SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi keempat, obesiti
bermaksud kegemukkan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Pada
era globalisasi ini, kita dapat melihat di kaca televisyen mahupun di dada akhbar
berkaitan masalah obesiti dalam kalangan kanak – kanak yang semakin hangat
diperkatakan. Peratusan kanak – kanak di Malaysia yang mempunyai berat badan
yang berlebihan adalah lebih tinggi berbanding di negara – negara asia yang lain.
Gaya hidup yang lebih kepada bersenang – lenang seperti bermain computer,
menonton televisyen, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan
pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang
kepada obesiti. Obesiti ini boleh mendatangkan pelbagai keburukan terutamanya
berkaitan dengan penampilan diri yang tidak menarik. Mereka yang mengalami
obesiti ini mudah diserang pelbagai penyakit yang kronik. Antara penyakit yang
boleh dikaitkan dengan obesiti ialah diabetes, darah tinggi dan serangan jantung.
Walaupun penyakit ini kita selalu dengar bahawa orang dewasa yang selalu
mendapat penyakit ini tetapi jangan disangkal lagi kanak – kanak juga sudah banyak
diserang penyakit seperti ini. Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil
untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak kanak ?
Langkah yang boleh di ambil termasuklah mengamalkan pemakanan yang
seimbang. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting pada masa ini kerana
ibu bapa lebih mengetahui cara pemakanan anak – anak mereka tetapi pada zaman
metropolitan yang serba canggih ini, ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan
sehingga tiada masa untuk menyediakan makanan kepada anak – anak mereka.
Jadi mereka mengambil inisiatif untuk menyediakan makanan yang lebih mudah
seperti makanan segera. Makanan segera seperti burger, kentang goreng dan Jadi,
ibu bapa mereka berfikir mereka tidak perlu bersusah payah untuk memasak
selepas penat bekerja. Makanan – makanan seperti inilah yang mengakibatkan
obesiti. Ini kerana makanan ini tidak sihat kerana mengandungi kadar garam, gula
dan lemak yang tinggi. Makanan segera boleh di makan tetapi jangan terlalu kerap.
Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi anak – anak mereka makanan yang berkhasiat
mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan agar anak – anak mereka sihat
dan bertenaga untuk menjalani aktiviti seharian mereka. Kita haruslah mengambil
kira keperluan karbohidrat, protein, lemak dan zat – zat pemakanan yang sesuai
dengan peringkat umur. Makanan karbohidrat seperti nasi, roti dan bijirin. Makanan
protein seperti ikan, putih telur dan kekacang. Makanan yang berlemak pula seperti
mentega, minyak dan coklat. Kita perlu tahu kadar pengambilan makanan –
makanan tersebut. Kita perlulah jadikan piramid makanan sebagai panduan dalam
pemilihan makanan agar anak – anak lebih cergas dan aktif. Ibu bapa seharusnya
peka dengan semua benda yang terjadi di sekeliling mereka. Ibu bapa juga mestilah
mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan kerana minyak
mempunyai lemak yang tinggi. Atau cara yang lebih mudah memasak dengan cara
mengukus dan membakar.
Selain itu, langkah yang seterusnya ialah dengan melakukan senaman yang
teratur. Hal ini kerana sekiranya kita sentiasa bersenam, penyakit obesiti dapat
dielakkan. Ada juga sesetengah orang melakukan senaman tetapi dapat juga
penyakit obesiti tersebut. Mungkin kerana selepas melakukan senaman, dia terus
memakan makanan yang berlemak seperti nasi lemak. Jadi senaman yang
dilakukan itu amat tidak berbaloi. Ibu bapa juga perlulah membawa anak – anak
mereka keluar bersenam sekurang – kurangnya 20 minit dalam 3 kali seminggu atau
jika membuat senaman di kawasan perumahan bolehlah membuat seberapa banyak
yang mungkin. Apabila anak – anak kita gterlalu manjakan tubuh mereka dengan
tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak yang ada terkumpul dalam
badan. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Aktiviti senaman
seeloknya dijadikan aktiviti rutin dalam kehidupan kita. Jangan menjadikan
kesibukan bekerja sebagai penghalang untuk membawa anak – anak kita bersukan.
Pada zaman moden ini, banyak alatan senaman yang boleh di beli dan dimiliki yang
boleh kita gunakan di rumah. Dengan ini, kita lebih banyak peluang dan lebih mudah
untuk membuat senaman di mana – mana sahaja kita berada. Bersenam ini juga
dapat melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran kita lancar, organ – organ
dalam badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan
fungsinya dengan baik. Sekiranya kita tidak bersenam, ini mungkin boleh jadi salah
satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ – organ yang terlibat dengan
kerja – kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik
akibat kekurangan bekalan oksigen. Jadi, jelaslah bahawa dengan melakukan
senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat badan kita dan
dapat mencegah daripada masalah kegemukan. Kita seperti menyelam air sambal
minum air kerana selain dapat menyihatkan tubuh badan kita juga dapat
mencerdaskan otak.
Di samping itu, langkah yang seterusnya ialah ibu bapa perlulah
menggalakkan anak – anak mereka untuk minum air kosong dengan banyak. Ini
kerana air kosong boleh menguruskan dan melangsingkan badan. Hal ini kerana jika
kita menggantikan air minuman seperti Milo, Teh Tarik, Nescafe dan sebagainya
dengan air kosong, maka sudah pasti berat badan kita akan dapat berkurangan
kerana air kosong tidak mengandungi bahan manis seperti gula atau kalori yang
boleh meningkat berat badan. Tetapi kanak – kanak zaman ini lebih menyukai air
yang manis dan bergas. Ini tidak baik untuk kesihatan. Selain itu, kita perlu minum
air kosong sebelum makan nasi. Amalkan meminum segelas air 1 jam 30 minit
sebelum kita makan. Ini kerana, meminum air sebelum makan dapat mengurangkan
selera makan. Kita dapat mengawal kadar pengambilan makanan anak – anak kita
dan secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri daripada obesiti. Kita juga
perlu biasakan untuk minum air kosong sebaik sahaja bangun daripada tidur. Ini
penting, selain dapat mengurangkan risiko penyakit, minum air kosong sebaik
bangun daripada tidur merupakan salah satu cara yang membantu kita untuk kurang
makan ketika sarapan. Ini akan menyebabkan anak kita kurang selera makan. Oleh
yang demikian, kita sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak – anak
perlulah menegaskan kepada anak – anak seandainya mereka tidak mahu minum
air kosong mereka akan mudah mendapat penyakit obesiti dengan cepat.
Konklusinya, kita haruslah sedar tiada jalankan mudah untuk membantu anak
– anak kita menguruskan berat badan. Obesiti dalam kalangan kanak – kanak boleh
diatasi dengan sokongan daripada ibu bapa kerana ibu bapa lebih anak – anak
mereka berbanding orang luar. Obesiti berpunca daripada pengambilan makanan
yang tidak sihat dan kurang bersenam serta kurang minum air kosong. Masalah
obesiti dapat dielakkan jika mereka berusaha bersungguh – sungguh untuk menjaga
kesihatan. Kita harus berpegang kepada peribahasa ini mencegah lebih baik
daripada mengubati untuk memastikan kehidupan yang sihat.

More Related Content

What's hot (20)

Tips jitu menjaga pencernaan tetap sehat
Tips jitu menjaga pencernaan tetap sehatTips jitu menjaga pencernaan tetap sehat
Tips jitu menjaga pencernaan tetap sehat
 
Resume gizi ratu
Resume gizi ratuResume gizi ratu
Resume gizi ratu
 
Gaya hidup sihat cikgu nasir
Gaya hidup sihat  cikgu nasirGaya hidup sihat  cikgu nasir
Gaya hidup sihat cikgu nasir
 
Manfaat puasa untuk kesehatan
Manfaat puasa untuk kesehatanManfaat puasa untuk kesehatan
Manfaat puasa untuk kesehatan
 
Tips diet sehat
Tips diet sehatTips diet sehat
Tips diet sehat
 
makan dan sihat
makan dan sihatmakan dan sihat
makan dan sihat
 
Penyebab
PenyebabPenyebab
Penyebab
 
Gizi pada lansia
Gizi pada lansiaGizi pada lansia
Gizi pada lansia
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Ppt sap
Ppt sapPpt sap
Ppt sap
 
Tips Mudah Hidup Sehat bersama Nutrishake-Oriflame
Tips Mudah Hidup Sehat bersama Nutrishake-OriflameTips Mudah Hidup Sehat bersama Nutrishake-Oriflame
Tips Mudah Hidup Sehat bersama Nutrishake-Oriflame
 
Kehidupan Sihat- Fazlur
Kehidupan Sihat- FazlurKehidupan Sihat- Fazlur
Kehidupan Sihat- Fazlur
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
POLA HIDUP SEHAT
POLA HIDUP SEHATPOLA HIDUP SEHAT
POLA HIDUP SEHAT
 
Dampak pola makan terhadap kesehatan ppt
Dampak pola makan terhadap kesehatan pptDampak pola makan terhadap kesehatan ppt
Dampak pola makan terhadap kesehatan ppt
 
Food combining
Food combiningFood combining
Food combining
 
Cara Hidup Sehat
Cara Hidup SehatCara Hidup Sehat
Cara Hidup Sehat
 
Obesitas pada Anak dan Remaja
Obesitas pada Anak dan RemajaObesitas pada Anak dan Remaja
Obesitas pada Anak dan Remaja
 
POLA HIDUP SEHAT
POLA HIDUP SEHATPOLA HIDUP SEHAT
POLA HIDUP SEHAT
 
Pola hidup sehat (alin marlina)
Pola hidup sehat (alin marlina)Pola hidup sehat (alin marlina)
Pola hidup sehat (alin marlina)
 

Similar to Obesiti

Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1ramlahcm69
 
Tugas pertemuan 8 Pentingnya hidup sehat dan menjaga pola makan anak (Nursa...
Tugas  pertemuan 8 Pentingnya hidup sehat dan menjaga pola makan anak  (Nursa...Tugas  pertemuan 8 Pentingnya hidup sehat dan menjaga pola makan anak  (Nursa...
Tugas pertemuan 8 Pentingnya hidup sehat dan menjaga pola makan anak (Nursa...nursantisimamoradebt
 
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang  Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang Rio Prasetia
 
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar 11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar Toeck Lalu Lalang
 
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar 11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar Toeck Lalu Lalang
 
Ppt pantangan kehamilan
Ppt pantangan kehamilanPpt pantangan kehamilan
Ppt pantangan kehamilanjuliya96
 
PPT PANTANGAN UNTUK IBU HAMIL STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
PPT PANTANGAN UNTUK IBU HAMIL STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSPPT PANTANGAN UNTUK IBU HAMIL STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
PPT PANTANGAN UNTUK IBU HAMIL STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSaidaagustin04
 
Ppt pantangan kehamilan_STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
Ppt pantangan kehamilan_STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSPpt pantangan kehamilan_STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
Ppt pantangan kehamilan_STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSaida_agustin
 
Ppt pantangan kehamilan STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
Ppt pantangan kehamilan STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSPpt pantangan kehamilan STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
Ppt pantangan kehamilan STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSaidaagustin04
 

Similar to Obesiti (20)

Artikel 21
Artikel 21Artikel 21
Artikel 21
 
Obesiti
ObesitiObesiti
Obesiti
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
Tugas pertemuan 8 Pentingnya hidup sehat dan menjaga pola makan anak (Nursa...
Tugas  pertemuan 8 Pentingnya hidup sehat dan menjaga pola makan anak  (Nursa...Tugas  pertemuan 8 Pentingnya hidup sehat dan menjaga pola makan anak  (Nursa...
Tugas pertemuan 8 Pentingnya hidup sehat dan menjaga pola makan anak (Nursa...
 
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang  Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
 
Obesitas pada anak
Obesitas pada anakObesitas pada anak
Obesitas pada anak
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Greenery
GreeneryGreenery
Greenery
 
RADIO.docx
RADIO.docxRADIO.docx
RADIO.docx
 
Greenery
GreeneryGreenery
Greenery
 
copyan ukm.docx
copyan ukm.docxcopyan ukm.docx
copyan ukm.docx
 
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar 11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
 
Slimming Blue
Slimming BlueSlimming Blue
Slimming Blue
 
Greenery
GreeneryGreenery
Greenery
 
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar 11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
11 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Rasa Lapar
 
Ppt pantangan kehamilan
Ppt pantangan kehamilanPpt pantangan kehamilan
Ppt pantangan kehamilan
 
PPT PANTANGAN UNTUK IBU HAMIL STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
PPT PANTANGAN UNTUK IBU HAMIL STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSPPT PANTANGAN UNTUK IBU HAMIL STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
PPT PANTANGAN UNTUK IBU HAMIL STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
 
Khasiat
KhasiatKhasiat
Khasiat
 
Ppt pantangan kehamilan_STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
Ppt pantangan kehamilan_STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSPpt pantangan kehamilan_STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
Ppt pantangan kehamilan_STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
 
Ppt pantangan kehamilan STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
Ppt pantangan kehamilan STIKES MUHAMMADIYAH KUDUSPpt pantangan kehamilan STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
Ppt pantangan kehamilan STIKES MUHAMMADIYAH KUDUS
 

Obesiti

  • 1. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi keempat, obesiti bermaksud kegemukkan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Pada era globalisasi ini, kita dapat melihat di kaca televisyen mahupun di dada akhbar berkaitan masalah obesiti dalam kalangan kanak – kanak yang semakin hangat diperkatakan. Peratusan kanak – kanak di Malaysia yang mempunyai berat badan yang berlebihan adalah lebih tinggi berbanding di negara – negara asia yang lain. Gaya hidup yang lebih kepada bersenang – lenang seperti bermain computer, menonton televisyen, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti. Obesiti ini boleh mendatangkan pelbagai keburukan terutamanya berkaitan dengan penampilan diri yang tidak menarik. Mereka yang mengalami obesiti ini mudah diserang pelbagai penyakit yang kronik. Antara penyakit yang boleh dikaitkan dengan obesiti ialah diabetes, darah tinggi dan serangan jantung. Walaupun penyakit ini kita selalu dengar bahawa orang dewasa yang selalu mendapat penyakit ini tetapi jangan disangkal lagi kanak – kanak juga sudah banyak diserang penyakit seperti ini. Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak kanak ? Langkah yang boleh di ambil termasuklah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting pada masa ini kerana ibu bapa lebih mengetahui cara pemakanan anak – anak mereka tetapi pada zaman metropolitan yang serba canggih ini, ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan sehingga tiada masa untuk menyediakan makanan kepada anak – anak mereka. Jadi mereka mengambil inisiatif untuk menyediakan makanan yang lebih mudah seperti makanan segera. Makanan segera seperti burger, kentang goreng dan Jadi, ibu bapa mereka berfikir mereka tidak perlu bersusah payah untuk memasak selepas penat bekerja. Makanan – makanan seperti inilah yang mengakibatkan obesiti. Ini kerana makanan ini tidak sihat kerana mengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi. Makanan segera boleh di makan tetapi jangan terlalu kerap. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi anak – anak mereka makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan agar anak – anak mereka sihat dan bertenaga untuk menjalani aktiviti seharian mereka. Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat, protein, lemak dan zat – zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Makanan karbohidrat seperti nasi, roti dan bijirin. Makanan protein seperti ikan, putih telur dan kekacang. Makanan yang berlemak pula seperti mentega, minyak dan coklat. Kita perlu tahu kadar pengambilan makanan – makanan tersebut. Kita perlulah jadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan makanan agar anak – anak lebih cergas dan aktif. Ibu bapa seharusnya peka dengan semua benda yang terjadi di sekeliling mereka. Ibu bapa juga mestilah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan kerana minyak mempunyai lemak yang tinggi. Atau cara yang lebih mudah memasak dengan cara mengukus dan membakar.
  • 2. Selain itu, langkah yang seterusnya ialah dengan melakukan senaman yang teratur. Hal ini kerana sekiranya kita sentiasa bersenam, penyakit obesiti dapat dielakkan. Ada juga sesetengah orang melakukan senaman tetapi dapat juga penyakit obesiti tersebut. Mungkin kerana selepas melakukan senaman, dia terus memakan makanan yang berlemak seperti nasi lemak. Jadi senaman yang dilakukan itu amat tidak berbaloi. Ibu bapa juga perlulah membawa anak – anak mereka keluar bersenam sekurang – kurangnya 20 minit dalam 3 kali seminggu atau jika membuat senaman di kawasan perumahan bolehlah membuat seberapa banyak yang mungkin. Apabila anak – anak kita gterlalu manjakan tubuh mereka dengan tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak yang ada terkumpul dalam badan. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Aktiviti senaman seeloknya dijadikan aktiviti rutin dalam kehidupan kita. Jangan menjadikan kesibukan bekerja sebagai penghalang untuk membawa anak – anak kita bersukan. Pada zaman moden ini, banyak alatan senaman yang boleh di beli dan dimiliki yang boleh kita gunakan di rumah. Dengan ini, kita lebih banyak peluang dan lebih mudah untuk membuat senaman di mana – mana sahaja kita berada. Bersenam ini juga dapat melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran kita lancar, organ – organ dalam badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Sekiranya kita tidak bersenam, ini mungkin boleh jadi salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ – organ yang terlibat dengan kerja – kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen. Jadi, jelaslah bahawa dengan melakukan senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat badan kita dan dapat mencegah daripada masalah kegemukan. Kita seperti menyelam air sambal minum air kerana selain dapat menyihatkan tubuh badan kita juga dapat mencerdaskan otak. Di samping itu, langkah yang seterusnya ialah ibu bapa perlulah menggalakkan anak – anak mereka untuk minum air kosong dengan banyak. Ini kerana air kosong boleh menguruskan dan melangsingkan badan. Hal ini kerana jika kita menggantikan air minuman seperti Milo, Teh Tarik, Nescafe dan sebagainya dengan air kosong, maka sudah pasti berat badan kita akan dapat berkurangan kerana air kosong tidak mengandungi bahan manis seperti gula atau kalori yang boleh meningkat berat badan. Tetapi kanak – kanak zaman ini lebih menyukai air yang manis dan bergas. Ini tidak baik untuk kesihatan. Selain itu, kita perlu minum air kosong sebelum makan nasi. Amalkan meminum segelas air 1 jam 30 minit sebelum kita makan. Ini kerana, meminum air sebelum makan dapat mengurangkan selera makan. Kita dapat mengawal kadar pengambilan makanan anak – anak kita dan secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri daripada obesiti. Kita juga perlu biasakan untuk minum air kosong sebaik sahaja bangun daripada tidur. Ini penting, selain dapat mengurangkan risiko penyakit, minum air kosong sebaik bangun daripada tidur merupakan salah satu cara yang membantu kita untuk kurang makan ketika sarapan. Ini akan menyebabkan anak kita kurang selera makan. Oleh yang demikian, kita sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak – anak
  • 3. perlulah menegaskan kepada anak – anak seandainya mereka tidak mahu minum air kosong mereka akan mudah mendapat penyakit obesiti dengan cepat. Konklusinya, kita haruslah sedar tiada jalankan mudah untuk membantu anak – anak kita menguruskan berat badan. Obesiti dalam kalangan kanak – kanak boleh diatasi dengan sokongan daripada ibu bapa kerana ibu bapa lebih anak – anak mereka berbanding orang luar. Obesiti berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak sihat dan kurang bersenam serta kurang minum air kosong. Masalah obesiti dapat dielakkan jika mereka berusaha bersungguh – sungguh untuk menjaga kesihatan. Kita harus berpegang kepada peribahasa ini mencegah lebih baik daripada mengubati untuk memastikan kehidupan yang sihat.