JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669
TZ20006:ULASAN KAJIAN TINDAKAN
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat...
JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669
Kumpulan Sasaran Kajian
Pengkaji telah memilih 6 orang sebagai bahan kajian. Pemilihan re...
JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669
Analisis Kajian Berdasarkan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis
Perkaitan antara kajian ...
JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669
Keputusan Kajian Tindakan
Pengakhiran bagi Model Stephen Kemmis adalah hasil daripada kaj...
JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669
RUJUKAN
1. Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai
Konsep Pe...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara

3,691 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,691
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
215
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara

  1. 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669 TZ20006:ULASAN KAJIAN TINDAKAN Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara Ulasan ini merupakan rumusan kepada kajian tindakan yang bertajuk “Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara”. Kajian ini, telah dibuat oleh Wong Chu Yew, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,. Dapatan kajian ini diperolehi daripada sumber rujukan Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan,PISMP amb. Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 Rasional kajian tindakan ini adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap pembelajaran pecahan dikhuatiri akan mendatangkan banyak halangan kepada murid (De Morgan (1910) dalam Study and Difficulty of Mathematics). Mengikut pengalaman pengkaji dalam mengajar topik “Pecahan”, mendapati bahawa kebanyakan murid tidak faham tentang konsep pecahan terutamanya konsep pecahan setara. Oleh itu, pengkaji juga mendapati masalah murid-murid daripada lembaran-lembaran kerja yang dihantar oleh murid-murid selepas waktu mengajar. Refleksi Isu Kajian Sebelum ini, pengkaji menggunakan cara pengajaran yang tradisional yang berpusatkan guru. Di mana pengkaji mendapati, keadaan kelas akan menjadi bising jika murid-murid diberi peluang melakukan aktiviti berpusatkan murid. Tetapi selepas penyelidikan tindakan ini, murid lebih suka pembelajaran berpusatkan murid kerana mereka diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses P&P. Dengan itu, pengkaji cuba mengaplikasikan pengalaman ini semasa mengajar di sekolah iaitu melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk meneroka penggunaan lipatan kertas dalam membantu enam orang murid Tahun 4 Mutiara memahami konsep pecahan setara. Selain itu, melalui penyelidikan tindakan ini, pengkaji dapat menambah baik amalan kendiri sebagai guru Matematik dalam pengajaran konsep pecahan setara dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Mutiara..
  2. 2. JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669 Kumpulan Sasaran Kajian Pengkaji telah memilih 6 orang sebagai bahan kajian. Pemilihan responden dalam kajian ini adalah berdasarkan ujian penilaian awal yang telah dibuat di mana, pelajar ini telah gagal untuk memahami konsep pecahan di samping ciri-ciri lain. Instrument Kajian Tindakan Instrument yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah satu ujian tinjauan awal terhadap peserta kajian. Selepas pelaksanaan penyelidikan tindakan, pengkaji juga memberikan satu lagi ujian tinjauan akhir kepada peserta kajian untuk tujuan perbandingan pencapaian markah murid. Pengumpulan Data Dari aspek pengumpulan data pula, instrumen-instrumen kajian iaitu temubual,Ujian tinjauan awal dan ujian akhir dijalankan pada tempoh yang ditetapkan, dan soalan Ujian tersebut juga adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah yang sama bagi menilai tahap penguasaan kemahiran murid, Analisis Data Selepas aktiviti lipatan kertas tersebut,pengkaji dapati lima daripada enam orang peserta kajian mempunyai kemajuan yang ketara selepas penyelidikan tindakan ini. Pengkaji membuat semakan data seperti dalam bentuk graf iaitu merupakan bar graf yang memaparkan perbandingan markah tinjauan awal dengan tinjauan akhir bagi setiap peserta kajian. Melalui temu bual, lipatan kertas ini telah meningkatkan minat peserta kajian dalam mempelajari konsep pecahan setara. Secara tidak langsung, ini telah menarik perhatian mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memotivasi mereka dalam mempelajari konsep pecahan setara. Refleksi Kajian Tindakan Refleksi kajian tindakan ini menampakkan hasil yang memberangsangkan di mana pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap pecahan setara dengan mengunakan lipatan kertas telah dapat dipertingkatkan. Walaupun pada mulanya terdapat kesukaran dalam menjalankan kajian tindakan ini, iaitu masalah masa, kerjasama dari guru mata pelajaran lain, kerjasama daripada pelajar dan juga masalah pelajar yang lemah, mudah lupa apa yang telah dibaca dan tidak memberi tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan. Namun, masalah dalam kajian tindakan ini telah dapat diatasi dan menampakkan hasil yang memberangsangkan.
  3. 3. JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669 Analisis Kajian Berdasarkan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis Perkaitan antara kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji dengan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis Peringkat Diagnosis Pada peringkat ini, Model Stepen Kemmis menyatakan perlunya pengenalpastian masalah sebelum membuat kajian ke atas sesuatu isu atau permasalahan yang ingin dikaji. Seterusnya, data dikumpul bagi tujuan diagnostik. Dalam kajian tindakan yang telah dibuat, pengkaji telah mengenalpasti masalah melalui temua bual dengan guru dan murid serta ujian tinjauan awal, dan mendapati seramai 6 orang pelajar bermasalah dalam memahami pecahan setara dan mengingati pecahan tersebut. Peringkat Perancangan Tindakan Pada peringkat ini pula, Model Stephen Kemmis menyatakan bahawa selepas diagnostik, pengkaji perlu merancang tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan. Bagi peringkat ini, pengkaji telah mencadangkan penggunaan kaedah lipatan kertas untuk menyelesaikan masalah memahami konsep pecahan di kalangan pelajar kelas beliau. Peringkat Mengambil Tindakan Model Stephen Kemmis menyatakan peringkat ini memerlukan pengkaji memilih tindakan yang sesuai dan melaksanakan tindakan bagi menyelesaikan permasalahan yang ingin dikaji. Pengkaji telah memilih kaedah Ujian Tinjauan awal dan Ujian Tinjauan Akhir sebagai langkah yang sesuai dalam melaksanakan kajian tindakan ke atas pelajar yang dikenalpasti bermasalah dalam penguasaan pecahan. Peringkat Menilai Model Stephen Kemmis pada peringkat ini menekankan penganalisaan terhadap kesan atau keberkesanan tindakan yang telah dijalankan terhadap permasalahan yang dikaji. Setelah analisis mengenai tindakan yang dilakukan, pengkaji juga mendapati peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam menguasai pemahaman dalam pecahan setara telah meningkat. Ini adalah berdasarkan keputusan Ujian Tinajauan Akhir yang dibuat dalam bentuk bar graf dan menunjukkan peningkatan.
  4. 4. JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669 Keputusan Kajian Tindakan Pengakhiran bagi Model Stephen Kemmis adalah hasil daripada kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Dalam kajian ini, pengkaji telah memperolehi keputusan yang memberangsangkan di mana sebelum ini murid mengalami masalah memahami pecahan setara. Penutup Kesimpulannya, saya berpendapat kajian tindakan yang telah dijalankan oleh Wong Chu Yew yang bertajuk “Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara” ini telah berjaya membantu murid Tahun 4 Mutiara meningkatkan pemahaman pecahan setara dalam Matematik. Kesabaran dan komitmen guru, kerjasama pelajar dan pihak sekolah dalam menjayakan kajian tindakan juga amat diperlukan bagi menjayakan kajian tindakan yang dilaksanakan. Kejayaan kajian tindakan ini bukan sahaja membantu murid tersebut, malah membantu guru-guru lain dalam menjalankan kajian tindakan di sekolah-sekolah lain untuk meningkatkan penguasaan mata pelajaran matematik. Diharapkan kajian seperti ini dapat meningkatkan penguasaan mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar Malaysia.
  5. 5. JENRY BIN SAIPARUDIN CT112 10669 RUJUKAN 1. Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara oleh Wong Chu Yew, IPG KBL 2. Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 3. Brady, K. (2008). Using paper-folding in the primary years to promote student engagement in Mathematical learning. Diperoleh pada 24 April 2011 dari http:// www.merga.net.au/documents/RP52008.pdf 4. De Morgan, A. (1910). Study and difficulty of Mathematic. Chicago: The Open Court Publisher. 5. TZ20006;PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PPENAKSIRAN 2;SPPS UMS/PPG 2013

×