Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

PERANAN ICT

102 views

Published on

Budaya Pembelajaran dan Pengajaran berasaskan ICT

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

PERANAN ICT

  1. 1. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b SOALAN: Anda adalah seorang penyelaras ICT di sekolah. Bagaimanakah anda menjadikan budaya pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT menjadi realiti dan realistik di sekolah? Pengenalan Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Dengan itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentu akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 ); 1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer 2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data 3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin,1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ). Komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar, penerang dan pemudahcara. Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ). Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pelajaran telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pelajaran telah; • menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan • melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan • merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat
  2. 2. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b Komputer Dalam Pendidikan Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sebagai contoh, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus mata pelajaran. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ). Selain dari itu, dengan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dapat membantunya dalam pencarian bahan, menyediakan kit pembelajaran dan mencapai maklumat dengan mudah dan berkesan. Antara kelebihan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar adalah ; • Pelajar yang menggunakan komputer dalam pembelajaran mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan • Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang- bidang lain. Kelebihan penggunaan komputer ini juga disokong oleh beberapa kajian yang telah dijalankan seperti (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) Tidak tertakluk kelebihan pembelajaran, dalam pendidikan penggunaan komputer juga boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut dengan lebih berkesan dan menarik minat pelajar; • Penghasilan Bahan Kurikulum • Latih Tubi • Tutorial • Ulangkaji • Pemulihan dan Pengayaan • Simulasi • Pengiraan • Alat Bantu Mengajar • Tutee
  3. 3. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b Penggunaan komputer ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan bantuan bahan yang pelbagai bagi menarik minat pelajar disamping dapat menyampaikan dengan lebih berkesan. Penggunaan multimedia Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan. Antaranya ialah multimedia boleh; 1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. 2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep isi pelajaran. 3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan 4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar 5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali Penggunaan Internet Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau dari komputer yang menyimpannya. Sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.
  4. 4. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b Teknologi Multimedia Dalam Membantu Pengajaran Dan Pembelajaran Menurut D’Lgnazio (Bairley 1996), multimedia adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar pelajar. Manfaat lain pula membawa erti pelajar yang terlibat dalam pembelajaran multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya. Di dalam sesebuah sekolah, guru ICT memainkan peranan yang penting dalam pengurusan dan pengendalian bahan ICT, alatan ICT dan kelengkapan ICT yang lain. Selain daripada mengambilkira program-program menjurus dalam penyediaan penggunaan multimedia. Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej multimedia boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu , multimedia menjadi sangat berguna keada pelajar. Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran. Guru ICT yang bertanggungjawab perlu memastikan kekemaskinian bahan dari masa ke semasa bagi menjaga kualiti pengajaran dan sebagai bahan rujukan oleh guru ataupun pelajar. Penyediaan bahan seperti CD atau berbentuk Slaid yang ada dalam simpanan komputer. Walaupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran antaranya; 1.motivasi pelajar 2.keadaan sosial 3.ekonomi dan pendidikan keluarga 4.situasi pada saat pembelajaran 5.kurikulum dan guru. Dalam penggunaan media pelajar faham dan cekap maka aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan berjaya menguasai bahan pembelajaran dan begitulah sebaliknya, maka media tersebut bukannya mudah untuk mempermudahkan bahkan mungkin akan menghambat keberhasilan pembelajaran. Lebih jelas lagi, menurut Salomon (1979) menyatakan bahawa perbezaan media akan mempengaruhi terhadap tingkat pengetahuan seseorang. Beliau juga menegaskan bahawa perbezaan sistem simbol dan kod sehingga mempengaruhi perbezaan pesan yang disampaikan. Selain itu multimedia juga mencerminkan perubahan bagaimana cara manusia berfikir, berfikir, belajar dan memahami akan sesuatu perkara. Teknologi multimedia membolehkan kita menggunakan keupayaan komputer dalam pelbagai cara baru seperti mempersembahakan maklumat dengan menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi dan video. Penggunaan pelbagai media secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi canggih. Ini akan menjadikan
  5. 5. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b susana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif di amana seseorang pelajar akan menjadi aktif dan cuba mnenguasia sepenuhnya penggunaan teknologi. Selain daripada menjadi alat bantu mengajar dan peralatan pejabat, ia juga bertindak sebagai alat bantu bagi pelajar membangunkan sesuatu projek atau laporan yang memerlukan kombinasi teks,grafik, bunyi dan vedio. Yang paling jelas, ia jugsa bertindak sebagai sumber rujukan (encyclopedia) yang di simpan di dalam CD ROM. Terdapat tiga aspek utama yang dimainkan oleh guru ICT dan teknologi maklumat dalam pendidikan sekolah iaitu : a) Kurikulum Kurikulum dalam sistem pendidikan sekolah akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, berkesinambungan dan reflektif. Semua sekolah akan dilengkapkan dengan teknologi multimedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Guru ICT mesti membina satu budaya sekolah yang akan berasaskan pengetahuan pemikiran, kreatif, inovatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi yang terkini dan tercanggih. b) Pedagogi Dari segi pedagogi, guru yang selama ini bertindak sebagai penyampai maklumat akan berubah menjadi fasilitator, mentor, dan pembimbing kepada pelajar. Amalan pengajaran secara kelas akan diubah kepada beberapa variasi pembelajaran seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif, dan pembelajaran koperatif. Pengurusan bahan dan penyediaan bahan oleh guru ICT perlu cekap bagi memastikan penggunaan bahan tersebut mencapai tahap maksima dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. c) Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah berteraskan kepada teknologi multimedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Bahan-bahan P&P adalah yang terkini dan mecukupi untuk semua pelajar serta mempunyai ciri-ciri yang berikut ; 1. pukal disket yang lengkap, interaktif mencabar daya kognitif pelajar serta kemahiran berfikir. 2. Pukal disket yang lengkap yang mengandungi penilaian sendiri dan penyemakan oleh guru dalam bentuk peperiksaan, projek dan tugasan. Perisian pendidikan yang berbagai-bagai pendekatan itu boleh dimanfaatkan kepada pelajar- pelajar yang berbagai kebolehan .Lazimnya setiap perisian pendidikan ditujukan kepada kumpulan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tertentu. Oleh yang demikian adalah penting bagi seseorang guru ICT menggunakan dan meneliti suatu perisian pendidikan itu terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada guru atau pelajar. Maklumat seperti kesesuaian isi pelajaran, pengetahuan sedia ada yang diperlukan dan kumpulan sasaran adalah penting supaya pelajar menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Pelbagaian multimedia yang berikut mampu menampung kelemahan - kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran yang biasa : a) Tahap interaktif yang tinggi Dengan komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara meilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu.komputer akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.
  6. 6. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar Perisian yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Pelajar tersebut perlulah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pada bila- bila masa atau sebanyak mana sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa jemu untuk melayannya. Di tambah dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan. c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajarinya. Juga pelajar perlulah dibenarkan untuk "bermain" dengan melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga dikenali sebagai simulasi komputer. d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, bunyi, dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu disamping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Penutup Kemampuan teknologi komputer dan multimedia tidak dapat dinafikan dalam melancarkan dan membina pembelajaran yang berkesan namun ia juga mempunyai kekangan tersendiri dalam merealisasikan penggunaan yang maksima dikalangan guru-guru mahupun pelajar. Ketidakcekapan pengurusan oleh guru ICT yang dipertanggungjawabkan mampu membantutkan sumber bahan dan kemaskinian peralatan. Kerancakkan pasaran dunia komputer dan multimedia begitu laju sekali dan guru ICT perlu peka terhadap perkembangan tersebut. Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi impak kepada pelajar di dalam menguasai sesuatu isi pelajaran tetapi ia bukanlah jawapan untuk menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam kelas. Komputer tidak mungkin dapat menggantikan "guru yang baik" tetapi digunakan sabagai alat yang membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Namun begitu, sesebuah sekolah yang dilengkapi peralatan ICT dan sumber ICT mampu memacu kemahiran penggunaan komputer dan multimedia serta menguasai pembelajaran di kalangan guru- guru dan pelajar-pelajar. Selain itu juga, interaksi guru dan guru atau guru dan pelajar lebih efektif dan efisen dengan penggunaan internet untuk tujuan perbincangan atau bertukar pendapat. Jelas sekali, dunia ICT menerusi pendidikan mampu melahirkan satu warganegara yang berilmu,berpengetahuan dan berkemahiran.
  7. 7. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b RUJUKAN 1. Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning algebraic recedence conventions.Doctoral Dissertation, Florida State University. 2. Jamaludin Ibrahim. (1989). ”Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran: Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran”. Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE. 3. KPM (1997).Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala Lumpur. 4. Nik Azis Nik Pa (1989).” Komputer Dalam Pendidikan “. Proceedings of the National Symposiu on Educational Computing. USM : MCCE 5. Zoraini Wati Abas (1995). ” Internet Untuk Pengajaran Matematik “. Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG. 6. Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). ” Pendekatan Alternatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik” . Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG. 7. Ahmad Zaharuddin Idrus (eds.). 2001.Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Trasformasi & Cabaran UTM.Skudai: Penerbit UTM.

×