program yang julung kali diadakan dan dapat mempertemukan hampir semua pelajar dan kakitangan IKTM untuk saling berkenalan dan beramah mesra.
  • 4. • SEKOLAH YANG BERJAYA • Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. • Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah yang berjaya adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berjaya boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia. • Ciri-ciri sekolah berjaya adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berjaya. • Sesungguhnya sekolah yang berjaya bukanlah impian yang tidak boleh menjadi kenyataan , malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat. Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar.Ini adalah kerana pelajar –pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu. • Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa negara Jepun dan Jerman yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka . Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan. Bagi melahirkan satu jenerasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara. • Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik
  • 5. , iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran , komitmen di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut. Menurut Sulaiman Masri (1996) , keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan budaya cemerlang di kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah sekolah yang berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah akan menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar sebagai seorang individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. • Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan ciri-ciri organisasi dan ciri-ciri individu . Dalam model ini , beliau menyatakan jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya , amalan penyeliaan , ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi , perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut, KONSEP SEKOLAH YANG BERJAYA • Sekolah yang berjaya boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH YANG BERJAYA • Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan: • Penampilan diri • Kesihatan fizikal dan mental yang sihat • Beramanah , ikhlas, ada sense of humor dan tidak mementingkan diri sendiri • Berkeyakinan diri yang tinggi • Mahir berkomunikasi • Ketrampilan pentadbiran • Kebolehan menganalisa masalah • Kebolehan membuat keputusan • Keperluan pengurusan organisasi • Sensitiviti Ketrampilan interpersonal • Kemahiran kaunseling • Kemahiran membina pasukan • Kemahiran penyelesaian konflik
  • 6. • Kemahiran pengurusan tekanan dan masa • Akauntabiliti Pengurusan kurikulum yang tersusun • Pengurusan Pra Pengajaran dan Pembelajaran • Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan peringkat yang terpenting dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan canggih sudah pasti penghasilan pelajar yang dihasilkan akan lebih bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu , bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengurus sekolah.
  • 7. • Guru berkualiti aspirasi negara • Berita Harian - 15/05/02 • SOALAN (S): Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Kementerian Pendidikan berdasarkan tema Hari Guru tahun ini? • JAWAPAN (J): `Guru Berkualiti Aspirasi Negara’ dipilih sebagai tema Hari Guru 2002 bertepatan dengan persediaan negara menghadapi cabaran pendidikan era globalisasi abad ke-21 yang menuntut anjakan paradigma dan perkembangan minda guru. Guru berkualiti adalah aspirasi negara dalam merealisasikan wawasan pendidikan yang berhasrat mempertingkat pencapaian bermula dari prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, memperbaiki ekuiti bagi pendemokrasian pendidikan sama ada di bandar mahupun luar bandar dan kawasan pedalaman; mempertingkat kualiti, kecekapan dan kecemerlangan secara menyeluruh; pengukuhan dan peningkatan kecekapan sistem pengurusan institusi, pengurusan maklumat, pemantauan dan penilaian program; serta peningkatan aktiviti penyelidikan. • Warga pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri berkualiti bagi membawa tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Ciri positif yang perlu dimiliki guru berkualiti untuk memenuhi aspirasi negara ialah cergas, beriman, berilmu, berkemahiran, berdisiplin dan berakhlak mulia, selain mempunyai daya fikiran kreatif, kritis serta inovatif. • Pendidik berkualiti juga dituntut mempunyai sahsiah baik, pengetahuan terkini, yakni mengamalkan pendidikan sepanjang hayat dan budaya kerja positif. Bagi melengkapkan diri dengan ciri berkenaan, guru perlu mempunyai jati diri yang mantap, lebih komited dalam profesion keguruan serta bersemangat untuk menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar. • Tema ini tepat dan sesuai dengan peranan guru kini dalam menyempurnakan hasrat serta cita-cita negara untuk melahirkan pelajar yang bakal menjadi warga negara berkualiti. Ia mencakupi kepelbagaian disiplin ilmu, penampilan akhlak mulia, mahir menyesuaikan tingkah laku dalam pelbagai keadaan (skillful behaviour), bertoleransi, berkomunikasi secara berkesan dan jati diri terhadap negara, sejajar arus perdana Malaysia untuk mencapai matlamat negara maju siber. Sebelum seseorang pelajar atau warga negara dilahirkan sebegini rupa, langkah pertama bermula daripada kualiti guru itu sendiri. • Tema berkenaan tidak bermakna guru sebelum ini tidak berkualiti tetapi kita berpegang kepada konsep kualiti yang merangkumi penambahbaikan berterusan. Kualiti juga merujuk kepada satu piawai tinggi yang perlu dicapai selaras kesesuaian serta keperluan masyarakat dan negara. • Tema Hari Guru tahun ini menunjukkan kepada masyarakat betapa penting dan kritikal peranan guru dalam memenuhi hasrat serta harapan negara ke arah persediaan pendidikan dalam abad ke-21 ini serta membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia di Malaysia. Kita perlu ingat bahawa kemakmuran negara yang kita nikmati hari ini adalah sebahagian daripada kejayaan dicanai dan dibentuk oleh guru bermula dari bilik darjah sehinggalah di luar sekolah.
  • 8. • S: Apakah keistimewaan upacara sambutan tahun ini dan sebarang pembaharuan yang dilakukan dari segi penganugerahan? • J: Sambutan Hari Guru sentiasa istimewa kerana ia memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pengorbanan pendidik. Tahun ini, kita masih meneruskan anugerah seperti tahun sebelumnya, termasuk Tokoh Guru, Guru Inovatif dan Sekolah Harapan Negara. Pemenang anugerah juga dijemput ke majlis pelancaran sambutan ini. Insya-Allah pada tahun depan, kita akan memperkenal Anugerah Sekolah Selamat, satu konsep yang baru dan sudah pun dilancarkan Menteri Pendidikan di Sungai Petani, Kedah, 6 Mei lalu. • Tahun ini, kita juga akan melancarkan beberapa buku hasil nukilan dan pendapat kaum guru. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Institut Aminuddin Baki, masing-masing menghasilkan koleksi terbitan sempena sambutan Hari Guru ini. • Di samping itu, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia akan melancarkan buat pertama kalinya, empat buku yang ditulis oleh guru. Ini selaras dengan konsep dan tanggapan `guru sebagai penulis’ yang kita cuba ketengahkan. Guru menulis pengalaman mereka, di samping menerapkan nilai murni kepada murid. Buku ini adalah koleksi pengalaman mereka ketika berinteraksi dengan pelajar di bilik darjah atau sekolah. Antara buku dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dilancarkan sempena Hari Guru di Sabah ialah `Secawan Kopi Daripada Guru’ dan `A Bouquet Of Flowers by Teachers’. • S: Apakah yang sedang dan akan diusahakan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan kepentingan guru, sekali gus mempertingkat martabat golongan itu di negara ini? • J: Usaha yang dilakukan bagi memartabatkan profesion keguruan adalah berterusan. Seperti yang kita nyatakan dalam sambutan Hari Guru tahun lepas (temanya: Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Semua), usaha ini terletak di tangan semua pihak. • Dalam konteks ini, kementerian memberi penekanan berat terhadap kualiti dan latihan dalam pendidikan guru. Guru, sama ada bakal guru atau guru sedang berkhidmat, harus diberi latihan profesional dan berkualiti secara berterusan, di samping memenuhi keperluan dan aspirasi negara apalagi dalam era globalisasi. • Lebih ramai guru akan berpeluang mempertingkat tahap kelayakan akademik dan profesionalisme melalui pelbagai program latihan, termasuk Program Pensiswazahan dan Program Pembangunan Staf bagi guru yang berminat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Tahun ini saja, sebanyak RM 98.7 juta akan dibelanjakan bagi program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang mensasarkan seramai 150,000 guru mengikuti kursus jangka pendek dan panjang. Jumlah peruntukan bagi LDP ini bertambah hampir 64 peratus berbanding tahun lalu (RM 60.1 juta) • Kementerian juga mempergiat lagi pelaksanaan kursus pendek di bawah kelolaan jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) bagi tujuan: • membiasakan guru dengan pelbagai perubahan yang berlaku, baik dari segi perubahan kurikulum, perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), mahupun pengurusan tingkah laku pelajar.
  • 9. • meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran di bilik darjah, khususnya dalam pengajaran Sains dan Matematik serta Bahasa Inggeris • Untuk menjayakan program latihan, khidmat guru cemerlang, jurulatih utama yang dilatih di bawah program `Malaysian Trainer Development Programme' seperti Bahasa Inggeris, dan kakitangan sumber yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing diperlukan. Seramai 63,542 guru dari seluruh negara dijangka mendapat latihan melalui kaedah ini. • Usaha kementerian dalam konteks meningkatkan kualiti guru juga dapat dilihat apabila latihan guru dinaikkan taraf sijil kepada diploma dan meletakkan syarat lulus Bahasa Inggeris dan Matematik, selain kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia dengan lima kepujian untuk program LDP supaya guru lebih bersedia menghadapi era globalisasi. • S: Apakah masalah yang dikenal pasti masih melingkungi profesion keguruan negara? • J: Usaha penambahbaikan perkhidmatan pendidikan adalah usaha semua pihak yang dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak dari dalam dan luar sistem pendidikan itu sendiri. • Dengan jumlah kakitangan yang besar, iaitu 300,000 daripada satu juta kakitangan kerajaan, sudah tentu ia memerlukan satu pendekatan bijak serta berhikmah dalam menangani apa juga isu dan masalah. Dengan bilangan ramai ini, kementerian sentiasa menambah dan mencari ruang dan peluang bagi meningkatkan kebajikan guru. • Sebarang perubahan membabitkan profesion ini sudah tentu turut membabitkan perubahan pelbagai aspek lain yang kemungkinan menimbulkan kesan kepada perkara lain. Namun, ini tidak bermakna kita berhenti dan tidak melaksanakan usaha menjadikan profesion ini lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat. • Dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen serta pengurusan kementerian, kita yakin sistem pendidikan negara akan lebih berkesan, mantap dan berfokus. • S: Kebelakangan ini, pelbagai isu melanda profesion keguruan tanah air, termasuk pengasingan pelajar yang kini sudah selesai. Adakah senario sedemikian menjejaskan imej dan kredibiliti keguruan? • J: Saya percaya semua pihak sudah menerima keputusan dan pendapat jawatankuasa bebas. Saya yakin dengan penjelasan yang diberi oleh jawatankuasa itu, imej dan kredibiliti keguruan tidak terjejas, malah bertambah kukuh. Semua pihak sekarang bertanggungjawab untuk menterjemahkan saranan jawatankuasa bebas yang dikemukakan dalam laporannya kepada bentuk tindakan dan pelaksanaan. • S: Apakah pendapat Datuk mengenai pandangan pihak tertentu bahawa golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik dan secara langsung menyebabkan mereka semakin kurang dihormati masyarakat? • J: Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik. Saya katakan demikian kerana prestasi sekolah secara keseluruhannya tahun demi tahun semakin baik sama ada dari segi akademik mahupun bidang lain. Pencapaian kita dalam bidang seperti Sains dan Matematik dengan negara maju, tidak jauh ketinggalan.
  • 10. • Bidang perguruan sebenarnya sudah menjadi profesion diminati berdasarkan bilangan permohonan berbanding tempat ditawarkan. Guru semakin berminat untuk meningkatkan kelayakan, khususnya dalam bidang akademik sehinggalah ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Mereka menggunakan peluang mengikuti pelbagai program pensiswazahan dan latihan disediakan oleh kementerian. • Kementerian Pendidikan melalui BPG memang menyediakan latihan praperkhidmatan kepada bakal guru bagi memastikan mereka layak dan profesional dalam tugas. Ketika berkhidmat pula, kementerian melalui pelbagai saluran seperti JPN, PPD dan juga sekolah, menyediakan kursus dan latihan, sama ada berbentuk pedagogi mahupun pengurusan. Latihan dan pembangunan staf kepada guru adalah antara tumpuan diberi untuk mengekal dan meningkatkan motivasi serta komitmen guru terhadap tugas. • Pendidikan mempunyai `pemegang amanah’ yang ramai dan sudah pasti setiap ahli masyarakat memberi perhatian kepada apa saja isu ditimbulkan berkaitan pendidikan. Menyedari hakikat ini, kita mengalu-alukan maklum balas daripada `pemegang amanah’ bagi mempertingkatkan kebajikan guru dan kualiti pendidikan. • Dalam konteks ini, kementerian sudah, sedang dan akan terus memperhebat usaha meningkatkan kebajikan guru, sekali gus turut membabitkan pelajar. Sebagai contoh dalam reka bentuk sekolah baru, kementerian memastikan ruang kerja lebih luas dan selesa disediakan untuk guru. Kemudahan lain seperti komputer dan hawa dingin disediakan di tempat kerja atau bilik guru untuk meningkatkan komitmen guru bekerja. Di samping itu, sekolah sedia ada juga dinaikkan taraf supaya kemudahan, khususnya keselesaan tempat kerja, dapat ditingkatkan. • S: Bagaimanakah guru harus bersedia menghadapi cabaran globalisasi? • J: Arus globalisasi adalah gelombang besar dan hebat pada hari ini. Perkembangan ICT dalam arus globalisasi memberi tuntutan baru terhadap sistem pendidikan seperti k-ekonomi, iaitu satu sistem ekonomi berpaksikan ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, sudah tentulah kita tidak boleh tertinggal, malah wajar memanfaatkannya. Arus perubahan menuntut pendidik mempunyai `competitive edge’. Ini bermaksud semua pihak di pelbagai peringkat pemimpin, pengurus pendidikan dan guru di bilik darjah mesti mempunyai `critical competency’. • Seperti disarankan Perdana Menteri, guru harus menjadi fasilitator berkesan. Menjadi fasilitator bermaksud mereka perlu mempunyai ilmu, berketrampilan, bermaklumat dan mengamalkan nilai tinggi dan mulia. Mereka menjadi fasilitator ilmu pengetahuan dan penyebar nilai murni. Untuk ini, mereka perlu menguasai bahasa yang menjadi medium kepada ilmu berkenaan. Dalam konteks ini, guru harus menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa - bilingual. Selain bahasa Melayu, mereka harus menguasai bahasa antarabangsa lain seperti bahasa Inggeris. • Guru perlu menguasai kemahiran dalam bidang ICT serta menggunakan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Untuk membolehkan penguasaan ICT, guru harus menguasai bahasa perhubungan dalam penyaluran ilmu. Seorang guru yang `bilingual’ akan memudahkan proses P&P di bilik darjah, di samping diri sendiri dapat meraih ilmu dengan lebih mendalam melalui bahan bacaan yang lebih intensif serta ektensif.
  • 11. • Saya sudah nyatakan bahawa peranan guru dalam era globalisasi ini juga perlu bersifat global, sebagaimana tema Hari Guru tahun ini `Guru Berkualiti Aspirasi Negara’. Tema ini dipilih kerana melalui guru berkualiti saja kita dapat merealisasikan aspirasi negara, khususnya dalam era globalisasi ini. Guru berkualiti diperlukan untuk menghadapi era globalisasi dan ledakan maklumat ini. • Penguasaan ilmu akan menjadi teras penting dalam menghadapi cabaran globalisasi ini. Negara amat mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidik sentiasa digalakkan untuk menambah ilmu selaras perkembangan semasa. Anak didik di bilik darjah semakin matang serta cerdik dan untuk itu, guru perlu lebih ke depan dari segi penguasaan ilmu, baik secara teori mahupun amali. • Dalam hal ini, guru harus terus menjadikan budaya ilmu sebagai asas kecemerlangan. • Pada masa sama, nilai dan budaya ketrampilan pendidikan harus diambil pertimbangan. Selaku seorang profesional dalam bidangnya, kemahiran perlu diperbaharui dan dipertingkatkan. Guru harus peka dengan perkembangan semasa, terutama perubahan budaya dan keperluan pendidikan. • Dalam era ini juga, kita harus bersedia untuk melakukan `benchmarking' atau belajar daripada yang terbaik bagi mendapatkan amalan terbaik. Kita percaya ini akan menyebabkan kita sentiasa cemerlang dan ke depan daripada orang lain. • S: Akhir sekali, apakah pesanan khusus daripada Datuk kepada guru sempena Hari Guru 2002? • J: Guru harus merebut peluang yang ada bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri supaya menjadi guru berkesan dan dihormati. Latihan yang diterima sebelum menjadi guru seharusnya memenuhi piawai kualiti profesion keguruan dari segi akademik, pedagogi, ketrampilan, sikap dan sahsiah. • Ketika berkhidmat sebagai guru pula, sama ada di bandar ataupun pedalaman, usaha untuk menguasai ilmu tidak seharusnya terhenti. Kementerian sudah menyediakan ruang serta peluang di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian untuk memenuhi hasrat ini. Pelbagai kursus dalam perkhidmatan jangka pendek dan panjang disediakan. Semuanya merangkumi aspek peningkatan akademik, profesionalisme dan pembangunan staf. • Saya menyeru supaya guru merebut peluang untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik masing-masing kerana ini sekali gus akan memberi kekuatan dan kelebihan sama ada akademik, ketrampilan diri mahupun material. Dalam hal ini, kementerian menyediakan saluran khas seperti Program Pensiswazahan Khas Pendidikan Guru, program berkembar dengan institusi pengajian tinggi luar negara dan Program Pensiswazahan Sepenuh Masa (dengan separuh gaji). Kementerian juga sudah menetapkan sasaran guru di semua sekolah menengah siswazah menjelang 2005 dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah menjelang 2010. Sebagai guru, kita sudah berikrar dan berjanji untuk menjadi guru yang baik dan profesional. Janji, ikrar dan iltizam ini kita perbaharui setiap tahun, khususnya pada Hari Guru ini. Kita juga sudah berjanji, antara lain untuk sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab, sebagaimana yang tercatat dalam Aku Janji yang kita tandatangani. • Kita sama-sama bertanggungjawab untuk merealisasikan tema Hari Guru tahun ini. Semua pihak perlu bermuafakat, saling membantu dan berusaha
  • 12. bersungguh-sungguh untuk membina negara dan bangsa yang maju, bersatu padu serta mempunyai jati diri mantap. Aspirasi negara dapat dicapai jika semua pihak -guru, ibu bapa dan masyarakat - sanggup berkorban dan memberikan komitmen masing-masing. • Kepercayaan dan sokongan padu perlu diberi kepada kementerian dan kerajaan untuk terus mempelbagai dan meningkatkan usaha bagi mencapai kemajuan serta kemakmuran negara. Saya percaya usaha ini akan dapat melahirkan guru berkualiti, sekali gus memenuhi aspirasi negara. • Usaha memperkasa sistem pendidikan kita bermula dari peringkat prasekolah, rendah sehingga menengah, perubahan sikap dan minda seluruh komuniti pendidikan. Sokongan dan keprihatinan masyarakat serta ibu bapa akan membantu usaha ini. • Saya percaya dengan sokongan dan komitmen semua pihak bagi menjayakan agenda pendidikan negara seperti dalam Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan 2020, kita akan dapat meraih hasilnya pada hari muka. • Teruskanlah budaya kerja kuat dan cemerlang semoga anak didik kita hari ini akan menjadi pemimpin masa depan dalam usaha meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa dan negara.
  • 13. • Pendidikan penentu kejayaan bangsa, negara • ALHAMDULILLAH kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan hidayah-Nya, kita dapat bersama dalam dewan ini untuk menjayakan Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan yang julung kali diadakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penganjur kerana memberi peluang kepada saya hadir bersama dalam himpunan besar komuniti guru bagi mencetuskan wacana tentang pendidikan negara. • Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan generasi yang akan mengambil alih daripada generasi semasa. Pendidikan bukan saja dipertanggungjawab untuk membekal generasi baru dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk menyemai nilai hidup yang boleh menentukan jaya atau tidaknya masyarakat dan bangsa. Jika nilai yang disemai itu buruk, maka buruklah masyarakat dan jika murni, maka akan berjayalah masyarakat. Jika budaya iaitu jumlah nilai yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu tidak sesuai dengan kemajuan, penyemaian nilai yang sesuai oleh pendidik boleh memulih dan memajukan masyarakat itu semula. Ilmu pengetahuan tanpa nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya. Memang benar ibu bapa juga bertanggungjawab untuk menyemai nilai hidup yang baik. Tetapi, ibu bapa mungkin tidak terlatih sama ada berkenaan nilai yang patut menjadi pilihan atau pun dengan cara yang berkesan untuk menyemainya. Sebaliknya, pendidik adalah orang yang terlatih dan mereka terbabit dengan pembentukan peribadi murid dan penuntut dalam jangka waktu yang lebih panjang, sewaktu umur murid dan penuntut lebih impressionable iaitu umur pada waktu mana persepsi dan penerimaan pengaruh adalah terbuka. • Justeru, pendidikan yang lebih bertanggungjawab untuk membentuk generasi baru yang lebih berpengetahuan dan berperibadi yang sesuai dengan kejayaan. Bagi masyarakat yang sudah pun memiliki budaya yang sesuai dengan kemajuan perkembangan budaya ini tidak menjadi masalah. Pendidik yang lahir dan membesar dalam masyarakat sudah tentu telah menerap budaya yang sesuai. Tetapi, jika sesuatu masyarakat itu tidak mempunyai budaya yang sesuai, pengembangan budaya baru yang lebih sesuai perlu diusaha secara sengaja dengan melatih dan menyebar nilai yang baik kepada pendidik terlebih dahulu. Jika pendidik sudah terima dan menerap budaya baru ini dan dilatih secara khusus untuk menyemaikannya di kalangan murid dan pelajar, maka proses membentuk budaya baru yang sesuai dengan kemajuan boleh dilaksanakan dengan berkesan oleh pendidik. • Dalam dunia terdapat bangsa yang maju, bangsa yang kurang maju dan bangsa yang daif. Perbezaan di antara kemajuan bangsa ini berpunca daripada nilai hidup, iaitu budaya yang dipegang dan diamal oleh bangsa berkenaan. Sumber alam yang kaya, cuaca yang segar, faktor geografi dan lain-lain tidak mempunyai kesan seperti budaya. Sebab itu di negara yang sama, bangsa yang
  • 14. berlainan, iaitu berbudaya yang berlainan, mencapai kemajuan yang berbeza. Bangsa yang sama juga, jika berpegang kepada nilai yang berlainan tidak akan sama kemajuan mereka. Di Malaysia budaya Melayu dan budaya Cina amat ketara perbezaannya. Sementara budaya Cina memberi penghargaan yang amat tinggi kepada penguasaan ilmu pengetahuan, budaya Melayu tidak begitu menghargai ilmu. Kita lihat anak Melayu walaupun, diberi peluang tidak menuntut sekuat anak Cina. Justeru, prestasi anak Melayu dan anak Cina berbeza secara ketara. Bukanlah anak Melayu mempunyai otak yang kurang baik. Dari segi kecerdasan otak Cina atau Melayu atau orang putih lebih kurang sama saja. Tetapi, budaya Cina begitu kuat menekan tuntutan ilmu sehingga mereka dan ibu bapa mereka menumpu bersungguh-sungguh kepada mempelajari ilmu oleh anak mereka. Ramai daripada mereka mengorbankan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk membiayai pelajaran anak. Ada juga ibu bapa Melayu yang berbuat demikian, tetapi bilangan mereka tidak ramai. Selain itu, orang Cina menerap nilai yang diajar oleh Confucius dalam urusan hidup mereka. Nilai ini mempunyai banyak yang ditafsir sebagai nilai murni dan membantu pemilikan sikap yang menjayakan urusan hidup mereka. Agama Islam memberi lebih banyak panduan akan nilai hidup kita sebagai orang Islam, tetapi majoriti daripada kita tidak mengamalkannya. • Orang Islam disuruh menuntut ilmu sehingga ke negara China, tetapi kita orang Melayu tidak sanggup bersusah payah untuk menghadapi cabaran seperti yang perlu dihadapi oleh orang Islam pada zaman Nabi jika mereka ingin menuntut ilmu di negara China. Penuntut Melayu tidak pun belajar dengan bersungguh- sungguh setelah menerima pelbagai jenis bantuan dan kemudahan. Sebab itu kita bermasalah untuk memasuki 55 peratus anak Melayu ke universiti kerana kelulusan yang tidak cukup tinggi. Kerap kali ramai anak Cina yang lebih layak terpaksa ditolak. Prestasi anak Melayu di universiti tidak sebegitu baik kerana setelah dimasukkan ke universiti, mereka tidak menumpukan sepenuh masa dan tenaga kepada mempelajari ilmu, tetapi sebaliknya mereka melibatkan diri dengan kegiatan lain. Pendedahan ini mungkin menyakitkan hati pihak tertentu, tetapi perbezaan budaya di antara Cina dan Melayulah yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru sukar dicapai. Kerana ingin kaya cepat, saham, lesen, permit, kawasan balak dan lain-lain lagi dijual dengan segera kepada orang lain. Walaupun, orang lain terpaksa tanggung kos pembelian kawasan ini, mereka masih boleh untung dan berjaya. Jika kita ingin mengimbangkan prestasi kaum di Malaysia nilai hidup dan budaya yang menghalang pencapaian kemajuan perlu dikikis. • Bagi anak Melayu mereka perlu diperkenalkan dan diasuh dengan nilai Islam yang semuanya murni. Tidak ada sesuatu yang disuruh oleh agama Islam yang akan merugikan kita jika kita tidak sengaja menyalahtafsir ajaran Islam. Umpamanya, perjanjian mesti ditulis dan menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menunaikan janji ini. Jika dibuat janji mulut pun ikatannya dianggap sama kuat dan merupakan ikrar yang mesti ditunaikan. Tetapi, ramai orang Islam yang mungkir janji tanpa rasa bersalah. Kerana tidak berpegang kepada ajaran Islam maka pencapaian orang Melayu tidaklah seperti yang sepatutnya. Pendidik bukan saja bertanggungjawab untuk menyampai ilmu kepada murid dan penuntut. • Pendidik juga bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang mulia yang boleh berjaya, di samping memberi tekanan kepada soal nilai hidup yang mulia dan budaya yang sesuai dengan kejayaan. Dengan perkataan lain, pendidik
  • 15. menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa, sesuatu negara, sesuatu tamadun. Mungkin peranan ini yang diletak pada bahu pendidik dianggap terlalu berat. Tetapi, hakikatnya faktor lain yang mempengaruhi pembentukan peribadi rakyat sesebuah negara, seperti didikan ibu bapa, budaya yang sedia ada yang diamalkan oleh rakyat negara, amalan agama sebangsa serta persekitaran tidak memberi kesan seperti peranan pendidik. Lagi pun jika perubahan hendak dibuat kepada budaya bangsa, pendidiklah yang perlu memainkan peranan utama. Di Malaysia kita tahu jika kita ingin mengimbangkan kejayaan orang Melayu dengan bangsa yang maju di dunia, maka perubahan nilai hidup dan budaya mesti diusahakan di kalangan anak Melayu. Mereka perlu diasuh dengan nilai Islam yang sebenar, bukan yang sengaja dikembangkan sekarang oleh pihak yang mempunyai kepentingan lain. • Sebenarnya, pada waktu ini nilai dan budaya yang dikembangkan di kalangan pelajar kita adalah lebih buruk daripada dahulu. Sebab itu walaupun mereka memperoleh ilmu, sumbangan mereka kepada pembangunan masyarakat tidak begitu baik. Justeru, amat penting sekali pendidik sendiri dilatih dalam bidang penyebaran nilai dan budaya kepada pelajar di bawah mereka. Tetapi, bagaimanakah nilai dan budaya ini akan diketahui oleh pendidik? Untuk ini, pensyarah dalam kolej perguruan perlulah dilengkapi dengan pengetahuan berkenaan peranan budaya dan nilai hidup dalam menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa. Pengetua dan pensyarah kolej perguruan perlu menyampaikan kepada bakal guru akan nilai yang hendak diterapkan dan budaya yang hendak dibentuk. Pengetua dan pensyarah perlu diberitahu dan dilengkapi dengan segala-gala yang dianggap penting untuk disampaikan kepada guru pelatih. Dengan itu, pendidik yang mendidik anak-anak kita akan berjaya menyemaikan nilai yang mulia di kalangan warganegara akan datang dan membentuk budaya yang sesuai dengan kejayaan bangsa. • Peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik dalam pembentukan peribadi yang mulia dan budaya yang boleh membawa kejayaan tidak kurang pentingnya berbanding dengan penyampaian pelbagai ilmu kepada murid dan penuntut. Ini adalah kerana ilmu yang diperoleh boleh disalahgunakan. Orang yang berpengetahuan dan cerdik boleh menjadi penjenayah yang lebih cekap. Kesan perbuatan mereka tentu lebih buruk kerana mereka berilmu. Demikian jika kerana kelulusan tinggi mereka maka mereka memegang jawatan yang tinggi tanpa dikawal oleh nilai murni, mereka mungkin akan menyalahgunakan kuasa mereka seperti terlibat dengan rasuah. Sebaliknya, mengawal nafsu dan diri lebih mudah dilakukan apabila seseorang itu memiliki nilai hidup yang baik. Pegawai akan dapat memperingati diri keburukan jenayah yang hendak dilakukan, balasan yang akan diterima dan lebih penting lagi ialah perasaan malu dan tidak senang hati apabila terlibat dengan jenayah. Sama ada sesebuah negara dipenuhi dengan rakyat yang berilmu bergantung kepada pendidik di pelbagai peringkat. Dahulu kita berpendapat bahawa pelajaran dan penerapan ilmu adalah sesuatu yang dibuat ketika kecil. Apabila dewasa kita berhenti belajar kerana kita akan bekerja untuk menyara hidup. • Hari ini proses mempelajari dan menguasai ilmu tidak terhad kepada masa kecil atau sebagai remaja. Pembelajaran ilmu adalah proses berterusan yang tidak boleh dihentikan. Selain daripada itu, ilmu yang dituntut perlu mempunyai kaitan yang rapat dengan kerja yang hendak dibuat. Dahulu kelulusan dalam bidang sastera dianggap melayakkan seseorang untuk membuat apa saja kerja; menjadi pentadbir, pengurus, pekerja mahir dan bermacam lagi. Hari ini
  • 16. setelah mendapat pelajaran asas yang umum, pelajaran dan latihan yang khusus perlu dibuat sebelum seseorang dianggap layak untuk membuat kerja tertentu. Semakin lama pengkhususan menjadi semakin tepat. Pendidik memainkan peranan di semua peringkat. Pendidik yang terlatih dan cekap dapat memindahkan ilmu dengan berkesan kepada pelajar. Oleh kerana bidang pelajaran sudah menjadi lebih khusus dan tepat, pendidik juga perlu memiliki ilmu yang sama tepat. Walaupun pelajaran seumur hidup tidak formal dan tidak memerlukan pendidik, namun penyediaan bahan dan teks tetap bergantung kepada pendidik yang terlatih dalam bidang berkenaan. Yang jelas ialah di zaman ini peranan pendidik semakin bertambah dan semakin luas apabila pelajaran jarak jauh berkembang dengan lebih pesat. • Permintaan untuk pendidik tentulah meningkat dan ini bermakna profesion pendidik dapat sekali lagi menjadi karier yang amat menarik. Justeru, pendidik di semua peringkat perlu membuat persediaan untuk mengguna teknologi baru seperti komputer, CD dan Internet untuk memperluaskan liputan pengajaran yang boleh dibuat mereka. Seperti mana kita tahu Malaysia telah menyediakan infrastruktur yang canggih untuk multimedia dan zaman maklumat. Untuk menyampaikan ilmu kepada seberapa ramai penuntut melalui pengajaran jarak jauh teknik baru perlu diteroka. Ini membabitkan penyediaan ‘software’ yang dapat memudahkan pembelajaran, umpamanya penggunaan gambar tiga dimensi, ‘computer animation’, dialog antara pendidik dengan pelajar, penilaian prestasi, pakej pelajaran pelbagai ilmu dan seribu satu lagi cara yang memudahkan penerapan ilmu oleh semua pelajar walaupun IQ mereka tidak begitu tinggi. Sebenarnya semua orang dapat menambah ilmu pengetahuan mereka, termasuk dalam bidang yang relevan kepada kerja dan tugas mereka melalui kemudahan komputer dan ‘software’ yang semakin banyak dan semakin canggih. Zaman maklumat dan teknologi komunikasi membuka peluang yang luas kepada pendidik. Mereka tidak lagi terhad kepada bilik darjah. Dalam sekolah sekali pun ada kemungkinan seorang pendidik mengajar pelajar dalam dua atau tiga bilik darjah dalam mata pelajaran yang berlainan, tetapi di masa yang sama. • Sekolah bestari yang telah disediakan oleh kerajaan bukan saja akan meningkatkan kecekapan pelajar dalam penggunaan komputer dan alatan canggih yang lain, tetapi juga memberi peluang kepada guru meneroka dan mencipta cara baru mengajar yang lebih berkesan daripada cara yang telah diperkenalkan melalui ‘software’ yang sedia ada. Tidak ada had kepada kebolehan komputer dalam mempermudahkan segala proses termasuklah proses mendidik dan mengembangkan ilmu di kalangan pelajar, sama ada yang memang pintar atau pun yang kurang cerdik atau pandai. Zaman maklumat akan mewujudkan masyarakat yang lebih berpengetahuan dan lebih bijak. Dan pendidik akan memainkan peranan utama dalam pembentukan masyarakat yang berilmu ini. Bagi Malaysia, matlamat atau sasaran kita sudah pun ditentukan. Kita ingin menjadi negara maju menjelang 2020. Untuk mencapai wawasan ini, kita perlu kepada rakyat yang lebih produktif, yang mampu bersaing dengan bangsa lain di dunia. Apakah mungkin kita kejar matlamat ini sedangkan sasaran ini sering berubah? Di waktu kita menyuarakan buat pertama kali Wawasan 2020, kita masih lagi berada di zaman industri. Kita yakin kita oleh menguasai segala ilmu dan teknik untuk menjadikan negara kita sebuah negara industri yang mampu mengeluarkan apa saja barang buatan. Tetapi, hari ini kita berhadapan dengan paradigma baru, iaitu negara yang maju perlu
  • 17. menguasai teknologi dan penggunaan maklumat secara yang boleh meningkatkan produktiviti. Untuk ini kita perlu menguasai ilmu yang baru diperkenalkan, bahkan kita perlu mencipta ilmu yang baru. • Sasaran kita sudah berubah dan berubah secara radikal. Wawasan 2020 yang kita bayangkan pada 1991 tidak sama dengan Wawasan 2020 yang dapat kita gambarkan hari ini. Mungkin juga ia akan berubah lagi dalam jangkamasa 20 tahun sebelum tiba 2020. Rakyat Malaysia di semua peningkat perlu sedar hakikat ini untuk menangani sasaran yang sering berubah ini. Sama ada kita berjaya atau tidak bergantung kepada banyak faktor, antaranya ialah kemampuan kita menerap dan mempergunakan ilmu untuk meningkat daya pengeluaran dan daya saing kita. Jika kepemimpinan pendidik kita berwibawa dan sanggup menghadapi cabaran yang akan datang ini, jika mereka bersedia meningkatkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dan cekap pula di dalam mendidik pelajar seumur hidup, maka kita masih boleh mencapai wawasan kita. Kesanggupan generasi yang akan berusaha ke arah Wawasan 2020 bergantung kepada budaya yang dibentuk oleh pendidikan semasa. Jika budaya ini sesuai dengan menangani cabaran dunia alaf baru yang bukan saja memperlihatkan teknologi yang canggih menjadi bertambah canggih, tetapi juga cabaran globalisasi serta kegelisahan dan pergolakan politik dalam dan luar negeri, jika budaya yang dibentuk hasil usaha pendidik sekarang sesuai dengan cabaran Aru, Insya-Allah kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020. Ternampak jelas bahawa kepemimpinan pendidik amatlah penting untuk kita mencapai Wawasan 2020. Kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membekalkan negara dengan kepemimpinan pendidikan yang berkemampuan. • Peluang untuk pendidik meningkatkan keupayaan mereka akan disediakan di semua peringkat. Kita harap negara kita terus stabil dan maju supaya upahan kepada pendidik dapat diperbaiki selaras dengan peranan yang akan dimainkan mereka. Sesungguhnya Wawasan 2020 banyak bergantung kepada kualiti rakyat hasil daripada pendidikan mereka. Adalah diharapkan tidak ada sesiapa yang akan mengganggu usaha murni kita kerana mereka tidak suka kepada ilmu baru yang diperkenalkan, yang mungkin dianggap oleh mereka sebagai sekular dan sebagainya. Orang Islam telah terlepas peluang Revolusi Perindustrian. Janganlah orang Melayu di Malaysia sengaja melepaskan peluang daripada Revolusi Maklumat. Jika kita terlepas kali ini, tidak mungkin lagi kita dapat mengejar kemajuan. Kita akan terus ditindas dan ditakluk oleh bangsa yang akan menguasai teknologi dan maklumat alaf baru ini. Kita akan dijajah semula. • Akhirnya di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua bagi merealisasikan wacana intelektual pendidikan melalui konvensyen yang bermakna ini. Saya berharap usaha yang memberi manfaat bagi tuan-tuan dan puan-puan pendidik sekalian akan diteruskan.
  • 18. • DEWAN BUDAYA: Sebagai Ketua Pengarah yang mempelopori penerbitan majalah Dewan Budaya, apakah pandangan Datuk tentang majalah ini setelah 20 tahun usianya? DATUK HASSAN: Tujuan kita menerbitkan Dewan Budaya adalah untuk digandingkan dengan Jurnal Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Jika dua majalah yang lebih tua itu menumpukan perhatian terhadap soal bahasa dan sastera Melayu, Dewan Budaya melengkapkan forum ini dengan menyediakan bahan ilmu dan maklumat berkala tentang hal budaya. Hal ini penting kerana bahasa, sastera, dan budaya merupakan tiga warisan bangsa yang melambangkan jati diri dan tamadun sesuatu bangsa. Maka pentinglah warisan ini dipelihara dan dikembangkan terus melalui kegiatan penulisan dan wacana supaya kesedaran tentang warisan bersama ini tidak luput daripada sanubari dan ingatan bangsa kita dalam menghadapi "dunia baru" hari ini, yang tentunya penuh dengan cabaran dan pengaruh baru pula yang harus kita tangani secara bijak berdasarkan tradisi kita. • Saya kira selama 20 tahun ini majalah ini dapat memberi sumbangan yang banyak dalam bidang penulisan dan wacana budaya, sama ada dalam bentuk penghuraian, perakaman data, ataupun dalam bentuk perbincangan untuk semua golongan pembaca. • Antara tujuan penerbitan Dewan Budaya termasuklah memelihara dan mengembangkan warisan budaya. Setelah sekian lama kita merdeka, 42 tahun, mengapa kita masih melaungkan perkara yang sama? Usaha memelihara warisan budaya bangsa melibatkan usaha mengembangkan budaya itu sebagai sistem nilai dan amalan yang dapat menarik minat dan penglibatan semua golongan atau anggota masyarakat Malaysia. Dalam usaha ini kita menghadapi cabaran "budaya" lain, budaya popular, yang lebih seronok diamalkan dan diikuti, datangnya dalam berbagai-bagai bentuk, misalnya dalam bentuk hiburan, filem, muzik, gaya hidup, pakaian, dan makanan. Orang menonton persembahan budaya Melayu dalam upacara tertentu sahaja, mendengar dan menonton lagu dan tarian "asli Melayu" setahun sekali dalam program "Hari Raya" di tv – pendek kata, kita menjadikan budaya Melayu sebagai ritual sahaja, untuk menyerikan majlis rasmi dan sebagainya, barangkali hal ini sesuai dengan dasar kebudayaan kebangsaan yang digubal pada tahun 1972, tetapi orang tidak terlibat dengan budaya itu secara serius, secara intim. Mengapa? Sebabnya banyak; antaranya, budaya dipisahkan daripada kerangka pembangunan ekonomi, sosial, teknologi, dan pendidikan negara, seolah-olah budaya dianggap sebagai sistem sampingan dalam kehidupan manusia "moden". Generasi muda yang mewah banyak mempunyai pilihan budaya lain yang lebih menarik, yang dapat dihubungkan dengan persoalan dan masalah hidup mereka hari-hari. Mereka pergi ke Coffee Bean, ke Planet Hollywood, ke Hard Rock Cafe, mereka mempunyai hiburan yang lebih seronok, merayau-rayau dalam ruang internet mencari "maklumat" untuk memenuhi kehendak hati muda mereka, bermain permainan komputer tentang
  • 19. peperangan, keganasan, dan sebagainya. Budaya "tradisional" tidak dikembangkan untuk menghadapi budaya popular ini, tidak dipopularkan secara sistematik. Dan kita tidak dapat memaksa pengguna budaya popular luar itu kembali ke budaya asli mereka kerana bagi mereka budaya bangsa kita tidak dapat memenuhi kehendak psikologi dan cita rasa mereka, yang sedang mencari makna baru dalam kehidupan mereka, sesuai dengan alam global yang lebih luas, yang setiap hari mempengaruhi jiwa dan kelakuan mereka. • Generasi muda sering mempersoalkan sejauh mana warisan budaya ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara? Sumbangan warisan budaya kepada pembangunan manusia, masyarakat dan negara tidak dapat diukur dari segi hasil atau kesan fizikal atau materialistiknya sebagaimana kita dapat mengukur kesan ekonomi atau teknologi terhadap keadaan hidup manusia dan masyarakat. Namun, jika pembangunan materialistik manusia tidak berdasarkan nilai budaya yang terbentuk melalui pengalaman bersama bangsa dan masyarakat kita sejak turun-temurun, akan timbul banyak kesan sampingan yang buruk pada moral manusia. Inilah punca mengapa kita sering menghadapi masalah sosial, masalah moral, masalah nilai. Di Barat, masalah ini lebih serius lagi. Manusia di sana semakin berada dalam persekitaran sosial dan budaya yang tidak bermoral, yang ganas, liar. Bayangkan, pelajar sekolah sudah pandai membuat bom dan senjata untuk membunuh rakan sekolahnya tanpa sebab yang munasabah. Fikirkan juga, mengapa di Barat kesedaran atau perasaan rasisme semakin menjadi-jadi? Budaya apa ini? Kemajuan apa ini? Perkembangan durjana inilah yang harus kita bendung melalui warisan yang menghargai nyawa manusia, yang pro-keamanan. • Pada masa yang sama kita melaungkan globalisasi dan transformasi budaya, sedangkan sekarang kita lihat natijah yang berlaku di dunia antarabangsa. Hal ini mengelirukan generasi baru. Proses globalisasi sebenarnya bukan fenomena baru, tetapi sudah ada sejak lebih 500 tahun dahulu apabila Christopher Columbus mengharungi Lautan Atlantik untuk mencari "Dunia Baru". Eropah waktu itu dianggap "Dunia Lama", ertinya dunia yang sudah matang tamadunnya. Itulah tarikh bermulanya proses globalisasi yang disebut penjajahan Barat di Amerika Selatan dan Amerika Utara, kemudian di Afrika, kemudian di Asia. Sebagai akibat penjajahan atau "globalisasi" ini, ada bangsa yang hilang identiti bangsanya, identiti budayanya, bahasanya, tanahnya. Ada bangsa yang dapat mempertahankan identitinya selepas tamatnya penjajahan itu. Bangsa Melayu tidak hilang identitinya sejak Portugis menawan Melaka pada tahun 1511 sampailah tahun 1957. Bahasa kita kekal, budaya kita kekal, agama kita kekal. • Sekarang kita menghadapi proses globalisasi lagi. Unsur penjajahan dalam wajah baru, dalam bentuk dan gaya baru, wujud lagi tetapi oleh sebab namanya "globalisasi", bahayanya, risikonya, boleh jadi tidak ketara, bahkan kita lebih mudah menjadi mangsanya tanpa kesedaran kita. Kita tidak nampak, tidak melihat "wajah" penjajah baru ini, kerana datangnya dalam bentuk budaya, bentuk maklumat, internet, pasaran bebas, demokrasi bebas dan sebagainya. Banyak orang yang percaya bahawa dunia globalisasi tidak bersempadan lagi. Kita percaya bahawa nasionalisme atau semangat kebangsaan tidak relevan lagi; yang penting ialah semangat global, berfikiran
  • 20. global, bertindak global. Di sinilah bermulanya krisis manusia sejagat, krisis kita, kedangkalan kita, kebodohan kita, mempercayai slogan orang lain, slogan dan propaganda pedagang maklumat, propagandis pasaran bebas – merekalah yang berkata sempadan negara bangsa tidak ada lagi, budaya kebangsaan tidak relevan, yang relevan ialah "budaya global". Dalam dunia globalisasi, mereka berkata manusia mesti makan makanan yang sama, membaca berita yang sama, menonton filem yang sama, menggunakan maklumat yang sama, mengamalkan sistem pemerintahan yang sama, menggunakan acuan pendidikan global, dan sebagainya, dan sebagainya ... inilah takrif mereka tentang manusia atau warga global. • Saya tidak percaya. Apa sebenarnya "budaya global"? Budaya popular, yang di Barat disebut counter culture, budaya pasca-modenisme, memang sedang berkembang di mana-mana kerana pengaruh pasaran bebas yang turut menjual budaya popular itu, tetapi ini bukan budaya kemajuan, bukan budaya tinggi. Ini budaya pinggiran, budaya picisan, nyawanya tidak akan kekal kerana nilai ketamadunannya tidak ada, jadi manusia yang bijak akan menolaknya. • Cuba kita lihat bagaimana bangsa kita kekal dalam sejarah globalisasi atau penjajahan zaman lampau. Selama lebih 400 tahun sejak bangsa Portugis menawan Melaka, bangsa Melayu tetap dapat mengekalkan identitinya, tidak menjadi Red Indians, tidak hilang budayanya, bahasanya, agamanya, padahal dalam tempoh itu dunia kita diharu, dicabar, dan dijajah oleh tiga bangsa Barat – Portugis, Belanda, dan Inggeris. Mengapa? Sebabnya jelas. Nenek moyang kita dahulu sudah mempunyai tamadun yang kuat – ada kerajaan, ada bahasa persuratan, ada budaya, ada agama – yang tidak mudah dimusnahkan oleh kuasa Barat. Kekuatan tamadun atau budaya inilah yang menyelamatkan bangsa Melayu sepanjang zaman. Contoh ini harus kita kekalkan hari ini semasa menghadapi cabaran globalisasi yang baru. Kita perlu berubah tetapi berubah menurut pilihan dan acuan kita, bukan menurut peraturan orang lain. Transformasi seperti inilah yang akan menyelamatkan kita, bukan peniruan. • Seharusnyakah kita menuding ke arah generasi muda yang dikatakan tidak memahami nilai budaya, sering terpengaruh dengan unsur negatif, sedangkan generasi lama juga banyak yang bertindak demikian? Mungkin hal ini juga menimbulkan pergolakan dalaman di kalangan generasi muda. Pepatah Melayu ada berkata "bapa burik anak rintik" atau "guru kencing berdiri murid kencing berlari". Kelakuan generasi muda, baik atau buruk, bergantung pada sistem yang ada dan teladan budaya moral yang dilihat di kalangan generasi lama, di kalangan pemimpin dan ketua mereka. Pemimpin yang korup lebih berbahaya kepada bangsanya dan negaranya daripada anak muda yang melepak atau bersembang-sembang di kompleks beli belah. Pemimpin yang melakukan maksiat atau yang tidak tinggi kelakuan moralnya, tidak berhak berceramah kepada generasi muda tentang soal moral. Kita lihat di Amerika, mengapa pelajar sekolah boleh membunuh rakannya di sekolah dengan menggunakan senjata automatik dan yang digunakan dalam peperangan? Kerana pelajar itu berada dalam sistem yang menganggap kuasa dan senjata sebagai alat penting manusia. Di Amerika, kanak-kanak dan pelajar sekolah menghiburkan diri bermain permainan komputer perang, keganasan, bunuh membunuh. Kerajaan Amerika sendiri menjadi contohnya, ghairah melancarkan perang dan pembunuhan di negara orang lain. Jadi, pelajar belasan tahun turut teringin untuk melakukan keganasan. Sasaran mereka ialah orang yang mereka
  • 21. benci, orang kulit hitam, orang yang tidak sama dengan kumpulan mereka. Budaya inilah yang sedang merebak di serata dunia melalui filem, video, dan CD-ROM perang dan keganasan. Puncanya, Barat. Kerajaan Malaysia patut mengharamkan video atau permainan komputer yang mengagung-agungkan keganasan sebelum nanti ada pelajar kita yang tertarik untuk mengikut contoh pelajar Amerika itu. • Bagaimana pula pembangunan budaya negara kita daripada perspektif Datuk? Kita sebenarnya mempunyai dasar kebudayaan kebangsaan yang digubal pada tahun 1972. Tetapi pengaruh dasar ini tidak kuat kerana nilainya – bukan kulitnya – tidak dijadikan asas untuk mentakrif acuan pembangunan negara. Misalnya, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, tetapi kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat di negara ini tidak dikembangkan atau diurus dalam bahasa ini. Jadi, nilai dan fungsi budaya dan pembangunannya terpinggir. Akibatnya, orang tidak menganggap kebudayaan kebangsaan penting bagi mereka. Yang penting adalah untuk memajukan teknologi negara per se, bukan memajukan budaya teknologi itu. Jadi, bagi saya pembangunan budaya tidak bererti hanya memelihara warisan bangsa seperti orang memelihara barang lama (antik) di muzium atau di arkib, atau hanya mempertontonkan budaya itu kepada pelancong atau majlis tertentu, tetapi bererti menjadikan budaya itu sebagai komponen yang penting dalam sistem pembangunan negara seluruhnya. Saya selalu menegaskan pentingnya kita menggunakan nilai bersama "bangsa Malaysia" untuk memupuk perpaduan dan membangunkan negara berdasarkan "acuan" kita. Jadi, bagi saya yang penting ialah mengembangkan nilai budaya kita, budaya "bangsa Malaysia", sebagai asas kemajuan kita. Budaya fizikal, budaya luaran, cuma menandakan jati diri kita sebagai sesuatu bangsa, tetapi bukan alat yang dapat kita gunakan untuk memajukan minda, ilmu, dan keadaan hidup bangsa kita. • Tentang pembudayaan ilmu pula bagaimana? Istilah "pembudayaan ilmu" memerlukan takrifan dan penjelasan yang panjang. Ringkasnya, dapat saya sebut empat "ciri" atau tanda adanya proses "pembudayaan ilmu" di sesebuah negara, iaitu: (1) apabila anggota masyarakat seluruhnya celik akal, yakni dapat berfikir secara kritis, mengetahui hak dan tanggungjawab sosial dan sivil mereka, ini tanda proses pembudayaan ilmu wujud di negara itu, asalnya daripada sistem pendidikan negara yang menggalakkan kaedah berfikir; (2) apabila pelajar dididik supaya mencintai ilmu sebagai ilmu, bukan semata-mata sebagai alat untuk mendapat pekerjaan yang baik, yang bergaji besar, dan sebagainya, selepas itu mereka tidak menuntut ilmu lagi, tidak membaca, tetapi sibuk mengumpul dan memproses maklumat untuk kegunaan perusahaannya dan pekerjaannya; (3) apabila di sesebuah negara itu bidang penulisan dan penerbitan buku ilmu, baik untuk pembaca umum mahupun untuk pembaca khusus, maju dan dianggap sebagai perusahaan atau kegiatan yang penting di samping perusahaan lain, dan (4) apabila ilmu yang dikembangkan di negara itu dilakukan dalam bahasa kebangsaannya, tidak dalam bahasa luar negeri. Syarat keempat ini penting kerana dalam mana-mana masyarakat atau negara pun, bahasa yang paling banyak difahami dan digunakan orang ialah bahasa sendiri, bukan bahasa asing. Jika bahasa asing dijadikan alat penyebaran ilmu, sebahagian besar penduduk
  • 22. negara akan tersisih daripada perkembangan ilmu itu. Maka tidak akan wujudlah keadaan yang kita sebut "pembudayaan ilmu". • Di tahap mana kedudukan golongan ilmuwan negara kita dan sejauh manakah peranan mereka dalam membina tamadun bangsa? Soalan ini sukar dijawab sepintas lalu. Suatu ketika dahulu, timbul kritikan tentang "kelesuan cendekiawan" di Malaysia. Saya ada menulis makalah tentang isu ini dalam Dewan Masyarakat. Sebagaimana yang kita tahu, sejak merdeka, puluhan ribu pakar, sarjana, ilmuwan yang terdidik dalam bahasa Melayu dilahirkan oleh sistem pendidikan kebangsaan negara. Namun, kita lihat bahawa dunia penulisan dan penerbitan buku ilmu, sama ada untuk pembaca umum mahupun untuk pembaca ilmiah, dalam bahasa Melayu tidak berkembang selaras dengan kemajuan pendidikan itu dan lebih penting lagi dengan kemajuan yang tercapai dalam bidang ekonomi, perusahaan, dan teknologi. Banyak faktor dapat kita sebut, misalnya, orang ilmuwan sibuk dengan pekerjaan masing-masing, kos penerbitan tinggi, bayaran untuk penulis buku ilmu tinggi terlalu rendah, minat membaca di kalangan penduduk Malaysia tidak tinggi, dan sejak mutakhir ini, timbul faktor baru, iaitu meningkatnya nilai bahasa Inggeris di negara ini sebagai bahasa ilmu, baik di institusi pengajian tinggi awam, lebih-lebih lagi di institusi pengajian tinggi swasta, menyebabkan penulis ilmuwan lebih tertarik untuk menulis buku pengajian tinggi dalam bahasa Inggeris. Saya menganggap hal ini sebagai krisis dalam perusahaan ilmu dalam bahasa Melayu. • Ilmuwan Melayu khususnya mempunyai peranan yang penting untuk membina tamadun ilmu dan budaya tinggi melalui penulisan dan penerbitan. Tidak semestinya mereka perlu menulis dalam bahasa Melayu sahaja. Buku tentang budaya dan tamadun bangsa boleh juga ditulis atau diterjemah ke bahasa Inggeris untuk pembaca antarabangsa. Kita lihat buku tentang tamadun bangsa lain dalam bahasa Inggeris memenuhi kedai buku Inggeris di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Jarang-jarang saya melihat buku seumpama itu dalam bahasa Melayu, kalau ada pun buku itu tidak tersebar luas, orang tidak tahu adanya buku itu. Jadi, kelemahan kaedah pengedaran buku dalam bahasa Melayu, perlu juga diselesaikan – diselesaikan secara radikal. • Mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Sejauh mana ungkapan ini boleh diterima pakai dalam zaman yang dikatakan moden ini? Memang, mata pena lebih tajam daripada mata pedang, tetapi mata pedang, yakni kekuatan senjata, juga penting dalam dunia hari ini, bahkan sejak dahulu kala lagi. Di Malaysia, mata pena bukan sahaja tajam, tetapi beracun. Beberapa orang yang kita tahu sudah menjadi mangsanya. Tetapi bukan inilah yang dimaksudkan dengan istilah mata pena tajam itu. Yang dimaksudkan ialah pena yang dapat mengubah fikiran rakyat, menggugah minda masyarakat, melalui tulisan dan pandangan yang kritis, yang tajam, menusuk, berdasarkan hujah yang rasional, yang benar, bukan yang palsu. Novel Shahnon, Shit, misalnya, mungkin "busuk", mungkin "kotor", "kotor" – dan saya berasa sedikit geli apabila membaca – tetapi nampaknya novel ini tidak beracun, tidak memfitnah sesiapa (ini karya fiksyen!), walaupun di dalamnya tidak kelihatan idea, wawasan, yang besar. Karya Jean-Jacques Rousseau, Social Contract (terjemahan bahasa Inggerisnya), misalnya, mempengaruhi fikiran rakyat Perancis dan menjadi sebab tercetusnya Revolusi Perancis tahun 1789. Karya
  • 23. Abdullah Munsyi, Hikayat Abdullah, dapat juga dimasukkan ke dalam golongan karya (pena) bermata tajam. • Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan Mantan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Atas kejayaannya sebagai orang Melayu yang pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Doctor of Philosophy) dari Universiti Leiden, Belanda di upacara mempertahankan tesisnya di Universiti Leiden pada 19 Mei 1999 • Saya ingin merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan saya kepada pihak Universiti Malaysia Sabah kerana telah mengundang saya ke Upacara Perasmian Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah pada hari ini. 2. Seperti yang kita sedia maklum penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS), universiti awam yang kesembilan di negara kita, merupakan suatu penyempurnaan janji yang telah dibuat oleh Kerajaan kepada rakyat Sabah khususnya. Saya sendiri telah membuat janji tersebut bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional. Selepas saya melafazkan janji itu pada tahun 1994 saya telah datang semula ke tempat ini pada tahun 1995 untuk upacara pecah tanah, dan pada Februari 1999 untuk lawatan meninjau kemajuan UMS. Kini saya datang sekali lagi ke tempat yang sama untuk Upacara Perasmian Kampus Induk UMS yang baru lagi indah permai ini.
  • 24. 3. Saya sentiasa mengikuti perkembangan UMS dan pembinaan kampus ini. Sehubungan dengan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak pengurusan dan tenaga pengajar UMS, atas usaha mereka yang pantas lagi cekap dalam menjelmakan janji menjadi kenyataan dalam tempoh masa kurang dari enam tahun. Kini saya difahamkan sembilan sekolah, dua institut, semua jabatan pentadbiran Universiti serta tempat kediaman pelajar telah beroperasi sepenuhnya di kampus induk ini. Selain itu UMS juga mempunyai Kampus Cawangan Antarabangsanya di Labuan. Pembinaan seterusnya bergantung kepada keadaan ekonomi, kestabilan politik dan rancangan-rancangan akademik yang memenuhi keperluan negara. 4. Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan setiap rakyat supaya taraf hidup mereka menjadi lebih baik dan tinggi hasil peningkatan keupayaan mereka. Pendidikan merupakan satu batu loncatan untuk individu yang ingin maju dan juga bagi pembangunan bangsa dan negara ke arah kemajuan yang sama dengan negara-negara maju. Namun kita harus ingat bahawa bersama-sama dengan penguasaan ilmu pengetahuan, rakyat juga perlu mempunyai nilai-nilai hidup yang mulia yang akan menentukan ilmu yang diperolehi digunakan dengan baik dan berhasil. Gandingan antara ilmu dan budaya yang mulia dan tinggi adalah kunci sebenarnya kepada kebahagiaan hidup individu dan kemajuan bangsa dan negara. Sebaliknya jika ilmu yang diperolehi digunakan untuk kegiatan yang tidak sihat dan tidak bertanggungjawab, maka akan rosaklah individu, masyarakat dan negara. 5. Banyak bangsa di dunia yang memiliki ilmu yang tinggi tetapi menggunakannya untuk menindas bangsa- bangsa yang lemah. Demikian ilmu fizik digunakan untuk mencipta senjata dan bom yang boleh memusnahkan ramai manusia dan dengan ini dapatlah mereka menakluk negara- negara yang miskin dan lemah. Ilmu matematik digunakan untuk perniagaan matawang yang menyebabkan kegawatan ekonomi dan kewangan berlaku dan memiskinkan negara membangun serta rakyatnya. 6. Di zaman ini ilmu berkenaan dengan Teknologi Maklumat (I.T.) adalah amat penting. Ia boleh mendatangkan banyak kebaikan bahkan kekayaan bagi mereka yang menguasainya. Tetapi kerana tidak memiliki budaya yang mulia ada yang menggunakan I.T. dan Internet untuk menyebar bahan-bahan lucah dan fitnah serta pembohongan. Amatlah mendukacitakan bahawa sementara sebahagian daripada rakyat Malaysia menggunakan Internet untuk mendapatkan ilmu dan maklumat yang berguna, sebahagian lagi yang memiliki budaya yang keji menggunakan Internet untuk melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan menimbulkan kebencian kepada pihak tertentu. 7. Yang jelas ialah apabila ilmu dimiliki oleh orang yang buruk budi pekerti, maka bukan sahaja pemilik ilmu ini akan berkelakuan buruk, tetapi masyarakat juga akan diheret turun ke lembah kehinaan. Justeru itu penguasaan ilmu di institusi pelajaran rendah dan tinggi perlu disertai dengan didikan dalam bidang moral dan etika. Kursus yang teratur perlu diadakan bagi semua penuntut dalam bidang etika dan moral supaya ilmu yang diperolehi tidak disalahgunakan.
  • 25. 8. Kerajaan telah mencuba menerapkan nilai-nilai mulia Islam dalam Kerajaan. Malangnya ada antara mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menolong kakitangan Kerajaan menerap nilai-nilai Islam, yang mengkhianati tujuan yang mulia ini dengan memutarbelitkan ajaran Islam supaya ia menjadi propaganda parti politik. Hasilnya ialah jauh daripada menerap nilai-nilai Islam, ada pegawai Kerajaan yang menerap nilai yang bertentangan dengan Islam. Mereka menjadi pegawai yang tidak beramanah dan tidak bertanggungjawab sehingga pentadbiran tidak lagi profesional dan menyumbang kepada kemajuan negara. 9. Oleh kerana itu apabila institusi pelajaran tinggi mengadakan kursus moral dan etika serta pelajaran agama Islam, amatlah penting mereka yang dipertanggungjawabkan diawasi supaya tidak berlaku penyelewengan dan pengkhianatan terhadap usaha murni ini. Mereka yang mengurus dan mengajar perlu berikrar akan menunaikan kewajipan mereka secara ikhlas dan jujur. Jika mereka menyeleweng, maka mereka harus disingkirkan. Syarat-syarat ini perlu dikenakan supaya kita benar-benar dapat menyemai dan memupuk nilai-nilai yang mulia di kalangan mereka yang akan dibekalkan dengan ilmu supaya mereka dapat menyumbang kepada masyarakat yang membiayai pelajaran mereka. 10. Sesuatu bangsa itu tidak akan maju dan berjaya jika bangsa itu tidak memiliki ilmu dan budaya yang mulia. Institusi pendidikan di semua peringkat harus faham dan ingat akan perlunya gabungan antara ilmu pengetahuan dan budaya yang mulia. Dengan menumpu kepada kedua-dua ini maka institusi pendidikan tinggi akan menolong menentukan kemajuan negara akan tercapai. 11. Universiti bukanlah hanya satu gedung ilmu atau menara gading yang terpisah daripada masyarakat di sekeliling. Dan universiti milik Kerajaan yang menggunakan wang rakyat seperti Universiti Malaysia Sabah ini perlu mengambilkira kepentingan rakyat dan negara. Ini bermakna segala-segala yang dilakukan oleh universiti awam hendaklah bertujuan memenuhi kepentingan rakyat dan negara. Sesiapa yang membelakangkan kepentingan rakyat seperti yang ditentukan oleh Kerajaan pilihan majoriti, tetapi sebaliknya mengutamakan kepentingan diri atau satu puak tertentu, tidaklah layak diberi kepercayaan oleh Kerajaan yang memerintah. Semua pihak dalam universiti awam, daripada pentadbir dan tenaga pengajar sehingga ke penuntut yang diberi biasiswa atau tidak, harus mengingati hakikat ini dan menjadikannya panduan sepanjang masa. Saya tahu UMS memang berpegang kepada panduan ini dan saya mengalu-alukannya. 12. Kita mesti mengkaji semula peranan universiti dalam alaf baru ini, alaf yang begitu mencabar. Kita dengar berulangkali bahawa dunia ini sudah menjadi kecil sehingga ditakrif sebagai sebuah kampung sahaja. Ini adalah kerana kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi komunikasi, termasuk kemudahan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tidak ada mana-mana tempat di dunia yang jaraknya lebih dari 18 jam penerbangan dari tempat yang lain. 13. Daripada segi perhubungan pula kita boleh dengar dan lihat sesuatu yang
  • 26. berlaku di mana-mana tempat di dunia semasa ia berlaku. Tidak ada sesuatu yang boleh disekat oleh sempadan sesebuah negara. Sempadan sudah kurang maknanya sebagai benteng yang mengasing dan melindungi negara. Oleh kerana ini maka hari ini kita bercakap berkenaan dengan dunia tanpa sempadan, berkenaan globalisasi. 14. Perubahan ini membawa banyak cabaran kepada kita semua. Kita telah lihat bagaimana mudahnya orang asing dapat merosakkan ekonomi negara kita dengan menjatuhkan nilai Ringgit kita tanpa menjejak kaki di bumi kita. Kita bernasib baik kerana Kerajaan berjaya mencipta cara untuk memulih semula kedaulatan kewangan kita kali ini. Tetapi serangan dari jarak jauh ini masih boleh dibuat dalam bidang lain. Melalui Internet budaya kita diserang dengan menyebar bahan lucah dan nilai-nilai hidup yang boleh merosakkan segala-gala yang kita pandang mulia. Melalui dagangan elektronik peniaga dan Kerajaan boleh ditekan sehingga menjadi miskin. 15. Tetapi sebaliknya jika kita mempunyai iman yang kuat dan kita kuasai teknologi dan kecekapan menggunakan sistem komunikasi elektronik ini kita bukan sahaja akan dapat menangkiskan serangan-serangan ke atas kita, tetapi sebaliknya kita akan dapat melintasi sempadan negara asing dan meraih kekayaan yang ada kepada mereka. Justeru itu, amat penting universiti kita membuat kajian dan penjelasan berkenaan dengan globalisasi dan dunia tanpa sempadan serta teknologi- teknologi komunikasi yang membawa perubahan- perubahan yang amat radikal ini. Aplikasi teknologi yang tercanggih dalam semua bidang hendaklah dikaji-selidik, difahami dan digunakan. Lulusan universiti hendaklah diberi latihan dan ilmu yang mencukupi untuk menangani cabaran dunia tanpa sempadan supaya bukan sahaja kita dapat menyelamatkan negara kita tetapi juga kita akan dapat meraih banyak keuntungan bahkan nikmat daripadanya. 16. Masalah pencapaian Bumiputera yang diberi peluang belajar di universiti perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Menambah kuota Bumiputera tidak dengan sendirinya menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun 60 peratus daripada kemasukan ke universiti terdiri daripada Bumiputera, peratusan yang lulus amat mengecewakan. Lagipun yang lulus tidak mendapat kelas yang tinggi. 17. Apakah sebabnya? Siswa amat marah jika mereka disuruh menumpukan kepada pelajaran, tetapi hakikatnya ialah jika tidak ada tumpuan yang serius kepada pelajaran mustahil kejayaan dalam peperiksaan akan tercapai. 18. Rakyat rela Kerajaan membelanjakan wang rakyat yang banyak untuk memberi pelajaran kepada penuntut Bumiputera. Tetapi rakyat tidak rela wang itu dibazirkan dengan penuntut menghabiskan masa dan tenaga dalam kegiatan yang tidak ada kena-mengena dengan tujuan wang itu diperuntukkan, iaitu mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan. Jika penuntut tidak berminat belajar adalah lebih baik mereka tidak diberi peluang belajar dan tempat mereka diberi kepada yang ingin belajar secara serius. 19. Universiti pula perlu menentukan tenaga pengajar bukan sahaja mengajar
  • 27. mengikut jadual tetapi mengambil berat akan pencapaian penuntut Bumiputera yang diserahkan kepada mereka. Jika perlu profesor dan pensyarah hendaklah memberi `coaching' kepada penuntut yang lemah. Amat malang sekali apabila didapati sebilangan kecil daripada tenaga pengajar, termasuk yang dihantar ke luar negeri untuk melayakkan mereka menjadi pensyarah, menghasut penuntut supaya membenci Kerajaan. Hanya kerana ini sahaja pun ramai penuntut tidak dapat menumpukan pelajaran. Saya harap tenaga pengajar di universiti akan bersama-sama menentukan penuntut Bumiputera terutamanya mencapai kejayaan yang cemerlang. Saya harap dan yakin harapan dan gesaan ini tidak akan dipersia-siakan oleh pihak universiti. 20. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak UMS di hari yang penuh bermakna baginya ini. 21. Dengan sukacitanya dan dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, maka saya dengan ini mengisytiharkan Perasmian Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah.
  • 28. Isu 2. Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau MALAYSIA bakal menjadi pusat kecemerlangan pendidikan rantau ini apabila Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan penyedia utama dalam sistem rangkaian Internet, Cisco Systems Inc (Cisco) melaksanakan Program Akademi Sistem Rangkaian Cisco (CNAP). • Melalui program ini, Malaysia akan menghasilkan lebih 2,500 profesional sistem rangkaian menjelang lima tahun akan datang, dengan sasaran minimum 20 profesional dihasilkan setiap tahun. Program ini mampu mencapai sasaran menghasilkan kepakaran tempatan dalam sistem rangkaian itu berdasarkan komitmen tinggi kerajaan dan institusi pendidikan di negara ini. • Program ini merangkumi kurikulum berasaskan e-pendidikan, menjurus kepada mendidik pelajar mereka cipta, membangun dan mengendalikan sistem rangkaian komputer untuk menyediakan mereka ke alam pekerjaan abad 21 ini. • Program ini berupaya mengatasi kekurangan kepakaran tempatan dalam sistem rangkaian selain bertindak sebagai platform untuk merapatkan jurang digital. Kepakaran bidang ini akan mewujudkan perbezaan besar dalam ekonomi Internet. • Kejayaan program itu sudah dapat dilihat dengan lebih 19,000 pelajar berjaya menamatkan program ini dan ada yang meneruskan ke peringkat lebih tinggi atau sudah berada dalam alam pekerjaan. Semua ini mampu untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau, yang mampu menawarkan bentuk-bentuk pendidikan yang bertaraf "world class" atau standard dunia/ global. • Mana-mana institusi pendidikan yang berazam untuk mencapai tahap-tahap yang bertaraf "cemerlang" itu wajar memastikan bahawa ada faktor-faktor penentu dalam institusi tersebut yang boleh menghasilkan kecemerlangan itu – seperti: 1. Struktur organisasi yang benar-benar mendorong kecekapan optima pengendalian/ pentadbiran dan pengurusan fungsi-fungsi 2. Bidang pendidikan/ skop perkhidmatan yang sentiasa relevan menepati keperluan masa dan keadaan, terutama dalam pasaran 3. Sistem penyampaian pendidikan yang berkesan, dan menggembelengkan pelbagai pendekatan yang saling melengkapi satu sama lain, dan yang boleh menghasilkan pelajar-pelajar yang telah diberi ilmu yang relevan serta yang pragmatis menghadapi pasaran 4. Tenaga pendidik/ pengajar yang mampu membawa pembaharuan dalam usaha masing-masing, dan yang sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka
  • 29. sendiri, supaya institusi mereka dapat memenuhi keperluan-keperluan baru secara fleksibel 5. Sistem pengesanan dan pemantauan prestasi, sama ada pelajar atau pengajar yang efektif yang boleh dengan cepat dan tepat mengena pasti kelemahan- kelemahan dan kekurangan-kekurangan dalam mana-mana aspek institusi berkenaan, supaya tindakan pembetulan dan ubah suai dapat dilakukan. • Oleh itu perlu usaha yang semakin gigih jika mana-mana institusi/ organisasi ingin pengiktirafan kecemerlangan berkekalan. • Di Malaysia sekarang terdapat : • 11 • Universiti awam • 8 • Universiti swasta • 591 • Institusi-institusi pengajian tinggi swasta yang memberikan/menawar pendidikan berkualiti dalam pelbagai bidang untuk penuntut tempatan dan luar negeri. • Setakat 31 Disember 1999, enrolmen dalam institusi-institusi pengajian tinggi swasta berjumlah 176,030 orang dengan 10,179 daripada mereka terdiri dari penuntut-penuntut asing, yang kebanyakan datang dari: • Indonesia (lebih 3,900) • China (lebih 3,400) • India (lebih 300) • Maldives (> 250) • Pakistan (> 170) • Kemasukan penuntut-penuntut asing ini telah mendatangkan mata wang asing dianggarkan lebih dari RM309 juta, berasaskan yuran-yuran yang dibayar oleh mereka. Ini tidak termasuk lain-lain perbelanjaan sampingan yang dilakukan di Malaysia. • Jelas bahawa, dengan promosi yang sewajarnya Malaysia boleh menjadikan Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu sumber pendapatan ekspot yang penting, di samping memperkukuh Malaysia sebagai Pusat Serantau Pendidikan yang mampu menarik pelajar-pelajar luar negara, kerana tahap-tahap kecemerlangan institusi-institusi pengajian yang ada. • Pihak MITI, melalui MATRADE menawarkan perkhidmatan promosi dan pemasaran di luar negara untuk institusi-institusi yang ingin mengeksport perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan, iaitu dalam konteks fungsi MATRADE sebagai penggalak ekspot perkhidmatan/ services dari Malaysia.
  • 30. • Kepesatan pembangunan dalam pelbagai sektor memerlukan bukan sahaja bilangan tenaga pekerja berkeupayaan yang lebih ramai, tetapi, sama pentingnya kategori-kategori tenaga pekerja yang mempunyai ilmu dan keupayaan-keupayaan serta kemahiran baru seperti kemahiran-kemahiran yang selaras dengan pembangunan Teknologi amnya, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi khususnya. • Antara 1998 – Mei 2000 : 1,826 projek pekilangan telah diluluskan, yang memberi peluang pekerjaan sebanyak 172,463. • Kategori-kategori pekerjaan yang ditawarkan : • Pengurusan, Penyeliaan dan teknikal • - 9,289 (5.4%) • Pekerja-Pekerja Mahir • - 87,669(50.8%) • Lain-lain (Tidak mahir, perkeranian, jualan) • - 75,505 (43.8%) • Sektor-sektor yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan : • Elektrikal & Elektronik • - 65,659 (38.1%) • Kayu, Perabot & Peralatan • - 25,717 (14.9%) • Kimia, Petroleum & Petrokimia • - 16,224 (9.4%) • Logam Difabrikasi (termasuk mesin) • - 13,712 (7.9%) • Tekstil & barangan tekstil • - 10,018 (5.8%) • Peralatan pengangkutan • - 9,392 (5.4%) • Barangan getah • - 6,979 (4.0%) • Produk-produk logam asas • - 5,483 (3.2%) • Adalah diharapkan Institusi-institusi pengajian tinggi dapat memenuhi sebahagian dari keperluan-keperluan tersebut, bersama-sama dengan Institusi- institusi dan Pusat-pusat Kemahiran di negara ini, supaya dapat diperkecil jurang antara permintaan dan bekalan (Supply and Demand) untuk guna tenaga dalam sektor ekonomi.