Dokumen ini membahas tentang cara mengatasi kenaikan berat badan setelah menikah. Faktor-faktor yang disebutkan termasuk kurangnya tekanan, tabiat makan dan tidur, serta kurang aktivitas fisik. Beberapa saran untuk menurunkan berat badan adalah dengan minum air putih, melakukan senam aerobik, dan berjalan cepat secara teratur.
1. Pendidikan Kesihatan
Nama ahli kumpulan:
1. Nayli Imthithal Binti Padzri
2. Nur Farah Nadira Binti Abdul Rahim
3. Nur Atikah Amirah Binti Muhammad Fuzi
4. Nur Syakirah Binti Halim
5. Anis Aleeya Binti Abdullah
Nama Guru: Puan Shina Bibi Mustafa
3. Mengapa wanita naik berat badan
selepas berkahwin
Tiada Tekanan
Seseorang wanita yang telah berkahwin akan mengalami kurang
tekanan berbanding wanita yang masih membujang. Ini
disebabkan oleh wanita yang masih tidak berkahwin, tetapi
mempunyai teman lelaki, mereka lebih cenderung kepada
tekanan kerana mereka ingin sentiasa tampil cantik dan langsing
untuk mendapat perhatian daripada pasangan mereka. Menurut
satu artikel yang dipetik dari ‘Health Psychology’, pasangan
yang telah berkahwin pasti akan berasa suka, selesa dan selamat
dalam perkahwinan lalu mereka lebih cenderung untuk
menambah berat badan kerana mereka tidak lagi merasa apa-apa
tekanan untuk menarik pasangan.
4. Tabiat pemakanan
Kajian mendapati makan sambil ditemani
orang lain boleh menyebabkan seseorang
makan dengan lebih banyak daripada biasa.
Apabila sudah berumahtangga, pasangan
kerap berjumpa untuk makan dan
meluangkan masa bersama-sama.
5. Tabiat tidur
Tidur merupakan masa yang paling penting
untuk tubuh badan anda pulih dari segala
kepenatan atau stress yang dialami pada
siang hari. Apabila sudah berkahwin,
pasangan akan berkongsi katil yang sama
kadangkala menyebabkan tabiat tidur
seseorang boleh terganggu dan tidak
mendapat tidur yang secukupnya. Tidur
yang tidak cukup juga boleh menyebabkan
berat badan naik.
6. Kurangkan berat badan
minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air
bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori sebanyak 360 kJ sehari.
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori yang
berlebihan. Banyak cara untuk bersenam termasuklah dengan jogging,
pergi ke gim dan sebagainya.boleh selitkan aktiviti fizikal dalam
kehidupan harian dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif
dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat
sit-up sambil menonton TV.
Pakar kesihatan menyarankan bersenam 30-45 minit 3-5 kali
seminggu. Mungkin agak sukar untuk memulakan senaman sehingga
45 minit sehari. Mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya tidak
terlalu memaksa diri dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk
melakukannya setiap hari.
Jom lihat video ini
7. Gaya Hidup
Video Senam Aerobik
Senaman ini juga boleh membantu membakar lebih banyak lemak
sehinga berat badan boleh turun.
Berjalan Laju
Ketika berjalan laju atau cepat, denyutan jantung pasti akan jadi
semakin cepat sehingga pengaliran darah ke seluruh tubuh juga
menjadi lebih cepat. Inilah yang akan membuatkan tubuh membakar
lebih banyak lemak untuk memenuhi energy yang dikeluarkan oleh
tubuh. Selain itu, berjalan cepat juga akan membuatkan paru-paru
lebih cepat mengepam udara sehingga dan akan mendapat oksigen
lebih banyak. Berjalan laju selama lima minit juga akan memberikan
manfaat yang sama dengan berlari sejauh 10 kilometer. Sudah pasti ia
akan membantu menurukan berat badan.